Sunday, November 23, 2008

078 - Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah

Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Selawat Syifa’:

اَللَّهُمَّ صَلِ عَلىَ مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوْبِّ وَدَوَاِئهَا، وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَاِئهَا، وَنُوْرِاْلأَبصَارِ وَضِيَاِئهَا، وَعَلىَ أَلِهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, yang memberi penawar dan pengubat hati (kalbu), yang memberi kesihatan dan penyembuhan badan, cahaya dan yang menerangkan pandangan mata. Juga ke atas keluarga beliau.”

Selawat ini banyak diamalkan oleh banyak tokoh-tokoh perubatan dan bomoh-bomoh tertentu di dalam negara kita (Malaysia) mahu pun di luar negara. Ia digunakan sebagai zikir atau bentuk doa untuk mengubati/merawat individu tertentu yang mengalami masalah kesihatan tertentu.

Ianya juga sangat popular malahan sehingga dinasyidkan dan dilagukan sebagai zikir-zikir harian. Malangnya, kebanyakan dari mereka (yang mengamalkannya) hanya tahu melafazkan dan melagukannya. Namun tidak mahu mengambil tahu berkenaan makna dan kesyirikan yang terkandung di dalamnya.

Lebih malang lagi, selawat tersebut tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui mana-mana riwayat hadis, apatah lagi tidak juga diamalkan oleh sahabat-sabahat Rasulullah sendiri. Maka, ianya adalah tergolong di dalam bentuk selawat-selawat ciptaan dan rekaan manusia berdasarkan akal dan nafsu.

Jika kita perhatikan satu persatu rangkap perkataan di dalam selawat tersebut, terdapat penyandaran sifat yang tidak selayaknya kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam iaitu dengan sifat “yang memberi penawar”, “pengubat hati (kalbu)”, “yang memberi kesihatan”, “penyembuhan badan”, dan “yang menerangkan pandangan mata”. Padahal kita mengetahui bahawa yang mampu menyembuhkan dan memberi kesihatan badan, yang mampu mengubati hati, dan yang mampu menerangkan pandangan mata adalah hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Berkenaan sifat yang dinisbahkan (atau disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam tersebut, beliau sendiri tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi untuk orang lain.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa memberi manfaat kepada diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah”.” (Surah al-A’raaf, 7: 188)

“...dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku,” (Surah asy-Syu’araa, 26: 80)

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, maka tidaklah dia memiliki cahaya sedikit pun.” (Surah an-Nuur, 24: 40)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445, daripada ‘Umar al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu)

Syaikh Muhammad Jamil Zainu berkata:

“Sesungguhnya yang menyembuhkan dan yang memberi kesihatan badan, hati, dan mata hanyalah Allah sahaja. Adapun Rasulullah tidak memiliki kekuasaan untuk memberi manfaat bagi dirinya dan tidak pula untuk selainnya. Bentuk selawat ini (selawat Syifa’ di atas) menyalahi firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya),

“Katakanlah (Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah...” (Surah Yunus, 10: 49) (Rujuk: Fadhilat Selawat Kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, m/s. 113-114, Mubarak Mahfudh Bamuallim. Juga al-Firqatun Najiyah, m/s. 192-193, Syaikh Muhammad Jamil Zainu)

Selawat Nariyah:

اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً، وَسلِّمْ سَلاَمًا تَامَّا عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، وَتُقْضَ بِهِ الْحَوَاِئجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ، وَعَلىَ أَلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami, Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.”

Jika kita benar-benar memahami akan hakikat kebenaran, telah jelas bahawa aiqdah tauhid yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mewajibkan supaya setiap Muslim meyakini bahawa hanya Allah yang mampu menyelesaikan (meleraikan) pertikaian di dalam kehidupan, menghilangkan segala kesusahan, yang memenuhi segala bentuk keperluan, dan memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Nya.

Seseorang Muslim tidak dibenarkan berdoa kepada selain Allah. Walaupun kepada para Malaikat dan Nabi yang dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah berfirman (maksudnya),

“Katakanlah: “Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain Allah, sebenarnya pada hakikatnya mereka tidak memiliki sebarang kuasa untuk menghilangkan bahaya daripadamu dan tidak pula memindahkannya”. Sesungguhnya yang mereka seru itu, mereka sendiri sentiasa mencari jalan agar mereka menjadi yang paling dekat (kepada Allah), mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.” (Surah al-Isra’, 17: 56-57)

“Hanya kepada Allah kami menyembah, dan hanya kepada Allah kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, 1: 5)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan ayat ini,

“Yang dapat melakukan semua itu hanyalah Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Menciptakan dan meemrintahklan hanyalah hak Allah semata. Di mana berkenaan firman Allah (maksudnya): “Orang-orang musyrik dahulu sering menyatakan “Kami menyembah Malaikat, ‘Isa al-Masih, dan ‘Uzair”. Mereka itulah yang diseru sebagai tempat memohon sesuatu oleh orang-orang musyrik.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir di bawah perbahasan ayat 56-57 Surah al-Isra’)

Jika kita perhatikan rangkap selawat tersebut, dengan ia menunjukkan bentuk-bentuk permohonan doa kepada Nabi. Malah sifat-sifat yang tidak selayaknya, tetapi malah sebenarnya berlebih-lebihan (ghuluw) disandarkan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Penutup:

Dari dua bentuk selawat yang telah kita lihat di atas, kita dapat perhatikan bahawa sifat-sifat yang dinisbatkan atau disandarkan kepada Nabi dalam untaian (atau rangkap) selawat tersebut sangat berlebih-lebihan dan memerangkap seseorang jatuh ke dalam lembah kesyirikan. Sekiranya beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam mendengarnya, sudah pasti beliau tidak akan redha. Ini adalah berdasarkan beberapa dalil di bawah ini,

Firman Allah (maksudnya):

“(Dialah Allah) Yang telah menciptakan aku, lalu Dialah yang memberi aku petunjuk, dan Yang memberi makan dan minuman kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” (Surah asy-Syu’araa’, 26: 78-80)

Dari Abdullah Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Apa yang Allah kehendaki dan engkau?” Lantas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Adakah kamu menjadikan aku setara dengan Allah? (dalam riwayat yang lain, “tandingan bagi Allah?). Tidak, tetapi katakanlah: “Apa yang dikehendaki Allah sahaja”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Adabul Mufrad, no. 783)

Begitulah penjelasan daripada Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wa Salam sendiri.

Oleh itu, perlu kita fahami bahawa, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tidak ada kaifiyah (cara) selawat yang lebih baik daripada kaifiyah yang diajarkan beilau Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri. Jauhilah bentuk-bentuk beribadah yang direka cipta oleh manusia yang dengannya akan mengakibatkan pelbagai kesesatan dalam beragama.

“Ya Allah, selamatkanlah kami dari sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dan dari sifat kemusyrikan yang besar atau pun yang kecil”

122 comments:

  1. saudara,
    berhati-hati ketika memberikan sebarang komen dan dari sumber mana ilmu saudara itu diperolehi kerana dikhuatiri saudara akan terlepas dari mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w di Negeri Yang Kekal Abadi, Akhirat kelak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad yg memberi penawar? Seriusly? Nabi akan berbesar hati memohon pd Allah syafaat nya diberi pd mereka yg mnjga akidah tauhid

      Delete
    2. lain kali baca betul-betul jangan mudah-mudah menghukum... ayat di atas menerangkan doa daripada keberkatan solawat. Bahaya betul orang berlagak 'ALIM..

      Delete
    3. lain kali baca betul-betul jangan mudah-mudah menghukum... ayat di atas menerangkan doa daripada keberkatan solawat. Bahaya betul orang berlagak 'ALIM..

