__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Thursday, October 28, 2010

124 - Nasihat Para Ulama Supaya Berhati-hati Dengan Tafsir fii Dzilalil Qur’an Karya Sayyid Quthub

Nasihat Para Ulama Supaya Berhati-hati Dengan Tafsir fii Dzilalil Qur’an Karya Sayyid Quthub

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Penjelasan daripada Syaikh ‘Abdullah B. Muhammad ad-Duwaisy rahimahullah pada mukaddimah bukunya yang membahaskan kesalahan-kesalahan dalam Kitab fii Dzilalil Qur’an, katanya:

فقد كثر السؤال على كتاب ظلال القران لمؤلفه سيد قطب ولم اكن قد قرأته فعزمت على قراءته فقراته من أوله إلى آخره فوجدت فيه أخطاء في مواضع خصوصا ما يتعلق بعقيدة أهل السنة والجماعة وعلم السلوك فأحببت التنبيه على ذلك لئلا يغتر به من لا يعرفه

Banyak pertanyaan berkaitan kitab Fii Dzilalil Qur’an yang ditulis oleh Sayyid Qutub. Sedangkan aku belum membacanya, maka aku pun berniat untuk membacanya dari awal hingga akhir. Setelah aku baca, ternyata terdapat banyak kesalahan di beberapa tempat, khususnya perkara-perkara yang menyentuh isu-isu aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dan akhlak. Untuk itu, aku pun berusaha untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang tidak mengetahuinya supaya tidak terpedaya dengannya. (Rujuk: Mukaddimah kitab beliau, al-Mauridzh Zhallal Fittanbihi ‘ala Akhtha’izh Zhilal, m/s. 5 – Maktabah Darul ‘Ulyan)

Nasihat daripada Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafizahullah kepada para pemuda berkaitan membaca Kitab Fii Dzilalil Qur’an:

سئل الشيخ العلامة صالح الفوزان عن قراءة كتاب "ظلال القرآن" ؟

فقال: (وقراءة الظلال فيها نظر لأن الظلال يشتمل على أشياء فيها نظر كثير، وكوننا نربط الشباب بالظلال ويأخذون ما فيه من أفكار هي محل نظر. هذا قد يكون له مردود سيئ على فكار الشباب. فيه تفسير ابن كثير، وفيه تفاسير علماء السلف الكثيرة وفيها غنى عن مثل هذا التفسير

وهو في الحقيقة ليس تفسيراً، وإنما كتاب يبحث بالمعنى الإجمالي للسور، أو في القرآن بوجه عام. فهو ليس تفسيراً بالمعنى الذي يعرفه العلماء من قديم الزمان ؛ أنه شرح معاني القرآن بالآثار، وبيان ما فيها من أسرار لغوية وبلاغية، وما فيها من أحكام شرعية. وقبل ذلك كله بيان مراد الله - سبحانه وتعالى - من الآيات والسور

أما "ظلال القرآن" فهو تفسير مجمل نستطيع أن نسميه تفسيراً موضوعياً فهو من التفسير الموضوعي المعروف في هذا العصر، لكنه لا يُعتَمد عليه لما فيه من الصوفيات، وما فيه من التعابير التي لا تليق بالقرآن مثل وصف القرآن بالموسيقى والإيقاعات، وأيضاً هو لا يعنى بتوحيد الألوهية، وإنما يعنى في الغالب بتوحيد الربوبية وإن ذكر شيئاً من الألوهية فإنما يركز على توحيد الحاكمية، والحاكمية لاشك أنها نوع من الألوهية لكن ليست ] وحدها ] هي الألوهية المطلوبة، ] وهو يوؤل الصفات على طريقة أهل الضلال ]

والكتاب لا يجعل في صف ابن كثير وغيره من كتب التفسير

هذا الذي أراه ولو اختير من كتب السلف، ومن الكتب المعنية بالعقيدة والمعنية بتفسير القرآن والمعنية بالأحكام الشرعية لكان هذا أنسب للشباب

المرجع (في شريط مجموع ما قاله ابن باز حول نصيحته العامة - لقاء مع فضيلته - مكة المكرمة - 9/8/1412 ثم صححه الشيخ)

Syaikh al-‘Allamah Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan telah ditanya berkenaan membaca kitab Fii Dzilalil Qur’an.

Beliau berkata: Persoalan membaca buku adz-Dzilal masih diperdebatkan kerana azh-Zhilal mengandungi banyak perkara yang masih perlu diperdebatkan, dan bahawasanya jika kita menjadikan para pemuda bergantung dengan kitab tersebut (sebagai rujukan) dan supaya mereka mengambil pemikiran yang padanya terdapat perkara yang perlu diperdebatkan, kebarangkalian dalam hal ini adalah akan memberi kesan/akibat yang buruk kepada pemikiran para pemuda. Di sana ada tafsir Ibnu Katsir dan tafsir-tafsir ulama salaf lainnya yang banyak sekali jumlahnya yang sudah lebih dari cukup daripada tafsir seperti (Fii Dzilalil Qur’an) ini.

Pada hakikatnya kitab tersebut bukanlah kitab tafsir namun hanyalah sebuah buku yang membahaskan persoalan secara umum dari setiap surah atau al-Qur’an. Maka buku itu bukanlah tafsir dengan makna yang difahami oleh para ulama terdahulu dari masa yang lalu iaitu bahawasanya tafsir adalah penjelasan akan makna al-Qur’an dengan riwayat-riwayat (atsar) yang ada, dan penjelasan tentang segala apa yang tersembunyi di sebaliknya sama ada dari segi bahasanya mahupun keindahannya, dan segala yang terkandung di dalamnya dari hukum-hukum syara’. Dan sebelum itu semua, penjelasan yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dari ayat-ayat dan surah-surah yang ada.

Sedangkan buku Fii Dzilalil Qur’an adalah sebuah buku yang membentangkan tafsiran secara umum yang mungkin dapat kita namakannya dengan buku tafsir yang bersifat tematik iaitu di antara tafsiran yang bersifat tematik yang kita kenal di zaman sekarang ini, akan tetapi tafsir tersebut tidak dapat dijadikan sandaran (rujukan) kerana bercampur dengan pelbagai perkara bersifat kesufian dan rangkaian-rangkaian kata yang tidak sewajarnya berada dalam kitabullah, seperti mensifatkan al-Qur’an dengan muzik dan nada-nada (note muzik) dan juga penulisnya tidak prihatin terhadap tauhid uluhiyah, dan beliau memberi perhatian kepada tauhid rububiyah, dan apabila beliau sebutkan berkenaan tauhid uluhiyah maka ia memusatkannya (mengarahkannya) pula kepada tauhid hakimiyah (perundangan), dan al-hakimiyah tidak dinafikan merupakan sebahagian dari tauhid uluhiyah, akan tetapi ia bukanlah satu-satunya tauhid uluhiyah yang diinginkan (dan ia mentakwilkan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan kaedah orang-orang yang sesat).

Buku ini tidak boleh dijadikan setaraf (seiring) dengan Tafsir Ibnu Katsir dan kitab-kitab tafsir lainnya.

Inilah pendapat saya, dan jika mengambil dari kitab-kitab salaf (kitab terdahulu), dan kitab-kitab yang berbicara tentang aqidah, tafsir al-Qur’an dan hukum-hukum syara’, maka pastilah lebih sesuai (tepat) bagi para pemuda tersebut.” (Rujukan: Kaset “Majmu’ ma Qalahu Ibnu Baz Haula Nashihatihi al-Ammah”, pertemuan dengan yang mulia Syaikh, Makkah al-Mukarramah, 9/8/1412H, yang kemudiannya diteliti (disahihkan) kembali oleh Syaikh). (Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 48-49, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Pesanan Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz rahimahullah:

Beliau ditanya:

قال سيد قطب - عفا الله عنه - في "ظلال القرآن" في قوله تعالى: }الرحمن على العرش استوى { : (أما الاستواء على العرش فنملك أن نقول: إنه كناية عن الهيمنة على هذا الخلق) "الظلال" (4/2328)، (6/3408) ط 12، 1406، دار العلم.

Sayyid Quthub (semoga Allah mengampuninya) berkata dalam Tafsirnya, “fii Dzilalil Qur’an” tentang firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

“Iaitu Tuhan yang Maha Pemurah, yang bersemayam (Istiwa) di atas arsy-Nya.”

Adapun al-Istiwa di atas Arsy maka kami dapat katakan, “Bahawasanya perkara ini adalah sebuah kiasan tentang pemeliharaan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap segala makhluk-Nya.”

Jawab beliau:

قال سماحة الشيخ عبد العزيز بن باز - رحمه الله -: (هذا كله كلام فاسدٌ، هذا معناه الهيمنة، ما أثبت الاستواء: معناه إنكار الاستواء المعروف، وهو العلو على العرش، وهذا باطلٌ يدل على أنه مسكين ضايع في التفسير). - ولما قال لسماحته أحد الحاضرين بأن البعض يوصي بقراءة هذا الكتاب دائماً، قال سماحة الشيخ ابن باز: (الذي يقوله غلط - لا.. غلط - الذي يقوله غلط سوف نكتب عليه إن شاء الله).
المرجع: (درس لسماحته في منزله بالرياض سنة 1413 - تسجيلات منهاج السنة بالرياض).

Berkata Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz rahimahullah:

“Ini semua merupakan perkataan yang batil (merujuk penisbahan istiwa kepada: “pemeliharaan”). Beliau tidak menetapkan adanya al-istiwa, lalu membawa erti di sini ia mengingkari al-Istiwa yang telah diketahui sebagai ketinggian di atas ‘Arsy, dan itu adalah suatu kebatilan yang menunjukkan bahawasanya ia seorang yang miskin dan kosong dalam ilmu tafsir.”

Di ketika itu ada seorang hadirin tampil kepada Syaikh B. Bazz mengatakan bahawasanya ada sebahagian pihak yang sangat menganjurkan kita untuk sentiasa membaca buku tafsir tersebut (fii Dzilalil Qur’an), Syaikh pun menjawab:

“Apa yang dikatakan oleh orang (pihak) tersebut adalah salah (tidak benar), itu adalah salah, yang ia katakan itu adalah salah dan kami akan menulis tentang perkara tersebut, insyaAllah...”

Rujukan: Pengajian bersama Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. Bazz di rumahnya, Riyadh, tahun 1413H, rakaman Minhajus Sunnah, Riyadh. ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 28, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Pesanan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah:

Beliau ditanya:

ما هو قول سماحتكم في رجل ينصحُ الشباب السُّنِّيّ بقراءة كتب سيد قطب، ويخص منها: "في ظلال القرآن" و "معالم على الطريق" و "لماذا أعدموني" دون أن ينبه على الأخطاء والضلالات الموجودة في هذه الكتب ؟

Apa pendapat syaikh tentang seseorang yang mencadangkan supaya para penuntut ilmu (pemuda) sunni agar menela’ah buku-buku Sayyid Quthub, dan lebih ditekankan lagi seperti buku fii Dzilalil Qur’an, Ma’alim fi ath-Thariq, dan Limadza A’damuni, tanpa menjelaskan kesalahan dan penyimpangan-penyimpangan yang terdapat dalam buku tersebut?

فقال الشيخ ابن عثيمين - حفظه الله -: ( أنا] قولي ] - بارك الله فيك - أن من كان ناصحاً لله ورسوله ولإخوانه المسلمين أن يحث الناس على قراءة كتب الأقدمين في التفسير وغير التفسير فهي أبرك وأنفع وأحسن من كتب المتأخرين، أما تفسير سيد قطب - رحمه الله - ففيه طوام - لكن نرجو الله أن يعفو عنه - فيه طوام: كتفسيره للاستواء، وتفسيره سورة "قل هو الله أحد"، وكذلك وصفه لبعض الرسل بما لا ينبغي أن يصفه به).
المرجع (من شريط أقوال العلماء في إبطال قواعد ومقالات عدنان عرعور، ثم وَقَّعَ عليها الشيخ محمد بتاريخ 24/2/1421)

Saya katakan: Semoga Allah memberkati kamu, bahawasanya sesiapa yang memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya serta kerana saudara-saudara umat Islam, hendaklah menyarankan mereka supaya membaca buku-buku generasi terdahulu dalam bidang tafsir atau bidang-bidang lainnya. Kerana perkara tersebut lebih bermanfaat dan lebih berkah serta lebih baik tentunya berbanding buku-buku zaman ini. Adapun tafsir Sayyid Quthub padanya memiliki kekeliruan (kesalahan) dan hendaklah kita memohon kepada Allah supaya mengampuninya, seperti tafsirnya pada ayat al-Istiwa dan begitu juga tafsirannya terhadap surah al-Ikhlas, juga tindakannya dalam memberi gelaran/sifat kepada beberapa orang Rasul yang tidak sepatutnya beliau lakukan ke atas mereka.

Rujukan: Dari rakaman kaset Aqwal al-Ulama fii Ibthal Qowa’id wa Maqalat Adnan ‘Ar’ur, dengan tandatangan Syaikh Muhammad bertarikh 24/02/1421H. Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 43-44, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Pesanan Syaikh ‘Abdil Muhsin al-‘Abbad al-Badr hafizahullah:

Syaikh ‘Abdil Muhsin al-‘Abbad al-Badr ditanya tentang Kitab fii Dzilalil Qur’an karya Sayyid Quthub.

Maka, beliau pun menjawab:

كتاب "ظلال القرآن" أو "في ظلال القرآن" للشيخ سيد قطب - رحمه الله - هو من التفاسير الحديثة التي هي مبنية على الرأي، وليست على النقل، وليست على الأثر. ومن المعلوم أن أصحاب الرأي والذين يتكلمون بآرائهم ويتحدثون بأساليبهم يحصل فيهم الخطأ والصواب، ويصيبون ويخطئون، والإنسان الذي غير فاهم وغير متمكن من الأصلح له أن لا يرجع إليه وإنما يرجع إلى كتب العلماء المعتبرين مثل: تفسير ابن كثير وتفسير ابن جرير، ومثل تفسير الشيخ عبدالرحمن السعدي في المتأخرين فإن هذه تفسيرات العلماء. وأما الشيخ سيد قطب - رحمه الله - فهو من الكتاب من الأدباء يعني يكتب بأسلوبه وبألفاظه ويتحدث. ليس كلامه مبنياً على ] الأثر ] ولهذا إذا قرأه الإنسان ] لم يجده ] يقول: قال فلان وقال فلان وقال رسول الله كذا وكذا…الخ يعني من جمع الآثار والعناية بالآثار ؛ لأنه ما كان مبنيا على الأثر وإنما كان مبنياً على العقل والكلام بالرأي، ولهذا يأتي منه كلام ليس بصحيح وكلام غير صواب. ولهذا الاشتغال… العمر قصير وليس متسع لكون الإنسان يقرأ كل شيء ومادام أن الأمر كذلك فالقراءة فيما ينفع والفائدة فيه محققه وكلام أهل العلم.. أهل العلم الذين هم علماء ما هم كتّاب: الكتاب غير العلماء، الكاتب غير العالم. الكاتب هو الأديب الذي عنده يعني قدرة على الكتابة والإنشاء فيتحدث فيأتي بالكلمات منها ما يصيب ومنها ما يخطيء وأحيانا يعبر ويخطيء في التعبير ويأتي بعبارة هي ليست جيدة وليست مناسبة جاءت لكونه استرسل بكلامه وعبر بعباراته ولهذا يأتي في كلام سيد قطب - رحمه الله - كلمات غير لائقة يأتي في كلام سيد قطب في مؤلفاته في التفسير وفي غيره كلمات غير لائقة وغير مناسبة ولا يليق بالمسلم أن يتفوه بها، وأن يتكلم بها. وأما القول بأنه ما شرح التوحيد مثل سيد قطب فهذا كلام غير صواب أبداً ؛ التوحيد لا يؤخذ من كلام سيد قطب وإنما يؤخذ من كلام العلماء المحققين مثل: البخاري وغير البخاري من الذين أتوا بالأسانيد والأحاديث عن رسول الله وبينوا التوحيد وعرفوا التوحيد وعرفوا حقيقة التوحيد، وكذلك العلماء الذين علمهم في التوحيد ليس على الإنشاء وعلى الأساليب الإنشائية وعلى الكتابات الأدبية، وإنما بنوه على كلام العلماء وعلى الآثار وعلى كلام الله وكلام رسوله صلوات الله وسلامه وبركاته عليه. هذا هو الحقيقة الذين هم كتبوا في التوحيد واشتغلوا في التوحيد ).
المرجع (سؤال له بعد درس سنن النسائي في المسجد النبوي بتاريخ 7/11/1414).

