Monday, February 18, 2008

050 - BAHAYA PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DI DALAM KITAB-KITABNYA

BAHAYA PEMIKIRAN HASAN AL-BANNA DI DALAM KITAB-KITABNYA

Best View:

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Siapa Hasan al-Banna?

Hasan al-Banna adalah pengasas pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” di Kota Ismailiyah, Mesir pada tahun 1928M atau pada Zulkaedah 1347H. (Lihat: al-Mausu’ah al-Muyassarah. Hlm. 23) Manakala jema’ah Ikhwanul Muslimin adalah mereka yang menjadi pengikut kepelbagaian pemikiran Hasan al-Banna dan pengikut tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sesudahnya.

Hasan al-Banna semoga Allah merahmati dan mengampuninya dilahirkan di kampung al-Mahmudiyah Mudiriyah al-Buhariyah (Mesir) pada 1324H bersamaan 1906M. (Lihat: an-Nuqtah Fauqal Huruf, hlm. 81 Ust. Ahmad Abdilkarim) Beliau meningal dunia pada tahun 1368H bersamaan 1949M. Nama penuh beliau ialah Hassan Bin Ahmad Bin Abdulrahman al-Banna. (Ad-Dakwah Ilallahi Ta’ala. Hlm. 86. Saied bin Abdulahraman al-Husin) Dialah yang menjadi Mursyid pertama bagi pertubuhan ini. (Lihat: الجماعة الإسلامية فى ضوء الكتاب والسنة بفخم سلف الأمة dalam tajuk Ikhwanul Muslimin. Salim bin ‘Ied al-Hilali) Memiliki banyak parti, antaranya parti sekular, sosialis dan nasionalis.

Hasan al-Banna bermati-matian berusaha untuk menyatu-padukan parti-parti tersebut ke dalam satu jamaah dengan satu nama iaitu “Ikhwanul Muslimin” (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin) walaupun beliau mengetahui akidah setiap golongan yang ingin disatukan ke dalam jemaah/pertubuhan “Ikhwanul Muslimin” itu saling bertentangan. (Lihat: al-Majallah as-Salafiyah. Bil. 7 Penjelasan Syeikh Salim bin ‘Ied al-Hilali (Ulama Jordan))

Antara slogan dan suara yang batil dalam usaha menyatukan para pengikut Ikhwanul Muslimin (mewakili Ikhwanul Muslimin) ialah suara yang diserukan oleh Salman al-Audah (salah seorang pengikut gerakan Ikhwanul Muslimin masa kini):

نريد وحدة الصف ، لا نريد وحدة الرأي

“Kami inginkan penyatuan saf (barisan), bukan menyatukan pendapat (pandangan)”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 153 Abdus Salam bin Salim bin Raja as-Suhaimi)

Malangnya pertubuhan Ikhwanul Muslimin tidak pernah mencapai matlamatnya untuk menyatukan barisan atau pemikiran, sebaliknya: “Akhirnya setelah sekian lama Ikhwanul Muslimin berusaha menggerakkan para ahlinya, mereka hanya mampu mencetuskan kepelbagaian firqah (pecahan kelompok) yang menyimpang jauh dari matlamat yang mereka inginkan. Ia berpunca dari perpecahan di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin itu sendiri”. (Lihat: (1). at-Tarikh as-Sirri li Jamaatil Ikhwanil Muslimin. Hlm. 4. (2). al-Qutubiyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hlm. 76 Ibnu Sultan al-Adnani) Keadaan ini telah diceritakan oleh Sa’id Hawa (salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin sendiri):

“Kemuncak perpecahan telah melanda bahagian dalaman jemaah, semua yang berlaku tidaklah menghairankan kerana suara-suara protes masuk ke setiap telinga, juga kerana banyaknya unsur-unsur perpecahan dan unsur-unsur lain yang membantu, termasuk pengaruh luaran yang terus menekan, ditambah lagi jaringan organisasi jamaah yang rapuh. Sementara orang-orang yang bergabung ke dalamnya dari pelbagai kelompok, maka jamaah tidak mampu menghadapi pelbagai kerenah mereka semuanya”. (Lihat: Hazihi Tajribati wa-Hazihi Syahadati. Hlm. 34)

Memang benar apa yang telah difirmankan oleh Allah ‘Azza wa-Jalla, iaitu apabila sesuatu kaum yang tidak berpegang dengan prinsip al-Quran dan as-Sunnah pasti akan berpecah-belah sebagaimana firman-Nya:

تَحْسَبُهُمْ جَمِيْعًا وَقُلُوْبُهُمْ شَتَّى ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌ لاَّ يَعْقِلُوْنَ

“Kamu sangka mereka itu bersatu sedangkan hati mereka berpecah-belah. Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengerti”. (al-Hasyr, 59: 14)

Sejak Ikhwanul Muslimin tertubuh, Hasan al-Banna, para tokoh Ikhwanul Muslimin dan para pengikutnya berusaha untuk menggabungkan antara Qibti (orang-orang Kristian/Nasara Mesir yang jelas kafirnya) dengan jamaah Ikhwanul Muslimin, sedangkan menyatukan orang Islam dengan orang kafir telah dilarang oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam agar seseorang muslim tidak menjadi seperti mereka. Baginda bersabda:

مَنْ جَامَعَ الْمُشْرِكَ وَسَكَنَ مَعَهُ فَإِنَّهُ مِثْلُهُ

“Barangsiapa yang bergabung dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya, maka dia seperti musyrik tersebut”. (Hadis Riwayat Abu Daud 2787)

Sebelum membentuk Jamaah Ikhwanul Muslimin, Hasan al-Banna telah membaiah dengan cara sufi yang disebutnya sendiri di dalam kitabnya “Muzakkirat Daiyah”. Ia membaiah Syeikh Hasafiyah, setelah itu membentuk Ikhwanul Muslimin dan mengadopsi manhajnya ke dalam jamaahnya. Bahkan istilah “Mursyidul Am” yang menjadi gelaran Hasan al-Banna diambil dari istilah sufi yang bererti “Wali Yang Sempurna”. (Lihat: Hasan al-Banna Seorang Teroris? Hlm. 23 Ayyad asy-Syamari)

Melalui berbagai fakta yang boleh dijadikan hujah, telah menunjukkan bahawa para pemimpin dan para pembesar (tokoh-tokoh utama) Ikhwanul Muslimin kebanyakan mereka berakidah Asy’ariyah bersadur sufiyah, malah Hasan al-Banna sendiri berakidah Asy’ariyah dan menganut tariqat sufiyah al-Hasafiyah (Lihat: Fikru Takfir Qadiman wa-Hadisan hlm. 151 Raja as-Suhaimi) kuburiyah yang dipenuhi dengan berbagai-bagai zikir dan tawassul yang bid’ah, syirik, khurafat, tahaiyul, kemungkaran dan kesesatan. Pejuang sufi seperti ini bagaimana boleh dianggap sebagai tokoh penyumbang kepada kebangkitan tajdid?

Lihat dan fikirkanlah terhadap kepelbagaian pemikiran dan pegangan Hasan al-Banna dalam perjuangannya.

Pemikiran Hasan al-Banna Yang Berbahaya Di Dalam Kitab-Kitabnya dan Kitab-Kitab Milik Ikhwanul Muslimin Serta Pengikutnya

Terdapat pelbagai bentuk pemikiran yang menyeleweng yang berupa bid’ah, kesyirikan, dan khurafat di dalam aqidah/pegangan dan dakwah/pemikiran Hasan al-Banna. Segalanya telah dibongkar oleh antaranya adalah Syeikh Abu Ibrahim bin Sultan al-‘Adnani, beliau menerangkan di dalam bukunya: “Terdapat pelbagai penyimpangan manhaj dan akidah yang telah disemai dan disuburkan di dalam manhaj Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: at-Tarikh as-Sirri Lijama’atil Ikhwan Muslimin Hiyal Fitnah. Fa’rifuha.Hlm. 76 Abu Ibrahim Bin Sultan al’Adnani) Antaranya contoh yang boleh diketengahkan ialah slogan: “Kita tolong-menolong dalam perkara yang kita sepakati dan saling memaafkan (mutual respect) terhadap perkara yang kita berselisih padanya”. (Lihat: Dakwahtul Ikhwanul Muslimin Fii Mizanil Islam hlm 206)

Dalam Hal ini, Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah (Ketua Mufti Saudi Arabia) dan Sheikh al-Muhaddith Abdul Muhsin bin Abbad al-Badr telah mengeluarkan fatwa:

Menurut fatwa sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah terhadap slogan Ikhwanul Muslimin ini: “Ya benar, wajib saling tolong menolong dalam perkara kebenaran yang disepakati, menyeru kepadanya dan memperingatkan ummah dari segala yang ditegah oleh Allah dan Rasulnya. Adapun bertolong-tolongan dalam perkara yang diperselisihkan maka tidak dibenarkan secara mutlak malah perlu diteliti jika perkara tersebut dalam persoalan ijtihadiyah yang tidak ada dalilnya secara jelas, maka tidak boleh antara kita saling mengingkarinya. Tetapi apabila perkara tersebut jelas bertentangan dengan nas al-Quran dan as-Sunnah (akidah), maka wajib ditentang dengan hikmah, nasihat dan berbincang dengan baik”. (Lihat: Majmu’ Fatawa Ibn Bazz 3/58-59)

Syeikh al-Muhaddith Abdul Muhsin Abbad membidas slogan ini: “Sudah sewajarnya bagi para pengikut (al-Banna) meninggalkan slogan ini yang berjuang agar bertoleransi terhadap kelompok-kelompok sesat, malah yang paling sesat seperti Syiah Rafidhah. Hendaklah memberi penumpuan untuk menerapkan kaedah “Cinta kerana Allah dan membenci kerana Allah. Atau wala’ kerana Allah dan bara’ kerana Allah” yang tidak ada ruang bertoleransi bagi orang-orang yang menyeleweng lagi sesat dalam perkara yang menyalahi Ahli Sunnah wal-Jamaah”. (Lihat: Zajrul Mutahawin. Hlm. 8)

