Salaam alaikum w.b.t... Hehe, jika sekiranya artikel ini ditujukan kepada jemaah PAS, ketahuilah, PAS tidak menganjurkan untuk memberontak, PAS tidak memerangi kerajaan pun. Kemarahan2 dari orang2 yang tidak memahami (pengikut PAS) tidak bermakna konsep perjuangan PAS.
PAS bertindak mengikut undang2 pemerintah sendiri iaitu memasuki pilihanraya, rakyat yang memilih. Dan PAS bukan seperti khawarij yang berlebih2an (GHULUW) dalam beragama. Tetapi PAS hanya bertindak MENEGUR kerajaan, kerana terlalu banyak korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan. Mungkin penulis artikel ini tidak mengetahui bahawa kerajaan sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh ILLUMINATI.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, ertinya, "Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman."
Antara iman yang paling tinggi adalah berkata benar di hadapan pemerintah. Maka jika kita masih mahu berada dalam kategori iman yang lemah terpulang lah. Hiduplah kita dalam dunia kita sendiri.
Berperang, memberontak banyak bezanya dengan MENEGUR. Semua itu dalam bahasa Melayu yang jelas, kalau kita masih tidak dapat membezakannya lagi, saya nasihatkan kita belajar Bahasa melayu dulu betul2 :)
Perhati maksud hadith ini baik2, “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah”.
Maka kita masih mahu berperang sesama sendiri ke? Tidak belajarkah kita bahawa kita sesama Islam sekarang bertelagah sesama sendiri kerana HUKUM ALLAH tidak tertegak? Maka jika tiada orang yang berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH, kamu mahu melihat dunia ini dipenuhi dengan peperangan dan mala petaka kah? Maka anda bertanggung jawab terhadap semua ini? Tafakkaruu ya ayyuhal ikhwah!
Jika manusia masih ikut ego masing2, membela sistem2 dari barat yang nyata merosakkan rohani dan jasmani, dan sekiranya manusia masih terpukau dengan dunia, masih mahukan harta banyak dan hidup mewah, jangan harap kedamaian mutlak dapat dicapai. Maka kita tiada pilihan lain melainkan berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH sedikit demi sedikit setakat kemampuan kita, wallahu a'lam.
Kita sekarang ini kasihankan pemimpin kita, kasihankan rakyat, kasihankan diri kita sendiri dan keluarga2 kita. Sebab itu kita berusaha sedaya upaya untuk menegur kerajaan yang semakin hari semakin hanyut, ditambah pula dengan telah membuat satu bid'ah terbesar dalam sejarah iaitu Islam Hadhari, astaghfirullah.
Maka teguran2 yang dilemparkan kepada kerajaan adalah kerana kita sayangkan mereka juga, bukan kita bencikan mereka. Kita sudah nampak jalan yang ditunjukkan oleh kerajaan sekarang akan menghanyutkan rakyat, akan menyebabkan kejahilan semakin berleluasa, hiburan dan maksiat bertambah berleluasa, maka senang hati kah kita melihat keadaan tersebut?
Jangan jadi bodoh dengan bertindak memerangi kerajaan, memberontak dan sebagainya, tetapi bertindaklah dengan HUJJAH, kerana ISLAM datang dengan HUJJAH. HuJJAH mesti beserta dengan ilmu yang terang dan nyata bukan beserta dengan ilmu yang membabi buta. Banyak kan lah baca hadith2 akhir zaman, banyakkanlah baca kitab2 muktabar insyaALLAH kita akan nampak dan dapat membezakan mana yang HAK dan mana yang BATHIL. Jangan terus berlagak pandai sedangkan diri kita masih terumbang-ambing lagi.
Marilah kita sama-sama hayati kata2 Saidina Abu Bakar r.a ketika menjadi Khalifah, sahabat terdekat dengan Rasulullah S.a.w
“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”
Kita tengok perjuangan dan dakwah Nabi Musa a.s. walaupun dia dibesarkan oleh Firaun, diberi makan oleh Firaun dari kecil lagi, tetapi mengapa dia belot pada Firaun dan mendakwah beliau? Adakah kerana dia tidak bersyukur?? Fahamilah baik2 konsep syukur dalam Islam, dan ketahuilah bahawa semua rezeki adalah dari ALLAH, bukan dari MAKHLUK!
Nabi Musa a.s pun boleh berdebat dengan Firaun yang sudah membelanya dari kecil, Nabi Musa pun MENEGUR Firaun, maka salahkah kita MENEGUR kerajaan sekarang ini?
OK , kalau ada yang berkata itu Nabi Musa, bagaimana dengan Nabi Muhammad S.a.w. OK now we look, waktu Nabi Muhammad S.a.w menyebarkan Islam, dekat Mekah tu ada ke tidak pemimpin?? Sudah tentu ada, iaitu pembesar-pembesar QURAISY. Maka adakah itu bermakna Muhammad S.a.w telah melawan pemerintah? Telah memberontak dengan menyebarkan ISLAM? Think deeply ya ayyuhal ikhwah.
Memberontak, mengamuk, memerangi , semua itu adalah tindakan manusia2 yang menurut emosi. Seperti mana Iraq dan Iran pernah berperang sesama sendiri. Tetapi wajarlah mereka kerana mereka Ahlus-Sunnah against Syiah. Tetapi kita yang mengaku Ahlus-sunnah semua ni kenapa cuba untuk bertelagah juga? Perhatikan di situ dan fikir-fikirkan lah.
Di harap tiada orang yang mengatakan bahawa konsep perjuangan PAS sekarang adalah seperti puak Khawarij, dan semoga artikel ini tidak bermaksud sedemikian. Cuma saya mahu menegaskan di sini, memberontak, memerangi adalah berbeza sama sekali dengan MENEGUR! Wallahu a'lam. Harap maaf dan jazaakumullahu khoir. Salaam :)
“Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang masih muda umurnya tapi bodoh pemikirannya. Mereka berbicara seperti perkataan manusia yang paling baik. Keimanan mereka tidak melewati tenggorokannya. Mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari buruannya. Di mana saja kalian temui mereka, bunuhlah mereka. Sesungguhnya membunuh mereka akan mendapatkan pahala pada hari kiamat.” (HR. Muslim)
Dan sama2 lah muhasabah diri dan tanamkan rasa cinta kepada AGAMA ISLAM dan mahukan HUKUM ALLAH kembali tertegak. Jangan bersenang lenang melihat HUKUM MANUSIA REKA sendiri bermaharaja lela. Wallahu a'lam :)
maaf, dari cara anda memberi komen, jelas sekali anda tidak membaca keseluruhan artikel dan tidak membaca artikel2 saya yang sebelum ini dalam persoalan adab menegur pemerintah...
Salaam alaikum . Dan saya juga memohon maaf, saya hanya mahu menjelaskan. Kerana banyak artikel dalam internet yang menerangkan tentang Khawarij sebegini tetapi tidak menerangkan dengan detail tentang keadaan di Malaysia. Ini boleh menimbulkan salah faham di kalangan rakyat. Saya harap awak pun faham ya akhi. Jazaakallahu khoiro, teruskan berdakwah, semoga ALLAH memberkati kita semua, amiin :)
Feqah Menukar Pemerintah Di Malaysia Pada hari ini terdapat ramai umat Islam yang kurang memahami feqah Islam namun bermaksud mengikut kitab dan sunnah malangnya tanpa pengetahuan yang mendalam terhadap kaedah usul dan panduan beramal dengan ilmu kitab dan sunnah menyebabkan ramai tergelincir kepada pelbagai fahaman dan pendapat aneh yang bertentangan dengan kemaslahatan Islam dan kepentingan umatnya.
Bagi meringankan masalah yang berlaku penulis berusaha membentangkan pendapat dan membincangkan masalah ini dengan bahasa yang mudah dan mengurangkan penggunaan istilah-istilah usul feqah yang susah sebaliknya hanya memaparkan kaedah penggunaannya semata-mata.
Di dalam Islam, memakan daging khinzir adalah dibolehkan sekalipun terdapat dalil kitab Al-Quran yang melarangnya jika dengan melakukan hal yang demikian dapat menyelamatkan nyawa, mencapai maslahat dan menolak kemudharatan seperti yang turut diperintahkan oleh syarak di dalam kitab dan sunnah.
Allah swt telah berfirman :
قُلْ لا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماً عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَماً مَسْفُوحاً أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقاً أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ "Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145)
Sekiranya kita melihat kepada ayat 173 surah Al-Baqarah, ayat 3 surah Al-Maidah, ayat 115 surah An-Nahl, juga kita akan mendapati kalimah اضطر (keadaan terpaksa dan terdesak) membawakan kepada rukhsoh kebolehan melakukan apa yang diharamkan sekadar yang perlu bagi mencegah mudharat yang jika dirujuk kepada ayat ini membawa maksud mudharat nyawa.
