tag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post1996974367413245736..comments2023-11-03T01:47:36.007-07:00Comments on BAHAYA SYIRIK: 116 - Hadis Ahad Yang Sahih Adalah Hujjah: Imam an-Nawawi Menyangkal Hizbut TahrirNawawi Bin Subandihttp://www.blogger.com/profile/11225741298020608368noreply@blogger.comBlogger66125tag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-52214097864943827202015-07-25T10:26:20.520-07:002015-07-25T10:26:20.520-07:00http://dawnofcaliphate.blogspot.com/2015/07/tentan...http://dawnofcaliphate.blogspot.com/2015/07/tentang-hadis-ahad-dalam-perkara-iktiqad.html

artikel sebenar tentang hadis Ahad. Jumhur Ulama menolak hadis Ahad. :)Dawn Of Caliphatehttps://www.blogger.com/profile/00949593227121551195noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-70686452460885111262010-07-31T18:59:33.984-07:002010-07-31T18:59:33.984-07:001. Saudara Ibn Subandi, kalau nak tahu secara rasm...1. Saudara Ibn Subandi, kalau nak tahu secara rasmi berkenaan dengan Hizbu Tahrir dan pandangannya pergilah jumpa secara rasmi di Khilafau Centre

2. Macam mana dah semak ke terjemahan muqaddimah syrah Nawawi tu? dan juga yang terbaru terjema2 han Fathul Baru (Ibn Hjar).

3. Baru kita tahu lepas ini bahawa Nawawi Subandi sebenarnya taksub. Buat terjemahan ikut sedap dan ikut selera pegangan sendiri, patutlah selama ini bila saya forward banyak kata2 ulama silam saudara macam tak baca.

4. Mungkin bacapun tak berapa faham kot.

5. Versi google tu maksud saya simpel, janji jumpa terus kata itu hujah tanpa belajar dan kaji dulu...

6. Saya baru balik dari o/station nantin saya akan terjemahkan betul karya imam Nawawi dan Ibn Hjar itu.Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-3842541972201436932010-07-29T03:18:04.737-07:002010-07-29T03:18:04.737-07:00Anda juga perlu menjelaskan apa yang dimaksudkan d...Anda juga perlu menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan dzan di sisi imam an-Nawawi dan apakah kesan daripada pendiriannya tersebut (sekrianya benar beliau menyatakan begitu) ke atas sikap/tindakannya dalam persoalan hadis ahad dari sudut hujjah aqidah bersertakan bukti.

Adakah tindakan yang diambil oleh Imam an-Nawawi tersebut kesan daripada ucapannya tersebut sama sebagaimana yang diaplikasikan oleh Hizbut Tahrir?Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-39657380605895717492010-07-29T02:31:36.561-07:002010-07-29T02:31:36.561-07:00Maaflah, saya tidak mengutip apa yang saya tulis d...Maaflah, saya tidak mengutip apa yang saya tulis dengan menggoogle.

Saya merujuk koleksi kitab-kitab yg saya miliki secara peribadi.

Encik Ahmad terlalu bersangka buruk terhadap saya dan menisbahkan pelbagai bentuk tohmahan yang tidak tepat ke atas saya.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-27602927959234655742010-07-29T02:21:42.968-07:002010-07-29T02:21:42.968-07:001. Beri peluang untuk mu ratifikasi apa yang tulis...1. Beri peluang untuk mu ratifikasi apa yang tulis, dan mula berfikir. Jangan mencedok tanpa memahami asasnya, atau versi google engine dsbnya.

2. Juga beri peluang untuk mu tambah ilmu. Saya tengok dalam masa sehari kalau tak ada ratifikasi maka saya akan mula tulis terjemahan dan membongkar penipuan terjemahan itu.Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-9117238970167811932010-07-28T23:14:39.211-07:002010-07-28T23:14:39.211-07:00Kalau saya nukil salah, terjemah pula salah. Kenap...Kalau saya nukil salah, terjemah pula salah. Kenapa masih tanya saya lagi?

