------
Lirik Lagu:
Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku mengharap
Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
Perjalanan ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya
Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu
7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu Resah penantianku
Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian
Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali
Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi
Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan
Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata
-------
Kesalahan Nasyid Dari Kacamata Ahlus Sunnah (Secara Ringkas):
------
1 – Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan di pentas-pentas hiburan.
2 – Menjadikan seruan dakwah sebagai barang dagangan dan bahan mengejar glamour.
3 – Mengandungi banyak fakta-fakta hadis yang batil.
4 – Dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengejar populariti.
5 - Mencemarkan imej dakwah.
6 – Melibatkan kaum wanita dalam hal persembahan dan gejala percampuran pergaulan (ikhtilat)
7 – Menjadikan seolah-olah agama itu tidak lagi laku dalam medan dakwah yg sunnah, lalu dijaja melalui bentuk hiburan, seolah-olah menyamakan seperti perbuatan paderi-paderi kristian yang menjadikan agama mereka sebagai bahan nyanyian di gereja-gereja. (Rujuk al-Anbiya’: 45, dan al-Ankabut: 51)
8 - Menjadikan zikir-zikir dilagukan dalam bentuk melodi-melodi tertentu, padahal ia adalah haram. Allah memerintahkan supaya berzikir dengan rendah diri, rasa takut, dan suara yang perlahan. (rujuk al-a’raaf: 205)
9 – Menggantikan al-Qur’an dan hadis dengan nyanyian untuk mendakwahi masyarakat, dengan alasan bahawa masyarakat kini sudah tidak tertarik dengan al-Qur’an dan al-Hadis. Persoalannya, adakah nabi dan para sahabat, pernah berdakwah dengan menggunakan medium nasyid dan lagu walaupun keadaan mereka amat sukar pada masa itu, malahan mereka lantas mengharamkan nyanyian?
10 – Menyebar-luaskan penggunaan alat-alat muzik (dan bunyi-bunyian) yang telah sedia maklum bahawa diharamkan dalam kebanyakan hadis-hadis Rasulullah.
11 – Menyebar-luaskan video-video klip yang mana tanpa keperluan yang mana mengandungi adegan-adegan lakonan.
12 – Sebahagiannya mengandungi kesalahan yang teruk dalam hal aqidah, malah membawa pendengar ke lembah maksiat dalam bentuk yang halus dan dengan bertopengkan nama Islam.
------
Kesalahan Aqidah Di Dalam Lirik Lagu Di Atas:
------
“Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri”
1 - Menyeru (berdoa) yang entah tidak tahu kepada siapa ditujukannya.
2 – Andai diserukan kepada Allah, ia tetap bentuk doa yang batil.
3 – Tidak wujud petunjuk dari dalil bahawa jasad (mahupun suatu entiti yang berasingan daripada roh) mampu merintih atau melafakan perkataan seumpama itu dalam keadaan selepas mati.
“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang”
1 – Menurut al-Qur’an dan Hadis, kita tidak tahu, bilakah masanya ajal akan datang bertandang. Dan tiada manusia yang menantikan kedatangan malaikat maut. (Rujuk al-An’am: 2).
2 – Hal qadha dan Qadar, adalah suatu persoalan ghaib yang menjadi rahsia disisi Allah. (Rujuk al-An’am: 59)
Kesalahan ke-3: Menisbahkan diri sebagai orang yang mengalami kematian lalu mampu menceritakan kisah kematiannya kepada dunia luar.
1 – Tidaklah diceritakan hal-hal yang ghaib itu melainkan melalui perantaraan al-Qur’an dan Rasul-Nya. Cukuplah al-Qur’an dan Rasulullah sebagai petunjuk.
“7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu”
1 – Tidak ada talqin di waktu sesudah kematian. Talqin menurut sunnah adalah semasa seseorang itu sedang nazak (yakni: bukan selepas mati dan dilakukan di atas kuburan), lalu diajari dengan kalimah la ilaha illallah atau lafaz syahadah. Itulah hakikat talqin yang sebenar. (rujukan: Ahkamul Janaiz, Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)
“Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan”
1 - Tidak ada manusia yang mati mampu menceritakan perihal kematiannya.
2 – Jasad adalah dikebumikan di dalam kubur. Yang pergi ke alam barzakh adalah ruh.
