Sunday, November 23, 2008

077 - Mempercayai Allah Di atas ‘Arsy: “Benarkah Mereka Ada Penyakit Hati?”

Mempercayai Allah Di Atas ‘Arsy: “Benarkah Mereka Ada Penyakit Hati?”

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Keratan akhbar yang dipaparkan kepada anda di bawah adalah dipetik dari:

Akhbar “Mingguan Malaysia” bertarik 9 November 2008, Agama, m/s. 10 (ruangan “Kemusykilan Anda Dijawab”), Mohd. Yusof Abas.

Penulis menyatakan bahawa mereka yang ber-i’tiqad (mempercayai) Allah di atas ‘Arsy adalah mereka yang berpenyakit hati. Ini dijelaskan oleh penulis adalah sebagaimana dalam keratan akhbar di bawah:

Katanya:

“Apa yang ditimbulkan oleh kawan anda itu hanyalah kekeliruan yang sengaja dibawa oleh mereka yang berpenyakit hati.”... (selanjutnya beliau menjelaskan) “... Itulah sebenarnya tanda hati kawan anda yang berpenyakit tadi.”

Sebelumnya, beliau (Mohd. Yusof Abas) ditanya:

“Ada kawan saya cuba memperkenalkan akidah Ibnu Taimiah yang mengatakan Allah berada di atas ‘Arsy (sepertimana firman Allah di dalam Surah Thoha ayat 5). Bolehkah tuan jelaskan maksud sebenarnya ayat tersebut?”




Maka, di sini kami cuba menjelaskan beberapa kekeliruan yang telah ditimbulkan oleh beliau (Mohd. Yusuf Abas).

Berkenaan Ayat 7, Surah Ali Imran:

“Dialah yang menurunkan al-Kitab (al-Qur’an) kepadamu. Di antara (isinya) ada ayat-ayat yang muhkamat, itulah dasar-dasar kandungan al-Qur’an. Dan yang lain (ayat-ayat mutasyabihat). Adapun orang-orang yang hatinya (berpenyakit) cenderung kepada kesesatan, maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutsyabihat untuk menimbulkan fitnah dan untuk mencari-cari takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah. Dan orang-orang yang mendalam ilmunya berkata: “Kami beriman kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Rabb kami”. Dan tidak dapat mengambil pelajaran (daripadanya) melainkan orang-orang yang berakal.” (Surah Ali Imran, 3: 7)

Syaikh Abdur Rahman b. Nashir as-Sa’di menjelaskan (Berkenaan Surah Ali Imran, 3: 7),

“Adapun orang-orang yang berilmu lagi mendalam ilmunya dan hati mereka penuh dengan keyakinan, mereka ini mengetahui bahawa al-Qur’an itu semuanya adalah dari sisi Allah. Semua yang ada di dalamya adalah haq, sama ada yang mutasyabih atau pun yang muhkam, dan bahawasanya yang haq itu tidak akan saling bertentangan dan saling berbeza. Dan kerana ilmu mereka bahawa ayat-ayat yang muhkam mengandungi makna yang tegas dan jelas, dan kepadanya mereka mengembalikan ayat-ayat mutasyabih yang sering menimbulkan kebingungan bagi orang-orang yang kurang ilmu dan pengetahuannya. Mereka mengembalikan ayat-ayat yang mutaysabih kepada ayat-ayat muhkam sehingga akhirnya mereka berkata “kami beriman dengan kepada ayat-ayat mutasyabihat, semuanya itu dari sisi Tuhan kami. Dan tidak dapat mengambil pelajaran daripadanya melainkan orang yang berakal”. Iaitu orang yang memiliki akal yang sihat. Dalam ayat ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa sikap inilah yang menandakan orang-orang yang berakal, dan bahawa mengikuti (mempergunakan) ayat-ayat mutasyabih adalah sifat-sifat orang yang rosak pemikirannya, akalnya rendah, dan memiliki tujuan yang buruk.” (Rujuk Tafsir as-Sa’di di bawah perbahasan ayat 7 Surah Ali Imran)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan:

“Ayat-ayat muhkam adalah seperti ayat-ayat yang menasakh (ayat yang lain), atau ayat-ayat yang berkenaan dengan permasalahan halal dan haram, masalah hudud (hukuman atau sanksi), kewajiban-kewajiban, serta perkara-perkara yang diperintahkan dan harus diamalkan.

Manakala ayat mutasyabihat adalah ayat-ayat yang dinasakh, didahulukan, diakhirkan, perumpamaan-perumpamaan, sumpah dan apa yang harus diimani tetapi bukan berupa amal perbuatan.

Muhammad bin Ishaq bin Yasar rahimahullah berkata: Firman Allah (maksudnya): “Di antara (isinya) ada ayat-ayat yang muhkamat”, iaitu di dalamnya berisi hujjah Allah, pedoman bagi para hamba, dan menolak bantahan yang batil. Ayat-ayat muhkam tidak mengalami perubahan yang menyimpang dari apa yang telah ditetapkan.

Seterusnya beliau menjelaskan: Adapun ayat-ayat mutasyabihat mengandungi perkara-perkara yang harus diyakini, yang ada kemungkinan padanya untuk dihuraikan, diubah, bahkan ditakwil. Allah menguji hamba-Nya dengan ayat-ayat tersebut sebagaimana Dia menguji mereka dalam masalah halal dan haram. Ayat-ayat tersebut tidak boleh dibawa kepada makna yang batil dan tidak boleh diselewengkan dari kebenaran.