      Delete
  2. berkenaan hadis yang saudara tempelkan di dalam blog tuan ini iaitu:
    Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri bersabda (maksudnya):

    “Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445, daripada ‘Umar al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu)

    ketahuilah saudara yang hadis tersebut disabdakan oleh Nabi s.a.w sebelum Baginda diangkat Allah dalam peristiwa Mi'raj yang mana sebelum peristiwa Agung tersebut Nabi tidak mengetahui kedudukannya di sisi Allah iaitu mendapat maqam Habib yang mana ia dikhususkan hanya untuk Nabi s.a.w sahaja berbanding mana-mana makhluk di dunia ataupun di langit...hanya mana selepas Nabi melalui peristiwa bersejarah tersebut, barulah Baginda mengetahui kedudukannya di sisi Al-Khaliq (Allah) dan tidak menyanggah mana-mana muslim untuk mengagunggkannya seperti selayak yang patut diperolehinya...

    lagi pun, siapa yang mengajar kita mengenai kehidupan dan juga ilmu yang saudara perolehi ini jika tidak melalui Nabi Muhammad sallallah hu alaihi wasallam?

    memang segalanya datang dari Allah tetapi siapa melalui perantara siapa? Nabi Muhammad bukan? adakah saudara yang cetak pengetahuannya ini menjadi pilihan untuk tugas itu? saudara sendiri boleh menilainya dan janganlah saudara memasukkan diri saudara di dalam golongan orang yang membenci atau menyirikkan orang yang ingin memuji Nabi kerana Nabi ialah manusia yang tiada tolok bandingannya di antara semua makhluk termasuk makhluk di langit dan Malaikat.

    insaflah diri saudara sebelum terlambat dan pergilah menziarahi makam Nabi di Madinah untuk memohon kemaafan sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  3. Persoalan Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah yang dikatakan mensyirikkan Allah serta membesarkan Nabi Muhammad melebihi Allah ini baru saja timbul. Kadangkala terjemahan di dalam bahasa Melayu yang tidak tepat yang menyebabkan ia mirip seperti mensyirikkan Allah.. sedang hakikat makna sebenar tidak sebegitu..

    Sebagai contoh perkataan Tib dalam selawat Syifa itu adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.. bukan bermakna 'yang memberi penawar'.. ia sama sekali tidak sama dengan kata Syifa' yang bermakna kesembuhan.. sesungguhnya Penyembuh menggunakan penawar untuk menyembuh penyakit.. maka makna Selawat Syifa adalah Allah sebagai Syafi (Penyembuh) menjadikan Muhammad sebagai penawar kepada hati-hati..

    p/s: Bolehkah diterangkan dengan lebeh jelas kerana penerangan saudara bercangahan dengan penerangan Dr. Haron Din Al Hafiz

    rujuk : http://www.darussyifa.org

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi persoalannya selawat shifa ini syirik atau tidak..?????.

      Delete
    2. Jadi persoalannya selawat shifa ini syirik atau tidak..?????.

      Delete
    3. Selawat pun syirik..tinggi betul ilmuan wahabbi

      Delete
  4. salamun alaik.
    erm.. dh macam-macam hadis dibedah siasat ni.. bguss ada tajdid.
    cume, kena btul-btul a'rif daris egi hukum hakam dalil hadis ni..

    mohon tuan blog au shbt lain betulkn andai ada yg menyimpang..

    hamba yg kurang arif tntg hadis
    al faqierah ilallah..

    ReplyDelete
  5. kes ni sm mcm berzanji... sesiapa yg nmpak baik akn terus mengatakan ini adalah bidaah hasanah.. tapi tak nak ambil tau bab-bab dhalalah nya, terima atas posting ini,..

    saya hanya perasan akan selawat nariyah yg betul2 xmenyedapkan hati maksudnya & xamalkannya, namun saya xseberani saudara..

    saya xperasan pulak akan selawat syifa'.. semoga disertakan selawat2 yg dapat dijadikan amalan, biarpun kita nak cegah kemungkaran, kita hendaklah menyuruh kepada kebaikan, tak lengkap tanpa kedua2nya.

    teruskan usaha amar makruf nahi mungkar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama mcm sy ..rasa x sedap hati dgn selawat nariah, sekarang tuan blog memjelaskan ilmiah dan dalil yg mudah difahami.syukur .

      Delete
    2. Na'uzubillah... solawat ou bukanlah zikrullah tetapi doa... Benar kata Ulama bahawa Puak wahabi adalah khawarij... menjadikan al quran dan hadis sebagai dalil menjatuhkan hukum dengan faktor lafaz lisan bukan ilmu.. dan menjatuhkan hukum semata-mata dengan dalil lisan..

      Delete
    3. Nampak mcm ilmiah tp sbnrnya tidak. Belajarlah dgn tok guru sbnr bukan blog

      Delete
  6. dalam masa terdekat (insyaAllah) saya akan bawakan lafaz2 selawat yg sunnah. Tsabit dari hadis2 sahih.

    Sepatutnya, saya bawakan dulu selawat2 yg sunnah, tp saya dh tersilap sikit. terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Pelampau wahabi menghina Dr. Haron Din ?, kebanyakkan anak muridnya memang mengamalkan selawat ini, jahulah dari laman2 web wahabi yang sesat ini !!!.

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaikum wbth,

    Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

    ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Berhati-hati dengan blog yang suka menghukum sesat kepada umat Islam ini. Simple Shida?

    ReplyDelete
  9. Entah berapa banyak hadith nawawi nih hafaz kemudian dia boleh buat hukum pulak. Siapa pula guru-gurunya? Tak rasa curious ke mereka yang buat rujukan pada blog sebegini?

    ReplyDelete
  10. Aku rasa terpanggil untuk mencelah , bila ada ajaran sesat yang baru ditimbulkan dalam masyarakat kita sahingga pujian yang diucapkan kepada Nabi kita pun tak dibolehkan katanya bid'ah dan sesat ,yang sesat tu kerja menyesatkan siapa yang nak memuji Rasulullah junjungan besar dan makhluk yang paling mulia selepas Tuhannya sahingga Allah sendiri pernah memujinya dalam al Quran ayat 4 dari surah al Qalam dan mengarahkan kita sentiasa bersolawat kepadanya. Adapun larangan jangan mengagongkannya seperti orang keristian itu, semua kita tahu bagaimana mereka membesarkan Nabi Esa as. iaitu sampai jadi anak Tuhan.Kita orang Islam memuliakan Rasulullah tak lebih dari seorang Rasulullah utusan dan hambanya dia orang ni saja tak mahu biza antara memulia dan mengangongkan sampai boleh jadi Tuhan , dengan mulia dan menghormati sebagai hamba dan kekasihNya . Sikap biadab dan fikiran tertutup macam ni, menurut firasat aku berpunca dari puak 'arabi dari sebelah timur Madinah sebagaimana yang diberi tahu dalam hadis sahihnya dan al Quran (dalil dan bukti qat'i yang tidah dapat disangkal lagi

    ReplyDelete
  11. Perkataan yang kurang ajar dan mensyirikan solawat kepada Rasulullah , yang mana ianya jelas digalakan dalam agama kita sama juga Rasulullah pernah mengajar umatnya selepas setiap kali azan supaya memohon derjat dan kedudukan wasilah yang tinggi kepadanya , tak perlulah puak degil ini membaca doa lepas azan tadi kerana bermaksud meminta ketinggian dan derjat kemeliyaan kepada Nabi saw. apalah jumud sangat fikiran puak karut ni.Aku teringatkan satu hadis sahih (Bukhari)yang menceritakan ada seorang 'arabi yang jumud sedang berdoa dengan memohon rahmat Allah yang luas melipoti segala hambaNya, tetapi dikhususkan rahmat yang luas itu untuk dirinya dan Muhammad(Rasulullah)sahaja lalu sabdanya kepada 'arabi tersebut(secara memperli)(mana boleh) kamu memperkutak-katik(menyempitkan rahmat) Allah yang begitu luas itu .

