Blog Aqidah:
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com
Blog Radd (Membantah Kesyirikan):
http://bahaya-syirik.blogspot.com
Buku Tablighi Nisab (juga dikenali sebagai Fadha’il Amal) atau al-Muqarrar at-Tablighi karya Syeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi (1302H) berbahasa Urdu. Buku ini disambut baik oleh Jama’ah Tabligh di anak Benua India, Pakistan, kerana penulisnya termasuk keluarga pendiri jama’ah dan termasuk ulama yang bermazdhab Hanafi yang ternama di India dan di luar India.
Penulis kitab tersebut mempunyai pengetahuan yang luas mengenai naskhah-naskhah hadis. Ia juga pernah mensyarah sebahagian buku-buku hadis. Tapi yang menghairankan, setelah menyebut berbagai ayat dan hadis, buku ini banyak diisi dengan syathahat yang tidak diberi kewenangan oleh allah untuk melakukannya.
Sangat disayangkan, buku ini adalah buku yang paling banyak beredar di anak Benua India, Pakistan. Jama’ah tabligh mengambilnya bulat-bulat tanpa meneliti (menyemak) isinya terlebih dahulu, kerana sudah terlanjur percaya kepada penulisnya yang terkenal itu. Bahkan Tabisi Mahdi berkata, “Setiap selesai solat yang dibaca hanya buku Tablighi Nisab, bahkan di dalam masjid seperti Darul ‘Ulum di deoband. Di sini tidak dijumpai tradisi mempelajari al-Qur’an dan hadis. Jika salah seorang dari mereka meminta pelajaran tersebut, maka ia harus diletakkan dalam posisi orang yang sesat dan kufur.
Adalah amat dikesalkan, kebanyakan mereka (pendukung jema’ah Tabligh) sentiasa berprangsangka baik terhadap penulis yang sekaligus muhaddis itu, kerana tidak mungkin ia menulis buku yang mengajarkan bid’ah dan kurafat kepada berjuta pembaca. Prasangka baik mereka terhadap buku ini semakin bertambah kerana tokoh-tokoh ulama di Deoband tidak mengkritiknya, sehingga buku itu menjadi manhaj silibus di kalangan Jama’ah Tabligh.
Berikut kita teliti sebahagian kesalahan Kitab-Kitab utama Jama’ah Tabligh dalam membawakan riwayat-riwayat tertentu, malah menjurus kepada kesalahan besar dalam perkara iktiqad (aqidah).
1 – Diriwayatkan dari Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Manakala Nabi adam a.s. melakukan suatu perbuatan dosa, ia mengangkat kepalanya ke langit lalu berkata, “Ya Tuhan, aku memohon kepada-Mu dengan keagungan Muhammad, ampunilah dosaku”. Maka Allah menurunkan wahyu dari ‘Arsy. Lalu adam berkata, “Maha Suci Nama-Mu, ketika Engkau menciptakanku, aku mengangkat kepalaku ke arah ‘Arsy, ternyata di ‘arsy tertulis: La Ilaha Illa Allah Muhammadur Rasulullah. Maka aku mengetahui bahawa tidak seorang pun yang lebih mulia martabatnya di sisi-Mu daripada orang yang telah Engkau jadikan berseiringan dengan Nama-Mu.” Lalu allah menurunkan wahyu kepada adam, “Wahai Adam, sesungguhnya Muhammad penutup para nabi, seandainya Muhammad tidak diciptakan maka Aku tidak menciptakanmu.”” (Fadha’il Adz-Dzikir, hal. 95-96)
Hadis tersebut telah ditakhrij oleh Imam at-Thabrani dan al-Hakim dalam ash-Shaghir, Abu Naim dan Baihaqi dalam ad-Dala’il, Ibnu Asakir dalam ad-Durr dan Majma’ az-Zawa’id: Diriwayatkan oleh Imam Baihaqi dalam al-Ausot dan ash-Shaghir. Dalam buku tersebut terdapat para perawi yang tidak aku ketahui (tidak dikenali).
Aku katakan, “Hadis di atas diperkuat oleh hadis yang masyhur, “kalau bukan keranamu, tidaklah Aku ciptakan alam.” Al-Qari berkata dalam al-Maudhu’at al-Kabir bahawa hadis tersebut maudhu’ (palsu). (Fadha’il adz-Dzikr, hal. 96)
2 – Diriwayatkan dari Anas, Abu Bakar mendatangi Nabi s.a.w. di saat sedang gelisah. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya, “Apa gerangan yang membuat kamu gelisah?” Abu Bakar menjawab, “Wahai Rasulullah, aku semalaman bersama pakciku fulan. Ia sedang sakaratul maut.” Rasulullah bertanya, “Apakah kamu mengajarinya kalimat La Ilaha Illa Allah.” Abu Bakar menjawab, “Telah aku lakukan wahai Rasulullah.” Rasulullah bertanya kembali, “Apakah si fulan mengucapkan kalimat tersebut?” Abu Bakar menjawab, “Ya.” Rasulullah bersabda, “Syurga wajib baginya.” Abu Bakar berkata, “Wahai Rasulullah, apa faedahnya syahadat bagi orang yang hidup?” Rasulullah menjawab, “Syahadat adalah ucapan yang paling banyak menghapus dosa mereka.” (Fadha’il Adz-Dzikr, 102)
Hadis ini diriwayatkan oleh ad-Dailami dalam Tarikh Hamdan, juga oleh Imam Rafi’i dan Ibnu Najjar. Di dalam Muntakhab Kanz al-‘Ummal tertulis demikian. Akan tetapi Imam Sayuthi meriwayatkan sepertinya dalam Dzail al-La’ali dan membahaskan sanadnya sebagai berikut, “Semua sanadnya gelap, dan perawinya dituduh sebagai pembohong.”
Menurutku, Hadis diriwayatkan berdasarkan maknanya secara marfu’, akan tetapi mereka menghukuminya sebagai hadis maudhu’ sebagaimana di dalam al-La’ali. (Fadha’il adz-Dzikr, hal. 102-103)
3 – Diriwayatkan daripada abu Darda’, Rasulullah s.a.w., beliau bersabda, “Tidaklah seorang hamba mengucapkan La Ilaha Illallah sebanyak seratus kali, kecuali Allah membangkitkannya pada hari kiamat dengan wajah seperti bulan purnama. Pada hari itu tidak ada amal seorang pun melebihi amalnya, kecuali orang yang mengamalkan sepertinya atau melebihinya.” (Fadha’il adz-Dzikr, hal. 107)
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Thabrani. Di dalam sanadnya terdapat Abdul Wahab bin Dahak, seorang perawi yang diabaikan sedemikian adanya di dalam Mujma’ az-Zawa’id.