Sekalipun daging khinzir ialah haram dimakan menurut ijmak ulama' dan hal tersebut jelas terdapat di dalam kitab Allah swt namun pada realiti dan situasi semasa yang bertentangan dengan apa yang disebut oleh kitab dan sunnah yang dapat disedari oleh akal yang waras misalnya zaman kita berada ialah ketika sewaktu zaman kemarau dan kelaparan sehingga tiada makanan halal yang dapat dimakan sekalipun itu yang diperintahkan oleh kitab dan sunnah maka apa yang dilarang seperti bangkai dan daging khinzir yang najis diperbolehkan dimakan sekadar darurat demi memelihara apa yang diperintahkan juga iaitu nyawa.
Allah swt telah berfirman :
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ "Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah : 195)
Semua ini melibatkan pesoalan kemampuan kita memahami feqah (kefahaman) Islam khasnya apabila bermuamalah dengan kitab dan sunnah maka kuncinya iaitu ilmu usul feqah menjadi salah satu kemestian sebelum kita berfatwa sesuatu yang bertentangan dengan realiti semasa dan tuntutan syarak.
Maka Islam menjaga maslahat nyawa, harta dan maruah seperti di dalam hadis Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud, dan an-Nasai yang meriwayatkan dari Sa’id bin Zaid, sedangkan lafaznya dalam Tirmidzi menyebutkan : “Aku telah mendengar Rasulullah salallahualaihiwasalam besabda : “Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya, maka dia syahid…hadis ini berdarjat sahih seperti kata Imam At-Tirmidzi hadis ini hasan sahih.
Kemudian di dalam hadis yang sama juga menyebutkan, "barangsiapa terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid”. Di sini kita dikejutkan oleh rasulullah mengenai orang yang mempertahankan keluarganya juga disebutkan sebagai syahid iaitu satu darjat kematian yang tersanggat tinggi selepas para anbiya.
Lantas bagaimana dengan maslahat agama ? Apakah Islam ialah agama yang hanya menjaga maslahat harta ? maslahat keturunan ? maruah ? akal ? keluarga semata-mata dan membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang zalim atau lebih teruk oleh mereka yang kufur kepada kitab dan sunnah itu sendiri ?
Jawapannya ialah tidak, sebaliknya di dalam hadis yang juga sama disebutkan tadi, selepas menyatakan mereka yang terbunuh oleh kerana mempertahankan harta, maka rasululullah salalallahualaihiwasalam turut bersabda : " Barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya, maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid”. Lalu Imam Att-Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan sahih, sedangkan sebahagian lainnya terdapat di dalam sahihain”.
Oleh yang demikian, ketika kita berhadapan dengan hadis sahih yang diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyatakan bahawa rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “ Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadis Sahih, riwayat Muslim no. 1855).
Juga di dalam hadis yang lain menyebutkan sekalipun "dia mengambil harta kamu dan memukul belakang kamu." (lihat dalam Kitab Fathul Qadir pada ayat 113 surah Hud) maka kita sebagai manusia yang berakal dan waras apabila menyedari bahawa situasi semasa dan realiti hari ini yang meletakkan kita ke dalam lurah fitnah apabila kepimpinan dan pemerintah yang berkuasa tidak mahu melaksanakan Islam dan maslahat agama tidak dipenuhi seperti hak-hak Islam berkenaan kekuasaan, dasar perundangan, dasar hubungan luar, sistem ekonomi yang tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah maka atas maslahat dan pembelaan kepada hak Islam adalah diperbolehkan bagi kita menjatuhkan dan menukar kepimpinan yang ada sekarang kepada mereka yang mahu melaksanakannya demi darurat dan maslahat agama.
Tambahan pula, sekiranya kumpulan (parti atau hizbi) yang zalim dan berkuasa di dalam sesebuah Negara atau wilayah tersebut bukanlah sebenarnya Imam umat Islam, bukan pemimpin yang diwajibkan taat dan bukanlah pemilik bai'ah umat Islam namun mereka hanyalah sekumpulan kelompok rakyat yang mendirikan sebuah organisasi yang mempunyai ketua dan majlis kepimpinan dan berkuasa ke atas umat Islam dengan kekerasan (menggunakan askar dan polis), atau mempergunakan sistem-sistem tertentu seperti pilihanraya untuk mendapat kuasa maka lebih wajar lagi bagi kita untuk menjatuhkan mereka serta menumbangkan kezaliman mereka.
Situasi Pemerintahan Menurut Realiti Semasa
Bahkan pada waktu ini, di dalam Negara Malaysia, pemimpin yang berkuasa kepada umat Islam Malaysia yang wajib ditaati oleh mereka jika disuluh di bawah maksud Imam di dalam hadis-hadis yang berkait pemimpin maka kita akan mendapati yang dimaksudkan oleh syarak dan disepakati oleh realiti ialah Yang Dipertuan Agong yang merupakan salah seorang raja-raja bagi negeri-negeri tanah Melayu yang dipilih setiap 5 tahun.
Ini dibuktikan oleh Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyebutkan :
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Negeri Terengganu.
Berdasarkan kenyataan di atas, wajarlah disedari oleh mereka yang berakal bahawa perbuatan menyertai pilihanraya dan menukar badan Esekutif serta menukar ganti mana-mana pegawai kerajaan yang menyeleweng, berlaku zalim, pecah amanah serta buruk perangai langsung tidak membawa sebarang makna pertentangan atau membawa maksud menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong sekalipun pada luaran dan daripada sudut istiadat para pegawai seperti Perdana Menteri, Majlis Menteri melakukan tindakan mereka menggunakan nama Yang Dipertuan Agong namun secara hakikat dan realitinya mereka bekerja dan bertindak di dalam pentadbiran sebagai mewakili rakyat dan bertindak di atas nama rakyat melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lebih jujur dan amanah kita sebutkan para Menteri dan Perdana Menteri yang memerintah ialah dengan mewakili Parti mereka dan para penyokong mereka yang membuatkan mereka menang di dalam pilihanraya.
Melalui Perlembagaan juga kita kini jelas bahawa ulil amri dan pemimpin di Persekutuan Malaysia bagi umat Islam yang mesti ditaati ialah Yang Dipertuan Agong dan raja-raja Melayu yang boleh dipanggil sebagai imam, khalifah dan amir umat Islam di tanah Melayu.
Maksud Imam, Khalifah dan Amir ialah sama pada makna Syarak iaitu penganti rasulullah di dalam menjaga urusan agama dan urusan umat Islam. (lihat pada ta'rif imam yang boleh didapati di dalam kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah oleh Al-Mawardi hal.5, Aqa'id Al-Nasafiyah di hal. 179)
Seperti kata Imam An-Nawawi ra ; "Harus dipanggil kepada imam (pemerintah) dengan panggilan khalifah atau Imam atau Amirul Mukminin." (lihat di dalam Kitab Raudatu Tolibin hal.49 Jilid 10)
Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).
Baginda Yang Dipertuan Agong, merupakan pemimpin umat Islam Malaysia yang wajib ditaati dan diberi wala' serta tidak boleh digulingkan atau ditentang selama baginda melaksanakan hak-hak Islam dan memenuhi kewajipan pemerintah semampu baginda. Realiti kita mendapati Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja melayu setakat ini sentiasa peka dan menjaga hak-hak Melayu dan umat Islam semampu mereka selama dalam bidang kuasa mereka yang sangat terhad akibat oleh pembahagian kuasa oleh sistem Demokrasi sejak tanah Melayu dijajah oleh Penjajah British.
Sekalipun Yang Dipertuan Agong atau raja-raja yang merupakan imam dan amir bagi umat Islam di Malaysia tidak bersetuju atau tidak suka kepada Perdana menteri dan majlis menterinya serta segala perbuatan mereka namun disebabkan oleh proses demokrasi, segala raja-raja dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa terhadap hal ini disebabkan kuasa mereka dihilangkan oleh sistem demokrasi.
Ini terdapat dalam Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.
(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.
(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.
(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.

Hakikatnya pentadbiran Negara tidak dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang merupakan imam dan pemimpin yang wajib ditaati oleh kita sebaliknya pentadbiran Negara Malaysia dijalankan oleh kuasa Eksekutif iaitu Majlis Menteri (Kabinet Menteri) yang merupakan pemerintah di Malaysia setelah mereka dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya serta Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihanraya atau melalui perlantikan Negeri seperti Dewan Negara bagi membuat Rang Undang-Undang.
