http://bahaya-syirik.blogspot.com
Artikel ringkas ini adalah bagi memberi sebuah pencerahan terhadap tulisan Ustaz Emran Ahmad yang mencanangkan fatwa tuduhan Murji’ah ke atas Syaikh Ali Hasan al-Halabi yang boleh dicapai melalui pautan berikut: http://al-fikrah.net/News/article/sid=540.html dan http://ustaz.blogspot.com/2009/06/fatwa-ulama-sunnah-tentang-pemikiran.html.
Hakikatnya, fatwa tersebut tidak disepakati oleh seorang alim robbani faqiihul ummah yang juga anggota kibarul ulama serta anggota Lajnah Daimah iaitu Fadhilatusy Syaikh Muhammad bin Sholeh al-’Utsaimin rahimahullahu. Inilah pendapat beliau tentang fatwa tersebut:
"Ini adalah suatu kesalahan dari lajnah dan aku merasa terganggu dengan adanya fatwa ini. Fatwa ini telah memecah-belah kaum muslimin di seluruh negeri sehinggakan mereka menghubungiku sama ada dari Amerika maupun Eropah. Tidak ada yang dapat mengambil manfaat dari fatwa ini melainkan takfiriyun (tukang mengkafirkan) dan tsauriyun (para pemberontak)." Beliau juga berkata: "Saya tidak suka keluarnya fatwa ini, kerana menjadikan masyarakat bingung. Dan nasihatku kepada para penuntut ilmu supaya tidak terlalu berpegang teguh dengan fatwa fulan atau fulan.” (at-Ta’rif wat Tanbi’ah (hal. 15))
Syaikh Husein bin Abdul Aziz Alu Syaikh hafidzahullahu, beliau pernah ditanya:
"Fadhilatusy Syaikh, jazakumullahu khoiron:
Apa pendapat Anda tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Da`imah berkenaan dua kitab Syaikh Ali bin Hasan hafidzahullahu “At-Tahdzir” dan “Shoihatu Nadzir”, bahawa kedua kitab tersebut menyeru kepada pemikiran Murji'ah, bahawasanya amal bukan syarat sahnya iman, padahal kedua kitab tersebut tidak membahaskan sama sekali berkenaan syarat sah atau syarat sempurnanya iman?"
Beliau menjawab:
“Pertama-tamanya wahai saudaraku, Syaikh Ali dan Masyaikh di atas manhaj yang satu. Dan Syaikh Ali, beliau adalah saudara besar seperti para masyaikh yang mengeluarkan fatwa tersebut. Beliau mengenali dengan baik mereka dan mereka juga mengenali beliau dengan baik. Mereka saling mencintai (kerana Allah –pent.). Syaikh Ali telah diberi oleh Allah ilmu dan pengetahuan (wa lillahil hamdu) yang akan dapat mengubati perkara ilmiah di antara beliau dan Masyaikh. Dan perkara ini (alhamdulillah) masih di tengah-tengah perjalanan menuju titik terang sebuah kebenaran.
Adapun Syaikh Ali dan guru beliau Syaikh al-Albani dan yang di atas manhaj sunnah tidak diragukan lagi (walillahil hamdu) berada diatas manhaj yang diredhai. Dan Syaikh Ali sendiri (walillahil Hamdu) termasuk yang membela manhaj Ahli sunnah wal jama'ah.
Fatwa Lajnah tidaklah menghukum Syaikh Ali sebagai Murji'ah dan ini tidak mungkin dilakukan oleh Lajnah! Lajnah hanya berbeza pendapat dan berdialog dengan Syaikh Ali. Ada pun orang lain yang menginginkan dari munculnya fatwa ini untuk syaikh sebagai Murji’ah, maka aku tidak faham (apa maksud mereka). Dan saya kira saudara-saudaraku tidak memahaminya seperti itu. Mereka para Masyaikh sangat menghormati dan menghargai beliau.
Dan Syaikh Ali telah menjawab dengan jawaban ilmiah dalam kitab "Al-Ajwibah AI-Mutalaaimah ‘ala fatwal Lajnah Daimah" sebagaimana yang dilakukan oleh salafush sholeh. Tidaklah ada di antara kita seorang pun melainkan boleh di ambil ucapannya atau ditolak kecuali Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Salam seperti yang dinyatakan oleh Imam Malik rahimahullahu:
كُلُّ كَلاَمٍ مِنْهُ ذُوْ قَبُوْلٍ وَمِنْهُ مَرْدُوْدٌ سِوَى الرَّسُوْلِ
Semua ucapan adakalanya boleh diterima
dan adakalanya boleh ditolak kecuali Rasul
Demikianlah keadaan umat ini, adakalanya ditolak dan terkadang diterima ucapannya. Akan tetapi manusia secara tabiatnya adakalanya ketika berbicara atau dialog terdapat sedikit nada keras sehingga para sahabat radhiyallahu ‘anhum juga demikian, seperti yang terjadi di antara Abu Bakar dan Umar dan selain mereka dari kalangan para sahabat.
