Monday, December 22, 2014

Lebih Dari 30 Fatwa Ulama Tentang Hukum Nyanyian dan Muzik

Himpunan Lebih Dari 30 Fatwa Ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Tentang Nyanyian dan Muzik


Tulisan ini adalah kesinambungan dari beberapa siri artikel terdahulu. Artikel sebelumnya dengan judul, “Antara Nyanyian dan Melagukan Al-Qur’an.”

Setelah kita memahami dalil-dalil yang menunjukkan pengharaman nyanyi-nyanyian dan muzik dari Al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, berikut kita lihat pula nasihat-nasihat, peringatan, fatwa-fatwa, dan penegasan pengharamannya berdasarkan perkataan para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah.

Ikuti artikel lengkap di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=10832

Waspada Dajjal Berjubah Agama!

Waspada Dajjal Berjubah Agama!

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Apa jua khabar atau hadis yang disandarkan kepada Nabi Muhammad ﷺ tidak boleh sewenang-wenangnya diterima tanpa terlebih dahulu dipastikan status keabsahannya. Ini adalah bagi mengelakkan menyandarkan sesuatu kepada Nabi dengan cara syak, salah, dusta, atau bohong. Ini kerana setiap apa yang datang daripada Nabi itu mempunyai kedudukan yang membawa maksud agama sama ada dari aspek aqidah, tauhid, hukum-hakam, akhlak, mu’amalah, dan sebagainya.

Dari itu, siapapun di antara kita tidak boleh sesuka hati mengatakan sesuatu atas nama Nabi tanpa melalui kaedah dan syarat yang benar.

Nabi ﷺ pernah mengingatkan:

إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ

“Sesungguhnya berdusta ke atas namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan nama orang lain. Maka sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, bersiap-sedialah dengan tempat duduknya di neraka.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1291)

Ikuti artikel penuh di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=10926

Larangan Hadir Dalam Acara Pengurusan Mayit Kaum Kafir

Larangan Hadir Dalam Acara Pengurusan Mayit Kaum Kafir

Fatwa Barisan Ulama Besar Arab Saudi
Fatwa Al-Lajnah Ad-Daa’imah Lil Buhuts wal iftaa’
www.ilmusunnah.com

السؤال الثالث من الفتوى رقم 2612

Soalan ke-3 dari fatwa no. 2612:

س: ما حكم الله في حضور جنائز الكفار، الذي أصبح تقليدًا سياسيًّا وعرفًا متفقًا عليه؟
 
الجزء رقم : 9، الصفحة رقم: 11

Soalan: “Apa hukum Allah pada menghadiri pengurusan jenazah kaum kafir yang pada hari ini telah menjadi suatu tradisi politik dan kebiasaan masyarakat?”

Dapatkan jawaban dan kupasannya di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=10973

Fatwa Ulama; Hukum Menjual Air Jampi

Fatwa Ulama; Hukum Menjual Air Jampi

Fatwa Ulama Besar ‘Arab Saudi
Al-Lajnah Ad-Daa-imah wal Iftaa’
www.ilmusunnah.com

الفتوى رقم: 20361

Al-Fatwa no: 20361, (Tarikh: 1/8/1418H).

س 1: القراءة على ماء فيه زعفران، ثم غمس الأوراق فيه، ثم تجفيفها، ثم حلها بعد ذلك بماء، ثم شربها

Soalan 1: (Bolehkah) membaca ruqyah (jampi atau ayat-ayat Al-Qur’an) pada air za’faran, kemudian beberapa kertas dicelupkan ke dalamnya, lalu dikeringkan, kemudian dicampurkan dengan air, lalu air tersebut diminum?

Ikuti jawaban dan fatwa lengkap di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11079

Penilaian Syaikh Muqbil Terhadap Sekolah-sekolah Umum

Penilaian Syaikh Muqbil Terhadap Sekolah-sekolah Umum

Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’i rahimahullah
Ijaabatussaa-il ‘ala Ahammil Masaa-il
www.ilmusunnah.com

Soalan no. 138:

“Sebahagian besar kaum muslimin pada zaman ini, bahkan yang telah iltizam (dengan sunnah) telah menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah kerajaan (sekolah harian, atau sekolah umum – pent.) yang di dalamnya mengandungi banyak kemungkaran, di antaranya seperti berdiri menghormati bendera, mendengar nyanyi-nyanyian serta mempelajarinya, juga belajar melukis (makhluk bernyawa – pent.). Malah sebahagian guru tenaga pengajar pendidikan Islam tidak melaksanakan solat, merokok pula, mengeluarkan pendapat-pendapat dengan menghalalkan apa yang Allah haramkan, sedangkan mereka merupakan teladan di sekolah-sekolah tersebut.

Selain itu, jika engkau memperkatakan tentang kemungkaran-kemungkaran ini walau di hadapan orang yang telah iltizam (dengan sunnah)  sekalipun, dia akan menjawab, “Adakah kalian mengharamkan ilmu? Jadi, apa yang akan kita lakukan untuk anak-anak kita? Sedangkan sekolah-sekolah ini juga menghasilkan banyak kebaikan yang mengatasi keburukannya.”

Mereka memberi contoh dengan sebahagian pelajarnya yang telah mendapat gelar Doktor dalam bidang syari’at, apa sanggahan yang tepat bagi mereka, dan adakah benar dengan tidak menghantar anak-anak ke sekolah-sekolah tersebut akan menimbulkan banyak mafsadat (keburukan)?”

