__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Ghibah. Show all posts
Showing posts with label Ghibah. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

121 - Isyarat Jari Telunjuk: Zamihan al-Ghari Berdusta Atas Nama Ulama!

Isyarat Jari Telunjuk: Zamihan al-Ghari Berdusta Atas Nama Ulama!

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Zamihan, salah seorang yang digelar ustaz dan menjawat jawatan di bawah kelolaan JAKIM dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berkata (sebagaimana dapat dilihat daripada video
Youtube):


Berikut salinan teks ucapan Zamihan: “... Ketika tahiyat, tengok tahiyat dia... dia (Wahhabi) gonjeng, gonjeng, gonjeng, gonjeng... dia gonjeng, gonjeng, gonjeng... (sambil beliau memperli menggerak-gerakkan jari telunjuk). Ini tak power lagi tuan, lebih power lebih kaw dari kopi kapal api: Piaawww... (sambil memusing-musing menggerakkan jari telunjuknya). (Para hadirin/penonton ketawa). Minta maaf la tuan-tuan, ini betul-betul berlaku. Terutama balik haji balik Mekah ni. Dia pergi sana tiru orang sembahyang: (sambil menggerak-gerakkan jarinya) gedek, gedek, gedek... (dan seterusnya...)

Beliau berkata lagi:

Dalam mazhab kita, imam Nawawi dalam fatwanya, muka surat 54 mengatakan:

“Barang siapa yang menggerakkan jari telunjuk dengan sengaja, maka dimakruhkan. Gerak jari telunjuk banyak kali makruh. Tapi gerak jari telunjuk dengan sengaja haram, batal solatnya. Gerak jari telunjuk dengan sengaja haram, batal solatnya....

... Kita bukak-lah kitab mazhab Syafi’i, Mazhab Hanafi, mazhab Hanbali, mazhab Maliki... Tidak ada penjelasan ulama gerak jari telunjuk secara berterusan. Kecuali ini golongan yang ijtihad daripada ketua wahhabi, iaitu Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani.

...Mereka sembahyang haa ni, at-Tahiyatul (Zamihan sambil menggerak-gerakkan jarinya) Tuan-tuan buatlah (gerak jari), ikut mazhab Syafi’i, batal sembahyang... Wajib diulangi solat berkenaan.
” (Rujuk Video: Youtube)

Demikianlah perkataan Zamihan al-Ghari yang kelihatannya seakan bersandarkan kepada hujjah yang ilmiyah. Namun hakikatnya, ia tidak lebih dari sekadar lawak jenaka yang dibuat-buat oleh orang yang bodoh dan tidak memiliki adab dalam menyampaikan dakwah (agama). Daripada apa yang beliau sampaikan tersebut, ada beberapa persoalan yang dapat kita timbulkan dan perlu dikaji-ulang dengan teliti serta ilmiah.

Persoalan yang timbul:

1 – Benarkah Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan sebagaimana yang diperkatakan oleh Zamihan al-Ghari?

Zamihan menyebutkan bahawa Imam an-Nawawi berkata: Barang siapa yang menggerakkan jari telunjuk dengan sengaja, maka dimakruhkan. Gerak jari telunjuk banyak kali makruh. Tapi gerak jari telunjuk dengan sengaja haram, batal solatnya. Gerak jari telunjuk dengan sengaja haram, batal solatnya...

2 – Benarkah tiada seorang ulama pun daripada empat mazhab yang menyebutkan persoalan ini (menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahud)?

3 – Benarkah hanya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani yang mula-mula menyebutkan persoalan ini? Dan benarkah beliau telah memfatwakan gerakkan jari telunjuk di ketika tasyahud solat seperti apa yang ditunjukkan oleh Zamihan?

4 – Benarkah menggerak-gerakkan jari telunjuk tersebut membatalkan solat?

Sebelum itu, kepada para pembaca yang masih belum memahami persoalan sebenar atau pokok-pangkal perbahasan berkaitan, saya sarankan supaya terlebih dahulu merujuk kepada artikel saya terdahulu bertajuk “
Sahihnya Sunnah menggerak-gerakkan Jari Telunjuk Ketika bertasyahud Di dalam Solat”.

Pencerahan:

InsyaAllah, dengan sekadar kemampuan, penulis berusaha memberi pencerahan secara ringkas, padat dan sedikit jawaban kepada beberapa persoalan yang tersebut di atas.

Pertama: 1 - Benarkah Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan sebagaimana yang diperkatakan oleh Zamihan al-Ghari?

Berikut penulis nukilkan perkataan Imam an-Nawawi rahimahullah sendiri dengan bersumberkan dua tempat atau kitabnya yang berbeza.

Perkataan Imam an-Nawawi rahimahullah di dalam Kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab:

وهل يحركها عند الرفع بالإشارة ؟ فيه أوجه ( الصحيح ) الذي قطع به الجمهور أنه لا يحركها , فلو حركها كان مكروها ولا تبطل صلاته ; لأنه عمل قليل

Terjemahan: Dan adakah jari telunjuk diacungkan dengan berisyarat/digerak-gerakkan (di ketika duduk bertasyahud dalam solat?

Pada persoalan ini terdapat beberapa pendapat, dan pendapat yang benar (menurut beliau – pen.) adalah sebagaimana yang disebutkan oleh jumhur (majoriti ulama) bahawasanya tidak perlu digerak-gerakkan dan makruh hukumnya jika digerak-gerakkan, tetapi tidaklah sehingga membatalkan solat, kerana sekadar gerakkan yang ringan (kecil/sedikit).

والثاني: يحرم تحريكها , فإن حركها بطلت صلاته , حكاه عن أبي علي بن أبي هريرة وهو شاذ ضعيف

Kedua: 2 - Pendapat kedua pula menyatakan: Adalah haram menggerak-gerakkanya, dan solatnya batal sekiranya jari telunjuk digerak-gerakkan. Ia diriwayatkan daripada Abi ‘Ali B. Abi Hurairah (dari kalangan ulama mazhab asy-Syafi’i) dan pendapat ini adalah pendapat yang syaadz (ganjil) lagi lemah.

والثالث: يستحب تحريكها , حكاه الشيخ أبو حامد والبندنيجي والقاضي أبو الطيب وآخرون وقد يحتج لهذا بحديث وائل بن حجر رضى الله عنه أنه وصف صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم وذكر وضع اليدين في التشهد قال " ثم رفع أصبعه فرأيته يحركها يدعو بها " رواه البيهقى باسناد صحيح

Dan pendapat yang ketiga, disunnahkan (mustahab) untuk menggerak-gerakkan jari telunjuk. Ini adalah pendapat asy-Syaikh Abu Hamid, al-Bandiji, al-Qadhi Abu Thayyib, dan yang lain-lain. Dan mereka berhujjah berdasarkan hadis Wa’il bin Hujr radhiyallahu ‘anhu yang menyebut bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meletakkan (menghamparkan) kedua tangannya dalam tasyahud: “Kemudian mengangkat jarinnya, maka aku pun melihat beliau menggerak-gerakkannya sambil berdoa dengannya”, hadis ini riwayat al-Baihaqi dengan sanad yang sahih. (Rujuk: an-Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 3/454)

Di tempat yang lain, di dalam Kitab Raudhatuth Tholibin wa ‘Umdatul Muftiin, Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan:

وهل يحركها عند الرفع وجهان؟

الأصح لا يحركها. ولنا وجه شاذ أنه يشير بها في جميع التشهد. قلت وإذا قلنا بالأصح إنه لا يحركها فحركها لم تبطل صلاته على الصحيح

Terjemahan: Adakah ketika telunjuk diangkat perlu digerak-gerakkan atau tidak? (Ada dua pendapat yang menjelaskan perkara ini):

Pertama: Pendapat yang ashah, tidak digerakkan.

