Dr. Asri, Jangan Manipulasi Hadis Nabi Untuk Halalkan Demonstrasi!
Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://bahaya-syirik.blogspot.com
Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengatakan:
“Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.
Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!”
Di tempat lain, beliau turut menegaskan halalnya demonstrasi jalanan dengan hadis tersebut sebagaimana dalam video berikut, http://youtu.be/QOKenlEKAbo
Komentar dan bantahan:
[Pertama] Hadis tersebut adalah sebagaimana berikut:
قال رجل يا رسول الله، إن لي جاراً يؤذيني، فقال: "انطلق. فأخرج متاعك إلى الطريق". فانطلق فأخرج متاعه، فاجتمع الناس عليه، فقالوا: ما شأنك؟ قال: لي جار يؤذيني، فذكرت للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: "انطلق. فاخرج متاعك إلى الطريق" فجعلوا يقولون: اللهم! العنه، اللهمّ أخزه. فبلغه، فأتاه فقال: ارجع إلى منزلك، فوالله لا أوذيك.
Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya jiranku menyakitiku.” Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan.” Maka lelaki itu pun pulang dan mengambil barang-barangnya lalu meletakkannya di jalan. Maka orang ramai pun berkumpul di sekitarnya sambil bertanya, “Apa yang berlaku kepadamu?” Dia menjawab, “Jiranku menyakitiku lalu aku ceritakannya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau pun berkata, “Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan.”” Maka mereka (orang-orang di situ) pun berkata, “Ya Allah laknatilah dan hinalah dia.” Rupanya dalam masa yang sama perkara tersebut didengari oleh jirannya tersebut. Maka ia pun segera menemuinya dan berkata, “Kembalilah ke rumahmu, demi Allah aku tidak akan menyakitimu lagi.”
Hadis ini diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 124 dalam bab keluhan jiran tetangga. Musnad al-Bazzar, no. 8344. Dan oleh imam al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 7302. Hadis ini dinilai sahih antaranya oleh al-Hakim, Syaikh Ahmad Syakir, dan al-Albani)
[Kedua] Cara faham yang diambil oleh Dr. Asri terhadap hadis tersebut termasuk sebahagian dari bentuk-bentuk qiyas yang amat jauh menyimpang. Hadis tersebut menyentuh adab dan hubungan sesama masyarakat, tetapi Dr. Asri menggunakannya untuk isu hubungan terhadap pemerintah.
[Ketiga] Menggunakan hadis ini untuk diqiyaskan dengan perbuatan demonstrasi jalanan terhadap pemerintah adalah sama-sekali tidak tepat dan keterlaluan. Sikap beliau tersebut termasuk sebahagian dari bentuk-bentuk takalluf terhadap dalil, iaitu memaksakan nash untuk mengikuti kehendaknya. Sedangkan hadis tersebut berbicara soal lain yang sama sekali tidak menyentuh isu demonstrasi jalanan mahupun memprotes pemerintah. Yang mana apa yang difahami dari hadis tersebut hanyalah Nabi memerintahkan si pengadu tersebut mengeluarkan barang-barangnya ke jalan. Itu sahaja! Tidak ada sama sekali perintah supaya berdemonstrasi mahupun tunjuk perasaan.
[Keempat] Suatu hal yang perlu difahami bahawa soal bermu’amalah terhadap pemerintah itu telah ada dalil-dalilnya yang bersifat khusus lagi tersendiri. Ini membezakan kaedah mu’amalah atau hubungan di antara jiran dengan pemerintah. Atau hubungan dalam kalangan awam secara umum dengan pemerintah secara khusus.
Seandainya kita mengedepankan hadis ini yang merujuk situasi umum hubungan sesama jiran, jadi di mana pula kita akan lemparkan kekhususan hadis-hadis berkaitan mu’amalah terhadap para pemerintah? Apakah kerana satu hadis yang bersifat umum yang tiada kaitan dengan pemerintah tersebut mampu menjadi nash yang jauh lebih kuat sehingga mampu memalingkan sekumpulan hadis-hadis lain yang bersifat khusus?
