__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Friday, February 29, 2008

054 - Milik Dr. Mohd. Asri - "Buku Islam Liberal..." - Buku Ini Yang Kami Bantah

Milik Dr. Mohd. Asri - "Buku Islam Liberal..." - Buku Ini Yang Kami Bantah

(gambar atas - Muka Depan & Belakang buku)

(Inilah Isi kandungan/teks yang kami bantah (Klik utk besarkan image))

Bantahan Boleh Dirujuk sebagaimana link berikut:

Bantahan Dari Sahabat-sahabat:

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/053-bantahan-pertanyaan-buat-sohibus.html

Bantahan Oleh Ustaz Rasul Dahri:

http://bahaya-syirik.blogspot.com/2008/02/052-membantah-syubhat-buku-islam.html

Sunday, February 24, 2008

053 - Bantahan & Pertanyaan Buat Sohibus Somahah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Bantahan & Pertanyaan Buat Sohibus Somahah Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin

Assalamuaikum warahmatullah...

-----------@@@@-----------

Mukaddimah

Daripada: Kami, kepada Saudaraku Sahibus Samahah, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin.

Telah sampai kepada umat bahawa karangan-karangan tuan memiliki penyimpangan terhadap mazhab salaf, dan telah sering juga tuan memberikan jolokan yang keji kepada para ulama sunnah. serta tidak kurang juga fatwa-fatwa yang tuan nukilkan bersumber dari ahli bid'ah. Cukuplah bagimu ucapan pendahulu kita, dari kalangan ulama yang antusias dalam sunnah, yang dijoloki sebagai alim, muhaddith, yang dikatakan Syeikh Bin Baz, sebagai mujaddid di bawah langit ini, iaitu Syeikh al-Albani:

Ketika Syaikh al-Albani ditanya oleh Abul Hasan Al-Mishri (Musthafa bin Isma'il Abul Hasan Al Sulaimani Al Ma'ribi Al Mishri, sebelum menyimpang manhajnya):

"Bagaimana menurut Syaikh tentang Syaikh Muqbil dan Syaikh Rabi' yang keduanya memerangi pendapat-pendapat bid'ah, dan sebagian anak-anak muda yang meragukan kemampuan kedua orang Syaikh ini. Seandainya Syaikh menyampaikan nasehat kepada mereka tentang dua orang Syaikh ini walaupun dengan keterangan yang ringkas, semoga Allah menjadikan manfaat yang banyak dan semoga dengan keterangan Syaikh akan dapat menolak omongan tentang dua orang Syaikh ini, iaitu omongan orang-orang yang ingin mencela keduanya".

Syaikh al-Albani menjawab:

"Kita tidak ragu bertahmid kepada Allah bahawa Allah menjadikan dakwah yang baik ini tegak di atas al-Kitab, as-Sunnah (yakni hadits) dan di atas manhaj salafush-shalih dengan para da'i yang terdapat di berbagai negeri Islam yang menunaikan amalan fardhu kifayah ini dimana sedikit orang yang mau menjalankan amalan ini di dunia Islam pada hari ini. Oleh kerana itu kedengkian kepada dua orang Syaikh ini yang keduanya berdakwah kepada Al-Kitab. As-Sunnah dan kepada pemahaman salafushshalih serta memerangi orang-orang yang menyimpang dari manhaj yang benar, sehingga tidak tersembunyi bagi setiap orang, hanyalah akan timbul pada salah satu dari dua golongan, iaitu orang jahil atau ahlul bid'ah. Kalau orang tersebut jahil, maka untuk membimbing mereka kepada kebenaran akan lebih mudah kerana ia semula menyangka dirinya mempunyai ilmu, kemudian setelah tampak jelas baginya ilmu yang benar, ia akan terbimbing kepada kebenaran. Oleh kerana itu aku telah menyatakan dalam banyak kesempatan, bahawa pada sebagian jama'ah-jama'ah yang berdiri pada hari ini, dan mereka ini menyimpang dari dakwah kita. Kita lihat bahawa dikalangan mereka ada keikhlasan, maka aku katakan bahawa mereka lebih aku cintai daripada orang yang bersama kita di dalam dakwah kita, tetapi kemudian tampaklah bahawa ia tidak bersama kita dalam perkara keikhlasannya, padahal ikhlas adalah merupakan syarat diterimanya suatu amalan shalih. Adapun jika orang tersebut adalah ahli bid'ah, maka tidak ada lagi bagi kita untuk membimbing mereka pada kebenaran kecuali jika Allah memberi petunjuk. Ada dua kemungkinan jenis orang yang mencerca kedua Syaikh ini sebagimana telah kita sebut, iaitu ia adalah orang jahil sehingga ia harus diajari ilmu atau ia adalah shahibul hawa'(ahlul bid’ah)". (Membantah Tuduhan, Menjawab Tantangan, hal.77-78).

Sesungguhnya hal yang demikian itu merupakan satu bencana, musibah kepada umat manusia dan juga kepada dirimu sendiri wahai tuan. Sesungguhnya tanganmu dan mulutmu yang berbuat demikian, adalah pedang yang tajam yang merobek jantung Islam dan sunnah, kerana tuan telah berusaha saban hari untuk menjatuhkan para pembela sunnah zaman ini. Sesungguhnya setiap manusia itu akan kembali juga kepada sang penciptanya. Maka takutkanlah azab Allah di hari pembalasan. Ingatlah bahawa disana tiada jalan kembali. Barangsiap yang memusuhi walinya, bererti bahawa dia juga memusuhi Allah azzawajalla. Dikesempatan yang masih tersisa, sementara ajal belum menjelma, maka kembalilah kepada al haq, wahai tuan yang saya hormati. Apakah kekayaan, harta, pangkat, pujian, nafsu dan sanjungan itu lebih bernilai dari kebenaran? dan apakah yang tuan perjuangkan itu merupakan hakikat yang menyenangkan?

Lalu, tinggalkan sesuatu yang akan sirna, dan peganglah sesuatu yang akan kekal selamanya, tali Allah! Sesungguhnya kemarahan daku, adalah kerana kecintaanku kepada dirimu, dan kepada agama allah ini dan sunnah rasulnya serta para sahabat baginda. tidak lain! Ingtlah perhitungan kita ini, akan dilihat oleh Allah. dan aku telah berbuat semampu aku untuk mengajak tuan yang daku hormati, kembali kepada sunnah! selebihnya adalah didalam perhitungan dan perkiraan allah. Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali akhir, daku amat-amat berharar agar syeikh akan menyedari kesalahan-mu dan bersedia untuk menerima kebenaran. sesungguhnya wala wal bara adalah atas Al Quran wa sunnah wa fahmus sahabah.

Wassalam.
Moga tuan akan kembali.

-----------@@@@-----------

Berikut saya petik dan nukilkan semula dari Kitab “Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong” (Terbitan Karya Bestari), tulisan SS Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin:

-----------@@@@-----------

"Sikap ghulu sesetengah golongan kesufian telah menyebabkan mereka melebihkan syeikh mereka dari-pada yang sepatutnya. Sikap ghulu golongan fiqh telah menyebabkan mereka meletakkan hukum-hakam, syarak dan persoalan agama yang menyusahkan orang ramai. Sedangkan Islam bersifat mudah dan ALLAH ingin mempermudahkan hamba-hamba-NYA dalam beragama, bukan menyusahkan. Sikap ekstrim sese-tengah golongan Salafiyyah pula telah menyebabkan mereka menghukum sesat sejumlah besar tokoh-tokoh umat dengan membuat andaian yang salah terhadap beberapa ucapan dan pendirian mereka. Ini seperti yang dilakukan oleh aliran Madkhaliyyah[1] dan beberapa pengikutnya di bumi ini.

[1] Hal ini merujuk kepada al-Syeikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dari Arab Saudi. Seorang tokoh yang kontroversi. Alirannya terkenal dengan menghukum sesat, fasiq dan seakan mengkafirkan sebahagian besar ulama zaman kini. Aliran ini terkenal dengan sikap melampau dan bersedia menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka mendakwa mereka berpegang dengan pegangan Salaf dan mereka merupakan Salafiyyah. Di negara kita juga ada segelintir yang terpengaruh dengan aliran ini. Antaranya tulisan seorang tokoh, Muwazanah (Penilaian Seimbang), Hukumnya Sunnah Atau Bidaah. Dalam tulisan yang penuh dengan pembohongan fakta itu, penulisnya telah memberikan gambaran yang salah tentang pegangan Salaf. Beliau telah juga menghukum sesat Muhammad Qutub, Hasan al-Banna, Dr. Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Surur, Safar Hawali, 'Abdul Rahman 'Abdul Khaliq, Hadi al-Misri, Mahmud Tahhan dan tokoh-tokoh ulama yang lain. Dengan memetik kenyataan tokoh-tokoh itu secara tidak amanah, penulis menghukum mereka dengan sikap yang penuh kemelampauan. Umpamanya pada muka surat 17, membohongi teks asal al-Qaradawi dan membuat hukuman seakan al-Qaradawi kafir dengan katanya: 'Perkataan seperti ini sebenarnya sama seperti memerangi tauhid uluhiyah dan tauhid asma’ wa sifat. Ucapan ini adalah syubhat dan perangkap iblis atau syaitan.' Kita tahu bahawa memerangi tauhid adalah kekufuran, sedangkan mustahil tokoh seperti al-Qaradawi memerangi tauhid. Semoga ALLAH memelihara kaum muslimin daripada sikap melampau. Ramai tokoh ulama telah menjawab aliran melampau Salafiyyah Madkhaliyyah ini. Sila rujuk laman web: http://www.khomri.jeeran.com."

Rujukan: “Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong”, Tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Terbitan Karya Bestari, m/s. 21

-----------@@@@-----------


Bantahan & Persoalan:

Berdasarkan Teks Yang as-Sheikh SS Dr. Mohd. Asri Kemukakan, Saya Bincangkan Satu Persatu -

1) "Ini seperti yang dilakukan oleh aliran Madkhaliyyah [1] dan beberapa pengikutnya di bumi ini"

Mengapakah Dr. Mohd. Asri melabelkan Syeikh Dr. Rabi’ Sebagai Aliran Madhkaliyah? [dan sesetengah penulis menyebutkannya sebagai Salafi Yamani ataupun Salafi Syadid] justeru terdapat persoalan di sini, siapakah Dr. Rabi’ ini dan apakah Aliran pemikirannya menyimpang dari kebenaran?

Tetapi apabila dilihat, bahawa Syeikh Rabi itu merupakan seorang tokoh ulama sunnah yang disanjungi oleh para masyaikh sunnah yang lain, dan ia dinyatakan oleh para masyaikh sebagai ulama yang benar pemahamannya, lurus aqidahnya!

Dengan ini juga, kita dapati bahawa tindakannya menghujat para tokoh bid'ah merupakan jalan yang di atas kebenaran, dan Syeikh Dr. Rabi' disokong oleh seluruh para masyaikh dalam hal ini! Apakah Dr. Mohd. Asri terlupa bahawa menggelar-gelar tokoh sunnah itu adalah perbuatan Yahudi, Nasrani dan ahli bid'ah?

Al-Imam Ahmad bin Sinan Al-Qaththan rahimahullah berkata: "Tidak ada seorang pun dari ahlul bid'ah di dunia ini kecuali benci terhadap ahlul hadits (Ahlus Sunnah wal Jamaah)". (Syaraf Ash-habil Hadits, karya Al-Khathib Al-Baghdadi rahimahullah, hal. 73)
Al-Imam Isma'il bin Abdurrahman Ash-Shabuni rahimahullah berkata: "Tanda dan ciri mereka yang utama adalah permusuhan, penghinaan dan pelecehan yang luar biasa terhadap pembawa hadits Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam (ulama)". (Aqidatus Salaf Ash-habil Hadits, hal.116)
Al-Imam Abu Hatim Ar-Razi rahimahullah berkata: "Ciri-ciri ahlul bid'ah adalah melecehkan ahlul atsar (Ahlus Sunnah wal Jamaah)." (Syarh Ushul I'tiqad Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, karya al-Laalika’i rahimahullah, 1/200)

Apakah Dr. Mohd. Asri termasuk dalam cakupan ahli bid'ah yang disebutkan oleh para imam ahlus sunnah, iaitu manusia yng mencela para ulama sunnah? Apakah di dalam hati Dr. Mohd. Asri terbuku kebencian yang mendalam terhadap Syeikh Dr. Rabi’? Mengapa? Dan apa maksud Dr. Mohd. Asri dengan pengucapan buruk ini? mahu menjatuhkan Syeikh Dr. Rabi' dan menghinakannya? Sesungguhnya al-Alamah al-Muhaddith Syeikh Dr. Rabi' al-Madkhali merupakan anak murid senior kepada Syeikh Bin Bazz, kepada Syeikh Uthaimin dan kepada Syeikh al-Albani. Malah mereka bertiga memberikan pujian dan syahadah kepada Syeikh Dr. Rabi'. Syeikh telah mendapat sanjungan, inilah janji Allah:

"Niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang berilmu beberapa derajat." (Al-Mujadilah: 11)
asy-Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahullah berkata: "Oleh kerana itu kita dapati orang-orang yang berilmu selalu menyandang pujian. Setiap (nama mereka) disebut, pujian pun tercurah untuk mereka. Ini merupakan wujud diangkatnya darjat (mereka) di dunia. Adapun di akhirat, akan menempati darjat yang tinggi lagi mulia sesuai dengan apa yang mereka dakwahkan di jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan realisasi dari ilmu yang mereka miliki." (Kitabul Ilmi, hal.14)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata: "Maka wajib bagi seluruh kaum muslimin - setelah mencintai Allah Subhanahu wa Ta'ala dan Rasul-Nya- untuk mencintai orang-orang yang beriman sebagaimana yang telah disebutkan di dalam Al Qur'an, terkhusus para ulama pewaris para Nabi, yang diposisikan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bagaikan bintang-bintang di angkasa yang jadi petunjuk arah di tengah gelapnya daratan maupun lautan. Kaum muslimin pun sepakat bahawa para ulama merupakan orang-orang yang berilmu dan dapat membimbing ke jalan yang lurus." (Raf'ul Malam 'Anil Aimmatil A'lam, hal. 3)

Malah layaklah Syeikh Dr. Rabi’ mendapat pujian dan sanjungan. asy-Syaikh al-Albani rahimahullah menyatakan: "Sesungguhnya pembawa bendera al-Jarh wat Ta'dil di masa ini dengan sebenarnya adalah saudara kita DR. Rabi' …"
Asy-Syaikh Al-'Utsaimin rahimahullah berkata: "…dan Asy-Syaikh termasuk 'ulama sunnah, termasuk ahlul khair, aqidahnya selamat (dari penyimpangan, pent), dan manhajnya lurus."
Asy-Syaikh Muhammad bin 'Abdillah As-Subayyil (imam Al-Masjidil Haram):

"…beliau memiliki kesungguhan yang besar dalam da'wah di jalan Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas manhaj as-salafush shalih, membela aqidah as-salafiyyah yang shahih, membantah orang-orang yang menyimpang, dari kalangan ahlul bid'ah dan ahlul ahwa'…" (Lihat Ats-Tsana-ul Badi' minal 'Ulama-i 'ala Asy-Syaikh Rabi' karya Asy-Syaikh Khalid Azh-Zhafiri)

2) "Seorang tokoh yang kontraversi"

Syeikh Dr. Rabi' dikatakan kontraversi, justeru siapakah yang mengkontraversikan beliau? Melainkan para ahli bid'ah dan hizbiyyun. Sedangkan pada sisi ulama sunnah, Syeikh Dr. Rabi' dikenali sebagai memiliki jalan yang selamat, aqidah yang benar, manhaj yang salafi. Sepastinya-lah Ibn Taimiyyyah juga ulama yang kontraversi, tetapi yang menganggapkan sebagai kontraversi hanya pada pihak ahli bid'ah, sedangkan pada pihak ahlus sunnah, Syeikhul Islam amatlah benar perjuanggannya.

Siapa yang tidak mengenal Ibn Taimiyyah dengan segala kontraversinya? Semua umat. Bagaimana ini berlaku? Kerana wujud orang-orang ahli bid'ah yang membuat cerita tentang beliau. Mengapa ahli bid'ah melakukan hal tersebut? Kerana Syeikhul Islam membantah mereka dengan hujjah. Begitu juga dengan Syeikh Dr. Rabi’ yang dihentam oleh para ahli bid'ah, kerana mereka dibongkarkan kedustaan mereka oleh hujjah Syeikh Dr. Rabi’. Kalaulah Dr. Mohd. Asri yang mendapat gelar “Phd” dalam bidang hadith, menganggap bahawa Syeikh Dr. Rabi’ itu seorang yang menyeleweng, maka tulislah satu hujjah (kitab) yang membongkar kepalsuan Syeikh Dr. Rabi, dan kitab tersebut haruslah Dr. Mohd. Asri berikan kepada para masyaikh untuk disemak dan diberikan kata-kata awalan. Saya tidak mengerti apakah Dr. Mohd. Asri menyedari bahawa ucapan Dr. Mohd. Asri ini seolah-olah Zamihan Thsani (Zamihan ke dua). Zamihan mencela Ibn Taimiyyah yang memegang panji Jahar pada zaman silam sedangkan Dr. Mohd. Asri berusaha menjatuhkan Syeikh Dr. Rabi' yang memegang panji Jahar pada zaman ini. Apa maksud Dr. Mohd. Asri dengan mengucapkan sekian banyak kalimat dusta dan keji ini?

Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah: "Yang demikian itu dalam rangka untuk memisahkan umat dari ulamanya. Sehingga (bila berhasil) akan mudah bagi mereka (Ahlul Bid'ah) untuk menyusupkan pelbagai kerancuan pemikiran dan kesesatan yang dapat menyesatkan umat dan memecah belah kekuatan mereka. Itulah misi yang mereka inginkan, maka hendaknya kita waspada." (Ma Yajibu Fit Ta'amuli Ma'al Ulama, hal. 17)

Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan hafizhahullah berkata: "Menggunjing ulama, melecehkan, dan menjelek-jelekkan mereka merupakan jenis ghibah dan namimah yang paling berat, kerana dapat memisahkan umat dari ulamanya dan terkikisnya kepercayaan umat kepada mereka. Jika ini terjadi, akan muncul kejelekan (keburukan) yang besar." (Ma Yajibu Fit Ta'amuli Ma'al Ulama, hal. 17)

Apakah Dr. Mohd. Asri merupakan manusia yang cuba untuk memecah-belahkan ummah, mencerai-beraikan ulama dari kaumnya?

3) "Terkenal dengan menghukum sesat, fasiq dan seakan mengkafirkan sebahagian besar ulama zaman kini. Aliran ini terkenal dengan sikap melampau dan bersedia menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka".

