__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Monday, June 30, 2008

065 - Apakah Orang-orang PAS Masih Tidak Mengenal Siapa Itu Khomeini Dan Agama Syi’ah???

Apakah Orang-orang PAS Masih Tidak Mengenal Siapa Itu Khomeini Dan Agama Syi’ah???

Dinukil dari: Akhabar Harakah, Edisi 1-15 Julai 2008, di bawah artikel "Teladan Pemerintahan Nabi Yusuf-Khomeini", Tulisan Mohamad Sabu, Segmen Semasa: "Membedah Demokrasi", Kolum Fikrah, m/s. 16 .

Apakah Orang-orang PAS Masih Tidak Mengenal Siapa Itu Khomeini Dan Agama Syi’ah???

1 - Mengapa dan siapakah ulama ahlus sunnah yang menggelarkan Khomeini sebagai "imam"?

2 - Mengapakah penulis meletakkan Nabi Yusuf 'Alahis Salam sebaris dengan nama Khomeini? Apakah Mereka mempunyai taraf yang sama?

3 - Siapakah rejim-rejim Arab yang dimaksudkan? Apakah kalian masih belum mengerti siapakah pengasas kemunculan Agama Syi'ah kalau bukan Yahudi bernama Abdullah bin Saba'?

4 - Apakah kalian masih mahu menganggap kaum syi'ah yang memusuhi Ahlus Sunnah sebagai sahabat perjuangan??? Ataukah kalian masih menganggap mereka adalah golongan yang se-agama dengan kita?

5 - Siapakah "Umat Iran" yang dimaksudkan itu? Kenapa mesti memanggilnya sebagai "Umat Iran"? Benarkah Iran adalah merupakah "Republik Islam" sedangkan prinsip-prinsip aqidahnya berlandaskan fahaman Syi'ah yang sesat dan menyimpang???

Perhatikan Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala,

"Kamu tidak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah ridha terhadap mereka, dan merekapun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahwa sesungguhnya hizbullah itu adalah golongan yang beruntung." (Surah al-Mujadilah, 58: 22)

Lihatlah Sebahagian Statement Khomeini yang memusuhi kelompok Ahlus Sunnah:

Menurut Khomeini: Iman seorang Syi’ah tidak sempurna, kecuali setelah berbeza (menentang) Ahli Sunnah. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini) Menurutnya lagi: Apabila seorang Ahli sunnah bersemangat mengamalkan ibadah, maka dia telah bersemangat mengamalkan kebatilan. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 83. Khomeini)

Bermakmumkan Ahli Sunnah adalah tidak sah. (Lihat: Al-Khomeini Wat-Taqiyah)

Menurut Khomeini: Dan sesungguhnya yang terpenting dari mazhab kami, sesungguhnya para aimmah kami mempunyai kedudukan (maqam atau darjat) yang tidak diperolehi (tidak boleh dicapai) oleh malaikat yang paling hampir dengan Allah (Jibril) atau para nabi yang telah diutus. (Lihat: Al-Hukumat Al-Islamiyah. Hlm. 52. Khomeini)

Fatwa & wasiat Ulama Ahlus Sunnah:

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah:"Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong". (Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984)Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah". (Lihat: Sunnah dan Syiah, Mungkinkah Dipertemukan? Hlm. 57. Dr. Abdullah Muhammad Gharib. Edisi pertama, Surabaya. 1984)

When Imaam Malik was asked about Rafidite Shi'te, he replied, "Do not narrate (Hadeeths) to them or from them for verily they are liars" (Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq By Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, n.d., vol. 1, p.37)

Imaam Syafi'e said: "I have not seen among heretics a people more willing to give false testimony than Raafidite Shi'ites" (Minhaaj as-Sunnah, Ibnu Taimiyyah - Tahqiq By Muhammad Rashad Saalim, Daar al-'Aroobah, n.d., vol. 1, p.37)

It was also reported that Hammad ibn Salamah said: "A sheikh of theirs once told me that if they deemed something good or appropriate during their gatherings they would turn it into a Hadeeth" (al-Muntaqaa min Minhaaj al-I'tidal, adh-Dhahabi, (Salafeeyah Press), p.22)

Saya mengajak diri saya dan keseluruhan umat Islam agar segera membuka mata dan meningkatkan kefahaman agamanya di atas dasar-dasar tauheed yang sahih yang dengannya sekaligus berupaya menjadi perintang terhadap jarum-jarum kebatilan.

