__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | Komputer |
__________________________________________________________________________________

Sunday, November 23, 2008

078 - Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah

Syiriknya Selawat Syifa’ & Selawat Nariyah

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Selawat Syifa’:

اَللَّهُمَّ صَلِ عَلىَ مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوْبِّ وَدَوَاِئهَا، وَعَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَشِفَاِئهَا، وَنُوْرِاْلأَبصَارِ وَضِيَاِئهَا، وَعَلىَ أَلِهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan salam kepada Muhammad, yang memberi penawar dan pengubat hati (kalbu), yang memberi kesihatan dan penyembuhan badan, cahaya dan yang menerangkan pandangan mata. Juga ke atas keluarga beliau.”

Selawat ini banyak diamalkan oleh banyak tokoh-tokoh perubatan dan bomoh-bomoh tertentu di dalam negara kita (Malaysia) mahu pun di luar negara. Ia digunakan sebagai zikir atau bentuk doa untuk mengubati/merawat individu tertentu yang mengalami masalah kesihatan tertentu.

Ianya juga sangat popular malahan sehingga dinasyidkan dan dilagukan sebagai zikir-zikir harian. Malangnya, kebanyakan dari mereka (yang mengamalkannya) hanya tahu melafazkan dan melagukannya. Namun tidak mahu mengambil tahu berkenaan makna dan kesyirikan yang terkandung di dalamnya.

Lebih malang lagi, selawat tersebut tidak pernah diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam melalui mana-mana riwayat hadis, apatah lagi tidak juga diamalkan oleh sahabat-sabahat Rasulullah sendiri. Maka, ianya adalah tergolong di dalam bentuk selawat-selawat ciptaan dan rekaan manusia berdasarkan akal dan nafsu.

Jika kita perhatikan satu persatu rangkap perkataan di dalam selawat tersebut, terdapat penyandaran sifat yang tidak selayaknya kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam iaitu dengan sifat “yang memberi penawar”, “pengubat hati (kalbu)”, “yang memberi kesihatan”, “penyembuhan badan”, dan “yang menerangkan pandangan mata”. Padahal kita mengetahui bahawa yang mampu menyembuhkan dan memberi kesihatan badan, yang mampu mengubati hati, dan yang mampu menerangkan pandangan mata adalah hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala semata-mata. Berkenaan sifat yang dinisbahkan (atau disandarkan) kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam tersebut, beliau sendiri tidak mampu berbuat apa-apa, apatah lagi untuk orang lain.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa memberi manfaat kepada diriku dan tidak (pula) menolak kemudharatan kecuali yang dikehendaki Allah”.” (Surah al-A’raaf, 7: 188)

“...dan apabila aku sakit, Dialah (Allah) yang menyembuhkan aku,” (Surah asy-Syu’araa, 26: 80)

“Barangsiapa yang tidak diberi cahaya (petunjuk) oleh Allah, maka tidaklah dia memiliki cahaya sedikit pun.” (Surah an-Nuur, 24: 40)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445, daripada ‘Umar al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu)

Syaikh Muhammad Jamil Zainu berkata:

“Sesungguhnya yang menyembuhkan dan yang memberi kesihatan badan, hati, dan mata hanyalah Allah sahaja. Adapun Rasulullah tidak memiliki kekuasaan untuk memberi manfaat bagi dirinya dan tidak pula untuk selainnya. Bentuk selawat ini (selawat Syifa’ di atas) menyalahi firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya),

“Katakanlah (Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak pula kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah...” (Surah Yunus, 10: 49) (Rujuk: Fadhilat Selawat Kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, m/s. 113-114, Mubarak Mahfudh Bamuallim. Juga al-Firqatun Najiyah, m/s. 192-193, Syaikh Muhammad Jamil Zainu)

Selawat Nariyah:

اَللَّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً، وَسلِّمْ سَلاَمًا تَامَّا عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الَّذِيْ تَنْحَلُ بِهِ الْعُقَدُ، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ، وَتُقْضَ بِهِ الْحَوَاِئجُ، وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ، وَحُسْنُ الْخَوَاتِيْمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ، وَعَلىَ أَلِهِ وَصَحْبِهِ عَدَدَ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ

Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah selawat dan keselamatan yang sempurna kepada penghulu kami, Muhammad, yang dengannya akan terlerai pertikaian hidup, hilang segala kesedihan, dipenuhi segala apa yang diperlukan, tercapai segala keinginan dan hasil yang baik (husnul Khatimah), tersiramilah hati yang gersang dengan perantaraan wajahnya yang mulia. Dan semoga dilimpahkan pula kepada keluarganya, para sahabatnya sebanyak ilmu-Mu.”