Apakah maksud Dr. Mohd. Asri dengan mengatakan bahawa Syeikh Dr. Rabi’ dikenali sebagai aliran melampau, mudah menghukum sesat, fasiq dan seakan mengkafirkan ulama' umat ini? Apakah Dr. Mohd. Asri tidak membaca karangan-karangan Dr Rabi' berkenaan manhaj-manhaj sesat dan jaharnya/kritikannya terhadap para tokoh sesat?

Atau Dr. Mohd. Asri sendiri yang tidak memahami Manhaj Salaf malah amat menghairankan bagaimana Dr tidak mengambil ilmu hadith dari al-Albani padahal al-Albani merupakan ulama hadith yang unggul di zaman ini, yang berdiam di jordan. Atau Dr. Mohd. Asri sendiri tidak mengenal siapakah ulama sunnah dan siapa pula ulama bid'ah. Atau Dr. Mohd. Asri sendiri tidak mengenal hakikat bid'ah dalam aqidah dan manhaj, yang Dr. Mohd. Asri kenal bid'ah hanyalah seputar fiqh. Padahal sekelian ulama sunnah menyatakan bahawa Syeikh Dr. Rabi’ itu adalah seorang ulama yang tawaddu', lembut dalam bicaranya, lurus pemahamannnya, tetapi keras kepada ahli bid'ah. Syeikh Dr. Rabi’ dimuliakan oleh para masyeikh sunnah yang lainnya.

Perhatikanlah wahai SS Dr. Mohd. Asri, bahawa memberikan sikap keras kepada ahli bid'ah merupakan jalannya ahlus sunnah.

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

"Da'i yang mengajak kepada satu bid'ah berhak menerima hukuman, menurut kesepakatan kaum muslimin. Hukuman itu terkadang berupa hukuman mati atau yang lebih ringan, sebagaimana para salafush shalih membunuh Jahm bin Sufyan, Ja'd bin Dirham, Ghailan al-Qadari, dan lain-lain. Seandainya dia dianggap tidak berhak dihukum atau tidak mungkin dihukum seperti itu, maka menjadi sebuah keharusan untuk diterangkan kebid'ahannya dan men-tahdzir agar umat supaya menjauhinya. Kerana sesungguhnya hal ini termasuk amar ma'ruf nahi munkar yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya." [Majmu'ul Fatawa XXXV/414]

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah: "Orang yang membantah ahli bid'ah adalah mujahid."

Al-Imam Al-Mujahid Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata:

"Jihad melawan munafiqin ini lebih berat daripada jihad melawan orang-orang kafir. Jihad ini merupakan jihadnya orang-orang khusus dari umat ini, iaitu para 'ulama pewaris para nabi. Maka orang-orang yang tampil menegakkan jihad jenis ini hanyalah segelintir orang saja, demikian juga orang yang mahu membantu mereka hanya sedikit saja. Namun demikian, meskipun secara jumlah mereka itu sedikit, mereka sangat besar kedudukannya di sisi Allah."

Al-Humaidi, salah seorang guru Al-Imam Al-Bukhari, berkata: Demi Allah, aku lebih suka menyerang orang-orang yang menolak hadits Rasullullah daripada menyerang sebanyak itu tentara At-Turk" [diriwayatkan oleh Al-Harwi melalui sanadnya sendiri dalam Kitab Dzammul Kalam (288-Syibl)], Maksud tentara At-Turk di sini adalah tentara Kafir.
Maka kebalikan dari itu, bersikap lembut kepada ahli bid'ah [tamyee'] dan memasukkan nama mereka pada setiap lembaran atau tulisan Dr. Mohd. Asri [al-muwazanah] merupakan jalannya ahli bid'ah! Katakanlah wahai Dr. Mohd. Asri, jalan siapakah yang engkau tempuhi? siapakah ulama sunnah yang menjadi panutanmu dalam hal ini? Dan mengapakah engkau bersikap lunak kepada ahli bid'ah?

Sesungguhnya, keredhaanmu kepada mereka, adalah gambaran awal keberadaanmu dalam kelompok mereka. Bukan-kah telah tsabit hadith tentang hal ini?

4) "Mereka mendakwa mereka berpegang dengan pegangan Salaf dan mereka merupakan Salafiyyah".

Mereka mendakwa mereka beraqidah salaf dan mereka adalah salafiyyun. apakah makna ucapan ini? Kenapa Dr. Mohd. Asri menggunakan kalimat "mendakwa"? kefahaman dari ayat ini ialah Dr. Mohd. Asri mengatakan bahawa Dr. Rabi' bukanlah beraqidah Salaf dan mereka yang mengikuti Dr. Rabi bukanlah Salafiyyun! Justeru seluruh ulama sunnah telah dituduh oleh Dr. Mohd. Asri sebagai ahli bid'ah, yang suka menyesatkan, yang suka menfasiqkan, dan suka hampir mengkafirkan manusia, kerana mereka berdiri di belakang Syeikh Dr. Rabi’. Al-Imam Isma'il bin Abdurrahman Ash-Shabuni rahimahullah berkata: "Aku melihat, julukan-julukan yang ditujukan kepada Ahlus Sunnah itu justeru tertuju kepada ahlul bid'ah sendiri. Dan tidak satupun dari julukan-julukan tersebut yang mengena - kerana keutamaan dan jaminan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala;

Di dalam menyikapi ahlus sunnah, mereka meniru metode musyrikin (Makkah) - semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala melaknati mereka - ketika menyikapi Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, iaitu dengan memberikan julukan-julukan (palsu) kepada beliau. Sebahagian dari mereka menjulukinya "tukang sihir", sebagian lagi menjulukinya "dukun", "penyair", "orang gila", "orang yang terfitnah", "pembual", dan "pendusta". Namun Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam bersih dari semua julukan tersebut, dan tidak lain beliau adalah seorang rasul, manusia pilihan dan nabi. Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Perhatikanlah, bagaimana mereka membuat perbandingan-perbandingan tentang kamu, lalu sesatlah mereka, mereka tidak sanggup (mendapatkan) jalan (untuk menentang kerasulanmu)." (Al-Furqan: 9)

Demikian pula ahlul bid'ah - semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala hinakan mereka- yang memberikan julukan-julukan (palsu) kepada para ulama pembawa hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, yang selalu mengikuti jejak beliau dan berpegang teguh dengan sunnahnya (yang dikenal dengan Ashhabul hadits). Sebagian ahlul bid'ah menjuluki mereka dengan Hasyawiyyah, sebahagian lagi menjuluki dengan Musyabbihah, Nabitah, Nashibah, dan Jabriyyah. Namun tentu saja ashhabul hadits sangatlah jauh dan bersih dari julukan-julukan negatif itu. Dan mereka tidak lain adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang mulia, jalan yang diridhai lagi lurus, serta hujjah-hujjah yang kuat lagi kokoh." (Aqidatus Salaf Ash-habil Hadits, hal 119-120)

5) Siapakah Tokok Malaysia yang “beraliran Madhkaliyah”? Apakah Dr Sulaiman Nordin ataupun Ustaz Rasul Dahri, ataupun siapa? Dan apakah pula isi kandungan kitab al-Muwazanah tersebut?

Bukankah Dr. Asri pernah berseminar dengan Dr. Sulaiman dan Dr. terkejut dengan hadith perpecahan ummat dan Hadith Perbezaan adalah Rahmah? Malah bukankah saat itu pertama kalinya Dr. membaca Kitab Syeikh Udaini "Membongkar Kedok Al-Qaradhawi" yang disuakan oleh Dr Sulaiman?

Dan bukankah Ustaz Rasul sering menasihati kepada Dr. Mohd. Asri untuk kembali memasuki Manhaj Salaf secara kaffah, sering melakukan kunjungan kepada rumah Dr. Mohd. Asri, melihat kitab-kitab Dr. Mohd. Asri dan menasihati Dr. Mohd. Asri? Apakah sikap yang sama juga Dr. Mohd. Asri lakukan? Tidak! Malah mereka dihinakan dalam kuliah-kuliah Dr. Mohd. Asri!

Apakah ini sikapnya seorang Ahlus Sunnah?

Berkenaan dengan Kitab al-Muwazanah, sebenarnya perbicaraan yang sama juga telah diutarakan oleh Syeikh Dr. Rabi’. Malah kitabnya itu diterima pakai oleh para masyaikh. Apakah Dr telah membaca kitab tersebut dan memahami tulisan Dr. Rabi'? Dan apakah Dr. Mohd. Asri telah memahami sikap seorang ahlu sunnah terhadap para tokoh bid'ah dan tulisan-tulisan mereka? Dan apakah Dr. Mohd. Asri mengetahui bahawa kitab Syeikh Dr. Rabi’ itu telah disemak oleh Mantan Mufti KSA, Syeikh Abdul Aziz Bin Baz?

Sedangkan apa yang dinukilkan oleh Ustaz Rasul merupakan dari teks ucapan dan tulisan Dr. al-Qaradhawi sendiri. Kalaulah dikatakan Ustaz Rasul itu memutarbelitkan fatwa dan fakta, maka tanyakanlah diri Dr. Mohd. Asri, apakah Dr. Mohd. Asri tidak melakukan hal yang demikian? Betapa banyak fatwa-fatwa para Masyaikh yang Dr. Mohd. Asri putarkan kerana mahu memenangkan Fahaman Dr. Mohd. Asri! Dalam Fatwa Syeikh Jibrin, tidak ada satu petunjuk pun yang Syeikh Jibrin menyokong Hizbullah, malah Syeikh telah membesarkan cakupan "golongan yang tidak boleh ditolong" kepada seluruh kaum rafidhi! Tetapi mengapa Dr. Mohd. Asri berusaha "meggaris terangkan" tarikh fatwa lama tersebut dan cuma memahamkan kepada awam bahawa fatwa itu lapuk? Padahal dalam fatwa pujian kepada ‘Aid al-Qarni, Hasan Albanna, dan Sayid Qutub, Dr. Mohd. Asri seolah-olah terlupa bahawa telah terbit fatwa baru yang menyatakan bahawa mereka adalah ahli bid'ah! Sikap apa ini ya Shahibus samahah Syeikh al-Muhaddith Dr. Mohd. Asri? Kalaulah petikan Ustaz Rasul itu adalah dusta, maka kemukakanlah yang benarnya, agar tersingkap segala kepalsuan, dan hilanglah kedustaan dan tampak teranglah hakikat kebenaran!

6) “Beliau telah juga menghukum sesat Muhammad Qutub, Hasan al-Banna, Dr. Yusuf al-Qaradawi, Muhammad Surur, Safar Hawali, 'Abdul Rahman 'Abdul Khaliq, Hadi al-Misri, Mahmud Tahhan.”

Apakah Dr. Mohd. Asri tidak mengetahui bahawa para tokoh yang telah disesatkan oleh Ustaz Rasul merupakan musuh para ulama sunnah? Atau Dr tidak mengenali mereka malah tidak tahu kondisi mereka dan tidak pernah membaca kitab-kitab mereka? Atau sengaja Dr membela mereka kerana mereka itu sejalan dengan fahaman Dr. Mohd. Asri?

Hasan Al Bana

Syaikh Ali Hasan al-Halabi [muridnya Syeikh al-Albani] ditanya: "Apakah Hasan Al-Banna adalah mubtadi'(ahli bid'ah)?"
Jawaban:

Hasan Al-Banna rahimahullah telah menyebutkan dalam kitabnya Al-Mudzakkarat bahawa dia menganut tasawwuf di atas aliran "Hashafiyyah" dan menyebutkan juga dalam buku yang sama bahawa dia menerima aqidah Asy-'Ariyyah.

Dan dalam Majmu'ur Rasail dalam risalah Al-Aqaid diterangkan bahawa aqidahnya adalah aqidah tafwidh. Yang aqidah ini telah diterangkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah bahawa aqidah tafwidh lebih jelek daripada aqidah ta'wil.

Dan dalam risalah Aqaid juga dia menukil dari Abu Hamid Al-Ghazali, Ibnul Jauzi dalam menolak (...ada beberapa kata yang tidak jelas bagi kami-red) dan dari Fakhrurrazi. Tidak ada dalam kitab tersebut nukilan dari Imam Ahmad, Sufyan bin 'Uyainah, Hammad bin Salamah dan Ibnu Taimiyyah serta Ibnul Qayyim, dan seorangpun dari mereka.

Dan Hasan Al-Banna menyebutkan bahawa jalan dakwahnya adalah tariqah sunniyah, hakikat sufiyyah, gerakan politik, persatuan olah raga dan dakwah Salafiyyah. Maka barang siapa yang begini keadaannya, apa yang lebih pantas untuknya? Dan apa yang mesti diucapkan untuk menghukuminya?

("Tanya Jawab dengan Syaikh Ali Hasan hafidhahullah di Yogyakarta" Buletin Al-Manhaj Edisi 7/1419 H/1999M, terbitan Lajnah Khidmatus Sunnah wa Muhaarabatul Bid'ah. Lajnah di PP Ihya'us Sunnah Degolan, Jogjakarta, yang sebelumnya diasuh ustadz Abdul Mu'thi Al Maidani dan rakan. Kini PP Ihya'us Sunnah th 2004 dipegang oleh Ja'far Umar Tholib seorang sufi pengikut Arifin Ilham.)

Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah Bin Baz telah ditanya: "Semoga Allah berbuat baik kepada Anda, hadits Nabi Shalallahu 'alaihi wassalam, tentang berpecahnya umat-umat (yakni) sabda beliau: "Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan kecuali satu". Apakah Jamaah Tabligh dengan kondisi mereka yang memiliki beberapa kesyirikan dan bid'ah, dan Jamaah Ikhwan Muslimin dengan kondisi mereka yang memiliki sifat hizbiyah (berkelompok), dan menentang penguasa, serta tidak mahu tunduk dan patuh, apakah dua golongan ini masuk? (ke dalam hadits tadi - red). Maka Syeikh menjawab: "Dia masuk dalam 72 dolongan ini (golongan sesat, red), barangsiapa yang menyelisihi akidah ahli sunnah maka ia telah masuk kepada 72 golongan. Maksud dari sabda beliau (umatku) adalah umat ijabah artinya mereka yang menerima dan menampakkan keikutan mereka kepada beliau, tujuh puluh tiga golongan, yang lolos dan selamat adalah yang mengikuti beliau dan konsekwan dalam agamanya. Dan tujuh puluh dua golongan, di antara mereka ada bermacam-macam, ada yang kafir, ada yang bermaksiat dan ada yang berbuat bid'ah."

Lalu si penanya berkata: "Maksudnya kedua golongan ini (Jamaah Tabligh dan Ikhwan) termasuk dari tujuh puluh dua? Syeikh menjawab: "Ya. Termasuk dari tujuh puluh dua, begitu juga Murjiah dan lainnya, Murjiah dan Khawarij. Oleh sebahagain ahli ilmu memandang Khawarij tergolong dari orang kafir yang keluar dari Islam, akan tetapi ia termasuk dari keumuman tujuh puluh dua itu. (Dirakam dalam pelajaran syaikh Bin Baz, Syarh al-Muntaqa di kota Thaif, sebelum beliau wafat kira-kira dua tahun atau kurang).

Bukankah Hasal Al-Banna pendiri Jamaah IM? lalu apakah pandangan Dr. Mohd. Asri terhadap jamaah IM? Apakah jamaah IM ini satu gerakan yang lurus, merapatkan ummah, membenari aqidah dan mengamalkan sunnah? Apakah lahir tokoh-tokoh ulama sunnah dari Jamaah IM ini? Dan apakah Dr. Mohd. Asri mengerti bahawa tiada seorang pun Masyaikh Sunnah yang ikut bergabung dengan jamaah IM! Lalu mengapakah para masyaikh menjauhkan diri dari IM? Lalu berkenaan dengan fatwa Syeikh Jibrin. biarlah Andi Abu Talib Al-Astari yang menjawabnya:

Penulis buku "Al-Ikhwan Al-Muslimun: Anugerah Allah Yang Terzalimi berkata di halam 9 paragraf terakhir.

"Begitupun tuduhan mereka terhadap Hasan Al-Banna dan Sayyid Qutub serta pemimpin dan ulama Ikhwan lainnya. Padahal, para imam yang dituduh itu adalah tokoh-tokoh kecintaan para ulama masa kini. Hasan Al-Banna dan Sayyid Quthub telah dipuji Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin salah seorang anggota Hai'ah Kibaril Ulama di Arab Saudi.

Jawaban:

Saya katakan: Perkataan ini harus didudukkan

Pertama:

Harus diketahui latar belakang pujian Syaikh Ibn Jibrin terhadap Sayyid Quthb dan Hassan Al-Banna tersebut. Bahawasanya Syaikh Ibn Jibrin ketika memuji Sayyid Quthb dan Hassan Al-Banna, beliau masih terpengaruh dengan kedekatannya pada tokoh Quthubiyah, Ikhwanul Muslimin kental yakni: Safar Hawali dan Salman Audah. Akan tetapi beliau (semoga Allah Ta'ala mengampuni kesalahan beliau) telah mendapat balasan dan nasihat dari Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi dan Syaikh Muhammad al-Madkhali. Hal ini dapat dilihat di kitab Radd al-Jawab 'Ala Man Thalaba Minna 'Adama Tab'ul Kitab oleh Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi. Hal seperti ini juga menimpa Syaikh Bakr Abu Zaid yang telah ruju' dalam kitabnya Hukmul Intima'. Ini adalah bantahan saya pertama.

Kedua:

Bahawasanya dalam dien ini telah lazim diadakan Jarh wa Ta'dil. Sebagaimana namanya, Jarh adalah bentuk pencelaan sedangkan Ta'dil adalah bentuk pujian. Belum tentu Ta'dil seorang dapat mengangkat kedudukan seorang rawi yang telah di Jahr, apalagi Jama'atul Minal Ulama telah menjahr.

Saya berikan contoh yang serupa dengan hal ini: Imam Adz-Dzahabi dalam Siyar A'lam An-Nubala [1] mengungkapkan tentang Al-Hasan bin Shalih bin Hayyi [2] dengan ungkapan ta'dil. "Dia adalah salah seorang dari Imam Islam meskipun diselimuti bid'ah"

Akan tetapi, berkata Sufyan Ats-Tsauri, "Apapun ilmu yang didengar dari Al-Hasan bin Shalih maka Al-Jama'ah [3] telah sepakat untuk meninggalkannya" [4]

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal, "Kami tidak redha dengan madzhabnya (Al-Hasan bin Shalih), dan Sufyan lebih kami sukai daripadanya" [5]. Dan masih banyak lagi perkataan para imam ahli hadits tentang Al-Hasan bin Shalih ini, di mana seluruh Ahli Hadits sepakat untuk tidak menerima riwayatnya. [6]

Hal ini dapat dipahami dengan kaidah Al-Jahr wa Ta'dil sebagaimana dikatakan oleh Al-Hafidzh Ibn Hajar al-Asqalany

"Dan jarh lebih didahulukan daripada ta'dil apabila disandarkan pada sebab-sebab jarh yang jelas dari orang-orang yang mengetahui (sebab-sebab tersebut)" [7]

Maksud dari kaidah ini adalah bahawasanya boleh dilakukan ta'dil terhadap seseorang secara mujmal (global), akan tetapi apabila datang jarh secara mufasar (terperinci) maka yang lebih didahulukan adalah jarh tersebut.