Pergilah rujuk sendiri ke sana, supaya saudara boleh beri pencerahannya.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-45070469962807624922010-07-28T22:24:20.087-07:002010-07-28T22:24:20.087-07:001. Oklah sya tak faham bab khabar ahd, tak faham b...1. Oklah sya tak faham bab khabar ahd, tak faham bab mutawatir, tak faham ilmu Qiraat, tak fahm apa2.

2, Yang hang dok terjemah salah dan macam tak faham2 terjemahan salah dan sentiasa dok terjemah salah tu apasal, Ibn Subandi (mungkin ini saya betul ko)

3. Boleh cerita kepada saya apa sebenarnya butir perbincangan Imam Ibn Hajar? yang enta terjemahtu.Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-5899361119760757262010-07-28T19:03:46.164-07:002010-07-28T19:03:46.164-07:00Emmm... nak dikatakan degil, memang anda degil. Na...Emmm... nak dikatakan degil, memang anda degil. Nak dikatakan jahil, nanti anda marah...

Kalau tidak tahu persoalan itsbat qira'at dan kaedahnya, janganlah ambil contoh daripadanya. Maksud qira'at pun anda tak faham...

Saudara Ahmad,

Nak lemparkan tuduhan pun, biarlah berasas.

Pertama, nama saya bukan Subandi.

Kedua, Saya bukan pelajar UIAM.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-88858823985816313492010-07-28T16:11:50.004-07:002010-07-28T16:11:50.004-07:00Subandi enta ini salafi atau Salahpi?
kenapa enta ...Subandi enta ini salafi atau Salahpi?
kenapa enta banyak berbohong dalam tulisan dan terjemahan enta?

Bohong itu dusta yang diharamkan dalam Islam kalau tak faham tanya, jangan ketik keyboard kalau tak tahu. Jangan terjemah kalau tak faham. Jangan menaqal kata2 ulama kalau enta menipu atas nama dia.

Inikah ajaran yang enta belajar di UIAM dan dari kelas Salafi enta.Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-12936004222818192232010-07-28T12:26:01.607-07:002010-07-28T12:26:01.607-07:001. Cuba check dalam kurungan enta tulis tu betulka...1. Cuba check dalam kurungan enta tulis tu betulkah dalam syarah itu ada demikian atau tambahan sendiri? Bukankah ralat yang nak dibuat oleh Imam Hajar adalah bahawa orang mengatakan bahawa Ahad di sini adalah hadis gharib sahaja. Kemungkinan hadis itu Aziz, atau masyhur. Ahad itu bukan gharib sahaja, itu yang nak diterangkan oleh Imam Ibnu Hajar, tapi enta terjemahkan ada Qiraat dll, entah apa-apa. Subandi anta faham ke bab ini?

2. Tolong delete penipuan terjemahan enta dibawah.

" seolah-olah beliau (ad-Dawudi) menganggap bahawa perkataan mereka adalah al-Qur'an itu tidak boleh ditetapkan dengan khabar wahid adalah merupakan khabar yang ditetapkan dengan riwayat satu orang-satu orang. Padahal, hakikatnya tidaklah demikian. Akan tetapi, yang dimaksudkan dengan khabar wahid di sini (di sisi ahli qiro'at) adalah riwayat yang bertentangan dengan khabar mutawatir. Apabila para perawi sesuatu khabar/berita mencapai jumlah yang banyak, lalu kehilangan salah satu syarat mutawatir padanya, maka belumlah ia terkeluar keadaannya sebagai khabar wahid..."Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-15005864222724107642010-07-28T12:19:48.997-07:002010-07-28T12:19:48.997-07:001. Saudara apakah yang saya terangkan di atas adal...1. Saudara apakah yang saya terangkan di atas adalah berkaitan dengan hukum Qiraat atau hukum Penulisan Al-Quran? Baca hadis dari Imam Muslim tu betul2 dan syarah Imam Nawawi tu.

2. Ada Imam Nawawi sebut masalah bacaan atau masalah penambahan mufradat?

3. Ada tak? kalau tak ada maka saudara nilai sendiri tulisan saudara sama ada benar atau salah.Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-38398313992363259852010-07-28T11:25:56.793-07:002010-07-28T11:25:56.793-07:00Subandi tu ayah saya...
Bukankah saudara yang mem...Subandi tu ayah saya...

Bukankah saudara yang membawakannya kepada persoalan qira'at, penetapan ayat al-Qur'an.

