__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Thursday, October 21, 2010

123 - Pemikiran Sayyid Qutub: Pencetus Ideologi Takfir dan Khawarij Moden

Bahaya Takfir dan Keterlanjuran Sayyid Qutub

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Bahaya Takfir (Pengkafiran)

Apabila seseorang individu itu murtad (kafir) dengan keluar daripada Islam, maka ia menjadi sebab dihalalkan darah dan hartanya, dan ia kekal di Neraka. Dengan sebab itulah terdapat sebuah peringatan yang sangat keras bagi sesiapa sahaja yang mahu menghukum kafir kepada seseorang Muslim. Ini adalah supaya tindakan takfir tidak dilakukan dengan sembarangan, tergesa-gesa tanpa penelitian yang jelas, dan tidak bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يَرْمِي رَجُلٌ رَجُلًا بِالْفُسُوقِ وَلَا يَرْمِيهِ بِالْكُفْرِ إِلَّا ارْتَدَّتْ عَلَيْهِ إِنْ لَمْ يَكُنْ صَاحِبُهُ كَذَلِكَ

“Tidaklah seseorang menuduh kepada orang lain dengan tuduhan fasiq atau kafir, melainkan akan kembali kepada yang menuduh sekiranya yang dituduh tadi tidak sebagaimana yang dituduhkan.” (Muttafaqun ‘alaih)

Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:

اعلم أن الحكم على الرجل المسلم بخروجه من دين الإسلام، ودخوله في الكفر - لا ينبغي لمسلم يؤمن بالله واليوم الآخر أنْ يقدمَ عليه إلا ببرهانٍ أوضحَ من شمس النهار؛ فإنه قد ثبت في الأحاديث الصحيحة المروية من طريق جماعة من الصحابة، أن: ((مَن قال لأخيه: يا كافر، فقد باء بها أحدهما))؛ هكذا في الصحيح، وفي لفظ آخر في "الصحيحين" وغيرهما: ((مَن دعا رجلاً بالكفر، أو قال: عدو الله، وليس كذلك، إلا حار عليه))؛ أي رجع، وفي لفظ في الصحيح: ((فقد كفر أحدهما))، ففي هذه الأحاديث وما ورد موردها أعظمُ زاجر، وأكبر واعظ عن التسرع في التكفير

“Ketahuilah bahawa menghukumkan kafir ke atas seseorang Muslim dengan menyatakan ia telah keluar dari Islam dan menjadi kafir adalah tidak dibenarkan bagi seorang Muslim yang beriman kepada Allah dan hari akhirat melainkan dengan bukti yang jelas bagaikan sinar matahari di siang hari. Telah diriwayatkan dalam hadis-hadis sahih melalui jalan para sahabat bahawa sesiapa sahaja yang berkata kepada saudaranya: “Wahai kafir”, maka salah seorang dari keduanya layak menyandang gelaran tersebut. Begitulah yang terdapat dalam kitab sahih dan dari lafaz yang lain dalam ash-Shohihain (dua kitab sahih) dan serta juga kitab-kitab yang lainnya:

“Sesiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan kafir atau berkata, “Wahai musuh Allah”, sedangkan yang dipanggil itu tidak berhak menyandang sebutan tersebut, maka hukum kafir tersebut kembali kepadanya.”

Dan dalam lafaz yang lain yang sahih disebutkan, “Maka telah kafir salah seorang darinya.”

Dalam hadis tersebut dan yang sama dengannya mengandungi peringatan keras supaya kita tidak terburu-buru dalam menghukumkan kafir kepada seseorang.” (asy-Syaukani, as-Sailul Jarrar Mutadafiq ‘ala Hada’iqil Azhar, bab: ar-Riddah bi I’tiqad, 4/578)

Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah berkata:

الأصل فيمَن ينتسب للإسلام بقاء إسلامه، حتى يتحقق زوال ذلك عنه، بمقتضى الدليل الشرعي، ولا يجوز التَّساهُل في تكفيره؛ لأن في ذلك محذورين: أحدهما: افتراء الكذب على الله - تعالى - في الحكم، وعلى المحكوم عليه في الوصف الذي نَبَزَه به، أما الأول: فواضح حيث حَكَم بالكفر على مَن لم يكفره الله - تعالى - فهو كمَن حَرَّمَ ما أحل الله؛ لأن الحكم بالتكفير أو عدمه إلى الله وحده؛ كالحكم بالتحريم أو عدمه. وأما الثاني: فلأنه وصف المسلم بوصف مضادٍّ، فقال: إنه كافر، مع أنه بريء من ذلك، وحريٌّ به أن يعود وصفُ الكفر عليه

Secara dasarnya, orang yang mengaku Islam, ia tetap dalam Islam sehingga dapat dibuktikan keislamannya telah hilang dari dirinya berdasarkan tuntutan dalil-dalil yang syar’i. Kita tidak boleh tergesa-gesa menghukum kafir kepadanya disebabkan di dalamnya mengandungi peringatan yang keras, iaitu:

1 – Mengada-adakan pendustaan atas nama Allah Subhanahu wa Ta’ala dalam menjatuhkan hukum dan terhadap orang yang dihukumkan dengan tuduhan kafir tersebut.

Perkara ini adalah jelas kerana menghukum kafir ke atas seseorang yang tidak dihukumkan kafir oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala, sama seperti mengharamkan apa yang telah dihalalkan oleh Allah, kerana urusan menjatuhkan hukum sama ada kafir atau tidak itu adalah dikembalikan kepada Allah sebagaimana menghukum haram atau tidak.

2 – Penjatuhan hukum kafir tadi boleh dikembalikan kepada orang yang menghukum tersebut sekiranya orang yang dituduh kafir itu masih tidak berhak dikafirkan.

Ini adalah kerana ia telah menyifatkan seseorang Muslim dengan sifat yang sebaliknya, padahal ia masih belum wajar disifatkan dengan sifat tersebut (dikafirkan). Maka, dengan sebab itulah tuduhan (kafir) tersebut dikembalikan kepadanya...

وهو محذور عظيم يوشك أن يقعَ به؛ لأن الغالب أنَّ مَن تَسَرَّعَ بوصف المسلم بالكفر كان معجبًا بعمله، محتقرًا لغيره، فيكون جامعًا بين الإعجاب بعمله، الذي قد يؤدي إلى حُبُوطه، وبين الكبر الموجب لعذاب الله - تعالى - في النار؛ كما جاء في الحديث الذي أخرجه أحمد وأبو داود، عن أبي هريرة - رضي الله عنه -: أن النبي - صلى الله عليه وسلم - قال: ((قال الله - عز وجل -: الكبرياء ردائي، والعظمة إزاري، فمن نازعني واحدًا منهما، قذفته في النار)) فالواجب قبل الحكم بالتكفير أن يُنظر في أمرين: الأمر الأول: دلالة الكتاب والسنة على أن هذا مكفِّر؛ لئلاَّ يفتري على الله الكذب. الثاني: انطباق الحكم على الشخص المعيَّن؛ بحيث تتم شروط التكفير في حقِّه، وتنتفي الموانع

“Ini adalah peringatan keras yang dibimbingangi ianya (penghukum kafir) akan terjerumus ke dalamnya, kerana secara umumnya orang yang tergesa-gesa dalam menghukum seseorang Muslim dengan kekafiran, biasanya dijangkiti penyakit ‘ujub terhadap amalnya dan meremehkan amalan orang lain. Kemudian ia menggabungkan di antara ‘ujub terhadap amalnya yang mampu menghanguskan amal-amalnya itu sendiri dan sombong yang mengundang azab Allah Ta’ala di Neraka, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Allah berfirman: “Kesombongan adalah selendang-Ku dan keagungan adalah kain-Ku. Sesiapa yang menandingi-Ku dengan salah satu dari keduanya, maka Aku lemparkan dia ke Neraka.” (Hadis Riwayat Ahmad)

Jadi, sebelum menjatuhkan hukum kafir ke atas seseorang, wajib ditinjau dua perkara berikut:

1 – Petunjuk al-Qur’an dan as-Sunnah yang menjelaskan bahawa perkara tersebut menjadikan kafir (pelakunya), supaya tidak ada pendustaan atas nama Allah.

2 – Penjatuhan hukum kafir kepada individu tertentu mestilah dengan dipenuhi syarat-syarat takfir dan hilangnya semua halangan (atau takwilan).” (Rujuk: Majmu’ al-Fatawa Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin, susunan Fahd as-Sulaiman, 2/133-134)

Syaikh Dr. ‘Abdurrahman al-Mahmud mengulas berkenaan “Berhukum dengan selain hukum yang Allah turunkan” dengan katanya:

إحداهما: رأتْ أن المعين لا يُكفر أبدًا، فأغلقت بابَ الردة؛ بدعوى صعوبة التطبيق على المعين؛ لعدم وجود شرط من شروط التكفير، أو لوجود مانع من موانعه، كما سبقت الإشارة إلى شيء من ذلك، عندما يقول المرجئة: إنه لا يكفر إلا المكذبُ بقلبه فقط، ومعنى ذلك أننا لا نستطيع أن نحكم على أحد بالكفر بعينه لأي قول، أو فعل من الأفعال، مهما كان ناقضًا للإسلام؛ لأنه قد يكون مؤمنًا لوجود التصديق في قلبه. والأخرى: قالت إذا وُجِد الحُكْم العامُّ على فِعلٍ منَ الأعمال بأنه كُفْر، دخل فيه جميع الأفراد ممن وقع منهم هذا الفعل المُكَفِّر، وكفروا بأعيانهم، دون النَّظر إلى حال كلِّ فرد على حدة؛ مِن حيث توفُّر شروط التَّكفير، وانتفاء موانعه. أما أهل السنة، فإنهم لم يقولوا: إنَّ المُعَيَّن لا يكفر أبدًا؛ كما أنهم لم يوقعوا التكفير على كل من فعل المُكَفِّر، دون النظر إلى عوارض الأهليَّة. ولو نَظَرْنا إلى فعل السلف - رحمهم الله تعالى - لَوَجَدْنا أنهم كثيرًا ما يُطلقون التكفير في بعض الأفعال، والبدع، والمقالات، ونحوها، وحينما يطبقونها على محلِّها بتكفير المعين، يُشَدِّدون في التطبيق؛ لأنَّ مَن وقع منه ذلك قد يكون جاهلاً، أو متأوِّلاً تأويلاً سائغًا، أو حديث عهد بالإسلام، أو غير ذلك منَ الأمور التي تمنع منَ الحكم بتكفيره. والإمام أحمد وغيره أطلقوا: أنَّ التَّجَهُّم وتعطيل الصفات، أو القول بخلْق القرآن، أو إنكار رؤية الله، أوِ القَدَر - كُفر؛ لكنَّهم لم يُكَفِّروا الأعيان إلاَّ قليلاً ممن ثبت كفرهم، بتوفر الشروط، وانتفاء الموانع، ومن ثَمَّ أُقيمَتْ عليهم أحكام الرِّدَّة منَ القتل وغيره

“Sesungguhnya ada perbezaan di antara hukum secara umum ke atas suatu perbuatan (atau perkara yang dianggap kufur) dengan individu tertentu yang mengaplikasikan perbuatan tersebut pada dirinya.

