__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label Muzik. Show all posts
Showing posts with label Muzik. Show all posts

Monday, December 22, 2014

Lebih Dari 30 Fatwa Ulama Tentang Hukum Nyanyian dan Muzik

Himpunan Lebih Dari 30 Fatwa Ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Tentang Nyanyian dan Muzik


Tulisan ini adalah kesinambungan dari beberapa siri artikel terdahulu. Artikel sebelumnya dengan judul, “Antara Nyanyian dan Melagukan Al-Qur’an.”

Setelah kita memahami dalil-dalil yang menunjukkan pengharaman nyanyi-nyanyian dan muzik dari Al-Qur’an dan hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, berikut kita lihat pula nasihat-nasihat, peringatan, fatwa-fatwa, dan penegasan pengharamannya berdasarkan perkataan para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah.

Ikuti artikel lengkap di website baru kami, http://www.ilmusunnah.com/?p=10832

Wednesday, June 10, 2009

093 - Ke Mana Arah Tuju Perjuangan Islam PAS?

Ke Mana Arah Tuju Perjuangan Islam PAS?

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

----@@@@----
Tokoh Terbilang PAS Bersama Salah seorang penyanyi Rock tanah air:
Pautan rujukan 1, Pautan rujukan 2
----@@@@----

Jika sebelum ini, Parti Islam Semalaysia (PAS) sering mempertikaikan seteru utamanya dari kalangan BN, iaitu UMNO khususnya yang gemar menganjurkan pelbagai jenis konsert nyanyian bersama para artis.

Apakah PAS kini sudah mengorak langkah baru ke arah sebuah tajdid (pembaharuan) di dalam ijtihad perjuangan dan pegangan agama mereka? Mereka kini bersikap lebih tolerance dan megah dengan penyertaan golongan para artis.

Dalam isu penganjuran konsert, apakah PAS kini sudah mula mencair dengan menerima jejak pemikiran UMNO dalam isu konsert nyanyian, terlebih lagi melibatkan konsert Rock?

Sebagai sebuah badan perjuangan Islam, PAS sewajarnya tidak mudah hanyut ditelan arus muzik dan artis. Jangan biarkan prinsip tergadai hanya kerana disebabkan mahu mengejarkan sokongan. Yang natijah akhirnya nanti akan membuahkan slogan, "Janji Demo sokong Kito, Kito pun Sokong Demo, Halal Sokmo!"

Jangan kerana mahu bersikap terbuka, akhirnya terbuka pekung di dada! Jangan kerana tidak mahu dipandang kolot, akhirnya prinsip agama digadaikan.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Akan ada dari umatku, kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat muzik....” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Wallahu a'lam...

Wednesday, August 1, 2007

ISU 022 - ELEMENT KESYI’AHAN DALAM LAGU - FAR-EAST – ASYURA

ELEMENT KESYI’AHAN DALAM LAGU - FAR-EAST – ASYURA

Lembut tuturmu
Tegas membela agama
Gagah berani tiada tandingnya

Mulia akhlakmu
Didikan rumah kenabian
Penyinar segala kegelapan

Ibundamu penghulu wanita di syurga
Jelmaan bidadari di dunia
Menyintainya adalah suatu ‘Ibadah
Puteri kesayangan Rasulullah

Al-Husaini kepahitan mu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran

Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti

Pemuda syurga gelaran-mu di dunia
Kau pepohon penyinta ketakwaan
Zuhud sifatmu Redha setiap ketetapan
Pedoman, engkaulah tauladan

Al-Husaini kepahitan mu kurasai
Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran

Ya Allah sampaikan salamku kepadanya
Pemergian tiada pengganti

Hancur tubuhmu bercerai di Karbala
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Inringan wangian pengasih

Ya Allah...

