__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Monday, December 14, 2009

105 - Jawaban Syaikh Ibn ‘Utsaimin Terhadap Pembelaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi Terhadap al-Asya’irah

Jawaban Syaikh Ibn ‘Utsaimin Terhadap Pembelaan Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada al-Asya’irah

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Fatwa al-Qaradhawi sebagaimana yang terdapat di dalam laman web rasminya:

وردا على سؤال آخر من أحد الحضور جاء فيه: "بعض الناس يطعن في عقيدة الأزهر الشريف، فما رد فضيلتكم على هذا الكلام؟"، قال الشيخ القرضاوي بنبرة استفهام ساخرة: "عقيدة الأزهر الشريف؟!" ورأى أن من يقول ذلك "فهو يطعن في الأشعرية"، وتابع: "ليس الأزهر وحده أشعريا.. الأمة الإسلامية أشعرية.. الأزهر أشعري والزيتونة أشعري والديوباندي (بالهند) أشعري وندوة العلماء أشعرية ومدارس باكستان أشعرية.. وكل العالم الإسلامي أشعرية". وأشار إلى أنه حتى الأشعرية موجودة بالسعودية التي تعد مركز السلفية الوهابية، وقال: "السلفيون مجموعة صغيرة، حتى إذا قلنا السعودية فليس كل السعودية سلفيين، فالحجازيون غير النجديين غير المنطقة الشرقية غير منطقة جيزان وهكذا". وأضاف: "فإذا أخذنا بالأغلبية، فإن أغلبية الأمة أشعرية.. هذه كلها اجتهادات في فروع العقيدة، والكل متفق على شهادة أن لا اله إلا الله وأن محمد رسول الله وعلى النبوة في الإيمان بالله وكتبه ورسله وفي اليوم الآخر". وشدد على أن "هذه الاختلافات لا ينبغي أن نكفر بها أحدا

Terjemahan: Di ketika menjawab soalan lain daripada salah seorang yang turut serta (bertanya):

“Segolongan orang telah mengkritik ‘aqidah al-Azhar asy-Syarif. Maka, apa jawapan tuan yang dihormati, terhadap perkataan (tohmahan) tersebut?” Maka Syaikh al-Qaradhawi menjawab dalam bentuk persoalan yang penuh takjub:

“Aqidah al-Azhar asy-Syarif?!”

(Beliau berkata) “Saya lihat orang yang berkata seperti itu adalah orang yang mengkritik (‘aqidah) al-Asya’irah”. Seterusnya beliau berkata: “Bukanlah al-Azhar satu-satunya yang (beraqidah) Asy’ari. Ummah Islamiyyah adalah Asya’irah (majoritinya). Al-Azhar (beraqidah) Asy’ari. Az-Zaituniyyah (beraqidah) Asy’ari. Ad-Deoubandi (di India) beraqidah Asy’ari. Nadwah Al-Ulama’ beraqidah Asy’ari dan sekolah-sekolah di Pakistan juga (beraqidah) Asy’ariyyah. Seluruh Dunia Islam adalah Asy’ari (beraqidah Asy’ari)”.

(Syaikh Dr. Al-Qaradhawi turut menjelaskan) wujudnya golongan Al-Asya’irah di Saudi yang dikenali sebagai markaz Salafiyyah Wahhabiyyah. Beliau berkata:

Salafiyyun (Wahhabiyyah) hanya minoriti sahaja (di dunia). Walaupun kita katakan negara Saudi (sebagai Salafi wahhabi), namun bukan seluruh Saudi itu Salafi (Wahhabi). Golongan ahli Hijaz (yang kebanyakkan ulama’ mereka masih al-Asya’irah tetapi tidak menonjol) bukan seperti ahli Nejad. (Ahli Nejad juga) bukan Ahli Syarqiyyah (ahli timur Saudi). (Ahli Syarqiyyah juga) bukan seperti Ahli di daerah Jizan. Begitulah seterusnya…”

Beliau menambah: “Sekiranya mahu dikira majoriti umat Islam, maka majoriti ummah adalah al-Asya’irah. Itu hanyalah perselisihan dalam masalah furu’ Aqidah. Kesemuanya bersepakat terhadap iman kepada Tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Muhammad itu adalah Rasulullah. Semuanya bersepakat terhadap kenabian (Rasulullah s.a.w.) dan pada keimanan terhadap Allah, kitab-kitab, para rasul-Nya dan beriman kepada Hari Akhirat”.

Lalu beliau mengingatkan secara tegas: “Khilaf ini (manhaj Al-Asya’irah) tidak boleh menjadi sebab kita mengkafirkan sesiapa!”