Menurutku, Abdul Wahab adalah salah seorang perawi dalam riwayat Ibnu Majah. Tidak diragukan bahawa ulama hadis menilainya lemah sekali. (Fadha’il adz-Dzikr, hal. 107)
4 – Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Barangsiapa menziarahi kuburanku, baginya wajib mendapatkan syafaatku.” (Fadha’il adz-Dzikr. Hal. 109-110)
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bazzar dan Daruquthni. Imam Nawawi berkata, “Ibnu Hajar dalam syarh al-Manasik mengatakan bahawa hadis tersebut diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya. Sekelompok ulama menilainya shahih, seperti Abdul Haq dan at-Taqiy as-Subki. Al-Qari berkata dalam Syarh asy-Syifa’, sekelompok ahli hadis menilainya shahih juga. (Hadis tersebut maudhu’, (Dhai’iful Jami’, no. 5618))
5 – Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata, “Rasulullah s.a.w. bersabda, “Barangsiapa yang menziarahiku setelah wafatku, maka ia laksana menziarahiku pada masa aku masih hidup.”
Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Daruquthni, dan Baihaqi. Baihaqi juga menilai hadis ini dhaif. Demikianlah keterangan dalam al-Ittihaf.
Berdasarkan riwayat Imam Baihaqi dalam al-Misykat disebutkan, “Siapa yang melakukan haji dan menziarahi kuburanku, maka ia seperti orang yang menziarahiku pada masa aku masih hidup.” (Hadis tersebut maudhu’, (Dha’iful Jami’, no. 5563) al-Muwafiq dalam al-Mughni menjadikan hadis ini sebagai dalil terhadap keutamaan ziarah ke makam Nabi. (Fadha’il al-Haj, hal. 101)
6 – Diriwayatkan dari Ibnu Umar, ia berkata, “Rasulullah bersabda, “Barangsiapa pergi haji tetapi tidak menziarahiku, maka ia sungguh telah menjauhiku.”
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Adi dan lainnya dalam al-Kamil. Begitu juga dalam Syifa’u as-Asqam. Di dalam Syarh al-Lubaab disebutkan bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Adi dengan sanad hasan. Penulis al-Ittihaf mentakhrijkan hadis ini secara panjang lebar dan mengatakan, “Imam Sayuthi mengkritik Ibnu al-Jauzi kerana mencantumkan hadis ini dalam al-Maudhu’at.” Ia berkata, “Tidak benar.” Sedang al-Qari berkata dalam Syarh asy-syifa’ bahawa hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Adi dengan sanad yang dapat dijadikan hujah.
Inilah sebahagian dari sekian banyak kandungan kitab tersebut (Tablighi Nisab / Fadha’il Amal).
Bagi orang yang mempunyai akal dan mengerti akan timbul pertanyaan di sini, apa yang mendorongnya untuk mencantumkan riwayat-riwayat maudhu’ dan batil ini di dalam buku tersebut, sedangkan para ahli hadis menolaknya.
Jika percantuman riwayat-riwayat tersebut merupakan suatu keharusan, mengapa ia tidak menulis hukum atas riwayat itu dalam bahasa Urdu sehingga pembaca mengetahuinya.
Lebih buruk dari hal itu adalah apa yang terjadi di penerbit Madinah Bik Dabu, Delhi, ketika menerbitkan Tablighi Nisab dengan komentar dari salah seorang ulama. Ia mengisyaratkan beberapa letak kelemahan dalam buku ini.
Setelah itu, Pusat Jama’ah Tabligh mengerahkan bala tenteranya untuk berkonspirasi terhadap penerbit tersebut. Mereka membatasi pemasarannya, menjelek-jelekkan pimpinannya serta pemberi komentarnya, kerana kesalahpahaman mereka. Mereka membagi-bagikan selebaran yang ertinya adalah seperti berikut:
Setelah saya membaca dan meneliti satu-persatu buku Tablighi Nishab yang dicetak di Delhi, pemberi komentar yang fanatik ini memastikan bahawa al-Ghazali bukan seorang yang alim dalam bidang hadis. Begitu juga pengarang buku tersebut, iaitu Muhammad Zakaria, tidak mengerti hadis. Sesungguhnya hadis-hadis yang termaktub dalam buku itu banyak yang maudhu’ (palsu).
Oleh kerana itu kami mengharapkan kepada segenap umat Islam di mana pun supaya tidak membaca buku Tablighi Nishab yang dicetak di Delhi ini, serta tidak membiarkan orang lain membacanya. Kerana membaca komentar tersebut dapat menimbulkan bahaya terhadap keyakinan (aqidah), dan ditakutkan akan timbul prasangka yang tidak baik terhadap para ulama Islam dan kepada hadis-hadis. Sebenarnya pengarang buku tersebut ilmunya adalah masih dangkal, tidak mampu berbahasa arab dan tidak mengerti hadis. Ia telah merosak penerbit madinah dari dalam, hanya untuk mendapatkan kompensi dari komentarnya tersebut.
Kami meminta kepada umat Islam agar memperhatikan seruan ini, dan melempar buku tersebut ke dalam laut serta mewaspadainya.
Setelah Ustaz Tabisy menyampaikan riwayat-riwayat tersebut beserta hukumnya, ia mengisyaratkan seruan yang ditujukan kepada umat Islam di seluruh penjuru dunia ini sebagai berikut:
“Satu hal, berkaitan buku ini, yang pantas dikatakan adalah adalah bahawa Syeikh Zakaria berusaha menyesatkan para pembaca dan menjerumuskan mereka ke dalam kegelapan.”
Fahaman Khurafat Dalam Jema’ah Tabligh
Syeikh Muhammad Zakaria di dalam bukunya Tablighi Nishab merangkum hadis-hadis dhoif dan maudhu’ bersama ayat-ayat al-Qur’an dan hadis shahih. Ia juga mengemukakan bid’ah, khurafat, mitos, dan hikayat yang dapat memekakkan telinga dan jauh dari kudrat, serta dengan tiba-tiba dibenarkan oleh akal yang sihat. Rujukan yang ia jadikan pegangan tidak dapat dipercayai. Ia menukilkan dari buku pengarang yang tidak mendapatkan pengesyoran dan ulasan dari para ulama.
Inilah beberapa cerita-cerita tentang sufi:
1 – Hikayat yang paling aneh adalah hikayat yang dinukil dari as-Sayuti dalam buku al-Hawi bahawa Said Ahmad ar-Rifai’ berziarah ke makam Nabi s.a.w. setelah melakukan ibadah haji pada tahun 555H. Ia melagukan dua bait syair berikut:
Dalam hal yang jauh, ruhku kulepaskan...