Berikut Adalah Beberapa Element Syirik (Kesyi’ahan) Yang Berjaya Dikesan Di Dalam Lirik Lagu Di Atas:

“Penyinar segala kegelapan”

Benarkah al-Husaini adalah penyinar segala kegelapan? Di mana peranan al-qur’an dan as-sunnah sebagai rahmat dan petunjuk (huda) yang dasar dan haq? Meletakkan perkataan “segala” di dalam lirik tersebut adalah suatu kesilapan yang mungkar yang mana menunjukkan sikap yang ghuluw (taksub dan melampau).

“Jelmaan bidadari di dunia”

Juga di manakah dalilnya yang menyatakan bahawa Fatimah adalah jelmaan bidadari di dunia?

Bukankah statement seperti ini adalah merupakah suatu bentuk pernyataan yang diada-adakan di dalam Islam, sekaligus melakukan tokok tambah yang menampakkan sikap ghuluw dan berlebih-lebihan lalu mencemarkan kandungan asal Islam yang tulen itu sendiri.

“Menyintainya adalah suatu ‘Ibadah”


Menyintai ahlul bait (keturunan Nabi s.a.w., termasuk Isteri-isteri-nya) adalah sahih menurut Hadis Riwayat Muslim. Dan tidak hanya terhad atau khusus kepada Fatimah. Dan maksud Ahlul bait Rasulullah s.a.w. bukanlah hanya ditujukan kepada fatimah, Ali, Hussein dan Hasan. (Rujuk Buku – Jawapan Ahlus Sunnah Kepada Syi’ah ar-Rafidhah Dalam Persoalan Khalifah, Hafiz Firdaus Abdullah, Buku 1, Terbitan Jahabersa)

“Terkorban kau menentang kemungkaran
Rebah tersungkur masih di dalam senyuman
Tabah hati menempuh cabaran”

“Hancur tubuhmu bercerai di Karbala
Darah suci merah mengalir
Tenang nafasmu menyahut panggilan syuhada
Inringan wangian pengasih”


Ini adalah satu contoh kesalahan dalam pengambilan fakta sejarah tentang kematian Saidina Hussein. (sila rujuk lampiran artikel yang dibawakan di bawah)

“Ya Allah sampaikan salamku kepadanya (Hussein)”

Satu bentuk doa atau salam yang direka cipta dan bid’ah! Kemudian dinyanyikan pula? Ajaran siapakah ini?

* Andai sebelum ini saya mengkritik lagu Far-East yang bertajuk Menanti Di Barzakh, kali ini saya membawakan kritikan kepada lagu Asyura pula. Sebenarnya bukan dua lagu ini sahaja yang mengandungi banyak kebatilan. Malah di dalam beberapa lagu-lagu mereka (Far-East) yang lain juga turut tidak terkecuali dari memiliki pengaruh syi’ah. Di mana memiliki unsur-unsur ghuluw (taksub keterlampauan) yang mana lari dari kewajarannya terhadap Fatimah, Ali, Hussein, dan Fatimah. Sebagai contoh, lagu bertajuk Zahra.

Lampiran Keratan Artikel:
Artikel 1:
Husain menerima surat daripada Kufah
Setelah Yazid dibai`ah menjadi khalifah umat Islam, Husain menerima beberapa surat daripada penduduk Iraq, khasnya dari bandar Kufah. Surat-surat tersebut menjemput Husain ke Kufah, kononnya orang-orang di sana ingin membai`ah beliau sebagai khalifah. Sebahagian riwayat menambah bahawa setelah dibai`ah, mereka akan bersama Husain untuk memerangi dan menjatuhkan pemerintahan Yazid.