Rujukan:

http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6914&version=1&template_id=116&parent_id=114

القرضاوي: لا فتوى لشلتوت بالتعبد على الجعفري
موقع القرضاوي/9-4-2009
الخميس 09 ابريل 2009
عقيدة الأزهر

Jawaban Syaikh Ibnu Utsaimin secara umum di dalam kitabnya, al-Qowa’idul Mutsla, di bahagian tajuk "Bantahan Terhadap al-Asya'irah":

قلنا: أننا لا نسلم أن تكون نسبة الأشاعرة بهذا القدر بالنسبة لسائر فرق المسلمين، فإن هذه دعوى تحتاج إلى إثبات عن طريق الإحصاء الدقيق. ثم لو سلمنا أنهم بهذا القدر أو أكثر فإنه لا يقتضي عصمتهم من الخطأ، لأن العصمة في إجماع المسلمين لا في الأكثر. ثم نقول: إن إجماع المسلمين قديما ثابت على خلاف ما كان عليه أهل التأويل، فإن السلف الصالح من صدر هذه الأمة، وهم الصحابة الذين هم خير القرون والتابعون لهم بإحسان وأئمة الهدى من بعدهم، كانوا مجمعين على إثبات ما أثبته الله لنفسه، أو أثبته له رسوله صلى الله عليه وسلم من الأسماء والصفات، وإجراء النصوص على ظاهرها اللائق بالله تعالى، من غير تحريف، ولا تعطيل، ولا تكييف، ولا تمثيل. وهم خير القرون بنص الرسول صلى الله عليه وسلم، وإجماعهم حجة ملزمة، لأنه مقتضى الكتاب والسنة، وقد سبق نقل الإجماع عنهم في القاعدة الرابعة من قواعد نصوص الصفات

Terjemahan: Kita tidak boleh menerima sekiranya dikatakan pengikut Asy’ariyah adalah sebesar itu. Pengakuan seperti itu memerlukan bukti dengan kajian yang teliti. Sekiranya benar jumlah mereka sebesar itu, atau mungkin malah lebih, perkara tersebut tidak menunjukkan bahawa mereka berada dalam kebenaran. Kerana kebenaran terdapat di dalam ijma’ kaum muslimin, bukan bergantung kepada banyaknya jumlah umat Islam. Apatah lagi bahawa kaum muslimin generasi awal (terdahulu) telah ijma’ (bersepakat) menyelisihi fahaman ahli ta’wil. Para salafush-Sholeh dari generasi pertama umat ini, iaitu para sahabat (yang merupakan generasi terbaik), para Tabi’in dan para imam mujtahij telah ijma’ menetapkan semua nama-nama dan sifat-sifat Allah yang telah Dia tetapkan sendiri atau ditetapkan oleh Rasulullah. Mereka juga telah ijma’ memahami nash-nash tentang sifat Allah menurut zhohirnya bersesuaian dengan keagungan-Nya tanpa melakukan tahrif, ta’thil, takyif, dan tamtsil.

Para sahabat, tabi’in, dan para imam mujtahid adalah orang-orang yang dipuji oleh Rasulullah sebagai generasi terbaik. Ijma’ mereka adalah hujjah yang wajib diikuti, kerana bersesuaian dengan tuntutan al-Qur’an dan as-Sunnah. Tentang ijma’ mereka ini telah dibicarakan pada kaedah keempat di dalam memahami nash tentang sifat Allah. (Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin, al-Qowa’idul Mutsla fii Shifatullah wa Asma’ihu al-Husna, m/s. 75. Maktabah Syamilah)

25 comments:

Nilai Sri Wangsa said...

Sila kemukakan hadis atau atsar drpd para sahabat yg mana mereka melarang kaum muslimin mentakwilkn ayat2 sifat. Sesungguhnya, saya sebagai org yg kurang ilmu tak pernah dengar kalam para sahabat yg terang-terangan mengatakan mereka menetapkan dgn sebulat tekad apa yg telah diturunkan Allah dgn makna zahirnya dan sekaligus mengingkari takwil. Apa yg saya tahu mereka beriman dgn ayat ini secara sami'na wa ato'na. Mereka mendiamkan diri dlm membicara lanjut ayat ini krn mereka org Arab tulen yg mana mudah bg mereka fhm apa yg ingin disampaikn menurut kaedah bahasa Arab walaupun ketika itu belum ada disiplin ilmu Bahasa Arab seperti sekarang. Mereka tidak perlu mempelajari disiplin ilmu bahasa tersebut krn mereka membesar dengannya drpd peninggalan nenek moyang mereka. Bkn seperti kita, baru blajar Arab 10 tahun, dah pandai haramkan takwil.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Maksud Firman Allah:

Katakanlah: "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui." (Surah al-A'raaf, 7: 33)

Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu melakukan perbuatan jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui. (Surah al-Baqarah, 2: 169)

Nilai Sri Wangsa said...

Merujuk kpd surah al-A'raaf, ayat 7 yg mengatakn "Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji".
Adakah perbuatan menta'wil itu keji? Bukankah menghukum sesat ke atas saudara muslim yg hanya berbeza pendapat dgn kita lebih keji?