    ReplyDelete
  12. Aku rasa terpanggil untuk mencelah , bila ada ajaran sesat yang baru ditimbulkan dalam masyarakat kita sahingga pujian yang diucapkan kepada Nabi kita pun tak dibolehkan katanya bid'ah dan sesat ,yang sesat tu kerja menyesatkan siapa yang nak memuji Rasulullah junjungan besar dan makhluk yang paling mulia selepas Tuhannya sahingga Allah sendiri pernah memujinya dalam al Quran ayat 4 dari surah al Qalam dan mengarahkan kita sentiasa bersolawat kepadanya. Adapun larangan jangan mengagongkannya seperti orang keristian itu, semua kita tahu bagaimana mereka membesarkan Nabi Esa as. iaitu sampai jadi anak Tuhan.Kita orang Islam memuliakan Rasulullah tak lebih dari seorang Rasulullah utusan dan hambanya dia orang ni saja tak mahu biza antara memulia dan mengangongkan sampai boleh jadi Tuhan , dengan mulia dan menghormati sebagai hamba dan kekasihNya . Sikap biadab dan fikiran tertutup macam ni, menurut firasat aku berpunca dari puak 'arabi dari sebelah timur Madinah sebagaimana yang diberi tahu dalam hadis sahihnya dan al Quran (dalil dan bukti qat'i yang tidah dapat disangkal lagi

    ReplyDelete
  13. Aku rasa pelik dengan puak-puak yang tidak ada kerja, selain mengata orang sesat bid'ah dan syirik . Puak ni patut dikenali dengan puak ajaran songsang ,apa tidaknya, orang nak berzikir bertasbih dan berselawat kepada Nabi dia pula kata tak boleh mereka mensyirikkan dan membid'ahkannya, kena bertaubat yang diorang buat tu, duduk membid'ah mensyirik dan menyalah semua orang tu, tak kena bertaubat juga kah?boleh pahala agaknya ,ikut mazhab dia .

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahabi bro, wahabi... dah ramai sgt dah.. maklumlah, kita kan dalam zaman fitnah.. dalami ilmu sifat20 in sha allah, anak adam xakan sesat

      Delete
  14. Aku ingatkan brother nawi supaya jangan faham hadis tu secara juz'i dan asing-asing kita kena faham secara saimbang saksama dan menyeluruh kita kena selaraskan semua hadis dalam satu-satu bab itu, umpamanya hadis yang menyuruh dengan hadis yang melarang kita bersolawat, kalau ada yang melarang, itu bila dan kenaapa dilarang, apa sebabnya, Rasulullahsaw. atau agama menyuruh sesuatu yang baik itu, kamudian dilarangnya pula , ini bukan kerja orang berakal, sama juga Nabi pernah larang ziarah kubur kamudian disuruhnya pula, dan kita faham larangan itu telah dinasakh dengan suruhan selepas itu, kerana katanya perbuatan itu banyak membawa pengajaran(iktibar) kepada seseorang, begitu juga hadis yang melarang sahabat dari menulis hadis dan lainnya, selain Quran sahaja,ini kerana bimbang bercampur aduk kalam Allah dengan kalam manusia dan lainnya, dan selepas itu di benarkan sahabatnya mencatat segala hadis dan percakapannya supaya mudah diingati dan disampaikan kepada orang lain tentang ilmu agama ini, dan begitulah seterusnya .

    Jadi marilah kita ikuti panduan yang telah disepakati ulama dan para mujtahid yang telah memgariskan panduannya kepada kita, barulah tidak berlaku pertentangan dan kecelaruan dimana-mana, bertukar antara kerja kebaikan seperti berzikir bersolawat bertolong-menolong bermasra dan berkasih sayang , bertukar menjadi kerja bid'ah kejahatan kesesatan dan kena bertaubat dan sebagainya .


    Ini lah akibatnya juka kita orang awam ini, tak mahu terima perkataan ulama , sebab itu Allahswt. telah memerintahkan kita bertanyakan ulama yang pakar dan mengikuti para mujtahid firmanNya bermaksud "bertanyalah kamu kepada orang yang pakar dalam agama"Anbia 7 , dan jangan tertpedaya dengan ungkapan setengah mubtadi'ah, yang dikatakan mendapat habuan tertentu, "perkataan orang lain selain Rasulullah itu boleh dterima dan ditulak" , tak salah ingat aku, ini perkataan Imam Malik ra. yang mana dia adalah mujtahid mutlak yang tidak perlu lagi mengikuti sesiapa dia adalah orang hebat dan pakar dan orang lain juga rijal dan pakar , tetapi kita mana boleh nak bercakap begitu kerana ulama mujtahid itu tidak memfatwakan sebarang isu melainkan ada nas dalil dan buktinya bukan seperti kita yang bukan ahlinya .Aku terpaksa menulak pendapat yang nampak sangat kecelaruannya, dan demi kesatuan perpaduan kita dan keharmunian umat, aku tetap bersama majoriti umat Islam dan sawadul a'zam umat ini, diatas jalan perdana yang diikuti umat Islam diseluruh dunia . Inilah jalan yang dilalui aswj sejak dulu hingga hari ini .Atasnya kita hidup dan arasnya juga kita mati dan akan dibangkit nanti dengan limpah rahmat Allah dan pertolongan dan kemurahanNya .

    ReplyDelete
  15. Untuk lebih jelas lagi, umpamanya ada hadis Muslim yang mengatakan setiap perkara baru itu bid'ah dan setiap bidah itu masuk neraka . Dan ada lagi satu hadis Muslim juga yang mengatakan siapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, apa yang tiada berasas daripadanya maka ianya tertulak"HR Muslim juga dari kedua hadis ini dapatlah kita faham bahawa perkara baru yang tidak ada asas dan dalilnya itulah yang tertulak dan bid'ah tadi, manakala perkara baru yang ada dalil dan berasas dari agama itu boleh diterima dan diamalkan seperti solat teraweh berjemaah dibulan Ramadan dan lain-lain,ini telah dipuji dan dinamakan bid'ah hasanah oleh Umar ra. dan Imam kita Syafie ra. juga Imam mereka sendiri, Ibnu Taimiah ra. dan jumhur ulama lain .Sesuai dengan hadis Muslim juga yang mengatakan siapa yang meneruka perkara yang baik maka baginya pahala dan pahala orang yang menurut jijaknya sampai hari kiamat begitulah sebaliknya siapa yang meneruka jalan yang tidak baik (jahat dan sebagainya )maka atasnya dosa dan dosa semua orang yang mengikuti jijaknya sahingga hari kiamat.Jadi kull dalam hadis pertama tadi bermakna kebanyakan ,sebahagian besar atau kebiasaan sahaja bukan bermakna semua sekali . percakapan balaghah seperti ini banyak terdapat dalam al Quran umpamanya firmanNya bermaksud "dan dikurniakan kepada putri Balqis itu dari segala suatu (min kulli syai')al Naml 23 dan firmanNya lagi bermaksud " dan ada (menunggu)dibelakang mereka seorang raja yang akan merampas setiap (kulla safinatin)

    ReplyDelete
  16. sila check kat sini... rasanya dah terang kot explaination yang diberi..

    audio pon disediakan.


    http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=18

    ReplyDelete
  17. Salam. Begitu hebat saudara sehingga meletakkan tajuk Syiriknya Selawat Syifa' dan Selawat Nariyah. Banyak-banyaklah beristighfar, banyak2 mohon petunjuk Allah. Kalau bukan ahli agama tapi minat agama, bertindaklah dgn mengajak manusia ke jalan agama, serualah manusia dgn penuh kebijaksanaan. Jgn bertindak menjadi ulamak yg memberikan hukum atas sesuatu perkara jika anda bukan ahlinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. puak pelampau itu adalah selepas sahabat mereka syaitan yang meracuni orang-orang islam seperti di zaman sayyidina Umar r.a

      Delete
    2. puak pelampau itu adalah selepas sahabat mereka syaitan yang meracuni orang-orang islam seperti di zaman sayyidina Umar r.a

      Delete
  18. Syukurlah ada yang dapat memberi teguran kepada penulis blog ini . Syukur juga penulis blog ini tidak delete komen yang menegur .
    Anak murid Ustaz Harun Din

    ReplyDelete
  19. as-Salaamu 'alaikum...,

    Para sahabat Radhiyallahu 'anhum apabila mereka hendak berselawat, terlebih dahulu mereka mendapatkan garis panduan bagai mana berselawat. Dan mereka bertanya sendiri kepada Nabi.

    Adakah kalian yang mereka-cipta bentuk2 selawat jenis baru ini telah bertanya sendiri kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam sebagai confirmation?

    Berikut artikel yang baru saya susun berkaitan sebagai panduan dalam berselawat:

    Bagaimana Berselawat Ke Atas Nabi? - http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2010/02/169-bagaimana-berselawat-ke-atas-nabi.html

    Semoga bermanfaat.

