__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Saturday, December 26, 2009

106 - Pujian Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada Yahudi & Merendahkan Allah

Pujian Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada Yahudi & Merendahkan Allah

http://bahaya-syirik.blogspot.com


Beliau (Dr. Yusuf al-Qaradhawi) pernah berkhutbah Juma’at berkaitan dengan persoalan rokok di mana pada khutbah keduanya beliau telah menyentuh persoalan pilihan-raya di Aljazair (Algeria), dan beliau berkata:


أيها الإخوة قبل أن أدع مقامي هذا أحب أن أقول كلمة عن نتائج الانتخابات الإسرائيلية، العرب كانوا معلقين كل آمالهم على نجاح (بيريز) وقد سقط (بيريز) وهذا مما نحمد لإسرائيل، نتمنى أن تكون بلادنا مثل هذه البلاد من أجل مجموعة قليلة يسقط واحد والشعب هو الذي يحكم ليس هناك التسعات الأربع أو التسعات الخمس النسب التي نعرفها في بلادنا ٩٩،٩٩٪ ما هذا إنَّها الكذب والغش والخداع لو أن الله عرض نفسه على الناس ما أخذ هذه النسبة، نحيي أسرائيل على ما فعلت

Terjemahan: “Wahai saudara-saudara sekalian, sebelum aku meninggalkan tempatku ini, aku ingin mengatakan suatu perkara berkaitan dengan hasil pilihan-raya Israel. Suatu masa dahulu orang-orang ‘Arab pernah meletakkan semua harapannya pada kemenangan (Simon) Perez. Dan sesungguhnya (kini) Perez telah jatuh, dan inilah suatu perkara yang kita puji dari Israel. Dengannya, kita berharap negara kita mampu mencapai pencapaian seperti negara itu (Israel) dari sudut di mana sekelompok kecil rakyat dapat menjatuhkan seseorang (pemimpin). Rakyatlah yang kemudian memutuskan hukum, tanpa ada perkiraan peratusan sebagaimana yang dikenali di negara kita dengan istilah 99.99%. Sesungguhnya ini adalah kedustaan dan penipuan. Sekiranya Allah menampakkan diri-Nya kepada manusia pun, nescaya Dia (Allah) tidak akan dapat mencapai peratusan sebesar itu. Kita ucapkan selamat kepada Israel di atas apa yang telah mereka lakukan (capai).” (Khutbah Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang dirakam dalam kaset, dan telah disebarkan oleh Akhbar al-Wathan, no. 7072, namun di dalamnya telah berlaku perubahan).

Respon dari khutbah Dr. Yusuf al-Qaradhawi di atas, asy-Syaikh Muqbil al-Wadi’iy rahimahullah berkata:

هذا الكلام ضلال مبين إن أراد أن يفضل اليهود على الله سبحانه وتعالى فهو كافر، وإن أراد أن اليهود والنصارى والبوذية وعباد البقر وعباد الفروج وغير ذلك كثير وهم لا يصوتون لله فهذا أمر آخر ولكنه ضلال مبين، فإن الله ربنا عز وجل لا يحتاج إلى التصويت فهو سبحانه وتعالى الذي يقول :{كُنْ فيَكُوْنُ} وهو الذي أهلك فرعون، وهو الذي أهلك قارون، وهو الذي أهلك أمما متكاثرة ممن طعنوا ووقفوا في وجوه أنبياء الله عز وجل وانتصر أنبياء الله نصرًا عاجلًا أو آجلا. والتصويت لا يحتاج إليه إلا البشر الضعيف، يا مسكين حتى مشايخ القبائل ترى أحدهم وقت التصويت قد نشف ريقة ويداري الناس، ابشروا بالمشاريع، أما ربنا فهو الغني {يَاأَيُّهَا النَّاسُ أَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ إِلَى اللهِ وَاللهُ هُوَ الْغَنِيُّ الْحَمِيْدُ}، {إِنْ يَشَأ يُذْهِبْكُمْ وَيَأْتِ بِخَلْقٍ جَدِيْدٍ. وَمَا ذَلِكَ عَلَى اللهِ بِعَزِيْزٍ}. كفرت يَا قرضاوي أو قاربت