Berdasarkan hujjah di atas, maka bentuk ta'dil dari Syaikh Ibn Jibrin yang masih bersifat mujmal, dan akan berhadapan dengan jahr dari Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Syaikh Al-Muhadits Muhammad Nashiruddin Al-Albani, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan, Syaikh Abdullah Al-Ghadyan, Syaikh Abdul Muhsin bin Hamid Al Abad Al-Badr, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi, Syaikh Rabi' bin Hadi Al-Madkhali, dan masih banyak lagi yang kesemuanya diturunkan dengan perincian sebab-sebab jarh pada Sayyid Quthb rahimahullah.

Ketiga:

Bahawasanya pujian dari Syaikh Ibn Jibrin tetap tidak dapat dijadikan dalil untuk kita mengambil perkataan Sayyid Quthb dan menerimanya secara ilmiyah diniyah, meskipun pujian itu kita anggap sebagai bentuk tazkiyah (pembersihan nama) sekalipun. Hal ini dikeranakan bentuk pujian (tazkiyah) tersebut diturunkan dengan bentuk yang mujmal (global). Al-Hafizh Ibn Hajar berkata:

"Dapat diterima tazkiyah yang menyebutkan sebab-sebab (tazkiyah) tersebut dari orang yang mengetahuinya meskipun ia hanya satu orang" [8]

Kaedah ini tidak berlaku bagi Sayyidh Quthb kerana bentuk tazkiyah yang diterimanya adalah dalam bentuk yang mujmal (global) tanpa penjelasan sebab-sebab tazkiyahnya. Wallahu 'alam.

_________Foot-Note

[1].
[2]. Al-Hasan bin Shalih bin Hayyi dilahirkan pada tahun 100H dan meninggal pada tahun 178H. Ia termasuk salah satu pembesar Syi'ah Zaidiyah, dan ulama Zaidiyah. Ia juga menjadi pendiri firqah dalam Syi'ah yakni Al-Butriyah. Lihat Al-Farqu Bainal Firaq oleh Al-Baghdady (42).
[3]. Lafal Al-Jama'ah disini bermakna Jama'ah Ahli Hadits
[4] As-Sunnah Lidh Dhalal, 136
[5]. Thabaqah Hanabilah I/58
[6]. Silahkan lihat : Al-Kamal Lii Ibnu Adiy (II/722), Siyar A'lam An-Nubala VII/361, Tahdzib Al-Kamal VI/181. Lihat Bara;atul Ulama Al-Ummah, hal 10, 13 bagi yang menghendaki.
[7]. An-Nukat Ala Nuhzatin Nadhar Fii Taudhihil Nuhbatul Fikra, Tahqiq Syaikh Ali Hasan, hal 193.
[8]. An-Nukat Ala Nuhzatin Nadhar Fii Taudhihil Nuhbatul Fikra, Tahqiq Syaikh Ali Hasan, hal 189.

[Disalin dari buku Menyingkap Syubhat Dan Kerancuan Ikhwanul Muslimin Catatan Dan Bantahan Atas Buku Al-Ikhwan Al-Muslimun: Anugerah Allah Yang Terzalimi, Penulis Andy Abu Thalib Al-Atsary, Penerbit Darul Qalam]

Sayid Qutub

tentang Sayid Qutub ini, sekian banyak ulama menjaharnya, saya nukilkan dari salafipublications:

1. Fatwaa of Shaikh Nasir ud-Deen al-Albani

The Muhaddith and Imaam, al-Albani – rahimahullaah – said, commenting upon the book 'al-Awaasim Mimmaa Fee Kutub Sayyid Qutub Min al-Qawasim' of Shaikh Rabee' bin Haadee, "Everything with which you have refuted Sayyid Qutb is the truth (haqq) and is correct (sawab) . And it will become sufficiently clear from this refutation to every one who has read anything from "The Islamic Heritage" that Sayyid Qutb had no knowledge of the Usool (fundamentals) or the Furoo' (subsidiary matters) of Islaam . So may Allaah reward you with the best of reward, O brother Rabee' for fulfilling the obligation of explaining and uncovering his ignorance and deviation from Islaam."

Source:

From the Shaikh's own handwritten letter which he wrote prior to his death in 1999. A photocopy of the original is included in the book itself as an appendix.

2. Fatwaa of Shaikh 'Abdul-Azeez Ibn Baz

Some parts of the book of Sayyid Qutb 'at-Tasweer al-Fannee fil-Qur'aan' were read to him such as his speech about Moosaa - 'alaihis-Salaam - upon whom he said: "Let us take Moosaa - as the example of the leader of excitable nature - and this excitable impulse quickly passes away and he regains his composure, as is the case with the excitable folk." Then he said with regard to the Saying of Allah - the Most High - "Fa as-ba-hu fil madinati kha bi fan..." :- "This is the description of a well known state: the restlessness or fear of one expecting evil at every turn - and this is the characteristic of the excitable folk." ['at-Tasweer al-Fannee fil-Qur'aan': p.200,201,203. 13th ....]

So the Shaikh replied to this:

"Mockery of the Prophets is apostasy in its own."[*]

And is was said to him that Shaikh Rabee' al-Madhkhalee has written a refutation of Sayyid Qutb, so the Shaikh said: "Rebuttal of him is good."

[*] And unfortunately the Qutubi movement clothing itself as Salafiyyah, has not only gone to the extremes in Takfir but has also fallen into the extremes of Irjaa' in that it seeks to defend, nay even promote, the books and writings of their leaders and mentors which contain statements of disbelief and apostasy (examples will be given in Part 2, inshaa'allaah). Shaikh Rabee' bin Haadee said, commenting upon Imaam al-Albani's description of the Qutubiyyah as "The Khawarij of the Era", that "it is more befitting that they be called Murji'ah of the Era before they are called Khawarij of the Era". Refer to al-Asalah (Vol. 24)

Source:

During a lesson of Shaikh 'Abdul - 'Azeez ibn Baaz - hafizahullaah - in his house in Riyaadh 1413H, 'Minhaajus-Sunnah tapes of ar-Riyaadh

3. Fatwaa of Shaikh 'Abdul-Azeez Ibn Baz

A section of the book "Kutub wa Shakhsiyaat" (p.242) was read out to the Shaikh and in which Sayyid Qutb accuses of Mu'awiyah and Amr Ibn al-Aas of lying (kadhib), deception (ghish), treachery or trickery (khadee'ah), hypocrisy (nifaaq), and taking bribes (rishwah).

So he replied: "These are repugnant words!! These are repugnant words. Revilement of Mu'awiyah and of Amr Ibn al-Aas. All of this is repugnant and evil words. Mu'awiyah and Amr and whoever was with them made ijtihaad and erred[*], and those who perform ijtihaad and err then may Allaah pardon us and them.

[*] Shaikh Salih al-Fawzaan in checking through this made the comment, "Being resolved that they erred is not clearly apparent, but if it was said, "They were mujtahidoon, if they were correct they have two rewards and if they erred they have one reward, yet their error is forgiven", it would have been much better and more just."

The questioner then said, "What about his statement that there is hypocrisy (nifaq) in them both, is that not takfir of them?"

Shaikh Ibn Baaz replied, "This is an error and a mistake which is not disbelief. For his revilement of some of the Companions or just one of them is evil (munkar) and sinfulness (fisq) and he deserves to be given exemplary punishment for it – we ask Allaah to pardon him – however, if he reviled most of them and declared them sinners then he would become an apostate, because they are the Carriers of the Revelation. When he reviles them then this means that he is reviling the legislation."
The questioner then said, "Should not these books in which these statements exist be forbidden?"

Shaikh Ibn Baaz replied, "It is necessary for them to be torn to pieces".
Then the Shaikh said, "Is this in a newspaper?"
The questioner said, "In a book, may Allaah be benevolent to you."
The Shaikh asked, "Whose book?"
The questioner said, "Sayyid Qutb…".
The Shaikh said, "These are repugnant words".
The questioner, continuing, "… in 'Kutub wa Shakhsiyaat'"

Source:

The cassette 'Sharh Riyaad us-Saaliheen' dated 18/7/1418H.

4. Fatwaa of Shaikh Muhammad Ibn Uthaimeen

Question: "What is your saying concerning a man who advises the Sunni youth to read the books of Sayyid Qutb, especially 'Fee Dhilaal il-Qur'aan' and 'Ma'aalim Fit-Taareeq', without warning about any of the errors and deviations present in these books?"

Answer: "My statement – may Allaah bless you – is that whoever gives sincerity of purpose to Allaah, His Messenger, and his brother Muslims, that he should encourage the people to read the books of those who have preceded us from the books of tafsir and other than tafsir. These books contain more blessings, are more beneficial and are much better than the books of the later ones. As for the tafsir of Sayyid Qutb – may Allaah have mercy upon him – then it contains great calamities , however we hope that Allaah pardons him. In it are great calamities, such as his tafsir of Istiwaa and his tafsir of "Qul Huwallaahu Ahad", and similarly, his description of one of the Messengers with something unbefitting."

Source:

From the Cassette: Aqwaal ul-Ulamaa Fee Ibtaal Qawaa'id wa Maqaalaat Adnaan Ar'oor, and checked by Shaikh Ibn Uthaimeen himself on 24/4/1421H, with one slight revision who changed the phrase "Anaa Ra'yee…" to "Anaa Qawlee…".

5. Fatwaa of Shaikh Salih al-Fawzaan

Question: "[Adnaan Ar'oor] said, "Why is Imaam Ahmad not reproached for his takfir of the one who abandons prayer and yet Sayyid Qutb is reproached merely because some of these expressions occurred from him ( i.e. his takfir of Muslim societies). So we say: This one performed takfir of the Muslim societies (i.e. Qutb), and yet Imaam Ahmad – may Allaah have mercy upon him – is not reproached despite his judgement of kufr against all these societies [meaning that the majority of them do not pray]."

So what is your comment upon this?"

Answer: Imaam Ahmad is a scholar and a sage (erudite, sagacious) who knows the evidences and the manner of extracting proof from them and Sayyid Qutb is an ignoramus (jaahil) who has no knowledge or cognisance and neither does he have any evidences for what he says. Hence, equating between Imaam Ahmad and Sayyid Qutb is injustice (dhulm) [because Imaam Ahmad has many evidences from the Book and the Sunnah for the one who deliberately abandons the prayer whereas Sayyid does not have a single piece of evidence for his takfir of the Muslims in general. Rather the evidences are in opposition to what he says]."

Question: "Likewise he (Adnaan Ar'oor) says, "I do not know of anyone who has spoken about the affairs of Manhaj in the manner that Sayyid Qutb has spoken of them. And he is correct in the vast majority of what he has written." He (Ar'oor) was asked about this statement of his and he replied, "By the word minhaaj here I mean the issues of reform, elections and assassinations. And by "in his time" I mean the Fifties."

Answer: "He (Ar'oor) does not know because he is ignorant. As for us, then we know – and all praise is due to Allaah – that the scholars both prior to and after Sayyid Qutb, opposed him."

Source:

From the Cassette: Aqwaal ul-Ulamaa Fee Ibtaal Qawaa'id wa Maqaalaat Adnaan Ar'oor. What is in square brackets was added by Shaikh Salih al-Fawzaan himself as a further clarification.

note:

This is only a small selection of the quotations from the Ulamaa which number around 25 or so. All of the above quotations are found in the cassette "Aqwaal ul-Ulamaa Fee Sayyid Qutb", published by Tasjeelaat Minhaaj us-Sunnah of Riyaadh.

Abdur Rahman Abdul Khaliq

Sungguh Abdurrahman Abdul Khaliq, merupakan seorang penikaman terhadap ulama sunnah abad ini (sebagaimana dalam kitabnya Khuthuth Ra'isiyyah Liba'tsil Ummatil Islamiyyah) Diantara pelecehannya terhadap ulama tauhid secara umum adalah:

"Dan saat ini sangat disayangkan kita tidak mempunyai ulama kecuali orang-orang yang memahami Islam dengan pemahaman tradisional…"
Dan juga perkataannya:

"Kita tidak inginkan barisan dari ulama mummi (jasadnya ada, namun pola pikirnya kuno, pen)."
Pelecehannya terhadap ulama besar Muhammad Al-Amin Asy-Syinqithi rahimahullah adalah:

"Dia ibarat perpustakaan berjalan, namun cetakan lama yang perlu direvisi." Dan juga perkataannya: "Orang ini tidak mampu menjawab syubhat yang dilancarkan oleh musuh-musuh Allah, bahkan tidak ada kesiapan untuk mendengarkan syubhat tersebut."

(Dinukil dari Jama'ah Wahidah Laa Jama'at, karya Asy-Syaikh Dr. Rabi' bin Hadi Al-Madkhali, hal. 119-120).

Syeikh Muqbil ditanya: "Apakah Abdurrahman Abdul Kholiq seorang mubtadi'?"
Jawaban Syaikh Muqbil:

Iya dia seorang Mubtadi', kalau dia memang masih tetap menyeru kepada Hizbiyah, dan Rabbul 'Izzah berfirman di dalam Al-Qira'an Al-Karim: "Berpegang eratlah kalian dengan tali Allah dan janganlah kalian bercerai berai" [Al-Imron: 103]

Kalau seandainya dari ahlil ilmi siapa yang mengatakan: "Sesungguhnya orang yang fanatik dengan madzhab yang empat atau salah satu darinya maka dia termasuk Mubtadi'", seperti disebutkan oleh Al-Imam Shon'ani di dalam: "ÃÑÔÇÏ ÇáäÞÇÏ Åáì ÊíÓíÑ ÇáÅÌÊåÇÏ"

Adapun fanatik untuk hizbiyah-hizbiyah yang rendahan seperti ini maka termasuk bid'ah, demikian pula dia memerangi saudaranya Ahlussunnah dan melecehkan mereka (Ahlussunnah), dan legimitasi dia kepada demokrasi dan yang mengingkari atas Ahlussunnah mereka tidak mengatakan dengan 'aml jama'i , maka dia adalah orang yang hilang akalnya, kalau begitu siapa yang mengingkari 'aml jama'i dan Rabbul 'Izzah berfirman di dalam Al-Qur'an Al-Karim:

"Dan tolong-menolonglah kalian dalam kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kalian tolong-menolong di dalam berbuat dosa dan pelanggaran" [Al-Maidah: 2].

(Al-Irsyad Al-Islamiyyah mengamalkan tata cara demokrasi dalam pemilihan pengurus, yayasan Al-Sofwa banyak berhubungan dengan politikus, merestui pikiran politikus, ikhwani, red)
Dan Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda :"

"Antara Mu'min yang satu dengan Mu'min yang lain itu saudara seperti bangunan antara satu dengan yang lainnya saling menopang".

Akan tetapi di dalam batasan-batasan Al-Kitab dan As-Sunnah, bukan seperti apa yang di katakan: "Kami di perintahkan Amir (pemimpin) untuk mencukur jenggot-jengot kami, maka kami mencukurnya", atau "Amir menyuruh kita untuk berpose dan berfoto ria maka kita berfoto ria", dan lain sebagainya dari perkara-perkara yang haram.

Dan sesungguhnya saya bersyukur kepada Allah atas kebaikan yang ditetapkan-Nya di atas tangan-tangan da'i-da'i kepada Sunnah dari Ahlissunnah di negara Yaman. Keluarlah kalian kepada saudara-saudara kalian yang selalu mendapat suntikan dana (dari yayasan hizbiyyah, red), maka kalian dapati mereka ini mati tidak hidup (walaupun jasad mereka hidup). Mereka tidak terasa kapan mereka akan terjatuh dan mereka (da'i-da'i hizbiyun) sudah memprediksi bakal terjatuh.

Berbeda dengan da'i-da'i Ahlussunnah sesungguhnya mereka seperti apa yang di firmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an Al-Karim:

"Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik , akarnya teguh dan cabangnya (menjulang) ke langit, pohon itu memberikan buahnya setiap musim dengan seizin Tuhannya". [Ibrahim: 24-25].

Dan Alhamdulillah da'wah Ahlussunnah tersebar luas di negara Yaman ataupun di luar negara Yaman, dan aku berikan kabar gembira telah datang kepadaku pertanyaan dari negara Inggeris, dan dari negara Amerika, dan dari negara Jerman dan masih banyak lagi dari negara-negara yang lainnya mereka banyak bertanya tentang Abdurrahman Abdul Kholik dan Jumi'yah Ihya' Turath.

Kami mentahdzir mereka dengan sebenar-benarnya tahdzir dari terjatuh ke dalam jaring-jaring mereka (hizbiyyun), kami katakan untuk mereka : "Mohonlah pertolongan kalian kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan berdakwahlah sebatas kemampuan kalian, bukanlah permasalahan terletak di harta, telah bersabar Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam atas lapar, pakaian sederhana dan sakit". "Bersabarlah kalian berd'wahlah sebatas kemampuan kalian jangan jual da'wah kalian untuk fulan dan fulan."

{Kitab "Tuhfatul Mujib" "Bersama Abdurrahman Abdul Kholiq", soal nomor 8/halaman 175-176}.
Jawaban Syaikh Muqbil:

Dan telah kami katakan julukan yang pantas untuk Abdurrahman Abdul Kholiq adalah: Sulfaty", sin dan laam untuk salafiyah, to' dan ya' untuk demokrasi. Seperti Abdurrahman Abdul Kholiq, kalau dia masih tetap keadaannya - seperti keadaannya yang sekarang -, maka sepantasnya untuk menyebutkannya dengan Al-Jarh tidak menyebutkannya dengan At-Ta'dil. Dan ketika dahulu dia masih di Madinah Ar-Rasul Shallallahu 'alaihi wassalam dahulu, dia lurus (jalannya) begitu pula ketika permulaan dia di negara Kuwait.

Mereka orang-orang yang terjarh, dan Jumi'yah Ihya' At-Turats majruhah, sesungguhnya Jumi'yah ini telah memecah-belah da'i-da'i yang menyeru hanya kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, begitu pula Jumi'yah Al-Hikmah Majruhah, dan Jumi'yah Al-Ikhsan Majruhah (keduanya di negara Yaman), begitu pula Al-Ikhwan Al-Muflisin.