    ReplyDelete
  20. Contoh hadis yang menunjukkan Sahabat bertanya terlebih dahulu sebelum berselawat (tentang bagaimananya). Dan Rasulullah menunjukkan/mengajarkan bagaimanakah selawat yang betul:

    Dari Ka’ab B. ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

    Wahai Rasulullah, kami telah tahu bagaimana mengucapkan salam ke atas engkau, tetapi bagaimana pula untuk kami berselawat ke atas engkau?

    Rasulullah pun menjelaskan – Katakanlah:


    اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ


    Terjemahan: Ya Allah, berilah selawat ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berselawat ke atas keluarga Ibrahim, sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia. Ya Allah, berkahilah ke atas Muhammad dan keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah memberkahi keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Mulia.

    Rujukan: Hadis Riwayat an-Nasaa’i, Sunan an-Nasaa’i, 5/63, no. 1272. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, Shohih Sunan an-Nasaa’i, no. 1289.

    Rujuk:

    http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2010/02/169-bagaimana-berselawat-ke-atas-nabi.html

    ReplyDelete
  21. saya lebih suka baca laman blog zamihan..hujjahnya jelas..nampak sangat dia benar seorang yag berilmu tinggi...

    ReplyDelete
  22. nampaknya saudara ini ingin menjadikan blog saudara popular dengan perkara begini yang menyesatkan org awam..insaflah siapa diri kita sebelum menudingkan jari kpd org lain.

    ReplyDelete
  23. Puak2 ni dah termakan racun wahhabi, amat sukar utk dipulihkan.. melainkan rahmat dan kehendak Allah..

    ReplyDelete
  24. saudara memang suka mendatangkan kemarahan umat Islam di Malaysia sama seperti mantan mufti perlis. Siapa anda untuk menyesatkan ulama-ulama dan tokoh agama di Malaysia ini contohnya anda mensyirikkan TG Harun Din siapa anda dan siap pula tokoh2 ini? Anda masih budak hingusan yg perlu tunjukajar jadi jgn kurang ajar!

    ReplyDelete
  25. saudara ni berpegang pd wahabi ke??
    dimanakah pemikiran anda yang bersandarkan wahyu....adakah anda memahami maksud dan segala rahsia yg terkandung di dalam selawat itu sepenuhnya..jangan mentafsirkan sesuatu itu dengan nafsu semata-mata dan mengatakan sesuatu syirik mengikut nafsu saudara..sila lah kemukakan dalil naqli dan dalil aqli dan sumber rujukan anda..

    ReplyDelete
  26. Tuan blog...tak payah buat dosa kering tanpa ilmu. Baik pi tambah ilmu degan ulama rasmi..kalau guru tuan spesis ulama berfahaman wahabi/salafi jadian, dah jelas golongan ini syazzz dan tertolak...

    Rentikan je sikap syirikkan orang..kami pengamal solawat Syifa' tak syirik kerana kami beriman bahawa yang menyembuhkan hanya adalah Allah..kami tak menuhankan Nabi Muhammad maka kami tidak mensyirikan Allah..maka hukum syirik kembali kepada yang melontarkannya...Saidina Nabi Muhamad dengar dan mendoakan orang yang menyebut namanya dengan kebaikan dan tidak lupa berselawat untuknya.. WaAllahu a'lam

    Hafsyam Othman said

    ReplyDelete
  27. allah swt berikan kita akal dan sempurnakan kita sebagai manusia yang terhebat yang pernah diciptakannya... Setiap ilmu harus disertakan dengan gurunya. bukan sekadar membaca... kalau salah sekalipun pemilik blog ini mengutarakan hujahnya... jgn kita 100% menyalahkannya... kita seharusnya berterima kasih kepadanya kerana akal kita lebih hebat bertindak sekiranya ia tidak seiring dengan penerimaan hati. Ambil keraguan anda mengenai selawat ini dan carilah orang yang lebih arif... walau 100 pendapat mengatakan ianya syirik... fikir sedalam2nya... sebab itulah mengapa orang yang menterjemahkan erti bahasa al-quran selalunya memikul beban yag lebih hebat. Kasihanilah tuan blog ni kerana sesungguhnya dia tidak cukup faham makna tersurat dalam menterjemahkan ayat al-quran itu sendiri.

    ReplyDelete
  28. Sholawat nariyah isinya mengandung sholawat berdoa kepada tuhan dengan brtawassul kpd Nabi, lebih baik pahami betul2 dalil2 tawassul, jgn haya taklid dgn DEDENGKOT2 Wahabi !!!!!!!. arti sholawat nariyah : Ya Allah, berikanlah sholawat dan salam yang sempurna kepada penghulu kami, Nabi Muhammad, yang dengan BERKAHNYA(Nabi Muhammad) akan terurai segala macam simpulan, dan dengan BERKAHNYA dilepaskan dari segala kesusahan, dan dengan BERKAHNYA ditunaikan segala hajat, dan dengan BERKAHNYA tercapai segala keinginan dan mendapat husnul Khotimah dan dicurahkan hujan rahmat dengan berkat pribadinya yg mulia dan demikian juga kepada keluarga dan para sahabatnya pada setiap kedipan mata dan hembusan nafas bahkan sebanyak ilmu-Mu. sedangkan sholawat syifa adalah maksudnya : Ya Allah, berikanlah sholawat dan salam kepada Nabi Muhammad,obat hati dan penawarnya, dan kesehatan jasad dan penyembuhannya, dan cahaya kepada penglihatan dan penyuciannya, Juga ke atas keluarga beliau. والله اعلم

    ReplyDelete
  29. http://www.youtube.com/watch?v=_9ZiBnzwFQE

    ReplyDelete
  30. http://www.youtube.com/watch?v=_9ZiBnzwFQE

    ReplyDelete
  31. http://www.youtube.com/watch?v=_9ZiBnzwFQE

    ReplyDelete
  32. saudara....
    hebat sungguh tajuk yg diberi..seperti saudara adalah ulama' setaraf dengan imam syafie dan imam al-ghazali.mereka pun tidak mensyirikkan selawat ini tetapi saudara manusia yang mempunyai mata hati yang sungguh tajam...bertaubatlah!!!!

    ReplyDelete
  33. assalamualaikum...secara ringkasnya, dengar penjelasan Ustaz Haron Din berkenaan isu ini dalam website Darul Syifa' supaya tidak timbul kekeliruan di kalangan umat Islam.TK

    ReplyDelete
  34. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  35. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  36. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  37. Selawat syifa' dan selawat tafrijiyah memang jelas ada unsur kesyirikan dia. Janganlah diamalkan lagi. Sebenarnya ustaz Haron Din telah ditegur tentang selawat ini. Insyallah dia akan mengubahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah di contohkan cara sholawat yg benar oleh Rasulullah SAW, sudah cukup tinggal mengamalkannya, sholawat ibrahimiyah

      Delete
  38. Assalamualaikum,

    Syariat Islam sudah tamat apabila wafatnya Nabi SAW. Al-Quran juga sudah sempurna. Tidak ada syariat baru selepas apa yang disampaikan Nabi SAW. Islam sudah sempurna. Jadi, apabila di dalam Quran tidak ada menyatakan perihal Selawat Syifa dan Nariyah ini, dan Nabi SAW juga tidak melakukannya, bermakna ia adalah rekaan. Apabila sesuatu ibadah dan doa itu tidak mengikut dalil sahih, bermakna ia tidak boleh diamalkan. Ianya syirik. Ini bukan Wahabi. Inilah Islam yang sebenar. Jangan terlalu taksub dengan indiividu. Manusia tetap manusia. Pasti akan melakukan kesilapan. Ust Haron Din juga adalah manusia yang takkan lari daripada melakukan kesilapan. Yang takkan silap ialah Quran dan Hadith. Dalam khutbah akhir sebelum Nabi SAW wafat, baginda ada meminta umatnya mengikut 2 perkara yang dia tinggalkan, iaitu Quran dan Sunnah agar tidak sesat. Jadi, janganlah kita mengikut membuta-tuli sesuatu amalan yang diturunkan oleh ustaz2, tok2 guru atau ulama2 yang tidak berlandaskan dalil yang sahih.

