Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Showing posts with label Demonstrasi. Show all posts
Friday, April 13, 2012
Dr. Asri, Jangan Manipulasi Hadis Nabi Untuk Halalkan Demonstrasi!
Dr. Asri, Jangan Manipulasi Hadis Nabi Untuk Halalkan Demonstrasi!
Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://bahaya-syirik.blogspot.com

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengatakan:
“Ya, tiada siapa yang bersetuju dengan demonstrasi ganas. Rakyat diharapkan keluar ke jalan dengan aman sebagai tanda bantahan atas kezaliman rejim-rejim mereka. Ia salah satu dari menzahirkan bantahan terhadap kemungkaran. Dalam hadis seorang lelaki datang mengadu kepada kepada Rasulullah s.a.w, katanya:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Demikian, Nabi mengajar bahawa kadang-kala cara menyelesaikan kezaliman dengan mendapat sokongan ramai di jalan. Bantahan orang ramai boleh menakutkan orang yang zalim. Jika sekadar kezaliman jiran kita boleh bertindak sedemikian, apatahlagi kezaliman rejim yang jauh lebih besar dan sukar disingkirkan. Pasti sokongan yang lebih besar dan bantahan di jalan yang lebih hebat diperlukan. Apa yang penting, penunjuk perasaan tidak boleh menumpahkan darah sesama umat Islam dan rakyat, juga tidak merosakkan harta awam dan mereka yang tidak bersalah.
Dunia Arab dan Islam mesti berubah. Eropah telah lama menyingkirkan pemimpin mereka yang korupsi dan kuku besi. Kadang-kala hak binatang yang dinikmati oleh Barat lebih baik dari hak manusia yang hidup di bawah rejim-rejim yang berkuasa di Dunia Arab dan Islam. Jatuh! Jatuh! Jatuhlah segala rejim!”
Di tempat lain, beliau turut menegaskan halalnya demonstrasi jalanan dengan hadis tersebut sebagaimana dalam video berikut, http://youtu.be/QOKenlEKAbo
Komentar dan bantahan:
[Pertama] Hadis tersebut adalah sebagaimana berikut:
قال رجل يا رسول الله، إن لي جاراً يؤذيني، فقال: "انطلق. فأخرج متاعك إلى الطريق". فانطلق فأخرج متاعه، فاجتمع الناس عليه، فقالوا: ما شأنك؟ قال: لي جار يؤذيني، فذكرت للنبي صلى الله عليه وسلم فقال: "انطلق. فاخرج متاعك إلى الطريق" فجعلوا يقولون: اللهم! العنه، اللهمّ أخزه. فبلغه، فأتاه فقال: ارجع إلى منزلك، فوالله لا أوذيك.
Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya jiranku menyakitiku.” Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan.” Maka lelaki itu pun pulang dan mengambil barang-barangnya lalu meletakkannya di jalan. Maka orang ramai pun berkumpul di sekitarnya sambil bertanya, “Apa yang berlaku kepadamu?” Dia menjawab, “Jiranku menyakitiku lalu aku ceritakannya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau pun berkata, “Pulanglah, dan keluarkan barang-barang kamu serta letakkannya di jalan.”” Maka mereka (orang-orang di situ) pun berkata, “Ya Allah laknatilah dan hinalah dia.” Rupanya dalam masa yang sama perkara tersebut didengari oleh jirannya tersebut. Maka ia pun segera menemuinya dan berkata, “Kembalilah ke rumahmu, demi Allah aku tidak akan menyakitimu lagi.”
Hadis ini diriwayatkan oleh imam al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 124 dalam bab keluhan jiran tetangga. Musnad al-Bazzar, no. 8344. Dan oleh imam al-Hakim dalam al-Mustadrak, no. 7302. Hadis ini dinilai sahih antaranya oleh al-Hakim, Syaikh Ahmad Syakir, dan al-Albani)
[Kedua] Cara faham yang diambil oleh Dr. Asri terhadap hadis tersebut termasuk sebahagian dari bentuk-bentuk qiyas yang amat jauh menyimpang. Hadis tersebut menyentuh adab dan hubungan sesama masyarakat, tetapi Dr. Asri menggunakannya untuk isu hubungan terhadap pemerintah.
[Ketiga] Menggunakan hadis ini untuk diqiyaskan dengan perbuatan demonstrasi jalanan terhadap pemerintah adalah sama-sekali tidak tepat dan keterlaluan. Sikap beliau tersebut termasuk sebahagian dari bentuk-bentuk takalluf terhadap dalil, iaitu memaksakan nash untuk mengikuti kehendaknya. Sedangkan hadis tersebut berbicara soal lain yang sama sekali tidak menyentuh isu demonstrasi jalanan mahupun memprotes pemerintah. Yang mana apa yang difahami dari hadis tersebut hanyalah Nabi memerintahkan si pengadu tersebut mengeluarkan barang-barangnya ke jalan. Itu sahaja! Tidak ada sama sekali perintah supaya berdemonstrasi mahupun tunjuk perasaan.
[Keempat] Suatu hal yang perlu difahami bahawa soal bermu’amalah terhadap pemerintah itu telah ada dalil-dalilnya yang bersifat khusus lagi tersendiri. Ini membezakan kaedah mu’amalah atau hubungan di antara jiran dengan pemerintah. Atau hubungan dalam kalangan awam secara umum dengan pemerintah secara khusus.
Seandainya kita mengedepankan hadis ini yang merujuk situasi umum hubungan sesama jiran, jadi di mana pula kita akan lemparkan kekhususan hadis-hadis berkaitan mu’amalah terhadap para pemerintah? Apakah kerana satu hadis yang bersifat umum yang tiada kaitan dengan pemerintah tersebut mampu menjadi nash yang jauh lebih kuat sehingga mampu memalingkan sekumpulan hadis-hadis lain yang bersifat khusus?
Bukankah ini akan menimbulkan pelbagai bentuk pertembungan di antara satu hadis dengan sekumpulan hadis yang lain? Nah, bukankah ini jelas sebuah kaedah yang bathil? Menaikkan satu hadis yang mendukung hujahannya dan mendiamkan sekumpulan besar hadis-hadis yang menentang pegangannya?
[Kelima] Kaedah faham yang diambil Dr. Asri bertembung dengan banyak dalil-dalil yang lain. Ini akan dijelaskan pada point-point berikutnya.
[Keenam] Bertentangan dengan adab dan praktik menasihati pemerintah anjuran nabawi. Islam tidak pernah mendidik umatnya agar keluar melakukan demonstrasi terhadap pemerintah, biarpun pemerintah yang kafir. Demonstrasi jalanan tidak pernah berlaku di zaman Nabi mahupun sahabat. Tidak pernah disuruh atau dicontohkan oleh mereka.
Bahkan mengkritik atau mencanang keburukan pemerintah di mimbar-mimbar saja sudah dilarang keras oleh para salaf, inikan pula membuat bantahan dan demonstrasi di jalan-jalan?
[Ketujuh] Apa yang diajar oleh Rasulullah dan para sahabat adalah menasihati, membimbing, dan membantu pemerintah dalam hal-hal makruf. Memberi nasihat dan menegur kesalahan secara berdepan. Bukan secara demonstrasi dan tunjuk perasaan di jalan-jalan.
Walaupun pemerintah itu zalim sekalipun, Nabi tetap tidak pernah membenarkan agar diadakan demonstrasi-demonstrasi jalanan. Sekiranya nasihat dan cadangan tidak diterima, maka sesungguhnya kita telah menyampaikan, dan nasihat-nasihat umum tetap berlangsung untuk manfaat kaum muslimin. Ini telah penulis jelaskan secara khusus lagi terperinci dalam tulisan berikut, http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2010/05/174-fiqh-menasihati-para-pemimpin.html
[Kelapan] Cara faham Dr. Asri bertentangan dengan hadis-hadis yang memerintahkan agar taat kepada pemerintah dalam hal-hal yang makruf. Bahkan ia termasuk kaedah yang telah menjadi maklum di sisi ahli sunnah wal-jama’ah. Ini antaranya sebagaimana ditegaskan imam Muhammad ‘Abdurrahman al-Mubarakfuri rahimahullah:
الإمام إذا أمر بمندوب أو مباح وجب
“Apabila seseorang pemimpin memerintahkan sesuatu yang sunnah atau mubah (harus), maka hukumnya menjadi wajib.” (Tuhfatul Ahwadzi, 5/298)
Dari itu, bukankah undang-undang jalan raya, undang-undang lalu lintas, undang-undang larangan berdemonstrasi di jalan-jalan raya dan seumpamanya termasuk hal-hal yang makruf. Kalau bukan wajib sekalipun kerana tidak datang secara khusus dari wahyu, maka bukankah ia termasuk hal-hal yang mubah (harus) yang memiliki maslahah umum dan wajib ditaati. Sebagaimana kaedah dan prinsip ahli sunnah tadi, setiap perintah dari pemerintah yang mubah lagi memiliki maslahah dan kebaikan awam, maka wajib ditaati.
[Kesembilan] Cara faham Dr. Asri bertentangan dengan hadis yang menegaskan berkaitan hak-hak jalan. Ini telah penulis jelaskan dalam artikel khas di sini, http://an-nawawi.blogspot.com/2010/10/amalan-demonstrasi-bukan-ajaran-islam.html
[Kesepuluh] Hadis yang digunakan oleh Dr. Asri tersebut sama sekali tidak mengajar tunjuk perasaan, demonstrasi, mahupun berkumpul-kumpul di jalan-jalan bagi membuat protes mahupun bantahan terhadap pemerintah.
Bahkan hadis tersebut memberi isyarat jelas, apabila menghadapi permasalahan sesama masyarakat (jiran tetangga) agar mendapatkan nasihat kepada golongan berautoriti, iaitu orang yang yang berkuasa.
Berkumpulnya manusia dalam hadis tersebut bukanlah suatu yang dirancang dan disengajakan mahupun diperintahkan oleh Rasulullah. Tetapi ia berlaku tanpa sengaja kerana melihat salah seorang tetangganya meletakkan barang-barang di jalanan.
Sebenarnya ini hampir sama seperti apabila berlaku kemalangan di jalan raya, maka ramailah orang yang akan memperlahankan kenderaan untuk sambil melihat kejadian sehingga mengakibatkan jalan sesak.
Pada hari ini, untuk meletakkan barang-barang di jalan-jalan, maka ia tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya, kerana jalan-jalan kita memiliki undang-undang dan ada hak-haknya bagi kemaslahatan bersama. Untuk memasang khemah kenduri kahwin sendiri pun perlu mendapat kebenaran dari beberapa pihak tertentu, inikan pula mahu demonstrasi?!
Sekiranya, setiap orang melaungkan hak keinginan masing-masing, nescaya nanti masing-masing orang akan bersuka ria di tengah-tengah jalan raya atas alasan hak berhimpun dan berdemonstrasi! Maka tidak mustahil akan ada yang mahu baring-baring di jalanan, main bola di jalan, duduk-duduk di jalan-jalan, meminta-minta sedekah di jalan-jalan, makan-makan, bahkan mungkin ada yang ingin berniaga di jalan-jalan?! Alasannya, “Kami ada hak untuk berhimpun secara aman!”
Dari sini sahaja telah jelas menunjukkan cara faham Dr. Asri ini sangat besar pertentangannya dengan waqi’ dan keadaan semasa pada hari ini. Bukankah Dr. Asri selalu mengajak masyarakat mengikuti realiti agar tidak jumud dan literal dalam memahami nash! Jadi, buktikan!
Oleh itu, jangan hanya fikir hak diri sendiri, fikirkan sama hak-hak orang lain serta pengguna lain. Jangan kerana alasan mahu memprotes atau menjatuhkan pemerintah zalim, lalu kalian pula berbuat zalim ke atas orang lain! Bahkan zalim ke atas dalil-dalil agama dengan sebab penyelewengan pena-pena kalian!
Ingatlah, korupsi hadis jauh lebih bahaya dari korupsi wang, bahkan korupsi hadis jauh lebih zalim berbanding korupsi harta!
Maka di sini saya nasihatkan, janganlah menjadi pemanipulasi hadis hanya kerana diri punya gelar Dr. Dan PhD.!
[Kesebelas] Lebih berseberangan dengan kaedah faham hadis di atas, banyak hadis-hadis lain yang mengajarkan bagaimana seharusnya kita menjaga hubungan terhadap pemerintah Islam.
Islam mengajar mentaati pemerintah dalam hal-hal yang makruf dan tidak taat dalam hal-hal yang mungkar. Dan Islam juga mengajar kita agar tidak merampas atau menumbangkan kerusi kepimpinan para pemerintah yang menaungi kita selagi mana mereka (pemerintah) masih muslim dan mendirikan solat. Prinsip ini tidak hanya diaplikasikan pada zaman-zaman pemerintah Khulafa al-Rasyidin, Dinasti Umayyah, ‘Abbasiyyah, mahupun zaman demokrasi hari ini, bahkan sehingga sepanjang zaman selagi masih ada pemerintah Islam. Perincian hal ini telah penulis bentangkan di sini, http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2010/08/125-bagaimana-ahlus-sunnah-wal-jamaah.html
[Kedua belas] Setakat carian dan semakkan, tidak ditemui ada golongan salaf menggunakan atau memahami hadis ini dalam rangka dalil demonstrasi jalanan sebagaimana difahami Dr. Asri. Maka bukankah ini termasuk hal-hal yang baru lagi berbau bid’ah?
Wallahu a’lam...
Wednesday, June 8, 2011
127 - Malapetaka Syi’ah Bersama Demonstrasi BERSIH 2.0
Malapetaka Syi’ah Bersama Demonstrasi BERSIH 2.0
Oleh: Abu Numair Nawawi B. Subandi
Demonstrasi Haram anjuran BERSIH 2008
Demonstrasi anjuran PAS yang turut sama mengangkat gambar tokoh-tokoh Syi'ah Rafidhah
Sejarah Demonstrasi
Dalam sejarah Islam, awal tercetusnya demonstrasi adalah dari golongan pemberontak ketika pemerintahan ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Mazhab demonstrasi dan pemberontakan ketika itu antaranya dipengaruhi oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura masuk Islam. ‘Abdullah B. Saba’ ini menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam bertujuan menyebarkan pelbagai fitnah dan syubhat menghasut rakyat membenci Khalifah ‘Utsman.
