__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Tuesday, November 29, 2011

141 - Syaikh al-Albani Menepis Tuduhan Azhar Idrus

Syaikh al-Albani Menepis Tuduhan Azhar Idrus

Abu Numair Nawawi B. Subandi



Sebagaimana telah disebutkan melalui rakaman video tersebut. Kita dapat lihat bahawa Ustaz tersebut mendakwa Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) mempertikaikan hadis-hadis al-Bukhari. Beliau juga mengemukakan yang Syaikh al-Albani ini berlaku tanaaqudh (celaru, saling bercanggah di antara satu pendapat dengan pendapat yang lain, dan tidak konsisten) dalam membuat penilaian hadis.

Sejauh mana kebenaran dakwaan tersebut? Atau hanya sekadar dakwaan yang kemudian menjadi fitnah ke dalam masyarakat? Sama-sama kita teliti, insyaAllah...

Selain itu, ustaz tersebut juga mendakwa Syaikh al-Albani (atau para pengikutnya) pernah mengatakan yang Imam al-Ghazali “sempat bertaubat sebelum mati...”. Wallahu a’lam, sekiranya benar mereka mengatakan demikian, maka ustaz tersebut diminta mengemukakan bukti! Jangan hanya omongan kosong menabur fitnah itu dan ini atas nama agama.

Demikian juga bagi tuduhan-tuduhan lainnya yang jika diperincikan secara ilmiyah sebenarnya tidak berasas dan tidak memiliki nilai sama sekali.

Hadis al-Bukhari Dipertikai?

Apabila disebutkan “hadis-hadis al-Bukhari...” secara umum, sudah semestinya ia ditujukan kepada Shahih Imam al-Bukhari dan bukan hadis-hadis yang dikumpulkan oleh Imam al-Bukhari (Wafat: 256H) dalam kitab-kitabnya yang lain seperti al-Adabul Mufrad, Tarikh al-Kabir, atau selainnya.

Wallahu ‘alam sejauh mana kebenarannya, masih tidak dapat dipastikan. Apatah lagi ustaz tersebut hanya sekadar melontar pernyataan tanpa mengemukakan sebarang bukti kukuh mahupun contoh.

Bahkan apa yang tampak kepada kita sebenarnya adalah sebaliknya. Jauh bertentangan dengan dakwaan dan tuduhan ustaz tersebut. Syaikh al-Albani begitu menyanjungi dan menghormati Imam al-Bukhari rahimahullah. Ini dapat dilihat dalam banyak tempat sama ada dalam ucapan-ucapan beliau mahupun tulisan-tulisan beliau.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Syaikh al-Albani rahimahullah memuji Imam al-Bukhari dengan pujian yang sangat hebat. Antaranya beliau menggelarkan Imam al-Bukhari rahimahullah sebagai Syaikh al-Muhadditsin (guru dan tempat rujukan para ulama hadis). (lihat: Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, 6/129 – Maktabah Syamilah)

Manakala di kitab yang sama juga beliau turut menyebut Imam al-Bukhari sebagai:

1 - Imam al-Muhadditsin. (lihat: al-Albani, Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, 6/980 – Maktabah al-Ma’aarif)

2 - Imam di Dunia. (lihat: al-Albani, Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, muqaddimah jil. 4 – Maktabah al-Ma’aarif)

3 - Amiir al-Muhadditsin. (lihat: al-Albani, Silsilah al-Ahaadits ash-Shahihah, muqaddimah jil. 3 – Maktabah al-Ma’aarif)

Al-Albani juga menyatakan, “Bahawasanya Imam al-Bukhari tidak memerlukan sebarang pujian orang kerana Allah telah menjadikan kitab Shahih-nya berkedudukan tinggi setelah al-Qur’an yang mulia dan diterima oleh seluruh umat Islam di setiap penjuru dunia...” (Rujuk Kaset Man Huwa Kaafir wa Man Huwa al-Mubtadi’)

Dalam Muqaddimah Syarah ath-Thahawiyah, Syaikh al-Albani menyatakan tentang Shahih al-Bukhari dan Muslim:

كيف والصحيحان هما أصح الكتب بعد كتاب الله تعالى باتفاق علماء المسلمين من المحدثين وغيرهم، فقد امتازا على غيرهما من كتب السنة يتفردهما بجمع أصح الأحاديث الصحيحة، وطرح الأحاديث الضعيفة والمتون المنكرة، على قواعد متينة، وشروط دقيقة، وقد وفقوا في ذلك توفيقًا بالغًا لم يوفق إليه من بعدهم ممن نحا نحوهم في جمع الصحيح، كابن خزيمة، وابن حبان، والحاكم، وغيرهم حتى صار عرفًا عاما أن الحديث إذا أخرجه الشيخان أو أحدهما، فقد جاوز القنطرة، ودخل في طريق الصحة والسلامة, ولا ريب في ذلك، وأنه هو الأصل عندنا، وليس معنى ذلك أن كل حرف أو لفظة أو كلمة في "الصحيحين" هو بمنزلة ما في "القرآن" لا يمكن أن يكون فيه وهم أو خطأ في شيء من ذلك من بعض الرواة، كلا فلسنا نعتقد العصمة لكتاب بعد كتاب الله تعالى أصلا، فقد قال الإمام الشافعي وغيره: "أبى الله أن يتم إلا كتابه"، ولا يمكن أن يدعي ذلك أحد من أهل العلم ممن درسوا الكتابين دراسة تفهم وتدبر مع نبذ التعصب، وفي حدود القواعد العلمية الحديثة، لا الأهواء الشخصية، أو الثقافة الأجنبية عن الإسلام وقواعد علمائه

“Dua kitab Shahih (iaitu Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim) adalah dua kitab yang paling sahih setelah al-Qur’an berdasarkan kesepakatan seluruh ahli hadis dan selainnya, di mana dua kitab tersebut lebih unggul dari kitab-kitab sunnah (kitab-kitab hadis) selainnya dalam menghimpunkan hadis-hadis yang paling sahih serta meninggalkan hadis-hadis dha’if dan mungkar dengan berpandu kepada kaedah-kaedah yang menakjubkan (solid) dan syarat-syarat yang sangat ketat. Benar-benar mereka ini (al-Bukhari dan Muslim) telah mendapat taufiq dalam usahanya tersebut yang mana ianya tidak diberikan kepada para ulama ahli hadis setelahnya yang berusaha mengikuti langkah keduanya dalam menghimpun hadis-hadis sahih sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Hakim, dan yang selainnya. Sehingga termasuk dalam keumuman maklumat (ilmu) yang masyhur apabila suatu hadis itu diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim atau salah satu darinya, maka hadis tersebut adalah sah dan selamat.

Ini tidak ada keraguan lagi dan itulah dia kaedah asalnya berdasarkan keyakinan kami. Tetapi bukanlah bererti bahawa setiap huruf dan lafaz atau perkataan yang terdapat dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim itu seperti kedudukan al-Qur’an, yang padanya tidak mungkin ada kekeliruan atau ketergelinciran yang ada pada sebahagian rawi. Sekali-kali tidak. Kita tidak berkeyakinan ada sebuah kitab yang ma’shum setelah al-Qur’an. Ini sebagaimana yang dikatakan oleh Imam asy-Syafi’i dan selainnya, “Allah enggan untuk menyempurnakan sebarang kitab selain dari Kitab-Nya.”

Dan tidak akan ada satupun dari kalangan ahli ilmu yang mempelajari dua kitab Shahih tersebut dengan penuh ketelitian tanpa fanatik mazhab, berpandukan kepada disiplin ilmu hadis, bukan hawa nafsu peribadi, atau pendidikan yang jauh dari Islam serta kaedah-kaedah ulama.” (al-Albani, Syarah ath-Thahawiyah, m/s. 22-23 – al-Maktab al-Islami, Cet. Ke-8, Beirut)

Pembelaan ringkas Syaikh Sulaiman B. Nashir al-Ulwan:

وقد عقد السَّقَّاف في كتابه المبتور "تناقضات الألباني" (1/9) فصلاً لبيان الأحاديث التي ضعفها الألباني في البخاري أو مسلم مع أن السَّقَّاف طعن كما هنا في حديث الجارية وطعن في عشرات الأحاديث المخرجة في الصحيحين أو أحدهما لكونها تخالف اعتقاده كما سنبينه إن شاء الله فيما يأتي. وأما كتابه "تناقضات الألباني" فقد وقع فيه في خبط وخلط وتناقض فظيع واضطراب وكذب في النقل فلا يُغتر به وقد ثبت عندي بقراءة بعض كتب السَّقَّاف أنه عدو للسنة والتوحيد وأنه جهمي

“Dalam kitabnya yang tidak memiliki barakah, Tanaqudhat al-Albani, 1/9, as-Saqqaf membuat suatu fasal perbahasan tentang hadis-hadis riwayat al-Bukhari atau Muslim yang didha’ifkan oleh al-Albani, sedangkan beliau sendiri (Hasan as-Saqqaf) telah mencela puluhan hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim contohnya hadis tentang “di mana Allah” hanya disebabkan hadis tersebut menyelisihi pegangannya. Adapun kitab beliau, “Tanaqudhat al-Albani” – maka begitu banyak sekali beliau terjatuh dalam kesalahan, kegoncangan (kecelaruan), tanaaqudh, serta pendustaan dalam penukilan. Janganlah ada yang tertipu dengannya. Aku telah membaca sebahagian kitab karya as-Saqqaf, ternyata jelaslah bagiku bahawa beliau adalah musuh Sunnah dan Tauhid, dan bahawasanya beliau adalah seorang Jahmiyyah...” (Sulaiman al-Ulwan, al-Kasyaf an’ adh-Dholalah Hasan as-Saqqaf, no. Kaki no. 1)

Ironinya, kitab karya Hasan as-Saqqaf berjudul Tanaqudhat al-Albani inilah yang disebut oleh Ustaz dalam rakaman video tersebut! Iaitu kitab milik seorang ahli bid’ah dan pendusta agama yang tegar! Yang banyak mendustakan hadis-hadis nabi, malah mencela sahabat-sahabat Rasulullah.

Methodologi dan Penegasan al-Albani

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata:

وبعد فقط أطلت الكلام على هذا الحديث وراويه دفاعا عن السنة ولكي لا يتقول متقول، أويقول قائل من جاهل أوحاسد أومغرض : إن الألباني قد طعن في " صحيح البخاري " وضعف حديثه، فقد تبين لكل ذي بصيرة أنني لم أحكم عقلي أورأيي كما يفعل أهل الأهواء قديما وحديثا، وإنما تمسكت بما قاله العلماء في هذا الراوي وما تقتضيه قواعدهم في هذا العلم الشريف ومصطلحه من رد حديث الضعيف، وبخاصة إذا خالف الثقة

“Sengaja aku memanjangkan huraian hadis ini sebagai pembelaan terhadap sunnah dan supaya tidak ada orang yang menuduh atau terkena lontaran bicara dari mulut orang yang jahil, pendengki atau pendukung hawa nafsu bahawa al-Albani mencela Shahih al-Bukhari serta melemahkan hadis-hadis di dalamnya! Sungguh telah jelas bagi setiap orang yang memiliki bashirah (pandangan yang luas) bahawa aku tidak menghukumi hadis berdasarkan akal dan pendapat secara peribadi sebagaimana yang dilakukan oleh ahli bid’ah dan pendukung hawa nafsu semenjak dahulu sehinggalah sekarang. Akan tetapi aku berpegang pada ucapan para ulama tentang rawi ini berdasarkan kaedah-kaedah disiplin ilmu hadis sebagaimana kaedah menolak hadis dha’if, khususnya apabila menyelisihi perawi yang lebih tsiqah.” (al-Albani, Silsilah al-Ahaadits adh-Dha’ifah al-Maudhu’ah, 3/465)

Perhatian: Para ulama ahli hadis semenjak dahulu telah mengkritik beberapa hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim sebagaimana Imam ad-Daruquthni, Ibnu Hazm, Ibnu Ammar asy-Syahid, al-Mundziri, Ibnu ash-Sholah, Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah, Ibn ul-Qayyim, adz-Dzahabi, Muhammad B. ‘Abdul Hadi, al-Hafiz al-‘Iraqi, Ibnu Hajar al-‘Asqalani, as-Suyuthi, dan selainnya.