Kerana itulah Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya): “Adapun orang-orang yang dalam hatinya (berpenyakit) cenderung kepada penyimpangan (zaigh)”, iaitu kesesatan (dhalal). Dan mereka pun keluar dari kebenaran menuju kebatilan. Firman Allah (maksudnya): “Maka mereka mengikuti sebahagian ayat-ayat mutasyabihat”, ertinya mereka hanya mengambil ayat-ayat mutasyabihat yang boleh untuk mereka selewengkan dan mereka menggunakannya bagi tujuan yang buruk. Kerana lafaz ayat tersebut boleh mereka bawa kepada makna yang mereka mahu.

Tetapi, tiada ruang bagi mereka untuk menyelwengkan ayat-ayat muhkamat. Kerana ayat-ayat muhkam merupakan penghalang sekaligus hujjah yang mengalahkan mereka. Kerana itulah Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (maksudnya): “Untuk menimbulkan fitnah”. Iaitu untuk menyesatkan para pengikut mereka dengan seakan-akan mereka itu membawakan hujjah mereka berdasarkan dalil al-Qur’an. Padahal al-Qur’an adalah hujjah yang membatalkan bid’ah mereka, bukan mendukungnya.

Firman Allah (maksudnya): “Dan untuk mencari-cari takwilnya”, iaitu menyelewengkan maksud bersesuaian dengan apa yang mereka kehendaki. Dan seterusnya (maksudnya): “Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah”. (Lihat Tafsir Ibnu Katsir di bawah penafsiran ayat 7 surah Ali Imran)

Daripada penjelasan tersebut, jelaslah bahawa orang-orang yang berpenyakit hatinya adalah orang yang menyelewengkan ayat-ayat mutasyabihat, mereka mentakwilkannya keluar dari maksud yang dikehendaki oleh Allah yang di mana hanya Allah sahaja yang mengetahuinya iaitu mereka mentakwilkannya dengan cara mengubah kepada maksud-maksud yang lain (melarikan maknanya) atau seumpamanya daripada maksud zahirnya yang asal. Perkara ini adalah sebagaimana terdapat sebahagian pihak yang menggunakan ayat seperti Allah istiwa (bersemayam) di atas 'Arsy dengan diberi makna sebagai “Allah berkuasa” iaitu mereka menyelewengkan kalimat istiwa' kepada istawla' dan seumapamanya.

Berkenaan Allah di Atas ‘Arsy:

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan firman Allah (yang maksudnya), “...kemudian Dia beristawa di atas ‘Arsy.” (Surah al-A’raaf, 7: 54) dan juga surah Thoha (20: 5) sebagaimana yang ditanyakan oleh si penanya, begitu juga di dalam beberapa ayat yang lain iaitu Yunus, 10: 3, ar-Ra’d, 13: 2, al-Furqon, 25: 59, as-Sajdah, 32: 4, katanya:

“Di dalam menafsirkan ayat ini (al-A’raaf, 7: 54), manusia memiliki pelbagai pandangan yang sangat banyak dan tidak mungkin pada kesempatan ini kami menghuraikannya. Tetapi, pandangan yang kami ikuti berkenaan dengan permasalahan ini adalah pandangan Salaf as-Soleh, seperti Malik, al-Auza’i, ats-Tsauri, al-Laits bin Sa’ad, asy-Syafi’i, Ahmad, Ishaq bin Rahawaih, dan selainnya yang terdiri dari para imam kaum Muslimin sejak dahulu hingga kini. Mereka berpandangan supaya mengambil (memahami) ayat ini sebagaimana adanya tanpa menanyakan bagaimana (takyif), tidak menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya (tasybih), serta tidak meniadakan sifat tersebut (ta’thil). Sementara itu, yang terlintas di dalam pemikiran kaum mutasyabbih adalah dinafikan dari-Nya kerana Dia tidak serupa dengan sesuatu pun dari makhluk-Nya. Tidak ada sesuatu yang seperti Allah dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Dalam perkara ini, pendapat orang-orang yang menganggap bahawa jika kita menetapkan sifat-sifat itu bagi Allah, bererti kita telah menyerupakan Allah adalah tidak benar. Malahan, yang benar adalah seperti yang diucapkan olrah para imam salaf, di antaranya Imam Nu’aim bin Hammad, syaikh (guru) al-Bukhari rahimahullah, ia berkata: “Barang siapa yang menyerupakan Allah dengan makhluk-Nya, bererti ia kufur. Barang siapa yang mengingkari apa yang Allah sifatkan untuk diri-Nya, bererti dia kafir. Tidak ada tasybih (penyerupaan Allah dengan makhluk) pada semua sifat yang dengannya Allah dan rasul-Nya mensifati diri-Nya Subhanahu wa Ta’ala.”