“Ajal yang datang di muka pintu”
1 – Tidak pernah ada petunjuk Dalil yang memberitahu bagaimana bentuk dan rupa datang-nya ajal. Juga tidak petunjuk bila datangnya ia, melainkan semua itu atas rahsia Allah.
Oleh: Brother Nawawi,
http://an-nawawi.blogspot.com
http://bahaya-syirik.blogspot.com
28 comments:
assalamualaikum,apa yang dikatakan itu..tidak bermakna ianya adalah bahasa syirik kerana,seseorang itu boleh merujuk kepada para ulama,tabi'in @ buku2 agama yang menceritakan bagaimana kehidupan dialam barzakh sebagaimana yang kita ketahui didalam hadis dan as-sunnah..walaupun kita dengar ia seperti syirik,kita kena teliti kepada siapa ia ditujukan..wassalam.
wa 'alaikumussalam, maka, bawakanlah hadis2nya.
Wahai "puteri" inilah masalah jika xdapat nk terima hakikat..wahai puteri berikan lah dalil dan tajuk2 buku yang mnceritakan perihal org mati terutama dialam barzah...dh teliti habis habisan dh la sbb 2 brother nawawi postkan hal mcm ni..ade faham
bile aku dengar lagu ni, aku insaf dn aku rasa aku perlu berbuat sesuatu sebelum segala2nya terlambat (yakni bile aku dah mati dan menyesal atas segala perbuatan dosaku kat atas dunia).apabila aku sedar dan insaf, adakah aku telah mensyirikkan diri aku sendiri dengan mendengar lagu ni?bukankah syirik itu bermaksud menyekutukan ALLAH dengan sesuatu?apabila aku kembali menyembah ALLAH dan menyesali atas segala dosa jahiliyah aku yang lalu(baca: bait2 lagu ini adalah antara lirik yang membuatkan aku berfikir serta insaf bahawa aku tidak akan hidup selama2nya di atas dunia ini dan aku pasti mati ) adakah aku telah menyekutukanNYA walhal pada hakikatnye aku bersyukur kerana DIA memberikan aku hidayah utk aku kembali kepadaNYA?
kenapa perlu anda semua menimbulkan kekeliruan?bagaimana kalau ada orang yang terus terkeliru dan tertanya-tanya sama ada pegangan mereka sebelum ini sebenarnya benar atau salah selepas membaca entri anda yang ini?bagaimana kalau ada orang yang lebih mempercayai anda daripada mempercayai kuasa Tuhan?
Tidakkah anda sendiri telah menerbitkan unsur2 syirik dalam hati manusia tersebut sekarang?
salam..saya ingin memberi kan sedikit oandangan di sini dan saya bersetuju dgn komen yang dikemukan oleh anti lydia..lagu ini sebenarnya cuba untuk meberi ingatan kpd yang masih hidup dan sekurang-kurangnya dpt memberi kan keinsafan tentang kesalahan dan dosa yg telah dilakukan.mmg benar tidak ada pun org yang telah masuk ke alam barzakh dpt menceritakan apa yg sebenarnya berlaku..tetapi kita juga tahu bahawa setiap dosa yang dilakukan akan dihitung kemudian oleh Allah S.w.t.bila akan dihitung?tentunya selepas kematian kita bukan?lagu ini cukup memberikan keinsafan kepada yg mendgrnya dan harap2 ramai yg akan tersedar dari terus malakukan kesilapan dan dosa.memandangkan situasi manusia zaman yg lebih menjurus kpd hal duniawi, cara sebegini adalah salah satu alternatif utk menarik semula sensitiviti para muslimin dan muslimah utk lebih mengingati hidup ini hanya sementara dan bila2 masa kta akan bertemu dengan yg Esa. jgn lah mengatakan lagu in sebagai syirik.sekurang2nya mereka ada usaha utk memberi kesedaran kepada yg lalai...
salam.. berat sgt perkataan 'syirik' tu.. dalam masalah mcm ni akan menimbulkan kekeliruan kepada sesiapa saja yang membacanya..jadi, eloklah diteliti dengan lebih mendalam.. betulla ape yang br.nawawi kata sal cara penyebaran dakwah mcm ni agak xbetul tapi xde lah lagu ni sampai tahap syirik.. saya xberani nak tetapkan hukum sbb dan saya harap rujuklah ulama yang alim dalam bidang ni sebelum tetapkan apa-apa hukum.. amat besar tanggungan yang dipikul untuk menetapkan bahawa lagu ni menyebabkan syirik atau x.. wallahuallam..
balasan baik atau buruk walau sebesar zarah pun dibalas setara dengan tu jgk..saya setuju kalo betul ada elemen syirik dalam lagu nasyid tu, mesti amik tahulah dan tak pyh lah nyanyi2 ikut org nyayi kalo tak tahu maknanya dan maksud setiap baris nasyid tu, hang ikut je macam lembu kena cucuk hidung buat ape, pergi lah tanya ulama atau org alim dulu la.. lu pikir la sendiri.. wallahualam.