Bukankah ini akan menimbulkan pelbagai bentuk pertembungan di antara satu hadis dengan sekumpulan hadis yang lain? Nah, bukankah ini jelas sebuah kaedah yang bathil? Menaikkan satu hadis yang mendukung hujahannya dan mendiamkan sekumpulan besar hadis-hadis yang menentang pegangannya?
[Kelima] Kaedah faham yang diambil Dr. Asri bertembung dengan banyak dalil-dalil yang lain. Ini akan dijelaskan pada point-point berikutnya.
[Keenam] Bertentangan dengan adab dan praktik menasihati pemerintah anjuran nabawi. Islam tidak pernah mendidik umatnya agar keluar melakukan demonstrasi terhadap pemerintah, biarpun pemerintah yang kafir. Demonstrasi jalanan tidak pernah berlaku di zaman Nabi mahupun sahabat. Tidak pernah disuruh atau dicontohkan oleh mereka.
Bahkan mengkritik atau mencanang keburukan pemerintah di mimbar-mimbar saja sudah dilarang keras oleh para salaf, inikan pula membuat bantahan dan demonstrasi di jalan-jalan?
[Ketujuh] Apa yang diajar oleh Rasulullah dan para sahabat adalah menasihati, membimbing, dan membantu pemerintah dalam hal-hal makruf. Memberi nasihat dan menegur kesalahan secara berdepan. Bukan secara demonstrasi dan tunjuk perasaan di jalan-jalan.
Walaupun pemerintah itu zalim sekalipun, Nabi tetap tidak pernah membenarkan agar diadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan. Sekiranya nasihat dan cadangan tidak diterima, maka sesungguhnya kita telah menyampaikan, dan nasihat-nasihat umum tetap berlangsung untuk manfaat kaum muslimin. Ini telah penulis jelaskan secara khusus lagi terperinci dalam tulisan berikut, http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2010/05/174-fiqh-menasihati-para-pemimpin.html
[Kelapan] Cara faham Dr. Asri bertentangan dengan hadis-hadis yang memerintahkan agar taat kepada pemerintah dalam hal-hal yang makruf. Bahkan ia termasuk kaedah yang telah menjadi maklum di sisi ahli sunnah wal-jama’ah. Ini antaranya sebagaimana ditegaskan imam Muhammad ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri rahimahullah:
الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب
“Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)
Dari itu, bukankah undang-undang jalan raya, undang-undang lalu lintas, undang-undang larangan berdemonstrasi di jalan-jalan raya dan seumpamanya termasuk hal-hal yang makruf. Kalau bukan wajib sekalipun kerana tidak datang secara khusus dari wahyu, maka bukankah ia termasuk hal-hal yang mubah (harus) yang memiliki maslahah umum dan wajib ditaati. Sebagaimana kaedah dan prinsip ahli sunnah tadi, setiap perintah dari pemerintah yang mubah lagi memiliki maslahah dan kebaikan awam, maka wajib ditaati.
[Kesembilan] Cara faham Dr. Asri bertentangan dengan hadis yang menegaskan berkaitan hak-hak jalan. Ini telah penulis jelaskan dalam artikel khas di sini, http://an-nawawi.blogspot.com/2010/10/amalan-demonstrasi-bukan-ajaran-islam.html
[Kesepuluh] Hadis yang digunakan oleh Dr. Asri tersebut sama sekali tidak mengajar tunjuk perasaan, demonstrasi, mahupun berkumpul-kumpul di jalan-jalan bagi membuat protes mahupun bantahan terhadap pemerintah.
Bahkan hadis tersebut memberi isyarat jelas, apabila menghadapi permasalahan sesama masyarakat (jiran tetangga) agar mendapatkan nasihat kepada golongan berautoriti, iaitu orang yang yang berkuasa.
Berkumpulnya manusia dalam hadis tersebut bukanlah suatu yang dirancang dan disengajakan mahupun diperintahkan oleh Rasulullah. Tetapi ia berlaku tanpa sengaja kerana melihat salah seorang tetangganya meletakkan barang-barang di jalanan.
