Sejarah Demonstrasi
Dalam sejarah Islam, awal tercetusnya demonstrasi adalah dari golongan pemberontak ketika pemerintahan ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Mazhab demonstrasi dan pemberontakan ketika itu antaranya dipengaruhi oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura masuk Islam. ‘Abdullah B. Saba’ ini menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam bertujuan menyebarkan pelbagai fitnah dan syubhat menghasut rakyat membenci Khalifah ‘Utsman.
Tindakan ‘Abdullah B. Saba’ ini bertepatan dengan sikap permusuhan Yahudi terhadap umat Islam sebagaimana termaktub dalam al-Qur’an sendiri. Tidak akan senang mereka selagi mana Islam tidak dihancurkan.
Di antara tuduhan yang beliau lemparkan ke atas ‘Utsman antaranya ‘Utsman ini bersifat kronisme, nepotisme, dan mendahului ‘Ali dalam hak kekhalifahan. Syubhat-syubhat dan fitnah yang beliau sebarkan tampak berjaya dan membuahkan hasil lantaran ketika itu terdapat ramai orang awam dan muallaf yang baru memeluk Islam yang masih belum mendalam keimanannya.
Maka, rakyat pun akhirnya termakan syubhat lalu bangkit mengkritik ‘Utsman secara terbuka di sana sini yang kemudiannya muncullah revolusi rakyat sehingga mengakibatkan pemberontakan. Setelah beberapa hari rumah ‘Utsman mereka kepung, akhirnya ‘Utsman pun mereka bunuh dalam peristiwa yang penuh tragis. Golongan pemberontak dan aktivis demonstrasi ketika itu menamakan tindakan mereka sebagai amar makruf nahi mungkar! Walhal ia adalah kebathilan berkedok agama.
Setelah peristiwa terbunuhnya ‘Utsman, fitnah tidak kunjung reda. Sebaliknya terus berkobar ketika zaman pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu dan seterusnya. Pemikiran ‘Abdullah B. Saba’ terus meracuni masyarakat sehingga muncul pula golongan Syi’ah dan Khawarij sekaligus. Awal kemunculan Syi’ah ketika itu berperanan mengajak masyarakat mendewakan ‘Ali, manakala golongan khawarij menjadi faktor melaga-lagakan para sahabat terutamanya di antara ‘Ali dengan Mu’awiyah. Dua faktor inilah antara yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan Jamal dan Siffin mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri. Pertembungan tersebut adalah antara kejayaan besar faktor Syi’ah dan Khawarij dalam menimbulkan salah faham dan fitnah sesama para sahabat ketika itu. Dan kesannya terus dirasai sehingga hari ini.
Demonstrasi Pasca Revolusi Iran
Pada era 1970an di Iran, gelombang demonstrasi dan revolusi bergema. Dicetuskan oleh kelompok Syi’ah Rafidhah hasil tinggalan ideologi ‘Abdullah B. Saba’. Dipandu dan disemarakkan oleh Khomeini laknatullah ‘alaih. Melalui karya dan pemikirannya, masyarakat Iran bangkit menghidupkan semula doktrin aqidah penuh kontroversi Wilayatul Faqih. Mereka berdemonstrasi dan memberontak dalam rangka menjatuhkan Shah Iran pada tahun 1978 atas alasan penindasan dan kezaliman. Demonstrasi ketika itu mengakibatkan pelbagai kerosakan dan ratusan nyawa terkorban. Shah Mohamad bersama-sama permaisurinya pula melarikan diri.
Aksi-aksi demonstrasi yang mereka lancarkan ini saling tak tumpah dengan aksi demonstrasi yang dicetuskan oleh ‘Abdullah B. Saba’ di zaman ‘Utsman. Bahkan demonstrasi mereka inilah sekarang menjadi inspirasi sekian banyak demonstrasi-demonstrasi lainnya di Timur Tengah pada hari ini. Dalang di sebalik setiap demonstrasi mereka ini memang tidak lepas dari keterlibatan agen-agen Yahudi, CIA, dan Amerika.
Di Malaysia tidak kurang ramai yang turut terkesan dengan kejayaan revolusi Iran ala ‘Abdullah B. Saba’ ini terutamanya para aktivis Parti Islam Se-Malaysia. Malah Mat Sabu yang kini menjawat jawatan Naib Presiden PAS sendiri secara terbuka mengakui mendukung idea-idea revolusi Khomeini di Iran. Bukan setakat itu, beliau dalam banyak siri ucapan, ceramah, dan karya tulisnya turut mengajak masyarakat supaya mencontohi Iran dengan mengambil pedoman ideologi Khomeini termasuk fahaman sesat kesyi’ahannya.
Jika kita teliti dengan saksama, di antara tujuan sebenar di sebalik aksi demonstrasi Iran tadi adalah bertujuan menghidupkan semula aqidah Wilayatul Faqih yang telah lama disenyapkan. Dalam kepercayaan Wilayatul Faqih ini, golongan Syi’ah Rafidhah yang pada ketika itu dipandu oleh Khomeini mengajak rakyat membangunkan kepimpinan ulama sebagai galang ganti kehilangan Imam 12 mereka.