Terdapat dua golongan yang keliru dalam masalah ini:

1 – Kelompok yang menganggap bahawa seseorang tidak boleh dikafirkan sama sekali. Mereka menutup pintu kemurtadan dengan dalih bahawa amat sulit/sukar untuk menerapkan perkara tersebut ke atas seseorang kerana tidak adanya syarat-syarat takfir, atau kerana adanya sesuatu penghalang. Perkara tersebut sebagaimana yang telah kami isyaratkan sebelumnya pada perbahasan berkaitan perkataan Murji’ah (Murji’ah: salah satu kelompok sesat yang meyakini bahawa iman hanya dengan hati dan amal tidak memainkan peranan penting dalam naik dan turunnya iman – pen.) bahawa tidak dapat dikafirkan melainkan orang yang mendustakan dengan hatinya. Maksudnya di sini, kita tidak dapat menjatuhkan hukum kafir ke atas individu tertentu disebabkan perkataan dan perbuatannya yang kufur (walaupun perbuatannya tersebut jelas membatalkan keislamannya), kerana mungkin pada dirinya masih ada keimanan di hati (pembenaran hati).

2 – Kelompok yang mengatakan - apabila ada hukum yang menyatakan sesuatu perbuatan itu kafir secara umum, bererti sesiapa sahaja yang melakukan perbuatan tersebut, ia pun dijatuhkan hukum kafir tanpa melihat keadaan setiap individu tersebut secara terprinci bagi memastikan adakah setiap syarat takfir (pengkafiran) telah dipenuhi atau belum berserta semua penghalang dan takwilan telah luput atau belum.

Adapun Ahlus Sunnah wal-Jama’ah, mereka tidak mengatakan bahawa individu tersebut tidak mengatakan bahawa individu tersebut tidak dapat dihukum kafir sama sekali, sebagaimana juga mereka tidak menjatuhkan hukum kafir kepada setiap individu (muslim) yang melakukan amalan kekafiran tanpa melihat faktor-faktor kelayakannya.

Sekiranya kita melihat kepada sikap para salaf (ulama generasi awal) rahimahullah, tentu kita akan dapati mereka banyak menjatuhkan hukum kafir kepada beberapa bentuk perbuatan, bid’ah-bid’ah, perkataan-perkataan, dan seumpamanya. Akan tetapi, di ketika mereka mahu mengaplikasikannya pada tempatnya dengan mengkafirkan individu tertentu, mereka terlebih dahulu melakukan penelitian (perincian) yang sangat ketat dalam penerapannya. Ini adalah kerana orang yang terjerumus ke dalamnya boleh jadi jahil, atau mentakwil dengan takwilan yang dapat diterima, atau baru sahaja memeluk Islam (muallaf: dalam peringkat belajar dan banyak perkara yang tidak diketahui) serta banyak perkara tertentu yang menghalangnya untuk menjatuhkan hukum kafir dengan serta-merta.

Imam Ahmad dan ulama lainnya menyatakan secara umum bahawa fahaman Jahmiyah itu kafir, menafikan sifat Allah itu kafir, mengatakan al-Qur’an makhluk itu kafir, mengingkari ru’yatullah (melihat Allah) itu kafir, dan mengingkari takdir juga kafir. Tetapi, mereka tidak serta-merta mengkafirkan individu tertentu (yang melakukan perkara tersebut) melainkan hanya sedikit iaitu orang-orang yang telah jelas kekafirannya dengan telah cukup syarat-syaratnya dan tiada lagi takwil penghalangnya. Berdasarkan ini semua, hukum-hukum kemurtadan ditegakkan ke atas mereka, sama ada dengan bunuh atau seumpamanya. (Rujuk: Risalah al-Hukmu bi Ghairi ma Anzalallah, m/s. 372-373. Dinukil dari: Dr. ‘Abdullah B. ‘Abdul ‘Aziz al-Jibrin, Dhowabithu Takfir al-Mu’ayyan: http://www.alukah.net)

Syarat-syarat Takfir (Pengkafiran)

1 – Pelaku Kekufuran Tersebut Telah baligh dan berakal.

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

رفع القلم عن ثلاثة: عن النّائم حتى يستيقظ، وعن الصّغير حتى يكبر، وعن المجنون حتى يعقل، أو يفيق

“Ada tiga golongan yang kesalahannya tidak diambil kira: 1 – Orang yang sedang tidur sehingga ia bangun, 2 – anak kecil sehingga ia dewasa (baligh), 3 – dan orang gila sehingga ia kembali waras.” (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 41/224, no. 24694. Dinyatakan jayyid sanadnya oleh Syu’aib al-Arnauth dan dinilai sahih oleh al-Albani)

إنّ الرّدّة لا تصحّ إلاّ من عاقل فأما مَن لا عقل له كالطّفل الذي لا عقل له والمجنون، ومَن زال عقله بإغماء أو نوم أو مرض، أو شرب دواء يباح شربه، فلا تصحّ ردّته ولا حكم بكلامه بغير خلاف

Kemurtadan tidak dianggap sah melainkan jika dilakukan oleh orang yang berakal. Adapun orang yang tidak berakal seperti kanak-kanak kecil yang belum sempurna akalnya, orang yang gila, orang yang kehilangan akal disebabkan pengsan, tidur, sakit, atau kerana mengambil ubat, maka kemurtadannya tersebut tidak dianggap sah dan perkataannya tidak diambil kira tanpa ada perselisihan di antara para ulama. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 19/446)

2 – Perkataan atau Perbuatan Kekafiran Tersebut Dilakukan Tanpa Paksaan.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

مَنْ كَفَرَ بِاللَّهِ مِنْ بَعْدِ إِيمَانِهِ إِلا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالْكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

“Sesiapa yang kafir kepada Allah setelah dia beriman (dia mendapat kemurkaan Allah), kecuali orang yang dipaksa kafir sedangkan di dalam hatinya tetap tenang dalam keadaan beriman (dia tidak berdosa), tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan mereka akan mendapat azab yang besar.” (Surah an-Nahl, 16: 106)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 778) menyatakan bahawa,

اتّفق العلماء على أنّه يجوز أن يوالي المكرَه على الكفر إبقاءً لمهجته، ويجوز أن يَسْتَقْتل كما كان بلال يأبى عليهم وهم يفعلون به الأفاعيل

“Para ulama telah bersepakat, mereka yang dipaksa dibenarkan melakukan kekufuran demi menjaga keselamatan nyawanya. Namun, ia juga dibolehkan mempertaruhkan diri mengharungi maut sebagaimana dahulu Bilal radhiyallahu ‘anhu enggan memenuhi permintaan kaum musyrikin walaupun mereka menyiksanya dengan pelbagai jenis siksaan.” (Tafsir Ibn Katsir, 4/606)

Udzur turut diberikan kepada mereka yang melakukan kekufuran dalam keadaan di luar kesengajaan atau kesedaran seperti di ketika terlalu marah, sedih, atau gembira. Ini adalah sebagaimana kisah yang disebutkan dalam Shohih Muslim berkenaan seorang lelaki yang kehilangan untanya di tengah padang pasir. Dalam kisah tersebut dinyatakan bahawa pada ketika lelaki tersebut telah putus asa, tiba-tiba ia menemui untanya berdiri di sisinya. Maka iapun segera memegang tali untanya tersebut lalu berkata dengan penuh perasaan kegembiraan,

ثُمَّ قَالَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ اللَّهُمَّ أَنْتَ عَبْدِي وَأَنَا رَبُّكَ أَخْطَأَ مِنْ شِدَّةِ الْفَرَحِ

“Ya Allah, Engkau adalah hambaku, dan aku adalah tuhan-Mu.” Beliau telah mengucapkan sesuatu yang salah (tersasul) disebabkan terlalu gembira yang luar biasa. (Hadis Riwayat Muslim, Kitab at-Taubah, 13/296, no. 4932)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

فإذا اجتمع القصد والدّلالة القولية أو الفعلية ترتب الحكم. هذه قاعدة الشّريعة، وهي من مقتضيات عدل الله وحكمته ورحمته، فإن خواطر القلوب وإرادة النّفوس لا تدخل تحت الاختيار، فلو ترتبت عليها الأحكام لكان في ذلك أعظم حرج ومشقّة على الأمّة،ورحمة الله وحكمته تأبى ذلك،والغلط والنسيان والسهو وسبق اللسان بما لا يريده العبد بل يريد خلافه والتّكلم به مكرهاً وغير عارفٍ لمقتضاه، من لوازم البشرية لا يكاد ينفك الإنسان من شيء منه، فلو رتب عليه الحكم لحرجت الأمّة وأصابها غاية التّعب والمشقّة، فرفع عنها المؤاخذة بذلك كلّه حتى الخطأ في اللفظ من شدّة الفرح والغضب، والسكر كما تقدمت شواهده، وكذلك الخطأ والنسيان والإكراه والجهل بالمعنى، وسبق اللسان بما لم يرده، والتّكلم في الإغلاق ولغو اليمين، فهذه عشرة أشياء لا يؤاخذ الله بها عباده بالتّكلم في حال منها لعدم قصده وعقد قلبه الذي يؤاخذ به

“Apabila niat dan perkataan atau perbuatan bertemu, maka pada ketika itu barulah diterapkan hukum. Ini merupakan kaedah syari’at. Dan ini pulalah bukti dari keadilan Allah, hikmah dan kasih-sayang-Nya. Kerana perkara-perkara yang terdetik di dalam hati, juga kehendak jiwa, boleh muncul dengan begitu sahaja tanpa kawalan. Sekiranya perkara tersebut memiliki hukum tersendiri, sudah tentu akan mengakibatkan beban dan kesukaran yang amat berat bagi umat. Kasih-sayang dan hikmah Allah tidak menghendaki keadaan ini berlaku.

Kekhilafan (kesilapan), kelupaan, kelalaian, ucapan yang keluar dari lisan seseorang tanpa dikehendaki, padahal sebenarnya ia menginginkan sebaliknya, mengucapkan sesuatu kerana paksaan atau dalam keadaan tidak mengetahui kesan/kedudukan ucapan tersebut, ini semua termasuk sifat/karektor yang tidak dapat dielakkan oleh manusia. Bahkan hampir semua orang tidak mampu terlepas darinya. Sekiranya perkara tersebut memiliki hukuman, nescaya umat akan ditimpa kesusahan dan beban yang amat berat.