Kedua: Iaitu pendapat yang syadz (ganjil), di mana telunjuk terus digerak-gerakkan selama bertasyahud.

Saya katakan (Imam an-Nawawi): Apabila kita katakan dengan pendapat yang ashah, maka tidak boleh digerakkan. Apabila digerakkan, maka tidak batal solatnya, berdasarkan pendapat yang sahih...” (an-Nawawi, Raudhatuth Thalibin wa ‘Umdatul Muftiin, 1/262)

Demikianlah pendapat Imam an-Nawawi rahimahullah yang sebenar. Sekaligus sangat jelas bertolak-belakang dengan apa yang disebutkan oleh Zamihan al-Ghari di dalam ucapannya tersebut.

Secara ringkas, perkataan Imam an-Nawawi dapat difahami sebagai berikut:

1 – Terdapat tiga pendapat dalam persoalan menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika bertasyahud dalam solat bagi mazhab asy-Syafi’i.

2 – Imam an-Nawawi berpegang dengan pendapat yang pertama, iaitu beliau menyatakan: “tidak perlu digerak-gerakkan dan makruh hukumnya jika digerak-gerakkan, dan tidaklah sehingga membatalkan solat (jika digerak-gerakkan).” Sedikit pun Imam an-Nawawi tidak mengharamkannya (sebagaimana dakwaan Zamihan ke atas Imam an-Nawawi)! Bahkan Imam an-Nawawi menolak pendapat yang menyatakan hal tersebut haram serta batal jika melakukannya (gerak-gerak jari). Imam an-Nawawi menyatakan pendapat yang mengharamkan tersebut sebagai Syaazd (ganjil) dan lemah!

3 – Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa dalam kalangan ulama Syafi’iyah sendiri terbahagi kepada tiga (3) kelompok pendapat dalam persoalan ini, sekaligus menolak perkataan Zamihan bahawa persoalan ini sama sekali tidak pernah dibahaskan dalam mana-mana kitab atau mazhab.

4 – Dan Imam an-Nawawi telah menyerlahkan keilmuanya bahawa beliau berlapang dada dalam soal perbezaan pendapat bagi hal ini. Dan sama sekali tidak mencaci atau mentohmah di antara satu sama lain jika mahu dibandingkan dengan Zamihan al-Ghari yang kelihatannya amat berlagak, sombong, dan bongkak, tetapi hakikatnya beliau sangat jahil dan bodoh dari memahami hakikat sebenar secara ilmiah.

Dengan ini, persoalan pertama telah terjawab yang sekaligus membuktikan bahawa Zamihan al-Ghari sebenarnya telah berdusta atas nama Imam an-Nawawi rahimahullah! Semoga Zamihan bersedia menarik kembali keterlanjurannya dalam hal ini atau mengemukakan rujukan dari sumbernya yang lain yang dapat menguatkan kenyataannya yang asal.

Kedua: 2 – Benarkah tiada seorang ulama pun daripada empat mazhab yang menyebutkan persoalan ini (menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahud)?

Persoalan ini telah pun terjawab dengan penjelasan yang dikemukakan melalui pencerahan pertama di atas. Di mana Imam an-Nawawi telah mengemukakan tiga bentuk pendapat dari kalangan ulama bermazhab Syafi’i.

Serta-merta, dakwaan Zamihan al-Ghari yang berikut:

... Kita bukak-lah kitab mazhab Syafi’i, Mazhab Hanafi, mazhab Hanbali, mazhab Maliki... Tidak ada penjelasan ulama gerak jari telunjuk secara berterusan.

Telah pun terjawab!

Berikut saya tambahkan beberapa padangan dari kalangan ulama mazhab lainnya.

Mazhab Maliki:

Daripada sebahagian kitab-kitab ulama Malikiyah disebutkan bahawa:

واختلف في تحريكها فقيل يعتقد بالإشارة بها أن الله إله واحد ويتأول من يحركها أنها مقمعة للشيطان وأحسب تأويل ذلك أن يذكر بذلك من أمر الصلاة ما يمنعه إن شاء الله عن السهو فيها والشغل عنها

Terjemahan: ... dan telah diperselisihkan tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk itu, sebahagiannya mengatakan, “Untuk meyakini bahawasanya Allah adalah satu-satunya sesembahan (Yang berhak untuk disembah)”, dan sebahagian lagi mengatakan bahawa maksud dari menggerakkannya adalah untuk menghalau dan menghinakan Syaitan, namun saya meyakini bahawa faedahnya adalah agar seseorang yang sedang solat itu selalu ingat akan solatnya dan insyaAllah akan dapat mencegahnya dari kealpaan dan kesibukan lainnya.”(Ahmad B. Ghunaiman (Wafat: 1126H), al-Fawakih ad-Dawani ‘ala Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairawani, 1/223-224)

Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Umar B. Salim Bazmul hafizahullah menyebutkan daripada kitab-kitab mazhab Malikiyah:

... (Ketika duduk bertasyahud dalam solat) Disunnahkan juga untuk sentiasa menggerak-gerakkan jari telunjuk dengan gerakkan yang sederhana ke kiri dan ke kanan dari awal tasyahud sehingga selesai. Adapun tangan kiri dihamparkan di atas peha kiri dan tidak ada jari yang digerakkan atau diacungkan. (Rujuk: at-Talqin, m/s. 102-103. Bulghatus Salik, 1/120. Al-Fawaakih ad-Dawaani, 1/223. Dinukil dari: at-Tarjih fii Masaa’il ath-Thoharah wa ash-Sholah, edisi terjemahan/terbitan Darus Sunnah, m/s. 348, footnote no. 605)

Mazhab Hanbali:

... (Ketika duduk bertasyahud dalam solat) Disunnahkah mengacungkan (mengisyaratkan) jari telunjuk ketika mengucapkan dzikir dan tidak digerak-gerakkan menurut mazhab Hanbali yang sahih. Jari telunjuk diisyaratkan hanya pada ketika berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. (Rujuk: al-Kaafi, 1/140. Syarah az-Zarkasyi, 2/580-581. Al-Inshaaf, 2/76. Dinukil dari: at-Tarjih fii Masaa’il ath-Thoharah wa ash-Sholah, edisi terjemahan/terbitan Darus Sunnah, m/s. 349)

Dari Tokoh Nusantara (Tanah Melayu):

Tokoh Nusantara, Muhammad Idris al-Marbawi, beliau berkata di dalam kitabnya yang terkenal, Bahrul Madzi (Syarah Mukhtashar at-Tirmidzi):

“Ketahuilah kiranya, ya saudaraku! Bermula menggerak-gerakkan jari telunjuk di dalam tahiyat itu sunat jua pada mazhab Syafi’i. Bermula dalil atas menunjukkan tuntut gerak itu ialah hadis yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa at-Tirmidzi...” (Muhammad Idris al-Marbawi, Bahru al-Madzi, jil. 2, m/s. 365, al-Hidayah Publisher)

Beliau juga turut menyandarkan pendapatnya kepada perkataan Imam an-Nawawi dan at-Tirmidzi.

Demikianlah beberapa nukilan dari beberapa pandangan berdasarkan mazhab yang dapat diutarakan. Dengannya telah cukup bagi menjawab kelancangan Zamihan al-Ghari yang sekaligus menafikan kesombongan dan keceluparannya yang mengakibatkan beliau berdusta atas nama Kitab para ulama dan mazhab fiqh yang empat.

Ketiga: 3 – Benarkah hanya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani yang mula-mula menyebutkan persoalan ini? Dan benarkah beliau telah memfatwakan gerakkan jari telunjuk di ketika tasyahud solat seperti apa yang ditunjukkan oleh Zamihan?

Jawabnnya sudah tentu tidak benar. Kerana persoalan isyarat menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika bertasyahud dalam solat ini telah pun dibahaskan sejak lama dahulu. Ini telah dibuktikan dengan pencerahan pertama dan kedua di atas.

