Friday, November 25, 2011
140 - Kesaksian Ulama Terhadap Kitab al-Ibanah karya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (Wafat: 324H)
Kesaksian Ulama Terhadap Kitab al-Ibanah karya Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (Wafat: 324H)
Abu Numair Nawawi B. Subandi
http://an-nawawi.blogspot.com
Seorang tokoh ustaz yang dikenali ramai sebagaimana tersebar videonya di Youtube.Com telah membuat dakwaan bahawa kitab al-Ibanah fi Ushul ad-Diyanah (atau al-Ibanah 'an Ushul ad-Diyanah) adalah kitab palsu yang ditulis oleh puak-puak Wahhabi kemudian disandarkan kepada Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari.
Perkataan Wahhabi adalah sandaran atau penisbahan yang beliau (tokoh ustaz tersebut) gunakan untuk mengisyaratkan kepada pengikut-pengikut Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab. Syaikh Muhammad ‘Abdul Wahhab ini adalah seorang tokoh ulama yang wafat pada tahun 1206 Hijrah.
Ironinya, pengakuan terhadap kewujudan dan keaslian kitab al-Ibanah ini sebenarnya telah berlaku jauh lebih awal lagi dari zaman puak-puak Wahhabi dan Muhammad B. ‘Abdul Wahhab sendiri! Maka berikut penulis sertakan sebahagian dari nukilan yang sempat dikumpulkan sebagai respon dan bukti awal terhadap fitnah tokoh ustaz tersebut.
[Pertama] Al-Hafiz Abu Bakar Ahmad B. al-Husain al-Baihaqi (Wafat: 458H). Beliau berkata:
وقد ذكر الشافعي رحمه الله ما دل على أن ما نتلوه في القرآن بألسنتنا ونسمعه بآذاننا ونكتبه في مصاحفنا يسمى كلام الله عز و جل وأن الله عز و جل كلم به عباده بأن أرسل به رسوله صلى الله عليه و سلم وبمعناه ذكره أيضا علي بن إسماعيل في كتاب الإبانة
“Imam asy-Syafi’i rahimahullah menyebutkan dalil-dalil yang menunjukkan bahawa ayat-ayat al-Qur’an yang kita lafazkan dengan lidah kita dan kita dengar dengan telinga kita serta yang kita tulis di mushaf-mushaf, kita namakan sebagai Kalamullah ‘Azza wa Jalla, dan bahawasanya Allah ‘Azza wa Jalla berfirman dengan para hamba-Nya dengan mengutus Rasul-Nya.
Dan semakna dengan itu disebutkan juga oleh ‘Ali B. Ismail (Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari) di dalam kitabnya al-Ibanah.” (al-Baihaqi, al-I’tiqad wa al-Hidayah ila Sabil ar-Rasyad, m/s. 108)
[Kedua] Al-Hafiz Ibnu Asakir rahimahullah (Wafat: 571H):
فلا بد أن يحكى عنه معتقده على وجهه بالأمانة، ليعلم حاله في صحة عقيدته في الديانة، فاسمع ما ذكره في كتاب الإبانة فإنه قال: ((الحمد لله الواحد العزيز الماجد، المتفرد بالتوحيد، المتمجد بالتمجيد، الذي لا تبلغه صفات العبيد، وليس له مثل ولا نديد....))
“Menjadi kewajiban bagi seseorang yang ingin menjelaskan i’tiqad Abu al-Hasan al-Asy’ari supaya disertai rasa amanah agar dapat diketahui kebenaran ‘aqidahnya dalam perkara agama. Maka, dengarkanlah apa yang telah ia sebutkan dalam kitabnya yang berjudul al-Ibanah, “Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa, Maha Agung, dan Maha Terpuji. Yang sendiri dengan keesaan-Nya, yang terpuji dengan pujian, yang tidak sampai kepada-Nya sifat-sifat hamba, dan tidak ada kesamaan serta tandingan bagi-Nya…”.” (at-Tabyin Kadzib al-Muftari fi ma Nusiba ila al-Asy’ari, m/s. 152)
Kemudian, nukilan Ibnu Asakir ini turut disebutkan pula oleh al-Hafiz adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H) dalam kitab al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar.
