__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sunday, May 20, 2007

Tajuk: Antara Manchester United Dan Chelsea “Aku Sokong Siapa?”

Antara Manchester United Dan Chelsea “Aku Sokong Siapa?”

As-Salaamu ‘alaikum…

20 May-2007, 01:15a.m. – Sampai di rumah...

Nah! Tamat jua siaran langsung (live!) perlawanan akhir bola sepak Piala FA Liga Inggeris, yang mana melibatkan pertembungan dua pasukan gergasi Liga Inggeris (EPL). Dari jam 09.10pm aku bersama-sama beberapa orang kawan sudah mula bergerak keluar menempah sit untuk makan di sebuah restorant yang tidak kurang hebatnya di bandar Shah Alam ini. Kawan-kawan aku kata, kalau lewat makan malam ni, memang takde sit la jawabnya. Aku hanya menurut, pergi makan pun tumpang kereta mereka. Makan bersama-sama memang seronok. Memang aktiviti harian, kami sentiasa bertukar-tukar tempat makan.

Ternyata memang restorant ni penuh sesak se-awal 09.20pm sejak aku mula datang lagi. Walhal perlawanan bola dikatakan hanya akan bermula sekitar jam 10.00pm. Dan sememangnya gelombang bola malam tersebut memang tidak dapat aku nafikan betapa kuatnya mempengaruhi para pemuda-pemudi tidak kira lelaki mahupun perempuan, malah yang tua mahupun yang muda turut serta berkampung memenuhi ruang-ruang meja makan di restorant tersebut malahan di warung-warung serta restorant lainnya di sekitar. Memang padat! Tepat jam 10.00pm, dah takde sit dah untuk duduk.

Punya lah lama kami menunggu hidangan makanan yang dipesan untuk sampai. Boleh dikatakan hampir setengah jam lebih. Ini semua gara-gara terlalu ramainya manusia memenuhi setiap ruang restorant tersebut. Tentu sekali pesanan pun banyak sekali. Secara kasarnya, sudah pasti para peniaga malam itu memang untung besar punya. Aku hanya mampu mendengarkan perbualan kawan-kawan aku berkenaan perlawanan yang bakal berlangsung sebentar lagi... maklumlah, aku bukannya peminat perlawanan bola sepak.

Se-awal jam 10.00pm, makanan yang kami pesan pun sampai. Dalam masa itu jugalah, betapa pekik sorak pun bermula. Setiap pekikan dan sorakan mewakili setiap kumpulan yang disokong. Iaitu sama-ada Manchester United atau Chelsea! Hampir 80% pengunjung restorant tersebut datang dengan mengenakan pakaian (jersey) pasukan pilihan masing-masing, samaada merah atau putih (untuk M.U) dan biru (untuk Chelsea). Em, nampaknya mereka memang setia dan begitu optimis sekali terhadap pasukan masing-masing.

Sungguh bingit suasana di restorant ini. Aku pun dah sampai tahap naik pening dan muak nak menghabiskan makanan yang dihidangkan akibat terlalu bising. Sedikit sebanyak ada juga di kalangan mereka yang mungkin pada anggapanku adalah penyokong fanatik setiap kumpulan saling berbalas kata-kata kesat dan makian. Sungguh memeningkan. Kerana bola pun nak bertengkar.

Aku terpaksa menunggu sehingga ke babak terakhir perlawanan bola tersebut, ini adalah kerana aku datang bersama-sama dengan kawan-kawan aku yang memang tak kurang fanatiknya mereka kepada perlawanan bola. Apatah lagi bila ianya melibatkan pasukan-pasukan ternama. Aku terus bersabar sehinggalah Chelsea menjaringkan gol kemenangan menerusi Didier Drogba pada minit-minit akhir perlawanan iaitu ketika masa silver goal.

Di sinilah segalanya bermula. Di mana pesta kemenangan dimulakan oleh peminat-peminat fanatik Chelsea. Apalagi, habis kena caci maki la peminat-peminat Manchester United (M.U) kat restorant tempat aku makan malam tu. Manakala peminat-peminat Chelsea, memang riang gembira la mereka kerana berjaya melihat rakan-rakan yang menyokong M.U bersedih. Siap ada peminat Chelsea yang menari depan screen besar tu! Peh, gempak giler mereka ni! Ada juga yang terlompat-lompat meluahkan kegembiraan sehingga Handset dan spect-mata pun jatuh ke lantai, duit syiling jatuh berterabur. Teruknya kulihat mereka ini... kecintaan terhadap bola dan pasukan pilihan masing-masing melebihi jangkaan yang aku biasa lihat di tempat-tempat yang lain. Kalau kat luar negara tu lain ceritalah. Sampai ada yang merusuh. Itupun biasanya cuma berlaku apabila England atau Argentina kalah di stadium.

Tapi, inikan di Malaysia! Di salah sebuah restorant di Shah Alam je...

Tapi, meriahnya bukan main... bukan dengar pun pasukan yang mereka sokong tu akan sorakan mereka. Mengalahkan audiences di dalam stadium sebenar di Wembley! Tapi, degil nak bersorak jugak. Tidak lain, semua ni jenis nak menyakat rakan-rakan yang menyokong pihak lawan jer. Semangat berpuak-puak terlalu tinggi! Gara-gara bola, sanggup melihat kawan-kawan bersedih dan dikutuk-kutuk. Isk... apalah yang anda dapat!