Jika kita benar-benar memahami akan hakikat kebenaran, telah jelas bahawa aiqdah tauhid yang disebutkan di dalam al-Qur’an dan apa yang diajarkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mewajibkan supaya setiap Muslim meyakini bahawa hanya Allah yang mampu menyelesaikan (meleraikan) pertikaian di dalam kehidupan, menghilangkan segala kesusahan, yang memenuhi segala bentuk keperluan, dan memperkenankan permohonan orang yang berdoa kepada-Nya.

Seseorang Muslim tidak dibenarkan berdoa kepada selain Allah. Walaupun kepada para Malaikat dan Nabi yang dekat dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Allah berfirman (maksudnya),

“Katakanlah: “Panggillah mereka yang kamu anggap (tuhan) selain Allah, sebenarnya pada hakikatnya mereka tidak memiliki sebarang kuasa untuk menghilangkan bahaya daripadamu dan tidak pula memindahkannya”. Sesungguhnya yang mereka seru itu, mereka sendiri sentiasa mencari jalan agar mereka menjadi yang paling dekat (kepada Allah), mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya. Sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang (harus) ditakuti.” (Surah al-Isra’, 17: 56-57)

“Hanya kepada Allah kami menyembah, dan hanya kepada Allah kami memohon pertolongan.” (Surah al-Fatihah, 1: 5)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan berkenaan ayat ini,

“Yang dapat melakukan semua itu hanyalah Allah yang tidak ada sekutu bagi-Nya. Menciptakan dan meemrintahklan hanyalah hak Allah semata. Di mana berkenaan firman Allah (maksudnya): “Orang-orang musyrik dahulu sering menyatakan “Kami menyembah Malaikat, ‘Isa al-Masih, dan ‘Uzair”. Mereka itulah yang diseru sebagai tempat memohon sesuatu oleh orang-orang musyrik.” (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir di bawah perbahasan ayat 56-57 Surah al-Isra’)

Jika kita perhatikan rangkap selawat tersebut, dengan ia menunjukkan bentuk-bentuk permohonan doa kepada Nabi. Malah sifat-sifat yang tidak selayaknya, tetapi malah sebenarnya berlebih-lebihan (ghuluw) disandarkan kepada Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam.

Penutup:

Dari dua bentuk selawat yang telah kita lihat di atas, kita dapat perhatikan bahawa sifat-sifat yang dinisbatkan atau disandarkan kepada Nabi dalam untaian (atau rangkap) selawat tersebut sangat berlebih-lebihan dan memerangkap seseorang jatuh ke dalam lembah kesyirikan. Sekiranya beliau Shallallahu ‘alaihi wa Salam mendengarnya, sudah pasti beliau tidak akan redha. Ini adalah berdasarkan beberapa dalil di bawah ini,

Firman Allah (maksudnya):

“(Dialah Allah) Yang telah menciptakan aku, lalu Dialah yang memberi aku petunjuk, dan Yang memberi makan dan minuman kepadaku, dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.” (Surah asy-Syu’araa’, 26: 78-80)

Dari Abdullah Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: “Ada seorang lelaki berkata kepada Nabi: “Apa yang Allah kehendaki dan engkau?” Lantas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda:

“Adakah kamu menjadikan aku setara dengan Allah? (dalam riwayat yang lain, “tandingan bagi Allah?). Tidak, tetapi katakanlah: “Apa yang dikehendaki Allah sahaja”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Adabul Mufrad, no. 783)

Begitulah penjelasan daripada Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wa Salam sendiri.