Maka, orang yang menetapkan bagi Allah apa yang disebutkan oleh ayat-ayat yang sharih dan hadis-hadis yang sahih adalah bersesuaian dengan kebesaran Allah dan menafikan dari Allah sifat-sifat kekurangan, bererti ia telah menempuh jalan hidayah.” (Rujuk Tafsir Ibnu Katsir & Adhwa’ ul Bayan di bawah penafsiran ayat 54 surah al-A’raaf)

Daripada Muawiyah bin Hakam As-Sulami radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: “Aku memiliki seorang hamba wanita yang mengembalakan kambing di sekitar pergunungan Uhud dan Juwaiyah. Pada suatu hari aku melihat seekor serigala menerkam dan membawa lari seekor kambing gembalaannya (peliharaannya). Dan aku adalah termasuk salah seorang anak Adam (keturunan adam) dari manusia kebanyakan. Maka aku mengeluh sebagaimana mereka (memiliki rasa marah/tidak berpuas hati). Atas sebab itu (apabila kambingnya dimakan serigala) wanita itu aku pukul dan aku marahi. Kemudian aku pergi berjumpa Rasulullah, maka baginda mempersalahkan aku. Aku berkata: “Wahai Rasulullah! Adakah aku harus memerdekakannya?” Jawab Rasulullah: “Bawalah wanita itu ke sini”. Maka Rasulullah bertanya kepada wanita itu. “Di mana Allah?” Dijawabnya: “Di langit”. Rasulullah bertanya lagi: “Siapakah aku?” Dijawabnya: “Engkau Rasulullah”. Maka baginda bersabda: “Merdekakanlah wanita ini, kerana dia adalah seorang mukminah”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 537. al-Bukhari, Juz al-Qira’ah, 70. asy-Syafi’i, ar-Risalah, 242. Malik, al-Muwaththa’, 2/77. Ahmad, al-Musnad, 5/447)

Imam asy-Syafi’i rahimahullah menjelaskan berkenaan hadis ini:

“Dengan itu, Rasulullah memutuskan keimanan budak wanita (jariyah/hamba wanita) tersebut ketika ia mengakui bahawa Rabbnya di langit dan dia tahu tentang Rabbnya melalui sifat ‘uluw dan fauqiyah (di atas).” (al-Umm, asy-Syafi’i, 5/280. al-Manaqib, al-Baihaqi, 1/398)

Rasulullah Shallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Rabb kita turun ke langit dunia pada setiap malam iaitu ketika sepertiga malam terakhir. Dia berfirman: “Siapa yang berdoa kepada-Ku, maka akan Aku perkenannya, siapa yang meminta kepada-Ku, maka akan Aku berikan, dan sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, maka akan Aku ampuni.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1145. Muslim, 758)

Imam Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah berkata berkenaan hadis ini:

“Dalam hadis ini terdapat dalil bahawasanya Allah berada di atas langit, di atas ‘Arsy sebagaimana dikatakan oleh para ulama. Hadis ini adalah salah satu hujjah Ahli Sunnah terhadap kelompok Mu’tazilah dan Jahmiyah yang berpendapat bahawa Allah ada di mana-mana, bukan di atas ‘Arsy.” (at-Tamhid lima fi al-Muwaththa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Ibnu ‘Abdil Barr, 3/338. Kitab at-Tauhid, Ibnu Khuzaimah, m/s. 126)

Fatwa Para Ulama Salaf (terdahulu):

1 – Imam al-Auza’i berkata: “Kami dan seluruh Tabi’in bersepakat menyatakan bahawa: “Allah berada di atas ‘Arsy-Nya”. Dan kami semua mengimani sifat-sifat yang dijelaskan dalam as-Sunnah.” (Diriwayatkan oleh al-Baihaqi, Asma’ wa Shifat, m/s. 408. adz-Dzhabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, m/s. 102)

2 – Imam ‘Abdullah Ibnul Mubarak berkata: “Kami mengetahui Rabb kami, Dia beristiwa’ di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya. Dan kami tidak mengatakan sebagaimana kaum Jahmiyah yang menyatakan bahawa Allah ada di sini (beliau menuding/menunjukkan ke bumi).” (Diriwayatkan oleh ash-Shabuni, Aqidah Salaf Ashabul Hadis, m/s. 28)

3 – Imam Qutaibah bin Sa’id berkata: “Inilah pendapat para imam Islam, Ahli Sunnah wal Jama’ah, bahawa kami mengetahui Rabb kami di atas langit-Nya yang ketujuh di atas ‘Arsy-Nya.” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 6/260)

4 – Imam ‘Utsman bin Sa’id ad-Darimi berkata: “Telah bersepakat kalimat kaum muslimin dan kafirin bahawa Allah di atas langit.” (Naqdhu Abi Sa’id ala Mirsi al-Jahmi al-Anid, 1/228)

5 – Imam Abu Zur’ah dan Abu Hatim berkata: “Ahli Islam telah bersepakat untuk menetapkan sifat bagi Allah bahawasanya Allah di atas ‘Arsy berpisah dari makhluk-Nya dan ilmu-Nya di setiap tempat. Barangsiapa yang menyatakan selain ini maka baginya laknat Allah.” (Syarh Ushul I’tiqad Ahli Sunnah, al-Lalika’i, 1/198)

6 – Ibnu ‘Abdil Barr berkata tentang hadis turunnya Allah ke langit dunia: “Dalam hadism ini terdapat dalil bahawa Allah di atas ‘Arsy, di atas langit-Nya sebagimana dikatakan oleh Jama’ah kaum muslimin.” (at-Tamhid lima fi al-Muwaththa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Ibnu Abdil Barr, 7/129)

7 – Imam ash-Shabuni berkata: “Para ulama umat dan imam dari Salafush Soleh tidak berselisih pendspat bahawa allah di atas ‘Arsy-Nya dan ‘Arsy-Nya di atas langit-Nya.” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 6/250. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 246)

