__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, July 6, 2010

119 - Solat Ultraman: Zamihan al-Ghari Memperlekeh Ulama!

Solat Ultraman: Zamihan al-Ghari Memperlekeh Ulama!

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Zamihan al-Ghari (salah seorang Ustaz di bawah kelolaan JAKIM dan ILIM) sebagaimana kenyataan beliau di dalam ceramahnya melalui rakaman video ini (di bawah) telah menyatakan bahawa perbuatan bersedekap meletakkan tangan di atas dada ketika qiyam di dalam solat sebagai Wahhabi, anak Pak Wahhab, ajaran Pak Wahhab, dan seperti ultraman:


Sebenarnya, persoalan ini bukanlah perkara baru di dalam persoalan ritual solat, melainkan bagi mereka yang jahil dan sombong. Dan mereka yang berpegang tentang sunnahnya meletakkan tangan (sedekap) di dada ketika qiyam dalam solat, antaranya adalah bersandarkan dengan hadis-hadis berikut:

1 – Hadis Qobishah B. Hulb dari ayahnya, beliau (Qobishah) berkata:


رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْصَرِفُ عَنْ يَمِينِهِ وَعَنْ يَسَارِهِ، وَرَأَيْتُهُ، قَالَ، يَضَعُ هَذِهِ عَلَى صَدْرِهِ

Terjemahan: Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dengan menuju ke arah kanannya dan dengan melihat dari arah kirinya (ketika solat). Aku melihat beliau meletakkan tangannya di atas dada. (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 36/299, no. 21967. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Sahih lighairihi)

Syaikh Bakr B. ‘Abdullah Abu Zaid rahimahullah berkata:


وحسّنه الترمذي, وأَقره النووي في ((المجموع)): (3 / 312) وحسّنه لشواهده؛ لأَن في سنده: قبيصة, وهو إِن وثقه بعضهم لكن لم يرو عنه إِلاَّ: سماك بن حرب. وفي ((التقريب)) قال: مقبول

Imam at-Tirmidzi telah menghasankan hadis ini. An-Nawawi juga telah mengakuinya (menerimanya) di dalam al-Majmu’, 3/312, lalu ia menghasankannya kerana banyaknya riwayat lain yang menguatkannya. Kerana dalam rangkaian sanadnya terdapat Qobishah, walaupun ia diterima oleh sebahagian ulama hadis, namun Simmak B. Harb yang meriwayatkan hadis darinya. Dalam at-Taqrib disebutkan: “Hadisnya diterima (maqbul)”. (Rujuk: Bakr B. ‘Abdullah Abi Zaid, Laa Jadiida Fii Ahkamish Sholah, 1/11)

2 - Dari Wa’il B. Hujr (radhiyallahu 'anhu), beliau berkata:


صليت مع رسول الله صلى الله عليه واله وسلم فوضع يده اليمنى على يده اليسرى على صدره

Terjemahan: Aku telah bersolat bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, lalu beliau meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya di atas dada beliau. (Hadis Riwayat Ibnu Khuzaimah, 1/243, no. 479)

Juga diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi:


أَنَّهُ رَأَى النَّبِىَّ -صلى الله عليه وسلم- وَضَعَ يَمِينَهُ عَلَى شِمَالِهِ ثُمَّ وَضَعَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ

Terjemahan: Bahawasanya ia melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya, kemudian meletakkan keduanya di atas dadanya. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra, 2/30, no. 2430)

Dan imam al-Baihaqi rahimahullah meletakkannya di bawah bab:


باب وضع اليدين على الصدر في الصلاة من السنة

Terjemahan: Bab meletakkan dua tangan di atas dada di dalam solat adalah sunnah. (al-Baihaqi, Sunan al-Kubra lil-Baihaqi, 2/410. Di samping hadis-hadis berkaitan yang lainnya)

Ulama Syafi’iyah berhujah dengan hadis ini (Hadis Wa’il B. Hujr) dalam menentukan posisi perletakan tangan (sedekap) ketika qiyam dalam solat. Hal ini boleh dilihat pada karya Imam an-Nawawi rahimahullah,
al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 3/313 dan Syarah Shohih Muslim, 4/115. (Rujuk: Blog fiqh-sunnah)

Hanya cuma, mereka menyatakan tempatnya adalah di bawah dada, di atas pusat. Iaitu di tengah-tengah di antara pusat dengan dada sedangkan mereka berhujjah dengan hadis Wa’il ini. Dan perkara ini adalah bertentangan dengan zahir hadis tersebut yang secara jelas menyatakan posisi sedekapnya tangan adalah di dada. Perkara ini telah pun diberi komentar olah Imam Muhammad B. ‘Ali asy-Syaukani di dalam Nail al-Authar sebagaimana berikut:

وهذا الحديث لا يدل على ما ذهبوا إليه لأنهم قالوا إن الوضع يكون تحت الصدر كما تقدم والحديث صريح بأن الوضع على الصدر وكذلك حديث طاوس المتقدم ولا شيء في الباب أصح من حديث وائل

Terjemahan: Hadis Wa’il B. Hujr sama sekali tidak menyokong pendapat mereka ini, kerana mereka (sebahagian ulama Syafi’iyah) berpendapat bahawa tempat bersedekap adalah di bahagian bawah dada, manakala hadis Wa’il B. Hujr secara jelas/terang menyebutkan tempatnya adalah di atas dada. Begitulah juga dengan hadis Thawus yang terdahulu. Dan tidak ada satu pun hadis yang lebih sahih dari hadis Wa’il B. Hujr ini. (asy-Syaukani, Nail al-Authar, 2/203)

Di dalam al-Mughni, Ibnu Qudamah menjelaskan bahawa Imam Ahmad B. Hanbal juga turut berhujjah dengan hadis Wa’il B. Hujr ini. Berikut nukilan dari al-Mughni:

وَعَنْ أَحْمَدَ ؛ أَنَّهُ يَضَعُهُمَا فَوْقَ السُّرَّةِ. وَهُوَ قَوْلُ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ ، وَالشَّافِعِيِّ ؛ لِمَا رَوَى وَائِلُ بْنُ حُجْرٍ قَالَ: رَأَيْت النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فَوَضَعَ يَدَيْهِ عَلَى صَدْرِهِ إحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَى

Daripada Imam Ahmad B. Hanbal bahawa beliau meletakkan tangannya di atas pusat. Ini adalah pendapat Sa’id B. Jubair dan asy-Syafi’i kerana Wa’il B. Hujr meriwayatkan:

“Aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya, kemudian meletakkan keduanya di atas dadanya, satu tangan di atas tangan yang satu lagi.” (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 2/331)

Di dalam Fathul Bari (Syarah Shohih al-Bukhari), al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah turut menyebutkan hadis daripada Wa’il B. Hujr di atas tanpa sebarang komentar yang kemudiannya beliau menyatakan akan lemahnya hadis yang menyebutkan tempat letaknya tangan bersedekap di dalam solat adalah di bawah pusat daripada hadis ‘Ali.

Berikut adalah nukilan daripada beliau (al-Hafiz Ibnu Hajar):

وقد روى بن خزيمة من حديث وائل أنه وضعهما على صدره والبزار عند صدره وعند أحمد في حديث هلب الطائي نحوه وهلب بضم الهاء وسكون اللام بعدها موحدة وفي زيادات المسند من حديث على أنه وضعهما تحت السرة وإسناده ضعيف

Terjemahan: Ibnu Khuzaimah meriwayatkan daripada hadis Wa’il B. Hujr bahawasanya beliau (Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) meletakkan kedua tangannya di atas dadanya. Manakala riwayat al-Bazzar disebutkan: “Pada dadanya”. Lafaz yang serupa dinukil pula oleh Imam Ahmad dari hadis Halb ath-Tha’i. Kemudian dalam riwayat-riwayat yang ditambahkan ke dalam Musnad Imam Ahmad disebutkan daripada hadis ‘Ali bahawa beliau meletakkan tangannya di bawah pusatnya, tetapi sanad riwayat ini adalah lemah (dhoif). (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/224)

Syaikh Bakr B. ‘Abdullah B. Abu Zaid rahimahullah berkomentar tentang hadis Wa’il B. Hujr serta perkataan al-Hafiz Ibnu Hajar:

وأَصل الحديث في ((صحيح مسلم)) وغيره بدون لفظ ((الصدر)). وقد ذكر هذا الحديث الحافظ ابن حجر في كتبه وسكت عليه, ومقتضى شرطه في ((المقدمة / هدي الساري)): (ص / 4) أَن ما سكت عليه في ((الفتح)) فهو صحيح أَو حسن. وسكت عليه في ((بلوغ المرام)): (ص / 53), وفي ((التلخيص)): (1 / 224) وقد نبه السيوطي في ((الحاوي)): (2 / 212) إِلى شرط ابن حجر في ذلك

وساقه محتجاً به ابن القيم في ((إِعلام الموقعين)): (2 / 400) في آخرين. وظاهر أَن حُسْنَهُ بشواهده

Asalnya hadis ini terdapat dalam Shohih Muslim dan selainnya, tanpa lafaz “ash-Shadr” (dada). Al-Hafiz Ibnu Hajar telah menyebutkan hadis ini dalam beberapa kitabnya, dan beliau tidak memberikan sebarang komentar kepadanya. Adapun kandungan dari pensyaratan yang dibuat oleh Ibnu Hajar dalam Muqaddimah Hadyu as-Saari’, m/s. 4 adalah bahawa semua hadis yang beliau tidak berikan komentar dalam al-Fath (Fathul Bari), maka darjatnya adalah sahih atau hasan (menurut penilaiannya). Beliau juga tidak memberikan sebarang komentar kepada hadis ini di dalam Bulughul Maram, m/s. 53 dan at-Talkhis, 1/224.