Hasan al-Banna membuat pengakuan tentang manhaj dakwahnya yang sebenar: “Sesungguhnya dakwah Ikhwanul Muslimin adalah dakwah Salafiyah, mengikut sunnah (tetapi) hakikatnya sufiyah dengan berdasarkan gaya politik”. (Lihat: Majmu’ah ar-Rasail al-Imam al-Banna, hlm. 122. Lihat: Nadarat fil Manhaj Ikhwanul Muslimin hlm. 27) Para ulama Salaf as-Soleh mengingkari uslub dakwah seperti ini kerana mencampurkan yang hak dengan yang batil. Hasan al-Banna menjelaskan lagi tentang uslub dakwahnya: “Pendirian kami dalam membentuk dakwah di negeri ini (Mesir), adalah dakwah diniyah (berdakwah) kepada persatuan, ekonomi dan politik”. (Lihat: Muzakkirati ad-Dakwah wa-Daiyah, hlm. 307) Ingatlah, “Tiada seorang nabi atau rasul yang diutus mengutamakan dakwah mereka dengan ekonomi, falsafah, muzik atau politik, tetapi dengan akidah!”, (Lihat: Hakikatu ad-Dakwah Ilallah. Saied Abdulrahman al-Husin. Hlm 24)

Akibat dari metode dakwah dan penyelewengan akidah Hasan al-Banna, para tokoh Ikhwanul Muslimin membiarkan syirik besar di kuburan yang dikeramatkan, nazar untuk orang mati, menyembelih atas nama arwah, berdoa kepada selain Allah dan sebagainya. Buktinya: “Hasan al-Banna sering berkuliah di markas kesyirikan terbesar di Mesir iaitu di kubur Syaidah Zainab”. (Lihat: al-Maurid al-Azb az-Zilal Fima Inqad ‘ala Ba’di al-Manahij ad Daiyah Minal ‘Aqaid wal-‘Amal, bab 10. Dan lihat: Qafilah al-Ikhwanul Muslimin. Oleh Abbas as-Sisi), Malah hal ini diakui sendiri oleh kebanyakan pengikut tarekat masa kini yang menjadikan kuburan sebagai tempat-tempat mendapatkan keramat dan berkat. Beliau tidak pernah menegur perbuatan syirik besar di kuburan Syaidah Zainab seperti membina bangunan di atas kuburan, tawaf, istighasah, menyembelih, bernazar, berzikir dan berdoa kepada kubur. Ibnu Sultan al-‘Adnani menjelaskan lagi: “Akhirnya setelah sekian lama Ikhwanul Muslimin berusaha menggerakkan para ahlinya, mereka hanya mampu mencetuskan pelbagai firqah (kelompok) yang menyimpang jauh dari matlamat yang mereka inginkan. Ia berpunca dari perpecahan di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin itu sendiri”. (Lihat: (1). at-Tarikh as-Sirri li Jamaatil Ikhwanil Muslimin. Hlm. 4. (2). al-Qutubiyah Hiyal Fitnah Fa’rifuha hlm. 76 Ibnu Sultan al-Adnani)

Hasan al-Banna berusaha menggabungkan/menyatukan gerakan Kristian dengan Ikhwanul Muslimin, sedangkan Rasulullah bersabda: “Barangsiapa yang bergabung dengan orang musyrik dan tinggal bersamanya, maka dia seperti musyrik tersebut”. (H/R Abu Daud 2787)

Ada yang beralasan dengan kenyataan Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Di Mesir justeru Hasan al-Banna dan pengikutnya dituduh sebagai Wahhabi-Salafi, yang mengingkari kaum sufi dalam banyak perkara seperti pemikiran-pemikiran dan zikir-zikir yang dianggap bid’ah dan sesat”. (Lihat: Yusuf al-Qaradhawi 70 tahun al-Ikhwan al-Muslimin. Hlm. 312)

Menurut al-Qaradhawi lagi: “Hasan al-Banna hingga akhir hayatnya tidak pernah bergabung secara rasmi dengan al-Hasafiyah. Ia sekadar simpatisan (muhibbun)”. (Lihat: Al-Ikhwan Al-Muslimun Anugerah Allah Yang Terzalimi. 173. Farid Nu’man. Edisi Lengkap. Pustaka Nauka. Cetakan 1. August, 2003)

Kenyataan ini al-Qaradhawi tersebut telah tertolak dengan fakta berikut: “Hasan al-Banna telah membaiah dengan cara sufi yang disebutnya sendiri di dalam kitabnya “Muzakkirat Daiyah”. Ia membaiah Syeikh Hasafiyah, setelah itu membentuk Ikhwanul Muslimin dan meng-adaptasi pemikiran/manhajnya ke dalam jamaahnya. Bahkan istilah “Mursyidul Am” yang menjadi gelaran Hasan al-Banna diambil dari istilah sufi yang bererti “Wali Yang Sempurna”. (Hasan al-Banna Seorang Teroris? Hlm. 23 Ayyad asy-Syamari)

----------@@@@@@----------

Hasan al-Banna sendiri juga mengakui melalui kenyataannya: “Saya menganggotai al-Ikhwan al-Hasafiyah (tariqat kesufian) di Damanhur. Saya sentiasa berada di Masjid Taubah setiap malam”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna) Selanjutnya beliau berkata: “Hadir sama Sayid Abdul Wahhab yang memberikan ijazah dalam tariqat sufi al-Hasafiyah asy-Syazaliyah. Saya membaiah tariqat al-Hasafiyah asy-Syazaliyah darinya. Dia telah memberitahu aku tempat-tempat dan semua kegiatan-kegiatan tariqat al-Hasafiyah as-Syazaliyah”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna) Hasan al-Banna ikut mendirikan kumpulan Sufiyah Hasafiyah, beliau berkata: “Kemudian saya dipilih sebagai setiausaha di dalam tariqat ini (tariqat sufi al-Hasafiyah as-Syazaliyah)”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wad-Daiyah hlm. 27 Hasan al-Banna)

----------@@@@@@----------

Sa’id Hawa memberi pengakuan dan kenyataan: “Sesungguhnya, setelah menempuh perjalanan yang panjang dan memikul beban yang banyak, jemaah Ikhwanul Muslimin telah menjadi sebahagian dari sejarah. Hanya jemaah inilah sahaja satu-satunya jamaah memiliki hak memegang kuasa Imamah. Sesungguhnya kami tidak memuji seorangpun di hadapan Allah”. (Lihat: Madkhal Ilaa Dakwah Ikhwanul Muslimin. Hlm. 294)

Sa’id Hawa, beliau berkata: “Telah muncul di pelbagai tempat pemikiran dari orang-orang yang sakit hatinya, (Dimaksudkan: Orang yang sakit hatinya oleh Sa’id Hawa ialah sesiapa yang mendedahkan kemungkaran Ikhwanul Muslimin, para tokohnya, tulisan-tulisannya, kenyataan-kenyataanya, kuliah-kuliah dan fatwa) iaitu dengan melepaskan diri dari dakwah Hasan al-Banna dan segala pemikiran beliau”. (Lihat: Fii Afaaqit Ta’lim. Hlm 5)

Kemudian beliau memperjelaskannya lagi: “Hendaklah mereka (yang di luar kelompok Ikhwanul Muslimin) menyedari bahawa menyeleweng dari pemikiran Hasan al-Banna di masa sekarang ini adalah perbuatan yang salah, mustahil akan selamat dan perbuatan yang bodoh kerana apabila kita menginginkan perjuangan yang sempurna dalam membela Islam dan kaum Muslimin ia hanyalah dengan pemikiran Hasan al-Banna”. (Lihat: Fii Afaaqit Ta’lim. Hlm. 5) Beliau berkata lagi: “Pembuktian dari segi hukum telah memastikan bahawa tidak terdapat manusia sekarang ini yang menguasai sejumlah kriteria seperti yang dimiliki oleh Hasan al-Banna. Hanya beliau satu-satunya yang mampu mencetuskan teori-teori amal Islami sekarang ini”. (Lihat: Fii Afaaqit Ta’lim. Hlm. 11)

Oleh kerana itu menurut Sa’id Hawa: “Salah satu kewajipan aktivis harakah (gerakan Islam) adalah memenuhi rumahnya dengan prinsip-prinsip Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Fii Afaaqit Ta’lim. Hlm. 29)

----------@@@@@@----------

Bagaimana prinsip dan pemikiran yang dicemari kesyirikan seperti kuburi, bid’ah sufiyah, akidah Asy’ariyah al-Maturidiyah dan hizbiyah Khawarijiyah mampu membawa umat ke jalan kebenaran dan membela Islam? Nilailah dengan neraca akidah pengakuan Sa’id Hawa ini: “Kami amat yakin, tidak terdapat jamaah yang paling sempurna bagi kaum muslimin kecuali dengan pemikiran Hasan al-Banna”. (Lihat: Jaulat Fil Fiqhain. Hlm. 79)

“Pada keadaan sekarang khususnya, tidak ada pilihan yang benar untuk kaum Muslimin, kecuali menerima konsep pemikiran Hasan al-Banna jika mereka menghendaki jalan kebenaran”. (Lihat: Min Ajli Khutwah Ilal Iman. Hlm. 5)

Akidah Hasan al-Banna ternyata bertentangan dengan al-Quran, Sunnah, Athar dan dengan pemahaman Salaf as-Soleh (kelompok generasi terbaik). Hasan al-Banna turut menegaskan: “Cara merungkai segala kesukaran dalam amal, fikrah dan segala prinsip-prinsipnya yang ditempuh oleh golongan sufi, semuanya itu termasuk uslub (metodologi) mentarbiyah dan cara berpolitik Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa-Daiyah hlm. 31) Menurut Hasan al-Banna rahimahullah: “Tidak diragukan lagi bahawa mengambil kaedah-kaedah dari tasawuf apabila mentarbiyah dan membina suluk dalam dakwah, ia akan memberi kesan yang kuat dalam jiwa dan hati. Ini berpunca lantaran kata-kata orang-orang sufi (tasawuf) dalam hal ini lebih jelas dari perkataan manusia yang bukan sufi”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa-Daiyah hlm. 31) Kenyataan Hasan al-Banna dikuatkan dengan pengakuan Si Pemuja sufi Sa’id Hawa semoga Allah merahmatinya, beliau berkata: “Bahawasanya Ikhwanul Muslimin pada hakikatnya adalah sufiyah (pertubuhan yang bermanhaj sufi)”. (Lihat: Jaulat fi Fiqihin hlm. 154)

