__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sunday, June 22, 2008

064 - Fatwa-Fatwa Dangkal Dari Mulut PAS Dan Pendukungnya!!!

Fatwa-Fatwa Dangkal Dari Mulut PAS Dan Pendukungnya!!!

---@@@---

Marilah kita sama-sama perhatikan statement-statement di bawah berikut ini, terpulanglah kepada kita untuk memuhasabah diri masing-masing (terutamanya buat pendukung-pendukung PAS),

1 – PAS Mendakwa: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan calon-calon DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2 – PAS Mendakwa: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3 – PAS Mendakwa: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi...”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan mereka menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carslberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. PAS marahkan UMNO atau marahkan kemungkaran?

Dato' Dr.Hasan Ali menyatakan PAS tidak pernah berjanji nak hapuskan kilang arak dan judi. Beliau juga mencabar sesiapa dapat buktikan pemimpin PAS pernah membuat janji sedemikian. (Utusan m.s 15, 27 Mei 08)

4 - PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi’.

5 – PAS Mendakwa: Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Mahathir bukan Pak Lah”.

6 - Ketika Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7 - Ketika Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan pelbagai lagi tuduhan, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8 – PAS Mendakwa: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9 – PAS Mendakwa: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA...

10 – PAS Mendakwa: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah Mendakwa: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

11 – PAS Mendakwa: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

12 – PAS Mendakwa: UMNO mungkar sebab benarkan geng-geng libaral yang menghina Islam menulis dalam surat khabar seperti Astora Jabat, SIS dan lain-lain.

KEMUDIANNYA..

Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan.

13 - Amanat Hadi kata: Menentang UMNO adalah jihad dan jika mati syahid sebab UMNO tak pakai undang Islam memerintah.

KEMUDIANNYA..

PAS perintah Kelantan dah 18 tahun, Terengganu 4 tahun dan sekarang Kedah, Perak dan Selangor, dan sekarang kata undang-undang hudud bukan keutamaan PAS. Apakah jika menentang PAS sekarang adalah jihad dan syahid?

14 – PAS Mendakwa: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara

KEMUDIANNYA..

PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

15 – PAS Mendakwa: “Tidak boleh berkerjasama dengan UMNO sebab UMNO tolak Islam”

KEMUDIANNYA..

PAS kerjasama dengan DAP yang selalu dok kata: “Kami menentang negara Islam” (Kit Siang). Bahkan PAS Perak kata: “Kerjasama dalam kerajaan bersama DAP, lebih mulia dari berkerjasama dengan UMNO”.

16 – PAS Mendakwa: “UMNO tak layak mengaku nak Islam sebab UMNO tidak mempunyai ciri-ciri Islam yang sepatutnya”

KEMUDIANNYA..

PAS sekarang berkempen meng-war-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

17 – PAS Mendakwa: “UMNO tidak mahu cegah mungkar masa memerintah”

KEMUDIANNYA..

PAS hanya mendiamkan diri dengan berbagai pusat-pusat mungkar yang ada di Perak, Selangor dan Kedah.

18 – PAS Mendakwa: “Tidak boleh wujudkan jemaah Islam yang lain selain PAS yang merupakan jemaah pertama di Malaya. Mereka yang wujud itu adalah penentang gerakan Islam” (Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib).

KEMUDIANNYA..

PAS meredai kewujudan parti-parti lain seperti PKR, Semangat 46, bahkan berkerjasama dengan begitu erat dengan mereka. Kanapa boleh? Kenapa tak suruh masuk PAS saja?

19 - Semasa berkerjasama dengan Parti Semangat 46: PAS memuji-muji Tengku Razali, Rais Yatim dengan pujian yang sakan tentang kebijaksanaan mereka. Bahkan PAS bertakbir dalam majlis mereka.

KEMUDIANNYA..

PAS mengutuk mereka semua dan mentohmah dengan pelbagai tohmahan. Sedangkan dulu puji sakan dan berlebih-lebihan. Mereka memang asal dari UMNO, adakah PAS lupa? Apakah selepas ini PAS juga akan mengutuk PKR dan DAP jika kerja sama itu gagal?

20 – PAS Mendakwa: Tidak boleh berpakat, atau cenderung hati dengan orang kafir yang menentang Islam. Itu boleh batal Islam

KEMUDIANNYA..

PAS menerusi PKR berbaik-baik dengan pemimpin HINDRAF yang menentang keistimewaan Islam dalam negara ini. Bahkan PAS kata: “Kita tidak berminat menentang Hindraf, itu hak mereka untuk berdemonstrasi” (Harakah)

21 PAS kata haram menyertai UMNO atau tolong UMNO sebab dasar mereka tak Islam.

KEMUDIANNYA..

PAS tak marah pula orang sertai PKR dan DAP, bahkan PAS tolong mereka supaya menang dalam PRU ke-12.

---@@@---

Kembali-lah kita kepada kalam yang benar, tinggalkan perkataan dan prinsip-prinsip yang batil!!!

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,

“Dan (ingatlah) ketika Allah mengikat perjanjian dengan orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu): Kamu hendaklah menerangkan isi al-Kitab itu kepada manusia dan jangan kamu menyembunyikannya.” (Ali Imran, 3: 187)

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan (yang jelas) dan petunjuk, setelah Kami menerangkannya kepada manusia dalam Al Kitab, mereka itu dila'nati Allah dan dila'nati (pula) oleh semua (mahluk) yang dapat mela'nati” (al-Baqarah, 2: 159)

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.” (ash-Shaff, 61: 2-3)

Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi was Sallam bahawa,

““Dibawa seorang lelaki pada hari Kiamat lalu dicampakkan ke dalam api Neraka sehingga terburai usus-usus perutnya, lalu dia berpusing-pusing di dalamnya umpama seekor himar (keldai) yang sedang berpusing di batu kisarannya”.

Penghuni Neraka mengerumuninya seraya bertanya: “Hai sifulan! Apa yang telah terjadi kepada kamu, bukankah dahulu kamu yang menyuruh kami supaya berbuat kebaikan dan melarang kami daripada melakukan kemungkaran?”

Beliau menjawab: “Sungguh aku menyuruh kamu berbuat kebaikan tetapi aku sendiri tidak mengamalkannya, dan sungguh aku melarang kamu daripada kemungkaran tetapi aku sendiri melakukannya”.” (Hadis Riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no. 2989)

“Barangsiapa yang tidak mahu meninggalkan perkataan dusta dan beramal dengannya, maka Allah tidak memerlukan kepada puasanya...” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 4/16)

103 comments:

forumer said...

Assalaamu'alaikum w.b.t....

1 - Haji Hadi Awang sndr tidak pernah mengatakan UMNO kafir, dia cuma mengkiaskan perjuangan orang kafir macam mana, dia hanya KIAS, itu pengajaran seorang USTAZ atau TUK GURU , anda mesti faham. Sudah ternyata perkara pertama dalam tulisan awak telah membuat fitnah, na'uzubillah. Awak sndr tiak kenal Tuk Guru Haji Hadi , macam mana awak boleh hentam dia? Awak pernah pergi dengar dia mengajar ke?

Dan saya akui, pada tahun2 itu dulu banyak sangat kesilapan PAS, saya sndr masa tu masih tidak menyokong PAS langsung dan tidak suka mereka. Tetapi itu sudah lama, dan sudah berlainan sekali dengan sekarang. Manusia boleh berubah.

Masa dulu ramai pengikut2 fanatik PAS yang terlalu fanatik/ta'asub, itu lah boleh keluar macam2 kata tu.

Propaganda terhadap PAS sama lah propaganda terhadap ISLAM oleh media barat. Dalammedia2 utama selalu menceritakan keburukan PAS yang rata2 adalah FITNAH semata, itu adalah brainwash, mind control, sama macam barat buat terhadap ISLAM. semoga kita tidak terpengaruh sangat dengan media2 utama, mereka bukan maksum, dan setiap berita telah ditapis oleh EDITOR yang mana mereka adalah orang kerajaan!


2 - Maksud HARAM pangkah org kafir tu, HARAM pangkah orang yang nak memperjuangkan sistem2 barat, tetapi kalau ada org bukan ISLAM sokong perjuangan ISLAM, apa salahnya. HUKUM HUDUD hanya dapat dilaksanakan kalau PAS daapt memerintah MALAYSIA, kalau setakat jadi kerajaan negeri mana kerajaan pusat bagi, itu salah dari segi undang2 diorg. Anda hendak menyuruh PAS engkar dengan undang2 kerajaan ke? Anda sendiri mengatakan tidak boleh tentang kerajaan, kenapa anda nampak sepeti mahu menyuruh menentang kerajaan?

PAS tidak tentang, tetapi berusaha mengikut undang2 dan pilihanraya (sistem Syura).

3 - Tentang kilang arak judi, saya rasa itu kerana kerajaan pusat still UMNO. Dah masa kerajaan UMNO la kilang2 tu didirikan, bukan masa PAS, cuba anda gunakan AKAL yang waras. Skrg kerajaan pusat siapa yang pegang? Dr Hassan Ali mungkin mahu ambil hati orang bukan ISLAM. Anda tidak tahu ke kita mesti jaga hati orang bukan ISLAM, tetapi ada kaedah2nya.


4 - Saya tidak tahu awak ambik fakta ni dari mana, yang saya tahu kandang2 babi tu dari masa BN lagi dan BN la yang membelanya. Dan anda pun tahu kerajaan PUSAT still lg BN, kita lihat nanti kalau BN sudah tidak jadi kerajaan pusat lagi macam mana.

5 - Tentang PAS kata mahathir Firaun dulu, bukan PAS yang kata, itu segelintir penceramah PAS yang kata. Saya juga tidak bersetuju dengan mereka waktu tu. Itu patut la ditegur. Cuma apa yang saya nak kata, itu hanya kesalahan segelintir penceramah, bukan agenda utama PAS tu. Dan mana ada manusia yang tidak buat silap skrg? Semua buat silap, tetapi kita nilai lah yang mana mahu memperjuangkan ISLAM betul2? Yang mana bercita2 utk menegakkan HUKUM HUDUD Di malaysia?

Saya dah banyak kali tulis, mmg perjuangan ISLAM mula2 adalah AQIDAH. tetapi di Malaysia ni dah berapa lama MERDEKA? Aqidah kit amakin ok ke makin tak ok?? Tak nampak ke lagi yang murtad saja dah beratus ribu orang?? Masih nak membisu lagi pasal tu?? Awak nak suruh kerajaan kita tanggung dosa banyak lagi ke? Kita skrg bukan suruh benci kerajaan, tetapi kesian kat mereka juga, kesian kat rakyat semua. Sekali datang bala, semua akan kena, harap anda fahami dengan hati kecil anda.

Sudah lama benar BN diberi peluang, tetapi aqidah makin teruk, den ini lah jalannya kita kena laksanakan apa yg nabi pernah buat dulu, iaitu merampas kuasa. Awak tidak nampak ke asalnya mEkah tu di bawah pemerintahan pembesar2 quraisy yang kebanyakannya PAGAN? Kalau kuasa pemerintahan tak dirampas, macam mana nak tegakkan HUDUD? Macam mana nak jadikan contoh kepada kita tentanag HUDUD? Fikir2kan dan belajarlah dari sejarah terutamanya sejarah ISLAM.

6 - Tentang Anwar tu saya pasti, itu semua adalah kata2 org2 fanatik PAS dulu, dan itu bukan moto utama PAS pun, maka tidak perlu diperbesarkan. Kullu bani Adam khotto'uun, wa khoirul khotto'iin attawwabiin.

7 - Tentang tuduhan seks tu yang berkata2 itu ada bukti. Tidak seperti tuduhan ke atas Anwar yang sampai cerah tidak ada bukti. Dan saksi2 Awnar dulu itu juga tidak lulus secara Islamik sebenarnya . Wallahu a'lam

8 - Nak tutup pusat judi tu mungkin perlukan masa. Lagi pun di Kedah ramai yang bukan Islam. Yang pentingnya, haramkan orang Islam dari bertandang ke pusat judi itu. Dan HUDUD mana boleh dilaksanakan selagi kerajaan pusat tidak boleh diambil alih lagi.

9 - bersekongkol dengan perjuangan bukan kerana Islam sememangnya tidak baik. tetapi jika mereka bersetuju dengan perjuangan PAS, maka apa salahnya? Orang kafir ada Harbi dan zimmi, adakah anda mahu hukum semua orang kafir sebagai HARBI? Kita bukan sezalim itu.

10 - PAS Kedah Mendakwa: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

Macam mana nak laksanakan HUDUD selagi pusat tidak boleh diambil alih?

11 - tentang kuil2 di batu caves tu saya tidak tahu :)

12 - Harakah benarkan Raja Petra yang selalu mempertikaikan Islam menulis dalamnya. Hanya kerana Raja Petra menghentam kerajaan. <-- saya pun tidka pasti tentang ini

13 - Hukum HUDUD tetap keutamaan PAS, cuma secara perlahan2, daripada tidak buat langsung dah merdeka 50 tahun lebih oleh BN

14 - Tentang duit koperasi tu saya tak tahu, manusia biasa lah kalau dah nampak wang gelap biji mata. Ttp yang sedikit dlam PAS tu awak nampak, wang berbillion2 yang dah digelapkan oleh pemimpin2 BN awak tak nampak ke? :D

forumer said...

15 - PAs bekerjasama dengan DAP pun ada bahayanya. tetapi itu tujuan untuk meraih undi, kerana BN juga gunakan MCA dan MIC. Cina2 majoritinya semua kita tidak boleh percaya, kerana kerajaan cina singapura pun ada agenda untuk merampas Malaysia. Negara China sendiri ada kaitan dengan Illuminati, ini dah topik lain dah ni, mungkin anda boleh baca kat blog hikmatun berkenaan Illuminati ni.

16 - Lim Guan Eng berjanji akan peluk Islam selepas ayah dia mati. Kita tunggu dan lihat nanti. Kalau ada orang bukan Islam menyatakan hasrat mahu memeluk Islam, anda tidak suka ke?

17 - Macam mana PAS mah bertindak selagi pusat BN pegang?? Fikir lah logik wahai saudaraku. Undang2 yang kerajaan negeri boleh berkuasa ok la, tp banyaknya di bawah kuasa pusat jugak.

18 - Maksud Harun taib tu JEMAAH yang memperjuangkan ISLAM. Sila baca dengan teliti kenyataannya.

19 - Pasal kutuk puji tu bukan semua orang PAS begitu. Itu hanya sebahagian yang tidak beretika. Saya sendiri tidak menyetujui perangai2 mudah mengutuk dan menghina orang lain dan merasa diri sendiri sahaja yang betul. Kita manusia, mesti menerima kesilapan kita juga! Jangan sekali2 rasa kita ini maksum!

20 - Awak mahu menentang HINDRAF ke? Silakan? Mana baik ajak berbincang dengan elok atau ajak berperang?> Fikir2kan sendiri .......

21 - Saya tak nampak pun orang seperti Ismail Kamus, Dr Harun Din, Datuk Ishak Baharum, Tuan Guru Nik Aziz, Hai Abdul Hadi, kata secara direct HARAM masuk UMNO, aatau pn kafir dsbnya. tetapi kiasan2 yang diucapkan bererti jangan kita perjuangkan sistem yang selain ISLAM. Kalau dah UMNO perjuangkan sistem selain ISLAM, den siapa makan lada dia rasa pedas laa.


Kesimpulan : Mana ada manusia yang tidak buat silap. Dan jika anda seorang ISLAM, apakah sistem yang terbaik yang anda tahu? Maka kita compare la BN dengan PAS, mana satu yang betul2 nak perjuangkan ISLAM. Kita dah merdeka (merdeka pada nama jer) selama 50 tahun lebih dah tetapi masih tidak dapat dapat melaksanakan walaupun sedikit dari HUKUM HUDUD terutama dalam bab jenayah, macam mana negara mahu aman dan tenteram??

Hanya HUKUM HUDUD yang dapat menjamin kebahagiaan dan ketenteraman manusia. Sekarang jenayah berleluasa, dadah merata ceruk kampung ada, pecah rumah, ragut, sumbang mahram dan macam2 lagi, awak sanggup tengok semua tu terbiar lagi? Nak harapkan HUKUM SEKULAR dan HUKUM2 lain menyelesaikannnya?? Jangan bermimpi lah, ALLAH yang mencipta kita, maka hukum2nya sahaja yang sesuai dengan kehidupan kita secara GLOBAL.

Malaysia masih mempunyai pengaruh BRITISH, dan semua negara bekas jajahannya dipengaruhinya. Idea2 dari Illuminati yang mahu menegakkan pemerintahan IBLIS di muka bumi ini semakin kuat. Jika kita sendri sebagai org ISLAM tidak mahu berjuang kerana agama kita, nak harapkan George Bush datang bantu kita ke? REnung2 dan fikir2kan lah.

Semua buat silap, tetapi kita nilaikan lah, jemaah mana yang sekurang2nya bercita2 untuk menegakkan kembali HUKUM HUDUD di Malaysia ini yang telah ditegakkan di zaman kegemilangan kerajaan Melaka dulu, Sebab itu hasil bumi Malaysia makmur sampai sekarang!

Nak harapkan BN tegakkan HUKUM HUDUD? Hehe awak yakin ke? Maaf andai ada terkasar bahasa, bukan berkasar cuma bertegas! Wallahu a'lam :)

forumer said...

Untuk pengetahuan awak Ice Age, Antz, Bug's Life, Toys Story, Lion King adalah antara filem2 yang dipengaruhi oleh ILLUMINATI, utk brainwash dan ctrl fikiran anak2 muda. Harap kita tidak meminati cerita2 sebegitu, kerana ianya nampak indah, tetapi ada udang di sebalik maggie yg juga bahaya tu :)

forumer said...

Bahaya fikiran macam awak ni, belajar dengan buku then buat kesimpulan sendiri, merasa hebat. Bahaya ni bro, awak sepatutnya bermuzakarah dengan orang lain dan mendalami Islam dengan sebetulnya dulu. Bukan main jumpa dari kitab dan terus berhujjah tanpa dasar dan hujjah yanag kukuh.

Kita orang Islam, mesti berjemaah dan ada perbincangan antara jemaah, bukan kaji sorang2 , buat kesimpulan sorang2, dan kemudiannya memburukkan jemaah2 ISLAM, umpama awak lebih hebat dari ULAMAK2 yang ada dalam jemaah tu, astaghfirullah. Dan yang sedih lagi, awak merendah2kan dan memburukkan ramai ULAMAK , haaiizzz, semoga ALLAh bagi petunjuk yang benar pada awak, amiin

Nawawi Bin Subandi said...

wah! memang betul2 fanatik PAS nampaknya...

Aznan said...

Assalamualaikum...

boleh saya tahu apa sebenarnya matlamat anda tulis perkara2 tersebut...

Jazakallah...

one_ummah90 said...

saya skg forumer...sudahlah,ayuh bersatu

SFR said...

Assalamualaikum...:) salam ikhlas penuh ukhuwwah...

it's not a good job nawawi..banyak perkara yang anda sendiri tidak pasti dan tidak sahih atau sekadar mendapat maklumat yg "gitu"2 aje...tetapi anda menulisnya dengan GAH sekali...hmmmm...

sy petik dari kesimpulan en nawawi:
"Kembali-lah kita kepada kalam yang benar, tinggalkan perkataan dan prinsip-prinsip yang batil!!!"...dan seterusnya....

terima kasih atas teguran dan peringatan...tetapi jika anda berniat untuk memperjuangkan dan mendaulatkan Islam dan memerangi kebatilan.....anda sepatutnya bersikap adil. tetapi ternyata anda hanya bermotif POLiTIK semata.....Jika benar ingin perjuangkan Islam...perjuangkan betul2 !!!...bukan melalui cara menfitnah...

huhuhu...jap eh bersambung lagi...nak hantar adik pi keje....:P

SFR said...

sambungan...
:) banyak yg mr forumer dah komen balas...tapi sy nak sentuh sket..

isi 3:“Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi...”

ulasan: mungkar kerana memberi dan mengeluarkan lesen untuk depa beroperasi...ada faham??..dan sekarang apabila pakatan rakyat yg disertai PAS pegang...tiada lesen baru lagi dikeluarkan...ada faham??lesen yang sedia ada kalau tetibe berlagak nak tarik balik dan nak hapuskan.. bukan ke menimbulkan kemarahan dan ketidakpercayaan??? ada fikir??kenelah berstrategi... jadi maklumat anda dapat tidak menyeluruh...baru dapat sket dah tulis macam2...tolonglah..jgn sekat perjuangan untuk menegakkan islam tapi bantulah..dan bersama-samalah... :)...


isi 8 dan 10:tentang hudud

ulasan: cube anda carik jawapan kenapa kelantan tak dapat laksanakan hukum hudud..dan secara tak langsung jawapan tersebut adalah jawapan bayangan untuk 5 negeri yg lain...

Untuk pengetahuan, Dewan Pemuda Pas Pusat dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang ....

mende ni makan masalah en nawawi oii!! melainkan kerajaan pusat..tapi kalau kerajaan pusatpun still perlu makan masa sbb perlu didik atau maklumkan pada rakyat ttg perlaksanaan hudud ini...bukan terus menerus je main buat..semua kene berperingkat...seperti hikmahnya penurunan Al-QURAN ( PErlembagaan seluruh umat manusia akhir zaman)

tetapi apa yg kita lihat kerajaan pusat bukannya berusaha menegakkan undang2 Islam tetapi menakut2 kan rakyat dengan hukuman tersebut...langsung tiada usaha ke arah itu....cam mano den nak kato laie?? kasi fikir sendri...


isi 11: kuil batu caves...??? hmmmm

ulasan: hmmm cam tak pernah dengar je kes nih? yang sy pasti..pas tak halang rakyat untuk beragama...



huhuhu bersambung lagi eh...nak pi keje plak..hehe..

MalayMind said...

Isu asas disini ialah kenapa PAS mencerca, menghina dan melabelkan UMNO itu tidak Islamik walhal keadaan yang sama dilakukan, walaupun setelah mereka mendapat kuasa?

Contohnya isu hudud. Kenapa tidak diperjelaskan dengan betul dari awal yang mengatakan ia memerlukan masa untuk dilakukan dan memerlukan rakyat itu dididik sebelum dilaksanakan?

Melainkan apa yang PAS buat ialah mencerca UMNO kerana masih tidak melaksanakan hukum hudud.

Dan sekarang, setelah memegang kerajaan selama 18 tahun di Kelantan, adakah PAS berusaha untuk mendidik rakyat Kelantan berkenaan hudud?

Sama sahaja seperti UMNO.

Jadi, kenapa perlu UMNO dicerca?

Rakyat perlu faham, perlaksanaan Islam bukannya mudah di negara berbilang kaum ini.

Kalaupun PAS memerintah Malaysia, kata bukan mudah dikota.

Kalau sekarang, kononnya berlembut dengan bukan Islam kerana mahukan sokongan mereka. Agak andalah, nanti dah menang Malaysia sudah tak perlukah sokongan bukan Islam?

Sekarang pun sudah lembut dan menjadi rasional seperti UMNO, nanti janganlah cerita lagi.

Kita semua adalah orang Islam, yang berbeza cuma cara kita.

Brother Nawawi said...

So, apa bezanya UMNO dengan PAS.

Nampaknya, Anda sebagai "Org PAS" sendiri pun secara tak sengaja dan kerana cuba membela PAS, sedarkah anda bahawa anda telah menyamakan sifat (atau tindakan) PAS dengan UMNO.

So???

Kalaulah benar anda membawa Islam, maka, mana Islamya?

Brother Nawawi said...

Mungkinkah nanti apabila "Pakatan pembangkang" menguasai M'sia, org2 PAS sekali lagi akan berbolak-balik bahawa, kita skrg bersama-sama dengan PKR & DAP...

Jadinya, kita perlulah bertoleransi dan meraikan mereka juga...

So, akhirnya, Islam yg anda impikan tetap tidak ke mana. Sekali lagi, apa bezanya dengan UMNO?

Mungkin tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa, UMNO lebih relevan dan jujur berbanding PAS. Kerana umno tidak mbawa isu agama, so, tidak timbul umno memperalatkan umno utk survival politik mereka.

Berbeza dengan PAS kutuk sana dan kutuk sini... Cakap sana & cakap sini... semuanya dengan memperalatakan atas nama agama (Islam)... namun???

Anda fikirlah sendiri...

ini baru bercakap persoalan luaran dan kulit. we talk about ur designed cover.

Belum cakap tentang isi dan tunjang ruas lagi! Isu syi'ah, aqidah, bid'ah, syirik, dan pelbagai lagi yang bersarang dalam PAS tu...

- Nawawi

Brother Nawawi said...

Pembetulan:

Mungkin tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa, UMNO lebih relevan dan jujur berbanding PAS. Kerana umno tidak mbawa isu agama, so, tidak timbul umno memperalatkan agama utk survival politik mereka.

Berbeza dengan PAS kutuk sana dan kutuk sini... Cakap sana & cakap sini... semuanya dengan memperalatakan atas nama agama (Islam)... namun???

Anda fikirlah sendiri...

- Nawawi

forumer said...

Salaam semuaa

Malaymind berkata : Dan sekarang, setelah memegang kerajaan selama 18 tahun di Kelantan, adakah PAS berusaha untuk mendidik rakyat Kelantan berkenaan hudud?

--> Tahukah anda bahawa kita skrg terikat dengan undang2 BRITISH?? LAw of enactment? British dh brainwash rakyat kita dah laam mana. Maka undang2 skrg kata, kalau Kelantan laksana hudud maka itu ibarat menentang kerajaan dan boleh dkenakan hukuman.