"(mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui"

Mentakwilkan "tangan Allah" kpd "kuasa Allah", adakah itu mengada-adakan bidaah terhadap Allah? Apakah anda tidak yakin bhw Allah mempunyai kuasa? ataupun anda tidak mengetahui bhw Allah mempunyai kuasa?

Begitu juga dgn menta'wilkan "Allah bersemayam atas arasy" kpd "Allah menguasai arasy". Apakah berdosa kita mengatakn Allah menguasai arasy? Bukankah anda sedia maklum sesungguhnya Allah menguasai segalanya? Apakah anda tidak pernah terfikir yg Allah mampu utk menguasai arasy sehingga anda merasakan menta'wilkan ayat di atas sbg satu benda yg baru (bidaah)?

Sesungguhnya menta'wilkan ayat Allah sepertimana takwilan ulama2 asy'ari itu tidak merubah sedikit pun struktur asal quran (termasuk maknanya). takwil adalah satu bidang ilmu bahasa dlm memahami ayat2 Allah. Org awam susah nk phm konsep tangan Allah berbeza dgn tangan makhluk. Bila disebut tangan Allah, pasti terbayang tangan manusia. Ini lumrah bagi org awam yg jauh dgn agama. Hal ini menimbulkan kesukaran bg mereka utk menjaga akidah. Nah, ketika inilah takwil mengambil tempatnya. Ini lebih mudah bg mereka utk menjaga akidah. Bukankah nabi suruh kita mudahkan orang lain utk memahami agama (antaranya menjaga akidah)?

Saya ada mengulang kembali kata2 Qaradhawi; "sesungguhnya mereka yg menta'wilkn ayat2 sifat itu tidak diragui keikhlasan mereka". Mengapa anda perlu ragu-ragu terhadap mereka (lebih-lebih lagi terhadap ulama besar)? Bukankah kita disuruh untuk berbaik sangka?

Saya juga tidak setuju dgn golongan Malik yg begitu keras menentang fahaman anda ttg permasalahan ini dan sekaligus beriya-iya mempertahankan manhaj khalaf.

Tetapi saya juga tidak setuju dgn sikap anda yg menidakkan manhaj khalaf yg tidak ada sedikitpun unsur-unsur kesesatan.

Saya minta anda kemukakan kalam para sahabat yg terang-terangan mengatakan mereka menetapkan apa yg telah diturunkan Allah dgn makna zahirnya dan sekaligus mengingkari takwil, tetapi anda dgn beraninya menggunakan ayat quran utk menjawab pertanyaan saya. Saudara, jgn pandai2 gunakan ayat quran utk mengenakan orang atau utk menjatuhkan pendapat org lain. Kalau dh tak de hujah tu, diam-diam sajelah. Jgn sesekali menggunakan quran sbg hujah palsu, takut-takut quran pula yg jadi "hujjatun alaik" di akhirat kelak. Na'uzubillah. Saya doakan anda dan diri saya agar sentiasa dirahmati Allah dan dipelihara drpd azab-Nya. Amiin

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Macam mana anda tahu bahawa yang dimaksudkan tangan kat situ adalah kuasa?

Sedangkan kuasa merujuk kpd kalimah lain?

Atau anda sengaja mengada-adakan sesuatu ke atas anda tanpa ilmu?

Di manakah perkataan para sahabat yang menukarkan kalimah Yadd kepada kalimah kuasa?

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Atau anda sengaja mengada-adakan sesuatu ke atas Allah tanpa ilmu?

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

قال أبو عيسى إثر ما روي حديث أبي هريرة إن الله يقبل الصدقة ويأخذها بيمينه فيربيها

وقد قال غير واحد من أهل العلم في هذا الحديث وما يشبهه من الصفات ونزول الرب تبارك وتعالى إلى سماء الدنيا


Terjemahan: Berkata Abu ‘Isa (at-Tirmidzi) setelah meriwayatkan hadis:

Sesungguhnya Allah menerima sedekah dan mengambilnya dengan Tangan Kanan-Nya.

Adalah lebih dari seorang ahli ilmu telah mengeluarkan pendapatnya berkenaan hadis ini dan yang seumpamanya berkaitan sifat-sifat (Allah) dan turunnya Allah ke langit dunia.


قالوا قد ثبت الروايات في هذا ونؤمن به ولا يتوهم ولا يقال كيف


Terjemahan: Mereka menyatakan bahawa riwayat tersebut adalah jelas dan kami mengimaninya (meyakininya) tanpa membayangkan (menggambarkan/imagine) dan tanpa mempersoalkannya bagaimana.


هذا روي عن مالك وابن عينية وابن المبارك أنهم قالوا في هذه الأحاديث أمروها بلا كيف


Terjemahan: Diriwayatkan dari Malik, Ibnu ‘Uyainah, dan Ibnul Mubarak, mereka mengatakan berkenaan hadis-hadis tersebut: Tetapkanlah/terimalah ia (sebagaimana datangnya) tanpa menanyakan bagaimana.