    Buat pemilik blog, teruskan usaha anda dalam menentang kesyirikan dan memberi pencerahan akan amalan2 syirik yang sudah sebati dalam masyarakat kita. Semoga Allah merahmati anda atas usaha2 anda. Wallahualam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar skali kata-kata sahabat ini. Yg kita ikut adalah dalil quran dan hadith sahih.

      Delete
  39. Assalamualaikum,

    Saya sudah mendengar melalui link youtube yang diberikan berkenaan penjelasan ustaz Haron Din (UHD) tentang Selawat Syifa' ini. Apa yang saya faham, UHD memberi jawapan ia boleh diamalkan sebab ia sudah lama diamalkan oleh ulama2 terdahulu. Ia ada dalam kitab2 lama. Ulama2 terdahulu tidak ada yang mengatakan ia tak boleh diamalkan. Ini bukanlah dalil sahih yang boleh digunakan dalam penghujahan sebegini. UHD kena datangkan dalil2 sahih daripada Quran dan Sunnah untuk menyokong hujahnya. Hanya jika beliau boleh datangkan dalil2 sahih (dpd Quran dan Sunnah) barulah kita boleh menerimanya.

    Wallahualam

    ReplyDelete
  40. salam. adakah saudara pakar bahasa arab? sekiranya selawat syifa n nariyah ini syirik, bagaimana kita nk perbetulkan nya? kerana sy tetap jg nk berdoa dengan tawasul kepada baginda Rasulullah. krn sy ada membaca selawat nariyah yg telah di perbetulkan oleh org yg berfahaman spt saudara dan dapati ianya lebih mujarab malah sehingga sy mampu melihat setan yg setia mengganggu sy d belah kiri sy. mohon pencerahan.

    ReplyDelete
  41. Salam. Saya tertarik dgn ulasan kedua dua pibak yg menyokong da. Menentang selawat ini.
    Bagi saya perkara ini mudah.apa pun yg kita doa pastikan kita fahami maksudnya. Walaupon maksudnya dlm arab berlainan tetapi kita kena faham maksud dlm bahasa melayu.kalo dlm bahasa melayu dh nmpk mcm syirik so x blh la. Darussyifa kata maksud Tib tu lain.tapi kenapa translate lain.... Kan dh cnfius....

    ReplyDelete
  42. Salam. Saya tertarik dgn ulasan kedua dua pibak yg menyokong da. Menentang selawat ini.
    Bagi saya perkara ini mudah.apa pun yg kita doa pastikan kita fahami maksudnya. Walaupon maksudnya dlm arab berlainan tetapi kita kena faham maksud dlm bahasa melayu.kalo dlm bahasa melayu dh nmpk mcm syirik so x blh la. Darussyifa kata maksud Tib tu lain.tapi kenapa translate lain.... Kan dh cnfius....

    ReplyDelete
  43. Asyhaduanlailahaillallah, waasyhaduannamuhammdunrasulullah. Semoga kita semua di beri terang hati, dapat membeza antara yang hak dan yang batil dan terpimpin mengikut Rasulullah hingga dapat kembali kepada Allah dengan dengan sejahtera. Wallahualam.

    ReplyDelete
  44. http://translate.google.com.my/?hl=en&tab=wT#ar/en/%D8%B7%D9%90%D8%A8%D9%91%D9%90

    طِبِّ = noun
    medicine دواء, طب, علم الطب, قوة سحرية, شراب مسكر

    دَوَاِئ =
    medication


    شِفَاِئ =
    Healing, cure

    نُوْرِ اْلأَبصَارِ =
    light of sight

    ضِيَاِء =
    noun
    shine تألق, بريق, سطوع, صحو, لمعان, ضياء

    semuanya adalah suatu luahan / cerminan seseorang yang dahagakan kasih sayang rasul saw, kekasih Allah swt, jauh sekali dari syirik.

    janganlah kita mudah sangat menghukum syirik segala bagai takut2 akan kembali kepada diri kita sendiri



    جزاكُمۡ الله خَيۡرً۬ا ڪَثِيرً۬ا خَيۡرٌ۬ ثَوَابً۬ا وَخَيۡرٌ عُقۡبً۬ا وَخَيۡرٌ أَمَلاً۬

    rtk,
    symp,
    jh

    ReplyDelete
  45. Fatwa JAKIM:

    Hukum Selawat Syifa

    Tarikh Keputusan: 29 Jan, 2007

    Keputusan:

    Pada 29 Januari 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai selawat syifa", Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:

    Selawat adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh syarak, namun selawat syifa" yang diamalkan oleh sebahagian anggota masyarakat telah didapati tidak bersumberkan daripada apa-apa sumber Islam yang muktabar iaitu nas-nas al-Quran atau as-Sunnah. Bahkan kandungan selawat ini amat mengelirukan dan bercanggah dengan prinsip-prinsip aqidah Islam kerana memberikan unsur-unsur ketuhanan kepada baginda ar-Rasul saw. Adapun andaian-andaian sesetengah pihak dalam membela maksud selawat tersebut tidak dapat diterima dari segi ilmiahnya.

    Link: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-negeri/hukum-selawat-syifa-0

    ReplyDelete
  46. dan dengan sebabnya..
    dengan keberkatannya..

    first time sy amalkan ayat ini.. mimpi nabi di mekah

    ReplyDelete
  47. bila orang xfaham bahasa sastera arab........selawat ni,kalau kita hayati betul2,menunjukkan kecintaan,kerinduan pd baginda nabi muhammad...Apakah salah berbuat demikian..ALLAHURABBI....tau tak ade satu kaedah memahami agama yg digunakan selatan thai,dlm rukun iman ada enam,yg selalu kita dgr pertama ALLAH kedua rasul dan seterusnya...tp ada seorang tokoh ulamak selatan thai mgubah kaedah dgn meletakan RASUL sebagai yg utama...katanya setiap org yg beriman pada rasul xmgkn xkan beriman dgn ALLAH...Sebab apa yg dibawa oleh Rasul adalah datang drp ALLAH...pd first time dengar pelik tp cara memahami agama ade pelbagai kaedah so..belajar byk,jgn marah org yg selawat,marah pd org yg xselawat...

    ReplyDelete
  48. Saudara pembaca sekelian. Assalamu alaikum.

    1. Sdr pegang buah limau ke atau apa saja buah, malah apa sahaja, pen, pensil, dll.

    2. Buah limau itu dicipta oleh ALLAH SWT. Pen yg sdr pegang juga dicipta oleh ALLAh SWT. (Manusia hanya panaskan plastik dan bentukkan ia sehingga ia jadi satu pen. Hakikatnya semua ramuannya dicipta oleh ALLAH SWT).

    3. Adalah ALLah ada sebut bermaksud bahawa dalam penciptaan segala sesuatu ini, ALLah tidak pernah rujuk mana-mana makhluqNya, tidak dgn malaikat, tidak dgn rasul, termasuk nabi kita Muhammad SAW. Disitulah kedudukan ALLAH, keagonganNya, terasing dari makhluq.

    Dalam berzikir, kita zikir kpd ALLah. itu nombor 1. kemudian bila disebut nama nabi kita salawat. bukan salawat melebihi dari zikir. Lebih buruk lahi salawat yg diatursusun kalimahnya oleh ulamak lebih diutama dari apa yg dibawa dari hadith atau sarana nabi.

    banyakkanlah berzikir dan bersalawatnya mengikut apa yg nabi ajar kpd kita. Semua kita selamat dalam segala amalan.

    abuhanif
    hamba ALLah

    ReplyDelete
  49. blog orang sakit niii....segare berobat........

    ReplyDelete
  50. As-Salam,

    Ilmu agama dan ilmu Bahasa Arab saya sangatlah cetek, tapi saya tahu satu dua perkara.

    Selawat Syifa', Selawat Tafrijiah dan segala bentuk selawat yang lain sememangnya bukanlah diambil daripada al-Quran, as-Sunnah atau pun Hadith. Saya akui juga selawat-selawat ini adalah hasil nukilan manusia, kebanyakkannya selepas kewafatan Rasulullah SAW.

    Walau bagaimanapun, saudara perlu juga ambil kira bahawa selawat-selawat hasil nukilan manusia ini sebenarnya adalah syair yang memuji Rasulullah SAW.