Dikuatkan lagi dengan pengakuan Abdurrahman al-Banna, saudara kepada Hasan al-Banna, beliau menjelaskan: “Kebiasaannya setelah solat Isyak, Hasan al-Banna duduk bersama orang-orang (sufi) yang berzikir dari kalangan al-Ikhwan Hasafiyah”. Beliau menceritakan keadaan Hasan al-Banna berzikir berserta ahli al-Hasafiyah: “Tidak kelihatan di dalam masjid, kecuali orang-orang yang berzikir… Malam menjadi hening kecuali bisikan doa berserta kilauan cahaya, seluruh tempat diselimuti cahaya langit, diselimuti cahaya Rabb, longlailah seluruh jasmani, terbanglah arwah, lenyaplah segala sesuatu yang ada dalam wujud, hilang dan terlepas lantaran suara-suara zikir yang sangat manis”. (Hasan al-Banna bi Aqlami Talamizatihi wa-Mu’asirihi hlm. 70-71 Jabir Rizqi)

Inilah ilusi sufi wahdatul wujud yang mungkar dan batil. Menurut Abdurrahman al-Banna pula tentang amalan-amalan kesufian Hasan al-Banna: “Apabila menjelang anak bulan Rabi’ul Awal, kami berjalan beramai-ramai dalam satu perarakan setiap malam, sehinggalah ke malam 12 Rabi’ul Awal. (Lihat: Muzakkirah ad-Dakwah wa-Du’at Hlm. 22-23) Kami mendendangkan qasidah puji-pujian untuk Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Hasan al-Banna bersyair: “Kekasih ini (Nabi Muhammad) bersama para sahabat telah tiba (hadir) # Dia mengampunkan segala dosa yang telah berlalu dan yang akan datang”. (Lihat: Hasan al-Banna bi Aqlami Talamizatihi Hlm. 71-72)

Hasan al-Banna tidak secara langsung mengajak umat meyakini bahawa Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang telah wafat dapat mengampunkan dosa. Bukankah ini keyakinan dan kepercayaan sufi yang bid’ah, syirik, batil dan khurafat? Sesungguhnya tiada siapa yang boleh mengampunkan dosa kecuali Allah, kerana Allah ‘Azza wa-Jalla berfirman: “Dan siapakah yang dapat mengampunkan segala dosa jika tidak selain Allah?”. (Ali Imran, 3: 135)

Fikirkanlah kenyataan Yusuf al-Qaradhawi yang menyeru kepada gerakan sufi Hasan al-Banna: “Jadikanlah Salafi itu Sufi”. (Lihat: Majalah an-Nida’. Malaysia)

Perayaan Maulid, Tawassul Dan Kuburi

Hasan al-Banna mewajibkan perayaan maulid, beliau berkata: “Menghidupkan perayaan maulid Rasulullah menjadi kewajipan semua orang sama ada Islam atau bukan Islam kerana majlis ini dipenuhi dengan berkat. Rasulullah diutus bukan untuk kaum muslimin sahaja, tetapi baginda juga diutus sebagai rahmat untuk sekalian alam, jin dan manusia”. (Lihat; Qafilah al-Ikhwan al-Muslimun 1/48 Abbas as-Sisi)

Kebatilan dan kesalahan pemikiran Hasan al-Banna sangat dipertahankan oleh Yusuf al-Qaradhawi, dibawakan fatwa Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab secara tadlis (curang) dan tidak sempurna demi untuk mempertahankan pendapat Hasan al-Banna yang batil. Yusuf al-Qaradhawi berkata: “Tidak mengapa bertawassul dengan orang-orang soleh”. (Lihat; Qafilah al-Ikhwan al-Muslimun 1/48 Abbas as-Sisi) Memang benar Muhammad bin Abdul Wahhab, Ibnu Taimiyah, Imam Ahmad bin Hambal dan Sheikh al-Albani rahimahullah membolehkan bertawssul, tetapi hanya kepada orang yang masih hidup dan mengharamkan bertawassul kepada orang mati sama ada para nabi, rasul, wali atau orang soleh. Yusuf al-Qaradhawi tidak boleh berbohong dalam hal ini walaupun syeikhnya (Hasan al-Banna) telah bertawassul kepada orang mati.

Ada pula yang mempertahankan kata-kata Hasan al-Banna di dalam Usul Isyrin Prinsip no. 14 yang menyatakan: “Menziarahi kubur perkara yang disyariatkan dengan contoh yang diajarkan oleh Rasulullah. Akan tetapi, meminta pertolongan kepada mayat di dalam kubur siapa pun mereka, berdoa kepadanya, meminta pertolongan kepadanya, bernazar untuknya, membina bangunan di atasnya, menutupi kelambu, menerangi dengan lampu, mengusapnya untuk mendapat berkah, bersumpah dengan selain Allah dan segala sesuatu yang serupa dengannya adalah bid’ah yang wajib diperangi. Usahlah mencari-cari cara untuk membolehkan berbagai perilaku itu demi menutup fitnah yang lebih besar lagi”.

Semuanya itu hanya tulisan Hasan al-Banna semata, kerana pada hakikatnya beliau tidak pernah mengingkari dari keyakinan kesufian, perayaan-perayaan bid’ah dan menghidupkan amalan kuburi sehingga keakhir hayatnya. Raja’ as-Suhaimi menyatakan bahawa Hasan al-Banna melalui pemikiran sufinya membolehkan berdoa atau bertawassul kepada kuburan dan menyeru roh para wali: “Beliau tidak pernah menarik semula fatwa-fatwanya dan tidak pernah menentang akidah kuburiyah yang bid’ah dan membawa kepada kesyirikan”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan, Raja as-Suhaimi) Hasan al-Banna berfatwa: “Berdoa apabila disertai dengan bertawassul kepada Allah dengan makhluk-Nya (yang telah mati), maka yang demikian adalah furu’iyah dalam tata cara berdoa, bukan termasuk dalam masalah akidah”. (Lihat: Usul Isyrin, Perkara ke l5 Hasan al-Banna. Nazarat Fi Risalah at-Ta’lim. Hlm.177 Muhammad Abdullah al-Khatib & Muhammad Abdul Hamid)

Sa’id Hawa mempertahankan dan melanjutkan segala bid’ah yang telah dihidupkan oleh gurunya, beliau mengakui: “Ustaz al-Banna menganggap antara kepentingan gerakan Islam ialah menghidupkan hari-hari perayaan bersempena yang dinasabkan dengan kejadian-kejadian dalam Islam dan mengingatkan manusia kepadanya. Melaluinya maka sesungguhnya ia seakan-akan kewajipan fiqh-dakwah Islamiyah masa kini, yang mana menghidupkan maulid Nabi dan merayakannya merupakan pelajaran ilmiyah, diterima secara fiqhiyah dan kepentingan yang tidak boleh ditinggalkan”. (Lihat: Dakwahtul Ikhwanul Muslimin fi Mizanul Islam. Hlm. 72)

Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan pengakuan Sa’id Hawa: “Tasawuf adalah gerakan Islam yang terkini - yang dimaksudkan ialah – gerakan tasawuf yang dihidupkan oleh Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Tarbiatuhum ar-Ruhiyah. Hlm. 6. Sa’id Hawa) “Gerakan Islam yang terkini memberi tumpuan kepada pendidikan sufiyah secara pemikiran dan perlaksanaan agama secara menyeluruh, kerana ustaz al-Banna memberi pengkhususan utama kepada hakikat sufiyah”. (Lihat: Tarbiatuhum ar-Ruhiyah. Hlm. 17. Sa’id Hawa) Setelah kematian Hasan al-Banna maka Sa’id Hawa menganggap: “Hasan al-Banna sebagai pembesar sufiyah dan digelar sebagai Mursyid al-Kamil (mursyid yang sempurna), iaitu pewaris nabi yang paling sempurna” sebagaimana tercatit di dalam bukunya “Tarbiyatuhum ar-Ruhiyah” hlm 159.

Sa’id Hawa berkata di dalam bukunya ini di halaman 21 bahawa: Ustaz Al-Banna adalah Mursyid yang sempurna dengan persaksian sebagai sufi besar pada jiwa orang-orang Ikhwanul Muslimin. Dia seorang Mujaddid (reformer/pembaharu), wakil wali-wali dan dia khalifah yang sebenarnya. Oleh yang demikian maka wajib mengambil keseluruhan isi kandungan dakwahnya secara sempurna”. Sa’id Hawa mempersempit ruang dakwah Islamiyah dengan menekankan:“Oleh kerana itu, tidak seorangpun boleh meninggalkan dakwah Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Fii Afaqit Ta’lim. Hlm. 16)

Allah s.w.t. berfirman: “Dan janganlah kamu seru apa yang tidak memberi manfaat dan tidak pula memberi mudharat kepada selain Allah sebab apabila kamu melakukan sedemikian itu maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim (syirik)”. (Yunus, 10: 106) Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Doa itu adalah ibadah” . (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Inilah antara perkara-perkara batil dan bid’ah yang diperjuangkan oleh Hasan al-Banna dan pengikutnya Sa’id Hawa dan dipertahankan oleh kebanyakan yang lain yang menyanjungi dakwah Ikhwanul Muslimin tanpa memahami hakikat yang sebenarnya.