Saya nak tanya anda, boleh kah kita menderhaka kepada pemimpin??? Maka anda mahu kerajaan kelantan menderhaka kah? Selama ni PAS ikut undang2, ikut pilihanraya dan sebagainya. Tak ada lagi Haji Abd Hadi kata ,

- ayuh mari semua kita pergi bakar rumah Pak Lah!

- ayuh, mari kita lawan POLIS!

Dan macam2 lagi yg boleh direka. tetapi PAS mengeluarkan hujjah2 demi menyuruh buat baik dan melarang kemungkaran! So mcm mana nak laksanakan HUDUD di kelantan selagi kerajaan pusat belum dapat diambil alih?

InsyaALLAH, x lama lagi pakata rakyat akan ambil alih teraju pemerintahan Malaysia, masa tu kita tengok la sndr, adakah PAS akan berusaha dengan sebaik mungkin utk laksanakan HUDUD atau tidak.

Dan HUDUD tidak mustahil boleh dilaksanakan, kerana ianya hanya WAJIB kepada umat ISLAM, umat agama lain boleh PILIH, nanti insyaALLAH, ISLAM akan jadi role model satu SISTEM HIDUP yg terbaik, yang mana ALLAH S.w.t pencipta kita yang rangka, INSYAALLAH. Yakin lah dengan ALLAH, kita hidup tak lama kat dunia ni, bila2 masa boleh mati.

:)

forumer said...

Bro Nawi mengatakan : "Mungkin tidak keterlaluan jika saya menyatakan bahawa, UMNO lebih relevan dan jujur berbanding PAS. Kerana umno tidak mbawa isu agama, so, tidak timbul umno memperalatkan agama utk survival politik mereka."

--> UMNO relevan yer? hehe . Terlebih dahulu mari saya bagi tahu tentang guna AGAMA kerana dunia atau guna dunia kerana AGAMA.

Saya harap kita dapat nilai mana yg guna agama skrg, (Islam HADHARI) bid'ah paling besar dalam sejarah tu.

Saya bagi contoh kalau kita berniaga. Kalau kita guna agama, maka kita jual ayat Quran, kita putar belit agama demi dapat keuntungan, dsbnya, itu guna agama.

Tetapi kalau kita berniaga kita elakkan dari yg haram, kita elak dari makan riba, kita tak menipu orang, kita tak rampas hak orang, kita pesan memesan kepada kebaikan, dsbnya, itu maknanya kita bekerja kerana AGAMA, kerana ALLAH. Saya harap kita tidak keliru, mana yang guna agama dan mana yang bekerja kerana AGAMA.

UMNO jujur yaa?? UMNO la yang buatkan ramai cikgu2 di sekolah x berani bersuara, sila tegur kerajaan sikit kena tukar sekolah, tukar ke pendalaman, wanita yg ada suami pn kena tukar ke pendalaman. Aman ke begitu? Adil ke begitu?

UMNO jujur yaa, sepatutnya kerajaan menegur anak2 muda agar tak berhibur banyak sangat, mcm konsert2 tu, hiburan tanpa batasan, itu tanggungjawab ayah (kerajaan) utk menegur anaknya (rakyat). tetap ikerajaan bukan mahu menegur, tetapi pergi bertepuk tangan sama2. -- > memang la, nnt dapat lg banyak undi, dapat penyokong, mereka akan sayangkan kerajaan, tetapi sayangkan dalam membuat maksiat, na'uzubillah.

UMNO relevan yerr? Kalau relevan x akan jadi penipuan dalam harta rakyat, penipuan semasa pilihanraya, dengan macam2 nya termasuk pengundi hantu, pengundi POS (panjang sangat kalau nak cerita tentang ni). Lagi penipuan dalam penggunaan MEDIA MASSA, dengan berita2 palsu tentang PAS di rancangan2 televisyen, putar belit ucapan2 pemimpin PAS, penipuan dalam akhbar2 tempatan dan macam2 lagi.

Tiada agenda langsung tentang HUDUD dalam UMNO itu yg sedihnya, padahal dah 50 tahun lebih jadi kerajaan PUSAT. Nanti jika PAS pun tidak laksanakan HUDUD jika sudah lama menjadi kerajaan PUSAT, maka PAS pun sama la!! Tetapi masa itu baru kita dapat berkata2, sekarang kita hanya bercakap kosong, menda x berlaku pun lagi. Dah nyata dah , dalam UMNO HUDUD x ada agenda, macam mana nak amankan dunia yang sedang semakin huru-hara ini?

Ingatlah, kerajaan Melaka dulu dah amalkan HUDUD, sebb tu Malaysia makmur sampai skrg, den lepas kedatangan BRITISH, mereka brainwash kita. Tengok lah didikan dari UMNO (anak emas British) sekarang, org ISLAM sendiri yang takutkan HUDUD, orang ISLAM sndr tak pandai solat, orang ISlam dah beratus ribu MURTAD! dan mcm2 perkara lagi, lelaki dah maca perempuan dan perempuan dah nak jadi lelaki.

Keadaan skrg ni pun kira alhamdulillah dah , pasal ada PAS yg menegur kemungkaran selama ini, maka UMNO pun ambil langkah hati2 jugak. maka depa buat la perkara2 Islamik kerana nak jaga pangkat dan periuk nasi depa. Sampai sanggup bikin Islam Hadhari. Katakan lah kalau PAS tak ditakdirkan aktif selama ni, wallahu a'lam saya tak tahu la apa akan jadi kat Malaysia kita tercinta ni.

Marilah sama2 kita berada di pihak yang mahu berusaha untuk menegakkan HUKUM ALLAH di muka bumi ini. HUKUM ALLAH adalah wajib, jika solat 5 waktu anda tidak berani nak mengubahnya menjadi 7 atau 8 kali sehari, jika HAJI anda tidak berani menukarnya ke Amerika ke, jika kahwin anda taat agar lelaki tidak kawen lebih dari 4, tetapi mengapa UNDANG2, PERATURAN, anda ambil undang2 BRITISH dan sanggup tolak UNDANG2 ALLAH??? Na'uubillah

Ingatlah, HUKUM ALLAH bukan utk menyusahkan , tetapi for peace and justice. Media barat yang putar belitkan, takut2kan manusia dengan undang2 ISLAM. Pada hal ianya berlawanan sama sekali.

Sayangilah diri, keluarga, dan semua muslim dan makhluk ALLAH. Tiada sistem hidup yg terbaik melainkan HUKUm HUDUD, that is THE MOST GREATEST LAW on earth! The LAW from THE CREATOR. Wallahu a'lam


“Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya.” (al-Haj: 30)

Nabi S.a.w juga bersabda yang bermaksud, “Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “. Hadith Riwayat Ibnu Majah


“Hanyasanya ucapan kaum mu’minin, apabila mereka diseru kepada jalan Allah dan RasulNya untuk memberikan hukum di antara mereka itu ialah mereka itu mengucapkan: “Kita semua mendengarkan dan mentaati.” Mereka itu adalah orang-orang yang berbahagia.” (an-Nur: 51)

"Tetapi tidak, demi Tuhanmu. Mereka belum sebenarnya beriman sebelum mereka meminta keputusan kepadamu perkara-perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak menaruh keberatan dalam hatinya terhadap putusan yang engkau berikan itu dan mereka menyerah dengan penyerahan yang bulat-bulat." (an-Nisa': 65)

Maksudnya : “Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah Yuusuf, ayat 40)



“(Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-perkara agama mereka sebagai hiburan yang melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala kemewahannya dan kelazatannya)”.

(Surah Al-A‘raf: 51)

forumer said...

Sikit lg saya nak tambah. Saya masih ingat lg ceramah2 UMNO dekat pilihanraya baru2 ni, dah maca x ada HUJJAH, duk kutuk haji abd hadi dengan kata haji abd hadi mandi dalam kolam yg buat air wudhuk la, duk kata haji abd hadi x nak salam ngan org UMNO la, dan macam2, padahal fitnah belaka.

Dan hingga yang sanggup kata pakai serban dan jubbah tu , abu lahab pun pakai katanya. Nampak sangat memperlekehkan Jubah dan serban. Memang la jubah dan serban tidak menentukan keimanan seseorang, tetapi kita tidak patut memperlekehkan pakaian SUNNAH tu, na'uzubillah. Dan mcm2 lagi kutukan yang dah x ada point nak bercakap.

Maka saya kembali kepaada kata2 Nawi yang kata PAS kutuk sana kutk sini. Sebenarnya UMNO pun kutuk sana kutuk sini jugak, dalam hal ni 2 kali 5 je sebenarnya.

Cuma kita sebagai org Islam, mari lah kita pergi kepada yg lagi penting, iaitu masalah asas. Jangan tumpu kepada AQIDAH semata2 kerana Islam tidak berdiri atas AQIDAH semata2. Islam tidak boleh main pakai i;tiqad dan niat semata, tetapi mesti disertai dengan PERBUATAN dan AKHLAQ.

Maka Islam terdiri dari AQIDAH, SYARIAH / Feqah (termasuklah HUDUD), dan AKHLAK. Maka jangan lah kita buang dan perlekehkan jemaah yang mahu perjuangkan ketiga2 perkara besar itu. HUKUM ALLAH kita tidak boleh perlekehkan, buruk padahnya nnt, na'uzubillah. Fikir-fikirkan dan renung2 kan lah ya ayyuhal ikhwah semua. Ana sayang anda semua, baarokallahu lakum, wa taqabbalallahu minkum solehul a'maaal. Wallahu a'lam :)

Brother Nawawi said...

“Dan barangsiapa yang mengagungkan peraturan-peraturan suci dari Allah, maka itulah yang terbaik baginya di sisi Tuhannya.” (al-Haj: 30)

Nampaknya org2 PAS ni dah mula ikut rentak UMNO. kerana ketandusan hujjah. Dia putar balik dengan cari sebanyak mana kesalahan umno utk tutup kesalahan2 mereka.

Benarkah PAS mentarbiyah rakyat? wallahu a'lam... harap2nya tarbiyah lah dengan betul dan ilmu yang sahih, dan bukan ilmu amal2 yg bid'ah dan ilmu2 yang diputar belit atas dasar bencikan pemerintah.

Tp, peliklah, dalam dua tiga menjak ni saya tgk artikel2 Ustaz Nik Aziz... cakap pasal ilmu kasyaf!... pastu siap boleh Syarahkan ayat taurat pulak tu... ntah rujukan mana agaknya yg dia guna kan tu...

Orang yang beragama dengan bid'ah itu lebih buruk dan sesat lagi berbanding org yang bermaksiat.

Kerana maksiat itu kerosakannya kpd dirinya. Tetapi, bid'ah itu adalah merosakkan agama, dan apabila agama sesat, org lain pun akan sesat.

Berapa banyak kesyirikan2 yang terdapat dalam PAS? Dengan produk jualan air jampinya, produk selawat syifa'-nya, kuliah caci makinya, kuliah takfirnya (yg mcm shahrir long tu...), Bid'ah-nya, sifat khawarijnya, demontrasinya (sistem yahudi), akhabr harakahnya yang penuh dengan penyelewengan puja syi'ah-nya, puja aurad muhammadiyah yang dah difatwakan sesatnya... (semua saya ada bukti... sebahagiannya telah dipaparkan dalam blog ini)

Saya tidak bercakap atas tiket UMno ok.. so, kita bcakap atas dasar prinsip dan manhaj Islam. Tp, skrg saya nak kritik PAS. So, org PAS kenalah berhujjah dengan dalil. & bukan berhujjah dengan menutup kesalahan atas cara membawa kesalahan umno.

Atas sebab PAS berjuang yang kononnya guna nama Islam, sebab tu saya nak kritik habis2san... Selagi guna nama Islam, tapi hanya menggunakan demi survival politik mereka, maka selagi itu saya akan kritik.

oh ye, jgn haraplah DAP akan redha dengan hudud ala PAS... sedangkan azan pun diorang tak suka...

oh ye... hukum Allah tu apa? bukankah hukum Allah yang paling besar adalah dakwah at-Tauhid, mengajak meninggalkan syirik. Tp pelik, entah berapa byk ntah syirik dalam PAS yang dibiarkan. Semua telah saya bawakan dalam blog ini juga...

- Nawawi
http://an-nawawi.blogspot.com

Nawawi Bin Subandi said...
This comment has been removed by the author.
Nawawi Bin Subandi said...

Sedikit tambahan,

Anwar tolak negara islam - http://www.youtube.com/watch?v=BV608QDYgAQ

Lim Kiat Siang Tolak Negara Islam - http://www.youtube.com/watch?v=QqDLaYr-o0c

Perkara2 seperti ini akan kami dedahkan satu persatu...

forumer said...

Assalaamu'alaikum w.b.t... Bagu s lah anda mahu mendedahkan semua yg anda sangka buruk itu, semoga anda diberi keberkatan di dalamnya.

Saya pun akui banyak perkara buruk dalam PAS. Kerana saya akui manusia dan tak lari buat silap, dan x campur lagi fitnah2 yang dilemparkan yang memburukkan nama seseorang manusia dan pihak.

Anda perlu faham apa itu HUKUM HUDUD, As Siasah dalam Islam. Ianya bukan semata2 dakwah TAUHID tetapi merangkumi semua, dan asasnya sememangnya TAUHID ila ALLAH.

Perkara2 buruk dalam akhbar HARAKAH, kerana ramai wartawan dalam HARAKAH bukannya ULAMAK, dan ULAMAK pun tidak memaksa siapa2, maklum lah banyak perkara kena fikir, dan saya pasti ada nasihat2 yanag dibuat dalam jemaah itu.

Apa yg saya tengok kat kampung2 sekarang ini, PAS mengadakan USRAH, adakan tempat2 Tafsir Quran, tempat hafiz Quran, dan itu la antara agenda2 utama PAS, UTK mentarbiyah orang. Saya sendiri secara peribadi tidak suka sangat akhbar HARAKAH, kerana terlalu tidak bertapis dan terlalu lantang sangat. Tetapi saya tidak nafikan juga banyak juga yang baiknya.

Kita tengok saja lah nanti Nawi lepas PKR ambik alih Malaysia ni, dah x lama dah insyaALLAH, masa tu la kayu ukurnya. Selagi MEDIA dikuasai oleh pihak BN, selagi itu lah pelbagai propaganda dikeluarkan, hehe

Tentang bid'ah , saya tahu ada juga dilakukan dalam PAS. tetapi kalau bandingkan UMNO dengan PAS, lagi banyak bid'ah dalam UMNO dari dulu lagi dah, dalam pelbagai majlis dan amalan. Dan yang terbesar dia pernah buat adalah ISLAM HADHARI. Sya dengar ISLAM HADHARI pun saya dah gementar dalam hati, kerana pernah dengar ada hadith yang mengatakan ada bid'ah yang besar di akhir zaman, dan RAMAI MANUSIA YANG AKAN MENGIKUTINYA.

Maafkan andai ada salah silap, saya hanya berhujjah dari pihak saya dan melaksanakan tanggungjawab saya, orang nak dengar atau tidak itu dia punya cerita hehe. Dan semoga ALLAH mengampuni kita semua. Perselisihan faham adalah satu rahmat, asalkan jangan bercerai berai dan bermusuhan, semoga kita diampuni oleh ALLAH semua, amiin. Wallahu a'lam :)

forumer said...

Nawi kata "Benarkah PAS mentarbiyah rakyat? wallahu a'lam... harap2nya tarbiyah lah dengan betul dan ilmu yang sahih, dan bukan ilmu amal2 yg bid'ah dan ilmu2 yang diputar belit atas dasar bencikan pemerintah."

-- > Saya sendiri tidak bencikan pemerintah, tetapi sayangkan mereka kerana tanggungjawab mereka sangat berat dan banyak kena soal nnt, saya ni pn x terjawab dah soalan2 nanti rasanya, aduusss

Mereka juga adalah saudara2 saya, dan saya sayangkan saudara2 muslim dan mukmin saya. Apa2 pn manusia akan terus tidak dapat bersatu selagi HUKUM HUDUD tidak tertegak. Hidu kita perlu ada satu SISTEM, dan tiada sistem lain melainkan sistem ISLAM. Kita sudah lama dipengaruhi oleh BRITISH dan kuncu2nya, agenda ILLUMINATI, semoga kita semua dapat bersatu dan mempersiap sedia diri kita menghadapi musuh kepada seluruh agama yang mahu takluk dunia tak lama lagi, dan mahu menegakkan pemerintaha LUCIFER di dunia ini.

Kita sesama ISLAM bercakaran, musuh akan ambil kesempatan, ini lah yang terjadi di negara2 Timur Tengah pada dulu nya, kerana masing3 keras kepala dengan EGO masing2.

Berhati2 lah dengan agenda musuh2 ISLAM terhadap kita. Agenda DAJJAL sudah menular ke serata dunia sekarang. Jangan tunggu dia keluar dan jenguk depan muka pintu rumah kita baru kita nak sedar. Kerana pengaruhnya sudah dari dulu lagi. semoga kita mendapat rahmat dan berkat ALLAH semuanyaa, amiiiin

Kenali pasukan Dajjal

forumer said...

Haa satu yg kelakar

Nawi kata : "Nampaknya org2 PAS ni dah mula ikut rentak UMNO. kerana ketandusan hujjah. Dia putar balik dengan cari sebanyak mana kesalahan umno utk tutup kesalahan2 mereka."

--> Encik Nawi sendiri tidak mencari2 kesalahan PAS ke?? hehe . Maaf lah saje gurau, wassalaamu'alaikum w.b.t.... :)

Ila lliqo' insyaALLAH, jika masih ada umur dan kesempatan .......

Nawawi Bin Subandi said...

anda tulis, Assalaamu'alaikum w.b.t...

saya jawab, wa 'alaikumussalam....

Izinkan saya jawab anda (forumer), secara point;

1 - Forumer kata:

Anda perlu faham apa itu HUKUM HUDUD, As Siasah dalam Islam. Ianya bukan semata2 dakwah TAUHID tetapi merangkumi semua, dan asasnya sememangnya TAUHID ila ALLAH.

Perkara2 buruk dalam akhbar HARAKAH, kerana ramai wartawan dalam HARAKAH bukannya ULAMAK, dan ULAMAK pun tidak memaksa siapa2, maklum lah banyak perkara kena fikir, dan saya pasti ada nasihat2 yanag dibuat dalam jemaah itu.

al-Jawab,

- Dakwah yang tiada pantau ulama, dan pengisian yang betul, itu namanya bukan dakwah. Tapi dakwah yang seat lagi menyesatkan.

2 - Forumer kata:

Tentang bid'ah , saya tahu ada juga dilakukan dalam PAS. tetapi kalau bandingkan UMNO dengan PAS, lagi banyak bid'ah dalam UMNO dari dulu lagi dah, dalam pelbagai majlis dan amalan. Dan

yang terbesar dia pernah buat adalah ISLAM HADHARI. Sya dengar ISLAM HADHARI pun saya dah gementar dalam hati, kerana pernah dengar ada hadith yang mengatakan ada bid'ah yang besar di akhir zaman, dan RAMAI MANUSIA YANG AKAN MENGIKUTINYA.

al-Jawab,

sekali lagi mahu saya katakan, jgn lah awak tutup kesalahan PAS dengan m-highlight kesalahan UMNO. ini hanya akan menampakkan lagi kedangkalan prinsip anda dalam bpegang kepada al-Haq.

3 - Saya katakan,

Bid'ah dalam PAS sangat bahaya kerana ditopengkan dengan agama, berbanding dengan bid'ah dalam UMNO yang kita pun tahu. Bid'ah terbesar adalah bid'ah penyimpangan dalam tauhid.

Dalam PAS mengandungi rasionalis, syi'ah, khawarij, muktazilah, qadariyah, murjiah, sufi, tarekat, malah lebih menyedihkan, kafir pun ada, ;ebih teruk lagi kumpulan2 yang jelas menentang ISlam pun PAS sanggup bersekongkol. Dalil mana yang kalian ikuti??? Bagi mereka yang punyai mata ilmu dan hati yang bertauhid pasti akan menyedari bahawa Yang kesemuanya mereka (di dalam PAS) bersatu bukan atas dasar tauhid, tetapi semata-mata utk menjatuhkan pemerintah malaysia atas dasar kebencian dan bukannya atas dasar tauhid dan al-Haq.

4 - Forumer kata:

Apa2 pn manusia akan terus tidak dapat bersatu selagi HUKUM HUDUD tidak tertegak.

al-Jawab,

di mana dalil yang anda ambil apabila membuat statement demikian??? Adakah nabi mennyatukan manusia dgn hudud? Tahukah anda hudud tergolongan dalam ayat makkiyah atau madaniyah? dan pada fasa bila hudud ditegakkan?

Statement anda boleh membawa kaesyirikan. Tidak hairanlah jika segolongan pihak dalam PAS menyetujui IRAN. Yang mana aqidah-nya aqidah sesat sesat, namun tetap mereka ambil sebagai contoh perjungan "ISLAM". Malah menggelarkan mereka "Republik Islam"... apakah benar bagai

dikata bagi kalian yang mempunyai jiwa ketauhidan dan bashirah ilmu yang sahih!

5 - Forumer kata,

Saya sendiri tidak bencikan pemerintah, tetapi sayangkan mereka kerana tanggungjawab mereka sangat berat dan banyak kena soal nnt, saya ni pn x terjawab dah soalan2 nanti rasanya, aduusss

al-Jawab,

Kalau benar anda sayangkan pemerintah, tegurlah mereka berdasrkan as-Sunnah dan tetap di atas manhaj petunjuk nabi dan sahabat2-nya. bukan bertuhankan emosi dan kemarahan. Kalau takut kena soal, jgn jadi pemerintah. Mereka yang takutkan Allah, sangat takut utk jadi pemimpin dan mencalonkan diri sendiri. Anda yang giat hentam BN, nak ikut jejak BN jugak ke?

Di sini saya bawakan adab2 dengan pemerintah menurut Sunnah:

Jangan kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertakwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat. (Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq DR.Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)

jangan di-cela:

Ziyad bin Kusaib al-Adawi berkata: “Aku pernah bersama Abu Bakrah duduk di bawah mimbar Ibnu Amir yang sedang berkhutbah dan memakai pakaian tipis. Abu Bilal berkata: ‘Lihatlah pemimpin kita, dia memakai pakaian orang fasik!’ Abu Bakrah berkata: “Diamlah! Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah bersabda: Barangsiapa yang menghina penguasa Allah di muka bumi, Allah akan menghinakannya.” (as-Sahihah, 5/376)

Larangan mencela penguasa bukan hanya kerana memelihara kehormatan kepada mereka semata, akan tetapi demi membendung dan mencegah kerosakan/keburukan yang besar. Tidak mustahil bahawa diawali dengan soal cela-mencela akan berakhir dengan pemberontakan. Fahamilah wahai saudaraku! Taatilah sunnah Rasulullah dan pendirian para sahabat-sahabat Rasulullah.

Manhaj Ahlus Sunnah dalam masalah ini adalah berusaha mengumpulkan hati manusia agar mencintai penguasa, menyebarkan rasa cinta antara rakyat dan penguasa, menunjuki rakyat agar bersabar atas keburukan penguasa, berupa monopoli terhadap harta, dan perbuatan zalimnya dan lain-lain. Istiqamah menasihati penguasa dengan rahsia, memperingatkan penguasa dari kemungkaran secara umum tanpa menyebutkan individu orangnya, seperti memperingatkan bahaya zina secara umum, riba secara umum, korupsi (penyelwengan) secara umum dan yang seumpamanya. (Muamalatul Hukkam, hal. 111)

Nasihati dengan prinsip/kaedah yang benar (di atas sunnah),

Barangsiapa yang hendak menasihati penguasa, janganlah ia menampakkannya secara terang-terangan, akan tetapi hendaklah ia memegang tangannya, kemudian bersendirian dengannya.

Apabila penguasa itu mahu menerima nasihat, maka itulah yang diinginkan. Apabila tidak, sesungguhnya dia (yang menasihati) telah menunaikan kewajibannya. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim 2/507, Ahmad 3/403, Hakim 3/290, hadis ini disahihkan oleh Syaikh al-Albani dalam Dhilalil Jannah, hal. 507)

“Tidakkah engkau menemui Utsman kemudian menasihatinya?” Beliau menjawab: “Apakah kamu fikir aku tidak menasihatinya kecuali harus memberitahumu?! Sungguh aku telah menasihatinya dengan empat mata, dan aku tidak ingin membuka rahaia.” (Diriwayatkan oleh Bukhari 6/330, al-Fath 13/48, Muslim 4/2290)

Al-Hafizh Iyadh Rahimahullah berkata:

“Maksud Usamah adalah dia tidak ingin membuka pintu pengingkaran kepada penguasa secara terang-terangan, kerana khuwatir timbul akibat yang buruk. Bahkan hendaklah mengingkari dengan lemah lembut, menasihati secara rahsia kerana hal itu lebih mudah diterima.” (Fathul Bari, 13/52)

Tempuhlah cara yang selamat ini wahai saudaraku seiman, nasihati penguasa secara rahsia dan bukanlah dengan terang-terangan (dipertontonkan), jangan menyebarkan keburukkannya di mimbar-mimbar bebas, di tempat-tempat umum, di pentas ceramah, media-media massa & cetak, majalah-majalah & risalah-risalah, demonstrasi, atau apa saja dari cara-cara yang menyelisihi prinsip Ahlus Sunnah. Janganlah anda tertipu dengan kebanyakan orang yang menempuh cara seperti itu walaupun mungkin niat pelakunya baik, kerana cara yang demikian jelas menyelisihi sunnah.