Apabila saya mengulasnya dalam konsteknya, knp perlu dimarahi?

Sepatutnya, sayalah yg perlu bertanya kpd saudara... kerana konteks penetapan qira'at al-Qur'an adalah perlu berdasarkan syarat-syarat qira'at sahih, bukan berdasarkan penetapan hadis ahad atau mutawatir. Ia sedikit berbeza, istilah mutawatir di sisi ahli hadis dengan ahli qira'at sahaja sudah berbeza maksud cara fahamnya.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-67665487467180175902010-07-28T11:15:47.149-07:002010-07-28T11:15:47.149-07:00Subandi,
Saudara sendiri nampaknya masih mereka2 ...Subandi,

Saudara sendiri nampaknya masih mereka2 hujah baru, sekarang dah pusing ke masalah Ilmu Qiraat pula. Walhal saudara pasti tahu, saudara dah pusing ke mutawatir ilmu qiraat pula.

Apakah Imam Nawawi tulis itu berkaitan dengan Ilmu Qiraat atau penghujahan tentang kedudukan Khabar Ahad dalam perkara Ilm?

Minta jangan menyimpang dari aliran perbincangan, please!Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-45070810215638696312010-07-28T11:14:23.895-07:002010-07-28T11:14:23.895-07:00Berikut perkataan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqa...Berikut perkataan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah ketika mengulas apa yang diutarakan oleh ad-Dawudi:

أن قولهم لا يثبت القرآن بخبر الواحد أي الشخص الواحد وليس كما ظن بل المراد بخبر الواحد خلاف الخبر المتواتر فلو بلغت رواة الخبر عددا كثيرا وفقد شيئا من شروط المتواتر لم يخرج عن كونه خبر الواحد

"... seolah-olah beliau (ad-Dawudi) menganggap bahawa perkataan mereka adalah al-Qur'an itu tidak boleh ditetapkan dengan khabar wahid adalah merupakan khabar yang ditetapkan dengan riwayat satu orang-satu orang. Padahal, hakikatnya tidaklah demikian. Akan tetapi, yang dimaksudkan dengan khabar wahid di sini (di sisi ahli qiro'at) adalah riwayat yang bertentangan dengan khabar mutawatir. Apabila para perawi sesuatu khabar/berita mencapai jumlah yang banyak, lalu kehilangan salah satu syarat mutawatir padanya, maka belumlah ia terkeluar keadaannya sebagai khabar wahid..."

Cam-kanlah bahawa di dalam perkataan tersebut mengandungi sebuah maksud yang mendalam.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-13197024539583757362010-07-28T10:44:58.081-07:002010-07-28T10:44:58.081-07:00Ahmad juga perlu menyemak semula apa yang dimaksud...Ahmad juga perlu menyemak semula apa yang dimaksudkan dengan khabar mutawatir dan khabar ahad di sisi:

1 - Ahli hadis,
2 - ahli qiro'at.

Kerana pada keduanya (ahli hadis dan ahli qiro'at), istilah mutawatir dan ahad memiliki maksud yang berbeza di kalangan dua kelompok ini.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-60157311789529934612010-07-28T10:39:47.736-07:002010-07-28T10:39:47.736-07:00Qiro'at Qunbul adalah qioro'at yang diteta...Qiro'at Qunbul adalah qioro'at yang ditetapkan dengan khabar wahid kerana padanya menepati ciri-ciri (syarat-syarat) qiro'at shohih, dan tidak syadz.

Syarat-syarat diterimanya qiro'at adalah:

- Sanadnya sahih.
- Tidak syadz.

Berkenaan sanad sahih, di dalamnya merangkumi bbrp keadaan:

1 - Mutawatir, ini merupakan syarat yg sgt penting, namun bukan satu2nya syarat dalam perkara ini.

2 - Yang dinukil dengan khabar ahad, akan tetapi ianya mustafidz dan diterima dengan kesepakatan.

3 - Dinukil secara ahad sahaja, tanpa syarat mutawatir.

Ada pun yang dimaksudkan dengan syadz adalah yang menyalahi khat mushaf (qiro'at al-Qur'an yang telah disalin oleh para pencatat al-Qur'an) dan menyalahi kaedah bahasa 'arab yang mana al-Qur'an diturunkan dengannya.