Tindakan ‘Abdullah B. Saba’ ini bertepatan dengan sikap permusuhan Yahudi terhadap umat Islam sebagaimana termaktub dalam al-Qur’an sendiri. Tidak akan senang mereka selagi mana Islam tidak dihancurkan.
Di antara tuduhan yang beliau lemparkan ke atas ‘Utsman antaranya ‘Utsman ini bersifat kronisme, nepotisme, dan mendahului ‘Ali dalam hak kekhalifahan. Syubhat-syubhat dan fitnah yang beliau sebarkan tampak berjaya dan membuahkan hasil lantaran ketika itu terdapat ramai orang awam dan muallaf yang baru memeluk Islam yang masih belum mendalam keimanannya.
Maka, rakyat pun akhirnya termakan syubhat lalu bangkit mengkritik ‘Utsman secara terbuka di sana sini yang kemudiannya muncullah revolusi rakyat sehingga mengakibatkan pemberontakan. Setelah beberapa hari rumah ‘Utsman mereka kepung, akhirnya ‘Utsman pun mereka bunuh dalam peristiwa yang penuh tragis. Golongan pemberontak dan aktivis demonstrasi ketika itu menamakan tindakan mereka sebagai amar makruf nahi mungkar! Walhal ia adalah kebathilan berkedok agama.
Setelah peristiwa terbunuhnya ‘Utsman, fitnah tidak kunjung reda. Sebaliknya terus berkobar ketika zaman pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu dan seterusnya. Pemikiran ‘Abdullah B. Saba’ terus meracuni masyarakat sehingga muncul pula golongan Syi’ah dan Khawarij sekaligus. Awal kemunculan Syi’ah ketika itu berperanan mengajak masyarakat mendewakan ‘Ali, manakala golongan khawarij menjadi faktor melaga-lagakan para sahabat terutamanya di antara ‘Ali dengan Mu’awiyah. Dua faktor inilah antara yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan Jamal dan Siffin mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri. Pertembungan tersebut adalah antara kejayaan besar faktor Syi’ah dan Khawarij dalam menimbulkan salah faham dan fitnah sesama para sahabat ketika itu. Dan kesannya terus dirasai sehingga hari ini.
Demonstrasi Pasca Revolusi Iran
Pada era 1970an di Iran, gelombang demonstrasi dan revolusi bergema. Dicetuskan oleh kelompok Syi’ah Rafidhah hasil tinggalan ideologi ‘Abdullah B. Saba’. Dipandu dan disemarakkan oleh Khomeini laknatullah ‘alaih. Melalui karya dan pemikirannya, masyarakat Iran bangkit menghidupkan semula doktrin aqidah penuh kontroversi Wilayatul Faqih. Mereka berdemonstrasi dan memberontak dalam rangka menjatuhkan Shah Iran pada tahun 1978 atas alasan penindasan dan kezaliman. Demonstrasi ketika itu mengakibatkan pelbagai kerosakan dan ratusan nyawa terkorban. Shah Mohamad bersama-sama permaisurinya pula melarikan diri.
Aksi-aksi demonstrasi yang mereka lancarkan ini saling tak tumpah dengan aksi demonstrasi yang dicetuskan oleh ‘Abdullah B. Saba’ di zaman ‘Utsman. Bahkan demonstrasi mereka inilah sekarang menjadi inspirasi sekian banyak demonstrasi-demonstrasi lainnya di Timur Tengah pada hari ini. Dalang di sebalik setiap demonstrasi mereka ini memang tidak lepas dari keterlibatan agen-agen Yahudi, CIA, dan Amerika.
Di Malaysia tidak kurang ramai yang turut terkesan dengan kejayaan revolusi Iran ala ‘Abdullah B. Saba’ ini terutamanya para aktivis Parti Islam Se-Malaysia. Malah Mat Sabu yang kini menjawat jawatan Naib Presiden PAS sendiri secara terbuka mengakui mendukung idea-idea revolusi Khomeini di Iran. Bukan setakat itu, beliau dalam banyak siri ucapan, ceramah, dan karya tulisnya turut mengajak masyarakat supaya mencontohi Iran dengan mengambil pedoman ideologi Khomeini termasuk fahaman sesat kesyi’ahannya.
Jika kita teliti dengan saksama, di antara tujuan sebenar di sebalik aksi demonstrasi Iran tadi adalah bertujuan menghidupkan semula aqidah Wilayatul Faqih yang telah lama disenyapkan. Dalam kepercayaan Wilayatul Faqih ini, golongan Syi’ah Rafidhah yang pada ketika itu dipandu oleh Khomeini mengajak rakyat membangunkan kepimpinan ulama sebagai galang ganti kehilangan Imam 12 mereka.
Dalam doktrin aqidah Syi’ah Rafidhah, masyarakat sepatutnya dipimpin oleh para imam yang maksum, iaitu Imam yang 12. Dalam kepercayaan mereka, imam yang terakhir iaitu imam ke-12 telah hilang (ghaib) sejak tahun 329H. Namun mereka mendakwa nanti sang imam akan kembali sebagai al-Mahdi.
Sementara menunggu kepulangan imam yang ghaib tersebut, kumpulan ulama dan fuqaha mereka perlu tampil mengambil-alih kekhalifahan sebagai wakil atau pengganti imam mereka yang ghaib.
Sebab itulah jika kita lihat apa yang diamalkan Iran hari ini setelah kejayaan revolusi 1979 dan penguasaan Khomeini, sistem pemerintahan Iran didirikan berasaskan kepimpinan ulama di bawah fahaman Wilayatul Faqih sebagai dewan tertinggi pemerintahan.
Termasuk dalam kedudukan Wilayatul Faqih adalah dewan elit para ulama selaku penjawat kedudukan tertinggi, penasihat spiritual, dan penentu dasar di Iran, lebih tinggi daripada Presiden dan Parlimen. Ketika ini, pucuk pimpinan tertinggi dewan Wilayatul Faqih dipegang oleh Ali Khameini. Manakala sistem demokrasi yang wujud di Iran hari ini sedikit pun tidak memberi kesan pengaruh dalam pembentukan kerajaan.
Menurut mereka, sesiapa yang menolak konsep Wilayatul Faqih ini, maka dia murtad, kafir, dan kekal di neraka. Para ulama dan imam Syi’ah di sisi mereka adalah maksum termasuk Khomeini. Malah konsep Wilayatul Faqih di sisi mereka adalah satu konsep yang menyama-tarafkan imam-imam Syi'ah dengan para nabi, bahkan sehingga lebih hebat dari para nabi, serta memiliki kuasa ketuhanan seperti boleh mengetahui yang ghaib dan apa yang bakal berlaku! Ini jelas satu konsep yang kufur akbar! Konsep ini bertepatan dengan doktrin ‘Abdullah B. Saba’ yang mengajar masyarakat di zaman ‘Utsman supaya mendewa dan mempertuhankan Saidina ‘Ali.
Era Selepas Revolusi Iran
Kebangkitan Syi’ah rafidhah berfahaman Imam 12 ini adalah khabar yang bakal menyemarakkan semula malapetaka permusuhan di antara Ahlus Sunnah dengan golongan sesat Syi’ah sejak zaman-berzaman. Perkara ini telah pun dan sedang berlaku sekarang.
Antara buktinya, ketika perang dan penguasaan Amerika ke atas Afghanistan, Syi’ah Iran inilah yang menyalurkan bantuan sekaligus menjadi faktor utama kemenangan Amerika di sana. Ini diakui sendiri oleh tokoh Syi’ah Muhamed ‘Ali Abtahi.
Kemudian ketika serangan Amerika ke atas Iraq menentang Saddam Hussein, Syi’ah Iran jugalah yang membuka laluan dan bantuan kepada Amerika. Hasilnya, tanah jajahan Iraq kini dikuasai oleh Syi’ah Iran manakala hasil buminya seperti minyak dibolot Amerika. Umat Islam di Iraq dan Afghanistan pula habis dibunuh dengan kejam hampir setiap hari. Ada yang disembelih, ada yang dipanaskan dalam ketuhar, ada yang dicampakkan ke dalam api, ada yang disiksa, ada yang dipenjara, ada yang dirogol, dan seumpamanya. Al-Qur’an dan agama Islam pula dihina. Demikianlah dahsyatnya fitnah kaum Syi’ah Rafidhah!
Hari ini kita mungkin melihat umat Islam (Ahlus Sunnah) bebas beribadah di negara-negara lain termasuk negara kafir Amerika, tetapi sama sekali tidak dan bukan di Iran, terutamanya Tehran! Bahkan masjid-masjid ahlus sunnah habis dihancurkan.
Ini bukan suatu yang menghairankan sebenarnya, kerana di sisi aqidah Syi’ah darah dan harta umat Islam (ahlus sunnah wal-jama’ah) adalah halal. Bagi mereka, para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah kafir dan sesat secara umum. Oleh kerana itu, dalam karya-karya dan ucapan-ucapan mereka, para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in adalah orang yang sering mereka laknat dan caci. Perkara ini turut didedahkan dalam satu seminar berkaitan Syi’ah di al-Madinah International University (MEDIU) Shah Alam bertarikh 15 Mei 2011 baru-baru ini.
Demonstrasi BERSIH Di Malaysia
Di Malaysia hari ini, demonstrasi jalanan yang hampir sama disemarakkan untuk memaki-hamun, mencela, dan mencerca pemerintah atas konon namanya amar ma’ruf nahi mungkar dan jihad. Ia disuburkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Slogan-slogan yang sering dimainkan oleh mereka adalah hak kebebasan bersuara, demokrasi, menetang kezaliman, dan membasmi penindasan. Ini diakui sendiri oleh tokoh-tokoh utama mereka seperti Nik ‘Abdul Aziz Nik Mat dan ‘Abdul Ghani Samsuddin. Dikuti pula oleh pelopor dan pencetus utama demonstrasi BERSIH Mat Sabu sebagaimana terpampang dalam laman sesawang beliau.
Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS turut mengakui mendukung idea-idea demonstrasi pasca revolusi Iran oleh Khomeini laknatullah 'alaih. Bahkan bukan sekadar idea demonstrasi, tetapi Mat Sabu juga turut mengajak masyarakat Malaysia untuk berpedoman kepada Khomeini dalam banyak hal termasuk persoalan ushul aqidah. Ini boleh dilihat dalam banyak rakaman ucapan, ceramah, dan tulisan-tulisan beliau di akhbar atau media-media pembangkang. Begitu juga dengan ‘Abdul Ghani Samsuddin yang membela aqidah Syi’ah dalam konsep Wilayatul Faqih untuk diterapkan dalam sistem pemerintahan. Sedangkan aqidah Wilayatul Faqih ini begitu jelas kekufurannya sebagaimana yang telah penulis jelaskan
Mat Sabu selain antara tokoh PAS yang begitu jelas cenderung kepada pemikiran sesat Syi’ah, beliau juga mengakui boleh memberontak kepada pemerintah melalui tiket kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan penindasan. Prinsip Mat Sabu ini sebenarnya saling tak tumpah dengan pemikiran revolusi Khomeini menumbangkan Shah Iran di era 1970an. Juga sebagaimana gerakan 'Abdullah B. Saba' di zaman 'Utsman.
Sedangkan perkara ini begitu jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dalam bermu’amalah terhadap pemerintah yang tidak akan keluar dari ketaatan terhadap pemerintah selagi mana mereka (pemerintah) masih tetap Muslim dan menegakkan syi’ar-syi’ar solat. Bertentangan juga dengan akhlak dan adab ahlus sunnah wal-jama'ah dalam menasihati pemerintah sekiranya pemerintah melakukan kesalahan.
Manakala slogan-slogan kebebasan bersuara yang sering mereka laung-laungkan itu tidak lain antaranya adalah bertujuan supaya media-media yang mereka aturkan berupaya bergerak bebas menyebarkan pemikiran bathil lagi sesat. Selain supaya masyarakat bangkit membenci para pemerintah negara hari ini. Mereka gembira sekiranya negara menjadi hura-hara dan kelam-kabut. Kerana sekiranya negara huru-hara, maka pelbagai agenda jahat dan buruk yang mereka rancangkan menjadi lebih mudah direncanakan. Ini sebagaimana kesan dan hasil demonstrasi di Timur Tengah seperti di Mesir dan Libya baru-baru ini, pengaruh Yahudi bersama-sama Syi'ah dan Amerika telah mula masuk campur dalam urusan negara mereka. Juga sebagaimana yang telah berlaku di Iran semenjak 1979. Syi'ah di Iran sekarang tampak semakin kukuh hasil kerjasama dengan Yahudi dan Amerika. Bahkan sekarang mereka sedang berusaha gigih untuk menguasai negara-negara Timur Tengah lainnya dalam misi membina semula Daulah Majusi Parsi-Raya yang telah dimusnahkan ketika zaman kekhalifahan ‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu.
Bukanlah suatu yang aneh di sisi Syi’ah untuk memberontak kepada pemerintah mana sahaja, kerana bagi mereka Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Utsman sendiri selaku Khalifah al-Rasyidin pun adalah kafir, sesat, dan munafiq. Jika hak kekhalifahan ketiga-tiga mereka ini pun mereka nafikan, apatah lagi kepada para pemimpin umat Islam selain Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Utsman?
Demikianlah juga dakwah PAS dalam arena Malaysia hari ini. Jika Syi'ah dikenali dengan dakwah caci-maki dan melaknat para sahabat serta bersatu-padu dengan Amerika dan Yahudi, maka dakwah PAS adalah dakwah yang dikenali dengan maki-hamun memusuhi pemerintah. Dakwah yang mengajak bersatu dan bersekongkol dengan apa jua bentuk firqah sesat anti Islam termasuk Syi'ah, kuffar, DAP, PKR, al-Arqam, liberal, dan seumpamanya asalkan bukan sahaja bersatu dengan pemerintah.
Tidak dikenali dari dakwah PAS di Malaysia sebagai dakwah yang mengajak kepada tauhid dan ilmu-ilmu agama. Melainkan mereka cukup dikenali sebagai dakwah yang mengajak bersatu atas nama menentang, membenci, dan memusuhi pemerintah atas alasan demokrasi, jihad, amar makruf nahi mungkar, dan kuasa.