قال وهكذا قول أهل العلم من أهل السنة والجماعة


Terjemahan: Beliau menyatakan bahawa ini adalah perkataan Ahlul ilmi (ulama) dari kalangan Ahlus Sunnah wal Jama’ah.


وأما الجهمية فأنكرت هذه الروايات وقالوا هذا تشبيه وفسروها على غير ما فسر أهل العلم
وقالوا إن الله لم يخلق آدم بيده وإنما معنى اليد ههنا النعمة


Terjemahan: Tetapi, mereka dari kelompok Jahmiyah, mereka mengingkari (menolak) riwayat-riwayat ini. Mereka mendakwa, pemahaman seperti itu adalah termasuk Tasybih (menyerupakan Allah dengan makhluk). Dan apa yang difahami oleh kelompok (firqah) Jahmiyah berkenaan hadis tersebut adalah berbeza. Mereka tidak menyatakan sebagaimana apa yang dijelaskan oleh Ahlul ilmi (dari para ulama Ahlus Sunnah).

Mereka (kelompok Jahmiyah) menyatakan bahawa Allah tidaklah menciptakan Adam dengan Tangan-Nya, dan sebenarnya apa yang dimaksudkan dengan tangan (al-Yad) di sini adalah al-Nikmah.


قال إسحاق بن راهوية إنما يكون التشبيه إذا قال يد مثل يدي أو سمع كسمعي فهذا تشبيه

وأما إذا قال كما قال الله يد وسمع وبصر فلا يقول كيف ولا يقول مثل فهذا لا يكون تشبيها عنده قال تعالى ليس كمثله شيء وهو السميع البصير


Terjemahan: Berkata Ishaq B. Rahawaih, bahawasanya apa yang dimaksudkan dengan Tasybih (menyerupakan sifat Allah dengan sifat makhluk) itu adalah sekiranya seseorang mengatakan:

“Tangan seperti tanganku, atau pendengaran seperti pendengaranku”.

Inilah yang dinamakan sebagai Tasybih.

Ada pun sekiranya seseorang mengatakan sebagaimana yang Allah katakan mengenai Tangan, Mendengar, dan Melihat, tanpa mengatakan:

“Bagaimana”

Dan tidak mengatakan:

“Seperti”,

Maka ianya bukanlah Tasybih (menyerupakan/menyamakan Allah dengan makhluk). Allah Ta’ala berfirman:

Tiada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Rujuk:
At-Tirmidzi, Sunan at-Tirmidzi, 3/71, no. 598. al-Hafiz adz-Dzahabi, al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, 1/198, no. 518. ath-Thobari, Tafsir ath-Thobari (Jami' al-Bayan fi Ta'wilul Qur'an), 6/20.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Yang takwil tangan kepada maksud lain boleh menjadi Jahmiyah, sebagaimana merujuk kpd perkataan at-Tirmidzi...

Nilai Sri Wangsa said...

Saudara, takwil bukan tabdil (tukar). Kalau saudara masih tak paham konsep ni, susah la, tak boleh buat ape.

Soal mereka yg mengingkari fahaman salaf, ya, semestinya golongan ini salah! Kalau nk takwil, takwil la, tapi jgn ingkari golongan salaf! Ini pendirian saya.

Satu lagi saudara, takwil adalah salah satu usaha mudah untuk mengelakkan tasybih. Kn saya dh kata, manfaat takwil ni utk org awam. Ulama salaf memang la tak pakai tasybih, masalahnye skarang org awam. Org awam perlu dijaga.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Nak jaga org awam adalah dengan mengajak mereka mengikuti kebenaran.

Bukankah apa yang anda utarakan tentang penukaran kalimah tangan kpd kalimah kuasa?

Cuba baca perkataan/penjelasan at-Tirmidzi betul2...

وأما الجهمية فأنكرت هذه الروايات وقالوا هذا تشبيه وفسروها على غير ما فسر أهل العلم
وقالوا إن الله لم يخلق آدم بيده وإنما معنى اليد ههنا النعمة

- Mereka tak mahu itsbatkan sifat Tangan pada Allah.

- Tetapi mereka selewengkan kepada kalimah lain (serta maksud lain)

Nilai Sri Wangsa said...

Barangkali maksud at-Tarmidzi ialah "mereka tidak mahu isbatkan sifat tangan (DALAM BENTUK JISIM) pada Allah.

Maka org yg bertakwil mengisbatkan sifat tangan (yg merujuk kuasa) pada Allah.

Bukankah dalam sastera Arab adanya konsep majaz mursal; salah satu daripadanya ialah sababiyah. Konsep ini menunjukkan terdapat ayat yg menqiaskan sesuatu makna itu dgn sebabnya. Ayat tersebut tidak menyampaikan sesuatu makna itu secara berterus terang, sebaliknya mempamerkan perkataan yg merujuk kpd sebab berlakunya sesuatu makna tersebut.