Qiro'at al-Qur'an, walaupun sahih dan mutawatir, namun bertentangan dengan tulisan mushaf dan kaedah bahasa 'arab, maka ianya adalah syadz.

Abu Syamah al-Maqdisi rahimahullah berkata:

Dan dibawa kepada i'tiqad dan yang demikian itu adalah penetapan qiro'at dengan penukilan yang sahih daripada Rasulullah dan tidak wajib mutawatir, akan tetapi cukup padanya khabar ahad yang sahih dengan disertai adanya istifadhoh dan bersesuaian dengan tulisan mushaf. (Abu Syamah, al-Mursyidul Wajiz, m/s. 171)

Kesimpulan:

Sebab penolakan satu-satu qira'at bukanlah kerana ianya daripada khobar ahad, tetapi adalah kerana ia tidak menepati syarat2 qiro'at sahih.

Sila rujuk maksud syadz dalam persoalan syarat2 qiro'at sahih. Secara ringkasnya, riwayat yang syadz, adalah riwayat qiro'at yang bertentangan dengan khabar mutawatir, atau bertentangan dengan apa yang telah tertulis di atas mushaf oleh para pencatat al-Qur'an.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-16899169796079171602010-07-28T09:59:46.158-07:002010-07-28T09:59:46.158-07:00Adakah ini bermakna HT menolak Qiro'at Qunbul ...Adakah ini bermakna HT menolak Qiro'at Qunbul daripada Ibnu Katsir?Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-86338090767308081582010-07-27T23:35:46.234-07:002010-07-27T23:35:46.234-07:001. Kaedah inilah menunjukkan kedudukan dan penjela...1. Kaedah inilah menunjukkan kedudukan dan penjelasan tentang khabar mutawatir penerimaan khabar mutawatir secara mutlak dan penolakan khabar ahad dalam perkara aqidah asas (pentsabitan ayat Al-Quran).

2. Namun dalam penjelasan lain sahabat ra, mengambil hadis dari Aisyah secara sendiri2. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw tentang si Humaira' ini. Namun dalam bab Al-Quran mereka nampaknya tegas menolak si humairah dan riwayatnya. Tidakkah ini menolak kesimpulan saudara di atas "Kalau buat kesimpulan umum, habis hadis Ahad tertolak" Sebenarnya kesimpulan ini tertolak dengan penjelasan di atas.

3. Tentang defisi Al-Quran yg didefinisi oleh Ulama adalah yang datang kemudian setelah faham apa itu yang dilakukan oleh Ijmak Sahabat, sedangkan dalam kes2 riwayat2 Ibnu Masuud tetap mempertahankan Al-Quran Ahadnya.

Sebab itulah saya katakan nas2 saudara kemukakan sebenarnya makin menyokong hujah Hadis Ahad tidak mengandungi unsur Qathei. Wajib beramal dengannya, tidak wajib beritiqad kerana tidak ada 100% keyakinan benar (beyond reasonable doubt). Namun wajib mempercayainya kerana dibuktikan berasaskan ghalabtu Zan.Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-80811002413024823912010-07-27T22:21:31.945-07:002010-07-27T22:21:31.945-07:00Persoalan tersebut adalah dalam konteks penyampaia...Persoalan tersebut adalah dalam konteks penyampaian ayat-ayat al-Qur'an, tidak yang lain. Klu mahu dijadikan persoalan itu kepada kaedah umum, maka apa sahaja yang sampai melalui kaedah ahad, ia akan tertolak.

Asasnya adalah, al-Qur'an itu disampaikan oleh Nabi dalam keadaan mutawatir, bukan ahad. Nabi tidak menyampaikan al-Qur'an dalam keadaan menyendiri, tetapi nabi menyampaikannya dengan mengumpul orang ramai.

Rujuk juga definisi al-Qur'an di dalam kitab-kitab ushul tafsir dan ulumul Qur'an. Iaitu antaranya, al-Qur'an adalah Kalamullah yang disampaikan secara mutawatir, yang ditulis di atas mushaf... (Secara automatik, yang menyendiri (tidak mutawatir apatah lagi yang syazd (bertentangan)) tertolak).