Bumi menerima dariku, kerana wakilku...
Inilah kerajaan khayalan yang aku hadiri...
Maka hulurkan tangan kananmu agar terengkuh oleh bibirku...
Lalu tangan Nabi yang diberkahi keluar dari makamnya yang mulia, dan ar-Rifai’ pun menciumnya.
Syeikh Muhammad Zakaria menambahkan dalam buku al-Bunyan al-Masyid, “Ada 90 ribu orang yang menyaksikan peristiwa itu. Mereka adalah para penziarah makam Nabi. Di antara para penziarah itu adalah Syeikh Abdul Qadir Jailani.” (Fadha’il Haji, 137/138, akhir bab kesembilan: Hikayat no. 13)
2 – Syeikh Muhammad Zakaria bercerita bahawa di dalam mimpinya ia diperintahkan untuk mencantumkan qashidah (syair) di dalam bukunya Fadha’il ash-Shalawat ‘ala an-Nabi, lalu ia mendapat inspirasi bahawa qashidah tersebut adalah milik Maulana Jami’. Qashidah itu adalah ungkapan permohonan pertolongan melalui Nabi s.a.w., yang bait awalnya adalah seperti berikut:
Kerana kepergianmu, maka seluruh alam menghembuskan nafasnya yang terakhir...
Engkau mengasihi, wahai Nabi Allah, Engkau mengasihi...
Kemudian Muhammad Zakaria berkata, bahawa suatu ketika Maulana Jami’ berhaji dan bermaksud pergi ke Madinah untuk melagukan qashidah itu di sisi kuburan Nabi s.a.w. Lalu Nabi s.a.w. memerintahkan penguasa Makkah, di dalam mimpi, untuk melarang Maulana Jami’ datang ke Kota Madinah. Kerana jika ia melantunkan qashidah ini di sisi Nabi, maka tangan Nabi akan keluar dan menyalaminya. Maka, ditakutkan hal itu akan menimbulkan fitnah.
Kemudian Syeikh Zakaria berkata, “Saya tidak meragukan kisah ini, hanya cuma saya tidak boleh (tidak berupaya) menghadirkan sumbernya. Siapa yang mendapatkan riwayat itu semasa saya masih hidup, hendaknya ia memberitahukannya kepada saya. Jika ada yang mengetahui riwayat tersebut setelah saya meninggal, maka hendaknya ia menuliskannya ke dalam buku.”
Ia mempertegaskan ucapannya, “Tidak ada kesangsian untuk membenarkan kisah ini, kerana kisah Said ar-Rifai’ ini terkenal. Dalam buku tersebut telah disampaikan kisah-kisah lain yang menceritakan jawaban dengan suara tinggi dari makam Nabi yang Mulia.”
Kemudian ia berkata, “Sebahagian teman-temanku berpendapat bahawa bukti mimpiku adalah Qashidah Burdah.” Untuk mempertegas pendapat ini, ia juga menyebutkan sejumlah bait qashidah tersebut. Ia mengulangi bait tersebut di dalam bukunya Fadha’il ash-Shalat sebanyak kurang lebih 50 kali.
Ia juga berkata, “Sebahagian temanku yang lain berpendapat bahawa qashidah yang ada dalam mimpi itu ialah qashidah Syeikh Muhammad Qasim...” Kemudian ia menyebutkan baitnya. (Fadha’il ash-Shalat ‘ala an-Nabi, 109-119, hikayat no. 50)
3 – Syeikh Abu Khair al-Aqtha’ berkata, “Aku merasa lapar kerana selama 5 hari aku belum makan. Lalu aku berziarah dan ketiduran setelah aku membaca shalawat kepada Nabi s.a.w. di sisi kuburannya. Aku bermimpi Nabi datang bersama Syaikhani (Bukhari dan Muslim) dan Ali r.a. Kemudian beliau memberi aku sepotong roti. Aku makan roti itu setengahnya, dan ketika aku terbangun aku melihat setengah roti yang tersisa ada di tanganku. (Fadha’il Hajj, hal. 133)
4 – Syeikh Syamsuddin, ketua Khadamul Haram an-Nabawi berkata, “Satu jama’ah dari Aleppo menyuap gabenor Madinah agar mereka diizinkan membongkar makam Syaikhani dan mengambil jasad mereka keduanya. Maka ketika itu datanglah 40 laki-laki dengan membawa cangkul pada malam harinya. Keempat puluh orang itu tiba-tiba saja hilang ditelan bumi. Setelah itu gabenor Madinah berkata, “Janganlah kamu sebarkan rahsia ini. Jika tidak, maka aku akan memotong kepalamu.” (Fadha’il Hajj, hal. 141)
5 – Syeikh Zakaria berkata, “Dinukil dari beberapa syeikh, bahawa seorang syeikh yang tinggal di negeri Khurasan lebih dekat ke ka’abah kerana ia selalu bersentuhan dengan ka’abah dibandingkan orang-orang yang bertawaf di ka’abah. Bahkan, terkadang ka’abah mengunjunginya.” (Fadha’il Hajj, hal. 87)
6 – Syeihk Zakaria mengerjakan solat sebanyak 1000 rakaat dengan berdiri. Apabila ia merasa lelah, maka ia solat dengan duduk sebanyak 1000 rakaat. (Fadha’il Shadaqah, hal. 588)
7 – Ibn Katib mengkhatamkan al-Qur’an setiap hari sebanyak 8 kali. (Fadha’il al-Qur’an, hal. 15)
8 – Diceritakan kepada seorang syeikh, bahawa Nabi Khidir a.s. mengerjakan solat subuh di Mekah dan duduk di Rukun Syami sehingga terbit matahari, kemudian ia solat zuhur di Madinah, solat asar di Baitul Maqdis, solat Maghrib di Thursina dan solat Isya’ di al-Sakandari.” (Fadha’il Hajj, hal. 218)
9 – Abu Muhammad al-Jurairi melakukan iktikaf di Mekah selama setahun penuh, tidak tidur dan tidak pula bersandar di dinding atau tiang. (Fadha’il ash-Shadaqah, hal. 588)
10 – Seorang bertanya kepada nabi Khidir a.s., “Apakah kamu melihat seseorang yang lebih mulia daripada dirimu?” Nabi khidir menjawab, “Pada suatu ketika aku berada di dalam masjid Nabi Muhammad s.a.w. (di Madinah). Pada waktu itu Imam AbdurRazaq sedang mengajari jema’ah tentang hadis-hadis Nabi s.a.w., maka aku melihat seorang pemuda duduk sendiri di pokok masjid dengan meletakkan kepalanya di atas kedua lututnya. Aku bertanya kepadnaya, “Kenapa kamu tidak mengikuti majlis AbdurRazaq dan mendengarkan hadis-hadis Nabi s.a.w.?” Ia pun menjawab, “Di sana jema’ah mendengarkan pelajaran daripada AbdurRazaq, sedang di sini ada orang sendirian mendengarkan pelajaran dari AbdurRazaq tanpa ada orang lain.” Kemudian Nabi Khidir berkata, “Jika memang kamu benar, maka katakan siapakah aku ini?” Ia menjawab, “Kamu adalah Nabi Khidir.” Nabi Khidir berkata, “dengan peristiwa ini aku mengetahui bahawa ada sebahagian wali Allah yang tidak aku ketahui dikeranakan tingginya derajat mereka.” (Fadha’il Hajj. Hal. 135)
Apa yang diinginkan pengarang buku ini dengan memuat berbagai malapetaka ini? Bagaimana Jama’ah Tabligh boleh menerima sesuatu yang rasanya pahit? Bagaimana ulamanya terhadap bahaya pendidikan sufistik ini? Apakah ada yang boleh menjawab? Hanya kepada Allah tempat mengadu...