Oleh sebab itu, umat ini tidak berhak dikenakan hukuman disebabkan bentuk-bentuk fenomena seperti disebutkan. Termasuk kekeliruan tutur kata akibat keadaan terlalu gembira, marah yang menggelegak, dan mabuk, sebagaimana telah kami sebutkan contoh-contohnya di hadapan. Demikian pula kekhilafan, kelupaan, keterpaksaan, ketidakfahaman, ucapan yang keluar dari lisan tanpa terasa atau tanpa sedar, sumpah yang keluar dari lisan tanpa ada maksud untuk bersumpah. Sepuluh keadaan ini sekiranya terjadi ke atas diri seseorang hamba, maka Allah tidak akan menimpakan hukuman ke atasnya. Kerana dalam hatinya tidak ada tujuan dan niat, di mana perkara inilah yang menyebabkan seseorang hamba berhak dikenakan hukuman. (I’lam al-Muwaqqi’in, 3/105-106)

Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam,

إنّ الله وضع عن أمّتي: الخطأ، والنّسيان، وما استكرهوا عليه

“Sesungguhnya Allah mengampuni kesalahan umatku: Kelupaan mereka dan perbuatan yang dilakukan kerana paksaan.” (Hadis Riwayat Ibnu Majah, 6/217, no. 2035. Dinilai sahih oleh al-Albani)

3 - Tidak Boleh Menghukum Seseorang Muslim Yang Melakukan Kekafiran Melainkan Setelah Ditegakkan Hujah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:

وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا أَلَمْ يَأْتِكُمْ رُسُلٌ مِنْكُمْ يَتْلُونَ عَلَيْكُمْ آيَاتِ رَبِّكُمْ وَيُنْذِرُونَكُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَذَا قَالُوا بَلَى

“Dan penjaga-penjaga berkata kepada mereka, “Adakah belum pernah datang kepadamu rasul-rasul dari kalangan kamu yang membacakan ayat-ayat Tuhanmu dan memberi peringatan kepadamu akan pertemuan dengan harimu ini?” Mereka menjawab, “Ya benar ada.”.” (Surah az-Zumar, 39: 71)

رُسُلا مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ لِئَلا يَكُونَ لِلنَّاسِ عَلَى اللَّهِ حُجَّةٌ بَعْدَ الرُّسُلِ

“Para Rasul adalah pembawa berita gembira dan pemberi peringatan, supaya tidak ada lagi alasan bagi manusia untuk membantah Allah setelah rasul-rasul tersebut diutuskan.” (Surah an-Nisaa’, 4: 165)

وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولا

“Dan Kami tidak akan mengazab, sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (utusan).” (Surah al-Isra’, 17: 15)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) menjelaskan:

إخبار عن عدله تعالى، وأنّه لا يعذّب أحداً إلاّ بعد قيام الحجّة عليه بإرسال الرّسول إليه

“Ayat tersebut merupakan bentuk pemberitahuan tentang keadilan Allah Ta’ala, di mana Dia tidak akan menyiksa seseorang, melainkan setelah ditegakkan hujjah dengan diutuskan seorang Rasul kepadanya.” (Tafsir Ibnu Katsir, 5/52)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda,

والذي نفس محمّد بيده لا يسمع بِي أحدٌ من هذه الأمّة يهودي ولا نصراني، ثم يموت ولم يؤمن بالذي أرسلتُ به إلاّ كان من أصحاب النّار

“Demi Allah yang jiwa Muhammad di Tangan-Nya, tidaklah seseorang dari umat ini mendengar berita tentang diriku, sama ada dia itu orang Yahudi atau Nashrani, kemudian ia mati dalam keadaan belum sempat untuk beriman kepada risalah yang aku bawa, melainkan ia akan termasuk dari kalangan penghuni Neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, Kitab al-Iman, 1/365, no. 218)

Al-Qadhi ‘Iyadh rahimahullah (Wafat: 544H) menjelaskan lagi dari hadis tersebut dengan katanya,

فيه دليل على أنّ مَن في أطراف الأرض، وجزائر البحر المقطعة مِمَن لم تبلغه دعوة الإسلام ولا أمر النبي أنّ الحرج عنه في عدم الإيمان ساقط

“Ini menunjukkan bahawa sesiapa yang berada di hujung dunia atau kepulauan terpencil, lalu dakwah Islam dan berita tentang Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam belum pernah sampai kepadanya, lalu sekiranya ia tidak beriman, maka ia dimaafkan.” (al-Qadhi ‘Iyadh, Ikmal al-Mu’alim Syarah Shohih Muslim, 1/308)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata,

وإذا عرف هذا فتكفير المعيّن من هؤلاء الجهّال وأمثالهم، بحيث يحكم عليه بأنّه من الكفّار. لا يجوز الإقدام عليه إلاّ بعد أن تقوم على أحدهم الحجّة الرسالية التي يتبيّن بها أنّهم مخالفون للرّسل، وإن كانت هذه المقالة لا ريب أنّها كفر. وهكذا الكلام في تكفير جميع المعيّنين ... ومن ثبت إيمانه بيقين لم يزل ذلك عنه بالشّكّ، بل لا يزول إلاّ بعد إقامة الحجّة وإزالة الشّبهة

“Tidak boleh menjatuhkan hukum kafir secara khusus ke atas orang-orang yang tidak tahu (jahil) atau yang seumpamanya, dalam ertikata menghukum mereka sebagai orang kafir. Melainkan setelah ditegakkan hujjah yang jelas yang dengannya mereka menjadi tahu (faham) bahawa diri mereka telah menyelisihi para rasul. Walaupun sebenarnya perbuatan yang mereka lakukan tersebut (secara zahirnya) tidak dapat dinafikan ianya termasuk ke dalam kekufuran. Inilah kaedah yang perlu diterapkan dalam masalah takfir terhadap individu tertentu....

.... Sesiapa yang telah jelas diyakini telah beriman (walaupun telah melakukan kesalahan yang secara zahirnya kafir), tidak boleh dijatuhkan hukuman kafir (hilang keimanan) dengan hanya berdasarkan alasan yang samar. Bahkan keimanannya tidak boleh dihukumkan telah hilang terhadapnya melainkan setelah ditegakkan hujah kepadanya dan syubhat yang ada di kepalanya dibersihkan.” (Majmu’ al-Fatawa, 12/500-501)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

إنّ العذاب يستحق بسببين:
أحدهما: الإعراض عن الحجّة وعدم إرادتها والعمل بها، وبموجبها.
الثّاني: العناد لها بعد قيامها وترك إرادة موجبها.
فالأوّل: كفر إعراض. والثّاني: كفر عناد.
وأما كفر الجهل مع عدم قيام الحجّة، وعدم التمكن من معرفتها، فهذا الذي نفى الله التّعذيب عنه، حتى تقوم حجة الرّسل

Seseorang berhak menerima azab disebabkan dua keadaan:

Pertama: Tidak peduli dengan dalil, tidak menghendakinya, juga enggan mengamalkannya atau menerima/mengakui kewajibannya.

Kedua: Membangkang setelah mengetahui dalil dan meninggalkan sesuatu yang diperintahkan dalil tersebut.

Jenis yang pertama dinamakan kufur i’radh (ketidakpedulian), dan jenis kedua dinamakan kufur ‘inad (keangkuhan/sombong).

Adapun seseorang yang melakukan kekufuran disebabkan ketidaktahuan, disebabkan dalil belum dijelaskan kepadanya, serta ia tidak memiliki kemampuan untuk mengetahuinya, maka nescaya Allah tidak akan mengazabnya. Melainkan setelah dalil-dalil yang dibawa oleh para Rasul dijelaskan kepadanya. (Thariq al-Hijratain, m/s. 611)

4 – Ia melakukannya bukan kerana takwil (anggapan bahawa perbuatannya tersebut adalah benar disebabkan terkeliru) atau syubhat.

Maksud Takwil:

والتأويل هو: أن يرتكب المسلم أمرًا كفريًّا، معتقدًا مشروعيته، أو إباحته له؛ لدليل يرى صحته، أو لأمر يراه عذرًا له في ذلك، وهو مخطئ في ذلك كله

Iaitu seseorang Muslim yang melakukan kekufuran dengan keyakinan (anggapan) bahawa perkara tersebut disyari’atkan atau dibolehkan berdasarkan dalil yang difahami benar, atau dalam makna yang lain, ia dimaafkan (atas kekeliruannya) sementara ia salah dalam setiap anggapannya tersebut. (Dr. ‘Abdullah B. ‘Abdul ‘Aziz al-Jibrin, Dhawabithuhu Takfir al-Mu’ayyan: http://www.alukah.net)

إن المتأوِّل الذي قصد متابعة الرسول - صلى الله عليه وسلم - لا يكفر؛ بل ولا يفسق، إذا اجتهد فأخطأ، وهذا مشهور عند الناس في المسائل العملية، وأما مسائل العقائد فكثير من الناس كفَّر المخطئين فيها، وهذا القول لا يُعرف عن أحد من الصحابة والتابعين لهم بإحسان، ولا عن أحد من أئمة المسلمين، وإنما هو في الأصل من أقوال أهل البدع الذين يبتدعون بدعة ويكفرون من خالفهم كالخوارج والمعتزلة والجهمية

Individu yang mentakwil dengan tujuan mengikuti Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, ia tidak dikafirkan. Ia juga tidak dilabel sebagai fasiq apabila ia telah berijtihad (berusaha sedaya-upaya dengan kemampuan dan ilmunya) lalu tersalah. Ini suatu yang masyhur di kalangan awam dalam permasalahan ibadah. Adapun dalam permasalahan ‘aqidah, ramai orang yang bertindak mengkafirkan mereka yang salah. Padahal, pendapat ini tidak diketahui oleh seorang pun daripada sahabat dan Tabi’in yang berjalan di atas prinsip yang benar ataupun juga dari para imam kaum muslimin. Sebenarnya pendapat yang mengkafirkan pelaku takwil tersebut (secara khusus) adalah dari kalangan ahlul bid’ah yang memiliki kebiasaan menciptakan bid’ah lalu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak selari dengan pendapat mereka seperti kaum khawarij, Muktazilah, dan Jahmiyah. (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 5/161-162)

Firman Allah:

رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا

“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami sekiranya kami lupa atau kami bersalah.” (Surah al-Baqarah, 2: 286)

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

والمتأول المخطىء مغفور له بالكتاب والسنة قال الله تعالى في دعاء المؤمنين ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا وثبت في الصحيح أن الله عز وجل قال قد فعلت وفي سنن أبن ماجه وغيره أن النبي صلى الله عليه وسلم قال إن الله تجاوز لي عن أمتي الخطأ والنسيان

Orang yang tersalah faham (keliru dalam memahami dalil), dosanya diampuni berdasarkan al-Kitab dan as-Sunnah. Allah Ta’ala menceritakan permohonan kaum mukminin, “Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami sekiranya kami lupa atau kami bersalah.” Lalu dijawab-Nya, sebagaimana diriwayatkan dalam hadis qudsi di Shohih al-Bukhari, “Ya, Aku telah memperkenankannya.”

Nabi juga bersabda, sebagaimana diriwayatkan dalam Sunan Ibnu Majah dan selainnya, “Sesungguhnya Allah memaafkan kesalahan dan keterlupaan umatku.” (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah, 4/265)

Syaikh ‘Abdur Rahman B. Nashir as-Sa’di rahimahullah berkata:

إنّ المتأوّلين من أهل القبلة الذين ضلّوا وأخطأوا في فهم ما جاء به الكتاب والسّنة، مع إيمانهم بالرسول، واعتقادهم صدقه في كلّ ما قال، وأنّ ما قاله كلّه حقّ، والتزموا ذلك، لكنهم أخطأوا في بعض المسائل الخبريّة أو العمليّة، فهؤلاء دلّ الكتاب والسّنة على عدم خروجهم من الدّين، وعدم الحكم لهم بأحكام الكافرين، وأجمع الصّحابة ـ رضي الله عنهم ـ والتّابعون ومَن بعدهم من أئمة السّلف على ذلك

Kaum muslimin yang melakukan takwilan/tafsiran (dalam usaha memahami agama), lalu ia tersesat dan keliru dalam memahami al-Kitab dan as-Sunnah, dalam keadaan mereka beriman kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, meyakini kejujurannya dan kebenaran setiap sabdanya, serta berpegang teguh dengan prinsip ini. Tetapi mereka terkeliru (tersalah) dalam beberapa bentuk permasalahan khabariyyah (aqidah) dan amaliyah (fiqih), mereka tidak boleh dijatuhi hukuman keluar dari agama Islam, juga tidak boleh diperlakukan padanya hukum yang khusus sebagaimana diperlakukan ke atas orang-orang kafir sebagaimana dijelaskan dalam al-Kitab dan as-Sunnah. Kaedah ini telah pun disepakati oleh para sahabat (radhiyallahu ‘anhum), tabi’in, serta para ulama salaf setelah mereka. (al-Irsyad ila Ma’rifatul Ahkam, m/s. 207)

أن المبتدعة الواقعين في المكفر ثلاثة أقسام: قسم لا يُعذر؛ بل يكفر؛ لمعرفته بالحق، وإصراره على المخالفة، وقسم آثِم؛ لعدم بحثِه عنِ الحق، وقسم ربما كان مغفورًا له؛ لجهله مع حرصه على معرفة الحق، ولكن لم يتيسر له من يعلمه إيَّاه

Bahawasanya ahlul bid’ah yang terjatuh dalam kekufuran itu terbahagi kepada tiga jenis,

1 – Mereka yang tidak dapat dimaafkan. Dan mereka dikafirkan kerana mereka mengetahui hakikat kebenaran yang sebenar.