Dalam doktrin aqidah Syi’ah Rafidhah, masyarakat sepatutnya dipimpin oleh para imam yang maksum, iaitu Imam yang 12. Dalam kepercayaan mereka, imam yang terakhir iaitu imam ke-12 telah hilang (ghaib) sejak tahun 329H. Namun mereka mendakwa nanti sang imam akan kembali sebagai al-Mahdi.
Sementara menunggu kepulangan imam yang ghaib tersebut, kumpulan ulama dan fuqaha mereka perlu tampil mengambil-alih kekhalifahan sebagai wakil atau pengganti imam mereka yang ghaib.
Sebab itulah jika kita lihat apa yang diamalkan Iran hari ini setelah kejayaan revolusi 1979 dan penguasaan Khomeini, sistem pemerintahan Iran didirikan berasaskan kepimpinan ulama di bawah fahaman Wilayatul Faqih sebagai dewan tertinggi pemerintahan.
Termasuk dalam kedudukan Wilayatul Faqih adalah dewan elit para ulama selaku penjawat kedudukan tertinggi, penasihat spiritual, dan penentu dasar di Iran, lebih tinggi daripada Presiden dan Parlimen. Ketika ini, pucuk pimpinan tertinggi dewan Wilayatul Faqih dipegang oleh Ali Khameini. Manakala sistem demokrasi yang wujud di Iran hari ini sedikit pun tidak memberi kesan pengaruh dalam pembentukan kerajaan.
Menurut mereka, sesiapa yang menolak konsep Wilayatul Faqih ini, maka dia murtad, kafir, dan kekal di neraka. Para ulama dan imam Syi’ah di sisi mereka adalah maksum termasuk Khomeini. Malah konsep Wilayatul Faqih di sisi mereka adalah satu konsep yang menyama-tarafkan imam-imam Syi'ah dengan para nabi, bahkan sehingga lebih hebat dari para nabi, serta memiliki kuasa ketuhanan seperti boleh mengetahui yang ghaib dan apa yang bakal berlaku! Ini jelas satu konsep yang kufur akbar! Konsep ini bertepatan dengan doktrin ‘Abdullah B. Saba’ yang mengajar masyarakat di zaman ‘Utsman supaya mendewa dan mempertuhankan Saidina ‘Ali.
Era Selepas Revolusi Iran
Kebangkitan Syi’ah rafidhah berfahaman Imam 12 ini adalah khabar yang bakal menyemarakkan semula malapetaka permusuhan di antara Ahlus Sunnah dengan golongan sesat Syi’ah sejak zaman-berzaman. Perkara ini telah pun dan sedang berlaku sekarang.
Antara buktinya, ketika perang dan penguasaan Amerika ke atas Afghanistan, Syi’ah Iran inilah yang menyalurkan bantuan sekaligus menjadi faktor utama kemenangan Amerika di sana. Ini diakui sendiri oleh tokoh Syi’ah Muhamed ‘Ali Abtahi.
Kemudian ketika serangan Amerika ke atas Iraq menentang Saddam Hussein, Syi’ah Iran jugalah yang membuka laluan dan bantuan kepada Amerika. Hasilnya, tanah jajahan Iraq kini dikuasai oleh Syi’ah Iran manakala hasil buminya seperti minyak dibolot Amerika. Umat Islam di Iraq dan Afghanistan pula habis dibunuh dengan kejam hampir setiap hari. Ada yang disembelih, ada yang dipanaskan dalam ketuhar, ada yang dicampakkan ke dalam api, ada yang disiksa, ada yang dipenjara, ada yang dirogol, dan seumpamanya. Al-Qur’an dan agama Islam pula dihina. Demikianlah dahsyatnya fitnah kaum Syi’ah Rafidhah!
Hari ini kita mungkin melihat umat Islam (Ahlus Sunnah) bebas beribadah di negara-negara lain termasuk negara kafir Amerika, tetapi sama sekali tidak dan bukan di Iran, terutamanya Tehran! Bahkan masjid-masjid ahlus sunnah habis dihancurkan.
Ini bukan suatu yang menghairankan sebenarnya, kerana di sisi aqidah Syi’ah darah dan harta umat Islam (ahlus sunnah wal-jama’ah) adalah halal. Bagi mereka, para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah kafir dan sesat secara umum. Oleh kerana itu, dalam karya-karya dan ucapan-ucapan mereka, para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in adalah orang yang sering mereka laknat dan caci. Perkara ini turut didedahkan dalam satu seminar berkaitan Syi’ah di al-Madinah International University (MEDIU) Shah Alam bertarikh 15 Mei 2011 baru-baru ini.
Demonstrasi BERSIH Di Malaysia
Di Malaysia hari ini, demonstrasi jalanan yang hampir sama disemarakkan untuk memaki-hamun, mencela, dan mencerca pemerintah atas konon namanya amar ma’ruf nahi mungkar dan jihad. Ia disuburkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Slogan-slogan yang sering dimainkan oleh mereka adalah hak kebebasan bersuara, demokrasi, menetang kezaliman, dan membasmi penindasan. Ini diakui sendiri oleh tokoh-tokoh utama mereka seperti Nik ‘Abdul Aziz Nik Mat dan ‘Abdul Ghani Samsuddin. Dikuti pula oleh pelopor dan pencetus utama demonstrasi BERSIH Mat Sabu sebagaimana terpampang dalam laman sesawang beliau.
Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS turut mengakui mendukung idea-idea demonstrasi pasca revolusi Iran oleh Khomeini laknatullah 'alaih. Bahkan bukan sekadar idea demonstrasi, tetapi Mat Sabu juga turut mengajak masyarakat Malaysia untuk berpedoman kepada Khomeini dalam banyak hal termasuk persoalan ushul aqidah. Ini boleh dilihat dalam banyak rakaman ucapan, ceramah, dan tulisan-tulisan beliau di akhbar atau media-media pembangkang. Begitu juga dengan ‘Abdul Ghani Samsuddin yang membela aqidah Syi’ah dalam konsep Wilayatul Faqih untuk diterapkan dalam sistem pemerintahan. Sedangkan aqidah Wilayatul Faqih ini begitu jelas kekufurannya sebagaimana yang telah penulis jelaskan
Mat Sabu selain antara tokoh PAS yang begitu jelas cenderung kepada pemikiran sesat Syi’ah, beliau juga mengakui boleh memberontak kepada pemerintah melalui tiket kebangkitan rakyat menentang kezaliman dan penindasan. Prinsip Mat Sabu ini sebenarnya saling tak tumpah dengan pemikiran revolusi Khomeini menumbangkan Shah Iran di era 1970an. Juga sebagaimana gerakan 'Abdullah B. Saba' di zaman 'Utsman.
Manakala slogan-slogan kebebasan bersuara yang sering mereka laung-laungkan itu tidak lain antaranya adalah bertujuan supaya media-media yang mereka aturkan berupaya bergerak bebas menyebarkan pemikiran bathil lagi sesat. Selain supaya masyarakat bangkit membenci para pemerintah negara hari ini. Mereka gembira sekiranya negara menjadi hura-hara dan kelam-kabut. Kerana sekiranya negara huru-hara, maka pelbagai agenda jahat dan buruk yang mereka rancangkan menjadi lebih mudah direncanakan. Ini sebagaimana kesan dan hasil demonstrasi di Timur Tengah seperti di Mesir dan Libya baru-baru ini, pengaruh Yahudi bersama-sama Syi'ah dan Amerika telah mula masuk campur dalam urusan negara mereka. Juga sebagaimana yang telah berlaku di Iran semenjak 1979. Syi'ah di Iran sekarang tampak semakin kukuh hasil kerjasama dengan Yahudi dan Amerika. Bahkan sekarang mereka sedang berusaha gigih untuk menguasai negara-negara Timur Tengah lainnya dalam misi membina semula Daulah Majusi Parsi-Raya yang telah dimusnahkan ketika zaman kekhalifahan ‘Umar al-Khaththab radhiyallahu ‘anhu.
Bukanlah suatu yang aneh di sisi Syi’ah untuk memberontak kepada pemerintah mana sahaja, kerana bagi mereka Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Utsman sendiri selaku Khalifah al-Rasyidin pun adalah kafir, sesat, dan munafiq. Jika hak kekhalifahan ketiga-tiga mereka ini pun mereka nafikan, apatah lagi kepada para pemimpin umat Islam selain Abu Bakar, ‘Umar, dan ‘Utsman?
Demikianlah juga dakwah PAS dalam arena Malaysia hari ini. Jika Syi'ah dikenali dengan dakwah caci-maki dan melaknat para sahabat serta bersatu-padu dengan Amerika dan Yahudi, maka dakwah PAS adalah dakwah yang dikenali dengan maki-hamun memusuhi pemerintah. Dakwah yang mengajak bersatu dan bersekongkol dengan apa jua bentuk firqah sesat anti Islam termasuk Syi'ah, kuffar, DAP, PKR, al-Arqam, liberal, dan seumpamanya asalkan bukan sahaja bersatu dengan pemerintah.
Tidak dikenali dari dakwah PAS di Malaysia sebagai dakwah yang mengajak kepada tauhid dan ilmu-ilmu agama. Melainkan mereka cukup dikenali sebagai dakwah yang mengajak bersatu atas nama menentang, membenci, dan memusuhi pemerintah atas alasan demokrasi, jihad, amar makruf nahi mungkar, dan kuasa.
Lebih mendedahkan wajah sebenar mereka, hari ini tersebar dengan meluas gambar-gambar perhimpunan anjuran PAS dan BERSIH ini sambil menjulang potret-potret imam Syi’ah ketika demonstrasi berlangsung. Selain itu, gambar-gambar tokoh-tokoh utama PAS menghadiri sidang penyatuan dan kerjasama dengan tokoh-tokoh ulama Syi’ah Iran juga mula tersebar di internet. Kewujudan penyebaran aliran Syi’ah di dalam PAS juga sebenarnya turut diakui oleh Tun Dr. Mahathir sejak beliau menjawat jawatan Perdana Menteri.