Ini mereka lakukan berdasarkan methodologi dan prinsip-prinsip ilmu hadis. Bukan atas dasar sangkaan, hawa nafsu, dan logik sebagaimana perbuatan ahli bid’ah.

Maka sekiranya Syaikh al-Albani rahimahullah melakukan kritikan sebahagian kecil dari hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari atau Muslim dengan mengikuti kaedah-kaedah ahli hadis dan mengikuti pendapat para ulama terdahulu yang murni dan jelas methodologinya dalam kritikan beliau tersebut, adakah wajar beliau dianggap sebagai orang yang sewenang-wenangnya mempertikai Shahih al-Bukhari atau Muslim?

Bagaimana dengan para ulama selain beliau dari kalangan ahli hadis yang jauh lebih awal daripada beliau?

Ironinya, penulis kitab yang kitabnya dijadikan rujukan oleh ustaz tersebut sendiri adalah termasuk orang yang terkenal memperlekehkan hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim! Malah mencelanya dengan hawa nafsu sambil membelakangi metodhologi para ulama hadis. Jadi bagaimana wahai ustaz?

Al-Albani Membela Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim

Malah dalam banyak tempat yang lain, Syaikh al-Albani sentiasa berusaha membela hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari yang diselewengkan atau dimanipulasi oleh pihak-pihak tertentu.

Sebagai contoh, dalam muqaddimah edisi terakhir kitab Sifat Solat Nabi (Shifatu Shalaati an-Nabiyyi Shallatu ‘alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa) karya Syaikh al-Albani rahimahullah, beliau menyatakan kritikannya terhadap orang-orang yang mendha’ifkan hadis-hadis dalam Shahih al-Bukhari dan Shahih Muslim sebagaimana yang dilakukan oleh Muhammad al-Ghazali (guru al-Qaradhawi). Kemudian disebabkan Muhammad al-Ghazali ini melakukan penilaian hadis tidak mengikuti method ahli hadis, sebaliknya mensahihkan dan melemahkan hadis sesuka hati berdasarkan matan dan mengabaikan aspek sanad, maka al-Albani pun menjelaskan bahawa Muhammad al-Ghazali ini menempuh methodologi Muktazilah dalam membuat penilaian hadis!

Berikut perkataan penuh Syaikh al-Albani yang penulis maksudkan:

“Aku katakan di sini bahawa tulisan-tulisan Muhammad al-Ghazali yang akhir-akhir ini banyak tersebar di sana-sini seperti bukunya yang berjudul as-Sunnah an-Nabawiyah baina Ahlil Fiqhi wa Ahlil Hadits, di mana beliau sendiri termasuk kategori pendakwah seperti itu iaitu kategori pendakwah yang bingung. Sebelumnya kami telah membaca buku ini dan memberi ulasan terhadap beberapa hadis yang terdapat di dalamnya serta pembetulan-pembetulan dalam beberapa masalah fiqh.

Sebahagian dari tulisan yang ada dalam buku tersebut penuh dengan perkara-perkara yang menunjukkan kebingungan beliau, penyimpangan beliau dari sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan menjadikan akalnya sebagai hakim dalam membuat pensahihan atau pendha’ifan hadis. Beliau tidak sudi berpegang kepada prinsip-prinsip ilmu hadis, para ahlinya, dan mereka yang pakar tentang selok-belok hadis.

Malah suatu yang sangat aneh telah beliau lakukan adalah mensahihkan hadis yang begitu jelas dha’ifnya. Akan tetapi sebenarnya ini tidaklah aneh kerana kemudian kami lihat beliau ini mendha’ifkan hadis-hadis yang jelas disepakati sahihnya oleh al-Bukhari dan Muslim sebagaimana boleh anda lihat (atau baca) dalam komentarku pada muqaddimah buku beliau berjudul Fiqhus Sirah yang telah aku berikan takhrijnya terhadap hadis-hadis yang terkandung di dalamnya pada cetakan ke-4.

Takhrij dan komentar tersebut aku lakukan atas permintaan beliau sendiri melalui salah seorang temanku dari kalangan al-Azhar. Maka aku pun segera memberikan takhrijnya ke atas buku tersebut. Kami menganggap bahawa perkara tersebut menunjukkan adanya sikap prihatin dan kesungguhan beliau terhadap hadis-hadis dan Sirah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta bertujuan memeliharanya dari pemalsuan yang datang dari luar.

Sekalipun beliau menyatakan pujian terhadap komentar dan catatan yang telah aku berikan serta dengan terus-terang menyatakan kegembiraannya dalam komentarnya di bawah judul Haula Ahaadits Hadzal Kitab, tetapi beliau sendiri telah mengatakan (atau mengemukakan) methode yang yang lain yang beliau gunakan dalam menerima hadis-hadis dha’if dan menolak hadis-hadis sahih berdasarkan tinjauan matan.

Dengan kaedah yang seperti ini beliau menghendaki memberi kesan kepada para pembaca bahawa methode penelitian dan koreksi yang ditentukan oleh ilmu hadis bagi beliau sama sekali tiada ertinya apabila ianya bertentangan dengan penelitian logik akal! Padahal methode kritikan secara logik ini tidaklah konsisten dan saling berbeza di antara seseorang dengan seseorang yang lain. Adakalanya suatu hadis yang diterima oleh seseorang akan ditolak oleh yang lainnya pula.

Dengan methode yang seperti ini, agama hanya menjadi mainan hawa nafsu tanpa memiliki kaedah dan prinsip yang baku dan hanya bergantung kepada selera individu tertentu. Perkara ini amat jelas bertentangan dengan methode yang diikuti oleh para ulama umat Islam bahawa sanad hadis merupakan sebahagian dari agama. Sekiranya hadis itu boleh diambil tanpa sanad, tentu orang akan mengatakan apa sahaja yang disukai oleh hatinya, dan inilah yang dilakukan oleh Muhammad al-Ghazali terhadap sebahagian besar hadis-hadis yang dimuatkan ke dalam kitab Sirahnya. Iaitu kitab yang memuatkan sebahagian besar hadis mursal dan mu’dhal! Hadis dha’if dikatakan sahih sebagaimana yang dapat dilihat dalam takhrijku terhadap buku beliau tersebut. Sekalipun begitu, ternyata beliau tetap bersikap degil dan keras kepala dengan memberikan pernyataan berikut:

Aku telah melakukan ijtihad supaya dapat menempuh cara yang benar dan merujuk kepada sumber-sumber yang terpercaya, dan aku menganggap aku telah sampai dengan baik pada kedudukan ini. Aku telah mengumpulkan riwayat-riwayat yang dapat menenangkan hati seorang alim yang berpandangan luas.”

Begitulah beliau berdalih. Sekiranya beliau ditanya, apakah dia kaedah yang engkau gunakan dalam ijtihad engkau itu, adakah kaedah tersebut merupakan prinsip-prinsip ilmu hadis yang merupakan satu-satunya jalan untuk mengetahui mana riwayat yang sahih dan mana riwayat dha’if dari sirah Nabi, jawabnya tentu beliau akan mengatakan berdasarkan pemikiran (logik) peribadi beliau. Itu adalah salah satu bentuk keburukan (kepunahan).

Sebagai buktinya, beliau berani mensahihkan hadis yang tidak sahih sanadnya dan beliau berani mendha’ifkan hadis walaupun sanadnya sahih menurut al-Bukhari dan Muslim. Sebagaimana pernah aku kemukakan pada muqaddimah kitabnya, Fiqhus Sirah di atas dan yang telah dicetak pada terbitan keempat sebagaimana disebutkan. Tetapi amat disayangkan apabila pada terbitan-terbitan berikutnya seperti terbitan Darul Qalam, Damaskus, dan selainnya, muqaddimah tersebut telah pun beliau buang. Perkara seperti ini menjadikan sebahagian orang menyangka bahawa tujuan menghilangkan muqaddimah tersebut untuk terbitan-terbitan baru tersebut hanyalah mengejar lakunya buku di kalangan pembaca yang telah mampu menghargai kesungguhan para pendamba Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan berusaha dengan keras untuk memilah mana hadis yang dha’if dan mana hadis yang sahih berdasarkan kaedah-kaedah yang ilmiyah. Bukan dengan kaedah yang mengikuti selera individu serta dorongan hawa nafsu yang bermacam-macam sebagaimana yang dilakukan oleh al-Ghazali dalam bukunya tersebut.

Begitu juga yang beliau lakukan dalam bukunya yang terakhir berjudul as-Sunnah an-Nabawiyah baina Ahlil Fiqhi wa Ahlil Hadits. Melalui buku ini begitu jelas bahawa beliau menempuh prinsip-prinsip muktazilah. Jadi, bagi Muhammad al-Ghazali ini jerih payah para ahli hadis yang telah berlangsung sekian lama dalam memilah antara hadis yang sahih dan yang dha’if tidak ada ertinya sama sekali. Begitu juga dengan segala bentuk usaha keras para imam ahli fiqh yang telah meletakkan kaedah-kaedah ushul dan membuat kaedah-kaedah furu’, tidak ada gunanya kerana al-Ghazali ini mampu mengambil mana sahaja mengikut citarasanya dan meninggalkan yang mana sahaja mengikut seleranya tanpa terikat dengan satu kaedahpun.

Ramai ahli ilmu telah melakukan sanggahan bagi perkara ini. Mereka telah menjelaskan dengan terperinci tentang kebigungan dan penyelewengan al-Ghazali ini. Tulisan yang terbaik dalam perkara ini adalah yang ditulis oleh Dr. Rabe’ B. Hadi al-Madkhali yang dimuatkan dalam majalah al-Mujahid Afghaniyah, no. 9-11, dan tulisan Syaikh Soleh B. ‘Abdul ‘Aziz B. Muhammad ‘Ali Syaikh dengan judul al-Mi’yaru li ‘Ilmi Ghazali (Buruknya ilmu Ghazali).” (al-Albani, Shifatu Shalaati an-Nabiyyi Shallatu ‘alaihi wa Sallama min at-Takbiiri at-Tasliimi Ka-annaka Taraahaa, m/s. 66-68 – Maktabah al-Ma’aarif. Lihat juga edisi terjemahan dengan judul Sifat Shalat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, m/s. 75-77 – Media Hidayah)

Manakala dalam Tahrim Alat ath-Tharb, beliau dengan jelas menunjukkan sikap pembelaan terhadap hadis dari Shahih al-Bukhari yang dilemahkan oleh Ibnu Hazm, Muhammad al-Ghazali, dan al-Qaradhawi dalam isu muzik.

Contoh Dialog al-Albani dengan Abu Ghuddah

‘Abdul Fattah Abu Ghuddah adalah di antara tokoh yang menghalalkan khamr bagi tujuan perubatan kerana mengikuti mazhab hanafi.

Ketika Syaikh al-Albani bersoal-jawab dengan ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah, Syaikh al-Albani menanyakan kepadanya, “... Dalam sunnah (hadis) dijelaskan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebutkan khamr (arak) sebagai penyakit, bukannya ubat. Lalu adakah wajar bagi seorang doktor Muslim untuk menyatakan khamr ini sebagai ubat sedangkan Nabi mensifatkannya sebagai penyakit?”

Abu Ghuddah menjawab, “Mungkin hadis tersebut dha’if (lemah), tidak sahih.”

Al-Albani menyatakan, “Mana mungkin hadisnya lemah, bukankah ia diriwayatkan dalam Shahih Muslim?”