Seterusnya, berikut penulis nukilkan pandangan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah yang sebenar dalam persoalan kadar gerakkan jari telunjuk untuk perkara ini.

Pertamanya, penulis nukilkan daripada Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Umar B. Salim Bazmul hafizahullah, bahawa beliau menjelaskan:

Hadis ini (iaitu hadis daripada Wa’il B. Hujr tentang sunnah menggerak-gerakkan jari ketika bertasyahud dalam solat, rujuk: Blog fiqh-sunnah) menunjukkan disyari’atkan menggerak-gerakkan jari ketika tasyahud. Lalu adakah maksud menggerak-gerakkan di sini adalah mengangkat jari ke atas dan ke bawah atau dengan gerakkan melingkar ke kiri dan ke kanan, ataukah sekadar gerakkan ringan tidak sehingga seperti gerakkan sebelumnya?

Maksud teks hadis adalah memberi isyarat dengan gerakkan ringan tidak sehingga mengangkat jari ke atas dan menurunkannya ke bawah. Kerana apabila yang dimaksudkan adalah mengangkat dan menurunkan jari, tentunya telah dijelaskan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Demikian juga sekiranya yang dimaksudkan dengan menggerakkan adalah menggerakkan ke kiri dan ke kanan nescaya beliau akan menjelaskannya.

Pada dasar maksud hadis, menggerakkannya adalah dengan tetap menghalakannya ke arah kiblat dengan gerakkan yang sedikit.

Kemudiannya, Syaikh Muhammad B. ‘Umar Bazmul menyatakan pada nota kaki tulisannya:

Makna hadis seperti ini saya perolehi daripada al-‘Allamah al-Muhaddis al-Faqih Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah ketika saya bertemu dengan beliau di kota Makkah pada hari Rabu bertarikh 6 Jumadil Awal 1410H. Beliau menerangkan kepadaku makna hadis “beliau menggerak-gerakkan jari tersebut sambil berdoa.” Saya mencatatkan tarikh dan harinya supaya saya tidak dikatakan berdusta atas nama Syaikh. Apa yang saya fahami sebelumnya dari pernyataan beliau dalam kaset-kaset bahawa maksud dari memberi isyarat dengan menggerak-gerakkan jari adalah gerakkan ke atas, ke bawah, ke kiri, dan ke kanan. Namun aku bertanya secara langsung kepada beliau, maka beliau memberikan penjelasan apa yang dimaksudkan hadis. Dan ternyata apa yang aku fahami dari kaset-kaset beliau tidak seperti yang beliau maksudkan. Bahkan beliau mengatakan bahawa apa yang aku fahami tersebut bertentangan dengan hadis atau makna hadis tersebut. Semoga Allah mengampuninya dan mencurahkan rahmat kepadanya serta memberi beliau ganjaran yang sebaik-baiknya. (Rujuk: Dr. Muhammad B. ‘Umar, at-Tarjih fii Masaa’il ath-Thoharah wa ash-Sholah, edisi terjemahan/terbitan Darus Sunnah, m/s. 346 dan nota kaki no. 601)

Selain penjelasan daripada Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Umar ini, Abu Ishaq al-Huwaini juga telah turut memberikan penjelasan yang sama daripada perkataan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah. Berikut penjelasan yang beliau sampaikan (Rujukan:
rakaman video):


Salinan dan terjemahan Teks video: Tahrîk al-Ishba’ (menggerakkan jari telunjuk) sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru kami al-Albani rahimahullahu. Saya pernah solat bersama (di sisi) beliau pada suatu hari, lalu aku menggerakkan jari (telunjukku) seperti ini (lihat video). Saya melakukannya seperti ini (iaitu menaik-turunkan jari telunjuk. (Sila lihat video - pen.). Lalu, setelah kami selesai solat, beliau (Syaikh al-Albani) berkata kepadaku:

هل قرأت شيئا يوفق هذه الحركة؟

Adakah anda pernah membaca sesuatu yang mendukung gerakkan seperti ini?”

Subhanallah. Saya benar-benar terkesan dengan adab (etika) Syaikh rahimahullah terhadapku. Beliau tidak dengan serta-merta mengkritik diriku atau perkataanku, (dengan mengatakan) “apa yang kamu lakukan?” … Tidak! Namun beliau bertanya kepadaku, sama ada saya memiliki sandaran/dasar di dalam melakukan gerakkan seperti ini (iaitu naik dan turun).

Saya mengatakan, “Tidak, hanya saya pernah membacanya di dalam buku anda, Shifat Sholah an-Nabii, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa menggerakkan (jari telunjuknya), maka saya pun turut menggerakkan (jari telunjukku).” Beliau (Syaikh al-Albani) mengatakan: “Tidak, hal ini (gerakan yang anda lakukan) namanya bukanlah tahrik (menggerakkan jari telunjuk) namun namanya adalah al-Khafdh war Raf’u (mengangkat dan menurunkan jari telunjuk).” Namanya apa? Namanya adalah al-Khafdh war Raf’u.

Lalu saya segera bertanya, “Bagaimana cara saya perlu menggerakkannya wahai guru kami?”. Beliau menjawab “Beginilah caranya”, iaitu beliau meletakkan jarinya di atas lutut dan mengarahkan jari telunjuknya ke arah kiblat, seperti ini (Sila lihat video – pen.) lalu beliau menggerakkan jari (telunjuknya) secara kuat di tempatnya (harakatan syadidatan fii makaanihi). Bukan menggerakkannya naik turun sehingga berpaling dari arah kiblat. Namun, (lakukanlah) seperti ini (lihat video - pen.), jari telunjuk menghala ke kiblat lalu gerakkannya secara kuat seperti ini (lihat video - pen.).

Beginilah sifat tahrik (menggerakkan) jari telunjuk sebagaimana yang pernah saya lihat daripada guru kami, al-Albani rahmatullahu ‘alaihi. (Rujuk: rakaman video)

Demikianlah penjelasan daripada mereka yang pernah bertemu dengan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani sendiri. Sekaligus menafikan tohmahan dan caci-makian Zamihan al-Ghari yang menyindir praktikal tahrik (gerakkan jari telunjuk) tersebut dengan perkataan dan perbuatan yang tidak beradab sama-sekali. Hal itu hanya menjelaskan bahawa beliau (Zamihan) jahil dalam persoalan adab berselisih pendapat dalam persoalan ranting (furu’iyyah). Malah, Zamihan telah menyandarkan sesuatu yang tidak benar ke atas Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah. Demikianlah bahawa Zamihan telah berdusta dan tidak bersikap ilmiah sama sekali.

Keempat: 4 – Benarkah menggerak-gerakkan jari telunjuk tersebut membatalkan solat?

Dengan keterangan dari pencerahan pertama, kedua dan ketiga di atas, telah jelaslah bahawa ia sama sekali tidak membatalkan solat. Dan ia termasuk ke dalam salah satu perbuatan gerakkan solat itu sendiri (bagi mereka yang menganggapnya sebagai salah satu bentuk sunnah) sebagaimana gerakkan-gerakkan solat yang lainnya.

Malah di dalam banyak hadis telah menyebutkan bolehnya melakukan gerakkan-gerakkan tertentu ketika dalam solat dengan keperluan dan tujuan tertentu. Ini adalah seperti:

1 – Mendukung anak kecil ketika solat (Daripada hadis al-Bukhari)

2 – Membukakan pintu, sebagaimana Nabi membukakan pintu untuk ‘Aisyah sedangkan beliau sedang bersolat. (Daripada hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud, an-Nasaa’i)

3 – Menghalang orang yang cuba melintas di hadapan kita ketika sedang solat dengan menggunakan tangan. (Sila rujuk hadis-hadis berkenaan sutrah (penghadang ketika solat)).