Dan yang pertama kali menyeru kepada manhaj ini mereka adalah Al-Hizbiyun dari kelompok Sururiyyah dan Al-Ikhwan Al-Muflisin dan kelompok Jumi'yah Al-Hikmah dan kelompok Jumi'yah Al-Ikhsan.

{Kitab Tuhfatul Mujib: "Bersama Abdurrahman Abdul Kholik", soal nomor 2/halaman 167}.

(Diterjemahkan oleh Al-Ustadz Abu Abdillah Muhammad Abdullah Mubarok Barmim. Beliau murid syaikh Muqbil Ibn Hadi al Wadi'i rahimahullah, Yaman.)

Bukan hanya Syaikh Rabi' Al-Madkhali saja yang mengritik Abdurrahman Abdul Khaliq dan menjelaskan kesalahannya, tetapi banyak sekali dari para ulama dan thulabul ilm, walaupun Syaikh Rabi'lah yang paling banyak menjelaskan kesalahannya. Mereka itu antara lain:

1. Samahatusy Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz rahimahullah.
2. Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah.
3. Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah
4. Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al Fauzan
5. Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al Gadyan
6. Syaikh Shalih bin Abdullah bin Ghusun
7. Syaikh Dr. Muhammad Aman bin Ali Al Jami rahimahullah
8. Syaikh Zaid bin Muhammad Al Madkhali
9. Syaikh Dr, Ali bin Nashir Al-Faqihi
10. Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmi
11. Syaikh Dr. Shalih bin Sa'ad As-Suhaimi
12. Syaikh Ubaid bin Abdullah Al-Jabiri
13. Syaikh Falih bin Nafi' Al-Harbi
14. Syaikh Dr.Muhammad bin Rabi' Al-Madkhali
15. Syaikh Abdurrazzak bin Abdul Muhsin Al-Abbad Al-Badr
16. Syaikh Muhammad bin Hadi Al-Madkhali
17. Syaikh Muhammad bin Abdurrahman Al-Maghrawi dari Maroko
18. Syaikh Dr. Abdullah Al-Farisi dari Kuwait
19. Syaikh Dr.Falah bin Ismail (pengajar Kuliah Syari'ah di Kuwait)
20. Syaikh Dr.Falah bin Tsani As-Su'aidi (pengajar Kuliah Syari'ah di Kuwait)
21. Syaikh Dr. Walid Al-Kandari (pengajar Kuliah Syari'ah di Kuwait)
22. Syaikh Dr.Mubarak bin Saif Al-Hajiri (pengajar Kuliah Syari'ah di Kuwait)
23. Abdullah As-Sabt (muridnya sendiri di At-Turats)

Dan yang selain mereka masih banyak lagi yang tidak disebutkan di sini. (Malhudhot wa Tanbihat 'ala Fatawa Fadhilatusy Syaikh Abdullah bin Abdurrahman Al-Jibrin, Waqafallahu Ta'ala fi Difa'ihi 'an: Hasan Albana, Sayyid Qutb wa Abdurrahman Abdul Khaliq wa Naqdhuhu Lima Katabahu Haulahum Fadhilatusy Syaikh Rabi' bin Hadi Al-Madkhali, hal. 129-131, penulis: Tsaqil bin Shalfiq Al-Qashimi Adh-Dhufairi, 1417 H).

Salman bin Fadh Al 'Audah

Salman bin Fahd Al-'Audah dalam kasetnya Waqafaat Ma'a Imami Daril Hijrah dan tanya jawabnya dengan majalah Al-Ishlah Emirat, Salman Al-'Audah berkata:

"Di dunia Islam saat ini sangat banyak lembaga-lembaga yang jauh dari agama, dan terkadang lembaga tersebut bertanggungjawab tentang fatwa atau urusan agama namun yang dilakukan sebatas pengumuman masuk dan keluarnya bulan Ramadhan."

Dia juga berkata:

"Berbagai insiden yang terjadi di teluk (Arab) semakin membongkar pelbagai macam penyakit tersembunyi yang dihidap oleh kaum muslimin ….. -hingga perkataannya- dan membongkar pula tentang tidak adanya referensi ilmiah (ulama) yang benar dan dapat dipercaya oleh kaum muslimin."

(Dinukil dari Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa'rifuha, hal. 98).

The question put to Shaikh Muhammad Naasirudden al-Albaanee:

"From the matters that occur with the members of that group is that they study certain books, from them is the book 'Fusool minas-Siyaasatish-Shar'iyyah fid-Da'wah Ilallaah' of Shaikh 'Abdur-Rahmaan 'Abdul-Khaaliq, and the book 'Al-Muslimoon wal-'Amal as-Siyaasee' and latterly the book 'Ahkaamut-Tasweer fish-Sharee'ah al-Islaamiyyah' - knowing that in some of these books, on page 183 of the book 'Fusool minas-Siyaasatish-Shar'iyyah fid-Da'wah Ilallaah' Shaikh 'Abdur-Rahmaan speaks about the matter of neglect of Sharee'ah texts due to Sharee'ah benefits. And many of the Salafee youth in Sudan have been put to trial by this and other books, to the point that some of them, when we say, 'Shaikh al-Albaanee, hafizahullaahu ta'aalaa, says ...' then some of them launch bold assaults against the scholars of hadeeth and say, 'That is a scholar of hadeeth whose field is restricted to one area. He teaches, says what is authentic, checks and so on, but as for this man ( i.e., 'Abdur-Rahmaan 'Abdul-Khaaliq), then he studies the situation that we live in and he knows about the affairs of this age, therefore he provides that which Sudan needs - to the extent that he wrote that book as if he were fully aware of Sudan.' So from this point confusion began, from the year 1984."

The Shaikh replied:

"Allaahul-musta'aan. This is a state that is very distressing, and this further affirms what I have just said - that those who take on the leadership of the Muslim youth today are themselves from the youth and those who have not equipped themselves with this knowledge. It is correct that al-Albaanee declares narrations authentic and weak etc., but he does not live on Mars. So he knows the circumstances in which the Muslims live, but he adheres to the Sharee'ah rulings and he does not hold that there is any way for a Muslim to say, 'The goal justifies the means,' and if 'Abdur-Rahmaan were to be asked, and he was a student of mine in the Islamic University, if he were asked or if I had the opportunity to meet him, 'Do you say that the goal justifies the means?' Then he would say, 'No,' because this is a principle of kufr. But if we direct his attention to the fact that he acts in accordance with it, and his life, and what he declares permissible, and that which he clearly states to be permissible from some of the forbidden things, then this is implementation of this principle which is such that no Muslim can consent to it. So he must reject it. But we say, 'What is the benefit of saying one thing and doing something else?'

So therefore we ask for this brother of ours, and for those who have been mislead by his example into contravening the Sharee'ah in some rulings, we ask Allaah to guide and grant us and them that we truly follow the way of the Book and the Sunnah, upon the manhaj of as-Salafus-Saalih, and I return to saying that this circumvention of certain Sharee'ah rulings is contrary to the way of the Muslims throughout the ages.

And whoever contradicts and opposes the Messenger after the right path has been shown clearly to him, and follows other than the believer's way. We shall keep him in the path he has chosen, and burn him in Hell - what an evil destination. Soorah an-Nisaa (4):115

So we ask Allaah, the Mighty and Majestic, to make us aware of the way of the first Muslims, and guides us to proceed upon that way.

Was-Salaamu 'Alaikum wa rahmatullaahi .."

And Shaikh al-Albaanee said:

"... I will now give you an example from our Salafee brothers, I, like you, state definitely that he is not Ikhwaanee, but his manhaj is Ikhwaanee, and he is a Salafee, and I do no think except that you know him well - and he is 'Abdur-Rahmaan 'Abdul-Khaaliq. You know him?"

[A] "Yes."

[Shaikh] "Fine. He was a student of mine in the Islamic University, and in those days he was an Ikhwaanee, and, if the terminology can be used 'turned to a Salafee' there, and he was one of the best of the youth who were attentive to the lessons and what was taught etc. I say the like of you with regard to Salmaan, he is not Ikhwaanee, but his manhaj is the manhaj of the Ikhwaanul-Muslimeen. How is that?

Firstly, he organised a group, a partisan-organisation, do you know this? 'Abdur-Rahmaan. This partisan organisation, this formation of a group is not upon the Salafee manhaj that we call to. Is that not the case? Then if Salmaan, who we are speaking about at the moment and at other times, if we say that he is not Ikhwaanee, and are speaking truly, then that does not extract him from being Ikhwaanee in his manhaj. This is where one should beware, that he is not Ikhwaanee, yet his manhaj is the manhaj of the Ikhwaanul-Muslimeen.

So I ask you now, do you perceive that he gathers the people into a group/organisation, he gathers the youth into a group/organisation, and he incites their emotions upon the like of what the Ikhwaanul-Muslimoon incite them upon, their helpers and their followers etc. I said in the previous lesson, the manhaj of the Ikhwaan is: 'Gather the people into an organisation, then instruct them - then nothing.' There is nothing except blind-gathering of people into an organisation, without any teaching. The proof is that close to a century has come upon the Ikhwaanul-Muslimeen, in their different lands, and they are, in military terms, in a situation of having made no gains. Why? Because this is what their manhaj brings about. They do not advance; not in knowledge, nor in 'aqeedah, nor in behaviour, they are just as they were, completely.

It is not possible for you to find brothers from the Ikhwaanul-Muslimeen following the manhaj of the Sunnah, outwardly at least, you find one of them imitating Hasan al-Bannaa, shortening his beard, and making it - like some of the scholars of the Hanafees say in the books of the Hanafees - like the foreigners or the westerners do. So they persist in following the example of Hasan al-Bannaa, and it does not cross their mind to follow the example of the noblest of the Messengers (sallallaahu 'alaihi wa-sallam).

So now, is there something of this group organisation and this gathering of the youth? This was happening in Kuwait before that which occurred with them. So 'Abdur-Rahmaan and those around him were preoccupied away from cultivating and educating and training (tarbiyah) them upon Islaam - because of this partisanship and group organisation. And this is one of the effects of blind-hizbiyyah,"

'Aid Al Qarni

'Aidh Al-Qarni dalam Qashidah "Da'il Hawasyi Wakhruj" yang terdapat dalam kitabnya Lahnul Khulud hal. 46-47, Aidh Al-Qarni bersyair tentang para ulama Ahlussunnah yang tinggal di kota Riyadh, Saudi Arabia:
Shalat dan puasalah sekehendakmu,
Agama tidak mengenal "Aabid" hanya dengan sekedar shalat dan puasa.
Engkau hanyalah ahli ibadah dari kalangan pendeta,
Bukan dari umat Muhammad,
cukuplah ini sebagai celaan.

Hingga perkataannya:

Karya tulismu hanya untuk membicarakan orang-orang yang telah mati.
Tidak lain engkau orang yang sekarat dan banyak omong.
Karya tulismu hanya untuk membicarakan orang-orang yang telah mati,
Tidak lain engkau orang yang sekarat dan banyak omong,
Tiap hari kau syarah matan dengan madzhab taqlid,
sungguh kau telah menambah noda-noda hitam Engkau pun nampak sibuk dengan masalah-masalah sampingan ketika engkau takut dengan seorang yang jahat lagi ganas.Jangan berkata sepatah kata pun wahai Syaikh!
Dan tunggulah usia fatwa orang sejenismu hanya 50 tahun saja.

(Dinukil dari kitab Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa'rifuha, hal. 99)

Safar Hawali

Safar Hawali dalam kasetnya Fafirruu Ilallah, Safar Hawali berkata:

"Ulama kita wahai ikhwan!!! Semoga Allah menjaga mereka… Semoga Allah menjaga mereka!!! (sebagai ungkapan kekecewaan), kita tidak boleh membenarkan segala sesuatu dari mereka, mereka tidak ma'shum (terjaga dari kesalahan)!!… Kita nyatakan: "Ya! Mereka kurang di dalam memahami waqi' (fenomena kekinian), mereka punya sekian banyak kekurangan yang harus kita lengkapi!! Bukan kita lebih utama dari mereka, tetapi kita hidup dan bergelut dengan berbagai macam persoalan kekinian, sedangkan mereka menyikapi persoalan-persoalan tersebut dengan hukum yang tidak sesuai dengan zaman yang mereka hidup padanya!" -hingga perkataannya- "Dan sebagian dari ulama tersebut mulai menerima kritikan ini, kerana mereka sudah jompo! atau telah memasuki fase ……!?"

(Dinukil dari Madarikun Nazhar Fis Siyasah, hal. 351 footnote no.1)

Muhammad Surur Bin Nayef Zainal Abidin

Muhammad Surur bin Nayef Zainal Abidin dalam majalah "As-Sunnah"-nya (yang lebih pantas disebut Al-Bid'ah) berkata tentang para ulama besar Ahlussunnah yang ada di Saudi Arabia:

"Dan jenis lain adalah orang-orang yang berbuat tanpa ada rasa takut, yang selalu menyesuaikan sikap-sikapnya dengan sikap para tuannya… Ketika para tuan ini meminta bantuan (pasukan) dari Amerika (untuk menghadapi Saddam Husain sosialis, pen), dengan sigap para budak tersebut mempersiapkan dalil-dalil yang membolehkan perbuatan itu, dan ketika para tuan berseteru dengan Iran (yang berpaham sesat Syi'ah Rafidhah, pen) maka para budak itu pun selalu menyebut-nyebut kejahatan dan kesesatan Syi'ah Rafidhah …"

(Majalah As-Sunnah, edisi 23, hal. 29-30).

Dia juga berkata tentang para ulama tersebut:

"Perbudakan di masa lalu cukup sederhana, kerana si budak hanya mempunyai tuan (secara langsung). Adapun hari ini, perbudakan cukup rumit, dan rasa heranku tak pernah sirna terhadap orang-orang yang berbicara tentang tauhid namun mereka budak budak budak budaknya budak, dan tuan terakhir mereka adalah seorang nashrani (yakni George Bush, pen)."

(Majalah As-Sunnah, edisi. 26). (Lihat kitab Al-Quthbiyyah Hiyal Fitnah Fa'rifuha, hal. 89).

Apakah Dr. Mohd. Asri tidak melihat kelancangan mereka menghinakan para ulama sunnah itu sebagai hal-hal yang remeh? apakah Dr. Mohd. Asri tidak mengerti bahawa hampir keseleruh dari mereka menganut faham takfir?

Sungguh yang anehnya ialah faham takfir yang dianut oleh mereka itu dihalakan kepada Syeikh Dr. Rabi’, dan lebih amat menghairankan bila Dr. Mohd. Asri turut mencela para masyikh sunnah! Tetapi nampaknya di Malaysia, wujud seorang tokoh yang membontoti ekor-ekor Muhammad Surur, Salman Audah, Safar Hawali, iaitu Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin, yang mengkeji ulama sunnah dengar gelar-gelar yang pernah sebelum ini para ahli bid'ah ucapkan.

Lalu kenapakah Dr. Mohd. Asri membela mereka? memasukkan fatwa-fatwa mereka dalam tulisan dan mersikap lunak kepada IQ yang menyebarlusakan fatwa-fatwa mereka?

7) " sedangkan mustahil tokoh seperti al-Qaradawi memerangi tauhid"

Apakah Dr. Mohd. Asri menilai bahawa Syeikh Dr. al-Qaradhawi itu ma'sum sehinggakan dia MUSTAHIL untuk berbuat silap? Bukankah engkau juga pernah menulis dalam sebuah atrikel tentang kebid'ahan Qaradhawi suatu masa dulu? dan cerikatanlah kepada ummat, akan seorang dari tokoh sunnah yang memuji dan menyatakan bahawa qaradhawi memiliki aqidah yang selamat - iaitu sunni!

Kalau ada, pasti engkau akan menukilkan fatwa lama, dan meninggalkan fatwa baru! [seolah-olah engkau tidak mengetahuinya, dan sikap seperti ini amat berseberangan dengan sikap engkau dalam hal Fatwa Hizbullah, mengapa wujud sikap Double Standart wahai Syeikh?]

Lupakah engkau wahai Syeikh Hadith Malaysia akan ucapan Imam malik, bahawa semua manusia boleh berbuat silap, melainkan manusia yang dikubur ini [Rasulullah]?

Dan apakah ketokohan seseorang itu akan menghindarkannya dari kesilapan? Lupakah engkau akan Al Harith al muhasibi? atau Al Karabisi? atau Hasan Al Hay? yang para ulama di zaman mereka mengatakan bahawa ilmu mereka seperti lautan, tetapi mereka berhak untuk dijahar kerna terjatuh dalam kubangan bid'ah?

Justeru, apakah yang tersilap dan terpesong adalah Syeikh Muqbil yang menulis sebuah kitab khusus menjahar Yusuf Qaradhawi, Membungkam Anjing Yang Menggonggong Qaradhawi? Ataupun Syeikh Udaini yang menulis Membongkar Kedok Al-Qaradhawi? atau Syeikh Dr. Rabi’ al-madkhili yang silap?

Apakah para ulama' yang memberikan kata pengantar kepada kitab syeikh Udaini itu adalah ulama jahil, ulama haid dan celana yang tidak tahu waqi? Atau ulama yang pikun dan buta? Atau ulama yang pengjilat kerajaan? atau para ulama yang memberi kata pendahuluan dalam membongkar kedok qaradhawi itu adalah ulama pendengki, sang ahli bid'ah, tidak terkenal, jumud, tidak ada kapasitas ilmu dan mereka berpakat untuk mendustrakan al haq?

Demi Allah! keilmuan mereka melebihi engkau wahai penyandang Phd dalam bidang hadith! Apakah engkau mampu menyamai Syeikh Yahya an-Najmi? Apakah engkau mampu menyamai Syeikh Muhammad al-imam? Sungguh, jauh panggang dari api!

Apakah engkau yang kononnya pejuang sunnah, seperti tidak pernah membaca fatwa-fatwa para mujaddid abad ini, berkenaan dengan jamaah IM? Sesungguhnya para masyaikh mengatakan bahawa IM adalah salah satu dari jalan yang tercakup dalam 72 tariqah yang membawa kepada subul-subul syaitan! lalu apakah akan ada seorang tokoh dari tariqah ini yang aqidahnya selamat, manhajnya benar?

Apakah engkau menyangka bawa dalam tariqat sufi Jalaludin Rumi akan ada seorang alim? Apakah engkau mengira dalam madrasah nuridin al-banjari akan lahir seorang tokoh sunnah? Akal kau dimana ya syeikh?

8) "Ramai tokoh ulama telah menjawab aliran melampau Salafiyyah Madkhaliyyah ini. Sila rujuk laman web: [url]http: //www.khomri.jeeran.com[/url]."