Nabi bersabda (yang ertinya): “Sesungguhnya akan ada setelahku para pemimpin yang mementingkan diri mereka sendiri, perkara-perkara yang kalian ingkari.” Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah apa yang engkau perintahkan kepada kami?” Beliau menjawab:

“Hendaklah kalian menunaikan kewajiban kalian dan mintalah hakmu kepada Allah. (Hadis Riwayat Bukhari 13/5, Muslim 3/1472)

Imam Hasan al-Bashri Rahimahullah menyatakan: “Ketahuilah kezaliman penguasa adalah kemurkaan dari kemurkaan Allah. Kemurkaan Allah tidaklah dihadapi dengan pedang, akan tetapi dengan takwa, tolaklah dengan do’a, taubat dan menjauhkan dosa.” (Adab, al-Hasan al-Bashri hal. 119)

Imam Ibnu Abil Izzi berkata:

“Adapun taat kepada penguasa tetap wajib sekalipun mereka zalim, kerana keluar dari ketaatan mereka akan menimbulkan keburukkan yang banyak melebihi kezaliman mereka. Bahkan sabar atas kezaliman penguasa adalah penghapus dosa, melipat gandakan pahala, kerana tidaklah Allah menimpakan hal itu kecuali kerana keburukkan perbuatan kita sendiri. Balasan itu setimpal

dengan perbuatan. Wajib bagi kita untuk bersunguh-sungguh meminta ampun kepada Allah, taubat dan memperbaiki diri. Maka apabila rakyat ingin membebaskan diri dari kezaliman penguasa hendaklah mereka mengawali dengan meninggalkan perbuatan zalim pada diri mereka sendiri.” (Syarah al-Aqidah at-Thohawiyyah, 2/542) (Alangkah bagusnya ucapan Abdul Malik bin Marwan

ketika berkata: “Berlaku adillah kepada kami wahai seluruh rakyat. Kalian menghendaki dari kami seperti pemerintahan Abu Bakar dan Umar, akan tetapi kalian tidak mahu berjalan bersama kami dan tidak pula mencontohi rakyatnya Abu Bakar dan Umar”. (Sirojul Muluk, hal.100))

Rosulullah s.a.w. bersabda (yang ertinya); Sebaik-baiknya penguasa adalah yang kalian mencintainya dan mereka mencintai kalian. Kalian mendo‘akannya dan mereka mendo’akan kalian.

Seburuk-buruknya penguasa adalah yang kalian membencinya dan merekapun membenci kalian, kalian mencacinya dan mereka mencaci kalian.” Rosulullah ditanya: “Wahai Rasulullah tidakkah kita memberontak dengan pedang?” beliau menjawab: “Jangan, selama mereka masih menegakkan solat.” Apabila kalian melihat sesuatu yang kalian benci dari penguasa kalian, maka bencilah perbuatannya dan janganlah kalian menca but ketaatan dan mereka. (Hadis Riwayat Muslim, 3/1481)

6 - Forumer kata,

Nawi kata: "Nampaknya org2 PAS ni dah mula ikut rentak UMNO. kerana ketandusan hujjah. Dia putar balik dengan cari sebanyak mana kesalahan umno utk tutup kesalahan2 mereka."

al-Jawab,

Saya bukan mencari, tetapi memang itu hakikatnya yang PAS sebarkan di khlayak masyarakat. Jawablah dengan ilmiyah di atas landasan yang haq. Bawakan dalil2 kalian. Jauhi sikap nyeleneh...

Penutup:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (Wahai umat Muhammad) bahawa Dia (Allah) akan menjadikan mereka berkuasa memegang pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: yang berkuasa; dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai-Nya untuk mereka; dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan-Ku. Dan (ingatlah) sesiapa Yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang Yang derhaka (fasik). (an-Nuur: 55)

Berkata Sheikh Soleh Fauzan al-Fauzan, di dalam kata pengantar kitab Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql tentang ayat di atas (an-Nuur: 55) sebagai berikut:

Sebagaimana yang telah diisyaratkan (oleh Allah s.w.t.), tidak akan tercapai, kecuali setelah memperbaiki aqidah mereka dengan beribadah hanya kepada Allah dan meninggalkan penyembahan kepada selain-Nya. Dan mereka berkeinginan untuk mendahulukan adanya Daulah Islamiyah sebelum membersihkan negara dari aqidah-aqidah berhala, seperti penyembahan orang mati dan kebergantungan terhadap kuburan (serta masih bersama memenangkan aqidah selain daripada aqidah ahlus sunnah (syi’ah, muktazilah, khawarij, sufi, dll.) – tambahan penulis). Padahal hal tersebut tidak jauh berbeza dengan penyembahan terhadap Latta, Uzza, dan Manaat dan yang lainnya. Bahkan lebih dari itu, mereka mencari sesuatu yang lain yang mustahil adanya.

“Barangsiapa mencari kemuliaan, tanpa ada usaha yang keras, maka telah hilanglah usia akibat mencari kemustahilan” (Rujuk; Minhajul Anbiya’ Fid Da’wati Ila Allah fihil Hikmatu wa ‘aql, karangan sheik Dr. Rabi Bin Hadi ‘Umair al-Madkhaly)

forumer said...

Asalaamu'alaikum w.b.t.. Semoga sihat dan sejahtera sentiasa

Nawi berkata : "- Dakwah yang tiada pantau ulama, dan pengisian yang betul, itu namanya bukan dakwah. Tapi dakwah yang seat lagi menyesatkan."

--> Ntah bila plak saya kata Harakah tu berdakwah ke apa eh. Harakah cuma milik org PAS, tak bermakna semuanya dakwah, itu adalah akhbar berita, diulangi BERITA :)


Nawi berkata : "sekali lagi mahu saya katakan, jgn lah awak tutup kesalahan PAS dengan m-highlight kesalahan UMNO. ini hanya akan menampakkan lagi kedangkalan prinsip anda dalam bpegang kepada al-Haq."

--> Maka awak wahai Nawi menutup kesalahan2 UMNO dengan mencari kesalahan PAS tak apa pulak yer. Di mana keadilan dan kesaksamaan? :) Awak tidak sedar ke kerja awak sekarang memata2 atau mencari2 keslahan orang sahaaj Nawi? Islam ajar begitu? Di mana hak anda?


Nawi berkata : "Dalam PAS mengandungi rasionalis, syi'ah, khawarij, muktazilah, qadariyah, murjiah, sufi, tarekat, malah lebih menyedihkan, kafir pun ada, ;ebih teruk lagi kumpulan2 yang jelas menentang ISlam pun PAS sanggup bersekongkol. Dalil mana yang kalian ikuti??? Bagi mereka yang punyai mata ilmu dan hati yang bertauhid pasti akan menyedari bahawa Yang kesemuanya mereka (di dalam PAS) bersatu bukan atas dasar tauhid, tetapi semata-mata utk menjatuhkan pemerintah malaysia atas dasar kebencian dan bukannya atas dasar tauhid dan al-Haq."

--> PAS ada macam2 puak itu PROPAGANDA, Propaganda mahu menjatuhkan perjuangan ISLAM. Anda masih tidak nampak betapa UMNO adalah pengaruh BRITISH, yang telah menjajah negara kita dulu? Awak masih tidak memcbaca artikel2 kat blog hikmatun saya, awak sepatutnya buka mata luas2 lagi, musuh ISLAM mahu menghancurkan ISLAM. Jangan pula anda menjadi duri dalam daging wahai AKHI.

Beratnya tuduhan2 awak tu, awak tidak takut eh? Awak tidak perasan bahawa awak mengapi2 kan umat Islam sndr skrg? Astaghfirullah

forumer said...

Nawi berkata : "Kalau benar anda sayangkan pemerintah, tegurlah mereka berdasrkan as-Sunnah dan tetap di atas manhaj petunjuk nabi dan sahabat2-nya. bukan bertuhankan emosi dan kemarahan. Kalau takut kena soal, jgn jadi pemerintah. Mereka yang takutkan Allah, sangat takut utk jadi pemimpin dan mencalonkan diri sendiri. Anda yang giat hentam BN, nak ikut jejak BN jugak ke?

Di sini saya bawakan adab2 dengan pemerintah menurut Sunnah:

Jangan kalian mencela penguasa kalian, jangan kalian menipu dan membencinya. Bertakwa dan bersabarlah kepada Allah, sesungguhnya perkaranya dekat. (Hadis Riwayat Baihaqi dalam Syu’abul Iman 6/69, Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah 2/488, Tahqiq DR.Basim Jawabirah dan beliau menghasankannya)"


-->Awak ingat semua orang PAS sama ke? Awak jgn meletakkan kesalaha segelintir dengan menghukum semua. Sama seperti segelintir umat ISLAM yang bersalah, barat menghukum semuanya sebagai PENGGANAS. Awak mahu bersikap seperti barat?

Semua manusia buat silap, TETAPI sekali lagi saya tegaskan, kita perhatikanlah buah perjuangan masing2. Masih mahu perjuangkan melayu, tidak mahu berjuang untuk melaksanakan HUKUM ALLAH? Masih suka dan gumbira dengan HUKUM British skrg?

Mereka yang mencela2 pemimpin secara peribadi itu saya pun tidak setuju. Sekali lagi saya mengatakan, saya pun tidak setuju dengan mereka sebegitu, nak berdakwah jangan jatuhkan AIB peribadi, mesti tuju kepada umum. Tegurkan kemungkaran adalah wajib, kena faham tu, tetapi jangan sampai mencela peribadi.

Awak tidak perasan ke Nawi, awak telah mencela peribadi beberapa orang ULAMAK. Mencela secara peribadi kalau betul dia itu tidak bersalah, sanggup awak nak beri pahala awak pada dia?

Saya katakan saya tidak bencikan pemerintah, dan saya tahu ramai lagi yang berpendirian sama dengan saya. Cuma saya bencikan maksiat yang berleluasa yang tidak ditegur oleh pemerintah. Awak telah menghukum kesalahan segelintir kepada semua. U realise of what u have done Nawi?

Dalam blog saya pun, saya tidak pernah mencerca org UMNO. Mintak maaf, bagi saya rakyat semua adlah mangsa, kerana pemimpin menyeleweng, maka habis menyeleweng.

"Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri“. Hadith Riwayat Ibnu Majah

forumer said...

dalil2 yang awak bagi tu awak mesti ingat, PENGUASA yang macam mana? Dan awak mesti tahu beza menegur dengan melawan? Awak sepatutnya memberi nasihat pada golongan yang melawan dan mencela caci maki itu. Bukannya menghukum semua wahai Nawi.

Masalahnya di sini, awak babitkan pendukung2 PAS, maknanya awak babitkan semua yg menyokong PAS.

Awak mesti tahu, penguasa yang macam mana, tidak ingatkah awak bahawa Saidina Abu Bakar suruh jangan TAAT pada dia kalau dia menyeleweng dari perintah ALLAH. Taati dia jika dia laksanakan amanah dari ALLAH.

“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”

Awak masih tidak nampak murtad semakin berleluasa dan byk lg yg dah berlaku tu eh? Kena ingat, cara tegur yang salah tu bukan lah dosa syirik, jangan awak sama kan dengan syirik. Bid'ah oleh segelintir tu bukan bermakna semua orang PAS melakukannya, awak jangan salah faham.

Berdakwah lah menegur pihak yang sepatutnya, bukannya menghukum semua wahai Nawi. Saya pun tidak ada banyak masa, mungkin lepas ni payah dah nak datang sini. Maka saya mintak maaf andai ada terkasar bahasa, komen ni pun diberi kerana anda yang bagi link pada saya jugak. Anda bagi link umpama anda suruh ambe baca apa yang anda tulis, sama macam anda bgtau ambe la . Den ambe pun komen la hehe , dan ambe bukan datang menyerang, tetapi umpama diundang oleh akhi sndr ya Nawawi

Ok la, x guna bermusuhan, semoga ALLAh mengampuni dosa2 kita, dan menunjukkan kita ke jalan yang benar, jauhkan dari kesesatan, nauzubillah. Aqulu qouli hazaa, astaghfirullahu lii wa lakum. Wassalaam :)

ALLAHU AKBAR <-- nada perlahan jer ni, jgn salah faham pulak hehe

p/s: datang2 la bertandang dan komen kat blog Hikmatun sama, jangan jual mahal sangat :)

forumer said...

OK sikit lg nak tambah. Tentang dakwah bil tauhid dulu tu.

Awak tengok sekarang UMNO berusaha keras untuk menghapus kan bid;ah, penyembahan berhala dan patung, maksiat , hiburan tanpa batasan ke tidak?? Kalau dia buat, saya pun akan bersama UMNO. Kalau setakat cakap tak serupa bikin baik x payah hehe

Awak perlu tahu, bukan lah bermakna apabila PAS jadi pemerintah, terus nak buat HUDUD dalam masa 24 JAM, Masa itu lah pengisian2 akan diberikan, xplain pada masyarakat tentang HUKUM ALLAH yang The best of the best itu, xplain dengan berhikmah. Kena jaga orang kafir zimmi baik2, kerana Rasulullah bertindak baik terhadap orang kafir, sebab itu lah ramai yang peluk ISLAM dengan akhlaq nabi, bukan dengan mengutuk2 orang kafir. Kita mahu mendakwah kepada mereka kerana mereka belum mengakui "Tiada Tuhan melainkan ALlah dan Muhammad itu Rasulullah".

Berbillion lagi orang tidak beriman dan mengakui syahadah itu, tetapi kita sesama Islam bertikam lidah, haaizzz sedih

Ingat ,kafir ada 2 iaitu harbi dan zimmi. Kafir harbi perlu dijaga dengan baik dan ajak dia ke jalan ALLAh dengan baik tanpa paksaan.

Awak jangan terpengaruh dengan puak2 khwarij, syiah, dsbnya tu. Secara perlahan2 la hukum ditegakkan, at least ada NIAT.

Rasulullah saw. Bersabda :

“Siapa yang mati sedang tidak ada atasnya imam maka ia mati dengan mati jahiliyah.” (Dikeluarkan oleh Ahmad dan Ibnu Abi ‘Ashim dalam As Sunnah, Syaikh Nashir berkata dalam At-Takhrij, “Isnadnya Hasan” : 1057).


"Siapakah yang lebih sesat dari pada orang yang mengikuti hawa nafsunya
dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun." (Al Qashash: 50)

"Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya ,maka hendalah ia
mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun
dalam beribadat kepada Tuhannya." (AlKahfi: 110).

tetapi mengapa kita masih menggunakan HUKUM KUFFAR skrg ini? renung2 kan lah :)

"Sesungguhnya orang-orang yang sebenarya beriman hanyalah orang-orang
yang beriman kepada Allah dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu
dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka
itulah orang-orang yang benar. " (Al-Hujurat: 15)

"Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ihadatku, hidupku dan matiku
hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan
demikian itulah yang diperintahkan kepadaku." (Al-An'am : 162-163)


Harap kita tidak berkata sahaja hidup kita kerana ALLAH sedangkan kita membenarkan HUKUM BRITISH diguna pakai tanpa ada NIAT langsung untuk mengubahnya.

Ingatlah, HUKUM yang mengatur SISTEM hidup, jika SISTEM utama sudah pincang, maka pincanglah kesemuanya, na;uzubillah.


'Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang
agung."(AlQalam: 4)



"......Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." Surah Al-Maidah : 44

"..... Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim." Surah Al Maidah : 45

".....Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik " Surah AL Maidah : Ayat 47


"Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang." Surah Al Maidah : 56

Walaupun beberapa ayat di atas ditujukan kepada kaum yahudi dan nasrani dulu, tetapi kita ada AKAL, AlQuran bukan kitab sejarah , tetapi merupakan kitab yang mengandungi pengajaran dan hikmah. Sama2 kita renungkan dan takutlah ALLAh dan azabNya. Wallahu a'lam :)

forumer said...

Maaf saya ada silap taip kat atas tu, Maksud saya KAFIR ZIMMI, bukan HARBI :)

Ingat ,kafir ada 2 iaitu harbi dan zimmi. Kafir zimmi perlu dijaga dengan baik dan ajak dia ke jalan ALLAh dengan baik tanpa paksaan.

Wallahu a'lam :)

forumer said...

Asssalaamu'alaikum warohmatullahi wabarokaatuh ....... Sememangnya sudah diketahui umum bahawa Saidina Abu Bakar As-siddiq r.a adalah sahabat Nabi Muhammad yang menjadi khalifah pertama dalam Islam. Di sini saya tidak mahu menceritakan sejarah beliau tetapi untuk menguatkan hujjah-hujjah yang lepas berkenaan dengan kepemimpinan dalam Islam.

Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.a.w adalah nabi terakhir dan sudah tentulah baginda tidak akan mengengkari perintah-perintah Allah dan melakukan maksiat. Akan tetapi sahabat-sahabat baginda tidak terlepas dari dosa walaupun dosa kecil kerana mereka bukan maksum, hanya Nabi Muhammad S.a.w yang ma'sum, ok jelas di situ.

Dan kita pernah dengar hadith

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Maka barangsiapa yang menjumpai itu (perpecahan umat) hendaknya dia berpegang kepada Sunnahku dan Sunnah para kholifah yang menunjukkan kepada kebaikan dan mendapat petunjuk, gigitlah Sunnah ini dengan gigi geraham” [HR Tirmidzi 2600 dan lainnya dishahihkan Al-Albani lihat Silsilah As-Shahihah 6/610]

Nampak bahawa kita mesti berpegang pada sunnah Rasulullah S.a.w dan juga sunnah para sahabat. Bermakna kepada Saidina Abu Bakar pun kita mesti berpegang kepada kata-katanya kerana dia adalah pewaris nabi. Maka Saidina Abu Bakar r.a pernah berkata;

“Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah.”

Bermakna di situ pemimpin yang menyeleweng dari perintah Allah tidak perlu ditaati. Maka cuba kita fikir sekarang, adakah pemimpin kita betul-betul telah menjalankan perintah Allah? Apakah HUKUM yang digunakan? Sehingga sanggup meletakkan HUKUM BRITISH, Law of Enactment lebih tinggi dari HUKUM Syariah. Mahkamah Syariah pun lebih rendah dari mahkamah majistret, fikir-fikirkan wahai saudara-saudaraku semua. Sepatutnya Hukum yang dibuat oleh British lebih tinggi atau Hukum Allah lebih tinggi?

Perlu diingat bahawa sumber perundangan Islam ada 4 iaitu AlQuran, AlHadith, Ijma' Ulamak dan Qias. Dan Ijma' para sahabat sudah tentunya juga adalah termasuk dalam sumber perundangan Islam, ingat tu :)

Maka di sini saya tidak mahu anda menderhaka kepada kerajaan, na;uzubillah tidak sekali-kali. tetapi fikirkan lah nasib anak dan keturunan kita akan datang, fikirkan lah nasib rakyat yang teraniaya dan dizalimi. Berusahalah untuk menegur kerajaan, bukan menderhaka kepadanya kerana amar makruf nahi mungkar itu adalah tanggungjawab kita semua. Menegur pula kalau boleh elakkan dari terlalu emosi yang boleh menyebabkan syaitan bertepuk tangan melihat kita bercakaran, na'uzubillah. Sebaiknya gunakan hujjah yang terbaik dan berhikmah setakat yang terdaya, bukannya menunjukkan kemarahan sesedap rasa. Itu tindakan tidak berapa bijak namanya.

"Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim" [HR Ahmad]

Masih ramai yang tersilap faham maksud zalim, mereka fikir zalim itu adalah seperti Firaun iaitu membunuh anak-anak lelaki, menyeksa dan memaksa rakyat menjadi hamba abdi dan seumpamanya. Ketahuilah zalim itu maksudnya 'meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya'. Sebagai contoh, yang sepatutnya mahkamah Syariah paling tinggi kerana ia mangandungi Hukum Allah, tetapi kita lihat sekarang mahkamah majistret lagi tinggi. Menunjukkan ada yang lebih hebat dalam membuat undang-undang negara dari Allah, na;uzubillah. Ini adalah masalah Aqidah dan Syariah, bukan masalah cabang wahai saudara-saudaraku.

Dari Abu Burdah Radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Dan sahabatku adalah orang yang dapat dipercaya untuk umatku, maka jika mereka telah pergi, maka akan datang apa yang dijanjikan kepada umatku” [HR Muslim]

Imam Nawawi rahimahullah berkata : “Adapun makna “apa yang dijanjikan” iaitu munculnya bid’ah, perkara baru dalam urusan agama, dan munculnya fitnah” [Syarah Imam Muslim 16/83]

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara” [Ali-Imran ; 103]

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda.

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu tiga perkara dan membenci kamu tiga perkara ; Dia meredhai kamu apabila kamu beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan sesuatu kepada-Nya, dan apabila kamu berpegang teguh kepada tali Allah semua dan kamu tidak berpecah-belah” [HR Muslim : 3236]

“Aku tinggalkan kepadamu dua perkara, kamu tidak akan tersesat selamanya iaitu kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya’ [HR Imam Malik 1395 bersumber dari Umar bin Khaththab Radhiyallahu ‘anhu dihasankan oleh Al-Albani di dalam kitabnya Manzilatus Sunnah fil Islam 1/18]


“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu’min. Kami biarkan ia berleluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia ke dalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali” [An-Nisa : 115]

Syaikh Al-Albani berkata : “Benarlah apa yang dikatakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa umat Islam pada zaman sekarang –kecuali sedikit di antara mereka- tatkala mereka tidak berpegang teguh dengan kitab Allah dan Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mereka tersesat dan hina, yang demikian itu kerana mereka berpegang kepada pendapat pemimpin mereka.

“Sesungguhnya yang paling aku takutkan dari umatku adalah para pemimpin yang menyesatkan” [HR Tirmidzi 2155 dishahihkan oleh Al-Albani Shahihul Jami’ 2316]

Marilah kita semua bersatu di dalam tali Allah iaitu AlQuran dan Al Hadith, bukannya bercakaran menggunakan ideologi semata-mata dan memburuk-burukkan peribadi tertentu apa lagi melontarkan FITNAH terhadapnya, na'uzubillah. Kita semua bersaudara, sayang-menyayanglah antara kita. Mati bila-bila masa, semoga hidup kita di dunia yang sementara ini BERMAKNA, amiiin. Jangan kerana harta dunia kita menjadi tamak haloba dan tidak berhati-perut, nauzubillah

“Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).” (Surah Al-Baqarah: Ayat 214)

Wallahu a'lam :-)

Brother Nawawi said...

Sekali lagi saya menyatakan, saya tidak membela UMNO. Di mana ya akhi saya membela UMNO? Tp saudara yg membela PAS. Tidak mahu menerima kemungkaran demi kemungkaran yg berada di dalam PAS.

Sepatutnya saudara memperbaiki, bukan membela dan menutupi.

Saya tidak membela sesiapa. Tetapi saya membela kebenaran.

---

Kalau enta nak tahu, pemimpin yang mengajak kpd kesesatan tu ditakuti dari org2 PAS sendiri. Tidak semestinya UMNO. Bukanlah saya membela umno. Saya hanya mengambil umno sebagai takaran dan perbandingan. Keduanya bagi saya, sama saja, cumanya PAS bertopengkan Islam, sebab itu saya mengkritiknya kerana ia lebih berbahaya, iaitu menerapkan kebatilan dengan label Islam lebih bahaya dripada mereka yg menyestkan dgn label selainnya yang lebih jelas semua tahu.

Bacalah artikel2 saya yang mendedahkan betapa silapnya PAS dalam penggunaan taurat oleh Nik Abdul Aziz.

Begitu juga Syi'ah di dalam akhbar Harakah yang mana harakah seringkali mendapat pujian Nik Abdul Aziz sendiri.
Biarpun akhbar tersebut merupakan propaganda yang menyesatkan umat!
----

Berkenaan hadis ini, yg anda bawakan, sila bawakan syarahan ulama... yang pastinya ia berbeza dengan cara awak memahaminya dgn akal. Bawakan sekali matan/maksud/terjemahan penuh, jgn ambil sekerat-sekerat, secara pasti anda mungkin terkejut:

"Taatilah kepada aku selagi aku taat kepada Allah. Sekiranya aku menyeleweng atau melanggar perintah Allah jangan taat kepada aku. Tentanglah aku sehingga aku kembali kepada hukum Allah."

Jika benar anda mengikuti hadis yang anda bawakan berikut ini,

"Jihad yang paling afdhal adalah mengatakan yang hak di hadapan pemimpin yang zalim" [HR Ahmad]

silakanlah ajak pemimpin PAS utk menyatakan al-haq di hadapan (terjemahan sebenar yg lebih tepat adalah "di sisi") pemimpin secara berahsia, bukannya di canang ke khalayak. Itulah maksudnya hadis, sila rujuk kalam imam an-nawawi sendiri, ibnu taimiyah, imam ahmad, malah ibnu hajar. Ya akhi, jgn tafsir ikut akal, tetapi carikanlah syarahannya yg berpandukan tafsiran para salaf.

Berkenaan statement saya di dalam PAS ada pelbagai firqoh sesat, itu adalah kenyataan. Malah aurad muhammadiyah juga dipuji oleh PAS, padahal sudah terfatwa sesat dalam fail JAKIM.

Apakah enta tidak membaca pujian demi pujian Nik Abdul Aziz terhadap Harakah atas makna "Memberi kefahaman Islam dan dakwah". Sila baca artikel baru saya di blog syirik ini.

Malah, persoalan syi'ah juga telah saya buktikan.

Anda telah berusaha mendapatkan hadis2 yang sahih malah disahihkan oleh al-Albani, apakah anda mengerti pendirian al-Albani dalam persoalan kepimpinan?

Anda membawakan hadis yang sahih, namun di atas tafsiran akal anda sendiri.

na'uzubillah...

Brother Nawawi said...

Sungguh ajaib apabila anda menyatakan anda mahu menghapuskan sistem sekular british, namun anda sendiri selaku pendukung PAS beriya-iya mperjuangkan ketelusan demokrasi. Demokrasi tu kan sistem british. Malah, banyak lagi sistem british yang diambil oleh PAS demi mencari kuasa tanpa mempedulikan batasan-batasan syari'at.