Abu Ghuddah menjawab, “Untuk lebih jelas dan yakin, nanti kita akan semak lagi.”

Lalu ada orang lain menyampuk, “Jika hadisnya benar-benar sahih, adakah engkau akan menerimanya atau tetap berpegang dengan mazhab (mazhab Hanafi)?”

Abu Ghuddah menjawab dengan selamba, “Aku akan berpegang dengan mazhab.” (lihat: al-Albani, Muqaddimah Kasyfu Niqab ‘Amma fii Kitaab Abi Ghuddah, m/s. 9. Kitab boleh dimuat turun di sini, http://www.archive.org/download/22064waq/22064.pdf)

Pernyataan ini menjadi bukti yang membezakan di antara sikap ‘Abdul Fattah Abu Ghuddah dengan Syaikh al-Albani terhadap hadis-hadis Nabi dan kitab Shahih Muslim!

Sekaligus menjadi saksi manhaj al-Albani terhadap hadis-hadis nabi yang sahih, sikap yang tidak taksub, methodlogi yang murni, serta pengiktirafan terhadap Shahih Muslim secara umum! Maka, demikianlah sebahagian contoh sikap Syaikh al-Albani terhdap Imam al-Bukhari rahimahullah dan hadis-hadis Nabi secara umum.

Tanaaqudh (Kecelaruan) al-Albani

Ustaz tersebut juga mendakwa bahawa methodologi al-Albani dalam menilai sesuatu hadis adalah celaru dan tidak konsisten. Sekejap dha’if, sekejap hasan, sekejap sahih. Sambil sang ustaz mengemukakan rujukan beliau, iaitu kitab karya as-Saqqaf dengan judul Tanaaqudhat al-Albani. Benarkah demikian?

Syaikh ‘Abdul Basith B. Yusuf al-Gharib adalah antara ulama yang tampil menjelaskan hakikat persoalan ini sejak fitnah yang pernah ditimbulkan Hasan as-Saqqaf terhadap Syaikh al-Albani.

Syaikh ‘Abdul Basith mengatakan, “Aku sendiri dalam perkara ini telah menyelusuri kitab-kitab Syaikh al-Albani hafizahullah dan mencatat apa yang dimudahkan bagiku untuk mencatatnya berupa hadis-hadis di mana beliau hafizahullah ruju’ atau membuat pembetulan dan meralat dalam hal berkaitan ini.

Aku membahagikan hadis-hadis tersebut ke dalam beberapa bahagian:

[Pertama] Bab tentang hadis-hadis yang Syaikh al-Albani sendiri menegaskan ruju’ (memberi penilaian semula) dalam kitab-kitab serta risalah-risalah beliau yang jumlahnya hampir mencapai empat puluh hadis.

[Kedua] Bab tentang hadis-hadis yang diletakkan secara tidak sengaja atau tersalah (terlupa) bukan pada tempatnya yang sepatutnya dalam kitab beliau.

[Ketiga] Bab tentang hadis-hadis di mana beliau ruju’ darinya antara pendapat terdahulu (al-muqaddim) dan yang terakhir (al-muta’akhir).

[Keempat] Bab tentang hadis-hadis yang beliau ruju’ dari darjat yang hasan kepada sahih dan dari yang sahih kepada yang sahan.

[Kelima] Bab tentang penjelasan beberapa hadis yang beliau diamkan dalam kitab al-Misykah, kemudian beliau jelaskan statusnya (di tempat yang lain).

Aku juga telah menyelusuri sikap as-Saqqaf di dalam kitabnya, at-Tanaaqudhat al-Albani berdasarkan beberapa bahagian, iaitu bahagian pertama, kedua, dan ketiga, serta yang ia sangka bahawa Syaikh al-Albani menunjukkan sikap tanaaqudh (percanggahan) padanya termasuk yang sebenarnya merupakan ruju’ beliau atau ketidak-sengajaan dan kealpaan yang biasa berlaku terhadap diri seorang manusia.

Aku menjelaskan sikap tidak amanah as-Saqqaf dalam menyelusuri kitab-kitab Syaikh al-Albani di mana aku masih mengingat sebahagian besar hadis yang ia sebutkan dan tidak lupa untuk aku sebutkan juga dalam kitab ini.” (at-Tanbiihat al-Maliihah ‘ala ma Taraaja’ ‘anhu, m/s. 6-7 – Daar ar-Raawi)

Kemudian beliau menjelaskan lagi, “Semua hadis-hadis yang dikemukakan oleh as-Saqqaf dalam kitabnya, at-Tanaaqudhat – telah aku teliti semuanya di mana di dalamnya beliau menyangka bahawa hadis-hadis yang dikemukakan oleh Syaikh al-Albani adalah sebahagian dari bentuk percanggahan di antara satu dengan yang lain, padahal sebenarnya bukanlah pertentangan mahupun percanggahan, tetapi lebih kepada ralat dan pembetulan atau ruju’. Dan ini adalah suatu yang boleh difahami para penuntut ilmu.

Jika kita membaca suatu hukum atau ketetapan Syaikh al-Albani terhadap suatu hadis dalam sebuah kitab, kemudian kita mendapati Syaikh al-Albani menyalahi hukum tersebut di kitab beliau yang lain, maka itu bermakna Syaikh al-Albani membuat pembetulan dalam perkara tersebut. Dan ini adalah suatu yang sering berlaku di kalangan para salaf (ulama terdahulu).

Di samping itu, aku juga tidak yakin jika as-Saqqaf telah membaca dalam kitab-kitab mazhab asy-Syafi’i bahawa dalam sejarah Imam asy-Syafi’i rahimahullah terdapat dua pendapat, pendapat awal atau terdahulu (qadim) dan pendapat beliau yang baru (jadid).” (at-Tanbiihat al-Maliihah ‘ala ma Taraaja’ ‘anhu, m/s. 9)

Untuk meneliti sendiri perbahasan tentang hadis-hadis yang dimaksudkan dan kaedah-kaedah menyikapinya di atas disiplin yang benar, para pembaca boleh merujuk kepada kitab tersebut karya Syaikh ‘Abdul Basith B. Yusuf al-Gharib berjudul at-Tanbiihat al-Maliihah ‘ala ma Taraaja’ ‘anhu al-‘Allamah al-Muhaddits al-Albani min al-Ahaadits adh-Dha’ifah au ash-Shahihah. Kitab ini juga boleh dimuat turut dalam versi pdf di waqfeya.com.

Al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H) pernah mengatakan dalam kitabnya:

“Tidaklah cukup bagi hadis hasan suatu kaedah yang dapat memasukkan seluruh hadis hasan ke dalamnya. Aku benar-benar pesimis (merasa sukar) terhadap situasi ini, kerana berapa banyak hadis yang para huffaz berubah-ubah penilaian terhadapnya, sama ada tentang hasannya, dha’ifnya ataupun sahihnya! Bahkan seorang hafiz boleh berubah ijtihadnya tentang sesuatu hadis. Pada suatu hari ia mengatakan sahih, tetapi di hari yang lain ia mengatakan hasan, dan hari yang lainnya pula mengatakan sebagai dha’if.” (adz-Dzahabi, al-Muuqidzah fii ‘Ilmi Mustholah al-Hadits, m/s. 26-27 – Daar al-Atsaar)

Syaikh al-Albani rahimahullah berkata dalam Irwa’ ul-Ghalil:

أن الحديث الحسن لغيره وكذا الحسن لذاته من أدق علوم الحديث وأصعبها لأن مدارهما على من اختلف فيه العلماء من رواته ما بين موثق ومضعف فلا يتمكن من التوفيق بينها أو ترجيح قول على الأقوال الأخرى إلا من كان على علم بأصول الحديث وقواعده ومعرفة قوية بعلم الجرح والتعليل ومارس ذلك عمليا مدة طويلة من عمره مستفيدا من كتب التخريجات ونقد الأئمة النقاد عارفا بالمتشددين منهم والمتساهلين ومن هم وسط بينهم حتى لا يقع في الإفراط والتفريط وهذا أمر صعب قل من يصير له وينال ثمرته فلا جرم أن صار هذا العلم غريبا من العلماء والله يختص بفضله من يشاء

“Sesungguhnya hadis hasan lighairihi dan juga hasan lidzatihi termasuk ilmu hadis yang paling rumit dan sukar, kerana keduanya akan sentiasa berputar di sekitar perselisihan ulama tentang para perawinya di antara yang mentsiqahkan dan mendhaifkan. Maka, tidaklah dapat menggabungkan di antara ucapan-ucapan tersebut atau mentarjih pendapat yang paling kuat dari pendapat selainnya melainkan bagi orang-orang yang mantap penguasaan ilmunya tentang ushul dan qowa’id-qowa’idnya, mengetahui dengan kukuh tentang ilmu al-Jarh wa at-Ta’lil dan terbiasa dengannya (secara praktikal) semenjak waktu yang lama, mengambil faedah dari kitab-kitab takhrij dan kritikan para nuqqad hadis, juga mendalam pengetahuannya tentang pengkritik yang mutasyaddid (keras) dan yang mutasaahil (lemah) serta yang pertengahan. Sehingga dengan demikian tidak terjatuh kepada Ifrath (berlebihan) dan tafrith (meremehkan). Dan perkara ini adalah suatu yang sukar dan sangat sedikit sekali orang yang mampu memetik hasilnya. Sehingga tidaklah salah jika ilmu ini menjadi asing di tengah-tengah para ulama, dan Allahlah yang mengkhususkan keutamaannya kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.” (al-Albani, Irwa’ ul-Ghalil fii Takhrij Ahaadits Manaarus Sabiil, 3/363)

Berikut kita lihat sebagai contoh atau bukti dari kalangan ulama yang jauh lebih awal daripada Syaikh al-Albani tentang apa yang dimaksudkan.

[Contoh 1] Hadis:

أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ، وَدَمَانِ

“Dihalalkan bagi kami dua jenis bangkai dan dua bentuk darah…”

Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) mendha’ifkan hadis ini dalam Bulughul Maram, no. 11. Tetapi mensahihkannya dalam at-Talkhiis al-Habir, 1/161.

[Contoh 2] Hadis:

إنَّ اللهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصُّفُوفِ الأُوَلِ

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas barisan shaf pertama.”

Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menshahihkannya dalam al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 4/301. Tetapi beliau menghasankannya dalam Riyadhus Shalihin, no. 1090.

[Contoh 3] Tentang perawi Idris B. Yasin al-Audi, al-Hafiz Ibnu Hajar menyatakan beliau tsiqah dalam at-Taqriib at-Tahdzib, tetapi mendha’ifkannya dalam Fathul Bari, 2/115.

[Contoh 4] Perawi Nauf B. Fadhulah. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani menilainya sebagai mastuur dalam at-Taqrib. Manakala dalam Fathul Bari sebagai Shaduq.

[Contoh 5] Perawi ‘Abdurrahman B ‘Abd il-Aziz al-Ausi. Al-Hafiz Ibnu Hajar mengatakan dalam at-Taqriib bahawa beliau ini perawi yang shaduq tapi adakalanya salah. Manakala dalam Fathul Bari, beliau menilainya dhaif.

[Contoh 6] Dalam an-Nuqqat ‘ala Ibn Shalah, 1/355-356. Al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani menshahihkan hadis yang diriwayatkan daripada Muhammad B. ‘Ajlaan. Tetapi dalam Amaalii al-Adzkaar, 1/110 – beliau menjelaskan bahawa hadisnya tidak dapat naik lebih dari kedudukan hasan.

[Contoh 7] Hadis:

Daripada Thalaq B. ‘Ali, seseorang bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang orang yang memegang kemaluannya setelah berwudhu. Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun bersabda:

هَلْ هُوَ إِلا بِضْعَةٌ أَوْ مُضْغَةٌ مِنْكَ

“Bukankah kemaluan itu sebahagian dari anggota tubuh engkau?”

Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan, “Hadis Thalaq B. ‘Ali ini dha’if berdasarkan kesepakatan para huffaz.” (al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 2/42)

Tapi yang sebenarnya perkataan Imam an-Nawawi tersebut tidaklah tepat. Kerana para ulama berbeza pendapat tentang status dan kedudukan hadis tersebut. Hadits tersebut disahihkan antaranya oleh Ibnu Hibban, Ibnu Hazm, ath-Thabrani, Ibnu at-Turkumani dan selain dari mereka. Ibnu ‘Abdul Hadi berkata: “Telah salah orang yang meriwayatkan kesepakatan tentang kedha’ifannya.” (al-Muharrar, m/s. 19)

[Contoh 8] Hadis:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepada Anas B. Malik:

يَا بُنَيَّ إِيَّاكَ وَالِالْتِفَاتَ فِي الصَّلَاةِ فَإِنَّ الِالْتِفَاتَ فِي الصَّلَاةِ هَلَكَةٌ فَإِنْ كَانَ لَا بُدَّ فَفِي التَّطَوُّعِ لَا فِي الْفَرِيضَةِ

“Wahai anakku, janganlah engkau menoleh dalam solat, kerana menoleh dalam solat itu suatu kemusnahan. Sekiranya engkau terpaksa, maka dibenarkan dalam solat sunnah (tathawwu’), bukan dalam solat fardhu.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Al-Hafiz Abu al-Barakat ‘Abdus Salam B. ‘Abdillah Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 621H) mengatakan dalam Muntaqa al-Akbar min Ahaadits Sayyidil Akhyar, “Hadis ini riwayat at-Tirmidzi dan beliau mensahihkannya.” Tetapi apabila disemak, ternyata yang benar adalah sebaliknya. At-Tirmidzi hanya menyatakan bahawa, “Hadis ini hasan gharib.” (Sunan at-Tirmidzi, 2/460, no. 537)

[Contoh 9] Berkaitan hadis al-bithaaqah (catatan amalan) riwayat at-Tirmidzi.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) mengulas hadis yang dimaksudkan dengan katanya, “Dalam (Sunan/Jaami’) at-Tirmidzi serta yang selainnya terdapat hadis al-bithaaqah dan hadis tersebut dinilai sahih oleh at-Tirmidzi, al-Hakim, dan selain daripada kedua mereka.” (Majmu’ al-Fatawa, 4/302)

Sedangkan bila disemak, sebenarnya at-Tirmidzi mengatakan bagi hadis tersebut sebagai, “Hadis ini hasan gharib...” (Sunan at-Tirmidzi, 9/232, no. 2563) – Bukannya sahih!

Demikianlah sebahagian contoh yang dapat dikemukakan dari sekian banyak contoh-contoh lainnya lagi. Sebenarnya ini bukanlah suatu yang aneh dan pelik berlaku ke atas diri para ulama. Situasi ini sebenarnya dapat diperincikan dengan baik di atas kaedah-kaedahnya tanpa terburu-buru mengeluarkan sangka buruk terhadap para ulama.

Persoalannya, adakah apa yang berlaku terhadap imam-imam terdahulu ini tidak dianggap sebagai contoh sikap tanaaqudh sebagaimana para pengikut hawa nafsu lemparkan ke atas Syaikh al-Albani rahimahullah?

Sama sekali tidak bukan?! Maka, demikian juga dengan al-Albani. Setiap mereka melakukan ijtihad mereka di atas disiplin-disiplinnya. Dan ini sebagaimana telah disebutkan penjelasannya di atas.

Sikap Rendah Diri al-Albani

Dalam persoalan ini, Syaikh al-Albani rahimahullah sendiri telah membuat kenyataan dengan katanya:

فرحم اللّه عبداً دلَّني على خطئي، وأهدى إليَّ عيوبي. فإن من السهل على- بإذنه تعالى وتوفيقه- أن أتراجع عن خطأ تبيَّن لي وجهه، وكتبي التي تطبع لأول مرة، وما يُجَدَّد طبعُه منها أكبرُ شاهد على ذلك

“Semoga Allah merahmati seorang hamba yang telah menunjukkan kepadaku kesalahanku dan membimbing aku dalam cacat-celaku. Sesungguhnya dengan izin dari Allah Ta’ala, tidaklah berat bagiku untuk ruju’ (membetulkan) kembali akan kesalahan-kesalahan yang tampak bagiku pada waktu yang kemudian, dan kitab-kitabku yang dicetak untuk pertama kali dan yang telah dicetak semula adalah bukti (saksi) atas perkara ini...” (al-Albani, Silsilah al-Ahaadits ad-Dha’ifah wa al-Maudhu’ah, 1/6)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) pernah berkata:

ولا يمنعنك قضاء قضيت فيه اليوم فراجعت فيه رأيك فهديت فيه لرشدك أن تراجع فيه الحق فإن الحق قديم لا يبطله شيء ومراجعة الحق خير من التمادي في الباطل

“Dan janganlah sekali-kali keputusan yang telah engkau buat pada hari ini menghalang dirimu untuk kembali kepada kebenaran sekiranya engkau meleliti semula pendapat tersebut lalu mendapat petunjuk di dalamnya. Kerana sesungguhnya kebenaran adalah qadim (telah wujud sejak dahulu), tidak ada sesuatu pun yang merosakkannya. Kembali kepada kebenaran itu lebih baik dari terus-menerus dalam kesesatan.” (I’lam al-Muwaqqi’in, 1/86)

Semoga kita semua dibukakan hati oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk berjalan di atas petunjuk jalan yang lurus dan dilindungi oleh Allah Ta’ala agar tidak terikut-ikut dengan orang-orang yang suka bercakap sesuka hati ibarat ruwaibidhah yang diisyaratkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam hadis riwayat Ibnu Majah.

Wallahu a’lam.

Friday, November 25, 2011

140 - Kesaksian Ulama Terhadap Kitab al-Ibanah karya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (Wafat: 324H)

Kesaksian Ulama Terhadap Kitab al-Ibanah karya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (Wafat: 324H)

Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com


Seorang tokoh ustaz yang dikenali ramai sebagaimana tersebar videonya di Youtube.Com telah membuat dakwaan bahawa kitab al-Ibanah fi Ushul ad-Diyanah (atau al-Ibanah 'an Ushul ad-Diyanah) adalah kitab palsu yang ditulis oleh puak-puak Wahhabi kemudian disandarkan kepada Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari.

Perkataan Wahhabi adalah sandaran atau penisbahan yang beliau (tokoh ustaz tersebut) gunakan untuk mengisyaratkan kepada pengikut-pengikut Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab. Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab ini adalah seorang tokoh ulama yang wafat pada tahun 1206 Hijrah.

Ironinya, pengakuan terhadap kewujudan dan keaslian kitab al-Ibanah ini sebenarnya telah berlaku jauh lebih awal lagi dari zaman puak-puak Wahhabi dan Muhammad B. ‘Abdul Wahhab sendiri! Maka berikut penulis sertakan sebahagian dari nukilan yang sempat dikumpulkan sebagai respon dan bukti awal terhadap fitnah tokoh ustaz tersebut.

[Pertama] Al-Hafiz Abu Bakar Ahmad B. al-Husain al-Baihaqi (Wafat: 458H). Beliau berkata:

وقد ذكر الشافعي رحمه الله ما دل على أن ما نتلوه في القرآن بألسنتنا ونسمعه بآذاننا ونكتبه في مصاحفنا يسمى كلام الله عز و جل وأن الله عز و جل كلم به عباده بأن أرسل به رسوله صلى الله عليه و سلم وبمعناه ذكره أيضا علي بن إسماعيل في كتاب الإبانة

“Imam asy-Syafi’i rahimahullah menyebutkan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ayat-ayat al-Qur’an yang kita lafazkan dengan lidah kita dan kita dengar dengan telinga kita serta yang kita tulis di mushaf-mushaf, kita namakan sebagai Kalamullah ‘Azza wa Jalla, dan bahawasanya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dengan para hamba-Nya dengan mengutus Rasul-Nya.

Dan semakna dengan itu disebutkan juga oleh ‘Ali B. Ismail (Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari) di dalam kitabnya al-Ibanah.” (al-Baihaqi, al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil ar-Rasyad, m/s. 108)

[Kedua] Al-Hafiz Ibnu Asakir rahimahullah (Wafat: 571H):

فلا بد أن يحكى عنه معتقده على وجهه بالأمانة، ليعلم حاله في صحة عقيدته في الديانة، فاسمع ما ذكره في كتاب الإبانة فإنه قال: ((الحمد لله الواحد العزيز الماجد، المتفرد بالتوحيد، المتمجد بالتمجيد، الذي لا تبلغه صفات العبيد، وليس له مثل ولا نديد....))

“Menjadi kewajiban bagi seseorang yang ingin menjelaskan i’tiqad Abu al-Hasan al-Asy’ari supaya disertai rasa amanah agar dapat diketahui kebenaran ‘aqidahnya dalam perkara agama. Maka, dengarkanlah apa yang telah ia sebutkan dalam kitabnya yang berjudul al-Ibanah, “Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, dan Maha Terpuji. Yang sendiri dengan keesaan-Nya, yang terpuji dengan pujian, yang tidak sampai kepada-Nya sifat-sifat hamba, dan tidak ada kesamaan serta tandingan bagi-Nya…”.” (at-Tabyin Kadzib al-Muftari fi ma Nusiba ila al-Asy’ari, m/s. 152)

Kemudian, nukilan Ibnu Asakir ini turut disebutkan pula oleh al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H) dalam kitab al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar.

[Ketiga] Pengakuan Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):

وَمُرَادُهُمْ الْأَشْعَرِيَّةُ الَّذِينَ يَنْفُونَ الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةَ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مِنْهُمْ بِكِتَابِ " الْإِبَانَةِ " الَّذِي صَنَّفَهُ الْأَشْعَرِيُّ فِي آخِرِ عُمْرِهِ وَلَمْ يُظْهِرْ مَقَالَةً تُنَاقِضُ ذَلِكَ فَهَذَا يُعَدُّ مِنْ أَهْلِ السُّنَّة

“Mereka adalah golongan al-Asy’ariyah (pengikut Abu al-Hasan al-Asy’ari) yang menolak sifat-sifat Khabariyyah Allah. Namun, sebahagian dari mereka yang perkataannya bertepatan dengan kitab al-Ibanah yang ditulis oleh (Imam Abu al-Hasan) al-Asy’ari di akhir-akhir umurnya, maka mereka adalah termasuk Ahlus Sunnah.” (Majmu’ al-Fatawa, 6/359)

Ibnu Taimiyyah juga mengatakan:

وَقَالَ أَيْضًا أَبُو الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيُّ فِي كِتَابِهِ الَّذِي سَمَّاهُ " الْإِبَانَةَ فِي أُصُولِ الدِّيَانَةِ " وَقَدْ ذَكَرَ أَصْحَابُهُ أَنَّهُ آخِرُ كِتَابٍ صَنَّفَهُ

“Dan Abu al-Hasan al-Asy’ari juga telah berkata di kitabnya yang beliau namakan al-Ibanah fi Ushul ad-Diyanah dan disebutkan oleh pengikut-pengikut beliau bahawasanya ia adalah kitab yang menjadi mazhabnya yang terakhir....” (Majmu’ al-Fatawa, 5/93)

[Keempat] Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H) berkata di dalam kitab beliau, al-‘Uluw lil ‘aliyyil Ghoffar:

وقال الأشعري في كتاب الإبانة في أصول الديانة له في باب الإستواء فإن قال قائل ما تقولون في الإستواء قيل نقول إن الله مستو على عرشه كما قال الرحمن على العرش استوى

“Dan telah berkata (Abu al-Hasan) al-Asy’ari di dalam kitab al-Ibanah fi Ushul ad-Diyanah miliknya pada bab al-Istiwa’:

“Jika seseorang berkata – “Apa pendapatmu tentang istiwa’?” Maka jawabnya, “Kami berpendapat bahawa Allah beristiwa’ di atas ‘Arsy sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Allah Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas ‘Arsy.” (Surah Thoha, 20: 5).”