Sebenarnya ini hampir sama seperti apabila berlaku kemalangan di jalan raya, maka ramailah orang yang akan memperlahankan kenderaan untuk sambil melihat kejadian sehingga mengakibatkan jalan sesak.
Pada hari ini, untuk meletakkan barang-barang di jalan-jalan, maka ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, kerana jalan-jalan kita memiliki undang-undang dan ada hak-haknya bagi kemaslahatan bersama. Untuk memasang khemah kenduri kahwin sendiri pun perlu mendapat kebenaran dari beberapa pihak tertentu, inikan pula mahu demonstrasi?!
Sekiranya, setiap orang melaungkan hak keinginan masing-masing, nescaya nanti masing-masing orang akan bersuka ria di tengah-tengah jalan raya atas alasan hak berhimpun dan berdemonstrasi! Maka tidak mustahil akan ada yang mahu baring-baring di jalanan, main bola di jalan, duduk-duduk di jalan-jalan, meminta-minta sedekah di jalan-jalan, makan-makan, bahkan mungkin ada yang ingin berniaga di jalan-jalan?! Alasannya, “Kami ada hak untuk berhimpun secara aman!”
Dari sini sahaja telah jelas menunjukkan cara faham Dr. Asri ini sangat besar pertentangannya dengan waqi’ dan keadaan semasa pada hari ini. Bukankah Dr. Asri selalu mengajak masyarakat mengikuti realiti agar tidak jumud dan literal dalam memahami nash! Jadi, buktikan!
Oleh itu, jangan hanya fikir hak diri sendiri, fikirkan sama hak-hak orang lain serta pengguna lain. Jangan kerana alasan mahu memprotes atau menjatuhkan pemerintah zalim, lalu kalian pula berbuat zalim ke atas orang lain! Bahkan zalim ke atas dalil-dalil agama dengan sebab penyelewengan pena-pena kalian!
Ingatlah, korupsi hadis jauh lebih bahaya dari korupsi wang, bahkan korupsi hadis jauh lebih zalim berbanding korupsi harta!
Maka di sini saya nasihatkan, janganlah menjadi pemanipulasi hadis hanya kerana diri punya gelar Dr. Dan PhD.!
[Kesebelas] Lebih berseberangan dengan kaedah faham hadis di atas, banyak hadis-hadis lain yang mengajarkan bagaimana seharusnya kita menjaga hubungan terhadap pemerintah Islam.
Islam mengajar mentaati pemerintah dalam hal-hal yang makruf dan tidak taat dalam hal-hal yang mungkar. Dan Islam juga mengajar kita agar tidak merampas atau menumbangkan kerusi kepimpinan para pemerintah yang menaungi kita selagi mana mereka (pemerintah) masih muslim dan mendirikan solat. Prinsip ini tidak hanya diaplikasikan pada zaman-zaman pemerintah Khulafa al-Rasyidin, Dinasti Umayyah, ‘Abbasiyyah, mahupun zaman demokrasi hari ini, bahkan sehingga sepanjang zaman selagi masih ada pemerintah Islam. Perincian hal ini telah penulis bentangkan di sini, http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2010/08/125-bagaimana-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html
[Kedua belas] Setakat carian dan semakkan, tidak ditemui ada golongan salaf menggunakan atau memahami hadis ini dalam rangka dalil demonstrasi jalanan sebagaimana difahami Dr. Asri. Maka bukankah ini termasuk hal-hal yang baru lagi berbau bid’ah?
Wallahu a’lam...
Dr. Asri tidak lama jadi mufti Perlis. Kenapa sekejap shj? Sedangkan negeri2 yg telah beralih pemerintahnya (dari BN ke PR), mufti negeri tersebut masih kekal dan tidak berubah...Adakah kerajaan negeri yg mengarahknya letak jawatan?
ReplyDeleteAtau sesungguhnya ALLAH swt sayangkan umat Islam di Malaysia dan tidak mahu umat Islam terkeliru dgn fatwa2 yg lebih menuruti nafsu semata????
wallahualam.
http://sd2sharing.blogspot.com/
ReplyDeleteinfo menarik
ReplyDeleteSelagi namanya manusia, pasti takkan terlepas daripada melakukan kesilapan. Adalah menjadi tanggungjawab kita utk sama2 menegur..
