__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Saturday, December 26, 2009

107 - Benarkah Dengan Banyaknya Agama Memberi Banyak Faedah Kepada Masyarakat?

Benarkah Dengan Banyaknya Agama Memberi Banyak Faedah Kepada Masyarakat?

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkata:

ليس هناك بأس من تعدد الأديان وتعدد الحضارات و الثقافات و أن تكون العلاقة بينهم علاقة الحوار لا علاقة الصراع

Terjemahan: Tidak mengapa dengan kewujudan banyak agama, peradaban, dan budaya. Hendaklah kesemua agama itu menjadi medan dialog untuk merapatkan perhubungan dan bukan sebagai medan untuk bermusuhan. (Rujuk: Majalah al-Raiyah, Edisi 4696, 24 Sya’aban 1415H/25 Januari 1995. Web: Sahab.net. al-Ibthal Linazhariyatil Khalath Bainal Islam wa Ghairihi Minal Adyan, m/s. 83: Lihat: Raf’al Litsam ‘An Mukhalafah al-Qaradhawi li Syari’atil Islam, m/s. 78, Terbitan Darul Atsar, 1422H/2001M)

Penjelasan/Bantahan:

Hendaklah kita ketahui bahawasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman:

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

Terjemahan: Sesiapa yang mencari agama selain dari Islam, maka sekali-kali agama itu tidak akan diterima, dan dia di akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi. (Surah Ali ‘Imran, 3: 85)

وَرَضِيتُ لَكُمُ الإسْلامَ دِينًا

Terjemahan: Dan telah aku redhai Islam itu menjadi agama bagi kamu. (Surah al-Ma’idah, 5: 3)

Terlalu banyak ayat-ayat al-Qur’an dan juga hadis Nabi yang memerintahkan supaya kita mengajak manusia kepada Islam, meninggalkan serta memerangi kekafiran, bahkan diperintahkan kepada kita memusuhi kekafiran dan melarang berkasih-sayang kepada orang kafir.

106 - Pujian Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada Yahudi & Merendahkan Allah

Pujian Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada Yahudi & Merendahkan Allah

http://bahaya-syirik.blogspot.com


Beliau (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) pernah berkhutbah Juma’at berkaitan dengan persoalan rokok di mana pada khutbah keduanya beliau telah menyentuh persoalan pilihan-raya di Aljazair (Algeria), dan beliau berkata:


أيها الإخوة قبل أن أدع مقامي هذا أحب أن أقول كلمة عن نتائج الانتخابات الإسرائيلية، العرب كانوا معلقين كل آمالهم على نجاح (بيريز) وقد سقط (بيريز) وهذا مما نحمد لإسرائيل، نتمنى أن تكون بلادنا مثل هذه البلاد من أجل مجموعة قليلة يسقط واحد والشعب هو الذي يحكم ليس هناك التسعات الأربع أو التسعات الخمس النسب التي نعرفها في بلادنا ٩٩،٩٩٪ ما هذا إنَّها الكذب والغش والخداع لو أن الله عرض نفسه على الناس ما أخذ هذه النسبة، نحيي أسرائيل على ما فعلت

Terjemahan: “Wahai saudara-saudara sekalian, sebelum aku meninggalkan tempatku ini, aku ingin mengatakan suatu perkara berkaitan dengan hasil pilihan-raya Israel. Suatu masa dahulu orang-orang ‘Arab pernah meletakkan semua harapannya pada kemenangan (Simon) Perez. Dan sesungguhnya (kini) Perez telah jatuh, dan inilah suatu perkara yang kita puji dari Israel. Dengannya, kita berharap negara kita mampu mencapai pencapaian seperti negara itu (Israel) dari sudut di mana sekelompok kecil rakyat dapat menjatuhkan seseorang (pemimpin). Rakyatlah yang kemudian memutuskan hukum, tanpa ada perkiraan peratusan sebagaimana yang dikenali di negara kita dengan istilah 99.99%. Sesungguhnya ini adalah kedustaan dan penipuan. Sekiranya Allah menampakkan diri-Nya kepada manusia pun, nescaya Dia (Allah) tidak akan dapat mencapai peratusan sebesar itu. Kita ucapkan selamat kepada Israel di atas apa yang telah mereka lakukan (capai).” (Khutbah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang dirakam dalam kaset, dan telah disebarkan oleh Akhbar al-Wathan, no. 7072, namun di dalamnya telah berlaku perubahan).