Jelas mereka terseat kerana meng-agungkan waqi'. Menilai gama berlandaskan waqi'.

Brother Nawawi said...

Anda sendiri masih tidak mampu meletakkan jurang beza PAS & UMNO dalam persoalan Bid'ah dan aqidah.

Sekali anda hy mperlihatkan kpd saya bahwa PAS = UMNO. Bersekongkol juga dengan kafir yang jelas-jelas tidak mahu menerima Islam.

Dalam persoalan bid'ahnya pun sama.

Brother Nawawi said...

Anda menggunakan nama al-Albani, anda tahukah dialog yang berlangsung di antara ketua Parti FIS dengan al-Albani?

Awak patut tahu tu.

Brother Nawawi said...

Forumer, apa yg saya dapati dari tulisan/komen2 anda... anda masih tidak tahu membezakan di antara dalil yang bersifat umum dan khusus di dalam suatu kerangka permasalahan.

saya bagi cth ringkas:

1 - Dalil ttg menentang kemungkaran = bersifat umum.

2 - Dalil menegur kesalahan pemerintah juga adalah umum.

3 - Tetapi anda perlu tahu bahawa di sana ada dalil yang mengkhususkan kaedah menegur tu. Iaitu apabila pemerintah melakukan kemungkaran, maka mmg wajib kita tegur, tetapi dgn cara bagaimana...? Maka, pada masa itulah dalil yang bersifat khusus membatasi kaedah dan tindakan perlaksanaan kita tersebut.

eagle said...

akhi nawawi...

AlhamduliLLAH, antm cukup arif hadith2 berkenaan mengkritik penguasa secara terang-terangan. AlhamduliLLAH...

Cuma, boleh tak selain antum tahu dalilnya, antum turut amalkan isinya. Jika penguasa yang secara terang2an pun tidak seharusnya dikritik di hadapan public, kenapa antum pula mengkritik kerajaan kelantan di hadapan public? Kan lebih moleh kiranya antm hantar email peribadi kpd pejabat MB Kelantan

jika kritikan berjaya dilakukan secara tidak terang2an seperti yg antm kata, tentunya peminat pas tidak akan terluka...

eagle said...

Pembangkang bersekongkol dgn DAP ..begitu? isunya, bukan nak ikut apa yg DAP buat. cuma berpakat nak jatuhkan BN yg sangat jahat. UMNO bersekongkol dgn MCA, MIC (14 parti komponen yang lain) .. mcm mana pulak tu.

mengapa PAS tidak hilang undi sebahagian besar penyokongnya ketika satu dunia tahu bahawa ia berkerjasama dengan DAP? kerana asasnya, apb DAP mahu negara yang tidak korupsi, bukankan itu lebih baik berbanding bekerjasama dengan pimpinan parti umno yang suka hulur duit bawah meja?

okay, begini. kenapa agaknya Rasulullah tandatangani Perjanjian Hudaibiyah? that is tahalluf siyasi dalam Islam. atau dalam bahasa kita disebut pakatan politik. maksudnya kita bekerjasama dengan org bukan Islam, dengan tujuan membawa kebaikan.

kita kena lihat isu ni daripada ilmu siasah dan politik yg nabi tunjukkan. Bagindalah sebaik-baik teladan. tuan guru hadi mengambil sikap bertahaluf dengan lim kit siang atas perkara yang boleh bertahaluf. kita boleh tahalluf untuk memperkembang keadilan, memberi penjagaan kepada orang yang dizalimi dll. Spt yg telah saya sebutkan, apb DAP mahu negara Malaysia yang tidak korupsi, bukankah itu lebih baik berbanding bekerjasama dengan pimpinan parti umno yang suka hulur duit bawah meja.

konsep Tahalluf membolehkan kita bekerjasama dgn sesiapa saja yg boleh bekerja sama dgn kita selagi tidak kacau dasar kita. sedikit titik persamaan boleh diguna pakai utk bertahalluf. PAS dan DAP mempunyai dasar yg sangat berbeza. Mmg dasar takkan bertemu. tp ada titik persamaan, iaitu mahu pilihanraya yg bersih dan adil. mahu banteras rasuah. maka boleh la berkerjasama pada paksi ini.

bekerjasama dalam hal yang dibolehkan dengan harapan mrk bersama dengan Islam amat digalakkan. cuma, kita lihat lim kit siang memang susah nak terima gagasan negara islam kerana dia tak faham. so it is ok. soal DAP tak mahu terima konsep negara Islam, PAS tak kan berkompromi dgn DAP. no way. so apa masalahnya? tgk umno bkerja sama dgn mca, apa yg tjadi kpd melayu dan cina? cina dan kroni untung, melayu plak yg rugi.

sbg solution, pas wujudkan kelab penyokong pas. bila DAP melenting, pas mempersilakan kepada mereka untuk keluar dari pakatan tahaluf. dan sebenarnya makin ramai orang Cina yang cuba dekati BA dan belajar tentang negara Islam. sebab itu kelab penyokong pas berjaya ditubuhkan dan pemimpinnya pun Cina. begitulah impak politik yang lebih jauh ke hadapan. tapi dalam konteks dap, mereka sendiri telah berundur diri dari pakatan BA kerana isu negara Islam. isu potong tangan ini ditimbulkan oleh pemimpin umno sendiri bagi menakutkan pengundi terhadap BA. ramai yang salah faham termasuk pimpinan dap.

eagle said...

izinkan sy utk respons kpd persoalan yg dibangkitkan saudara mastermind. Sy petik semula tulisan tuan guru dalam bukunya iaitu ‘kalau begitu, maka begini’

kita ambil contoh draf hudud. Draf hudud ini Kelantan cipta sejarah. Tidak pernah orang buat satu draf dibawa ke seminar terlebih dahulu sebelum di bawa ke dewan negeri. kita buat seminar dahulu. Bukan seminar sekali dua, bahkan berpuluh kali. Kita kerah orang akademik dan pensyarah. Kita bayar elaun kepada pensyarah universitinya, lawyernya. jadi guano demo (kukukakiku) sebut bahawa tidak sampai lagi ke peringkat bincang dalam urus tadbir negeri? soalnya, bakpo tolak draf dengan tidak dibaiki?? Kalau ada cacat baikilah. tolak tapi tak dibaiki. Sebab orang atas nak, hok bawah ni akademik kena senyap membisu belaka. setara hudud hok tuhan betul benar, ada hadith betul benar, ada ayat quran betul benar, mufti pun sah betul, profesor2 menyokong pada asasnya benar, tetapi ditolak juga umno (tun M). tolak benda lagu ini gelap selalu perut..

eagle said...

nawawi tulis : Anwar tolak negara islam - http://www.youtube.com/watch?v=BV608QDYgAQ


ungkapan anwar itu dlm situasi sebelum PRU yg lepas. maksud sy, adakah DSA keluarkn kenyataan ini berdasarkan iktikad hati dia menafikan Islam sebaik2 tunjang kehidupan, atau hanyalah semata2 rencah dalam politik utk menarik bkn Islam yg anti Islam supaya mula berjinak2 menerima kepimpinan dr seorg yg bergelar Islam. Allahualam ..saya kira mudah utk kita tahu jawapannya jika kita mengikuti ceramah beliau

namun, kalau betul itu iktikadnye, nauzubillah. tp apabila ini suatu rencah politik tidak kah perlu ada di sana bg kita suatu sikap berlapang dada dan tidak mudah melatah. lagi pun, ia dikeluarkan utk bacaan yg kumpulan sasarannya adalah majoriti bukan beragama Islam.. tidak kah ini merupakan satu helah politik atau tipu daya berlapik utk memujuk hati rakyat yg anti n takut pd Islam supaya memberi sedikit ruang pd hati mereka utk kenal dhulu mana yg batil UMNO dan mana yg HAK... pintu hati mereka kena buka sedikit demi sdikit, nak terbuka terus, takut pecah pulak...

nah, bila diorg dah dapat bezakan umno n pakatan rakyat (PR), pada masa yg sama Kelantan n kedah tnjuk cth yg baik, tidak kah ini akan membuka sedikit lg pintu hati utk kenal lbh ttg keadilan n keindahan sistem ISLAM??? INSYAALLAH, klu sistem ISLAM dipraktik dlm negeri2 yg dipegang PAS n melihatkan kadar jenayah yg menurun, kehebatan dari sdut ekonominya, taraf sosial rakyat yang baik, tidakkah negeri2 sahabat kite akan terpegun n tercari2 formula yg digunakan oleh PAS secara automatik sistem Islam akan dipandang...

berbalik pd kenyataan DSA, ia dah byk dibincang di web political. bg saya, biar lah kepimpinan kita diperingkat tertinggi yg memberi respon terhadap kenyataan ini, di sana mungkin sudah tersedia segala plan A n B yg telah dirancang diperingkat pimpinan apabila mengambil risiko utk bersama2 membentuk PAKATAN RAKYAT...

andai2an yg dikeluarkan oleh akhi nawawi berhubung isu ini sbg tuan punya blog di sini, boleh menyebabkan kecelaruan diperingkat ahli peringkat bawahan dan ini akan mengundang rasa berbelah bahagi serta sikap berlapang dada sudah terkakis, sekaligus SYAITAN yg sentiasa berusaha utk melaga2 kan kesatuan yg sedang kita bina ini bersorak megah meraikan KEMENANGAN...

bg sy, x perlulah kita membuat andai2an buruk sangka yg akan menjejaskan ikatan ukhwah yg sedia terbina antara ahli PAS n keADILan.. kita tidak mahu, apabila bertemunya dua muka antara dua ahli ini, masing2 bermanis muka bila berdepan, tp pd hakikatnye dlm hati masing2 penuh dgn kesumat dan prasangka... di mana keikhlasan kesatuan melainkan hanyalah satu sandiwara yg dipertontonkan pd kita semua...

eagle said...

saya nak sentuh pasal polemik yg sebenarnya sudah selesai iaitu -> isu undi PAS tiket ke syurga

sy fikir, eloklah kita dengar dahulu recording full time speech tuan guru. Jangan ambil sekerat-kerat, tak betul manhaj tu. sbg cth, apa akan jadi klu kita ambik sekerat aje ayat dlm al-Quran walhal ada lagi kesinambungan kepada ayat tuh? dah tentu ayat tuh x lengkap..

saya dgr speech tuan guru ttg perkara ini. tuan guru sebut undi pas dapat pahala. bukannya sape undi pas masuk syurga. jadi, sebelum sampai ke suatu kesimpulan, kata-kata tuan guru perlu diteliti daripada keseluruhan maksud ucapan beliau.

klu undi pas masuk syurga, dah lama ahli2 lajnah fatwa Sa’udi dtg malaysia, isi borang pas. dan undi pas. Tapi mrk tak pernah dan tak perlu undi umno atau pas. mrk bukan warganegara Malaysia

keputusan neraka dan syurga adalah hak Allah terhadap hamba-hambaNya. Allah akan hisab. tapi jika ditanya memberi lesen judi sports toto, redha upacara di hadapan tugu kebangsaan, menghalang pelaksanaan undang-undang syariah di kelantan dan seumpamanya ke arah mana? Jawapannya ke arah neraka. ini adalah kaedah umum. Redha dengan kemungkaran membawa dosa dan dosa membawa ke neraka. tak der pertikaian dari segi pandangan agama sesiapa yang redha dgn maksiat dia mendapat dosa. pahala menyumbang ke arah syurga. dosa menyumbang ke arah neraka. masuk syurga atau neraka bergantung pada amalan. tuan guru tidak pernah sebut sape yang pangkah pas terussss masuk syurga. NO !! jika confirm undi pas masuk syurga tak akan ada ahli pas yang perlu bersusah-payah beribadah. tuan guru dan sesiapa jua bukan malaikat penjaga neraka. Malaikat penjaga neraka sendiri tak berhak tentukan siapa yang akan dimasukkan atau dikeluarkan dari neraka. Tiada siapa berhak putuskan si fulan bin si fulan ahli neraka. Ini kerana kita tidak tahu amalannya yang lain : taubatnya, istighfarnya dan kemaafan Allah untuknya.

jadinya, point tuan guru ialah letakkan faktor kefahaman agama & keadilan semasa memangkah undi. tanggungjawab memilih pemimpin akan dipersoalkan oleh Allah di padang masyhar kelak. Memangkah undi menjadi ibadah & sbg tiket ke syurga apabila niat dan cara kena pada tempatnya. Sekali lagi, the main point : letakkan faktor kefahaman agama semasa membuat keputusan memangkah undi

eagle said...

akhi nawawi bertanya : Benarkah PAS mentarbiyah rakyat? wallahu a'lam... harap2nya tarbiyah lah dengan betul dan ilmu yang sahih, dan bukan ilmu amal2 yg bid'ah dan ilmu2 yang diputar belit atas dasar bencikan pemerintah.

Jawapan ringkas saya : disebabkan senario ketempangan demokrasi ala jakun, kadang2 saya suka melihat sumbangan pas melebihi entiti politik semata-mata .. saya nampak sumbangan pas secara tidak langsung dalam didikan agama itu sendiri. daripada tuan-tuan guru, guru-guru agama yang mengajar di sekolah-sekolah, madrasah-madrasah atau lain-lain golongan rata-ratanya menyokong pas. ustaz dan ustazah di sekolah saya serta imam & bilal & siak di qariyah saya, majoritinya memihak kepada pas, berbanding BN. mereka yang berkecimpung dalam bidang tarbiyyah (pendidikan) dan memberi pengajaran, menyampaikan ilmu-ilmu Islam kepada orang ramai dan mendidik manusia dengan pendidikan agama... jasa ini amat amat besar. ustaz Abdullah Yaakob anak murid ben baz dan albani, kuat juga dia sokong pas – kawasan area Penang ni. Bila pergi dewan pengajian al-qayyim, kita dah blh predict ust2 di sana pangkah parti mana. yang penting, umno dan pas tiada jaminan kemaksuman ..kita tetap manusia

eagle said...

nawawi tulis : PAS Mendakwa: “UMNO mungkar sebab benarkan pembinaan kuil-kuil yang banyak, terutama Batu Caves”. KEMUDIANNYA.. PAS Kelantan telah izinkan tokong Buddha tidur yang terbesar di Asia.

jawapan ringkas = pasal patung Buddha ni, alangkah moleknya jika akhi nawawi bertanya kepada kepimpinan kerajaan negeri kelantan secara direct sebelum membuat sebarang kesimpulan simplistik. bukankah patung-patung itu dah dibina sejak zaman Barisan Nasional lagi? sebenarnya, tiada masalah diorang nak bina patung. yang penting lokasi yang sesuai dan fahami sensiviti masyarakat muslim dll. jika kita imbau semula perjanjian Khalifah Umar al-Khattab dengan golongan non muslim, gereja-gereja tak akan
diruntuh dan harta benda gereja tak akan diambil, begitu juga dengan rumah ibadat lain. kita tengok pula perjanjian
antara panglima Khalid al-walid dgn non muslim, loceng-loceng gereja boleh dibunyikan kecuali waktu org Islam tgh
sembahyang. lagipun, Islam tak larang ajaran lain untuk amalkan kepercayaan diorang bukan? tapi, bagi negeri yang Islam adalah agama rasmi, sudah tentulah amalan agama islam itu sendiri lebih diberi kebebasan dan prioriti. dan walaupun penduduk siam dah lama tinggal di Kelantan, alhamdulillah suasana aman dan harmonis terbina di Kelantan. tok cha, tok sami dan tok paderi respect pada YAB tuan guru.

Nawawi Bin Subandi said...

eagle kata:

"jawapan ringkas = pasal patung Buddha ni, alangkah moleknya jika akhi nawawi bertanya kepada kepimpinan kerajaan negeri kelantan secara direct sebelum membuat sebarang kesimpulan simplistik. bukankah patung-patung itu dah dibina sejak zaman Barisan Nasional lagi?"

Saya kata:

Klu mcm tu, tumbangkanlah patung2 tu sebagaimana nabi membersihkan ka'abah dari patung dan berhala.

Kalau di zaman BN mrk marah krn adanya kilang arak dan kuil atau patung. knp di zaman PAS cuba mpertahankan apa yg telah BN buat? Pelik kan putar belit org politik ni.

Nawawi Bin Subandi said...

eagle kata:

Jawapan ringkas saya : disebabkan senario ketempangan demokrasi ala jakun, kadang2 saya suka melihat sumbangan pas melebihi entiti politik semata-mata ..

Saya kata:

Nabi tak pernah suruh masuk demokrasi. malah nabi mengisyaratkan supaya meninggalkan fitnah politik. Malah nabi musa, harun, nuh, dan muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memperomosikan keburukan pemimpin2. apatah lagi mendedahkan korupsi dan seumpamanya dgn terbuka. Tetapi, apa yg nabi2 atau rasul2 itu buat adalah mengajak kpd tauhid. bukan mencaci maki dan mencanang keburukan sebagaimana PAS (secara umumnya) lakukan.

Nawawi Bin Subandi said...

mengapa agaknya undi PAS harus dapat pahala sedangkan mrk menghalalkan byk kemungkaran seperti mengajak mencaci maki pemerintah dan bsekongkol dgn kelompok2 ahlul bid'ah (cth-nya seperti syi'ah dan tarekat aurad muhammadiyah - rujuk artikel2 saya yg lain) asalkan mrk mendapat tempat. Politik islam kah itu? lebih pelik, mrk m'isyaratkan dari sana, undi umno dapat dosa.

Bagaimana kalau undi DAP atau PKR?

Nawawi Bin Subandi said...

eagle kata:

ungkapan anwar itu dlm situasi sebelum PRU yg lepas. maksud sy,
adakah DSA keluarkn kenyataan ini berdasarkan iktikad hati dia menafikan Islam sebaik2 tunjang kehidupan, atau hanyalah semata2 rencah dalam politik utk menarik bkn Islam yg anti Islam supaya mula berjinak2 menerima kepimpinan dr seorg yg bergelar Islam. Allahualam ..saya kira mudah utk kita tahu jawapannya jika kita mengikuti ceramah beliau... (dan seterusnya...)

saya kata:

Itu cara Nabi atau cara org kafir, yahudi, munafik, atau siapa?

Inikah cakap2 org yg mengaku membawa islam?

Ini bukan melembutkan hati, tetapi cuba menghancurkan Islam.

wallahu a'lam... sebaik2 cth adalah dari nabi, bukan dari gerak hati anwar.

Nawawi Bin Subandi said...

eagle kata:

izinkan sy utk respons kpd persoalan yg dibangkitkan saudara mastermind. Sy petik semula tulisan tuan guru dalam bukunya iaitu ‘kalau begitu, maka begini...’ (dan seterusnya...)

dalam keadaan org tak faham apa itu Islam dan aqidah yg sahih. Jgn kalut sgt ttg hudud. Sedangkan ayat2 hudud tu sendiri diturunkan di akhir2 penurunan al-Qur'an dan dalam keadaan uma islam di masa itu faham islam dengan baik berpandukan asas yg shahih.

Mana mungkin hukum islam dilaksanakan untuk org kafir atau utk org yg tak faham aqidah. Yang menjanjikan kita ke syurga bukan hudud, tetapi aqidah. kerana dengan aqidah yg benar akan mbawa kita kepada solat, dan ibadah2 yang lain, sehinggalah akhirnya kpd hudud.

Nawawi Bin Subandi said...

eagle kata:

Pembangkang bersekongkol dgn DAP ..begitu? isunya, bukan nak ikut apa yg DAP buat. cuma berpakat nak jatuhkan BN yg sangat jahat. UMNO bersekongkol dgn MCA, MIC (14 parti komponen yang lain) .. mcm mana pulak tu.

saya kata,

perbuatan menjatuhkan kerajaan itu sendiri adalah perbuatan yg jahat. So siapa yg lebih jahat skrg? Apatah lagi bersatu dgn DAP yang rata2nya non-muslim malam gencar menetang Islam.

"Sebesar2 kezaliman adalah syirik" - 31: 13

Nawawi Bin Subandi said...

Pernahkan musa dan harun mengajak menjatuhkan fir'aun yang mana mrk berada di bawah pemerintahannya? Atau musa dan harun bersekongkol dgn ahli2 sihir atau org2 musyrik utk jatuhkan fir'aun?

Nawawi Bin Subandi said...

knp saya mengkritik PAS? kerana mererka adalh salah satu firqah yg membawa syi'ar yg berbahaya kpd negara saya. Mereka mkritik dan mcaci maki pemimpin2 saya dan pmimpin2 mrk sendiri atas sebab berbeza parti.

Sedangkan telah saya bawakan dalilnya.

Mencaci pemimpin adalah hamba syaitan.

PAS di kelantan bukan pemerintah saya? Pemerintah saya adalah kerajaan yg memerintah m'sia. pemerintah di kelantan duduk di bawah kerajaan saya.

eagle said...

pasal mencaci ni, ia soal pelampau dan ghulu’ dalam parti, ia mmg di luar batasan kita. diluar control kita. malah saya sendiri, tidak bersetuju sikap itu. sebab kita ni, adalah pencari kebenaran. tidak berlandaskan apa-apa paksi melainkan kembali kepada Allah dan Rasul. masalahnya, hanya kerana beberapa orang yang bersikap demikian, boleh ker kita buat conclusion terhadap overall satu-satu parti? itu kan isu peribadi, mana boleh sewenang-wenangnya untuk diextrapolatekan kpd satu-satu parti. cth nya suatu ketika dulu apb lecturer ahli umno ditangkap berkhalwat mcm disebut dlm paper Kosmo, boleh ker kita kata semua ahli UMNO ni perangai macam tu? klu gitu sudahnya tak ke mana jadinya. jadi tentulah tak leh assume sume org umno mcm tu.

bila dah terlampau sangat kesabaran tuan guru dan ustaz-ustaz, ditambah pula maruah rakyat diperkotak-katikkan, akhirnya terluah jua melalui kata-kata yg pedas dan panas. Tapi ingat, ia tidak berlaku dalam pas, bahkan melibatkan semua parti. datuk Adnan buat isyarat lucah, datuk nazri panggil tun Mahathir iblis, khairy jamaluddin panggil perhimpunan BERSIH sbg beruk dan 1001 mcm lagi scenario politik negara

jadi, stop generalizing. kita tak boleh pukul rata tak kira kpd parti mana. bila ada yang mengutuk dan mencaci secara melampau tanpa asas fakta yang kuat, maka ianya bukanlah menggambarkan sikap sesebuah parti secara keseluruhan, tetapi kelemahan individu itu.

itu perkara pertama ..

eagle said...

sy melihat semantik ‘mencaci’ itu sendiri terlebih dahulu perlu diperbetulkan. Apakah pembangkang selama ini mendedahkan kemungkaran, membongkarkan fakta contoh2 penyelewengan, menyentuh tentang kepincangan institusi mahkamah, institusi peguam Negara, institusi kepolisian, institusi media, bahkan kehakiman dll .. atau adakah ia sebaliknya ala-ala politik kampung??

memanglah, ada individu yang mencaci secara ekstrem drp pendokong parti (tak kira lah parti apa pun). tetapi, saya amat yakin ia bkn sikap parti secara keseluruhan, tapi kelemahan individu itu sendiri. masalah individu selesaikan secara masalahnya sendiri. ia perlu sama-sama diperbaiki tak kira parti. kita pakat-pakat tegur ok. adab dah hemah kenalah jaga

saya tidak sama sekali ada sebarang alasan untuk menjustifikasikan ucapan beberapa individu especially pemimpin pakatan rakyat. tetapi jangan lupa untuk melihat ke belakang, apa yang telah mereka tempuh hingga menyebabkan mereka jadi spt itu. kita memberi komen di atas kerusi yang empuk, mrk hilang kehidupan akibat merengkuk di penjara di bawah tahanan ISA. tidak wajar kita bercakap tentang cacian, jika tidak alah bercakap tentang puncanya

terlebamnya mata Anwar, terpuruknya dr badrul amin dan nik adli dalam ISA, mufti Selangor dato ishak baharom dipecat, saari sungib dibelasah umpama penjenayah tanpa belas kasihan, dan terbaru 3 bulan lepas abdul malik menjadi mangsa mafia fade politik haprak (siap keluar dalam utusan) dll …nah, apa yang penguasa sudah lakukan. Mahkamah Allah pun ada bicaranya ..

eagle said...

pasal mencaci ni, ia soal pelampau dan ghulu’ dalam parti, ia mmg di luar batasan kita. diluar control kita. malah saya sendiri, tidak bersetuju sikap itu. sebab kita ni, adalah pencari kebenaran. tidak berlandaskan apa-apa paksi melainkan kembali kepada Allah dan Rasul. masalahnya, hanya kerana beberapa orang yang bersikap demikian, boleh ker kita buat conclusion terhadap overall satu-satu parti? itu kan isu peribadi, mana boleh sewenang-wenangnya untuk diextrapolatekan kpd satu-satu parti. cth nya suatu ketika dulu apb lecturer ahli umno ditangkap berkhalwat mcm disebut dlm paper Kosmo, boleh ker kita kata semua ahli UMNO ni perangai macam tu? klu gitu sudahnya tak ke mana jadinya. jadi tentulah tak leh assume sume org umno mcm tu.

bila dah terlampau sangat kesabaran tuan guru dan ustaz-ustaz, ditambah pula maruah rakyat diperkotak-katikkan, akhirnya terluah jua melalui kata-kata yg pedas dan panas. Tapi ingat, ia tidak berlaku dalam pas, bahkan melibatkan semua parti. datuk Adnan buat isyarat lucah, datuk nazri panggil tun Mahathir iblis, khairy jamaluddin panggil perhimpunan BERSIH sbg beruk dan 1001 mcm lagi scenario politik negara

jadi, stop generalizing. kita tak boleh pukul rata tak kira kpd parti mana. bila ada yang mengutuk dan mencaci secara melampau tanpa asas fakta yang kuat, maka ianya bukanlah menggambarkan sikap sesebuah parti secara keseluruhan, tetapi kelemahan individu itu.

itu perkara pertama ..

eagle said...

kedua, pasal perbuatan menjatuhkan kerajaan ..

ala kulli hal, kita berpijak di bumi nyata bahawa sistem pemerintahan yg mengizinkan pertukaran kerajaan secara aman sekarang dibentuk oleh kerajaan juga iaitu melalui wasilah pilihanraya. isunya di sini, soal pendirian antum daripada sahabat2 salaf drp rasul dahri dalam soal ketaatan kepada pemerintah..allahualam ..samaada enta akhi nawi nak undi umno ker, pas ker, atau mengambil pendirian berkecuali, saya berlapang dada dgn pendirian anda. inshaAllah. setiap manusia atas mazhab muftinya, hatta sahabat2 di al-qayyim dan al-ahkam.net pun, sy tahu ke arah mana undi mereka. cuma, di sini kebebasan dan penyertaan politik itu perlu diceriakan. ruang keadilan perlu dijadikan tema politik di Malaysia. kita sukakan kerajaan yang kuat dan mantap, tetapi kerajaan yang kuat hendaklah mempunyai pembangkang yang kuat, agar kekuatan kerajaan itu adalah untuk maslahat (kebaikan) rakyat. klu tak, kerajaan yang kuat hanya akan menjadi kuat menghabiskan duit rakyat sahaja. spt kata imam as-Syafie rahimahullah : tiada siyasah kecuali yang bertepatan dengan kehendak shariah

Brother Nawawi said...

eagle kata:

pasal mencaci ni, ia soal pelampau dan ghulu’ dalam parti, ia mmg di luar batasan kita. diluar control kita. malah saya sendiri, tidak bersetuju sikap itu. sebab kita ni, adalah pencari kebenaran. tidak berlandaskan apa-apa paksi melainkan kembali kepada Allah dan Rasul. masalahnya, hanya kerana beberapa orang yang bersikap demikian, boleh ker kita buat conclusion terhadap overall satu-satu parti? itu kan isu peribadi, mana boleh sewenang-wenangnya untuk diextrapolatekan kpd satu-satu parti. cth nya suatu ketika dulu apb lecturer ahli umno ditangkap berkhalwat mcm disebut dlm paper Kosmo, boleh ker kita kata semua ahli UMNO ni perangai macam tu? klu gitu sudahnya tak ke mana jadinya. jadi tentulah tak leh assume sume org umno mcm tu.

bila dah terlampau sangat kesabaran tuan guru dan ustaz-ustaz, ditambah pula maruah rakyat diperkotak-katikkan, akhirnya terluah jua melalui kata-kata yg pedas dan panas. Tapi ingat, ia tidak berlaku dalam pas, bahkan melibatkan semua parti. datuk Adnan buat isyarat lucah, datuk nazri panggil tun Mahathir iblis, khairy jamaluddin panggil perhimpunan BERSIH sbg beruk dan 1001 mcm lagi scenario politik negara

jadi, stop generalizing. kita tak boleh pukul rata tak kira kpd parti mana. bila ada yang mengutuk dan mencaci secara melampau tanpa asas fakta yang kuat, maka ianya bukanlah menggambarkan sikap sesebuah parti secara keseluruhan, tetapi kelemahan individu itu.