Kitab Zhilalul Qur’an atau fii Zhilalil Qur’an karya Sayyid Quthub rahimahullah termasuk buku tafsir kontemporeri yang disusun di atas ro’yi (akal pemikiran) bukan disusun berpandukan perinsip naql (dalil/wahyu) dan atsar (kefahaman para sahabat). Telah maklum bahawa shohibur ra’yi (para pemikir atau golongan rasionalis) dan orang-orang yang berbicara dengan ra’yi (akal) mereka dan uslub (cara/metod) mereka berkemungkinan salah atau benar, boleh jadi betul dan boleh jadi keliru (salah). Adapun seseorang yang tidak memiliki kefahaman (yang baik) dan tidak pula memiliki kemampuan di dalam menyemak sesuatu sama ada benar atau salah dalam menentukan yang lebih benar darinya, maka janganlah ia merujuk kepadanya dan cukuplah ia merujuk kepada kitab-kitab (tafsir) para ulama muktabar (yang diektahui kebenarannya dari generasi awal Islam), seperti Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Jarir ath-Thobari dan Tafsir Syaikh ‘Abdurrahman as-Sa’di di zaman ini, kerana tafsir-tafsir ini adalah tafsir para ulama (bukan tafsir para pemikir).

Adapun Syaikh Sayyid Quthub rahimahullah, maka beliau termasuk penulis dari kalangan sasterawan, maksudnya beliau menulis dengan metod dan lafaz sastera serta berkata-kata dengannya. Ucapan beliau tidak dibina di atas atsar (kefahaman para sahabat salafush sholeh), oleh sebab itu apabila seseorang yang membaca tulisan beliau, dia tidak akan menemui Sayyid Quthub mengatakan: “Fulan berkata, Fulan mengatakan, Rasulullah bersabda demikian dan demikian…” dan seterusnya, iaitu tidak menemui kumpulan atsar dan perhatian dengan atsar, disebabkan itulah beliau tidak membina (hujjahnya) dengan atsar, tetapi sebaliknya dibina di atas prinsip akal dan mengeluarkan fatwa dengan fikirannya, oleh sebab itulah ia banyak mengemukakan pendapat yang tidak benar dan tidak tepat.

Untuk inilah ia menyibukkan diri… padahal umur itu pendek dan seseorang manusia tidak akan mampu membaca segala sesuatu semuanya dan perkara ini akan tetap demikian, maka di dalam membaca (hendaklah membaca) sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah di dalamnya yang lebih jelas dan (membaca) ucapan para ahli ilmu… ahli ilmu adalah mereka dari kalangan para ulama, bukannya dari kalangan para penulis - para penulis itu bukan ulama dan seseorang penulis itu bukanlah seorang yang alim. Seorang penulis itu adalah seorang sasterawan, yang dia memiliki kemampuan di dalam menulis dan mengarang serta berkata-kata dengannya, sehingga datang dari perkataan-perkataannya sesuatu yang benar dan sesuatu yang salah, dan terkadang ia mengungkapkan sesuatu dan salah di dalam ungkapannya dan menggunakan ungkapan yang tidak baik dan tidak layak yang disebabkan oleh cara huraian ucapan dan pengungkapan perumpamaannya. Oleh kerana itulah terdapat dalam ucapan Sayyid Quthub rahimahullah ucapan-ucapan yang tidak sewajarnya diucapkan, juga terdapat di dalam karya-karya tulis beliau dan selainnya - ucapan-ucapan yang tidak sepatutnya, tidak layak dan tidak sewajarnyanya bagi seseorang muslim melakukan dan mengatakannya.

Adapun pendapat yang menyatakan bahawa tidak ada (seorangpun) yang menjelaskan tauhid sebagaimana Sayyid Quthub, maka ini adalah pernyataan yang tidak benar sama sekali. Tauhid tidak diambil dari pendapat Sayyiq Quthub, namun diambil daripada perkataan para ulama muhaqqiqin (peneliti) seperti al-Bukhari dan selain beliau yang menggunakan sanad dan hadis-hadis daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam, yang menjelaskan tauhid, mengetahui tauhid dan hakikat tauhid. Demikianlah para ulama, pengetahuan mereka tentang tauhid tidaklah (dibentuk/dibina) di atas karangan dan metod tulis-tulisan ataupun sastera, namun mereka mengambil dan memahaminya daripada ucapan para ulama, berpandukan atas atsar (kefahaman para sahabat), Kalamullah dan ucapan Rasulullah (semoga selawat, salam dan berkah sentiasa tercurahkan kepada beliau). Inilah realiti ulama sebenarnya, yang menulis dan menyibukkan diri dengan tauhid.”

Rujukan: Pertanyaan yang diajukan kepada beliau selepas pengajian Sunan an-Nasa`i di Masjid Nabawi bertarikh 7/11/1414). Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 58-59, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Pesanan Syaikh Sholeh B. Muhammad al-Luhaidan:

سئل فضيلة الشيخ العلامة صالح بن محمد اللحيدان: هل يوجد في مجلد "ظلال القرآن" لسيد قطب شكٌ أو ريب بالنسبة للعقيدة، وهل تنصح باقتنائه أم لا ؟

Fadhilatusy Syaikh Shalih bin Muhammad al-Luhaidan ditanya: “Adakah ada di dalam Zhilalil Qur’an karya Sayyid Quthub sesuatu yang meragukan atau membimbangkan di dalam perkara yang berkaitan dengan aqidah, dan apakah saranan anda sama ada boleh atau tidak menela’ah buku ini?

فأجاب الشيخ: ( بل هو مليء بما يخالف العقيدة، فالرجـل - رحمه الله نسأل الله أن يرحم جميع أموات المسلمين - ليس من أهل العلم. هو من أهل الدراسات المدنية وأهل الأدب. وله كتبه السابقة قبل أن ينخرط في سلك الإخوان المسلمين، وكان من الأدباء، له كتاب: "حصاد أدبي"، و"الأطياف الأربعة"، وغيره.. و"طفل من القرية"، وأشياء كثيرة من هذا النوع. ثم شاء الله - جل وعلا - أن يتحول عما كان عليه. وكان في وقت نشط الناس في الكلام وإن قل العمل، وكان للكلام أثره فكان ما كان وكتب هذا الكتاب الذي اسمه "في ظلال القرآن". وإن شاء الله له حسنات، ولكن له أخطأ في العقيدة، وفي حق الصحابة ؛ أخطاء خطيرة كبيرة. وقد أفضى إلى ما قدم فنسأل الله أن يعفو عنا وعنه. وأما كتبه فإنها لا تُعِّلمُ العقيدة ولا تقرر الأحكام، ولا يعتمد عليها في مثل ذلك، ولا ينبغي للشادي والناشئ في طريق العلم أن يتخذها من كتب العلم التي يعتمد عليها، فللعلم كتبه، وللعلم رجاله. أنصح أن يعتني طالب العلم بالقراءة للمتقدمين: الأئمة الأربعة، وللتابعين، وأهل الحق، وعلماء الإسلام المعروفين بسلامة المعتقد وغزارة العلم والتحقيق وبيان مقاصد الشريعة. وهم - ولله الحمد - كثيرون، وكتبهم محفوظة - بحمد الله - والمرجع في ذلك كله - عرض أقوال الناس - إنما يكون على كتاب الله وعلى سنة نبيه - ـ وعلى أقوال السلف (الصحابة) فهم أدرى وأعرف بمفاهيم كلام الله وكلام نبيه، وذلك كله - ولله الحمد - مدون في كتب العلماء من الصحاح والسنن، وكتب الآثار ؛ كالمصنفات ونحوها. فلا عذر لطالب العلم بالتقصير، ولا يصح أن يجعل كتب المتأخرين حاكمة على كتب المتقدمين. نعم. قال السائل: طالب علم يجالس أهل السنة وأهل البدع، ويقول: كفى الأمة تفريقاً وأنا أجالس الجميع. قال الشيخ: ( هذا مبتدع، من لم يفرق بين الحق والباطل ويدعي أن هذا لجمع الكلمة فهذا هو الابتداع، نسأل الله أن يهديه. نعم ). المرجع (من شريط درس بعد صلاة الفجر في المسجد النبوي يتاريخ23/10/1418)

Syaikh menjawab: Bahkan buku ini dipenuhi dengan perkara-perkara yang menyelisihi aqidah. Orang ini (Sayyid Quthub) semoga Alloh merahmatinya dan kami memohon kepada Allah supaya merahmati semua kaum muslimin yang telah meninggal dunia, dan beliau bukanlah ulama. Beliau adalah seorang ahli dalam bidang peradaban dan ahli sastera. Beliau memiliki buku-buku yang terdahulu sebelum terjun dan menyertai ikhwanul muslimin. Beliau sebelumnya adalah seorang ahli sastera, beliau memiliki buku Hishod Adabi, al-Athyaf al-Arba’ah dan selainnya, juga Thiflu minal Qoryah dan banyak lagi buku-buku seumpamanya. Kemudian dengan kehendak Allah Jalla wa ‘Ala beliau berubah haluan dari sikap yang sebelumnya.

Dan ketika di waktu manusia sedang giat dalam berbicara walaupun sedikit beramal, ketika itu ucapan-ucapan tersebut memberikan kesan/pengaruh padanya dan kemudian berlakulah apa yang terjadi lalu beliau menulis buku ini yang berjudul fii Zhilalil Qur’an. InsyaAllah buku ini memiliki beberapa kebaikan akan tetapi buku ini memiliki kesalahan-kesalahan dalam perkara aqidah dan terhadap hak para sahabat, kesalahan yang begitu bahaya. Dan sampailah ia pada apa yang dikemukakan dan kami memohon kepada Allah supaya mengampuni diri kami dan beliau.

Dan adapun buku-buku beliau, maka buku-buku tersebut tidak mengajarkan aqidah dan tidak pula menetapkan hukum-hukum, dan tidak boleh dijadikan sandaran dalam masalah tersebut. Tidaklah sepatutnya bagi para penuntut ilmu yang memiliki semangat dan minat dalam agama menjadikannya sebagai buku-buku ilmu dan sandaran rujukan, kerana ilmu itu memiliki buku-buku yang tersendiri dan memiliki tokoh-tokoh yang tersendiri (yang ahli). Aku menasihati para penuntut ilmu supaya membaca buku-buku ulama terdahulu seperti buku-buku imam yang empat, para tabi’in, ahli kebenaran dan ulama Islam yang telah makruf (diketahui) akan kesejahteraan aqidahnya dan kedalaman ilmunya di dalam tahqiq (penelitian) dan penjelasan maksud-maksud syariat (agama). Dan para ulama seperti ini - walillahil hamd - sangatlah ramai dan buku-buku mereka terpelihara - bihamdillah - dan sebagai rujukan di dalam masalah ini seluruhnya - berhadapan dengan ucapan manusia - hanyalah dari Kitabullah dan Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam serta ucapan salaf (para sahabat) yang mana mereka adalah kaum yang lebih mengetahui dan mengenali pemahaman terhadap Kalamullah dan ucapan nabi-Nya. Dan semuanya ini - walillahil hamd - terhimpun dalam buku-buku para ulama seperti kitab Shohih, Sunan dan buku-buku atsar seperti al-Mushonnaf dan yang lain yang seumpamanya. Oleh kerana itu tidak ada udzur bagi penuntut ilmu untuk meremehkan (perkara ini) dan tidaklah benar menjadikan buku-buku masa kini sebagai hakim pemutus terhadap buku-buku ulama terdahulu.

Seorang bertanya: Seorang penuntut ilmu bermajlis dengan ahlis sunnah dan ahli bid’ah, dan beliau berkata: Cukuplah umat ini telah berpecah belah dan aku bermajlis dengan semuanya.

Syaikh menjawab: Orang ini adalah mubtadi’ (pelaku bid’ah). Sesiapa yang tidak membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, dan mendakwa bahawasanya perkara ini semua (yang ia lakukan) untuk menyatukan kalimat, maka inilah bentuk perbuatan bid’ah yang diada-adakan tersebut. Semoga Allah memberikannya petunjuk.

Sumber: Rakaman Pengajian selepas solat Subuh di Masjid Nabawi bertarikh 23/10/1418H. Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 52-53, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Pesanan Syaikh Sholeh B. ‘Abdul ‘Aziz Alu asy-Syaikh:

سئل فضيلة الشيخ صالح بن عبد العزيز آل الشيخ: هل مما ينهى عنه قراءته من التفاسير تفسير سيد قطب - رحمه الله - "في ظلال القرآن" ؟

Fadhilatusy Syaikh Shalih bin ‘Abdil ‘Aziz Alu Syaikh ditanya dengan pertanyaan berikut: “Adakah di antara buku-buku tafsir yang dilarang untuk dibaca adalah buku Tafsir karya Sayyid Quthub rahimahullahu iaitu fii Zhilalil Qur’an?