Selain itu, Sa’id Hawa pula terus menegaskan: “Sesungguhnya kaum muslimin selama beberapa masa yang lalu mempunyai para imam dalam akidah, fiqh, tasawuf dan ibadah kepada Allah ‘Azza wa-Jalla. Imam mereka dalam akidah seperti Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi”. (Lihat: Jaulat Fil Fiqhain. Hlm. 22) Inilah model akidah Ikhwanul Muslimin, mencampurkan yang hak dengan yang batil, akidah Asy’ariah al-Maturidiyah, sufiyah kuburiyah dan siyasah hizbiyah Khawarijiyah ala Jahiliyah sehingga menolak akidah yang sahih dari para salaf iaitu generasi awal kaum muslimin. Sa’id Hawa menegaskan dengan pengakuannya: “Kami tidak pernah merelakan diri kami untuk meninggalkan prinsip pemikiran ustaz Hasan al-Banna. Pada masa ini, jika sesiapa cuai pada perkara ini (prinsip pemikiran al-Banna. pent) samalah ertinya meninggalkan jalan kebenaran dalam membela Islam“. (Lihat: الجماعة الإسلامية فى ضوء الكتاب والسنة بفهم سلف الأمة , Salim bin ‘Ied al- Hilali. Dan Lihat: Min Ajli Khutwah Ilal Imam Hlm. 12)

Keyakinan Hasan al-Banna terus diperjuangkan dan dihidupkan oleh Umar at-Tilmisani dan para pengekor Ikhwanul Muslimin, beliau mempertahankan kemungkaran ini dan menjelaskan: “Ada orang yang berkata: Sesungguhnya Rasulullah hanya mengampunkan dosa mereka semasa mendatangi baginda diketika hidupnya sahaja, saya tidak tahu mengapa mereka membatasi ayat ini dengan doa permohonan pengampunan dosa dari Nabi ketika baginda masih hidup sahaja, pada hal tidak ada yang membuktikan pembatasan dalam ayat tersebut”. (Lihat: Syahidul Mihrab Umar bin al-Khattab, hlm. 225-226 Umar at-Tilmisani)

Kesalahan/penyimpangan pemikiran Hasan al-Banna terus dipertahankan oleh Tilmisani dengan keyakinannya: “Saya lebih cenderung mengambil pendapat pihak yang meyakini bahawa Rasulullah boleh mengampunkan dosa, sama ada semasa baginda hidup atau setelah wafat bagi sesiapa yang mendatangi kubur baginda”. (Lihat: Syahidul Mihrab Umar bin al-Khattab, hlm. 226 Umar at-Tilmisani) Beliau menekankan: “Maka tidak sepatutnya bersikap ekstrem semasa mengingkari mereka-mereka yang berkeyakinan tentang kebenaran keramat-keramat para wali serta meminta perlindungan kepada kubur-kubur mereka yang suci atau berdoa di atas kubur-kubur tersebut ketika ditimpa kesusahan. Keramat-keramat para wali itu sebagai salah satu bentuk bukti mukjizat para rasul utusan Allah”. (Lihat: Syahidul Mihrab Umar bin al-Khattab, hlm. 226 Umar at-Tilmisani) Inilah perbuatan syirik besar yang telah dilakukan oleh orang-orang jahiliyah sebelum Nabi Muhammad di utus sedangkan para ulama Salaf mengharamkannya berdasarkan firman Allah:

“Kemudian mereka meminta keampunan atas dosa-dosa mereka, maka siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah”. (Ali Imran, 3: 153)

Dan firman-Nya: “Janganlah kamu seru di samping Allah dengan seseorang yang lain”. (al-Jin, 72: 18)

Apakah membela dan mempertahankan tokoh-tokoh seperti ini dibolehkan di dalam syara’?

Hasan al-Banna Dan Syiah

Sebahagian kaum muslimin yang menyeru agar menolong Hizbullah (pejuang berfahaman Syi’ah) di bawah pimpinan Hasan Nasrullah hampir sama seperti seruan Hasan al-Banna yang menyeru kepada penyatuan antara Sunnah dan Syiah. (Lihat: Zikriyat La Muzakarat, Umar at Tilmisani) Hasan al-Banna tidak menentang Syiah kerana menurut beliau: “Syiah sama seperti empat mazhab yang ada”. (Lihat: Zikriyat La Muzakarat, Umar at Tilmisani) Malah Hasan al-Banna berwala’ dan berterus terang kepada para pemuka serta pengikut Syiah: “Kami sampaikan kepada yang mulia Sayid Muhammad Uthman segala apa yang terpendam di lubuk hati Ikhwanul Muslimin berupa rasa cinta, kasih dan sentiasa memuliakan (Syiah)”.

Fikirkanlah maki dan celaan Syiah terhadap Abu Bakr, Umar, Uthman seluruh sahabat dan menuduh ‘Aisyah sebagai penzina (pelacur) lalu, wajarkah Syiah dimuliakan, dicintai dan dikasihi oleh Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin serta habis-habisan dipertahankan pemikiran yang seperti itu?

Kebencian pengikut Hasan al-Banna terhadap ahli tauhid dan orang yang mengikut salafiyah. Contohnya: “Abu Ahmad dan Abu Bilal dipecat dari keanggotaan Ikhwanul Muslimin gara-gara mengikuti kuliah dan mengundang Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani”. Perkara ini telah dijelaskan oleh Seikh Salim bin Ied al-Hilali. (Lihat: الجماعة الاسلامية فى ضوء الكتاب والسنة بفهم سلف الأمة Pemecatan ditanda tangani oleh Dzeib Anis)

Hizibiyah, Takfiriyah Dan Irhabiyah (Pengganas)

Pendukung Ikhwanul Muslimin perlu tahu dan menyedari bahawa terlalu banyak buku-buku yang menjelaskan tentang perkara ini, antaranya di dalam kitab Hasan al-Banna wa-Ahamul Warisin di jelaskan bahawa Hasan al-Banna mentakfir parti yang tidak berwala’ kepada mereka, tidak ada konsensus malah bermusuh dengan pemerintah yang dianggap kafir dan wajib diperangi: “Orang yang mencetuskan pengkafiran daulah dan pemimpin Islam jika tidak bersatu dengan partinya adalah Hasan al-Banna kemudian diikuti oleh Sayid Qutub dan kebanyakan para tokoh Ikhwanul yang lainnya”. (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa Ahammul Warisin. Prinsip Kedua)

Desakan Hasan al-Banna kepada seluruh anggota Ikhwanul Muslimin agar: “Berbaiah secara sufiyah dan ketenteraan. Mewajibkan jihad dan merealisasikan mengikut manhaj Ikhwani melalui sepuluh syarat yang ditetapkan oleh al-Banna”. (Dinukil dari kitab: فكرةالتكفير قديما وحديثا hlm. 96-97, Abdussallam bin Salim bin Raja as-Suhaimi) Sehingga pengikut didikan Hasan al-Banna, Ikhwanul Muslimin “Sentiasa bersedia apabila pemimpin memberikan arahan untuk membuat rusuhan atau melakukan pembunuhan (keganasan) semuanya itu wajib dilaksanakan”. (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa Ahammul Warisin. Prinsip Kedua (Bai’at)) Kerana: “Seseorang di hadapan Hasan al-Banna semestinya seperti mayat di hadapan orang yang memandikannya”. Ditekankan agar berpegang dengan syiar sufiyah, iaitu melihat dengan penglihatan al-Banna: “Mesti taat dan tidak boleh menderhaka”. (Lihat: Turkh Hasan al-Banna wa Ahammul Warisin. Prinsip Kedua (Bai’at))

Di dalam seruan Hasan al-Banna terisi juga seruan ke arah keganasan (Teroris), iaitu melalui prinsip Khawarij yang dikembangkan melalui teori (fahaman) Tauhid Hakimiyah, teori takfir, (Teori takfir dikembangkan oleh Sayid Qutub di dalam kitabnya “Mu’alimu fii Tariq”) penubuhan Tanzim Khas dan semangat aksi teror (pengebom berani mati) (Yusuf al-Qaradhawi telah menghalalkan pengeboman berani mati dan dianggap pelakunya sebagai berjihad dan mati syahid) yang menjadi dasar perjuangan Ikhwanul Muslimin yang membawa kepada gerakan teroris besar-besaran di Mesir. Ia menjadi model ikutan semua aktivis ala Ikhwanul Muslimin di manapun mereka berada. Dibuktikan melalui penekanan ketua-ketua para pemimpin mereka antranya Hasan al-Banna: “Dan fasa kedua adalah fasa khusus untuk membina syakhsiyah (peribadi) supaya taat, mendengar, jihad, membunuh, melakukan keganasan (teror), melaksanakan setiap perintah pemimpin dan mengkafirkan pemerintah”. (Lihat: Turukh Hasan al-Banna wa-Ahammul Warisin. Semak “Prinsip Ketiga”. Aiyid asy-Syamari)

Setelah “Tanzim Khusus” terlaksana, Hasan al-Banna membentuk marhalah ketiga tetapi setelah beliau terbunuh pada 1948M rancangannya gagal di separuh jalan, namun sempat direalisasikan oleh al-Hudhaibi pada 1952M dengan melakukan huru-hara, pemberontakan dan akhirnya rampasan kuasa terhadap kerajaan Raja al-Faruq. Unsur-unsur keganasan dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin dikesan di dalam teks baiah yang dibahagikan kepada dua bahagian iaitu: “Mendengar dengan pendengaran Hasan al-Banna dan melihat dengan penglihatan Hasan al-Banna”. (Lihat: Zikriyat La Muzakkirat. Umar at-Tilmisani)

Ikhwanul Muslimin yang dipimpin oleh Hasan al-Banna memperalat para pelajar dalam acara demonstrasi, membawa bahan letupan dan meletupkan bahan tersebut dalam aksi keganasan sehingga mengorbankan ramai nyawa. (Lihat: Turukh Hasan al-Banna wa- Ahammul Warisin. Di Prinsip Ketujuh. Aiyid asy-Syumari) Segala perintah dan arahan tersebut mesti dipatuhi dan dilaksanakan oleh para ahli kerana ia tertakluk kepada ikrar bai’ah: ”Mendengar, taat, tidak merasa serik, tidak ragu dan tidak bimbang”. (Lihat: Qanun Nizam Asasi li-Hai’ah Ikhwanul Muslimin wa-Syu’abiha hlm. 7)

Pada 1940M Hasan al-Banna menubuhkan gerakan ketenteraan (Tanzim Khusus). Anggotanya membaiah Hasan al-Banna dengan menjunjung al-Quran untuk setia melakukan kekacauan, rusuhan, kekejaman, demonstrasi, melakukan pembunuhan terhadap polis, tentera, orang awam, pegawai pemerintah dan rakyat jelata. Dan semuanya itu telah dilakukan sehingga berjaya menggulingkan kerajaan Raja Faruq. (Lihat: Kenyataan ini lebih terperinci di dalam buku “Tanzim Khas”. Oleh Muhammad as-Shabagh) Ditahun yang sama (1940M), Tanzim Khas dan gerakan komando (Lihat: “al-Muzakkirat oleh Hasan al-Banna” bahawa para anggota yang tidak mematuhi arahan Hasan al-Banna akan dihukum. Mereka tidak mendapat kebebasan sehingga perlu meminta izin walaupun ingin menunaikan haji) dibentuk oleh Hasan al-Banna. Mereka yang berada di unit ini ditugaskan untuk melakukan operasi keganasan di mana sahaja setelah mendapat arahan dari pemimpin tanpa dipertikaikan. Hal ini telah diakui dan dijelaskan oleh Muhammad Abdul Halim di dalam tulisannya. (Lihat: kenyataan lanjut dan lebih terperinci di dalam buku “Ikhwanul Muslimin wa-Ahwal Sintai’Asyara Tarikh. Oleh Muhammad Abdul Halim)

Fatwa Sheikh Abdul Aziz bin Baz Tentang Ikhwanul Muslimin

Setelah Syeikh maklumi hadis Nabi tentang perpecahan umat, saya ingin bertanya apakah Jamaah Tabligh dengan kesyirikan dan bid’ahnya dan Jamaah Ikhwanul Muslimin dengan kehizbiyahannya termasuk ke dalam firqah yang sesat?