Jika diteliti Perlembagaan Persekutuan kita akan dapati bahawa Bab 3 ada memperuntukkan mengenai badan Eksekutif.
Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.
Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.
Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
- sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Secara kasar menjelaskan bahawa kuasa eksekutif kini boleh dijalankan oleh jemaah Menteri atau Menteri Kabinet yang dilantik. Tetapi pada setiap ketika mereka melaksanakan kuasa itu mereka melaksanakan di atas nama 'Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong' baik apakah perbuatan mereka terhadap rakyat diperkenan atau tidak oleh Yang Dipertuan Agong secara peribadi atau tidak mereka tetap berkuasa melaksanakan di atas nama baginda selama mereka menduduki jawatan.
Lalu sistem dekorasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memerintah dan menukar pemimpin iaitu menukar ganti kuasa Eksekutif para Menteri dan Perdana Menteri maka rakyatlah yang wajib dan berhak menukar mana-mana pemimpin yang tidak layak dan tidak berhak menduduki jawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri setelah terbukti mereka zalim, tidak amanah, serta gagal menjalankan kewajipan mereka.
Perbuatan menyertai pilihanraya, mengundi serta menukar kepimpinan Negara langsung sama sekali tidak menunjukkan apa-apa tanda derhaka dan keluar daripada ketaatan terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja yang merupakan Imam dan pemimpin umat Islam di Malaysia bahkan itulah tanda sokongan kita dan tanda kerjasama di dalam apa yang disebutkan oleh Allah swt sebagai " Kerjasama di atas kebaikan dan taqwa."
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil-haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Maidah : 2)
Rakyat berperanan menukar Majlis Eksekutif yang mentadbir Negara melalui pilihanraya sehingga membolehkan wakil-wakil mereka yang memenangi pilihanraya tersebut menduduki Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta kelompok yang mencintai kebenaran dan berhasrat menunaikan hak-hak Islam sekiranya menang di dalam pilihanraya tersebut boleh menunaikan hasrat mereka setelah menubuhkan kerajaan baru dengan menjalankan segala dasar yang mereka inginkan di atas nama Yang Dipertuan Agong.
Oleh yang demikian perlulah difahami sekali lagi, baik parti (kelompok) rakyat yang sekuler yang memerintah Negara atau kelompok (parti) rakyat yang mencintai Islam dan ingin memperjuangkan hak-haknya yang memerintah Negara maka mereka kedua-duanya apabila menduduki jawatan Menteri dan Majlis Esekutif semuanya menjalankan kerja mereka di atas nama Yang Dipertuan Agong.
Sebagai rakyat yang bijak, kita harus memahami bahawa sekiranya kita memilih parti pembangkang untuk diberi undi sewaktu pilihanraya dan kemudian mereka menjadi kerajaan maka mereka turut bertugas sebagai wakil Yang Dipertuan Agong sama seperti parti yang memerintah sekarang. Oleh itu hendaklah kita menghentikan tuduhan, fitnah serta pelbagai lagi salah faham bahawa sesiapa yang melawan parti yang memerintah atau ingin menjatuhkan badan eksekutif melalui pilihanraya sebagai khawarij dan pemberontak.
Juga perlulah kita jangan menjadi tersangat dunggu apabila mengeluarkan fatwa-fatwa aneh supaya rakyat tetap taat kepada kerajaan yang zalim kerana itu bukanlah perintah daripada kitab dan sunnah sebaliknya merupakan daripada kejahilan diri kita sendiri.
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah : 124)
Diriwayatkan dari Mujahid ra pada tafsir ayat ini ialah akan katanya ; "Sesungguhnya Allah swt mengehendaki agar orang yang zalim itu tidak menjadi Imam.." (lihat hal ini di dalam Ahkam Al-Quran lil Jasos m/s 69 jilid 1)
Maka berkata Imam Fakhr Razi ra di dalam kitabnya Tafsir Al-Kabir bahawa telah berhujah para ulama melalui ayat ini akan larangan memberikan jawatan kepimpinan kepada orang yan fasiq dan demikian juga pendapat yang dikemukakan oleh Imam As-Syaukani ra di dalam Fathul Qadir.
Peluang berjumpa dan belajar dengan Al-Fadhil Syeikh Dr Abdullah bin Umar Ad-Domaiji pengarang Kitab Al-Imamah Al-Uzma disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang juga merupakan mantan Ketua Jabatan Usuluddin, Universiti Ummul Qura Mekah Al-Mukarramah telah memberikan penulis satu pandangan baru terhadap feqah siyasah (politik) Islam menurut ahlul sunnah wal jamaah.
Mengenai persoalan mengangkat kepimpinan Negara maka para ulama melarang kita daripada mengangkat pemimpin yang fasiq apatah lagi para pemimpin yang zalim, jahat dan benci kepada Islam. Al-Imam Qurtubi ra berkata ; "Tidak ada khilaf di kalangan ulama pada larangan mengangkat kepimpinan kepada orang yang fasiq." (Jami lil Ahkam Al-Quran hal. 270 Jilid 1dan lihat Siyasah Syar'iyah oleh Imam Ibn Taimiyyah hal. 21)
Setelah pembubaran Parlimen, maka pilihanraya akan ditetapkan oleh majlis Suruhanjaya Pilihanraya sewaktu itu kerajaan akan dibubarkan dan kepimpinan negara hanya akan terbina kembali melalui keputusan pilihanraya. Oleh yang demikian maka wajib bagi rakyat memilih wakil-wakil mereka yang berakhlak baik dan beramal dengan amal Islam. Haram memilih para calon yang tidak berakhlak, tidak beramal kepada Islam serta berdosa memilih mereka yang fasiq dan merupakan bekas-bekas pemimpin yang zalim yang tidak bertaubat.
Oleh itu perlulah rakyat Malaysia memahami bahawa memilih calon yang beramal untuk Islam, berakhlak baik sekalipun dengan demikian menyebabkan calon-calon daripada parti yang pernah memerintah tertolak serta bahkan mengenepikan bekas-bekas pemimpin Negara bukanlah merupakan dosa bahkan menjadi kewajipan sekiranya ternyata bekas-bekas pemimpin Negara yang menjadi calon itu jahat dan fasiq serta zalim.
Apabila berlaku pembubaran parlimen seluruh menteri-menteri menjadi rakyat biasa dan taraf mereka sebagai pemimpin dicabut sehingga berlaku pilihanraya dan kerajaan baru akan terbentuk. Di waktu tersebutlah rakyat berhak menukar dan mengantikan mana-mana pemimpin yang dirasakan zalim, gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan calon yang baru, bersih dan amanah.
Pemecatan Pemerintah daripada jawatannya disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah
Imam wajib ditaati di sisi ahlul sunnah wal jamaah dan hal ini jelas berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak di dalam kitab dan sunnah. Mentaati mereka, memenuhi hak-hak mereka merupakan kewajipan yang mesti dipenuhi seperti yang diperintahkan oleh Allah dan rasul. Tetapi terdapat situasi yang agung dan penting yang memberi kesan besar kepada kehidupan umat Islam dalam hal dunia dan agama yang menjurus kepada darurat dan membawa keperluan untuk menukar dan menjatuhkan Imam atau pemerintah. Hal-hal ini ada yang merupakan perkara yang disepakti oleh para ulama dan ada yang menjadi khilaf di kalangan mereka. (lihat Kitab Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji, hal. 468)
Hal-hal yang membolehkan Imam dan Khalifah (pemerintah) umat Islam dijatuhkan dapat diringkaskan oleh penulis kepada perkara berikut :
Pertama : Kafir atau murtad daripada Islam
Telah disebutkan di dalam surah An-Nisa ayat 141 yang bermaksud : "Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman."
Juga apa yang disebutkan oleh hadis Ubadah ibn Somit ra berkenaan mencabut ketaatan apabila melihat kufur bawa'ah, hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Kedua : Meninggalkan Solat dan Seruan kepadanya
Menjadi ijmak ulama Islam bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat menjadi kafir disisi ahlul sunnah wal jamaah. Diriwayatkan bahawa telah berkata Qadhi Iyad ra mengenai ijmak ulama' ke atas penguguran Imam di sebabkan meninggalkan solat dan seruan kepadanya. (lihat di dalam Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi m/s 229 jilid 12)
Ketiga : Meninggalkan berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah swt
Ini berdasarkan dalil daripada ayat Al-Quran di dalam surah Al-Maidah ayat 44,45,47 dan pelbagai lagi serta apa yang jelas disebutkan oleh baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dari Anas ibn Malik ra yang bermaksud : "Dengar dan taatlah kamu sekalipun yang berkuasa ke atas kamu ialah hamba habsyi yang kepalanya seperti tamar selama dia menegakkan di atas kamu kitab Allah." Hadis ini sahih dikeluarkan oleh Bukhari dan Ahmad serta Nasaie.