2 – Mereka yang berdosa kerana tidak berusaha mencari kebenaran.

3 – Mereka yang mungkin mendapat keampunan disebabkan kebodohannya walaupun ia telah berusaha sedaya-upaya untuk mengetahui hakikat kebenaran, akan tetapi tiada guru yang dapat mengajarnya (dengan benar). (al-Irsyad ila Ma’rifatul Ahkam, m/s. 209)

Dengan penjelasan tersebut, maka dapatlah kita ketahui dan fahami siapakah yang berhak mendapat udzur atau tidak. Mereka adalah dari kalangan orang-orang yang beragama Islam, beriman dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan meyakini segala kebenaran yang dibawa olehnya.

Dengan adanya batasan ini, orang-orang kafir dan kaum zindiq yang menyamar di sebalik tabir takwil, sama sekali mereka tidak termasuk dalam kategori ini. Kerana tujuan mereka bukanlah untuk taat kepada Allah dan mengikuti Rasul-Nya, melainkan untuk menghancurkan agama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari dasar prinsip-prinsipnya. Seperti contohnya dari kalangan kaum syi’ah Rafidhah, Bathiniyyah, dan yang seumpamanya. Kalau pun mereka memiliki takwil, takwil itu hanyalah sebagai alasan untuk mengelabui umat Islam agar makar dan tipu-daya mereka tidak diketahui umum.

Dengan itu juga, jelaslah bahawa orang-orang yang memiliki tujuan dan maksud yang busuk, seperti para pengikut hawa nafsu yang sebenarnya mengetahui hakikat kebenaran dan makna yang telah sahih dari dalil-dalil yang dibentangkan, namun mereka bertindak mentakwilkannya kerana dorongan hawa nafsu (benci dengan kebenaran) dan berniat busuk, maka takwil seperti ini tidaklah termasuk dalam kategori takwil yang berhak mendapat udzur.

Bukti-bukti Perkataan Sayyid Qutub Yang Menyeru Kepada Takfir

Bahaya Ikhwanul Muslimin

Melalui pelbagai kajian, penelitian dan tulisan para ulama, mereka akhirnya telah mengeluarkan suatu fakta dan fatwa yang begitu mengejutkan dakwah dunia Islam masa ini iaitu berkenaan siapakah sebenaranya Ikhwanul Muslimin dan bagaimanakah fikrah para tokoh-tokohnya yang sebenar.

Pelbagai tulisan daripada para ulama telah dikeluarkan dan disebarkan bagi menerangkan dan membongkaran pelbagai bentuk penyimpangan kerangka pemikiran Pertubuhan
Ikhwanul Muslimin dan para tokohnya.

Perjuangan
Ikhwanul Muslimin suatu ketika dahulu amat gah dan cukup dikenali oleh sebahagian besar umat Islam sebagai suara kebangkitan dan dakwah Islam. Namun, hakikat mereka, matlamat, usaha perjuangan, dan nama bukanlah suatu fakta yang haq untuk menyatakan bahawa mereka dari kelompok yang benar jika jelas ia menyanggahi kebenaran. Kita sebagai umat Islam berfahaman Ahlus Sunnah wal-Jama’ah yang bersikap adil, sama-samalah kita nilaikannya berdasarkan hujjah dan dalil yang tepat berdasarkan kefahaman para ulamanya umat, terutama berdasarkan kefahaman para ulama dari golongan generasi awal di atas manhaj al-Qur’an dan as-Sunnah yang akurat. Lalu, tidak sewajarnya kita cepat melenting dan melatah.

Makanya dengan ini, kemungkaran dan penyelewengan mereka (
Ikhwanul Muslimin) terhadap agama akan terus didedahkan kepada umum, agar kita semua menjadi celik dan segera menjauhi peyimpangan-penyimpangan pemikiran mereka yang berbahaya kepada aqidah dan kesatuan umat Islam masa ini.

Untuk melihat fatwa dan peringatan para ulama terhadap Pertubuhan Ikhwanul Muslimin, sila ke
http://bahaya-syirik.blogspot.com/2010/03/114-fatwa-ulama-masa-kini-terhadap.html

Sayyid Qutub Secara Ringkas

Dilahirkan di Mesir, sebuah perkampungan bernama Musha, pada 8 Oktober 1906. Dan mendapat pendidikan awal di perkampungan yang sama. Memiliki kelayakan sebagai tenaga pengajar dalam bahasa Arab dan ijazah dalam bidang Seni dan falsafah. Terkenal sebagai penulis dan pejuang pertubuhan/gerakan
Ikhwanul Muslimin. Hasil karyanya yang cukup terkenal adalah Fi Dzilalil Qur’an dan Ma’alim Fi at-Thariq. Pernah bertugas sebagai tenaga pengajar. Pernah mendapat pendidikan di barat selama beberapa tahun dan beberapa tempat yang lain, termasuk di Colorado State College of Education (sekarang dikenali sebagai University of Northern Colorado). Menyertai pertubuhan/gerakan Ikhwanul Muslimin pada sekitar tahun 1950 (atau hujung 40-an) dan menjadi seorang penulis dan pemikir. Beliau merupakan seorang tokoh dan penggerak utama dalam gerakan tersebut, sekaligus menjadi panutan (ikutan) oleh para pemuja dan pengekor Ikhwanul Muslimin (serta komponen-komponen serpihan mereka di merata dunia).

Nukilan Dari Hasil Tulisan Sayyid Qutub

Beliau (semoga Allah mengampuninya) berkata:


والمسألة في حقيقتها هي مسألة كفر وإيمان، مسألة شرك وتوحيد، مسالة جاهلية وإسلام، وهذا ما ينبغي أن يكون واضحاً...، إن الناس ليسوا مسلمين ـ كما يدّعون ـ وهم يحيون حياة الجاهلية، وإذا كان فيهم مَن يحب أن يخدع نفسه، أو يخدع الآخرين، فيعتقد أن الإسلام ممكن أن يستقيم مع هذه الجاهلية، فله ذلك، ولكن انخداعه أو خداعه لا يغيّر من حقيقة الواقع شيئاً، ليس هذا إسلاماً، وليس هؤلاء مسلمين

Dan yang menjadi masalah yang sebenarnya adalah di antara kufur dan iman, syirik dan tauhid, jahiliyyah dan Islam. Dan perkara ini wajib diketahui dengan jelas. Umat manusia sekarang bukanlah orang-orang Islam, walaupun mereka mendakwa perkara tersebut. Kerana mereka hidup dalam keadaan jahiliyyah. Terserah, sekiranya ada orang yang lebih memilih untuk membohongi dirinya sendiri atau membohongi orang lain, dengan mengatakan mungkin sahaja Islam akan ditegakkan dalam suasana jahiliyyah ini. Namun, perkara tersebut tidaklah akan mengubah sedikitpun kenyataan yang sebenarnya. Ini bukanlah Islam dan mereka bukanlah umat Islam (kaum muslimin). (Sayyid Qutub, Ma’alim fii ath-Thariq, m/s. 158)

لقد استدار الزمان كهيئته يوم جاء هذا الدين بلا إله إلاّ الله، فقد ارتدت البشرية إلى عبادة العباد وإلى جور الأديان، ونكصت عن: لا إله إلاّ الله...

البشرية بجملتها بما فيها أولئك الذين يرددون على المآذن في مشارق الأرض ومغاربها كلمات: (لا إله إلاّ الله) بلا مدلول ولا واقع...، وهؤلاء أثقل إثماً وأشدّ عذاباً يوم القيامة؛ لأنهم ارتدّوا إلى عبادة العباد-من بعد ما تبيّن لهم الهدى-، ومن بعد أن كانوا في دين الله

Seluruh umat manusia, termasuk mereka yang selalu mengumandangkan kalimat laa ilaaha illallah. Umat manusia telah murtad dan kembali kepada penyembahan makhluk, serta kembali kepada amalan/tabiat agama-agama. Mereka meninggalkan laa ilaaha illallah.

Seluruh umat manusia termasuk mereka yang selalu mengumandangkan kalimat laa ilaaha illallah di menara-menara seluruh penjuru bumi, namun tanpa praktikal mahu pun realiti sebenar. Malah dosa dan azab mereka lebih berat kelak di hari kiamat kerana mereka telah murtad dan kembali kepada penyembahan makhluk setelah sebelumnya mereka mengenal dengan jelas petunjuk Allah dan memeluk agama-Nya. (Sayyid Qutub, Fii Dzilalil Qur’an, 2/1057, ketika beliau menghuraikan Surah al-An’am, 6: 12)

Beliau juga berkata (menegaskan) di dalam kitabnya Fii Dzilalil Qur’an:

إنه ليس على وجه الأرض اليوم دولة مسلمة، ولا مجتمع مسلم، قاعدة التعامل فيه هي شريعة الله، والفقه الإسلامي

Bahawasanya ketika ini tidak ada lagi di muka bumi ini negara Islam atau pun masyarakat Islam. Semuanya perlu dinilai berdasarkan syari’at Allah dan fiqh Islam (kaedah Syara’). (Fii Dzilalil Qur’an, 4/2122)

Bantahan dan Komentar Para Ulama Terhadap Perkataan Takfir Sayyid Qutub

Syaikh Dr. Ibrahim B. ‘Amir ar-Ruhaili hafizahullah mengulas perkataan Sayyid Qutub tersebut dengan katanya:

لأنه الإمام المعظَّم عند كثير من الإخوان، ومَن تأثر بمنهجهم؛ ولأن كتبه أكثر انتشاراً وأعظم تأثيراً من غيرها، حتى إنه لقد افتتن بها بعض المنتسبين للسنة، وإلا فكتب (الإخوان) مليئة بالعبارات المكفّرة لحكام المسلمين وللمجتمعات الإسلامية اليوم

Beliau adalah salah seorang imam (pemimpin) yang diagungkan oleh kebanyakan pengikut Ikhwanul Muslimin serta orang-orang yang terpengaruh/terkesan dengan pemikiran mereka. Sekiranya dibuat perbandingan dengan yang selainnya, buku-buku beliaulah antara yang paling banyak tersebar dan paling berpengaruh (memberi kesan) dalam pembentukan ideologi takfir. Sehingga sebahagian orang yang menisbahkan diri mereka kepada Ahlus Sunnah juga turut terkesan (terpengaruh). Dan perlu juga kita ketahui bahawa buku-buku Ikhwanul Muslimin yang lain turut dipenuhi dengan kenyataan-kenyataan pengkafiran terhadap pemerintah umat Islam dan rakyatnya pada hari ini. (Ibrahim B. ‘Amir ar-Ruhaili, at-Takfir wa Dhowabithuhu, m/s. 32)

Kemudian, beliau berkata lagi:

إلى غير ذلك مما جاء في كتب (سيد قطب) من أمثال هذه النصوص الصريحة، التي لا تحتمل أي تأويل في تكفير علماء وحكام المسلمين وسائر أفراد الأمة الإسلامية، حتى المؤذنين على المآذن، هم عند سيد كفار مرتدّون، أثقل إثماً وأشدّ عذاباً من غيرهم.

