__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Sunday, July 29, 2007

Isu 021 - Element Syirik Di Dalam Lagu Far-East: Menanti Di Barzakh

Element Syirik Di Dalam Lagu Far-East: Menanti Di Barzakh
------

Lirik Lagu:

Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku mengharap

Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu

7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu Resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

-------
Kesalahan Nasyid Dari Kacamata Ahlus Sunnah (Secara Ringkas):
------

1 – Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan di pentas-pentas hiburan.

2 – Menjadikan seruan dakwah sebagai barang dagangan dan bahan mengejar glamour.
3 – Mengandungi banyak fakta-fakta hadis yang batil.

4 – Dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengejar populariti.

5 - Mencemarkan imej dakwah.

6 – Melibatkan kaum wanita dalam hal persembahan dan gejala percampuran pergaulan (ikhtilat)

7 – Menjadikan seolah-olah agama itu tidak lagi laku dalam medan dakwah yg sunnah, lalu dijaja melalui bentuk hiburan, seolah-olah menyamakan seperti perbuatan paderi-paderi kristian yang menjadikan agama mereka sebagai bahan nyanyian di gereja-gereja. (Rujuk al-Anbiya’: 45, dan al-Ankabut: 51)

8 - Menjadikan zikir-zikir dilagukan dalam bentuk melodi-melodi tertentu, padahal ia adalah haram. Allah memerintahkan supaya berzikir dengan rendah diri, rasa takut, dan suara yang perlahan. (rujuk al-a’raaf: 205)

9 – Menggantikan al-Qur’an dan hadis dengan nyanyian untuk mendakwahi masyarakat, dengan alasan bahawa masyarakat kini sudah tidak tertarik dengan al-Qur’an dan al-Hadis. Persoalannya, adakah nabi dan para sahabat, pernah berdakwah dengan menggunakan medium nasyid dan lagu walaupun keadaan mereka amat sukar pada masa itu, malahan mereka lantas mengharamkan nyanyian?

10 – Menyebar-luaskan penggunaan alat-alat muzik (dan bunyi-bunyian) yang telah sedia maklum bahawa diharamkan dalam kebanyakan hadis-hadis Rasulullah.

11 – Menyebar-luaskan video-video klip yang mana tanpa keperluan yang mana mengandungi adegan-adegan lakonan.

12 – Sebahagiannya mengandungi kesalahan yang teruk dalam hal aqidah, malah membawa pendengar ke lembah maksiat dalam bentuk yang halus dan dengan bertopengkan nama Islam.

------
Kesalahan Aqidah Di Dalam Lirik Lagu Di Atas:
------

“Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri”


1 - Menyeru (berdoa) yang entah tidak tahu kepada siapa ditujukannya.
2 – Andai diserukan kepada Allah, ia tetap bentuk doa yang batil.
3 – Tidak wujud petunjuk dari dalil bahawa jasad (mahupun suatu entiti yang berasingan daripada roh) mampu merintih atau melafakan perkataan seumpama itu dalam keadaan selepas mati.

“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang”

1 – Menurut al-Qur’an dan Hadis, kita tidak tahu, bilakah masanya ajal akan datang bertandang. Dan tiada manusia yang menantikan kedatangan malaikat maut. (Rujuk al-An’am: 2).
2 – Hal qadha dan Qadar, adalah suatu persoalan ghaib yang menjadi rahsia disisi Allah. (Rujuk al-An’am: 59)

Kesalahan ke-3: Menisbahkan diri sebagai orang yang mengalami kematian lalu mampu menceritakan kisah kematiannya kepada dunia luar.

1 – Tidaklah diceritakan hal-hal yang ghaib itu melainkan melalui perantaraan al-Qur’an dan Rasul-Nya. Cukuplah al-Qur’an dan Rasulullah sebagai petunjuk.

“7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu”


1 – Tidak ada talqin di waktu sesudah kematian. Talqin menurut sunnah adalah semasa seseorang itu sedang nazak (yakni: bukan selepas mati dan dilakukan di atas kuburan), lalu diajari dengan kalimah la ilaha illallah atau lafaz syahadah. Itulah hakikat talqin yang sebenar. (rujukan: Ahkamul Janaiz, Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan”


1 - Tidak ada manusia yang mati mampu menceritakan perihal kematiannya.
2 – Jasad adalah dikebumikan di dalam kubur. Yang pergi ke alam barzakh adalah ruh.