Demikian pelbagai lagi hadis-hadis yang menyebut perihal ketaatan kepada pemimpin tidaklah membawa maksud ketaatan buta tetapi selama mereka berpegang kepada kitab Allah swt seperti yang dapat dibaca di dalam hadis riwayat Umm Husoin ra daripada jalan Muslim yang turut menyebutkan : "Selama dia menegakkan ke atas kamu kitab Allah." Juga dikeluarkan oleh Tirmidzi dan Nasaie.
Adapun perkara yang seterusnya menjadi khilaf kepada sebahagian ulama di antara yang berpendapat perlu menjatuhkan pemerintah secara mutlak dan ada yang mengatakan tidak menjatuhkannya.
Iaitu yang Ke-empat : Menjadi Fasiq, zalim dan perlaku bid'ah
Qadhi Iyad ra berkata bahawa ; " Jumhur ahlul sunnah daripada fuqaha dan muhaddisin serta mutakalimin berpendapat tidak boleh menjatuhkan Imam yang fasiq dan zalim serta haram keluar daripada ketaatan kepadanya…" (Lihat Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi)
Sekalipun begitu semua ulama bersepakat bahawa tidak boleh mengangkat pemerintah yang zalim dan fasiq sebagai pemimpin sekiranya belum ada pemimpin namun setelah diangkat pemimpin yang tidak fasiq dan tidak zalim kemudian dia bertukar menjadi zalim dan fasiq setelah memimpin maka inilah yang ditegah oleh para ulama untuk tidak keluar dan tidak memberontak ke atas mereka .
Kesimpulan
Penulisan ini mengajak para rakyat Malaysia kepada feqah politik yang matang serta memahami situasi semasa dan menggunakan kitab Allah swt dan sunnah rasulullah di tempat yang hak serta menuju maksud yang benar.
Bukan menjadi hasrat penulis untuk membincangkan apakah kaedah menjatuhkan pemerintah ? Hukum demokrasi dan pilihanraya ? Hukum bekerjasama dengan parti politik berbeza agama ? Apakah pilihanraya wajib atau tidak ? Siapa yang perlu di undi oleh anda disisi syarak sewaktu pilihanraya ? dan pelbagai lagi isu.
Kesemua persoalan tadi memerlukan topik yang lain, isu dan perbincangan yang lain, rujukan kitab dan penyertaan pelbagai pendapat dan campur tangan dari pelbagai ulama' serta mereka-mereka yang lebih mahir serta di waktu yang lain bukan pada kesempatan penulis kali ini yang terhad.
Harapan penulis setelah membaca penulisan yang diketengahkan ialah pembaca memahami bahawa siapakah pemerintah dan Imam bagi umat Islam yang sebenar di Malaysia, apakah dibolehkan kita menjatuhkan Majlis Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya ? Hak rakyat untuk melantik dan memilih pemimpin. Moga-moga melalui pemahaman yang benar dapat membuatkan nasib rakyat Malaysia lebih terbela dan Islam serta hak-haknya yang perlu dipelihara dapat dibela oleh kita.
Segala puji hanyalah bagi Allah swt
Emran ahmad Guru Agama di bawah Yayasan Kebajikan Nusantara
Rujukan
1. Al-Quran dan Sunnah 2. Kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah, Imam Mawardi 3. Kitab Siyasah Syar'iyah, Imam Ibn Taimiyyah 4. Kitab Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi 5. Kitab Al-Imamah Al-Uzma, Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji 6. Fiqh Daulah, Dr Yusof Al-Qaradhawi 7. Wikipedia.com 8. Perlembagaan Negara
kesimpulan drp dr danial zainal abidin, maszlee malik, ust hasrizal abdul jamil, THTL, dan beberapa panel fiqh al-ahkam.net => pembangkang bukan khawarij, boleh ambil wasilah pilihanraya utk melawan BN
Maaf, hukum Islam tidak harus dibatasi dengan demokrasi.
Jika anda berpendapat begitu, ini bermakna anda redha dan mendahulukan dgn demokrasi mengatasi hukum Allah.
sehingga apakah jika perlembagaan membenarkan kita minum arak, maka kita harus mengambil arak, sedangkan agama kita mengharamkan. begitu jugalah halnya, agama mengharamkan mencela penguasa, maka sekiranya ada undang2 mbenarkan sekalipun, maka, agama is the first.
Manakala pembangkang pula turut membelakangkan hukum Allah dari sudut adab-adab berinteraksi kepada pemerintah.
Adakah perbuatan membuat provokasi dan mencaci-maki pemerintah itu adalah dari syi'ar Islam (hukum Allah)?
Kita wajar bermuhasabah... Kita sedia maklum, pemimpin kita adalah manusia yang terdiri dari banyak kebarangkalian, sama ada dia jahil atau sebagainya.
Tugas kita bukan terus mencaci makinya. Tetapi, tugas kita adalah mengambil dan memperaktikkan sebagaimana apa yg ditunjukkan oleh wahyu. Adakah kita tidak beriman dengannya? Apakah kita sudah bosan utk berpegang dengannya? Adakah kita berputus-asa dan hilang keyakinan terhadap hukum2 Allah dalam bermu'amalah terhadap pemerintah tersebut?
Salaam alaikum w.b.t... Hehe, jika sekiranya artikel ini ditujukan kepada jemaah PAS, ketahuilah, PAS tidak menganjurkan untuk memberontak, PAS tidak memerangi kerajaan pun. Kemarahan2 dari orang2 yang tidak memahami (pengikut PAS) tidak bermakna konsep perjuangan PAS.
ReplyDeletePAS bertindak mengikut undang2 pemerintah sendiri iaitu memasuki pilihanraya, rakyat yang memilih. Dan PAS bukan seperti khawarij yang berlebih2an (GHULUW) dalam beragama. Tetapi PAS hanya bertindak MENEGUR kerajaan, kerana terlalu banyak korupsi dan penyelewengan dalam kerajaan. Mungkin penulis artikel ini tidak mengetahui bahawa kerajaan sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh ILLUMINATI.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda, ertinya,
"Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran maka hendaknya dia mengubah dengan tangannya. Jika tidak mampu maka hendaklah dia mengubah dengan lisannya. Dan jika tidak mampu juga, maka hendaknya mengingkari dengan hatinya, dan itu adalah selemah-lemah iman."
Antara iman yang paling tinggi adalah berkata benar di hadapan pemerintah. Maka jika kita masih mahu berada dalam kategori iman yang lemah terpulang lah. Hiduplah kita dalam dunia kita sendiri.
Berperang, memberontak banyak bezanya dengan MENEGUR. Semua itu dalam bahasa Melayu yang jelas, kalau kita masih tidak dapat membezakannya lagi, saya nasihatkan kita belajar Bahasa melayu dulu betul2 :)
Perhati maksud hadith ini baik2, “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah”.
Maka kita masih mahu berperang sesama sendiri ke? Tidak belajarkah kita bahawa kita sesama Islam sekarang bertelagah sesama sendiri kerana HUKUM ALLAH tidak tertegak? Maka jika tiada orang yang berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH, kamu mahu melihat dunia ini dipenuhi dengan peperangan dan mala petaka kah? Maka anda bertanggung jawab terhadap semua ini? Tafakkaruu ya ayyuhal ikhwah!
Jika manusia masih ikut ego masing2, membela sistem2 dari barat yang nyata merosakkan rohani dan jasmani, dan sekiranya manusia masih terpukau dengan dunia, masih mahukan harta banyak dan hidup mewah, jangan harap kedamaian mutlak dapat dicapai. Maka kita tiada pilihan lain melainkan berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH sedikit demi sedikit setakat kemampuan kita, wallahu a'lam.
Tambahan lanjut
Kita sekarang ini kasihankan pemimpin kita, kasihankan rakyat, kasihankan diri kita sendiri dan keluarga2 kita. Sebab itu kita berusaha sedaya upaya untuk menegur kerajaan yang semakin hari semakin hanyut, ditambah pula dengan telah membuat satu bid'ah terbesar dalam sejarah iaitu Islam Hadhari, astaghfirullah.
ReplyDeleteMaka teguran2 yang dilemparkan kepada kerajaan adalah kerana kita sayangkan mereka juga, bukan kita bencikan mereka. Kita sudah nampak jalan yang ditunjukkan oleh kerajaan sekarang akan menghanyutkan rakyat, akan menyebabkan kejahilan semakin berleluasa, hiburan dan maksiat bertambah berleluasa, maka senang hati kah kita melihat keadaan tersebut?