فأجاب فضيلته: ( أما تفسير "في ظلال القرآن" لسيد قطب فهو من التفاسير التي اشتملت على مواضع كثيرة فيها بيان لبعض الآيات ؛ بيان حسنٌ. يعني فيها أسلوب أدبي فيه شيء من التنميق مما يفهم المرء دلالة الآيات عموماً وصلتها بالواقع، هذا مما يدركه القارئ له من أول ما يقرأ. ولهذا اعتنى به كثيرون في هذا العصر من هذه الجهة، حيث إنه في بعض الآيات يعبر عن التفسير بتعبيرات صحيحة وبعبارات أدبية مناسبة. وأيضاً اشتمل كتابه على كثير من البدع والضلالات، فكتاب سيد قطب "في ظلال القرآن" ما فيه من التحريفات أكثر مما في كتاب الصابوني. ومن أمثلة ذلك: أنه يؤول الاستواء. ومن أمثلته أنه يشعر في سورة الإخلاص بأن عنده ميل إلى بعض مذاهب المتصوفة من القائلين بوحدة الوجود أو نحو ذلك. يفهم منه ما نقول إنها ظاهرٌ بَيّن، لكن يفهم منه. ومن ضمن ذلك أنه يقول: إن بحث زيادة الإيمان ونقصانه أنه من البحوث الكلامية التي لا ندخل فيها،قالها في سورة الأنفال عند قوله تعالى:}وإذا تليت عليهم آياته زادتهم إيماناً{ في الحاشية. ومن أمثلة ذلك أنه يفسر الرب بالإله، والإله بالرب، يعني: توحيد الربوبية عنده هو توحيد الألوهية، وتوحيد الألوهية هو توحيد الربوبية، عنده عكس في فهمها، فالرب عنده هو المستحق للعبادة، والإله عنده هو الخالق الرازق ، وهذا لا شك أنه يتبعه أشياء من مسائل الاعتقاد ينحرف بها من يلتزمها عن جادة أقوال السلف. من ضمن ذلك أنه في مسائل طاعة المشركين لا يَفْهم تفصيل أهل العلم فيها، فيُفهم من ظاهر كلامه ما يكون موافقاً فيه لبعض الغلاة في مسائل الطاعة: طاعة المشركين، أو طاعة الأحبار والرهبان. ومن أمثلة ذلك ما ذكره في سورة الأنعام عند قوله تعالى: }وإن أطعتموهم إنكم لمشركون{ فذكر فيها أشياء منها مما أدخله فيها - كما أذكر - مسألة لبس المرأة الأزياء والموديلات التي يصدرها أو تصدرها شركات الأزياء في باريس- على حد تعبيره -، فيقول: أولئك الذين يُشرِّعون للنساء عامة ألبسة تلبس في الصباح كذا، وفي المساء كذا، وفي السهرة كذا، وفي العمل كذا … إلى آخره. يقول سيد قطب: إن هذه الفئة - يعني: مصمم الأزياء - إنهم آلهة لأنهم أحلوا الحرام فأُطيعوا، وحرموا الحلال فأُطيعوا. فيقول: المرأة المسلمة التي تطيعهم في ذلك قد اتخذتهم آلهة لأنها أطاعتهم في تحليل الحرام وتحريم الحلال. وهذا لا شك أنه كلام باطل ؛ لأن المرأة إذا لبست الملابس المحرمة التي جاءت من عند أولئك المصممين لا يعني أنها اعتقدت أنها حلال. فمسألة التكفير في اعتقاد أن هذا الذي حرمه الله - جل وعلا - حلال. أما إذا أطاعوهم مع عدم اعتقاد أن هذا حلال… ؛ فمثلاً امرأة لبست ملابس أبرزت صدرها ورجليها عند الرجال الأجانب متابعة للمصممين، هذا إن كانت تعتقد أن هذا الفعل حرام ونحو ذلك، وغُلبت عليه ؛ ضعف إيمانها ليس هذا بكفر ولم تؤله أولئك. فهو في هذه المسألة جعل الطاعة مكفرة، وقد أخذ بقوله بعض الجماعات التي غلت في مسألة الحكم بما أنزل الله؛في مسألة الطاعة؛ طاعة المشرعين، المصممين، المنظمين ...إلى آخره. أيضاً من المسائل التي اشتمل عليها كتاب "في ظلال القرآن" أنه لا يظهر فيه اعتناء بما أثبته أهل السنة، يعني: يشبه أن يكون فكرياً غير مركز على مسألة معينة، يعني: على توجه معين هو أراد منه أن يكون كتاباً دعوياً كما يزعم يناسب الوقت، لكنه اشتمل على أشياء مما ذكرت وغيرها. وأيضاً من الأشياء التي تفرد بها أنه ذكر في سورة يوسف ذكر أن أولئك الذين يسألون عن أحكام الإسلام وهم في مجتمع جاهلي هؤلاء يقدحون في الإسلام، والذين يجيبونهم من العلماء هؤلاء يشاركونهم في القدح. هذا معنى كلامه، لِمَ ؟ قـال: لأن أحكام الإسلام والفقه الإسلامي ما أتى إلا لينزل على واقع مسلم. أما هذه المجتمعات الجاهلية - على حدِّ تعبيره - فإنها لا تقبل أحكام الله حتى يجتهد لها العالم في بيان الأحكام!
وهذا لا شك أنه صورة من صور المخالفة لمنهج الحق في هذا، لأن أحكام الإسلام تُبَيّن في الدار التي فيها مسلمون ولو لم يكن فيها إلا مسلم واحد. إذا سأل عن دينه بُيِّنَ له وتُكلم في بيان الإسلام وبيان أحكامه ولو كان في دار جاهلية. وتعميمه أن بلاد المسلمين دور جاهلية هذا لا شك أن فيه تعدٍ.يعني: جميعاً- على حد تعبيره - . وأيضاً من المسائل التي تفرد بها، أنه قسم الفقه إلى قسمين في سورة يوسف: (القسم الأول): فقه الأوراق. و (القسم الثاني): فقه الواقع، وفقه الحركة أيضاً. يقصد بفقه الأوراق: الفقه الموجود بين أيدينا من فقه علماء الإسلام، ويقصد بفقه الواقع: يعني الواقع الذي تعيشه الحركة وما حول الحركة ونحو ذلك ؛ يعني: ما حول الجماعة العاملة والتنظيم العامل، يقول: إن مهمتنا الآن العناية بفقه الحركة فقه الواقع. أما فقه الأوراق فهذا لم ينشأ إلا في مجتمع المدينة، لأنه لا بد فيه من مجتمع يطبقه، فإذا
لم نوجد هذا المجتمع الذي يطبقه فإننا لا نحتاج إلى العناية به، كما تتوجه - يعني الدراسات ونحو ذلك - يعني العناية الكبيرة به. فالعناية الكبرى تنصب على فقه الواقع لأنه هو الذي تحتاج إليه الأمة ونحو ذلك. له آراء كثيرة مخالفة إذا تأملت هذا الذي ذُكر، فطالب العلم الذي يحرص على العلم النافع إنما يطالع كتب السلف الصالح، يطالع الكتب التي تفيده العلم المنقى الصافي، أما الكتب المشتملة على الباطل، المشتملة على التحريفات، المشتملة على آراء شخصية ليس عليها أدلة ظاهرة من القرآن والسنة لا يوافق علماء أهل السنة والجماعة عليها، فإن قراءة طالب العلم - خاصة المبتدئ - فيها إنها قد تسبب وتوقع في قلبه شبهة، والحريص على دينه
لا يوقع ولا يسعى في أن يوقع نفسه وقلبه في شبهة ). المرجع ( "شرح كتاب مسائل الجاهلية لشيخ الإسلام محمد بن عبد الوهاب"، الشريط السابع، الوجه الثاني ).

Fadhilatusy Syaikh menjawab: “Adapun tafsir Fi Zhilalil Qur`an karya Sayyid Quthub adalah termasuk buku-buku tafsir yang mengandungi begitu banyak pembahagian perbahasan di dalamnya dalam menjelaskan beberapa ayat, yang mana ianya mengandungi penjelasan yang baik. Maksudnya, di dalamnya terdapat gaya perbahasan dari sudut sastera yang dipadu dengan gaya bahasa yang indah sehingga seseorang dapat memahami dilalah (petunjuk/makna) ayat secara umum dan dihubungkan pula dengan realiti semasa. Inilah kesan yang ditangkap oleh pembaca ketika membaca buku ini untuk pertama kali. Oleh kerana itulah, begitu ramai individu zaman ini yang begitu mengambil perhatian terhadap buku ini dengan alasan tersebut, di mana pada sebahagian ayat diungkapkan penafsirannya dengan ungkapan-ungkapan yang sahih dan ungkapan-ungkapan sastera yang bersesuaian.

Namun buku beliau juga mengandung banyak kebid’ahan dan kesesatan. Buku Sayyid Quthub fii Zhilalil Qur’an ini mengandung lebih banyak penyelewengan berbanding dengan buku ash-Shabuni (Tafsir ash-Shobuni). Di antara contohnya adalah, beliau mentakwilkan kata istiwa’. Contoh yang lain dapat ditemui dalam penafsiran surat al-Ikhlas, beliau memiliki kecenderungan kepada sebahagian mazhab sufi yang mengimani wahdatul wujud (kesatuan dalam wujud) atau seumapamanya yang dapat difahami (dari ungkapannya), kami tidak mengatakan perkara ini adalah zahir dan terang, namun (kami katakan) dapat difahami dari ungkapannya tersebut.

Di antara penyelewengan lainnya adalah beliau berkata: “Sesungguhnya perbahasan berkaitan bertambah dan berkurangnya iman itu termasuk dalam perbahasan Kalamiyah (ahli kalam/mantiq/falsafah) yang tidak termasuk dalam perbahasan aqidah. Beliau mengatakannya pada catatan kaki ketika menafsirkan surat al-Anfal ketika firman Allah: “Dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka maka bertambahlah keimanan mereka.” Contoh lainnya adalah beliau menafsirkan kata Rabb dengan Ilah dan Ilah dengan Rabb, maksudnya tauhid ar-Rububiyah menurut beliau sama dengan tauhid al-Uluhiyyah dan tauhid al-Uluhiyyah itu sama dengan tauhid ar-Rububiyah. Ia memahami kedua bentuk tauhid ini secara terbalik, menurut beliau Rabb itu adalah Dzat yang berhak untuk disembah dan Ilah adalah Sang Pencipta Sang pemberi Rezeki. Perkara ini tidak dinafikan lagi mampu menjadi penyebab kepada orang yang mengikuti suatu pendapat darinya tentang permasalahan i’tiqad (keyakinan) jadi menyimpang dari pegangan dan pendapat ulama salaf.

Termasuk penyimpangan beliau adalah dalam masalah ketaatan kepada kaum musyrikin di mana beliau tidak memahami tafshil (perincian) para ulama mengenainya sehingga dapat difahami dari zahir ucapan beliau adanya esamaan dengan sebahagian pendapat kaum ghulat (ekstrimis) di dalam masalah ketaatan tersebut, iaitu ketaatan kepada kaum musyrikin atau ketaatan kepada para pendeta dan rahib-rahib. Seperti misalnya apa yang beliau sebutkan di dalam surat al-An’am ketika menafsirkan firman Allah: “Dan sekiranya kamu mentaati mereka tentulah kamu akan menjadi orang-orang musyrik.” Lalu beliau menyebutkan sesuatu hal yang beliau masukkan ke dalamnya (dalam soal ketaatan) - sebagaimana yang aku ingat - iaitu masalah pakaian wanita yang memiliki rekaan dan model-model yang dihasilkan oleh syarikat pereka (design) di Paris, dan beliau berkata, “Mereka adalah orang-orang yang mensyariatkan bagi kaum wanita secara umum untuk menggunakan pakaian seperti ini di waktu pagi, seperti ini di waktu petang, seperti ini pada tengah malam, seperti ini pada ketika bekerja…” dan seterusnya.

Sayyid Quthub mengatakan, “Sesungguhnya kaum seperti ini, iaitu yang me-reka-bentuk model pakaian wanita, sesungguhnya mereka adalah bentuk sembahan-sembahan disebabkan mereka menghalalkan yang haram lalu mereka ditaati, dan mengharamkan yang halal lalu ditaati.” Lalu beliau berkata, “Wanita muslimah yang turut mentaati mereka dalam soal berpakaian ini, maka sungguh telah menjadikan mereka sebagai sesembahan disebabkan ia mentaatinya dalam menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.” Dan perkara ini tidak diragukan lagi merupakan ucapan yang batil, kerana seseorang wanita apabila menggunakan pakaian yang haram yang dihasilkan oleh para pereka pakaian seperti itu, tidaklah automatik ertinya ia berkeyakinan (beri’tiqad) bahawa ianya adalah halal.

Persoalan takfir (menjatuhkan hukum kafir) adalah ketika meyakini bahawa sesuatu yang diharamkan oleh Allah Jalla wa ‘Ala ini adalah halal. Adapun apabila ia mentaati mereka dengan tanpa berkeyakinan bahawa ianya halal, seperti contohnya seseorang wanita yang berpakaian dengan pakaian yang terbuka bahagian dada dan kakinya di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) disebabkan terpengaruh dengan para pereka pakaian tersebut, apabila ia meyakini bahawa perbuatannya itu haram atau seumpamanya, namun ia tertewas dengan kehendak nafsunya dan kerana keimanannya yang lemah, maka keadaan ini bukanlah kafir dan ia tidak menjadikan mereka sebagai sesembahan. Beliau (Sayyid Quthb) di dalam masalah ini telah menjadikan ketaatan sebagai perkara yang mengkafirkan. Sebahagian kelompok masyarakat telah mengambil pendapat beliau ini, dan mereka telah melampaui batas dalam masalah berhukum dengan apa yang diturunkan Allah dan masalah ketaatan, iaitu ketaatan kepada kaum musyrikin, para pereka (designer) dan penentu masalah tersebut… dan seterusnya.

Juga termasuk di antara penyimpangan yang terkandung di dalam buku fii Zhilalil Qur’an adalah bahawasanya tidak tampak pada beliau adanya penekanan tehadap apa yang ditetapkan oleh ahlus sunnah, maksudnya, seakan-akan pemikiran beliau tidak terfokus kepada suatu tujuan tertentu secara spesifik, ertinya pada arah tertentu yang beliau kehendaki supaya bukunya menjadi buku dakwah sebagaimana yang beliau anggap sesuai dengan keadaan zaman ini, namun buku ini mengandungi sesuatu yang telah saya sebutkan dan selainnya.

Juga di antara sesuatu yang beliau berbeza dengan yang lain, adalah ketika beliau menyebutkan dalam surah Yusuf, beliau menyebutkan bahawa mereka yang bertanya tentang hukum-hukum Islam sedangkan mereka adakah masyarakat jahiliyah, mereka ini hanya bermaksud mempermainkan Islam, dan para ulama yang menjawab pertanyaan mereka, maka bererti turut serta dalam mempermainkannya. Inilah makna (yang difahami) daripada perkataannya. Kenapa demikian? Beliau berkata, “Kerana hukum-hukum Islam dan fiqh Islam tidaklah datang melainkan untuk menyetujui keadaan realiti seorang muslim. Adapun masyarakat jahiliyah ini (menurut definisi beliau) sesungguhnya tidak menerima hukum-hukum Islam sekalipun seorang alim bersungguh-sungguh dalam menjelaskan hukum!”

Perkara ini, tidak dapat diragukan lagi adalah merupakan suatu gambaran dari penyelewengan terhadap manhaj (prinsip) yang haq/benar, disebabkan hukum-hukum Islam itu dapat dijelaskan pada suatu negeri yang ada kaum muslimin di dalamnya, bahkan walaupun yang ada hanya seorang muslim saja. Apabila ia bertanya tentang agamanya maka diterangkan padanya dan diterangkan tentang Islam dan hukum-hukumnya, walaupun ia berada di negeri Jahiliyah. Adapun pengumuman beliau bahawa semua negeri kaum muslimin adalah negeri jahiliyah, maka ini tidak ragu lagi merupakan sikap yang melampaui batas, maksudnya, beliau telah mengkafirkan semuanya menurut definisi yang beliau buat.

Termasuk pula masalah beliau yang lain dari yang lainnya adalah seperti beliau memilah-milah fiqh menjadi dua bentuk dalam surat Yusuf - iaitu (pertama) fiqhul auraq (fiqh atas kertas atau teori) dan (kedua) fiqhul waaqi’ (fiqh realitas) dan termasuk pula fiqhul harakah (fiqh pergerakan). Yang beliau maksudkan dengan fiqhul auraq adalah fikih yang ada di tengah-tengah kita ini berupa fiqh ulama Islam, manakala yang beliau maksudkan dengan fiqhul waaqi’ adalah realiti yang dihadapi harakah (pergerakan Islam), segala yang berkaitan dengannya dan segala yang semisalnya. Maksudnya iaitu segala apa yang berkait dengan organisasi jama’ah dan parti. Beliau berkata, “Sesungguhnya, tanggungjawab kita sekarang adalah meneliti (memberi penekanan) kepada fiqh organisasi dan fiqhul waaqi’. Adapun fiqhul auraq, tidaklah berkembang melainkan dalam masyarakat madani, kerana haruslah ada masyarakat yang mempraktikkannya. Apabila kita tidak menemui masyarakat yang mempraktikkannya, maka kita tidak perlu lagi mengambil berat tentangnya, sebagaimana kajian-kajian dan selainnya yang diarahkan dengan perhatian yang besar kepadanya. Perhatian besar kita haruslah difokuskan kepada fiqhul waaqi’, kerana fiqh inilah yang diperlukan masyarakat dan semisalnya.”

Beliau memiliki terlalu banyak pemikiran yang menyimpang apabila anda meneliti perkara-perkara yang telah disebutkan. Seseorang penuntut ilmu yang memiliki semangat dan minat dalam menuntut ilmu, lazimilah diri dengan menela’ah buku-buku yang penuh manfaat milik generasi salafuss soleh, buku-buku yang dapat memberikan manfaat ilmu yang bersih lagi murni baginya. Adapun buku-buku yang mengandungi pelbagai kebatilan, mengandung penyelewengan (tercemar), mengandung pemikiran-pemikiran individu yang tidak dibina dengan dalil-dalil yang jelas dari al-Qur’an dan as-Sunnah, yang tidak disepakati oleh ulama ahlus sunnah wal-jama’ah, maka sesungguhnya seorang penuntut ilmu terutamanya yang masih di peringkat awal, pada ketika membacanya, dapat menyebabkan ia tergelincir (dari kebenaran) dan membawa masuk syubhat ke dalam hatinya. Orang yang bersemangat dalam mempelajari agamanya tidak akan menjatuhkan dan membiarkan dirinya tergelincir dan diracuni oleh syubhat.”

Sumber: Rakaman “Syarah Masa’ilil Jahiliyah karya Syaikhul Islam Muhammad bin ‘Abdil Wahhab”, Pita Rakaman ke-7, bahagian B. Rujuk: edharalhaq.com.