Lebih mendedahkan wajah sebenar mereka, hari ini tersebar dengan meluas gambar-gambar perhimpunan anjuran PAS dan BERSIH ini sambil menjulang potret-potret imam Syi’ah ketika demonstrasi berlangsung. Selain itu, gambar-gambar tokoh-tokoh utama PAS menghadiri sidang penyatuan dan kerjasama dengan tokoh-tokoh ulama Syi’ah Iran juga mula tersebar di internet. Kewujudan penyebaran aliran Syi’ah di dalam PAS juga sebenarnya turut diakui oleh Tun Dr. Mahathir sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Tindakan Lanjut

Atas sebab kesedaran dan rasa risau yang tinggi, penulis menyeru kepada para pemimpin atau pihak berkuasa berkaitan agar membendung sebarang bentuk aktiviti demonstrasi terutamanya yang melibatkan anjuran PAS dan BERSIH ini di mana pun jua. Kerana di sebalik demonstrasi ke atas para pemimpin, mereka turut membawa sama agenda tersembunyi berupa penyebaran ideologi sesat Syi’ah Rafidhah. Penyebaran ajaran Syi'ah ke dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah suatu yang wajib segera disekat. Kerana kesan dari ajaran ini begitu bahaya dan dahsyat sekali. Ia bukan sahaja mengancam aqidah dengan menghidupkan ritual dan kepercayaan-kepercayaan syirik, tetapi juga mengancam keselamatan dan keamanan negara. Gerakan Syi'ah adalah gerakan radikal pemberontakan ala 'Abdullah B. Saba' yang dimulakan melalui serangan tunjang-tunjang aqidah umat Islam.
Lebih-lebih lagi demonstrasi itu sendiri bukanlah suatu yang datang dari ajaran Islam, apatah lagi cuba diatasnamakan sebagai jihad dan amar ma’ruf nahi mungkar pula. Ini jelas melanggar kesucian dan kemuliaan jihad dan amar ma’ruf nahi mungkar itu sendiri.
Imam asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) telah menyatakan secara umum kepada kita semua:
“Orang yang melakukan provokasi dan kekacauan (membakar emosi rakyat) untuk membenci pemerintah, mereka wajib diberi hukuman, maka yang diwajibkan adalah menghentikan perbuatannya (agar tidak timbul kekacauan). Jika mereka tidak juga berhenti dari melakukan kekacauan (provokasi tersebut), maka mereka berhak mendapat hukuman yang berat dan dipisahkan daripada orang-orang yang mereka provokasikan, sama ada dengan cara dipenjara atau selainnya. Ini adalah kerana mereka telah melakukan suatu perkara yang sangat-sangat diharamkan dan dalam masa yang sama telah berusaha menebar fitnah yang berpotensi mengakibatkan pertumpahan darah serta mencemarkan kehormatan yang menodai harga diri. Provokasi seperti inilah yang menyebabkan seseorang keluar dari ketaatan terhadap pemerintah.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/942 – Maktabah Syamilah)
Dalam beberapa hadis berkenaan orang-orang yang bertindak memisahkan diri daripada jama’ah pemerintah muslim, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
“Tidak halal darah seorang muslim untuk ditumpahkan apabila dia mengakui bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, dan aku adalah utusan Allah melainkan dengan salah satu dari tiga perkara:
1. Seseorang yang telah menikah tetapi kemudiannya dia berzina,
2. Membunuh orang lain, dan
3. Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/25, no. 3175)
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini:
“Adapun sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah” adalah bersifat umum bagi setiap orang yang murtad keluar dari Islam dengan setiap cara dan bentuknya, wajib untuk dibunuh sekiranya dia enggan bertaubat. Para ulama mengatakan:
Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan kebid’ahan, berkhianat, atau selainnya, demikian pula al-khawarij, wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 11/165)
Maka fikirkanlah bagaimana dengan orang yang memberontak kepada para pemerintah atas tiket ideologi Syi’ah Rafidhah sebagai panutannya?
Berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesungguhnya akan berlaku bencana dan malapetaka, maka sesiapa yang hendak memecah-belah urusan umat ini sedangkan umat tersebut telah bersatu, bunuhlah mereka dengan pedang walau siapapun orangnya.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3442)
Dalam riwayat yang lain disebutkan:
“Siapa sahaja yang datang kepada kamu sedangkan urusan kamu telah berada di tangan seorang pemimpin, kemudian dia bertindak menggugat kedudukan pemimpin kamu atau memecah-belahkan perpaduan di antara kamu, maka bunuhlah orang tersebut.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/395, no. 3443)
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:
“Di dalamnya terdapat perintah untuk membunuh orang yang keluar melakukan penentangan kepada seseorang pemimpin, atau hendak memecah-belah kesatuan (perpaduan) umat Islam dan selainnya. Orang tersebut hendaklah ditegah dari meneruskan perbuatannya, sekiranya ia tidak mahu menghentikannya maka hendaklah diperangi. Apabila kejahatannya tidak dapat dihalang melainkan dengan cara demikian, maka membunuhnya adalah perkara yang dihalalkan.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 12/241)
Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:
Hadis di atas dengan pelbagai bentuk lafaz dan susunannya telah menunjukkan bahawa sesiapa yang keluar (tidak mentaati) seseorang pemimpin yang telah disepakati oleh umat Islam dalam sesebuah wilayah (kawasan atau negara), maka dia berhak dibunuh kerana akan menimbulkan kerosakan kepada manusia sama ada pemimpin tersebut seorang yang adil ataupun yang zalim selagi mana mereka masih menegakkan solat sebagaimana yang disebutkan dalam beberapa hadis atau dalam hadis yang lain disebutkan, “Selagi kamu tidak melihat kekufuran yang nyata”. (ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/261)
Begitu juga dengan imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seseorang pemerintah yang telah memiliki kedaulatan (kuasa) dan juga diberi bai’ah (kepercayaan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/941 - Maktabah Syamilah)
Berkaitan dengan ini, pernah berlaku dalam sejarah generasi sahabat di mana Khalifah Mu’awiyah B. Abi Sufyan radhiyallahu ‘ahu telah bertindak menahan dan menghukum bunuh Hujr B. Adi al-Kindi dengan sebab Hujr telah mencerca dan menunjukkan sikap kepembangkangan secara terbuka kepada gabernor Mu’awiyah di Kuffah. Sedangkan Hujr B. Adi al-Kindi adalah termasuk daripada kalangan sahabat (sahabat kecil), dan sebahagian ulama menyatakan beliau adalah tabi’in.
Tindakan Mu’awiyah tersebut tidak mendapat bantahan daripada kalangan sahabat yang lain, sebaliknya ia termasuk sebahagian kebenaran dan menjadi hak bagi seseorang pemimpin untuk mengelakkan fitnah dan huru-hara (bibit-bibit pemberontakan). (Rujuk penjelasannya dalam al-Awashim minal Qowashin oleh Imam al-Qadhi Abu Bakr Ibnul Arabi. Tahqiq: Muhibbudin al-Khatib, Mahmud al-Istanbuli, dan al-Maktab as-Salafi)
Renungan
Secara logiknya, tidak akan ada umat Islam yang sahih lagi murni aqidah dan manhajnya akan mengambil Iran sebagai kiblat dalam politik Islam dan menjadikan imam-imam Syi’ah yang jelas memusuhi para sahabat Rasul sebagai pedoman mahupun idola! Kefahaman agama yang dibawa oleh Syi'ah adalah fahaman yang rosak dan menyesatkan.
Juga tidak ada alasan yang syar’i bagi seorang Ahlus Sunnah untuk bersama-sama dengan pengaku pejuang Islam yang menzahirkan terang-terangan dukungannya ke atas tokoh-tokoh Syi'ah yang sesat lagi menyesatkan.
Sekiranya dengan UMNO dan para pemimpin negara ini sahaja sudah begitu punya benci, tetapi kenapa dengan Syi'ah boleh disayang-sayang? Ada udang di sebalik batu atau bercita-cita untuk solat sama-sama berjama’ah di atas batu karbala?
Secara umum atau zahir pun kita boleh melihat beberapa indikasi awal di mana manusia itu boleh dikenali berdasarkan siapa idola-idola mereka. Manusia boleh diketahui dari puak mana berdasarkan tokoh-tokoh pujaannya.
Ikhwaniyun (pemuja firqah Ikhwanul Muslimin) tentu akan mendukung Hasan al-Banna, Sayyid Quthub, dan seterusnya.
Al-Qa'eda dan Jema’ah Islamiyah (J.I) akan mendukung ‘Abdullah Azzam, Mullah ‘Umar, Abu Muhammad Ashim al-Maqdisi, Aiman adz-Dzawahiri, dan Osama B. Laden.
Hizbut Tahrir tentu mendukung pula Taqiyuddin an-Nabhani.
Jama'ah Tabligh, akan mengangkat dan mengedepankan Zakaria al-Kandahlawi dan Maulana Ilyas.
Ahlus sunnah pula tentu akan mengedepankan hadis-hadis nabi dan atsar-atsar para sahabat dalam memahami al-Qur'an dalam agama ini. Mereka sentiasa mengedepankan imam-imam mereka sebagaimana dimaklumi. Iaitu seperti Para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in, tokoh-tokoh ulama tabi’in, dan imam-imam seperti Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi’i, Ahmad B. Hanbal, Sufyan ats-Tsauri, Hasan al-Bashri, al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nawawi, Ibnu Katsir, Ibnu Taimiyyah, Ibnul Qayyim, Ibnu Hajar dan yang lain seterusnya.
Dan sudah tentu mereka akan mengajak pula masyarakat supaya berpedoman kepada manhaj atau prinsip-prinsip para imam ahlus sunnah ini, iaitu prinsip generasi salafush sholeh.
Berbeza jika mereka adalah Syi'ah dan para pendukungnya! Siapakah idola mereka? Apakah mereka mahu mengajak umat utk berpedoman kepada hadis-hadis nabi dan atsar-atsar para sahabat? Apakah mereka sudi mengajak masyarakat supaya menyelami khazanah ilmu ahlus sunnah wal-jama’ah dari kalangan imam-imam seperti yang penulis sebutkan tadi?
Jadi, di mana tokoh-tokoh pujaan PAS terutamanya Mat Sabu selaku pencetus utama demonstrasi BERSIH? Siapakah imam tempat beliau berpedoman??? Kalau bukan Sang Khomeini laknatullah ‘alaih pencaci para sahabat Rasul! Siapakah tokoh panutan beliau? Kalau bukan Hasan Nasrallah yang bekerjasama dengan Yahudi membunuh ahlus sunnah di Lubnan! Merekalah manusia yang paling kuat memusuhi ahlus sunnah bahkan mengajak kaumnya melaknat dan membunuh ahlus sunnah.
Merekalah Imam pencela Ummul Mukminin isteri-isteri Rasulullah dan tokoh para pencela sahabat-sahabat Rasul ridhwanullah ‘alaihim ajma’in.
Inikah imam pujaan seorang pengaku pejuang Islam??? Fikir-fikirkanlah wahai para pemuja demonstrasi yang mengaku bermazhab Ahlus Sunnah wal-Jama’ah! Kembalilah kalian untuk berpegang kepada hadis-hadis Nabi dalam tindakanmu. Tinggalkan tokoh-tokoh perosak agama sang penyeru kepada pintu-pintu jahannam.
Imam Fudhail b. 'Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H) mengingatkan:
“Janganlah kamu beri kepercayaan kepada ahli bid’ah dalam urusan agamamu, jangan kamu bermesyuarat dengannya dalam urusanmu, dan jangan kamu duduk-duduk dengannya. Siapa yang duduk dengan ahli Bid'ah, Allah akan mewariskan baginya kebutaan. Yakni (kebutaan) di hatinya.” (al-Lalikaa’i, Syarah Ushul I’tiqad Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, 1/138, no. 264)
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyatakan:
Imam Malik pernah ditanya tentang Syi'ah Rafidhah, maka beliau pun berkata, “Janganlah kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu meriwayatkan hadis daripada mereka kerana mereka adalah pendusta.” (Rujuk: Ibnu Taimiyyah, Minhajus Sunnah, 1/26)
Dalam praktik agama dan aqidah Syi’ah, bercakap bohong di hadapan ahlus sunnah adalah suatu kewajiban dan termasuk amalan yang mulia. Oleh sebab itulah pada satu-satu keadaan tertentu kita sukar mengesan identiti sebenar mereka kerana mereka gemar berdusta (bertaqiyyah).
Tetapi apabila mereka kembali bersama-sama dengan kelompok mereka, mereka akan menukar kembali wajah dusta mereka. Kerana itulah jika kita melihat rakaman ucapan-ucapan mereka di hadapan kaum mereka, jelas mereka adalah kelompok yang kuat mencaci dan mencela ahlus sunnah termasuk ummul mukminin dan para sahabat Rasulullah. Berbanding sekiranya mereka duduk di hadapan kita, seolah-olah semuanya nampak baik dan biasa-biasa sahaja sehingga orang yang jahil akan mudah tertipu dan terperangkap dengan karektor talam dua muka mereka ini.
Wallahu a’lam.
Imam asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) telah menyatakan secara umum kepada kita semua:
ويؤدب من يثبط عنه" فالواجب دفعه عن هذا التثبيط فإن كف وإلا كان مستحقا لتغليظ العقوبة والحيلولة بينه وبين من صار يسعى لديه بالتثبيط بحبس أو غيره لأنه مرتكب لمحرم عظيم وساع في إثارة فتنة تراق بسببها الدماء وتهتك عندها الحرم وفي هذا التثبيط نزع ليده من طاعة الإمام
Dalam beberapa hadis berkenaan orang-orang yang bertindak memisahkan diri daripada jama’ah pemerintah muslim, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
لَا يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ يَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَّا بِإِحْدَى ثَلَاثٍ الثَّيِّبُ الزَّانِي وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِينِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ
1. Seseorang yang telah menikah tetapi kemudiannya dia berzina,
2. Membunuh orang lain, dan
3. Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/25, no. 3175)
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini:
وأما قوله صلى الله عليه و سلم والتارك لدينه المفارق للجماعة فهو عام في كل مرتد عن الإسلام بأي ردة كانت فيجب قتله إن لم يرجع إلى الإسلام قال العلماء ويتناول أيضا كل خارج عن الجماعة ببدعة أو بغي أوغيرهما وكذا الخوارج والله أعلم
Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan kebid’ahan, berkhianat, atau selainnya, demikian pula al-khawarij, wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 11/165)
Maka fikirkanlah bagaimana dengan orang yang memberontak kepada para pemerintah atas tiket ideologi Syi’ah Rafidhah sebagai panutannya?
Berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
إِنَّهُ سَتَكُونُ هَنَاتٌ وَهَنَاتٌ فَمَنْ أَرَادَ أَنْ يُفَرِّقَ أَمْرَ هَذِهِ الْأُمَّةِ وَهِيَ جَمِيعٌ فَاضْرِبُوهُ بِالسَّيْفِ كَائِنًا مَنْ كَانَ
Dalam riwayat yang lain disebutkan:
مَنْ أَتَاكُمْ وَأَمْرُكُمْ جَمِيعٌ عَلَى رَجُلٍ وَاحِدٍ يُرِيدُ أَنْ يَشُقَّ عَصَاكُمْ أَوْ يُفَرِّقَ جَمَاعَتَكُمْ فَاقْتُلُوهُ
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:
فيه الأمر بقتال من خرج على الإمام أو أراد تفريق كلمة المسلمين ونحو ذلك وينهى عن ذلك فإن لم ينته قوتل وإن لم يندفع شره إلا بقتله فقتل
Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:
دلت هذه الألفاظ على أن من خرج على إمام قد اجتمعت عليه كلمة المسلمين والمراد أهل قطر كما قلناه فإنه قد استحق القتل لإدخاله الضرر على العباد وظاهره سواء كان جائرا أو عادلا وقد جاء في أحاديث تقييد ذلك بما أقاموا الصلاة وفي لفظ ما لم تروا كفرا بواحا
Begitu juga dengan imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seseorang pemerintah yang telah memiliki kedaulatan (kuasa) dan juga diberi bai’ah (kepercayaan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/941 - Maktabah Syamilah)
Berkaitan dengan ini, pernah berlaku dalam sejarah generasi sahabat di mana Khalifah Mu’awiyah B. Abi Sufyan radhiyallahu ‘ahu telah bertindak menahan dan menghukum bunuh Hujr B. Adi al-Kindi dengan sebab Hujr telah mencerca dan menunjukkan sikap kepembangkangan secara terbuka kepada gabernor Mu’awiyah di Kuffah. Sedangkan Hujr B. Adi al-Kindi adalah termasuk daripada kalangan sahabat (sahabat kecil), dan sebahagian ulama menyatakan beliau adalah tabi’in.
Tindakan Mu’awiyah tersebut tidak mendapat bantahan daripada kalangan sahabat yang lain, sebaliknya ia termasuk sebahagian kebenaran dan menjadi hak bagi seseorang pemimpin untuk mengelakkan fitnah dan huru-hara (bibit-bibit pemberontakan). (Rujuk penjelasannya dalam al-Awashim minal Qowashin oleh Imam al-Qadhi Abu Bakr Ibnul Arabi. Tahqiq: Muhibbudin al-Khatib, Mahmud al-Istanbuli, dan al-Maktab as-Salafi)
Renungan
Secara logiknya, tidak akan ada umat Islam yang sahih lagi murni aqidah dan manhajnya akan mengambil Iran sebagai kiblat dalam politik Islam dan menjadikan imam-imam Syi’ah yang jelas memusuhi para sahabat Rasul sebagai pedoman mahupun idola! Kefahaman agama yang dibawa oleh Syi'ah adalah fahaman yang rosak dan menyesatkan.
Juga tidak ada alasan yang syar’i bagi seorang Ahlus Sunnah untuk bersama-sama dengan pengaku pejuang Islam yang menzahirkan terang-terangan dukungannya ke atas tokoh-tokoh Syi'ah yang sesat lagi menyesatkan.
Sekiranya dengan UMNO dan para pemimpin negara ini sahaja sudah begitu punya benci, tetapi kenapa dengan Syi'ah boleh disayang-sayang? Ada udang di sebalik batu atau bercita-cita untuk solat sama-sama berjama’ah di atas batu karbala?
Secara umum atau zahir pun kita boleh melihat beberapa indikasi awal di mana manusia itu boleh dikenali berdasarkan siapa idola-idola mereka. Manusia boleh diketahui dari puak mana berdasarkan tokoh-tokoh pujaannya.
Ikhwaniyun (pemuja firqah Ikhwanul Muslimin) tentu akan mendukung Hasan al-Banna, Sayyid Quthub, dan seterusnya.
Al-Qa'eda dan Jema’ah Islamiyah (J.I) akan mendukung ‘Abdullah Azzam, Mullah ‘Umar, Abu Muhammad Ashim al-Maqdisi, Aiman adz-Dzawahiri, dan Osama B. Laden.
Hizbut Tahrir tentu mendukung pula Taqiyuddin an-Nabhani.
Jama'ah Tabligh, akan mengangkat dan mengedepankan Zakaria al-Kandahlawi dan Maulana Ilyas.
Ahlus sunnah pula tentu akan mengedepankan hadis-hadis nabi dan atsar-atsar para sahabat dalam memahami al-Qur'an dalam agama ini. Mereka sentiasa mengedepankan imam-imam mereka sebagaimana dimaklumi. Iaitu seperti Para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in, tokoh-tokoh ulama tabi’in, dan imam-imam seperti Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi’i, Ahmad B. Hanbal, Sufyan ats-Tsauri, Hasan al-Bashri, al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nawawi, Ibnu Katsir, Ibnu Taimiyyah, Ibnul Qayyim, Ibnu Hajar dan yang lain seterusnya.
Dan sudah tentu mereka akan mengajak pula masyarakat supaya berpedoman kepada manhaj atau prinsip-prinsip para imam ahlus sunnah ini, iaitu prinsip generasi salafush sholeh.
Berbeza jika mereka adalah Syi'ah dan para pendukungnya! Siapakah idola mereka? Apakah mereka mahu mengajak umat utk berpedoman kepada hadis-hadis nabi dan atsar-atsar para sahabat? Apakah mereka sudi mengajak masyarakat supaya menyelami khazanah ilmu ahlus sunnah wal-jama’ah dari kalangan imam-imam seperti yang penulis sebutkan tadi?
Jadi, di mana tokoh-tokoh pujaan PAS terutamanya Mat Sabu selaku pencetus utama demonstrasi BERSIH? Siapakah imam tempat beliau berpedoman??? Kalau bukan Sang Khomeini laknatullah ‘alaih pencaci para sahabat Rasul! Siapakah tokoh panutan beliau? Kalau bukan Hasan Nasrallah yang bekerjasama dengan Yahudi membunuh ahlus sunnah di Lubnan! Merekalah manusia yang paling kuat memusuhi ahlus sunnah bahkan mengajak kaumnya melaknat dan membunuh ahlus sunnah.
Merekalah Imam pencela Ummul Mukminin isteri-isteri Rasulullah dan tokoh para pencela sahabat-sahabat Rasul ridhwanullah ‘alaihim ajma’in.
Inikah imam pujaan seorang pengaku pejuang Islam??? Fikir-fikirkanlah wahai para pemuja demonstrasi yang mengaku bermazhab Ahlus Sunnah wal-Jama’ah! Kembalilah kalian untuk berpegang kepada hadis-hadis Nabi dalam tindakanmu. Tinggalkan tokoh-tokoh perosak agama sang penyeru kepada pintu-pintu jahannam.
Imam Fudhail b. 'Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H) mengingatkan:
صَاحِبُ بِدْعَةٍ لَا تَأْمَنْهُ عَلَى دِينِكَ، وَلَا تُشَاوِرْهُ فِي أَمْرِكَ، وَلَا تَجْلِسْ إِلَيْهِ، وَمَنْ جَلَسَ إِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ، أَوْرَثَهُ اللَّهُ الْعَمَى. يَعْنِي فِي قَلْبِهِ
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyatakan:
سئل مالك عن الرافضة فقال لا تكلمهم ولا ترو عنهم فإنهم يكذبون
Dalam praktik agama dan aqidah Syi’ah, bercakap bohong di hadapan ahlus sunnah adalah suatu kewajiban dan termasuk amalan yang mulia. Oleh sebab itulah pada satu-satu keadaan tertentu kita sukar mengesan identiti sebenar mereka kerana mereka gemar berdusta (bertaqiyyah).
Tetapi apabila mereka kembali bersama-sama dengan kelompok mereka, mereka akan menukar kembali wajah dusta mereka. Kerana itulah jika kita melihat rakaman ucapan-ucapan mereka di hadapan kaum mereka, jelas mereka adalah kelompok yang kuat mencaci dan mencela ahlus sunnah termasuk ummul mukminin dan para sahabat Rasulullah. Berbanding sekiranya mereka duduk di hadapan kita, seolah-olah semuanya nampak baik dan biasa-biasa sahaja sehingga orang yang jahil akan mudah tertipu dan terperangkap dengan karektor talam dua muka mereka ini.
Wallahu a’lam.
Tulisan Berkaitan Sebagai Rujukan dan Tambahan Maklumat:
Wallahu a’lam…
Labels:
Demonstrasi,
Ikhwanul Muslimeen,
Syi'ah
Thursday, September 3, 2009
101 - Benarkah Rasulullah Dan Sahabat Juga Melakukan Demonstrasi Jalanan?
Benarkah Rasulullah Dan Sahabat Juga Melakukan Demonstrasi Jalanan?
http://an-nawawi.blogspot.com
Telah tersebar akhir-akhir ini berkenaan kisah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersama 'Umar dan Hamzah radhiyallahu 'anhum keluar berdemonstrasi bagi tujuan menunjukkan kekuatan dan menyatakan bahawa Islam itu benar. Persoalannya, benarkah kisah ini benar-benar berlaku atau sekadar omong-omongan kosong dari para pemuka demonstrasi jalanan yang mahu mempertahankan diri kerana kekeringan hujjah?
Bolehkah perbuatan demonstrasi disandarkan kepada Islam sekaligus dijadikan sebagai salah satu saranan untuk menyatakan rasa tidak puas hati kepada pemerintah atau selainnya?
Berikut saya nukil beberapa perkataan para pembela demonstrasi berkenaan kisah yang saya akan bawakan kemudian secara penuh:
1 - Rasulullah SAW pernah melakukan demonstrasi aman di kota Makkah. Peristiwa ini terjadi setelah Nabi SAW diperintahkan oleh Allah Ta'ala supaya berdakwah secara terang-terangan. Baginda lalu memerintahkan kaum Muslimin keluar dan berjalan membentuk dua barisan menuju Ka'bah. Satu barisan dipimpin oleh Umar ibn al-Khattab dan yang satu lagi dipimpin oleh Hamzah ibnu Abdul Muthalib. Dengan diiringi laungan takbir dan kalimah suci La ilaha illallah, kaum Muslimin berjalan mengelilingi Ka'bah. Rasulullah sendiri berada di dalam kelompok tersebut memberi arahan. (Rujuk: Blog g-82, milik al-Bakistani, link: http://g-82.blogspot.com/2009/07/demonstrasi-salah-dalam-islam.html)
2 - Ketika mana saidina Umar menyatakan keislamannya di ruma al-Arqam bin Abi al-Arqam beliau berkata: “Ya Rasulullah , bukankah kita berada di atas kebenaran samaada kita mati ataupun kita hidup?” Baginda menjawab “Demi tuhan yang mana diriku dalam kuasanya, sesungguhnya kamu berada dalam kebenaran samaada kamu mati atau pun kamu hidup.” Umar membalas “Sebab apa kita perlu bersembunyi. Demi tuhan yg membangkitkan kamu dgn kebenaran kamu mesti keluar di khalayak ramai.” Maka mereka mengeluarkan Nabi berada di dalam dua saf. Hamzah ada pada salah satu saf dan aku dalam satu saf lagi. Debu2 tanah yg halus menyelebungi perjalanan mereka. Mereka berjalan sehingga sampai masjid, aku melihat kaum quraisy dan ke arah hamzah. Orang quraisy ditimpa kesedihan yang mereka tidak pernah mereka alami sebelum itu. Dari pada peristiwa ini Rasul menamakan aku al-Faruq. (Rujuk: Salman Maskuri, milik Akhi Salman, link: http://akhisalman.blogspot.com/2009/01/tunjuk-perasaan-atau-demonstrasi.html juga: http://ibnuinsan.blogspot.com/2009/01/demonstrasi-menurut-perspektif-islam.html)
3 - Demonstrasi Memamirkan Kekuatan Umat Islam Sebelum ini kita telah maklum bahawa Rasulullah pernah keluar bersama sahabat berdemontrasi untuk memaparkan suara , kekuatan dan ramainya bilangan umat Islam ketika itu ; meskipun hal ini hasil desakan para sahabat baginda.
Selaras dengan itu adalah pandangan Syaikh Abdul Rahman Abdul Khaliq. Beliau menerangkan: Demonstrasi ada disebutkan sebagai salah satu cara yang diambil oleh Rasulullah untuk mengenengahkan kekuatan Islam dan sebagai salah satu cara dakwah.
Ini berlandaskan hadith bahawa kaum muslimin keluar beramai-ramai setelah Omar mengisytiharkan dirinya menganut agama Islam berdasarkan arahan Rasul dengan dua barisan. Satu barisan diketuai oleh Hamzah R.A. dan satu lagi diketuai oleh Omar.
Teriakan mereka terdengar bagaikan deru kisaran tepung sehinggalah mereka masuk dalam masjid. Pada pengamatan saya tindakan tersebut semata-mata kerana mahu menunjukkan kekuatan (suara kebenaran) Versi hadith tersebut pernah diriwayatan oleh Abu Na'im dalam Kitab al Hilyah dengan sanad yang dihubungkaitkan dengan Ibnu Abbas.
Di mana diriwayatkan Saidina Omar berkata: Wahai Rasulullah , bukankah kita dipehak yang benar; sama ada semasa kita hidup atau kita mati?. Bahkan jawab Rasulullah. Kamu di pehak yang benar; samada ketika kamu hidup atau kamu mati. Maka aku pun meningkah: Kalau begitu mengapa kita harus menyepikan diri (bersembunyi) Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran engkau mesti keluar menampilkan diri.