ReplyDeleteIf you would like to get a far better hand globally, you should search and buying Chanel purses
ReplyDeletePortefeuilles Louis Vuitton. You might be wanting to know what is so exclusive with regards to Chanel hand bags, but when you get these kinds of luggage, it's easy to determine the visible difference among Chanel bags along with other totes normal
Louis Vuitton Pas Cher. Chanel handbags are generally soft, clean buckskin, cotton material and other goods. You will discover limitless designs, dimensions, models, plus stuff which you could find the hand bags along with purses and handbags
Sac Chanel Soldes. This selections are perfect in addition to Chanel will be amongst persons of instruction
Sac Louis Vuitton. Chanel clutch system case is the one other products not too long ago launched through Chanel. Sac Chanel 2012
ijin nyimak gan
ReplyDeletehujah yg tak logik... Sy sokong Dr Asri.. Yg x setuju tu pembodek kerajaan jerk
ReplyDeletehujah yg tak logik... Sy sokong Dr Asri.. Yg x setuju tu pembodek kerajaan jerk
ReplyDeleteHukum hudud jelas dan terang dalam quran dan hadis...apa yg di tunggu lagi ustaz2 UMNO
ReplyDeleteHukum hudud jelas dan terang dalam quran dan hadis...apa yg di tunggu lagi ustaz2 UMNO??????
ReplyDeleteUlama syria cakap demontrasi ada dlm islam..
ReplyDeleteSaudara, apa yang saudara terangkan penentangan pada pemerintah adalah betul,
ReplyDeleteHANYA JIKA pemerintah itu adalah sebenar-benar Islam, bukan hanya pada IC
semata-mata. Tak ada bezanya pemerintah dengan jiran. Bezanya beban dan
tanggugngjawab pemerintah lebih berat dan besar daripada jiran. Beza kuasa?
Pemerintah berkuasa atas pilihan rakyat, bukan berkuasa secara automatik.
Jadi rakyat berhak menegur pemerintah jika pemerintah melakukan kesalahan dalam
tanggungjawabnya. Memang ada adab dan garis2 untuk menegur pemerintah, tapi
jika teguran demi teguran secara adab tidak diambil endah, dan berkali-kali, apakah
pilihan rakyat yang ada? Apabila pemerintah rasa berkuasa dan rakyat seolah-olah
dilihat tak layak memberi teguran. Maka rakyat harus harus tegur pemerintah, jika
pemerintah mencabul dalam tanggungjawabnya dalam segi agama dan ekonomi, dan
menjadi wajib rakyat menegur, dan kalau teguran tak diambil endah, maka hadis
tersebut boleh dijadikan nas demonstrasi.
Tak ada beza pemerintah dengan jiran. Islam mengajar semua manusia adalah sama.
Yang paling mulia adalah orang yang paling bertakwa. Hanya diberikan pengkhususan
menurut pemerintah kerana tanggungjawabnya yang berat untuk menjadikan negara
dalam tanggungjawabnya dalam mengikut berlandaskan Islam, bukan kerana
pangkatnya yang nama pemerintah.
Nas yang lain mengikut kata saudara saya sangat pasti nas tersebut hanya
menyokong pemerintah yang benar-benar seorang Islam yang syumul yang
menjalankan tanggungjawabnya hanya untuk Islam semata-mata. Bukan kepentingan
peribadi. Dan saudara menyeru supaya rakyat patuh dengan undang2 jalanraya
(akibat dari demonstrasi) yang digariskan oleh pemerintah untuk dipatuhi? Sedangkan
pemerintah mencabul amanahnya yang menyebabkan punca rakyat melakukan?
Kenapa nak membezakan pemerintah dengan rakyat? Rakyat tak boleh langgar
undang2 pemerintah kerana nas menyatakan demikian? Status pemerintah bukan
diatas kertas. Bila pemerintah hilang kelayakan pemerintahan kerana kecabulannya,
maka dia bukan pemerintah yang perlu diikut.