Bahagian Kedua
Kitab Tablighi Nishaab (Sekarang adalah “Fadhail Amal”) oleh Muhamad Zakaria Kandahlawiy secara manhaj maupun dakwah. Kitab Tablighi Nishaab ini dipenuhi dengan berbagai macam bid’ah, syirik, tashawwuf, khurafat, hadis-hadis lemah dan palsu. Diantara bid’ah syirkiyyat yang terdapat di dalam kitab ini ialah
1 - Memohon syafa’at kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
2 - Nabi pernah mengeluarkan tangannya dari kubur beliau untuk menyalami Ahmad Ar Rifaa’y (ketua sufi dari tarikat Ar Rifaa’iyyah) {Cerita karut ini terdapat di dalam kitab Fadhail al-Haj, Bab kesembilan (Cara-Cara melakukan Ziarah), kisah no.13. Kisah-kisah karut yang lain terdapat dari kisah 14 hingga ke 40 dan lain- lain.)
Komen dari penyusun (Penulis):
Pada kisah di akhir bab sembilan (m.s 242) tertulis : Sheikh Ahmad Kabir Rifai menziarah ke Madinah pada tahun 535 H. Berdiri dihadapan kuburan Rasullullah s.a.w sambil menbaca rangkapan-rangkapan syair, rangkapan yang akhirnya bermelodi: “ Hulurkanlah tanganmu agar bibirku menciummu”. Lalu keluar tangan Baginda sallallahu Alaihi Wasallam dari kuburnya dan Sheikh Ahmad Rifai mencium tangan tersebut. Yang melihat (bukan bermimpi) peristiwa tersebut dianggarkan 90 ribu para penziarah!
Komen: Dalam kisah ini ada dua kemuskilan.
Pertama: Menurut ulamak Ahli As-Sunnah wal-Jamaah ini adalah satu cerita khurafat kerana Rasullullah s.a.w. seperti manusia biasa adalah dalam alam berzah, jasadnya tidak boleh keluar dari kubur.
Kedua: Bagaimana pula semua 90 ribu penziarah boleh melihat peristiwa itu. Dimanakah nama-nama perawinya. Kalau lah beliau adalah seorang ‘ ahli hadis’ pasti mustahil dia boleh membuat suatu riwayat seperti ini yang bertentangan dengan al Quran dan hadis yang sahih.Umpamanya:
Apabila Maulana Mohammad Zakaria Kandhalawi di tanya berkenaan masalah ini, ia menjawab bahawa kesah tersebut dipetih dari kitab Al-Haawi karangan Imam Suyuti Jld.1 hlm 261 tetapi beliau sendiri atau madrasahnya tidak lagi mempunyai kitab itu. Beliau telah memohon kitab itu daripada Mufti Mahmud Ganggohi. Tetapi mufti tersebut belum lagi menghantarkan fotokopi halaman yang dituntut (1958M) Rujuk muka surat 116-117 , buku “ Menerangkan berbagai persoalan terhadap Kitab Fadhail Amal.” Bertajuk “Jawapan surat no. 50,” oleh Muhammad Zakaria. Diterbitkan oleh Ab. Majid Ahmad. K.Lumpur.(2001M). Jawapan seperti ini tidak boleh diterima oleh sebarang pengkaji yang serius.
Sheikh Mohammad Nasir al-Arini dalam bukunya: “Menyingkap Tabir Apa Yang Dibawa Oleh Sebahagian Pendakwaah yang berbahaya!” (“Kasyaf as-Sitaar Anma Tahmilahu B’adha Ad-Dakwaat Min Akhtaar.”) berkata:
Cerita tersebut (diatas) merupakan satu pendustaan kepada Rasulullah s.a.w, sebabnya ialah di dalam sejarah hidup Rasulullah s.a.w tidak pernah beliau menghulurkan tangannya untuk dicium, bagaimana pula semasa sudah meninggal. (Iaitu Rasulullah s.a.w. sedang berada di dalam barzah bukan di dunia.) Dalilnya di surah Ali Imran 185 (Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati). ‘Aisyah r.a pernah berkata : “ Rasulullah s.a.w. telah meninggal diatas dadaku”. Abu Bakar r.a pernah berkata pada hari kematian Rasulullah s.a.w. “ Barang siapa menyembah Rasulullah s.a.w, baginda telah mati. Barang siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah hidup tidak mati. Kemudian beliau membaca ayat Al - Quran bermaksud: : “Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa rasul....... “ (Ali Imran:144) Tamat kata-kata Sheikh Mohammad Nasir, serta tambahan dari penyusun.
Demikian juga dengan kitab Hayaatush Shahabah oleh Muhammad Yusuf Kandahlawiy. Kitab ini pun dipenuhi dengan khurafat-khurafat dan cerita-cerita bohong serta hadis-hadis dha’if dan maudhu’. Kedua kitab di atas yang sangat diagungkan dan dimuliakan oleh jma’ah tabligh adalah masuk ke dalam kitab-kitab bid’ah dan syirik serta sesat.
Bid’ahnya jama’ah tabligh, bahawa mereka telah membatasi Islam pada sebahagian ibadah. Yang sebahagian ini pun mereka penuhi dan mencampurkan adukkan dengan berbagai macam bid’ah dan syirkiyyat. Mereka berpaling dari syariat-syariat Islam yang lain seperti tauhid, hukum dan jihad dan lain-lain.