Lalu kami keluar bersama baginda dalam dua barisan para penunjuk perasaan. Hamzah mengepalai satu barisan dan aku mengepalai satu barisan. Demonstrasi ini gegap dengan teriakan bagaikan bunyi alat kisaran tepung (yang besar) sehinggalah kami sampai dan masuk dalam masjid. Dia berkata lagi:
Kemudian aku dapati kaum Quraisy menoleh kepada ku dan kepada Hamzah dengan pandangan muram dan sugul. Mereka merasa kecewa dan frustrasi yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Sejak daripada itu Rasululah member i nama jolokan kepada ku sebagai Omar al Faaruq. Kerna Allah telah menyerlahkan perbezaan antara kebenaran dan kebatilan dengan (pengislaman) diriku. (Lihat Hilyatul Aulia Juz 1 hal: 40 dan Fathul Bari Juz 7 Hal: 59). (Rujuk: Harakah Daily, Milik Parti Islam Se-Malaysia, link: http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=10820&Itemid=99999999)
Riwayat Yang Dimaksudkan
Begitulah mereka membawakan kisah tersebut secara sekerat-sekerat dan sebahagiannya tanpa rujukan yang tepat. Ada pun kisah yang dimaksudkan adalah sebagaimana berikut:

عن ابن عباس قال: سألت عمر: لاي شئ سميت (الفاروق) ؟ قال: أسلم حمزة قبلي بثلاثة أيام ، ثم شرح الله صدري للاسلام فقلت: الله لا إله إلا هو له الاسماء الحسنى، فما في الارض نسمة أحب إلي من نسمة رسول الله صلى الله عليه وسلم ، فقلت: أين رسول الله صلى الله عليه وسلم؟ قالت أختي: هو في دار الارقم بن أبي الارقم عند الصفا، فأتيت الدار وحمزة في أصحابه جلوس في الدار ورسول الله صلى الله عليه وسلم في البيت: فضربت الباب، فاستجمع القوم ، فقال لهم حمزة: ما لكم؟ قالوا: عمر بن الخطاب، فخرج رسول الله صلى الله عليه وسلم فأخذ بمجامع ثيابي ثم نترني نترة فما تمالكت أن وقعت على ركبتي فقال: ما أنت بمنته يا عمر! فقلت: أشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، فكبر أهل الدار تكبيرة سمعها أهل المسجد فقلت: يارسول الله ! ألسنا على الحق إن متنا وإن حيينا ؟ قال: بلى! والذي نفسي بيده إنكم على الحق إن متم وإن حييتم ! قلت: ففيم الاختفاء؟ والذي بعثك بالحق لتخرجن فأخرجناه في صفين: حمزة في أحدهما وأنا في الآخر، له كديد ككديد الطحين حتى دخلنا المسجد، فنظرت إلي قريش وإلى حمزة، فأصابتهم كآبة لم صبهم مثلها، فسماني رسول الله صلى الله عليه وسلم يومئذ (الفاروق) ، وفرق الله بي بين الحق والباطل
Maksud: (Diriwayatkan) Daripada Ibnu ‘Abbas, beliau bertanya kepada ‘Umar berkenaan gelaran al-Faruq. ‘Umar berkata: “Setelah tiga hari Hamzah memeluk Islam, kemudian Allah pun melapangkan hatiku untuk memeluk agama Islam, lalu aku mengatakan: “Allah, tiada tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Dia, Dia memiliki al-Asma’ al-Husna (nama-nama yang baik), tidak ada di bumi seseorang yang lebih aku cintai melebihi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam”. Aku bertanya: “Di mana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?” Saudara perempuanku menjawab: “Dia berada di rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam di as-Shofa”. Lalu aku mendatangi rumah tersebut, pada waktu itu Hamzah bin Abdul Muthalib duduk bersama para sahabat Nabi lainnya di lingkungan rumah, manakala Nabi berada di dalam rumah, lalu aku ketuk pintu rumah. Ketika para sahabat Nabi mengetahui kedatanganku mereka pun datang bergerombolan, lalu Hamzah bertanya kepada para sahabat Nabi: “Apa yang terjadi dengan kalian?” mereka menjawab: “Ada Umar bin Khattab”. Kemudian Umar meneruskan ceritanya: “Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang, dan memegang baju ‘Umar dan mendorongnya, maka Umar pun terjatuh di atas kedua lututnya, lalu Nabi bersabda: “Wahai Umar apa yang kamu inginkan?” Lalu aku menjawab: “Saya bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah (dengan benar) melainkan Allah sahaja, tiada sekutu baginya, dan aku mengakui bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya”. Mendengar perkara ini, para sahabat Nabi yang berkumpul bertakbir dengan takbir yang didengari orang-orang yang berada di Masjidil Haram. Aku pun berkata kepada Nabi: “Bukankah kita berada di atas kebenaran sama ada kita mati atau hidup?” beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjawab: “Benar, wahai Umar, demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya kamu di atas kebenaran sama ada kamu mati atau hidup”. Aku menyahut: “Lalu kenapa kita bersembunyi, demi Allah yang telah mengutusmu dengan kebenaran kita akan keluar (secara terang-terangan menampakkan ke-Islaman)”. Lalu kami pun keluar dalam dua barisan, Hamzah pada salah satu barisan dan aku pada barisan lainnya. Sehingga kami memasuki Masjidil Haram (Ka’bah). Maka orang-orang dari suku Quraisy melihat kepadaku dan kepada Hamzah, lalu mereka pun bersedih hati dengan situasi ini dengan kesedihan yang tidak pernah mereka alami sebelumnya. Maka, pada hari tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menggelarkan dengan al-Faruq. Dengannya Allah membezakan di antara yang haq dan batil.”
Rujukan riwayat/kisah ini:
- Abu Nu’aim al-Asbahani, di dalam al-Hilyatul Auliya’, 1/20, beliau membawakan sanad riwayat ini sebagai berikut:
حدثنا محمد بن أحمد بن الحسن، حدثنا محمد بن عثمان بن أبي شيبة، حدثنا عبد الحميد بن صالح، حدثنا محمد بن أبان، عن إسحاق بن عبد الله بن أبان بن صالح عن مجاهد، عن بن عباس
- Kisah ini turut dibawa oleh Ali Ibn 'Abdul Malik al-Muttaqi al-Hindi di dalam Kanzul ‘Umal. Turut dijelaskan bahawa:
(وفيه أبان بن صالح ليس بالقوى وعنه إسحاق بن عبد الله الدمشقي متروك)
Maksud: Di dalam rangkaian sanadnya terdapat Aban B. Soleh, dia tidak baik hafalannya. Dan meriwayatkan daripadanya Ishaq B. ‘Abdullah ad-Dimasyqi, dia matruk (ditinggalkan hadisnya). (Rujuk: Kanzul ‘Umal (كنز العمال), 12/551, no. 35742)
Semakan terhadap riwayat/kisah di atas tersebut:
- Ishaq B. ‘Abdullah B. Abi Farwah meriwayatkan daripada Aban B. Soleh. Dijelaskan oleh al-Mizzi, di dalam (تهذيب الكمال) Tahzibul Kamal , 2/446, no. 367.
- Juga disebutkan tentangnya oleh Ibnu Hibban di dalam (المجروحين) al-Majruhin, 1/131.
- Berkenaan dengan Ishaq B. ‘Abdullah B. Abu Farwah (yang meriwayatkan dari Aban B. Soleh) ini, para ulama hadis telah menjelaskan bahawa dia:
1 – Imam al-Bukhari berkata, dia ditinggalkan (hadisnya). Imam Ahmad B. Hanbal melarang mengambil hadis darinya dan dia tidak menulis (tidak mengambil) hadis darinya. Yahya B. Ma’in menjelaskan, hadisnya tidak boleh dipakai. Ali B. Al-Hasan al-Hasnajani berkata dari Yahya, bahawa dia pendusta (Kazzab). (Rujuk: (تهذيب الكمال) Tahzibul Kamal , 2/450-451, no. 367)
2 – Matruk (ditinggalkan hadisnya). (Rujuk: Imam an-Nasa’i, (الضعفاء والمتروكين) adh-Dhu’afa wa al-Matrukin ,1/154, no. 50)
3 – (كان يقلب الاسانيد ويرفع المراسيل، وكان أحمد بن حنبل ينهى عن حديثه) bahawa dia sering memutarbalikkan riwayat (sanad), dari mursal menjadi kepada marfu’. Dan Imam Ahmad, beliau melarang dari mengambil hadisnya. (Rujuk: (المجروحين) Ibnu Hibban, al-Majruhin, 1/131.
4 – Kazzab (pendusta), disebutkan oleh Yahya B. Ma’in sebagaimana yang dibawakan oleh Ibnu Abi Hatim ar-Razi di dalam (الجرح والتعديل) al-Jarh wa at-Ta’dil, 2/228, no. 792.
5 – Berkenaan riwayat atau kisah di atas, ia turut disentuh oleh Syaikh al-Muhaddis ‘Ali al-Hasyisy, rujuk: Web Multaqa Ahlil Hadis. Edisi Terjemahan: Blog Abu Salma.
Kesimpulan:
Kisah ini adalah tidak sahih, malah palsu (tidak dapat diterima pakai). Rujuk tulisan di dalam edisi terjemahan di Blog Abu Salma (link di atas) oleh Syaikh al-Muhaddis ‘Ali al-Hasyisy. Rujuk juga berkenaan tidak benarnya kisah tersebut berdasarkan pernyataan oleh Syaikh al-Albani dan Syaikh Abdul 'Aziz B. Bazz di dalam buku “Siri 3: Demonstrasi Bukan Jihad Tapi Maksiat”, Zuhari Syarif, Diterjemahkan oleh: Ustaz Rasul bin Dahri, Terbitan Jahabersa.
Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz rahimahullah berkata:
وما ذكرتم حول المظاهرة فقد فهمته وعلمت ضعف سند الرواية بذلك كما ذكرتم؛ لأن مدارها على إسحاق بن أبي فروة وهو لا يحتج به، ولو صحت الرواية فإن هذا في أول الإسلام قبل الهجرة وقبل كمال الشريعة.
ولا يخفى أن العمدة في الأمر والنهي وسائر أمور الدين على ما استقرت به الشريعة بعد الهجرة
Maksud: Sebagaimana yang mungkin telah engkau ketahui berkenaan demonstrasi, hujjah yang mendukungnya amat lemah . Sesungguhnya riwayat ini berkisar kepada Ishaq B. Abi Farwah yang tidak boleh dipegang (tidak boleh dijadikan) sebagai hujjah. Sekiranya kisah ini sahih, maka ia terjadi di awal Islam sebelum hijrah dan sebelum sempurnanya syari’at.
Tidaklah tersembunyi bahawa yang dijadikan sandaran di dalam perintah dan larangan serta perkara-perkara lain di dalam agama adalah yang sudah diterapkan setelah hijrah. (Rujuk: Fatawa wa Maqolat Ibnu Bazz)
Larangan Menyandarkan Suatu Yang Tidak Benar Kepada Rasulullah:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Maksud: Daripada Abu Hurairah (radhiyallahu 'anhu), bahawasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah bersabda:
“Sesiapa yang berdusta ke atas nama-ku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, Muqaddimah Shahih Muslim, 1/12, no. 4)
عَنْ الْمُغِيرَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ كَذِبًا عَلَيَّ لَيْسَ كَكَذِبٍ عَلَى أَحَدٍ مَنْ كَذَبَ عَلَيَّ مُتَعَمِّدًا فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنْ النَّارِ
Maksud: Dari al-Mughirah radhiyallahu 'anhu, beliau berkata: Aku pernah mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya berdusta ke atas namaku tidaklah sama dengan berdusta menggunakan nama orang lain. Maka, sesiapa yang berdusta ke atas namaku dengan sengaja, hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, Kitab al-Jana'iz, 5/37, no. 1209)
Demikianlah batilnya hujjah penyandaran kisah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berdemonstrasi bersama para sahabatnya yang dilakukan oleh para pemuka dan pemuja adegan-adegan demonstrasi jalanan yang diatas-namakan kepada Islam.
Malah, banyak lagi syubhat-syubhat yang cuba dilontarkan oleh mereka ini seperti menyamakan adegan demonstrasi ini dengan perhimpunan manusia yang menunaikan ibadah haji di Makkah, perhimpunan manusia yang pergi bersolat Juma'at, dan seumpamanya. Dikeranakan kehabisan hujjah. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi menghalalkan perbuatan demonstrasi. Lebih malang, mereka berusaha sedaya upaya untuk menisbatkan adegan demonstrasi jalanan ini kepada Islam.
Yang mana di dalamnya (demonstrasi) tersebut, mereka mengumbar dan membuka celaan dan makian kepada para pemimpin atau pihak yang diprotes! Sambil dengan itu, mereka membaluti adegan mereka dengan cara melaung-laungkan kalimah jihad dan tahlil. Semua ini tidak lain, supaya kelihatannya seakan-akan islami. Walhal, mereka sebenarnya adalah pembuat dan penyebar kebatilan sebenar sebelum kebatilan yang mulanya itu sendiri berjaya mereka banteras!
Ini dapat dilihat apabila mereka pergi berdemonstrasi bersama-sama kaum kafir yang tidak kurang bencinya kepada Islam. Malah mereka mengajak sama kaum wanita dan anak-anak kecil untuk turut serta ke dalam adegan buruk mereka itu.
Berhati-hatilah, Adegan Demonstrasi Adalah Ideologi Yahudi
Berikut dinukil dari tulisan di blog sahabat saya, Saudara Safwan:
Kejadian terbunuhnya Utsman bin 'Affan radiallahu 'anhu dan timbulnya pemikiran Khawarij sangat erat hubungannya dengan demonstrasi. Kronologis kisah terbunuhnya Utsman radiallahu 'anhu adalah bermula dari isu-isu tentang fitnah yang dilontarkan kepada Khalifah Utsman yang disebarkan oleh seorang pendita Yahudi Abdullah bin Saba' di kalangan kaum muslimin.
Abdullah bin Saba' berpura-pura masuk Islam (munafik). Sedangkan kita telah sedia maklum bagaimana sikap Yahudi kerana Allah telah mengkhabarkan dengan firman-Nya:
Maksudnya: "Nescaya engkau akan dapati orang yang paling memusuhi (murka) kepada orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin." (Al-Maidah: 82)
Permusuhan kaum Yahudi bermula sejak berkembangnya Islam, seperti mengkhianati perjanjian mereka terhadap Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam, merendahkan kaum muslimin, mencerca ajaran Islam dan banyak lagi makar-makar (tipu helah) busuk mereka. Namun setelah Islam kuat, tersingkirlah mereka dari Madinah. (Lihat: Sirah Ibn Hisyam, juz 3, hal 191-199)
Pada zaman Abu Bakar dan Umar radiallahu 'anhuma, suara orang-orang Yahudi hampir hilang, bahkan Umar mengusir mereka dari Jazirah Arab sebagai merealisasikan perintah Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam yang pernah bersabda:
"Sungguh akan aku keluarkan orang-orang Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab sampai aku tidak sisakan padanya kecuali orang muslim." Juga sabda baginda: "Keluarkanlah orang-orang musyrikin dari Jazirah Arab." (Hadis riwayat Bukhari)
Ditahun-tahunterakhir kekhalifahan Utsman radiallahu 'anhu, diwaktu keadaan masyarakat mulai heterogen (kemasukan berbagai bangsa), banyak muallaf dan orang awam yang masih belum mendalam keimanan dan ilmunya, maka orang-orang Yahudi mula mengambil kesempatan untuk menyebarkan fitnah. Mereka berpenampilan sebagai muslim (tetapi munafik), antara mereka adalah Abdullah bin Saba' yang diberi gelaran Ibn Sauda'.