8 – Imam Ibnu Qudamah menyatakan: Sesungguhnya Allah mensifati diri-Nya bahawa Dia tinggi di atas langit, demikian juga Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam (penutup para Nabi) mensifati Allah dengan ketinggian juga, dan perkara tersebut disepakati oleh seluruh ulama dari kalangan sahabat yang bertaqwa dan para imam yang mendalam ilmunya, hadis-hadis berkaitan dengannya juga mutawatir sehingga mencapai darjat yakin, demikian pula Allah menyatukan semua hati kaum muslimin dan menjadikannya sebagai fitrah semua makhluk.” (Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, m/s. 12)

9 – Imam adz-Dzahabi menyatakan: “Mereka yang menjelaskan Allah di atas langit, hujjah-hujjah mereka adalah hadis-hadis dan atsar-atsar yang sangat banyak.” (al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, 143)

10 – Imam asy-Syafi’i berkata: “Kekhalifahan Abu Bakar ash-ShiddiQ adalah haq (benar), yang telah diputuskan Allah Ta’ala dari atas langit-Nya, dan Dia telah menghimpun hati hamba-hamba-Nya kepada Abu Bakar ash-ShiddiQ.” (Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 5/139) “...bahawa tidak ada tuhan yang berhak disembah (ilah) melainkan Allah, dan Muhammad Rasulullah, dan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala itu di atas ‘Arsy-Nya di langit-Nya yang dekat dengan makhluk-Nya bersesuaian dengan kehendak-Nya, dan bahawa Allah turun ke langit dunia bersesuaian dengan kehendak-Nya.” (Rujuk: Itsbati Shifatul Uluw, Ibnu Qudamah, 124. Majmu’ al-Fatawa, Ibnu Taimiyyah, 4/181-183. al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, adz-Dzahabi, 120. Mukhtashar al-‘Uluw lil ‘Aliyyil ‘Azhim, al-Albani, 176)

11 – Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Kita beriman kepada Allah bahawa Dia di atas ‘Arsy bersesuaian dengan kehendak-Nya tanpa dibatasi dan tanpa disifati dengan sifat yang kepadanya seseorang cuba mensifatinya (dengan mentakwil-takwil). Sifat-sifat Allah itu (datang) dari-Nya dan milik-Nya. Ia mempunyai sifat seperti yang Dia sifatkan untuk diri-Nya, yang tidak dapat dijangkau oleh pandangan (pancaindera).” (Dar’u Ta’arudh Naql wal Aql, Ibnu Taimiyah, 2/30. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 69 & 71. Lihat juga: Thabaqat al-Hanabilah, Abu Ya’la, 1/56)

12 – Imam Abu Hanifah berkata: “Sesiapa yang berkata, “Aku tidak tahu Rabbku di langit atau di bumi” bererti dia kafir. Begitu juga seseorang menjadi kafir apabila mengatakan bahawa Allah itu di atas ‘Arsy, namun dia tidak mengetahui sama ada ‘Arsy itu di langit atau di bumi.” (al-Fiqhul Absath, Abu Hanifah, 46. I’tiqadatul Aimmatil Arba’ah, Dr. Muhammad al-Khumais, 11)

13 - Sebagaimana di dalam soalan si penanya, beliau menyatakan Ibnu Taimiyyah berpegang dengan Akidah tersebut (Allah di Atas ‘Arsy). Maka dalam persoalan ini, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah menjelaskan:

“Pendapat bahawa Allah di atas ‘Arsy adalah pendapat yang disepakati oleh para Nabi seluruhnya, dan ianya disebutkan dalam setiap Kitab yang diturunkan kepada setiap nabi yang diutus sebagai Rasul. Persoalan itu telah disepakati pula oleh generasi pendahulu dari umat ini serta dari kalangan imam mereka dari semua golongan.” (Naqdhu at-Ta’sis, Ibnu Taimiyyah, 2/9)

“Permasalahan ini begitu luas, kerana orang-orang yang menukil ijma’ ahli Sunnah atau ijma’ (kesepakatan) Sahabat dan Tabi’in bahawa Allah di atas ‘Arsy, berpisah dari makhluk-Nya tidak dapat dihitung/dikira jumlah ramainya melainkan hanya Allah saja yang tahu...” (Bayanu Talbis Jahmiyah, Ibnu Taimiyah, 3/531)

Maka, dengan ini semoga si penjawab (Mohd. Yusof Abas) yang sudah berulang kali membawakan jawaban yang merancukan berkenaan persoalan yang sama, supaya menilai kembali penjelasannya yang tersebut (sebagaimana yang kami nukilkan). Semoga dengan penjelasan ringkas ini kita tidak bermudah-mudah menggelarkan orang lain sebagai berpenyakit hatinya, ditakuti ia terkena diri sendiri.

Ad-Daruquthni mentakhrijkan dari Walid bin Muslim, dia berkata:

Aku pernah berkata kepada Malik, ats-Tsauri, al-‘Auza’i, dan Laith bin Sa’ad berkenaan nash-nash sifat Allah. Mereka menjawab, “Fahamilah sebagaimana adanya bersesuaian dengan apa yang didatangkan (tanpa ditakwilkan)” (ash-Shifat, ad-Daruquthni, 75. asy-Syari’ah, al-Ajuri, 314. al-I’tiqad, al-Baihaqi, 118. at-Tamhid lima fi al-Muwaththa’ min al-Ma’ani wa al-Asanid, Ibnu Abdil Barr, 7/149)

Wallahu a’lam.