Tindakan Lanjut
Atas sebab kesedaran dan rasa risau yang tinggi, penulis menyeru kepada para pemimpin atau pihak berkuasa berkaitan agar membendung sebarang bentuk aktiviti demonstrasi terutamanya yang melibatkan anjuran PAS dan BERSIH ini di mana pun jua. Kerana di sebalik demonstrasi ke atas para pemimpin, mereka turut membawa sama agenda tersembunyi berupa penyebaran ideologi sesat Syi’ah Rafidhah. Penyebaran ajaran Syi'ah ke dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia adalah suatu yang wajib segera disekat. Kerana kesan dari ajaran ini begitu bahaya dan dahsyat sekali. Ia bukan sahaja mengancam aqidah dengan menghidupkan ritual dan kepercayaan-kepercayaan syirik, tetapi juga mengancam keselamatan dan keamanan negara. Gerakan Syi'ah adalah gerakan radikal pemberontakan ala 'Abdullah B. Saba' yang dimulakan melalui serangan tunjang-tunjang aqidah umat Islam.
Imam asy-Syaukani rahimahullah (Wafat: 1250H) telah menyatakan secara umum kepada kita semua:
Dalam beberapa hadis berkenaan orang-orang yang bertindak memisahkan diri daripada jama’ah pemerintah muslim, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:
1. Seseorang yang telah menikah tetapi kemudiannya dia berzina,
2. Membunuh orang lain, dan
3. Orang yang meninggalkan agama dengan cara memisahkan dirinya dari al-jama’ah.” (Hadis Riwayat Muslim, 9/25, no. 3175)
Imam an-Nawawi rahimahullah berkata ketika mensyarahkan hadis ini:
Termasuk juga dalam maksud hadis ini adalah setiap orang yang keluar dari ketataan kepada pemerintah muslim dengan melakukan kebid’ahan, berkhianat, atau selainnya, demikian pula al-khawarij, wallahu a’lam.” (an-Nawawi, Syarah Shahih Muslim, 11/165)
Maka fikirkanlah bagaimana dengan orang yang memberontak kepada para pemerintah atas tiket ideologi Syi’ah Rafidhah sebagai panutannya?
Berkenaan mereka yang bertindak memecah-belahkan kesatuan umat Islam yang telah memiliki pemimpin, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Dalam riwayat yang lain disebutkan:
Imam an-Nawawi rahimahullah menjelaskan bahawa:
Imam ash-Shan’ani menyebutkan perkara yang sama dengan katanya:
Begitu juga dengan imam asy-Syaukani rahimahullah. Beliau berkata, “Apabila terdapat segolongan pihak yang cuba merampas kuasa daripada seseorang pemerintah yang telah memiliki kedaulatan (kuasa) dan juga diberi bai’ah (kepercayaan) oleh penduduknya, maka pada ketika itu, hukuman ke atas golongan tersebut ialah dibunuh jika ia tidak bertaubat.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar, 1/941 - Maktabah Syamilah)
Berkaitan dengan ini, pernah berlaku dalam sejarah generasi sahabat di mana Khalifah Mu’awiyah B. Abi Sufyan radhiyallahu ‘ahu telah bertindak menahan dan menghukum bunuh Hujr B. Adi al-Kindi dengan sebab Hujr telah mencerca dan menunjukkan sikap kepembangkangan secara terbuka kepada gabernor Mu’awiyah di Kuffah. Sedangkan Hujr B. Adi al-Kindi adalah termasuk daripada kalangan sahabat (sahabat kecil), dan sebahagian ulama menyatakan beliau adalah tabi’in.
Tindakan Mu’awiyah tersebut tidak mendapat bantahan daripada kalangan sahabat yang lain, sebaliknya ia termasuk sebahagian kebenaran dan menjadi hak bagi seseorang pemimpin untuk mengelakkan fitnah dan huru-hara (bibit-bibit pemberontakan). (Rujuk penjelasannya dalam al-Awashim minal Qowashin oleh Imam al-Qadhi Abu Bakr Ibnul Arabi. Tahqiq: Muhibbudin al-Khatib, Mahmud al-Istanbuli, dan al-Maktab as-Salafi)
Renungan
Secara logiknya, tidak akan ada umat Islam yang sahih lagi murni aqidah dan manhajnya akan mengambil Iran sebagai kiblat dalam politik Islam dan menjadikan imam-imam Syi’ah yang jelas memusuhi para sahabat Rasul sebagai pedoman mahupun idola! Kefahaman agama yang dibawa oleh Syi'ah adalah fahaman yang rosak dan menyesatkan.
Juga tidak ada alasan yang syar’i bagi seorang Ahlus Sunnah untuk bersama-sama dengan pengaku pejuang Islam yang menzahirkan terang-terangan dukungannya ke atas tokoh-tokoh Syi'ah yang sesat lagi menyesatkan.
Sekiranya dengan UMNO dan para pemimpin negara ini sahaja sudah begitu punya benci, tetapi kenapa dengan Syi'ah boleh disayang-sayang? Ada udang di sebalik batu atau bercita-cita untuk solat sama-sama berjama’ah di atas batu karbala?