Pertamanya wahai Dr. Mohd. Asri, ialah siapakah tokoh-tokoh yang menghentam Syeikh Dr. Rabi’? Bukankah terdahulu aku telah senaraikan 25 tokoh yang bersama dengan Syeikh Dr. Rabi’ menjahar Abdur Rahman Abdul Khaliq?

Lalu siapakah tokoh-tokoh yang engkau maksudkan wahai pejuang sunnah, wahai penggerak tajdid?

Apakah tokoh yang engkau maksudkan adalah al-Qaradhawi? Apakah al-Buthi? Apakah al-Ghazali? Apakah para tokoh IM? Apakah para hizbi?

Kalau inilah yang engkau istiharkan sebagai tokoh ulama, maka tampak jelas bahawa engkau jahil akan sunnah dan tidak mengerti langsung akan bid'ah, kerna engkau masih tidak mampu membedakan antara ulama sunnah dan ulama bid'ah. Maka mejadi rugilah ilmumu dalam kalian hadith.

Keduanya ialah apakah laman web ini? bukankah lama web ini menukilkan ucapan-ucapan dari tokoh-tokoh ahli bid'ah dan tokoh-tokoh hizbi?

Lalu apakah laman web sebegini yang engkau jadikan sandaran? Lalu apakah tokoh-tokoh yang engkau beri kepercayaan untuk menyatakan kebenaran itu merupakan manusia yang lurus pemikirannya, selamat keyakinannya, dan benar jalannya? Kepada allahlah kita berlindung dari tokot-tokoh yang menyesatkan ini!

Sesungguhnya hal yang demikian itu merupakan satu bencana, musibah kepada umat manusia dan juga kepada dirimu sendiri wahai tuan. sesungguhnya tanganmu dan mulutmu yang berbuat demikian, adalah pedang yang tajam yang merobek jantung Islam dan sunnah, kerna tuan telah berusaha saban hari untuk menjatuhkan para pembela sunnah zaman ini. Sesungguhnya setiap manusia itu akan kembali juga kepada sang penciptanya. maka takutkanlah azab allah di hari pembalasan. ingatlah bahawa disana tiada jalan kembali. barangsiap yang memusuhi walinya, berarti bahawa dia juga memusuhi Allah azzawajalla. Dikesempatan yang masih tersisa, sementara ajal belum menjelma, maka kembalilah kepada al haq, wahai tuan yang saya hormati. Apakah kekayaan, harta, pangkat, pujian, nafsu dan sanjungan itu lebih bernilai dari kebenaran? dan apakah yang tuan perjuangkan itu merupakan hakikat yang menyenangkan?

Lalu, tinggalkan sesuatu yang akan sirna, dan peganglah sesuatu yang akan kekal selamanya, tali Allah! Sesungguhnya kemarahan daku, adalah kerana kecintaanku kepada dirimu, dan kepada agama allah ini dan sunnah rasulnya serta para sahabat baginda. tidak lain! Ingtlah perhitungan kita ini, akan dilihat oleh Allah. dan aku telah berbuat semampu aku untuk mengajak tuan yang daku hormati, kembali kepada sunnah! selebihnya adalah didalam perhitungan dan perkiraan allah. Dari Allah kita datang, kepadanya jua kita kembali akhir, daku amat-amat berharar agar syeikh akan menyedari kesalahan-mu dan bersedia untuk menerima kebenaran. sesungguhnya wala wal bara adalah atas Al Quran wa sunnah wa fahmus sahabah.

Wassalam.
Moga syeikh akan kembali.

052 - Membantah Syubhat Buku “ISLAM LIBERAL Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong”

Membantah Syubhat Buku “ISLAM LIBERAL Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong”

Oleh: Ustaz Rasul Dahri

Pengarang[1] buku “Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong” di halaman 21 nota kaki 1, penulis membuat tuduhan melulu yang tidak berasas serta telah berbohong kepada masyarakat dengan menulis:

-----------@@@@-----------

"Sikap ghulu sesetengah golongan kesufian telah menyebabkan mereka melebihkan syeikh mereka daripada yang sepatutnya. Sikap ghulu golongan fiqh telah menyebabkan mereka meletakkan hukum-hakam, syarak dan persoalan agama yang menyusahkan orang ramai. Sedangkan Islam bersifat mudah dan ALLAH ingin mempermudahkan hamba-hamba-NYA dalam beragama, bukan menyusahkan. Sikap ekstrim sesetengah golongan Salafiyyah pula telah menyebabkan mereka menghukum sesat sejumlah besar tokoh-tokoh umat dengan membuat andaian yang salah terhadap beberapa ucapan dan pendirian mereka. Ini seperti yang dilakukan oleh aliran Madkhaliyyah[1] dan beberapa pengikutnya di bumi ini.

[1] “Hal ini merujuk kepada al-Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dari Arab Saudi. Seorang tokoh yang kontroversi. Alirannya terkenal dengan menghukum sesat, fasik dan seakan mengkafirkan sebahagian besar ulama zaman kini. Aliran ini terkenal dengan sikap melampau dan bersedia menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka mendakwa mereka berpegang dengan pegangan Salaf dan mereka merupakan Salafiyah. Di negara kita juga ada segelintir yang terpengaruh dengan aliran ini. Antaranya tulisan seorang tokoh, Muwazanah (Penilaian Seimbang), Hukumnya Sunnah Atau Bdi’ah. Dalam tulisan yang penuh dengan pembohongan fakta itu, penulisnya telah memberikan gambaran yang salah tentang pegangan Salaf. Beliau telah juga menghukum sesat Muhammad Qutub, Hasan al-Banna, Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Muhammad Surur, Safar Hawali, Abdul Rahman Abdulkhalik. Hadi al-Misri, Mahmud Tahhan dan tokoh-tokoh ulama yang lain. Dengan memetik kenyataan tokoh-tokoh itu secara tidak amanah, penulis menghukum mereka dengan sikap yang penuh kemelampauan. Umpamanya pada muka surat 17, membohongi teks asal Yusuf al-Qaradhawi dan membuat hukuman seakan Yusuf al-Qaradhawi kafir dengan katanya: Perkataan seperti ini sebenarnya sama seperti memerangi tauhid uluhiyah dan tauhid asma wa sifat. Ucapan ini adalah syubhat dan perangkap iblis atau syaitan. Kita tahu bahawa memerangi tauhid adalah kekufuran, sedangkan mustahil tokoh seperti al-Qaradhawi memerangi tauhid.”

-----------@@@@-----------

Rujukan: Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong, Tulisan Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, Karya Bestari, m/s. 21.

Bantahan:

Setelah membaca isi buku Islam Liberal, kalau tidak dikatakan kesalahan penulisnya dalam memahami persoalan Dr. Yusuf al-Qaradhawi dan Syeikh Dr. Rabi’ al-Madkhali, mungkin boleh dikatakan ketidak-telitiannya dalam membuat tuduhan di samping masih jahilnya Si Penulis terhadap hakikat atau definisi manhaj Salaf as-Soleh yang sebenarnya. Ya, tokoh seperti al-Qaradhawi mustahil memerangi tauhid, tetapi tidak mustahil merosakkan, menghancurkan dan memesongkan iktiqad yang berkaitan dengan tauhid! Contohnya, beliau menganggap dan menamakan Allah dengan nama ‘Aqal[2], al-Quran itu makhluk bukan Kalamullah[3], menyetujui (mengiktiraf) akidah Asy’ariyah, al-Maturidiyah, Muktazilah dan Jabariyah.[4] Kalau benar Qaradhawi memerangi kesyirikan dan memperjuangkan tauhid mengapa beliau membiarkan tersebarnya pemikiran para tokoh Ikhwanul Muslimin yang lain seperti Hasan al-Banna, Umar Tilmisani, Sa’id Hawa, Mustafa as-Siba’i, Sayyid Qutub dan ramai lagi yang melakukan kesyirikan seperti kuburi (bertawasul dengan orang mati) dan kesyirikan-kesyirikan yang lainnya, sedangkan Yusuf al-Qaradhawi termasuk salah seorang anggota Ikhwanul Muslimin dan sanggup bersekongkol dengan syubhat tokoh-tokoh tersebut? Bukankah ini membuktikan sebagai satu cara merosakkan, menghancurkan dan memesongkan akidah Islamiyah as-Sahihah di samping salah satu bentuk penipuan kepada umat? Memang benar apa yang di jelaskan oleh Syeikh Ahmad bin Yahya bin Muhammad an-Najmi dan Syeikh Dr. Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhli:

“Ikhwanul Muslimin dan Jamaah Tabligh adalah dua golongan yang paling banyak melakukan tipu daya (penipuan) terhadap manhaj Salafiyah dan pengikutnya”.[5]

“Terdapat penyimpangan Ikhwanul Muslimin hingga mencapai 25 kesesatan, alangkah banyaknya kebatilan mereka?”.[6]

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, salah seorang antara penulis yang mengambil bahagian menulis buku Islam Liberal, beliau perlu banyak membaca buku-buku, tulisan, mendengar kemudian memahami kaset-kaset rakaman dan fatwa-fatwa para ulama besar yang telah mengkritik dan mentahzir Yusuf al-Qaradhawi.

Celaan mereka terhadap Yusuf al-Qaradhawi atas dasar ilmu, bukan sembarangan, mereka telah mengemukakan fakta atau bukti tentang kebatilan buah fikiran Yusuf al-Qaradhawi dari tulisan Yusuf al-Qaradhawi itu sendiri. Dengan cermat dan teliti para ulama yang mengkritik Yusuf al-Qaradhawi telah menukil nama-nama buku dan dari mana ia diambil untuk memberi fakta yang tulin tentang kecurangan Yusuf al-Qaradhawi menangani isu-isu akidah.

Sebenarnya kami tidak pernah mengkafirkan sesiapapun dari orang-orang yang dinyatakan oleh Mohd. Asri di dalam buku Islam Liberal. Mohd. Asri dan konco-konconya ketinggalan jauh dalam memahami persoalan Ikhwanul Muslimin serta para tokohnya terutamanya seperti Yusuf al-Qaradhawi, Sayid Qutub dan Hasan al-Banna yang telah ditahzir oleh ramai para ulama Salaf as-Soleh termasuk Syeikh al-Albani rahimahullah dalam kritikannya terhadap buku Yusuf al-Qaradhawi “Halal wal-Haram”. Fatwa Syeikh Ibn Bazz terhadap orang-orang yang disebut oleh Mohd. Asri di dalam bukunya Islam Liberal juga tidak disalin dengan sempurna.

Penulis (saya Rasul bin Dahri) insya Allah akan membuktikan banyaknya kesalahan, kesilapan, kecurangan, ketidak-telitian dan kedangkalan Dr. Mohd. Asri di dalam banyak buku-buku dan tulisannya yang telah diterbitkan. Tetapi di tulisan ini, penulis hanya akan menjelaskan point utama yang perlu diperjelaskan tentang kesalahan besar Mohd. Asri di dalam buku “Islam Liberal Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong”. Beliau memfitnahkan kertas kerja bertajuk Muwazanah (Penilian Seimbang), Hukumnya Sunnah Atau Bid’ah dengan menuduh penulisnya (saya Rasul bin Dahri) menulis dengan penuh pembohongan fakta dan memberi gambaran yang salah tentang pegangan Salaf.

Sepatutnya Dr. Mohd. Asri mampu mengawal perasaan, mempunyai kebijaksanaan dan kesabaran yang tinggi dalam berdakwah, bukanlah dengan cara membuat fitnah, tuduhan melulu dan melepaskan emosinya melalui tulisannya terhadap penulis MUWAZANAH. Sekiranya beliau seorang yang teliti dan berhemah, pasti tidak menyebarkannya kepada masyarakat melalui sarana informasi atau media cetak apa yang terbuku di hatinya terhadap penulis MUWAZANAH, sebaliknya dengan hati terbuka menemui penulis dan membincangkan apa yang beliau rasakan salah dan silap, tetapi penghinaan beliau yang keterlaluan menyebabkan penulis perlu membetulkan semua persoalan, masalah dan posisi perkara yang sebenar dengan selayaknya melalui tulisan ini. Di manakah perasaan hormat-menghormati dan kasih-sayang sebagai teman seperjuangan yang selama ini penulis berikan kepadanya? Apakah beliau ingin memalukan penulis? Semuanya itu penulis serahkan kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui apa yang terperap di lubuk hati Dr. Mohd. Asri.

Pada hakikatnya Mohd. Asri yang sebenarnya menulis dengan penuh pembohongan fakta, belum memahami manhaj Salaf as-Soleh dengan sempurna, tidak amanah, serkap jarang dan syok sendiri. Ini dapat dibuktikan melalui beberapa point:

Pertama: Tidak tercatit nama Safar Hawali, Abdul Rahman Abdulkhaliq, Hadi al-Misri dan Muhammad Tahhan di dalam tulisan “Muwazanah (Penilaian Seimbang) Hukumnya Bid’ah Atau Sunnah”. Bagaimana Mohd Asri boleh memasukkan nama-nama tersebut? Ini bermakna beliau tidak amanah dan tidak jujur dalam tulisan dan tuduhannya. Besar kemungkinan beliau tidak pernah membacanya, tapi berani mereka-reka tuduhan palsu kemudian menyebarkan kepada umum. Apakah ini sikap seorang yang adil? Sedangkan beliau membawakan di awal-awal bukunya hadis Ibn ‘Adi yang menekankan tentang keadilan, kejinya pembohongan dan buruknya melakukan penyelewengan. Mengapa beliau menjadikan dirinya sebagai spesis yang pandai bercakap tapi tak serupa yang dibuat?

Kedua: Mohd. Asri bin Zainal Abidin tidak mencermati dan meneliti semua kenyataan Yusuf al-Qaradhawi yang tertulis di dalam Muwazanah (Penilian Seimbang) Hukumnya Sunnah Atau Bid’ah. Beliau tidak menukil kenyataan Yusuf al-Qardhawi yang dibawakan rujukannya (nota kakinya), yang mana Yusuf al-Qaradhawi meyakini:

“Sesungguhnya peperangan kita bukanlah melawan Asy’ariyah, Maturidiyah, Muktazilah atau Jahmiyah, tetapi peperangan terbesar ialah melawan kaum atheis”.[7]

Keyakinan Yusuf al-Qaradhawi di atas ini, seolah-olah yang wajib diperangi ialah kaum atheis, apabila kaum atheis menjadi Asy’ariyah, Maturidiyah, Muktazilah atau Jahmiyah tidak perlu diperangi lagi, kerana yang perlu ditentang hanya kaum atheis. Ingatlah, bahawa Ibn Taimiyah dipenjarakan dan wafat di penjara kerana melawan akidah Jahmiyah yang mempercayai bahawa al-Quran itu Makhluk! Imam Ahmad dipenjarakan dan disiksa sehingga menyebabkan kewafatannya kerana melawan akidah Jahmiyah yang juga meyakini bahawa al-Quran itu makhluk.

Imam Ahmad semasa hidupnya tidak menyebut sedikitpun kebaikan al-Karabisi setelah al-Karabisi mempertahankan akidah Jahmiyah yang menyatakan bahawa al-Quran itu makhluk walaupun al-Karabisi lautan ilmu sebagaimana tercatit dalam biografinya.[8] Tetapi Dr. Mohd. Asri dan lelaki pujaannya iaitu Yusuf al-Qaradhawi mungkin tidak memahami perjuangan para ulama besar seperti Ibn Taimiyah dan Imam Ahmad, malah tidak pernah memberi kesan kepadanya perjuangan Imam Ibn Taimiyah dan Imam Ahmad yang jelas mujtahid dan mujaddid, tetapi kerana terlalu ghulunya kepada Yusuf al-Qaradhawi ianya menjadi sebaliknya, lebih mengangkat Yusuf al-Qaradhawi sebagai mujaddid dan mujtahid sehingga melupakan yang lain.

Seterusnya di dalam tulisan Muwazanah (Penilaian Seimbang) Bid’ah Atau Sunnah, (teks ini tidak dinukil oleh Mohd. Asri) yang mana terakam pengakuan Yusuf al-Qaradhawi yang telah mencurahkan keyakinannya sehingga beliau menyatakan:

“Peperangan kita bukanlah melawan para penakwil sifat-sifat Allah, tetapi melawan para pengingkar Allah secara keseluruhannya”.[9]

Fatwa dan keyakinan Yusuf al-Qaradhawi di atas ini amat bertentangan dengan akidah para Imam Salaf, seperti akidah Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah dan anak muridnya seperti Ibn Qaiyim, Ibn Katsir, Imam az-Zahabi. Begitu juga lihatlah akidah empat imam mazhab muktabar seperti Imam Ahmad, Imam as-Syafi’e, Imam Malik dan Imam Hanafi rahimahumullah. Seterusnya kajilah tulisan Imam Muhammad bin Abdul Wahhab dan ramai lagi, mereka yang telah disebutkan nama-namanya rahimahumullah telah mengangkat bendera jihad dengan penanya untuk melawan dan memerangi para pentakwil sifat-sifat Allah. Kajilah kitab “al-Aqidah al-Wasitiyah” oleh Ibn Taimiyah, “Mukhtasar al-‘Ulu” oleh Imam az-Zahabi, “Syarah al-Aqidah at-Tahawiyah” oleh Ibn Abi al-Izz dan yang paling mudah didapati ialah “Kitab Tauhid” oleh Muhammad bin Abdul Wahhab. Semua kitab-kitab tersebut menentang kaum-kaum yang mentakwil sifat-sifat Allah. Mengapa Dr. Mohd. Asri sanggup menyembunyikan sekian banyak fakta-fakta syariyah yang terdapat di dalam kitab-kitab para ulama Salaf as-Soleh yang mengharamkan perbuatan mentakwil sifat-sifat Allah yang dianggap oleh Yusuf al-Qaradhawi “Tidak wajib memerangi mereka yang menakwil sifat-sifat Allah”? Subhanallah! Mohd Asri menutup rapat kebatilan fatwa Yusuf al-Qaradhawi di atas kerana telah terlanjur ghalu (atau ghulu) kepadanya sehingga tersingkap kejahilannya terhadap manhaj Salaf as-Soleh. Mengapa beliau mempertahan Yusuf al-Qaradhawi sehingga ke tahap ghalu? Apakah beliau seorang protagonis kepada Yusuf al-Qaradhawi?