Berbanding/berbeza dengan konteks penyampaian hadis selain al-Qur'an.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-85959013772773444442010-07-27T22:10:20.185-07:002010-07-27T22:10:20.185-07:00Itu penerangan dari sudut hafiz bukan dari sudut A...Itu penerangan dari sudut hafiz bukan dari sudut Aishah, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud yang mana mereka mempunyai pendirian lain dalam masalah ini. Namun percanggahan mereka ini kita tinggalkan kerana kita bergerak atas Ijmak Sahabat yang mutawatir.

1. Penetapan ayat Al-Quran dari perkhabaran mutawatir itu sendiri sebenarnya hujah kuat bahawa asas Aqidah kita iaitu Al-Quran Kallamullah tidak boleh berdiri kecuali dengan dalil Qathei.

2. Kalau kita katakan hadis Ahad itu Qathei, maka kenapa pula ulama' dan Ijmak Sahabat menolaknya, walhal pembawanya mengakui itu ayat Quran yang dia bawa dari Nabi SAW? Tidak lain kerana hadis Ahad itu ditsabit secara ghalbatun Zan (beyond reasonable doubt). Ghalabatun Zan boleh dijadikan hujah tapi tidak Qathei.

3. Inilah yang dimaksudkan ulama usul bila membicarakan masalah Zhan hadis Ahad. Bukan zan versi tafsiran Al-Quran, Zhan di sini adalah istilah khas. (Qathei (ilmu), Zhan (ghalabtul zan), Syak, wahm dan Kazb)

4. Akan kita lihat contoh seterusnya, penolakan ulama keapda beberapa hadis yang taarudh dsbnya.Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-30827836159515811372010-07-27T21:26:43.514-07:002010-07-27T21:26:43.514-07:00al-Hafiz menyebutkan tentang hadis tersebut dengan...al-Hafiz menyebutkan tentang hadis tersebut dengan dua kaedah.

1 - al-Qur'an memang diriwayatkan dan disampaikan secara mutawatir, secara automatik, perkhabaran yang ahad tentang al-Qur'an tertolak. Kerana, apabila satu ayat al-Qur'an turun sahaja, Rasulullah akan mengumpulkan para sahabat dan meperdengarkannya kepada mereka di khalayak ramai. Jadi, apabila ada perkhabaran2 lain tentang ayat al-Qur'an secara menyendiri atau ahad, maka, secara automatik, ianya tertolak.

Dan perkara ini disepakati oleh para ulama, serta dijelaskan di dalam mana-mana kitan 'Ulum al-Qur'an. Dan al-Hafiz menambahkan bahawa penetapan tentang ayat-ayat al-Qur'an adalah dengan khabar mutawatir. Ini adalah kaedah khusus untuk penetapan ayat al-Qur'an (sama ada ayat berkaitan aqidah, hukum, sirah, atau selainnya).

Kaedah ini tidak dijadikan kaedah umum bagi setiap permasalahan, selain ayat al-Qur'an.

2 - al-Hafiz juga turut menjelaskannya dalam konteks syadznya riwayat tersebut.

Wallahu a'lam...Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-2839248447943726142010-07-27T21:18:27.071-07:002010-07-27T21:18:27.071-07:001. Saya sudah faham dengan makna Hadis Syaz, cuma ...1. Saya sudah faham dengan makna Hadis Syaz, cuma saya ingin mengemukakan hujah disebalik itu sahaja Al-Quran itu mutawatir sedangkan hadis Aisyah adalah Ahad, tetapi masa baca itu Aisyah yakin itu Ayat Al-Quran, dakwaannya dia dapat dari Rasulullah (ini hadis marfu' dari Nabi di sisi Aishah ra)

2. bagi kita kita namakan Syaz, tapi bagi Aishah dia adalah tidak syaz dan jelas, dia dapat dari Rasulullah saw.

3. Namun kita menolak riwayat aishah atas alasan bercanggah dengan bacaan mutawatir Al-Quran, maka ini yang saya nak jelaskan Al-Quran sendiri tak boleh dipakai riwayat mutawatir aja, yang ahad tidak diterima. Hatta ada beberapa sahabat yang ada bacaan Ahad ditolak, walaupun tidak diriwayatkan ada percanggahan dengan bacaan mutawatir (yg mutawatirnya tidak ada).