Jangan jadi bodoh dengan bertindak memerangi kerajaan, memberontak dan sebagainya, tetapi bertindaklah dengan HUJJAH, kerana ISLAM datang dengan HUJJAH. HuJJAH mesti beserta dengan ilmu yang terang dan nyata bukan beserta dengan ilmu yang membabi buta. Banyak kan lah baca hadith2 akhir zaman, banyakkanlah baca kitab2 muktabar insyaALLAH kita akan nampak dan dapat membezakan mana yang HAK dan mana yang BATHIL. Jangan terus berlagak pandai sedangkan diri kita masih terumbang-ambing lagi.
Marilah kita sama-sama hayati kata2 Saidina Abu Bakar r.a ketika menjadi Khalifah, sahabat terdekat dengan Rasulullah S.a.w
“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”
Kita tengok perjuangan dan dakwah Nabi Musa a.s. walaupun dia dibesarkan oleh Firaun, diberi makan oleh Firaun dari kecil lagi, tetapi mengapa dia belot pada Firaun dan mendakwah beliau? Adakah kerana dia tidak bersyukur?? Fahamilah baik2 konsep syukur dalam Islam, dan ketahuilah bahawa semua rezeki adalah dari ALLAH, bukan dari MAKHLUK!
ReplyDeleteNabi Musa a.s pun boleh berdebat dengan Firaun yang sudah membelanya dari kecil, Nabi Musa pun MENEGUR Firaun, maka salahkah kita MENEGUR kerajaan sekarang ini?
OK , kalau ada yang berkata itu Nabi Musa, bagaimana dengan Nabi Muhammad S.a.w. OK now we look, waktu Nabi Muhammad S.a.w menyebarkan Islam, dekat Mekah tu ada ke tidak pemimpin?? Sudah tentu ada, iaitu pembesar-pembesar QURAISY. Maka adakah itu bermakna Muhammad S.a.w telah melawan pemerintah? Telah memberontak dengan menyebarkan ISLAM? Think deeply ya ayyuhal ikhwah.
Memberontak, mengamuk, memerangi , semua itu adalah tindakan manusia2 yang menurut emosi. Seperti mana Iraq dan Iran pernah berperang sesama sendiri. Tetapi wajarlah mereka kerana mereka Ahlus-Sunnah against Syiah. Tetapi kita yang mengaku Ahlus-sunnah semua ni kenapa cuba untuk bertelagah juga? Perhatikan di situ dan fikir-fikirkan lah.
Di harap tiada orang yang mengatakan bahawa konsep perjuangan PAS sekarang adalah seperti puak Khawarij, dan semoga artikel ini tidak bermaksud sedemikian. Cuma saya mahu menegaskan di sini, memberontak, memerangi adalah berbeza sama sekali dengan MENEGUR! Wallahu a'lam. Harap maaf dan jazaakumullahu khoir. Salaam :)
Semoga kita sama2 takut dengan hadith ini
ReplyDelete“Akan keluar di akhir zaman, suatu kaum yang masih muda umurnya tapi bodoh pemikirannya. Mereka berbicara seperti perkataan manusia yang paling baik. Keimanan mereka tidak melewati tenggorokannya. Mereka keluar dari agama ini seperti keluarnya anak panah dari buruannya. Di mana saja kalian temui mereka, bunuhlah mereka. Sesungguhnya membunuh mereka akan mendapatkan pahala pada hari kiamat.” (HR. Muslim)
Dan sama2 lah muhasabah diri dan tanamkan rasa cinta kepada AGAMA ISLAM dan mahukan HUKUM ALLAH kembali tertegak. Jangan bersenang lenang melihat HUKUM MANUSIA REKA sendiri bermaharaja lela. Wallahu a'lam :)
wa 'alaikumussalam,
ReplyDeletemaaf, dari cara anda memberi komen, jelas sekali anda tidak membaca keseluruhan artikel dan tidak membaca artikel2 saya yang sebelum ini dalam persoalan adab menegur pemerintah...
sekian
- Nawawi.
Salaam alaikum . Dan saya juga memohon maaf, saya hanya mahu menjelaskan. Kerana banyak artikel dalam internet yang menerangkan tentang Khawarij sebegini tetapi tidak menerangkan dengan detail tentang keadaan di Malaysia. Ini boleh menimbulkan salah faham di kalangan rakyat. Saya harap awak pun faham ya akhi. Jazaakallahu khoiro, teruskan berdakwah, semoga ALLAH memberkati kita semua, amiin :)
ReplyDeleteFeqah Menukar Pemerintah Di Malaysia
ReplyDeletePada hari ini terdapat ramai umat Islam yang kurang memahami feqah Islam namun bermaksud mengikut kitab dan sunnah malangnya tanpa pengetahuan yang mendalam terhadap kaedah usul dan panduan beramal dengan ilmu kitab dan sunnah menyebabkan ramai tergelincir kepada pelbagai fahaman dan pendapat aneh yang bertentangan dengan kemaslahatan Islam dan kepentingan umatnya.
Bagi meringankan masalah yang berlaku penulis berusaha membentangkan pendapat dan membincangkan masalah ini dengan bahasa yang mudah dan mengurangkan penggunaan istilah-istilah usul feqah yang susah sebaliknya hanya memaparkan kaedah penggunaannya semata-mata.
Di dalam Islam, memakan daging khinzir adalah dibolehkan sekalipun terdapat dalil kitab Al-Quran yang melarangnya jika dengan melakukan hal yang demikian dapat menyelamatkan nyawa, mencapai maslahat dan menolak kemudharatan seperti yang turut diperintahkan oleh syarak di dalam kitab dan sunnah.
Allah swt telah berfirman :
قُلْ لا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّماً عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَماً مَسْفُوحاً أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقاً أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
"Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging babi - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145)
Sekiranya kita melihat kepada ayat 173 surah Al-Baqarah, ayat 3 surah Al-Maidah, ayat 115 surah An-Nahl, juga kita akan mendapati kalimah اضطر (keadaan terpaksa dan terdesak) membawakan kepada rukhsoh kebolehan melakukan apa yang diharamkan sekadar yang perlu bagi mencegah mudharat yang jika dirujuk kepada ayat ini membawa maksud mudharat nyawa.
Sekalipun daging khinzir ialah haram dimakan menurut ijmak ulama' dan hal tersebut jelas terdapat di dalam kitab Allah swt namun pada realiti dan situasi semasa yang bertentangan dengan apa yang disebut oleh kitab dan sunnah yang dapat disedari oleh akal yang waras misalnya zaman kita berada ialah ketika sewaktu zaman kemarau dan kelaparan sehingga tiada makanan halal yang dapat dimakan sekalipun itu yang diperintahkan oleh kitab dan sunnah maka apa yang dilarang seperti bangkai dan daging khinzir yang najis diperbolehkan dimakan sekadar darurat demi memelihara apa yang diperintahkan juga iaitu nyawa.
Allah swt telah berfirman :
وَأَنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ وَأَحْسِنُوا إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
"Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik." (Al-Baqarah : 195)
Semua ini melibatkan pesoalan kemampuan kita memahami feqah (kefahaman) Islam khasnya apabila bermuamalah dengan kitab dan sunnah maka kuncinya iaitu ilmu usul feqah menjadi salah satu kemestian sebelum kita berfatwa sesuatu yang bertentangan dengan realiti semasa dan tuntutan syarak.
Maka Islam menjaga maslahat nyawa, harta dan maruah seperti di dalam hadis Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Abu Daud, dan an-Nasai yang meriwayatkan dari Sa’id bin Zaid, sedangkan lafaznya dalam Tirmidzi menyebutkan : “Aku telah mendengar Rasulullah salallahualaihiwasalam besabda : “Barangsiapa yang terbunuh kerana hartanya, maka dia syahid…hadis ini berdarjat sahih seperti kata Imam At-Tirmidzi hadis ini hasan sahih.
Kemudian di dalam hadis yang sama juga menyebutkan, "barangsiapa terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid”. Di sini kita dikejutkan oleh rasulullah mengenai orang yang mempertahankan keluarganya juga disebutkan sebagai syahid iaitu satu darjat kematian yang tersanggat tinggi selepas para anbiya.
Lantas bagaimana dengan maslahat agama ? Apakah Islam ialah agama yang hanya menjaga maslahat harta ? maslahat keturunan ? maruah ? akal ? keluarga semata-mata dan membiarkan agama dipermainkan oleh mereka yang zalim atau lebih teruk oleh mereka yang kufur kepada kitab dan sunnah itu sendiri ?