Walaubagaimanapun tokoh-tokoh yang utama pada saat itu daripada kalangan sahabat dan selainnya seperti Muhammad bin Hanafiyah, Abdullah bin Abbas, Abdullah bin Ja'far, Abdullah bin Umar, Abu Sa`id al-Khudri dan termasuklah Yazid, semuanya menasihati Husain agar tidak mengendahkan jemputan tersebut. Syaikh Muhib al-Din al-Khatib rahimahullah menerangkan hal ini:

"Adapun orang yang merasa kasihan terhadap pemergian Husain adalah semua pencintanya, kerabatnya, para penasihatnya dan orang-orang yang berpegang kepada sunnah-sunnah Islam. Mereka semua mencegah Husain untuk pergi dan mengingatkan beliau tentang akibatnya (yang buruk)." [catitan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 237]

Sebab utama mereka menghalang pemergian Husain adalah kerana yang menulis surat-surat tersebut ialah orang-orang Syi`ah dan para pemberontak yang sebelum itu terlibat dalam pembunuhan Usman ibn Affan radhiallahu 'anh. Mereka adalah orang-orang yang suka menimbulkan fitnah dan jemputan mereka kepada Husain hanya bertujuan menimbulkan fitnah yang baru ke atas ahli keluarga Rasulullah secara khusus dan umat Islam secara umum.

Penerangan Syaikh Muhib al-Din al-Khatib sekali lagi menjadi rujukan: "Orang yang pertama menulis surat kepada Husain ialah para guru Syi`ah sebagaimana yang diriwayatkan oleh para ahli sejarah, (di antara penulis tersebut ialah) Lut bin Yahya, Salman bin Sordi, Musyab bin Najbah, Rafaah bin Syadad, Hubaib bin Mudhahir dan mereka mengirim surat mereka bersama Abdullah bin Saba', al-Hamadani dan Abdullah bin Wa'il." [catitan notakaki kepada al-`Awashim min al-Qawashim, ms. 236]

Namun Husain enggan mendengar nasihat tersebut. Beliau mengumpulkan ahli keluarganya dan memulakan perjalanannya ke Kufah. Sebahagian orang yang ada mengejar Husain sehingga ke pertengahan jalan ke Kufah untuk menasihati beliau, tetapi beliau tetap tidak mahu mengubah pendiriannya. Para ahli sejarah tidak dapat memastikan kenapa Husain tetap berpegang kepada pendiriannya untuk ke Kufah sekalipun semua isyarat-isyarat pada ketika itu mengarahkan beliau agar tetap di Madinah. Pemergiannya itulah yang akhirnya menyebabkan beliau dan sebahagian ahli keluarganya terbunuh.

Setelah mengkaji semua data-data sejarah dan penjelasan para penelitinya, seorang ahli sejarah: Syaikh Darwazah menerangkan hakikat ini dengan penuh rendah diri: "Kami bersaksi kepada Allah bahawa kami tidak menulis apa yang kami tulis (tentang pemergian Husain) kerana mengikuti hawa nafsu dan benci kepada Husain dan keluarganya. Kami sungguh menaruh perhatian yang sangat tinggi dan rasa cinta kepada mereka termasuk silsilah dan keturunan (mereka kepada) keluarga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang mulia. Akan tetapi kami sebagaimana ahli sejarah yang lain tidak mampu mengungkap selain itu, ……di sini aku utamakan dua pendapat, iaitu pendapat imam yang agung – Ibn Taimiyyah dan ahli sejarah yang sekali gus seorang peneliti – Syaikh Muhammad al-Khudhari.

(Berkata Ibn Taimiyyah): "Sesungguhnya pemergian Husain tidak menambah kebaikan baik untuk agama mahupun dunia. Adalah pemergiannya dan terbunuhnya termasuk kerosakan dan ini tidak akan terjadi jika beliau tetap di negerinya (Madinah). Tujuan beliau yang ingin mendapatkan kebaikan dan mencegah kejahatan (tidak membuahkan hasil) kecuali menambahkan kejahatan. Ini kerana pemergiannya itulah yang menyebabkan beliau terbunuh, malah mengurangi kebaikan itu sendiri. Terbunuhnya Husain mengharuskan sebab bagi lahirnya beberapa fitnah yang baru."