Secara umum atau zahir pun kita boleh melihat beberapa indikasi awal di mana manusia itu boleh dikenali berdasarkan siapa idola-idola mereka. Manusia boleh diketahui dari puak mana berdasarkan tokoh-tokoh pujaannya.
Ikhwaniyun (pemuja firqah Ikhwanul Muslimin) tentu akan mendukung Hasan al-Banna, Sayyid Quthub, dan seterusnya.
Al-Qa'eda dan Jema’ah Islamiyah (J.I) akan mendukung ‘Abdullah Azzam, Mullah ‘Umar, Abu Muhammad Ashim al-Maqdisi, Aiman adz-Dzawahiri, dan Osama B. Laden.
Hizbut Tahrir tentu mendukung pula Taqiyuddin an-Nabhani.
Jama'ah Tabligh, akan mengangkat dan mengedepankan Zakaria al-Kandahlawi dan Maulana Ilyas.
Ahlus sunnah pula tentu akan mengedepankan hadis-hadis nabi dan atsar-atsar para sahabat dalam memahami al-Qur'an dalam agama ini. Mereka sentiasa mengedepankan imam-imam mereka sebagaimana dimaklumi. Iaitu seperti Para sahabat ridhwanullah ‘alaihim ajma’in, tokoh-tokoh ulama tabi’in, dan imam-imam seperti Abu Hanifah, Malik, asy-Syafi’i, Ahmad B. Hanbal, Sufyan ats-Tsauri, Hasan al-Bashri, al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, an-Nawawi, Ibnu Katsir, Ibnu Taimiyyah, Ibnul Qayyim, Ibnu Hajar dan yang lain seterusnya.
Dan sudah tentu mereka akan mengajak pula masyarakat supaya berpedoman kepada manhaj atau prinsip-prinsip para imam ahlus sunnah ini, iaitu prinsip generasi salafush sholeh.
Berbeza jika mereka adalah Syi'ah dan para pendukungnya! Siapakah idola mereka? Apakah mereka mahu mengajak umat utk berpedoman kepada hadis-hadis nabi dan atsar-atsar para sahabat? Apakah mereka sudi mengajak masyarakat supaya menyelami khazanah ilmu ahlus sunnah wal-jama’ah dari kalangan imam-imam seperti yang penulis sebutkan tadi?
Jadi, di mana tokoh-tokoh pujaan PAS terutamanya Mat Sabu selaku pencetus utama demonstrasi BERSIH? Siapakah imam tempat beliau berpedoman??? Kalau bukan Sang Khomeini laknatullah ‘alaih pencaci para sahabat Rasul! Siapakah tokoh panutan beliau? Kalau bukan Hasan Nasrallah yang bekerjasama dengan Yahudi membunuh ahlus sunnah di Lubnan! Merekalah manusia yang paling kuat memusuhi ahlus sunnah bahkan mengajak kaumnya melaknat dan membunuh ahlus sunnah.
Merekalah Imam pencela Ummul Mukminin isteri-isteri Rasulullah dan tokoh para pencela sahabat-sahabat Rasul ridhwanullah ‘alaihim ajma’in.
Inikah imam pujaan seorang pengaku pejuang Islam??? Fikir-fikirkanlah wahai para pemuja demonstrasi yang mengaku bermazhab Ahlus Sunnah wal-Jama’ah! Kembalilah kalian untuk berpegang kepada hadis-hadis Nabi dalam tindakanmu. Tinggalkan tokoh-tokoh perosak agama sang penyeru kepada pintu-pintu jahannam.
Imam Fudhail b. 'Iyadh rahimahullah (Wafat: 187H) mengingatkan:
Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyatakan:
Dalam praktik agama dan aqidah Syi’ah, bercakap bohong di hadapan ahlus sunnah adalah suatu kewajiban dan termasuk amalan yang mulia. Oleh sebab itulah pada satu-satu keadaan tertentu kita sukar mengesan identiti sebenar mereka kerana mereka gemar berdusta (bertaqiyyah).
Tetapi apabila mereka kembali bersama-sama dengan kelompok mereka, mereka akan menukar kembali wajah dusta mereka. Kerana itulah jika kita melihat rakaman ucapan-ucapan mereka di hadapan kaum mereka, jelas mereka adalah kelompok yang kuat mencaci dan mencela ahlus sunnah termasuk ummul mukminin dan para sahabat Rasulullah. Berbanding sekiranya mereka duduk di hadapan kita, seolah-olah semuanya nampak baik dan biasa-biasa sahaja sehingga orang yang jahil akan mudah tertipu dan terperangkap dengan karektor talam dua muka mereka ini.
Wallahu a’lam.
Tulisan Berkaitan Sebagai Rujukan dan Tambahan Maklumat:
28 comments:
Alhamdulillah atas maklumat dan keterangan yang cukup jelas bagi orang yang mahu membuka mindanya.