Terjemahan: “Perkataan ini adalah satu kesesatan yang nyata. Sekiranya yang beliau maksudkan adalah untuk melebihkan kaum Yahudi sehingga mengatasi Allah Subhaanahu wa Ta’ala, maka beliau telah kafir. Dan sekiranya yang beliau maksudkan adalah bahawa orang Yahudi, Nashara, Budha, penyembah lembu (Hindu), penyembah hawa nafsu, dan yang selainnya tidak memberikan suaranya kepada Allah, maka ini adalah perkara lain. Namun, (telah tetap) perkataan itu merupakan kesesatan yang nyata. Sesungguhnya Allah, Rabb kami, ‘Azza wa Jalla tidak memerlukan tahswiit (pungutan suara). Dia-lah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi yang telah berfirman: “Kun Fayakun (Jadilah! Maka terjadilah)” (Surah Yasin, 36: 82). Dan Dia lah yang telah membinasakan Fir’aun, Qarun, serta umat-umat yang telah memfitnah dan melawan/menentang para Nabi Allah ‘Azza wa Jalla. Dan telah menolong para Nabi Allah dengan satu pertolongan di dunia dan akhirat. Pungutan suara (dalam pilihan-raya) hanya diperlukan oleh manusia yang lemah. Wahai si miskin…, hingga para ketua kabilah (yang berpengaruh) sekalipun yang engkau lihat di antara mereka di ketika pemungutan suara, kering ludahnya dan berbolak-balik di hadapan manusia dengan taktik/muslihat: ‘Hidupkan Pilihan-raya’. Adapun Rabb kami, maka Dia Maha Kaya (yang berfirman): “Wahai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dia-lah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji, jika Dia menghendaki niscaya Dia memusnahkan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu). Dan yang demikian itu sekali-kali tidak sukar bagi Allah” (Surah al-Fathir, 35: 15-17). Engkau telah kufur wahai al-Qaradhawi, atau engkau mendekati kekafiran.” (Iskaatul-Kalb al-‘Aawiy Yusuf bin ‘Abdillah al-Qaradhawi, dicetak bersama kitab al-Burkaan li-Nasfi Jaami’ah al-Iman, m/s. 111-112)

Apa yang disebutkan oleh asy-Syaikh Muqbil tersebut turut diperkuatkan oleh penjelasan asy-Syaikh Muhammad bin Sholeh al-‘Utsaimin rahimahullah ketika beliau ditanya berkenaan perkataan: Sekiranya Allah menampakkan diri-Nya kepada manusia pun, nescaya Dia (Allah) tidak akan dapat mencapai peratusan sebesar itu (sehingga akhir perkataan), maka beliau berkata:

نعوذ بالله، هذا يجب عليه أن يتوب وإلا فهو مرتد لأن جعل المخلوق أعلى من الخالق فعليه أن يتوب إلى الله فإن تاب فالله يقبل عنه ذلك وإلا وجب على حكام المسلمين أن يضربوا عنقه

Terjemahan:Na’uudzu billah (lindungilah kami ya Allah), dengan keluarnya perkataan ini, ia mewajibkan bagi pelakunya untuk bertaubat kepada Allah. Jika tidak, maka ia telah murtad kerana ia telah menjadikan kedudukan makhluk lebih tinggi daripada al-Khaliq (Allah Yang Maha Pencipta). Wajib baginya untuk bertaubat kepada Allah. Jika ia bertaubat, maka Allah akan menerimanya. Jika ia tidak bertaubat, maka wajib bagi pemimpin kaum muslimin membunuhnya (memenggal lehernya).” (Ini adalah sebagaimana perkataan beliau (Syaikh Muhammad B. Sholeh al-Utsaimin) yang terakam dalam kaset).

Rujukan Kitab/Website:

1 – Ta’ziz al-Raddul Kawi li Iskat al-Kalb al-‘Awi Yusuf Bin ‘Abdillah al-Qaradhawi

تعزيز الرد الكاوي لإسكات الكلب العاوي يوسف بن عبد الله القرضاوي

Oleh: Abu Abdullah Shakib as-Salafi. m/s. 4-6.

2 – Raf’al Litsam ‘An Mukhalafah al-Qaradhawi li Syari’atil Islam

رفع اللثام عن مخالفة القرضاوي لشريعة الإسلام

4 comments:

Muhammad said...