(Berkata Syaikh al-Khudhari): "Kesimpulannya bahawa Husain dalam pemergiannya adalah satu kesalahan besar yang menyebabkan umat berada dalam bencana perpecahan dan perbezaan serta runtuhnya tiang yang berlanjutan sehingga sekarang." [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 243-244]

Adakah Yazid bertanggungjawab di sebalik pembunuhan Husain?
Apabila Yazid menerima khabar bahawa Husain dan ahli keluarganya tetap memulakan perjalanan ke Kufah, beliau menyuruh gabenornya di Basrah, Ubaidullah bin Ziyad, untuk ke Kufah dan memerhatikan gerakan Husain dan kebangkitan orang-orang Kufah. Yazid memberi arahan khusus kepada Ubaidullah bin Ziyad untuk hanya memerhatikan Husain dan tidak bertindak melainkan jika Husain yang bertindak terlebih dahulu. Akan suasana yang tegang antara orang-orang Kufah yang ingin menimbulkan fitnah, pergerakan Husain ke Kufah dan sikap Ubaidullah bin Ziyad yang gelojoh, Husain dan sebahagian ahli keluarganya akhirnya terbunuh di sebuah tempat yang bernama Karbala.

Sejarah versi Syi`ah pantas menuduh Yazid sebagai pembunuh Husain. Mereka mendakwa Yazid telah memberi arahan khusus kepada Ubaidullah bin Ziyad untuk terus memerangi dan membunuh Husain. Malah kononnya Yazid memberi arahan lanjut agar kepala Husain dipenggal dan dibawa ke istananya di Syam sebagai bukti pembunuhan. Setelah itu kononnya kepala Husain dihantar ke Mesir.

Semua ini adalah tidak benar. Syaikh Darwazah menerangkan: "Sebagaimana disebutkan sebelum ini bahawa di sana tidak ada sesuatu (bukti) yang menunjukkan peristiwa pembunuhan Husain memiliki hubungkait dengan Yazid. Yazid tidak memerintah untuk memerangi Husain, apalagi membunuhnya. Segala perintah adalah sekadar untuk mewaspadainya (Husain) dan tidak menyerang kecuali jika Husain menyerang (terlebih dahulu)." [catitan notakaki kepada al-‘Awashim min al-Qawashim, ms. 242]

Adapun kisah kepala Husain dibawa kepada Yazid di Syam, Syaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah menerangkan kisah yang sebenar: "Adapun Husain radhiallahu 'anh, maka beliau terbunuh di Karbala berhampiran (sungai) Furat. Jasadnya dikebumikan di tempat terbunuhnya dan kepalanya dibawa ke hadapan Ubadullah bin Ziyad di Kufah. Demikianlah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahihnya dan daripada para imam yang lain.

Adapun kisah dibawanya (kepala Husain) ke Syam kepada Yazid, maka sesungguhnya yang sedemikian diriwayatkan secara terputus (sanadnya) dan tidaklah ia sabit barang sedikit jua. Bahkan dalam riwayat-riwayat tersebut kelihatan sesuatu yang menunjukkan kedustaan yang direka-cipta, kerana di dalamnya disebut bahawa Yazid kononnya telah menusuk gigi taring (Husain) dengan besi dan bahawa sebahagian sahabat yang hadir (pada saat itu) seperti Anas bin Malik dan Abi Barzah telah mengingkari yang sedemikian.

Ini adalah satu kerancauan. Sesungguhnya yang menusuk dengan besi adalah Ubaidullah bin Ziyad. Demikian yang tercatit di dalam kitab-kitab sahih dan musnad. Mereka meletakkan nama Ubaidullah bin Ziyad di tempat Yazid. Tanpa diragui, sesungguhnya Ubaidullah telah memerintah agar Husain dibunuh dan dibawa kepala Husain kepada kedua-dua tangan (Ubaidullah). Kemudian sesudah itu (Ubaidullah) bin Ziyad dibunuh disebabkan apa yang dia lakukan.