Oleh itu, perlu kita fahami bahawa, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Salam. Tidak ada kaifiyah (cara) selawat yang lebih baik daripada kaifiyah yang diajarkan beilau Shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri. Jauhilah bentuk-bentuk beribadah yang direka cipta oleh manusia yang dengannya akan mengakibatkan pelbagai kesesatan dalam beragama.

“Ya Allah, selamatkanlah kami dari sikap ghuluw (berlebih-lebihan) dan dari sifat kemusyrikan yang besar atau pun yang kecil”

17 comments:

mike said...

saudara,
berhati-hati ketika memberikan sebarang komen dan dari sumber mana ilmu saudara itu diperolehi kerana dikhuatiri saudara akan terlepas dari mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w di Negeri Yang Kekal Abadi, Akhirat kelak....

mike said...

berkenaan hadis yang saudara tempelkan di dalam blog tuan ini iaitu:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam sendiri bersabda (maksudnya):

“Janganlah kamu melampaui batas dengan mengagung-agungkan aku sebagaimana kaum Nasrani telah melakukannya terhadap Isa anak Mariam. Sesungguhnya tiadalah aku melainkan seorang hamba, maka katakanlah, “(Muhammad) Hamba dan Pesuruh Allah”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3445, daripada ‘Umar al-Khatthab radhiyallahu ‘anhu)

ketahuilah saudara yang hadis tersebut disabdakan oleh Nabi s.a.w sebelum Baginda diangkat Allah dalam peristiwa Mi'raj yang mana sebelum peristiwa Agung tersebut Nabi tidak mengetahui kedudukannya di sisi Allah iaitu mendapat maqam Habib yang mana ia dikhususkan hanya untuk Nabi s.a.w sahaja berbanding mana-mana makhluk di dunia ataupun di langit...hanya mana selepas Nabi melalui peristiwa bersejarah tersebut, barulah Baginda mengetahui kedudukannya di sisi Al-Khaliq (Allah) dan tidak menyanggah mana-mana muslim untuk mengagunggkannya seperti selayak yang patut diperolehinya...

lagi pun, siapa yang mengajar kita mengenai kehidupan dan juga ilmu yang saudara perolehi ini jika tidak melalui Nabi Muhammad sallallah hu alaihi wasallam?

memang segalanya datang dari Allah tetapi siapa melalui perantara siapa? Nabi Muhammad bukan? adakah saudara yang cetak pengetahuannya ini menjadi pilihan untuk tugas itu? saudara sendiri boleh menilainya dan janganlah saudara memasukkan diri saudara di dalam golongan orang yang membenci atau menyirikkan orang yang ingin memuji Nabi kerana Nabi ialah manusia yang tiada tolok bandingannya di antara semua makhluk termasuk makhluk di langit dan Malaikat.

insaflah diri saudara sebelum terlambat dan pergilah menziarahi makam Nabi di Madinah untuk memohon kemaafan sebelum terlambat.

Nawawi Bin Subandi said...

Dalil & Rujukan please...

amirul fitri said...

Persoalan Selawat Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah yang dikatakan mensyirikkan Allah serta membesarkan Nabi Muhammad melebihi Allah ini baru saja timbul. Kadangkala terjemahan di dalam bahasa Melayu yang tidak tepat yang menyebabkan ia mirip seperti mensyirikkan Allah.. sedang hakikat makna sebenar tidak sebegitu..

Sebagai contoh perkataan Tib dalam selawat Syifa itu adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.. bukan bermakna 'yang memberi penawar'.. ia sama sekali tidak sama dengan kata Syifa' yang bermakna kesembuhan.. sesungguhnya Penyembuh menggunakan penawar untuk menyembuh penyakit.. maka makna Selawat Syifa adalah Allah sebagai Syafi (Penyembuh) menjadikan Muhammad sebagai penawar kepada hati-hati..

p/s: Bolehkah diterangkan dengan lebeh jelas kerana penerangan saudara bercangahan dengan penerangan Dr. Haron Din Al Hafiz

rujuk : http://www.darussyifa.org

::simple-shida:: said...