Pesanan Syaikh ‘Abdullah B. ‘Abdirrahman al-Ghudayyan:

قال السائل: يقول عدنان عرعور: ( لا أعلم أحداً تكلم في قضايا المنهج مثل ما تكلم سيد قطب، ومعظم ما كتبه سيد كان مصيباً فيه، ومن أعظم كتبه "في ظلال القرآن" و"معالم على الطريق" و"ولماذا أعدموني" )، مع أنه صرح في مواضع أخرى أنه لم يقرأ هذه الكتب وينصح الشباب بقراءتها، فما قول سماحتكم ؟
قال فضيلة الشيخ عبد الله الغديان: ( الجواب أن الشباب ينصحون بعدم قراءتها وأنهم يقتصرون على دلالة القرآن ودلالة السنة وعلى ما كان عليه الخلفاء الأربعة والصحابة والتابعين ).
المرجع (من شريط أقوال العلماء في إبطال قواعد ومقالات عدنان عرعور)

Seorang penanya berkata: ‘Adnan ‘Ar’ur telah menyatakan: “Tidak seorang pun yang aku ketahui yang berbicara persoalan manhaj serupa dengan apa yang dikatakan oleh Sayyid Quthub, dan hampir keseluruhan buku yang ditulisnya merupakan (bukti) kebenaran perkara ini. Di antara buku-buku utama beliau adalah fii Zhilalil Qur’an, Ma’alim ‘ala ath-Thariq dan Limadza A’damuni.” Padahal di kesempatan yang lain, ia (Adnan ‘Ar’ur) secara tegas telah menyatakan bahawa ia sendiri belum membaca buku-buku tersebut namun ia menganjurkan pula para pemuda (penuntut ilmu) untuk membacanya. Apa komen Syaikh (terhadap perkara ini)?

Syaikh ‘Abdullah al-Ghudayyan menjawab: “Jawabanku adalah bahawasanya para pemuda (penuntut ilmu) dianjurkan untuk tidak membaca buku-buku ini dan mereka dicukupkan hanya pada dalil-dalil al-Qur’an, as-Sunnah dan apa yang para khalifah yang empat, para sahabat dan para tabi’in berada di atasnya.

Rujukan: Kaset/rakaman “Ucapan para ulama di dalam membatalkan kaidah dan ucapan Adnan ‘Ar’ur”. Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 54, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Pesanan Syaikh Dr. Rabee’ B. Hadi al-Madkhali hafizahullah:

قال الشيخ المحدث ربيع بن هادي المدخلي في خاتمة كتابه "الحد الفاصل بين الحق والباطل": ( لقد تبين مما كتبته في "أضواء إسلامية على عقيدة سيد قطب وفكره" ومما عرضته في كتاب "مطاعن سيد قطب في أصحاب رسول الله r"، ومما عرضته في هذا البحث "الحد الفاصل بين الحق والباطل"، ومما كتبه الشيخ عبدالله الدويش ومما كتبه وقاله غيره أن كتب سيد قطب:
"في ظلال القرآن".
"العدالة الاجتماعية".
بدعة "التصوير الفني".
"الخصائص".
"المقومات".
"معركة الإسلام والرأسمالية".
"معالم على الطريق".
"الإسلام ومشكلات الحضارة".
قد اشتملت على بدع كبرى كثيرة مردية وأنـها أخطر على شباب الأمة من السموم الفتاكة والأسلحة المدمرة لأنـها تدمر العقل والعقيدة فهل ينتظر فساد أكبر:
من تعطيل صفات الله.
ومن إفساد معنى لا إله إلا الله.
ومن تحريف آيات التوحيد ودعوات الرسل إلى السياسة.
وهل ينتظر جرأة وسوء أدب أكبر من ذم نبي كريم من أنبياء الله أولي العزم. ومن الطعن في الخليفة عثمان وفي أصحاب رسول الله r. ومن الدندنة حول وحدة الوجود في "الظلال" و"الخصائص" و"المقومات". ومن تكفير الأمة من قرون وغرس الأحقاد في نفوس من تأثروا بمنهجه على الأمة وعلمائها.
ومن تحريف نصوص الإسلام وقواعده إلى الاشتراكية الغالية. ومن اعتبار سنة رسول الله r واعتبار كلام الأنبياء من أفكار البشر التي لا يعول عليها ولا يوثق بـها إلى غير ذلك من الطوام والدواهي التي ضمنها سيد قطب كتبه. فيا علماء الإسلام أنتم ورب السماء والأرض مسؤلون أمام الله عن شباب الأمة، فما الذي يمنعكم أن تقولوا كلمة الحق الواضحة الصريحة في كتب هذا الرجل وعقائده وفكره؟؟ ولقد ظهرت آثارها المدمرة لا في عقول وعقائد الخرافيين فحسب ؛ بل في عقول أبناء من أكرمهم الله بالمنهج السلفي الحق وفي كل ناشئ سليم الفطرة يطلب الإسلام الحق عقيدة وشريعة. أنتم معشر العلماء ووراث الأنبياء يدرك العاقل اللبيب أن على عواتقكم مسؤليات وأعباء جسيمة تشغلكم عن دراسة فكر سيد قطب وأمثاله، ولو تعلمون ما تحتويه كتب هذا الرجل من الطوام والبلايا والفتن وعلمتم تأثير تياره المدمر الواسع الانتشار في شباب الأمة ولا سيما التجمعات السلفية لضحكتم قليلاً ولبكيتم كثيراً ولرأيتم أن من أوجب الواجبات دراسة فكره لإزالة خطره عن شباب الأمة وشره. ويجب أن يعلم علماؤنا الأفاضل أن لأهل الأهواء والتحزب أساليب رهيبة لاحتواء الشباب والتسلط والسيطرة على عقولهم ولإحباط جهود المناضلين في الساحة عن المنهج السلفي وأهله. من تلكم الأساليب الماكرة استغلال سكوت بعض العلماء عن فلان و فلان، ولو كان من أضل الناس فلو قدم الناقدون أقوى الحجج على بدعه وضلاله فيكفي عند هؤلاء المغالطين لهدم جهود المناضلين الناصحين التساؤل أمام الجهلة فما بال فلان وفلان من العلماء سكتوا عن فلان وفلان ؟! ولو كان فلان على ضلال لما سكتوا عن ضلاله؟! وهكذا يلبسون على الدهماء ؛ بل وكثير من المثقفين. وغالب الناس لا يعرفون قواعد الشريعة ولا أصولها التي منها: أن الأمر بالمعروف والنهي عن المنكر من فروض الكفايات، فإذا قام به البعض سقط الحرج عن الباقين. ومن أساليبهم انتزاع التزكيات من بعض العلماء لأناس تدينهم مؤلفاتـهم ومواقفهم ونشاطهم بالبعد عن المنهج السلفي ومنابذة أهله وموالات خصومه وأمور أخرى. ومعظم الناس لا يعرفون قواعد الجرح والتعديل، وأن الجرح المفصل مقدم على التعديل لأن المعدل يبني على الظاهر وعلى حسن الظن والجارح يبني على العلم والواقع كما هو معلوم عند أئمة الجرح والتعديل. وبـهذين الأسلوبين وغيرهما يحبطون جهود الناصحين ونضال المناضلين بكل سهولة ويحتوون دهماء الناس بل كثير من المثقفين، ويجعلون منهم جنودا لمحاربة المنهج السلفي وأهله والذب عن أئمة البدع والضلال. وما أشد ما يعاني السلفيون من هاتين الثغرتين التي يجب على العلماء سدهما بقوة وحسم لما ترتب عليها من المضار والأخطار. ولقد عرضت لكم كثيرا من عقائد سيد قطب عرضا أمينا ووضعته بين أيديكم فقوموا لله مثنى وفرادى لدراسة هذه المشاكل الخطيرة، وقدموا الحل السليم الذي ينقذ شباب الأمة من هذا الكابوس الجاثم على صدورهم. أما أنا الفقير الضعيف فالذي أدين الله به أنه يجب حماية شباب الأمة وعقيدتـها من كتب هذا الرجل وفكره المدمر بحظر هذه الكتب. ووالله إن هذه لمسألة المسائل وإنه يجب الاهتمام بـها ووضع الحل الحاسم الذي يرضي رب الأرض و السماء. اللهم وفق علماءنا لإنقاذ أبنائنا وشبابنا وجنب علماءنا واحمهم من مغالطات المخذلين الماكرين، ووفق علماءنا الصادعين بالحق في كل مجال لأن يصدعوا به في هذا المجال الخطير بل الأخطر إنك سميع الدعاء ). ( من خاتمة كتاب "الحد الفاصل بين الحق والباطل" للشيخ ربيع، طبع 1413 )

Syaikh Dr. Rabee’ B. Hadi al-Madkhali hafizahullah berkata dalam penutup buku, “al-Had al-Fashil Bainal Haqq wal Bathil”, Sesungguhnya telah jelas apa yang saya tulis dalam Adwa’ Islamiyyah ala Aqidah Sayyid Quthub wa Fikrihi dan apa yang saya utarakan dalam buku Matha’in Sayyid Quthub fi Ashhabi Rasulullah, dan apa yang saya utarakan juga dalam buku al-Had al-Fashil Bainal Haqq wal Bathil, dan apa yang disusun (ditulis) oleh Syaikh ‘Abdullah ad-Duwaisy dan di antara apa yang ia dan selainnya katakan bahawa buku-buku Sayyid Quthub seperti fii Zhilalil Qur’an, al-Adalah al-Ijtima’iyyah adalah sebuah bid’ah, dan at-Tashwir al-Fanni, al-Khashaish, al-Muqawwamat, Ma’rakatul Islam war-Ra’samaliyah, Ma’alim fit Thariq, dan al-Islam wa Musykilatul Hadharah.

Sesungguhnya buku-buku tersebut mengandungi terlalu banyak perkara-perkara bid’ah yang besar dan menyentuh soal prinsip, dan perkara tersebut adalah sangat bahaya kepada para pemuda (penuntut ilmu) masyarakat ini daripada hanya sekadar racun yang mematikan dan senjata yang menghancurkan kerana bid’ah-bid’ah tersebut akan menghancurkan akal dan aqidah, lalu adakah mungkin menunggu bencana yang lebih besar lagi dari (sebagaimana yang dilakukan Sayyid Qutuhub):

1 – mengingkari sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala.

2 – Merosakkan makna laa ilaha illallah.

3 – Menyelewengkan (memalingkan) ayat-ayat tauhid dan dakwah-dakwah Rasul kepada politik.

4 – Adakah perlu menunggu lagi kelancangan dan ketidak-sopanan yang lebih besar dariapda mencela seorang Nabi dari Nabi-nabi Allah di antara Ulul Azmi?

5 – Tuduhan terhadap Khalifah ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu dan terhadap para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

6 – Menyuarakan kata-kata kesatuan dalam wujud (wehdatul wujud) dalam buku adz-Dzilal, al-Khashaish, dan al-Muqawwamat.

7 – Mengkafirkan umat sejak berabad-abad dan menanamkan benci/hasan di dalam jiwa orang-orang yang terkesan dengan manhaj beliau (Sayyid Quthub), terhadap para ulama, dan masyarakat.

8 – Penyimpangan nash-nash Islam dan kaedah-kaedahnya kepada sosialisme yang melampau (ekstream).

9 – Anggapan terhadap sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan perkataan para Nabi merupakan pemikiran manusia yang tidak dapat dijadikan rujukan dan tidak perlu dipercayai dan sebagainya dari perkataan yang merosakkan. Inilah bentuk-bentuk kemungkaran besar yang dimasukkan oleh Sayyid Quthub melalui buku-bukunya tersebut.

Wahai para ulama Islam, demi Tuhan langit dan bumi – kamu bertanggungjawab di hadapan Allah Subhanahu wa Ta’ala terhadap para pemuda umat ini, lalu apa yang menghalang kamu untuk menyuarakan kebenaran yang telah jelas dan nyata dalam buku-buku orang ini, aqidahnya mahupun pemikirannya?

Sesungguhnya telah nampak kesan-kesannya yang merosak, tidak hanya bagi akal ataupun keyakinan orang-orang yang menyimpang sahaja, bahkan bagi akal-akal penerus orang-orang yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala kepadanya dengan manhaj Salafi yang benar ini dan juga bagis etiap pemuda yang baru tumbuh yang masih bersih fitrahnya dan baru mencari Islam yang benar sama ada aqidah mahupun syari’ah.

Kamu wahai para ulama dan para pewaris nabi Nabi, seorang yang berakal jernih pastilah akan mengetahui bahawasanya di atas bahu-bahu kalian beban yang sangat berat yang menyibukkan kamu dari mempelajari pemikiran Sayyid Quthub dan orang-orang yang seumpamanya, sekiranya kamu mengetahui (sedar) apa yang terkandung dalam buku-bukunya tersebut dari pelbagai kerosakan, malapetaka, dan fitnah-fitnah yang kamu ketahui akan kesan-kesan dari serangannya yang menghancurkan tersebut. Ia bertindak dengan cepat lagi meluas di kalangan para pemuda Islam apatah lagi di kalangan para salafi, maka sudah tentulah kamu akan sedikit sekali tertawa dan banyak menangis. Sudah tentulah kalian mengetahui bahwa meneliti pemikirannya demi menghilangkan mara bahaya serta kebusukannya dari para pemuda Islam adalah kewajiban yang paling wajib atas kamu semua.

Sebaliknya, diketahui oleh para ulama kita yang mulia bahawasanya para pengikut hawa nafsu dan golongan tersebut memiliki cara-cara yang banyak untuk merangkul para pemuda, menguasai dan mengendalikan akal-akal mereka, dan melemahkan usaha-usaha para pejuang prinsip-prinsip salaf di khalayak umum dan orang-orang salafi itu sendiri.

Di antara kaedah dan cara mereka yang meniru adalah mempergunakan kesempatan diamnya beberapa ulama dari fulan dan fulan, walaupun ia merupakan manusia yang paling sesat,s ekiranya para pengkritik mengajukan alasan-alasan yang kuat atas segala tindakan bid’ah dan kesesatannya maka cukuplah bagi mereka orang-orang yang menyalahkan untuk menghancurkan usaha-usaha para pejuang yang selalu memberikan nasihat atas pertanyaan-pertanyaan yanga da pada orang-orang jahil, lalu bagaimanakah gerangan keadaan fulan da fulan di antara para ulama yang berdiam diri dari fulan dan fulan? Dan demikianlah mereka menutupi hal-hal seperti itu terhadap masyarakat awam, bahkan kebanyakan dari orang-orang yang terpelajar.

Kebanyakan orang tidak mengetahui kaedah-kaedah syari’at dan tidak juga asas-asasnya yang di antaranya adalah seperti memerintahkan kepada kebajikan dan melarang dari kemungkaran di antara kewajiban-kewajiban yang kifayah, iaitu apabila sebahagian telah menunaikannya maka lepaslah kewajiban dari sebahagian yang lain.

Dan di antara kaedah dan cara mereka adalah mencabut apa yang telah disarankan oleh para ulama bagi orang-orang di mana karya-karya, pendapat-pendapat, dan kegiatan-kegiatan mereka menguasai diri emreka dengan menjauhi dari manhaj salafi dan menjauhi orang-orang salafi, mendekati lawan-lawannya dan segala bentuk perkara lainnya.

Kebanyakan manusia tidak mengerti tentang kaedah-kaeah ilmu al-jarh wat Ta’dil, iaitu al-jarh yang terperinci perlu didahulukan daripada Ta’dil kerana al-Mu’addil menilai hanya secara lahiriyyah sahaja dan atas dasar prasangka baik (husnuz zhan), manakala al-jarh menilai secara pasti dan nyata sebagaimana yang diketahui oleh para ulama al-jarh wat ta’dil.

Dengan dua kaedah tersebut dan selainnya telah melemahkan usaha orang-orang yang menegakkan nasihat dan mematahkan perjuangan para pejuang kebenaran dengan sangat mudah sekali dan mereka merangkul rakyat biasa bahkan kebanyakan dari orang-orang yang terpelajar, lalu mereka menjadikan mereka sebagai tentera untuk memerangi manhaj salaf dan orang-orangnya,s erta membela para pemimpin bid’ah dan kesesatan.