Ariana Riana say :
balasan baik atau buruk walau sebesar zarah pun dibalas setara dengan tu jgk..saya setuju kalo betul ada elemen syirik dalam lagu nasyid tu, mesti amik tahulah dan tak pyh lah nyanyi2 ikut org nyayi kalo tak tahu maknanya dan maksud setiap baris nasyid tu, hang ikut je macam lembu kena cucuk hidung buat ape, pergi lah tanya ulama atau org alim dulu la.. lu pikir la sendiri.. wallahualam.
assalamualaikum kpd saudara dan saudari...
sy ingin mengemukakan pendapat sy ttg perkara ini...saudara/saudari..jgn la kita menyulitkan sesuatu yg mudah dlm islam..ini boleh menyebabkan kekeliruan antara kita...bukankah islam itu mudah?sy x nampak nasyid ini sesuatu yg tak bagus...dakwah bknlah hanya melalui medium ceramah semata2...byk cara...cuba kita imbau kembali sejarah kump raihan...mereka berjaya mengetengahkan unsur dakwah dlm lagu sehingga ke peringkat antarabangsa...cuba bayangkan jika seseorang rasa insaf dlm menghayati bait2 lirik nasyid dan kemudian mendorong mereka bertaubat pd Allah..bukankah itu manfaat yg sgt besar? saudara/saudari...hnya Allah shj yg dpt mengadili niat sebenar penasyid2 ini..jika mereka ikhlas berjuang kpd Allah, maka adalah 1 fitnah jika anda mengatakan mereka bertujuan mncari populariti semata2..
ketahuilah bahawa...anda seakan2 cuba menimulkan fitnah dgn megatakan mereka mmbawa unsur syirik...jika syirik itu sudah amat besar kesalahannya,apatah lg dgn memfitnah seseorang melakukan syirik?astaghfirullah hall'adzim...!
Astagfirullahalazim..kenapa nak disangka insan itu mnggunakan ayat al-quran utk mencari polpulariti..bersangkalah baik pd mereka...janganlah terlalu sempit pemikiran..mohon open minded sikit..jgn negatifnya saja yg difikir..jgn mudah utk menghukum org begini dan begini mgikut pendapat sendiri..renungkanlah..
saudara ada bukti ke niat diorg nak cari populariti??ada bukti??lagi satu..bila plak nabi haramkan nyanyian...boleh tunjuk hadisnya??
perlu belajar lagi bab-bab kesusasteraan ni...
kalau faham berdasarkan pembacaan literal, a samad said dan penyajak2 lain ( tak kira bahasa apa) boleh termasuk dlm kategori ni..(personifikasi, metafora ...)
bukan ke quran tu puitis bahasanya? surah tentang 'semut yang bercakap', adakah kita akan kata semut tu bercakap macam manusia cakap bila baca ttg ayat tu?
eg: kembalilah kedalam diri, bukan bentuk seruan tapi kenyataan.
roh kembali ke dalam diri, tapi bukan hidup macam manusia biasa. apa yang roh alami, seksa atau nikmat terjelma pada jasad mereka.
aku sebak dengar lagu ni . menantikan kematian . sebelum mereka buat lagu mesti mereka da rujuk dengan para ulama . lagu ini cuba untuk menginsafkan manusia yang lalai di dunia . kalau nak dibandingkan dengan lagu hiburan lain ( selain dari nasyid ) yang 100 peratus melanggar hukum Allah . sekadar pandangan aku yang lemah dalam agama . assalamualaikum
Assalamualaikum....sy stuju dgn saudara dan saudari yg comment sblom sy...pkatan syirik yg dituju kn utk lagu ini terlalu berat...
