http://bahaya-syirik.blospot.com/
Soalan:
Mana yang lebih keras siksanya, pelaku maksiat atau ahli bid’ah?
Jawaban:
Ahli bid’ah lebih keras siksanya, kerana perbuatan bid’ah lebih besar dari sekadar maksiat. Bid’ah lebih disenangi oleh syaitan daripada maksiat kerana pelaku maksiat mudah untuk bertaubat.[1] Ada pun ahli bid’ah maka jarang sekali yang bertaubat kerana dia menyangka berada di atas kebenaran berbeza dengan pelaku maksiat, dia mengetahui bahawa dia seorang yang bermaksiat. Ada pun ahli bid’ah, maka dia meyakini sebagai seorang yang taat dan sedang melakukan ketaatan. Maka dari itu, perbuatan bid’ah (wal ‘iadzubillah) lebih buruk dari maksiat. Dengan sebab itulah, ulama salaf sering memberi peringatan (supaya menjauhi) dari bermajlis bersama ahli bid’ah, kerana mereka akan mempengaruhi orang yang duduk bersamanya, sementara bahaya mereka sangatlah besar.
Tidak diragukan bahawa bid’ah itu lebih buruk dari maksiat dan bahaya yang ditimbulkan oleh ahli bid’ah kepada manusia lebih besar daripada bahaya seorang pelaku maksiat sehingga ulama salaf mengatakan: “Sederhana dalam (melakukan) sunnah lebih baik daripada bersungguh-sungguh dalam (berbuat) bid’ah”.
Footnote:
[1] Sufyan at-Tsauri rahimahullah berkata: “Bid’ah lebih disenangi oleh Iblis daripada maksiat kerana pelaku maksiat akan bertaubat darinya, sedangkan pelaku bid’ah tidak akan bertaubat darinya”. (Musnad Ibnul Ja’ad, 1885. Majmu’ al-Fatawa, 11/472) Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menghalangi taubat dari setiap pelaku bid’ah”.
[2] al-Hasan al-Bashri rahimahullah berkata: “Janganlah kamu duduk bersama pelaku bid’ah kerana ia akan menjadikan hati kamu sakit.”. (al-I’tisham, 1/172)
Asy-Syatibi rahimahullah berkata (1/158): “Sesusungguhnya golongan yang selamat (dan mereka itu ahlus sunnah), diperintahkan untuk memusuhi ahl bid’ah, mengusir mereka, dan menghukum orang yang berusaha mendekati mereka dengan hukuman mati atau yang kurang dari itu. Sunguh para ulama telah memberi peringatan agr tidak bersahabat serta bermajlis bersama mereka”.
Saya katakan: Semoga Allah ‘Azza wa Jalla merahmati para ulama salaf. Mereka tidaklah meninggalkan satu pelaku bid’ah pun kecuali mereka menumpaskannya dan memberi peringatan kepada ummat akan bahayanya.
[3] Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata tentang bahaya ahli bid’ah: “Seandainya Allah ‘Azza wa Jalla tidak menjadikan adanya orang-orang yang mencegah bahaya mereka (iaitu ahli bid’ah) ma ini akan rosak dan kerosakannya akan lebih besar dari berkuasanya musuh yang memerangi. Kerana, musuh jika ia berkuasa tidak akan merosakkan hati dan agama melainkan hanya mengikut saja. Ada pun ahli bid’ah, mereka akan merosak hati sejak pertama kalinya”. (Majmu’ al-Fatawa, 28/232)
[4] Ini merupakan perkataan Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu.
Rujukan:
Fatwa: Syaikh Dr. Soleh Fauzan bin Abdullah al-Fauzan, al-Ajwibah al-Mufidah ‘an As ‘ilatil Manahij al-Jadidah, Susunan: Syaikh Jamal bin Furaihan al-Haritsi (Judul Terjemahan: Jawab Tuntas Masalah Manhaj, Pustaka al-Haura’), Soalan no. 5, m/s. 38.
No comments:
Post a Comment