4. Maksud saya gini
4.1 Ayat al-Quran sebut "Hafizu ala solawatil wal solati til wusta" 2:238
4.2 Ayat Al-Quran Aisyah "hafizu ala solawatil wa solatil wusta wal asri"

adakah kenyataan ini bercanggah? Jawapannya tidak kerana kaedah hadis ianya masih boleh dijamak (kompromi). Iaitu menambahkan perkataan ashar.. iaitu gabungan riwayat mutawatir dan Ahad, namun untuk menolaknya ulama kata Syaz terutama bab Al-Quran yang menjadi akidah umat Islam ini.

kenapa Ijmak sahabat menolaknya? kerana riwayat Ahad tidak sampai ke taraf aqidah berbanding dengan riwayat lain. Adapun penerangan konsep hadis syaz kena menang itu adalah penerangan teknikal, pokoknya hadis ahad ini tidak boleh membawa nas untuk memasukkannya menajdi ayat Al-Quran (sumber penting akidah umat Islam).Bicarahartahttps://www.blogger.com/profile/06837653985863432277noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-73400881358580338372010-07-27T21:03:25.575-07:002010-07-27T21:03:25.575-07:00Hadis Syadz (ganjil) ialah hadis yang diriwayatkan...Hadis Syadz (ganjil) ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang dapat dipercayai dan diterima, namun bertentangan dengan riwayat orang yang memiliki darjat ketsiqahan (terpercaya/validiti) yang lebih tinggi, menurut pendapat yang diakui oleh para ahli hadis. (Ibnu Hajar, Syarh Nukhbah, m/s. 13-14. Lihat: al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 16-17, Pustaka Sumayyah)

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:

Perkara ini dijelaskan oleh Ibnush Sholah dalam al-Muqaddimah, m/s. 86, beliau berkata:

“Jika seseorang perawi menyendiri dengan sesuatu, perlu diamati. Jika riwayat tunggalnya bertentangan dengan riwayat orang yang lebih baik dan lebih kuat hafalannya, maka ia tergolong riwayat syadz (ganjil) dan tertolak. Jika riwayat tunggalnya tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan orang lain tetapi hanya dia sendiri yang meriwayatkan, sedang orang lain tidak, maka perlu diamati, adakah perawi tunggal ini kuat hafalannya dan dapat dipercayai, maka diterimalah ia dan jika tidak baik dan tidak kuat hafalannya, maka terputus dan terlempar jauh dari wilayah kesahihan, dan setelah itu berada pada tingkat yang berbeza-beza bersesuaian dengan keadaan. Ertinya, jika perawi tunggal itu tidak jauh dari tingkat (darjat) perawi lain yang kuat hafalan dan diterima kesendiriannya, maka kami golongkan hadis hasan (baik) dan kami tidak menjatuhkannya pada kelompok hadis dhaif (lemah). Tetapi jika tidak, kami golongkan riwayat tunggal itu kepada hadis syazd (ganjil) yang mungkar.

Keganjilan (syadz) ini boleh berlaku pada mata rantai (sanad) atau redaksi hadis (matan). Contoh hadis dari kedua jenis ini banyak sekali yang (insyaAllah) sebahagiannya akan dijelaskan. (al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 17, Pustaka Sumayyah)Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-68302746149866207932010-07-27T21:03:16.044-07:002010-07-27T21:03:16.044-07:00Yang mutawatir adalah tanpa penambahan solat '...Yang mutawatir adalah tanpa penambahan solat 'asar. Dan yang telah tertulis dalam mushaf juga adalah tanpa solat 'asar.

Dan telah mutawatir bahawa tanpa tambahan lafaz solat 'asar. Maka, automatik, lafaz solat 'asar menjadi syadz disebabkan bertentangan dengan riwayat mutawatir. Secara umumnya, hadis yang sahih walaupun ahad, ia adalah diterima, melainkan ianya bertentangan dengan riwayat sahih yang sama taraf atau lebih sahih yang mutawatir.