Demikianlah hingga akhir kitab al-Ibanah. Lalu kemudian beliau (adz-Dzahabi) berkata:

وكتاب الإبانة من أشهر تصانيف أبي الحسن شهره الحافظ ابن عساكر واعتمد عليه ونسخه بخطه الإمام محيي الدين النواوي

“Kitab al-Ibanah adalah kitab karya Abu al-Hasan Al-Asy’ari yang cukup terkenal. Kitab ini diperkenalkan oleh al-hafiz Ibnu ‘Asakir. Kitab ini disalin dan dipegang oleh Imam Muhyiddin an-Nawawi.” (al-‘Uluw lil ‘aliyyil Ghoffar, m/s. 1/218-219, no. 541)

Dengan ini, maka jelaslah bahawa dakwaan dan fitnah yang mengatakan kitab al-Ibanah ini hanya dimunculkan oleh puak-puak Wahhabi atau pengikut Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab sebenarnya adalah tidak berasas sama sekali. Kerana kitab ini telah pun dikenali dan banyak disebut-sebut serta menjadi rujukan muktabar di kalangan para ulama generasi awal lagi.

Kandungan dan pegangan-pegangan aqidah yang disebutkan di dalamnya juga bertepatan dengan apa yang dipegang oleh para imam-imam ahlus sunnah yang sezaman dengannya. Juga bertepatan dengan pegangan para imam-imam sebelum dan selepasnya. Ia dikuatkan pula dengan dalil-dalil dari al-Qur'an dan al-hadis.

Wallahu a’lam.

Wednesday, November 23, 2011

139 - Kesepakatan Ulama Bahawa Rejam Termasuk Dalam Hudud

Kesepakatan Ulama Bahawa Rejam Termasuk Dalam Hudud

Artikel ini telah kami pindahkan ke website baru kami di, http://www.ilmusunnah.com/139-kesepakatan-ulama-bahawa-rejam-termasuk-dalam-hudud/

Bantahan Atas Kenyataan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.



 

Saturday, November 19, 2011

138 - Muharram, Bulan Meratap Kewafatan Husain?

Muharram, Bulan Meratap Kewafatan Husain?

Abu Numair


 
Artikel ini telah kami kemaskini dan pindahkan ke website baru kami di, http://www.ilmusunnah.com/138-muharram-bulan-meratap-kewafatan-husain/

Wallahu a’lam...

Monday, October 31, 2011

137 - Menghadiri dan Makan di Majlis Sambutan Hari Lahir

Menghadiri dan Makan di Majlis Sambutan Hari Lahir



حضور وليمة عيد ميلاد الطفل والأكل فيها

المسلمون هنا يحتفلون بمولد الأطفال ويقدمون الطعام للضيوف ويؤدون الصلاة النارية وقد رفضنا ذلك لكن ذهبنا حتى لا يصيبنا الحرج وهم يجعلوننا نأكل قهراً قائلين أنهم فقط يصنعون الطعام للضيوف فهل لنا أن نأكل من هذا الطعام؟ وما الدليل على عدم الأكل منه مع علمنا أن هذا الأمر بدعة ؟

Pertanyaan:

“Umat Islam di daerah kami merayakan ulang tahun kelahiran anak-anak mereka. Dalam majlis tersebut mereka menghidangkan makanan untuk para tamu. Mereka juga membaca salawat nariyah.

Sebenarnya kami tidak setuju dengan majlis seperti itu tetapi kami tetap menghadiri undangan tersebut supaya kami tidak mengalami masalah dengan masyarakat. Mereka memaksa kami supaya memakan makanan yang dihidangkan. Kata mereka, makanan tersebut adalah untuk para tetamu.

Adakah kami boleh turut menikmati makanan yang dihidangkan? Kami telah mengetahui bahawa majlis tersebut adalah bid’ah tetapi apa dalil untuk melarang memakan makanan tersebut?”

الحمد لله
الإحتفال بالمولد بدعة في دين الله، لا تجوز إقامته، ولا يجوز الأكل مما يصنع فيه ولأجله، وزعمهم أن طعام المولد من أجل الضيوف لا يبرر أكله، والضيافة لها أحكامها، والأمور بماقصدها، ومن الواضح جدا أن الطعام إنما صنع من أجل هذه المناسبة المبتدعة. والأكل من هذا الطعام مما يعينهم على الإستمرار وهو تعاون على الإثم والعدوان، والله سبحانه وتعالى قال : وتعاونوا على البر والتقوى ولا تعاونوا على الإثم والعدوان

الشيخ عبد الكريم الخضير

Jawaban Syaikh Abdul Karim al-Khudair:

“Sambutan hari lahir adalah bid’ah dalam agama Allah. Tidak boleh mengadakannya, tidak boleh memakan makanan yang ada pada majlis tersebut ataupun makanan yang dibuat khas untuk majlis tersebut. Anggapan bahawa makanan yang dihidangkan dalam majlis tersebut adalah untuk para tamu, maka ia bukanlah alasan yang benar. Menjamu para tamu itu ada aturan kaedahnya.

Banyak perkara perlu dinilai dengan melihat niat pelakunya. Satu perkara yang amat jelas adalah makanan tersebut sebenarnya disediakan bagi tujuan majlis tersebut (secara khusus).

Memakan makanan yang dihidangkan pada majlis tersebut akan membantu pelakunya untuk terus-menerus mengadakan majlis tersebut sehingga ianya termasuk perbuatan tolong-menolong dalam dosa yang dilarang Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui Surah al-Ma’idah ayat kedua.

Fatwa no. 9485, http://www.islamqa.com/ar/ref/9485

Friday, October 28, 2011

136 - Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah Tentang Kitab Fadhail al-A’mal (Pegangan Jama’ah Tabligh)

Fatwa al-Lajnah ad-Daa’imah Tentang Kitab Fadhail al-A’mal
(Pegangan Jama’ah Tabligh)


Dari fatwa no. 21412:

س: الشيخ محمد زكريا رحمه الله من أشهر العلماء في الهند وباكستان، وخاصة في أوساط جماعة التبليغ، وله مؤلفات عدة، منها كتاب (فضائل أعمال) حيث يقرأ هذا الكتاب في الحلقات الدينية في جماعة التبليغ، وأعضاء هذه الجماعة يعتقدونه مثل (صحيح البخاري ) وغيره وكنت منهم، وأثناء قراءة هذا الكتاب وجدت بعض القصص المروية قد صعب عليَّ فهمها واعتقادي عليها، فلذا أرسل إلى لجنتكم كي تحل مشكلتي، ومن هذه القصص قصة يرويها السيد أحمد الرفاعي، حيث يقول: إنه بعد أداء فريضة الحج لما زار قبر الرسول صلى الله عليه وسلم وأنشد الأبيات التالية قائمًا أمام قبر الرسول صلى الله عليه وسلم، حيث قال

فـي حالة البعد روحي كنت أرسلها
تقبــل الأرض عنــي وهــي نـائبتي
وهـذه دولــة الأشــباح قـد حـضرت
فامدد يمينك كي تحظى بها شفتي

بعد قراءة هذه الأبيات خرجت اليد اليمنى للرسول صلى الله عليه وسلم فقبلتها (الحاوي) للسيوطي، وذكر أن هناك تسعين ألف مسلم كانوا ينظرون هذا الحدث العظيم، وتشرفوا بزيارة اليد المباركة، ومنهم الشيخ عبد القادر جيلاني رحمه الله، والذي كان موجودًا في ذاك المكان بالمسجد النبوي الشريف (البنيان المشيد) في ضوء هذه القصة أريد أن أسألكم

هل هذه القصة لها أصل أم ليست لها حقيقة ؟

ما رأيكم في كتاب (الحاوي) للسيوطي ، حيث أُثبتت هذه القصة فيه ؟

وإذا كانت هذه القصة غير صحيحة، فهل تجوز الصلاة خلف الإمام الذي يروي هذه القصة ويعتقد أنها صحيحة، وهل إمامته جائزة أم لا ؟

وهل يجوز قراءة مثل هذه الكتب في الحلقات الدينية بالمساجد، حيث يتلى هذا الكتاب في مساجد بريطانيا لجماعة التبليغ، وله شهرة كبيرة بالمملكة العربية السعودية، وخاصة بالمدينة المنورة، حيث عاش مؤلف هذا الكتاب زمنًا طويلاً بالمدينة المنورة

أرجو من المشائخ الكرام أن تفيدونا بالجواب الكافي المفصل، وحتى أترجم إلى اللغات المحلية وأوزع على أصحابي وزملائي وبقية المسلمين الذين أتحدث معهم على هذا الموضوع ؟

ج: هذه القصة باطلة لا أساس لها من الصحة؛ لأن الأصل في الميت نبيًّا كان أم غيره أنه لا يتحرك في قبره بمد يد أو غيرها، فما قيل من أن النبي صلى الله عليه وسلم أخرج يده للرفاعي أو غيره غير صحيح، بل هو وهم وخيال لا أساس له من الصحة، ولا يجوز تصديقه، ولم يمد يده صلى الله عليه وسلم لأبي بكر ولا عمر ولا غيرهما من الصحابة فضلاً عن غيرهم، ولا يُغتر بذكر السيوطي لهذه القصة في كتابه: (الحاوي)؛ لأن السيوطي في مؤلفاته كما قال العلماء عنه: حاطب ليل يذكر الغث والسمين، ولا تجوز الصلاة خلف من يعتقد صحة هذه القصة؛ لأنه مصدق بالخرافات ومختل العقيدة، ولا تجوز قراءة كتاب (فضائل أعمال) وغيره مما يشتمل على الخرافات والحكايات المكذوبة على الناس في المساجد أو غيرها؛ لما في ذلك من تضليل الناس ونشر الخرافات بينهم

نسأل الله عز وجل أن يوفق المسلمين لمعرفة الحق والعمل به إنه سميع مجيب. وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد وآله وصحبه وسلم

اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء

Soalan: “Syaikh Muhammad Zakariya rahimahullah adalah ulama yang sangat dikenali di India dan Pakistan terutamanya dalam kalangan Jama’ah Tabligh. Beliau memiliki beberapa tulisan yang di antaranya adalah buku Fadhail al-A’mal. Buku ini dibacakan di dalam pelbagai halaqah keagamaan dalam kalangan Jama’ah Tabligh. Para anggota Jama’ah menganggap buku ini seperti Shahih al-Bukhari atau buku-buku hadis lainnya. Dan aku adalah dari kalangan mereka.

Ketika aku membaca buku ini, aku temui kisah-kisah yang sukar untuk aku fahami dan mengimaninya. Oleh sebab itulah aku bertanya kepada Lajnah anda (Anggota Badan Kajian Ilmiyah dan Pengeluaran Fatwa) agar kemuyskilan yang aku hadapi dapat diselesaikan.

Di antara kisah tersebut adalah kisah yang diriwayatkan oleh Sayyid Ahmad ar-Rifa’i. Beliau mengatakan bahawa setelah beliau melaksanakan fardhu haji, beliau pergi menziarahi kubur Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan pada ketika itu sambil berdiri beliau membacakan beberapa bait sya’ir di bawah ini di hadapan kubur Rasululullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

فـي حالـة البعـد روحي كنت أرسلها
تقبـــل الأرض عنــي وهــي نــائبتي

وهـــذه دولــة الأشــباح قــد حــضرت
فامدد يمينك كي تحظى بها شفتي

“Di ketika jauh darimu, aku kirimkan ruhku (jiwa ragaku),
Bumi menerimaku dan bumi adalah wakilku,
Ramai manusia yang telah hadir di sini,
Maka hulurkanlah tangan kananmu agar dapat kucapai dengan bibirku.”