Malah yang lebih jelas (tentang kedustaan kisah kepala Husain dibawa kepada Yazid) ialah para sahabat yang disebut-sebutkan hadir bersama seperti Anas bin Malik dan Abi Barzah, mereka sebenarnya tidak berada di Syam melainkan berada di Iraq pada ketika itu. Sesungguhnya kejahilan para pendusta tersebut dalam mencipta kisah ini dengan sendirinya membongkar kedustaan mereka.

Adapun kisah dibawa (kepala Husain) ke Mesir, maka ia adalah batil menurut kesepakatan orang ramai. Para ilmuan seluruhnya juga bersepakat bahawa apa yang disebut-sebut sebagai lokasi kepala Husain di Kaherah, Mesir (dikenali sebagai Masyhad al-Husain) adalah sebenarnya batil, di dalamnya tidak terdapat kepala Husain mahupun apa-apa jua daripada bahagian kepala Husain.

Pendapat yang kuat di kalangan ahli ilmu berkenaan lokasi kepala Husain bin Ali radhiallahu 'anhuma ialah seperti apa yang disebut oleh al-Zubair bin Bakr dalam kitabnya Ansab Quraisy di mana al-Zubair bin Bakr adalah daripada orang yang paling berpengetahuan lagi dipercayai dalam masalah ini. Beliau menyebut bahawasanya kepala (Husain) dibawa ke Madinah al-Nubuwwah dan dikebumikan di sana dan inilah pendapat yang munasabah. Sebabnya, di sana (Madinah) letaknya kubur saudaranya Hasan, pakcik ayahnya – al-Abbas, anak Ali dan lain-lain daripada ahli keluarganya." [Majmu al-Fatawa, (Dar al-Wafa', Kaherah, 2001), jld 4, ms. 507-509]

Berdasarkan penjelasan di atas, jelas bahawa Yazid tidak memerintahkan pembunuhan Husain dan tidak pula meminta agar kepala Husain dibawa kepalanya di Syam. Bahkan tercatit di dalam kitab-kitab sejarah bahawa beliau menjadi amat sedih apabila mendengar Husain telah dibunuh oleh Ubaidullah bin Yazid. Beliau juga diriwayatkan telah memberi perlindungan kepada ahli keluarga Husain yang terselamat sehinggalah mereka kembali ke Madinah.

Siapakah pembunuh sebenar Husain?

Jawapan kepada persoalan ini boleh dirujuk kepada hadis berikut yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rahimahullah (256H) di dalam Shahihnya – hadis no: 5994 dimana Abdul Rahman bin Abi Na'm menerangkan: "Aku melihat (Abdullah) Ibn Umar ditanya oleh seorang lelaki berkenaan hukum darah lalat. Ibn Umar bertanya: "Kamu berasal dari mana?" Lelaki itu menjawab: "Aku daripada orang-orang Iraq." Lalu Ibn Umar berkata: "Lihatlah orang ini, dia bertanya kepada aku berkenaan darah lalat padahal mereka (orang-orang Iraq) membunuh cucu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam. Aku mendengar Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: Mereka berdua (Hasan dan Husain) adalah penyejuk hatiku di dunia".

Terdapat beberapa sebab kenapa seorang sahabat yang alim yang hidup sezaman dengan Husain bin Ali berkata sedemikian.

Pertama: Orang yang menjemput Husain dari Madinah ke Kufah adalah orang-orang Iraq.

Kedua: Orang-orang Iraq kononnya ingin membai`ah Husain dan memulakan gerakan bagi menjatuhkan pemerintahan Yazid. Ini menyebabkan Yazid terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memerhati tindakan Husain yang seterusnya. Seandainya Husain bergerak ke satu tempat tanpa tujuan politik, pasti Yazid tidak perlu memerhati beliau.