Contohnya dalam kes ni, Allah menggunakan istilah "tangan". Tangan ialah sebab yg membolehkan kuasa diperlihatkan. Segala kerja (kuasa) boleh dilaksanakan dgn tangan. Maka, menurut konsep sababiyah (majaz mursal), sesuai saja bg ulama mentakwilkan tangan dgn kuasa. Sungguhpun konsep majaz mursal tidak pernah diajar oleh nabi dan para sahabat, ilmu ini sudah wujud lama sebelum era ini. Tidak ada satu pun ahli bahasa yg mengingkarinya.

Memanglah, kalau saya pun, saya pakai konsep salaf, tapi saya seperti Qaradhawi tidak membatilkan takwil. Sungguh ilmu itu luas. Apatah lag melibatkan bahasa Arab yg luas konteksnya. Sebab itulah Allah memilih bahasa Arab untuk menyampaikan mesej-Nya. Kalau Allah pilih BM atau english, kedua-dua bahasa ini tidak mempunyai disiplin sastera yg spesifik seperti yg saya sebutkan tadi.

Wallahu a'lam

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Jangan cakap agama ikut hawa nafsu sendiri.

Sila bercakap dengan fakta!

Nilai Sri Wangsa said...

Baiklah omongan saya memang kurang fakta. Saya nak kepastian drpd anda, sila jwb dgn jujur. Apabila anda mengetahui bhw seseorang itu berpegang kpd mentakwilkan ayat Allah, adakah anda menolak utk menjadi makmum kpd org tersebut walaupun dia merupakan seorang syeikh yg dihormati oleh masyarakat umum?

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Boleh rujuk di sini:

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/2008/11/133-hukum-solat-berimamkan-ahlul-bidah.html

Nilai Sri Wangsa said...

Sesungguhnya imam al-ghazali berpegang kpd aliran asyairah. apakah beliau jahmiah, ahl bid'ah, dolal?

Sesungguhnya ulama salaf juga berpendapat ayat yg menunjukkan sifat Allah ialah ayat mutasyabihat (tidak jelas pada makna sebenarnya, bukan pada makna lafaz. Makna lafaz itu sudah cukup jelas).

Apabila disebut "tangan", maka tanganlah sepertimana lafaz yg Allah telah tetapkan untuk diri-Nya. Allah hanya menetapkan lafaz sifat tersebut, tetapi makna sebenarnya Allah rahsiakan. Tetapi adakah ini bermaksud Allah mengharamkan hambanya mentakwilkan lafaz tersebut? Tunjukkanlah ayatnya. Surah al-A'raaf ayat 33 yg saudara tunjukkan adalah berkenaan mengada-adakan SEKUTU bagi Allah. ia tidak boleh dijadikan hujah mengharamkan takwil kerna takwil tidak sedikitpun mensyirikkan Allah, malah ia menjauhkan syirik.

Lagi pula, takwil2 yg dicanang oleh ulama adalah bersifat munasabah, tidak terpesong dari makna asal. "Tangan" adalah simbolik kpd "kuasa", "bersemayam" adalah simbolik kpd "menguasai".

Bila kita blaja kt skola, makna warna2 dlm bendera malaysia, dikatakan biru simbol perpaduan, adakah maksudnya warna biru telah bertukar menjadi perpaduan? Do have a commmon sense ya akhi.

Terpulanglah. Anda bijak, sekali berhujah berderet dalil terpampang.

Saya tanya pasal makmum tadi bukan apa. Sempena tahun baru ni (walaupun bagi anda mungkin bidaah), temanya ialah sekitar perpaduan ummah. Kalau lah perkara kecil pun sampai tak nak jadi makmum, tak nak berjemaah, memanglah umat Islam lemah. Agaknya kalau org Palestin tu semuanya bertakwil, agaknya org mcm anda ni masih lagi ke nk bantu mereka sebab sikap anda yg begitu keras menentang takwil seperti sukar utk dipadam. Saya harap saya salah tentang anda. Apa2 pun semoga kita sama2 diberi hidayah oleh Allah.

Saya bersyukur Allah mempertemukan kita dlm blog ini. Semoga kita bertemu di syurga kelak. Amiin.

Assalamualaikm ya akhi.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Wa 'alaikumussalam...

Maksud Firman Allah:

(mengharamkan) mengada-adakan terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui.

- Jangan samakan sifat-sifat Allah seperti warna bendera yang boleh anda gunakan sbg simbol2 tertentu.

- Kerana dalam hal sifat2 Allah ni, Allah dan Rasul-Nya takde pun jelaskan yang Tangan tu sbg simbol. Jadi, lebih baik kita tidak memperbincangkan dan mentakwil-takwil.