Sikap pro-syiah di dalam PAS yang semakin mabuk kuasa ini sudahpun menular kepada ahli UMNO yang mula mengkritik dan sabotaj habis2an bertujuan menghancurkannya dari dalam atas nama amar makruf nahi mungkar sedangkan ia adalah kebathilan.
mcm lah Shah Iran sebelum revolusi iran tu bukan seorg syiah.....
umm kena study banyak lagi ni..dasar parti yang dituduh tak dibentangkan, takda perbandingan..cuma gambar dan video..sama seperti kes liwat lak,hehe.. sila rujuk artikel "Demonstrasi BERSIH Di Malaysia".. x bleh pakai langsung.. sepatutnya d sebut ogranisasi pas bagaiamana. kalau mat sabu terpesong, dewan ulama' iaitu organisasi yang paling tiggi dalam pas akan tegur dan pecat segera. itu d panggil kepimpinan ulama'.. supaya tidak terpesong dari arah tuju yang sebenar, menegakkan kalimah Allah di bumi ini.. seeloknya di teliti betul2 statement saudara ni.. benda ni x boleh main2.. dosa pahala dalam internet umpama multivelel marketing..kita mnyebarkan benda salah,kmudian kawan kita, last2 skali, kita paling banyak dapat ganjaran..kalau baik alhmd, tp takut sbaliknya.. harap sudy dalam2
Kenapa hanya melihat kerjasama antara PAS, PKR & DAP shj...kenapa tidak melihat kerjasa UMNO, MCA, MIC Gerakan, PPP dll yg mana depa2 tu pun kafir lakhnat yang subur kpd sifat2 perkauman nyer..MCA dgn cina nyer, MIC & Makkal Sakti dng Hindu nyer...& UMNO sendiri yg telah menguasai tampok pemerintahan lebh dr 50 tahun tp masih gagal meletakkan undang2 syariah sebagai undang2 utama negara?..dimana silapnyer?..dan UMNO sendiri menyatakan undang2 syariah tidak sesuai sekarang dgn alasan masyarakat majmuk..sedangkan undang2 syariah itu adalah undang2 yg terdapat di dalam Al-Quran yg datangnya dr ALLAH...bukan kah ALLAH itu maha mngetahui apa yg terbaik unutk hambanya..tp kenapa mesti kita olak..ada otak pakai..& fikir2kan..
Setiap jemaah islam ada keistimewaannya tersendiri. Tiada satu pun jemaah islam sekarag dan di mana2 pun yang sempurna macam jemaah di zaman nabi.keistimewaan ini kena manfaatkan jangan menambah bilangan musuh yg sudah pun begitu banyak skrg.
Cuma ada lah segelintir golongan(spt syiah) yg cuba mengambil kesempatan dalam PAs. kerana taqiyyah yg diamalkan kita tidak dapat mengenali mereka. Sehinggakan Saidina Ali sendiri dan ulamak2 pun tertipu dgn syiah apatah lagi parti PAS.
Bercakap pasal demonstrasi. Ia bukanlah sunnah,itu betul. tapi takkanlah nak lepaskan perasaan pun x boleh? Macam rumah tangga juga apabila isteri tak berpuas hati dan merajuk,kita kata bid'ah. agak2 makin elok @ muncung isteri makin panjang?
Bagi kita @ keluarga kita yang tak pernah dizalimi senanglah bercakap tapi orang yang anak kena tembak kena belasah tanpa bukti bagaimana pula?
Bagaimana pula negara Palestin yg diperintah parti RAFAh yg macam adik beradik dgn yahudi,dan banyak polisi dan perjanjian yg ditandatangani merugikan umat islam. Adakah tak boleh rakyat menunjukkan bantahan @ teguran kpd kerajaan?
Pointnye..W/pun saya sendiri pun tak penah menyertai sebarang demonstrasi tapi bagi saya, kita kena berhati2 memberi fatwa.Fatwa tanpa berhati2 memecahbelahkan umat. semakin banyak fatwa terhadap sesuatu masalah semakin menjauhkan umat yg jahil kpd Islam yg sebenar..dan kekeliruan semakin melebar..
wallahu'lam..
Agama Islam bukan agama main feeling-feeling...
Saidina 'Ali radhiyallahu 'anhu tidak tertipu dengan Syi'ah. Bahkan beliaulah antara org yg terawal memerangi Syi'ah sampai hampir habis dibakar mereka semuanya.
ya betul. sokong seratus peratus artikel ni. jangan nak kisah pembangkang tu sangat.
kita hendaklah bersatu padu di bawah pimpinan Dato Seri Najib Razak pejuang Islam yang tulen.
Dalam hal ni memang x boleh nak main2.. pastikan betul2 dulu apa yg ditulis.. kalau xde bukti yg jelas, kita x boleh menuduh sembarangan.. kita hanya boleh menduga,
Allah maha mengetahui.
Nawawi, sila ke sini:
http://kamilzuhairi.blogspot.com/2011/06/laporan-polis-ke-atas-akhbar-sinar.html
Mereka sedang menunggu anda untuk berdebat.
Saya dh bawakan bukti... Sangkal dulu bukti-bukti yg saya sertakan tersebut!
Tulisan tidak berilmiyah ini bukan bukti, tidak ada bukti, semuanya adalah sikap berang wahabi terhadap ulama Ahlusunnah yang memberikan komen positif terhadap Khomeini baru-baru ini.