    Syair adalah satu bentuk sastera.

    Sebagaimana sastera bahasa kita sendiri pun kita boleh salah faham maksudnya, apatah lagi sastera dalam Bahasa Arab yang sememangnya bukan bahasa ibunda kita.

    Oleh itu, walaupun saya faham niat saudara untuk mengajak saudara kita yang lain untuk menjauhkan diri daripada syirik, tetapi olahan saudara pada terjemahan selawat-selawat tersebut adalah terlalu secara terus. Terjemahan boleh disalah faham lebih-lebih lagi apabila sastera itu adalah dalam bahasa asing. Faktor budaya adalah penting dalam terjemahan sastera, dan saudara perlu ambil kira budaya pada masa/zaman sastera itu dinukilkan.

    Tidak eloklan untuk saudara melabelkan terus Selawat Syifa' & Selawat Tafrijiah ini sebagai syirik. Wallahualam, MUNGKIN pada niat amalan selawat ini boleh terjatuhnya hukum syirik. Wallahualam. Bahagian ini memang bukan kepakaran saya.

    Saya tahu juga Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis (JSNP) mempertikaikan Selawat Syifa' ini pada portal rasmi e-fatwa JAKIM bertarikh 29 Januari 2007.

    Ulasan JSNP mengatakan bahawa selawat ini tidak berlandaskan sumber-sumber bernaskan al-Quran atau as-Sunnah. Tambahan, JSNP juga mengatakan kandungan selawat ini mengelirukan dan bercanggah dengan aqidah kerana memberikan sifat-sifat ketuhanan kepada Nabi Muhammad SAW.

    Sememangnya, saya sendiri tidak mampu untuk berdebat dengan ulasan yang dikeluarkan oleh JSNP. Hanya tokoh-tokoh Islam sahaja yang boleh memberikan komen terhadap ulasan JSNP ini. Dato' Harun Din ada memberikan respon berkenaan dengan penjelasan Selawat Syifa' & Selawat Tafrijiah dalam website rasmi Darussyifa'.

    Perkara yang saya ingin ketengahkan dengan membuka topik mengenai JSNP ini adalah pada ulasan mereka sendiri: 'tidak bersumberkan al-Quran atau as-Sunnah', 'kandungan yang mengelirukan' & 'memberikan sifat ketuhanan'.

    Ini yang saya maksudkan dengan selawat seperti ini sebenarnya adalah sastera (dalam bentuk syair). Kesalah fahaman atau ketidak fahaman pada penterjemahan sastera adalah satu kebiasaan sekiranya tidak mengambil faktor budaya dalam terjemahan sastera tersebut.

    Sekiranya saudara betul-betul mahu melabelkan Selawat Syifa' & Selawat Tafrijiah ini sebagai syirik, seboleh-bolehnya saudara buat lebih dahulu penyelidikan mengenai:
    1. Penukil selawat (Latar belakang penukil)
    2. Sejarah selawat (Latar belakang akan sebab-sebab selawat itu dinukilkan)
    3. Budaya bangsa penukil selawat (Sebaik-baiknya pada zaman selawat ini dinukilkan. Beri penekanan kepada pemilihan perkataan tertentu dan kepentingan perkataan tersebut pada zaman itu)
    4. Penyebar selawat (Latar belakang penyebar-penyebar awal dan penyebar-penyebar terkini selawat ini. Hadith riwayat at-Tarmizi daripada Abu ad-Darda mengatakan 'Ulama adalah pewaris para nabi'. Oleh itu, daripada penyelidikan latar belakang boleh saudara tahu penyebar ini dikalangan Ulama' atau tidak)

    Itu sahaja respon saya kepada topik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi yang mana lebih utama Solawat atau syair....

      Solawat Ibrohimiah diajar sendiri oleh Nabi SAW....dan merupakan Solawat yang terbaik dan dianjurkan dan diajarkan sendiri oleh Nabi SAW... ada yang hendak mempertikaikan ini...

      Syair telah direka oleh ulama atau siapa sahaja...

      Delete
    2. Elok amal jer solawat2 yg jelas Nabi Saw ajar. Walaupun kita respect kpd Ulamak2 yg berjasa sepanjang zaman namun perlu di jawab persoalan ini yakni apa kah solawat2 ciptaan yg di katakan ulamak tu lebih berhak utk di amalkan berbanding yg dari Nabi Saw sendiri ???

      Delete
  51. Tahniah Saudara kerana artikel begini. Sesuatu yang dah jadi daki memang sukar dibuang. Selawat ini memang mengeliru dan cenderung kepada syirik kepada Allah.Titik.Hindarkan apa yang di cipta konon nya atas nama kecintaan pada Rasul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpengaruh tanpa ilmu adalah abid yang mudah ditipu syaitan

      Delete
  52. WALAU SAYA BUKAN AHLI IBADAH, TAPI SAYA BARU DENGAR ADA ORANG MENGATAKAN SHOLAWAT SYIFA DAN SHOLAWAT NARIYAH ITU SYIRIK. ANEH SAUDARA KITA INI... ORANG ITU PERBUATAN BAIK. BERSHOLAWAT KOK HARAM... MUNGKIN SAUDARA SANGAT SEMPIT PEMIKIRAN NYA.

    ReplyDelete
  53. Kalau tuan blog x nak ikut x pe tp jgan pulak myebarkan syirik. Bt research dlu

    ReplyDelete
  54. Kalau tuan blog x nak ikut x pe tp jgan pulak myebarkan syirik. Bt research dlu

    ReplyDelete
  55. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn menghukum golongan islam di malaysia... tetapi syaitan yang paling besar di Arab ada ka pergi ubah tiang lontar jamrah jadi dinding dan di tempat wuquf bubuh bangunan tempat lontar syaitan

      Delete
  56. bagi pendapat sy.... mengapa kita tak seru sahaja nama allah secara dirct... bukankah allah itu maha penyembuh....
    sy sanjung nabi muhammad s.a.w. tetapi tidak lah sampai
    mumuja nabi... nabi muhammad tidak lah bertanggung jawab terhadap apa yang berlaku pada kita...

    (Katakanlah wahai Muhammad): "Sesungguhnya telah datang kepada kamu keterangan-keterangan (dalil-dalil dan bukti) dari Tuhan kamu; oleh itu sesiapa melihat (kebenaran itu serta menerimanya) maka faedahnya terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa buta (dan enggan menerimanya) maka bahayanya tertimpalah ke atas dirinya sendiri. Dan tiadalah aku berkewajipan menjaga dan mengawasi kamu".
    (Al-An'aam 6:104)

    Dan kalau Allah menghendaki, nescaya mereka tidak mempersekutukanNya; dan Kami tidak menjadikan engkau (wahai Muhammad) penjaga dan pengawal mereka, dan engkau pula bukanlah wakil yang menguruskan hal-hal mereka (kerana semuanya itu terserah kepada Allah semata-mata).
    (Al-An'aam 6:107)

    ramai org menyangka bahawa bahawa kita akan mendapat syafaat dari pada nabi di hari akhirat.... sila nyata kan kalau ianya benar...

    Dan demi sesungguhnya, kamu tetap datang kepada Kami (pada hari kiamat) dengan bersendirian, sebagaimana Kami jadikan kamu pada mulanya; dan kamu tinggalkan di belakang kamu apa yang telah kami kurniakan kepada kamu; dan Kami tidak melihat beserta kamu penolong-penolong yang kamu anggap dan sifatkan bahawa mereka ialah sekutu-sekutu Allah dalam kalangan kamu. Demi sesungguhnya, telah putuslah perhubungan antara kamu (dengan mereka), dan hilang lenyaplah daripada kamu apa yang dahulu kamu anggap dan sifatkan (memberi faedah dan manfaat).
    (Al-An'aam 6:94)

    Tidak ada perkara yang mereka tunggu-tunggukan melainkan akibat atau kesudahan (apa yang telah dijanjikan oleh Allah di dalam Al-Quran), pada hari datangnya apa yang telah dijanjikan dalam Al-Quran itu (pada hari kiamat kelak), berkatalah orang-orang yang telah melupakannya (yang tidak menghiraukannya dalam dunia) dahulu: "Sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran, maka adakah untuk kami pemberi syafaat supaya mereka memberi syafaat bagi kami atau (bolehkah) kami dikembalikan (ke dunia) supaya kami dapat beramal, lain daripada apa yang kami telah kerjakan?" Sesungguhnya mereka telah merugikan diri mereka sendiri, dan telah lenyaplah dari mereka perkara-perkara yang mereka ada-adakan dahulu.
    (Al-A'raaf 7:53)

    Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".
    (Al-A'raaf 7:188)

    ReplyDelete
    Replies
    1. and tidak bersandarkan pada hadis?