22 comments:

  1. Saya melihat kembali firman Allah tersebut, dan bila saya amati maksudnya didapati jelas seperti apa yang dijawab oleh penulis tersebut dan tidak ada yang boleh meracukan sesiapa kerana Allah sendiri menyatakan bahawa orang berpenyakit hati saja yang terpengaruh untuk mengikuti apa yang kesamaran dari ayat tersebut sedangkan kita tahu ayat mutasyabihat itu mengandungi bayak makna ada yang kesamaran dan ada juga yang jelas sesuai dengan kebesaran Allah contoh berlabuh atas bukit judy bila digunakan kalimah tersebut kepada kapal dan bila digunakannya pula kepada manusia di katakan dewasa dan matang(cerdik ) sedangkan ayat muhkamat pula maknanya jelas dan tepat tidak ada makna yang kesamaran .Jadi bila ayat mutasyabihat itu ada banyak makna ada yang sesuai dan ada yang kesamaran .Jadi orang yang berpenyakit hatinya memilih makna yang kesamaran tersebut dan mengikutinya untuk menimbulkan fitnah sedangkan mereka yang rasekh ilmunya tetap mempercayainya (semua ayat alQuran )itu sama ada yang muhkamat atau mutasyabihat semuanya dari Rabb kami dan mengambil dari ayat mutasyabihat itu, dari maknanya yang banyak itu apa yang lebih layak dengan kebesaran Allah dan meninggalkan yang kesamaran itu seperti istawa dikatakan istaula dan meninggalkan yang boleh membawa sebarang kesamaran seperti bersemayam bertempat dan sebagainya , tetapi orang yang ada berpenyakit hati tadi tetap berkeras maseh mengikut dan mempertahankan apa yang kesamaran dari ayat mutasyabihat tersebut dengan terjemahan bersemayam dan bertempat diatas juga .Sedangkan Allah itu tidak ada umpamaNya sesuatu ,dan Maha suci dari menyerupai makhlukNya .

    ReplyDelete
  2. Orang kita disini kebanyakannya faham ayat mutasyabihat ini mengikut fahaman hkhalaf artinya mereka tidak menerima apa (makna)yang kesamaran dan boleh menyeruapakan Allah dengan makhlkNya tetapi mereka bersama ayat muhkamat yang mengatakan "Allah tidak menyerupaiNya sesuatu" al Syuraa 11 kerana mereka takut tergulong bersama mereka yang berpenyakit hatinya dari kalangan kaum mujassimah ,muktazilah, jahmiah karamiah yang terpengaruh dan mengikut makna yang kesamaran dari ayat mutasyabihat itu sahingga mereka percaya Allah itu bertempat berjisim turun naik dan sebagainya.Sedangkan Allah itu tidak memerlukan sebarang tempat dan makhlukNya, malah sebaliknya sekalian makhluk ini yang memerlukanNya firmanNya bermaksud Allah itu lah Tuhan yang menjadi tumpuan segala yang lain sedangkan IaNya Maha kaya dari segala sesuatu .Sebab itu segala makna terjemahan yang boleh membawa kesamaran ini seperti bersemayam bertempat diatas (yang bermakna duduk diatas bersela) dan sebagainya semuanya tidak akan mereka terima , takut tergulong dari kumpulan mujassimah tadi , tetapi (bersemayam)dengan makna dan terjemahan yang tidak memberi pengeliruan bermaksud" Meninggi Maha suci dari tempat menguasai mungkin mereka boleh terima kerana bersemayam itu bila digunakan kepada Allah maka ianya boleh memberi gambaran yang salah tadi kerana ianya di pakai untuk raja dan manusia jadi kalau ada siapa yang ingin terjemah juga istawa itu dengan bersemayam tentulah bersyarat dan kena berhati-hati bimbang takut boleh disalah faham saperti kaum mujassimah tadi.lantaran inilah terdapat juga mereka yang menterjemahkan istawa itu dengan bersemayam tetapi syaratnya bukan seperti bersemayam raja atau manusia , bertempat dan sebagainya .Maha suci Allah dari menyerupai sesuatu yang lain.kerana Allah bersipat dengan mukhalafah lilhawadis .Sebab itulah dalil yang dibawa oleh kumpulan itu bahawa Allah beristawa atas arasy sebagaimana yang difatwa oleh ulamak itu bermaksukan bahawa atas itu bukan bermakna tempat ruang masa dan lain , tetapi maksudnya dengan makna yang kedua iaitu tinggi berkuasa memerintah dan sebagaimana yang sesuai dengan kebesaranNya,jadi dalil kumpulan tersebut (sesat itu)adalah kurang tepat dan sesat juga sebagai mana kata 'Ali krm yang masyhur.Allah menjadikan arasy bukan sebagai tempat dudukNya .Oleh itu boleh dibuat kesimpulan disini sekalipun ada ulama yang mengatakan tuhan atas arasy atau dilangit dan sebagainya bermaksud bukan sebagai tempatNya tetapi atas disini dengan makna meninggi berkuasa memerintah , contohnya seperti Allah berfirman bermaksud dua tanggan,mata ,dimana saja kamu hadap disana wajh Allah al Baqarah 115.Ini semua ayat yang kesamaran yang boleh disalah faham bahawa Allah tu bertempat dan ada dimana-mana,sedangkan kita yakin bahawa bertempat itu mustahil bagi Allah swt.Kata 'Ali ra.lagi "segala yang terlintas dibenak kamu maka Allah menyalahi (bukan)itu semua" keyakinan kita semua ini, sama dengan Quran hadis ulama salaf dan khalaf .Itulah 'akidah kaum aswj di setiap zaman kami akan hidup dan mati atasnya insyaallah. Dengan 'akidah ini kami harapkan kejayaan dan keamanan dengan rahmat Allah dan limpah kemurahanNya .