Mereka meninggalkan ilmu dan ahli ilmu. Mereka memperingati pengikut-pengikut mereka dari menuntut ilmu dan duduk di majlis para ulama kecuali orang yang mendukung mereka. Dengan demikian meratalah dan tersebarlah kejahilan yang dalam di anatara mereka dan hilangnya ilmu dari mereka. Oleh kerana itu yang menjadi timbangan mereka di dalam memutuskan segala urusan ialah dengan jalan: Istihsan (menganggap baik sesuatu perbuatan tanpa dalil), perasaan, mimpi-mimpi dan karamah-karamah (yang pada hakikatnya bisikan dan ilham dari syaitan). Mereka mengajak manusia ke jalan Allah dan masuk ke dalam Agama Allah tanpa ilmu sama sekali dan tanpa bashirah (hujjah dan dalil). Inilah dari sebesar-sebesar sebab yang membawa mereka menyimpang dari ajaran Islam dan terjerumus ke dalam lembah kesesatan bid’ah dan syirik. Bagaimana mungkin mereka mengajak manusia kepada sesuatu yang mereka tidak faham dan tidak mengetahuinya!? Lihatlah! Mereka mengajak kepada Islam dan mengikut perintah Allah dan Sunnah RasulNya padahal mereka tidak memahaminya!? Sebenarnya mereka sendirilah yang lebih berhak dan sangat berhajat kepada ilmu dan seluruh ajaran Islam dengan cara belajar dan memahaminya dari ulama bukan mengajar atau berdakwah kepada manusia .
Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa mereka selalu berdalil dengan hadis-hadis dha’f, sangat dha’if, maudhu’/palsu dan hadis-hadis yang tidak ada asal-usulnya sama sekali (laa ashlaa lahu).
Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa mereka telah membuat kelompok (firqah) yang menyendiri dan memisahkan diri dari kaum muslimin. Mereka tidak mengajak kaum muslimin kecuali kepada firqah-nya baik secara manhaj, ilmu dan dakwah. Mereka mengadakan imam tertinggi dan amir-amir dan bai’at (sumpah taat setia) yang ditegakkan di dalam firqah tabligh ini. Mereka mengajak kaum muslimin ke masjid-masjid dan markas-markas mereka untuk ijtima’ (berkumpul) umumnya disatu bandar sekali.
Diantara bid’ah besar jemaah tabligh ialah berkumpulannya ratusan ribu jemaah di Bangladesh pada setiap tahunnya. Di dalam ijtima’ bid’iyyah ini keluarlah berbagai macam bid’ah, kepercayaan dan amaliyyah yang begitu banyak dikerjakan oleh jama’ah tabligh. Sehingga sebahagian dari mereka mengatakan berkumpulnya mereka di Dakka ibu kota Bangladesh pada setiap tahunnya lebih utama dari berkumpulnya jemaah haji di Makkah. Mereka menyakini bahawa berdoa pada akhir ijtima’ di atas mustajab. Mereka menyakini bahawa akad nikah pada hari itu diberkati. Oleh kerana itu sebahagian dari mereka mengundurkan akad nikahnya sampai hari ijtima’ tahunan di Bangladesh untuk memeperolehi barakahnya.
Diantara bid’ah besar jama’ah tabligh ialah bahawa mereka mewajibkan taqlid dan bermanhaj dengan manhaj tashawwuf sebagaimana telah ditegaskan oleh salah seorang imam mereka iaitu Muhammad Zakaria pengarang Kitab Tablighi Nishaab atau Fadlaa-ilul a’maal, “ .....Kami menganggap pada zaman ini taqliq itu wajib sebagaimana kami menganggap tashawwuf syar’i itu sedekat-sedekat jalan untuk mendekatkan dari kepada Allah Ta’ala. Maka orang yang menyalahi kami dalam dua perkara di atas (taqlid dan tashawwuf) maka dia telah berlepas diri dari jamaah kami....” (Jamaa’atut tabligh, Aqaa-iduha, Ta’ri-fuha hal. 69 & 70 oleh Ustadz Abi Usamah Sayyid Thaaliburrahman). Komen tambahan penyusun: tashawwuf syar’i mereka tidak mengikut amalan Salafus Soleh!.
Ini menunjukkan bahawa jamaah tabligh dibina atas dasar taqlid dan tashawwuf. Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah berdusta atas nama Allah. Salah seorang imam mereka yang bernama Muhammad Zakaria pengarang Kitab Fadlaa-ilul a’maal dengan tegas mengatakan: Bahawa Allah telah menguatkan madzhab Hanafi dan jama’ah tabligh!!! (Jamaat’atut Tabligh, Aqaa-iduha, Ta’rifuha hal. 91 oleh ustadz Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman).
Subhaanallah! Sungguhnya ini satu dusta besar yang telah dibuat oleh Muhammad Zakaria atas nama Allah. Apakah Allah telah mewahyukan kepadanya setelah terputusnya wahyu bahawa sesungguhnya Allah yang telah menguatkan madzhab Hanafi dan jamaah tabligh!? Tidak syak lagi bagi orang yang beriman bahawa Muhammad Zakaria telah mendapat wahyu dari syaitan.
Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah berdusta atas nama Rasullullah s.a.w. Berkata Muhammad Zakaria, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah membahagikan waktunya menjadi tiga bahagian: sepertiga di dalam rumahnya bersama keluarganya, sepertiga mengirim jamaah untuk tabligh dan sepertiga beliau menyendiri. (Jamaaatut Tabligh, Aqaa-Iduha, Ta’rifuha hal. 92 & 93 oleh ustadz Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman). Subhaanallah! Orang ini tidak punya rasa malu berdusta atas nama Rasulullah shallullahu ‘alaihi wasallam untuk menguatkan jama’ah tablighnya yang sesat dan menyesatkan.
Diantara bid’ah besar jamaah tabligh ialah bahawa ketentuan dan ketetapan berdirinya jamaah tabligh berdasarkan wahyu dari Allah yang Allah masukkan ke dalam hati pendiri jamaah tabligh iaitu Muhammad ilyas. (Jamaa’atut Tabligh, Aqaa-iduha, Ta’rifuha hal. 98 & 99 oleh ustad Abi Usamah sayyid Thaaliburrahman).