“Ajal yang datang di muka pintu”

1 – Tidak pernah ada petunjuk Dalil yang memberitahu bagaimana bentuk dan rupa datang-nya ajal. Juga tidak petunjuk bila datangnya ia, melainkan semua itu atas rahsia Allah.

Oleh: Brother Nawawi,
http://an-nawawi.blogspot.com
http://bahaya-syirik.blogspot.com

14 comments:

puteri said...

assalamualaikum,apa yang dikatakan itu..tidak bermakna ianya adalah bahasa syirik kerana,seseorang itu boleh merujuk kepada para ulama,tabi'in @ buku2 agama yang menceritakan bagaimana kehidupan dialam barzakh sebagaimana yang kita ketahui didalam hadis dan as-sunnah..walaupun kita dengar ia seperti syirik,kita kena teliti kepada siapa ia ditujukan..wassalam.

Brother Nawawi said...

wa 'alaikumussalam, maka, bawakanlah hadis2nya.

ΛΓΓОVЄῬЄΛСЄ™ said...

Wahai "puteri" inilah masalah jika xdapat nk terima hakikat..wahai puteri berikan lah dalil dan tajuk2 buku yang mnceritakan perihal org mati terutama dialam barzah...dh teliti habis habisan dh la sbb 2 brother nawawi postkan hal mcm ni..ade faham

=int@neq@shut= said...
This comment has been removed by the author.
anti_lydia said...

bile aku dengar lagu ni, aku insaf dn aku rasa aku perlu berbuat sesuatu sebelum segala2nya terlambat (yakni bile aku dah mati dan menyesal atas segala perbuatan dosaku kat atas dunia).apabila aku sedar dan insaf, adakah aku telah mensyirikkan diri aku sendiri dengan mendengar lagu ni?bukankah syirik itu bermaksud menyekutukan ALLAH dengan sesuatu?apabila aku kembali menyembah ALLAH dan menyesali atas segala dosa jahiliyah aku yang lalu(baca: bait2 lagu ini adalah antara lirik yang membuatkan aku berfikir serta insaf bahawa aku tidak akan hidup selama2nya di atas dunia ini dan aku pasti mati ) adakah aku telah menyekutukanNYA walhal pada hakikatnye aku bersyukur kerana DIA memberikan aku hidayah utk aku kembali kepadaNYA?

kenapa perlu anda semua menimbulkan kekeliruan?bagaimana kalau ada orang yang terus terkeliru dan tertanya-tanya sama ada pegangan mereka sebelum ini sebenarnya benar atau salah selepas membaca entri anda yang ini?bagaimana kalau ada orang yang lebih mempercayai anda daripada mempercayai kuasa Tuhan?

Tidakkah anda sendiri telah menerbitkan unsur2 syirik dalam hati manusia tersebut sekarang?

maria said...

salam..saya ingin memberi kan sedikit oandangan di sini dan saya bersetuju dgn komen yang dikemukan oleh anti lydia..lagu ini sebenarnya cuba untuk meberi ingatan kpd yang masih hidup dan sekurang-kurangnya dpt memberi kan keinsafan tentang kesalahan dan dosa yg telah dilakukan.mmg benar tidak ada pun org yang telah masuk ke alam barzakh dpt menceritakan apa yg sebenarnya berlaku..tetapi kita juga tahu bahawa setiap dosa yang dilakukan akan dihitung kemudian oleh Allah S.w.t.bila akan dihitung?tentunya selepas kematian kita bukan?lagu ini cukup memberikan keinsafan kepada yg mendgrnya dan harap2 ramai yg akan tersedar dari terus malakukan kesilapan dan dosa.memandangkan situasi manusia zaman yg lebih menjurus kpd hal duniawi, cara sebegini adalah salah satu alternatif utk menarik semula sensitiviti para muslimin dan muslimah utk lebih mengingati hidup ini hanya sementara dan bila2 masa kta akan bertemu dengan yg Esa. jgn lah mengatakan lagu in sebagai syirik.sekurang2nya mereka ada usaha utk memberi kesedaran kepada yg lalai...

white wings said...

salam.. berat sgt perkataan 'syirik' tu.. dalam masalah mcm ni akan menimbulkan kekeliruan kepada sesiapa saja yang membacanya..jadi, eloklah diteliti dengan lebih mendalam.. betulla ape yang br.nawawi kata sal cara penyebaran dakwah mcm ni agak xbetul tapi xde lah lagu ni sampai tahap syirik.. saya xberani nak tetapkan hukum sbb dan saya harap rujuklah ulama yang alim dalam bidang ni sebelum tetapkan apa-apa hukum.. amat besar tanggungan yang dipikul untuk menetapkan bahawa lagu ni menyebabkan syirik atau x.. wallahuallam..