- Klu sekiranya Imam al-Ghazali melakukan takwil, maka itu adalah kesilapan beliau. Adakah kerana beliau itu imam, dan beliau juga manusia yg tidak lepas dari kesilapan... Adakah kerana namanya imam, maka jika beliau silap pun kita perlu ikut?

Nilai Sri Wangsa said...

Wallahu a'lam. Surah Hud, ayat 23, terjemahan Melayu:

"Sesungguhnya org2 yg beriman dan mengerjakan amal yang soleh serta tunduk taat menunaikan ibadat kpd Tuhan mereka dgn khusyuk, mereka itulah ahli syurga, mereka kekal di dalamnya"

Apa jua pendapat kita, harap2 Allah tempatkan kita dlm kalangan ahl syurga. Semoga semua kesilapan ulama khalaf (bak kata ulama2 anda) dihapuskan.

Membuat perumpamaan mudah dlm agama tidak ditegah. Kalau saya umpamakan takwil ayat sifat dgn "takwil" warna bendera, itu adalah utk memudahkan pemahaman ttg konsep takwil.

Sesungguhnya Allah menggunakan perumpamaan dlm menerangkan kuasa-Nya. Lihat bagaimana Allah mengumpamakan kuasa-Nya membangkitkan orang mati dgn keadaan tanah yg mati menjadi subur setelah kena hujan (tak yah tanyalah surah ape, ayat brape, org pandai mcm anda takkan tak pernah dengar). Kalau ikut pemahaman anda, perumpamaan ini pun tak boleh kerana kuasa Allah menghidupkan org mati tidak sama dgn kebolehan hujan menyuburkan semula tanah kontang.

Sesungguhnya, tak de satu benda pun kt dunia ni yg sama dgn Allah. Tapi kalau tak buat perumpamaan mcm mana org nk paham?

Saya ada mendengar ceramah Hadi Awang (terpulanglah kpd anda menilai beliau) tentang takwil istawa. Memang termaktub dlm syair Arab yg menggunakan istawa untuk makna istawla, "qad istawa ala iraqi", lebih kurang begitulah yg saya ingat yg bermaksud dia (raja) bersemayam (menguasai) atas iraq.
Walaupun ni syair, tapi sudah cukup jelas menunjukkan bagaimana bentuk gaya bahasa Arab. Lps ni, jgnlah pulak anda mengada-adakan terhadap saya (memfitnah) dgn mengatakan bhw saya menyamakn quran dgn syair. Na'uzubillah.

Wallahu a'lam

Nilai Sri Wangsa said...

Wallahu a'lam. Zaman nabi, sahabat dh expert ttg ilmu sastera. Perlu ke nabi terangkan yg tangan itu simbol? Istawa tu simbol? Wajah tu simbol? Org zaman tu dah paham sendiri. Buat ape nabi nk terangkan. Sesungguhnya sahabat tak membiarkan ayat quran tanpa berusaha mentafsirkannya. Apa yg diorang dh tau, diorang diam, seperti ayt yg melibatkn ayat sifat. Apa yg masih blum jelas seperti ayat yg menunjukkan proses persenyawaan benih laki dan wanita, ada sahabat yg memberikan pandangan peribadi mereka. Maka sbb itu ulama khalaf juga mengambil contoh para sahabat dgn melakukan tajdid (bukan bidaah) dlm bidang pentafsiran dgn adanya takwil.

Takwil mmg benda baru, tapi kalau takwil haram, ilmu nahu pun haram lah, saraf haramlah, mufrodat haramlah. Mengikut Imam Syatibi, ilmu2 ini tidak dikira sbg bidaah.

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Apabila Allah nak bawa ayat perumpamaan, Dia akan bagi tahu.

Tetapi, dalam bab sifat, ada Allah bagi tau yang Dia nyatakan tu adalah perumpamaan?

Siapa kita utk mendahului-Nya dalam hal ini?

afiqmnoor said...

Islam ini bukan hak milik awam. Ia kepunyaan Allah Jalla Wa 'Ala. Justeru apa yang datang kepada syariat ini hendaklah dengan dalil. Jika dibenarkan takwil sudah tentu ada dalilnya dan para Salaf kita juga melakukannya (Lau kana khairan la sabaqu na ilaih). Semoga Allah melindugi kita dari golongan Aqliyun, yang mengagungkan aqal melebihi wahyu

JomFikir said...

Imam Malik dan Auza’i r.a.-yang mana mereka menta’wilkan ayat-ayat mutasyabihat dalam kondisi-kondisi tertentu: bahawa, ta’wil bagi nuzul (turunnya) Allah s.w.t. ada dua ta’wil. Salah satunya (ta’wil Imam Malik r.a.) ialah: turutnya rahmat Allah s.w.t. urusan dan para malaikatNya…” (Syarah Sahih Muslim 6/36-37)

Imam Ad-Dhihak r.a. dan Abu Ubaidah r.a. menta’wilkan firman Allah s.w.t.: “Setiap benda akan musnah kecuali WajahNya”. Wajah Allah s.w.t. dalam ayat tersebut bermaksud: ZatNya. (Daf’u Syibahu At-Tasybih oleh Imam Ibn Jauzi: 31).