4 – Membunuh haiwan yang berbahaya seperi kala jengking dan ular yang menghampiri kita ketika solat. (Daripada hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasaa’i)

5 – Menanggalkan kasut di ketika solat kerana terdapat najis. (Daripada hadis riwayat al-Bukhari)

6 – Dibolehkan bagi kaum lelaki bertasbih (Subhanallah) dan wanita menepuk tangan apabila berlaku sesuatu dalam solat berjama’ah. (Daripada hadis riwayat al-Bukhari)

7 – Membalas ucapan salam dengan isyarat tangan. (Daripada hadis riwayat Abu Daud)

8 – Mengubah kedudukan makmum yang tersalah posisi. (Daripada hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dengan ini, alhamdulillah telah terjawablah sudah beberapa persoalan. Jelaslah bahawa apa yang diperkataan oleh Zamihan al-Ghari adalah dusta dan pembohongan ke atas nama ulama.

Semoga pencerahan ini diberikan kebaikan dan manfaat. Kepada Allah jualah kitab berharap dan berserah.

Wallahu a’lam...

Wednesday, July 7, 2010

120 - Tatacara Angkat Takbir: Zamihan al-Ghari Permainkan Tatacara Solat Umat Islam

Kaedah Angkat Takbir: Zamihan al-Ghari Permainkan Tatacara Solat Umat Islam

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Zamihan (salah seorang ustaz di bawah kelolaan JAKIM dan ILIM) sebagaimana di dalam video ini (di bawah) telah menyatakan bahawa cara angkat takbir dengan tangan dalam solat pada (atau sehingga) bersamaan paras bahu sebagai ritual solat Wahhabi sambil bermain-main, berlawak, dan bersenda-gurau:



Pencerahan:

Apa yang tepat berdasarkan hadis, tsabit dua kedudukan paras tangan ketika angkat takbir dalam solat:

1 - Pertama, tangan diangkat sehingga sejajar dengan bahu:

اَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَرْفَعُ يَدَيْهِ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ اِذَا افْتَتَحَ الصَّلاَةَ ، وَاِذَا كَبَّرَ للرُّكُوْعِ ، وَاِذَا رَفَعَ رَاْسَهُ مِنَ الرُّكُوْعِ

Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat kedua tangannya sehingga setara (sejajar) bahunya ketika memulakan solat, setiap kali bertakbir untuk ruku’ dan setiap kali bangkit dari ruku’. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, 3/172, no. 693)

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا افْتَتَحَ الصَّلَاةَ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ مَنْكِبَيْهِ وَقَبْلَ أَنْ يَرْكَعَ وَإِذَا رَفَعَ مِنْ الرُّكُوعِ وَلَا يَرْفَعُهُمَا بَيْنَ السَّجْدَتَيْنِ

Terjemahan: (Hadis daripada Salim, daripada ayahnya beliau berkata) Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengangkat kedua tangannya sehingga sejajar dengan kedua bahunya ketika memulai solat, ketika hendak ruku’, dan ketika mengangkat kepalanya dari ruku’. Beliau tidak megangkat kedua tangannya di antara dua sujud. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 2/338, no. 586)

2 - Kedua, tangan diangkat sehingga sejajar dengan anak telinga:

اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، كَانَ اِذَا كَبَّرَ رَفَعَ يَدَيْهِ حَتَّى يُحَاذِيَ بِهِمَا اُذُنَيْهِ

Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa mengangkat kedua tangannya setara (sejajar) telinganya setiap kali bertakbir. (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, 2/341, no. 589)

Berkenaan perkara ini, Imam Ibnu Qudamah al-Maqdisi rahimahullah (wafat: 620H) meletakkan satu bab di dalam kitabnya, al-Mughni:

وَيَرْفَعُ يَدَيْهِ إلَى فُرُوعِ أُذُنَيْهِ، أَوْ إلَى حَذْوِ مَنْكِبَيْهِ

Hendaklah orang yang solat mengangkat kedua tangannya sehingga sejajar daun telinga atau sehingga sejajar dengan kedua bahunya. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 2/326)

Kemudian beliau menjelaskan:

وَهُوَ مُخَيَّرٌ فِي رَفْعِهِمَا إلَى فُرُوعِ أُذُنَيْهِ أَوْ حَذْوَ مَنْكِبَيْهِ ، وَمَعْنَاهُ أَنْ يَبْلُغَ بِأَطْرَافِ أَصَابِعِهِ ذَلِكَ الْمَوْضِعَ ، وَإِنَّمَا خُيِّرَ لِأَنَّ كِلَا الْأَمْرَيْنِ مَرْوِيٌّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَالرَّفْعُ إلَى حَذْوِ الْمَنْكِبَيْنِ ؛ فِي حَدِيثِ أَبِي حُمَيْدٍ وَابْنِ عُمَرَ ، رَوَاهُ عَلِيٌّ وَأَبُو هُرَيْرَةَ ، وَهُوَ قَوْلُ الشَّافِعِيِّ وَإِسْحَاقَ. وَالرَّفْعُ إلَى حَذْوِ الْأُذُنَيْنِ رَوَاهُ وَائِلُ بْنُ حُجْرٍ ، وَمَالِكُ بْنُ الْحُوَيْرِثِ ، رَوَاهُ مُسْلِمٌ ، وَقَالَ بِهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ

Setiap orang bebeas memilih di antara mengangkat kedua tangannya sehingga sejajar daun/cuping telinga atau mengangkatnya sehingga sejajar dengan kedua bahunya. Yang jelas, hendaklah hujung-hujung jari kedua tangan tersebut sampai (setara/sejajar) pada salah satu di antara dua tempat di atas. Kedua-dua cara ini sama-sama diriwayatkan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Mengangkat kedua tangan sehingga sejajar dengan kedua bahu memiliki sandaran/asas riwayat daripada Abu Humaid dan Ibnu ‘Umar daripada ‘Ali dan Abu Hurairah. Imam asy-Syafi’i dan Ishaq juga mengikuti pandangan ini. Manakala mengangkat kedua tangan sehingga sejajar dengan kedua telinga memiliki sandaran/asas riwayat daripada Wa’il B. Hujr, Malik B. Huwairits melalui Muslim. Pendapat kedua ini juga dipegang oleh sebilangan ulama. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 2/327)

Cukuplah saya nukilkan 3 buah hadis dan penjelasan daripada Imam Ibnu Qudamah ini sebagai sebuah pencerahan kepada apa yang ditimbulkan dan dipersendakan oleh Zamihan al-Ghari. Semoga ia mampu membuka mata kita semua bahawa Zamihan al-Ghari sedang mempermain-mainkan kita semua daripada memahami urusan praktikal solat yang benar.

Dan apa yang tepat sebagai kesimpulan adalah paras tangan ketika mengangkat takbir itu ada dua cara yang tsabit daripada hadis Nabi yang sahih serta sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Qudamah.

Persoalan gurau-senda sehingga memperli solat seperti Wahhabi dan anak Pak Wahhab dalam persoalan ritual solat seperti ini tidak sewajarnya timbul kerana ianya berasaskan kepada hadis atau dalil yang sahih serta turut dipegang oleh para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

Semoga Zamihan al-Ghari kembali memperbaiki keterlanjurannya atau pihak-pihak berwajib tertentu perlu mengambil tindakan yang sewajarnya supaya hal-ehwal agama kita tidak menjadi bahan permainan dan gurauan. Apatah lagi ianya menyentuh persoalan agama yang asas, iaitu persoalan berkaitan ritual/ibadah solat.

Wallahu a’lam...

Semoga video berikut dapat menjadi panduan buat kita:



Wednesday, March 24, 2010

113 - Benarkah Ilmu Jarh wa at-Ta’dil Telah Pupus (Mati)?

Benarkah Ilmu Jarh wa at-Ta’dil Telah Pupus (Mati)?