Jawapannya ialah tidak, sebaliknya di dalam hadis yang juga sama disebutkan tadi, selepas menyatakan mereka yang terbunuh oleh kerana mempertahankan harta, maka rasululullah salalallahualaihiwasalam turut bersabda : " Barangsiapa yang terbunuh kerana agamanya, maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana darahnya maka dia syahid, barangsiapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, maka dia syahid”. Lalu Imam Att-Tirmidzi berkata: “Hadis ini hasan sahih, sedangkan sebahagian lainnya terdapat di dalam sahihain”.
Oleh yang demikian, ketika kita berhadapan dengan hadis sahih yang diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang menyatakan bahawa rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : “ Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadis Sahih, riwayat Muslim no. 1855).
Juga di dalam hadis yang lain menyebutkan sekalipun "dia mengambil harta kamu dan memukul belakang kamu." (lihat dalam Kitab Fathul Qadir pada ayat 113 surah Hud) maka kita sebagai manusia yang berakal dan waras apabila menyedari bahawa situasi semasa dan realiti hari ini yang meletakkan kita ke dalam lurah fitnah apabila kepimpinan dan pemerintah yang berkuasa tidak mahu melaksanakan Islam dan maslahat agama tidak dipenuhi seperti hak-hak Islam berkenaan kekuasaan, dasar perundangan, dasar hubungan luar, sistem ekonomi yang tidak berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah maka atas maslahat dan pembelaan kepada hak Islam adalah diperbolehkan bagi kita menjatuhkan dan menukar kepimpinan yang ada sekarang kepada mereka yang mahu melaksanakannya demi darurat dan maslahat agama.
Tambahan pula, sekiranya kumpulan (parti atau hizbi) yang zalim dan berkuasa di dalam sesebuah Negara atau wilayah tersebut bukanlah sebenarnya Imam umat Islam, bukan pemimpin yang diwajibkan taat dan bukanlah pemilik bai'ah umat Islam namun mereka hanyalah sekumpulan kelompok rakyat yang mendirikan sebuah organisasi yang mempunyai ketua dan majlis kepimpinan dan berkuasa ke atas umat Islam dengan kekerasan (menggunakan askar dan polis), atau mempergunakan sistem-sistem tertentu seperti pilihanraya untuk mendapat kuasa maka lebih wajar lagi bagi kita untuk menjatuhkan mereka serta menumbangkan kezaliman mereka.
Situasi Pemerintahan Menurut Realiti Semasa
Bahkan pada waktu ini, di dalam Negara Malaysia, pemimpin yang berkuasa kepada umat Islam Malaysia yang wajib ditaati oleh mereka jika disuluh di bawah maksud Imam di dalam hadis-hadis yang berkait pemimpin maka kita akan mendapati yang dimaksudkan oleh syarak dan disepakati oleh realiti ialah Yang Dipertuan Agong yang merupakan salah seorang raja-raja bagi negeri-negeri tanah Melayu yang dipilih setiap 5 tahun.
Ini dibuktikan oleh Perkara 3 Perlembagaan Malaysia yang menyebutkan :
(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Gelaran Yang di-Pertuan Agong merupakan gelaran rasmi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Oleh sebab Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong kebanyakannya hanyalah sebagai istiadat. Perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa kuasa eksekutif, secara teorinya di bawah kuasa ketua negeri, dilaksanakan oleh (atau dengan nasihat) Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri.
Yang di-Pertuan Agong sekarang ialah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni AlMarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj dari Negeri Terengganu.
Berdasarkan kenyataan di atas, wajarlah disedari oleh mereka yang berakal bahawa perbuatan menyertai pilihanraya dan menukar badan Esekutif serta menukar ganti mana-mana pegawai kerajaan yang menyeleweng, berlaku zalim, pecah amanah serta buruk perangai langsung tidak membawa sebarang makna pertentangan atau membawa maksud menderhaka kepada Yang Dipertuan Agong sekalipun pada luaran dan daripada sudut istiadat para pegawai seperti Perdana Menteri, Majlis Menteri melakukan tindakan mereka menggunakan nama Yang Dipertuan Agong namun secara hakikat dan realitinya mereka bekerja dan bertindak di dalam pentadbiran sebagai mewakili rakyat dan bertindak di atas nama rakyat melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang lebih jujur dan amanah kita sebutkan para Menteri dan Perdana Menteri yang memerintah ialah dengan mewakili Parti mereka dan para penyokong mereka yang membuatkan mereka menang di dalam pilihanraya.
Melalui Perlembagaan juga kita kini jelas bahawa ulil amri dan pemimpin di Persekutuan Malaysia bagi umat Islam yang mesti ditaati ialah Yang Dipertuan Agong dan raja-raja Melayu yang boleh dipanggil sebagai imam, khalifah dan amir umat Islam di tanah Melayu.
Maksud Imam, Khalifah dan Amir ialah sama pada makna Syarak iaitu penganti rasulullah di dalam menjaga urusan agama dan urusan umat Islam. (lihat pada ta'rif imam yang boleh didapati di dalam kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah oleh Al-Mawardi hal.5, Aqa'id Al-Nasafiyah di hal. 179)
Seperti kata Imam An-Nawawi ra ; "Harus dipanggil kepada imam (pemerintah) dengan panggilan khalifah atau Imam atau Amirul Mukminin." (lihat di dalam Kitab Raudatu Tolibin hal.49 Jilid 10)
Diriwayatkan dari Auf bin Malik ra yang rasulullah salallahualaihiwasalam bersabda : “Hendaklah sesiapa yang dibawah kepimpinan pemerintah dan dia melihat pemimpinnya melakukan maksiat maka hendaklah dibenci apa yang dilakukan oleh pemimpin itu dari maksiatnya namun jangan sekali-kali mencabut tangannya dari ketaatan kepada pemimpin itu” (Hadith Sahih, riwayat Muslim no. 1855).
Baginda Yang Dipertuan Agong, merupakan pemimpin umat Islam Malaysia yang wajib ditaati dan diberi wala' serta tidak boleh digulingkan atau ditentang selama baginda melaksanakan hak-hak Islam dan memenuhi kewajipan pemerintah semampu baginda. Realiti kita mendapati Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja melayu setakat ini sentiasa peka dan menjaga hak-hak Melayu dan umat Islam semampu mereka selama dalam bidang kuasa mereka yang sangat terhad akibat oleh pembahagian kuasa oleh sistem Demokrasi sejak tanah Melayu dijajah oleh Penjajah British.
Sekalipun Yang Dipertuan Agong atau raja-raja yang merupakan imam dan amir bagi umat Islam di Malaysia tidak bersetuju atau tidak suka kepada Perdana menteri dan majlis menterinya serta segala perbuatan mereka namun disebabkan oleh proses demokrasi, segala raja-raja dan Yang Dipertuan Agong tidak boleh berbuat apa-apa terhadap hal ini disebabkan kuasa mereka dihilangkan oleh sistem demokrasi.
Ini terdapat dalam Perkara 66. Penjalanan kuasa perundangan.
(3) Apabila sesuatu Rang Undang-Undang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen tempat Rang Undang-Undang itu bermula, maka Rang Undang-Undang itu hendaklah dihantar kepada Majlis Parlimen yang satu lagi; dan Rang Undang-Undang itu hendaklah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan olehnya apabila telah diluluskan oleh Majlis Parlimen yang satu lagi itu dan persetujuan telah dicapai antara kedua-dua Majlis Parlimen itu mengenai apa-apa pindaan yang dibuat dalam Rang Undang-Undang itu atau apabila Rang Undang-Undang itu dikehendaki dikemukakan sedemikian di bawah Perkara 68.
(4) Yang di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa tiga puluh hari selepas sesuatu Rang Undang-Undang dikemukakan kepadanya memperkenankan Rang Undang-Undang itu dengan menyebabkan Mohor Besar dicapkan pada Rang Undang-Undang itu.
(4A) Jika sesuatu Rang Undang-Undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam Fasal (4), Rang Undang-Undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah memperkenankannya.
-sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Hakikatnya pentadbiran Negara tidak dilakukan oleh Yang Dipertuan Agong atau Raja-raja Melayu yang merupakan imam dan pemimpin yang wajib ditaati oleh kita sebaliknya pentadbiran Negara Malaysia dijalankan oleh kuasa Eksekutif iaitu Majlis Menteri (Kabinet Menteri) yang merupakan pemerintah di Malaysia setelah mereka dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya serta Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat yang memenangi pilihanraya atau melalui perlantikan Negeri seperti Dewan Negara bagi membuat Rang Undang-Undang.