Telah jelas bahawa masih tidak ada sebarang perubahan sedikitpun terhadap Jema’ah Tabligh ini walaupun para Ulama Ahlus Sunnah telah memperingatkan mereka akan kesesatan mereka. (lebih dari 10 tahun sebelum ini)
Fatwa Ulama Berkenaan Jama’ah Tabligh:
Fatwa 1:
Fatwa terakhir Syeikh ‘Abdul ‘Azeez bin Baaz (Mufti Saudi Arabia) memberi peringatan terhadap Jamaah Tableeg. {Lihat laman web-www.fatwa-online.com- Monday 26 March 2001 }
“Dengan Nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,.
Yang Mulia, Syeikh ‘Abdul ‘Azeez bin Baaz (rahima-hullah) telah ditanya berkenaan Jamaah Tableeg, maka yang penyoal bertanya: [Pada tarikh 6hb Dzul Hijjah 1416H, di Mekkah Al- Mukarramah]
Ya Syeikh, kita mendengar berkenaan Jamaah Tableeg dan dakwah mereka. Adakah tuan menasihatkan saya untuk keluar (khurooj) dengan Jamaah ini. Saya berharap mendapat penunjuk dan nasihat tuan semoga Allah memberi tuan pahala yang banyak.
Syeikh menjawab:
Barang siapa yang mendakwah ke (jalan) Allah dia adalah seorang muballigh (seorang yang menyampaikan risalah Islam). (Seperti terdapat dalam Hadis: “ Sampaikan dariku, walaupun ia {sepotong} ayat”.) Tetapi Jamaah Tableeg dari India ada beberapa khurafaat. Mereka mempunyai beberapa bida’ah dan syirik, maka tidak dibolehkan keluar bersama- sama mereka, melainkan seseorang itu mempunyai ilmu, keluar dengan mereka (bertujuan) untuk mengingkari dan mengajar mereka (yang benar). Tetapi kalau keluar untuk mengikut bersama mereka, maka itu tidak dibolehkan. Ini adalah kerana mereka memiliki kesesatan-kesesatan, kesalahan-kesalahan dan kekurangan ilmu . Jika sekira ada jamaah membuat dakwah selain dari mereka dari ahli ilmu maka boleh keluar dengan mereka untuk tujuan dakwah atau seseorang itu yang mempunyai ilmu keluar dengan mereka untuk mengajar, menunjukkan mereka kepada kebaikan dan mendidik mereka supaya meninggalkan mazhab yang baatil dan mengikut jalan ahli Sunnah wal Jemaah. (Maka itu adalah baik)”
[Fatwa ini dikeluarkan dari rakaman pita: “Fatwa Samaahatush Syeikh ‘Abdul ‘Azeez Ibn Baaz berkenaan Jemaah Tableeg dirakam di Taif lebih kurang dua tahun sebelum Syeikh ini meninggal. Pita ini menolak, dakwaan Jamaah Tableeg yang menggunakan penyataan lama Syeikh sebelum hakikat dan manhaj mereka menjadi jelas kepada Syeikh ‘Abdul‘Aziz bin Baaz. Terjemahan: Ahmad Najib Mahfudh LC. Cetakan May 1996M(1416H) Diterbitkan oleh Hagatama Ihsani Press Jakarta.
Fatwa 2:
Yang Mulia Syeikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz telah ditanya:
Pertanyaan:
Semoga Allah memberimu kurniannya yang terbaik, dalam hadis Rasullullah (sallallahu ‘alayhe wa sallam), berkenaan perpecahan ummah, beliau berkata :(...... dan umat saya akan berpecah kepada 72 golongan .......). Maka adakah Jamaa’ah at-Tableeg, dengan apa yang ada pada mereka dari segi syirik dan bida’ah dan juga Jamaah al-Ikhwan al-Muslimeen, dengan apa yang ada pada mereka dari segi berparti-parti dan memberontak menentang pemimpin dan ketidak kesetiaan, daripada 72 golongan itu?
Beliau telah menjawab: Semoga Allah mengampuninya dan memberi rahmat kepadanya.
Mereka adalah dari 72 golongan itu. Barang siapa yang menentang ‘aqeedah Ahli-Sunnah termasuk kedalam 72 golongan itu. Maksud kenyataan Nabi (sal-Allahu ‘alayhe wa-sallam) berkenaan (ummah ku) ialah ummah al-ijaabah (i.e iaitu ummah yang menyahut atau menjawab) mereka yang menyahut kepada panggilan Nabi dan menunjukkan kesetiaan kepadanya. Maksud perkataan 73 golongan itu ialah golongan yang berjaya adalah yang mengikutnya dan berpegang teguh kepada agama dan daripada 72 golongan itu terdapat di antara mereka ada yang kafir, ada yang membuat dosa dan ada yang pula membuat pelbagai bida’ah.
Maka penyoal bertanya:
Adakah kedua kumpulan ini ( Jamaah at-Tableeg dan Jamaah al-Ikhwaan al-Muslimen ) daripada 72 golongan itu?
Beliau menjawab:
Ya, mereka adalah daripada 72 golongan itu, bersama dengan golongan Murji’ah dan selain daripada mereka - ada di antara para ilmuan yang menganggap golongan Khawaarij termasuk dalam golongan kuffaar, terkeluar dari golongan Islam sungguhpun termasuk dalam golongan 72 itu.
[Di ambil dari rakaman pita pengajaran-pengajaran Syeikh bagi buku “Sharh al-Muntaqaa” di Taif, Saudi Arabia, lebih kurang 2 tahun sebelum wafatnya (lihat laman web www.fatwa-online.com. Monday 26 Mac 2001 / Muharram 1422 –Abu ‘Abdullah)]
[Hadis yang tersebut diatas adalah Hadis masyhur dalam Sunnah dan masanid. Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Kitab sunannya dan at-Tirmizi mengatakan bahawa Hadis ini hasan sahih daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah (sallallahu alayhe wa sallam) telah bersabda:
Bermaksud: “ Kaum Yahudi dan Nasrani telah berpecah kepada tujuh puluh satu dan tujuh puluh dua golongan. Dan umatku akan berpecah kepada tujuh puluh tiga golongan, semua masuk ke neraka malainkan satu. Sahabat bertanya: “Siapa dia Ya,
Rasulullah,” Baginda menjawab: “Siapa yang mengikut seperti yang aku dan sahabat-sahabat ku (atasnya).”