Respon dari khutbah Dr. Yusuf al-Qaradhawi di atas, asy-Syaikh Muqbil al-Wadi’iy rahimahullah berkata:

هذا الكلام ضلال مبين إن أراد أن يفضل اليهود على الله سبحانه وتعالى فهو كافر، وإن أراد أن اليهود والنصارى والبوذية وعباد البقر وعباد الفروج وغير ذلك كثير وهم لا يصوتون لله فهذا أمر آخر ولكنه ضلال مبين، فإن الله ربنا عز وجل لا يحتاج إلى التصويت فهو سبحانه وتعالى الذي يقول :{كُنْ فيَكُوْنُ} وهو الذي أهلك فرعون، وهو الذي أهلك قارون، وهو الذي أهلك أمما متكاثرة ممن طعنوا ووقفوا في وجوه أنبياء الله عز وجل وانتصر أنبياء الله نصرًا عاجلًا أو آجلا. والتصويت لا يحتاج إليه إلا البشر الضعيف، يا مسكين حتى مشايخ القبائل ترى أحدهم وقت التصويت قد نشف ريقة ويداري الناس، ابشروا بالمشاريع، أما ربنا فهو الغني {يَاأَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللهِ وَاللهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيْدُ}، {إِنْ يَشَأ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيْدٍ. وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللهِ بِعَزِيْزٍ}. كفرت يَا قرضاوي أو قاربت

Terjemahan: “Perkataan ini adalah satu kesesatan yang nyata. Sekiranya yang beliau maksudkan adalah untuk melebihkan kaum Yahudi sehingga mengatasi Allah Subhaanahu wa Ta’ala, maka beliau telah kafir. Dan sekiranya yang beliau maksudkan adalah bahawa orang Yahudi, Nashara, Budha, penyembah lembu (Hindu), penyembah hawa nafsu, dan yang selainnya tidak memberikan suaranya kepada Allah, maka ini adalah perkara lain. Namun, (telah tetap) perkataan itu merupakan kesesatan yang nyata. Sesungguhnya Allah, Rabb kami, ‘Azza wa Jalla tidak memerlukan tahswiit (pungutan suara). Dia-lah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi yang telah berfirman: “Kun Fayakun (Jadilah! Maka terjadilah)” (Surah Yasin, 36: 82). Dan Dia lah yang telah membinasakan Fir’aun, Qarun, serta umat-umat yang telah memfitnah dan melawan/menentang para Nabi Allah ‘Azza wa Jalla. Dan telah menolong para Nabi Allah dengan satu pertolongan di dunia dan akhirat. Pungutan suara (dalam pilihan-raya) hanya diperlukan oleh manusia yang lemah. Wahai si miskin…, hingga para ketua kabilah (yang berpengaruh) sekalipun yang engkau lihat di antara mereka di ketika pemungutan suara, kering ludahnya dan berbolak-balik di hadapan manusia dengan taktik/muslihat: ‘Hidupkan Pilihan-raya’. Adapun Rabb kami, maka Dia Maha Kaya (yang berfirman): “Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji, jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah” (Surah al-Fathir, 35: 15-17). Engkau telah kufur wahai al-Qaradhawi, atau engkau mendekati kekafiran.” (Iskaatul-Kalb al-‘Aawiy Yusuf bin ‘Abdillah al-Qaradhawi, dicetak bersama kitab al-Burkaan li-Nasfi Jaami’ah al-Iman, m/s. 111-112)

Apa yang disebutkan oleh asy-Syaikh Muqbil tersebut turut diperkuatkan oleh penjelasan asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh al-‘Utsaimin rahimahullah ketika beliau ditanya berkenaan perkataan: Sekiranya Allah menampakkan diri-Nya kepada manusia pun, nescaya Dia (Allah) tidak akan dapat mencapai peratusan sebesar itu (sehingga akhir perkataan), maka beliau berkata:

نعوذ بالله، هذا يجب عليه أن يتوب وإلا فهو مرتد لأن جعل المخلوق أعلى من الخالق فعليه أن يتوب إلى الله فإن تاب فالله يقبل عنه ذلك وإلا وجب على حكام المسلمين أن يضربوا عنقه

Terjemahan:Na’uudzu billah (lindungilah kami ya Allah), dengan keluarnya perkataan ini, ia mewajibkan bagi pelakunya untuk bertaubat kepada Allah. Jika tidak, maka ia telah murtad kerana ia telah menjadikan kedudukan makhluk lebih tinggi daripada al-Khaliq (Allah Yang Maha Pencipta). Wajib baginya untuk bertaubat kepada Allah. Jika ia bertaubat, maka Allah akan menerimanya. Jika ia tidak bertaubat, maka wajib bagi pemimpin kaum muslimin membunuhnya (memenggal lehernya).” (Ini adalah sebagaimana perkataan beliau (Syaikh Muhammad B. Sholeh al-Utsaimin) yang terakam dalam kaset).