Saya kata,

Perbuatan mencela, caci, dan maki bukan dilakukan di peringkat bawahan. Tetapi juga dari kalangan peringkat atasan. Termasuk barisan kepimpinan utamanya. Malah telah masyhur di dalam setiap kali keluaran akhbar rasmi mereka yang mendapat pujian mursyidul am-nya.

Kembali lah wahai manusia yg mengaku menggunakan nama Islam dalam "berjuang"...



eagle kata:

terlebamnya mata Anwar, terpuruknya dr badrul amin dan nik adli dalam ISA, mufti Selangor dato ishak baharom dipecat, saari sungib dibelasah umpama penjenayah tanpa belas kasihan, dan terbaru 3 bulan lepas abdul malik menjadi mangsa mafia fade politik haprak (siap keluar dalam utusan) dll …nah, apa yang penguasa sudah lakukan.

saya kata:

Perbuatan Anwar suka mencaci dan mengeluarkan kata2 kejian bukan sahaja semasa bersama PAS, tetapi juga semasa di dalam UMNO. Begitu juga Badrul Amin yang mencela Mufti Perlis sebagai Barua dan Mufti Syaitan.

Padah org yang berfikiran khawarij, akhirnya kena ISA, salahkanlah diri sendiri. Jangan salahkan kerajaan. Lainlah kalau org yang tak de pasal tiba2 kena tangkap.




eagle kata:

ala kulli hal, kita berpijak di bumi nyata bahawa sistem pemerintahan yg mengizinkan pertukaran kerajaan secara aman

saya kata:

benarkah aman? Demonstari ala yahudi & Syiah semakin subur. Perkataan manusia sudah tiada adab dan sopan. Ceramah2 kebanyakan mengarahkan kpd perpecahan dan perbalahan.


eagle kata:

berkenaan syiah ni, pimpinan PAS dah jelaskan. Pas tolak Syiah. Semasa di luar negara dulu, ustaz ana dan kawan2 dia pernah bersemuka dengan allahyarham Fadhil Noor, tuan guru haji hadi dan tuan guru nik aziz dan beberapa pimpinan kanan PAS berkenaan Syiah yg telah menyerap di kalangan beberapa individu PAS. mereka jelas menolak sebarang aktiviti syiah.

Saya kata:

Apalah gunanya kata2 manusia... Tetapi perlaksanaannya jelas mendustakan perkataan sendiri. malah di tempat yang lain, lain pula perkataannya. Ia telah jelas bg mereka yg diberi bashirah ilmu dan hati berisi aqidah yg sahih, insyaAllah...

Telah saya bawakan berulang kali perkatan2 mereka di dalam blog ini...




eagle kata:

PEMBETULAN :

SALAH : sentiasa mencari-cari medium yang dia boleh selitkan mazhabnya

BETUL : sentiasa mencari-cari medium yang dia boleh selitkan AJARAN BATILNYA

saya kata:

telah tsabit perkataan2 para pemimpin PAS (tidak semua, tetapi antara pemimpin utama) memuji dan mengangkat tokoh2 syi'ah.

eagle said...

nawawi wrote : telah tsabit perkataan2 para pemimpin PAS (tidak semua, tetapi antara pemimpin utama) memuji dan mengangkat tokoh2 syi'ah.

bila mana mat sabu puji revolusi iran dan khomeini dalam ceramah2 beliau kita tengoklah pada konteks mana... know the semantics

yang dipuji itu, adalah semangat kebangkitan mereka. bukannya prinsip aqidah syiah dan taqiyyah mrk itu. mat sabu bukan saja puji iran, dia juga puji China, dia puji ketokohan pemimpin Romania, Castro, Mahatma Ghandi dsb. dlm siri ceramah beliau, byk lagi episod kebangkitan rakyat dan kepemimpinan yg beliau puji.

maka, untuk mengatakan beliau memuji syiah dengan erti kata anutan-anutan akidah yang bertentangan dgn usul ahlul sunnah, tidak cukup dengan itu kecuali jika terbukti ceramah atau tulisan-tulisan beliau menyentuh doktrin-doktrin syiah, contohnya mencerca para sahabat, ghulu' pada ahli bait, mendewakan ali dsb. waliyazubillah

so, tatkala mat sabu meletakkan prinsip politiknya di peringkat antarabangsa dan beliau menyokong Iran dalam beberapa perkara dan isu, maka itu bukan bermakna mat sabu terima aqidah syiah.

mengatakan mat sabu sebagai simpati terhadap syiah juga tak wajar. lantaran, kagum kpd Iran bukan bererti mengiktiraf syiah. syiah dengan firqah batil mereka manakala kita dengan Islam kita. namun, di sana kita mesti bersikap rasional untuk kita bersama dalam isu yang membawa kepentingan kita bersama

kalau akhi nawawi ada petikan-petikan mat sabu menyokong syiah (atas dasar aqidah), tempek lah di sini. quote besar-besar. jom kita pakat-pakat bantah secara rasmi. kita laporkan pada orang-orang lama mcm harun taib, rasul dahri, maulana asri yusof, aziz hanafi. report kpd dewan pemuda PAS pun okay apa.. lbh credible utk tegur mat sabu

dlm hal ni, sy rasakan cubalah anta contohi, tengok mcm web institut ibnu qayyim dan al-ahkam.net, dorang buat bantahan bila Syiah cuba peralatkan PAS. Dgn kaedah ni, org lbh mudah terima pembawaan kita. Hasilnya dan Alhamdulillah, Nasrudin Tantawi dan pemuda PAS pusat terus buat cross-checking. Berbincang bukan menyerang

but kalau tak der prove, andaian-andaian itu adalah baseless. namun kita dan terutamanya mat sabu mesti berhati-hati dgn dakyah syiah. jgn sampai dipuji khomenei 'hidup sederhana' dan revolusi palsu sehingga kita tergoda dgn model negara yang batil.

eagle said...

nawawi wrote : Perbuatan mencela, caci, dan maki bukan dilakukan di peringkat bawahan. Tetapi juga dari kalangan peringkat atasan. Termasuk barisan kepimpinan utamanya. Malah telah masyhur di dalam setiap kali keluaran akhbar rasmi mereka yang mendapat pujian mursyidul am-nya.

apb pembangkang menyeru penghapusan rasuah, kebebasan media, ketelusan kerajaan, penjagaan kebajikan rakyat, menghapuskan pembaziran, menamatkan riwayat undang-undang zalim seperti ISA dan OSA serta membebaskan institusi berkecuali seperti kehakiman dan keselamatan daripada belenggu pemerintah ..apakah ini semua mencaci dan mencela??

eagle said...

Nawawi wrote : Begitu juga Badrul Amin yang mencela Mufti Perlis sebagai Barua dan Mufti Syaitan. Padah org yang berfikiran khawarij, akhirnya kena ISA, salahkanlah diri sendiri. Jangan salahkan kerajaan. Lainlah kalau org yang tak de pasal tiba2 kena tangkap.

Pertama, badrul amin silap dan salah berucap spt itu. Moga-moga dia bertaubat. Spt yg dah disebut ustaz hasrizal, kita tidak sama sekali ada sebarang alasan untuk menjustifikasikan ucapan beberapa individu especially pemimpin pakatan rakyat. tetapi jangan lupa untuk melihat ke belakang, apa yang telah mereka tempuh hingga menyebabkan mereka jadi spt itu. kita memberi komen di atas kerusi yang empuk, mrk hilang kehidupan akibat merengkuk di penjara di bawah tahanan ISA. tidak wajar kita bercakap tentang cacian, jika tidak alah bercakap tentang puncanya

Kedua, pasal khawarij .. Sheikh Safar al-Hawali dan Salman al-Awdah pernah dipenjarakan selama 5 tahun kerana menegur keluarga di raja dan membuat petition for reform. Adakah mereka kahwarij? sy quote tulisan thtl - Maka dengan ini kita hendaklah mengiktiraf peranan madrasah salafiah dalam menegakkan sunnah dan menghapuskan bid'ah dalam urusan ibadah khusus, tapi bila mereka menulis dan menilai bid'ah dan sunnah dalam politik hari ini. Kita akan katakan kepadanya, dalam politik tidak ada right or wrong, sunnah dan bid'ah sebagaimana sunnah dan bid'ah dalam solat. Misalnya: membangkang pemerintah adalah bid'ah menurut dalil tapi uruf memandang pembangkang dalam realiti hari ini bukannya pemberontakan berdarah. Oleh itu kita kena mengambil penjelasan2 Dr alImam Yusof alQardhawi dalam Fiqh adDawlah dan Kaifa na'atamalu untuk mendapat tafsiran terkini mengenai aplikasi hadis2 yg digunakan oleh madrasah Salafiyah. Madrasah Salafiah kekadang menyamai madzhab ahlu Dzahir (Ibn Hazm) kerana mereka hanya mengikut makna zahir hadis itu semata-mata. Nasihat saya, ambillah ilmu madrasah Salafiah dalam ibadah mahdah dan saringlah pendapat2 mereka dalam politik dan ekonomi kerana bidang ini memerlukan ijtihad kontemporer kerana nas-nas sahaja tidak mencukupi.

eagle said...

Nawawi wrote : Nabi tak pernah suruh masuk demokrasi. malah nabi mengisyaratkan supaya meninggalkan fitnah politik. Malah nabi musa, harun, nuh, dan muhammad s.a.w. sendiri tidak pernah memperomosikan keburukan pemimpin2. apatah lagi mendedahkan korupsi dan seumpamanya dgn terbuka.

ana ambil rajihan daripada maszlee malik ..

Masalah umat sekarang ini ialah kecelaruan di dalam memahami displin ilmu, kekeliruan di dalam menyikapi epistemologi dan juga tidak mampunya untuk mengharmonikan di antara rasional dengan wahyu.

a) Ruang umum dan ruang peribadi.

Politik melibatkan ruang umum. Di dalam sistem negara organik, rakyat merupakan pusat kuasa, pemerintah dan negara merupakan wakil yang dipilih oleh rakyat. Maka pemerintah dipilih dan disingkirkan berdasarkan prestasi amanah yang mereka jalankan. Mereka adalah sebahagian dari rakyat, rakyat adalah sebahagian daripada mereka.

Berbanding struktur masyarakat inorganik di masa lampau, pusat kuasa adalah pemerintah dan negara. Maka pemerintah dibebankan dengan segala tanggung jawab berkaitan rakyat, dan sebagai timbal balik, rakyat wajib taat dan patuh. Namun, keadaan dunia global telah berubah. Masyarakat dunia lebih cenderung kepada struktur masyarakat organik. Maka sistem demokrasi yang wujud menyuburkan lagi pengamalan ini.

Islam sebagai agama wahyu dan hidayah kepada manusia sejagat tidak membawa secara terperinci mengenai struktur-struktur tersebut. Islam membawa prinsip dan juga panduan.

Pemerintah adalah wakil dari rakyat yang telah mereka pilih dan mereka berikan amanah. Sejauhmana mereka menjalankan amanah, itu merupakan ukuran sejauhmana kekelnya mereka di tampuk pemerintahan. Pemerintahan merupakan tanggungjawab dan bukannya satu kedudukan dan status kemuliaan kurniaan langit.

Maka unsur akauntabiliti, transparensi dan juga rule of law perlu ada untuk memastikan si pemerintah menjalankan amanahnya untuk maslahat rakyat yang lebih luas.

Maka, urusan pemerintahan merupakan ruang umum yang bicaranya mengenai mekanisme dan juga aktiviti. Maka segala teguran, impeachment, bangkangan adalah dalam lingkungan pentadbiran dan perlaksanaan kerja.


2) Mengenai dalil2 berkaitan kepimpinan, ianya berada di dalam ruang peribadi.

Memang, samada seseorng itu pemimpin, ataupun yang dipimpin, haram mencaci mereka, haram membunuh mereka, haram mencerca mereka, haram mengangkat senjata menentang mereka.

Maka, di sini, bukan dalil-dalil yang menjadi masalah, tetapi cara memahami dalil-dalil tersebut yang menjadi persoalannya. Maka bagi yang tinggal di kurun ke-21 ini, wajib memahami dalil-dalil berdasarkan illah dan maqasidnya, agar ISlam menjadi terus relevan. Jangan nanti Islam hanya menjadi alat untuk para tirani dan diktator memuaskan nafsu mereka semata-mata!

maszlee
* Anti rasuah dan salah guna kuasa pemerintah yang menggunakan nama agama seperti keluarga di Raja Arab Saudi!

eagle said...

nawawi wrote : lebih pelik, mrk m'isyaratkan dari sana, undi umno dapat dosa.

jawapan :

refer Harakah keluaran terbaru atau akses web ni

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15739&Itemid=1

Haron Din jawab ..

Bagaimana hendak dinafikan mengundi tidak ada kena mengena dengan dosa dan pahala, sedangkan ianya tidak terkeluar daripada 'irradatul insan' (tindakan manusia).

Amal manusia sekecil mana pun akan diberi balasan. Insan yang berniat melakukan sesuatu kebaikan, sudahpun dianugerahkan satu pahala. Melaksanakan niat itu, dibalas Allah dengan 10 pahala.

Ada hadis yang diriwayatkan oleh Umar al-Khattab (mafhumnya): "Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung dengan niat, seseorang itu akan dianugerahkan pahala mengikut niatnya."

Apakah niat saudara ketika mengundi? Tidak masuk akal jika saudara tidak ada niat.

Jika niat saudara mengundi seseorang calon bagi mendapat habuan di dunia, saudara akan memperolehi habuan tersebut.

Jika saudara berniat untuk mendapat habuan di akhirat, saudara akan mendapat habuan di akhirat.

Allah berfirman (mafhumnya): "Sesiapa yang mengkehendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah pada akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang mengkehendaki kebaikan di dunia semata-mata, Kami akan berikannya kebaikan di dunia, dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak." (Surah as-Syura, ayat 20)

Ayat ini, dan banyak lagi ayat yang seumpama dengannya, meletakkan suatu gagasan yang nyata bahawa amal-amal manusia akan dibalas Allah di atas kebaikan atau keburukannya.

Allah SWT memerintah kita, dalam suatu ayat yang mahsyur (mafhumnya); "Dan bertolong-tolonglah kamu dalam perkara menegakkan yang makruf dan jangan bertolong tolongan dalam menegakkan kemungkaran."

Menegakkan yang baik akan diberi pahala, menolong melakukan sesuatu yang jahat akan dibalas dengan dosa.

Atas itulah maka, apa yang kita lihat dalam kerja-kerja mengundi, adalah suatu pekerjaan yang besar, pasti akan diberi Allah SWT ganjaran, setimpal dengan apa yang kita niatkan. Wallahu a'lam.

eagle said...

nawawi wrote : oh ye, jgn haraplah DAP akan redha dengan hudud ala PAS... sedangkan azan pun diorang tak suka...

jawapan ..

haji hadi ulang sebut dalam harakah terbaru, atau refer ke :-

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=015731&Itemid=115

Sehingga hari ini kita hanyalah wujudkan persefahaman dalam menghadapi pilihan raya sahaja dengan melihat titik persamaan yang ada, seperti dalam menentang kezaliman, menuntut demokrasi yang bersih, menyeru supaya diperbetulkan penyelewengan yang berlaku, tangani rasuah. Ini perkara bersama. Tetapi bila kita ada kuasa di peringkat negeri, sebagai contoh, di sini kita lihat pembahagian yang saya sebut tadi.

Dalam perkara yang jadi hak orang Islam, DAP tidak boleh sentuh itu hak orang Islam. Macam kita tidak sentuh hal agama mereka. Mereka janganlah sentuh soal hendak memperlahankan suara azan kita, seperti kita tidak minta dia jangan main mercun masa sambutan malam tahun baru, mereka kena saling hormatilah. Itu menandakan di sana ada beberapa perkara yang perlu dipertahankan dan hormat menghormati.

.
.
.

bagaimana hendak menangani masalah rasuah, masalah jenayah. Kes bunuh Altantuya adakah berbeza dengan kes bunuh Pak Long, Mak Ngah, Ah Chong di kampung yang dibunuh? ... sama sahaja.

Brother Nawawi said...

Saya jawab secara ringkas,

Berkenaan artikel mat sabu, sila lihat betul2 persoalan yg saya timbulkan dalam artikel saya. Persoalan imam dan penggunaan nama ISlam ke atas iran. Sedangkan kelompok PAS tidak memanggil m'sia sbg negara Islam. Kan pelik bg manusia yg memahami aqidah.

Berkenaan ulasan mazlee malik, saya dah jawab sendiri di al-Ahkam. Bahawa beliau berfikiran liberal. Malah mengeluarkan tuduhan ke atas al-Albani sbg menghidupkan mazhab az-Zahiri. Kalau saudara boleh merujuk apa yg diutarakan mazlee, tentu saudara juga boleh merujuk/access tulisan saya di sana.

Berkenaan harun din, mmg benar setiap amalan ada pahala dan dosa. Masing2 atas ilmu dan ijtihad yg difahami. Atas maslahah dan mudharat yang difahami. Wallahu a'lam. Terpulang kpd saudara utk menilai siapa PAS.

berkenaan tulisan thtl,

"tapi bila mereka menulis dan menilai bid'ah dan sunnah dalam politik hari ini. Kita akan katakan kepadanya, dalam politik tidak ada right or wrong, sunnah dan bid'ah sebagaimana sunnah dan bid'ah dalam solat. Misalnya: membangkang pemerintah adalah bid'ah menurut dalil tapi uruf memandang pembangkang dalam realiti hari ini bukannya pemberontakan berdarah."

tiada tempat bg perkataan beliau. Kerana ianya telah tertolak melalui sekian banyak dalil2 berkenaan persoalan pemimpin dan ketaatan kpd pemimpin. Apakah dengan suatu sistem bernama "Demokrasi", maka segalanya termansuh? Maka, Islam menjadi tidak relevan lantaran demonkrasi?

Berkenaan pemberontakan dan pembangkangan, sila lihat artikel saya ttg khawarij dalam blog ini.

Berkenaan pemikiran al-Qaradhawi juga, hangat menjadi perbincangan bahawa banyaknya beliau bermasalah dalam aqidah dan cuba menafikan sebahagian hadis2 sahih.

Sila baca artikel terbaru saya,

http://an-nawawi.blogspot.com/2008/07/kenapa-sampai-perlu-jatuhkan-pemerintah.html

eagle said...

nawawi wrote : PAS sekarang berkempen meng-war-warkan bahawa pimpinan tertinggi mereka yang disanjungi di Penang iaitu Lim Guan Eng ingin meniru khalifah Umar bin Abdul Aziz. Apakah iman Guan Eng begitu suci dan sempurna bagi PAS. Mungkin lepas ini PAS akan beritahu bahawa Guan Eng kuat sembahyang tahajud macam khalifah Umar bin Abdul Aziz.

jawapan :

honestly speaking, pasal isu nie, sy dgr drp empunya badan iaitu lim guan eng dan mat sabu. dgr lim guan eng berucap masa perhimpunan bersama rakyat penang di seberang jaya. dan mat sabu sy dgr rakaman ceramah dlm web. apa yg dpt ana katakan, beginilah .. apa yg anta tulis tu tak sama dgn realiti, jauh panggang dari api. so, verify drp mana dan siapa anta dpt prejudgement spt itu, kemudian tashihkan semula. better dgr speech drp individu terbabit

aneroid09 said...

Dari mana lah datangnya asas tuduhan penulis ni. Macam tak mengaji. Pandai pulak putar belitnya. Tidak faham situasi, main hentam saja.

Saya rasa sudah cukup forumer2 komen. Malas nak layan orang tak faham macam penulis artikel ni. Mungkin dia rasa lebih alim dan tawadhuk drpd TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi.

Ataupun dia ni baru sahaja selesai menjalani brainwash daripada Biro Tata Negara. Apa-apa pun, kalau dah beriktiqad dengan ideologi persis UMNO-Sekular, silalah. Saya ingin tegaskan sekular adalah khurafat.

Anda memilih khurafat untuk menentang pihak yang berjuang untuk menegakkan Islam dalam negara, anda sendiri tahu akibatnya.

Tarbiyah Islamiyyah adalah untuk mencapai matlamat dengan cara terang dan jelas. Siasah (politik) pula ke arah matlamat yang sama, tetapi melalui selok-belok percaturan tertentu untuk mencapainya. Anda kena faham. Tak bermakna kenyataan dulu dan kenyataan sekarang jika tidak sama, adalah bertentangan. Tetapi harus dilihat ianya mempunyai halatuju yang sama.

forumer said...

Assalaamu'alaikum w.b.t.. hehe dah lama x jenguk, mmmm rancak, not baad, dan sememangnya so emotional :)

Nawawi berkata : "Sekali lagi saya menyatakan, saya tidak membela UMNO. Di mana ya akhi saya membela UMNO? Tp saudara yg membela PAS. Tidak mahu menerima kemungkaran demi kemungkaran yg berada di dalam PAS."

Respon --> Hmm masih lagi tak kata bela UMNO, walhal sebelum ni aad puji UMNO tetapi semua kutuk PAS hehe, apa dah x ingat? Sila rujuk sendiri tulisan2 awak kat belakang sana wahai Nawi.

Dan jika awak kata awak tak bela UMNO, bila masa pulak saya ni bela PAS? Saya bukan nak bela atas dasar parti, tetapi saya membela orang yang memperjuangkan untuk tegakkan HUKUM ALLAH, kerana insyaALLAH perjuangan ini akan dijayakan dengan gemilangnya oleh Nabi Isa a.s nanti, insyaALLAH.


Nawawi berkata : "Kalau enta nak tahu, pemimpin yang mengajak kpd kesesatan tu ditakuti dari org2 PAS sendiri. Tidak semestinya UMNO. Bukanlah saya membela umno. Saya hanya mengambil umno sebagai takaran dan perbandingan. Keduanya bagi saya, sama saja, cumanya PAS bertopengkan Islam,"

REspon --> PAS pegang teraju pemerintahan MALAYSIA ke sekarang? Memang la semua pemimpin, kullukum ro'in. But u must know Nawi, skrg kiat bercakap soal pemimpin yang memegang UNDANG2 sebuah negara. PAS berkuasa atas Undang2 Malaysia skrg ke? Is is is itu pun x boleh nak fikir yer.