    ReplyDelete
  3. nampaknya kumpulan mutasallafi ini mula faham a'kidah aswj yang dianuti oleh (swdul 'azam)majuriti umat Islam didunia hari ini ,kerana mereka mulai dapat membezakan antara dua ayat (muhkam dan mutasyabih) ini,alhamdulillah 'ala kulli hal ,mereka tak berapa berani mengikut dan terpengaruh lagi dengan apa yang kesamaran dari ayat tersebut, mereka mulai lari-lari dan berselindung bimbang terkena dengan maksud firman Allah swt tadi.Kami asy'ariyyun telah beriman dengan segala ayat Allah tak perlu bawa banyak ayat dan sebuah Quran, bahkan cukup dengan satu ayat Allah, kami sudah berimam dan yakin , tetapi bagi siapa yang tidak beriman tu bawalah berapa banyak ayat pun tak berguna semuanya, firmanNya bermaksud "tidak berguna segala ayat dan peringatan terhadap mereka yang tidak beriman" Yunus 101.Aku percaya ramai lagi mereka yang akan menulis dan menjawab pengeliruan ini dengan penuh yakin Allah tidak akan membenarkan(cahaya) pertunjuk agama Nya padam dan terhapus dari muka bumi in .

    ReplyDelete
  4. kepada mereka yang terpengaruh sangat dengan gerakan ajaran wahabi yang lahir dan berasal dari najd ini, dari golongan yang engaku sebagi mutsaifin ,aku suka nak peringatkan mereka dengan sejarah hitam mereka dari peringatan ulama , juga melalui hadis dan kenyataan al Quran yang qat'i dan tidak mampu diragui oleh sesiapa pun.Sejarah mereka yang berlatar belakangkan penjajah dan musuh Islam itu, sahingga dapat menjatuhkan kekuatan kerajaan Islam pada msaa itu.Manakla keturunan mereka dari keturunan bani hanifah sama dengan musailamah al kazzab dan firasat Rasulullah dalam beberapa hadis sahihnya ada menceritakan kadaan mereka malah dalam Quran juga terdapat catitan mengenai kaum badwy(arab dusun) atau 'arabi menurut panggilan Quran bagimana akhlak mereka yang jelik dan biadab.Oleh itu tak perlu lagi kenyataan dan bukti lain lagi bagi mereka yang berfikir .

    ReplyDelete
  5. Cukuplah dengan fatwa ulama yg dibawakan melalui artikel...

    ReplyDelete
  6. Mempercayai Allah atas 'arasy itu tak ada yang salahnya kerana sesuai dengan firmanNya tetapi atas itu sendiri bukanlah bermaksud bertempat diatas arasyNya, kerana arasy tu sendiri bukanlah tempat duduk bagi Allah.

    Orang berpenyakit hatinya saja yang percaya begitu mengelirukan bahawa Allah berjisim dan bertempat.Jadi perkataan atas dengan diatas itu berbeza maknanya ,kalau atas sahaja boleh difahami menginggi bekuasa penuh Maha tinggi darjatNya mempunyai kerajaan tapi kalau dikatakan diatas a'rasy itu memberi arti yang kesamaran bahawa Allah bertempat,berjisim berjihat dan sebagainya dari sipat makhlukNya yang baru .Ini yang mustahil ni,sebab bila dikatakan Allah diatas arasy pun sudah boleh difahami mengandungi makna yang menyerupai Allah dengan makhluk sama-sama memerlukan tempat seperti makhluk yang baru ini .Ini yang wajib kita tolak, sekalipun dia terkenal sebagai ulama atau ustaz, bukan cakapnya tu kita perlu tolak tetapi akna percakapan dan arti perkataannya yang boleh memberi kesamaran itu yang kita terpaksa tolak ,kerana bertentangan dengan kalam Allah sendiri dalam ayat yang muhkamat yang lain yang merupakan ibu kepada al kitab itu sendiri .

    ReplyDelete
  7. Memang cukup dengan fatwa ulama itu, tetapi jangan pula duduk salah artikan fatwa mereka tersebut seperti kamu ni, sahingga mereka para ulama yang besar-besar itu juga berfahaman salah seperti mereka yang berakidah bahawa Allah tu bertempat, subhana Llahi dari apa yang mereka sipatkan lagi Maha tinggi dan agong.

    ReplyDelete
  8. Sejarah ,perkataan ulama, hadis sahih dari Rasulullah pun, ada orang berani menulak dan meraguinya sebab itu dibentangkan disini al Quran sendiri yangtakmampu ditolak lagi ,kerana dalinya adalah qat'i dan mutawatir lihat apa firman Allah padaayat 78-79 dari surah al Taubab dan ayat14 dari surah al Hujurat .Ambillah peringatan dan pengajaran dari amaran dan ingatan Allah tersebut .

    ReplyDelete
  9. Siapa yang menyatakan Allah duduk dan bertempat? Siapa yg menyatakan Allah duduk di 'Arsy? Mana datangnya statement anda?

    Tidak pula kami mebawakannya begitu.