Ketiga: Penulis (saya Rasul bin Dahri) tidak pernah mengkafirkan sesiapapun dari kalangan tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin atau ulama besar zaman kini, tidak tepat jika Dr. Mohd. Asri mengaitkan penulis dengan sesiapapun tanpa bukti, di mana Dr. Mohd. Asri telah mengkaitkan penulis (saya Rasul bin Dahri) dengan as-Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali melalui tuduhan liarnya:

“Hal ini merujuk kepada al-Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dari Arab Saudi. Seorang tokoh kontroversi. Alirannya terkenal dengan menghukum sesat, fasiq dan seakan mengkafirkan sebahagian besar ulama zaman kini. Aliran ini terkenal dengan sikap melampau dan bersedia menghukum sesiapa sahaja yang tidak sealiran dengan mereka. Mereka mendakwa mereka berpegang dengan pegangan Salaf dan merupakan Salafiyah. Di negara kita juga ada segelintir yang terpengaruh dengan aliran ini. Antaranya tulisan seorang tokoh, Muwazanah (Penilaian Seimbang), Hukumnya Sunnah Atau Bid’ah……… dan membuat hukum seakan al-Qaradhawi kafir”.

Walaupun Syeikh Rabi’ al-Madkhali pernah belajar di satu fakulti dengan penulis,[10] (Qissmu ad-Dakwah wa-Usuluddin) di Universiti Ummul Qura, Mekah, Saudi Arabia dan menjadi sahabat yang rapat, namun tidak sepatutnya dan tidak bijak jika Mohd. Asri menilai setiap individu melalui andaiannya sendiri. Kemiripan dalam isi penulisan tidaklah bermakna sama aliran dan pemikiran, begitu juga sebaliknya. Sepanjang pembacaan buku-buku tulisan Syeikh Rabi’ al-Madkhali, tidak pernah penulis menemui atau terbaca di dalam tulisan beliau yang beliau pernah mengkafirkan orang yang dikritik dan ditahzirnya termasuk para tokoh Ikhwanul Muslimin, tetapi Dr. Mohd. Asri oleh kerana sayangnya kepada Sayid Qutub sanggup mempertahankannya, dan dengan celuparnya menuduh Syeikh Rabi’ al-Madkhali sebagai seakan Khawarij, khawarij, bermanhaj seakan khawarij, dan mencercanya di beberapa kuliah dan tulisannya tanpa segan silu sebagaimana yang boleh dituntun di dalam rakaman VCD yang telah beliau sebarkan.

Mohd. Asri perlu sedar bahawa Syeikh Rabi’ al-Madkhali telah diberi sanjungan dan diiktiraf sebagai penegak akidah sahihah dan dinobatkan sebagai pengibar bendara salafi oleh Syeikh Abdullah bin Bazz, Syeikh Uthaimin, Syeikh Soleh Fauzan, Syeikh Yahya an-Najmi, Syeikh Muqbil dan beberapa orang para ulama besar di negara-negara Islam. Antara yang telah memberi kata-kata aluan terhadap buku-buku yang ditulis oleh beliau ialah Syeikh Ibn Bazz.

Kalau Mohd. Asri benar-benar mengenali manhaj Salaf as-Soleh beliau tidak akan mencaci cerca dan menghukum Syeikh Rabi’ al-Madkhali sebagai seorang Khawarij. Tahukah Dr. Mohd. Asri bahawa al-Muhaddis Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Albani telah mengiktiraf keilmuan Syeikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhli:

“Semua yang telah diperkatakan tentang Sayid Qutub (oleh Syeikh Rabi’ di dalam kitabnya) adalah benar dan hak. Dan hal ini membuktikan kepada seluruh pembaca bahawa tidak terdapat pada diri Sayid Qutub pengetahuan tentang Islam baik usul ataupun furu’nya”.[11]

Sekiranya Mohd. Asri benar-benar mengenali manhaj Salaf as-Soleh, beliau tidak akan mengangkat tokoh-tokoh dalam golongan Ikhwanul Muslimin seperti Sayid Qutub, Hasan al-Banna, Yusuf al-Qaradhawi dan selain mereka yang tidak pernah berjaya menghapuskan akidah kuburi, sufi dan berbagai-bagai isma yang terpacak di sanubari tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin dan jamaahnya yang miskin ilmu. Dikhuatiri Mohd. Asri hanya mengaku-ngaku semata mengenal manhaj Salaf, sedangkan beliau masih tiada hubungan atau kena-mengena dengan manhaj Salaf sebagaimana ungkapan sebuah syair:


كُلُّ يَدَّعِيْ اتَّصَلَ بِلَيْلَى # وَلَكِنَّهَا لاَ تُقِرُّ بِذَلِكَ

“Semua jejaka mengaku-ngaku punya hubungan dengan Si Laila # Sedangkan Si Laila tidak pernah mengakuinya”.

Lihatlah istilah miskin ilmu yang telah dilontarkan oleh Syeikh Abdul Aziz bin Bazz kepada Sayid Qutub yang mentahrif ayat-ayat istiwa. Beliau berkata:

“Dan ini adalah batil dan menunjukkan bahawa Sayid Qutub miskin dalam hal tafsir”.[12]

Tahukah Mohd. Asri apa hukumnya jika seseorang itu menghukum seseorang yang lain sebagai Khawarij sedangkan dia belum boleh dihukum dan digelar seburuk itu? Yang paling penting bagi kita untuk mengatakan sesuatu perkara terlebih dahulu hendaklah mengenali dan mengetahui substansi (intinya), bukan menghukum sebelum mengenali dan mengetahui hakikatnya, kerana akan buruk padahnya.

Rujukan/Footnote:

[1] Buku “ISLAM LIBERAL Tafsiran Agama Yang Kian Terpesong” ini sendiri memiliki penafsiran dan fakta yang terpesong dan liberal, kerana masih terdapat unsur-unsur negatif di dalam isi kandungannya yang terkeluar dari nilaian ilmiyah dan disiplin ilmu. Jika buku ini bertaraf ilmiyah, tentunya ia tidak akan dimuatkan dengan tuduhan melulu, tanpa usul periksa dan curahan emosi. Salah satu contohnya ialah di dalam buku tersebut tertulis ungkapan yang berunsur fitnah iaitu: Menganggap penulis Muwazanah (Rasul bin Dahri) “Seakan mengkafirkan sebahagian besar ulama”. Ini adalah pembohongan kerana dari sekian banyak tulisan Rasul bin Dahri yang tersebar, tidak pernah ada yang menghukum “seakan mengkafirkan” atau “mengkafirkan” walaupun seorang dari sekian ramai para ulama termasuklah tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin. Sila dapatkan kesemua tulisan yang telah disebarkan! Kemudian buktikan dengan kejujuran tentang segala tuduhan dan tohmahan yang telah dilontarkan oleh salah seorang penulis buku ISLAM LIBERAL tersebut.

[2] Lihat: Malamihul Mujtama’ al-Muslim. Hlm. 10

[3] Lihat: Syahwah al-Islamiyah dalam pembahasan اختلاف أمتي رحمة

[4] Lihat: رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي شريعة الاسلام

[5] Lihat: الموارد العذب الزلال فيما انتقد على بعض المناهح الدعوية من العقائد والاعمال Dalam muqaddimah tulisan Syeikh Ahmad bin Yahya an-Najmi.

[6] Lihat: الموارد العذب الزلال فيما انتقد على بعض المناهح الدعوية من العقائد والاعمال Dalam muqaddimah tulisan Syeikh Ahmad bin Yahya an-Najmi.

[7] Lihat رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي لشريغة الاسلام:

[8] Lihat secara terperinci di dalam (1). Tarikh Bagdhad 8/64. (2). as-Syiar az-Zahabi 12/19.

[9] Lihat: وجود الله Hlm. 6

[10] Syeikh Rabi’ bin Hadi menamatkan pengajiannya pada tahun 1400H. Dan penulis pula pada tahun 1403H.

[11] Lihat: Baraatul Ulama Ummah. Hlm. 35.

[12] Lihat: Baraatul Ulama Ummah. Hlm. 30

Saturday, February 23, 2008

051 - Bahaya Pemikiran Sayyid Qutub

Bahaya Pemikiran Sayyid Qutub

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Melalui pelbagai kajian, penelitian dan tulisan para ulama, mereka akhirnya telah mengeluarkan suatu fakta dan fatwa yang begitu mengejutkan dunia dakwah di dunia Islam masa ini iaitu berkenaan siapakah sebenaranya Ikhwanul Muslimin dan bagaimanakah fikrah para tokoh-tokohnya yang sebenar.

Pelbagai tulisan dari para ulama telah dihasilkan dan disebarkan bagi menerangkan kepada umat bahawa
Ikhwanul Muslimin adalah sebuah pertubuhan yang di atas namakan dengan perjuangan Islam tersebut sebenarnya adalah sebuah pertubuhan/kumpulan yang mana pemikiran-pemikiran yang terhasil dari kalangan tokoh-tokoh utama mereka sebenarnya amat membahayakan dan menyimpang dari hakikat Islam yang sebenar.

Perjuangan
Ikhwanul Muslimin suatu ketika dahulu amat gah dan cukup dikenali oleh sebahagian besar umat Islam. Namun, hakikatnya, matlamat, usaha perjuangan dan nama bukanlah suatu fakta yang haq untuk menyatakan bahawa mereka dari kelompok yang benar jika jelas ia menyanggahi kebenaran. Kita sebagai umat Islam dari kelompok Ahlus Sunnah yang bersikap adil, makanya sama-sama kita nilaikannya berdasarkan hujjah dan dalil yang tepat berdasarkan kefahaman para ulamanya umat, terutama berdasarkan kefahaman para ulama dari golongan generasi awal di atas manhaj al-Qur’an dan Sunnah yang tepat. Lalu, tidak sewajarnya kita cepat melenting dan melatah.

Makanya, dengan ini, kemungkaran dan penyelewengan mereka (
Ikhwanul Muslimin) terhadap agama akan terus didedahkan kepada umum, agar kita semua menjadi celik dan segera menjauhi peyimpangan-penyimpangan pemikiran mereka yang berbahaya kepada aqidah dan kesatuan umat Islam masa ini.

Sayyid Qutub Secara Ringkas

Dilahirkan di Mesir, sebuah perkampungan bernama Musha, pada 8 Oktober 1906. Dan mendapat pendidikan awal di perkampungan yang sama. Memiliki kelayakan sebagai tenaga pengajar dalam bahasa Arab dan ijazah dalam bidang Seni dan falsafah. Terkenal sebagai penulis dan pejuang pertubuhan/gerakan
Ikhwanul Muslimin. Hasil karyanya yang cukup terkenal adalah Fi Dzilalil Qur’an dan Ma’alim Fi at-Thariq. Pernah bertugas sebagai tenaga pengajar. Pernah mendapat pendidikan di barat selama beberapa tahun dan beberapa tempat yang lain, termasuk di Colorado State College of Education (sekarang dikenali sebagai University of Northern Colorado). Menyertai pertubuhan/gerakan Ikhwanul Muslimin pada sekitar tahun 1950 dan menjadi seorang penulis dan pemikir. Sekaligus merupakan seorang tokoh utama dalam gerakan tersebut.

Manhaj Qutubiyah

Qutubiyah atau Qutubi adalah suatu fahaman yang dinasabkan kepada Sayyid Qutub rahimahullah. Atau para pengikut Sayyid Qutub yang fanatik dan ghalu (ta’asub) kepadanya. Meraka (Qutubiyah) adalah berakar umbi dari pemikiran yang dibina oleh Jamaah
Ikhwanul Muslimin atau sesiapa yang lahir dari hasil pemikiran Sayyid Qutub (semoga Allah mengampunkan segala kesilapannya).

Syahid

Sayyid Qutub dan Hasan al-Banna dianggap sebagai mati syahid oleh para pengikutnya dan mereka menyangka: “Bahawa beliau (Hasan al-Banna) hidup di sisi Rabb-nya dan mendapat rezeki di sana” (Lihat: al-Maurid al-‘Adab az-Zulal, Hlm. 228, oleh Sheikh Ahmad Yahya an-Najmi) sedangkan (menurut para ulama Salaf as-Soleh) tidak boleh memutuskan/menetapkan seseorang sebagai syahid kecuali dalam bentuk umum (Lihat: Fathul Bari 6/90, Ibn Hajar) atau menurut apa yang telah ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya iaitu terbunuh di medan perang fisabilillah.

Di dalam hadis Bukhari ada dijelaskan:

“Tidak boleh mengatakan Si Fulan syahid”. (Lihat: (1). Sahih Bukhari (Syahadah, 2687) (2). Lihat: Syiar A’lam an-Nubala, 159-160)

Menurut Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah apabila mensyarahkan hadis riwayat Bukhari di atas bahawa:

“Tidak boleh memastikan seseorang syahid kecuali melalui penentuan wahyu”.

Menghina Penampilan Ulama

Sayyid Qutub yang digelar ulama dan syahid oleh pendukung
Ikhwanul Muslimin, semasa hidupnya gemar mengejek cara pakaian ulama yang diistilahkan oleh beliau sebagai orang rohaniawan, pakaian rohaniawan, pemikiran rohaniawan atau budaya rohaniawan. Sayyid Qutub lebih senang menampilkan gaya luarannya dengan penampilan Eropah seperti mencukur janggut, memakai topi dan lebih kerap memakai pakaian ala barat. Dia juga menyatakan terhadap ulama dengan berkata:

“Sebahagian syubhat yang muncul, ia dimunculkan oleh pemikiran agama dari orang yang digelar saat ini sebagai rohaniawan. Iaitu syubhat yang merosak Islam dan strukturnya sehingga ke dalam jiwanya. Mereka (rohaniawan) merupakan makhluk yang paling mustahil untuk diterapkan pemikirannya dan mustahil diikuti buah fikirannya, sama ada dari segi budaya atau perilakunya, bahkan pakaian dan tindak-tanduknya disebabkan kebodohannya terhadap realiti agama dan warisan penjajah”. (Lihat: معركة الاسلام والرأسمالية hlm. 63. Sayyid Qutub)

Sayyid Qutub melahirkan lagi sindirannya terhadap ulama:

“Kebodohan yang lahir dari kebudayaan Islam tidak akan memberi tasawwur (gambaran) Islam yang teguh, kerana mereka mengetahui dari orang-orang yang mereka kenali sebagai para rohaniawan. Inilah kenyataan tentang Islam yang paling buruk yang digambarkan oleh agama-agama yang lainnya”. (Lihat: معركة الاسلام والرأسمالية hlm. 63. Sayyid Qutub)

Pengikut Pemikiran Sayyid Qutub (Qutubiyun)

Berkata Syeikh Abdussalam bin Salim bin Raja as-Suhaimi:

“Qutubiyun adalah mereka yang satu kaum membaca (mempelajari) tulisan-tulisan Sayyid Qutub, mengambil dan meyakini sebagai kebenaran mutlak apa sahaja yang terdapat di dalam tulisan-tulisan tersebut sama ada yang hak (benar) atau yang batil (merosakkan)”. (Yang paling keji dan membahayakan ke atas orang-orang Islam ialah menghidupkan pemikiran (fahaman) Khawarij iaitu takfiri (pengkafiran) dan teori “
Tauhid Hakimiyah”)

Menurut Syeikh Abdussalam lagi: Didapati para pentaqlid dan pendukung Sayyid Qutub sangat berlebih-lebihan apabila mempertahankan Sayyid Qutub. Jika mereka dapati ada seseorang yang menegur kesilapannya, sekalipun teguran tersebut benar, maka mereka akan mengeluarkan pelbagai alasan. Syeikh Abdussalam menjelaskan:

“Sudah dimaklumi bahawa Sayyid Qutub bukanlah seorang yang menguasai ilmu agama. Dia hanyalah seorang penulis (sasterawan) berpegang dengan mazhab Asy’ari. Terdapat banyak kesalahan yang keterlaluan dan keji di dalam tulisannya, malangnya apabila Sayyid Qutub diberi teguran (oleh para ulama), para pendokong Qutubiyah bangun membantah dengan kata-kata yang keji”. (Lihat: Fikru at-Takfir Qadiman wa-Hadisan. Hlm. 98. Raja as-Suhaimi)

Antara fatwa dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah diakhir hayatnya:

“Sayyid Qutub tidak mengetahui tentang Islam, sama ada secara usulnya (ilmu-ilmu dasarnya) atau ilmu-ilmu furu’. Maka saya berterima kasih kepada al-akh (Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali) kerana menunaikan kewajipannya dengan menjelaskan dan menyingkap kejahilan dan penyimpangan (akidah Sayyid Qutub) dari Islam”. (Lihat: Ta’liq (komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab (al-Awasim Mimma fi Kutubi Syaid Qutub Minal Qawasim) tulisan Rabi’ bin Hadi)

Ingatlah apa yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah bahawa ghulu itu: “Berlebih-lebihan dalam memberi pujian, sanjungan dan lainnya”. (Lihat: Syarah Kasyfus Syubuhat Fii Tauhid. Hlm. 7. Muhammad bin Soleh al-Utaimin) Sikap keji ini telah berlaku di kalangan pendukung tokoh-tokoh
Ikhwanul Muslimin sehingga ke taraf melatah dan melalut.

Aqidah Yang Menyeleweng

Terdapat sebahagian pihak yang mendakwa bahawa mereka yang menjelaskan bahaya pemikiran Sayyid Qutb ini sebagai pelampau dan extreme. Apakah Syeikh al-Albani juga pelampau kerana menjelaskan akidah Sayyid Qutub? Fahamilah apa yang telah ditulis oleh Sayyid Qutub yang berkaitan dengan akidah:

“Berkenaan hal “Istiwa” Allah di atas ‘Arasy, maka hendaklah kita mengatakan bahawasanya istiwa ertinya: Penguasaan (Berkuasa, Memerintah) Allah atas makhluk-Nya”. (Lihat: fi Zilalul Quran 4/2328 atau 4/3804)

Imam az-Zahabi, imam Ibn Taimiyah, imam Ibn Qaiyim, imam Ibn Kathir, Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab dan ramai lagi para ulama Salaf termasuk Syeikh Ibn Bazz dan Muhammad Nashiruddin al-Albani dengan tegasnya telah menolak dan membantah cara takwil atau penafsiran yang dilakukan oleh Sayyid Qutub kerana mengingkari Allah beristiwa’ di ‘Arasy.

Syeikh Abdul Aziz bin Bazz dengan ketegasannya membantah:

“Perkataan ini adalah perkataan yang fasid. Maksud dari kalimah “Penguasaan/Berkuasa/Memerintah” di sini adalah mengingkari istiwanya (Allah di ‘Arasy) yang maknanya telah jelas iaitu tinggi di atas ‘Arasy. Apa yang dikatakan oleh beliau (Sayyid Qutub) adalah batil dan ini membuktikan bahawa dia miskin dalam ilmu tafsir”. (Perkataan ini termuat dalam keset rakaman Ibn Bazz tahun 1413)

Menurut Sayyid Quthb al-Qur’an Itu Makhluk

Sayyid Qutub rahimahullah dalam tafsirnya Fii-Zilalil Quran telah menulis: “al-Quran adalah suatu yang zahir, kauniyah (fenomena yang bersifat alami iaitu sama seperti makhluk) sebagaimana bumi dan langit”. (Lihat: Fii Zilalil Quran. 4/2328) Tafsir Sayyid Qutub ini membawa maksud “al-Quran itu Makhluk, bukan Kalamullah”. Ini adalah akidah Jahmiyah. Imam Abdullah berkata: Aku mendengar bapa ku berkata: Sesiapa yang mengatakan lafazku terhadap al-Quran itu makhluk maka itu adalah ucapan yang buruk dan kotor, itu adalah perkataan Jahmiyah”. (Lihat: السنة 1/165)

Sayyid Qutub mentahrif dan mentakwil nas-nas al-Quran sehingga diertikan al-Quran itu makhluk bukan Kalamullah.