Dan betapa kerasnya orang-orang salaf menghadapi kedua bentuk pertembungan tersebut, yang wajib atas para ulama membendungnya dengan kekuatan dan kemampuan keras kerana adanya perkara yang ditimbulkan olehnya dari bahaya dan kerosakan.

Sesungguhnya aku telah membentangkan kepada kamu semua sebahagian keyakinan (i’tiqad) Sayyid Quthub dengan pembentangan yang dapat dipercayai dan telah aku sampaikan kepada anda semua, maka bangkitlah kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan berdua ataus endirian untuk mempelajari persoalan dan masalah yang sangat bahaya ini, dan tunjukkan jalan keluar yang baik yang dapat menyelamatkan para pemuda (penuntut ilmu) di kalangan umat ini dari jerat yang membelenggu pemikiran mereka.

Adapun aku ini hanyalah seorang yang lemah dan tidak memiliki apa pun, namun aku sangat yakin dan dengan itu aku beragama kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala bahawasanya wajib untuk melindungi para pemuda umat ini dan aqidah mereka dari buku-buku orang ini (Sayyid Quthub) dan pemikirannya yang merosakkan dengan adanya bahaya buku-buku tersebut.

Demi Allah, sesungguhnya ini adalah masalah yang sangat penting dan bahawasanya wajib untuk kita menelitinya serta bersegera mencari jalan keluar yang terbaik yang menjadikanTuhan langit dan bumi redha. Ya Allah berilah taufiq kepada para ulama umat ini dalam menyelamatkan para pemudanya, jauhkanlah para ulama dan lindungilah mereka dari kesalahan dan kekeliruan para pelaku tipu-daya dan pembuat kerosakan, juga bimbinglah para ulama kita yang menerangkan kebenaran dalam segala aspek kehidupan supaya mereka menjelaskan kebenaran tersebut dalam aspek yang satu ini yang sangat berbahaya ini bahkan paling bahaya, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa hamba-Mu ini.

Dinukil dari penutup buku al-Had al-Fashil Bainal Haqq wal Bathil, karya Syaikh Rabee’ B. Hadi, cet. 1413H. (Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 100-104, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Wallahu a’lam...

Thursday, October 21, 2010

123 - Pemikiran Sayyid Qutub: Pencetus Ideologi Takfir dan Khawarij Moden

Bahaya Takfir dan Keterlanjuran Sayyid Qutub

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Bahaya Takfir (Pengkafiran)

Apabila seseorang individu itu murtad (kafir) dengan keluar daripada Islam, maka ia menjadi sebab dihalalkan darah dan hartanya, dan ia kekal di Neraka. Dengan sebab itulah terdapat sebuah peringatan yang sangat keras bagi sesiapa sahaja yang mahu menghukum kafir kepada seseorang Muslim. Ini adalah supaya tindakan takfir tidak dilakukan dengan sembarangan, tergesa-gesa tanpa penelitian yang jelas, dan tidak bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

“Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:

اعلم أن الحكم على الرجل المسلم بخروجه من دين الإسلام، ودخوله في الكفر - لا ينبغي لمسلم يؤمن بالله واليوم الآخر أنْ يقدمَ عليه إلا ببرهانٍ أوضحَ من شمس النهار؛ فإنه قد ثبت في الأحاديث الصحيحة المروية من طريق جماعة من الصحابة، أن: ((مَن قال لأخيه: يا كافر، فقد باء بها أحدهما))؛ هكذا في الصحيح، وفي لفظ آخر في "الصحيحين" وغيرهما: ((مَن دعا رجلاً بالكفر، أو قال: عدو الله، وليس كذلك، إلا حار عليه))؛ أي رجع، وفي لفظ في الصحيح: ((فقد كفر أحدهما))، ففي هذه الأحاديث وما ورد موردها أعظمُ زاجر، وأكبر واعظ عن التسرع في التكفير

“Ketahuilah bahawa menghukumkan kafir ke atas seseorang Muslim dengan menyatakan ia telah keluar dari Islam dan menjadi kafir adalah tidak dibenarkan bagi seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan dengan bukti yang jelas bagaikan sinar matahari di siang hari. Telah diriwayatkan dalam hadis-hadis sahih melalui jalan para sahabat bahawa sesiapa sahaja yang berkata kepada saudaranya: “Wahai kafir”, maka salah seorang dari keduanya layak menyandang gelaran tersebut. Begitulah yang terdapat dalam kitab sahih dan dari lafaz yang lain dalam ash-Shohihain (dua kitab sahih) dan serta juga kitab-kitab yang lainnya:

“Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan kafir atau berkata, “Wahai musuh Allah”, sedangkan yang dipanggil itu tidak berhak menyandang sebutan tersebut, maka hukum kafir tersebut kembali kepadanya.”

Dan dalam lafaz yang lain yang sahih disebutkan, “Maka telah kafir salah seorang darinya.”

Dalam hadis tersebut dan yang sama dengannya mengandungi peringatan keras supaya kita tidak terburu-buru dalam menghukumkan kafir kepada seseorang.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar Mutadafiq ‘ala Hada’iqil Azhar, bab: ar-Riddah bi I’tiqad, 4/578)

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

الأصل فيمَن ينتسب للإسلام بقاء إسلامه، حتى يتحقق زوال ذلك عنه، بمقتضى الدليل الشرعي، ولا يجوز التَّساهُل في تكفيره؛ لأن في ذلك محذورين: أحدهما: افتراء الكذب على الله - تعالى - في الحكم، وعلى المحكوم عليه في الوصف الذي نَبَزَه به، أما الأول: فواضح حيث حَكَم بالكفر على مَن لم يكفره الله - تعالى - فهو كمَن حَرَّمَ ما أحل الله؛ لأن الحكم بالتكفير أو عدمه إلى الله وحده؛ كالحكم بالتحريم أو عدمه. وأما الثاني: فلأنه وصف المسلم بوصف مضادٍّ، فقال: إنه كافر، مع أنه بريء من ذلك، وحريٌّ به أن يعود وصفُ الكفر عليه

Secara dasarnya, orang yang mengaku Islam, ia tetap dalam Islam sehingga dapat dibuktikan keislamannya telah hilang dari dirinya berdasarkan tuntutan dalil-dalil yang syar’i. Kita tidak boleh tergesa-gesa menghukum kafir kepadanya disebabkan di dalamnya mengandungi peringatan yang keras, iaitu:

1 – Mengada-adakan pendustaan atas nama Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam menjatuhkan hukum dan terhadap orang yang dihukumkan dengan tuduhan kafir tersebut.

Perkara ini adalah jelas kerana menghukum kafir ke atas seseorang yang tidak dihukumkan kafir oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, sama seperti mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah, kerana urusan menjatuhkan hukum sama ada kafir atau tidak itu adalah dikembalikan kepada Allah sebagaimana menghukum haram atau tidak.

2 – Penjatuhan hukum kafir tadi boleh dikembalikan kepada orang yang menghukum tersebut sekiranya orang yang dituduh kafir itu masih tidak berhak dikafirkan.

Ini adalah kerana ia telah menyifatkan seseorang Muslim dengan sifat yang sebaliknya, padahal ia masih belum wajar disifatkan dengan sifat tersebut (dikafirkan). Maka, dengan sebab itulah tuduhan (kafir) tersebut dikembalikan kepadanya...

وهو محذور عظيم يوشك أن يقعَ به؛ لأن الغالب أنَّ مَن تَسَرَّعَ بوصف المسلم بالكفر كان معجبًا بعمله، محتقرًا لغيره، فيكون جامعًا بين الإعجاب بعمله، الذي قد يؤدي إلى حُبُوطه، وبين الكبر الموجب لعذاب الله - تعالى - في النار؛ كما جاء في الحديث الذي أخرجه أحمد وأبو داود، عن أبي هريرة - رضي الله عنه -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((قال الله - عز وجل -: الكبرياء ردائي، والعظمة إزاري، فمن نازعني واحدًا منهما، قذفته في النار)) فالواجب قبل الحكم بالتكفير أن يُنظر في أمرين: الأمر الأول: دلالة الكتاب والسنة على أن هذا مكفِّر؛ لئلاَّ يفتري على الله الكذب. الثاني: انطباق الحكم على الشخص المعيَّن؛ بحيث تتم شروط التكفير في حقِّه، وتنتفي الموانع

“Ini adalah peringatan keras yang dibimbingangi ianya (penghukum kafir) akan terjerumus ke dalamnya, kerana secara umumnya orang yang tergesa-gesa dalam menghukum seseorang Muslim dengan kekafiran, biasanya dijangkiti penyakit ‘ujub terhadap amalnya dan meremehkan amalan orang lain. Kemudian ia menggabungkan di antara ‘ujub terhadap amalnya yang mampu menghanguskan amal-amalnya itu sendiri dan sombong yang mengundang azab Allah Ta’ala di Neraka, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah berfirman: “Kesombongan adalah selendang-Ku dan keagungan adalah kain-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dengan salah satu dari keduanya, maka Aku lemparkan dia ke Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadi, sebelum menjatuhkan hukum kafir ke atas seseorang, wajib ditinjau dua perkara berikut:

1 – Petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah yang menjelaskan bahawa perkara tersebut menjadikan kafir (pelakunya), supaya tidak ada pendustaan atas nama Allah.

2 – Penjatuhan hukum kafir kepada individu tertentu mestilah dengan dipenuhi syarat-syarat takfir dan hilangnya semua halangan (atau takwilan).” (Rujuk: Majmu’ al-Fatawa Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin, susunan Fahd as-Sulaiman, 2/133-134)

Syaikh Dr. ‘Abdurrahman al-Mahmud mengulas berkenaan “Berhukum dengan selain hukum yang Allah turunkan” dengan katanya:

إحداهما: رأتْ أن المعين لا يُكفر أبدًا، فأغلقت بابَ الردة؛ بدعوى صعوبة التطبيق على المعين؛ لعدم وجود شرط من شروط التكفير، أو لوجود مانع من موانعه، كما سبقت الإشارة إلى شيء من ذلك، عندما يقول المرجئة: إنه لا يكفر إلا المكذبُ بقلبه فقط، ومعنى ذلك أننا لا نستطيع أن نحكم على أحد بالكفر بعينه لأي قول، أو فعل من الأفعال، مهما كان ناقضًا للإسلام؛ لأنه قد يكون مؤمنًا لوجود التصديق في قلبه. والأخرى: قالت إذا وُجِد الحُكْم العامُّ على فِعلٍ منَ الأعمال بأنه كُفْر، دخل فيه جميع الأفراد ممن وقع منهم هذا الفعل المُكَفِّر، وكفروا بأعيانهم، دون النَّظر إلى حال كلِّ فرد على حدة؛ مِن حيث توفُّر شروط التَّكفير، وانتفاء موانعه. أما أهل السنة، فإنهم لم يقولوا: إنَّ المُعَيَّن لا يكفر أبدًا؛ كما أنهم لم يوقعوا التكفير على كل من فعل المُكَفِّر، دون النظر إلى عوارض الأهليَّة. ولو نَظَرْنا إلى فعل السلف - رحمهم الله تعالى - لَوَجَدْنا أنهم كثيرًا ما يُطلقون التكفير في بعض الأفعال، والبدع، والمقالات، ونحوها، وحينما يطبقونها على محلِّها بتكفير المعين، يُشَدِّدون في التطبيق؛ لأنَّ مَن وقع منه ذلك قد يكون جاهلاً، أو متأوِّلاً تأويلاً سائغًا، أو حديث عهد بالإسلام، أو غير ذلك منَ الأمور التي تمنع منَ الحكم بتكفيره. والإمام أحمد وغيره أطلقوا: أنَّ التَّجَهُّم وتعطيل الصفات، أو القول بخلْق القرآن، أو إنكار رؤية الله، أوِ القَدَر - كُفر؛ لكنَّهم لم يُكَفِّروا الأعيان إلاَّ قليلاً ممن ثبت كفرهم، بتوفر الشروط، وانتفاء الموانع، ومن ثَمَّ أُقيمَتْ عليهم أحكام الرِّدَّة منَ القتل وغيره

“Sesungguhnya ada perbezaan di antara hukum secara umum ke atas suatu perbuatan (atau perkara yang dianggap kufur) dengan individu tertentu yang mengaplikasikan perbuatan tersebut pada dirinya.

Terdapat dua golongan yang keliru dalam masalah ini:

1 – Kelompok yang menganggap bahawa seseorang tidak boleh dikafirkan sama sekali. Mereka menutup pintu kemurtadan dengan dalih bahawa amat sulit/sukar untuk menerapkan perkara tersebut ke atas seseorang kerana tidak adanya syarat-syarat takfir, atau kerana adanya sesuatu penghalang. Perkara tersebut sebagaimana yang telah kami isyaratkan sebelumnya pada perbahasan berkaitan perkataan Murji’ah (Murji’ah: salah satu kelompok sesat yang meyakini bahawa iman hanya dengan hati dan amal tidak memainkan peranan penting dalam naik dan turunnya iman – pen.) bahawa tidak dapat dikafirkan melainkan orang yang mendustakan dengan hatinya. Maksudnya di sini, kita tidak dapat menjatuhkan hukum kafir ke atas individu tertentu disebabkan perkataan dan perbuatannya yang kufur (walaupun perbuatannya tersebut jelas membatalkan keislamannya), kerana mungkin pada dirinya masih ada keimanan di hati (pembenaran hati).

2 – Kelompok yang mengatakan - apabila ada hukum yang menyatakan sesuatu perbuatan itu kafir secara umum, bererti sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan tersebut, ia pun dijatuhkan hukum kafir tanpa melihat keadaan setiap individu tersebut secara terprinci bagi memastikan adakah setiap syarat takfir (pengkafiran) telah dipenuhi atau belum berserta semua penghalang dan takwilan telah luput atau belum.

Adapun Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, mereka tidak mengatakan bahawa individu tersebut tidak mengatakan bahawa individu tersebut tidak dapat dihukum kafir sama sekali, sebagaimana juga mereka tidak menjatuhkan hukum kafir kepada setiap individu (muslim) yang melakukan amalan kekafiran tanpa melihat faktor-faktor kelayakannya.

Sekiranya kita melihat kepada sikap para salaf (ulama generasi awal) rahimahullah, tentu kita akan dapati mereka banyak menjatuhkan hukum kafir kepada beberapa bentuk perbuatan, bid’ah-bid’ah, perkataan-perkataan, dan seumpamanya. Akan tetapi, di ketika mereka mahu mengaplikasikannya pada tempatnya dengan mengkafirkan individu tertentu, mereka terlebih dahulu melakukan penelitian (perincian) yang sangat ketat dalam penerapannya. Ini adalah kerana orang yang terjerumus ke dalamnya boleh jadi jahil, atau mentakwil dengan takwilan yang dapat diterima, atau baru sahaja memeluk Islam (muallaf: dalam peringkat belajar dan banyak perkara yang tidak diketahui) serta banyak perkara tertentu yang menghalangnya untuk menjatuhkan hukum kafir dengan serta-merta.