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah! kiranya anda juga sama fahaman dan i'tiqad dengan orang ramai dari kalangan alswj disini. Ini yang kita doakan ,semuga umat Islam disebelah tanah air kita ini dapat bersatu hati dalam akidah mereka dan tidak berpecah belah dan bermusuhan sama sendiri, yang mana kesatuan umat Islam itulah kekuatan yang menjadi binting selama ini dari serangan dan penjajahan minda umat Islam.Ajinda utama musuh untuk melemahkan islam ,mereka siang malam berusaha untuk memadamkan cahaya sinran pertunjuk Islam Sebab itulah kita perlu cemburu dan peka dengan ajaran dan gerakan yang dibawa masuk kesini yang boleh memecah belahkan perpaduan umat Islam.sekalipun atas alasan agama itu sendiri bertoping kan nama-nama yang menarek dan mempesunakan.

    ReplyDelete
  11. Sila perhatikan tajuk yang diatas yang berwarna merah tu [mempercayai Allah diatas 'arasy benarkah mereka ada penyakit hati]? yang di sebut diatas tu pun dah mula membawa pengeliruan dan kesamaran sebab Quran cuma mengatakan [Allah istawa atas 'arasy]sahaja , yang mana atas disini bermaksud berkuasa meninggi dan mempunyai arasy bukan bermaksud bertempat diatas arasy , kerana kepercayaan ini boleh membawa kesamaran yang akan menjadi fitnah kepada orang ramai minta saudara berhati-hati dengan selogan dan pertayaan tersebut . firman Allah bermaksud "tiada mengambil (pengajaran) perhatian melainkan mereka yang berhati fikiran" Zumar 9

    ReplyDelete
  12. Brother nawawi! saya doakan anda dalam hidayah Allah agar anda dapat mengesani dimana kesilapan yang cuba diselitkan dalam minda kita dengan separuh perkataan yang boleh membawa kesamaran terhadap 'akidah kita , kerana bila asas akidah sudah mula bergoyang berpusing dan terpesong maka rusaklah segala bangunan agama yang kita pertahankan selama ini

    ReplyDelete
  13. maaf mas. saya baru saja masuk blog ini dan saya melihat anda berkata terpengaruh dengan ajaran wahabi, saya kurang setuju dengan perkataan anda. saya kira untuk berkomentar janganlah memojokkan suatu faham walaupun sudah dianggap sesat akan tetapi bersikaplah toleran dengan pendapat tersebut kerena bagaimanapun perbedaan ada hikmahnya

    ReplyDelete
  14. Yg berpenyakit hati ialah apabila belajar tauhid sambil menyertakan
    imaginasi antara Khaliq&Makhluk.
    Khaliq bersesuaian dgn sifatnya juga bersalahan dgn sifat makhluk. Mana mungkin sama! Bahkan siapa lagi sebaik-baik perkataan selain DIA? Atau barangkali dah terbiasa dengan wahdatul wujud

    ReplyDelete
  15. ish2 Allah memang berada di arasy tapi Allah juga maha besar beerti setiap jisim dan atom setiap benda dlm alam semesta ni dan dialam lain dan diluar alam semesta ni adalah Allah, Allah terlalu besar sehingga semuanya adalah dia...bukan sahaja kudrat dan kuasa...tp diriNya, di arasy tu menunjukkan Allah Maha hebat sehingga berada di Luar alam semesta,(arasy) ,....di boleh berada di arasy dan dimana2 sahaja,itu yg wajib kita yakin dan beriman...maksud berada dimana2 bukan dier manusia utk bergerak dr satu tmpt ke satu tempat sbb manusia kecik dr bumi tp Allah terlalu besar yang dilangit dan dibumi dan diarasy pun dia, kuasanya tanda had utk tentukan dimana dia, so kat sini jgn la persoal mana Allah seolah2 Allah tu kecik dan boleh gerak2..tp yakin lah Allah itu dilangit dan dibumi, di arasy..aminn

    ReplyDelete
  16. semoga Allah berkati kita semua Aminnn

    ReplyDelete
  17. Tuhan Yang menciptakan langit dan bumi serta Segala Yang ada di antara keduanya, Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy, ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu (tentang Allah) kepada Yang mengetahuinya (Muhammad s.a.w.). (al-Furqaan: 59)

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum..sebenarnya org yg ada penyakit itu adalah org yg persoalkan nas2 mutasyabihat,konon Allah itu ada dimana2,bukankah itu fahaman al-jahmiyah dari para sahabat tidak pernah membantah tapi setelah salah seorang yg datang bertanya kepada saidina Umar al-khattab ra iaitu Abdullah bin subigh lalu di baginya pelepah tamar di kepala sebagai hadiah hingga berdarah,ulama salafiyyah beriman apa yg turunkan Allah kitab al-quran kpd Rasulullah saw tidak pernah mentakwil bagaimana dan di mana serta kenapa,mereka berserah kepada Allah saje yg mengetahui,kecuali datangnya akidah abu hassan asya'ari kerana fahaman al-jahmiyah dan muktazilah mendustakan Ayat2 dan mentakwil tanpa merujuk al-quran dan hadis nabi saw tapi abu hassan asya'ari lah yg di beri ilmu dari sisi Allah membantah golongan mentakwil dgn akal tanpa al-quran dan sunnah,maka imam abu hassan asya'ari diberi ilmu oleh Allah utk menepis fahaman al-jahmiyah dan muktazilah supaya tidak meresap ke dada masyarakat umat islam,janji Allah itu benar kerana itu golongan muktazilah berdendam dgn golongan yg bersependapat dgn imam abu hassan asya'ari dan yg banyak mengkritik mereka malah ulama salaf menghukum golongan al-jahmiyah dan muktazilah adalah kafir,tapi tetapi dizaman sekarang nie,golongan itu mereka menganggap masih dalam org mukmin cuma menghukum sebagai kufur,maka di situlah dendam mereka kerana di permalukan oleh yg bersekongkol dgn pendapat imam abu hassan asya'ari dan mutaridiyah walaupun berbeza pendapat,tapi tidak di ingkari oleh mereka bertiga kecuali golongan al-jahmiyah dan muktazilah yg tidak bersetuju dgn pendapat abu hassan asya'ari..Jika nak kata ada di atas arasy harus di takwilan dgn berhati2 mengikut apa yg di turunkan oleh Allah iaitu kitab2 al-quran dan sunnah kerana al-sunnah itu datang dari Allah dan al-quran datang dari kalamullah..tapi yg lebih selamat Allah dah nyatakan sebagaimana dalil al-quran dan hadis