      Delete
    2. and tidak bersandarkan pada hadis?

      Delete
    3. Maksud puan Al-Quran bersandar pada Al-Hadith....

      Delete
  57. Adalah memadai bagimu ikuti apa yang diajar oleh Rasulullah. Tak perlu tambah-tambah. Selawat terbaik adalah yang diajar oleh baginda. Untuk syifa, baginda juga ada ajarkan doa syifa... kenapa mahu ambil yang dicipta orang lain?

    ReplyDelete
  58. Fatwa negeri perlis ni oleh mufti berfahaman "kaum muda" atau wahabi. Dalam undang2 tubuh negeri perli memang dinyatakan perlis TIDAK BERPEGANG DENGAN MANA-MANA MAZHAB. Ini adalah fahaman wahabi dari ibn taimiyah yg dihuikum sesat oleh guru, abang dan ayah kandung sendiri. Sedangkan kita dituntut untuk berpandu kpd ijtihad ulamak selepas ketiadaan nabi.
    Dalam hal selawat saya kemukakan dalil quraan - tidak kami mengutus engkau wahai muhammad melainkan untuk menjadi Rahmat bagi sekalian alam.” (Quran s. al- Anbiya : 107)

    Hadis dari anas biin malik disahkan at tabrani sbg sahih nabi berdoa secara tawassul "wahai tuhan ampunlah bondaku fatimah bt assad....dgn hak nabimu dan nabi sebelumku"

    Selain itu nasai, baihaqi tabarani dan tarmizi menyatakan hadis "nabi menyuruh si buta berdoa dgn berkata wahai tuhan hamba bermohon dengan menyebut nama muhammad...sembuhkan penyakit..." Maka disembuhkan Allah. Ibn majah dan al hakim dlm al mustadrak, suyuti dlm jami al kabir dan al saghir juga mengesahkannya sebagai sohih.

    Jadi dlm ayat, juga 2 hadis ini juga hadis lain (sila gali sendiri dlm muslim atau bukhari) ada membenarkan perlakuan atau ucapan "tawassul" sepertimana selawat yg disyirikkan oleh prnulis ini.

    Mensyirik dan membidaahkan selawat tawassul, baca yassin malam jumaat, tahalil, zikir lepas solat ini hanya dijumpai di dlm kitab2 ibn taimiyah (wafat 700tahun selepas hijrah). Jadi bagaimana hendak dikatakan betul pendapat individu ini mengatasi pendapat para2 sahabat, tabiin dan tabit tabiun yg zamannya lebih hampir dgn nabi? Pendapat ibnu taimiyah inilah yg jadi ikutan muhammad bin abdul wahab (kurun ke 17) seterusnya menjadi dokongan peminatnya yg pada hari ini kita kenali sebagai golongam WAHABI. Bagaimana orang yg bersekongkol dengan inggeris dan peranchis untuk merampas mekah:madinah dari tangan kerajaan othmaniah turki serta menjarah, membunuh ulamak dan keturunan nabi lalu menobatkan kesultanan saudi di najad/mekah pendapatnya hendak dijadikan pedoman? Nauzubillah.... Sedangkan di zaman ibn taimiyah sendiri pendapatnya tidak mendapat tempat, cuma sekarang puak wahabi jadikan ini sbg alat mereka utk mencapai tujuan. Habis disesat dan dibidaahnya org lain utk menghalalkan darah mereka.

    Sayugia diingatkan ibn taimiyah sendiri pernah bertobat bila kalah debat dgn ahlussunah wal jamaah semasa zamannya.

    ReplyDelete
  59. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  60. Syabas semua! Jgn terikut-ikut dgn pendapat bro nawawi yg telah tersesat tersimpang jauh tu.. Semoga Allah memberi dia petunjuk ke jalan yg benar.

    ReplyDelete
  61. Golongan yang mensyirikkan salawat syifa ialah puak anti-Hadis dan Wahabi ciptaan Yahudi.

    Perlis adalah puak penyokong Wahabi yang tegar. Perlis sudah lama jadi pusat Wahabi.

    ReplyDelete
  62. Semkga kita semua akan menjadi golongan yg mendapat rahmat Allah dan syafaat Rasulullah di akhirat kelak..

    ReplyDelete
  63. Bagi pendapat saya seperti yg saya pelajari,,,, adalah yang dimaksudkan dengan "به" atau "bihi" atau bahasa Melayunya "dengannya" dalam selawat nariyah itu ialah bermaksud dengan berkat selawat atau amalan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W,,,, bukanlah dengan berkat tubuh badan atau pangkat Nabi di sisi ALLAH,,,, Saya rasa anda keliru dengan maksud selawat itu,,,, anda seharusnya mempelajari dahulu kitab nahu soraf agar anda lebih teliti dan bertapis dalam berkata2 mengenai bahasa Arab,,,, saya mahu tanya, adakah anda arif dan pandai dalam bahasa Arab?

    ReplyDelete
  64. kalau kata zaman Rasulullah takde benda2 ni. n imam 4 mazhab tak ajar benda2 ni. knp zaman sekarang ni terbaru. ada cerai fast track dari mahkamah syariah?
    sebenarnya apapun berlaku atas istinbad hukum dan perbincangan ulama dan majlis fatwa. zaman kena ikut keadaan semasa. itulah gunanya ilmu2 ulama dan majlis fatwa. Al- Quran mmgla sepanjang zaman. tp jgn mudah menjatuhkan hukum.

    saya menetap diperlis krn bekerja. tp tak pasti pula perlis ni wahabi atau tidak. cuma kalau solat di masjid. tiada majlis zikir n doa. lps bg salam. semua sendiri2. dari satu sudut memang tak best n mengejutkan tp begitulah di mekah.
    wallahu a'lam. serahkan semua pd Allah. mohon petunjuk dariNYA. jgn sampai kita tersesat

    ReplyDelete
  65. Jawapan Dato Dr Haron Din terhadap tuduhan tanpa hak Selawat Syifa bercanggah dengan Aqidah Islam…..:

    Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.

    Untuk memperjelaskan tentang kekeliruan ini, Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din telah menerangkan dengan panjang lebar. Anda patut mendengar penjelasan ini dan untuk mendengarnya anda boleh muat turun di bawah ini


    Sumber 1 :http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm
    Sumber 2: http://www.darussyifa.org/audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.zip
    Sumber 3:http://www.darussyifa.net/Audio/PenjelasanTentangSelawatSyifa&Tafrijiyah.rm

    ReplyDelete
  66. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  67. Rasulullah bersabda : "Setiap doa adalah terhalang,sehingga berselawat atas nabi" (hadis riwayat ad-dailami) "Berselawatlah kamu kepadaku,kerana selawat itu menjadi zakat(pengheningan jiwa pembersih dosa)bagimu" (hadis riwayat ibnu murdawaih)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuantanah ini ternyata bodoh. Sebodoh si wahabi yang lain. Literal akal mereka.

      Delete
  68. Allah berselawat ke atas muhamad.

    ReplyDelete
  69. Jawapan Ulama tersohor Nusantara Prof Datuk Dr. Haron Din (Almarhum) https://fitrahislami.wordpress.com/2016/02/03/jawapan-terhadap-tuduhan-tanpa-hak-selawat-syifa-bercanggah-dengan-aqidah-islam/

    ReplyDelete
  70. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  71. Sesungguhnya Allah & Para Malaikat berselawat keatas Nabi.