Anda berkata PAS bertopengkan Islam? So nak pakai topeng apa? Yahudi? Nasrani? Bertopeng dengan berusaha untuk menegakkan Islam lai wahai Nawi. Cuba anta tengok, Nik Abd Aziz ada ke duduk kat rumah2 besar dan mewah? Ada ke dia kumpul harta rakyat? Dia makin bagi elaun yang diperolehinya ada la, dia x ambik elau2n nya sbg menteri besar, dun u see that?

Siapa bertopengkan islam skrg? Dengan melabelkan Islam hadhari dsbnya? Anda mahu mendukung lagi mereka? Silakan :)


Nawi berkata : "silakanlah ajak pemimpin PAS utk menyatakan al-haq di hadapan (terjemahan sebenar yg lebih tepat adalah "di sisi") pemimpin secara berahsia, bukannya di canang ke khalayak. Itulah maksudnya hadis, sila rujuk kalam imam an-nawawi sendiri, ibnu taimiyah, imam ahmad, malah ibnu hajar. Ya akhi, jgn tafsir ikut akal, tetapi carikanlah syarahannya yg berpandukan tafsiran para salaf."

Ulasan --> Semua nak berahsia yer?? Kalau rahsia, macam mana orang nak tahu kemungkaran yang berlaku? Contoh saya bawa, ada orang rogol adik awak, maka adakah awak nak berahsia? Jangan bgtau polis, but awak pergi cari perogol tu dan dakwah secara rahsia dia. Is is is gunakan akal Nawi, jgn guna kepala lutut.

Anta mesti tahu ada rahsia yang dibolehkan membukanya, ada mengumpat yang dibolehkan dalam islam. Terutamanya membuka rahsia orang2 fasiq demi ditakuti kefasikannya mendatang kan keburukan lagi kepada umat.

Awak kata jangan tafsir ikut akal. Saya tanya awak, Imam Shafie contohnya suruh orang beriman dengan dia ke beriman dengan ALlah dan nabi? Adakah Imam Shafie itu maksum, x lakukan kesilapan langsung?

Jika awak melarang saya gunakan akal saya, awak x guna akal la yer, apa awak guna? Kepala lutut? is is is kesiaaan awak ni, Fahaman apa la yg awak terpengaruh sampai begitu berat sekali pegangan awak ni.

Awak sndr kata kena rujuk kalam ulamak salaf tu, tp dalam bab lain awak tak rujuk . Awak mesti tahu, topik ini bukan ada dalam satu pembahasan sahaja, ianya merangkumi keseluruhan apabila berbicara soal mahu tegakkan hukum ALLAH ini. Imam Nawawi pun membahaskan agar HUKUM ALLAH ditegakkan dalam Riyadhus sholihinnya, kenapa awak tidak mahu ikut? masih lagi mahu membela kerajaan yang menegakkan HUKUM BRITISH. Ajaran Islam mana yang awak pakai ni eh? So pity

forumer said...

Nawi berkata : "Anda telah berusaha mendapatkan hadis2 yang sahih malah disahihkan oleh al-Albani, apakah anda mengerti pendirian al-Albani dalam persoalan kepimpinan?

Anda membawakan hadis yang sahih, namun di atas tafsiran akal anda sendiri."

Ulasan --> Apa pegangan Al Albani dalam soal kepimpinan? Sila awak bagi tau apa yang awak faham Nawi? Dan bagi kata2 dia dengan jelas.

Sekali lagi anda menunjukkan anda tidak menggunakan akal agaknya. Kerana anda melarang menggunakan akal. Sebenarnya kita mesti menggunakan akal wahai Nawi, kerana itu ada nya HUKUM AKAL, tetapi ianya mesti berpandukan kepada AlQuran dan Sunnah.

Awak kata awak ikut ulamak salaf, tetapi pegangan ulamak salaf tentang HUKUM ISLAM pun awak tidak pakai, apa namanya tu Nawi? Kita mesti tahu mana yang lebih penting Soal HUKUM bukan soal remeh, ini soal asas dalam ISLAM, rosak HUKUM maka rosaklah umat.

Awak tidak baca ke hadith yang bermaksud "Akan diungkai ikatan Islam satu demi satu ...... ila akhir". Yang mana hadith tu menerangkan ikatan Islam ni akan diungkai satu demi satu, pertamanya HUKUM dan terakhirnya SOLAT. Tidak perhatikah kamu British datang ke Malaysia dulu mengungkaikan HUKUM ISLAM yang telah terlaksana di zaman kerajaan MElaka dulu?

Dan tidak nampak kah kamu bahawa sekarang ini amat ramai orang Islam sndr yang tidak pandai SOLAT????? Itu adalah kesinambungan dari terbuangnya HUKUM tadi. Maka anda mahu biarkan lagi keadaan itu berleluasa? Mahu meredhakan lagi HUKUM British berleluasa di bumi ALLAH ini?

Maka apa usaha kamu untuk menegakkan HUKUM ALLAH? Jawab ni

forumer said...

Nawi berkata : "Sungguh ajaib apabila anda menyatakan anda mahu menghapuskan sistem sekular british, namun anda sendiri selaku pendukung PAS beriya-iya mperjuangkan ketelusan demokrasi. Demokrasi tu kan sistem british. Malah, banyak lagi sistem british yang diambil oleh PAS demi mencari kuasa tanpa mempedulikan batasan-batasan syari'at."

Ulasan --> Siapa kata PAS perjuangkan demokrasi? Jangan salah faham. Sekarang ini kita kena ikut demokrasi kerana kerajaan menetapkan undang2 sebegitu. Maka kita ikut undang2 lagi skrg ni.

Dan demokrasi tu adalah untuk menjaga hati orang bukan ISLAM. Kerana masih ramai yang tidak mengerti dan faham tentang amat bagusnya HUKUM ALLAH itu. Jangan pandai2 putar belit wahai Nawi.

Dan apabila PAS menang nanti, tidak semestinya dalam masa 24 jam akan terlaksana HUDUD. Itu lah baru AJAIB namanya. Tetapi masa tu nanti perlahan2 lah kita bagi kefahaman kepada rakyat tentang HUKUM ALLAH melalui MEDIA2 UTAMA seperti televisyen.

Bagi rakyat faham dulu den baru laksanakan. Tetapi jika anda harapkan BN, ada ke mereka nak cuba fahamkan rakyat dengan HUKUM ALLAH? Makin menakut2 kan rakyat aadalah!!!!!! X nampak lagi ke akhi Nawawi Subandi? is is is

Yang penting skrg ni kuasa untuk mengubah monopoli dan kuku besi yang dijalankan oleh BN skrg. Apa tak monopolinya, televisyen semua puji kerajaan dan kutuk pembangkang, cikgu2 sekolah x ble kritik langsung kerajaan, pasukan keselamatan mesti undi pangkah BN kerana undian mereka kena mengundi depan pegawai mereka danundi POS, dan banyak lagi sekatan2 yang dikenakan.

Org menegur kerajaan dikenakan tahanan ISA, tetapi ajaran2 sesat nu banyak yang dibiarkan lepas gitu sahaja. Mana lagi bahaya, org yang menegur kerajaan atau org2 yang menggugat AQIDAH umat ISLAM??? Anda sndr seorang yang berjuang memperkukuhkan AQIDAH, harap anda daapt tepuk dada tanya Iman anda sndr wahai Nawawi AsSubandi.

forumer said...

Nawi berkata : "Anda sendiri masih tidak mampu meletakkan jurang beza PAS & UMNO dalam persoalan Bid'ah dan aqidah.

Sekali anda hy mperlihatkan kpd saya bahwa PAS = UMNO. Bersekongkol juga dengan kafir yang jelas-jelas tidak mahu menerima Islam."

Ulasan --> Berjuang hendak menegakkan HUKUM ALLAH (The creator of us all) tu bid'ah ke? mengamalkan cara hidup Islam tu bid'ah ke? Soal bid;ah dalam PAS je awak nampak, yang kat BN awak x nampak, dan yang kat tempat2 lain lagi.

Soalnya skrg yang bid;ah tu awak mesti tegur cara bid;ah, bukan halang terus untuk memperjuangkan HUKUM ALLAH, awak mesti faham di situ.

Awak kata bersekongkol dengan kafir. memang kita mesti buat baik paada orang kafir Zimmi, awak tidak belajar FEQAH ke Nawi? Awak nak buat jahat pada org kafir Zimmi ke? Haaa silakan

Awak mesti tahu, UMNO pun sama berpakat dengan cina, tu adlah untuk meramaikan jumlah undi. Bukan bermakna setuju dengan pendapat mereka 100%

Dats why dalam kedudukan skrg, UMNO sepatutnya bermesyuarat dengan PAS, seperti mana yg Haji Abd Hadi ajak tu. Agar masing2 cari kata putus dan tidak memecah belahkan kaum. Tetapi UMNO tetap berdegil.

Kita mesti ingat, kerajaan ni adalah wakil ALLAH di muka bumi ini. Jika kerajaan itu sudah menyeleweng dari HUKUM ALLAH, ( dah la seleweng dari HUKUM ALLAH, banyak korupsi plak, monopoli dan kuku besi, kronisma, penindasan, dan sebagainya tak terbilang di sini), maka patutkah lagi kamu sami'na wa ato'na pada kerajaan tu?

Kita skrg bukan bercakap soal gila kuasa, gila dunia, gila pangkat, harta dan rupa, tetapi soal kita adalah MUSLIM, ada KITAB ALLAH dan HADITH sebagai panduan. Maka ke mana lagi kita mahu ikut kalau x kita sesaam Islam sepakat untuk menegakkan HUKUM Yang Maha Esa??? ke mana lagi kita nak berharap sekalin dariNya?? Masih nak berharap pada BRITISH? Berharap pada Lord Reid yang mengatur sistem hidup kita? SO mengapa kamu tak sebarkan risalah2 dari British? Dan ajak orang beriman kepada mereka?? is is is

forumer said...

Saya mahu imbas kembali mengapa Dato Ishak Baharom dulu dipecat dari jadi mufti. Secara ringkas jer.

Masa tu ada pertandingan ratu cantik yang seksi meksi, pendek cerita beliau menegur dan melarang pertandingan itu. Den serta merta lepas tu datang arahan dari PM agar memecat beliau. Maka tak nampakkah kita betapa PM masa tu mengajar kita bahawa ratu cantik itu bagus dan tidak boleh ditegur? Itu sudah ibaratnya kerajaan mengajar kita membuat maksiat.

Dan kemudian peristiwa Dr Haron Din keluar dari barisan kerajaan. Kerana masa tu PM dulu telah menyuruhnya buat draf HUDUD, atas alasan apa ntah la. Den Haron Din pun buat la, selama 2 tahun bertungkus lumus menyusun. Selepas menyerahnya, den last2 draf tu di tong sampahkan. Menampakkan kerajaan main2 dengan HUKUM HUDUD , is is is

Dan camam2 lagi la kalau nak sebut perkara2 yang membuatkan kita tidak yakin dengan kerajaan skrg ni boleh jadi wakil ALlah di muka bumi ini.

forumer said...

Berhentilah perjuangkan perkauman


Hukum Islam telah dijalankan di zaman dahulu di Tanah Melayu


Sabda nabi yang bermaksud, “Allah itu indah dan Dia suka kepada yang indah2″. Agama Islam pun adalah satu agama yang indah, asalkan keindahan itu tidak melanggar syariat dan berada di batasan (hudud) nya. Samalah dengan kehidupan manusia ini, mestilah mengikut hudud yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Tetapi kita terutama nya di Malaysia ni, masih tidak mengikut hudud Allah tetapi mengikut hudud British yang telah mempusakainya pada kita sejak merdeka dahulu. Bayangkanlah, negara2 lain mendapat kemerdekaan dengan titisan darah, tetapi Malaysia mendapat kemerdekaan dengan secara rundingan iaitu Tunku Abd Rahman pergi berunding sendiri ke Britain. Penjajah tidak sekali2 akan memberikan kemerdekaan free begitu sahaja, tetapi ada udang di sebalik batu karang :-).


Maksudnya : “Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya),nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

(Surah at-Talaaq, ayat 2-3)

Maksudnya : “(Katakanlah kepada mereka wahai Muhammad), Turutlah apa yang telah diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu, dan janganlah kamu menurut pemimpin-pemimpin yang lain dari Allah, (tetapi sayang) amatlah sedikit kamu mengambil peringatan.”

(Surah al-A’raaf, ayat 3)

Maksudnya: “Mereka suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepada kamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”

(Surah al-Maa’idah, 42)

Penjajah British yang telah menghabiskan banyak wang, masa, nyawa askar2 mereka dan sebagainya tidak akan dengan mudah memberikan Malaysia kemerdekaan melainkan akan ada manfaat yang diperolehi oleh mereka selepas Malaysia melaungkan merdeka, fikir-fikirkanlah wahai saudaraku semua!! Allah dah berfirman “Dan tidak akan redha orang2 yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan mereka”. Dan ketahuilah bahawa dalam agama Kristian adalah wajib hukumnya untuk mengajak orang lain untuk masuk Kristian ataupun sekurang-kurangnya ikut jalan mereka.

Kita memakai undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid, yang sudah pastinya bukan nya seorang Islam, apalagi untuk mengikut undang-undang Islam. Undang-undang sebelum merdeka dulu kita masih pakai hingga ke hari ini walaupun ada beberapa pindaan yang telah dibuat. Perasankah kita semua wahai saudara-saudaraku yang ku kasihi bahawa kita mengikut hukum yang dibuat oleh orang yang kufur kepada Allah?

Siapa-siapa pun boleh membuat undang2 kalau begitu, budak-budak pun boleh buat undang2, tetapi adakah undang2 itu adil untuk semua? Siapa kita ini untuk pepandai nak hukumkan orang lain? Adakah kita ini pembuat orang lain itu? Adakah kita memahami setiap jiwa dan raga orang lain itu? Sudah tentulah Allah S.W.T yang mencipta manusia dan faham hati2 semua makhluknya. Dia Maha memahami apa yang baik dan apa yang buruk bagi manusia. Sebab itu lah Dia telah gariskan panduan2 serta law untuk diikuti agar mendatangkan keamanan, kesejahteraan semua orang dan bukan kepada orang2 atau golongan tertentu sahaja. Islam adalah untuk semua agar semua orang akan senang dan aman dengannya. Jika hukum Allah terlaksana maka insyaAllah tidak akan timbul lah persoalan perbezaan darjat, jurang ekonomi, jenayah2 berat, perbalahan sesama sendiri dsbnya. Tetapi kerana iman (keyakinan) kurang maka Hukum Allah dianggap sebagai kuno, ketinggalan zaman, x relevan dsbnya, astaghfirullah :-(.

British telah banyak brainwash pemikiran umat islam terutamanya di Malaysia ini. Dengan menapis sistem pendidikan Islam di Malaysia yang hanya belajar perkara-perkara tertentu dan tidak menyeluruh ilmu fardhu ainnya. Pengajian kitab-kitab lama tidak ditekan kan secara umum agar semua orang faham fikrah Islamiyyah tetapi hanya segelintir sahaja mendalami ilmu agama dan akhirnya membuatkan ilmu-ilmu lain terpisah dengan agama.

British telah berjaya membuatkan pemikiran orang Islam sekarang takut kepada hukum Islam sendiri. Takut untuk mengamalkan undang-undang yang sudah pasti akan menjamin keamanan dan kesejahteraan untuk semua dan tidak terpesong akidah umat Islam. Maka wujudlah sekarang ini mat dan minah2 rempit, gian, rock, bohisia, bohjan dan sebagainya, astaghfirullah.

Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap Rasulullah saw. kepada kami (pada suatu hari) kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (kalau kamu telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara-perkara itu ialah:

1.
1. Tiada terzahir (nampak) perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.
2. Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.
3. Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang (yang juga hidup diatas permukaan bumi ini) tentunya mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.
4. Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.
5. Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka (di saat ini) Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.

H.R Ibnu Majah

Penyebab disegerakan bala Allah yang ke 5 di atas adalah seperti mana yang berlaku lama dah kat Malaysia sekarang. Iaitu ketidak-laksanaan Hukum Islam yang berasaskan kepada 4 sumber hukum dalam Islam iaitu Al Quran, As Sunnah, Ijma’ Ulama’ dan Qias. Sama-samalah kita ingat bahawa Bosnia, Iraq, Lubnan dsbnya dulu adalah negara yang makmur dan mewah seperti Malaysia sekarang ini juga. Dan adalah tidak mustahil Malaysia akan menuruti jejak langkah mereka jika keadaan seperti sekarang masih dimaintain, iaitu hukum Islam terabai. Perlu diingat pada sejarah, bahawa Hukum Islam telah terlaksana pada zaman dahulu kala iaitu ketika Empayar Kerajaan Melaka tersebar luas di Asia Tenggara. Pada masa itu, Tanah Melayu ini rata2 memakai Hukum Islam, cuma kalau di Melaka dikenali sebagai Hukum Kanun Melaka dsbnya.

Tetapi sekarang, Malaysia sudah lama mengabaikan Hukum Allah itu dan adalah tidak mustahil bumi Malaysia ini akan begitu mudah dimamah oleh musuh2 Islam kelak, na’uzubillah. Kedatangan penjajah dulu mempunyai seribu makna sebenarnya, kerana ia adalah agenda musuh-musuh Islam untuk melemahkan Islam dan merupakan arahan dari orang2 atasan mereka yang berpusat di kerajaan Dajjal dan Iblis!

Kemerdekaan yang kita capai sekarang ini bukan kemerdekaan yang sebenar2nya. Malaysia sebenarnya tidak merdeka tetapi hanya diberi dan disogok dengan kemewahan oleh British agar umat Islam semua akan hanyut dalam arus dunia yang hanya menipu semata2 ini.

Firman Allah swt dalam al-Qur’an:

Maksudnya : “Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?”

Dengan itu akan wujudlah jurang perbezaan darjat, kaya terlampau miskin terlampau, sombong, hasad dengki, khianat dsbnya. Jika semua org ingin hidup sederhana dan balance antara satu sama lain, tidak akan berlaku semua ni. Jika semua orang hidup sederhana dan balance antara satu sama lain, baru lah akan wujud ketenangan dan kedamaian yang sebenarnya dan dapat mengabdikan diri pada Allah dengan sebaik mungkin tanpa ada pergaduhan, iri hati, hasad dengki dsbnya. Akan tetapi manusia angkuh, merasa diri sudah pandai tanpa berharap pada Allah, bersifat tamak dsbnya , hingga tidak mahu mengikuti kesederhanaan dan keseimbangan yang dianjurkan dalam Islam.

Firman Allah swt dalam al-Qur’an:

Maksudnya : “Sebenarnya hukum hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah agama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

(Surah Yuusuf, ayat 40)

Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.”

(Surah al-Maa’idah, ayat 44)

Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(Surah al-Maa’idah, ayat 45)

Maksudnya : “Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang fasik.”

(Surah al-Maa’idah, ayat 47)

Apa yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan ana sendiri. Mohon maaf jika ada kesilapan kerana ana juga manusia biasa.

Wallahu a’lam

forumer said...

Saya suka memetik kata2 ustaz Ahmad Sarwat, Lc, "Lebih tepat bila sikap kasar dan keras itu ditujukan kepada orang-orang kafir harbi yang jelas-jelas telah membunuh jutaan nyawa umat Islam, semacam Slobodan Milosevic, George Bush atau Tony Blair. Tapi kalau hanya karena berbeda cara menilai keshahihan suatu hadits, lantas kita memaki-maki saudara muslim kita sendiri, bahkan menyudutkan, menggunjingkan, aau malah memvonisnya sebagai ahli neraka, sungguh sangat memalukan."

Semoga kita semua tidak mudah mengatakan kaum muslim kita sesat dan menyesatkan tanpa asas2 yang benar2 kukuh.

Mengapa saya kata tanpa asas yang benar kukuh, kerana perjuangan org yang mahu menegakkan HUKUM ALLAH skrg ini bukan MENENTANG kerajaan secara hakikatnya, itu cuma secara SEBUTAN MULUT sebagai analogi. Sama macam orang sebut berjuang dalam pelajaran, tetapi adakah kita berperang dengan senjata dalam pelajaran itu?

Kalau MENENTANG yang betul, dah lama PAS cuba gulingkan kerajaan tanpa menunggu proses PILIHANRAYA dan SYURA.

Gunakan lah akal kita, mereka skrg berjuang mengikut undang2. Kerajaan Malaysia sndr membenarkan undang2 itu dan membenarkan orang mengundi untuk memilih calon baru bagi menjadi kerajaan. Jangan mengatakan itu adalah MENENTANG kerajaan. Budak tadika pun tahu apa ertinya MENENTANG yang sebenarnya, astaghfirullah.

Wallahu a'lam :)

forumer said...

Sesungguhnya belajar agama semata2 dari internet amat lah merbahaya tanpa guru yang mursyid membimbing kita ataupun musyawarah dengan ilmuan di luar sana. Kerana sudah kita ketahui terlalu banyak PROPAGANDA di internet ini.

Ada kata2 ulamak yang sebenarnya bukan ULAMAK itu pun yang berkata, yang sengaja direka oleh musuh Islam untuk melaga2 kan sesama Islam dan sehingga ada yang terlalu lantang berani mengkafirkan orang dan mnuduh pelbagai pihak sebagai sesat, na'uzubillah. Hati2 lah kita sesama muslim.

Jangan mengambil dan mempercayai semua dalam internet ni, bermuzakarah la bebaik dan tengok di alam realiti sana. Nilailah dengan pertimbangan iman dan akal yang waras. Bukan terlalu ta'asub dan ghuluw dengan sesuatu. Semoga kita semua diberkati, dirahmati, dan diampuni oleh Allah S.w.t, amiiin ya robbal arsyil adzhim , wallahu a'lam :)

eagle said...

nawawi wrote :

Berkenaan ulasan mazlee malik, saya dah jawab sendiri di al-Ahkam. Bahawa beliau berfikiran liberal. Malah mengeluarkan tuduhan ke atas al-Albani sbg menghidupkan mazhab az-Zahiri. Kalau saudara boleh merujuk apa yg diutarakan mazlee, tentu saudara juga boleh merujuk/access tulisan saya di sana.

ya, benar sy mmg membaca tulisan akhi. bahkan sy prnh meneliti style hujahan anta even di al-Fikrah, al-ahkam, blog nik abduh, di tranungkite.. simplify, hormati pandangan sahabat kita yang lain dalam membuat rajihan dalam isu berbagai isu. kekalkan kebebasan diri kita memilih tindakan

eagle said...

nawawi wrote : tiada tempat bg perkataan beliau. Kerana ianya telah tertolak melalui sekian banyak dalil2 berkenaan persoalan pemimpin dan ketaatan kpd pemimpin

jwpn :

sy tgk, dah cukup terang THTL, maszlee malik dsb bawakan hujahan mrk..

memanglah semua riwayat yang anta bwk tu shohih belaka. tetapi cara faham hadith tu dan implementasinya yang kena perhati elok-elok. bila Islam larang kita lawan pemerintah, ada 'illahnya, ada sebabnya. apa tujuan larangan tu? tidakkah untuk mencegah dari binasanya kesatuan umat, dan kehuru-haraan. baik..

kedua, Sabar dgn kezaliman pemerintah, jangan lawan pemerintah, dll yang anta bawak dlm artikel, dikecualikan jika pemerintah dan pemerintahan tu sampai ke tahap kufrun bawwah iaitu kekufuran yang terang dan nyata. tgk kupasan ringkas dr danial zainal abidin. Kalau tgk dlm Fathul Bari 13/8, selain perkataan kufrun bawwah (kekufuran yang terang dan nyata), ada jugak perkatan kufran baraahan, kufran suraahan, ma'siatullah bawaahan dan itsm bawwah... dan juga selagi mana pemerintah memerintahkan solat dan puasa.

soalnya skrg, layak ker kerajaan ni menerima priviledge ketaatan rakyat mengikut adab islam macam yang diheboh2kan tu? lantas nasihat terbuka pakatan rakyat kepada pemerintah nak ditafsirkan sbg mukhalafah (menyalahi) sunnah. malaysia perlu buat tahap mana lagi untuk sampai kepada maksud kufr bawwah, maksiatullah bawwah? apa yang kami faham, hadith2 tu mensyaratkan kufrun bawwah ialah supaya rakyat tidak sewenang2nya accuse pemerintah tanpa bukti yang undoubtful. adakah corak dan sistem negara mcm malaysia ni, kita kekurangan bukti untuk buktikan kekufuran msia dari segi siasah? dan sejauh mana lagi org tak solat, org tak puasa, org murtad, takde undang2 negara yg nak menanganinya... tak cukup teruk lagi ke keadaan umat Islam mcm yang ada sekarang?

benda ni dah byk bincang. sy pilih rajihan drp ahlinya

Brother Nawawi said...

apalagi yang mahu dikata,

Tidakah kita melihat pertikaian di antara hajjaj dan ibnu zubair. Siapakah hajjaj di samping adanya malik marwan? dan bagaimana malik bin marwan menaiki tampuk pemerintahan?

Di dalam pertikaian dan fenomena tumpahan darah zaman itu, para sahabat turut terlibat dalam keterbunuhan, dan ka'abah dibakar.

Tidakkah kita tahu, di sana masih ada ibnu umar dan sahabat2 yang lain. apakah pendirian mereka dalam siatuasi itu? bagaimana pendirian mrk kepada malik bin marwan dan hajjaj?

Silakan lihat kisah ini.

Begitu juga kisahnya Musa dan fir'aun. Kezaliman mereka bukan kezaliman biasa.

Selanjutnya, dalam kategori mana yang kalian mahu masukkan pemerintah kita ini? dalam kategori kufur yang mana?

Jangan sebaliknya, kita hanya melihat dan mencari kepincangan pemerintah. Namun, kita terlupakan kepincangan aqidah di dalam kelompok/hizbi sendiri. Seperti yang saya katakan, mereka bersatu atas tujuan jatuhkan pemerintah.