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Daripada Fatwa Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin:

هل سنة الجرح والتعديل ماتت؟ وما حكم الرد على المخالف بغض النظر عن شخصيته؟

Soalan: Adakah Sunnah Jarah Takdil telah mati? Apakah hukum menolak orang yang menyelisih tanpa mengira syakhsiahnya?

أنا أخشى أن تكون هذه كلمة حق أريد بها باطل، الْجَرح والتعديل لَم يَمُت ولَم يدفن ولَم يُمْرض ولله الحمد، هو قائم، الْجرح والتعديل يكون في الشهود عند القاضي، يُمكن يجرحون الخصم ويطلب منهم البينة، ويكون أيضا في الرواية، وقد سمعنا قراءة إمامنا قول الله تعالى: يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا

Jawapan: “Aku takut kalimah ini menjadi kalimah yang benar tetapi dikehendaki dengannya perkara batil (yakni fatwa beliau ini takut disalah guna -pent-)

Jarah dan Takdil tidaklah mati, tidak ditanam, dan tidak pernah sakit -segala puji bagi Allah- ianya masih ada, jarah takdil berlaku di sisi qadi pada para saksi, mungkin menjarahkan pihak lawan dan diminta daripada mereka bukti, dan berlaku juga dalam riwayat dan kita telah mendengar bacaan imam (dalam solat-pent-) firman Allah Taala (maksudnya): “Wahai orang-orang yang beriman jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa berita maka siasatlah...” (Surah al-Hujuraat, 49: 6)

فالْجَرح والتعديل لا يزال باقيًا ما دَام نوع الإنسان باقيًا، ما دام نوع الإنسان باقيًا فالْجَرح والتعديل باقيًا.لكن أنا أخشى أن يقول قائل: إن هذا الإنسان مجروح وليس بمجروح فيتخذ من هذه الفتوى وسيلة لنشر معايب الخلق

ولهذا أقول: إذا كان في شخص عيب ما، فإنْ اقتضت الْمصلحة أو الْحاجة، أو الْضرورة إلى بَيانه. فلا بأس به، لا بأس منْ بيانه، ولكن الأحسن أن يقول : بعض الناس يفعل كذا ، بعض الناس يقول كذا، لسببين

Maka jarah Takdil akan terus ada selama mana adanya manusia dan selama mana adanya manusia akan ada juga jarah takdil. Tetapi aku takut akan ada orang berkata: 'dia ini majruh', sedangkan dia tidaklah majruh maka dia mengambil fatwa ini sebagai jalan untuk menyebarkan keaiban makhluk.

oleh itu aku berkata: jika terdapat pada orang tertentu jika tertentu maslahah atau hajat atau darurat untuk menjelaskannya maka tiada masalah, tiada masalah untuk menerangkannya. Tetapi yang lebih baik untuk dia berkata: “Sebahagian manusia telah melakukan begini”, “sebahagian orang berkata begini”, ini kerana dua sebab:

السبب الأول: أن يسلم من قضية التعيين.والسبب الثاني: أن يكون هذا الْحكم شاملا له ولغيره

Pertama: Supaya di terselamat daripada qadiah ta'yin

Kedua: Supaya hukum ini meliputi orang tertentu dan orang lain yang seumpamanya.

إلا إذا رأينا شخصًا مُعينًا قد فُتِنَ الناس به، وهو يَدْعو إلى بِدْعة أو إلى ضَلالة، فَحِينئذ لا بدّ منْ التّعيين حَتى لا يَغترّ الناس به." اهـ

Melainkan jika kita melihat seorang tertentu telah terfitnah manusia dengannya sedangkan dia menyeru kepada bidaah atau kesesatan maka ketika ini mesti dinyatakan orangnya (ta'yin) supaya manusia tidak terpedaya”.

Fatwa Syeikhul Islam Imam Muhammad bin Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah: http://www.islamancient.com/fatawa,item,455.html

استمع للفتوى على الرابط التالي
http://islamancient.com/blutooth/256.amr

Monday, March 3, 2008

055 - Ghibah (Mengumpat) – Adakah Dibenarkan?

Bilakah Masanya Ghibah (Mengumpat) Dibenarkan?

Persoalan Gihibah Secara Umum

أَتَدْرُوْنَ مَا الْغِيْبَةُ ؟ قَالُوْا الله ورسولُهُ أَعْلَمُ . قَالَ : ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيْلَ : أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِيْ أَخِيْ مَا أَقُوْلُ ، قَالَ : إِنْ كَانَ فِيْهِ مَا تَقُوْلُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيْهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

“Tahukah kamu apa itu ghibah? Mereka menjawab Allah dan Rasul-Nya lebih tahu. Bagaimana pendapat kamu jika apa yang aku katakan ada pada orang itu? Baginda menjawab: Engkau telah menghibah dia tetapi bila tidak ada padanya maka engkau telah berdusta kepadanya”. (Hadis Riwayat Muslim)

Erti ghibah atau umpat (mengumpat) ialah: Kata-kata yang bermaksud untuk menodai nama orang (merugikan orang). Kata-kata mengeji (mengejek). (Lihat: KAMUS DEWAN, Edisi Ketiga, Dewan Bahasa dan Pustaka) Atau memperkatakan tentang keburukan orang lain di belakangnya yang tidak disukai oleh orang tersebut. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menjelaskan erti ghibah dengan sabdanya:

أَنْ تَذْكُرَ الرَّجُلُ بِمَا فِيْهِ مِنْ خَلْفِهِ

“Ghibah adalah engkau menyebut-nyebut seseorang tentang apa yang ada padanya dari belakangnya (tanpa diketahuinya)”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)

أَلْغِيْبَةٌ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بَمَا يَكْرَهُ

“Ghibah ialah engkau menyebut-nyebut saudaramu dengan sesuatu yang dia tidak disukainya”. (Lihat: Sahihul Jami’ No. 4062. Al-Albani)

Setiap mukmin wajib mengetahui hakikat ghibah agar tidak diperangkap oleh iblis (talbisu-iblis-تلبيس ابليس) melalui ghibah yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Ghibah yang haram atau yang batil wajib ditinggalkan. Namun para ulama Salaf as-Soleh tidak mengharamkan secara mutlak semua jenis ghibah, sama ada ghibah yang melalui perkataan, kritikan, tulisan, ucapan, perbuatan dan sebagainya.

Secara umumnya, ghibah adalah dilarang sebagaimana dalil berikut,

“Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan pra-sangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari pra-sangka itu dosa. Dan janganlah mencari-cari keburukan orang dan janganlah menggunjingkan satu sama lain. Adakah seseorang di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.” (al-Hujurat 49: 12)

“Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela…” (al-Humazah 104: 1)

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa Utsman dan Ibnu Umar berkata: "Masih segar terdengar di telinga kami bahwa ayat ini (104: 1, 2) turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina Rasul dengan kekayaannya." (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari Utsman dan Ibnu Umar)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (104: 1, 2, 3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang. Ayat ini turun berkenaan sebagai teguran terhadap perbuatan seperti itu. (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi hatim yang bersumber dari as-Suddi)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa ayat ini (104:1-3) turun berkenaan dengan Jamil bin Amir al-Jumbi seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang. (Diriwayatkan oleh Ibnu jarir yang bersumber dari seorang suku Riqqah)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahawa Ummayah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka Allah menurunkan ayat ini (104: sampai akhir surat) sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu. (Diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq)

Ghibah (Mengumpat) Yang Dibenarkan

Para ulama Salaf as-Soleh telah menghalalkan ghibah dalam beberapa hal:

Pertama: Dibolehkan menghibah, mengkritik keburukan, kesesatan, kekufuran, penyimpangan dan kenifakan para penyesat. Iaitu dengan niat untuk memberikan peringatan dan nasihat kepada umat Islam agar berwaspada terhadap mereka. Malah menurut kesepakatan ulama, dibolehkan menghibah dan menyebut bid’ah dan keburukan mereka supaya menjadi peringatan kepada orang-orang yang beriman agar menjauhi mereka dan bid’ah-bid’ahnya. Amalan inilah yang dipilih oleh Imam Ahmad rahimahullah sebagaimana yang dapat difahami dari jawapan beliau ketika ditanya:

قَالَ مُحَمَّدُ بْنُ بَنْدَار الْجرْجَانِي للا مَامِ اَحْمَد : اِنَّهُ لَيَشْتَدُّ عَلَيَّ اَنْ اَقُوْلَ : فُلاَنٌ كَذَا وَفُلاَنٌ كَذَا ، فَقَالَ اَحْمَدُ : اِذَا سَكَتَّ اَنْتَ وَسَكَتُّ اَنَا , فَمَتَى يَعْرِفُ الْجَاهِلُ الصَّحِيْحَ مِنَ السَّقِيْمِ ؟

“Telah bertanya Muhammad bin Bandar al-Jurjani kepada Imam Ahmad: Sesungguhnya amat berat bagiku untuk mengatakan: Si Fulan itu begini dan Si Fulan itu begini. Maka berkata Imam Ahmad: Jika engkau mendiamkan diri dan aku mendiamkan diri, maka bilakah Si Jahil akan mengetahui yang benar dan yang keji (yang berpenyakit di hatinya)?” (Lihat: مجموع الفتاوى 28/231. Ibnu Taimiyah. Lihat: شرح علل الترمزي , 1/350)

Imam Ahmad dengan ketegasannya menghibah (menceritakan keburukan) seseorang ahli bid’ah jika sudah jelas bid’ahnya. Beliau ditanya berkenaan Husin al-Karabisi (ahli bid’ah), beliau menjawab:

هُوَ مُبْتَدِعٌ

“Dia Ahli Bid’ah”. (Lihat: تاريخ بغداد 8/65-66)

Di jalur riwayat yang lain, Imam Ahmad berkata:

اِيَّاك ، اِيَّاكَ وَحُسَيْنُ الْكَرَابِيْسِي ، لاَ تُكلّمهُ ، وَلاَ تكلم مَنْ يُكَلِّمَهُ

“Hati-hati, hati-hatilah terhadap Husin al-Karabisi, janganlah engkau bercakap dengannya, janganlah engkau bercakap dengan orang yang berbual dengannya!”. (Lihat: تاريخ بغداد 8/65-66)

Menurut Imam Ahmad rahimahullah: Apabila seseorang itu telah ternyata sebagai ahli bid’ah, maka beliau berpendirian wajib mendedahkan (menghibah) ahli bid’ah tersebut dan bid’ah yang dilakukannya. Ketika beliau ditanya:

قِيْلَ للاِمَامِ اَحْمَد : اَلرَّجُلُ يَصُوْمُ وَيُصَلِّي وَيَعْتَكِفُ اَحَبَّ اِلَيْكَ اَوْ يَتَكَّلَمُ فِى اَهْلِ الْبِدَعِ ؟ فَقَالَ : اِذَا صَامَ وَصَلَّى وَاعْتَكَفَ فَاِنَّمَا هُوَلِنَفْسِهِ وَاِذَا نَكَلَّمَ فِىاَهْلِ الْبِدَعِ فَاِنَّمَاللمُسْلِمِ هَذَا اَفْضَلُ

“Ditanyakan kepada Imam Ahmad: Manakah yang paling engkau cintai, seorang yang solat, puasa dan i’tikaf ataukah orang yang memperkatakan (menghibah) ahli bid’ah? Maka beliau berkata: Apabila seseorang itu bersolat, puasa dan i’tikaf, itu hanya untuk dirinya sendiri. Apabila membincangkan (menghibah) keburukan ahli bid’ah, maka itu untuk kaum Muslimin. Inilah yang lebih utama”. (Lihat: مجموع الفتاوى 28/231. Ibn Taimiyah)

Abu Zur’ah rahimahullah juga menjelaskan tentang al-Harith al-Mahasibi dan kitab-kitabnya, beliau berkata:

اِيَّاكَ وَهَذَهِ الْكُتُبُ ، هَذِهِ كُتُبٌ بِدْعٌ وَضَلاَلَةٌ ، فَعَلَيْك بِالأَثَرِ.
“Hendaklah kamu berhati-hati terhadap buku-buku ini. Ini buku-buku (kitab-kitab) bid’ah dan sesat. Maka wajib bagi kamu berpegang kepada atsar (pegangan para sahabat)”. (Lihat: الاجوبة المفيدة عن اسئلة المناهج الجديدة hlm. 13. Soleh bin Fauzan)

Walaupun mereka yang dighibah mempunyai beberapa kebaikan, namun pendirian dan sikap para ulama Salaf as-Soleh dengan niat untuk membanteras kemungkaran, kejahatan dan kesesatan, maka melalui kaedah Jarh wa-Ta’dil dibolehkan menghibah mereka demi untuk menghalang dari tersebarnya kemungkaran. Sebagai contoh, para ulama Salaf as-Soleh telah menghibah golongan Jahmiyah, Mu’tazilah, Khawarij dan semua firqah yang sesat dan penyesat.

Begitu juga dibolehkan menghibah keburukan para perawi hadis demi untuk menyelamatkan kesahihan hadis, maka mereka tidak dilarang menghibah para perawi dengan menyebut kesalahan-kesalahannya, seperti dikatakan Si Fulan mungkar, tidak dipercayai, lemah, pelupa, kazzab (pembohong) dan sebagainya. Imam asy-Syaukani berkata:

“Dan yang menjadi hujah atas hal ini adalah dalil-dalil yang jelas seperti hadis mengenai nasihat kepada Allah, kitab-Nya, Rasulnya dan para pemimpin Islam khususnya dan umat Islam umumnya kerana menjelaskan pembohongan para pendusta adalah merupakan nasihat yang paling besar kepada Allah dan Rasul-Nya”. (Lihat: Raf’u ar-Raibah. Hlm. 27. Tahqiq Muhammad Ibrahim asy-Syaibani. Maktabah Ibnu Taimiyah)

Ibnu Taimiyah juga banyak membantah, mengkritik dan menghibah Ahli Kalam, Jahmiyah, Mu’tazilah, Sufiyah dan Asy’ariyah. Ibnu Taimiyah menghibah al-Akhnai’i الأخنائي)), al-Bakari dan selain mereka.

Dalam persoalan yang sama, Sheikh Dr. Rabi’ al-Madkhali pernah membantah kenyataan Salman al-Audah sebagaimana berikut, yang mana Salman al-Audah pernah berkata mengenai keadilan muwazanah, menurut beliau:

“Ketika kamu mengkritik sesebuah tulisan, maka tidak adil jika hanya mengatakan: Kitab ini termuat hadis-hadis palsu atau lemah dan pendapat-pendapat yang janggal. Kamu menyebut sudut keburukannya sedangkan melupakan sudut kebaikannya dari kitab tersebut. Misalnya jika kitab tersebut mengandungi berbagai-bagai kebaikan dan kajian ilmiyah maka jika hanya mendedahkan separuh dari kitab itu bererti telah melalaikan setengah yang lain, ini adalah tindakan yang curang. Ramai yang hanya memandang pada sudut kesalahan sahaja pada sebuah kitab yang ditahzir تحذير (diberi peringatan) disebabkan kitab itu mengandungi hadis lemah, atau disebabkan kesalahan pada suatu masalah. Seandainya kita perhatikan secara teliti kitab yang ditulis oleh para ulama dengan muwazanah ini, nescaya kita tidak akan temui suatu kitab pun yang sunyi dari kesalahan”. (Lihat: منهج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف Dr. Rabi’ bin Hadi)

Syeikh Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali hafizahullah apabila mengulas pendapat Salman al-Audah, beliau berkata:

“Adil lawannya zalim, apabila pada sesebuah kitab terdapat pelbagai bid’ah dan khurafat di dalamnya, kemudian ada orang Islam menasihati agar kaum muslimin berwaspada terhadap kitab tersebut maka ini bukanlah suatu kezaliman sedikitpun. Demikian juga apabila seorang memiliki aib atau bid’ah, lalu disebut hal tersebut, ini bukan bererti zalim atau mengumpat (ghibah). Tetapi ini adalah bentuk nasihat (yang dituntut. Pent.) dan merupakan suatu tanggungjawab menurut kalangan para ulama Islam. Yang dinamakan kezaliman adalah apabila meletakkan sesuatu tidak pada tempatnya, sedangkan menyebut aib dan bid’ah yang terdapat dalam sesebuah kitab atau aib yang terdapat pada seseorang dengan tujuan nasihat bagi kaum muslimin, maka itu adalah merupakan hal yang dituntut secara syariat. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kemaslahatan serta menghindari pelbagai kerosakan”. (Lihat: منهاج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف , Syeikh Rabi’ bin Hadi)

Dengan penjelasan di atas, bahawa menghibah penyelewengan dan hakikat kesesatan bid’ah yang ditulis oleh para penulis dan aktiviti bid’ah, semua itu adalah tindakan yang wajar menurut kesepakatan kaum muslimin agar umat berwaspada dan menjauhi kegiatan bid’ah, khurafat dan syirik. Malah dibolehkan menghibah dengan menyusun banyak kitab untuk melawan dan mengkritik ahli bid’ah (penyebar bid’ah), memberi peringatan kepada ahli Sunnah agar berhati-hati terhadap ahli bid’ah demi membela sunnah. Imam Yahya bin Yahya an-Naisaburi berkata: Membela sunnah lebih baik daripada jihad. (Keseluruhan wasiat ini dinukil dari: Manhaj Ahli Sunnah Dalam Mengkritik Tokoh, Kitab Dan Aliran. Oleh Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali)

Menurut Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan:

اذا كان الْمنتَقَد من اهل السنة والجماعة ، واخطاؤه فى الامور التي لا تخِلّ بالعقيدة ، فنعم ، هذا تُذكر ميزاته وحسناته ، وتُغمر زلاته فى نصرته للسنة
“Apabila yang dikritik itu Ahli Sunnah wal-Jamaah dan kesalahannya dalam perkara yang tidak berkaitan dalam masalah akidah. Ya! Sewajarnya disebut keistimewaan dan kebaikannya dan ditutup ketergelincirannya kerana pembelaannya terhadap sunnah”. (Lihat: الاجوبة المفيدة عن اسئلة المناهج الجديدة hlm. 29. Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, Darus Salaf)

Beliau berkata lagi:

وَاَمَّا اذا كان المردود عليه من اهل السنة والجماعة فان الردَّ يكون بادب ، وينبَّه على اغلاطه التى تكون فى مسائل الفقه ومسائل الاستنباط والاجتهاد فنقول : فلان اخطا فى كذا والصواب كذا بالدليل غفر الله له ، وهكذا اجتهاده ، وهكذا كما كانت الردود بين الفقهاء من المذاهب الاربعة وغيرهم ، وهكذا لا بقدح فى مكانته العلمية اذا كان من اهل السنة والجماعة. واهل السنة والجماعة ليسوا معصومين ، عندهم اخاء وقد يفوت احدهم الدليل او اختلال الاستنباط ، فلا نسكت على الخطأ وانما نبينه مع الاعتذار عنه. لِقَوْلِ النبي صَلَّى اللهُ عليه وسلم :

“Sedangkan apabila yang dikritik itu adalah Ahli Sunnah wal-Jamaah, dalam mengkritik harus menggunakan adab-sopan. Kemudian menjelaskan kesalahannya dalam masalah-masalah fiqh, istimbat dan ijtihad. Beginilah bantah-membantah di kalangan fuqaha antara imam yang empat dan selain mereka. Ini dalam masalah-masalah fiqh. Dan ini tidak tercela secara ilmiyah. Ahli Sunnah wal-Jamaah tidak maksum. Mereka mempunyai kekeliruan-kekeliruan, kadang-kadang mereka belum mendaptkan dalil atau salah istimbat. Maka kita jelaskan kesalahannya dan tidak diam atas hal ini. Kemudian kita memberi uzur kepadanya kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:

اِذَا اجْتَهَدَ الْحَاكِمُ فَاَصَابَ فَلَهُ اَجْرَانِ ، وَاِنْ اجْتَهَدَ فَاَخْطَاَ فَلَهُ اَجْرٌ وَاحِدٌ.

“Apabila seorang hakim (mujtahid) telah berijtihad dan benar maka baginya dua pahala. Apabila dia berijtihad dan salah maka baginya satu pahala”. (Hadis Riwayat Bukhari. 6919. Dan Muslim. 1718)

اما اذا كان فى مسائل العقيدة فانه لا يجوز لنا ان نمدح المضللين والمخلفين لأهل السنة والجماعة من : معتزلة ، وجهمية ، وزنادقة وملاحدة ، واناس مشبوهين فى هذا العصر وما اكثرهم

“Adapun dalam masalah-masalah akidah, tidak dibenarkan bagi kita memuji-muji penyesat dan penyimpang dari Ahli Sunnah wal-Jamaah, seperti Mu’tazilah, Jahmiyah, Zanadiqah dan Mulahadah. Dan dewasa ini terlalu ramai manusia yang tergelincir (lantaran masalah yang timbulkankan oleh para penyesat. Pent.)”.

اَمَّا اذا كان المنتَقَد من اهل الضلال ، ومن اهل الانحراف ومن اهل المبادئ الهدَّامة او المشبوهة ، فهذا لايجوز لنا ان نذكر حسناته ان كان له حسنات

“Oleh kerana itu jika yang dikritik para penyesat, penyeleweng dan pencipta prinsip-prinsip yang menghancurkan dan syubhat, maka tidak boleh bagi kita menyebutkan kebaikan-kebaikannya walaupun dia mempunyai banyak kebaikan”.

Selanjutnya beliau menjelaskan:

لأننا اذا ذكرناها فان هذا يغرر بالناس ، فيحسنون الظن بهذا الضال ، او المبتدع ، او هذا الخرافى ، او الحزبي ، فيقبلون افكار هذا الضال ، او هذا المبتدع ، او ذاك المتحزب

“Jika sekiaranya kita menyebutkan kebaikan-kebaikannya, ini bererti kita menipu manusia, sehingga mereka bersangka baik (فيحسنون الظن) kepada penyesat ini atau ahli bid’ah atau ahli khurafat atau orang-orang yang suka hizbi. Mereka (orang awam. Pent.) akan menerima buah fikiran penyesat, ahli bid’ah atau (orang-orang) hizbi tersebut”.

Kedua: Dibolehkan menghibah semasa membuat aduan atau meminta bantuan kepada pihak yang berkuasa seperti menceritakan sifat seseorang semasa membuat aduan atau laporan kepada mereka. Memberi keterangan kepada hakim, mahkamah sivil, mahkamah syariah dan sebagainya, iaitu berdasarkan hadis:

“Dari Aisyah radiallahu ‘anha berkata: Hindun, isteri Abu Sufyan pernah mengadu kepada Rasulullah: Sesungguhnya Abu Sufyan orang yang lokek, tidak memberi nafkah yang cukup buat anak-anakku, sehingga aku mengambil dari hartanya tanpa pengetahuan darinya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Ketiga: Dibolehkan ghibah dan menceritakan sifat orang yang dighibah untuk meminta fatwa. Seperti seseorang berkata: Si Fulan telah menzalimiku dengan membuat itu dan ini.