Imam Ahmad dan ulama lainnya menyatakan secara umum bahawa fahaman Jahmiyah itu kafir, menafikan sifat Allah itu kafir, mengatakan al-Qur’an makhluk itu kafir, mengingkari ru’yatullah (melihat Allah) itu kafir, dan mengingkari takdir juga kafir. Tetapi, mereka tidak serta-merta mengkafirkan individu tertentu (yang melakukan perkara tersebut) melainkan hanya sedikit iaitu orang-orang yang telah jelas kekafirannya dengan telah cukup syarat-syaratnya dan tiada lagi takwil penghalangnya. Berdasarkan ini semua, hukum-hukum kemurtadan ditegakkan ke atas mereka, sama ada dengan bunuh atau seumpamanya. (Rujuk: Risalah al-Hukmu bi Ghairi ma Anzalallah, m/s. 372-373. Dinukil dari: Dr. ‘Abdullah B. ‘Abdul ‘Aziz al-Jibrin, Dhowabithu Takfir al-Mu’ayyan: http://www.alukah.net)

Syarat-syarat Takfir (Pengkafiran)

1 – Pelaku Kekufuran Tersebut Telah baligh dan berakal.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

رفع القلم عن ثلاثة: عن النّائم حتى يستيقظ، وعن الصّغير حتى يكبر، وعن المجنون حتى يعقل، أو يفيق

“Ada tiga golongan yang kesalahannya tidak diambil kira: 1 – Orang yang sedang tidur sehingga ia bangun, 2 – anak kecil sehingga ia dewasa (baligh), 3 – dan orang gila sehingga ia kembali waras.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 41/224, no. 24694. Dinyatakan jayyid sanadnya oleh Syu’aib al-Arnauth dan dinilai sahih oleh al-Albani)

إنّ الرّدّة لا تصحّ إلاّ من عاقل فأما مَن لا عقل له كالطّفل الذي لا عقل له والمجنون، ومَن زال عقله بإغماء أو نوم أو مرض، أو شرب دواء يباح شربه، فلا تصحّ ردّته ولا حكم بكلامه بغير خلاف

Kemurtadan tidak dianggap sah melainkan jika dilakukan oleh orang yang berakal. Adapun orang yang tidak berakal seperti kanak-kanak kecil yang belum sempurna akalnya, orang yang gila, orang yang kehilangan akal disebabkan pengsan, tidur, sakit, atau kerana mengambil ubat, maka kemurtadannya tersebut tidak dianggap sah dan perkataannya tidak diambil kira tanpa ada perselisihan di antara para ulama. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 19/446)

2 – Perkataan atau Perbuatan Kekafiran Tersebut Dilakukan Tanpa Paksaan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Sesiapa yang kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir sedangkan di dalam hatinya tetap tenang dalam keadaan beriman (dia tidak berdosa), tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan mereka akan mendapat azab yang besar.” (Surah an-Nahl, 16: 106)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 778) menyatakan bahawa,

اتّفق العلماء على أنّه يجوز أن يوالي المكرَه على الكفر إبقاءً لمهجته، ويجوز أن يَسْتَقْتل كما كان بلال يأبى عليهم وهم يفعلون به الأفاعيل

“Para ulama telah bersepakat, mereka yang dipaksa dibenarkan melakukan kekufuran demi menjaga keselamatan nyawanya. Namun, ia juga dibolehkan mempertaruhkan diri mengharungi maut sebagaimana dahulu Bilal radhiyallahu ‘anhu enggan memenuhi permintaan kaum musyrikin walaupun mereka menyiksanya dengan pelbagai jenis siksaan.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/606)

Udzur turut diberikan kepada mereka yang melakukan kekufuran dalam keadaan di luar kesengajaan atau kesedaran seperti di ketika terlalu marah, sedih, atau gembira. Ini adalah sebagaimana kisah yang disebutkan dalam Shohih Muslim berkenaan seorang lelaki yang kehilangan untanya di tengah padang pasir. Dalam kisah tersebut dinyatakan bahawa pada ketika lelaki tersebut telah putus asa, tiba-tiba ia menemui untanya berdiri di sisinya. Maka iapun segera memegang tali untanya tersebut lalu berkata dengan penuh perasaan kegembiraan,

ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ اللَّهُمَّ أَنْتَ عَبْدِي وَأَنَا رَبُّكَ أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ

“Ya Allah, Engkau adalah hambaku, dan aku adalah tuhan-Mu.” Beliau telah mengucapkan sesuatu yang salah (tersasul) disebabkan terlalu gembira yang luar biasa. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab at-Taubah, 13/296, no. 4932)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

فإذا اجتمع القصد والدّلالة القولية أو الفعلية ترتب الحكم. هذه قاعدة الشّريعة، وهي من مقتضيات عدل الله وحكمته ورحمته، فإن خواطر القلوب وإرادة النّفوس لا تدخل تحت الاختيار، فلو ترتبت عليها الأحكام لكان في ذلك أعظم حرج ومشقّة على الأمّة،ورحمة الله وحكمته تأبى ذلك،والغلط والنسيان والسهو وسبق اللسان بما لا يريده العبد بل يريد خلافه والتّكلم به مكرهاً وغير عارفٍ لمقتضاه، من لوازم البشرية لا يكاد ينفك الإنسان من شيء منه، فلو رتب عليه الحكم لحرجت الأمّة وأصابها غاية التّعب والمشقّة، فرفع عنها المؤاخذة بذلك كلّه حتى الخطأ في اللفظ من شدّة الفرح والغضب، والسكر كما تقدمت شواهده، وكذلك الخطأ والنسيان والإكراه والجهل بالمعنى، وسبق اللسان بما لم يرده، والتّكلم في الإغلاق ولغو اليمين، فهذه عشرة أشياء لا يؤاخذ الله بها عباده بالتّكلم في حال منها لعدم قصده وعقد قلبه الذي يؤاخذ به

“Apabila niat dan perkataan atau perbuatan bertemu, maka pada ketika itu barulah diterapkan hukum. Ini merupakan kaedah syari’at. Dan ini pulalah bukti dari keadilan Allah, hikmah dan kasih-sayang-Nya. Kerana perkara-perkara yang terdetik di dalam hati, juga kehendak jiwa, boleh muncul dengan begitu sahaja tanpa kawalan. Sekiranya perkara tersebut memiliki hukum tersendiri, sudah tentu akan mengakibatkan beban dan kesukaran yang amat berat bagi umat. Kasih-sayang dan hikmah Allah tidak menghendaki keadaan ini berlaku.

Kekhilafan (kesilapan), kelupaan, kelalaian, ucapan yang keluar dari lisan seseorang tanpa dikehendaki, padahal sebenarnya ia menginginkan sebaliknya, mengucapkan sesuatu kerana paksaan atau dalam keadaan tidak mengetahui kesan/kedudukan ucapan tersebut, ini semua termasuk sifat/karektor yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Bahkan hampir semua orang tidak mampu terlepas darinya. Sekiranya perkara tersebut memiliki hukuman, nescaya umat akan ditimpa kesusahan dan beban yang amat berat.

Oleh sebab itu, umat ini tidak berhak dikenakan hukuman disebabkan bentuk-bentuk fenomena seperti disebutkan. Termasuk kekeliruan tutur kata akibat keadaan terlalu gembira, marah yang menggelegak, dan mabuk, sebagaimana telah kami sebutkan contoh-contohnya di hadapan. Demikian pula kekhilafan, kelupaan, keterpaksaan, ketidakfahaman, ucapan yang keluar dari lisan tanpa terasa atau tanpa sedar, sumpah yang keluar dari lisan tanpa ada maksud untuk bersumpah. Sepuluh keadaan ini sekiranya terjadi ke atas diri seseorang hamba, maka Allah tidak akan menimpakan hukuman ke atasnya. Kerana dalam hatinya tidak ada tujuan dan niat, di mana perkara inilah yang menyebabkan seseorang hamba berhak dikenakan hukuman. (I’lam al-Muwaqqi’in, 3/105-106)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

إنّ الله وضع عن أمّتي: الخطأ، والنّسيان، وما استكرهوا عليه

“Sesungguhnya Allah mengampuni kesalahan umatku: Kelupaan mereka dan perbuatan yang dilakukan kerana paksaan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 6/217, no. 2035. Dinilai sahih oleh al-Albani)

3 - Tidak Boleh Menghukum Seseorang Muslim Yang Melakukan Kekafiran Melainkan Setelah Ditegakkan Hujah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى

“Dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka, “Adakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhanmu dan memberi peringatan kepadamu akan pertemuan dengan harimu ini?” Mereka menjawab, “Ya benar ada.”.” (Surah az-Zumar, 39: 71)

رُسُلا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ لِئَلا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ

“Para Rasul adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya tidak ada lagi alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul tersebut diutuskan.” (Surah an-Nisaa’, 4: 165)

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولا

“Dan Kami tidak akan mengazab, sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (utusan).” (Surah al-Isra’, 17: 15)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

إخبار عن عدله تعالى، وأنّه لا يعذّب أحداً إلاّ بعد قيام الحجّة عليه بإرسال الرّسول إليه

“Ayat tersebut merupakan bentuk pemberitahuan tentang keadilan Allah Ta’ala, di mana Dia tidak akan menyiksa seseorang, melainkan setelah ditegakkan hujjah dengan diutuskan seorang Rasul kepadanya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/52)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

والذي نفس محمّد بيده لا يسمع بِي أحدٌ من هذه الأمّة يهودي ولا نصراني، ثم يموت ولم يؤمن بالذي أرسلتُ به إلاّ كان من أصحاب النّار

“Demi Allah yang jiwa Muhammad di Tangan-Nya, tidaklah seseorang dari umat ini mendengar berita tentang diriku, sama ada dia itu orang Yahudi atau Nashrani, kemudian ia mati dalam keadaan belum sempat untuk beriman kepada risalah yang aku bawa, melainkan ia akan termasuk dari kalangan penghuni Neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/365, no. 218)

Al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 544H) menjelaskan lagi dari hadis tersebut dengan katanya,

فيه دليل على أنّ مَن في أطراف الأرض، وجزائر البحر المقطعة مِمَن لم تبلغه دعوة الإسلام ولا أمر النبي أنّ الحرج عنه في عدم الإيمان ساقط

“Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang berada di hujung dunia atau kepulauan terpencil, lalu dakwah Islam dan berita tentang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam belum pernah sampai kepadanya, lalu sekiranya ia tidak beriman, maka ia dimaafkan.” (al-Qadhi ‘Iyadh, Ikmal al-Mu’alim Syarah Shohih Muslim, 1/308)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,

وإذا عرف هذا فتكفير المعيّن من هؤلاء الجهّال وأمثالهم، بحيث يحكم عليه بأنّه من الكفّار. لا يجوز الإقدام عليه إلاّ بعد أن تقوم على أحدهم الحجّة الرسالية التي يتبيّن بها أنّهم مخالفون للرّسل، وإن كانت هذه المقالة لا ريب أنّها كفر. وهكذا الكلام في تكفير جميع المعيّنين ... ومن ثبت إيمانه بيقين لم يزل ذلك عنه بالشّكّ، بل لا يزول إلاّ بعد إقامة الحجّة وإزالة الشّبهة

“Tidak boleh menjatuhkan hukum kafir secara khusus ke atas orang-orang yang tidak tahu (jahil) atau yang seumpamanya, dalam ertikata menghukum mereka sebagai orang kafir. Melainkan setelah ditegakkan hujjah yang jelas yang dengannya mereka menjadi tahu (faham) bahawa diri mereka telah menyelisihi para rasul. Walaupun sebenarnya perbuatan yang mereka lakukan tersebut (secara zahirnya) tidak dapat dinafikan ianya termasuk ke dalam kekufuran. Inilah kaedah yang perlu diterapkan dalam masalah takfir terhadap individu tertentu....

.... Sesiapa yang telah jelas diyakini telah beriman (walaupun telah melakukan kesalahan yang secara zahirnya kafir), tidak boleh dijatuhkan hukuman kafir (hilang keimanan) dengan hanya berdasarkan alasan yang samar. Bahkan keimanannya tidak boleh dihukumkan telah hilang terhadapnya melainkan setelah ditegakkan hujah kepadanya dan syubhat yang ada di kepalanya dibersihkan.” (Majmu’ al-Fatawa, 12/500-501)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

إنّ العذاب يستحق بسببين:
أحدهما: الإعراض عن الحجّة وعدم إرادتها والعمل بها، وبموجبها.
الثّاني: العناد لها بعد قيامها وترك إرادة موجبها.
فالأوّل: كفر إعراض. والثّاني: كفر عناد.
وأما كفر الجهل مع عدم قيام الحجّة، وعدم التمكن من معرفتها، فهذا الذي نفى الله التّعذيب عنه، حتى تقوم حجة الرّسل

Seseorang berhak menerima azab disebabkan dua keadaan:

Pertama: Tidak peduli dengan dalil, tidak menghendakinya, juga enggan mengamalkannya atau menerima/mengakui kewajibannya.

Kedua: Membangkang setelah mengetahui dalil dan meninggalkan sesuatu yang diperintahkan dalil tersebut.

Jenis yang pertama dinamakan kufur i’radh (ketidakpedulian), dan jenis kedua dinamakan kufur ‘inad (keangkuhan/sombong).

Adapun seseorang yang melakukan kekufuran disebabkan ketidaktahuan, disebabkan dalil belum dijelaskan kepadanya, serta ia tidak memiliki kemampuan untuk mengetahuinya, maka nescaya Allah tidak akan mengazabnya. Melainkan setelah dalil-dalil yang dibawa oleh para Rasul dijelaskan kepadanya. (Thariq al-Hijratain, m/s. 611)

4 – Ia melakukannya bukan kerana takwil (anggapan bahawa perbuatannya tersebut adalah benar disebabkan terkeliru) atau syubhat.

Maksud Takwil:

والتأويل هو: أن يرتكب المسلم أمرًا كفريًّا، معتقدًا مشروعيته، أو إباحته له؛ لدليل يرى صحته، أو لأمر يراه عذرًا له في ذلك، وهو مخطئ في ذلك كله

Iaitu seseorang Muslim yang melakukan kekufuran dengan keyakinan (anggapan) bahawa perkara tersebut disyari’atkan atau dibolehkan berdasarkan dalil yang difahami benar, atau dalam makna yang lain, ia dimaafkan (atas kekeliruannya) sementara ia salah dalam setiap anggapannya tersebut. (Dr. ‘Abdullah B. ‘Abdul ‘Aziz al-Jibrin, Dhawabithuhu Takfir al-Mu’ayyan: http://www.alukah.net)

إن المتأوِّل الذي قصد متابعة الرسول - صلى الله عليه وسلم - لا يكفر؛ بل ولا يفسق، إذا اجتهد فأخطأ، وهذا مشهور عند الناس في المسائل العملية، وأما مسائل العقائد فكثير من الناس كفَّر المخطئين فيها، وهذا القول لا يُعرف عن أحد من الصحابة والتابعين لهم بإحسان، ولا عن أحد من أئمة المسلمين، وإنما هو في الأصل من أقوال أهل البدع الذين يبتدعون بدعة ويكفرون من خالفهم كالخوارج والمعتزلة والجهمية

Individu yang mentakwil dengan tujuan mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia tidak dikafirkan. Ia juga tidak dilabel sebagai fasiq apabila ia telah berijtihad (berusaha sedaya-upaya dengan kemampuan dan ilmunya) lalu tersalah. Ini suatu yang masyhur di kalangan awam dalam permasalahan ibadah. Adapun dalam permasalahan ‘aqidah, ramai orang yang bertindak mengkafirkan mereka yang salah. Padahal, pendapat ini tidak diketahui oleh seorang pun daripada sahabat dan Tabi’in yang berjalan di atas prinsip yang benar ataupun juga dari para imam kaum muslimin. Sebenarnya pendapat yang mengkafirkan pelaku takwil tersebut (secara khusus) adalah dari kalangan ahlul bid’ah yang memiliki kebiasaan menciptakan bid’ah lalu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak selari dengan pendapat mereka seperti kaum khawarij, Muktazilah, dan Jahmiyah. (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 5/161-162)

Firman Allah:

رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami sekiranya kami lupa atau kami bersalah.” (Surah al-Baqarah, 2: 286)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

والمتأول المخطىء مغفور له بالكتاب والسنة قال الله تعالى في دعاء المؤمنين ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا وثبت في الصحيح أن الله عز وجل قال قد فعلت وفي سنن أبن ماجه وغيره أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ والنسيان

Orang yang tersalah faham (keliru dalam memahami dalil), dosanya diampuni berdasarkan al-Kitab dan as-Sunnah. Allah Ta’ala menceritakan permohonan kaum mukminin, “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami sekiranya kami lupa atau kami bersalah.” Lalu dijawab-Nya, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis qudsi di Shohih al-Bukhari, “Ya, Aku telah memperkenankannya.”