فمن هذه الكتب وأمثالها تلقى بعض التكفيريّين المعاصرين منهجهم، وفكرهم القائم على تكفير المجتمعات الإسلامية، وما ترتب على ذلك من اغتيالات وتفجيرات وسفك للدماء المعصومة في كثير من أقطار المسلمين وخارجها

Masih banyak lagi dalam pelbagai tulisan (buku) Sayyid Qutub tentang perkataan-perkataan yang serupa, yang tidak mungkin lagi dapat difahami melainkan bahawa beliau telah mengkafirkan para ulama, pemerintah umat Islam serta seluruh masyarakat Islam. Sehingga para mu’adzin, menurut Sayyid Qutub semuanya adalah kafir dan murtad, malah lebih berat dosa dan azabnya berbanding yang lain.

Dari buku-buku inilah dan yang seumpamanya, sebahagian pembela ideologi takfir (pengkafiran) abad ini memperolehi semangat (sumber inspirasi) untuk mengembangkan ideologi takfir seterusnya, yang dibina dengan pengkafiran ke atas umat Islam. Kesannya kini mengakibatkan fitnah pembunuhan, pengeboman, dan pertumpahan darah orang-orang yang tidak bersalah di pelbagai wilayah umat Islam dan selainnya. (Ibrahim B. ‘Amir ar-Ruhaili, at-Takfir wa Dhowabithuhu, m/s. 32)

Pemikiran takfir (pengkafiran ke atas umat Islam) oleh Sayyid Qutub ini telah tersebar melalui banyak tulisan-tulisannya sehingga telah diakui oleh tokoh-tokoh Ikhwanul Muslimin sendiri yang antaranya adalah:

1 - Dr. Yusuf al-Qaradhawi, dengan katanya:

في هذه المرحلة ظهرت كتب الشهيد سيد قطب، التي تمثل المرحلة الأخيرة من تكفيره، والتي تنضح بتكفير المجتمع، وقطع العلاقة مع الآخرين، وإعلان الجهاد الهجومي على الناس كافة

Pada ketika ini, telah muncul buku-buku asy-Syahid Sayyid Qutub yang menggambarkan fasa terakhir dari ideologi takfirnya. Iaitu pengkafiran masyarakat (Islam), pengasingan/pemisahan diri, dan deklarasi (pengistiharan) jihad untuk memerangi seluruh umat manusia. (Rujuk: al-Qaradhawi, Aulawiyyat al-Harakah al-Islamiyyah, m/s. 110)

2 - Berkata Farid ‘Abdul Kholiq (bekas mursyid Ikhwanul Muslimin):

ويقول فريد عبد الخالق: ((ألمعنا فيما سبق إلى أن نشأة فكر التكفير بدأت يبن شباب بعض الإخوان في سجن القناطر في أواخر الخمسينات وأوائل السّتّينات، وأنهم تأثروا بفكر الشهيد سيد قطب وكتاباته، وأخذوا منها أن المجتمع في جاهلية، وأنه قد كفر حكامه الذين تنكروا لحاكمية الله بعدم الحكم بما أنزل الله ومحكوموه؛ إذ رضوا بذلك))

Telah kami bentangkan di hadapan, bahawa kemunculan ideologi takfir ini, dimulakan di tengah-tengah para pemuda (aktivis) Ikhwanul Muslimin, dalam penjara al-Qanathir (di Kairo, Mesir), pada akhir tahun lima puluhan dan awal tahun enam puluhan. Sebagai kesan daripada pemikiran asy-Syahid Sayyid Qutub dan tulisan-tulisannya. Dari pemikiran dan tulisan inilah, mereka mengambil kesimpulan bahawa masyarakat sekarang ini berada dalam keadaan jahiliyyah dan pemerintah umat Islam telah kafir, kerana dianggap tidak mengakui hukum Allah, disebabkan mereka tidak menerapkan hukum-Nya. Begitulah pula para rakyat dianggap telah kafir, kerana mereka turut meredhai perkara tersebut. (Rujuk: al-Ikhwan al-Muslimun fii Mizan al-Haq, m/s. 115)

3 - Berkata Salim al-Bahnasawi:

ويقول سالم البهنساوي في كتابه: (الحكم وقضية تكفير المسلم): ((ولقد نقل سيد قطب بعض أقوال المودودي وأبرزها في كتاباته، وعلى الأخص الجزء السابع من الظلال، ثم جاء قوم ورتبوا على هذا وغيره أن المسلمين قد كفروا؛ لأنهم ينطقون بشهادة لا يعرفون معناها، ولا يعملون بمضمونها، ومهما صلّوا وصاموا وحجّوا وزعموا أنهم مسلمون، فلن يغيّر ذلك من كفرهم شيئاً))

Sayyid Qutub telah menukil perkataan-perkataan al-Maududi dan membentangkannya ke dalam buku-buku beliau, terutamanya dalam jilid ketujuh dari adz-Dzilal. Kemudian mencullah sekelompok orang yang mengambil kesimpulan dari keterangan-keterangan tersebut dan yang lainnya bahawa umat Islam telah kafir. Ini adalah kerana mereka (umat Islam) mengucapkan kalimah syahadah, namun tidak mengetahui maknanya serta tidak mengamalkan kandungannya. Walaupun mereka solat, puasa, berhaji, dan mengaku sebagai muslim. Perkara tersebut sama sekali tidak dapat mengubah status kekafiran mereka. (Rujuk: al-Hukm wa Qadhiyyah Takfir al-Muslim, m/s. 50)

4 - Ali Jariisyah pula berkata:

وفي الحديث انشقت مجموعة على جماعة إسلامية كبيرة إبان وجودهم في السجون، ومع ذلك لجأت تلك المجموعة إلى تكفير الجماعة الكبيرة؛ لأنها لا تزال على رأيها في تكفير الحاكم وأعوان الحاكم ثم المجتمع كله، ثم انشقت المجموعة المذكورة إلى مجموعات كثيرة كلّ منها يكفّر الآخر

Ketika ini, sekelompok orang yang memisahkan diri dari Jama’ah Islamiyah yang asal (yang besar/induk asal), di ketika meringkuknya mereka di penjara. Bersamaan dengan itu, mereka mengkafirkan Jama’ah yang asal, disebabkan mereka tetap dengan pendiriannya bahawa pemerintah, para kakitangannya, dan seluruh rakyat dianggap telah kafir. Kemudian serpihan kelompok tersebut berpecah lagi menjadi kelompok-kelompok yang lain, yang saling mengkafirkan di antara satu dengan yang lain. (al-Ittijahat al-Fikriyyah al-Mu’ashirah, m/s. 279)

Nasihat Para Ulama Berkaitan Pemikiran Sayyid Qutub

Penjelasan daripada Syaikh ‘Abdullah B. Muhammad ad-Duwaisy rahimahullah pada mukaddimah bukunya yang membahaskan kesalahan-kesalahan dalam Kitab Fii Dzilalil Qur’an, katanya:

فقد كثر السؤال على كتاب ظلال القران لمؤلفه سيد قطب ولم اكن قد قرأته فعزمت على قراءته فقراته من أوله إلى آخره فوجدت فيه أخطاء في مواضع خصوصا ما يتعلق بعقيدة أهل السنة والجماعة وعلم السلوك فأحببت التنبيه على ذلك لئلا يغتر به من لا يعرفه

Banyak pertanyaan berkaitan kitab Fii Dzilalil Qur’an yang ditulis oleh Sayyid Qutub. Sedangkan aku belum membacanya, maka aku pun berniat untuk membacanya dari awal hingga akhir. Setelah aku baca, ternyata terdapat banyak kesalahan di beberapa tempat, khususnya perkara-perkara yang menyentuh isu-isu aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah dan akhlak. Untuk itu, aku pun berusaha untuk memberi peringatan kepada orang-orang yang tidak mengetahuinya supaya tidak terpedaya dengannya. (Mukaddimah kitab beliau, al-Mauridzh Zhallal Fittanbihi ‘ala Akhtha’izh Zhilal, m/s. 5 – Maktabah Darul ‘Ulyan)

Nasihat daripada Syaikh Dr. Soleh B. Fauzan al-Fauzan hafizahullah kepada para pemuda berkaitan membaca Kitab Fii Dzilalil Qur’an:

سئل الشيخ العلامة صالح الفوزان عن قراءة كتاب "ظلال القرآن" ؟

فقال: (وقراءة الظلال فيها نظر لأن الظلال يشتمل على أشياء فيها نظر كثير، وكوننا نربط الشباب بالظلال ويأخذون ما فيه من أفكار هي محل نظر. هذا قد يكون له مردود سيئ على فكار الشباب. فيه تفسير ابن كثير، وفيه تفاسير علماء السلف الكثيرة وفيها غنى عن مثل هذا التفسير

وهو في الحقيقة ليس تفسيراً، وإنما كتاب يبحث بالمعنى الإجمالي للسور، أو في القرآن بوجه عام. فهو ليس تفسيراً بالمعنى الذي يعرفه العلماء من قديم الزمان ؛ أنه شرح معاني القرآن بالآثار، وبيان ما فيها من أسرار لغوية وبلاغية، وما فيها من أحكام شرعية. وقبل ذلك كله بيان مراد الله - سبحانه وتعالى - من الآيات والسور

أما "ظلال القرآن" فهو تفسير مجمل نستطيع أن نسميه تفسيراً موضوعياً فهو من التفسير الموضوعي المعروف في هذا العصر، لكنه لا يُعتَمد عليه لما فيه من الصوفيات، وما فيه من التعابير التي لا تليق بالقرآن مثل وصف القرآن بالموسيقى والإيقاعات، وأيضاً هو لا يعنى بتوحيد الألوهية، وإنما يعنى في الغالب بتوحيد الربوبية وإن ذكر شيئاً من الألوهية فإنما يركز على توحيد الحاكمية، والحاكمية لاشك أنها نوع من الألوهية لكن ليست ] وحدها ] هي الألوهية المطلوبة، ] وهو يوؤل الصفات على طريقة أهل الضلال ]

والكتاب لا يجعل في صف ابن كثير وغيره من كتب التفسير

هذا الذي أراه ولو اختير من كتب السلف، ومن الكتب المعنية بالعقيدة والمعنية بتفسير القرآن والمعنية بالأحكام الشرعية لكان هذا أنسب للشباب

المرجع (في شريط مجموع ما قاله ابن باز حول نصيحته العامة - لقاء مع فضيلته - مكة المكرمة - 9/8/1412 ثم صححه الشيخ)

Syaikh al-‘Allamah Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan telah ditanya berkenaan membaca kitab Fii Dzilalil Qur’an.