Setelah membaca bait-bait tersebut, keluarlah tangan kanan Rasulullah lalu aku pun menciumnya. (Dipetik dari kitab al-Haawi milik Imam as-Suyuthi)

Disebutkan bahawa ketika itu terdapat sembilan puluh ribu umat Islam yang menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut. Mereka telah mendapat kemuliaan untuk menyaksikan tangan Nabi yang diberkati. Di antara mereka yang hadir adalah Syaikh ‘Abdul Qadir al-Jailani rahimahullah. Beliau hadir di tempat tersebut di masjid Nabi asy-Syarif. (Dipetik dari kitab al-Bunyan al-Masyid).

Berdasarkan kisah ini, aku ingin menanyakan beberapa perkara:

[Pertama] Adakah kisah ini kisah yang ada asalnya atau kisah yang diada-adakan?

[Kedua] Apa pendapat anda (Lajnah ad-Daa’imah) tentang buku al-Haawi karya as-Suyuthi kerana kisah ini diambil dari buku tersebut?

[Ketiga] Jika kisah di atas tidak benar, bolehkan solat berimamkan orang yang menyampaikan kisah ini dan mereka yang menyakini kebenarannya? Bolehkah orang tersebut menjadi imam?

[Keempat] Adakah dibolehkan membaca buku seperti di atas dalam halaqah-halaqah keagamaan yang diadakan di masjid-masjid. Buku ini iaitu kitab Fadha’il al-A’mal dibacakan di masjid-masjid di Britain oleh Jama’ah Tabligh. Buku ini juga sangat terkenal di Kesatuan ‘Arab Saudi terutamanya di Madinah al-Munawwarah. Di mana penulis kitab tersebut sendiri pernah tinggal lama di Madinah al-Munawwarh.

Aku harap para ulama yang mulia dapat memberikan jawaban yang cukup terperinci kepadaku sehingga aku mampu terjemahkan ke dalam bahasa daerahku lalu aku edar-edarkan kepada sahabat-sahabatku dan rakan-rakanku serta umat Islam yang lain yang terlibat dengan perbahasan berkaitan hal ini denganku.”

Jawaban al-Lajnah ad-Daa’imah:

“Kisah tersebut adalah kisah yang kosong (yang diada-adakan), tidak ada asas kebenarannya sama sekali. Pada dasarnya, orang yang telah meninggal dunia sama ada para Nabi atau atau selainnya tidak dapat menggerakkan anggota badannya di dalam kubur sama ada dengan menghulurkan tangan ataupun lainnya. Sehingga cerita bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengeluarkan tangannya dari dalam kubur kepada ar-Rifa’i atau pun kepada yang lainnya adalah suatu yang tidak benar, bahkan itu hanyalah cerita khayalan yang tidak ada asasnya sama sekali dan tidak boleh dipercayai.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri tidak pernah menghulurkan tangannya kepada Abu Bakar, ‘Umar ataupun sahabat-sahabat yang lain. Maka apatah lagi dengan orang yang bukan dari kalangan sahabat beliau?Jangan terpedaya dengan kisah yang disebutkan oleh as-Suyuthi dalam kitabnya al-Haawi kerana as-Suyuthi dalam kitab-kitabnya tersebut sebagaimana diperkatakan oleh para ulama bahawa beliau adalah seperti orang yang mengutip kayu bakar di malam hari, iaitu mengumpulkan apa sahaja yang beliau dengar tanpa melakukan pemilihan dan penilaian.

Tidak boleh solat berimamkan orang yang mengimani benarnya kisah tersebut kerana dia adalah orang yang percaya dengan khurafat yang mencacatkan aqidah.

Tidak dibolehkan membacakan kitab Fadhail al-A’mal ataupun kitab-kitab selainnya yang sama jenis dengannya yang mana di dalamnya berisi khurafat dan hikayat-hikayat palsu kepada orang-orang di masjid-masjid atau kepada yang selainnya. Ketetapan ini adalah untuk apa jua kitab yang di dalamnya berisi khurafat dan hikayat-hikayat dusta kerana padanya mengandungi usaha untuk menyesatkan manusia dan membantu menyebar-luaskan perkara-perkara khurafat di dalam masyarakat.

Kami memohon kepada Allah ‘Azza wa Jalla supaya Dia memberikan taufiq kepada umat Islam agar mereka dapat mengenali al-Haq dan mengamalkannya. Sesungguhnya Dia adalah dzat yang Maha Mendengar dan Maha Memperkenankan Doa.”

Wa Shallallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa Alihi wa Billahit Taufiq, Wa Shallallahu ‘ala Nabiyyina Muhammad wa Alihi wa Shahbihi wa Sallam.

Fatwa ini ditandatangani oleh:

Syaikh Bakr B. ‘Abdillah Abu Zaid, Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdillah al-Fauzan, dan Syaikh ‘Abdullah B. Ghudayyan.

Diketuai oleh:Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. ‘Abdillah Alu asy-Syaikh.

135 - Fatwa Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan Tentang Jama’ah Tabligh

Fatwa Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan Tentang Jama’ah Tabligh


Syaikh Soleh al-Fauzan hafizahullah berkata:

و المقصود جماعة التبليغ التي شغلت الناس في هذا الزمان و هي جماعة ضالة في معتقدها و منهجها و نشأتها كما وضح ذلك الخبيرون بها مما تواتر عنهم مما لا يدع مجالا للشك في ضلال هذه الجماعة و تحريم مشاركتها و مساعدتها و الخروج معها فيجب على المسلمين الحذر منها و التحذير منها

“Hakikatnya, Jama’ah Tabligh yang telah menarik perhatian kebanyakan orang di zaman ini adalah jama’ah yang sesat aqidahnya, sesat dalam prinsip-prinsip agamanya, dan awal perkembangannya adalah sebagaimana penjelasan orang-orang yang berautoriti iaitu mereka yang benar-benar mengetahui tentang mereka. Penjelasan para pengkaji (yang berautoriti) dalam perkara ini begitu banyak sekali.

Dengan itu menyebabkan tidak ada lagi ruang untuk ragu-ragu terhadap kesesatan kelompok ini. Haram hukumnya untuk turut-serta dan membantu aktiviti-aktiviti mereka serta khuruj (keluar) bersama-sama mereka.

Setiap umat Islam berkewajiban untuk berhati-hati terhadap mereka dan mengingatkan orang lain supaya tidak mengikuti mereka.” (Rujuk: Muhammad B. Nashir al-‘Uraini, Kasyfu al-Sattar, m/s. 5)

Rujuk juga: http://www.ansarsunna.com/vb/showthread.php?t=16960

Saturday, October 22, 2011

134 - Fatwa Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz Tentang Jama’ah Tabligh dan Hukum Solat Di Masjid Yang Terdapat Kubur

Fatwa Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz Tentang Jama’ah Tabligh dan Hukum Solat Di Masjid Yang Terdapat Kubur


جماعة التبليغ، والصلاة في المساجد التي فيها قبور

س: سؤال من: م. ع- من أمريكا يقول: خرجت مع جماعة التبليغ للهند والباكستان، وكنا نجتمع ونصلي في مساجد يوجد بها قبور، وسمعت أن الصلاة في المسجد الذي يوجد به قبر باطلة فما رأيكم في صلاتي وهل أعيدها؟ وما حكم الخروج معهم لهذه الأماكن؟

ج: بسم الله، والحمد لله، أما بعد

جماعة التبليغ ليس عندهم بصيرة في مسائل العقيدة فلا يجوز الخروج معهم إلا لمن لديه علم وبصيرة بالعقيدة الصحيحة التي عليها أهل السنة والجماعة حتى يرشدهم وينصحهم ويتعاون معهم على الخير؛ لأنهم نشيطون في عملهم، لكنهم يحتاجون إلى المزيد من العلم، وإلى من يبصرهم من علماء التوحيد والسنة. رزق الله الجميع الفقه في الدين والثبات عليه

أما الصلاة في المساجد التي فيها القبور فلا تصح، والواجب إعادة ما صليت فيها؛ لقول النبي صلى الله عليه وسلم: ((لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد)) متفق على صحته، وقوله صلى الله عليه وسلم: ((ألا وإن من كان قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم وصالحيهم مساجد ألا فلا تتخذوا القبور مساجد فإني أنهاكم عن ذلك)) أخرجه مسلم في صحيحه. والأحاديث في هذا الباب كثيرة

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم

Soalan:

Saya telah keluar (khuruj) bersama Jama'ah Tabligh ke India dan Pakistan, dan adalah kami berhimpun dan bersolat di masjid yang terdapat padanya kubur dan saya mendengar bahawa solat di masjid yang terdapat padanya kubur adalah batal (tidak sah) maka apakah pandangan anda berkenaan solat saya ini? Adakah perlu saya mengulanginya? Dan apakah hukum keluar bersama mereka (Jama'ah Tabligh) ke tempat-tempat ini?

Jawaban:

بسم الله، والحمد لله، أما بعد

Jama'ah Tabligh Tidak memiliki ilmu yang mendalam dalam pelbagai permasalahan 'aqidah, maka TIDAK BOLEH keluar bersama-sama mereka melainkan bagi mereka yang memiliki ilmu dan bashirah (pengetahuan yang luas) tentang 'aqidah yang Sahih yang dipegang oleh Ahlus Sunnah wal-Jama'ah supaya dia boleh memberi petunjuk kepada mereka, menasihati mereka, dan bekerjasama dengan mereka atas kebaikan; kerana mereka ini aktif dalam gerak kerja mereka tetapi mereka memerlukan lebih lagi ilmu dan orang yang mengajarkan kepada mereka daripada kalangan Ulama Tauhid dan Sunnah.

Semoga ALLAH memberikan rezeki kepada semua dengan kefahaman dalam agama dan tetap di atasnya.

Adapun solat di masjid-masjid yang terdapat padanya kuburan maka ia TIDAK SAH dan wajib engkau ulang solat yang telah engkau solat di dalamnya kerana sabda Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam:

لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد

“ALLAH melaknat Yahudi dan Nashara kerana mereka itu mengambil kuburan para Nabi mereka sebagai tempat ibadah.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Hadis ini disepakati akan kesahihannya. Demikian juga sabda baginda Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

ألا وإن من كان قبلكم كانوا يتخذون قبور أنبيائهم وصالحيهم مساجد، ألا فلا تتخذوا القبور مساجد؛ فإني أنهاكم عن ذلك

“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu mengambil kuburan para Nabi mereka dan orang-orang soleh mereka sebagai tempat ibadah, maka janganlah kamu menjadikan kuburan sebagai tempat ibadah kerana sesungguhnya aku melarang kamu dari perkara tersebut.”

Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahih beliau dan hadis-hadis berkenaan bab ini sangatlah banyak.

وبالله التوفيق، وصلى الله على نبينا محمد، وآله وصحبه وسلم

Sumber: Majmu’ Fatawa Ibn Baz, 8/331. http://binbaz.org.sa/mat/1984

Komentar oleh Ustaz Muhammad Asrie Sobri:

Daripada penjelasan Imam Ibn Baz rahimahullah ini, jelas beliau MENTAHZIR (memberikan peringatan) tentang Jama'ah Tabligh dengan mengatakan:

TIDAK BOLEH keluar bersama mereka

Namun, Imam Ibn Baz rahimahullah melihat adanya kelonggaran kepada para Ulama Ahlus Sunnah wal-Jama'ah yang kukuh Ilmu Aqidah mereka dan I'tiqad mereka untuk keluar bersama Jama'ah Tabligh untuk "berdakwah" kepada mereka, iaitu bukan menjadi Ahli Jamaah Tabligh. Kata beliau:

Supaya dia boleh memberi petunjuk kepada mereka, menasihati mereka, dan bekerjasama dengan mereka atas kebaikan.