Jawapan Syeikh Ibn Bazz rahimahullah: “Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin termasuk tujuh puluh dua firqah yang sesat kerana barangsiapa berselisih dengan akidah Ahli Sunnah, ia akan masuk ke dalam tujuh puluh dua yang disebut oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebagai “umatku”. Maka yang dimaksudkan “umatku” adalah golongan yang masih menjadi umat baginda iaitu umat Islam”.

Beliau (Ibn Bazz) ditanya lagi: Apakah keduanya (Jamaah Tabligh dan Ikhwanul Muslimin) termasuk ke dalam tujuh puluh dua golongan tersebut?

Jawapan Ibn Bazz: “Ya, (Ikhwanul Muslimin) termasuk dalam keumuman tujuh puluh dua golongan tersebut! Termasuk juga Murjiah dan Khawarij”. (Lihat: Majalah as-Salafiyah. Hlm. 47. No. 7 tahun 1422)

Tetapi para tokoh Ikhwanul Muslimin berpendirian sebaliknya sehingga Sa’id Hawa berkali-kali menyeru para pendampingnya supaya berbaiah kepada pemimpim Ikhwanul Muslim agar menjadi anggota pertubuhan tersebut. Beliau berkata:“Tidak ada pilihan yang lain, hanya jamaah Ikhwanul Muslimin sahajalah yang wajib diikuti dan dibaiah oleh seluruh kaum muslimin”. (Lihat: المداخل الى دعوة الاخوان المسلمين, hlm. 30)

Isi kandungan teks bai’ah Ikhwanul Muslimin ialah:

“Aku berjanji kepada Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung untuk sentiasa berpegang teguh dengan dakwah Ikhwanul Muslimin dan berjihad di jalannya, mematuhi syarat-syarat keahliannya dan mempercayai sepenuhnya kepada kepimpinannya. Sentiasa patuh dan taat dalam keadaan suka atau benci. Aku bersumpah atas nama Allah Yang Maha Agung atas semuanya ini dan aku berbaiah atasnya. Allah menjadi saksi atas apa yang aku katakan”. (Lihat: Qanun Nizam Asasi li Haiah Ikhwanul Muslimin wa-Syu’abiha hlm. 7)

Walaupun Sa’id Hawa tidak menganggap pertubuhan Ikhwanul Muslimin sebagai jamaah yang maksum sebagaimana anggapan seorang tokoh dalam negara kita (Malaysia), tetapi baginya ia mendekati kepada maksum. (Menurut Sa’id Hawa: Kami tidak mengklaim maksum, tetapi selain kami juga tidak maksum. Lihat: Madkhal Ilaa Dakwah Ikhwanul Muslimin hlm. 12) Beliau tidak terasa segan silu mencabar dengan kata-kata: “Pernahkah ada dari kalangan umat ini orang yang setara dengan Hasan al-Banna? Adakah generasi yang akan datang akan menemui orang yang lebih tegas dari Hasan al-Hudheibi? Sesungguhnya hanya kepada kedua Khalifah Ikhwanul Muslimin inilah sahaja kita membaiah”. (Lihat: Madkhal Ilaa Dakwah Ikhwanul Muslimin hlm. 30)

Sa’id Hawa menekankan agar setiap individu bergabung dengan Ikhwanul Muslimin sebagaimana kenyataannya: “Bahawa bergabung dengan Ikhwanul Muslimin adalah kewajipan kepada seluruh kaum muslimin”. (Lihat: Fii Afaqit Ta’alim. Hlm. 16) Hasan al-Banna berakidah Asy’ariyah dan sufiyah al-Hasafiyah (Lihat: Fikru Takfir Qadiman wa-Hadisan hlm. 151 Raja as-Suhaimi) kuburiyah yang dipenuhi dengan syirik, khurafat dan tahaiyul.

Menurut keterangan Sa’id Hawa: “Umat (Ikhwanul Muslim) telah menyerahkan persoalan akidah mereka kepada dua orang imam, iaitu Abul Hasan Asy’ari dan Abu Mansur al-Maturidi”. (Lihat: Jaulat Fil Fiqhain. Hlm. 22)

Pendirian Pentaksub Hasan Al-Banna

Sa’id Hawa yang radikal ini menjadi ghuluw (taksub) kepada Hasan al-Banna sehingga dengan berani menegaskan: “Dan kami mempercayai bahawasanya tidak ada jamaah yang sempurna bagi kaum muslimin kecuali dengan fikrah (pandangan/pemikiran) al-Ustaz Hasan al-Banna atau dengan pandangan-pandangan beliau”. (Lihat: Jaulah al-Fiqhiyin al-Akbar as-Saghir hlm. 79 Sa’id Hawa)

Perkataan Sa’id Hawa ini bertentangan dengan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang menjelaskan bahawa di dalam Islam hanya terdapat satu sahaja manhaj: “Akan berpecah umatku kepada 73 golongan, semuanya di dalam neraka kecuali al-Jamaah”. (Hadis Riwayat Hakim dalam Mustadrak 1/128. Kitab al-Ilm)

Hasan al-Banna mendapat sokongan yang kuat dari Muhammad Qutub sehingga Muhammad Qutub menegaskan bahawa tidak ada lagi jamaah yang boleh diikuti kecuali Jamaah Ikhwanul Muslimin, beliau berkata: “Dan tidak ada lagi ruang jamaah-jamaah lain kecuali jamaah ini (Ikhwanul Muslimin)”. (Lihat: as-Syahwah Islamiyah. Hlm 96)

Beliau berkata lagi: “Munculnya Kebangkitan Islam (dimaksudkan gerakan Hasan al-Banna dan Ikhwanul Muslimin) yang seharusnya menyinari dunia Islam merupakan peristiwa besar dalam sejarah kebangkitan insani dikurun dua puluh”. (Lihat: as-Syahwah Islamiyah. Hlm 96)

Dan beliau berterus terang: “Telah datang gerakan Imam as-syahid dan umat dalam keadaan begitu lalai (dimaksudkan kafir atau jahiliyah) kecuali yang dirahmati Tuhanmu”. (Lihat: as-Syahwah Islamiyah. Hlm 96)

Penegasan di atas ini juga bertentangan dengan hadis: “Dari Abdullah bin Masoud berkata: Rasulullah telah menggariskan kepada kami suatu garisan lalu bersabda: Inilah jalan Allah. Kemudian menggariskan beberapa jalan di sebelah kanannya dan beberapa garis di sebelah kirinya, lalu baginda bersabda: Inilah jalan-jalan yang pada setiap jalan ada syaitan yang menyeru kepada jalan tersebut. Kemudian baginda membacakan ayat (al-Quran yang mana Allah berfirman): Sesungguhnya inilah jalan Ku yang lurus, maka ikutilah jalan tersebut, janganlah kamu ikuti jalan-jalan (yang ke kanan atau ke kiri) kerana jalan-jalan tersebut mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Yang demikian itulah kamu diperintahkan oleh Allah agar kamu bertakwa”. (al-An’am, 6: 153)

Penampilan dan sifat al-Jamaah yang Rasulullah jelaskan ialah: “(Iaitu orang-orang yang seperti) apa yang aku di atasnya pada hari ini dan para sahabatku”. (Lihat: Tuhfatul Ahwazi 7/399-340)

Iaitu bukan seperti Jamaahnya Ikhwanul Muslimin.