Beliau berkata: Persoalan membaca buku adz-Dzilal masih diperdebatkan kerana azh-Zhilal mengandungi banyak perkara yang masih perlu diperdebatkan, dan bahawasanya jika kita menjadikan para pemuda bergantung dengan kitab tersebut (sebagai rujukan) dan supaya mereka mengambil pemikiran yang padanya terdapat perkara yang perlu diperdebatkan, kebarangkalian dalam hal ini adalah akan memberi kesan/akibat yang buruk kepada pemikiran para pemuda. Di sana ada tafsir Ibnu Katsir dan tafsir-tafsir ulama salaf lainnya yang banyak sekali jumlahnya yang sudah lebih dari cukup daripada tafsir seperti (Fii Dzilalil Qur’an) ini.

Pada hakikatnya kitab tersebut bukanlah kitab tafsir namun hanyalah sebuah buku yang membahaskan persoalan secara umum dari setiap surah atau al-Qur’an. Maka buku itu bukanlah tafsir dengan makna yang difahami oleh para ulama terdahulu dari masa yang lalu iaitu bahawasanya tafsir adalah penjelasan akan makna al-Qur’an dengan riwayat-riwayat (atsar) yang ada, dan penjelasan tentang segala apa yang tersembunyi di sebaliknya sama ada dari segi bahasanya mahupun keindahannya, dan segala yang terkandung di dalamnya dari hukum-hukum syara’. Dan sebelum itu semua, penjelasan yang dimaksudkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala dari ayat-ayat dan surah-surah yang ada.

Sedangkan buku Fii Dzilalil Qur’an adalah sebuah buku yang membentangkan tafsiran secara umum yang mungkin dapat kita namakannya dengan buku tafsir yang bersifat tematik iaitu di antara tafsiran yang bersifat tematik yang kita kenal di zaman sekarang ini, akan tetapi tafsir tersebut tidak dapat dijadikan sandaran (rujukan) kerana bercampur dengan pelbagai perkara bersifat kesufian dan rangkaian-rangkaian kata yang tidak sewajarnya berada dalam kitabullah, seperti mensifatkan al-Qur’an dengan muzik dan nada-nada (note muzik) dan juga penulisnya tidak prihatin terhadap tauhid uluhiyah, dan beliau memberi perhatian kepada tauhid rububiyah, dan apabila beliau sebutkan berkenaan tauhid uluhiyah maka ia memusatkannya (mengarahkannya) pula kepada tauhid hakimiyah (perundangan), dan al-hakimiyah tidak dinafikan merupakan sebahagian dari tauhid uluhiyah, akan tetapi ia bukanlah satu-satunya tauhid uluhiyah yang diinginkan (dan ia mentakwilkan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan kaedah orang-orang yang sesat).

Buku ini tidak boleh dijadikan setaraf (seiring) dengan Tafsir Ibnu Katsir dan kitab-kitab tafsir lainnya.

Inilah pendapat saya, dan jika mengambil dari kitab-kitab salaf (kitab terdahulu), dan kitab-kitab yang berbicara tentang aqidah, tafsir al-Qur’an dan hukum-hukum syara’, maka pastilah lebih sesuai (tepat) bagi para pemuda tersebut.” (Rujukan: Kaset “Majmu’ ma Qalahu Ibnu Baz Haula Nashihatihi al-Ammah”, pertemuan dengan yang mulia Syaikh, Makkah al-Mukarramah, 9/8/1412H, yang kemudiannya diteliti (disahihkan) kembali oleh Syaikh). (Rujuk: ‘Isham B. ‘Abdullah al-Sinani, Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 48-49, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Nasihat Syaikh Dr. Ibrahim B ‘Amir ar-Ruhaili hafizahullah setelah mengulas beberapa perkataan takfir Sayyid Qutub di dalam bukunya:

فإني أحذّر كلّ شاب غيور على دينه من مطالعة هذه الكتب الفكرية التي مسماها يدل على بُعدها عن الدين، فهي كتب فكرية كما يسمونها، أي: أنها حصيلة أفكار وآراء لمؤلِّفيها، وهذه الكتب لا تقل خطورة عن كتب الكلام التي حذّر منها السلف، بل هي أشدّ، فلا هي التي قامت على الأدلة ولا هي استنارت بفهم سلف الأمة، بل هي تتخبط في البدع والضلالات، والسمة البارزة لها تهييج الأمة ودعوتها إلى الخروج، والتمرد على ولاة الأمر، بدعوى كفرهم وردّتهم عن الدين، وتزهيد الشباب في العلم الشرعي، والعلماء وشغلهم بالسياسية والولوج في الفتن حتى عمّ شر هذه الكتب وعظم خطرها، وافتتن بها خلق كثير لا يعلم عددهم إلاّ الله. فإنا لله وإنا إليه راجعون

Kami mengingatkan kepada setiap generasi muda yang memiliki ghirah (semangat/kecenderungan/minat) terhadap agamanya supaya tidak membaca buku-buku pemikiran, yang judulnya sahaja telah menunjukkan jauhnya buku-buku tersebut dari ajaran agama. Buku-buku tersebut semata-mata hanyalah pendapat dan hasil pemikiran pengarangnya belaka. Buku-buku tersebut tidak kalah bahayanya berbanding buku-buku ilmu kalam (ahli falsafah) yang telah dijelaskan penyimpangannya oleh para ulama salaf, malah buku-buku pemikiran ini jauh lebih bahaya. Ia tidak dibina di atas dalil-dalil al-Qur’an dan as-Sunnah, juga tidak menjadikan kefahaman para salaf (ulama generasi awal) sebagai lampu pembimbing (penerang). Malah ia tenggelam dalam kepelbagaian bentuk bid’ah dan penyimpangan.

Ciri-ciri utama buku-buku tersebut adalah menghasut dan memprovokasi masyarakat supaya memberontak dan menentang pemerintah (para pemimpin) umat Islam. Selain itu, buku-buku tersebut juga mengajar generasi muda supaya memandang sebelah mata kepentingan ilmu-ilmu agama dan para ulama, lalu mengajak para pemuda menyibukkan diri dengan politik dan menenggelamkan mereka dalam huru-hara.

Bahaya dan bencana buku-buku ini telah bermaharajalela, sehingga begitu ramai sekali terperangkap ke dalam kesesatannya. Tidak ada yang mengetahui banyaknya jumlah mereka, melainkan hanya Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja... (Ibrahim B. ‘Amir ar-Ruhaili, at-Takfir wa Dhowabithuhu, m/s. 35)

Selain penyimpangan dalam pemikiran takfir ini, pelbagai lagi bentuk-bentuk penyimpangan yang telah dilakukan dan ditinggalkan (diwariskan) oleh Sayyid Qutub melalui karya-karyanya. Antaranya, boleh diteliti hasil kajian yang disusun oleh Syaikh Dr. Rabe’ B. Hadi al-Madkhali hafizahullah seperti melalui kitabnya, al-‘Awashim Mimma fii Kutubi Sayyid Qutub minal Qawashim, http://www.rabee.net)

Dan buku (hasil kajian) tersebut telah mendapat pengiktirafan daripada Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah, dengan katanya:

كل ما رددته على سيد قطب حقٌ صوابٌ، ومنه يتبين لكل قارئ على شيء من الثقافة الإسلامية أن سيد قطب لم يكن على معرفة بالإسلام بأصوله وفروعه. فجزاك الله خير الجزاء أيها الأخ (الربيع) على قيامك بواجب البيان والكشف عن جهله وانحرافه عن الإسلام

“Semua apa yang anda bantah ke atas Sayyid Quthub adalah haq dan benar. Dan darinya akan menjadi penjelasan bagi setiap pembaca sebagai suatu tsaqafah (peringatan/wawasan) Islamiyyah bahawa Sayyid Quthub tidaklah mengetahui secara benar hakikat Islam dari peringkat ushul (dasar) atau pun furu’ (cabang)nya. Maka semoga Allah memberikan balasan kepada anda dengan kebaikan yang banyak wahai Saudara Rabe’ di atas usaha anda dalam melaksanakan kewajiban menjelaskan dan menyingkap kejahilan serta penyimpangannya (Sayyiq Quthub) terhadap Islam.” (Rujuk: Bara’atul ‘Ulama al-A’immah min Tazkiyah Ahlil Bid’ah wal Mulazamah, m/s. 33, disemak oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan dan Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin – Maktabah al-Furqan, Cet. 2 - 1423H)

Pesan Syaikh al-Muhaddis Hammad B. Muhammad al-Anshari berkenaan hasil kepelbagaian bentuk penyimpangan milik Sayyid Qutub ini, katanya:

إن كان قائل هذا الكلام حيا فيجب أن يستتاب، فإن تاب وإلا قتل مرتدا، وإن كان قد مات فيجب أن يبين أن هذا كلام باطل ولا نكفره لأننا لم نقم عليه الحجة

Sekiranya orang yang berkata seperti ini masih hidup, perlu diminta kepadanya supaya bertaubat, sekiranya enggan, maka dia wajib dibunuh kerana murtad. Sekiranya dia telah meninggal dunia, maka wajib tampil memberi penjelasan bahawa perkataan seperti tersebut adalah perkataan yang batil dan kita tidak perlu mengkafirkannya kerana tidak mengetahui alasan kenapa beliau menyatakan demikian. (Rujuk: al-'Awashim Mimma fii Kutubi Sayyid Qutub minal Qawashim, m/s. 27)

Wallahu a’lam...

Thursday, August 12, 2010

122 - Mazhab al-Muwazanah: Di Antara Kritikan Dan Menyebut Kebaikan, Sebuah Pencerahan Berdasarkan Perkataan Para Ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah

Mazhab al-Muwazanah: Di Antara Kritikan Dan Menyebut Kebaikan, Sebuah Pencerahan Berdasarkan Perkataan Para Ulama Ahlus Sunnah wal-Jama’ah

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan ditanya:

هل يلزمنا ذكر محاسن من نحذِّر منهم ؟

Adakah perlu untuk kita menyebutkan kebaikan orang yang kita tahdzir (orang yang kita beri amaran supaya para manusia menjauhi keburukannya)?

Jawab beliau:

إذا ذكرت محاسنهم فمعنـاه أنت دعوت لاتِّباعهم، لا، لا تذكر محاسنهم. أذكر الخطأ الذي هم عليه فقط؛ لأنه ليس موكولاً إليك أن تزكي وضعهم، أنت موكول إليك بيان الخطأ الذي عندهم من أجل أن يتوبوا منه، ومن أجل أن يحذره غيرهم، والخطأ الذي هم عليه ربما يذهب بحسناتهم كلها إن كان كفرًا أو شركًا، وربما يرجح على حسناتهم، وربما تكون حسنات في نظرك وليست حسنات عند الله

Sekiranya kamu sebutkan kebaikan mereka, bermakna kamu sedang mengajak untuk mengikuti mereka. Jangan... jangan kamu sebutkan kebaikan mereka. Sebutkan kesalahan yang ada pada mereka sahaja, kerana tidak ada kewajiban ke atas kamu untuk memuji perbuatan mereka. Kamu hanyalah berkewajiban untuk menerangkan kesalahan yang ada pada mereka supaya mereka bertaubat daripada perbuatannya dan supaya manusia berwasda terhadapnya. Kesalahan yang ada pada mereka kemungkinan telah melenyapkan semua kebaikannya sekiranya kesalahan mereka tersebut merupakan kekafiran atau kesyirikan, atau adakalanya kesalahan mereka lebih besar daripada kebaikannya. Adakalanya kebaikan tersebut hanya menurut pandangan kamu sahaja tetapi bukan kebaikan di sisi Allah ‘Azza wa Jalla.