Keempat: Kerana kemaslahatan umum. Seperti peranan akhbar (mas media) menceritakan sifat seseorang yang hilang agar mudah dikesankan. Begitu juga dalam usaha membenteras keganasan, maksiat, mengesan orang-orang yang membahayakan orang-orang awam dan sebagainya.

Kelima: Menyebut (Menghibah) keaiban (menjarh) saksi palsu (yang membuat pengakuan atau persaksian palsu) dalam persoalan yang berkaitan dengan nyawa (darah) kehormatan atau harta. Iaitu berdasarkan sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam:

لَيُّ الْوَاجِدِ يُحِلُّ عِرْضَهُ وُعُقُوْبَتَهُ

“Seseorang yang mampu membayar hutang, tetapi tidak membayarnya, maka halal kehormatannya dan hartanya”. (Hadis ini disahihkan oleh syeikh al-Albani rahimahullah. Lihat: Al-Misykah, No. 2919)

Menurut al-Munawi rahimahullah ketika mensyarahkan hadis di atas ini bahawa: لَيُّ الْوَاجِدِ bermaksud: “Orang kaya”. (Lihat: Kitab Faidhul Qadir (dalam mensyarahkan hadis ini). Oleh al-Munawi) Di dalam kalimah عُقُوْبَتُهُ ia membawa maksud: “Seorang hakim membantu melaksanakan hukuman terhadap yang tidak mahu membayar hutangnya dengan cara disebat atau dipenjarakan”. (Lihat: Kitab Faidhul Qadir (dalam mensyarahkan hadis ini). Oleh al-Munawi) Penjelasan ini menandakan bahawa orang kaya yang tidak mahu membayar hutangnya boleh dighibah sebagai peringatan kepadanya.

Walau bagaimanapun tidak dihalalkan menghibah orang yang telah bertaubat dari kesalahannya, sebagaimana larangan Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam terhadap mereka yang menghibah al-Aslami radiallahu ‘anhu yang telah bertaubat, yang mana setelah bertaubat beliau mendatangi Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam untuk membersihkan dirinya dari dosa berzina sehingga dilaksanakan hukuman rejam ke atasnya. (Lihat: Al-Ghibah wa-Atsaruha fi al-Muhtama, Bab 2, Syeikh Husin al-Awayisyah)

Tidak Menyebutkan Kebaikan (Muwazanah/Timbangan) Kepada Ahli Bid’ah (Perosak Agama) Ketika Mengkritik Kesesatannya

Erti atau makna muwazanah (موازنة) secara bahasa ialah: “Penilaian Seimbang”. Namun maksud yang dikehendaki oleh pencetus manhaj ini ialah: Apabila mengkritik tentang keburukan atau kesalahan seseorang wajib disebutkan juga kebaikan-kebaikannya.

Para ulama Salaf as-Soleh tidak menerima secara mutlak dan tidak menolak secara mutlak akan prinsip muwazahan, keranaa muwazanah (الموازنة) termasuk bab al-Insaf (الانصاف) atau ‘adl.

Tetapi kenyataan sebenar dari penggunaan kalimah (Muwazanah) yang bid’ah ini telah disalah guna oleh golongan ahli bid’ah seperti golongan Ikhwanul Muslimin dan yang sealiran dengannya. Mereka mendifinisikan muwazanah secara hawa nafsu. Muwazanah meurut mereka ialah:

“Apabila menilai, mengkritik atau mengomentar seseorang individu atau jamaah tentang keburukannya, maka wajib ada muwazanah iaitu (menimbang) sudut kebaikannya dengan menyebut kebaikannya di samping muwazanah (menimbang) sudut keburukannya, supaya berlaku adil dan tidak berlaku zalim. Sama ada bermuwazanah pada hasil tulisan seperti kitab, makalah, ceramah, sikap, amalan atau sebagainya”.

Manhaj muwazanah yang seperti ini adalah manhaj yang bid’ah kerana ia sangat asing, malah ternyata amat bertentang dengan manhaj Salaf as-Soleh. Muwazanah telah menjadi manhaj baru kepada ahli bid’ah dan kepada orang-orang yang gemar membela bid’ah seperti kelompok Khawarij dan golongan hizbiyah. Golongan pertama yang menyerukan “Muwazanah” ialah Yayasan al-Hikmah, Ikhwanul Muslimin dan Sururiyun. (Lihat: إعلام اخوان بما قاله المحدث العلامة مقبل الوادعي أبوعبدالرحمن في الداعية عبدالرحمن عبدالخالق وجمعيته ومجلتة الفرقان. )

Walaupun orang-orang munafik, orang-orang fasik, orang-orang syirik, orang-orang zalim, Yahudi, Nasrani serta Majusi, mereka juga mempunyai kebaikan-kebaikan. Namun, Allah Subhanahu wa-Ta’ala sebagai Rabb (Tuhan) kita, dalam membantah orang-orang fasik, zalim, syirik atau orang-orang kafir sama ada Yahudi, Nasrani dan Majusi yang nyata telah berbuat dosa maka Allah tidak menyebut kebaikan mereka walaupun sedikit. Inilah manhaj yang wajib kita ikuti sebagai manhaj pegangan para Nabi, para Rasul dan para ulama Salaf as-Soleh.

Pendirian para ulama Salaf as-Soleh dalam mengkritik dan membantah kemungkaran, kejahatan dan kesesatan Jahmiyah, Mu’tazilah, Khawarij dan semua firqah yang sesat dan penyesat, sama sekali tidak menyebutkan kebaikan mereka. Kerana semua kebaikan mereka tertutup dan terhapus dengan kejahatan, kesesatan, kekufuran dan bid’ah-bid’ah yang mereka lakukan.

Begitu juga, al-Quran telah memuji orang-orang beriman, tetapi tidak menyebutkan kesalahan mereka, sebaliknya mencela orang-orang kafir dan munafik namun tidak menyebutkan pula kebaikan mereka. (Lihat: منهج اهل السنة والجماعة فى نقد الرجال والكتب والطوائف Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali)

Adakah Dibolehkan Mengkritik Keburukan Pemerintah/Pemimpin/Penguasa

Maka hal ini telah dijelaskan secara panjang lebar sebagaimana di dalam artikel-artikel yang lalu yang mana boleh dicapai/dilihat melalui capaian link berikut:

1 – Sikap Ahlus Sunnah Terhadap Pemerintah (http://an-nawawi.blogspot.com/2007/12/sikap-rakyat-terhadap-pemerintah-yang.html)

2 –
Menasihati Pemerintah Menurut as-Sunnah – (http://an-nawawi.blogspot.com/2007/09/menasihati-pemerintah-menurut-as-sunnah.html)

Kesimpulan:

Kritikan secara terang-terangan atau mengumpat/ghibah ke atas sesuatu individu atau kumpulan tertentu adalah dibolehkan dengan beberapa syarat yang ketat yang iaitu mana jika mereka (yang di-ghibah) yang mana sikapnya/pemikirannya membahayakan kelangsungan aktiviti umat dalam persoalan agama (bagi tujuan menjaga/menjamin ketulenan agama), dalam persoalan aqidah, dan keselamatan nyawa, atau dengan sebab menerangkan persoalan jenayah di dalam mahkhamah.

Adapun mengumpat bagi tujuan memburuk-burukkan individu tertentu tanpa sebarang sebab yang boleh membahayakan kepada umat/masyarakat, maka itu adalah tidak dibolehkan dan ditegah sama sekali. Dan perlulah difahami bahawa dalam persoalan dibenarkan mengumpat inibukanlah tujuan utamanya untuk memburukkan pihak yang diumpat, tetapi lebih kepada bertujuan menyelamatkan ummat.

Adapun mengumpat pemerintah/penguasa, ia memiliki kaedah yang berbeza dan sebenarnya dilarang kerana ia memiliki prinsip dan adab yang khusus sebagaimana yang dijelaskan melalui pelbagai hadis-hadis Rasulullah s.a.w.