salamun alaik.
erm.. dh macam-macam hadis dibedah siasat ni.. bguss ada tajdid.
cume, kena btul-btul a'rif daris egi hukum hakam dalil hadis ni..

mohon tuan blog au shbt lain betulkn andai ada yg menyimpang..

hamba yg kurang arif tntg hadis
al faqierah ilallah..

azzakwan said...

kes ni sm mcm berzanji... sesiapa yg nmpak baik akn terus mengatakan ini adalah bidaah hasanah.. tapi tak nak ambil tau bab-bab dhalalah nya, terima atas posting ini,..

saya hanya perasan akan selawat nariyah yg betul2 xmenyedapkan hati maksudnya & xamalkannya, namun saya xseberani saudara..

saya xperasan pulak akan selawat syifa'.. semoga disertakan selawat2 yg dapat dijadikan amalan, biarpun kita nak cegah kemungkaran, kita hendaklah menyuruh kepada kebaikan, tak lengkap tanpa kedua2nya.

teruskan usaha amar makruf nahi mungkar.

Brother Nawawi said...

dalam masa terdekat (insyaAllah) saya akan bawakan lafaz2 selawat yg sunnah. Tsabit dari hadis2 sahih.

Sepatutnya, saya bawakan dulu selawat2 yg sunnah, tp saya dh tersilap sikit. terima kasih.

bunga mawar said...

Pelampau wahabi menghina Dr. Haron Din ?, kebanyakkan anak muridnya memang mengamalkan selawat ini, jahulah dari laman2 web wahabi yang sesat ini !!!.

IbnuNafis said...

Assalamu'alaikum wbth,

Dari AbduLLah ibn Amr radiyaLLahu ‘anhu bahawa RasuluLlah sallaLLahu ‘alaihi wasallam bersabda yang bermaksud :

ALLah subhanahu wa ta’ala tidak akan mengangkat ilmu pengetahuan dengan cara mencabutnya dari hati ulama, tetapi dengan cara mematikan mereka, dan jika sudah tidak ada lagi seorang ulama yang masih hidup, maka manusia akan mengangkat pemimpin di kalangan orang-orang yang jahil (bodoh), jika (para pemimpin tersebut ditanya tentang kemusykilan agama) maka mereka akan berfatwa tanpa dasar ilmu, dengan itu mereka menjadi sesat dan menyesatkan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Berhati-hati dengan blog yang suka menghukum sesat kepada umat Islam ini. Simple Shida?

IbnuNafis said...

Entah berapa banyak hadith nawawi nih hafaz kemudian dia boleh buat hukum pulak. Siapa pula guru-gurunya? Tak rasa curious ke mereka yang buat rujukan pada blog sebegini?

AbulAbas Aljuwaini said...

Aku rasa terpanggil untuk mencelah , bila ada ajaran sesat yang baru ditimbulkan dalam masyarakat kita sahingga pujian yang diucapkan kepada Nabi kita pun tak dibolehkan katanya bid'ah dan sesat ,yang sesat tu kerja menyesatkan siapa yang nak memuji Rasulullah junjungan besar dan makhluk yang paling mulia selepas Tuhannya sahingga Allah sendiri pernah memujinya dalam al Quran ayat 4 dari surah al Qalam dan mengarahkan kita sentiasa bersolawat kepadanya. Adapun larangan jangan mengagongkannya seperti orang keristian itu, semua kita tahu bagaimana mereka membesarkan Nabi Esa as. iaitu sampai jadi anak Tuhan.Kita orang Islam memuliakan Rasulullah tak lebih dari seorang Rasulullah utusan dan hambanya dia orang ni saja tak mahu biza antara memulia dan mengangongkan sampai boleh jadi Tuhan , dengan mulia dan menghormati sebagai hamba dan kekasihNya . Sikap biadab dan fikiran tertutup macam ni, menurut firasat aku berpunca dari puak 'arabi dari sebelah timur Madinah sebagaimana yang diberi tahu dalam hadis sahihnya dan al Quran (dalil dan bukti qat'i yang tidah dapat disangkal lagi

AbulAbas Aljuwaini said...