    ReplyDelete
  72. Betul lh apa tuan blog ni tulis. Sabaq na bro nawawi, biaq pi la apa depa nak kata ..yg penting kita dah sampaikn moga Allah kurniakan taufiq kpda mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jumlah depa mmg dalam quran dah Allah habaq ramai.. toksah peduli lah depa nk ckp apa..Mudah2an Allah pilih antara mrk jd mukhlisun

      Delete
  73. Labu2, hurmmmmmmm.... Yang berdoa agar Allah memberi taufiq kepada kami yang mengamalkan selawat tu, mudah mudahan Allah jua berkenan memberi taufiq dan hidayah kepada kalian.... Semoga kita semua tidak mudah menghukum dan mengatakan sesuatu itu sesat, sebab takut nanti kesesatan dan kesyirikan yang kita kata pada orang itu berpatah balik atas batang hidung kita sendiri....

    ReplyDelete
  74. Sholawat Nariyah adalah sebuah sholawat yang disusun oleh Syekh Nariyah. Syekh yang satu ini hidup pada jaman Nabi Muhammad sehingga termasuk salah satu sahabat nabi. Beliau lebih menekuni bidang ketauhidan. Syekh Nariyah selalu melihat kerja keras nabi dalam menyampaikan wahyu Allah, mengajarkan tentang Islam, amal saleh dan akhlaqul karimah sehingga syekh selalu berdoa kepada Allah memohon keselamatan dan kesejahteraan untuk nabi. Doa-doa yang menyertakan nabi biasa disebut sholawat dan syekh nariyah adalah salah satu penyusun sholawat nabi yang disebut sholawat nariyah.

    Suatu malam syekh nariyah membaca sholawatnya sebanyak 4444 kali. Setelah membacanya, beliau mendapat karomah dari Allah. Maka dalam suatu majelis beliau mendekati Nabi Muhammad dan minta dimasukan surga pertama kali bersama nabi. Dan Nabi pun mengiyakan. Ada seseorang sahabat yang cemburu dan lantas minta didoakan yang sama seperti syekh nariyah. Namun nabi mengatakan tidak bisa karena syekh nariyah sudah minta terlebih dahulu.

    Mengapa sahabat itu ditolak nabi? dan justru syekh nariyah yang bisa? Para sahabat itu tidak mengetahui mengenai amalan yang setiap malam diamalkan oleh syekh nariyah yaitu mendoakan keselamatan dan kesejahteraan nabinya. Orang yang mendoakan Nabi Muhammad pada hakekatnya adalah mendoakan untuk dirinya sendiri karena Allah sudah menjamin nabi-nabiNya sehingga doa itu akan berbalik kepada si pengamalnya dengan keberkahan yang sangat kuat.

    Jadi nabi berperan sebagai wasilah yang bisa melancarkan doa umat yang bersholawat kepadanya. Inilah salah satu rahasia doa/sholawat yang tidak banyak orang tahu sehingga banyak yang bertanya kenapa nabi malah didoakan umatnya? untuk itulah jika kita berdoa kepada Allah jangan lupa terlebih dahulu bersholawat kepada Nabi SAW karena doa kita akan lebih terkabul daripada tidak berwasilah melalui bersholawat.

    ReplyDelete
  75. Aku terus berdoa pada Allah cuma memuji Allah dgn nama nama NyaNyg Agung di sambung dgn selawat atas nabi npt selaat seamasa duduk tahiyyat yg mmmg aditoriti dr Alquran selaku selawat yg yg sebenarnya ikut piawaian Allah SWT.
    JADI aku just merasa buang masa menghafal selawat nariah an selawat shifa padahal Allah dah sediakan selawat standard utk hambanye.
    Siapa yg lebih pandai dlm urusan ibadat Allah dan rasul atau kiyai . Ulamak atau haron din.
    So bung saje selawat nariah dan seldan selawat shifa kedalamnto g sampah sbb msjid masjid juga tidak benarkan selawat yg bukan bukan ni menghiasi dinding masjid seperti yg pernah terjadi sebelum ini.

    ReplyDelete
  76. senang nye jatuh hukum... tara mana ilmu smpi duk ckp syirik tu?

    ReplyDelete
  77. ALLAH & PARA MALAIKAT NYA BERSELAWAT KEATAS NABI. MENCINTAI RASULLULLAH SEPERTI MENCINTAI ALLAH. MAKA KITA MENGETAHUI APA ITU ERTI ISLAM? ALIF SIM LAM MIM

    ReplyDelete
  78. Mengagung agungkan ALLAH & RASUL adalah harus dikalangan umat2 Islam.Tiada syirik keatas selawat2 Nabi Saw.

    ReplyDelete
  79. Sedangkan mengkafirkan org pon nabi tak bagi inikan pulak berkata syirik ke atas selawat.. Sebelum buat apa apa andaian rujuk dahulu kepada yg lebih berpengetahuan, dan sebelum mengkaitkan sebuah hadis atau dalil kaji dulu.. Tidak semestinya sebuah hadis itu boleh dikaitkan, belajar lah dengan para ulama yg lebih arif tentang hadis.. Saya hanya menegur kalau salah minta maaf yg buruk itu datang dari saya sendiri yg baik itu dtg daripada ALLAH S.W.T

    ReplyDelete
  80. haha selawat syirik awat hang ni jahil murakkab ibarat laillahaillah buang muhammadurasulullah, elok mengaji balik ni

    ReplyDelete
  81. Selawat syirik... Kamu membentang satu keterangan yang tersangat BODOH. Kalau ilmu sejengkal jangan nak diukur dengan lautan yang dalam. Pergi belajar...!!!

    ReplyDelete
  82. Selawat yg sunnah, yg diajar oleh Rasulullah SAW sudah ada...selawat selepas tasyahud akhir tu... nak selawat..baca yg tu lah

    ReplyDelete
  83. Yang tak faham maksud selawat tu dan anggap ia syirik, jangan amal.

    Yang dah amal, fahamkan selawat itu adalah doa kesejahteraan untuk nabi. Asas mana² selawat, dibahagian awal adalah doa kesejahteraan/selawat untuk nabi.

    Maksud kata² yang selepas selawat di bahagian atas tu, semua dibangsakan kepada keberkatan berselawat atas nabi, bukan kepada batang tubuh nabi. Sebagai contoh, untuk selawat syifa' bermula daripada lafaz "tibbil qulub" ianya dibangsakan kepada "allahummasalli 'ala sayyidina muhammad" bukannya kepada "muhammad".

    ReplyDelete
  84. Baca selawat yang nabi saw sampaikan. Tinggalkan syair yang selainnya. Jika Allah swt kehendaki, sudah pasti Allah swt akan mengajar kepada nabi saw terlebih dahulu dan memerintahkan nabi saw untuk sampaikan kepada ummatnya. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  85. Moga Allah kurniakan penulis HIDAYAH & INAYAH NYA

    ReplyDelete
  86. Syirik? Ilmu Agama yang terbatas itu biasa, tetapi jika Ilmu terbatas tetapi merasa diri hebat dan bijak, maka disitu kebodohan terselah....

    ReplyDelete
  87. Hentikan pertikaian benda2 baru, paling tepat ialah ikuti Nabi s.a.w itu jalan yang paling terbaik. Ikuti Nabi, apa yang Nabi buat kita ikut itu jalan paling selamat sebab NABI SENDIRI BUAT.

    ReplyDelete
  88. Firman Allah "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-nya berselawat ke atas nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu ke atas Nabi dan ucapkanlah salam kepadanya" - Surah AlAhzab ayat 56 ...... Dan ....Dari Anas bin Malik R.A beliau berkata Rasulullah bersabda
    "Barang siapa berselawat padaku sekali maka Allah akan berselawat kepadanya 10 kali dan akan digugurkan 10 kesalahan (dosa) dan ditinggikan darjatnya di Syurga kelak " ....... Dari arahan firman Allah dan Sabda Nabi .... Selawat apa yang disuruh baca oleh Allah yang apabila dibaca Allah berselawat kepada kita .... Adakah ianya selawat Syifa atau selawat Nariyah/tafrijiah .... Jadi apa sandaran yang kita ambil untuk mengagungkan kedua-dua selawat tersebut dengan mengatakan fadhilat2 yang akan kita perolehi jika kita mengamalkan ianya .... Maaf jika pendapat saya ini tak betul.... kita buat amalan biarlah Ikhlas dan Ittiba kepada Rasulullah

    ReplyDelete