Rujuk: Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan, al-Ajwibah al-Mufiidah ‘an as-Ilatil Manaahij al-Jadiidah, no. 10.

Syaikh Jamal B. Furaihan al-Haritsi menyebutkan:

في ذكر محاسن المبتدع تغرير بالناس وإن ذكرتَ مساوئه؛ لأنهم لن ينظروا إلى المساوئ ما دمتَ أنك أثنيت عليه خيراً ولم يكن من منهج السلف الثناء على أهل البدع في النقد. فهذا الإمام أحمد – رحمه الله – لم يثنِ على حسين الكرابيسي، عندما بين حاله، وقال عنه: (( مبتدع ))، بل حذَّر منه ومن مجالسته، وكذا حذّر تحذيراً شديداً من مجالسة المحاسبي. وسيأتي نقله في حاشية رقم: ( 49 ) . وهذا أبو زرعة – رحمه الله – سئل عن الحارث المحاسبي وكتبه فقال للســائل: (( إياك وهذه الكتب، هذه كتب بدع وضلالات، عليك بالأثر )) . يخفي عليك – أخي القارئ – أن الكرابيسي والمحاسبي من بحور العلم، ولهم ردود على أهل البدع، ولكن الأول سقط في القول باللفظ في القرآن، والآخر سقط في شيء من الكلام ورَدَّ على أهل الكلام بالكلام ولم يرد بالسنة.. هذه أَهَم نقطة أنكرهـا عليه الإمام أحمـد، راجع التهذيب: ( 2/117 )، تاريخ بغداد: ( 8/215-216 )، السِّير للذهبي: ( 13/110 ) ( 12/79 ) .

(Kerana) Dalam menyebutkan kebaikan ahli bid’ah, di sana terdapat unsur-unsur penipuan terhadap orang ramai walaupun dalam masa yang sama kamu sebutkan keburukannya, kerana mereka tidak akan memandang kepada keburukan (yang perlu dijauhkan) tersebut selagi kamu memujinya dengan kebaikan. Bukanlah termasuk manhaj salaf menyanjung ahli bid’ah di ketika melakukan kritikan kepada mereka.

Kerana itulah, Imam Ahmad rahimahullah tidak memuji Husain al-Karabisi ketika menjelaskan keadaannya, beliau hanya mengatakannya sebagai ahli bid’ah, malah beliau memberi peringatan supaya menjauhinya dan supaya orang ramai tidak menyertai majlis ilmunya. Begitu jugalah di ketika beliau memberi peringatan supaya tidak menyertai majlis ilmu al-Muhasibi. Sebagaimana dinukilkan dari Hasyiahnya, no. 49.

Di ketika Abu Zur’ah rahimahullah ditanya tentang al-Muhasibi dan buku-bukunya, maka beliau mengatakan kepada orang bertanya:

Berhati-hatilah kamu daripada buku-buku ini. Ini adalah buku-buku bid’ah dan sesat. Hendaklah kamu berpegang kepada atsar.”

Tidak dapat dinafikan bahawa al-Karabisi dan al-Muhasibi termasuk lautan ilmu (tokoh ilmuan di zamannya). Mereka berdua turut memiliki banyak karya-karya yang membantah ahli bid’ah, akan tetapi mereka adalah yang pertama sekali terjatuh dalam pemikiran “lafaz al-Qur’an adalah makhluk” dan di antara yang kedua terjatuh ke dalam ilmu kalam (falsafah mantiq), dan ia membantah ahli kalam dengan ilmu kalam pula, bukannya membantah dengan as-Sunnah. Inilah keadaan yang utama yang diingkari oleh Imam Ahmad terhadapnya. Silakan melihat at-Tahzib, 2/117, Tarikh Baghdad, 8/215-216, dan as-Siyar kraya adz-Dzahabi, 13/110, 12/79.

هذه كتب شيخ الإسـلام ابن تيمية أكبر برهـان في عدم ذكر محاسن المبتدعة حين ذكرهم ببدعهم؛ فهي مليئـة بالردود والنقـد: فقد رَدَّ على أهل المنطق والكـلام، ورَدَّ على الجهمية والمعتزلة والأشاعرة، ولم نجده ذكر شيئًا من محاسنهم، وانتقد أشخاصًا بعينهم: كرَدِّه على الأخنائي والبكري وغيرهم، ولم يثنِ عليهم، ولا يشك أحد أن هؤلاء لا يخلون من المحاسن، ولكن لا يلزم ذكر المحاسن في النقد. فتأمل . قال رافع بن أشرس – رحمه الله - : (( من عقوبة الفاسق المبتدع أن تُذكر محاسنه )) شرح علل الترمذي: ( 1/353 ) .

Sebagai bukti, buku-buku Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah adalah contoh yang terbaik di mana beliau tidak menyebutkan kebaikan ahli bid’ah di ketika menyebutkan bid’ah-bid’ah mereka. Buku-buku tersebut penuh dengan bantahan dan keritikan. Beliau membantah falsafah (mantiq) dan ahli kalam. Beliau juga membantah Jahmiyah, muktazilah, serta Asya’irah, manakala kita tidak mendapati sedikitpun bahawa beliau menyebutkan kebaikan mereka. Beliau juga turut mengkritik individu tertentu, seperti bantahan terhadap al-Akhna’i, al-Bakri, dan selainnya. Padahal, tidak seorang pun yang meragui bahawa mereka masih memiliki kebaikan dari sisi yang lain, apa-apapun memang tidak wajar menyebutkan kebaikan di ketika mengkritik. Maka, lihatlah dengan teliti.

Rafi’ B. Asyras rahimahullah berkata:

Di antara hukuman bagi orang fasiq pelaku bid’ah adalah tidak disebutkan kebaikannya.” (Syarah ‘Ilal at-Tirmidzi, 1/353)

Rujuk: Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan, al-Ajwibah al-Mufiidah ‘an as-Ilatil Manaahij al-Jadiidah, nota kaki no. 23 & 24.

Dalam Siyar A’lam an-Nubala’, Imam ad-Dzahabi menyebutkan:

قَالَ سَعِيْدُ بنُ عَمْرٍو البَرْذَعِيُّ: شَهِدْتُ أَبَا زُرْعَةَ الرَّازِيَّ، وَسُئِلَ عَنِ المُحَاسِبِيِّ وَكُتُبِهِ، فَقَالَ: إِيَّاكَ وَهَذِهِ الكُتُبَ، هَذِهِ كُتُبُ بِدَعٍ وضَلاَلاَتٍ، عَلَيْكَ بِالأَثَرِ تَجِدْ غُنيَةً، هَلْ بَلَغَكُم أَنَّ مَالِكاً وَا?ثَّوْرِيَّ وَالأَوْزَاعِيَّ صَنَّفُوا فِي الخَطَرَاتِ وَالوَسَاوِسِ؟ مَا أَسْرَعَ النَّاسَ إِلَى البِدَعِ

Sa’id B. Amr al-Bardza’i berkata: “Aku pernah melihat Abu Zur’ah ar-Razi ketika ditanya tentang al-Muhasibi dan kitab-kitabnya.” Abu Zur’ah menjawab, “Jauhilah kitab-kitab tersebut, kerana ia merupakan kitab-kitab bid’ah dan kesesatan. Hendaklah kamu berpegang dengan atsar (fatwa para ulama salaf), nescaya kamu akan menemui kepuasan (kecukupan). Adakah telah sampai kepada kamu bahawa Malik, ats-Tsauri, dan al-‘Auza’i telah menyusun kita berkaitan bisikan dan was-was? Alangkah cepatnya manusia cenderung kepada bid’ah-bid’ah.” (Siyar A’lam an-Nubala’, 12/112)

Telah disebutkan juga dalam Siyar A’lam an-Nubala’ bahawasanya al-Muhasibi memiliki kelebihan, namun apabila beliau membawa pemikiran sesat, menyimpang dan bid’ah kepada masyarakat, maka beliau pun dikritik dengan keras tanpa disebutkan kebaikannya antaranya oleh Imam Ahmad dan Abu Zur’ah.

Imam Ibnul Jauzi turut menyebutkan berkenaan al-Muhasibi di dalam kitabnya, Talbis Iblis:

ثم جاء أقوام- يعني: من الصوفية - فتكلموا لهم في الجوع والفقر والوساوس والخطرات، وصنفوا في ذلك، مثل الحارث المحاسبي. وجاء آخرون فهذبوا مذهب التصوف وأفردوه بصفات ميزوه بها من الاختصاص بالمرقعة والسماع والوجد والرقص والتصفيق، وتميزوا بزيادة النظافة والطهارة

“Kemudian datang beberapa kaum (daripada kalangan tasawuf), mereka berbicara tentang rasa lapar, kemiskinan, suara hati, dan pemikiran mereka, seperti al-Harits al-Muahasibi!

Kemudian datang kaum yang lain, mereka mendidik mazhab tasawuf dengan memberikan ciri-ciri dan sifat khusus seperti bajunya yang ditampal, bermuzik, suka-ria, menari, dan bertepuk tangan, serta berlebih-lebihan dalam kebersihan atau bersuci.”

Rujuk: Ibnul Jauzi, Talbis Iblis, m/s. 147.

Selain itu, al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali menyebutkan di dalam Syarh ‘Ilal at-Tirmidzi bahawasanya al-Karabisi banyak mencela hadis di antaranya melalui kitabnya, Kitab al-Mudallisin (milik al-Karabisi). Melalui kitab ini juga, beliau mencela Imam Ahmad dan Abu Tsaur serta ahli hadis lainnya. Selain itu, kitab ini juga turut mencela Ibnu Zubair.

Al-Marwazi menyebutkan, ketika Imam Ahmad mendapat tahu berkenaan kitab tersbut, beliau pun berkata:

هذا قد جمع للمخالفين ما لم يحسنوا أن يحتجوا به، حذروا عن هذا - ونهى عنه

“Ini telah disusun oleh orang-orang yang menyimpang yang tidak berhujjah dengan baik, berhati-hatilah dengan perkara ini. (lalu Imam Ahmad pun melarangnya)”

Ibnu Rejab menyatakan:

وقد تسلط بهذا الكتاب طوائف من أهل البدع من المعتزلة وغيرهم في الطعن على أهل الحديث، كابن عباد الصاحب ونحوه، وكذلك بعض أهل الحديث ينقل منه دسائس، إما أنه يخفى عليه أمرها، أو لا يخفى عليه، في الطعن في الأعمش ونحوه، كيعقوب الفسوي وغيره. وأما أهل العلم والمعرفة والسنة والجماعة، فإنما يذكرون علل الحديث نصيحة للدين، وحفظا لسنة النبي صلى الله عليه وسلم

“Dengan kitab inilah golongan ahli bid’ah seperti muktazilah dan yang lainnya mencela ahli hadis, seperti Ibnu Abbad ash-Shahib dan yang semisalnya. Demikian juga sebahagian ahli hadis menukil pendapat daripadanya, adakalanya tidak diketahui latar-belakangnya atau diketahui celaan terhadap al-A’masy, Ya’aqub al-Fasawi dan lainnya.

Adapun para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah, mereka menyebutkan cacat hadis tidak lain hanya bertujuan memberikan nasihat, demi menjaga serta melindungi Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam...”