Imam as-Suyuthi telah mengingatkan dalam al-Hawi, 2/212 berkenaan syarat yang disusun oleh Ibnu Hajar dalam perkara tersebut. Ibnul Qayyim juga telah menyebutkan hadis tersebut sebagai hujjah dalam I’lam al-Muwaqqi’in, 2/400 untuk membantah pendapat-pendapat lain.

Secara zahirnya, bahawa status hadis ini adalah hasan dengan syawahid (banyaknya riwayat lain yang menguatkannya). (Rujuk: Bakr B. ‘Abdullah Abi Zaid, Laa Jadiida fii Ahkamish Sholah, 1/11)

3 – Hadis mursal daripada Thawwus, di mana beliau menyatakan:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى يَدِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ يَشُدُّ بَيْنَهُمَا عَلَى صَدْرِهِ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ

Terjemahan: Ketika Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam solat, beliau biasa meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya lalu beliau menarik keduanya di atas dadanya. (Hadis Riwayat Abu Daud, Sunan Abi Daud, 2/415, no. 648. Al-Baihaqi, Ma’rifatus Sunan, 2/399, no. 750)

4 – Dari atsar milik ‘Ali radhiyallahu ‘anhu (tentang tafsiran firman Allah):

فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ: وضع يده اليمنى على وسط ساعده على صدره

“Maka solatlah untuk Tuhanmu dan berkorbanlah.” (Surah al-Kautsar, 108: 2), beliau meletakkan tangan kanannya pada pertengahan lengannya di atas dadanya. (Hadis riwayat al-Bukhari, at-Tarikh al-Kabir, 5/437. Ibnu Jarir ath-Thobari, Tafsir ath-Thabari al-Jami’ al-Bayan fii Ta’wil al-Qur’an, 11/325. Ad-Daruquthni, 1/285)

Syaikh Bakr B. ‘Abdullah Abu Zaid rahimahullah berkata:

وعزاه في ((الدرر المنثور)): (8 / 650) لآخرين منهم: البيهقي. ولمّا ساق ابن كثير في ((تفسيره)) (8 / 528) هذا الأَثر قال: لا يصح, وعن الشعبي مثله

Dalam ad-Durr al-Mantsur, 8/650, riwayat tersebut dinisbatkan kepada ulama hadis tertentu, di antaranya adalah al-Baihaqi. Ketika Ibnu Katsir menyebutkan atsar ini dalam Tafsirnya, 8/528, beliau menyatakan:

“Atsar ini tidak sahih, tetapi ada atsar yang serupa daripada asy-Sya’bi.” (Rujuk: Bakr B. ‘Abdullah Abi Zaid, Laa Jadiida fii Ahkamish Sholah, 1/12)

Kesimpulan:

1 – Demikianlah beberapa hadis yang dipegang (sebagai hujjah) oleh sebahagian ulama bagi menetapkan sunnah meletakkan tangan di atas dada ketika qiyam di dalam solat. Di sini saya suka untuk menukilkan perkataan Syaikh Bakar B. 'Abdillah Abu Zaid rahimahullah dalam soal ini,

أَنه لا يثبت حديث مرفوع في محل وضعهما من الجسد إِلاَّ ((على الصدر)), والأَمر واسع على أَي موضع من الصدر, على الثَّدْيَيْن, أَو تحتهما؛ إِذ لم يرد فيه تحديد في المحِلِّ مِنَ الصَّدْر

Tidak ada satu hadis marfu’ pun yang menyebutkan tentang posisi meletakkan tangan (ketika qiyam dalam solat – pen.) pada tubuh selain di atas dada. Dalam hal ini, keadaannya adalah sangat luas, boleh pada mana-mana bahagian dada, iaitu sama ada di atas kedua payudaranya, atau di bawahnya kerana tiada pembatasan posisi perletakkan tangan tersebut pada dada. (Syaikh Bakr B. ‘Abdillah Abu Zaid, Laa Jadida fii Ahkamish Sholah, m/s. 16 – Maktabah Syamilah)

Kemudian, Syaikh Bakar B. ‘Abdillah Abu Zaid rahimahullah turut memberikan peringatan supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam meletakkan kedua tangan ketika bersedekap di dada dengan meletakkannya sehingga ke bahagian pangkal leher di bawah janggut. Beliau menyatakan bahawa ia adalah termasuk perkara yang baru di mana tiada satu sunnah pun yang menyebutkannya, tidak pula atsar atau pun pendapat yang boleh dipercayai.

