__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Saturday, November 3, 2007

041 - SYI’AH ADALAH MUSUH BESAR UMAT ISLAM

SYI’AH ADALAH MUSUH BESAR UMAT ISLAM

Berikut Dibentangkan Sebahagian Dari Kandungan Kitab-Kitab Utama Syi’ah Yang Mana Jelas Membuktikan Bahawa Mereka Adalah Musuh Umat Islam. Sebahagian Besar Ulama Menyatakan Bahawa Mereka Adalah Kafir/Sesat.

Disertakan Sekali Dalam Artikel Kali Ini Adalah Fatwa Dari Beberapa Ulama/Imam Ahlus Sunnah..

Syi’ah, mereka...

1 - Mendi’ayahkan/Mendakwa bahawa Ali bin Abi Talib telah menerima wasiat sebagai Khalifah Rasulullah (Lihat: Firaq Asy-Syi’ah. Hlm. 44. An-Naubakhti).

2 - Mendakwakan bahawa: Ali bin Abi Talib pencipta segala makhluk dan pemberi rezeki. (Lihat: Tahzib at-Tarikh ad-Dimsyaki. Juz 7. hlm. 430)

3 - Mencipta pembohongan bahawa: Ali bin Abi Talib tidak mati, dia tetap hidup di awang-awangan. Petir adalah pekikan Ali ketika marah dan kilat adalah cemeti Ali. (Al-Faraq Baina al-Firaq. Hlm. 234. al-Baghdadi)

4 - Menuduh bahawa: Abu Bakr As-Siddiq, Umar bin Khattab dan Uthman bin Affan adalah orang-orang zalim (kafir) kerana merampas hak khalifah Ali setelah wafatnya Rasulullah. Semua umat yang membai’at khalifah di ketika itu adalah kafir. (Firaq Asy-Syi’ah. Hlm. 44. An-Naubakhti)

5 - Para roh suci atau Roh al-Qudus berinkarnasi ke dalam diri para Imam Syi’ah. (Lihat: Al-Bad’u Wat-Tarikh. 5/129)

Syi’ah menyatakan, melalui ulama/tokoh-yokoh besar mereka & kitab-kitab Utama mereka sebagaimana berikut...

1 - Maula Ali bin Husin berkata: Saya pernah bertaya kapada Ali bin Husin berkenaan Abu Bakr dan Umar, maka dia berkata: Keduanya kafir dan sesiapa mencintai keduanya adalah kafir. (Bihar al-Anwar. 2/216)

2 - Para sahabat selain Ali tidak sempurna, tidak menghafal hukum-hukum Islam. Mereka tidak bersahabat dengan Nabi kecuali untuk kepentingan dunia, bukan untuk agama dan menyibarkan agama. (Lihat: Aqidah Asy-Syi’ah Was-Sahabah. Maulah)

3 - Berkata Majlisi: Tidak mensolatkan mayat musuh kita, bukan kerana dia Jabariyah, Ahli Sunnah, Muktazilah, Khawarij atau tidak mengakui kekhalifahan Syaidina Ali. Jika terpaksa mensolatkan maka solatlah dengan bertaqiyah agar dapat melaknatnya di takbir yang ke empat. (Lihat: Mir’atul Uqul 4/72-73)

4 - Menurut Khomeini: Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini) Menurutnya lagi: Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini)

5 - Umar bin Al-Khattab radiallahu ‘anhu adalah syaitan menurut Syi’ah. (Lihat: Al-Anwar Al-Nu’maniyah. 1/80)

6 - Tarikh 9hb Rabiulawal iaitu hari terbunuhnya Umar bin Al-Khattab telah dijadikan sebagai Hari Raya bagi kaum Syi’ah. (Lihat: Al-Anwar Al-Nu’maniyah. 1/80)

7 - Mengahwini (menikahi) perempuan Yahudi lebih utama daripada menikahi perempuan Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Mahasin Al-Nafsaniyah. Hlm. 154. Husin Usfur)

8 - Seorang Syi’ah diharamkan dari menikahi seorang wanita Ahli sunnah, begitu juga diharamkan wanita Syi’ah menikahi lelaki Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Mahasin Al-Nafsaniyah. Hlm. 154. Husin Usfur)

9 - Seluruh Ahli Sunnah adalah najis, lebih buruk dari Yahudi, Nasrani dan Majusi. (Lihat: Al-Anwar Al-Nu’maniyah. 1/108)

10 - Bermakmumkan Ahli Sunnah adalah tidak sah. (Lihat: Al-Khomeini Wat-Taqiyah)

12 - Nikmatulah al-Jazairi berkata: Kita tidak boleh bersatu dengan Ahli Sunnah dengan satu Tuhan, satu Nabi dan satu Imam. (Lihat: Al-Anwar an-Nu’maniyah. 1/278)

13 - Menurut Khomeini: Dan sesungguhnya yang terpenting dari mazhab kami, sesungguhnya para aimmah kami mempunyai kedudukan (maqam atau darjat) yang tidak diperolehi (tidak boleh dicapai) oleh malaikat yang paling hampir dengan Allah (Jibril) atau para nabi yang telah diutus. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 52. Khomeini)