Kesimpulannya bahawa fatwa ini menurutku tidak menetapkan dan tidak menghukumi Syaikh Ali sebagai Murji'ah, akan tetapi fatwa tersebut hanyalah suatu dialog berkisar buku beliau. Dan Syaikh Ali (semoga Allah selalu memberinya taufiq) ketika menulis “Al-Ajwibah al-Mutala`imah” setelah munculnya fatwa tersebut bukan untuk membantah, namun hanya sekadar menjelaskan manhaj beliau dan guru beliau Syaikh al-Albani rahimahullahu. Kami yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa Syaikh Ali dan guru beliau Syaikh al-Albani rahimahullahu amat jauh sekali dari pemikiran Murji'ah seperti yang telah aku katakan dahulu.
Syaikh Ali misalnya kalau aku tanya tentang apa itu iman? Demikian juga dengan Syaikh al-Albani, maka tidaklah kami dapatkan sedikit pun dari ucapan mereka yang berbau Murji'ah iaitu bahawasanya amal bukan termasuk sebahagian dari iman. Bahkan ucapan-ucapan Syaikh al-Albani rahimahullahu jelas-jelas menyatakan bahawa iman adalah keyakinan dalam hati, ucapan dalam lisan dan perbuatan anggota badan, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
Saya kira Syaikh Ali menyetujuiku dalam hal ini iaitu bahawasanya fatwa Lajnah bukan seperti yang dicanangkan oleh sebahagian orang bahawa Syaikh Ali itu Murji'ah. Sekali-kali tidak, mereka para Masyaikh tidak mengucapkan seperti ini. Mereka hanya berdialog seputar kitab tersebut. Dan tidaklah para salaf dahulu berdialog melainkan kerana rasa kasih sayang dan kecintaan mereka terhadap sunnah dan untuk membela sunnah. Lebih-lebih lagi dialog tersebut bukan berkisar keseluruhan kitab akan tetapi hanya sebahagian kecilnya saja.
Samahatusy Syaikh Abdul Aziz Alu Syaikh, mufti Kerajaan Saudi Arabia termasuk orang yang amat cinta terhadap Syaikh Ali dan aku tahu benar akan hal ini. Beliau amat sangat menghormati dan selalu mendoakan Syaikh Ali sehingga setelah Syaikh Ali berjumpa dengan beliau, Samahatusy Syaikh tetap seperti itu.
Beliau juga amat menghormati dan mencintai Syaikh al-Albani rahimahullahu dari dahulu kala. Aku mengetahui perkara ini semenjak Samahatus Syaikh mengajar di kuliah Syariah tahun 1406 H, beliau selalu menyebut nama Syaikh dengan pujian dan doa.
Syaikh al-Albani dan para masyayikh di Saudi Arabia dipersatukan oleh satu prinsip iaitu manhaj salafush sholeh. Seandainya kita bersatu di atas hawa nafsu maka benar-benar kita akan berpecah-belah. Akan tetapi inilah apa yang terlahir dari kasih sayang yang benar dan jujur.
Ada pun sekiranya ada orang ketiga yang mengambil fatwa Lajnah Daimah ini dan bergembira kerana bersesuaian dengan hawa nafsu mereka, tetapi mereka meninggalkan yang tidak sesuai dengan mereka maka inilah jalannya ahli bid'ah.” (Selesai jawaban beliau di sini) (Ar-Roddul Burhani (hal. 256-259))
Syaikh Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-Aql (hafizhahullahu) berkata:
"Tidak semua orang yang dituduh Murji'ah, maka dia benar-benar Murji'ah. Lebih-lebih lagi di zaman ini, kerana tukang-tukang pengkafiran dan para ekstrimis dari kalangan Khawarij atau yang seperti mereka yang bodoh akan kaedah-kaedah salaf tentang penerapan hukum, menuduh orang yang menyelisihi mereka dari kalangan ulama mahu pun penuntut ilmu dengan Murji'ah. Dan kebanyakan yang digembar-gemburkan mereka adalah masalah berhukum dengan selain hukum Allah dan masalah wala' serta bara'.
Dan terkadang sebahagian yang menisbatkan dirinya kepada ilmu dan sunnah turut serta terlibat di dalam menuduh tanpa adanya kehati-hatian. Bahkan sebahagian penuntut ilmu yang sudah tinggi keilmuaannya ketika menulis masalah takfir pada zaman ini menuduh orang yang menyelisihinya dalam masalah yang juga diperselisihkan oleh salaf dengan tuduhan Murji'ah. Padahal permasalahannya jika diteliti kembali tidak termasuk prinsip Murji'ah.” (Al-Qodariyah wal Murji’ah (hal. 121))
Rujukan Lain:
1 - http://www.almanhaj.or.id/content/1848/slash/0
2 - http://forum.dudung.net/index.php?topic=3813.0;imode
3 - http://www.geocities.com/fsms_sunnah/bkn-irja3
4 -






0 comments:
Post a Comment