Statement ini adalah dinisbahkan kepada Ustaz Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam akhbar Harakah Edisi Yang sama. Persoalannya, apakah Ustaz yang bergelar Mursyidul Am PAS ini juga turut merestui penyimpangan demi penyimpangan agama yang terkandung di dalam akhbar rasmi mereka (Harakah). Silakan sendiri anda menjawab-nya...

Keratan Penuh artikel (Sila klik untuk membesarkannya),

Rakaman Audio Seminar "Konspirasi Syi'ah & Yahudi"

Download berdasarkan keratan,

01, 02, 03, 04, 05, 06, 07, 08

7 comments:

eagle said...

pertama ..

berkenaan syiah ni, pimpinan PAS dah jelaskan. Pas tolak Syiah. Semasa di luar negara dulu, ustaz ana dan kawan2 dia pernah bersemuka dengan allahyarham Fadhil Noor, tuan guru haji hadi dan tuan guru nik aziz dan beberapa pimpinan kanan PAS berkenaan Syiah yg telah menyerap di kalangan beberapa individu PAS. mereka jelas menolak sebarang aktiviti syiah.

PAS setahu saya, mempunyai dasar luar yang luas untuk membina jaringan antarabangsa. Sebab tu, pimpinan PAS dan Mat Sabu bukan sahaja ke Iran , tetapi juga selalu ke Mesir, selalu Saudi, selalu ke Iraq, selalu ke Syria, selalu ke Turki , selalu ke Algeria, selalu ke Lubnan, selalu ke Pakistan, selalu ke United Kingdom , selalu ke Amerika. tak kena lah jika kita hanya nampak Mat Sabu selalu ke Iran

eagle said...

sepanjang pembacaan saya, mat sabu kagum dgn semangat Hizbullah di Lubnan dan revolusi Iran sejak dulu lagi. saya lihat pujian mat sabu spt 'umat iran' dan khomeini adalah semata-mata kerana pendirian politik dan hubungan antarabangsa dan bukan kerana terpengaruh dgn mazhab nya. mat sabu bukan puji kesyiahan dorang. memuji Iran dan revolusinya, begitu juga puji khomeini hanya kerana dasar nya yg anti amerika dan kononnya khomenei zuhud (padahal tidak pun - mat sabu kena berhati-hati dlm hal ni).

bab kagum ini, itu biasalah. fitrah manusia. kelebihan orang jangan disembunyikan. tapi dalam mengkagumi perjuangan sami di Burma dan Tibet, jangan lupa mereka itu kafir. Begitulah Syiah..

apa yang mat sabu mintak, sepatutnya kitalah yg mempunyai pendirian politik seperti Iran. Bukannya pendirian aqidah. malangnya beberapa banyak pemimpin negara yg bermazhab sunni tetapi bersekutu dan menjadi sekutu rapat Amerika. Iran pulak wpun buruknya syiah mereka, tetapi mereka lebih advance dari kita yg sunni ni dlm hal dasar politik.

Mat sabu tulis “imam Khomeini” – bagi saya itu jelas tidak patut. Dlm hal ni, terserlah kelemahan mat sabu. Satu-satu manusia pengetahuannya limit, tak semua dapat dikaji dan dihayati sepenuhnya. So, harap org yg ada kredibiliti terutamanya kepimpinan tertinggi, mesti takes note

Walau mcm mana pun, kita perlu berhati2 kerana syiah sentiasa mencari-cari medium yg dia boleh selitkan mazhab nya. ust ana pernah berdepan dgn beberapa pimpinan yg disyaki penganut syiah. memang dorang nafikan dan mendakwa masih lagi berfahaman sunni. sy tak hairan sangat dgn penafian mereka kerana dalam mazhab syiah mereka asyik taqiyyah dpn kita.

saya puji cara PAS menangani isu ini. dlm diam-diam individu yg berfahaman syiah ni tersingkir. tapi tak perlu di heboh-hebohkan. tak perlu lah saya nak beritahu di sini siapa orangnya.

eagle said...

PEMBETULAN :

SALAH : sentiasa mencari-cari medium yang dia boleh selitkan mazhabnya

BETUL : sentiasa mencari-cari medium yang dia boleh selitkan AJARAN BATILNYA

Aneroid said...

Penulis, apakah anda cuba kaitkan PAS dengan Syiah? Harapnya tidak.
terima kasih atas 'concern' nya anda terhadap hal Syiah ini.

Saya harap, saudara dapat pula keluarkan artikel mengenai perkaitan Umno dengan 'Agama' Sekularisme, yang perkara ini sudah jelas dan terang, Umno pendokong Sekular dalam negara.