Rujukan Kitab/Website:

1 – Ta’ziz al-Raddul Kawi li Iskat al-Kalb al-‘Awi Yusuf Bin ‘Abdillah al-Qaradhawi

تعزيز الرد الكاوي لإسكات الكلب العاوي يوسف بن عبد الله القرضاوي

Oleh: Abu Abdullah Shakib as-Salafi. m/s. 4-6.

2 – Raf’al Litsam ‘An Mukhalafah al-Qaradhawi li Syari’atil Islam

رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي لشريعة الإسلام

Monday, December 14, 2009

105 - Jawaban Syaikh Ibn ‘Utsaimin Terhadap Pembelaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi Terhadap al-Asya’irah

Jawaban Syaikh Ibn ‘Utsaimin Terhadap Pembelaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada al-Asya’irah

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Fatwa al-Qaradhawi sebagaimana yang terdapat di dalam laman web rasminya:

وردا على سؤال آخر من أحد الحضور جاء فيه: "بعض الناس يطعن في عقيدة الأزهر الشريف، فما رد فضيلتكم على هذا الكلام؟"، قال الشيخ القرضاوي بنبرة استفهام ساخرة: "عقيدة الأزهر الشريف؟!" ورأى أن من يقول ذلك "فهو يطعن في الأشعرية"، وتابع: "ليس الأزهر وحده أشعريا.. الأمة الإسلامية أشعرية.. الأزهر أشعري والزيتونة أشعري والديوباندي (بالهند) أشعري وندوة العلماء أشعرية ومدارس باكستان أشعرية.. وكل العالم الإسلامي أشعرية". وأشار إلى أنه حتى الأشعرية موجودة بالسعودية التي تعد مركز السلفية الوهابية، وقال: "السلفيون مجموعة صغيرة، حتى إذا قلنا السعودية فليس كل السعودية سلفيين، فالحجازيون غير النجديين غير المنطقة الشرقية غير منطقة جيزان وهكذا". وأضاف: "فإذا أخذنا بالأغلبية، فإن أغلبية الأمة أشعرية.. هذه كلها اجتهادات في فروع العقيدة، والكل متفق على شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمد رسول الله وعلى النبوة في الإيمان بالله وكتبه ورسله وفي اليوم الآخر". وشدد على أن "هذه الاختلافات لا ينبغي أن نكفر بها أحدا

Terjemahan: Di ketika menjawab soalan lain daripada salah seorang yang turut serta (bertanya):

“Segolongan orang telah mengkritik ‘aqidah al-Azhar asy-Syarif. Maka, apa jawapan tuan yang dihormati, terhadap perkataan (tohmahan) tersebut?” Maka Syaikh al-Qaradhawi menjawab dalam bentuk persoalan yang penuh takjub:

“Aqidah al-Azhar asy-Syarif?!”

(Beliau berkata) “Saya lihat orang yang berkata seperti itu adalah orang yang mengkritik (‘aqidah) al-Asya’irah”. Seterusnya beliau berkata: “Bukanlah al-Azhar satu-satunya yang (beraqidah) Asy’ari. Ummah Islamiyyah adalah Asya’irah (majoritinya). Al-Azhar (beraqidah) Asy’ari. Az-Zaituniyyah (beraqidah) Asy’ari. Ad-Deoubandi (di India) beraqidah Asy’ari. Nadwah Al-Ulama’ beraqidah Asy’ari dan sekolah-sekolah di Pakistan juga (beraqidah) Asy’ariyyah. Seluruh Dunia Islam adalah Asy’ari (beraqidah Asy’ari)”.