    Al-Baqarah:186 - Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Dan hadis
    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    وَالَّذِى تَدْعُونَهُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ عُنُقِ رَاحِلَةِ أَحَدِكُمْ “Yang kalian seru adalah Rabb yang lebih dekat pada salah seorang di antara kalian daripada urat leher unta tunggangan kalian.” (HR. Muslim no 2704

    ReplyDelete
  19. Arasy itu tempat kerajaan bukan tempat duduk atau tempat berbaring yg di sangka oleh golongan al-jahmiyah wa mujasimah wa muktazilah..di atas Arasy ada Luh Mahfuz iaitu keputusan qada dan qadar Allah Azza wajalla...tapi ramai mengakui seorang waliyyu sudah dapat melihat kerajaan Allah Taala dgn di konon mendakwa sudah ada maqam(tempat) dapat melihat Luh Mahfuz iaitu kitab segala ibu kitab..bohong semua itu..org percaya kata2 dan tulisan mereka adalah org sudah tidak percaya pada al-quran dan hadis..kerana lebih percaya cerita manusia daripada kitab2 Allah taala,maka itu sudah keluar daripada mempercayai dan beriman dgn al-quran dan sunnah sebagaimana yg ada dlm hukum iman ke 5..semua itu menjadi akidah semakin rapuh dan hampir reput di makan oleh fitnah al-jahmiyah wa muktazilah..sebagai anai-anai yg mereputkan batang pokok akidah..Nauzubillah min dzalik..wallahua'lam bishowab...

    ReplyDelete
  20. Hamba nak tanya ada org nak tempah pelepah tamar tak atas belakang???

    ReplyDelete
  21. Hamba nak tanya ada org nak tempah pelepah tamar tak atas belakang???

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum..sebenarnya org yg ada penyakit itu adalah org yg persoalkan nas2 mutasyabihat,konon Allah itu ada dimana2,bukankah itu fahaman al-jahmiyah dari para sahabat tidak pernah membantah tapi setelah salah seorang yg datang bertanya kepada saidina Umar al-khattab ra iaitu Abdullah bin subigh lalu di baginya pelepah tamar di kepala sebagai hadiah hingga berdarah,ulama salafiyyah beriman apa yg turunkan Allah kitab al-quran kpd Rasulullah saw tidak pernah mentakwil bagaimana dan di mana serta kenapa,mereka berserah kepada Allah saje yg mengetahui,kecuali datangnya akidah abu hassan asya'ari kerana fahaman al-jahmiyah dan muktazilah mendustakan Ayat2 dan mentakwil tanpa merujuk al-quran dan hadis nabi saw tapi abu hassan asya'ari lah yg di beri ilmu dari sisi Allah membantah golongan mentakwil dgn akal tanpa al-quran dan sunnah,maka imam abu hassan asya'ari diberi ilmu oleh Allah utk menepis fahaman al-jahmiyah dan muktazilah supaya tidak meresap ke dada masyarakat umat islam,janji Allah itu benar kerana itu golongan muktazilah berdendam dgn golongan yg bersependapat dgn imam abu hassan asya'ari dan yg banyak mengkritik mereka malah ulama salaf menghukum golongan al-jahmiyah dan muktazilah adalah kafir,tapi tetapi dizaman sekarang nie,golongan itu mereka menganggap masih dalam org mukmin cuma menghukum sebagai kufur,maka di situlah dendam mereka kerana di permalukan oleh yg bersekongkol dgn pendapat imam abu hassan asya'ari dan mutaridiyah walaupun berbeza pendapat,tapi tidak di ingkari oleh mereka bertiga kecuali golongan al-jahmiyah dan muktazilah yg tidak bersetuju dgn pendapat abu hassan asya'ari..Jika nak kata ada di atas arasy harus di takwilan dgn berhati2 mengikut apa yg di turunkan oleh Allah iaitu kitab2 al-quran dan sunnah kerana al-sunnah itu datang dari Allah dan al-quran datang dari kalamullah..tapi yg lebih selamat Allah dah nyatakan sebagaimana dalil al-quran dan hadis

    Al-Baqarah:186 - Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul. Dan hadis
    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

    وَالَّذِى تَدْعُونَهُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ عُنُقِ رَاحِلَةِ أَحَدِكُمْ “Yang kalian seru adalah Rabb yang lebih dekat pada salah seorang di antara kalian daripada urat leher unta tunggangan kalian.” (HR. Muslim no 2704

    ReplyDelete