Beliau berkata: “Dan sesungguhnya mereka (manusia) itu tidak akan berdaya mengarang satu huruf pun yang menyerupai al-Kitab ini, kerana sesungguhnya ia adalah salah satu dari ciptaan Allah”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 5/2719)

وَهَذا الحرف (ص) من صنعة الله تعالى

“Dan huruf ini (Shaad) adalah salah satu ciptaan Allah Ta’ala”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 5/3006)

Sayyid Qutub meyakini al-Quran adalah “صنع الله” ciptaan Allah (makhluk), bukan Kalamullah. Keyakinan ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Sayyid Qutub rahimahullah dalam tafsirnya lagi, fi-Zilalil al-Quran telah menulis:


القرآن ظاهرة كونية كالارض والسماوات

“al-Quran adalah suatu yang zahir, kauniyah (fenomena yang bersifat alami iaitu sama seperti makhluk) sebagaimana bumi dan langit”. (Lihat: fi Zilalil al-Quran. 4/2328)

Gaya penafsiran ayat di atas ini jika disengajakan, ia membuktikan bahawa Sayyid Qutub telah membuat kesilapan besar di segi akidah (mudah-mudahan ia kesilapan yang tidak disengajakan atau kesalah-fahaman orang awam terhadap uslub sastera beliau yang tinggi), kerana kata-kata “Sebagaimana bumi dan langit” ia menyerupakan al-Quran sebagaimana makhluk yang lainnya, sedangkan al-Quraan adalah Kalamullah bukan makhluk yang sama sekali tidak boleh disama atau disekufukan dengan makhluk. Malah tafsir Sayyid Qutub di atas ini benar-benar membawa maksud “al-Quran itu Makhluk, bukan Kalamullah”. Ini adalah akidah Jahmiyah dan akidah mereka yang sealiran dengan kelompok yang sesat, sebagaimana yang telah dijelaskan tentang sesatnya akidah serupa ini oleh Imam Abdullah rahimahullah:


قَالَ اْلاِمَامُ عَبْدُ الله : سَمِعْتُ اَبِيْ يَقُوْلُ : مَنْ قَالَ لَفْظِي بِالْقُرْآنِ مُخْلُوْق ، وَهُوَ كَلاَمٌ سُوْءٌ رَدِيءٌ ، وَهُوَ كَلاَمُ الْجَهْمِيَّة

Berkata Imam al-Barbahari: “Dan bahawasanya al-Quran itu Kalamullah yang diturunkan-Nya dan bukanlah makhluk”. (Lihat: Syarah Sunnah, hlm 4. Matan 10)

Berkata Imam Abu Ja’far at-Tahawi rahimahullah: “Bahawasanya al-Quran itu adalah Kalamullah (firman Allah)”. (Lihat: Syarah Akidah Thahawiyah, 1/172)

Berkata Imam Ibnu Abi al-Izz al-Hanbali: “Maka (sepakat) seluruhnya para imam mazhab yang empat dan orang-orang Salaf dan Khalaf, mereka bersepakat bahawasanya al-Quran adalah kalamullah bukan makhluk”. (Lihat: Syarah Akidah Tahawiyah, 1/185)

I’tiqad Wahdatul Wujud (Kesatuan Wujud Allah Bersama Makhluk)

Sayyid Qutub telah menerapkan fahaman wahdatul wujud melalui kitab tafsirnya. Beliau berkata apabila menafsirkan ayat: “Sesungguhnya ayat: (Katakanlah bahawa Allah itu Esa!): Sesungguhnya ia menjelaskan kesatuan zat (وحدة الوجود). Maka tidak ada hakikat zat kecuali hakikat zat-Nya. Dan tidak ada sesuatu zat yang sebenarnya kecuali zat-Nya. Sedangkan segala sesuatu (zat) yang lain wujudnya tersimpul dari (zat)-Nya yang sebenarnya”. (Fii Zilalil Quran, 6/4002)

Begitu juga dengan kitab Turkh Hasan Al-Banna Wa-Ahammul Warisin. Di dalam kitab ini Syeikh Ayyad asy-Syamari telah mendedahkan kekejaman, keganasan dan kemungkaran gerakan Ikhwanul Muslimin serta disingkap segala rancangan jahat dan konspirasi mereka untuk menjatuhkan pemimpin Islam. Disingkap dan didedahkan juga pergerakan dakwah di dalam Ikhwanul Muslimin terutamanya yang dipemimpin oleh Sayyid Qutub, Hasan al-Banna, Umar at-Tilmisani dan yang lainnya.

Terlalu banyak buku-buku yang telah mendedahkan kemungkaran gerakan
Ikhwanul Muslimin dan sikap para pemimpin mereka yang keji dan mungkar, sama ada dalam pertimbangan syara atau neraca akal yang rasional.

Perkataan Sayyid Qutub Terhadap Uthman r.a.

Sayyid Qutub berkata tentang Khalifah Uthman: “Dia (Khalifah Uthman) mengurus urusan-urusan yang banyak menyimpang dari Islam”. (Lihat: al-‘Adalahtul Ijtimaiyah fil Islam. Hlm. 214)

Dalam kitab العواصم من القواصم oleh Abi Bakr Ibnu al-Arabi, dari hlm. 217 hingga ke hlm. 234, menggambarkan penghinaan Sayyid Qutub yang keterlaluan terhadap Khalifah Uthman: “Kami lebih condong kepada sistem kekhalifahan Ali radiallahu ‘anhu sebagai mengambil alih secara tabi’i dua Khalifah sebelumnya”.

Keyakinan ini diklasifikasikan sebagai keyakinan berbaur elemen ideologi Syiah. Namun Sayyid Qutub tidak boleh dihukum kafir di atas beberapa kesilapannya. Selain mencela Uthman, maka antara kesalahan Sayyid Qutub ialah mengkafirkan umat melalui kata-katanya: “Pada hari ini tidak terdapat di permukaan bumi sebuah negara Islam, tidak pula sebuah masyarakat Islam”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 4/2122)

“Telah murtad manusia kepada penyembahan hamba (makhluk) dan merosakkan agama serta keluar dari Laa Ilaha Illallah, sekalipun sebahagian dari mereka masih mengumandangkan dengan mengulang-ulangi pada azan kalimah (Laa Ilaha Illallah)”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1057)

Inilah bentuk takfir terhadap orang Islam yang di luar kelompok
Ikhwanul Muslimin.

Tauhid
Hakimiyah Dan Takfir

Sayyid Qutub rahimahullah, selain mewariskan fahaman Qutubiyah Khawarijiyah dan
Tauhid Hakimiyah Takfiriyah, beliau juga melahirkan ramai para pengikut/pendukung yang fanatik kepadanya di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin. Gerakan dan fahaman Qutubiyah yang tersemai di dalam pertubuhan Ikhwanul Muslimin dan diterima pakai oleh tokoh-tokohnya telah berjaya menarik minat ramai masyarakat meniru perjuangan mereka.

Lihatlah antara apa yang difatwakan oleh Sayyid Qutub:


كانوا العرب يعرفون من لغتهم معنى : إله ومعنى لا اله إلا الله ، كانو ايعرفون : أن الألوهية تعني الحاكمية

“Orang-orang Arab dahulu-kala, semuanya mengetahui melalui bahasa mereka makna Ilah dan makna Laa Ilaha Illallah, mereka mengetahui: Bahawasanya Uluhiyah membawa makna pada hakimiyah”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1492)


والذين لا يفردون الله بالحاكمية فى أي زمان ، فى أي مكان هم مشركون

“Maka orang-orang yang tidak meng-Esakan Allah dalam hal Hakimiyah (hukum) di zaman apapun, di mana pun mereka, maka mereka itu adalah orang-orang musyrik”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1492)

Perjuangan Khawarij yang diteruskan oleh
Ikhwanul Muslimin sangat menitik-beratkan cara-cara menjatuhkan penguasa yang telah mereka hukum sebagai kafir, syirik atau zalim. Mereka menilai ke-Islaman seseorang atau pemerintah hanya pada perlaksanaan hukum terutamanya hudud bukan pada nilai akidah mereka. Pemahaman seperti ini adalah mungkar kerana ia diwarisi dari sikap Zul Khuwaisirah yang menentang Rasululullah yang dituduh tidak berlaku adil. Buah fahaman yang dipetik dari benih yang ditanam oleh Khawarij yang menentang Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam ini adalah bertentangan dengan pemahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berpegang dengan manhaj Salaf as-Soleh dalam mensikapi pemerintah dan orang-orang Islam. (Fahaman seperti ini dikenali sebagai Fahaman “Tauhid Hakmiyah”, Sila rujuk link ini untuk pejelasan lebih lanjut berkenaan Tauhid Hakimiyah: http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/07/isu-11-tauhid-hakimiyah-punca.html)

Sayyid Qutub melalui pelbagai tulisannya telah mengheret ramai umat kepada berbagai
bid’ah pemikiran, teori, persepsi dan andaian. Bid’ah-bid’ah ini tercipta melalui penafsiran beliau yang dihanyutkan oleh rakyunya (pendapatnya) sehingga membawa kepada kesesatan akidah selain bid’ah ibadah, akhlak, sosial, siyasah dan iedologi songsang.

Berpunca dan juga kesan dari pelbagai bentuk pemikiran Sayyid Qutub yang
bid’ah, ia telah melahirkan fahaman yang rosak dan perpecahan yang begitu banyak di kalangan umat Islam seperti melahirkan Jamaah Takfir wal-Hijrah, Jamaah Jihadiyah, JI, DII, Hizbut Tahrir dan berbagai-bagai hizb yang lainnya.

Antara teori-teori
bid’ah yang terkandung di dalam tulisan-tulisan Sayyid Qutub seperti di dalam Ma’alim fii at-Tariq (Buku yang berunsur pengkafiran (takfiriyah) ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan judul “Petunjuk Sepanjang Jalan”) dan fii Dzilalil Qur’an ialah fahaman takfir (pengkafiran) dan penghinaan terhadap umat Islam sekarang ini dengan tuduhan sebagai masyarakat jahiliyah. Sebagai bukti Sayyid Qutub telah berkata:

“Masyarakat yang mengaku sebagai masyarakat Islam (sekarang ini) telah termasuk ke dalam kategori masyarakat jahiliyah. Mereka dianggap sebagai jahiliyah bukan kerana berkeyakinan tentang anggapannya ada ketuhanan seseorang selain Allah dan bukan kerana mereka mengutamakan syiar-syiar pengibadatan kepada selain Allah….. tetapi mereka masih memberikan keutamaan yang sangat utama dari sifat ketuhanan kepada selain Allah iaitu mereka masih beragama dengan berhukum dengan selain hukum yang diturunkan oleh Allah”. (Lihat: Ma’alim fii at-Tariq. Hlm 101)

Menuduh umat ini sebagai: “Termasuk ke dalam kategori masyarakat jahiliyah” samalah seperti mengkafirkan umat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam yang ada sekarang ini. Selanjutnya dia berkata:

“Apabila hal sudah jelas, maka pendirian Islam terhadap masyarakat jahiliyah adalah berkait dengan satu ungkapan iaitu Islam menolak pengakuan seperti itu iaitu pengakuan keIslaman masyarakat ini secara total”. (Lihat: Ma’alim fii at-Tariq. Hlm 101)

Selain itu, beliau (Sayyid Qutub) turut menyatakan,


إنه ليس على وجه الأرض اليوم دولة مسلمة ولا مجتمع مسلم

“Bahawasanya pada hari ini tidak terdapat di permukaan bumi sebuah negara Islam, tidak pula sebuah masyarakat Islam”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 4/2122)


فقد ارتدت البشرية الى عبادة العباد والى جور الأديان ونكصت عن لااله إلا الله وإن ظل فريق منها يردد على المآذن - لااله الا الله

“Telah murtad manusia kepada penyembahan hamba (makhluk) dan merosakkan agama serta keluar dari Laa ilaha illallah, sekalipun sebahagian dari mereka masih mengumandangkan dengan mengualang-ulangi pada azan kalimah (Laa ilaha illallah)”. (Lihat: Fii Zilalil Quran, 11/1057)

Inilah bentuk takfir (menghukum orang lain kafir) dan menghukum murtad kepada orang Islam yang di luar kelompoknya. Inilah juga antara ciri-ciri doktrin dan fahaman Khawarij tulin, iaitu mudah mengkafirkan orang yang tidak menerima fahamannya.

Kenyataan Yusuf al-Qaradhawi sendiri telah menjadi saksi dan bukti bahawa Sayyid Qutub melahirkan pemikiran takfirnya (pengkafirannya) terhadap umat Islam sekarang ini kerana ia telah diakui oleh Yusuf al-Qaradhawi dengan fatwanya:

“Pada peringkat pengkafiran ini, yang merupakan kemuncak terakhir dari pengkafiran Sayyid Qutub, ia tercatit di dalam tulisan-tulisannya. Di dalam tulisan-tulisan tersebut terpancar pengkafiran terhadap masyarakat dan perlunya penundaan dakwah untuk beralih kepada undang-undang Islam (hakimiyah) dan menyerukan jihad melawan seluruh manusia”. (Lihat: Aulawiyyatul Harakah al-Islamiyah, Hlm. 110, Yusuf al-Qaradhawi)

Fatwa Yusuf al-Qaradhawi di atas yang dinukil secara amanah ini, didukung dan dikuatkan lagi dengan kenyataan Ahmad Farid Abdul Khaliq:

“Sayyid Qutub telah memperlekeh Nabi Musa ‘alaihissalam, mencela Khalifah Uthman radiallahu ‘anhu, mencela sahabat, meninggalkan tauhid uluhiyah, berakidah Asy’ariyah dalam mentakwil sifat-sifat Allah, menyebarkan pemikiran takfir dan sebagainya”. (Supaya lebih jelas, rujuklah kepada buku Sayyid Qutub “at-Taswirul Fanni’. Hlm. 163. Atau kitabnya “Kutub wa-Syaksiyat. Hlm. 242)

Di dalam kitab المورد الزلال فى التنبيه على أخطاء الظلال Syeikh Abdullah bin ad-Duwais telah mendedahkan sebanyak 182 (seratus lapan puluh dua) kesalahan termasuk kesalahan dalam bab akidah. Apakah pendukung, pentaqlid buta yang taksub dan mereka yang bersangatan memuja dan memuji Sayyid Qutub dan pertubuhan
Ikhwanul Muslimin boleh memejamkan mata tentang kesalahan yang terlalu banyak ini? Apakah Syeikh Abdullah bin ad-Duwais seorang yang bodoh? Pastinya beliau seorang ulama besar sehingga mampu mendedahkan kesilapan Sayyid Qutub yang sebanyak itu di dalam tafsirnya.

Jangan Mengkafirkan Mereka

Namun para masyeikh (para ulama yang bermanhaj Salaf) tidak pernah mengkafirkan Sayyid Qutub atau sesiapapun dari tokoh-tokoh
Ikhwanul Muslimin yang menjadi sanjungan kelompok mereka sebagaimana dinyatakan oleh Syeikh Hammad al-Ansari:

“Diketika orang ini (Sayyid Qutub rahimahullah) masih hidup maka sewajarnya dia bertaubat, jika tidak bertaubat dia dikenakan hukuman mati kerana telah murtad. Oleh kerana dia telah meninggal maka perlu dijelaskan kepada umat bahawa perkataannya itu batil, namun kita tidak mengkafirkannya kerana kita belum menegakkan hujjah ke atasnya”. (Lihat: al-Awasim Mimma fi Kutubi Sayyid Qutub Minal Qawasim, Hlm. 24, Rabi’ bin Hadi)

Syubhat Dan Bantahan

Terdapat sebahagian pihak dari pendukung pemikiran Sayyid Qutub rahimahullah menyamakan beliau (Sayyid Qutub) dengan kesilapan al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah dalam persoalan takwil asma’ wa sifat. Maka, ini jawabnya:

Berkata al-Ustaz Abdul Hakim Abdat hafizahullah dalam majlis Fathul Bari Syarh Sahih Bukhari ketika menyentuh kesalahan al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani dalam masalah asma’ wa sifat di dalam al-Fath, “Bahawasanya diakui kesalahan mereka ini sebagai kesalahan ijtihadiyah bukan
bid’ah, meskipun dari hasil ijtihad mereka mencul bid’ah, kerana beberapa hal, iaitu: 1 – Lingkungan (persekitaran) mereka telah membentuk (mempengaruhi) mereka seperti itu, 2 – mereka tidak mengulang-ulang perbahasan yang salah tersebut dalam kitab-kitabnya dan tidak menulis satu kitab pun yang membahasa tentang masalah yang salah itu, 3 – jasa-jasa mereka belum tergantikan hingga saat ini, dan kitab-kitab mereka menjadi rujukan umat.”

Bila ingin dibandingkan: Sayyid Qutub dengan buku-bukunya selalu mengulang kesalahan yang sama, begitu juga hasan al-Banna selalu menunjukkan tafwidh, sufiyahnya dalam buku-bukunya. Belum lagi mereka tidak memenuhi syarat sebagai seorang mujtahid, lalu bagaimana kita boleh menerima kesalahan mereka sebagai kesalahan. Maka yang demikian ini adalah salah satu bentuk kezaliman. (Rujukan: Menyingkap syubhat dan Kerancuan
Ikhwanul Muslimin, Andy Abu Thalib al-Atsary, Terbitan Darul Qolam, m/s. 185-186)

Menurut Sheikh Abu Abdillah Jamal bin Furaihan al-Haritsi:

Jika ada yang bertanya, “Mengapa imam an-Nawawi dan Ibnu Hajar al-Asqalani serta ta’wil mereka yang keliru itu dimaafkan, sedangkan Sayyid Qutub, al-Banna, al-Maududi, dan yang seumpamanya tidak dimaafkan?

Maka, dapat dijawab dari dua segi,

Pertama: Bahawa di antara dua jenis kelompok orang ini ada perbezaan yang besar, kerana imam Nawawi dan Ibnu Hajar memiliki jasa ilmiyah dan bermanfaat bagi umat Islam yang boleh menutupi kesalahan-kesalannya. Dan para ulama telah menjelaskan dan memebri peringatan agar berhati-hati dari kesalahan-kesalahan tersebut, maka bahayanya telah hilang dengan tanbih (peringatan) ini.