Nabi juga bersabda, sebagaimana diriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah dan selainnya, “Sesungguhnya Allah memaafkan kesalahan dan keterlupaan umatku.” (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 4/265)

Syaikh ‘Abdur Rahman B. Nashir as-Sa’di rahimahullah berkata:

إنّ المتأوّلين من أهل القبلة الذين ضلّوا وأخطأوا في فهم ما جاء به الكتاب والسّنة، مع إيمانهم بالرسول، واعتقادهم صدقه في كلّ ما قال، وأنّ ما قاله كلّه حقّ، والتزموا ذلك، لكنهم أخطأوا في بعض المسائل الخبريّة أو العمليّة، فهؤلاء دلّ الكتاب والسّنة على عدم خروجهم من الدّين، وعدم الحكم لهم بأحكام الكافرين، وأجمع الصّحابة ـ رضي الله عنهم ـ والتّابعون ومَن بعدهم من أئمة السّلف على ذلك

Kaum muslimin yang melakukan takwilan/tafsiran (dalam usaha memahami agama), lalu ia tersesat dan keliru dalam memahami al-Kitab dan as-Sunnah, dalam keadaan mereka beriman kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, meyakini kejujurannya dan kebenaran setiap sabdanya, serta berpegang teguh dengan prinsip ini. Tetapi mereka terkeliru (tersalah) dalam beberapa bentuk permasalahan khabariyyah (aqidah) dan amaliyah (fiqih), mereka tidak boleh dijatuhi hukuman keluar dari agama Islam, juga tidak boleh diperlakukan padanya hukum yang khusus sebagaimana diperlakukan ke atas orang-orang kafir sebagaimana dijelaskan dalam al-Kitab dan as-Sunnah. Kaedah ini telah pun disepakati oleh para sahabat (radhiyallahu ‘anhum), tabi’in, serta para ulama salaf setelah mereka. (al-Irsyad ila Ma’rifatul Ahkam, m/s. 207)

أن المبتدعة الواقعين في المكفر ثلاثة أقسام: قسم لا يُعذر؛ بل يكفر؛ لمعرفته بالحق، وإصراره على المخالفة، وقسم آثِم؛ لعدم بحثِه عنِ الحق، وقسم ربما كان مغفورًا له؛ لجهله مع حرصه على معرفة الحق، ولكن لم يتيسر له من يعلمه إيَّاه

Bahawasanya ahlul bid’ah yang terjatuh dalam kekufuran itu terbahagi kepada tiga jenis,

1 – Mereka yang tidak dapat dimaafkan. Dan mereka dikafirkan kerana mereka mengetahui hakikat kebenaran yang sebenar.

2 – Mereka yang berdosa kerana tidak berusaha mencari kebenaran.

3 – Mereka yang mungkin mendapat keampunan disebabkan kebodohannya walaupun ia telah berusaha sedaya-upaya untuk mengetahui hakikat kebenaran, akan tetapi tiada guru yang dapat mengajarnya (dengan benar). (al-Irsyad ila Ma’rifatul Ahkam, m/s. 209)

Dengan penjelasan tersebut, maka dapatlah kita ketahui dan fahami siapakah yang berhak mendapat udzur atau tidak. Mereka adalah dari kalangan orang-orang yang beragama Islam, beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan meyakini segala kebenaran yang dibawa olehnya.

Dengan adanya batasan ini, orang-orang kafir dan kaum zindiq yang menyamar di sebalik tabir takwil, sama sekali mereka tidak termasuk dalam kategori ini. Kerana tujuan mereka bukanlah untuk taat kepada Allah dan mengikuti Rasul-Nya, melainkan untuk menghancurkan agama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari dasar prinsip-prinsipnya. Seperti contohnya dari kalangan kaum syi’ah Rafidhah, Bathiniyyah, dan yang seumpamanya. Kalau pun mereka memiliki takwil, takwil itu hanyalah sebagai alasan untuk mengelabui umat Islam agar makar dan tipu-daya mereka tidak diketahui umum.

Dengan itu juga, jelaslah bahawa orang-orang yang memiliki tujuan dan maksud yang busuk, seperti para pengikut hawa nafsu yang sebenarnya mengetahui hakikat kebenaran dan makna yang telah sahih dari dalil-dalil yang dibentangkan, namun mereka bertindak mentakwilkannya kerana dorongan hawa nafsu (benci dengan kebenaran) dan berniat busuk, maka takwil seperti ini tidaklah termasuk dalam kategori takwil yang berhak mendapat udzur.

Bukti-bukti Perkataan Sayyid Qutub Yang Menyeru Kepada Takfir

Bahaya Ikhwanul Muslimin

Melalui pelbagai kajian, penelitian dan tulisan para ulama, mereka akhirnya telah mengeluarkan suatu fakta dan fatwa yang begitu mengejutkan dakwah dunia Islam masa ini iaitu berkenaan siapakah sebenaranya Ikhwanul Muslimin dan bagaimanakah fikrah para tokoh-tokohnya yang sebenar.

Pelbagai tulisan daripada para ulama telah dikeluarkan dan disebarkan bagi menerangkan dan membongkaran pelbagai bentuk penyimpangan kerangka pemikiran Pertubuhan
Ikhwanul Muslimin dan para tokohnya.

Perjuangan
Ikhwanul Muslimin suatu ketika dahulu amat gah dan cukup dikenali oleh sebahagian besar umat Islam sebagai suara kebangkitan dan dakwah Islam. Namun, hakikat mereka, matlamat, usaha perjuangan, dan nama bukanlah suatu fakta yang haq untuk menyatakan bahawa mereka dari kelompok yang benar jika jelas ia menyanggahi kebenaran. Kita sebagai umat Islam berfahaman Ahlus Sunnah wal-Jama’ah yang bersikap adil, sama-samalah kita nilaikannya berdasarkan hujjah dan dalil yang tepat berdasarkan kefahaman para ulamanya umat, terutama berdasarkan kefahaman para ulama dari golongan generasi awal di atas manhaj al-Qur’an dan as-Sunnah yang akurat. Lalu, tidak sewajarnya kita cepat melenting dan melatah.

Makanya dengan ini, kemungkaran dan penyelewengan mereka (
Ikhwanul Muslimin) terhadap agama akan terus didedahkan kepada umum, agar kita semua menjadi celik dan segera menjauhi peyimpangan-penyimpangan pemikiran mereka yang berbahaya kepada aqidah dan kesatuan umat Islam masa ini.

Untuk melihat fatwa dan peringatan para ulama terhadap Pertubuhan Ikhwanul Muslimin, sila ke
http://bahaya-syirik.blogspot.com/2010/03/114-fatwa-ulama-masa-kini-terhadap.html

Sayyid Qutub Secara Ringkas

Dilahirkan di Mesir, sebuah perkampungan bernama Musha, pada 8 Oktober 1906. Dan mendapat pendidikan awal di perkampungan yang sama. Memiliki kelayakan sebagai tenaga pengajar dalam bahasa Arab dan ijazah dalam bidang Seni dan falsafah. Terkenal sebagai penulis dan pejuang pertubuhan/gerakan
Ikhwanul Muslimin. Hasil karyanya yang cukup terkenal adalah Fi Dzilalil Qur’an dan Ma’alim Fi at-Thariq. Pernah bertugas sebagai tenaga pengajar. Pernah mendapat pendidikan di barat selama beberapa tahun dan beberapa tempat yang lain, termasuk di Colorado State College of Education (sekarang dikenali sebagai University of Northern Colorado). Menyertai pertubuhan/gerakan Ikhwanul Muslimin pada sekitar tahun 1950 (atau hujung 40-an) dan menjadi seorang penulis dan pemikir. Beliau merupakan seorang tokoh dan penggerak utama dalam gerakan tersebut, sekaligus menjadi panutan (ikutan) oleh para pemuja dan pengekor Ikhwanul Muslimin (serta komponen-komponen serpihan mereka di merata dunia).

Nukilan Dari Hasil Tulisan Sayyid Qutub

Beliau (semoga Allah mengampuninya) berkata:


والمسألة في حقيقتها هي مسألة كفر وإيمان، مسألة شرك وتوحيد، مسالة جاهلية وإسلام، وهذا ما ينبغي أن يكون واضحاً...، إن الناس ليسوا مسلمين ـ كما يدّعون ـ وهم يحيون حياة الجاهلية، وإذا كان فيهم مَن يحب أن يخدع نفسه، أو يخدع الآخرين، فيعتقد أن الإسلام ممكن أن يستقيم مع هذه الجاهلية، فله ذلك، ولكن انخداعه أو خداعه لا يغيّر من حقيقة الواقع شيئاً، ليس هذا إسلاماً، وليس هؤلاء مسلمين

Dan yang menjadi masalah yang sebenarnya adalah di antara kufur dan iman, syirik dan tauhid, jahiliyyah dan Islam. Dan perkara ini wajib diketahui dengan jelas. Umat manusia sekarang bukanlah orang-orang Islam, walaupun mereka mendakwa perkara tersebut. Kerana mereka hidup dalam keadaan jahiliyyah. Terserah, sekiranya ada orang yang lebih memilih untuk membohongi dirinya sendiri atau membohongi orang lain, dengan mengatakan mungkin sahaja Islam akan ditegakkan dalam suasana jahiliyyah ini. Namun, perkara tersebut tidaklah akan mengubah sedikitpun kenyataan yang sebenarnya. Ini bukanlah Islam dan mereka bukanlah umat Islam (kaum muslimin). (Sayyid Qutub, Ma’alim fii ath-Thariq, m/s. 158)

لقد استدار الزمان كهيئته يوم جاء هذا الدين بلا إله إلاّ الله، فقد ارتدت البشرية إلى عبادة العباد وإلى جور الأديان، ونكصت عن: لا إله إلاّ الله...

البشرية بجملتها بما فيها أولئك الذين يرددون على المآذن في مشارق الأرض ومغاربها كلمات: (لا إله إلاّ الله) بلا مدلول ولا واقع...، وهؤلاء أثقل إثماً وأشدّ عذاباً يوم القيامة؛ لأنهم ارتدّوا إلى عبادة العباد-من بعد ما تبيّن لهم الهدى-، ومن بعد أن كانوا في دين الله

Seluruh umat manusia, termasuk mereka yang selalu mengumandangkan kalimat laa ilaaha illallah. Umat manusia telah murtad dan kembali kepada penyembahan makhluk, serta kembali kepada amalan/tabiat agama-agama. Mereka meninggalkan laa ilaaha illallah.

Seluruh umat manusia termasuk mereka yang selalu mengumandangkan kalimat laa ilaaha illallah di menara-menara seluruh penjuru bumi, namun tanpa praktikal mahu pun realiti sebenar. Malah dosa dan azab mereka lebih berat kelak di hari kiamat kerana mereka telah murtad dan kembali kepada penyembahan makhluk setelah sebelumnya mereka mengenal dengan jelas petunjuk Allah dan memeluk agama-Nya. (Sayyid Qutub, Fii Dzilalil Qur’an, 2/1057, ketika beliau menghuraikan Surah al-An’am, 6: 12)

Beliau juga berkata (menegaskan) di dalam kitabnya Fii Dzilalil Qur’an:

إنه ليس على وجه الأرض اليوم دولة مسلمة، ولا مجتمع مسلم، قاعدة التعامل فيه هي شريعة الله، والفقه الإسلامي

Bahawasanya ketika ini tidak ada lagi di muka bumi ini negara Islam atau pun masyarakat Islam. Semuanya perlu dinilai berdasarkan syari’at Allah dan fiqh Islam (kaedah Syara’). (Fii Dzilalil Qur’an, 4/2122)

Bantahan dan Komentar Para Ulama Terhadap Perkataan Takfir Sayyid Qutub

Syaikh Dr. Ibrahim B. ‘Amir ar-Ruhaili hafizahullah mengulas perkataan Sayyid Qutub tersebut dengan katanya:

لأنه الإمام المعظَّم عند كثير من الإخوان، ومَن تأثر بمنهجهم؛ ولأن كتبه أكثر انتشاراً وأعظم تأثيراً من غيرها، حتى إنه لقد افتتن بها بعض المنتسبين للسنة، وإلا فكتب (الإخوان) مليئة بالعبارات المكفّرة لحكام المسلمين وللمجتمعات الإسلامية اليوم

Beliau adalah salah seorang imam (pemimpin) yang diagungkan oleh kebanyakan pengikut Ikhwanul Muslimin serta orang-orang yang terpengaruh/terkesan dengan pemikiran mereka. Sekiranya dibuat perbandingan dengan yang selainnya, buku-buku beliaulah antara yang paling banyak tersebar dan paling berpengaruh (memberi kesan) dalam pembentukan ideologi takfir. Sehingga sebahagian orang yang menisbahkan diri mereka kepada Ahlus Sunnah juga turut terkesan (terpengaruh). Dan perlu juga kita ketahui bahawa buku-buku Ikhwanul Muslimin yang lain turut dipenuhi dengan kenyataan-kenyataan pengkafiran terhadap pemerintah umat Islam dan rakyatnya pada hari ini. (Ibrahim B. ‘Amir ar-Ruhaili, at-Takfir wa Dhowabithuhu, m/s. 32)

Kemudian, beliau berkata lagi:

إلى غير ذلك مما جاء في كتب (سيد قطب) من أمثال هذه النصوص الصريحة، التي لا تحتمل أي تأويل في تكفير علماء وحكام المسلمين وسائر أفراد الأمة الإسلامية، حتى المؤذنين على المآذن، هم عند سيد كفار مرتدّون، أثقل إثماً وأشدّ عذاباً من غيرهم.

فمن هذه الكتب وأمثالها تلقى بعض التكفيريّين المعاصرين منهجهم، وفكرهم القائم على تكفير المجتمعات الإسلامية، وما ترتب على ذلك من اغتيالات وتفجيرات وسفك للدماء المعصومة في كثير من أقطار المسلمين وخارجها

Masih banyak lagi dalam pelbagai tulisan (buku) Sayyid Qutub tentang perkataan-perkataan yang serupa, yang tidak mungkin lagi dapat difahami melainkan bahawa beliau telah mengkafirkan para ulama, pemerintah umat Islam serta seluruh masyarakat Islam. Sehingga para mu’adzin, menurut Sayyid Qutub semuanya adalah kafir dan murtad, malah lebih berat dosa dan azabnya berbanding yang lain.