[Ketiga] Pengakuan Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H):
وَمُرَادُهُمْ الْأَشْعَرِيَّةُ الَّذِينَ يَنْفُونَ الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةَ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مِنْهُمْ بِكِتَابِ " الْإِبَانَةِ " الَّذِي صَنَّفَهُ الْأَشْعَرِيُّ فِي آخِرِ عُمْرِهِ وَلَمْ يُظْهِرْ مَقَالَةً تُنَاقِضُ ذَلِكَ فَهَذَا يُعَدُّ مِنْ أَهْلِ السُّنَّة
“Mereka adalah golongan al-Asy’ariyah (pengikut Abu al-Hasan al-Asy’ari) yang menolak sifat-sifat Khabariyyah Allah. Namun, sebahagian dari mereka yang perkataannya bertepatan dengan kitab al-Ibanah yang ditulis oleh (Imam Abu al-Hasan) al-Asy’ari di akhir-akhir umurnya, maka mereka adalah termasuk Ahlus Sunnah.” (Majmu’ al-Fatawa, 6/359)
Ibnu Taimiyyah juga mengatakan:
وَقَالَ أَيْضًا أَبُو الْحَسَنِ الْأَشْعَرِيُّ فِي كِتَابِهِ الَّذِي سَمَّاهُ " الْإِبَانَةَ فِي أُصُولِ الدِّيَانَةِ " وَقَدْ ذَكَرَ أَصْحَابُهُ أَنَّهُ آخِرُ كِتَابٍ صَنَّفَهُ
“Dan Abu al-Hasan al-Asy’ari juga telah berkata di kitabnya yang beliau namakan al-Ibanah fi Ushul ad-Diyanah dan disebutkan oleh pengikut-pengikut beliau bahawasanya ia adalah kitab yang menjadi mazhabnya yang terakhir....” (Majmu’ al-Fatawa, 5/93)
[Keempat] Imam adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 784H) berkata di dalam kitab beliau, al-‘Uluw lil ‘aliyyil Ghoffar:
وقال الأشعري في كتاب الإبانة في أصول الديانة له في باب الإستواء فإن قال قائل ما تقولون في الإستواء قيل نقول إن الله مستو على عرشه كما قال الرحمن على العرش استوى
“Dan telah berkata (Abu al-Hasan) al-Asy’ari di dalam kitab al-Ibanah fi Ushul ad-Diyanah miliknya pada bab al-Istiwa’:
“Jika seseorang berkata – “Apa pendapatmu tentang istiwa’?” Maka jawabnya, “Kami berpendapat bahawa Allah beristiwa’ di atas ‘Arsy sebagaimana firman Allah Ta’ala:
“Allah Yang Maha Pemurah, yang bersemayam di atas ‘Arsy.” (Surah Thoha, 20: 5).”
Demikianlah hingga akhir kitab al-Ibanah. Lalu kemudian beliau (adz-Dzahabi) berkata:
وكتاب الإبانة من أشهر تصانيف أبي الحسن شهره الحافظ ابن عساكر واعتمد عليه ونسخه بخطه الإمام محيي الدين النواوي
“Kitab al-Ibanah adalah kitab karya Abu al-Hasan Al-Asy’ari yang cukup terkenal. Kitab ini diperkenalkan oleh al-hafiz Ibnu ‘Asakir. Kitab ini disalin dan dipegang oleh Imam Muhyiddin an-Nawawi.” (al-‘Uluw lil ‘aliyyil Ghoffar, m/s. 1/218-219, no. 541)
Dengan ini, maka jelaslah bahawa dakwaan dan fitnah yang mengatakan kitab al-Ibanah ini hanya dimunculkan oleh puak-puak Wahhabi atau pengikut Syaikh Muhammad B. ‘Abdul Wahhab sebenarnya adalah tidak berasas sama sekali. Kerana kitab ini telah pun dikenali dan banyak disebut-sebut serta menjadi rujukan muktabar di kalangan para ulama generasi awal lagi.
Kandungan dan pegangan-pegangan aqidah yang disebutkan di dalamnya juga bertepatan dengan apa yang dipegang oleh para imam-imam ahlus sunnah yang sezaman dengannya. Juga bertepatan dengan pegangan para imam-imam sebelum dan selepasnya. Ia dikuatkan pula dengan dalil-dalil dari al-Qur'an dan al-hadis.
Wallahu a’lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
wahabi.. wahabi.. blajar darimana berbohong dan membalikkan fakta.. dari wahab sepertinya.. wahab sendiri dari mana ya.. dari inggris mungkin... lihat sejarahnya wahab dan generasinya dengan inggris coiiiii..