Ikuti jawaban dan kupasannya di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11182

Carilah Ilmu, Bukan Ijazah; Penjelasan Syaikh Muqbil

Carilah Ilmu, Bukan Ijazah; Penjelasan Syaikh Muqbil

Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi’I rahimahullah
Ijaabatussaa-il ‘ala Ahammil Masaa-il
www.ilmusunnah.com

Soalan ke 137:

“Apakah punca yang menjadikan kebanyakan kaum muslimin lebih mendahulukan ijazah berbanding ilmu yang bermanfaat? Dan apa pula punca yang menjadikan mereka berpaling dari menuntut ilmu syar’i?

Ikuti jawaban dan kupasan lengkap di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11187

Hukum Berkabung Sempena Kematian Raja Dan Pemimpin

Hukum Berkabung Sempena Kematian Raja Dan Pemimpin

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimahullah
www.ilmusunnah.com

الحمد لله، والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن اهتدى بهداه أما بعد

“Segala puji hanya bagi Allah, selawat dan salam semoga tercurah ke atas Rasulullah, keluarganya, dan para sahabatnya serta atas sesiapa yang mengikuti petunjuknya. Amma Ba’d:

فقد جرت عادة الكثير من الدول الإسلامية في هذا العصر بالأمر بالإحداد على من يموت من الملوك والزعماء لمدة ثلاثة أيام أو أقل أو أكثر مع تعطيل الدوائر الحكومية وتنكيس الأعلام، ولا شك أن هذا العمل مخالف للشريعة المحمدية، وفيه تشبه بأعداء الإسلام

Sudah menjadi tradisi kebanyakan dari negara Islam di masa sekarang dengan memerintahkan upacara al-ihdaad (perkabungan) atas matinya seseorang dari kalangan para raja atau pemimpin selama tiga hari, atau kurang ataupun lebih, disertai pula dengan memberi cuti kepada institusi-institusi kerajaan (atau pemerintahan), lalu menaikkan bendera separuh tiang. Tanpa syak bahawa perbuatan ini adalah menyalahi syari’at Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan termasuk perbuatan menyerupai musuh-musuh Islam.

وقد جاءت الأحاديث الصحيحة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم تنهى عن الإحداد وتحذر منه إلا في حق الزوجة فإنها تحد على زوجها أربعة أشهر وعشرا، كما جاءت الرخصة عنه صلى الله عليه وسلم للمرأة خاصة أن تحد على قريبها ثلاثة أيام فأقل، أما ما سوى ذلك من الإحداد فهو ممنوع شرعاً

Diriwayatkan dalam hadis-hadis yang sahih daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang melarang perbuatan berkabung...

Ikuti artikel lengkap di website kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11344

Tahdzir-tahdziran; Jangan Jadikan Dakwahmu Hanya Dengan Meng-Hajr Orang...

Tahdzir-tahdziran; Jangan Jadikan Dakwahmu Hanya Dengan Meng-Hajr Orang...

Asy-Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidzahullaah

www.ilmusunnah.com

سؤال : أتباع المبتدع .. هل يلحقون به فى الهجر؟

Syaikh Dr. Rabi’ bin Hadi ditanya:

“Orang-orang yang mengikuti ahli bid’ah itu..., adakah mereka turut di-hajr (diboikot dan dipulaukan) sebagaimana tokohnya (ahli bid’ah)?”

Ikuti artikel lengkap di website kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11366

Celaan Terhadap Bid'ah dan Ahlinya

Celaan Terhadap Bid’ah dan Ahlinya

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Setelah mengetahui serba ringkas tentang hakikat kesempurnaan Islam dan sebahagian dari kesan buruk bid’ah, di sini dikemukakan pula tentang peringatan, celaan dan bahaya bid’ah serta para ahlinya.

Karektor dan Ciri-ciri Ahli Bid’ah

1, Mendahulukan akal dan pendapatnya.

Diriwayatkan bahawa ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu berkata:

إياكم وأصحاب الرأي فإنهم أعداء السنن أعيتهم الأحاديث أن يحفظوها فقالوا بالرأى فضلوا وأضلوا

“Hendaklah kamu berhati-hati terhadap Ash-hab Ar-Ra’yi (golongan yang menggunakan akal dalam agama), kerana mereka adalah musuh as-sunnah. Mereka jauh dan lemah terhadap hadis-hadis (yakni tidak menguasainya) sehingga mereka pun tidak menghafalnya (yakni tidak memahami dan mengikutinya), lalu mereka pun berbicara dengan ra’yi (pendapat atau akal) mereka semata-mata. Mereka itu sesat dan menyesatkan.” (Syarh Usul I’tiqad Al-Laalika’i, no. 201)

Artikel lengkap boleh dibaca di website kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=11745

Saturday, December 20, 2014

Orang Beriman Tidak Akan Menghadiri Perayaan Kaum Kafir

Orang Beriman Tidak Akan Menghadiri Perayaan Kaum Kafir
 
Abu Numair

Dalam Al-Qur’an ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutkan sifat-sifat ‘ibadur-rahman (para hamba Allah yang Maha Pengasih, iaitu orang-orang yang dikasihi Allah), di antara sifatnya adalah:
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَامًا

“...(iaitu) orang-orang yang tidak menyaksikan (menghadiri) az-zuur. Dan apabila mereka melewati pada sesuatu yang lagha, mereka hanya melintas dengan menjaga kehormatan dirinya.” (Surah al-Furqaan, 25: 72)

Ikuti perbahasan selengkapnya di website kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=9414

Hukum Meraikan, Merayakan, dan Mengucap Tahniah Sempena Perayaan Kaum Kafir dan Majlis Maksiat

Hukum Meraikan, Merayakan, dan Mengucap Tahniah Sempena Perayaan Kaum Kafir dan Majlis Maksiat

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H)

 
Artikel telah dipindahkan ke website kami di, http://www.ilmusunnah.com/?p=8987