Rujukan-rujukan lain yang boleh dikaji:
Sila rujuk kepada artiel, “Apakah ada cerita-cerita yang tidak berasas di dalam Fazaail-Aamaal” yang merosakkan Aqidah” di www.ahya.org
Ulama menyangkal Jamaah Tabligh
Tetapi Alhamdulillah kesesatan Jamaah Tabligh menjadi nyata dalam pandangan beberapa ulama bermanhaj Salaf Arab dan mereka menyangkal kelompok tersebut dalam tulisan-tulisan mereka. Shaikh Taqiyyudin al-Hilaali (terkenal kerana terjemahan Al Qur’an yang mulia diterbitkan oleh Penerbitan Dar-us-Salam) menulis risalah kecil dengan nama, ”Al-Siraaj Al-Muneer fi Tambeeh Jama’ah At-Tableegh alaa Akhtaa’ihum” dan Shaikh di-Tuwaijiri menyusun kitab yang luar biasa, ”Al-Qawl al-Baleegh”. Kemudian Shaikh Taalib ur-Rehmaan seorang ulama yang terkenal dengan perdebatannya dengan orang Bida’ah menulis kitab, ”Ad-Deobandiyyah” dalam bahasa Arab mendedahkan hakikat Deobandis dengan lebih lanjut. Syeikh ini mempunyai satu lagi sangkalan atas Jamaah Tabligh dalam bahasa Arab yang sudah diterbitkan akhir-akhir ini. Selain dari ini ada banyak usaha lain yang telah dilakukan oleh ulama dan semoga Allah menerima semua usaha mereka yang ikhlas.
Di benua India, ramai para ulama telah membangkitkan kesedaran orang awam mengenai Jamaah Tabligh setelah berbagai usaha menasehati mereka telah menemui kegagalan. Malah beberapa masjid Ahlul Hadith membuka pintu mereka kepada Jamaah Tabligh bertujuan untuk berkerjasama dalam hal kebajikan dan kebaikan kerana secara lahiriahnya Jamaah Tabligh mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai agenda lain kecuali memanggil orang awam ke masjid untuk sholat. Para Tablighi telah dinasehati berkali-kali untuk meneruskankan dakwah mereka dengan menggantikan buku Fazaail Aamaal dengan kitab-kitab tafsir dan hadis yang sahih, tetapi mereka menolak permintaan tersebut. (Ini adalah kerana bukanlah niat pengasas dan ketua-ketua Jamaah ini untuk menyelamatkan orang awam dari syirik, taqlid buta dan bid’ah tetapi adalah untuk menyebarkan ajaran sheikh-sheikh Deobandi seperti Moulana Ashraf Alee Thanwi dan lain-lan.
Lihat buku: “The Deobandis and the Jamaat Tableegh” by Sajid Abdul Kayum di laman web; www.ahya.org)
Rujukan, Buku dan Laman Web (Ahli Sunnah wal-Jamaah) yang membahas terhadap manhaj serta kepercayaan Jamaah Tabligh:-
1 - “ Waqafat Ma’a Jama’ah at -Tabligh”. (Peringkatan Penting Terhadap Jama’ah Tabligh). Oleh Nizar bin Ibrahim Al-Jarbu’ terjemah dalam bahasa Indonesia. Penterjemaah: Arif Mufid: Diterbitkan oleh Penerbit Yayasan Al- Madinah. Surakerta, Indonesia (1998M)
2 - “Kasyaf Al-Istaar ‘Anma Tahmiluhu B’adha ad-Dakwaat Min Akhtaar” (Menyingkap Tabir Apa Yang Dibawa Oleh Sebahagian Pendakwah Yang Berbahaya). (2002M /1422H). Oleh Sheikh Mohd Ibn Nasir al-‘Arini. Perikata oleh Sheikh Saleh Ibn Fawzan.
3 - “Al-Qaulul al-Baligh Fit Tahzir Min Jama’atit Tabligh.” (Pernyataan Yang Jelas Dalam Peringatan Terhadap Jamaah Tabligh) Oleh Sheikh Hammud Ibn Abdullah Ibn Hammud Tawaijiri (1894-1980M). Dar As Sami’ii.
4 - “Jamaah Tabligh Fi Syibhi al-Qaarah al Hindiyyah ‘Aqaaiduha - T’arifuha” (Jamaah Tabligh Di Benua India Kepercayaanya dan Pengenalannya). Oleh: Ustaz Ibi Usamah Sayyed Talib ar-Rahman. Perikata oleh Sheikh Saleh Ibn Fawzan. Darr al-Bayan, Islamabad (1999M)
5 - “Al Qutubiyyah, Hiya al- Fitnah Fa ‘arifuha”. ( Al Qutubiyyah, Ia Adalah Fitnah. Maka, kenallah Ia). Oleh Abu Ibrahim Ibn Sultan al-‘Adnaani.
6 - Buletin Islamy.Al- Manhaj, EdisiVI/1419H/ (1998M) .”Firqah Dihujat” . Oleh Muhammad Ali ‘Ishmah Al- Medani. Diterbit oleh:Lajnah Khidmatus Sunnah Wa Muhaarabatul Bid’ah, Yogjakarta.Tel (0274) 895790.
7 - “Sudahkah Anda Mengenali Jama’ah Tabligh?” Oleh Abdul Hakim bin Amir Abdat, Daral Qolam, Jakarta. (2003M)Homepage: www. darulqolam.com (2003M)
8 – Bahaya Mengingkari Sunnah (Tajuk asal: Jawabi fi Wajhi as-Sunnah Qadiman wa Haditsan), Salahuddin Maqbul Ahmad, Pustaka Azzam, Cet Pertama (Terjemahan Dari Cetakan Kedua, Dar Ibnu Katsir Kuwait), pustaka_azzam@telkom.net.
Laman-laman web Muktabar (Ahli Sunnah wal Jamaah)
http://assunnah.or.id (artikel dlm bahasa Indonesia, Jakarta)
http://www.Salafipublications.com (Inggeris – Bermingham)
http://al-manhaj.com (Inggeris-America)
http://Salaf.com (Inggeris)
http://troid.org (Inggeris-America)
http://www.Sabah.net (Arab)
http://www.rabee.net (Arab)
http://salafitalk.net (Arab & Inggeris)
http://www. Furqanalsalafia.com (Arabic, Arab- Emirates)
Majalah:
1 - Majalah As-Sunnah. Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta, www.Salafyoon.net Tel: 0828971840, 08121533647
Lain-lain
“Mengapa harus Salafi? “ Oleh Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani
Lihat http: //www.assunnah.or.id/artikel/masalah/19 salafi. Php.