Sedangkan nabi bersatu membina kesatuan dengan apa? Sungguh jauhnya asas yang kita ambil berbanding yang nabi contohkan.

Silakan melihat artikel2 terbaru saya di http://an-nawawi.blogspot.com . saya kira ia mudah difahami dan tidak terlalu "thesis" sebagai org awam.

*** Sila komen dalam bentuk satu artikel, dan jangan guna kaedah post berulang-kali. jenuh juga, kerana saya baca komen anda semua melalui email, nak kena buka satu2.

Terima kasih.

forumer said...

Assalaamu'alaikum w.b.t... dalam berDAKWAH mana boleh jENuh akhi NAWI! Mesti ISTIQOMAH dan bersungguh2 kerana ALLAH, jangan malas2! Mati bila2 masa dr skrg

OK saya nak komen pasal beberapa petikan dari hujjah saudara Nawi

Nawi berkata : "Begitu juga kisahnya Musa dan fir'aun. Kezaliman mereka bukan kezaliman biasa.

Selanjutnya, dalam kategori mana yang kalian mahu masukkan pemerintah kita ini? dalam kategori kufur yang mana?"

Ulasan --> Anda mesti tahu apa itu maksud ZALIM. Zalim itu meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya, lebih2 lagi dari segi UNDANG2 sebuah negara, kerana undang2 lah yang mengatur masyarakat.

Dan fahamilah, zaman Firaun rakyat majoritinya di seksa fizikal mereka, dan amat sikit sangat rakyat yang senang.

Tetapi kita di malaysia skrg, ramai rakyat yang menderita dan tersiksa fizikal dan BATIN berada di tengah2 mereka yang senang dan kaya raya, itu lagi tersiksa wahai akhi Nawi.

Jika saudara menyelami hati dan nasib mereka, jika saudara biasa mendekati golongan2 yang tertindas, nescaya saudara akan faham, kerana saya pernah mencampuri dari pelbagai lapisan golongan, dan saya amat2 faham nasib mereka2 yang tertindas dan dizalimi.

Saya tidak perlu menyebut nasib kaum nelayan, petani dan sebagainya tetapi saya mahu ceritakan beberapa contoh kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan kita.

Pernah ada seorang ustazah, dia menyentuh dan komen sedikit sahaja tentang kerajaan dalam syarahannya, ntah di dengar oleh siapa, last2 dia ditukar sekolah, hantar ke daerah hulu. Dengan susah ada suami dan anak2nya dan sebagainya, maka tidak zalim lagi kah kementerian bertindak ke atas beliau itu?

Sebab itu di sekolah2 cikgu2 semua takut untuk bersuara, saya tahu kerana saya ada ramai kawan yang menjadi cikgu sekolah, ALHAMDULILLAH. Dan banyak sangat kes seperti tadi berlaku.

Lihatlah jemaah tabligh, kerajaan tidak menuduh mereka apa2 pun kerana tabligh tidak mencampuri urusan kerajaan, kerana duduk sibuk dengan FADHILAT semata2, maka mereka tidak membahayakan kerajaan.

Tetapi apabila tiba giliran pemimpin Al Arqam, Ustaz Asya'ari menegur kerajaan dulu (ini tidak dihebohkan ke media, saya mengetahuinya sndr dari bekas setiausaha AlArqam yang saya dapati tiada pun kesesatan yang dilakukan olehnya). Ustaz Asya'ari menegur kerajaan dulu kerana banyak duit hilang ketika itu, panjang kalau nak cerita ni , tp saya ringkas kan begini jer.

Maka tak lama selepas teguran itu dibuat, maka ALArqam secara rasminya dituduh sebagai ajaran sesat, kononnya Abu Ya mengaku Imam Mahdi la, boleh bercakap dengan malaikat maut la, boleh naik ke langit la, itu semua fitnah semata2. Kerana masing2 dengar dari mulut ketiga, bukan mengkaji dan mendengar sendiri ceramah dan ajaran Abu Ya.

Kita tengok ajaran Ayah Pin, ada ke kerajaan kenakan ISA? Ada ke mereka dikenakan hukuman berat2? Tak ada ya akhi, kerana apa? Kerana mereka tidak mengganggu gugat kerajaan. Cuba lah org tabligh ganggu gugat kerajaan, automatik JAKIM akan isytiharkan Tabligh sesat cuba la kalau x percaya.

forumer said...

Sebab itu saya tekankan sangat bahawa kerajaan kita skrg ini adalah pengaruh BRITISH, tetapi rakyat masih tidak sedar termasuk lah ramai lagi alim ulamak, is is is

Awak mesti tahu larangan nabi dari kita menderhaka kepada pemimpin. Pemimpin yang mcm mana? Ketahuilah pemimpin ketika zaman sahabat di sebut Amirul mukminin, yang mana dalam hadith ada menyebut jangan menderhaka kepada Amir.

Amirul mukminin tu maacam mana ya akhi? Mereka adalah para sahabat, zaman nabi dan sahabat belum aada Amir yang tidak menjalankan HUKUM ALLAH apa lagi memakai HUKUM KUFFAR, itu anda mesti tahu dan faham gunakan AKAL, ALLAh anugerahkan AKAL dan asyik ALLAH ulang dalam Quran, afalaa tatafakkaruun. Maknanya pentingnya berfikir nih.

Pemimpin kepada org2 beriman tujuannya untuk memelihara iman umat. tetapi pemimpin kita prihatin sangat ke soal tu? Kebanyakan menteri bercakap tiada langsung untuk ingat dan kembali kepada Allah, tetapi memuji dan bermegah dengan kehebatan BN, apa tu?

Mereka asyik lepas tanggung jawab kepada ustaz2 tanpa mereka sndr memperingatkan, umpama seorang ayah lepaskan tugas dia kepada seorang abang, ha abang, mu ajar la adik2 mu agama, ayah nak tumpu pada bagi duit jer kat kamu, boleh ke begitu? Mana tanggung jawab sebagai wakil Allah di muka bumi ini?

Tetapi pemimpin kita skrg ini layak ke disebut Amirul Mukminin?

- Sedangkan mufti melarang pertandingan ratu cantik pun dipecat.

- Ulamak2 yang menegur kerajaan dipecat dan dituduh pengkhianat dan dikenakan tahanan ISA, dibuang negeri, dituduh sesat.

- Maksiat berleluasa dengan perempuan2 yang pakai baju tetapi seperti berbogel atas pentas, tak ada teguran sedikit pun dari kerajaan, pada hal itu perkara mudah jer. Dia boleh hantar polis dan FRU untuk melepaskan bom asap, tetapi mengapa konsert2 yang ternyata sesat dan menjauhkan manusia dari ALLAH itu mereka buat tak endah jer? Amirul mukminin ke begitu?

- Beratus ribu umat Islam murtad, tetapi dibiarkan tanpa ada tindakan yang sewajarnya, Amirul mukminin ke? Haaizzz

kerajaan lebih takut kedudukan mereka tergugat dari Aqidah Islam tergugat. Mereka lebih sayangkan kedudukan mereka dari kedudukan Islam semakin dicemari, kamu mahu masih mempertahankan lagi pemimpin sebegitu? Sedarlah, kubur dah kata mari dah, harta, pangkat, kemewahan ni sementara jer

Ini baru saya dan rakan2 yang masih kecetekan ilmu, kalau lah Haji Abd Hadi datang beri komen kat sini baru bernas :)

forumer said...

nawawi berkata : "Seperti yang saya katakan, mereka bersatu atas tujuan jatuhkan pemerintah.

Sedangkan nabi bersatu membina kesatuan dengan apa? Sungguh jauhnya asas yang kita ambil berbanding yang nabi contohkan."

Ulasan --> Kamu baca dari awal ke tidak sejarah Islam wahai Nawi? Kamu tidak ingat ke, sebelum nabi diutuskan menjadi rasul siapa pemimpin di Mekah itu?

Pemimpin2 Quraisy menjadi pemimpin yang berkuasa di Mekah. tetapi mengapa Islam perlukan kuasa memerintah? Kalau betul kita tidak boleh rampas kuasa, baik nabi biarkan sahaja pembesar2 Quraisy tu memerintah, Nabi hanya jadi penasihat sahaja. Tafakkaruuu ya ayyuhal ikhwah

Kalau Islam tidak perlu memerintah, apa guna ALlah bagi suruh laksanakan HUKUM HUDUD? Nak tunggu sampai bumi hancur, maksiat berleluasa dulu baru nak jalankan HUDUD?

Saya telah tekankan sebelum ni, Malaysia ni dah lama mana merdeka? Kalau baru setahun dua x apa la, ni dah 50 tahun lebih. Dakwah nabi selepas 50 tahun lebih dah buat apa dah? Dah dirikan sebuah kerajaan dah! Adakah Islam sudah memerintah di situ dari awal? is is is

Ulamak2 yang mahu perjuangkan Islam tu bukannya baru setahun dua belajar agama. Mereka jauh lebih masak dari kita. Tinggal yang ada kat BN tu banyak yaang sayangkan periuk nasi dan jawatan, maaf la kata begini, kerana banyak kenyataannya begitu.

Sebab tu nabi amat tekankan betapa ulamak yang di dasar neraka adalah ulamak kerana DUNIA. Wallahu a'lam :)

forumer said...

Nawi berkata : "Jangan sebaliknya, kita hanya melihat dan mencari kepincangan pemerintah. Namun, kita terlupakan kepincangan aqidah di dalam kelompok/hizbi sendiri."

Ulasan --> Kepincangan aqidah yer? Tapi saya nasihatkan anda jangan mudah menuduh org sesat dan mengkafirkan orang. Jika ternyata tuduhan kita itu meleset, maka tuduhan itu berbalik kepada kita. Sia2 usaha kita selama ini , tu jer

Mereka yang mahu perjuangkan Islam itu pokok pangkalnya untuk menyelamatkan AQidah manusia la wahai Nawi. Pandang lah , renung lah, awak tengok la, aQidah sekarang makin bagus ke makin hancur kat malaysia ni? Tak ada cara lain untuk membetulkan aQidah melainkan kembali kepada AlQuran dan Sunnah.

BN nak kembali pada AlQuran mcm mana dia suruh rujuk pada Rukun Islam Hadhari dia is is is

Mcm mana kita kata kita kembali kepada AlQuran sedangkan kita masih teruskan HUKUM penjajah?

Sudah bagus awak perjuangkan hadith2 sahih, tetapi mengapa isi AlQuran tidak awak perjuangkan sepenuhnya? Jangan hanya mengambil dari hadith jer Nawi, kerana AlQuran adalah kitab rujukan utama islam. Jika tiada dalam AlQuran, baru rujuk dalam hadith.

Dalam AlQuran Allah amat tegaskan agar HUKUMnya tidak dicemari, agar kita jalankan hukum2Nya. Maka atas alasan apa lagi kamu berdolak dalih? Awak mahu tunggu HUKUM ALLAH tertegak dengan sendiri? Allah tidak akan ubah nasib suatu kaum , ingatlah wahai Nawi.

Tidak kah awak merasa malu pada Tuhan, Dia suruh kita jalan kan hukum sebat kepada penzina, tetapi kita boleh lagi redha dan senang hati dengan hukum British sekarang? Tidak kah anda merasa malu? Sedih2. Awak ingat AlQuran tu sebuah kitab sejarah sahaja? Sebuah novel? AlQuran adalah mengandungi perintah2 Allah, maka tidak kah kamu ada semangat untuk melaksanakan perintah2 itu?

"Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia (Allah) akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu". Surah Muhammad : Ayat 7.

forumer said...

"Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adil lah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan." Surah Al Ma'idah ayat 8

forumer said...

Sambung sikit, Nawi pernah menyentuh tentang BERHALA. Ya betul, Nabi dan para sahabat telah merobohkan berhala2 di kota mekah, tetapi ada ke disebutkan dalam sejarah islam mereka robohkan berhala2 di kawasan lain?

Sudah pasti la di mekah terpaksa dirobohkan kerana itu pusat ibadah bagi umat Islam, apa hal nak biarkan berhala kat dalam tu sedangkan kita solat berkiblat ke situ.

Tetapi tiada paksaan dalam beragama, orang2 agama lain yang masih mengekalkan kepercayaan mereka tidak dipaksa masuk Islam, apa lagi untuk pergi merobohkan patung2 sembahan mereka. Sama dengan patung Buddha kat kelantan tu.

Saudara2 saya banyak dalam polis, saya hendak cerita skit apa yg pak saudara saya cerita tentang korupsi dalam polis, kerana dia berpangkat agak besar juga skrg dan dia tahu banyak hal dalam sistem polis tu.

Terlalu banyak korupsi lebih2 soal berkaitan dengan dadah, kerana banyak pegawai2 tinggi dalam polis sndr yang mendapat duit dr menda terkutuk tu, Mereka mendapat rasuah yang di BANK IN kan, maka siapa nak tahu dan bukti pun payah nak dapat.

Sebab itu sistem kepolisan terlalu byk korupsi dan jika tidak dibendung, gejala dadah, pil khayal dsbnya tu jgn harap dapat diselesaikan. Sebab itu antara moto utama perjuangan PKR ni utk menghapuskan unsur2 tersebut nanti. Maka jika kita tidak mencuba maka selamanya sistem itu akan bermerajalela. Suka kah kita melihat maksiat semakin berleluasa?

Saya nak tanya, Islam datang kerana apa, untuk apa dan apa natijahnya? Jangan pandang menegakkan Islam ni untuk perpecahan umat, tetapi ini lah sebenarnya jalan untuk bersatu kembali di atas Aqidah yang satu disulami dengan syariat dan akhlak yang baik, bukannya dengan sistem2 barat dan Hadhari yang direka sndr oleh manusia zaman skrg.

Kita perlukan sistem dari langit kerana itu adalah The Best of The Best. Selagi kita gunakan sistem ciptaan manusia, maka nantilah kehancuran demi kehancuran berlaku, peperangan demi peperangan sesama sendiri. Dan jika anda membiarkan keadaan ini, bermakna anda sendiri yang merelakan perpecahan demi perpecahan itu, wallahu a'lam :)

ummu humaira said...

Pada pendapat ana...forumer2 semua mempunyai hujah yang tersendiri...Dapat saya lihat anda semua mempunyai satu tujuan iaitu mahu mengembalikan keadaan politik yang stabil da berlandaskan islam yang tulen mengikut al-quran dan sunnah..InsyaAllah..Saya cadangkan anda semua join politik...jadi orang kuat untuk memberi pendapat dan menasihat pemimpin2 kerajaan ataupun menjadi salah seorang pemimpin. Daripada bertegang urat leher mengagungkan mane2 parti, lebih baik bersatu.Wallahua'lam..

Brother Nawawi said...

wa 'alaikumussalam, tak sangka saya, apabila forumer begitu bijak mentafsirkan kalimah zalim dari ayat Qur'an mengikut akal dan analogi.

Ummu Humaira, jika methode mengambil al-qur'an dan aqidah berbeza, maka kita tidak akan bersatu.

Brother Nawawi said...

yg forumer nampak hanya ratu cantik. Tetapi dia tidak nampak dan tidak mengenal penyimpangan2 aqidah yg lebih besar zalimnya dan kufurnya.

Brother Nawawi said...

syaa nak tanya kat forumer, bilakah waktu dan ketikanya hudud di zaman nabi dilaksanakan? fasa bila? sila nyatakan dengan jelas. Nampak sangat anda tidak faham fasa pentadbiran dalam era daulah madinah.

Brother Nawawi said...

forumer, anda yg mentafsirkan al-Qur'an dengan ra'yi. Sepatutnya ditafsirkan dengan hadis dan atsar. Kenapa perlu menyatakan saya tak ambil al-qur'an? Di mana hujjah yang anda ambil tu utk menyatakan begitu pd saya ye?

ttg ayat menegakkan kebenaran tu.... sebab saya menegakkan kebenaran lah, saya buat blog ni. Berdasarkan sumber2 dan penafsiran para ulama yg bermanhaj salaf. Bukan penafsiran akal yg menyanggahi kebenaran.

Pasal berhala, sila pesan kat org2 PAS & UMNO supaya turunkan gambar2 yg dianggap seakan2 berhala, walaupun hakikatnya anda tidak menganggapnya berhala. Sila semak hadis2 bukhari ttg gambar. Saya tgk byk sangat org2 PAS & UMNO ni tampal dan gantung gambar2 tokoh2 mereka. Gambar bukan kecik2 anak. besar2 gedabak tu...

Ini soal aqidah ni, kalau soal gambar pun tak faham, tak tau la saya...

eagle said...

nawawi wrote : Pasal berhala, sila pesan kat org2 PAS & UMNO supaya turunkan gambar2 yg dianggap seakan2 berhala, walaupun hakikatnya anda tidak menganggapnya berhala. Sila semak hadis2 bukhari ttg gambar. Saya tgk byk sangat org2 PAS & UMNO ni tampal dan gantung gambar2 tokoh2 mereka. Gambar bukan kecik2 anak. besar2 gedabak tu... Ini soal aqidah ni, kalau soal gambar pun tak faham, tak tau la saya...

jawapan :

i think almost citizen malaysia sedia maklum pasal fatwa Qaradhawi tentang fotografi (dengan berSYARAT). kedua, bukan sy tak pernah terdedah dgn fatwa seorang tokoh ulama Sa'udi pasal isu ni, bahkan buku karangan beliau sy khatam 9 tahun yg lepas. sy baca buku kawan jer, dah tak ingat nama tokoh itu. anyway, setiap orang berhak memilih. menisbahkan diri pada fatwa ulama Saudi semata-mata bukan sesuatu yang wajib. allahualam

second, pasal berhala. saya nak bawakan isu yang tak habis-habis iaitu upacara di tugu kebangsaan pada hari pahlawan. boleh semak fatwa mufti negeri, tiada yang menghalalkan. saya teringat ulasan prof dato dr Haron Din tentang isu ni pada satu ketika dulu. setelah mufti keluarkan fatwa, ia digazettekan. bermakna, tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang berupacara di depan tugu kebangsaan. tapi unfortunately, that is the big problem -> orang atasan masa zaman Mahathir tak suka fatwa ni. pihak mufti disuruh (baca : paksa) tarik balik fatwa tu. lepas dorang berbincang, mufti tetap strict tak mahu tarik balik fatwa. pasal ini masalah aqidah. so, pihak atasan sendiri yang memandai tarik balik gazette. maka, yang tinggal just fatwa aje. tiada tindakan undang2 yang boleh diambil. entah lah .. kita tak faham kenapa mufti yang berautoriti dalam agama dibelakangkan. kita tak tahu pada zaman Mahathir dan juga Pak Lah, dorang kalungkan bunga dan memberi hormat itu ikut tradisi mana. bila rakyat tengok pak lah buat macam itu, ramai akan terkeliru dan celaru terhadap tuntutan agama. yang pasti kita tak ingin lah jadi rakan kongsi dosa. mufti hanya mampu menasihat. selepas orang yang diamanahkan telah tentukan hukum, tak tahulah why acara ni still dijadikan agenda rasmi kerajaan ..pk pk kanlah

eagle said...

nawawi wrote : sy nak tanya kat forumer, bilakah waktu dan ketikanya hudud di zaman nabi dilaksanakan? fasa bila? sila nyatakan dengan jelas. Nampak sangat anda tidak faham fasa pentadbiran dalam era daulah madinah.

jawapan :

mufti perak, dato harussani sebut dlm majalah al-islam (tahun 90-an) : secara umumnya hukum Tuhan tidak boleh ditangguhkan kerana ia tidak seperti undang-undang adat yang perlu diwartakan terlebih dahulu atau diminta persetujuan daripada raja untuk dikuat-kuasakan. Perintah tersebut bukan ditentukan Nabi SAW tetapi Allah dan wajib dilaksanakan. Bermakna hukum tersebut berjalan serta merta.

kedua, dato haron din tulis dalam akhbar Harakah : 16-30 April 2007 halaman 18 : al-Quran menyebut dengan jelas, jika jenayah tersebut dihukum setimpal mengikut hukum Allah, maka Allah berjanji akan menahan penjenayah itu atau sesiapa sahaja daripada melakukan jenayah terbabit pada masa depan. ‘Nakalan minallah’ iaitu pencegahan daripada Allah bukan kerana keperitan atau kedahsyatan hukuman tersebut tetapi kerana yang memiliki kuasa untuk mengubah hati budi manusia adalah Allah.

Di China, apabila berlaku rasuah, hukumannya adalah bunuh. Di Malaysia dan sesetengah negara lain, bagi kesalahan dadah atau bunuh dikenakan hukuman gantung sampai mati. Namun jenayah makin bertambah parah. Maknanya penyakit sosial berhubung kecurian dan rompakan yang diubati dengan ‘criminal law’ tidak mengubah status penyakit malah menambahkannya lagi.

Baru-baru ini, laporan menyebut kadar indeks jenayah membabitkan kes samun, penagihan dadah, perjudian dan gejala sosial di Wilayah Persekutuan mencatatkan peningkatan 40% dalam tempoh 3 bulan pertama tahun ini. Penyakit yang lebih dahsyat iaitu tidak yakin pada Allah dan lebih yakin dengan undang-undang ciptaan manusia, walaupun terbukti ia tidak berhasil mencegahnya atau mengurangkannya. Tidak ada jalan terbaik katanya, melainkan menukar kepada undang-undang Allah mengikut proses yang sesuai demi menyelamatkan harta benda serta nyawa manusia. Bagaimanapun, tuntutan perubahan itu tidak boleh dilaksanakan secara ‘overnight’

ketiga ..

isunya sekarang ialah jika 100% orang islam dalam umno, jika 100% orang islam dalam pas menyokong hudud, maka orang islam boleh samasama mengerah tenaga menyedarkan golongan non muslim akan kebaikan dan kebijaksanaan Pencipta di sebalik pelaksanaan hudud. suasana yang kondusif dan kempen yang berterusan boleh dijalankan secara ilmiah.

setelah itu, mungkin dapat meraih 10% hingga 15% undi non Muslim, lalu membolehkan perlembagaan dipinda dan hudud dilaksanakan di Malaysia. mudah-mudahan...

tapi realitinya, syariah law tidak dilayan sama seperti ibadah lain seperti solat, seperti zakat, bank Islam dan lain-lain yang mana orang islam boleh bersetuju berganding bahu melaksanakannya. tapi tidak pada hudud lantaran orang islam ada ego masing-masing mempertahankan ideologi politik masing-masing terutamanya pemimpin di atas sana.

kita tak berapa kisah sangat pandangan non muslim terhadap syariah law, tapi yang penting setiap orang islam secara aqidahnya mesti yakin bahawa wajib laksanakan syariah law terutamanya pemimpin umno yg sgt prejudis dgn hudud dan sisters in islam (SIS) yang selalu merepek tentang islam dalam new straits times dan the star

eagle said...

nawawi wrote : Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan pelbagai lagi tuduhan, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

jawapan :
saya tidak tahu siapa penceramah yang ramai itu yang sanggup melakukan tuduhan seks kepada UMNO. Harap bolehlah bentangkan PROVE and FACTS. [al-hujuurat ayat 6]


nawawi wrote : PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

jawapan :

plz tashihkan semula validity maklumat akhi ..

actually, yang diulas MB Kedah ialah mrk tidak dapat enforcement secara mendadak. Ini soal pendekatan bagaimana nak buat cara terbaik bukan tak mahu buat.

MB Kedah sebut : "Kami (Kedah) tidak boleh terus menutup premis judi SECARA SEGERA seperti yang Kelantan buat dan begitu juga masalah penjualan arak."

"Kedah tidak macam Kelantan kerana tukar kerajaan sudah perkara biasa di sini (Kelantan) tetapi di Kedah ini kali pertama PAS memerintah dan kerana sokongan bukan Islam juga PAS dapat menumpaskan BN."

“Saya turut belajar pengalaman beberapa negeri juga. Kita harus akui kekuatan kita dan juga masalah yang bakal berbangkit dengan tindakan kita, terutama membabitkan kefahaman rakyat.”

Justeru larangan ini melihat kepada realiti masyarakat setempat, berbeza dengan Kelantan yang boleh melakukannya dengan mudah kerana majoriti penduduknya beragama Islam.

Dalam harakah pulak, ustaz Azizan sebut : -

Saya kata saya cuba nak hentikan judi. Ada dua tiga perkara harus diperhalusi. Memang negeri ada kuasa, tapi ada pihak mengatakan kena tunggu sat. Sebab benda ini telah berakar umbi lebih 50 tahun. Perubahan akar umbi agak sulit buat kita. Hasrat kita jelas, cuma kita sedang memikirkan jalan terbaik. Kita sedang susun kempen “tidak kepada judi” dahulu.

Arak memang kita tak dibenarkan kepada orang Islam. Undang-undang pun ada tapi taklah seperti hukuman Islam, bukan sampai kena rotan.

Saya melihat tuntutan syariah, di zaman Saidina Umar, hukuman mencuri digantung pelaksanaannya.

Tapi dia tak menolak hukum Tuhan, tidak. Dia tak laksana kerana masa itu musim kemarau, orang lapar nak makan. Ini falsafah. Kita tidak mahu kesan negatifnya lebih banyak daripada positif.

Sebagai seorang Muslim, saya memang berhasrat … tapi saya melihat aspek Islam yang lain dulu. …”

eagle said...

nawawi wrote : PAS Mendakwa: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”. KEMUDIANNYA..
PAS Kedah Mendakwa: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

jawapan ..

pertamanya, tafsir surah al-maidah ayat 45 hingga 47 nie, ana teringat dalam satu kuliah tafsir oleh Sheikh Hamid Thahir dlm Radio Malaysia Kedah (RMK), lebih kurang 4 tahun lepas. Dia seorang tokoh tersohor, sultan iktiraf dengan anugerah tittle ‘sheikh’. tafsiran ayat ni panjang, berbeza sama sekali spt dakwaan anta di atas.