Perkataan yang kurang ajar dan mensyirikan solawat kepada Rasulullah , yang mana ianya jelas digalakan dalam agama kita sama juga Rasulullah pernah mengajar umatnya selepas setiap kali azan supaya memohon derjat dan kedudukan wasilah yang tinggi kepadanya , tak perlulah puak degil ini membaca doa lepas azan tadi kerana bermaksud meminta ketinggian dan derjat kemeliyaan kepada Nabi saw. apalah jumud sangat fikiran puak karut ni.Aku teringatkan satu hadis sahih (Bukhari)yang menceritakan ada seorang 'arabi yang jumud sedang berdoa dengan memohon rahmat Allah yang luas melipoti segala hambaNya, tetapi dikhususkan rahmat yang luas itu untuk dirinya dan Muhammad(Rasulullah)sahaja lalu sabdanya kepada 'arabi tersebut(secara memperli)(mana boleh) kamu memperkutak-katik(menyempitkan rahmat) Allah yang begitu luas itu .

AbulAbas Aljuwaini said...

Aku rasa terpanggil untuk mencelah , bila ada ajaran sesat yang baru ditimbulkan dalam masyarakat kita sahingga pujian yang diucapkan kepada Nabi kita pun tak dibolehkan katanya bid'ah dan sesat ,yang sesat tu kerja menyesatkan siapa yang nak memuji Rasulullah junjungan besar dan makhluk yang paling mulia selepas Tuhannya sahingga Allah sendiri pernah memujinya dalam al Quran ayat 4 dari surah al Qalam dan mengarahkan kita sentiasa bersolawat kepadanya. Adapun larangan jangan mengagongkannya seperti orang keristian itu, semua kita tahu bagaimana mereka membesarkan Nabi Esa as. iaitu sampai jadi anak Tuhan.Kita orang Islam memuliakan Rasulullah tak lebih dari seorang Rasulullah utusan dan hambanya dia orang ni saja tak mahu biza antara memulia dan mengangongkan sampai boleh jadi Tuhan , dengan mulia dan menghormati sebagai hamba dan kekasihNya . Sikap biadab dan fikiran tertutup macam ni, menurut firasat aku berpunca dari puak 'arabi dari sebelah timur Madinah sebagaimana yang diberi tahu dalam hadis sahihnya dan al Quran (dalil dan bukti qat'i yang tidah dapat disangkal lagi

AbulAbas Aljuwaini said...

Aku rasa pelik dengan puak-puak yang tidak ada kerja, selain mengata orang sesat bid'ah dan syirik . Puak ni patut dikenali dengan puak ajaran songsang ,apa tidaknya, orang nak berzikir bertasbih dan berselawat kepada Nabi dia pula kata tak boleh mereka mensyirikkan dan membid'ahkannya, kena bertaubat yang diorang buat tu, duduk membid'ah mensyirik dan menyalah semua orang tu, tak kena bertaubat juga kah?boleh pahala agaknya ,ikut mazhab dia .

AbulAbas Aljuwaini said...

Aku ingatkan brother nawi supaya jangan faham hadis tu secara juz'i dan asing-asing kita kena faham secara saimbang saksama dan menyeluruh kita kena selaraskan semua hadis dalam satu-satu bab itu, umpamanya hadis yang menyuruh dengan hadis yang melarang kita bersolawat, kalau ada yang melarang, itu bila dan kenaapa dilarang, apa sebabnya, Rasulullahsaw. atau agama menyuruh sesuatu yang baik itu, kamudian dilarangnya pula , ini bukan kerja orang berakal, sama juga Nabi pernah larang ziarah kubur kamudian disuruhnya pula, dan kita faham larangan itu telah dinasakh dengan suruhan selepas itu, kerana katanya perbuatan itu banyak membawa pengajaran(iktibar) kepada seseorang, begitu juga hadis yang melarang sahabat dari menulis hadis dan lainnya, selain Quran sahaja,ini kerana bimbang bercampur aduk kalam Allah dengan kalam manusia dan lainnya, dan selepas itu di benarkan sahabatnya mencatat segala hadis dan percakapannya supaya mudah diingati dan disampaikan kepada orang lain tentang ilmu agama ini, dan begitulah seterusnya .