Beliau juga turut memberikan komen kepada mereka yang berpendapat supaya meletakkan kedua tangan di bawah pusat (ketika bersedekap) supaya tidak berlebihan dalam menetapkannya. Kerana dibimbangi ia termasuk kepada perbuatan yang meremehkan sunnah apabila mereka menurunkannya sehingga meletakkan kedua tangannya sejajar di bahagian bulu kemaluan. Walau bagaimanapun, kedua-dua golongan mereka ini tetap telah melaksanakan sunnah dalam bersedekap (meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri), namun Cuma mereka ini telah meremehkan sunnah meletakkan tangan yang bersedekap tersebut di atas dada. (Sila merujuk kepada: Syaikh Bakr B. ‘Abdillah Abu Zaid, Laa Jadida fii Ahkamish Sholah, m/s. 17 – Maktabah Syamilah)

2 – Tidak pula disebutkan bahawa bersedekap tangan di atas dada (atau di dada) ketika solat itu menyerupai ultraman. Dan para ulama lainnya yang berselisih dalam perkara ini sama ada yang berpendapat bolehnya meletakkannya di atas pusat, di bawah pusat, pada pusat atau di dada sama sekali tidak pernah mentohmah dan mencaci di antara satu dengan yang lainnya.

Dan perkara ini (memperlekeh para ulama) hanya dilakukan oleh Zamihan al-Ghari yang lancang dan bongkak tetapi sebenarnya bodoh.

3 – Dan kaedah meletakkan tangan di atas dada ketika bersedekap di dalam solat itu bukanlah sebagaimana ditunjukkan oleh Zamihan di dalam rakaman videonya yang cuba bermain-main dengan praktikal agama serta memperlekeh sunnah lalu melabelkan pihak tertentu sebagai Wahhabi, anak Pak Wahhab, terpengaruh dengan ajaran Wahhabi, dan seperti ultraman. Tetapi ia adalah dengan cara yang kemas lagi tenang. Dan para ulama yang berbeza pendapat dalam perkara ini sentiasa bersikap tenang (berlapang dada) dan tidak ada sama sekali yang memberi contoh sikap seperti sikapnya Zamihan al-Ghari. Berikut saya sertakan rakaman video yang berkaitan yang boleh dijadikan sebagai contoh dan panduan:


Saya mengharapkan supaya Zamihan al-Ghari dapat melakukan lebih kajian dan menjadi lebih bijak. Dan semoga beliau segera menyedari kesilapannya, bertaubat, dan memperbaiki setiap keterlanjurannya. Zamihan sebenarnya bukan sekadar memperlekeh pandangan para ulama sama ada ulama silam mahupun kontemporari (masa kini), bahkan lebih dari itu, beliau telah merendah-rendahkan hadis-hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam. Atau mungkin dengan perkataan yang lebih sopan, mungkin sahaja beliau ini adalah merupakan orang yang jahil dalam berinteraksi dengan hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam, sehingga tidak mengerti adab-adab dalam beragama, tetapi cuba berlagak pandai di hadapan orang awam. Atau mungkin juga boleh dikatakan dengan perkataan yang lebih keras dan tegas bahawasanya beliau ini pendusta dan penyesat!

Dan sebagai peringatan, Allah memerintahkan supaya meninggalkan orang-orang yang menjadikan agama Islam sebagai bahan untuk bermain-main serta senda-gurau.

Berikut firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَذَرِ الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَهُمْ لَعِبًا

Terjemahan: Dan tinggalkan-lah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai permainan dan senda-gurau. (Surah al-An’am, 6: 70)

Wallahu a’lam... dan kepada Allah-lah kita berserah.

5 comments:

Umar Mukhtar Bin Mohd Noor said...

mohon ana sebar kepada sahabat2...tabahlah wahai pendakwah sunnah...Allah bersama kita sumer..inshaAllah

Farihin Fong said...

Actually this Zamihan is indirectly belittling and speaking-ill of our Prophet's (s.a.w) sunnah. He has education and yet he does this?!

The worst of people are the educated munafiques who intend to lead people astray and may Allah blind them and give them long and suffering life and heinous death. Ameen.

Oh Allah, place us among the pious and the muhsineen. And keep us away from such insolent pretenders. As long as You are happy with us, kholas. Ameen.

Adib said...

Memperlekehkan sunnah Nabi. Apa hukumnya?

Farihin Fong said...

perlekehkan sunnah nabi bukan ke sama mcm perlekehkan dan hina nabi? Kalau ya, maka hukumnya ialah hukum mati jika tak bertaubat. Ijma' ulama. Itu yg ana tahu.

Bin Nasir said...

Hukum mempersendakan agama @ sunnah - 9:65-68