Atau lihat buku, “The Status of the Sunnah In Islam.” (Inggeris) oleh Sheikh Muhammad Naasiruddin Al-Albani. Pustaka Azhar, Johor Bahru. 07-2210244 , E-mail: tawheed_oneness@hotmail.com
12 comments:
Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Banyaknya pandangan terhadap usaha da’wah saat ini, oleh karena itu kami berikan beberapa hal untuk dapat dipelajari dengan baik di http://usahadawah.wordpress.com, Insya Allah kami akan berikan pandangan lainnya. Saat ini kami berkunjung pada situs saudara, silahkan berkunjung pada situs kami. Dan kita dapat bermudzakarah di situs kami. Dan sebagai sumber pendalaman kami, silahkan juga masuk ke dalam situs http://shahabat.wordpress.com. Situs Shahabat, Insya Allah, akan menjadi situs dari tematik pendalaman tulisan para Ulama Terdahulu.
Dan telah ada dari teman salafi yang memasukkan ke dalam situs kami, dan kami sedang memberikan tambahan pandangan. Jadi bertambah wacana untuk kita kaum muslimin untuk mendapatkan pandangan berimbang ini.
Fadhail Amal dirujuk dari 84 kitaab. Orang2 Salafi Malaysia atau Salafi di mana-mana pun belum habis kaji Bukhari, Muslim dan kitab-kitab besar yang lain, apalagi nak khatam!
Ada beza yang besar antara Fiqh dan Tauhid, antara Qias Ulama dan Quran/Sunnah. Orang2 Salafi Malaysia perlu rujuk pada seseorang yang Hafiz, Muhaddith dan Alim 4 mazhab sebelum mampu mempersoalkan agama Islam atau Kitaab Fadhail Amal.
Orang2 Salafi Malaysia tidak kenal Hayatus Sahabah dan Azbabul Nuzul. Dalam rujukan2 mereka, kedua2 kitaab ini tidak disebut sedangkan ayat-ayat Quran turun pada Sahabah2 kerana sesuatu soalan atau keadaan. Sebab itulah, pandangan Salafi tentang Jemaah Tabligh boleh ditolak.
Orang2 Salafi pernah ditanya apa Sunat dan Sunnah? Mereka tidak boleh jawab.
takat nk becakap dalam blog semua org boleh...org kapir pon bole buat....jantan la skit...wat pengumuman di khalayak ramai...kalu nk lagi bagus wat majlis bahaskan...ramai dapat manfaat...takat dalam blog nk merosakkan akidah org...xpayahla...sesen pon xdpat
Cehhh,
Sumber Rujukan blog ni :
Abdul Aziz Bin Baz,Albany err takut ker nak letak nama Muhammad bin Abdul Wahab??
Wahabi..wahabi..tak sudah2 provoke rg lain..buang masa aku jejak blog nih..
Hadits yang paling awal merupakan HR. Al-Hakim dalam Al-Mustadrak juz 2 halaman 615, dan beliau mengatakan shahih. Juga Al-Baihaqi dalam Dalailun Nubuwwah. Ibnu Taimiyah mengutipnya dalam kitab Al-Fatwa juz 2 halaman 150, dan beliau menggunakannya sebagai tafsir/penjelasan bagi hadits-hadits yang shahih
karkun8563Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
aku rasa nk tergelak je baca blog mamat nawawi ni...dia pun copy n paste je kt blog dia (amik dr blog lain n edit skit2)
banyak fitnah n benda yg x betul dia citer pasal JT. Aku doakan mamat ni dapat hidayat suatu hari nnti sebelum dia meninggalkan dunia ni...sbb aku sayang mamat ni...kesian dia kena tanggung dosa fitnah n citer buruk pasal org.
salafi..salafi...
diorg ni ilmu pn belum mantap n cukup dah nk kondem org lain....ish2.... aku pnya kawan kt mesir ckp...dh banyak geng2 salafi ni ikut JT buat dakwah....tp salafi malaysia ni je jenis keras kepala dr batu...
aku pn ada kwn yg salafi (wahabi)...cakap n hujjah bkn main hebat lagi..tp amal...hmmm... hampeh....solat berjemaah pn x jaga...main bola sepak pn pakai seluar pendek...
wallahua'lam
moga ALLAH sebar hidayat seluruh alam...ameen.
jom baca kisah TAUBAT SEORANG BEKAS JEMAAH TABLIGH DISINI…semoga berlapang dada dengan apa yg ditemui nnt..InsyaAllah
TAUBAT BEKAS JEMAAH TABLIGH
Semoga Allah berikan hidayat kpd semua org2 Islam utk taat seluruh printahNya dgn hanya cara Baginda Nabi saw. Tak kiralah status mereka ulama atau orang awam. Dan supaya Allah tidak matikan 1 orang manusia pun di bumi ni tanpa mereka bersaksi dgn ikhlas akan kalimah Lailahaillallah, Muhammadurasulullah samada dgn terang terangan atau di dalam hati mereka. Kasihanilah umat NabiMu ini Ya Allah, kami semua dahagakan taufik hidayatMu dlm agama ini kami cara suci murni Nabi Muhammad saw, amin Ya Rab.
Islam utk taat seluruh printahNya dgn hanya cara Baginda Nabi saw. Tak kiralah status mereka ulama atau orang awam. Dan supaya Allah tidak matikan 1 orang manusia pun di bumi ni tanpa mereka bersaksi dgn ikhlas akan kalimah Lailahaillallah, Muhammadurasulullah samada dgn terang terangan atau di dalam hati mereka. Kasihanilah umat NabiMu ini Ya Allah, kami semua dahagakan taufik hidayatMu dlm agama kami ini cara suci murni Nabi Muhammad saw, amin Ya Rab.
Dah beratus tahun pendapat Muhammad bin abdul wahab ditolak ahlus sunnah wal jamaah..perdebatan demi perdebatan tak mampu mengatakan Allah istiwa atas arasy...jemaah tabligh amat percaya akan hadith2 fadail amal...nah...beri hadith pertama yg kamu tulis kamu bantah sudah cukup mengatakan Allah istiwa atas arasy..berapa ramai jemaah tabligh bukan ulama,ustad dan terima bulat2 hadith pertama yg kamu bantah di atas pasal nabi adam dan keadaan Allah istiwa atas atasy..
Dah beratus tahun pendapat Muhammad bin abdul wahab ditolak ahlus sunnah wal jamaah..perdebatan demi perdebatan tak mampu mengatakan Allah istiwa atas arasy...jemaah tabligh amat percaya akan hadith2 fadail amal...nah...beri hadith pertama yg kamu tulis kamu bantah sudah cukup mengatakan Allah istiwa atas arasy..berapa ramai jemaah tabligh bukan ulama,ustad dan terima bulat2 hadith pertama yg kamu bantah di atas pasal nabi adam dan keadaan Allah istiwa atas atasy..
Post a Comment