Hal ini kembali kepada kaedah dan dhawabit Wasail Dakwah jika ianya memberikan kesan dan faedah maka boleh kepada seorang da'ie masuk ke kawasan yang ada kemungkaran untuk mengubahnya. Adapun jika wasilah ini tidak memberikan hasil yang besar pada sangkaan yang kuat maka dikembalikan kepada hukum asal iaitu "Tidak Boleh."

Adapun golongan awam, para penuntut ilmu yang tidak kukuh ilmu dan aqidah mereka yang terdedah kepada syubhat-syubhat, maka mereka ini tidak ada kelonggaran sama sekali untuk mengikut keluar (khuruj) dan hadir di majlis-majlis Jama'ah Tabligh ini kerana kehadiran mereka tiada faedah dan manfaat sama sekali bahkan mudharat amat besar.

Maka perlulah mentahzir (memberi peringatan) tentang Jama'ah Tabligh secara umum kerana majoriti manusia di zaman kini adalah golongan awam dan penuntut-penuntut ilmu, maka mereka yang mentahzir Jama'ah Tabligh telah melakukan tindakan yang sesuai dengan taujihat dan fatwa Imam Ibn Baz rahimahullah di atas dan tiada percanggahan mahupun pertentangan sama sekali.

Semoga kita diberi kefahaman yang benar dan jelas oleh ALLAH Subhanahu wa Ta’ala dan keteguhan dalam menjalankan suruhan-Nya. Ameen.

133 - Bolehkah Bersatu Dengan Syi'ah?

Fatwa Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Baz Tentang Bersatu Dengan Kaum Syi’ah



التقريب بين الرافضة وأهل السنة غير ممكن

من خلال معرفة سماحتكم بتاريخ الرافضة، ما هو موقفكم من مبدأ التقريب بين أهل السنة وبينهم؟

التقريب بين الرافضة وبين أهل السنة غير ممكن؛ لأن العقيدة مختلفة، فعقيدة أهل السنة والجماعة توحيد الله وإخلاص العبادة لله سبحانه وتعالى، وأنه لا يدعى معه أحد لا ملك مقرب ولا نبي مرسل، وأن الله سبحانه وتعالى هو الذي يعلم الغيب، ومن عقيدة أهل السنة محبة الصحابة رضي الله عنهم جميعا والترضي عنهم، والإيمان بأنهم أفضل خلق الله بعد الأنبياء، وأن أفضلهم أبو بكر الصديق، ثم عمر، ثم عثمان، ثم علي، رضي الله عن الجميع، والرافضة خلاف ذلك فلا يمكن الجمع بينهما، كما أنه لا يمكن الجمع بين اليهود والنصارى والوثنيين وأهل السنة، فكذلك لا يمكن التقريب بين الرافضة وبين أهل السنة لاختلاف العقيدة التي أوضحناها

Soalan:

Berdasarkan pengetahuan Samahatusy-Syaikh tentang sejarah Rafidhah (Syi’ah), apakah pendirian Syaikh tentang usaha Taqrib (penyatuan) antara Ahli Sunnah dan mereka (Rafidhah)?

Jawapan al-Imam Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah B. Baz Rahimahullah:

“Taqrib (penyatuan) di antara Rafidhah dengan Ahli Sunnah tidak mungkin boleh berlaku, kerana aqidah yang jelas berbeza, aqidah Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah mentauhidkan Allah dan mengikhlaskan ibadah hanya kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, dan bahawasanya Ahli Sunnah tidak mendakwa seseorang (memiliki hak ‘Ubudiyyah) bersama-Nya, tidak malaikat muqarrab (yang dekat dengan Allah), tidak juga Nabi yang diutuskan, dan bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala yang mengetahui perkara ghaib, dan merupakan aqidah Ahli Sunnah adalah kecintaan terhadap para Sahabat Nabi radiyallahu ‘anhum kesemuanya, meredhai mereka dan beriman bahawasanya mereka ialah makhluk Allah yang paling utama setelah para Nabi dan bahawasanya yang paling utama di antara mereka ialah Abu Bakr ash-Shiddiq, kemudian ‘Umar, kemudian Uthman, kemudian ‘Ali, redha Allah ke atas mereka semua.

Sedangkan Syi’ah Rafidhah menyelisihi prinsip-prinsip tersebut, maka tidak mungkin untuk menyatukan di antara keduanya (Ahli Sunnah dengan Syi’ah Rafidhah), sebagaimana tidak mungkin berlaku penyatuan di antara Yahudi, Nasrani, dan penyembah berhala dengan Ahli Sunnah, maka begitulah juga tidak mungkin taqrib (penyatuan) di antara Rafidhah dengan Ahli Sunnah disebabkan perbezaan Akidah yang telah kami jelaskannya.”

132 - Hukum Bertepuk-Tangan

Hukum Bertepuk-Tangan



حكم التصفيق في الحفلات

ما حكم التصفيق للرجال في المناسبات والاحتفالات؟

التصفيق في الحفلات من أعمال الجاهلية وأقل ما يقال فيه الكراهة ، والأظهر في الدليل تحريمه لأن المسلمين منهيون عن التشبه بالكفرة وقد قال الله سبحانه في وصف الكفار من أهل مكة وَمَا كَانَ صَلاتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلا مُكَاءً وَتَصْدِيَةً.

قال العلماء المكاء الصفير والتصدية التصفيق والسنة للمؤمن إذا رأى أو سمع ما يعجبه أو ما ينكره أن يقول: سبحان الله أو يقول: الله أكبر كما صح ذلك عن النبي صلى الله عليه وسلم في أحاديث كثيرة ، ويشرع التصفيق للنساء خاصة إذا نابهن شيء في الصلاة أو كن مع الرجال فسهى الإمام في الصلاة فإنه يشرع لهن التنبيه بالتصفيق أما الرجال فينبهونه بالتسبيح كما صحت بذلك السنة عن النبي صلى الله عليه وسلم وبهذا يعلم أن التصفيق من الرجال فيه تشبه بالكفرة وبالنساء وكلا ذلك منهي عنه. والله ولي التوفيق

Pertanyaan kepada Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Baz rahimahullah:

Apa hukum bertepuk-tangan bagi lelaki bagi waktu-waktu dan dalam pertemuan-pertemuan tertentu?

Jawab Syaikh 'Abdul 'Aziz B. Baz:

Bertepuk tangan dalam pertemuan-pertemuan merupakan perbuatan jahiliah. Pendapat yang paling ringan menyatakan hukumnya makruh. Dan yang lebih nyata dari dalil-dalil yang ada adalah bahwa hal itu haram, karena kaum muslimin dilarang menyerupai orang-orang kafir. Sungguh Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman menyebutkan sifat orang kafir penduduk Makkah:

وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِنْدَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاءً وَتَصْدِيَةً

“Solat mereka di sekitar Baitullah itu tidak lain hanyalah siulan dan tepukan-tangan.” (Surah al-Anfal, 8: 35)

Para ulama mengatakan, الْـمُكَاءُ adalah siulan manakala التَّصْدِيَةُ adalah tepuk-tangan. Dan yang sunnah bagi seorang mukmin ketika melihat atau mendengar sesuatu yang mengagumkan atau yang dia benci adalah mengucapkan Subhanallah (Maha Suci Allah) atau Allahu Akbar (Allah Maha Besar), sebagaimana ianya sahih dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam banyak hadis.

Dan disyari’atkan bertepuk-tangan secara khusus bagi wanita ketika mereka mengingatkan sesuatu dalam solat, atau ketika mereka solat bersama kaum lelaki iaitu di ketika imamnya lupa (tersalah). Ketika itu disyari’atkan bagi wanita untuk mengingatkan dengan tepukan tangan. Adapun bagi lelaki, mereka mengingatkan imam dengan tasbih (ucapan Subhanallah) sebagaimana ianya sahih dari Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Dari sini dapat diketahui bahawa tepuk-tangan bagi lelaki adalah perbuatan menyerupai orang-orang kafir dan kaum wanita. Keduanya merupakan perkara yang dilarang bagi kaum lelaki. Allah Subhanahu wa Ta’ala sajalah yang memberi taufiq.

Sunday, October 2, 2011

131 - Kesaktian Di Balik Tangkal?

Kesaktian Di Balik Tangkal?

Abu Numair Nawawi B. Subandi

Ramai yang beranggapan batu delima tertentu memiliki kuasa pendiding, menolak kuasa jahat, menarik rezeki, dan memiliki kuasa penyembuhan. Ada juga yang mempercayai sesetengah batu delima memiliki khadam (jin penjaga)

Fenomena Tangkal

Satu fenomena yang amat membimbangkan di kalangan umat Islam hari ini adalah kerapuhan aqidah yang meruncing. Ini antaranya dapat dilihat melalui suburnya amalan-amalan khurafat, tahayyul, bid’ah dan syirik. Di antara contoh mudah yang dapat kita perhatikan adalah suburnya amalan tangkal dan pelaris. Kunjungi dan singgahlah di mana-mana kedai makan orang Melayu atau Mamak, sebahagian besar dari mereka pasti ada menggantung sesuatu di bahagian dinding berdekatan kaunter bayaran.

Kalau kita perhatikan baik-baik biasanya pada bahagian dinding tersebut mereka gantung dengan sesuatu mungkin sama ada berupa bingkai (frame) berisi kertas kuning atau kilat berwarna perak, gantungan kain hitam atau kuning yang diikat, gambar “wali keramat”, ayat bismillah 7, lambang khatamun nubuwwah, al-Qur’an kecil, cebisan kain kelambu ka’abah, tulisan-tulisan jawi berbentuk formasi aneh, “ayat 1000 dinar”, atau rajah-rajah dan simbol-simbol pelik yang hanya boleh difahami oleh pembuat tangkal.

Kalau di rumah-rumah pula, masih ramai yang menyimpan dan menggantungkan tulisan ayat al-Kursi di pintu-pintu rumah, botol-botol berisi “bahan pendinding”, keris penjaga rumah, cincin azimat, batu geliga, dan apa-apa jua yang sewaktu dengannya. Masih ramai masyarakat Islam di negara kita hari ini meyakini tangkal-tangkal dan azimat-azimat tersebut mampu menarik kebaikan dan menolak mudharat.

Seiring berleluasanya amalan khurafat ini, sebahagian media dan industri perfileman pun turut tidak melepaskan peluang mengambil kesempatan memainkan isu tersebut bagi tujuan mengaut keuntungan. Akhirnya apa yang telah sedia buruk menjadi bertambah-tambah buruk. Terutamanya terhadap pembinaan aqidah kanak-kanak dan remaja hari ini.

Tangkal Tiada Manfaatnya

Apabila budaya khurafat dan kepercayaan tahayyul seperti ini berleluasa, selagi itulah umat Islam akan terus dilanda kehinaan, kebodohan, kelemahan, dan kerugian. Kerana kebergantungan mereka kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala telah bertukar kepada tangkal dan azimat yang tidak mampu berbuat apa-apa tersebut. Disebabkan kejahilan, wang dibelanjakan untuk membeli syirik.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ

“Sesiapa yang menggantungkan sesuatu (berupa tangkal), maka segala urusannya akan diserahkan kepadanya (kepada tangkal).” (Hadis Riwayat Ahmad, 31/78, no. 18781. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Sesiapa yang menggantungkan tangkal, jiwa dan hidupnya akan mudah terganggu dan tidak tenteram. Malah ia telah melakukan pula kesyirikan. Ini sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

مَنْ تَعَلَّقَ تَمِيمَةً، فَلَا أَتَمَّ اللهُ لَهُ، وَمَنْ تَعَلَّقَ وَدَعَةً، فَلَا وَدَعَ اللهُ لَهُ

“Sesiapa yang menggantung tamimah maka semoga Allah tidak menyempurnakan apa yang dimilikinya, dan sesiapa yang menggantungkan wada’ah, semoga Allah tidak membiarkannya dalam ketenangan.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175. Kata al-Haitsami, “Hadis Riwayat Ahmad, Abu Ya’la, dan ath-Thabrani, para perawinya tsiqah.”. Dinilai hasan oleh Syu’aib al-Arnauth)

Dalam riwayat yang lain:

مَنْ عَلَّقَ تَمِيمَةً، فَقَدْ أَشْرَكَ

“Sesiapa menggantungkan tamimah maka dia telah melakukan syirik.” (Majma’ az-Zawa’id, 5/175, no. 8399. Kata al-Haitsami para perawinya tsiqah. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Tamimah adalah seperti tali (atau kalung) yang digantungkan pada tubuh sebagai azimat atau tangkal bertujuan mendapatkan kebaikan dan mencegah perkara-perkara berbahaya sama ada sihir, gangguan, penyakit, atau lain-lain. Biasanya diikat pada tangan atau dikalungkan pada leher anak-anak kecil.