Ketiga: Orang-orang Iraq berura-ura untuk memulakan gerakan menjatuhkan gabenor pemerintahan Yazid di Kufah dan bandar-bandar di sekitarnya. Hal ini menyebabkan Ubaidullah bin Ziyad secara gelojoh mengambil tindakan ketenteraan.

Keempat: Orang-orang Iraq yang pada asalnya ingin membai`ah Husain dan menjadikan beliau khalifah terus melarikan diri apabila melihat kemaraan tentera Ubaidullah bin Ziyad. Maka secara tiba-tiba tinggallah Husain serta ahli keluarganya terperangkap di hadapan tentera Ubaidullah bin Ziyad yang besar jumlahnya.

Justeru sekalipun yang membunuh Husain ialah tentera dibawah arahan Ubaidullah bin Ziyad, faktor sebenar yang menyebabkan Husain terbunuh ialah orang-orang Iraq itu sendiri.

Timbul soalan seterusnya, kenapakah orang-orang Iraq yang pada asalnya ingin membai’ah Husain dan menjadikan beliau khalifah terus melarikan diri tanpa membela Husain? Jawapannya adalah mudah, mereka pada asalnya tidak memiliki apa-apa keinginan untuk menjadikan Husain sebagai khalifah. Tujuan mereka hanyalah untuk menimbulkan fitnah yang baru, yakni dengan melagakan Husain dengan pemerintahan Yazid. Perkara lain yang menarik untuk diperhatikan adalah, penduduk Iraq (syam) pada ketika itu kebanyakan mereka adalah orang-orang Syi’ah.

Sunday, July 29, 2007

Isu 021 - Element Syirik Di Dalam Lagu Far-East: Menanti Di Barzakh

Element Syirik Di Dalam Lagu Far-East: Menanti Di Barzakh
------

Lirik Lagu:

Ku Merintih
Aku Menangis
Ku Meratap
Aku mengharap

Ku meminta dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan ruhku
Melengkapi sebuah kembara
Singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh sebelum berangkat ke mahsyar
Diperhitung amalan
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah
Semerah mawar dan juga rindu

7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu
Tenang dan damai di pusaraku
Nisan batu menjadi tugu
Namun tak siapapun tahu Resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematianku
Seakan kudengari tangis mereka yg kutinggalkan
Kehidupanku di sini bukan suatu khayalan
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri
Sendirian sendiri
Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih yang membaluti tubuhku
Kewujudan kaku jasad di dalam keranda kayu
Ajal yang datang di muka pintu
Tiada siapa yang memberi tahu
Tiada siapapun dapat hindari
Tiada siapapun yang terkecuali

Lemah jemari nafas terhenti
Tidak tergambar sakitnya mati
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
Menggigil ketakutan kelam pekat di pandangan
Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Ku merintih
Aku menangis
Ku meratap
Aku mengharap
Ku meminta
Dihidupkan semula
Agar dapat kembali ke dunia nyata

-------
Kesalahan Nasyid Dari Kacamata Ahlus Sunnah (Secara Ringkas):
------

1 – Menjadikan Kalamullah dan Hadis-hadis Rasulullah sebagai mainan di pentas-pentas hiburan.

2 – Menjadikan seruan dakwah sebagai barang dagangan dan bahan mengejar glamour.
3 – Mengandungi banyak fakta-fakta hadis yang batil.

4 – Dijadikan sebagai batu loncatan untuk mengejar populariti.

5 - Mencemarkan imej dakwah.