Jika pemerintah menghalang rakyat melakukan demonstrasi di tempat terancang
(seperti di stadium atau padang) maka salah siapa jika berlakunya situasi di jalan
raya demikian? Demonstrasi memng tak ada dalam zaman Khulafa Ar-Rashidin
kerana pemerintahan mereka memang Islam belaka dari segi undang2 dan sosial. Malah setiap pemerintah Khulafa itu menyatakan jika sumpah jika mereka menyimpang pemerintahan mereka dari Islam, maka mereka menyuruh rakyat menjatuhkan mereka. Apakah pemerintah sekarang menyatakan sumpah sebegini? Lebih dahsyat Umar Al-khattab menyuruh mereka bunuh sahaja dia sahaja jika dia menyimpang dari Islam. Mereka membenarkan rakyat mereka menjatuhkan mereka, tapi sudah pasti tak ada kerana mereka tak pernah menyimpang dari Islam.
Dan saudara perlu faham pemeritah Islam bukan hanya dia solat kemudian jadi pemerintah Islam. Pemerintah Islam menjalankan undang2 dan sosial dalam negara seperti dalam Al-Quran dan Sunnah. Islam menerima semua dalam AlQuran, bukan setengah terima, setengah ditolak. Dalam Al Quran jelas menyatakan solat. Dan jelas menyatakan hudud! Adakah pemerintah terima kesemuanya?
Saya bukan menyokong Dr Asri menggunakan hadis untuk demonstrasi, cuma saya tak setuju sesetengah coretan saudara. Pemerintah Islam? Ya, wajib dipatuhi dan jangan melawan. Pemerintah yang melawan Islam malah menerima setengah dari yang lain, wajib ditentang.
Anaksi A: Perlis adalah dalam BN. Dan fatwa Dr Asri tak sesuai dengan pemerintahan kerajaan negeri sekarang.
Saya setuju dengan saudara..
DeleteSaudara, apa yang saudara terangkan penentangan pada pemerintah adalah betul,
ReplyDeleteHANYA JIKA pemerintah itu adalah sebenar-benar Islam, bukan hanya pada IC
semata-mata. Tak ada bezanya pemerintah dengan jiran. Bezanya beban dan
tanggugngjawab pemerintah lebih berat dan besar daripada jiran. Beza kuasa?
Pemerintah berkuasa atas pilihan rakyat, bukan berkuasa secara automatik.
Jadi rakyat berhak menegur pemerintah jika pemerintah melakukan kesalahan dalam
tanggungjawabnya. Memang ada adab dan garis2 untuk menegur pemerintah, tapi
jika teguran demi teguran secara beradab tidak diambil endah, dan berkali-kali, apakah
pilihan rakyat yang ada? Apabila pemerintah rasa berkuasa dan rakyat
dilihat tak layak memberi teguran. Maka rakyat harus tegur pemerintah, jika
pemerintah mencabul dalam tanggungjawabnya dalam segi agama dan ekonomi, dan
menjadi wajib rakyat menegur, dan kalau teguran tak diambil endah, maka dengan demonstrasi pemerintah dapat melihat.
Tak ada beza pemerintah dengan jiran. Islam mengajar semua manusia adalah sama.
Yang paling mulia adalah orang yang paling bertakwa. Hanya diberikan pengkhususan
menurut pemerintah kerana tanggungjawabnya yang berat untuk menjadikan negara
dalam tanggungjawabnya dalam mengikut berlandaskan Islam, bukan kerana
pangkatnya yang nama pemerintah.
Nas yang lain mengikut kata saudara saya sangat pasti nas tersebut hanya
menyokong pemerintah yang benar-benar seorang Islam yang syumul yang
menjalankan tanggungjawabnya hanya untuk Islam semata-mata. Bukan kepentingan
peribadi. Dan saudara menyeru supaya rakyat patuh dengan undang2 jalanraya
(akibat dari demonstrasi) yang digariskan oleh pemerintah untuk dipatuhi? Sedangkan
pemerintah mencabul amanahnya yang menyebabkan punca rakyat melakukan?