Jika diteliti Perlembagaan Persekutuan kita akan dapati bahawa Bab 3 ada
memperuntukkan mengenai badan Eksekutif.
Perkara 39. Kuasa eksekutif Persekutuan.
Kuasa eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada Yang di-Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, bolehlah dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh, melalui undang-undang, memberikan fungsi eksekutif kepada orang lain.
Perkara 40 - Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.
(1) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya oleh Perlembagaan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong berhak, atas permintaannya, untuk mendapat apa-apa maklumat berkenaan dengan pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.
(1A) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.
- sumber Perlembagaan Persekutuan Malaysia pindaan terkini Akta 1260/2006
Secara kasar menjelaskan bahawa kuasa eksekutif kini boleh dijalankan oleh jemaah Menteri atau Menteri Kabinet yang dilantik. Tetapi pada setiap ketika mereka melaksanakan kuasa itu mereka melaksanakan di atas nama 'Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong' baik apakah perbuatan mereka terhadap rakyat diperkenan atau tidak oleh Yang Dipertuan Agong secara peribadi atau tidak mereka tetap berkuasa melaksanakan di atas nama baginda selama mereka menduduki jawatan.
Lalu sistem dekorasi yang memberikan kuasa kepada rakyat untuk memerintah dan menukar pemimpin iaitu menukar ganti kuasa Eksekutif para Menteri dan Perdana Menteri maka rakyatlah yang wajib dan berhak menukar mana-mana pemimpin yang tidak layak dan tidak berhak menduduki jawatan Perdana Menteri dan menteri-menteri setelah terbukti mereka zalim, tidak amanah, serta gagal menjalankan kewajipan mereka.
Perbuatan menyertai pilihanraya, mengundi serta menukar kepimpinan Negara langsung sama sekali tidak menunjukkan apa-apa tanda derhaka dan keluar daripada ketaatan terhadap Yang Dipertuan Agong dan raja-raja yang merupakan Imam dan pemimpin umat Islam di Malaysia bahkan itulah tanda sokongan kita dan tanda kerjasama di dalam apa yang disebutkan oleh Allah swt sebagai " Kerjasama di atas kebaikan dan taqwa."
Allah swt telah berfirman :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُحِلُّوا شَعَائِرَ اللَّهِ وَلا الشَّهْرَ الْحَرَامَ وَلا الْهَدْيَ وَلا الْقَلائِدَ وَلا آمِّينَ الْبَيْتَ الْحَرَامَ يَبْتَغُونَ فَضْلاً مِنْ رَبِّهِمْ وَرِضْوَاناً وَإِذَا حَلَلْتُمْ فَاصْطَادُوا وَلا يَجْرِمَنَّكُمْ شَنَآنُ قَوْمٍ أَنْ صَدُّوكُمْ عَنِ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ أَنْ تَعْتَدُوا وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu melanggar syi'ar-syi'ar Allah, dan jangan melanggar kehormatan bulan-bulan haram, jangan (mengganggu) binatang-binatang had-ya, dan binatang-binatang qalaa-id, dan jangan (pula) mengganggu orang-orang yang mengunjungi Baitullah sedang mereka mencari kurnia dan keredhaan dari Tuhannya dan apabila kamu telah menyelesaikan ibadah haji, Maka bolehlah berburu dan janganlah sekali-kali kebencian(mu) kepada sesuatu kaum kerana mereka menghalang-halangi kamu dari Masjidil-haram, mendorongmu berbuat aniaya (kepada mereka). dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan maksiat dan bertakwalah kamu kepada Allah, Sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya." (Al-Maidah : 2)
Rakyat berperanan menukar Majlis Eksekutif yang mentadbir Negara melalui pilihanraya sehingga membolehkan wakil-wakil mereka yang memenangi pilihanraya tersebut menduduki Dewan Rakyat dan Dewan Negara serta kelompok yang mencintai kebenaran dan berhasrat menunaikan hak-hak Islam sekiranya menang di dalam pilihanraya tersebut boleh menunaikan hasrat mereka setelah menubuhkan kerajaan baru dengan menjalankan segala dasar yang mereka inginkan di atas nama Yang Dipertuan Agong.
Oleh yang demikian perlulah difahami sekali lagi, baik parti (kelompok) rakyat yang sekuler yang memerintah Negara atau kelompok (parti) rakyat yang mencintai Islam dan ingin memperjuangkan hak-haknya yang memerintah Negara maka mereka kedua-duanya apabila menduduki jawatan Menteri dan Majlis Esekutif semuanya menjalankan kerja mereka di atas nama Yang Dipertuan Agong.
Sebagai rakyat yang bijak, kita harus memahami bahawa sekiranya kita memilih parti pembangkang untuk diberi undi sewaktu pilihanraya dan kemudian mereka menjadi kerajaan maka mereka turut bertugas sebagai wakil Yang Dipertuan Agong sama seperti parti yang memerintah sekarang. Oleh itu hendaklah kita menghentikan tuduhan, fitnah serta pelbagai lagi salah faham bahawa sesiapa yang melawan parti yang memerintah atau ingin menjatuhkan badan eksekutif melalui pilihanraya sebagai khawarij dan pemberontak.
Juga perlulah kita jangan menjadi tersangat dunggu apabila mengeluarkan fatwa-fatwa aneh supaya rakyat tetap taat kepada kerajaan yang zalim kerana itu bukanlah perintah daripada kitab dan sunnah sebaliknya merupakan daripada kejahilan diri kita sendiri.
Islam Melarang Mengangkat Pemimpin yang Zalim
Allah swt telah berfirman :
وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَاماً قَالَ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي قَالَ لا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
"Dan (ingatlah), ketika Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimat (perintah dan larangan), lalu Ibrahim menunaikannya. Allah berfirman: "Sesungguhnya aku akan menjadikanmu imam bagi seluruh manusia". Ibrahim berkata: "(Dan saya mohon juga) dari keturunanku". Allah berfirman: "Janji-Ku (ini) tidak mengenai orang-orang yang zalim". (Al-Baqarah : 124)
Diriwayatkan dari Mujahid ra pada tafsir ayat ini ialah akan katanya ; "Sesungguhnya Allah swt mengehendaki agar orang yang zalim itu tidak menjadi Imam.." (lihat hal ini di dalam Ahkam Al-Quran lil Jasos m/s 69 jilid 1)
Maka berkata Imam Fakhr Razi ra di dalam kitabnya Tafsir Al-Kabir bahawa telah berhujah para ulama melalui ayat ini akan larangan memberikan jawatan kepimpinan kepada orang yan fasiq dan demikian juga pendapat yang dikemukakan oleh Imam As-Syaukani ra di dalam Fathul Qadir.
Peluang berjumpa dan belajar dengan Al-Fadhil Syeikh Dr Abdullah bin Umar Ad-Domaiji pengarang Kitab Al-Imamah Al-Uzma disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah yang juga merupakan mantan Ketua Jabatan Usuluddin, Universiti Ummul Qura Mekah Al-Mukarramah telah memberikan penulis satu pandangan baru terhadap feqah siyasah (politik) Islam menurut ahlul sunnah wal jamaah.
Mengenai persoalan mengangkat kepimpinan Negara maka para ulama melarang kita daripada mengangkat pemimpin yang fasiq apatah lagi para pemimpin yang zalim, jahat dan benci kepada Islam. Al-Imam Qurtubi ra berkata ; "Tidak ada khilaf di kalangan ulama pada larangan mengangkat kepimpinan kepada orang yang fasiq." (Jami lil Ahkam Al-Quran hal. 270 Jilid 1dan lihat Siyasah Syar'iyah oleh Imam Ibn Taimiyyah hal. 21)
Setelah pembubaran Parlimen, maka pilihanraya akan ditetapkan oleh majlis Suruhanjaya Pilihanraya sewaktu itu kerajaan akan dibubarkan dan kepimpinan negara hanya akan terbina kembali melalui keputusan pilihanraya. Oleh yang demikian maka wajib bagi rakyat memilih wakil-wakil mereka yang berakhlak baik dan beramal dengan amal Islam. Haram memilih para calon yang tidak berakhlak, tidak beramal kepada Islam serta berdosa memilih mereka yang fasiq dan merupakan bekas-bekas pemimpin yang zalim yang tidak bertaubat.
Oleh itu perlulah rakyat Malaysia memahami bahawa memilih calon yang beramal untuk Islam, berakhlak baik sekalipun dengan demikian menyebabkan calon-calon daripada parti yang pernah memerintah tertolak serta bahkan mengenepikan bekas-bekas pemimpin Negara bukanlah merupakan dosa bahkan menjadi kewajipan sekiranya ternyata bekas-bekas pemimpin Negara yang menjadi calon itu jahat dan fasiq serta zalim.