Adapun Sayyid Qutub dan Hasan al-Banna, mereka ini tidak memiliki jasa ilmiyah serta amaliyah dan tidak memberi manfaat bagi umat Islam sebagaimana yang dimiliki oleh an-Nawawi, Ibnu Hajar dan imam-imam besar yang lainnya.

Kedua: Bahawa an-Nawawi dan Ibnu Hajar tidak mengajak kepada kesalahan-kesalahannya, dan tidak mengajak untuk tahazzub (bergolong-golongan/firqah), pengkafiran terhadap masyarakat (kaum muslimin), penyatuan shaf di antara Rafidhah, Nasrani, Majusi, dan firqah-firqah sesat dengan kaum muslimin dan kesalahan-kesalahannya (an-Nawawi dan Ibnu Hajar) tidak membahayakan masyarakat, berbeza dengan Sayyid Qutub dan Hasan al-Banna dan selainnya, mereka beranggapan bahawa antara akidah yang rosak bahkan yang kafir dan akidah sahihah (yang benar) yang selamat tidak ada bezanya, serta mereka menganggap bahawa antara seorang Rafidhah, Nasrani, dan lainnya dan seorang muslim itu tidak berbeza, dan mereka ini sungguh memberi mudharat terhadap kaum muslimin bukan memberi maslahat, kerana banyak orang yang ta’asub (fanatik) dengan pendapat-pendapatnya yang menyelisihi al-Kitab dan as-Sunnah dan mereka memerangi ahlu Sunnah, dan ini merupakan bahaya yang paling besar. (Dinukil dari Edisi Terjemahan atas judul: Menepis Manhaj Dakwah II, oleh Sheikh Abu Abdillah Jamal bin Furaihan al-Haritsi, Terbitan Daar as-Salaf, m/s. 37-38)

Fatwa Para Ulama Terhadap Sayyid Quthb

1 - Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani berfatwa: “Sayyid Qutub tidak mengetahui tentang Islam, baik secara usulnya (ilmu-ilmu dasarnya) atau ilmu-ilmu furu’. Maka saya berterima kasih kepada al-akh (Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali) kerana menunaikan kewajipannya dengan menjelaskan dan menyingkap kejahilan dan penyimpangan (akidah Sayyid Qutub) dari Islam”. (Lihat: Ta’liq (komentar) Syeikh al-Albani terhadap kitab (al-Awasim Mimma fi Kutubi Sayyid Qutu Minal Qawasim) tulisan Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi Umair al-Madkhali)

2 - Syeikh al-Muhaddis Muhammad Nashiruddin al-Albani berkata berkenaan pendedahan bahaya pemikiran Sayyid Qutub oleh Sheikh Rabi’:

“Semua yang telah diperkatakan tentang Sayyid Qutub (oleh Syeikh Rabi’ di dalam kitabnya) adalah benar dan hak. Dan hal ini membuktikan kepada seluruh pembaca bahawa tidak terdapat pada diri Sayyid Qutub pengetahuan tentang Islam sama ada usul ataupun furu’nya”. (Lihat: Baraatul Ulama Ummah. Hlm. 35)

3 - Syeikh Abdul Aziz bin Bazz rahimahullah menyatakan berkenaan Sayyid Qutub yang mentahrif ayat-ayat istiwa:

“Dan ini adalah batil dan menunjukkan bahawa Sayyid Qutub miskin dalam hal tafsir”. (Lihat: Baraatul Ulama Ummah. Hlm. 30)

3 - Berkata Syeikh Abdul Muhsin al-Abbad al-Badr:

“Bahawa Sayyid Qutub bukan termasuk ulama yang dapat dikuti perkataannya dalam masalah-masalah ilmiyah”. (Ucapan yang dirakam pada tanggal 7/11/1414)

4 - Pujian Sheikh Abdul Aziz Bin Baz terhadap Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali yang banyak mengkaji dan membongkar sekian banyak penyimpangan dalam kepelbagaian firqah dalam dakwah, termasuk pertubuhan
Ikhwanul Muslimin:

“Khusus mengenai Sheikh Muhammad Amman al-Jami dan Sheikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, keduanya adalah Ahlus Sunnah dan aku mengenal keduanya dengan keilmuan mereka, keutamaan mereka serta aqidah yang benar. Dr. Muhammad Amman al-Jami telah meninggal dunia pada malam Khamis tanggal 27 Sya’ban tahun ini (semoga Allah merahmati beliau) namun aku menasihatkan agar tetap mengambil faedah (manfaat) dari kitab-kitab yang ditulis oleh keduanya. Kita memohon kepada Allah agar memberikan taufiq-Nya dan agar Allah mengampuni Sheikh Muhammad Amman dan agar memberikan taufiq kepada seluruh kaum muslimin kepada perkara yang diredhai-Nya dan perkara yang padanya terdapat perbaikan bagi kaum muslimin, sesungguhnya Dia adalah Dzat yang Maha Mendengar lagi Maha dekat.” (Rujukan: Kaset al-As’ilah as-Suwaidiyyah. Rujuk juga: Kaset Tsana’ul Ulama ‘ala asy-Sheikh Rabi’ – tasjilat Minhajus Sunnah)

5 – Diajukan sebuah pertayaan kepada Sheikh al-Albani dalam sebuah kaset yang berjudul Liqa’ Abil Hasan al-Ma’ribi ma’a al-Albani, yang berbunyi: “Meskipun telah diketahui sikap dua orang sheikh yang mulia, iaitu Sheikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali dan Sheik Muqbil bin Hadi al-Wad’i dalam memerangi ke
bid’ahan dan pendapat-pendapat yang menyimpang, ada sebahagian kalangan pemuda yang meragukan bahawa keduanya berada di atas garis salaf.”

Maka beliau rahimahullah menjawab: “Alhamdulillah kami merasa yakin bahawasanya para da’i di pelbagai negeri Islam yang mereka menegakkan kewajiban fardhu kifayah (ini), yang mana sedikit orang yang bersedia menunaikannya di masa-masa sekarang, mereka akan dicemuh kerana mereka berdakwah dengan dakwah yang benar yang tegak di atas al-Kitab dan as-Sunnah di atas manhaj salafus soleh ini. Maka penghinaan atas diri dua orang sheikh ini, iaitu Sheikh Rabi’ dan Sheikh Muqbil, dua orang da’i kepada Kitabullah dan Sunnah di atas pemahaman salafus soleh, atau pernyataan perang dari orang-orang yang menyelisihi manhaj yang benar ini, sebagaimana inilah yang nampak oleh semua orang, celaan kepada mereka ini hanya bersumber dari salah satu di antara dua kemungkinan orang: boleh jadi dia seorang yang jahil/bodoh dan boleh jadi dia adalah pengikut hawa nafsu.”

Sheikh al-Albani juga menyatakan bahawa: “Sesungguhnya pembawa bendera jarh wat Ta’dil zaman ini adalah saudara kami Dr. Rabi’, sedangkan orang-orang yang membantah beliau sama sekali tidak berada di atas ilmu selamanya, sementara ilmu ada pada beliau. (Rujukan: Kaset al-Muwazanat Bid’atul ‘Ashr li al-Albani)

6 – Fatwa al-Allamah Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah:

Sayyid Qutub berkata dalam bukunya “Kutub wa Syakhiyah”, halaman 242, tentang Muawiyah bin Abu Sufyan dan Amr bin al-Ash r.a., “Sesungguhnya Muawiyah dan sahabatnya Amr r.a. tidaklah mengalahkan Ali r.a. kerana keduanya lebih mengetahui tentang kedalaman jiwa dan lebih berpengalaman dalam bertindak dengan tindakan yang bermanfaat dalam siatuasi-situasi yang tepat, akan tetapi kerana mereka berdua juga lebih tangkas dalam mempergunakan pelbagai pedang sedang Ali terikat pada akhlaknya dalam memilih sarana untuk berkelahi.

Dan ketika Muawiyah dan sahabatnya itu condong melakukan kebohongan, tipu daya, kecurangan, penipuan, kemunafikan, penyuapan, dan membeli segala perlindungan, dan Ali r.a. tidak mampu untuk mengikuti hingga ke tindakan yang paling hina tersebut, maka tidaklah hairan kalau mereka berdua berhasil dan Ali gagal, dan sungguh kegagalan tersebut adalah lebih mulia dari segala keberhasilan.”

Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata ketika beliau ditanya perkataan tersebut dan dibacakan kepadanya, “Perkataan yang buruk, ini merupakan perkataan yang buruk, merupakan penghinaan terhadap Muawiyah dan penghinaan terhadap Amr bin Ash, semua itu adalah perkataan yang buruk dan mungkar.

Muawiyah dan Amr serta orang-orang yang ebrsama mereka berdua adalah dalam posisi berijtihad, dan yang berakhir tidak tepat, seangkan para mujtahid apabila tidak tepat maka semoga Allah s.w.t. memaafkan kita dan mereka.”

Seorang penanya berkata, “Perkataannya, “sesungguhnya dalam diri mereka berdua ada kemunafikan”, bukankah perkataan seperti ini merupakan tindakan mengkafirkan?”

Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata, “Ini adalah salah dan keliru namun tidak menjadi kafir, kerana sesungguhnya pencelaannya terhadap beberapa sahabat r.a. atau salah satu sahabat r.a. adalah suatu kemungkaran dan kefasikan yang harus diberi hukuman (kita memohon kepada Allah s.w.t. keselamatan) akan tetapi bila ia mencela sebahagian besar atau memfasikkan mereka maka ia keluar dari Islam kerana mereka adalah pembawa syari’at ini, dan bila mereka dicela ertinya adalah suatu celaan terhadap syari’at.”

Penanya berkata, “Tidakkah dilarang saja buku-buku yang ada di dalamnya perkataan seperti itu?”

Yang mulia Sheikh Abdul Aziz bin Baz berkata, “Bahkan lebih baik ia dirobek (dikoyak).”

Kemudian beliau berkata kembali, “Apakah ini ada dalam surat khabar?”

Penanya berkata, “Dalam sebuah buku (semoga Allah s.w.t. membalas kebaikan kepada sheikh).”

Sheikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah berkata, “Karangan siapa?” Penanya berkata, “Karangan Sayyid Qutub.” Sheikh Abdul Aziz berkata, “Ini adalah perkataan yang buruk.” Penanya berkata, “Dalam buku berjudul Kutub wa Sykhshiyyat.” (Rujukan: Syarh Riyadhus Sholihin karangan Sheikh yang mulia, hari Ahad, 18/7/1416H). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير, telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)

7 – Sheikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin rahimahullah ketika ditanya berkenaan Sayyid Qutub, beliau menjawab:

“Pengamatan saya terhadap buku-buku Sayyid Qutub adalah sangat sedikit sekali dan saya tidak mengetahui keadaan orang tersebut, akan tetapi para ulama telah menulis tentangnya yang bersangkutan dengan karangannya dalam Tafsir “Fi Dzilalil Qur’an”, mereka menulis tanggapan-tanggapan atasnya, seperti yang ditulis oleh Sheikh Abdullah ad-Duwaisy rahimahullah, dan saudara kita Sheikh Rabi’ al-Madkhali juga menulis tanggapan-tanggapan atasnya, atas Sayyid Qutub dalam Tafsirnya ataupun dalam buku lainnya, maka barangsiapa yang suka untuk menelaahnya maka baik untuk ditelaah.” (Rujukan: Kaset “al-Liqa’ al-Maftuh ats-Tsami Baina Sheikh al-Utsaimin dan al-Madkhali di Jeddah”, kemudian ditandatangani oleh Sheikh Muhammad dengan tanggal 24/2/1421H). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير, telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)

8 – Sheikh Soleh bin Fauzan al-Fauzan. Sheikh al-Allamah Soleh al-Fauzan ditanya berkenaan buku “Fi Dzilalil Qur’an”.

Beliau berkata, “Masalah membaca buku azh Zhilal masih diperdebatkan kerana azh-Zhilal mengandungi perkara-perkara yang masih perlu diperdebatkan, dan bahawasanya kita membuat para pemuda tergantung dengan buku tersebut dan agar mereka mengambil pemikiran yang padanya terdapat perkara yang perlu diperdebatkan, dan ini kemungkinan memiliki akibat yang buruk terhadap pemikiran para pemuda. Ada tafsir Ibnu Katsir dan tafsir-tafsir ulama salaf lainnya yang banyak sekali jumlahnya yang sudah lebih dari cukup daripada tafsir seperti (fi zhilalil Qur’an) ini.

Pada hakikatnya kitab tersebut bukanlah kitab tafsir namun hanya sebuah buku yang membahas erti secara umum dari setiap surah atau al-Qur’an secara umum. Maka buku itu bukanlah tafsir dengan makna yang difahami oleh para ulama terdahulu dari masa yang lalu iaitu bahawasanya tafsir adalah penjelasan akan makna al-Qur’an dengan riwayat-riwayat yang ada, dan penjelasan tentang segala apa yang tersembunyi di baliknya sama ada dari segi bahasanya mahupun keindahannya, dan segala yang terkandung di dalamnya dari hukum-hukum syari’at. Dan sebelum itu semua, penjelasan yang dimaksud Allah s.w.t. dari ayat-ayat dan surah-surah yang ada.

Sedangkan buku fi zhilalil Qur’an adalah sebuah buku tafsiran yang umum yang mungkin kita dapat menamakannya dengan buku tafsir yang ebrsifat tematik iaitu di antara tafsiran yang bersifat tematik yang kita kenal zaman sekarang ini, akan tetapi tafsir tersebut tidak dapat dijadikan sandaran kerana bercampur dengan pelbagai perkara sufiyah dan rangkaian-rangkaian kata yang tidak sewajarnya dalam kitabullah seperti mensifati al-Qur’an dengan muzik dan nada-nada dan juga penulisnya tidak prihatin terhadap tauhid ibadah, sedang hal yang sangat mengambil perhatiannya adalah tauhid rububiyah, dan bila ia sebutkan berkenaan tauhid uluhiyah maka ia memusatkan pada
tauhid hakimiyah (perundangan), dan al-hakimiyah tidak diragukan merupakan sebahagian dari tauhid uluhiyah akan tetapi ia bukanlah satu-satunya tauhid uluhiyah yang diinginkan (dan ia mentakwilkan sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara orang-orang yang sesat).

Buku ini tidak boleh dijadikan sedarjat/setaraf dengan ibnu Katsir dan kitab-kitab lainnya.

Inilah pendapat saya, dan sekiranya mengambil dari kitab-kitab salaf (kitab terdahulu), dan kitab-kitab yang berbicara tentang aqidah, tafsir al-Qur’an dan hukum-hukum syari’at, maka pastilah lebih sesuai bagi para pemuda tersebut.” (Rujukan: Kaset “Majmu’ ma qalahu Ibnu Baz haula nashihatihi al-ammah”, pertemuan dengan yang mulia sheikh, Makkah al-Mukarramah, 9/8/1412H, yang kemudiannya diteliti kembali oleh Sheikh). Rujuk: (فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير, telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Terbitan Darul Haq)

Penutup

Tulisan yang telah anda baca ini hanya mendedahkan sebahagian kecil dari sekian banyak fakta-fakta yang menunjukkan penyimpangan Sayyid Qutub (semoga Allah mengampuninya) dalam perjuangannya terhadap Islam. Untuk lebih jelas lagi, anda boleh merujuk sendiri buku-buku karangan ulama yang membahas dan mengkaji secara khusus berkenaan Pemikiran Sayyid Qutub ini dan sekaligus pemikiran/manhaj
Ikhwanul Muslimin bersama para tokoh-tokohnya yang lain.

Antara Kitab-kita tersebut adalah sebagaimana berikut:

1 - الزلال فى التنبيه على أخطاء الظلال , oleh Syeikh Abdullah bin ad-Duwais.

2 - القرضاوي في الميزان, Syeikh Sulaiman bin Soleh al-Khurasyi.

3 - المورد العذب الزلال فيما اتتقد على المناهج الدعوية من العقائد والاعمال , Syeikh Ahmad Yahya an-Najmi.

4 - القطبية هي الفتنة فاعرفوها , oleh Sheikh Abi Ibrahim bin Sultan al-Adnani

5 - حقيقة الدعوة الى الله , oleh Syeikh Saad bin Abdulrahman al-Husin

6 - دعوة الاخوان المسلمين فى ميوان الاسلام , oleh Farid bin Ahmad bin Mansur.

7 - رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي لشرعة الاسلام , oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad bin Mansur al-Udaini.

8 - فكرة التكفير قديما وحديثا وتبرئة اتباع مذهب السلف من الغلو والفكر المنحرف , oleh Syeikh Abdussalam bin Salim bin Raja’ as-Suhaimi.

9 - الرحمن عبد الخالق , oleh Syeikh Rabi’ bin Hadi al-Madkhali telah disemak dan ditaqdim oleh Syeikh Dr. Soleh bin Fauzan al-Fauzan, seorang Anggota Kibarul Ulama dan Anggota Lajnah Badan Fatwa Saudi Arabia.

10 – Sebuah Tinjauan Syari’at, Mereka Adalah Teroris!, oleh al-Ustaz Luqman bin Muhammad Ba’aduh, Terbitan Pustaka Qaulan Sadida. (Indonesia)

11 – Menyingkap Syubhat dan Kerancuan
Ikhwanul Muslimin, oleh Andy Abu Thalib al-Atsary, Terbitan Darul Qolam. (Indonesia)

12 – فتاوى العلماء الكبارفي الإرهاب والتدمير وضوابط الجهاد والتكفير , (telah diterjemahkan atas tajuk: Fatwa-fatwa Terlengkap Seputar Terorisme, Jihad, & Mengkafirkan Kaum Muslimin, disusun oleh Abul Asybal Ahmad bin Salim al-Mishri, Cetakan Darul Haq) – Membukukan fatwa-fatwa dari ulama seperti Sheikh Abdul Aziz bin Baz, sheikh al-Albani, Sheikh al-Utsaimin, Sheikh Dr. Soleh Fauzan, dan lain-lain.

13 – مطاعن سيد قطب في اصحاب رسول الله , oleh Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali. Telah diterjemahkan ke bahasa Indonesia, dengan tajuk: Sayyid Quthb Cela Sahabat Nabi?, Terbitan Darul Falah.

14 – Kekeliruan Pemikiran Sayyid Qutub, oleh Sheikh Dr. Rabi’ bin Hadi al-Madkhali, Terbitan Darul Falah. (Merupakan Terjemahan Dari Kitab Asal ke Bahasa Indonesia).