Jadi marilah kita ikuti panduan yang telah disepakati ulama dan para mujtahid yang telah memgariskan panduannya kepada kita, barulah tidak berlaku pertentangan dan kecelaruan dimana-mana, bertukar antara kerja kebaikan seperti berzikir bersolawat bertolong-menolong bermasra dan berkasih sayang , bertukar menjadi kerja bid'ah kejahatan kesesatan dan kena bertaubat dan sebagainya .


Ini lah akibatnya juka kita orang awam ini, tak mahu terima perkataan ulama , sebab itu Allahswt. telah memerintahkan kita bertanyakan ulama yang pakar dan mengikuti para mujtahid firmanNya bermaksud "bertanyalah kamu kepada orang yang pakar dalam agama"Anbia 7 , dan jangan tertpedaya dengan ungkapan setengah mubtadi'ah, yang dikatakan mendapat habuan tertentu, "perkataan orang lain selain Rasulullah itu boleh dterima dan ditulak" , tak salah ingat aku, ini perkataan Imam Malik ra. yang mana dia adalah mujtahid mutlak yang tidak perlu lagi mengikuti sesiapa dia adalah orang hebat dan pakar dan orang lain juga rijal dan pakar , tetapi kita mana boleh nak bercakap begitu kerana ulama mujtahid itu tidak memfatwakan sebarang isu melainkan ada nas dalil dan buktinya bukan seperti kita yang bukan ahlinya .Aku terpaksa menulak pendapat yang nampak sangat kecelaruannya, dan demi kesatuan perpaduan kita dan keharmunian umat, aku tetap bersama majoriti umat Islam dan sawadul a'zam umat ini, diatas jalan perdana yang diikuti umat Islam diseluruh dunia . Inilah jalan yang dilalui aswj sejak dulu hingga hari ini .Atasnya kita hidup dan arasnya juga kita mati dan akan dibangkit nanti dengan limpah rahmat Allah dan pertolongan dan kemurahanNya .

AbulAbas Aljuwaini said...

Untuk lebih jelas lagi, umpamanya ada hadis Muslim yang mengatakan setiap perkara baru itu bid'ah dan setiap bidah itu masuk neraka . Dan ada lagi satu hadis Muslim juga yang mengatakan siapa yang mengada-ngadakan perkara baru dalam urusan (agama) kami ini, apa yang tiada berasas daripadanya maka ianya tertulak"HR Muslim juga dari kedua hadis ini dapatlah kita faham bahawa perkara baru yang tidak ada asas dan dalilnya itulah yang tertulak dan bid'ah tadi, manakala perkara baru yang ada dalil dan berasas dari agama itu boleh diterima dan diamalkan seperti solat teraweh berjemaah dibulan Ramadan dan lain-lain,ini telah dipuji dan dinamakan bid'ah hasanah oleh Umar ra. dan Imam kita Syafie ra. juga Imam mereka sendiri, Ibnu Taimiah ra. dan jumhur ulama lain .Sesuai dengan hadis Muslim juga yang mengatakan siapa yang meneruka perkara yang baik maka baginya pahala dan pahala orang yang menurut jijaknya sampai hari kiamat begitulah sebaliknya siapa yang meneruka jalan yang tidak baik (jahat dan sebagainya )maka atasnya dosa dan dosa semua orang yang mengikuti jijaknya sahingga hari kiamat.Jadi kull dalam hadis pertama tadi bermakna kebanyakan ,sebahagian besar atau kebiasaan sahaja bukan bermakna semua sekali . percakapan balaghah seperti ini banyak terdapat dalam al Quran umpamanya firmanNya bermaksud "dan dikurniakan kepada putri Balqis itu dari segala suatu (min kulli syai')al Naml 23 dan firmanNya lagi bermaksud " dan ada (menunggu)dibelakang mereka seorang raja yang akan merampas setiap (kulla safinatin)

emilia azman said...

sila check kat sini... rasanya dah terang kot explaination yang diberi..

audio pon disediakan.


http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=article&sid=18