Apabila berlaku pembubaran parlimen seluruh menteri-menteri menjadi rakyat biasa dan taraf mereka sebagai pemimpin dicabut sehingga berlaku pilihanraya dan kerajaan baru akan terbentuk. Di waktu tersebutlah rakyat berhak menukar dan mengantikan mana-mana pemimpin yang dirasakan zalim, gagal melaksanakan tanggungjawab mereka dengan calon yang baru, bersih dan amanah.
Pemecatan Pemerintah daripada jawatannya disisi Ahlul Sunnah Wal Jamaah
Imam wajib ditaati di sisi ahlul sunnah wal jamaah dan hal ini jelas berdasarkan dalil-dalil yang sangat banyak di dalam kitab dan sunnah. Mentaati mereka, memenuhi hak-hak mereka merupakan kewajipan yang mesti dipenuhi seperti yang diperintahkan oleh Allah dan rasul. Tetapi terdapat situasi yang agung dan penting yang memberi kesan besar kepada kehidupan umat Islam dalam hal dunia dan agama yang menjurus kepada darurat dan membawa keperluan untuk menukar dan menjatuhkan Imam atau pemerintah. Hal-hal ini ada yang merupakan perkara yang disepakti oleh para ulama dan ada yang menjadi khilaf di kalangan mereka. (lihat Kitab Al-Imamah Al-Uzma oleh Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji, hal. 468)
Hal-hal yang membolehkan Imam dan Khalifah (pemerintah) umat Islam dijatuhkan dapat diringkaskan oleh penulis kepada perkara berikut :
Pertama : Kafir atau murtad daripada Islam
Telah disebutkan di dalam surah An-Nisa ayat 141 yang bermaksud : "Dan Allah sekali-kali tidak akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk menguasai orang-orang yang beriman."
Juga apa yang disebutkan oleh hadis Ubadah ibn Somit ra berkenaan mencabut ketaatan apabila melihat kufur bawa'ah, hadis disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Kedua : Meninggalkan Solat dan Seruan kepadanya
Menjadi ijmak ulama Islam bahawa barangsiapa yang meninggalkan solat menjadi kafir disisi ahlul sunnah wal jamaah. Diriwayatkan bahawa telah berkata Qadhi Iyad ra mengenai ijmak ulama' ke atas penguguran Imam di sebabkan meninggalkan solat dan seruan kepadanya. (lihat di dalam Syarah Sahih Muslim oleh Nawawi m/s 229 jilid 12)
Ketiga : Meninggalkan berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah swt
Ini berdasarkan dalil daripada ayat Al-Quran di dalam surah Al-Maidah ayat 44,45,47 dan pelbagai lagi serta apa yang jelas disebutkan oleh baginda rasulullah salallahualaihiwasalam dari Anas ibn Malik ra yang bermaksud : "Dengar dan taatlah kamu sekalipun yang berkuasa ke atas kamu ialah hamba habsyi yang kepalanya seperti tamar selama dia menegakkan di atas kamu kitab Allah." Hadis ini sahih dikeluarkan oleh Bukhari dan Ahmad serta Nasaie.
Demikian pelbagai lagi hadis-hadis yang menyebut perihal ketaatan kepada pemimpin tidaklah membawa maksud ketaatan buta tetapi selama mereka berpegang kepada kitab Allah swt seperti yang dapat dibaca di dalam hadis riwayat Umm Husoin ra daripada jalan Muslim yang turut menyebutkan : "Selama dia menegakkan ke atas kamu kitab Allah." Juga dikeluarkan oleh Tirmidzi dan Nasaie.
Adapun perkara yang seterusnya menjadi khilaf kepada sebahagian ulama di antara yang berpendapat perlu menjatuhkan pemerintah secara mutlak dan ada yang mengatakan tidak menjatuhkannya.
Iaitu yang Ke-empat : Menjadi Fasiq, zalim dan perlaku bid'ah
Qadhi Iyad ra berkata bahawa ; " Jumhur ahlul sunnah daripada fuqaha dan muhaddisin serta mutakalimin berpendapat tidak boleh menjatuhkan Imam yang fasiq dan zalim serta haram keluar daripada ketaatan kepadanya…" (Lihat Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi)
Sekalipun begitu semua ulama bersepakat bahawa tidak boleh mengangkat pemerintah yang zalim dan fasiq sebagai pemimpin sekiranya belum ada pemimpin namun setelah diangkat pemimpin yang tidak fasiq dan tidak zalim kemudian dia bertukar menjadi zalim dan fasiq setelah memimpin maka inilah yang ditegah oleh para ulama untuk tidak keluar dan tidak memberontak ke atas mereka .
Kesimpulan
Penulisan ini mengajak para rakyat Malaysia kepada feqah politik yang matang serta memahami situasi semasa dan menggunakan kitab Allah swt dan sunnah rasulullah di tempat yang hak serta menuju maksud yang benar.
Bukan menjadi hasrat penulis untuk membincangkan apakah kaedah menjatuhkan pemerintah ? Hukum demokrasi dan pilihanraya ? Hukum bekerjasama dengan parti politik berbeza agama ? Apakah pilihanraya wajib atau tidak ? Siapa yang perlu di undi oleh anda disisi syarak sewaktu pilihanraya ? dan pelbagai lagi isu.
Kesemua persoalan tadi memerlukan topik yang lain, isu dan perbincangan yang lain, rujukan kitab dan penyertaan pelbagai pendapat dan campur tangan dari pelbagai ulama' serta mereka-mereka yang lebih mahir serta di waktu yang lain bukan pada kesempatan penulis kali ini yang terhad.
Harapan penulis setelah membaca penulisan yang diketengahkan ialah pembaca memahami bahawa siapakah pemerintah dan Imam bagi umat Islam yang sebenar di Malaysia, apakah dibolehkan kita menjatuhkan Majlis Menteri dan pegawai-pegawai kerajaan yang dilantik oleh rakyat melalui pilihanraya ? Hak rakyat untuk melantik dan memilih pemimpin. Moga-moga melalui pemahaman yang benar dapat membuatkan nasib rakyat Malaysia lebih terbela dan Islam serta hak-haknya yang perlu dipelihara dapat dibela oleh kita.
Segala puji hanyalah bagi Allah swt
Emran ahmad
Guru Agama di bawah
Yayasan Kebajikan Nusantara
Rujukan
1. Al-Quran dan Sunnah
2. Kitab Al-Ahkam Al-Sultoniyah, Imam Mawardi
3. Kitab Siyasah Syar'iyah, Imam Ibn Taimiyyah
4. Kitab Syarah Sahih Muslim, Imam Nawawi
5. Kitab Al-Imamah Al-Uzma, Syeikh Dr Abdullah Umar Ad-Domaiji
6. Fiqh Daulah, Dr Yusof Al-Qaradhawi
7. Wikipedia.com
8. Perlembagaan Negara
as-Salaamu 'alaikum, artikel ustaz emran ni pernah dikritik hebat oleh Kapten hafiz di yahoo group al-fikrah...
ReplyDeletesekian.
kesimpulan drp dr danial zainal abidin, maszlee malik, ust hasrizal abdul jamil, THTL, dan beberapa panel fiqh al-ahkam.net => pembangkang bukan khawarij, boleh ambil wasilah pilihanraya utk melawan BN
ReplyDeleteMaaf, hukum Islam tidak harus dibatasi dengan demokrasi.
ReplyDeleteJika anda berpendapat begitu, ini bermakna anda redha dan mendahulukan dgn demokrasi mengatasi hukum Allah.
sehingga apakah jika perlembagaan membenarkan kita minum arak, maka kita harus mengambil arak, sedangkan agama kita mengharamkan. begitu jugalah halnya, agama mengharamkan mencela penguasa, maka sekiranya ada undang2 mbenarkan sekalipun, maka, agama is the first.
wallahu a'lam.
UMNO sebenarnya yg mencela mereka sendiri dgn rasuah, belakangkan hukum Allah dll.
ReplyDeleteAllah mencela mereka yg zalim dan tak amanah.
Jadi, kecelaan itu ada pada pelaku maksiat tsb.. dan mereka2 yg cenderung dengannya.
Wsm.
Manakala pembangkang pula turut membelakangkan hukum Allah dari sudut adab-adab berinteraksi kepada pemerintah.
ReplyDeleteAdakah perbuatan membuat provokasi dan mencaci-maki pemerintah itu adalah dari syi'ar Islam (hukum Allah)?