__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Showing posts with label al-Asya'irah. Show all posts
Showing posts with label al-Asya'irah. Show all posts

Saturday, June 5, 2010

117 - Penjelasan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin Tentang al-Asya’irah & al-Maturidiyah

Penjelasan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin Tentang al-Asya’irah & al-Maturidiyah

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin berkata:


فإذا سئلنا: من أهل السنة والجماعة؟ فنقول: هم المتمسكون بالإسلام المحض الخالص عن الشوب. وهذا التعريف من شيخ الإسلام ابن تيميه يقتضي أن الأشاعرة والماتريدية ونحوهم ليسوا من أهل السنة والجماعة، لأن تمسكهم مشوب بما أدخلوا فيه من البدع. وهذا هو الصحيح، أنه لا يعد الأشاعرة والماتريدية فيما ذهبوا إليه في أسماء الله وصفاته من أهل السنة والجماعة


وكيف يعدون من أهل السنة والجماعة في ذلك مع مخالفتهم لأهل السنة والجماعة؟! لأنه يقال: إما إن يكون الحق فيما ذهب إليه هؤلاء الأشاعرة والماتريدية، أو الحق فيما ذهب إليه السلف. ومن المعلوم أن الحق فيما ذهب إليه السلف، لأن السلف هنا هم الصحابة والتابعون وأئمة الهدي من بعدهم، فإذا كان الحق فيما ذهب إليه السلف، وهؤلاء يخالفونهم، صاروا ليسوا من أهل السنة والجماعة في ذلك


Terjemahan: Sekiranya kita ditanya, siapakah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?

Maka kita katakan: Mereka adalah orang-orang yang berpegang teguh dengan Islam yang murni lagi bersih dari kotoran. Definisi Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah ini bererti bahawa al-Asya’irah dan al-Maturidiyah serta golongan lainnya yang seperti mereka tidaklah termasuk Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, kerana pegangan mereka dikotori dengan bid’ah yang mereka masukkan (susupkan).

Ini memang benar, bahawasanya al-Asya’irah dan al-Maturidiyah tidak dikategorikan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berhubung pendapat mereka dalam persoalan Asma’ wa Shifat (nama-nama dan sifat-sifat) Allah. Bagaimana mereka boleh dianggap sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah sedangkan mereka menyelisihi Ahlus Sunnah wal-Jama’ah?!

Bahawasanya dikatakan: Boleh jadi kebenaran terletak pada al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah, atau terletak pada pendapat Salaf. Dan telah diketahui bahawa kebenaran terletak pada pendapat salaf, kerana salaf di sini maksudnya adalah para sahabat, tabi’in, dan para imam yang memegang bendera/panji hidayah (petunjuk kebenaran) setelah mereka. Kerana apabila kebenaran terletak pada salaf, sedangkan al-Asya’irah dan al-Maturidiyah menyelisihinya, maka mereka tidaklah digolongkan sebagai Ahlus Sunnah wal-Jama’ah.

Rujuk: Syarah al-‘Aqidah al-Wasithiyah li Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah, http://www.ibnothaimeen.com/all/books/article_17955.shtml

Tuesday, March 30, 2010

115 - Perkataan Ibnu Taimiyyah Berkaitan al-Asya’irah

Perkataan Ibnu Taimiyyah Berkaitan al-Asya’irah

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Ibnu Taimiyyah rahimahullah berkata:

وأما الأشعرية فعكس هؤلاء وقولهم يستلزم التعطيل، وأنه لا داخل العالم ولا خارجه، وكلامه معنى واحد، ومعنى آية الكرسي وآية الدين، والتوراة، والإنجيل واحد، وهذا معلوم الفساد بالضرورة

Al-Asy’ariyah adalah pertentangan dengan (golongan) hululiyah (golongan yang berpendapat bahawa Allah menyatu dengan makhluk). Pendapat mereka ini menimbulkan kesan/akibat ta’thil dan (menzahirkan keyakinan) bahawa Allah tidak berada di alam semesta ini atau pun luarnya. Juga (membawa maksud) bahawa perkataan-perkataan Allah semuanya adalah satu. Sehingga makna ayat al-Kursi, ayat agama, taurat, injil adalah sama. Ini telah jelas merupakan suatu bentuk fahaman yang buruk dan batil.

Rujuk: Majmu’ al-Fatawa, 6/310.

إنَّ الْبِدَعَ مُشْتَقَّةٌ مِنْ الْكُفْرِ وَآيِلَةٌ إلَيْهِ

Sesungguhnya Bid’ah-bid’ah itu diambil daripada kufur dan akan kembali kepadanya.

إنَّ الْمُعْتَزِلَةَ مَخَانِيثُ الْفَلَاسِفَةِ ؛ وَالْأَشْعَرِيَّةُ مَخَانِيثُ الْمُعْتَزِلَةِ

Sesungguhnya al-Mu’tazilah adalah pondan/banshi Falsafah dan al-Asy’ariyah pula adalah pondan Muktazilah.

وَكَانَ يَحْيَى بْنُ عَمَّارٍ يَقُولُ : الْمُعْتَزِلَةُ الْجَهْمِيَّة الذُّكُورُ وَالْأَشْعَرِيَّةُ الْجَهْمِيَّة الْإِنَاثُ

Mu’tazilah adalah Jahmiyyah Jantan manakala al-Asy’ariyah adalah Jahmiah Betina.

وَمُرَادُهُمْ الْأَشْعَرِيَّةُ الَّذِينَ يَنْفُونَ الصِّفَاتِ الْخَبَرِيَّةَ وَأَمَّا مَنْ قَالَ مِنْهُمْ بِكِتَابِ " الْإِبَانَةِ " الَّذِي صَنَّفَهُ الْأَشْعَرِيُّ فِي آخِرِ عُمْرِهِ وَلَمْ يُظْهِرْ مَقَالَةً تُنَاقِضُ ذَلِكَ فَهَذَا يُعَدُّ مِنْ أَهْلِ السُّنَّة

Mereka adalah golongan al-Asy’ariyah (pengikut Abu al-Hasan al-Asy’ari) yang menolak sifat-sifat Khabariyyah Allah. Namun, sebahagian dari mereka yang perkataannya bertepatan dengan kitab al-Ibanah yang ditulis oleh (Imam Abu al-Hasan) al-Asy’ari di akhir-akhir umurnya, maka mereka adalah termasuk Ahlus Sunnah.

لَكِنَّ مُجَرَّدَ الِانْتِسَابِ إلَى الْأَشْعَرِيِّ بِدْعَةٌ لَا سِيَّمَا وَأَنَّهُ بِذَلِكَ يُوهِمُ حُسْنًا بِكُلِّ مَنْ انْتَسَبَ هَذِهِ النِّسْبَةَ وَيَنْفَتِحُ بِذَلِكَ أَبْوَابُ شَرٍّ

Tetapi, dengan semata-mata bernisbah kepada al-Asy’ari adalah bid’ah, lebih-lebih lagi dengan melakukannya membawa sangkaan baik dengan semua orang yang bernisbah kepadanya dan membuka pinta kejahatan.

Rujuk: Majmu’ al-Fatawa, 6/359-360.

Tuesday, March 9, 2010

112 - Sebuah Penjelasan Tentang al-Asya'irah

Sebuah Penjelasan Tentang al-Asya'irah

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Video 1:



Video 2:



Video 3:



Video 4:



Video 5:



Sekian...