Syeikh Abdul Muhsin Abbad al-Badr, salah seorang ulama Madinah telah mengkritik Hasan al-Banna dan berkata: “Tidak ada ruang untuk memberi keuzuran kepada ahli yang menyeleweng dan sesat (Hasan al-Banna) tentang apa yang menyalahi pegangan Ahli Sunnah wal-Jamaah”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan 153, Raja as-Suhaimi)

Syeikh Soleh Ali as-Syeikh, Menteri Hal Ehwal Agama kerajaan Arab Saudi menjelaskan: “Para pemimpin Ikhwanul Muslimin menutup rapat akal para pengikut mereka dari menerima kata-kata yang berlainan dengan manhaj mereka”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan 281, Raja as-Suhaimi)

Seruan Hasan al-Banna kepada Syiah

Cita-cita Hasan al-Banna telah digambarkan oleh Umar at-Tilmisani (Mursyid ketiga) yang mana beliau berkata: “Fadilat Syeikh Muhammad al-Qummi salah seorang ulama besar dan tokoh ulama besar Syiah merangkap pemimpin Syiah telah diundang ke markas umum Ikhwanul Muslimin. Ia berada dalam waktu yang agak panjang di situ. Sebagaimana juga sudah dimaklumi bahawa Imam Hasan al-Banna telah membuat pertemuan dengan tokoh utama Syiah Ayatullah al-Kasysyani dimusim Haji tahun 1948M hingga membentuk kesatuan fahaman antara Syiah dengan Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Limaza Ughtila Hasan al-Banna, hlm. 32. Lihat: Nukilan dari Ikhwanul Muslimin fi-Mizan)

“Seingat saya pada tahun empat puluhan Sayid Qummi tokoh yang bermazhab Syiah berkunjung sebagai tetamu ke Markas Umum Ikhwanul Muslimin. Ketika itu Imam al-Banna sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyatukan golongan-golongan yang berpecah (antaranya Syiah)”. (Lihat: Zikriyat Laa Muzakkirat. Hlm. 249, Tilmisani)

Umar at-Tilmasani menulis di dalam bukunya untuk merialisasikan niat Hasan al-Banna: “Sedarlah, sesungguhnya Ahli Sunnah dan Syiah semuanya adalah kaum Muslimin yang disatukan oleh kalimah Laa Ilaha Illallah Muhammad Rasulullah! Inilah asas akidah, ternyata Ahli Sunnah dan Syiah dalam akidah adalah sama dan semuanya dalam keimanan. Adapun perselisihan antara keduanya maka itu terjadi pada perkara-perkara yang boleh dilakukan tolak-ansur antara keduanya”. (Lihat: Zikriyat Laa Muzakkirat. Hlm. 250, Tilmisani)

Seruan Hasan al-Banna dan jamaahnya adalah mungkar dan batil, kerana Syiah mengkafirkan dan melaknat Abu Bakr, Umar, Uthman dan Muawiyah. Menurut al-Majalisi: “Syiah berlepas dari empat wanita iaitu ‘Aisyah, Hafsah, Hindun, Ummu Hakam serta seluruh keluarga dan pengikut mereka”. (Haqqul Yakin hlm 519. Muhammad Baqir al-Majalisi (berbahasa Parsi))

Kepercayaan Syiah ini bertentangan dengan firman Allah yang menjelaskan: “Nabi itu (hendaknya) lebih utama bagi orang-orang mukmin dari mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah ibu-ibu mereka”. (al-Ahzab, 33: 6)

Hasan al-Banna terus mendapat dokongan dari Umar Tilmisani. Umar Tilmisani berkata: “Pendekatan antara Syiah dan Sunnah merupakan kewajipan para fuqaha’. Beliau berkata lagi: Maka merupakan kewajipan para fuqaha’ untuk menubuhkan pemikiran taqrib (pendekatan Syiah dan Sunnah) bagi tujuan membina masa depan kaum muslimin yang gemilang”. (Lihat: Majalah Dakwah al-Misriyah. Keluaran 105, Julai 1985)

Dr. Izzuddin Ibrahim menjadi saksi tentang kenyataan ini, beliau berkata: “Aku ikut terlibat dalam usaha kumpulan ini (pendekatan Sunnah dan Syiah) atas berkat al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna yang berpendapat bahawa kaum muslimin sama ada Sunni atau Syiah adalah umat yang satu. Kitab sucinya satu, rasulnya satu, menetapkan halal dan haram juga satu, sistem siyasahnya satu, sistem ekonominya satu, sistem sosialnya satu, daulahnya satu begitu juga dalam rangka membersihkan alam dari kezaliman, ketidakadilan, kepalsuan yang dilakukan oleh dua kuasa besar. Maka Sunni dan Syiah semestinya bersatu dalam menghadapinya”. (Lihat: Mauqif Ulama Muslimin Min asy-Syiah wa-Saurah al-Islamiyah hlm. 35)

Syiah juga tidak mengiktiraf kitab-kitab Bukhari, Muslim, Turmizi dan lain-lainnya. Malah sebahagian mereka sudah mula menyelwengkan kitab-kitab ini dengan cara mengubah-suai dan menyebarkannya. Mereka hanya mengiktiraf kitab al-Kafi oleh Kulaini dan menolak al-Quran pegangan ahlus sunnah dan berpegang kepada al-qur’an yang didakwa sebagai Mushaf Fatimah. Tokoh Ikhwan Muhammad al-Ghazali (Muhammad al-Ghazali lahir pada 1334H (1917M) di Nakla al-‘Inab. Meninggal pada 6 Mach l996M di Mesir. Walaupun pernah menjadi guru penulis selama 3 tahun di Universiti Ummul Qura, namun penulis menghormati beliau hanya sebagai guru tetapi penulis lebih mencintai ilmu yang datangnya dari Allah ‘Azza wa-Jalla berbanding pemikiran Muhammad al-Ghazali yang banyak dipertikai) telah mengemukakan pendiriannya terhadap Syiah, beliau berkata: “Aku termasuk anggota penyatuan antara pelbagai mazhab. Aku diberi tugas menyenambungkan jamaah di Markas Ikhwanul Muslimin di Kaherah (Cairo). Aku berusaha merapatkan penyatuan dengan Syiah melalui Muhammad Taqiy al-Qummi sebagaimana aku usahakan melalui Syeikh Jawwad. Aku berusaha merapatkan hubungan dengan ramai tokoh-tokoh Syiah lainnya”. (Lihat: Mauqif Ulama Muslimin Min asy-Syiah wa-Saurah al-Islamiyah hlm. 22) Usaha Muhammad al-Ghazali tidak berjaya sehinggalah meninggal dunia.

Pengekor Hasan al-Banna antaranhya Zainab al-Ghazali berkata: “Menurutku Syiah Ja’fariyah dan Zaidiyah termasuk mazhab Islam seperti empat mazhab di kalangan Ahli Sunnah. Para cendiakawan dan para tokoh dari kalangan Sunnah dan Syiah hendaklah mencari titik pertemuan dan saling memahami serta bekerjasama dalam mengeratkan hubungan antara mazhab yang empat dengan mazhab-mazhab Syiah”. (Lihat: Muaqif Ulama Muslimin wa-Saurah al-Islamiyah. Hlm. 33)

Abdul Aziz bin Syabib as-Saqr membuktikan akan kebenaran kenyataan ini kerana beliau berkata: “Setelah Hasan al-Banna meninggal, usaha pendekatan Syiah dengan Sunnah diambil alih oleh seluruh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin agar diterapkan di negeri masing-masing sebagaimana yang diusahakan oleh Umar at-Tilmisani di Mesir, Mustafa as-Siba’i di Syiria, Hasan at-Turabi di Sudan, al-Ganusyi di Tunis, Fathi Yakan di Lubnan dan al-Maududi di Pakistan”. (Lihat: Tahafutus Syi’arat wa-Suqutul Aqni’ah. Hlm. 32. Abdul Aziz Syabib)

Daarut Taqrib (Badan ini diwujudkan untuk menyatukan Syiah dan Ikhwanul Muslimin. Melalui Ikhwanul Muslimin pula disatukan Syiah dengan Sunnah) sebuah organisasi yang bekerjasama antara Ikhwanul Muslimin dan Syiah. Membelanjakan untuk sebuah rumah eksklusif di Zamaalik, Kaherah (Cairo) dipenuhi perabut-perabut luks, peralatan pejabat, menerbitkan majalah Islam yang besar, menggaji para pengurus, pengelola dan penulis-penulisnya. Dari manakah semua dana itu dan siapakah yang membiayainya? (Lihat: Majalah al-Azhar. 24/285-286)

Semua persoalan ini terjawab melalui pengakuan dari beberapa penulis Syiah yang menjelaskan bahawa: “Daarut Taqrib didirikan dengan dana pembiayaan yang datangnya dari tokoh-tokoh pembesar Syiah. Di Daarut Taqrib sesiapapun dari Ahli Sunnah tidak mempunyai hak untuk melakukan sembarang tugas tanpa persetujuan dari tokoh-tokoh Syiah”. (Lihat: al Khomeini. Hlm. 27. Ahmad Mughniyah)

Hasan al-Banna mengiktiraf Syiah. Al-Asmawy berkata: “Hasan al-Banna telah menyatukan pemikiran Sayid Jamaluddin al-Afghani (Syiah) dengan jalan pemikiran Muhammad Abduh”. (Lihat: Majalah ad-Dakwah. No 21. Rabiulawal 1398H. Hlm. 23)

Berkata Syeikh Rabi’ al-Madkhali: “Kekejian dan kemungkaran Syiah bukan sahaja menolak al-Quran tetapi telah merubah dan merosakkan kandungan Kitabullah tersebut yang tidak pernah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani terhadap kitab mereka”. (Dipetik dari ceramah Syeikh Rabi’ Ibn Hadi al-Madkahli. Jumaat 10. 7 1427. Di Taif, Arab Saudi) Dan “Syiahlah yang telah menjatuhkan Khalifah Abbasiyah”. (Dipetik dari ceramah Syeikh Rabi’ Ibn Hadi al-Madkhli. Jumaat 10. 7 1427. Di Taif, Arab Saudi)

Para pendukung Ikhwanul Muslimin menyokong Syiah Hizbullah. Sedangkan Hizbullah tidak pernah menyerukan kalimatul ‘ulya (tauhid) dan tidak berjihad untuk pemurnian akidah. Mereka hanyalah Syiah – Rafidhah yang tidak pernah mencintai Ahli Sunnah wal-Jamaah. Peperangan di jalan Allah hanya untuk meninggikan kalimat Allah. Menolong agama Allah. Selainnya pula bukan fisabilillah melainkan fanatisma jahiliyah. Hizbullah adalah Syiah – Rafidhah. Jihad mereka untuk meluaskan Hizbur Rafidhah – Hizbus Syiah atau dikenali sebagai empayar Iran – Parsi. Lihatlah di Iraq di mana Hizbus Syiah – Hizbur Rafidhah tidak sudi bersatu dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah sehingga ribuan Ahli Sunnah diusir, dibunuh dan disembelih dengan penuh kekejaman dan sadis. Mereka menghinjak-hinjak al-Quran, masjid orang-orang Sunnah dirampas atau dimusnahkan, yayasan-yayasan sunnah dihapuskan dan kehormatan Ahli Sunnah dicabul dengan tidak ada pertimbangan agama dan peri kemanusiaan. Apakah Syiah di Iran dan di Iraq berbeza akidah, prinsip dan perjuangannya dengan Syiah di Lubnan pimpinan Hasan Nasrullah wahai orang yang mahu memikirkan! Begitulah juga dengan Hizbullah, ia adalah Syiah kerana datangnya dari orang-orang Syiah yang tidak sudi meninggalkan akidah Syiahnya.