Assalamu 'Ala Man Ittaba' al-Huda. Mudah-mudahan apa yang dinyatakan itu tidak benar dan hanya fitnah dari pihak-pihak yang ingin melaga-lagakan orang Islam.

Unknown said...

assalamualaikum,

perkataan al-qardawi boleh dengar disini... bersama kata2 ulama mengenai DYQ

http://www.youtube.com/watch?v=xSrOahvVC58

Unknown said...

Assalamualaikum.

Terima kasih, Ahmad Rasyad kerana memberi pautan video itu. Alhamdulillah, saya sudah mendengar ucapannya. Apabila saya membandingkan teks yang ditulis dan terjemahan di artikel di atas dengan ucapan suara di video tersebut, maka ternyata terdapat perbezaan. Perbezaan itu ialah:

1) Pada ayat selepas ' ما هذا ' (Maa Haazaa) yang bermakna Apakah ini?!

Sekiranya kita lihat pada ucapan video, kita akan dapati SELEPAS perkataan 'Maa Haazaa' ialah ayat-ayat ini: لو أن الله عرض نفسه على الناس ما أخذ هذه النسبة (Lau anna Allaha a'radha nafsahu a'laan naasi maa akhaza hazihiin nisbah) yang bererti:

"KALAUlah sesungguhnya Allah itu tunjukkan dirinya, nescaya DIA tidak ambil nisbah/jumlah tersebut." - perkataan 'ما أخذ' (Maa Akhaza) itu bererti tidak ambil. Ternyata terjemahan di artikel dan video adalah SALAH yang menterjemahkan dengan (HE would not been able) dan (tidak akan dapat mencapai peratusan sebesar itu). Saya hendak tanya kepada penulis artikel, dimana ayat 'tidak dapat mencapai' dalam ucapan itu?? Sesungguhnya terjemahan penulis artikel SALAH! SAYA NASIHATKAN PENULIS ARTIKEL BELAJAR BAHASA ARAB DENGAN BAIK DAHULU SEBELUM BERCAKAP APA-APA DI SINI AGAR TIDAK MENYELEWENG SEPERTI INI.

2) Ini petikan teks ucapan pada perkataan (Maa Haaza)dan ayat selepas itu yang berdasarkan suara video: ما هذا? لو أن الله عرض نفسه على الناس ما أخذ هذه النسبةإنَّها الكذب والغش والخداع

Terjemahan: Apakah ini? Kalaulah sesungguhnya Allah itu tunjukkan diriNYA kepada manusia, nescaya DIA tidak ambil nisbah/peratusan itu. Sesungguhnya nisbah/jumlah itu adalah pembohongan, pendustaan dan penipuan!

3) (Sekiranya berpeluang) Saya ingin bertanya kepada Syaikh Muqbil al-Wadi’iy dan sy-Syaikh Muhammad bin Sholeh al-‘Utsaimin, "Mengapa tuan syeikh hanya ambil sekerat-kerat ucapan atau teks TANPA mengambil SAMBUNGANNYA yang menjelaskan maksud?


Saudara-saudaraku sekalian, sesunguhnya anak lelaki kepada Mufti Saudi Bin Bazz iaitu Ahmad bin Bazz telah MENOLAK FATWA-FATWA AYAHANDANYA SENDIRI TERMASUK SYEIKH UTSAIMIN DAN LAIN2 YANG SEALIRAN MEREKA. KENYATAAN ANAKNYA ITU DIWAWANCARA DI AKHBAR SAUT UKHDUD (SAUDI ARABIA) LIHAT PAUTAN AKHBAR SAUT UKHDUD (ARAB SAUDI) DALAM BAHASA ARAB INI: http://www.okhdood.com/?act=artc&id=2724

Semoga saya, saudara-saudara dan pembaca serta penulis artikel ini mendapat petunjuk yang sebenar daripada Allah swt, insya-Allah. Untuk mendapat check n balance dalam ilmu, janganlah belajar dari guru-guru aliran yang sama sahaja, atau hanya sekadar pembacaan artikel di internet, atau buku-buku semata. Carilah guru. Biarlah ramai guru-guru kita agar kita lebih berilmu dan seimbang dalam pertimbangan. Alhamdulillah.


-Faqir-

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Sekiranya anda mahu mengatakan terjemahan salah sekalipun, perkara tersebut telah ternyata kesalahannya apabila Allah dinyatakan menampilkan diri utk urusan pemilu!