Kenapa nak membezakan pemerintah dengan rakyat? Rakyat tak boleh langgar
undang2 pemerintah kerana nas menyatakan demikian? Status pemerintah bukan
diatas kertas. Bila pemerintah hilang kelayakan pemerintahan kerana kecabulannya,
maka dia bukan pemerintah yang perlu diikut.
Jika pemerintah menghalang rakyat melakukan demonstrasi di tempat terancang
(seperti di stadium atau padang) maka salah siapa jika berlakunya situasi di jalan
raya demikian? Demonstrasi memang tak ada dalam zaman Khulafa Ar-Rashidin
kerana pemerintahan mereka memang Islam belaka dari segi undang2 dan sosial. Malah setiap pemerintah Khulafa itu menyatakan sumpah jika mereka menyimpang pemerintahan mereka dari Islam, maka mereka menyuruh rakyat menjatuhkan mereka. Apakah pemerintah sekarang menyatakan sumpah sebegini? Lebih dahsyat Umar Al-khattab menyuruh mereka bunuh sahaja dia sahaja jika dia menyimpang dari Islam. Mereka membenarkan rakyat mereka menjatuhkan mereka, tapi sudah pasti tak ada kerana mereka tak pernah menyimpang dari Islam.
Dan saudara perlu faham pemeritah Islam bukan hanya dia solat kemudian jadi pemerintah Islam. Pemerintah Islam menjalankan undang2 dan sosial dalam negara seperti dalam Al-Quran dan Sunnah. Islam menerima semua dalam AlQuran, bukan setengah terima, setengah ditolak. Dalam Al Quran jelas menyatakan solat. Dan jelas menyatakan hudud! Adakah pemerintah terima kesemuanya?
Saya bukan menyokong Dr Asri menggunakan hadis untuk demonstrasi, cuma saya tak setuju sesetengah coretan saudara. Pemerintah Islam? Ya, wajib dipatuhi dan jangan melawan. Pemerintah Islam YANG menerima sekular, wajib ditentang.
Kesimpulannya, tak ada nas melarang daripada demonstrasi. Hanya ada nas menyatakan segala sesuatu yang mendatangkan mudarat adalah haram. Maka demonstrasi yang memberi mudarat adalah haram. Tapi melihat keadaan sekarang, hanya pemerintah banyak memudaratkan orang yang demonstrasi. Demonstrasi di Stadium Merdeka pada Januari lepas sudah pun membuktikan demonstrasi yang mudarat dapat dielakkan jika tak ada campur tangan orang kedua dan diberikan lokasi yang terancang. Sekian.
http://1mind-2idea.blogspot.com
ReplyDeleteThanks for sharing..
ReplyDeleteTerima kasih..
Wisnu - http://www.wisnusadventures.com
nice entry
ReplyDeleteSebelum boleh dibincangkan tulisan saudara, elok jika saudara memperkenalkan diri dan kelulusan saudara untuk kita pertimbangkan kelayakan saudara penulis blog ini.. Terima kasih..
ReplyDeleteSalam kpd saudara penulis. Kupasan saudara mengenai perkara ini, saya nilai lebih kepada berat sebelah dan tak melihat permasalahan secara menyeluruh. Kenyataan serta pemikiran yg terlalu jumut dan sempit. Hujah yg anda gunakan tidak berapa tepat. Antaranya nas mentaati pemerintah itu hanya jika pemerintah itu islam yg syumul. Bkn yg mengagungkan budaya kpop, konsert2, pendidikan sekular, kepentingan diri dan kroni, pergaulan bebas, dan sebagainya sehingga secara terang2ngan menolak dan menerima ajaran/anjuran islam mengikut kesesuaian nafsu mereka. Selebihnya mungkin saudara penulis dan pembaca lain boleh ambil fikir dan muhasabah diri kita. Moga Allah menunjukan kita kejln yg lurus. Wallahualam bishowab..
ReplyDeleteTulisan lengkap saya berkaitan hal ini, insyaAllah boleh dibaca di sini, http://www.ilmusunnah.com/?p=7865
ReplyDeletehttp://blok-batu.blogspot.com/
ReplyDeleteAkidah khawarij, mmg popular di Malaysia skrg ni...
ReplyDeletesaya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m
ReplyDelete