"sekiranya engkar kami (700 juta pengikut mazhab syiah) memohon kehadrat Allah swt memulangkan perkataan laknatullah tersebut kepada akhbar Sinar Harian dan penulisnya."-
daripada mohon laknat penulis, baik mohon Allah tunjukkan 700 juta keturunan Ibnu Saba dan Muta'ah ke arah kebenaran.
Allah dah melaknat antum setiap hari asyura. Kita tunggu hari Asyura lagi ok?
-cucu Umar-
Tidak perlu tunggu hari Asyura, kitab2 ahlusunnah banyak melaknat Yazid bin Muawiyah, pemimpin yang anda sanjung.
Jelas sekali anda semua sudah terkeluar dari Ahlusunnah.
sheikh, izinkan saya meluahkan pendapat sikit ye. setelah saya teliti segala pandangan, pendapat dan dalil2 yg sheikh lampirkan dlm hujah sheikh saya dapati ianya mmg hebat. walau bagaimanapun hala tuju atau sasaran bukan kpd tempatnya. oleh itu berhati2lah apabila menzahirkan pandangan lebih2 lagi perkara yg melibatkan perjuangan islam itu sendiri. oleh itu perhatikanlah apa benarkah kita berhujah dgn mendahulukan hak Allah atau pun mendahulukan diri sendiri. ingatlah setinggi manapun pengetahuan kita tentang agama waima setiap soalan kita mampu menjawab dgn pantas dan tepat tetapi Allah swt maha mengetahui arah tuju hati kita sebenarnya. jadi jgn lupa gugurkanlah keakuan diri (insyaallah). semoga kita bukan dari golongan mempertuhankan makhlukNya. wallahuaklam.
Bila bercakap tentang Syiah, kita terlalu berlebihhan. Syiah itu begitulah, inilah, padahal unsur-unsur ajaran Syiah sudah lama bersarang di alam Melayu sejak zaman Melaka. Ritual adat Melayu juga condong kepada Syiah. Momok Syiah hanya dilebih-lebihkan seolah-olah Melayu tu baik sangat. Kemudian Wahabi. Pas pula sebagai musuh kepada Umno memanglah diburuk-burukkan, sebab parti ini belum memerintah. Giliran Umno terjerembab nanti, Umno pula dituduh Syiah. Saya dah berkawan dengan orang Syiah. Tak ada bezanya dengan amalan Melayu. Kekadang Melayu ni ikut apa orang cakap. Mengkaji tidak. Bahan tentang Syiah ni saya baca, nadanya sama sahaja, masih copy and paste juga. Wacana dangkal yang berbau nasionalisme Umno. Johor agaknya? Memanglah, pekat dengan nasionalisme tak bertempat.
Mungkin ramai sangat Muslim yg mengaku ikut AlQuran dan Sunnah, tapi hakikatnya - ikut kata guru, ikut orang ramai, ikut kata 'ulama', ikut kata akal, ikut kata selera, ikut kebiasaan - lebih dari segalanya ?
good article, masha-allah.
bykkan lagi tulisan seperti ini.
saya doakan allah mudahkan urusan anda utk terus menulis, ameen.
sayatidak punya pengetahuan yang cukup tentang syiah... tapi saya tidak setuju jika anda mengatakan demonstrasi sebagai idiologi syiah yang sesat.. ini sangat menunjukkan ketidak pahaman anda tentang idiologi... bacalah sejarah... rosululloh juga pernah melakukan demo yang menyebabkan abu Dzar dipukuli, dan perlu anda tahu Abu Dzar adalah tokoh yang gemar mengkritik penguasa...
Anda punya pengetahuan bagus tentang dalil dali pemerintahan/imam tapi anda belum mampu memahami siapa pemerintah yang dimaksud dan siapa pemimpin yang dimaksud...sehingga anda dengan ngawur mensematkan dalil tersebut ke pemerintah anda.. bagaimana mungkin anda menyatakan bahwa umat Islam sekarang berada dalam satu kepemimpinan..? sedangkan umat Islam telah terpecah lebih dari 50 negara... ini artinya anda memahami dali tersebut berdasarkan faham nasionalisme yang sesat.... silahkan belajar lagi saudaraku
hmmm....artikel ni sama lebih kurang artikel yang sebelum2 ni...macam copy pste ja...xmenarik langsung..
ajaib artikel ni...bagaikan kerajaan BN ni kerajaan khalifah Islam yang tak boleh disentuh...camne bulak di negeri2 Pakatan Rakyat yang pembangkang nya UMNO-BN..dan depa pulak yang buat demo hentam kerajaan PR...xde lak komen penulis...
Ketika Rasulullah Saw. menantang berbagai keyakinan bathil dan pemikiran rusak kaum musyrikin Mekkah dengan Islam, Beliau dan para Sahabat ra. menghadapi kesukaran dari tangan-tangan kuffar. Tapi Beliau menjalani berbagai kesulitan itu dengan keteguhan dan meneruskan pekerjaannya.
rupanya ada lagi rakyat malaysia yang mengatakan demonstrasi sesat!!.
Hidup sihat awak mesti dengar kalau Hitzbut Tahrir Malaysia memerintah dengan penerajuan Khilafah menaungi dunia Sekular ini isu tidak akan berlaku lagi dah setandingi antara satu sama lain.Khilafah tak berdasarkan kemampuan pemimpin harap kamu faham konteks atau konsep tersebut.