Abdullah bin Saba' berasal dari San'aa. Dialah yang menaburkan benih-benih fitnah di kalangan kaum muslimin agar mereka iri hati dan benci kepada Utsman radiallahu 'anhu. Sedangkan inti dari apa yang dia bawa adalah pemikiran-pemikiran peribadinya yang bernafaskan Yahudi. Contohnya adalah kisah yang batil tentang kewalian Ali radiallahu 'anhu. Dia berkata: "Sesungguhnya telah ada seribu nabi dan setiap nabi mempunyai wali. Sedangkan Ali adalah wali Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam." Kemudian dia berkata dan terus menabur fitnah: "Muhammad adalah penutup para nabi sedangkan Ali adalah penutup para wali."
Tatkala tertanam pemikiran ini dalam jiwa para pengikutnya, mulailah dia menerapkan tujuan utamanya iaitu melakukan pemberontakan terhadap kekhalifahan Utsman bin 'Affan radiallahu 'anhu. Maka dia melemparkan pernyataan pada masyarakat yang bunyinya: "Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang tidak layak mendapatkan wasiat Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam (kewalian rasul), kemudian dia melampaui wali Rasulullah (iaitu Ali) dan merampas urusan umat (pemerintahan)!!"
Setelah itu Abdullah bin Saba' terus mengeluarkan pembohongan (fitnah): "Sesungguhnya Utsman mengambil kewalian (pemerintahan) yang bukan haknya, sedangkan wali Rasulullah ini (Ali) ada (di kalangan kamu). Maka bangkitlah kamu dan bergeraklah. Mulailah untuk mencerca pegawai kamu, nempakkan amar makruf nahi mungkar. Nescaya manusia serentak bangun dan ajaklah mereka kepada perkara ini." (Lihat: Tarikh ar-Rasul, juz 4, hal 340, Ath-Thabari melalui Mawaqif)
Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah ini sama modelnya dengan amar makruf menurut Khawarij, iaitu keluar dari pemerintahan kemudian memberontak, memperingatkan kesalahan pemerintah di atas mimbar-mimbar, forum-forum awam dan demonstrasi-demonstrasi yang semua ini mengakibatkan timbulnya fitnah. Masalah pun bukan semakin reda, bahkan tambah menyala-nyala. Faktasejarah telah membuktikan hal ini. Amar makruf nahi mungkar ala Sabaiyah dan Khawarij ini mengakibatkan terbunuhnya Khalifah Utsman bin 'Affan radiallahu 'anhu. Peperangan sesama kaum muslimin dan terbukanya pintu fitnah berterusan dari zaman Khalifah Utsman sampai kezaman kekhalifahan Ali bin Abi Talib radiallahu 'anhu. (Lihat: Tahqiq Mawaqif ash-Shahabati fil Fitani min Riwayat al-Imam ath-Thabari wal Muhadditsin, juz 2, hal 342)
Sebenarnya amar makruf nahi mungkar yang mereka gembar-gemborkan hanyalah sebagai label dan perisai belaka tiada keikhlasan padanya. Buktinya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepada Utsman:
"Hai Utsman! Nanti sepeninggalanku Allah akan memakaikan pakaian padamu. Jika orang-orang ingin mencelakakanmu pada waktu malam (dalam riwayat lain): Orang-orang munafiq ingin melepaskannya, maka jangan engkau lepaskan. Baginda mengucapkannya tiga kali." (Hadis riwayat Musnad, juz 6, hal 75. Tirmizi dalam Sunan dan disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Sahih Sunan At-Tirmizi)
Syeikh Muhammad Amhazurn berkomentar: "Hadis ini menunjukkan dengan jelas bahawa orang Khawarij tidaklah menuntut keadilan dan kebenaran, akan tetapi mereka adalah kaum yang dihinggapi penyakit nafaq sehingga mereka bersembunyi di sebalik tabir syiar perdamaian dan aman makruf nahi mungkar. Tidak diketahui di satu zaman pun adanya suatu jamaah atau kelompok yang lebih berbahaya daripada orang-orang munafiq."
Inilah hakikat amar makruf nahi mungkar kaum Sabaiyah dan Khawarij. Alangkah serupanya kejadian dulu dan sekarang.
Di zaman ini ternyata ada Khawarij gaya baru, iaitu orang-orang yang mempunyai pemikiran Khawarij. Mereka menjadikan demonstrasi, tunjuk perasaan dan sebagainya alat dan metod dakwah serta jihad. Di antara tokoh-tokoh mereka adalah Abdul Rahman Abdul Khaliq, pengikut dan yang sefahaman dengannya yang mengatakan (dalam al-Fusul minas Siyasah asy-Syariah):
"Termasuk metod atau cara Nabi sallallahu 'alaihi wasallam dalam berdakwah adalah demonstrasi atau tunjuk perasaan." (Tamat Nukilah. Dari tulisan Zuhair Syarif, Demonstrasi Bukan Jihad Tapi Maksiat, link: http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/08/demonstrasi-bukan-jihad-tapi-maksiat.html)
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ: عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَتَتْبَعُنَّ سَنَنَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ شِبْرًا شِبْرًا وَذِرَاعًا بِذِرَاعٍ حَتَّى لَوْ دَخَلُوا جُحْرَ ضَبٍّ تَبِعْتُمُوهُمْ قُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى قَالَ فَمَنْ
Maksud: Dari Abi Sa’id al-Khudri, dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau berkata:
“Sesungguhnya daripada kamu akan benar-benar ada yang mengikuti jalan orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga sekiranya mereka masuk ke dalam lubang biawak pun kamu akan mengikutinya.”
Kami (para sahabat) bertanya:
“Wahai Rasulullah, adakah yang engkau maksudkan itu (jalan) Yahudi dan Nasara?”
Beliau menjawab:
“Siapa lagi (sekiranya bukan mereka)?” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shahih al-Bukhari, 22/298, no. 6775. (كِتَاب الِاعْتِصَامِ بِالْكِتَابِ وَالسُّنَّةِ))
Nasihatilah Pemimpin Dengan Baik
فَقَالَ عِيَاضُ بْنُ غَنْمٍ يَا هِشَامُ بْنَ حَكِيمٍ قَدْ سَمِعْنَا مَا سَمِعْتَ وَرَأَيْنَا مَا رَأَيْتَ أَوَلَمْ تَسْمَعْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلَا يُبْدِ لَهُ عَلَانِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُوَ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فَذَاكَ وَإِلَّا كَانَ قَدْ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ لَهُ
Maksud: Maka berkata ‘Iyadh B. Ghanm, wahai Hisyam bin Hakim, kami telah mendengar apa yang engkau dengar dan kami melihat apa yang engkau lihat, adakah engkau tidak (belum) mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Sesiapa yang mahu menasihati sultan (pemimpin) di dalam sesuatu urusan, janganlah dia melakukannya secara terang-terangan. Akan tetapi hendaklah dia mengambil tangan pemerintah tersebut dan ajaklah (nasihatilah) dia secara rahsia. Jika dia (pemimpin) menerima (nasihat) maka itulah yang diharapkan. Sekiranya dia tidak menerima (nasihat) maka sesungguhnya dia (pemberi nasihat) telah melaksanakan tanggungjawabnya. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 14792. Disahihkan oleh al-Albani, di dalam Zhilalil Jannah, (باب كيف نصيحة الرعية للولاة), no. 1096. Begitu juga di dalam Mu’amalatul Hukkam fi Dhauil Kitab was Sunnah, Syaikh Abdus Salam B. Barjas turut menjelaskan kesahihan hadis ini dengan membawakan beberapa jalan periwayatan dan penguat serta turut menukilkan pensahihan oleh al-Haitsami di dalam Majma’ az-Zawa’id, 5/229)
Berkenaan penjelasan seterusnya ini, silakan merujuk tulisan-tulisan saya sebelum ini berkenaan dengannya (adab bermu'amalah dengan pemerintah).
Sekian, Wallahu a'lam...
Wednesday, June 17, 2009
097 - Fatwa Ulama’ Sunnah tentang Demonstrasi
Fatwa Ulama’ Sunnah tentang Demonstrasi
http://bahaya-syirik.blogspot.com
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah menetapkan bahawa seseorang tidak boleh memberontak kepada pemerintah, membangkang, derhaka, menyebarkan ‘aibnya, sama ada melalui majalah, mimbar, rapat umum, atau selainnya, kerana perkara tersebut hanya akan menimbulkan kerosakan, menyebabkan masyarakat tidak lagi segan, hormat, dan cinta kepada pimpinannya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيْرِهِ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الجَمَاعَةَ شِبْرًا فَمَاتَ إِلَّا مَاتَ مَيْتَةً جَاهِلِيَّةً
“Sesiapa yang melihat sesuatu yang dia benci dari pemimpinnya, maka hendaknya dia bersabar dengannya, kerana sesiapa yang meninggalkan jama’ah walau sejengkal, lalu dia mati, maka dia akan mati seperti matinya orang jahiliyyah”. (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Sahih-nya (13/5), Muslim dalam Sahih-nya (3/1477), Ahmad dalam al-Musnad (1/275), dan lainnya)
Hadis ini menjelaskan bahawa seseorang tidak boleh derhaka kepada pemerintah, walaupun dalam perkara yang dianggap “remeh”, kerana yang remeh kadangkala menjadi besar, parah, dan gawat. Dari hadis ini, para ulama kita mengharamkan demonstrasi, kerana demonstrasi merupakan salah satu bentuk kederhakaan, dan pembangkangan kepada pemerintah yang dilarang keras oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Kerana banyaknya yang menyangka demonstrasi adalah perkara yang dibenarkan atau harus, maka dengan ini kami sampaikan fatwa-fatwa para ulama’ kaum muslimin dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang menjelaskan keharaman demonstrasi:
Fatwa Samahatusy Syaikh al-Imam ‘Abdul ‘Aziz Ibn Baz rahimahullah Ta’ala,
Beliau (rahimahullah) berkata, “Cara yang baik (tepat) merupakan sarana terbesar diterimanya kebenaran. Sedang cara yang keliru dan kasar merupakan sarana yang paling berbahaya ditolaknya dan tidak diterimanya kebenaran, atau hanya akan mengobarkan kekacauan, kezaliman, permusuhan, dan saling menyerang. Dikategorikan dalam permasalahan ini apa yang dikerjakan oleh sebahagian orang berupa demonstrasi yang menyebabkan keburukan yang banyak bagi para da’i. Maka berkonvoi (berarak) di jalan-jalan dan melaungkan teriakan bukanlah merupakan jalan untuk memperbaiki dan dakwah. Jadi, cara yang benar adalah dengan menziarahi (pemerintah), mengutuskan surat dengan cara yang lembut dan hikmah. Nasihatilah para pemimpin, pemerintah, dan ketua bahagian dengan kaedah seperti ini. Bukan dengan cara kekerasan dan demonstrasi. Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika tinggal di Makkah selama 13 tahun, baginda tidaklah pernah menggunakan demonstrasi dan berarak, serta tidak mengancam orang lain untuk menghancurkan harta-bendanya, dan membunuh mereka. Tidak ragu lagi, cara ini akan membahayakan dakwah dan para da’i, ia akan menghalangi tersebarnya dakwah, membuat para pemimpin akan memusuhinya dan melawannya dengan segala yang mungkin yang boleh dilakukannya. Mereka (para pelaku demo) menginginkan kebaikan dengan cara seperti tersebut, akan tetapi malah terjadi yang sebaliknya. Maka hendaknya seorang da’i ilallah menempuh jalannya para rasul dan pengikutnya, sekalipun memakan waktu yang panjang. Itu lebih utama dibandingkan perbuatan yang membahayakan dan mempersempit (ruang gerak) dakwah, atau langsung menyekatnya. Walaa haula walaa quwwata illa billah”. (Lihat Majallah al-Buhuts al-Islamiyyah, edisi ke-38, (hal.310))
Beliau (rahimahullah) pernah ditanya, “Adakah demonstrasi yang dilakukan oleh pemuda dan wanita melawan pemerintah boleh dianggap termasuk cabang dakwah? Adakah orang yang meninggal di dalamnya dianggap mati syahid?”
Maka beliau (rahimahullah) memberikan jawaban: “Saya tidak memandang demonstrasi yang dilakukan para kaum hawa dan juga oleh kaum Adam sebagai suatu bentuk jalan penyelesaian. Akan tetapi itu merupakan sebab timbulnya fitnah (baca: musibah), keburukan, menjadi sebab dizaliminya sebahagian orang, dan melampaui batas ke atas sebahagian orang tanpa haq. Akan tetapi, cara-cara yang syar’i (menasihati pemerintah) adalah dengan cara berutus surat, menasihatinya, dan mendakwahinya menuju kepada suatu kebaikan dengan cara damai. Demikianlah yang ditempuh para ulama’. Demikianlah para sahabat Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam dan para pengikut mereka dalam kebaikan. Cara mereka menasihati dengan mengirim surat dan berbicara langsung dengan orang yang bersalah, pemerintah, dan penguasa. Dengan cara menghubunginya, menasihatinya, dan menyuratinya, tanpa menyebarkan ‘aibnya di atas mimbar-mimbar dan tempat-tempat lainnya (dengan berteriak): “Pemerintah Fulan melakukan begini dan begini, lalu hasilnya begini dan begini!!”, Wallahul Musta’an”. (Semak Kaset: Muqtathofaat min Aqwaal Al-Ulama’)
Demonstrasi bukanlah uslub (cara) berdakwah yang benar. Bukan seperti yang dinyatakan oleh seorang da’i hizbi (yang bersifat kepuakan), Safar al-Hawaly. Dia berkata seperti di dalam kasetnya yang berjudul “Syarah al-Aqidah ath-Thohawiyyah” (no. 185), ”Sesungguhnya demonstrasi yang dilakukan oleh kaum wanita merupakan salah satu di antara uslub (cara) berdakwah dan membuahkan hasil”.