Telah diriwayatkan secara ma’thur bahawa tafsiran sebahagian salafus soleh, terhadap ayat “Dia sentiasa bersama kamu di mana kamu berada” dengan makna, bersama makhluk dengan ilmuNya (bukan dengan zatNya).” (Fusulun fil Aqidah: 84).

Dalam ayat “Dan langit itu Kami (Allah) dirikan dengan ayydin (tangan-tangan dalam Bahasa Melayu)…” Imam Ibn Abbas r.a. menta’wilkan aydin dengan makna kekuasaan. (Tafsir At-Tabari: 27/6)

Dalam ayat berbunyi: “Telah datang Tuhanmu” (Al-Fajr: 22), Imam Ahmad bin Hanbal r.a. telah menta’wilkannya dengan makna: telah datang pahala (dari) Tuhanmu” (Al-Bidayah wa An-Nihayah: 10/328)

Dalam hadis sahih Al-Bukhari di mana Rasulullah s.a.w. menyebut: “Yadhak Allah” (dalam bahasanya bermaksud: Allah telah ketawa), dan Imam Al-Bukhari menta’wilkannya dengan maksud: “Allah merahmati”. Beliau menta’wilkan ketawa dengan makna rahmat. (Fathul Bari 6/123-124)

Imam Mujahid r.a. menta’wilkan perkataan “janbi” (dalam maksud bahasa bererti pada sisi) Allah s.w.t., dalam ayat surah Az-Zumar ayat 56, dengan maksud: perintah Allah s.w.t.. (Tafsir At-Tabari 24/13).

JomFikir said...

Daripada Abu Hurairah RadiyaLlahu 'anhu bahawa RasuluLLah sallaLlahu 'alaihi wasallam bersabda :

يضحك ألله إلى رجلين يقتل أحدهما الأخر كلاهما يدخل ألجنة, فقالو كيف يا رسول الله؟ قال : يقاتل هذا في سبيل الله فيستشهد ثم يتو ب الله على القاتل فيسلم فيقاتل في سبيل الله فيستشهد

Ertinya : ALlah merahmati dua orang lelaki; salah seorang di antara keduanya membunuh yang lain, lalu kedua-duanya masuk syurga. Para sahabat radiyaLlahu 'anhum bertanya, Bagaimanakah boleh jadi begitu , wahai RasuluLlah?" Jawab baginda sallaLlahu 'alaihi wasallam, "Lelaki ini telah terbunuh pada jalan Allah, maka dia mati syahid. Kemudian si pembunuh tadi bertaubat kepada ALlah dan memeluk Islam, maka ALlah menerima taubatnya. Selepad itu dia pergi berperang pada jalan ALlah, maka dia mati syahid.

Imam al Bukhari telah mentakwilkan perkataan الضحك yang pada bahasa adalah ketawa dengan makna الرحمة rahmat (Al Asma' wa As Sifat, H 470, Dar Ihya' Al Turath al Arabi. Fath al Bari bi Syarh Sohih Al Bukhari Jilid 6 H : 123-124. Sahih Muslim bi Syarh Imam An Nawawi Jilid 15 H : 32-33.

Syarikat Atsar Enterprise (no. Pendaftaran: SA0077445-W) said...

Jawaban utk Jom fikir:

Dakwaan al-Bukhari telah mentakwilkan hadis di atas adalah tidak benar dan ini ditegaskan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani sendiri dalam kitabnya Fath al-Bari. Sila rujuk kepada Fath al-Bari, jld. 8, ms. 632 (Atau Edisi Maktabah Syamilah: 13/489, Ver.2. (Kitab Tafsir, Bab firman Allah: “Dan mereka mengutamakan atas diri mereka sendiri.......(Hasyr 59: 09):


وقال أبو عبد الله معنى الضحك هنا الرحمة. قلت ولم أر ذلك في النسخ التي وقعت لنا من البخاري.


Dan berkata Abu Abdullah (yakni al-Bukhari), makna Ketawa di sini ialah Rahmat. Saya berkata (yakni Ibn Hajar): Tidak ditemui sedemikian dalam mana-mana naskah yang ada pada kami daripada al-Bukhari.

Demikian kata-kata yang sebenar dalam kitab Fath al-Bari Syarah Sahih al-Bukhari.