Di kala semangat bola mereka semua tu membara... cuba bayangkan! Just Imagine! Tempat anda menonton bola ni kena bom! Manalah tau kan... J.I antarabangsa nak bom ke... (aku dengar-dengar, ada JI antarabangsa nak bom putrajaya katanya – entah iye entah tidak). Em, apalah jadi agaknya yer? Paling menakutkan andainya anda terkorban kala itu, tidak semestinya akibat di-bom lah... kiranya, apa-apa sebab pun lah... mati di dalam keadaan memuja bola macam tu kan... agak-agaknya, di manakah ruang letaknya akidah anda??? Di hatikah? Di mata kah? Di kepala kah? Di lututkah? Atau di Kaki kah? Atau, entahlah... kat mana yer?

Fikir-fikirkan...

Apa yang anda dapat sebenarnya? Sehingga akidah anda tergadai sebegitu rupa!

Mungkinkah ini merupakan hasilnya buah didikan daripada akidah ultraman ketika anda masih kecil. Atau mungkinkah daripada akidah superman mahupun spiderman? Atau mungkin yang lain, seperti x-Men ke, Doraemon ke? Atau, Sin Chan kot...

Sedih kan!!! Anak-anak ketika kecil yang mungkin tidak diberikan didikan yang sewajarnya dengan akidah yang benar sehingga menjadikan ultraman, spiderman, superman, dan entah apa-apa entah sebagai bahan pujaan yang memenuhi setiap ruang emosi serta imaginasi mereka. Apabila ada masalah je, ingat semua kartun dan animasi rekaan tu. Sehingga, tidak boleh miss setiap rancangan tu! Sehingga terbawa-bawa ke luar dan menggayakan bersama rakan-rakan yang lain seolah-olah aku nak jadi ultraman dan superman. Masing-masing memuji-muji kehebatan watak kegemaran mereka. Sehingga ada masalah je... mulalah berfikir, andainya ada ultraman atau superman datang kan bagus... kalau ada Doraemon datang bantu selesaikan masalah aku kan bagus... Em, ini adalah kenyataan! Sedih bukan... melihat rosaknya akidah anak-anak kita... Sehingga terbawa-bawa ke alam dewasa mereka! Mereka tidak tahu membezakan siapakah yang sebenarnya wajar dipuja dan puji. Di manakah tempat sebetulnya wajar mereka menyerahkan diri dan meminta. Mereka keliru, apakah yang sewajibnya mereka perjuangkan dan menangkan... Mereka tidak mengerti, siapakah yang seharusnya mereka jadikan contoh dan idola...

Siap ada kanak-kanak yang berumur se-awal 3 tahun sudah mampu menghafal dan melagukan lagu Anuar Zain dengan lancar sekali. Em, budak-budak ni memang genius... Tapi, aku lebih kagum jika mereka menghafal perkara-perkara yang lebih wajar, yang mana lebih priority menurut agama.

Em... Mungkinkah juga kerana tiadanya rangkaian dakwah yang telah sampai kepada mereka..?

Sama-samalah kita doakan agar mereka diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah s.w.t...

Aku pun dah naik risau dah selama lebih kurang tiga jam duduk di restorant tu. Semuanya gara-gara melihat ragam peminat-peminat bola... bukan tengok bola! Isk...

Em, persoalan ini bukan sahaja berkitar kepada perlawanan bola sepak tadi malam. Tidak kurang hebatnya juga pelbagai acara hebat lainnya seperti konsert muzik seperti sure heboh (jom! Heboh) dan akademi fantasia (AF) yang begitu dipuja dan dinantikan!

Renung-renungkan wahai sahabat-sahabatku...

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ (١٦٥)

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa Sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan Bahawa Sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (al-Baqarah (2): 165)

وَلَقَدْ أُوحِيَ إِلَيْكَ وَإِلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكَ لَئِنْ أَشْرَكْتَ لَيَحْبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ

“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu (Wahai Muhammad) dan kepada Nabi-nabi yang terdahulu daripadamu: "Demi sesungguhnya! jika Engkau (dan pengikut-pengikutmu) mempersekutukan (sesuatu Yang lain Dengan Allah) tentulah akan gugur amalmu, dan engkau akan tetap menjadi dari orang-orang yang rugi. (az-Zumar (39): 65)
وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar". (Luqman (31): 13)

An-Nawawi’2007
02:38a.m. – 20 May-2007
Bandaraya Anggerik, Shah Alam...
http://an-nawawi.blogspot.com
http://bahaya-syirik.blogspot.com
http://www.geocities.com/nawie83

4 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Wr. Wb.

Ustaz, berkaitan dengan larangan salat di masjid yang di dalam, diluar ata di persekitaran terdapat kubur, bagaimana halnya hukum sala di masjid nabawy yang di dalam masjid itu terdapat kubur junjungan kita nabi Muhammad SAW, Abu bakar Siddiq r.a dan Umar Al-Khattab r.a?, mohon pandangan Ustaz.
Terima kasih di atas jawaban Ustaz.
Wassalamualaikum Wr. Wb.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Jawapannya ada dalam penulisan di laman berikut: http://bahaya-syirik.blogspot.my/2007/06/tajuk-persoalan-kuburiyun-pemuja-kubur.html