Senada dengan ini, A’idh al-Qarni berkata, “Demi Dzat Yang jiwaku ada di tangan-Nya, sungguh telah keluar di al-Jaza’ir dalam satu hari 700000 wanita muslimah yang berhijab menuntut ditegakkannya syari’at Allah”.
Ada pun Salman bin Fahd al-‘Audah, maka tidak jauh beza dengan kedua temannya tadi. Dia berkata sebagaiman di dalam kaset “Lin Nisaa’ Faqoth”, ”Sungguh kita telah mendengar di beberapa negara lain suatu berita yang menggembirakan adanya kembali (kesedaran) yang jujur (khususnya di kalangan pemudi) kepada Allah. Setiap orang dengar adanya demonstrasi lantang di al-Jaza’ir. Sedangkan pemimpinnya adalah sekelompok wanita. Jumlah mereka lebih dari ratusan ribu orang”.
Syaikh ‘Abdul Malik Ramadhani al-Jaza’iry hafizhahullah berkata ketika mengkritik kekeliruan tiga orang di atas, “Demi Allah, sesungguhnya perbuatan mereka ini benar-benar aneh! Tidaklah pernah dibayangkan sekiranya Jazirah Arab (setelah adanya dakwah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab) akan melahirkan orang-orang seperti mereka!? Apakah setelah kehidupan yang dihiasi dengan menjaga kehormatan yang dijaga oleh kaum muslimin Jazirah, akan datang Safar, Salman, dan al-Qarni ke hadapan para wanita untuk mengeluarkan mereka dari rumah kemuliaan mereka dengan memperbanyak jumlah dan kekuatan dengan para wanita!? Safar menjelaskan pengaruh yang dalam ketika keluarnya para wanita tersebut untuk berdemonstrasi, manakala al-Qarni menguatkannya dengan sumpah!! Sedang Salman membangkitkan semangat mereka agar tetap bersabar menghadapi kereta-kereta kebal. Sungguh, alangkah aneh agama!”. (Lihat: Madarik an-Nazhor (hal. 419-420), cet. Dar Sabiil al-Mu’minin)
Apa yang dinyatakan oleh tiga orang ini jelas salah, kerana menasihati pemerintah adalah dengan secara rahsia dan tersembunyi seperti menziarahinya, menyuratinya, menelefonnya, atau menghubunginya melalui temannya, atau seumpamanya, kerana dengan cara inilah merupakan prinsip dakwah Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ َأَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلا َيُبْدِ لَهُ عَلاَنِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُوْ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فََذَاكَ وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أَدَّى اَلَّذِيْ عَلَيْهِ لَهُمَنْ َأَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِسُلْطَانٍ بِأَمْرٍ فَلا َيُبْدِ لَهُ عَلاَنِيَةً وَلَكِنْ لِيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَيَخْلُوْ بِهِ فَإِنْ قَبِلَ مِنْهُ فََذَاكَ وَإِلاَّ كَانَ قَدْ أَدَّى اَلَّذِيْ عَلَيْهِ لَهُ
“Sesiapa yang ingin menasihati seseorang penguasa, maka janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah dia mengambil (memegang) tangannya, dan berduan dengannya. Jika ia terima, maka itulah (yang diharap). Jika tidak, maka dia telah melaksanakan keawajiban bagi dirinya”. (Hadis Riwayat Ibnu Abi ‘Ashim dalam as-Sunnah (1096). Syaikh al-Albany rahimahullah berkata di dalam Zhilal al-Jannah (hal.514), “Sanadnya sahih”)
Fauzy bin Abdillah al-Atsary hafizhahullah berkata, “Hadis ini menunjukkan bahawa nasihat kepada pemerintah dengan cara rahsia, bukan dengan cara terang-terangan, dan bukan pula memceritakan ‘aibnya di atas mimbar-mimbar, rapat umum, masjid-masjid, surat khabar, majalah dan selainnya sebagai suatu nasihat”. (Lihat: al-Ward al-Maqthuf (hal.66))
Fatwa Asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh al-‘Utsaimin rahimahullah,
Beliau rahimahullah Ta’ala ditanya: “Adakah perlakuan demonstrasi boleh dianggap sebagai sarana dakwah yang disyari’atkan?” Beliau menjawab, “Alhamdu lillahi Rabbil alamin wa Shallallahu ala Muhammad wa ala ‘alihi wa Shahbihi wa Sallam wa man tabi’ahum bi ihsan ilaa yaumiddin. Amma ba’du: Sesungguhnya demonstrasi merupakan perkara baru, tidaklah dikenal di zaman Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, dan para sahabatnya radhiyallahu anhum. Kemudian di dalamnya terdapat kekacauan dan huru-hara yang menjadikannya perkara terlarang, di mana di dalamnya terjadi pemecahan kaca-kaca, pintu-pintu, dan selainnya. Juga terjadi padanya ikhtilath (campur-baur) di antara lelaki dan wanita, orang tua dan anak muda, dan sejenisnya di antara kerosakan dan kemungkaran. Ada pun masalah tekanan ke atas pemerintah. Jika pemerintahnya muslim, maka cukuplah bagi mereka sebagai penasihat adalah Kitabullah Ta’ala, dan Sunnah Rasul Shallallahu alaihi wa Sallam. Ini adalah sesuatu yang terbaik dipraktikkan kepada seorang muslim. Jika pemerintahnya kafir, maka jelas mereka tidak akan memperhatikan para peserta demonstrasi. Pemerintah tersebut akan “bermanis muka” di depan mereka, sementara itu hanyalah merupakan keburukan yang tersembunyi di batin mereka. Kerananya, kami memandang bahawa demonstrasi merupakan perkara mungkar!! Ada pun alasan mereka: “Demonstrasi ini dilakukan dengan”. Memang terkadang aman di awalnya atau pertama kalinya, lalu kemudian berubah menjadi merosak. Saya nasihatkan kepada para pemuda supaya mereka mahu mengikuti jalannya Salaf. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memuji para sahabat Muhajirin dan Anshor, serta juga orang-orang yang mengikuti mereka dalam kebaikan”. (Lihat al-Jawab al-Abhar(hal.75) karya Fu’ad Siroj)
Fatwa Fadhilah asy-Syaikh al-Allamah Sholeh bin Ghoshun rahimahullah
Fadhilah asy-Syaikh al-‘Allamah Sholeh bin Ghoshun rahimahullah berkata, “Menjadi seorang da’i, hendaklah orang yang memerintahkan (mengajak kepada) kebaikan, dan melarang dari kemungkaran, wajib baginya untuk menghiasi dirinya dengan kesabaran, mengharapkan pahala dan ganjaran (di sisi Allah), menanggung segala sesuatu yang ia perdengarkan (sampaikan) atau terkadang ia dicemoh di dalam dakwahnya. Ada pun seorang da’i yang menempuh cara kekerasan, atau dia (wal’iyadzu billah) menempuh cara dengan menyakiti manusia, mengganggu orang (masyarakat), atau menempuh (menggunakan) cara perselisihan dan pertengkaran, dan memecah-belah kesatuan. Ini merupakan perkara-perkara syaitan. Ia adalah prinsip dakwah Khawarij. Inilah prinsip dakwah Khawarij!! Iaitu mereka yang mengingkari kemungkaran dengan senjata, mengingkari sesuatu perkara yang mereka anggap tidak boleh dan menyelisihi keyakinan mereka dengan cara peperangan, menumpahkan darah, mengkafirkan orang, dan beberapa perkara lain. Maka bezakanlah di antara dakwah para sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan Salafush Sholeh dengan dakwah para Khawarij dan orang yang menempuh manhaj (jalan hidup) mereka, dan menjalani jalan mereka. Dakwahnya para sahabat dengan cara hikmah, nasihat, menjelaskan kebenaran, dengan penuh kesabaran, dengan berhias kesabaran, dan dengan tujuan mencari pahala dan ganjaran. Sedangkan dakwah Khawarij dengan cara membunuh manusia, menumpahkan darah mereka, mengkafirkan mereka, memecah-belah kesatuan, dan merobek-robek barisan kaum muslimin. Ini adalah perbuatan-perbuatan keji dan bid’ah. Sewajarnya orang-orang yang mengajak kepada perkara-perkara seperti ini dijauhkan (dipulaukan) dan dijauhi, diburuk-sangkai. Mereka itu telah memecah-belah kesatuan kaum muslimin. Padahal penyatuan (perpaduan) itu adalah merupakan rahmat, manakala perpecahan merupakan sengsara dan adzab (wal’iyaadzu billah). Sekiranya suatu penduduk negara di atas kebaikan, bersatu di atas satu kata, niscaya mereka akan memiliki karisma dan kewibawaan. Akan tetapi penduduk negara kita sekarang telah menjadi berkelompok-kelompok (berpecah-belah) dan terkotak-kotak (huru-hara). Mereka telah sobek (kacau-bilau), berselisih, musuh dari kalangan mereka masuk ke tengah-tengah mereka, dari sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lainnya. Ini merupakan cara bid’ah, dan keji. Merupakan jalan seperti yang telah berlalu keterangannya, datang dari orang-orang yang mahu memecah-belah kesatuan, dan orang-orang yang telah membunuh Amirul Mukminin Ali radhiyallahu anhu dan orang-orang yang bersama beliau dari kalangan sahabat, peserta bai’at ar-Ridhwan. Mereka telah membunuh beliau, sedangkan mereka menginginkan “kebaikan”!! Sedangkan mereka itu adalah pemimpin kerosakan, pemimpin bid’ah, dan pemimpin perpecahan. Mereka itulah yang memecah-belah persatuan kaum muslimin, dan melemahkan barisan kaum muslimin. Demikian juga sehingga orang-orang yang berpendapat bolehnya, mengadaptasi, dan menganggapnya baik. Maka orang seperti ini buruk aqidahnya, dan wajib dijauhi. Aku tahu (wa’iyaadzu billah) bahawa ada seorang yang disiapkan untuk membahayakan ummatnya dan teman-teman majlisnya, serta orang-orang yang ada di sekitarnya. Nasihat yang haq, hendaklah seseorang muslim menjadi seseorang yang bekerja, membangun, mengajak kepada kebaikan, dan mencari kebaikan sebenar-benarnya. Dia harus mengucapkan kebenaran, berdakwah dengan cara yang benar dan lembut, berbaik sangka terhadap saudaranya, serta mengetahui bahawa kesempurnaan merupakan sesuatu yang sukar diraih, bahawasanya yang ma’sum adalah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan sekiranya para pemerintah tersebut hilang/pergi, maka tidak akan datang orang yang lebih baik dibandingkan mereka. Sekiranya semua orang yang ada hilang/pergi, sama saja di antara mereka ada pemerintah, pihak yang bertanggung-jawab, atau para penuntut, atau rakyat. Andaikan ini semuanya pergi/hilang (rakyat negara mana saja), niscaya akan datang pemimpin yang lebih buruk darinya!! Kerana tidak akan datang suatu masa melainkan yang berikutnya lebih buruk. Jadi, sesiapa yang menginginkan (memaksa) supaya orang-orang tertentu itu mencapai kepada darjat kesempurnaan, atau menjadi orang-orang yang ma’sum dari segala kesalahan dan keburukan. Orang (yang berpemikiran) seperti ini adalah orang sesat. Mereka ini adalah orang-orang Khawarij. Mereka inilah yang memecah-belah perpaduan manusia dan menyakiti mereka. Ini merupakan tujuan orang-orang yang memusuhi Ahlus Sunnah wal Jama’ah dengan kepelbagaian bentuk bid’ah dari kelompok orang-orang Rafidhah (Syi’ah), Khawarij, Mu’tazilah, dan seluruh jenis pelaku keburukan dan bid’ah”. (Lihat: Majallah Safinah an-Najaah, edisi 2, Januari 1997 M)
Inilah beberapa fatwa ulama’ besar di zaman ini. Semuanya sepakat mengharamkan demonstrasi, kerana menimbulkan kerosakan di dalam segala aspek kehidupan, sama ada secara langsung atau tidak. Fakta yang ada di hadapan anda telah membuktikan bahawa demonstrasi menyebabkan banyak kerosakan. Dasarnya, demonstrasi adalah haram di dalam Islam, sama ada demonstrasinya dalam bentuk damai tidak menimbulkan rusuhan di ketika demonstrasi, apalagi yang disertai kekasaran, dan sesuatu yang memancing emosi, serta merendahkan kewibawaan pemerintah.
Sumber: Buletin Jum’at Al-Atsariyyah edisi 26 Tahun I. Penerbit: Pustaka Ibnu Abbas. Alamat: Pesantren Tanwirus Sunnah, Jl. Bonto Te’ne No. 58, Kel. Borong Loe, Kec. Bonto Marannu, Gowa-Sulsel. HP: 08124173512 (a/n Ust. Abu Fa’izah). Pimpinan Redaksi/Penanggung Jawab: Ust. Abu Fa’izah Abdul Qadir al-Atsary, Lc. Dewan Redaksi: Santri Ma’had Tanwirus Sunnah – Gowa. Editor/Pengasuh: Ust. Abu Fa’izah Abdul Qadir al-Atsary, Lc. Layout: Abu Muhammad Mulyadi.
Tuesday, June 16, 2009
096 - Syaikh Su’aiyyid bin Hulaiyyil Al-Umar Berkata Tentang Adegan DEMONSTRASI?
Syaikh Su’aiyyid bin Hulaiyyil Al-Umar Berkata Tentang Adegan DEMONSTRASI?
Oleh: Syaikh Su’aiyyid bin Hulaiyyil Al-Umar
Segala puji bagi Allah yang telah mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk memenangkannya di atas segenap agama, dan cukuplah Allah sebagai saksi. Semoga selawat serta salam atas Nabi kita Muhammad, pengembang ajaran yang bersih dan murni, demikian juga atas keluarga, para sahabat dan pengikutnya, serta siapa saja yang mengikuti dan berpegang teguh kepada ajaran baginda sehingga hari kiamat . Amma ba’du.
Di dalam al-Qur’an, Allah memerintahkan kita supaya menetapi jalan petunjuk yang lurus dengan firman-Nya.