Simplify, sesiapa yang tak percaya dan sesiapa yang beriktiqad hukum Allah tak sesuai, dia jatuh kafir. manakala siapa yang tak nak implement namun beriktiqad ia wajib, mrk ini jatuh fasiq. nauzubillah..

second, manhaj ahlul sunnah adalah ditegakkan hujjah sehingga thabit dan hilang keraguan. to say the truth, jangan main borong ajer, seolah-olah mendakwa totally PAS mentohmah umno kafir. Sheikh Hamid thahir tu, antara figure penting dlm PAS, tak ada pun dia generalize umno kafir

ketiga, ust Azizan pernah sebut, kita akan laksanakan dalam kemampuan bidang kuasa kerajaan negeri.

Skrg ini mrk sedang restructure. Suasana tahaluf siyasi di Kedah - PAS Kedah ada 16 kerusi, tak boleh memerintah keseorangan. apapun, sy komited dan yakin dgn ust Azizan. “orang-orang yang mencuri, berzina serta melakukan dosa sahaja yang akan risaukan hukum hudud” – at least ini signal awal beliau kpd Karpal Singh

- - - - -

nawawi wrote : PAS Mendakwa: UMNO tak amanah kerana telah hilangkan banyak duit negara
KEMUDIANNYA.. PAS telah lesapkan banyak duit koperasinya sendiri Ko-Hilal. Ahli-ahli koperasi itu semua maklum hal tersebut, wang mereka hilang entah ke mana?

Jawapan ..

berikan bukti yang boleh di’testimoni’kan sbg wujud dan benar dakwaan ini

eagle said...

nawawi wrote : tp, peliklah, dalam dua tiga menjak ni saya tgk artikel2 Ustaz Nik Aziz... cakap pasal ilmu kasyaf!... pastu siap boleh Syarahkan ayat taurat pulak tu... ntah rujukan mana agaknya yg dia guna kan tu...

jawapan :

pasal kasyaf ni, ana dengar explanation oleh lecturer pengajian usuluddin UM, Prof. Madya Saleh Hj Ahmad, iaitu kasyaf mmg ada, tapi kasyaf tak boleh disandarkan sbg nas agama

second, ana refer e-book 'Siapakah ahli sunnah yang sebenarnya?'
kata Muhammad Ibn ‘Abd Al-Wahhab : "Aku memperakui (adanya) karamah dan kasyaf bagi para wali, tetapi mereka tidak berhak mendapat sedikitpun daripada hak (ketuhanan) Allah, tidak boleh dipohon daripada mereka perkara yang hanya mampu dilakukan oleh Allah."

allahualam, apb tuan guru sebut tentang kasyaf, sy fikir .. apa perlunya kita prejudis dan skeptik dengan dia. kasyaf BUKAN penentu hukuman, tapi sekadar berita gembira sahaja. ia tak berlaku dlm semua keadaan. kalau kita lihat kata-kata as-sheikh muhammad di atas tu, beliau juga tidak menafikan keramat orang-orang soleh asalkan ia tak melampau syariat. melampau tu mcm doktrin hulul, doktrin wahdah al-wujud, dakwaan secara pasti dengan kasyaf guru2 (boleh baca hati dan sebagainya) sedangkan nabi sendiri dalam bab menghukum nabi berhukum dengan perkara zahir dan bukan baca hati dsb. allahualam

third, pasal syarahkan ayat Taurat. cuba anta refer kitab La Tahzan. terang lagi bersuluh dr aidh qarni juga quote petikan ayat daripada Taurat (tapi ana tak ingat page mana). beliau turut menyebut pernyataan dalam Injil (m/s 304) dan diceritakan kisah wanita dengan anjing

- - -

nawawi wrote : Berkenaan pemikiran al-Qaradhawi juga, hangat menjadi perbincangan bahawa banyaknya beliau bermasalah dalam aqidah dan cuba menafikan sebahagian hadis2 sahih.

jawapan :

beginilah akhi.. ustaz rasul dahri al-faruqi pun ada kelemahannya. ketika URD explain sifat2 Allah dgn menuding ke arah anggota beliau sendiri, dr asri ulas itu bertentangan dengan akidah yang sejahtera. “Cara penerangan yang sedemikian rupa tidak bersesuaian dengan kefahaman akidah yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Sekalipun Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah mengisbatkan sifat Allah berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitabNya dan sunnah RasulNya, namun kesemuanya itu di atas asas Allah tidak sama dengan makhluk."

Brother Nawawi said...

eagle kata:

"second, pasal berhala. saya nak bawakan isu yang tak habis-habis iaitu upacara di tugu kebangsaan pada hari pahlawan. boleh semak fatwa mufti negeri, tiada yang menghalalkan. saya teringat ulasan prof dato dr Haron Din tentang isu ni pada satu ketika dulu. setelah mufti keluarkan fatwa, ia digazettekan. bermakna, tindakan undang2 boleh dikenakan kepada sesiapa yang berupacara di depan tugu kebangsaan. tapi unfortunately, that is the big problem -> orang atasan masa zaman Mahathir tak suka fatwa ni. pihak mufti disuruh (baca : paksa) tarik balik fatwa tu. lepas dorang berbincang, mufti tetap strict tak mahu tarik balik fatwa. pasal ini masalah aqidah. so, pihak atasan sendiri yang memandai tarik balik gazette. maka, yang tinggal just fatwa aje. tiada tindakan undang2 yang boleh diambil. entah lah .. kita tak faham kenapa mufti yang berautoriti dalam agama dibelakangkan. kita tak tahu pada zaman Mahathir dan juga Pak Lah, dorang kalungkan bunga dan memberi hormat itu ikut tradisi mana. bila rakyat tengok pak lah buat macam itu, ramai akan terkeliru dan celaru terhadap tuntutan agama. yang pasti kita tak ingin lah jadi rakan kongsi dosa. mufti hanya mampu menasihat. selepas orang yang diamanahkan telah tentukan hukum, tak tahulah why acara ni still dijadikan agenda rasmi kerajaan ..pk pk kanlah "

saya kata,

Jadi, kalau mcm tu... cukuplah anda berlaku adil... jgn serang umno semata. Tetapi dakwahilah org2 PAS tu sekali. Yang mana kita tahu, gambar2 digantung di sana sini sehingga dari dalam rumah, sampai ke tepi2 jalanan dan demonstrasi. Saya tidaklah bias kpd mana2 pihak. tetapi, isu ni umum dan penting, malahan mendasar kpd persoalan aqidah.

Kpd mesti fatwa saudi atau al-Qaradhawi? Sedangkan perkataan manusia tu boleh diterima dan ditolak. Kecuali perkataan Rasul kita. Kalau saya kata, saya nak ikut fatwa ulama salafus soleh mcm mana? Atau, saya nak ikut fatwa Rasulullah terus. Lagi mudah, kerana dalam hadis2 sahih telah jelas.

" Hai orang-orang yang beriman hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada takwa" (5: 8)

Renung2kanlah ayat tu, jgn kerana dia bernama umno atau PAS, maka kita telah menjadi bias.

dalam artikel2 saya sendiri tentang gambar saya menukilkan semua secara umum. Terpulanglah kpd org PAS atau umno, atau sesiapa sahaja dari kalangan org2 yg beriman utk menerimanya. Saya hanya menyampaikan. Hidayah milik Allah.

eagle kata:

"jawapan :

mufti perak, dato harussani sebut dlm majalah al-islam (tahun 90-an) : secara umumnya hukum Tuhan tidak boleh ditangguhkan kerana ia tidak seperti undang-undang adat yang perlu diwartakan terlebih dahulu atau diminta persetujuan daripada raja untuk dikuat-kuasakan. Perintah tersebut bukan ditentukan Nabi SAW tetapi Allah dan wajib dilaksanakan. Bermakna hukum tersebut berjalan serta merta"

Saya kata,

itu adalah perkataan manusia bernama mufti perak dan harun din. Kalau mcm tu, saya pun boleh guna kata2 saya...

Hukum Allah boleh kita tangguhkan perlaksanaannya bergantung kpd kemampuan, ilmu, dan kefahaman. Dalam Islam, kita beramal dengan step yg betul, dimulai dari kefahaman aqidah yg sahih, ilmu, amal, dan menyampaikan.

Apakah org yg jahil ttg solat diwajibkan solat? Tentu tidak, tetapi, apa yg wajib adalah ilmu solat dulu.

Adakah org kristian wajib solat dan puasa? Tentu tak sah puasa dan solat mrk. Tetapi, apa yg diwajibkan adalah beriman dan beraqidah dulu... berilmu/belajar dulu.

Tp, apa yg antum buat kpd umno, bukan mendidik, tetapi menghujat dan menghentam org2 yg jahil. Macam ada org badwi kencing kat masjid, sahabat nak sepak je org yg kencing tu. Tp, nabi memberi isyarat, "jangan". Nabi halang sahabat dari betindak ke atas org tersebut. antara sebabnya, mungkin dia jahil dan tak tau. klu kita mengherdik org jahil, maka ditakuti lantaran kejahilannya tu, mudharat akan jadi lebih besar.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya" (2: 286) - Rujuk sendiri tafsirannya dalam tafsir2 besar.

Lagi pasal gambar dan berhala,

Di kedah jika betul sibuk mengharamkan arak. maka, baguslah, saya suka. Namun, dalam persoalan aqidah, jgn dilupa. Byk gambar tok kenali dan ntah apa2 gambar dijadikan tangkal di kedai2 dan restoran2 melayu. perkara ni dah berlangsung lama. malah bukan di kawasan umno saja, tetapi kawasan pas jugak. Sepatutnya, jika arak boleh dilakukan, pengharaman gambar sbg tangkal juga perlu diutamakan lagi. Kerana dosa syirik tidak terampun di akhirta kelak.

Nabi juga diutuskan utk membetulkan aqidah. Arak tu soal seterusnya selepas the first is aqidah.

Bkenaan ceramah2 ttg seks dan lain2 tu, rujuk sendirilah kes altantuya dan lain2. Tak sangka penyokong pas tak tau ceramah2 pas sendiri? Saya baru je menonton ceramah seorang adun pas kelantan dari Cd milik sahabat saya, pelbagai tuduhan2 rambang dilakukan tanpa etika Islam yg baik, dan disambut dengan laungan buu kepada PM dan selainnya. Kenapa ini tidak pas betulkan. tegurlah org2 anda yg betul2 anda mampu saya kirakan.

Tegakkan Islam bermula dari diri dan keluarga dulu... kemudian kaum kerabat. bukan tegakkan pada umno dulu. rujuk 66: 6...

Sila lihat juga artikel baru saya di http://an-nawawi.blogspot.com bertajuk "Rakyat & Pemimpin"

Saya nak tanya, adakah org yg tak melaksanakan hudud, jatuh kafir?

Berkenaan La Tahzan, siapa Aid al-Qarni? Dia sendiri telah dipenjara dan ditahzir, walaupun skrg dah dilepaskan.

Buku2 beliau byk memetik perkataan orientalis. Kalam manusia boleh ditolak jika bercanggah dgn kalamullah dan kata2 nabi. Saya pelik apabila saudara cuba membela TGNA dengan kalam aid al-Qarni dan bukan kalam Allah atau perkataan nabi.

Ttg ilmu kasyaf, lihat sendiri artikel di akhbar yg asal bgmana TGNA mengulasnya. Terserlah kesufiannya dan tidak membawakan dalilnya. Karomah atau salah satunya mungkin mendapat kasyaf, itu semua ketentuan Allah yg pertama2nya, dilihat dari iman dan amalannya sama ada berttepatan dgn dalil atau tidak. Dan ianya merupakan hak Allam ke atas hambanya tanpa dinisbahkan kpd amalan khusus yg mana, tetapi ia bersifat umum.

"Aku tidak hairan jika ada org yg boleh berjalan di atas air atau terbang, tetapi apa yg penting adalah iman dan bagaimana dia beramal. Jika iman dan amalnya tak betul, maka itu syaitan."

Brother Nawawi said...

eagle kata:

beginilah akhi.. ustaz rasul dahri al-faruqi pun ada kelemahannya. ketika URD explain sifat2 Allah dgn menuding ke arah anggota beliau sendiri, dr asri ulas itu bertentangan dengan akidah yang sejahtera. “Cara penerangan yang sedemikian rupa tidak bersesuaian dengan kefahaman akidah yang dipegang oleh Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah. Sekalipun Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah mengisbatkan sifat Allah berdasarkan apa yang dinyatakan dalam kitabNya dan sunnah RasulNya, namun kesemuanya itu di atas asas Allah tidak sama dengan makhluk."

Saya menjawab:

Pertamanya, kenapa enta pandai2 pula menisbahkan nama Ustaz Rasul Dahri dengan penisbahan "al-faruqi"?

Dari mana enta mendapatkan penisbahan seperti itu?

Keduanya, kenapa dengan tiba2 sahaja, enta mengaitkan nama beliau ke dalam perbahasan kita?

Ketiganya, dakwaan dan tuduhan dr. asri tidak ilmiyah. Dan saya sendiri telah menjawabnya di sini,

http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2008/05/056-al-asma-wa-sifat-isyarat-anggota.html

Lain kali, saya ingatkan saudara supaya jangan "qila wa qola" (berkata dia dan kata nya)... jangan hanya tahu memetik kata-kata manusia dan meninggalkan sebaik-baik perkataan dari kalamullah dan kalam Rasul-Nya.

Di dalamnya mengandungi penetapan sifat mendegar dan melihat bagi Allah dengan dua bentuknya dan penetapan penglihatan dengan dua jenisnya.

Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu membaca ayat ini lalu ia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya di atas mata dan telinga beliau.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, Kitab as-Sunnah, Bab Fii Jahmiyah) Adapun yang dimaksudkan dengan bentuk peng-isyaratan itu adalah menegaskan keberadaan pendengaran dan penglihatan, dan bukan penetapan mata dan telinga.

arshavin_08 said...

Assalamu'alaikum ikhwan al-kiram
Saya rasa artikel ini ditulis oleh tuan yg pny blog, semata2 -wallaahu a'lam- , hanyalah tuk meng 'applikasi' kan sabda Rasulullah
shallallaahu 'alaihi wasallam yg bermaksud :
" Agama itu adalah Nasehat, kami -para sahabat- bertanya :
Untuk siapa wahai Rasulullah? Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam menjawab :
Untuk Allah, kitab_Nya,Rasul_Nya, dan para Pemimpin kaum muslimin dan orang2 awam -muslimin- "
( HR.Muslim I/74, no.55 )

dan bagi yg nak buat ulasan plak :
Rasulullah bersabda :
" sesungguhnya ilmu ini (hanya diperolehi) dengan Belajar "
( Hadits hasan, Shahihul Jami', Al al-Baani )
dan Rasulullah juga pernah bersabda :
" tidaklah seorang hamba menutup (aib) hamba yg lain di Dunia, Melainkan Allah akn menutupi(aibnya) pada Hari Kiamat "
( Shahih Muslim, hadits no.2590)

Hendaknya Hadits Agung diats,dapat mengingatkan setiap muslim, agar ia tidak melampaui batas.
Sungguh,berapa banyak orang yang menghendaki kebaikan,tapi Tidak memperolehnya.
Mereka mengaku Cinta kepada RAsulullah shallallaahu 'alaihi wasallam, tapi cintanya,hnyalah sebatas 'omong kosong' belaka, krna mereka tidak Ber i'ttiba' kpd Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam dlm ucapan dan perbuatannya Padahal i'ttiba' ni,adalah BUKTI CINTA YG VALID kpd Rasulullah shallallaahu 'alaihi wasallam, yg dgn ber i'ttiba tsb, ALLAH azza wajalla, akan mengampuni Dosa2 hamba_Nya. Allah berfirman :
" Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu (benar2) mencintai Allah,ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa2mu.Allah Maha Pangampun lagi Maha Penyayang " ( Ali Imran : 31 )

Namun realitanya, kita semua mengaku kita cinta kpda Rasul,tapi adakah kita mencuba tuk ber i'ttiba' kpda petunjuknya?
Sungguh telah benar penyair, sewaktu ia berkata :
" Setiap orang mengaku bahwa ia kekasih Laila,,
Sedangkan Laila tidak pernah mengakuinya "

أسأل الله الهدى لى و لكم و ردّكم إلى الحقّ ردّا جميلا
wallaahu a'lam.

eagle said...

maaf krn ana tak dpt update perkembangan di sini. Motorsikal ana hilang, ana hanya sedar waktu turun dari office utk solat maghrib di masjid berhampiran. tengok-tengok motorsikal dah tak ader. ana tak expect langsung krn terlalu cepat, dorang mmg aim utk curi motor ana, just tunggu masa ana terleka. Sblm ni mmg ana kunci tayar dgn lock tambahan, ptg kelmarin ajer lepas asar ana kelam kabut tak kunci tayar, just lock tengkuk. actually fikiran ana masih terganggu skrg ni. ana tak dpt share idea di sini buat masa terdekat. Innalillah .. wallahualam

Nawawi Bin Subandi said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiun...

Harap saudara eagle dapat bersabar. dan minta kepadanya.

agas said...

Kalau Pas dikaitkan dgn Syiah, Ajaran Hadhari apa pula? lebih sesat dari ajaran Ayah Pin dibesut, Trg. Zina halal dikatakan olih Dr Masitah. sesat lagi murtad. ini diterima olih sufiah yusof, menerima patua ini

Nawawi Bin Subandi said...

Agas, lawaklah awak ni. Lumrah sungguh, apa2 tak puas hati je, mesti umno yg dibalunnya dia.

Padahal dalam PAS tu byk sungguh kalutnya. Tak sedar2 ke? Asyik mahu balun UMNO je? Bila nak muhasabah diri?

- Aku bukan org UMNO.

cerebrojuice said...

nawi ni tau sgt ke psl agama ni?pelik aku tgk...aku rasa ni la awie penyanyi tu..album x laku ke main blog pulak dah nih?movie hari tu laku tak?wi, bila ko nk organize konvo ramai2 naik harley ke langkawi lg wi?aku join tau!

aliwah_82 said...

saya nak comment jugak..salah satu ciri wahabi di serata dunia ialah mereka tak berapa enak dengan politik kepartian...sbb pokok pangkal mereka hidup yang datang sebiji dari al-quran hadis pakai,,yang tidak direct dari quran sunnah x boleh pakai.sbb tue perhatikan lan wahai manusia pas, saya juga penyokong pas ,,jgn mengharap sgt anak beranak pak wahab untuk memperjuangkan pas kerana mereka yang dulunya kuat pas dari kalangan manusia yang beriman seudah meminggirkan diri dari pas ...bahkan mereka menuju kepada umno.saksikanlah fitnah dan kecelakaan yang berlaku akibat fahman wahabi

aliwah_82 said...

klu di malaysia ada parti islam di serata dunia india dan pakistan ada sahaja parti islam...atau paling tidak bangsa atau etnik yang memperjuangkan islam seprti bangsa oghyur di china.cuma bentuk dan cara dan kecenderungan sahaja yang berbeza..bahkan di palestin geng Hamas ,,bukankah itu parti politik ...klu hang pa cakap apapun kepada wahabi .tak ada kesan apa2 sbb ciri2 wahabi juga adalahkeras kepala seperti pengikut asal mereka dari pelampau hanabilah yang kersa kepala sehingga terkeluar dari kefahaman sebenar imam ahmad ibnu hanbal..geng inilah yang mewarisi nama wahabi sekarang ini.pas teruskan perjuangan..w pun ada beberapa ekor wahabi termasuklah orang kelantan yg menjadi pimpinan dalam wahabi, itu memberi kebaikan kepada Pas bukan kebaikan kepada wahabi.adapun kepada wahabi maka menambah kan kecelaruan fahaman wahabi yang tidak tetap pendirian..saksikanlah wahabi di yaman sudah mula berjinak dengan pemimpin politik di sana..sedang mereka tersohor denagn sikap tidak terlibat dalam politik kepartian kerana tidak ada pada zaman nabi.perhatikanlah dengan mata hati kecelaruan puak wahabi dan fitnah yang mereka bawa dalam Islamakhir zaman

aliwah_82 said...

kepada forumer 2 yang di kasihi usah bicara banyak sgt memberi hujjah kepada nawai wahabi ini,,,bukan apa saya cuma mengharapkan kepada forumer2 sekalian tahu apa punca nya ,,hangpa peraan tak tiap 2 orang yang perasan salafi nie memang anti dengan politik..so hang pa kene lawan diaorang nie dari akr umbi...mereka para wahabi cukup kemas pegang hadis bidaah itu sesat jadi klu nak kawan dgn wahabi ikutlah pemahaman mereka bahawa segala yang bidaah adalah haram...bagi mereka bidaah hasanah iala nabi naik unta kita semua naik kereta ...aku baca hujjah nie rasa nak terberak jer.dangkal nya fahaman pegangan zahir nas puak wahabi.teruskanlah kepahaman bathil mu wahai anak beranak bernak wahabi..kami ahli sunnah sejati ..kami ikut politik dan turun mengundi...kami sokong perjuangan islam...teruskanla perjuangan islam yang menghancurkan umat islam mu wahai puak kaum mudah...sampai benda mudah2 kau susahkan dan benda yang rumit sikit dalam agama engkau mudah2 kan.teruskanlah...

Wan Solehah al-Halbani said...

UMNO DAN PAS KAFIR

KALIMAH ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ BERERTI BAHAWA :

1. Kerajaan Allah sahaja yang tertinggi dan paling berkuasa yang mengatasi dan menundukkan seluruh kerajaan manusia dan undang-undang manusia yang selain daripada Allah (9:33);

2. Allah adalah Tuhan yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk menguat kuasakan undang-undang Allah ke atas manusia (5:44);

3. Allah adalah Tuhan yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk membuat undang-undang untuk seluruh umat manusia (12:40);

4. Allah adalah Tuhan yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk menghukum manusia dengan undang-undang Allah (5:44);

5. Allah adalah Tuhan yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk memerintah bumi (3:26; 7:54);

6. Allah adalah Tuhan yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk menghamba abdikan manusia kepada kuasa Allah, iaitu manusia menjadi para hamba kepada Allah (1:1; 21:24);

7. Allah adalah Tuhan yang berkuasa, berdaulat dan berhak untuk disembah oleh manusia (4:36);



KERAJAAN MALAYSIA DAN SISTEM POLITIK DEMOKRASI ADALAH KAFIR KERANA :

1. Artikel 4 Perlembagaan Malaysia meletakkan status Perlembagaan Malaysia sebagai undang-undang yang tertinggi yang mengatasi al-Quran dan Hadis;

2. Artikel 43 Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada para pemerintah untuk menguat kuasakan undang-undang manusia ke atas umat manusia;

3. Artikel 44 Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada para pemerintah untuk membuat undang-undang manusia;

4. Artikel 161 Perlembagaan Malaysia memberi kuasa kepada mahkamah untuk menghukum manusia dengan undang-undang manusia;

5. Perlembagaan Malaysia menyerahkan kuasa dan hak kepada manusia untuk memerintah ke atas seluruh umat manusia (artikel 43, 44, 161);

6. Perlembagaan Malaysia mewujudkan sistem manusia menjadi para hamba kepada manusia kerana manusia berada di bawah kuat kuasaan undang-undang demokrasi ciptaan manusia(artikel 43);

7. Perlembagaan Malaysia mewujudkan sistem manusia menyembah manusia (artikel 43, 161);



UMNO DAN PAS YANG MENGAMALKAN AGAMA DEMOKRASI ADALAH KAFIR KERANA :

1. Mereka melantik ahli-ahli Parlimen dan Dun sebagai Tuhan-tuhan Manusia (Taghut) yang kafir.

2. Mereka mengamalkan agama yang kafir, mereka menghalal dan membolehkan amalannya serta mereka menyetujui dan meredhai amalannya itu;

3. Mereka mengiktiraf bahawa Perlembagaan Malaysia adalah undang-undang yang tertinggi yang mengatasi undang-undang al-Quran;

4. Mereka mengakui dan
mengiktiraf semua Tuhan, iaitu mereka mengiktiraf Allah sebagai Tuhan kita dan mereka juga mengiktiraf Tuhan-tuhan yang lain sebagai Tuhan-tuhan yang sah yang bererti mereka melakukan syirik terhadap Allah;

5. Mereka mempertahan, memperkasa dan menjadi para pendukung kepada agama demokrasi;

6. Mereka membuat undang-undang manusia yang kafir;

7. Mereka menghukum manusia dengan undang-undang manusia;

8. Mereka adalah berkuasa dan berdaulat untuk memerintah ke atas umat manusia;

9. Mereka berada di bawah kuat kuasa undang-undang manusia yang menjadikan mereka sebagai para hamba kepada manusia;

10. Mereka mewujudkan sistem manusia menyembah manusia kerana seluruh umat manusia mentaati dan mematuhi undang-undang demokrasi ciptaan manusia;



Kerajaan demokrasi Malaysia kita ini adalah kerajaan manusia yang kafir. UMNO dan PAS serta sesiapa sahajapun yang mengamalkannya ianya bererti bahawa mereka mengamalkan agama manusia yang kafir. Ini adalah perbuatan mereka yang kafir yang sudah semestinya mengeluarkan mereka daripada agama Allah.

Sekian, terima kasih.


Wan Solehah al-Halbani

Lubuk Terua, Temerloh, PAHANG DM

Raja Putera Tengku Iskandar said...

Hahaha, publisiti murahan Umno. Xde motif. Disebabkan ada PAS lah, Islam di Malaysia masih ada dan terjaga. Islam dan PAS berpisah tiada.