Wada’ah adalah bahan-bahan berupa cengkerang seperti kulit siput atau kerang yang diambil dari laut kemudian dijadikan sebagai kalung bertujuan menjaga diri dari gangguan dan bahaya.

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah meriwayatkan dalam Tafsirnya:

دخل حذيفة على مريض، فرأى في عضده سيرًا فقطعه -أو: انتزعه -ثم قال

وَمَا يُؤْمِنُ أَكْثَرُهُمْ بِاللَّهِ إِلا وَهُمْ مُشْرِكُونَ

“Hudzaifah pernah menjenguk seseorang yang sedang terlantar sakit. Lalu beliau terlihat seutas tali yang dijadikan azimat pada lengan pesakit. Maka beliau pun memotongnya (atau mencabutnya) dan berkata (menyebutkan firman Allah, Surah Yusuf, 12: 106): “Dan sebahagian besar dari mereka tidak beriman kepada Allah melainkan dalam keadaan mensyirikkan Allah.”.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/419)

Membuang Tangkal

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengatakan:

لاَ يَبْقَيَنَّ فِي رَقَبَةِ بَعِيرٍ قِلَادَةٌ مِنْ وَتَرٍ أَوْ قِلَادَةٌ إِلاًّ قُطِعَتْ

“Jangan kamu tinggalkan satu kalung pun pada leher unta melainkan ianya harus dipotong.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 10/190, no. 2783)

Para ulama menjelaskan berkaitan hadis ini bahawa apa jua bentuk tali yang diikatkan pada leher unta (atau haiwan) yang padanya mengandungi kepercayaan atau i’tiqad tertentu (sebagai tangkal) maka ia wajib ditanggalkan (dihapuskan). Demikian juga pada selain itu.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ

“Jika engkau memohon (berdoa), mohonlah kepada Allah. Dan jika engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 9/56, no. 2440. Hasan sahih)

Berkaitan dengan ini, ada satu kisah riwayat daripada Zainab isteri ‘Abdullah B. Mas’oud. Katanya:

كَانَ عَبْدُ اللهِ إِذَا جَاءَ مِنْ حَاجَةٍ فَانْتَهَى إِلَى الْبَابِ، تَنَحْنَحَ وَبَزَقَ، كَرَاهِيَةَ أَنْ يَهْجُمَ مِنَّا عَلَى شَيْءٍ يَكْرَهُهُ، قَالَتْ: وَإِنَّهُ جَاءَ ذَاتَ يَوْمٍ، فَتَنَحْنَحَ، قَالَتْ: وَعِنْدِي عَجُوزٌ تَرْقِينِي مِنَ الْحُمْرَةِ، فَأَدْخَلْتُهَا تَحْتَ السَّرِيرِ، فَدَخَلَ، فَجَلَسَ إِلَى جَنْبِي، فَرَأَى فِي عُنُقِي خَيْطًا، قَالَ: مَا هَذَا الْخَيْطُ؟ قَالَتْ: قُلْتُ خَيْطٌ أُرْقِيَ لِي فِيهِ، قَالَتْ: فَأَخَذَهُ فَقَطَعَهُ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ آلَ عَبْدِ اللهِ لَأَغْنِيَاءُ عَنِ الشِّرْكِ، سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: إِنَّ الرُّقَى، وَالتَّمَائِمَ، وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ قَالَتْ: فَقُلْتُ لَهُ: لِمَ تَقُولُ هَذَا وَقَدْ كَانَتْ عَيْنِي تَقْذِفُ، فَكُنْتُ أَخْتَلِفُ إِلَى فُلَانٍ الْيَهُودِيِّ يَرْقِيهَا، وَكَانَ إِذَا رَقَاهَا سَكَنَتْ؟ قَالَ: إِنَّمَا ذَلِكَ عَمَلُ الشَّيْطَانِ كَانَ يَنْخُسُهَا بِيَدِهِ، فَإِذَا رَقَيْتِهَا كَفَّ عَنْهَا، إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكِ أَنْ تَقُولِي كَمَا قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

Apabila ‘Abdullah (Ibnu Mas’oud) selesai dari suatu keperluan, beliau berhenti pada pintu, ia berdehem dan membuang ludah kerana khuwatir menemukan sesuatu yang tidak berkenan dari kami.

Suatu hari beliau datang dan berdehem, beliau berkata dan ketika itu di sisiku ada seorang nenek sedang menjampiku dari humrah (sejenis radang kulit), lalu aku menyembunyikannya di bawah tempat tidur. Beliau pun masuk dan duduk di sisiku, beliau melihat jahitan di leherku lalu bertanya, “Benang apa ini?” Aku jawab, “Benang untuk menjampiku.” Lalu beliau pun mengambil dan memotongnya sambil berkata, “Sesungguhnya keluarga ‘Abdullah tidak memerlukan syirik, aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الرُّقَى وَالتَّمَائِمَ وَالتِّوَلَةَ شِرْكٌ

“Sesungguhnya jampi serapah, tangkal-tangkal, dan tiwalah adalah syirik.”

Zainab berkata, “Aku katakan kepadanya, “Kenapa engkau mengatakan seperti itu padahal mataku pernah sakit. Aku selalu datang kepada fulan, seorang yahudi untuk menjampinya, dan sebaik ia menjampi, sakit itu pun reda.”

Beliau (Ibnu Mas’ud) berkata, “Itu adalah perbuatan syaitan yang menggerakkan dengan tangannya, apabila engkau dijampi dengannya, maka halanglah. Sesungguhnya cukup bagimu dengan mengucapkan sebagaimana yang diucapkan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

أَذْهِبِ الْبَاسَ رَبَّ النَّاسِ اِشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا

“Hilangkanlah sakit ini wahai Tuhan seluruh manusia, sembuhkanlah, Engkau Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan kesakitan.”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 6/110, no. 3615. Abu Daud, 10/386, no. 3385. Dinilai sahih oleh al-Albani dan Syu’aib al-Arnauth)

Tiwalah adalah sesuatu yang dibuat bagi menjadikan seorang seorang lelaki tertentu rasa jatuh cinta kepada seorang wanita, atau seorang wanita akan tertarik kepada seorang lelaki.

Dalam kalangan masyarakat Melayu hari ini mungkin ia lebih dikenali antaranya sebagai minyak dagu, minyak pengasih, minyak penunduk raja, dan ilmu pengasih asap rokok.

Termasuk di dalam bentuk-bentuk alat penangkal lainnya yang popular dalam kalangan masyarakat hari ini adalah seperti susuk, gelang-gelang kesihatan, tuah batu keramat, ibu serai, khadam ayat, batu serai, ibu duit, wafaq, kayu kokka, dan batu petir.

Adapun jampi (atau ruqyah), maka ia terbahagi kepada beberapa keadaan. Dan jampi (ruqyah) yang dibenarkan adalah apa yang diambil dari al-Qur’an atau al-hadis berdasarkan tunjuk-ajar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan para sahabatnya. Termasuk ruqyah yang dibenarkan adalah apa jua doa secara umum yang boleh difahami iaitu yang dimohon hanya kepada Allah Ta’ala selagi mana tidak mengandungi lafaz-lafaz yang syirik dan tidak disertakan dengan ritual-ritual yang bid’ah.

Setelah kita fahami perkara ini dengan jelas, maka tinggalkanlah apa-apa jua bentuk tangkal, azimat, jampi-serapah serta yang seumpamanya. Kerana ia tidak memberi sebarang manfaat melainkan kesesatan dan kesudahan yang buruk. Tiada sama sekali padanya kesaktian dan kebaikan, melainkan kebodohan dan kerugian dunia dan akhirat.

Mungkin ada yang beralasan bahawa ia adalah sebahagian dari bentuk-bentuk usaha dan ikhtiar. Sedangkan bagi yang memahami perkara ini dengan baik, kita pasti akan mengatakan bahawa usaha dan ikhtiar itu sendiri perlu dilaksanakan dengan kaedah yang benar, dan bukan dengan jalan yang bathil.

Kerana setiap usaha dan ikhtiar di atas jalan kebathilan, maka ia akan tetap bathil dan tidak dinamakan sebagai usaha. Demikianlah dengan orang yang berusaha mendapatkan wang, tetapi mengusahakan (atau berikhtiar) dengan jalan yang haram seperti mencuri, merompak atau berjudi, maka ia akan tetap tidak dianggap sebagai usaha dan ikhtiar yang benar.

Bahaya Syirik

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

“Sesungguhnya syirik itu adalah kezaliman yang paling besar.” (Surah Luqman, 31: 13)

وَلَوْ أَشْرَكُوا لَحَبِطَ عَنْهُمْ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Jika mereka mensyirikkan Allah, nescaya lenyaplah amal-amal kebaikan yang telah mereka usahakan.” (Surah al-An’am, 6: 88)

إِنَّ اللَّهَ لا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلالا بَعِيدًا

“Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa mensyirikkan-Nya, dan Allah mengampuni dosa selain syirik bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya. Segsiapa yang mensyirikkan Allah, maka sesungguhnya ia telah tersesat sejauh-jauhnya.” (Surah an-Nisaa, 4: 116)

Allah tidak menerima apa jua bentuk amal daripada pelaku syirik. Bahkan amal-amal mereka seperti debu yang berterbangan. Di akhirat, doanya tidak diterima, dan dia tidak dimaafkan. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala (maksudnya):

وَقَدِمْنَا إِلَى مَا عَمِلُوا مِنْ عَمَلٍ فَجَعَلْنَاهُ هَبَاءً مَنْثُورًا

“Dan kami nilai segala amal yang mereka usahakan, lalu kami jadikan amal itu (seperti) debu yang berterbangan.” (Surah al-Furqon, 25: 23)

Wallahu a’lam.

Tangkal berbentuk Cincin

Minyak Pengasih Yang Dipercayai Memiliki Kuasa Cinta Guna-guna

Ramai beranggapan kayu kokka memiliki pelbagai khasiat perubatan, kuasa penyembuhan, menarik rezeki dan sebagai tangkal pendinding

Contoh tangkal berbentuk gelang atau kalung untuk menolak keburukan dan kejahatan

Contoh lakaran wafaq dengan rajah dan tulisan aneh yang tidak difahami melainkan oleh dukun pembuat tangkal

Tangkal botol berisi ayat-ayat jampi sebagai penjaga rumah

Batu jed yang dipercayai memiliki kuasa penyembuh, penenang, membuang aura kejahatan, menaikkan seri, dan menarik rezeki

Contoh wafaq dengan pelbagai ragam formasi tulisan aneh. Biasanya dibungkus dalam kain hitam atau kuning.

Tangkal berbentuk "angka 786" pada papan tanda salah sebuah restoran di Shah Alam. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa bagi sebahagian orang, terutamanya golongan India Muslim atau mamak - "angka 786" dipercayai mampu membawa tuah dan menarik rezeki.


Tangkal berbentuk frame kuning keemasan (seperti bingkai gambar) di bahagian dinding atas belakang kaunter bayaran sebuah restoran mamak di Shah Alam. Ini adalah antara bentuk-bentuk tangkal pelaris perniagaan.