“Dan bahawa (yang kami perintahkan ini) adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah Dia, dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan yang lain itu mencerai-beraikan kamu dari jalannya, yang demikian itu diperintahkan Allah supaya kamu bertaqwa” (Surah al-An’am, 6: 153)
Allah melarang kita menyelisihi ajaran Nabi-Nya dengan firman-Nya (maksudnya):
“Hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab yang pedih” (Surah an-Nuur, 24: 63)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memperingatkan kita melalui sabdanya (maksudnya):
“Sesungguhnya, segsiapa sahaja di antara kamu yang hidup setelahku, pasti akan melihat perselisihan yang banyak, maka wajib ke atas kamu untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al-Khulafa ar-Rasyidin yang telah diberi petunjuk sepeninggalku.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi dan Abu Dawud, sahih)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengkhabarkan di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari jalur ‘Aisyah bahawa sesiapa sahaja yang mencari-cari perkataan (dalil) yang samar, pasti dia akan tergelincir, iaitu ketika baginda bersabda, “Jika kamu, melihat orang-orang yang mencari-cari dalil-dalil yang samar, maka merekalah orang-orang yang telah disebut oleh Allah, sehingga hendaklah kamu berhati-hati dari mereka”, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga memperingatkan dengan keras dari ulama yang mengajak kepada kesesatan melalui sabdanya (maksudnya):
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu (agama) dari manusia sekaligus, akan tetapi Allah mencabut ilmu (agama) dengan cara mewafatkan para ulama, sehingga tidak tersisa seorang ulama pun, sehingga manusia akan mengangkat para pemimpin yang bodoh (dalam ilmu agama). Ketika para pemimpin yang bodoh tersebut ditanya, maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan”.
Pada lafaz al-Bukhari:
“Maka mereka berfatwa mengikut kesesuaian akal fikiran mereka”
Betapa banyak orang-orang seperti ini di zaman kita, suatu zaman yang segala urusan di dalamnya bercampur aduk serta samar-samar bagi orang yang ilmunya sedikit, sehingga mereka mengikuti hawa nafsu majoriti manusia, sama ada di dalam kebenaran mahu pun kebatilan, kemudian takut mengungkapkan kebenaran, kerana menyelisihi pendapat masyarakat umum dan mereka lebih memilih pendapat majoriti manusia, lebih-lebih lagi di zaman yang kacau-bilau dan serba global ini di mana komunikasi begitu mudah dan cepat, maka muncul dan suburlah slogan-slogan jahiliyyah seperti laungan demokrasi, liberal, hak-hak wanita, hak asasi manusia (HAM), persamaan gender (jantina) dan yang semisalnya.
Ini semua diterima oleh orang-orang yang hatinya menyimpang atau yang telah dididik oleh barat, kemudian ditulis di akhar-akhbar dan disebarkan melalui media masa, kesannya begitu kuat, sehingga disangka oleh masyarakat, bahawa itu semua merupakan sebuah kebenaran, padahal ini merupakan kebatilan yang sangat buruk. Di antara slogan bodoh yang muncul adalah demonstrasi, pencetusnya adalah orang-orang kafir, mereka adalah orang-orang yang tidak menghiraukan dalil dan tidak menggunakan akal. Kemudian penyakit ini berpindah ke negeri-negeri kaum muslimin melalui pendidikan barat. Kita mengetahui bahawa api fitnah, bid’ah dan slogan jahiliyyah muncul di ketika jumlah para ulama sedikit, dan akan padam kembali apinya ketika para ulama itu ramai dan didengari suaranya.
Sesungguhnya Allah telah menjaga negeri al-Haramain (Makkah dan Madinah) dari pelbagai fitnah dan kejahatan yang besar serta bid’ah, berkat dari anugerah Allah, kemudian kerana adanya kumpulan para ulama rabbaniyyin yang tidak takut dengan celaan manusia ketika membela agama Allah, setiap kali tanduk bid’ah muncul, maka mereka segera menumpaskannya, begitu pula setiap kali leher ahlul bid’ah terangkat, maka mereka segera menundukkannya dengan ilmu syari’at, penjelasan ilahi, sunnah Nabi dan atsar para Salaf. Sama sekali, saya tidak menyangka akan muncul generasi al-Haramain yang mengajak kepada slogan jahiliyyah ini, sehingga akhirnya benar-benar muncul. Dan kita yakin, bahawa mereka terpengaruh dengan orang-orang luar, atau mereka berfatwa tanpa dasar ilmu.
Maka ada yang bertanya:
Apa hukum siri adegan-adegan demonstrasi ini?
Jawab:
Demonstrasi adalah bid’ah dengan ditinjau dari beberapa sudut.
Pertama,
Demonstrasi ini digunakan untuk menolong agama Allah, dan meninggikan darjat kaum muslimin, lebih-lebih lagi di wilayah-wilayah (negara) Islam. Dengan demikian, menurut pelakunya, demonstrasi merupakan ibadah, sebahagian dari jihad. Sedangkan kita telah memahami, bahawa hukum asal ibadah adalah terlarang, melainkan jika ada dalil yang memerintahkannya. Dari sudut ini, demonstrasi merupakan bid’ah dan perkara yang diada-adakan di dalam agama. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):
“Sesiapa sahaja yang memulakan (melakukan) ajaran baru dalam agama ini dan bukan termasuk sebahagian darinya maka ia akan tertolak.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim (Muttafaqun Alaih))
Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim secara mu’allaq,
“Siapa sahaja yang melakukan suatu amalan yang tidak kami perintahkan, maka amalan tersebut tertolak”.
Kedua,
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam terkena fitnah dan ujian para sahabat sepeninggalan baginda juga begitu, seperti peperangan dengan orang-orang murtad, tidak ketinggalan pula umat baginda selama berabad-abad juga diuji. Akan tetapi mereka semua tidak berdemonstrasi berarak ke sana ke mari dengan laungan suara-suara protes. Jika demonstrasi itu baik, sudah tentu mereka akan mendahului kita untuk melakukannya.
Ketiga,
Sebahagian dari mereka menisbatkan demonstrasi kepada Umar bin al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu, dan ini sama sekali tidak benar, kerana kesahihan riwayatnya tidak diakui oleh para ulama. Maka penisbatan demonstrasi kepada Umar merupakan kedustaan di atas nama beliau si pembeza antara haq dan batil (al-Faruq) radhiyallahu ‘anhu yang masuk Islam terang-terangan dan berhijrah di siang hari.
Keempat,
Di dalam demonstrasi mengandungi ciri-ciri tasyabbuh (penyerupaan) dengan orang-orang kafir, padahal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya),
“Sesiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongan mereka.” (Hadis Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang hasan)
Ini kerana demonstrasi tidak dikenal di dalam sejarah kaum muslimin kecuali setelah mereka bercampur baur dengan orang-orang kafir.
Kelima,
Demonstrasi secara umum tidak boleh digunakan untuk membela kebenaran dan tidak boleh digunakan untuk mengugurkan kebatilan. Terbukti, seluruh dunia berdemonstrasi untuk menghentikan kezaliman Yahudi di Palestin, apakah kebiadaban Yahudi berhenti? Atau apakah kejahatan mereka semakin menjadi-jadi kerana melihat permohonan tolong orang-orang lemah?!! Jika ada orang yang mengatakan: “Demonstrasi merupakan usah untuk ke arah amar ma’ruf dan nahi mungkar”. Maka kita katakan: “Kemungkaran tidak boleh diingkari dengan kemungkaran yang semisalnya”. Kerana kemungkaran tidak akan diingkari kecuali oleh orang yang mampu membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, sehingga dia akan mengingkari kemungkaran tersebut di atas dasar ilmu dan pengetahuan. Tidak mungkin kemungkaran boleh diingkari dengan cara seperti ini.
Keenam,
Termasuk misi rahsia sekaligus segi negative demonstrasi adalah, bahawa demonstrasi merupakan alat dan penyebab hilangnya semangat ummat, kerana ketika mereka keluar, berteriak-teriak dan berkeliling di jalanan, maka mereka kembali ke rumah-rumah mereka dengan keletihan dan kepenatan. Padahal, yang wajib bagi mereka adalah menggunakan semangat tersebut untuk taat kepada Allah, mempelajari ilmu yang bermanfaat, berdo’a dan mempersiapkan diri untuk menghadapi musuh, sebagai bentuk pengamalan firman Allah.
“Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).” (Surah al-Anfaal, 8: 60)
Ketujuh,
Di dalam demonstrasi tersimpan kemungkaran yang begitu banyak, seperti keluarnya wanita (turut serta berdemonstrasi, padahal seharusnya dilindungi di dalam rumah, bukan dijadikan alat), demikian juga anak-anak kecil, serta adanya ikhtilath, bersentuhannya kulit dengan kulit, berdua-duan antara laki-laki dan perempuan, ditambah lagi hiasan berupa celaan, umpatan keji, perkataan yang tidak beradab? Ini semua menunjukkan keharaman demonstrasi.
Kelapan,
Islam memberikan prinsip, bahawa segala sesuatu yang kerosakannya lebih banyak dari kebaikannya, maka dihukumi haram. Mungkin saja demonstrasi memberi kesan kepada turunnya harga barang-barang, akan tetapi kerosakannya lebih banyak dari kemaslahatannya, lebih-lebih lagi jika berkitan dengan agama dan membela tempat-tempat suci.
Kesembilan,
Demonstrasi, terkandung di dalamnya kemurkaan Allah dan juga merupakan protes terhadap takdir, kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda. “Jika Allah mencintai suatu kaum, maka Allah akan menguji mereka. Jika mereka ridha, maka mereka akan diridhai oleh Allah. Jika mereka marah, maka Allah juga marah kepada mereka”. Sebelum perang Badr, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam beristighatsah (memohon pertolongan di waktu genting) kepada Allah. “(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan-Nya bagimu:
"Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut” (Surah al-Anfaal, 8: 9)
Baginda juga merendahkan diri kepada-Nya sehingga selendang baginda terjatuh, Baginda memerintahkan para sahabat untuk bersabar menghadapi siksaan kaum musyrikin. Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya sama sekali tidak pernah mengajak berdemonstrasi padahal keamanan mereka digoncang, mereka disiksa dan dizalimi. Maka, demonstrasi bertentangan dengan anjuran kesabaran yang diperintahkan oleh Allah ketika menghadapi kezaliman para penguasa, dan ketika terjadi tragedi dan musibah.
Kesepuluh,
Demonstrasi merupakan kunci yang akan menyeret pelakunya untuk memberontak terhadap para penguasa, padahal kita dilarang melakukan pemberontakan dengan cara tidak membangkang kepada mereka. Betapa banyak demonstrasi yang membawa suatu negara ke lembah kehancuran, sehingga timbullah pertumpahan darah, pencabulan hak serta kehormatan dan harta benda serta tersebarlah kerosakan yang begitu luas.
Kesebelas,
Demonstasi menjadikan masyarakat jahil, wanita dan orang-orang yang kafir memberi pendapat, sehingga mungkin tuntutan mereka dipenuhi walau pun merugikan majoriti masyarakat, sehingga dalam perkara yang besar dan memberi ruang kepada orang-orang yang bukan ahlinya untuk turut-serta memberi pendapat. Bahkan orang-orang bodoh, jahat dan kaum wanita merekalah yang banyak mengobarkan api demonstrasi, dan mereka yang memprovokasi media dan massa!
Kedua belas,
Para pengobar demonstrasi tidak kisah terhadap siapa saja yang turut serta berdemonstrasi bersama mereka, walau pun dia seorang pencela sahabat Nabi (Syi’ah), orang-orang yang mencari berkah dari kubur-kuburan (sufi/tarekat yang ekstrim) bahkan walau pun orang-orang musyrik, sehingga akan kita dapati seorang yang berdemonstrasi dengan mengangkat al-Qur’an, disampingnya mengangkat salib (Nasrani), yang lain membawa bintang Dawud (Yahudi), dengan demikian maka demonstrasi merupakan platform bagi setiap orang yang menyimpang, kafir dan ahli bid’ah.
Ketiga belas,
Hakikat para pendemonstrasi adalah orang-orang yang hidup di dunia menyebarkan kerosakan, mereka membunuh, merampas, membakar, menzalimi jiwa dan harta benda. Sehingga ada seorang pencuri menyatakan: Sesungguhnya kami gembira jika banyak demonstrasi, kerana hasil curian dan rampasan menjadi banyak bersamaan dengan berjalannya para pendemonstrasi!.Lihatlah kepada sejarah. Siapakah yang membunuh khalifah rasul, Uthman ibn al-Affan? Siapakah yang telah menebarkan fitnah? Siapakah yang telah menghancurkan perpaduan ummat Islam? Siapakah yang telah menyebabkan berlakunya perang saudara dalam Islam? Renunglah kepada sejarah... Para pendemostrasi dari Mesir, Basrah yang telah menimbulkan fitnah ini...
Kempat belas,
Para pendemostrasi hakikatnya, menghantarkan jiwa mereka menuju pembunuhan dan siksaan, berdasarkan firman-Nya.
“Dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu” (Surah an-Nisaa’, 4: 29)
Kerana pasti akan terjadi pententangan di antara para pendemonstrasi dan petugas keamanan, sehingga mereka akan disakiti dan dihina, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda,
“Seorang mukmin tidak boleh menghinakan dirinya. Baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ditanya: Bagaimana seorang mukmin menghinakan dirinya? Baginda menjelaskan: “(Yakni) dia menanggung bencana di luar batas kemampuannya.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, hasan)
Sebagai penutup, saya memohon kepada Allah supaya menampakkan kepada kita, yang benar itu benar, dan memudahkan kita untuk mengikutinya. Demikian juga, semoga Allah melindungi kita dari fitnah yang nampak mahu pun yang tersembunyi, serta mengampuni dosa-dosa kita, kedua orang tua dan para ulama kita. Tidak lupa pula semoga Allah memberikan taufiq-Nya kepada para pemerintah kaum muslimin supaya mereka memberikan yang terbaik bagi negeri dan rakyat mereka, dan lebih dari itu semoga Allah menolong para pemerintah muslim tersebut untuk berhukum dengan al-Qur’an dan Sunnah Nabi-Nya. Amin... Semoga Allah memberikan selawat dan salam-Nya kepada Nabi kita Muhammad, beserta keluarganya.
[Majalah Al-Asholah edisi-38, halaman 76-80. Diterjemahkan oleh Imam Wahyudi Lc][Disalin dari majalah Adz-Dzkhiirah Al-Islamiyyah Vol 5 No. 5 Edisi 29-Rabiuts Tsani 1428H, Penerbit Ma’had Ali Al-Irsyad As-Salafy Surabaya. Jl. Sidotopo Kidul No. 51 Surabaya]

Subscribe to:
Posts (Atom)