Sedangkan apa yang diperkatakan oleh 'Aisyah adalah perkhabarannya tanpa ditulis dalam mushaf pada ketika tersebut.

Apa maksud saudara berikut:

---- kalau dikatakan bercanggah mungkin riwayat mutawatir kata "solat zohor" ----

Kita bukan bercakap tentang maksud Wustho, tetapi kita bercakap tentang periwayatan tersebut. Klu mahu bercakap tentang apa yang dimaksudkan dengan wustho, di sana al-Hafiz Ibnu Hajar membawakan pandangan lebih dari 10 pandangan tentang maksud wustho.

Saya harap, saudara fahami terlebih dahulu maksud hadis Syadz.Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-3101615619146036576.post-86825480657978491122010-07-27T21:02:39.807-07:002010-07-27T21:02:39.807-07:00Yang mutawatir adalah tanpa penambahan solat '...Yang mutawatir adalah tanpa penambahan solat 'asar. Dan yang telah tertulis dalam mushaf juga adalah tanpa solat 'asar.

Dan telah mutawatir bahawa tanpa tambahan lafaz solat 'asar. Maka, automatik, lafaz solat 'asar menjadi syadz disebabkan bertentangan dengan riwayat mutawatir. Secara umumnya, hadis yang sahih walaupun ahad, ia adalah diterima, melainkan ianya bertentangan dengan riwayat sahih yang sama taraf atau lebih sahih yang mutawatir.

Sedangkan apa yang diperkatakan oleh 'Aisyah adalah perkhabarannya tanpa ditulis dalam mushaf pada ketika tersebut.

Apa maksud saudara berikut:

---- kalau dikatakan bercanggah mungkin riwayat mutawatir kata "solat zohor" ----

Kita bukan bercakap tentang maksud Wustho, tetapi kita bercakap tentang periwayatan tersebut. Klu mahu bercakap tentang apa yang dimaksudkan dengan wustho, di sana al-Hafiz Ibnu Hajar membawakan pandangan lebih dari 10 pandangan tentang maksud wustho.

Saya harap, saudara fahami terlebih dahulu maksud hadis Syadz:

Hadis Syadz (ganjil) ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang dapat dipercayai dan diterima, namun bertentangan dengan riwayat orang yang memiliki darjat ketsiqahan (terpercaya/validiti) yang lebih tinggi, menurut pendapat yang diakui oleh para ahli hadis. (Ibnu Hajar, Syarh Nukhbah, m/s. 13-14. Lihat: al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 16-17, Pustaka Sumayyah)

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:

Perkara ini dijelaskan oleh Ibnush Sholah dalam al-Muqaddimah, m/s. 86, beliau berkata:

“Jika seseorang perawi menyendiri dengan sesuatu, perlu diamati. Jika riwayat tunggalnya bertentangan dengan riwayat orang yang lebih baik dan lebih kuat hafalannya, maka ia tergolong riwayat syadz (ganjil) dan tertolak. Jika riwayat tunggalnya tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan orang lain tetapi hanya dia sendiri yang meriwayatkan, sedang orang lain tidak, maka perlu diamati, adakah perawi tunggal ini kuat hafalannya dan dapat dipercayai, maka diterimalah ia dan jika tidak baik dan tidak kuat hafalannya, maka terputus dan terlempar jauh dari wilayah kesahihan, dan setelah itu berada pada tingkat yang berbeza-beza bersesuaian dengan keadaan. Ertinya, jika perawi tunggal itu tidak jauh dari tingkat (darjat) perawi lain yang kuat hafalan dan diterima kesendiriannya, maka kami golongkan hadis hasan (baik) dan kami tidak menjatuhkannya pada kelompok hadis dhaif (lemah). Tetapi jika tidak, kami golongkan riwayat tunggal itu kepada hadis syazd (ganjil) yang mungkar.

Keganjilan (syadz) ini boleh berlaku pada mata rantai (sanad) atau redaksi hadis (matan). Contoh hadis dari kedua jenis ini banyak sekali yang (insyaAllah) sebahagiannya akan dijelaskan. (al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 17, Pustaka Sumayyah)Abu Numair Nawawi B. Subandihttps://www.blogger.com/profile/04810800225459029381noreply@blogger.com