Ada pun Pendapat Ibn Hajar al-‘Asqalani bahawa perkataan Ketawa adalah satu majaziyah (kiasan) dan maksud sebenar yang dikehendaki olehnya ialah “keredhaan” adalah merupakan ijtihad beliau sendiri dan ianya sedia dihormati. Sebagai perbandingan, fahaman al-Salaf terhadap sifat Ketawa adalah sepertimana terang Ibn Abi Khuzaimah dalam kitabnya al-Tauhid, jld. 2, ms. 563:



بلا صفة تصف ضحكة جل ثناؤه لا ولا يشبه ضحكة بضحك المخلوقين وضحكهم كذلك, بل نؤمن بأنه يضحك كما أعلم النبي, ونسكت عن صفه ضحكة جل وعلا إذ الله عز وجل استأثر بصفة ضحكة لم يطلعنا على ذلك. فنحن قائلون بما قال النبي مصدقون بذلك بقلوبنا منصتون عما لم يبين لنا مما استأثر الله بعلمه.



Penetapan sifat al-Dhahik (Ketawa) bagi Allah dilakukan tanpa sifat yang menyifati Ketawa Tuhan Yang Maha Mulia dan tidak pula menyerupakan Ketawa-Nya dengan makhluk-makhluk-Nya, dan keketawaan mereka. Akan tetapi kami beriman bahawa Tuhan Ketawa; sebagaimana Nabi memberitahukan hal itu. Kami berdiam (tidak memberikan komentar) mengenai sifat Ketawa-Nya yang Maha Mulia dan Maha Tinggi karena Allah yang Maha Mulia dan Maha Tinggi telah menetapkan sifat Ketawa-Nya tanpa menerangkan kepada kami tentangnya. Kami akan mengatakan dengan apa yang dikatakan oleh Nabi, membenarkan hal itu dengan hati kami dan kami akan diam atas apa yang belum dijelaskannya oleh Allah tentang sifat-Nya daripada Ilmu-Nya. (Rujuk: Ibnu Khuzaimah, 2/563, Maktabah Syamilah V.2)

Nilai Sri Wangsa said...

Sesungguhnya takwil itu sebahagian drpd ijtihad, berusaha dalam memahami ayat2 Allah. Takwil itu juga adalah salah satu proses tadabbur (merenung/mengkaji) quran.

Saya bawakan contoh hadis sahih ini yg diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri r.a. utk renungan semua. Hadis ini popular:

"Barangsiapa melihat kemungkaran, ubahlah dgn TANGAN.....(hingga akhir hadis)"

*catatan saya (terpulang kpd anda utk menerimanya):

Kalau seseorang mengamalkan hadis ini tanpa takwilkan maksud tangan, nescaya habislah dipukulnya semua orang yg berbuat mungkar. Sebab tulah ada kes buli di asrama, pukul budak, alasannya nk cegah kemungkaran. Sesungguhnya, sbg org yg waras, sudah sedia maklum oleh fitrah kita, tak kira bahasa apa pun utk menqiaskan "kuasa" dgn tangan. Itu lumrah, bukan bidaah! Apatah lagi bahasa Arab yg begitu kaya dgn nilai sasteranya.

WAllahu a'lam

Abu Huzaifah Nawawi B. Subandi said...

Jangan samakan takwil sifat Allah dengan Takwil perkara yang dapat kita lihat.

Nilai Sri Wangsa said...

Benda yg kita tak tahu hakikatnya lah yg lebih patut kita takwilkan. Kalau tangan (manusia) yg terang2 diketahui hakikatnya itu mempunyai takwilan tersendiri, apalagi "tangan Allah" yg tak tercapai dek akal kita. Tentulah ada maksudnya yg tersendiri (kita saja yg tak tahu apa dia).

Saya akui, kita tak boleh pandai2 nk tafsir (takwil) sesuatu perkataan, apatah lagi ia bersangkut paut dgn sifat Allah.

Bagi saya, kalau nk bertakwil, kita mestilah beri'tiqad bhw takwilan yg kita buat itu hanya sebahagian kecil drpd maksud asal lafaz tersebut. Kita TIDAK BOLEH beri'tiqad bahawa "tangan" itu sungguh maksudnya "kuasa" (tidak ada maksud lain). Boleh jadi tangan ada maksud lain selain drpd kuasa, wAllahu a'lam.

Sebab tu saya berpihak kpd manhaj salaf dlm hal ini iaitu mengimani, sesungguhnya tangan yg dimaksudkan ialah "tangan" yg bersesuaian dgn Allah, sama ada ia Zat atau sifat, serahkan saja kpd Allah.

Namun, tidak pula saya membatilkan mereka yg berpegang pd manhaj khalaf kerana mereka hanya berijtihad dgn tidak bermaksud hendak memandai-mandai dlm mentafsirkan ayat Allah. Kalau betul ijtihad mereka, 2 pahala. Kalau salah, 1 pahala.

Beruntung kita jadi orang Islam. Dlm kondisi apapun asalkan kita ikhlas dan sering memohon petunjuk drpd Allah, Allah akan sering merahmati kita. Kalau Allah pun bersikap lembut dan memahami hamba-Nya, siapa kita untuk melampaui batas dlm menghakimi saudara semuslim?