6 – Melibatkan kaum wanita dalam hal persembahan dan gejala percampuran pergaulan (ikhtilat)

7 – Menjadikan seolah-olah agama itu tidak lagi laku dalam medan dakwah yg sunnah, lalu dijaja melalui bentuk hiburan, seolah-olah menyamakan seperti perbuatan paderi-paderi kristian yang menjadikan agama mereka sebagai bahan nyanyian di gereja-gereja. (Rujuk al-Anbiya’: 45, dan al-Ankabut: 51)

8 - Menjadikan zikir-zikir dilagukan dalam bentuk melodi-melodi tertentu, padahal ia adalah haram. Allah memerintahkan supaya berzikir dengan rendah diri, rasa takut, dan suara yang perlahan. (rujuk al-a’raaf: 205)

9 – Menggantikan al-Qur’an dan hadis dengan nyanyian untuk mendakwahi masyarakat, dengan alasan bahawa masyarakat kini sudah tidak tertarik dengan al-Qur’an dan al-Hadis. Persoalannya, adakah nabi dan para sahabat, pernah berdakwah dengan menggunakan medium nasyid dan lagu walaupun keadaan mereka amat sukar pada masa itu, malahan mereka lantas mengharamkan nyanyian?

10 – Menyebar-luaskan penggunaan alat-alat muzik (dan bunyi-bunyian) yang telah sedia maklum bahawa diharamkan dalam kebanyakan hadis-hadis Rasulullah.

11 – Menyebar-luaskan video-video klip yang mana tanpa keperluan yang mana mengandungi adegan-adegan lakonan.

12 – Sebahagiannya mengandungi kesalahan yang teruk dalam hal aqidah, malah membawa pendengar ke lembah maksiat dalam bentuk yang halus dan dengan bertopengkan nama Islam.

------
Kesalahan Aqidah Di Dalam Lirik Lagu Di Atas:
------

“Kembali Ruh kembali
Kembalilah ke dalam diri”


1 - Menyeru (berdoa) yang entah tidak tahu kepada siapa ditujukannya.
2 – Andai diserukan kepada Allah, ia tetap bentuk doa yang batil.
3 – Tidak wujud petunjuk dari dalil bahawa jasad (mahupun suatu entiti yang berasingan daripada roh) mampu merintih atau melafakan perkataan seumpama itu dalam keadaan selepas mati.

“Jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang”

1 – Menurut al-Qur’an dan Hadis, kita tidak tahu, bilakah masanya ajal akan datang bertandang. Dan tiada manusia yang menantikan kedatangan malaikat maut. (Rujuk al-An’am: 2).
2 – Hal qadha dan Qadar, adalah suatu persoalan ghaib yang menjadi rahsia disisi Allah. (Rujuk al-An’am: 59)

Kesalahan ke-3: Menisbahkan diri sebagai orang yang mengalami kematian lalu mampu menceritakan kisah kematiannya kepada dunia luar.

1 – Tidaklah diceritakan hal-hal yang ghaib itu melainkan melalui perantaraan al-Qur’an dan Rasul-Nya. Cukuplah al-Qur’an dan Rasulullah sebagai petunjuk.

“7 langkah pun baru berlalu
Seusai talqin bernada syahdu”


1 – Tidak ada talqin di waktu sesudah kematian. Talqin menurut sunnah adalah semasa seseorang itu sedang nazak (yakni: bukan selepas mati dan dilakukan di atas kuburan), lalu diajari dengan kalimah la ilaha illallah atau lafaz syahadah. Itulah hakikat talqin yang sebenar. (rujukan: Ahkamul Janaiz, Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)

“Selama ini diceritakan kini aku merasakan
Di alam barzakh jasad dikebumikan”


1 - Tidak ada manusia yang mati mampu menceritakan perihal kematiannya.
2 – Jasad adalah dikebumikan di dalam kubur. Yang pergi ke alam barzakh adalah ruh.

“Ajal yang datang di muka pintu”

1 – Tidak pernah ada petunjuk Dalil yang memberitahu bagaimana bentuk dan rupa datang-nya ajal. Juga tidak petunjuk bila datangnya ia, melainkan semua itu atas rahsia Allah.

Oleh: Brother Nawawi,
http://an-nawawi.blogspot.com
http://bahaya-syirik.blogspot.com