Hidup sihat awak mesti dengar kalau Hitzbut Tahrir Malaysia memerintah dengan penerajuan Khilafah menaungi dunia Sekular ini isu tidak akan berlaku lagi dah setandingi antara satu sama lain.Khilafah tak berdasarkan kemampuan pemimpin harap kamu faham konteks atau konsep tersebut.
Hidup sihat Dengar Sini Ini adalah Hak Kita perlu Menyingkap Aqidah HIZBUT TAHRIR daripada salafytobat
« وهذه الأفعال أي أفعال الإنسان لا دخل لها بالقضاء ولا دخل للقضاء بها , لأن الإنسان هو الذي قام بها بإرادته واختياره , وعلى ذلك فإن الأفعال الاختيارية لا تدخل تحت القضاء » اه الشخصية الإسلامية الجزء الأول باب القضاء والقدر : ص 94 95
" Segala perbuatan manusia tidak berkaitan dengan Qadla ( kepastian ) Allah . Kerana setiap manusia dapat menentukan kemahuan dan keinginannya sendiri . Maka semua perbuatan yang mengandung unsur kesengajaan dan kehendak manusia tidak masuk dalam Qadla . "
Pada As - Syakhshiyah Al-Islamiyah juz I bab Alhuda wad Dlolal ( cet. Darul Ummah hal 98) penulis menyatakan
« فتعليق المثوبة أو العقوبة بالهدى والضلال يدل على أن الهداية والضلال هما من فعل الإنسان وليسا من الله » اه ( الشخصية الإسلامية الجزء الأول : باب الهدى والضلال ص 98)
"Jadi mengaitkan adanya pahala sebagai balasan bagi kebaikan dan siksa sebagai balasan dari kesesatan, menunjukkan bahawa petunjuk dan kesesatan adalah murni perbuatan manusia itu sendiri, bukan berasal dari Allah."
Ini jelas pendapat kaum Qodariyah yang menyimpang dari ajaran ahlussunnah wal jamaah karena bertentangan dengan ayat Al- Quran dan Hadis . Allah berfirman
والله خلقكم وما تعملون
"Allah menciptakan kalian dan Allah menciptakan perbuatan kalian" ( QS As Shaffat: 96)
Ibn Abbas RA berkata:
« إن كلام القدرية كفر »
"Sesungguhnya perkataan kaum Qodariyah adalah kufur" .
Boleh juga maksud Ibn Abbas dengan "kufur " di sini sebagai ' warning' bahawa hal itu mengarah pada kekafiran. Namun yang jelas mereka adalah ahli bid'ah.
Diriwayatkan pula dari Umar bin Abdul Aziz, Imam Malik bin Anas dan Imam Awza'i :
« انهم يستتابون فإن تابوا وإلا قتلوا »
"Sesungguhnya mereka (kaum Qodariyah ) diminta untuk bertaubat, jika menolak maka mereka dibunuh. "
Ma'mar meriwayatkan dari Towus , dari bapanya . Bahawa seseorang berkata kepada Ibnu Abbas: " Banyak orang mengatakan perbuatan buruk bukanlah qodar ( kepastian ) Allah SWT," maka Ibnu Abbas menjawab : "Yang membezakan aku dan pengikut Qodariyah adalah Ayat ini :
قل فلله الحجة البالغة فلو شاء لهداكم أجمعين - الأنعام / 149
" Katakan! Allah mempunyai hujjah yang jelas lagi kuat, maka jika Dia menghendaki, pasti Dia memberi petunjuk kepada kamu semuanya. " QS.Al- An ' am: 149. "
Tak cukup itu , Hizbut Tahrir malah menuduh ahlussunnah sama dengan kelompok sesat Jabariyyah , tanpa menyertakan bukti yang mencukupi. Taqiyuddin menyatakan dalam kitab As - Syakhsiyyah Al-Islamiyah juz 1 hal. 73:
والحقيقة هو ان رأيهم _ اي اهل السنة _ ورأي الجبرية واحد فهم جبريون
Pada hakikatnya , pendapat mereka - ahlussunnah wal jama'ah - dan pendapat jabariyah adalah satu, maka mereka adalah termasuk kelompok jabariyah " .
SYARIAH
Di bidang syari'ah, HTI tidak mau terikat kepada salah satu dari mazhab empat - Hanafi, Maliki, Syafi'i, Hambali - dan lebih mendahulukan ijtihad mereka sendiri, mereka juga tidak mengakui ijma ' sebagai dasar hukum selain ijma' sahabat. Berikut beberapa contoh fatwa nyleneh mereka.
Dalam kitab mereka , At- Tafkir hal. 149
متى أصبح قادرا على الاستنباط فإنه حينئذ يكون مجتهدا , ولذلك فإن الاستنباط أو الاجتهاد ممكن لجميع الناس , وميسر لجميع الناس ولا سيما بعد أن أصبح بين أيدي الناس كتب في اللغة العربية والشرع الإسلامي , - كتاب التفكير ص / 149
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m
Post a Comment