Tak faham langsung koi.
Aku tengok puok mung ning sangat-sangatlah bengong,kerane;
1. mung ingat Ahli Sunnah ning puok hok taklid bute dengang Imam Asyaari tanpa usul perikse ke ?. Heh !, Imam Asyaari tu hanya tulong bukak jalan kepada aqidah ASWJ, dan kalu dia takdok pun faham yang betul tu tetap akan dibawok oleh Al-Jamaah yang lainnya kerana sememangnya itulah faham yang betul. mung ingat ASWJ ning beriman kepada Imam Asyaari ke ?. Saloh to wok, kita bukan beriman kepadanya kita hanya berimam kepadanya. Mung faham dok ?
2. Pasal lah pulok mung ambik peluang hentam Aszah Idros. Dia tu bukanglah orang yang mewakili Imam Kaum Muslimin ASWJ. Kalu mung ade telor mung tak buat gittu dan mung akang cari lawan yang sebeno-beno. Sanggoh lah orang yang betul-betul ASWJ macam Syeik Fuad, Ustz Uthman, Ust Zamihang dan sebagainya. Kalu tidok mung ni pengecut tak dok telor.
Guanne gamok
PondokDungunTgganu
Assalaamualaikum semua.. Mohon kita berbicara dgn prinsip ilmu, Kalau dikatakan kitab al ibanah cetakan skrg ini adalah kitab palsu, mohon uai kemukakan kitab yg asli... Wassalam..
If you're looking for the greater fretting hand world wide, you must glimpse and purchase Chanel purses. You may be pondering what is so particular regarding Chanel luggage, but once you purchase these kinds of totes, you can certainly assess a real difference among Chanel carriers along with other totes regular
Chaussure Chanel. Chanel totes usually are tender, even natural leather, a silk filled duvet textile and other stuff
Portefeuilles Louis Vuitton. You could find unlimited variations, shapes, patterns, plus goods where one can choose the baggage and purses and handbags Sac Chanel 2012. The particular collection agencies are fantastic in addition to Chanel are usually among the people of the classes
Sac Louis Vuitton Femmes. Chanel clutch i465 case is an additional product or service recently unveiled simply by Chanel. Sac Louis Vuitton
Byk ustad lo ni ckp main sdap mulut jo, hok mano satu btl pn tk tahu, pening org dibuatnya, lbh buat hal sendiri dak yah layang ustaz2 loni berahi sgt gadoh, camne org kafir nok msk islam klu gini perangai, mat2 rempit nk jd baik lagu mano ustaz2 pn dok gadoh sama sendiri.
Byk ustad lo ni ckp main sdap mulut jo, hok mano satu btl pn tk tahu, pening org dibuatnya, lbh buat hal sendiri dak yah layang ustaz2 loni berahi sgt gadoh, camne org kafir nok msk islam klu gini perangai, mat2 rempit nk jd baik lagu mano ustaz2 pn dok gadoh sama sendiri.
Pukti ada pemalsuan kitab, lihat : http://jundumuhammad.wordpress.com/2011/03/04/pemalsuan-kitab-al-ibanah-imam-abu-hasan-al-asyariy/#comment-107
saya atas nama BPK. SAMSUL dari MADURA ingin mengucapkan banyak kasih kepada MBAH KARYO,kalau bukan karna bantuannya munkin sekaran saya sudah terlantar dan tidak pernaah terpikirkan oleh saya kalau saya sdh bisa sesukses ini dan saya tdk menyanka klau MBAH KARYO bisa sehebat ini menembuskan semua no,,jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KARYO no ini 082301536999 saya yakin anda tdk akan pernah menyesal klau sudah berhubungan dgn MBAH KARYO dan jgn percaya klau ada yg menggunakan pesan ini klau bukan nama BPK. SAMSUL dan bukan nama MBAH KARYO krna itu cuma palsu.m
Ini lebih kepada cerita dongeng yg membebalkan pemikiran.
kuat fitnah ore ganu kitab melayu nih. selalu mengkafirkan orang.. dulu umno kafir, bila boleh jawatan tak kafir doh. Rasul Dahri itu belajar di Mekah dan Madinah, mana ada agamawan melayu berani tulis kata rokok itu haram.. Fitnah kpd Imam asyari pulak kata kitab kitab dia palsu.. padahal takdok pun yg dikatakan original. banyak dosa situ fitnah, bohong, provoke dan membenci umat islam yg lain.
Post a Comment