131396 said...

balasan baik atau buruk walau sebesar zarah pun dibalas setara dengan tu jgk..saya setuju kalo betul ada elemen syirik dalam lagu nasyid tu, mesti amik tahulah dan tak pyh lah nyanyi2 ikut org nyayi kalo tak tahu maknanya dan maksud setiap baris nasyid tu, hang ikut je macam lembu kena cucuk hidung buat ape, pergi lah tanya ulama atau org alim dulu la.. lu pikir la sendiri.. wallahualam.

131396 said...

Ariana Riana say :
balasan baik atau buruk walau sebesar zarah pun dibalas setara dengan tu jgk..saya setuju kalo betul ada elemen syirik dalam lagu nasyid tu, mesti amik tahulah dan tak pyh lah nyanyi2 ikut org nyayi kalo tak tahu maknanya dan maksud setiap baris nasyid tu, hang ikut je macam lembu kena cucuk hidung buat ape, pergi lah tanya ulama atau org alim dulu la.. lu pikir la sendiri.. wallahualam.

~shE88mE~ said...

assalamualaikum kpd saudara dan saudari...
sy ingin mengemukakan pendapat sy ttg perkara ini...saudara/saudari..jgn la kita menyulitkan sesuatu yg mudah dlm islam..ini boleh menyebabkan kekeliruan antara kita...bukankah islam itu mudah?sy x nampak nasyid ini sesuatu yg tak bagus...dakwah bknlah hanya melalui medium ceramah semata2...byk cara...cuba kita imbau kembali sejarah kump raihan...mereka berjaya mengetengahkan unsur dakwah dlm lagu sehingga ke peringkat antarabangsa...cuba bayangkan jika seseorang rasa insaf dlm menghayati bait2 lirik nasyid dan kemudian mendorong mereka bertaubat pd Allah..bukankah itu manfaat yg sgt besar? saudara/saudari...hnya Allah shj yg dpt mengadili niat sebenar penasyid2 ini..jika mereka ikhlas berjuang kpd Allah, maka adalah 1 fitnah jika anda mengatakan mereka bertujuan mncari populariti semata2..

~shE88mE~ said...

ketahuilah bahawa...anda seakan2 cuba menimulkan fitnah dgn megatakan mereka mmbawa unsur syirik...jika syirik itu sudah amat besar kesalahannya,apatah lg dgn memfitnah seseorang melakukan syirik?astaghfirullah hall'adzim...!

Umar Mujahid said...

Astagfirullahalazim..kenapa nak disangka insan itu mnggunakan ayat al-quran utk mencari polpulariti..bersangkalah baik pd mereka...janganlah terlalu sempit pemikiran..mohon open minded sikit..jgn negatifnya saja yg difikir..jgn mudah utk menghukum org begini dan begini mgikut pendapat sendiri..renungkanlah..

faisal said...

saudara ada bukti ke niat diorg nak cari populariti??ada bukti??lagi satu..bila plak nabi haramkan nyanyian...boleh tunjuk hadisnya??

pelayar dunia said...

perlu belajar lagi bab-bab kesusasteraan ni...

kalau faham berdasarkan pembacaan literal, a samad said dan penyajak2 lain ( tak kira bahasa apa) boleh termasuk dlm kategori ni..(personifikasi, metafora ...)

bukan ke quran tu puitis bahasanya? surah tentang 'semut yang bercakap', adakah kita akan kata semut tu bercakap macam manusia cakap bila baca ttg ayat tu?

eg: kembalilah kedalam diri, bukan bentuk seruan tapi kenyataan.

roh kembali ke dalam diri, tapi bukan hidup macam manusia biasa. apa yang roh alami, seksa atau nikmat terjelma pada jasad mereka.