Pd pndgn sy mgkin lagu mgkin menimbul kn kekeliruan bwat kita muslim. Jika saudara mempersoalkn ttg bagaimana org yg mati boleh bgun semula dan mencerita kn kematian nya..itu cuma gaya penceritaan penulis yg di terjemah dr kitab2 atau hadis. Mgkin yg saudara cbe bahas kan adalah ttg sumber hadis atau taraf hadis yg di gunakn yg mna ada hadis batil yg di gunakn. Hal itu boleh di rujuk dgn lebih arif.
Ttg nasyid yg saudara persoal kn dlm ni,sy stuju nabi x pernah bwat ttp konsep nasyid adalah sama dgn konsep marhaban dan perkara yg sewaktu dgn nya. Jika niat nasyid itu hnya sbgai peringatan utk mereka yg lalai maka x timbul persoalan mngejar populariti. Jika benar mrk mngejar populariti maka itu adlh satu pkara yg harus di tegah.
Yg terakhir...jika nabi dlu x pernah bdakwah melalui nasyid dan saudara kata pkara itu x boleh....mngapa saudara bdakwah melalui blog sdgkn nabi dlu tiada blog spt saudara...???
Sy kongsi pndpt...harap saudara x bkecil hati...
Assalamualaikum..maapkan sy wahai saudara saudari Dan ampunkanlah dosaku ya ALLAH..astaghfirullah al azim..jgnlah kte menabur fitnah tnpa usul periksa krn ianya akn merugikan Diri kte sndiri..carilah ilmu lbh dalam lg utk diri sndiri t'lbh dulu sblm kte mahu menilai diri org lain..sesungguhnya APA yg brother nawawi persembahkan di dalam blog ini Dan APA yg brother nawawi tuduh ITU semuanya berbalik kpd brother nawawi smula..adakah brother nawawi sggp m'jatuhkan sesama saudara Islam.? Adakah brother nawawi nak cari glamour (publisiti murahan).? Di akhir za man ini b'mcm2 cara org kafir ingin memesongkan akidah umat Islam, so b'ingatlah agar jgn m'ltkkan diri kte dr melakukan p'buatan yg boleh m'cemarkan agama Islam..Serta elakkan drpd menindas sesama Islam..di sini sy ingin BG p'dpt yg brother nawawi tak memahami sebetul2 nyer ape yg ingin dismpaikan di DLM lirik t'sebut Dan mungkin disbbkan ITU jugalah brother nawawi tak boleh nak phm ape yg brother nawawi sndiri tuliskan..wallahhu a'lam wamubisawab..
Salam. Pd pndpt sy, lagu ini cuma sbg peringatan sahaja supaya kita sedar dan tdk menyesal di kemudian hari. Allah kurniakan akal kepada kita spy bijak berfikir n menafsirkan sesuatu itu dgn bijaksana. Firman Allah dlm al-quran ada yg tersurat n tersirat jd cmtu jugak la dgn lagu ni. Dakwah yg disampaikan melalui lagu bukanlah sesuatu perkara yg dilarang Allah. Nk berdakwah mestilah menggunakan cara yg berhikmah spy dpt difahami n diterima org lain. Rujuklah surah Al-hujuraat ayat 12..iaitu jauhilah persangkaan dan jgn cari keburukan org lain. Dlm Islam, ada cara yg baik utk menegur tanpa menimbulkan slh fhm atau kekeliruan. Bimbang jika kita tersalah dlm menegur mlh secara xsgja telah menabur fitnah terhdp org lain. wallahualam.
tajuk post kata syirik. tapi admin tidak menyatakan dengan jelas di mana elemen syirik dalam lagu tersebut.
Lirik ini di cipta oleh ustaz asyraf seorg penceramah bebas yg terkenal dgn kewarakan dan lemah lembutnya beliau menyampaikan dakwah..tahu tak saudara dah melemparkan fitnah pada seorg ulama' ? Nauzubillah
Apa pdpt brother nawawi ttg pembacaan talqin.. wahai si polan bin si polan ( nama ibu ) dn seterusnya.... Adaksh ini jugak saudara katakan syirik...
Assalamualaikum. Kenapa ye kata lagu tu untuk kejar populiriti. Takde kena mengena pun dengan syirik. Kalau far east guna agama untuk kejar populariti sebab guna dakwah dalam lagu, maksudnya group nasyid lain? Kalau macam tu baik haramkan aje nasyid.