(Syaikh Dr. Al-Qaradhawi turut menjelaskan) wujudnya golongan Al-Asya’irah di Saudi yang dikenali sebagai markaz Salafiyyah Wahhabiyyah. Beliau berkata:

Salafiyyun (Wahhabiyyah) hanya minoriti sahaja (di dunia). Walaupun kita katakan negara Saudi (sebagai Salafi wahhabi), namun bukan seluruh Saudi itu Salafi (Wahhabi). Golongan ahli Hijaz (yang kebanyakkan ulama’ mereka masih al-Asya’irah tetapi tidak menonjol) bukan seperti ahli Nejad. (Ahli Nejad juga) bukan Ahli Syarqiyyah (ahli timur Saudi). (Ahli Syarqiyyah juga) bukan seperti Ahli di daerah Jizan. Begitulah seterusnya…”

Beliau menambah: “Sekiranya mahu dikira majoriti umat Islam, maka majoriti ummah adalah al-Asya’irah. Itu hanyalah perselisihan dalam masalah furu’ Aqidah. Kesemuanya bersepakat terhadap iman kepada Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Semuanya bersepakat terhadap kenabian (Rasulullah s.a.w.) dan pada keimanan terhadap Allah, kitab-kitab, para rasul-Nya dan beriman kepada Hari Akhirat”.

Lalu beliau mengingatkan secara tegas: “Khilaf ini (manhaj Al-Asya’irah) tidak boleh menjadi sebab kita mengkafirkan sesiapa!”

Rujukan:

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6914&version=1&template_id=116&parent_id=114

القرضاوي: لا فتوى لشلتوت بالتعبد على الجعفري
موقع القرضاوي/9-4-2009
الخميس 09 ابريل 2009
عقيدة الأزهر

Jawaban Syaikh Ibnu Utsaimin secara umum di dalam kitabnya, al-Qowa’idul Mutsla, di bahagian tajuk "Bantahan Terhadap al-Asya'irah":

قلنا: أننا لا نسلم أن تكون نسبة الأشاعرة بهذا القدر بالنسبة لسائر فرق المسلمين، فإن هذه دعوى تحتاج إلى إثبات عن طريق الإحصاء الدقيق. ثم لو سلمنا أنهم بهذا القدر أو أكثر فإنه لا يقتضي عصمتهم من الخطأ، لأن العصمة في إجماع المسلمين لا في الأكثر. ثم نقول: إن إجماع المسلمين قديما ثابت على خلاف ما كان عليه أهل التأويل، فإن السلف الصالح من صدر هذه الأمة، وهم الصحابة الذين هم خير القرون والتابعون لهم بإحسان وأئمة الهدى من بعدهم، كانوا مجمعين على إثبات ما أثبته الله لنفسه، أو أثبته له رسوله صلى الله عليه وسلم من الأسماء والصفات، وإجراء النصوص على ظاهرها اللائق بالله تعالى، من غير تحريف، ولا تعطيل، ولا تكييف، ولا تمثيل. وهم خير القرون بنص الرسول صلى الله عليه وسلم، وإجماعهم حجة ملزمة، لأنه مقتضى الكتاب والسنة، وقد سبق نقل الإجماع عنهم في القاعدة الرابعة من قواعد نصوص الصفات

Terjemahan: Kita tidak boleh menerima sekiranya dikatakan pengikut Asy’ariyah adalah sebesar itu. Pengakuan seperti itu memerlukan bukti dengan kajian yang teliti. Sekiranya benar jumlah mereka sebesar itu, atau mungkin malah lebih, perkara tersebut tidak menunjukkan bahawa mereka berada dalam kebenaran. Kerana kebenaran terdapat di dalam ijma’ kaum muslimin, bukan bergantung kepada banyaknya jumlah umat Islam. Apatah lagi bahawa kaum muslimin generasi awal (terdahulu) telah ijma’ (bersepakat) menyelisihi fahaman ahli ta’wil. Para salafush-Sholeh dari generasi pertama umat ini, iaitu para sahabat (yang merupakan generasi terbaik), para Tabi’in dan para imam mujtahij telah ijma’ menetapkan semua nama-nama dan sifat-sifat Allah yang telah Dia tetapkan sendiri atau ditetapkan oleh Rasulullah. Mereka juga telah ijma’ memahami nash-nash tentang sifat Allah menurut zhohirnya bersesuaian dengan keagungan-Nya tanpa melakukan tahrif, ta’thil, takyif, dan tamtsil.

Para sahabat, tabi’in, dan para imam mujtahid adalah orang-orang yang dipuji oleh Rasulullah sebagai generasi terbaik. Ijma’ mereka adalah hujjah yang wajib diikuti, kerana bersesuaian dengan tuntutan al-Qur’an dan as-Sunnah. Tentang ijma’ mereka ini telah dibicarakan pada kaedah keempat di dalam memahami nash tentang sifat Allah. (Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin, al-Qowa’idul Mutsla fii Shifatullah wa Asma’ihu al-Husna, m/s. 75. Maktabah Syamilah)