Sila kupas hal ini daripada melempar hamunan yang sengaja untuk memburuk-burukkan PAS, kerana rasanya Umno mempunyai lebih sejuta ahli berdaftar - jadi agaknya sudah lebih sejuta ahli sekularime berdaftar!

eagle said...

nawawi wrote : telah tsabit perkataan2 para pemimpin PAS (tidak semua, tetapi antara pemimpin utama) memuji dan mengangkat tokoh2 syi'ah.

jawapan :

bila mana mat sabu puji revolusi iran dan khomeini dalam ceramah2 beliau kita tengoklah pada konteks mana... know the semantics

yang dipuji itu, adalah semangat kebangkitan mereka. bukannya prinsip aqidah syiah dan taqiyyah mrk itu. mat sabu bukan saja puji iran, dia juga puji China, dia puji ketokohan pemimpin Romania, dia puji Castro, Mahatma Ghandi dsb. dlm siri ceramah beliau, byk lagi episod kebangkitan rakyat dan kepemimpinan yg beliau puji. krn tu, nilailah beliau secara kolektif

maka, untuk mengatakan beliau memuji syiah dengan erti kata anutan-anutan akidah yang bertentangan dgn usul ahlul sunnah, tidak cukup dengan itu kecuali jika terbukti ceramah atau tulisan-tulisan beliau menyentuh doktrin-doktrin syiah, contohnya mencerca para sahabat, ghulu' pada ahli bait, mendewakan ali dsb. waliyazubillah

tatkala mat sabu meletakkan prinsip politiknya di peringkat antarabangsa dan beliau menyokong Iran dalam beberapa perkara dan isu, maka itu bukan bermakna mat sabu terima aqidah syiah.

andaian mat sabu sebagai simpati terhadap syiah juga tak wajar. lantaran, kagum kpd Iran bukan bererti mengiktiraf syiah. syiah dengan firqah batil sesat mereka manakala kita dengan Islam kita. namun, di sana kita mesti bersikap rasional untuk kita bersama dalam isu yang membawa kepentingan kita bersama

kalau akhi nawawi ada jumpa petikan mat sabu menyokong syiah (atas dasar aqidah), tempek lah di sini. quote besar-besar. kita pakat-pakat bantah secara rasmi. laporkan pada orang-orang lama mcm harun taib, maulana asri yusof, aziz hanafi dsb. report kpd dewan pemuda PAS pun okay apa. yg penting orgnya kita nampak credible utk face to face dgn mat sabu (softtalk)

dlm hal ni, sy rasakan cubalah kita teladani, tengok mcm institut ibnu qayyim. ust abdul rasyid buat bantahan bila Syiah cuba peralatkan PAS. Alhamdulillah, itulah yang kita nak iaitu bantu-membantu dengan perkara taqwa dan saling melengkapi. dengan kaedah ni, org lbh mudah terima pembawaan kita. hasilnya dan pujia-pujian hanya utk Allah, Nasrudin Tantawi dan pemuda PAS pusat terus buat cross-checking.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Soalan2 saya pun tak kamu jawab. terpulanglah. Nampak sangat awak masih tidak memahami mat sabu itu sendiri. Tp, apa yg saya nampak, kamu hy membela mat sabu tanpa memahami mat sabu itu sendiri. ttp, peliknya kamu pula suruh saya jumpa mat sabu.

Saya bukan mpertikaikan mat sabu. Tetapi tulisan dia. Ada saya kritik beliau atas nama beliau?

Kalau pun ada atas nama, saya kritik atas nama PAS dan Tuan Guru direct kpd tulisan2 beliau dan statement beliau terhadap harakah.

Apakah kamu masih mahu memanggil khomeini sebagai imam sebagaimana mat sabu menisbahkan kpdnya? Islamkah negara Iran? Sedangkan kelompok2 pas sendiri mengakui m'sia bukan negara Islam. tp, peliknya, mcm mana Iran boleh kamu panggil sbg daulah Islam? Islam ditegakkan atas aqidah atau daulah?

Knp kita suka mengambil contoh dan "sunnah" dari individu dan golongan yg menghina Islam tu sendiri? Apakah kita sudah ketandusan tokoh2 Islam yg sebenar? Yang menjalankan pentadbiran dengan baik, betul, yg dimulai dari aqidah sehingga selainnya? Yang mana bermula dari zaman nabi, sahabat, dan seterusnya...

Atau, Mat sabu sebenarnya tidak mengiktiraf pentadbiran para sahabat? Wallahu a'lam...

nahwanz said...

saudara nawawi.

saya dah klik keratan tu tapi x boleh dibesarkan.

ada cara lain?

sbb saya nak baca keratan tu.

anyway, good job!

teruskan usaha anda.