Assalamualaikum.. Moga Allah bg kemudahan utk kita semua memahami agama. Sesungguhnya jika Allah mahu memuliakan hambaNya, akan diberikan kefahaman yg baik dlm urusan agamanya(deenn).
Sbg saudara sesama Islam, saya berhusnuzon kpd saudara. Mungkin saja saudara salah faham sedikit. Mari saya kongsikan sedikit apa intipati/mesej yg ingin disampaikan dlm bait2 nasyid Menanti di Barzakh ini(saya insan kerdil ingin berkongsi rasa dn penghayatan yg mendalam bersama kalian semua, andai salah bicara, teguran yg berhikmah sgtlah dialu-alukan )
1) kembali ruh kembali, kembalilah ke dalam diri
=menunjukkan penyesalan yg teramat oleh si mati yg menyiakan peluang hidup di dunia tanpa berbuat kebaikan. Al Quran ada merakamkan penyesalan org kafir slps kematian yg merayu agar dikembalikan ke dunia supaya mereka punya waktu utk berbuat ketaatan kpd Alllah
2)jantung berdegup kencang,menantikan malaikat datang
=debaran ini bkn dirasakan sblm ajal tiba. Tetapi setelah jasad dikebumikan. Menggambarkan betapa hebatnya ketakutan yg dialami si mati menantikan malaikat Munkar Nakir yg akn datang utk menyoal segala amal perbuatan si mati. Saat ditanya 'siapa Tuhan kamu?' , jika lidah kelu utk menjawab, maka akn dipalu/disebat sehingga terbenam jasad ke dalam perut bumi..Allahu..nauzubillahiminzalik
3) nasyid ini bukan menisbahkan si mati yg seakan akn blh bercerita tentang pengalamannya di alam barzakh, TETAPI nak bagitahu kita tentang hakikat sebenar alam barzakh. Alam barzakh itu alam ghaib. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegelapan kubur, dan Baginda menyeru kita menerangi kubur kita dgn solat malam dn bacaan Quran.
Persoalan 4 & 5 saya kurang arif utk berkongsi takrifan yg saya faham. Sahabat yg lain yg diberi kefahaman oleh Allah mungkin blh brkongsi utk kebaikan bersama.
6)Ajal yg datang dimuka pintu
= bait selepasnya sudah memberi jawapannya..' Tiada siapa yg memberitahu'
Menggambarkan kedatangan ajal memang dalam rahsia Allah. Jika sudah sampai masanya, datangnya tidak akan dipercepatkan atau dilambatkan walau sesaat. Itu janji Allah dlm Quran. Bait diatas (ajal yg datang di muka pintu) turut menggambarkan bahawa kematian boleh saja Allah datangkan secara tiba2 seperti datangnya tetamu yg tak diundang ke rumah kita. Sedar2 dah tersenyum di muka pintu rumah kita. Bait ini mengingatkan kita supaya sentiasa bersedia menghadapi kematian dan sentiasa berada dalam ketaatan dan kebaikan, supaya andaikata ajal kita susah tiba, kita 'pergi' dalam keadaan 'husnul khotimah' ( pengakhiran yg baik) inshaAllah! Waallahu a'lam.
Betul..lagu ni sbg dakwah..ambik jela point dakwahnyee..
Sape tolong agama allah,allah akn sntiasa pelihara dan bantu dy.....
وتعاونوا على البر والتقوى...(bukti dalam surah al maidah)
Betul..lagu ni sbg dakwah..ambik jela point dakwahnyee..
Sape tolong agama allah,allah akn sntiasa pelihara dan bantu dy.....
وتعاونوا على البر والتقوى...(bukti dalam surah al maidah)
Saya xnk komen byk tp ayat dlm lagu tuh just double meaning jela.... Jgnla amek makna tuh terang2...ingat dorg pon x pikir dulu ka sbelom nk bwat lagu nuh n in fact dorg nyanyi dgn environment yg berlaku skrang supaya org mudah faham
Ya betul tu @-evoscrane-
hahaha... ape la punya blog... haha...
klau kau nk ambik serius pasal lirik lagu tu... berat la weii..
Itu cuma gmbaran je laa...
Utk mngigtkan kita tntng mati...
dan..apabila mati...x dpt kmbli ke dunia...
semua lirik tu..ade mksud mendalam laa...
Post a Comment