Para Da’i Syiah Menentang Ahli Sunnah

Para tokoh Ikhwanul merelakan diri diperalat oleh Syiah, seperti Subhi Saleh, Dr. Abdul Karim Zaidan, Muhammad al-Ghazali, Muhammad Abu Zahrah, Dr. Mustafa as-Syeikh, Hasan Aiyub, Hasan at-Turabi, Fathi Yakan, Zainab al-Ghazali, Umar at-Tilmisani, Yusuf al-Azham, Yusuf al-Qaradhawi dan ramai lagi. Mereka bersungguh-sungguh menyatukan Syiah dan Sunnah melalui Daarut Taqrib. Sehingga Syiah berjaya memperolehi fatwa dari Syeikh al-Azhar, Muhammad Syaltut untuk memberi ruang kepada Syiah Rafidhah dalam bidang fiqh, usul fiqh, tarikh, mustalah hadis dan perawi-perawinya di Universiti al-Azhar. (Lihat: al-Jamaah al-Islamiyah fi Dhawi al-Kitab wa Sunnah bi Fahmi Salaf al-Ummah. Salim Ied al-Hilali. (dalam perbincangan Mutaah))

Nawab Syafawi menyampaikan pidatonya di hadapan pemuda-pemuda Syiah dan Sunnah: “Barangsiapa ingin menjadi penganut Syiah Ja’fariyah yang tulin maka hendaklah bergabung ke dalam barisan Ikhwanul Muslimin”. (Lihat: Mauqif Ulama Muslimin. Hlm. 15)

Strategi persefahaman dan pola kerjasama antara Ikhwanul Muslimin dan Syiah telah terjalin intim, sehingga membawa Nawab Syafawi mengadakan kunjungan ke Kaherah, Mesir pada tahun l954M. (Lihat: as-Sunnah al-Muftara ‘alaihi. Hlm. 57. Salim al-Bahnasawi)

Ikhwanul Muslimin menyeru agar seluruh ahli dan anggotanya bersatu dengan Syiah. Sedangkan Syiah begitu petah dan lancang melaknat dan mengkafirkan para sahabat. Islam tidak menghalalkan seseorang mengkafirkan seseorang yang tidak dikafirkan oleh syara. Apakah Ikhwanul Muslimin tidak mencernakan hadis-hadis berikut?:

“Barangsiapa memanggil seseorang dengan panggilan kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak kafir maka perkataan tersebut kembali (terpantul) kepada Si Pemanggil”. (H/R Bukhari 3246. Muslim 93. Dan Ahmad 20492)

“Melaknat seorang mukmin adalah sama seperti membunuhnya”. (H/R Bukhari 5640)

“Memaki hamun seorang muslim adalah fasik, membunuhnya kufur”. (H/R Bukhari 46. Muslim 97. Dan Turmizi 1906)

Dari Ahmad bin Muhammad bin Sulaiman at-Tustari berkata: Aku mendengar Abu Zur’ah berkata: “Jika engkau melihat seseorang mencerca salah seorang sahabat Nabi maka ketahuilah ia adalah zindiq. Kerana dalam pandangan kami Rasulullah adalah haq dan al-Quran adalah haq, sedangkan yang menukil al-Quran dan sunnah-sunnah Nabi kepada kita adalah para sahabat Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. (Lihat: as-Sharimul Maslul ‘ala Syatmir Rasul. Hlm. 580)

Semoga para pendukung Ikhwanul Muslimin yang membaca tulisan ini tidak melenting, segera melakukan kajian, dan bertindak dengan adil serta menjauhi kebatilan.

Penyatuan Ala Ikhwanul Muslimin

Untuk mencapai cita-citanya merebut kedudukan pemimpin negara, maka Ikhwanul Muslimin sanggup menyatukan orang-orang kafir Nasara sebagai kepimpinan dalam lajnah mereka, antaranya: Dr. Abdul Fattah Muhammad al-Uweisi mengakui hakikat ini: “Sebagai bukti, Ikhwanul Muslimin melibatkan orang-orang Nasara dalam keanggotaan lajnah politik di bawah pemerhatian Ikhwanul Muslimin yang ditubuhkan pada l948M. Antara mereka yang beragama Nasara yang menjadi anggota Ikhwanul ialah Wuheib Dus dan Akhnukh Louis Akhnukh”. (Lihat: Tasawwur Ikhwanul Muslimin lil Qadiyah Palestin. Hlm. 23)

Hasan al-Banna telah membuat pengakuan: “Akan disatukan segala pemikiran, baik yang terdahulu atau yang terkini”. (Lihat: Muzakkirat ad-Dakwah wa Daiyah. Hlm. 353) Dalam hal ini Umar Tilmisani berkata: “Dan dia telah menyampaikan keinginannya (Hasan al-Banna) untuk menyatukan kalimah Muslimin yang mana dia melontarkan keinginannya di Muktamar Menyatukan Firqah Islam (dengan firqah yang bukan Islam)”. (Lihat: al-Mulham al-Mauhub Hasan al-Banna. Hlm. 78. Tilmisani)

Dakwah Kepada Daulah (Khalifah)

Dakwah para nabi dan rasul mengutamakan tauhid (akidah) terlebih dahulu bukan daulah atau khalifah sebagaimana firman Allah: “Telah kami utus pada setiap umat seorang rasul, agar mereka menyembah Allah dan menjauhi taghut”. (an-Nahl, 16: 36)

Ketahuilah bahawa Para utusan Rasulullah yang dihantar keluar seperti ke Yaman, semua mereka diamanahkan supaya terlebih dahulu menyeru kepada tauhid (akidah) dan tidak diberatkan supaya menyeru kepada pembentukan daulah.

Syeikhul Islam Imam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

“Berkenaan tokoh-tokoh ahli bid’ah yang memiliki kepelbagaian pendapat dan ibadah yang menyalahi al-Quran dan as-Sunah, maka menjelaskan keadaan mereka dan memperingatkan menusia dari kesesatan mereka adalah wajib, iaitu berdasarkan kesepakatan kaum muslimin, sehingga dikatakan kepada Imam Ahmad: seseorang berpuasa, solat dan iktikaf adakah lebih anda cintai ataukah jika ia menerangkan keadaan ahli bid’ah? Beliau berkata: Jika ia berpuasa, solat dan iktikaf maka itu untuk dirinya sendiri, sedangkan apabila ia menerangkan keadaan ahli bid’ah maka ini adalah untuk kebaikan kaum muslimin dan ini adalah lebih utama. Maka menerangkan perkara ini agar berguna bagi kaum Muslimin dan agama mereka, ini termasuk salah satu jihad di jalan Allah, sebab membersihkan jalan Allah, agama, manhaj dan syariatNya serta menghalau kejahatan ahli bid’ah. Dan bermusuhan dengan mereka adalah fardu kifiyah menurut kesepakatan kaum muslimin. Dan apabila tidak ada orang yang Allah bangkitkan untuk menolak bahaya ahli bid’ah, maka ini benar-benar akan hancurlah agama ini dan kerosakannya jauh lebih besar daripada kerosakan akibat penjajahan musuh dari kalangan orang-orang kafir yang mesti diperangi. Sebab mereka ini jika berkuasa belum tentu mampu merusakan hati manusia yang dijajahnya kecuali pada kesempatan berikutnya, sedangkan ahli bid’ah ini jika mereka berkuasa akan merusakan hati manusia terlebih dahulu”. (Lihat: Majmu’ Fatawa 28/231-233)

Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda: “Barangsiapa yang memuliakan ahli bid’ah, maka dia telah menolong untuk menghancurkan Islam”. (Hadis Marfu’. Ibn Asakir dalam Tarikh Damsyik. Terjemah al-Abbas bin Yusuf asy-Syakili. Hlm. 286)


Artikel ini adalah kajian oleh al-Ustaz Abu Farouq Muhammad al-Atsari

29 comments:

  1. Maaf saya kurang jelas..mengapa isu ni tak dibangkitkan dulu.Inikan soal akidah...soal pokok agama islam.

    ReplyDelete
  2. ia akan dibangkitkan sekarang. pembongkaran demi pembongkaran akan kami dedahkan terhadap bahaya pemikiran mereka. InsyaALLAH...

    ReplyDelete

  3. JANAGAN PERNAH PERCAYA KEPADA SESEORANGYANGSERING MENCARI KESALAH MUSLIM BAHKAN MEMFITNAH DAN MEMECAH UMAT

    ReplyDelete
  4. Bahaya Orang yang suka memecah belah.
    Waspadailah gerakan yang mengatas namakan islam tetapi kerjaannya hanya fitnah sana sini, mencari kesalahan , merasa benar sendiri merasa pinntar sendiri.
    kalao ada orang yangkaya gitu kita lihat keputusan Allah terhadap orang tersebut.
    Cepet tobat bro!

    ReplyDelete
  5. yang nulis artikel ini siapa yach...???
    bagus tapi kayaknya ia bego n perlu dibeneri sendiri aqidahnya....
    ingetgak hadits....
    طوبا لمن سغله عيوبه عن عيوب النلس
    tau kan maksud dari hadits ini..???
    kalo gak ya yang bikin arikel kudu dibeneri dulu deh.... ok thank

    ReplyDelete
  6. Salam, boleh saudara jelaskan bagaimana pula dengan kerjasama Rasulullullah bersama Abdulullah bin Abu Uraiqit (seorang musyrikin) dlm usaha nabi berhijrah? bukankah itu adalah suatu strategi dakwah?

    ReplyDelete
  7. Berkenaan Kerjasama dengan non-Muslim.

    Suatu masa lalu, telah ada pendapat dari sebuah parti yang menyatakan bahawa bekerjasama dengan parti kafir, maka dia kafir.

    Namun, reliti itu kini berubah. Dan menjadi sebaliknya pula.

    Sebenarnya, bekerjasama dengan org kafir perlu dilihat dari beberapa sudut.

