__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, November 23, 2011

139 - Kesepakatan Ulama Bahawa Rejam Termasuk Dalam Hudud

Kesepakatan Ulama Bahawa Rejam Termasuk Dalam Hudud



Sekitar isu Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (mantan Mufti Perlis) Menafikan Rejam Sebahagian dari Hukum Had (hudud)

Dr. Asri Berkata:

..adapun hukum rejam, ia telah menimbulkan pertikaian dalam kalangan sarjana mutakhir. Tokoh besar fekah Mesir Al-Syeikh Muhammad Abu Zahrah r.h menolak sama sekali hukuman ini dan menyifatkan undang-undang warisan Yahudi. Sementara yang keras mempertahankannya dan mengkafirkan sesiapa yang menolaknya. Hakikatnya undang-undang terdapat dalam hadis, cumanya apakah ia hudud atau takzir. Jika ia hudud bererti tidak boleh diubah. Jika ia takzir bererti terserah kepada pemerintah untuk melaksana atau tidak. Takzir juga boleh mengikut keperluan semasa. Al-Syeikh Mustafa az-Zarqa dan Dr Yusuf al-Qaradawi menganggapnya sebagai takzir.(lihat: Fatawa Mustafa az-Zarqa m/s 392-395. Damsyik: Dar al-Qalam/1420H). Pendapat saya, inilah pandangan yang paling munasabah di zaman kini. Banyak dalil yang membuktikan hukuman asal zina hanyalah sebat.”

Sumber: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150379041642990&set=a.407105017989.205042.279290772989&type=1

Berkaitan dengan perkara ini, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) mengatakan:

وقال بن بطال أجمع الصحابة وأئمة الأمصار على أن المحصن إذا زنى عامدا عالما مختارا فعليه الرجم ودفع ذلك الخوارج وبعض المعتزلة واعتلوا بأن الرجم لم يذكر في القرآن وحكاه بن العربي عن طائفة من أهل المغرب لقيهم وهم من بقايا الخوارج واحتج الجمهور بأن النبي صلى الله عليه و سلم رجم وكذلك الأئمة بعده ولذلك أشار علي رضي الله عنه بقوله في أول أحاديث الباب ورجمتها بسنة رسول الله صلى الله عليه و سلم وثبت في صحيح مسلم عن عبادة أن النبي صلى الله عليه و سلم قال خذوا عني قد جعل الله لهن سبيلا الثيب بالثيب الرجم وسيأتي في باب رجم

“Ibnu Baththal berkata, para sahabat dan para imam kota-kota besar telah ijma’ (bersepakat) bahawa orang-orang yang muhshan (yang telah berkahwin) apabila ia berzina dengan sengaja, dengan kesedaran, atas kehendaknya sendiri (tanpa paksaan ke atasnya) maka dia dikenakan hukum rejam. Kelompok Khawarij dan sebahagian dari kelompok Mu’tazilah menolak perkara tersebut, dan mereka beralasan bahawa rejam itu tidak disebutkan dalam al-Qur’an. Disebutkan perkara tersebut oleh Ibnul ‘Arabi dari sekelompok ahli (penduduk) Maghribi, ia pergi menemui mereka dan mereka termasuk sisa-sisa orang khawarij.

Jumhur ulama berhujjah bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah merejam, demikian juga para imam setelahnya. Oleh sebab itulah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu mengisyaratkan dengan perkataannya pada awal bab ini, “... dan aku merejamnya dengan (berpandukan) sunnah Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Dan telah tsabit (ditetapkan secara sahih) dalam kitab Shahih Muslim daripada ‘Ubadah - bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Ambillah daripadaku apa yang telah Allah jadikan sebagai jalan penyelesaian untuk mereka (dalam kes zina), wanita yang telah berkahwin dengan lelaki yang telah berkahwin dihukum rejam..” dan ini akan dipaparkan dalam bab rejam..” (Ibnu Hajar, Fathul Bari, 12/118)

Adapun hadis tersebut adalah sebagaimana Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

خُذُوا عَنِّي قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَهُنَّ سَبِيلا الْبِكْرُ بِالْبِكْرِ جَلْدُ مِائَةٍ وَنَفْيُ سَنَةٍ وَالثَّيِّبُ بِالثَّيِّبِ جَلْدُ مِائَةٍ وَالرَّجْمُ

“Ambillah daripadaku apa yang telah Allah jadikan sebagai jalan penyelesaian untuk mereka (dalam kes zina), yang gadis (dara) dengan yang bujang disebat seratus kali dan dipisahkan selama setahun. Manakala lelaki yang berkahwin dengan wanita yang berkahwin disebat seratus kali kemudian direjam.” (Hadis Riwayat Muslim, 8/58, no. 3199. Bab: Hukuman had bagi yang berzina)

Wallahu a'lam.

4 comments:

saifullah91 said...

ayat pnulis nih cam bermotifkan hasutan.. scara tersirat dia mcm nak kata dr. asri cam sesat plak.. aku bukan la fanatik sgt dgn dr. asri, tp dia antara ulama yg aku respek sbb dia lantang n plg penting, dia x bias.. dr apa yg aku paham, dr. asri kata dia lbih berpegang dgn pandgn ulama mcm dr. ysuf al-qardhawi yg mana brpndangan bhwa rejam tu tergolong dlm ta'zir.. sebbnye xde printah scara jelas ia dtg dr Allah dan dia sebut pndgn tu lbih ssuai mngikut keadaan smasa.. dalil yg ada hanya dr hadith.. n msti la ada hujah2 dia yg lain, klau nk lbih phm kne tnya dia sndr la.. nape plak pnulis tuju pd dr. asri sorang, patutnya dia halakan skali la kat ulama' yg jd rjukan dr asri tu.. sbut skali la yg mreka sume tu kata rejam xde dlm hudud.. dan apa yg kita perlu jelas, khilaf antara ulama ni pkara biasa, terpulang pada kita la utk pegang pada pndapat yg dirasakan lbih kuat & myakinkan..

Syah said...

saya x fikir ayat pemulis dia atas bermotif hasutan atau bias..sudah jelas dan terang disebut bahawa ia adalah RESPON penulis kepada kenyataan Dr Asri tersebut bersandarkan Hadith dan saya yakin lebih kepada untuk menunjukkan pendirian dan pendangan berkenaan isu bukan untuk menyesatkan dan penulis sendiri tidak menyatakan bahawa Dr Asri itu sesat...hanya sekadar menyebut bersandarkan sejarah Hadith diatas dan wujud kesaamaan dgn pendirian Khawarij...kalau ada yg terasa nak buat macamana? maka perbetul kan lah mana yg salah perlu ditegur...takkan itu pun x boleh?

todsshoesstores said...

Running sneakers are the very lightweight footwear to assure Asics Onitsuka Tiger Shoesyou a very tireless and comfortable walk. These sneakers offer you excellent cushioning and provide you mid-foot support.Beats By Dr. Dre Headphones Its lightweight upper provide you breezy comfort. Carbon rubber outsole featured in these sneakers offers you exceptional traction.

toko bunga online mutiara indah florist said...

amin