Dari buku-buku inilah dan yang seumpamanya, sebahagian pembela ideologi takfir (pengkafiran) abad ini memperolehi semangat (sumber inspirasi) untuk mengembangkan ideologi takfir seterusnya, yang dibina dengan pengkafiran ke atas umat Islam. Kesannya kini mengakibatkan fitnah pembunuhan, pengeboman, dan pertumpahan darah orang-orang yang tidak bersalah di pelbagai wilayah umat Islam dan selainnya. (Ibrahim B. ‘Amir ar-Ruhaili, at-Takfir wa Dhowabithuhu, m/s. 32)

Pemikiran takfir (pengkafiran ke atas umat Islam) oleh Sayyid Qutub ini telah tersebar melalui banyak tulisan-tulisannya sehingga telah diakui oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sendiri yang antaranya adalah:

1 - Dr. Yusuf al-Qaradhawi, dengan katanya:

في هذه المرحلة ظهرت كتب الشهيد سيد قطب، التي تمثل المرحلة الأخيرة من تكفيره، والتي تنضح بتكفير المجتمع، وقطع العلاقة مع الآخرين، وإعلان الجهاد الهجومي على الناس كافة

Pada ketika ini, telah muncul buku-buku asy-Syahid Sayyid Qutub yang menggambarkan fasa terakhir dari ideologi takfirnya. Iaitu pengkafiran masyarakat (Islam), pengasingan/pemisahan diri, dan deklarasi (pengistiharan) jihad untuk memerangi seluruh umat manusia. (Rujuk: al-Qaradhawi, Aulawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah, m/s. 110)

2 - Berkata Farid ‘Abdul Kholiq (bekas mursyid Ikhwanul Muslimin):

ويقول فريد عبد الخالق: ((ألمعنا فيما سبق إلى أن نشأة فكر التكفير بدأت يبن شباب بعض الإخوان في سجن القناطر في أواخر الخمسينات وأوائل السّتّينات، وأنهم تأثروا بفكر الشهيد سيد قطب وكتاباته، وأخذوا منها أن المجتمع في جاهلية، وأنه قد كفر حكامه الذين تنكروا لحاكمية الله بعدم الحكم بما أنزل الله ومحكوموه؛ إذ رضوا بذلك))

Telah kami bentangkan di hadapan, bahawa kemunculan ideologi takfir ini, dimulakan di tengah-tengah para pemuda (aktivis) Ikhwanul Muslimin, dalam penjara al-Qanathir (di Kairo, Mesir), pada akhir tahun lima puluhan dan awal tahun enam puluhan. Sebagai kesan daripada pemikiran asy-Syahid Sayyid Qutub dan tulisan-tulisannya. Dari pemikiran dan tulisan inilah, mereka mengambil kesimpulan bahawa masyarakat sekarang ini berada dalam keadaan jahiliyyah dan pemerintah umat Islam telah kafir, kerana dianggap tidak mengakui hukum Allah, disebabkan mereka tidak menerapkan hukum-Nya. Begitulah pula para rakyat dianggap telah kafir, kerana mereka turut meredhai perkara tersebut. (Rujuk: al-Ikhwan al-Muslimun fii Mizan al-Haq, m/s. 115)

3 - Berkata Salim al-Bahnasawi:

ويقول سالم البهنساوي في كتابه: (الحكم وقضية تكفير المسلم): ((ولقد نقل سيد قطب بعض أقوال المودودي وأبرزها في كتاباته، وعلى الأخص الجزء السابع من الظلال، ثم جاء قوم ورتبوا على هذا وغيره أن المسلمين قد كفروا؛ لأنهم ينطقون بشهادة لا يعرفون معناها، ولا يعملون بمضمونها، ومهما صلّوا وصاموا وحجّوا وزعموا أنهم مسلمون، فلن يغيّر ذلك من كفرهم شيئاً))

Sayyid Qutub telah menukil perkataan-perkataan al-Maududi dan membentangkannya ke dalam buku-buku beliau, terutamanya dalam jilid ketujuh dari adz-Dzilal. Kemudian mencullah sekelompok orang yang mengambil kesimpulan dari keterangan-keterangan tersebut dan yang lainnya bahawa umat Islam telah kafir. Ini adalah kerana mereka (umat Islam) mengucapkan kalimah syahadah, namun tidak mengetahui maknanya serta tidak mengamalkan kandungannya. Walaupun mereka solat, puasa, berhaji, dan mengaku sebagai muslim. Perkara tersebut sama sekali tidak dapat mengubah status kekafiran mereka. (Rujuk: al-Hukm wa Qadhiyyah Takfir al-Muslim, m/s. 50)

4 - Ali Jariisyah pula berkata:

وفي الحديث انشقت مجموعة على جماعة إسلامية كبيرة إبان وجودهم في السجون، ومع ذلك لجأت تلك المجموعة إلى تكفير الجماعة الكبيرة؛ لأنها لا تزال على رأيها في تكفير الحاكم وأعوان الحاكم ثم المجتمع كله، ثم انشقت المجموعة المذكورة إلى مجموعات كثيرة كلّ منها يكفّر الآخر

Ketika ini, sekelompok orang yang memisahkan diri dari Jama’ah Islamiyah yang asal (yang besar/induk asal), di ketika meringkuknya mereka di penjara. Bersamaan dengan itu, mereka mengkafirkan Jama’ah yang asal, disebabkan mereka tetap dengan pendiriannya bahawa pemerintah, para kakitangannya, dan seluruh rakyat dianggap telah kafir. Kemudian serpihan kelompok tersebut berpecah lagi menjadi kelompok-kelompok yang lain, yang saling mengkafirkan di antara satu dengan yang lain. (al-Ittijahat al-Fikriyyah al-Mu’ashirah, m/s. 279)

Nasihat Para Ulama Berkaitan Pemikiran Sayyid Qutub

Penjelasan daripada Syaikh ‘Abdullah B. Muhammad ad-Duwaisy rahimahullah pada mukaddimah bukunya yang membahaskan kesalahan-kesalahan dalam Kitab Fii Dzilalil Qur’an, katanya:

فقد كثر السؤال على كتاب ظلال القران لمؤلفه سيد قطب ولم اكن قد قرأته فعزمت على قراءته فقراته من أوله إلى آخره فوجدت فيه أخطاء في مواضع خصوصا ما يتعلق بعقيدة أهل السنة والجماعة وعلم السلوك فأحببت التنبيه على ذلك لئلا يغتر به من لا يعرفه

Banyak pertanyaan berkaitan kitab Fii Dzilalil Qur’an yang ditulis oleh Sayyid Qutub. Sedangkan aku belum membacanya, maka aku pun berniat untuk membacanya dari awal hingga akhir. Setelah aku baca, ternyata terdapat banyak kesalahan di beberapa tempat, khususnya perkara-perkara yang menyentuh isu-isu aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dan akhlak. Untuk itu, aku pun berusaha untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang tidak mengetahuinya supaya tidak terpedaya dengannya. (Mukaddimah kitab beliau, al-Mauridzh Zhallal Fittanbihi ‘ala Akhtha’izh Zhilal, m/s. 5 – Maktabah Darul ‘Ulyan)

Nasihat daripada Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafizahullah kepada para pemuda berkaitan membaca Kitab Fii Dzilalil Qur’an:

سئل الشيخ العلامة صالح الفوزان عن قراءة كتاب "ظلال القرآن" ؟

فقال: (وقراءة الظلال فيها نظر لأن الظلال يشتمل على أشياء فيها نظر كثير، وكوننا نربط الشباب بالظلال ويأخذون ما فيه من أفكار هي محل نظر. هذا قد يكون له مردود سيئ على فكار الشباب. فيه تفسير ابن كثير، وفيه تفاسير علماء السلف الكثيرة وفيها غنى عن مثل هذا التفسير

وهو في الحقيقة ليس تفسيراً، وإنما كتاب يبحث بالمعنى الإجمالي للسور، أو في القرآن بوجه عام. فهو ليس تفسيراً بالمعنى الذي يعرفه العلماء من قديم الزمان ؛ أنه شرح معاني القرآن بالآثار، وبيان ما فيها من أسرار لغوية وبلاغية، وما فيها من أحكام شرعية. وقبل ذلك كله بيان مراد الله - سبحانه وتعالى - من الآيات والسور

أما "ظلال القرآن" فهو تفسير مجمل نستطيع أن نسميه تفسيراً موضوعياً فهو من التفسير الموضوعي المعروف في هذا العصر، لكنه لا يُعتَمد عليه لما فيه من الصوفيات، وما فيه من التعابير التي لا تليق بالقرآن مثل وصف القرآن بالموسيقى والإيقاعات، وأيضاً هو لا يعنى بتوحيد الألوهية، وإنما يعنى في الغالب بتوحيد الربوبية وإن ذكر شيئاً من الألوهية فإنما يركز على توحيد الحاكمية، والحاكمية لاشك أنها نوع من الألوهية لكن ليست ] وحدها ] هي الألوهية المطلوبة، ] وهو يوؤل الصفات على طريقة أهل الضلال ]

والكتاب لا يجعل في صف ابن كثير وغيره من كتب التفسير

هذا الذي أراه ولو اختير من كتب السلف، ومن الكتب المعنية بالعقيدة والمعنية بتفسير القرآن والمعنية بالأحكام الشرعية لكان هذا أنسب للشباب

المرجع (في شريط مجموع ما قاله ابن باز حول نصيحته العامة - لقاء مع فضيلته - مكة المكرمة - 9/8/1412 ثم صححه الشيخ)

Syaikh al-‘Allamah Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan telah ditanya berkenaan membaca kitab Fii Dzilalil Qur’an.

Beliau berkata: Persoalan membaca buku adz-Dzilal masih diperdebatkan kerana azh-Zhilal mengandungi banyak perkara yang masih perlu diperdebatkan, dan bahawasanya jika kita menjadikan para pemuda bergantung dengan kitab tersebut (sebagai rujukan) dan supaya mereka mengambil pemikiran yang padanya terdapat perkara yang perlu diperdebatkan, kebarangkalian dalam hal ini adalah akan memberi kesan/akibat yang buruk kepada pemikiran para pemuda. Di sana ada tafsir Ibnu Katsir dan tafsir-tafsir ulama salaf lainnya yang banyak sekali jumlahnya yang sudah lebih dari cukup daripada tafsir seperti (Fii Dzilalil Qur’an) ini.

Pada hakikatnya kitab tersebut bukanlah kitab tafsir namun hanyalah sebuah buku yang membahaskan persoalan secara umum dari setiap surah atau al-Qur’an. Maka buku itu bukanlah tafsir dengan makna yang difahami oleh para ulama terdahulu dari masa yang lalu iaitu bahawasanya tafsir adalah penjelasan akan makna al-Qur’an dengan riwayat-riwayat (atsar) yang ada, dan penjelasan tentang segala apa yang tersembunyi di sebaliknya sama ada dari segi bahasanya mahupun keindahannya, dan segala yang terkandung di dalamnya dari hukum-hukum syara’. Dan sebelum itu semua, penjelasan yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dari ayat-ayat dan surah-surah yang ada.

Sedangkan buku Fii Dzilalil Qur’an adalah sebuah buku yang membentangkan tafsiran secara umum yang mungkin dapat kita namakannya dengan buku tafsir yang bersifat tematik iaitu di antara tafsiran yang bersifat tematik yang kita kenal di zaman sekarang ini, akan tetapi tafsir tersebut tidak dapat dijadikan sandaran (rujukan) kerana bercampur dengan pelbagai perkara bersifat kesufian dan rangkaian-rangkaian kata yang tidak sewajarnya berada dalam kitabullah, seperti mensifatkan al-Qur’an dengan muzik dan nada-nada (note muzik) dan juga penulisnya tidak prihatin terhadap tauhid uluhiyah, dan beliau memberi perhatian kepada tauhid rububiyah, dan apabila beliau sebutkan berkenaan tauhid uluhiyah maka ia memusatkannya (mengarahkannya) pula kepada tauhid hakimiyah (perundangan), dan al-hakimiyah tidak dinafikan merupakan sebahagian dari tauhid uluhiyah, akan tetapi ia bukanlah satu-satunya tauhid uluhiyah yang diinginkan (dan ia mentakwilkan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan kaedah orang-orang yang sesat).

Buku ini tidak boleh dijadikan setaraf (seiring) dengan Tafsir Ibnu Katsir dan kitab-kitab tafsir lainnya.

Inilah pendapat saya, dan jika mengambil dari kitab-kitab salaf (kitab terdahulu), dan kitab-kitab yang berbicara tentang aqidah, tafsir al-Qur’an dan hukum-hukum syara’, maka pastilah lebih sesuai (tepat) bagi para pemuda tersebut.” (Rujukan: Kaset “Majmu’ ma Qalahu Ibnu Baz Haula Nashihatihi al-Ammah”, pertemuan dengan yang mulia Syaikh, Makkah al-Mukarramah, 9/8/1412H, yang kemudiannya diteliti (disahihkan) kembali oleh Syaikh). (Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 48-49, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Nasihat Syaikh Dr. Ibrahim B ‘Amir ar-Ruhaili hafizahullah setelah mengulas beberapa perkataan takfir Sayyid Qutub di dalam bukunya:

فإني أحذّر كلّ شاب غيور على دينه من مطالعة هذه الكتب الفكرية التي مسماها يدل على بُعدها عن الدين، فهي كتب فكرية كما يسمونها، أي: أنها حصيلة أفكار وآراء لمؤلِّفيها، وهذه الكتب لا تقل خطورة عن كتب الكلام التي حذّر منها السلف، بل هي أشدّ، فلا هي التي قامت على الأدلة ولا هي استنارت بفهم سلف الأمة، بل هي تتخبط في البدع والضلالات، والسمة البارزة لها تهييج الأمة ودعوتها إلى الخروج، والتمرد على ولاة الأمر، بدعوى كفرهم وردّتهم عن الدين، وتزهيد الشباب في العلم الشرعي، والعلماء وشغلهم بالسياسية والولوج في الفتن حتى عمّ شر هذه الكتب وعظم خطرها، وافتتن بها خلق كثير لا يعلم عددهم إلاّ الله. فإنا لله وإنا إليه راجعون

Kami mengingatkan kepada setiap generasi muda yang memiliki ghirah (semangat/kecenderungan/minat) terhadap agamanya supaya tidak membaca buku-buku pemikiran, yang judulnya sahaja telah menunjukkan jauhnya buku-buku tersebut dari ajaran agama. Buku-buku tersebut semata-mata hanyalah pendapat dan hasil pemikiran pengarangnya belaka. Buku-buku tersebut tidak kalah bahayanya berbanding buku-buku ilmu kalam (ahli falsafah) yang telah dijelaskan penyimpangannya oleh para ulama salaf, malah buku-buku pemikiran ini jauh lebih bahaya. Ia tidak dibina di atas dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah, juga tidak menjadikan kefahaman para salaf (ulama generasi awal) sebagai lampu pembimbing (penerang). Malah ia tenggelam dalam kepelbagaian bentuk bid’ah dan penyimpangan.

Ciri-ciri utama buku-buku tersebut adalah menghasut dan memprovokasi masyarakat supaya memberontak dan menentang pemerintah (para pemimpin) umat Islam. Selain itu, buku-buku tersebut juga mengajar generasi muda supaya memandang sebelah mata kepentingan ilmu-ilmu agama dan para ulama, lalu mengajak para pemuda menyibukkan diri dengan politik dan menenggelamkan mereka dalam huru-hara.

Bahaya dan bencana buku-buku ini telah bermaharajalela, sehingga begitu ramai sekali terperangkap ke dalam kesesatannya. Tidak ada yang mengetahui banyaknya jumlah mereka, melainkan hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja... (Ibrahim B. ‘Amir ar-Ruhaili, at-Takfir wa Dhowabithuhu, m/s. 35)

Selain penyimpangan dalam pemikiran takfir ini, pelbagai lagi bentuk-bentuk penyimpangan yang telah dilakukan dan ditinggalkan (diwariskan) oleh Sayyid Qutub melalui karya-karyanya. Antaranya, boleh diteliti hasil kajian yang disusun oleh Syaikh Dr. Rabe’ B. Hadi al-Madkhali hafizahullah seperti melalui kitabnya, al-‘Awashim Mimma fii Kutubi Sayyid Qutub minal Qawashim, http://www.rabee.net)

Dan buku (hasil kajian) tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah, dengan katanya:

كل ما رددته على سيد قطب حقٌ صوابٌ، ومنه يتبين لكل قارئ على شيء من الثقافة الإسلامية أن سيد قطب لم يكن على معرفة بالإسلام بأصوله وفروعه. فجزاك الله خير الجزاء أيها الأخ (الربيع) على قيامك بواجب البيان والكشف عن جهله وانحرافه عن الإسلام

“Semua apa yang anda bantah ke atas Sayyid Quthub adalah haq dan benar. Dan darinya akan menjadi penjelasan bagi setiap pembaca sebagai suatu tsaqafah (peringatan/wawasan) Islamiyyah bahawa Sayyid Quthub tidaklah mengetahui secara benar hakikat Islam dari peringkat ushul (dasar) atau pun furu’ (cabang)nya. Maka semoga Allah memberikan balasan kepada anda dengan kebaikan yang banyak wahai Saudara Rabe’ di atas usaha anda dalam melaksanakan kewajiban menjelaskan dan menyingkap kejahilan serta penyimpangannya (Sayyiq Quthub) terhadap Islam.” (Rujuk: Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 33, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Pesan Syaikh al-Muhaddis Hammad B. Muhammad al-Anshari berkenaan hasil kepelbagaian bentuk penyimpangan milik Sayyid Qutub ini, katanya:

إن كان قائل هذا الكلام حيا فيجب أن يستتاب، فإن تاب وإلا قتل مرتدا، وإن كان قد مات فيجب أن يبين أن هذا كلام باطل ولا نكفره لأننا لم نقم عليه الحجة

Sekiranya orang yang berkata seperti ini masih hidup, perlu diminta kepadanya supaya bertaubat, sekiranya enggan, maka dia wajib dibunuh kerana murtad. Sekiranya dia telah meninggal dunia, maka wajib tampil memberi penjelasan bahawa perkataan seperti tersebut adalah perkataan yang batil dan kita tidak perlu mengkafirkannya kerana tidak mengetahui alasan kenapa beliau menyatakan demikian. (Rujuk: al-'Awashim Mimma fii Kutubi Sayyid Qutub minal Qawashim, m/s. 27)

Wallahu a’lam...