    Adakah kerjasama itu melibatkan kerjasama utk membina Islam atau sekadar urusan mu'amalah (keduaniaan)?

    Sekiranya ia melibatkan urusan khusus umat Islam, maka ia tidak dibenarkan. Seperti urusan dakwah dan urusan jihad.

    Keduanya, urusan mu'amalah seperti urusan perniagaan, maka dibolehkan, selagi mana kita tidak tunduk di bawah mereka sehingga menyebabkan kita terpaksa juga tunduk kpd mereka di dalam urusan agama kita.

    Contoh:

    1 - Boleh meminta bantuan orang bukan Islam sebagai driver teksi atau sebagai org pandu arah.

    2 - Boleh meminta orang kafir, bagi tujuan membina masjid di bawah kawal seliaan umat Islam.

    3 - Tidak boleh meminta bantuan orang kafir dalam urusan jihad (keluar perang bersama-sama).

    4 - Tidak boleh bergandingan tangan (bekerjasama) dengan org kafir di dalam urusan yang menyebabkan kita tunduk kpd mrk.

    ReplyDelete
  8. Saya kira, sdr yang menulis ada beberpa aspek yang perlu sdr luruskan:
    1. Sy hanya membca kulit dan menjadi budak kepada kpd pemikiran sdr sendiri. Atau memang sdr budak kpd yahudi.
    2. Fakta yang sdr muatkan harfiahnya betul tapi tafsirannya sesat.
    3. sdr tidak faham dgn ikhwan selagi sdr belum bersama dgn ikhwan. semoga Allah memberi hidayahnya..AMin..
    4, Pesan saya, sdr bertaubatlah dan tinggalkan kerja ma'siat ini..lagi ramai yg sesat maka anda ada sahamnya..

    ReplyDelete
  9. Saya kira, sdr yang menulis ada beberpa aspek yang perlu sdr luruskan:
    1. Sy hanya membca kulit dan menjadi budak kepada kpd pemikiran sdr sendiri. Atau memang sdr budak kpd yahudi.
    2. Fakta yang sdr muatkan harfiahnya betul tapi tafsirannya sesat.
    3. sdr tidak faham dgn ikhwan selagi sdr belum bersama dgn ikhwan. semoga Allah memberi hidayahnya..AMin..
    4, Pesan saya, sdr bertaubatlah dan tinggalkan kerja ma'siat ini..lagi ramai yg sesat maka anda ada sahamnya..

    ReplyDelete
  10. Takkanlah nak tahu tentang teruknya disko, kena masuk disco bergelumang dengan warga disco dulu...

    ReplyDelete
  11. Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. Al-Hujuraat(ayat 6)

    ReplyDelete
  12. carilah jalan wahai saudara dengan Ghaffar tuhanmu....carilah kebenaran yang sebenar-benarnya

    ReplyDelete
  13. ini blog salafi ya? yang seneng nya mengkritik tapi tak mau di kritik atau seolah2 bebas salah ya??

    ReplyDelete
  14. banyak aspek yang perlu kita lihat dalam menentukan sesuatu perkara..

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. menghukum memang mudah. Ramai yang suka berbincang perkara yang mereka sangka mereka baru temui...kononnya hebat. Tahu dan faham tak sama. Kenalilah Ikhwan sedekatnya... anda akan tahu manhajnya... berhentilah menjadi jagoh menjatuhkan umat Islam... inilah kerja orang yang mendakwa salafi... sentiasa mengurangkan sesuatu yang dimiliki Islam.... bukan mengisi ruang kosong yang diperlukan Islam...untuk diperkukuhkan

    ReplyDelete
  17. baso wahabi..tak reti buat2 reti,tak pandai nak menilai yg mana baik dan yg mana buruk..

    ReplyDelete
  18. Saya xberapa jelas dengan huraian sdr. Harap sdr boleh bagi penjelasan yang ilmiah. Kalau sekadar ayatnya dipotong tanpa memahami apa yang satu isi buku sampaikan tiada gunanya. Kalau sdr sudah mengenali dan menyertai perjuangannya barulah layak menulis sebegitu. aseef.

    Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.(surah al-Hujurat:6)

    ReplyDelete
  19. artikel paling sampah pernah aku baca

    ReplyDelete
  20. cuma satu je kut nak cakap, maybe kita taktau segalanya tentang ikhwan. tapi tak pelik ke bagaimana sehinnga sekarang manhaj beliau masih hidup dan sangat menggerakkan manusia? saya tak jumpa lagi kumpulan islam selain ikhwan yang benar hidup dan menggerakkan manusia :)

    ReplyDelete
  21. Saya rasa kita harus open mind dalam membaca suatu artikel..kemudian kita lihat referensinya(daftar pustakanya)..Kita bandingkan dengan ajaran islam yang terkandung dalam Al Qur'an dan Al Hadits sesuai yang diajarkan Rosulullah kepada para sahabat dengan pemahaman ulama salaf(ulama zaman terdahulu).. Saya sudah mendengar adanya penyimpangan aqidah dalam gerakan Ikhwanul muslimin, dimana ujung ajarannya(Sayyid Qutb) mengajarkan takfiri dan teror..Artikel ini cukup lengkap sehingga dapat membantu saya lebih memahami aqidah Ikhwanul Muslimin.
    Terimakasih untuk penulis, yang telah bersusah payah mengingatkan kita akan bahaya fikrah Hasan Al Bana cs.

    ReplyDelete
  22. T.ksh kpd Admin yg telah berusaha membongkar rahsia Siapa dia Hasan Al Banna dn Ikhwanul Muslimin..sdh trg lg bersuluh..mklumat yg cukup padat serta bukti2 yg sahih yg tdpt dlm kitab Hasan Al banna itu sdri sbg bukti gerakan dn ideologi beliau tlh jauh terpesong dr landasan islam yg sbnrnya..kpd mrk yg msh x berpuas ht dgn artikel diatas,jgn suka menuduh org lain sbg x memahaminya atau wahabi sbgnya..cuba bt kajian sdri dgn byk mencari kebenaran dr kitab2 atau buku2 yg di iktiraf oleh ulama ASWJ..Jgn terlalu taksub kpd sesebuah kump atau gerakan hgga x tau sejauh mana akan kebenarannya..kembali lah kpd Ajaran Al Quran & Sunnah Nabi SAW serta pemahaman shbt2 Nabi Salafussoleh..pastinya tdk akn tersesat..Tahniah kpd Admin sbb usaha anda..trskan usaha utk mcri kebenaran..Allah akn permudahkan jln bt Tn Admin..Insya Allah..Barakallahu fik

    ReplyDelete
  23. T.ksh kpd Admin yg telah berusaha membongkar rahsia Siapa dia Hasan Al Banna dn Ikhwanul Muslimin..sdh trg lg bersuluh..mklumat yg cukup padat serta bukti2 yg sahih yg tdpt dlm kitab Hasan Al banna itu sdri sbg bukti gerakan dn ideologi beliau tlh jauh terpesong dr landasan islam yg sbnrnya..kpd mrk yg msh x berpuas ht dgn artikel diatas,jgn suka menuduh org lain sbg x memahaminya atau wahabi sbgnya..cuba bt kajian sdri dgn byk mencari kebenaran dr kitab2 atau buku2 yg di iktiraf oleh ulama ASWJ..Jgn terlalu taksub kpd sesebuah kump atau gerakan hgga x tau sejauh mana akan kebenarannya..kembali lah kpd Ajaran Al Quran & Sunnah Nabi SAW serta pemahaman shbt2 Nabi Salafussoleh..pastinya tdk akn tersesat..Tahniah kpd Admin sbb usaha anda..trskan usaha utk mcri kebenaran..Allah akn permudahkan jln bt Tn Admin..Insya Allah..Barakallahu fik

    ReplyDelete
  24. Zaman dulu tak sama, dulu x de fb, cctv dll..
    Tak mustahil mereka2 yh ikhlas nak berjuang kerana ALLAH akan ditipu, kerana klu orang baik biasanya tak terfikir ttg orang2 yang nak menipu, yang menyamar baik.

    Jadi tak mustahil , setelah beberapa tahun , ada karektor, pemikiran, & tindakannya yang tak sesuai dengan zaman sekarang.
    Lihat saja ahli2 tafsir alquran dulu2 di zaman sain belum maju, mereka menafsirkan ayat2 quran esp ttg alam ini, dah tak releven dgn penemuan2 di zaman sekarang.

    Adakah disebabkan itu kita nak kondem, cop mereka lari dari Islam?

    Jangan lah dikorek2 perkara2 yang dulu2 yg mmg klu dilihat dari sudut skrag mmg ada yg tak sesuai. Tentang syiah yg sesat ni pun, sejak akhir2 ni kami tau sebenarnya.
    Kerajaan kita pun tertipu selama ni, kalau tau dari dulu, kenapa panggi Iran sertai musabaqah alQuran?

    Hanya ALLAH yg Maha Tahu & Sempurna.


    ReplyDelete
  25. Saya bukan wahabi,salafi, atau yang lainnya. Saya hanya muslim dan islam adalah agama yang membawa kedamaian dan kedamaian membawa persatuan...
    #salaam

    ReplyDelete
  26. Kalau ada golongan yg kl ngomong selalu merasa paling benar dan tidak mau mendengar atau mengambil ilmu dari orang atau ulama selain dari golongan mereka sendiri malah kebanyakan mereka cenderung menyesatkan orang atau ulama diluar ari kalangan mereka maka hati hatilah itu adalah ciri2 khwarij. Khawarij gaya baru

    ReplyDelete
  27. Berat blog ni. Memamg betullah, Wahabi suka memecahbelahkan masyarakat dan mengkafirkan orang. Dlm byk byk kebaikan Hasan AlBanna, dicari juga apa saja yg menyebabkan org percaya Almarhum Hasan AlBanna itu musyrik la, kafir la dsb. Maka terbuktilah, empunya blog ni wahabi tegar. Hatinya kotor. Pencari cari apa saja perkara utk dibid'ahkannya. Wahabi terbukti berniat jahat kpd sesama muslim. Kuman seberang laut nampak, gajah dpn mata tak nampak.

    ReplyDelete