14 - Di dalam Al-Kafi disebutkan hadis yang bertujuan menghina dan mengkafirkan Amirul Mukminin iaitu: Saya bertanya kepada Abu Ja’far berkenaan asy-Syaikhan (Abu Bakr dan Umar), beliau berkata: Mereka meninggal dalam keadaan tidak bertaubat (kepada Ali bin Abi Talib). Mereka memperolehi laknat dari Allah Subhanahu wa-Ta’ala, para malaikat dan manusia keseluruhanhya. Na’uzu billahi min zalik. (Lihat: Syarah Al-Kafi. Hlm. 20. (XX1/321-322). Kulaini)

15 - Setelah wafatnya Nabi semua para sahabat Nabi telah murtad, kecuali tiga orang sahaja iaitu al-Miqdad bin al-Aswad, Salman al-Farisi dan Abu Dzar al-Ghifari. (Lihat: Rawdatul Kafi. Al-Kulaini)

16 - Diriwayatkan dari Fudail bin Yasar dari Abu Ja’far bahawa ia berkata: Sesungguhnya ketika Rasulullah wafat, orang-orang kembali menjadi Jahiliyah kecuali empat orang iaitu Ali bin Abi Talib, Al-Miqdad, Salman dan Abu Dzar. (Lihat: Tafsir al-Ayyasyi 1/199. Al-Burhan 1/319 dan As-Safi 1/305)

17 - Nikmatullah al-Jazairi berkata: Dinukil dari riwayat khusus bahawa syaitan akan dibelenggu dengan tujuh puluh belenggu dari besi Jahanam. Lalu diheret ke Masyar, kemudian kelihatan seoarang lelaki yang diazab oleh malaikat, lehernya dibelenggu dengan seratus dua puluh belenggu dari Jahanam. Syaitan menghampirinya dan berkata: Apakah yang dilakukan orang celaka ini (Umar) sehingga azabnya melebihi azabku? Sedangkan aku telah menyesatkan manusia dan membawa kepada kebinasaan? Umar berkata: Aku tidak melakukan kesalahan, kecuali aku merampas kekhilafahan Ali. (Lihat: al-Anwar An-Nu’maniyah 1/81-82)

18 - Nikmatullah al-Jazairi berkata tentang Abu Bakr r.a.: Dahulu Abu Bakr bersama Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam tetapi masih menggantung berhala di lehernya yang disembunyikan dengan pakaiannya. Ketika sujud tujuannya sujud kepada berhala tersebut. Dia melakukannya sehinggsa Rasulullah wafat. Lalu mereka menampakkan apa yang dahulu mereka sembunyikan dalam hati. (Lihat: Al-Anwar An-Nu’maniyah, 2/111)

Fatwa & wasiat Ulama Ahlus Sunnah:

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:

"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong". (Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984)

Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah". (Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984)

When Imaam Malik was asked about Rafidite Shi'te, he replied, "Do not narrate (Hadeeths) to them or from them for verily they are liars" (Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq By Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, n.d., vol. 1, p.37)

Imaam Syafi'e said: "I have not seen among heretics a people more willing to give false testimony than Raafidite Shi'ites" (Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq By Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, n.d., vol. 1, p.37)

It was also reported that Hammad ibn Salamah said: "A sheikh of theirs once told me that if they deemed something good or appropriate during their gatherings they would turn it into a Hadeeth" (al-Muntaqaa min Minhaaj al-I'tidal, adh-Dhahabi, (Salafeeyah Press), p.22)

~RASUL DAHRI (MP3)~
Asma' Wa Sifat, Revolusi Iran, Syi'ah, Ikhwan

~MAULANA ASRI (MP4)~
Syi'ah Akan Menyambut Dajjal
[Download] [MP4 Codec]

Youtube/Google Video (Maulana Asri):

001 - Syi'ah Akan Menyambut Dajjal:



002 - Beberapa Persoalan Tentang Syi'ah:


003 - Kaum Syi'ah Menyembah/Memuja Kubur Si Pembunuh Umar r.a.:

4 comments:

Muslims Tube said...

http://www.youtube.com/watch?v=i83AX5BfILI
http://www.youtube.com/watch?v=giK5gpqPOTY
http://www.youtube.com/watch?v=FQbg8CQAUuY
http://www.youtube.com/watch?v=FnjVA05OYhw
http://www.youtube.com/watch?v=odRqE4Te8lE
http://www.youtube.com/watch?v=Bnt1aCqS54I
http://www.youtube.com/watch?v=hW5h5RvkSTs

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan said...

salam....rasanya syiah ni banyak golongan..xsemua sesat kan?....syeikhul al azhar mahmud syaltut sendiri keluar fatwa mcm tu...mana yg sesat tu kita ketepikan....kita jgn berbalah sesama sendiri,umat Islam perlu kuatkan diri utk kemaslahantan bersama...perangi musuh islam.....ketepikan perbezaan mazhab.

Nawawi Bin Subandi said...

What are Muslim's Scholars Said:

When Imaam Malik was asked about Rafidite Shi'te, he replied, "Do not narrate (Hadeeths) to them or from them for verily they are liars" (Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq By Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, n.d., vol. 1, p.37)

Imaam Syafi'e said: "I have not seen among heretics a people more willing to give false testimony than Raafidite Shi'ites" (Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq By Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, n.d., vol. 1, p.37)

It was also reported that Hammad ibn Salamah said: "A sheikh of theirs once told me that if they deemed something good or appropriate during their gatherings they would turn it into a Hadeeth" (al-Muntaqaa min Minhaaj al-I'tidal, adh-Dhahabi, (Salafeeyah Press), p.22)

Javad said...

Saya tantang orang yang anti syi'ah untuk bermubahalah. Biarlah Alloh menjadi hakim pertentangan kita.