Rujuk: al-Hafiz Ibnu Rejab al-Hanbali, Syarah ‘Ilal at-Tirmidzi, 1/495.

Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan ditanya:

انتشر اليوم بين الشبـاب : أنه يلزم الموازنة في النقد، فيقولون : إذا انتقدت فلانًا من الناس – في بدعته -، وبيَّنت أخطاءه؛ يلزمك أن تذكر محاسنه، وهذا من باب الإنصاف والموازنة. فهل هذا المنهج في النقد صحيح ؟ وهل يلزمني ذكر المحاسن في حالة النقد ؟

Telah tersebar di tengah-tengah para pemuda pada hari ini bahawa diwajibkan melakukan muwazanah ketika mengkritik. Mereka menyatakan: “Sekiranya kamu hendak mengkritik seseorang dalam persoalan bid’ah yang dilakukan serta mahu menyebutkan kesalahannya, maka kamu wajib menyebutkan kebaikannya juga. Ini termasuk dalam bab inshaf dan muwazanah.” Adakah manhaj (prinsip) seperti ini benar? Dan adakah perlu untuk saya menyebutkan kebaikan-kebaikan ketika sedang mengkritik?

Beliau menjawab:

هذه المسألة تقدم الجواب عنها، لكن إذا كان المنتَقَد من أهل السنة والجماعة، وأخطاؤه في الأمور التي لا تخِلّ بالعقيدة، فنعم، هذا تُذكر ميزاته وحسناته، وتُغمر زلاته في نصرته للسنة. أما إذا كان المنتَقَد من أهل الضلال، ومن أهل الانحراف، ومن أهل المبادئ الهدّامة أو المشبوهة؛ فهذا لا يجوز لنا أن نذكر حسناته – إن كان له حسنات -؛ لأننا إذا ذكرناها فإن هذا يغرر بالناس؛ فيحسنون الظن بهذا الضال، أو هذا المبتدع، أو هذا الخرافي، أو ذاك الحزبي؛ فيقبلون أفكار هذا الضال، أو هذا المبتدع، أو ذاك المتحزب. والله – جل وعلا – رَدَّ على الكفرة، والمجرمين، والمنافقين، ولم يذكر شيئًا من حسناتهم، وكذلك أئمة السلف يردون على الجهمية والمعتزلة وعلى أهل الضلال، ولا يذكرون شيئًا من حسناتهم؛ لأن حسناتهم مرجوحة بالضلال، أو الكفر، أو الإلحاد، أو النفاق؛ فلا يناسب أنك تَرُدَّ على ضال، مبتدع، منحرف، وتذكر حسناته، وتقول: هو رجل طيب، عنده حسنات، وعنده كذا، لكنه غَلِط!! . نقول لك: ثناؤك عليه أشد من ضلاله، لأن الناس يثقون بثنائك عليه؛ فإذا رَوَّجت لهذا الضال المبتدع ومدحته فقد غرَّرت بالناس، وهذا فتح باب لقبول أفكار المضللين. وأما إذا كان المردود عليه من أهل السنة والجماعة فإن الرَّدَّ يكون بأدب، وينبَّه على أغلاطه التي تكون في مسائل الفقه ومسائل الاستنباط والاجتهاد؛ فنقول: فلان أخطأ في كذا والصواب كذا بالدليل –غفر الله له-، وهذا اجتهاده، وهكذا، كما كانت الردود بين الفقهاء من المذاهب الأربعة وغيرهم. وهذا لا يقدح في مكانته العلمية إذا كان من أهل السنة والجماعة. وأهل السنة والجماعة ليسوا معصومين، عندهم أخطاء وقد يفوت أحدهم الدليل أو اختلال الاستنباط؛ فلا نسكت على الخطأ وإنما نبينه مع الاعتذار عنه؛ لقول النبي: (( إذا حكم الحاكم فاجتهد ثم أصاب فله أجران، وإذا حكم فاجتهد فأخطأ فله أجر واحد )) .هذا في مسائل الفقه. أما إذا كان في مسائل العقيدة فإنه لا يجوز لنا أن نمدح المضللين والمخالفين لأهل السنـة والجماعــة من: معتزلة، وجهميـة، وزنادقة، وملاحدة، وأناس مشبوهين في هذا العصر. وما أكثرهم. وأصل هذه الشبهة – الموازنة بين الحسنات والسيئات في النقد – قالها بعض الشباب وكتب فيها رسالة؛ فطار بها بعض الشباب فرحًا. وقد وقفت على هذه الرسالة التي يزعم صاحبها لزوم الموازنة. ووقفت على رسالةٍ للشيخ: ربيع بن هادي المدخلي، رَدَّ فيها على هذه الرسالة التي يزعم صاحبها لزوم الموازنة رَدًّا وافيًا، وبيَّن ما في هذا الكلام من الخطأ ومن ترويج الباطل، وبين مذهب السلف في الرّد وأنهم ردّوا على أناس مضللين ولم يثنوا عليهم؛ لأنهم لو أثنوا عليهم صار هذا من باب التناقض

Jawaban dari persoalan ini telah disebutkan. Akan tetapi sekiranya seseorang yang dikritik itu termasuk ahlus sunnah wal-jama’ah dan kesalahannya juga tidak berkaitan dengan perkara aqidah, maka benar yang demikian itu. Orang tersebut boleh disebutkan kelebihan dan kebaikannya serta ditutup kesalahannya kerana pembelaannya terhadap sunnah.

Adapun sekiranya orang dikritik tersebut termasuk orang yang sesat dan menyimpang atau pencipta kaedah-kaedah yang membinasakan atau merosakkan pemikiran, maka orang seperti itu tidak boleh kita sebutkan kebaikannya. Kerana di ketika kita menyebutkan kebaikan orang tersebut, ini akan mengelabui orang ramai sehingga mereka bersangka baik terhadap orang yang sesat, ahli bid’ah, penganut khurafat, atau pengikut kelompok tersebut.

Allah ‘Azza wa Jalla membantah orang kafir, orang jahat, dan orang munafik tanpa menyebutkan sedikitpun dari kebaikan mereka. Demikian juga para ulama salaf, mereka membantah jahmiyyah, muktazilah, dan orang-orang sesat lainnya juga tanpa menyebutkan sedikitpun dari kebaikan mereka. Kerana kebaikan mereka tenggelam di dasar kesesatan, kekafiran, penyimpangan, atau kemunafikannya. Sehingga tidak tepat kamu membantah orang yang sesat, menyimpang, dan ahli bid’ah tetapi dalam masa yang sama kamu sebutkan kebaikannya. Kamu katakan: “Dia orang yang baik, memiliki kebaikan, memiliki ini dan itu, akan tetapi dia bersalah!!

Kami katakan kepada kamu, sanjungan kamu terhadapnya tersebut adalah lebih berbahaya dari kesesatannya. Kerana orang ramai akan mempercayai pujian kamu terhadanya. Kemudian sekiranya kamu mempromosikan orang sesat dan ahli bid’ah ini serta kamu memujinya, maka sesungguhnya kamu telah menipu orang ramai. Tindakan ini membuka pintu kepada diterimanya pemikiran orang-orang sesat tersebut.

Adapun sekiranya orang yang dikritik ini dari kalangan ahlus sunnah wal-jama’ah, maka dalam membantahnya perlu disertakan adab yang baik dan diperingatkan kesalahannya dalam masalah fiqh, istinbath (kaedah pengambilan dalil), dan ijtihadnya. Kita katakan: “fulan salah dalam masalah ini. Adapun yang benar seperti ini, dalilnya seperti ini, semoga Allah ‘Azza wa Jalla mengampuninya, dan ini merupakan ijtihadnya.” Begitulah seterusnya, sebagaimana perselisihan dan perbezaan pendapat yang terjadi di kalangan ahli fiqh empat mazhab dan seumpamanya.

Keadaan seperti ini tidaklah mencacatkan kedudukan keilmuan seseorang apabila ia termasuk ahlus sunnah wal-jama’ah.

Ahlus sunnah wal-Jama’ah bukanlah orang-orang yang maksum, mereka juga memiliki kesalahan. Adakalanya salah seorang daripada mereka terlepas pandang dalil atau salah dalam beristinbath. Maka, kita tidak mendiamkan sesuatu kesalahan, akan tetapi kita tetap menjelaskannya dengan juga memberi udzur (alasan) kepadanya, berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

Apabila seseorang hakim mengeluarkan hukum dengan berijtihad, dan sekiranya ijtihadnya benar, maka baginya dua pahala. Apabila ia berijtihad, dan salah dalam ijtihadnya, maka baginya satu pahala.” Ini adalah dalam persoalan fiqh.

Adapun permasalahan aqidah, maka tidak boleh bagi kita memuji orang-orang yang sesat dan menyimpang dari ahlus sunnah wal-jama’ah seperti dari kalangan muktazilah, jahmiyyah, orang zindiq (orang yang menyembunyikan kekafiran dan menampakkan keislaman), orang mulhid (atheis) serta orang yang memiliki syubhat (pemikiran yang berbahaya kepada agama) di masa ini. Dan alangkah banyaknya jumlah mereka.

Asal-usul syubhat ini (syubhat membuat timbangan kebaikan dan keburukan ketika mengkritik) diucapkan oleh beberapa pemuda kemudian ditulis dalam makalah dan disebarkan oleh beberapa pemuda lainnya dengan merasa bangga.

Sungguh aku telah membaca risalah tersebut yang penulisnya menyangka bahawa perlu sentiasa mengguna-pakai prinsip al-Muwazanah.

Kemudian, aku juga telah membaca risalah (Manhaj Ahli Sunnah wal-Jama'ah fii Naqdi al-Kutub wa ar-Rijal wath-Thawa'if) yang ditulis oleh Syaikh Rabi’ B. Hadi al-Madkhali, di sana beliau membantah risalah yang penulisnya menyangka perlu sentiasa memegang prinsip muwazanah tersebut dengan bantahan yang sangat memuaskan. Beliau telah menjelaskan apa yang terdapat dalam tulisan ini berupa kekeliruan dan usaha mempromosikan kebatilan. Beliau juga menjelaskan manhaj ulama salaf ketika mengkritik. Ulama salaf banyak membantah orang-orang yang sesat tetapi mereka tidak pernah memujinya sama sekali, kerana ketika mereka memujinya, tentu ini akan menunjukkan percanggahan.

Rujuk: Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan,
al-Ajwibah al-Mufiidah ‘an as-Ilatil Manaahij al-Jadiidah, no. 19.

Syaikh Jamal B. Furaihan al-Haritsi hafizahullah menjelaskan:

لا يخْلُ أحدٌ من الحسنات حتى اليهود والنصارى عندهم حسنات؛ فعلى قاعدة أهل الموازنة يلزم ذكر حسنات الكفار إذا ذكرناهم، وهذا لا يقول به عاقل فضلاً عن طالب علم؛ فتأمل – وفق الله الجميع. فمنهج السلف في النقد عدم ذكر الحسنات، وإن ذكروا الحسنات فمن باب عدم الاغترار بها، وليس من باب قول القائل، ينبغي أن لا ننسى جهوده وأعماله. وهذا مثال من أقوى الأمثلة – وفيه الهدى والنور لمن تدبره: الرسول e في حديث الخوارج قال: (( يخرج من ضِئضئ هذا قومٌ، يقرؤون القرآن لا يجاوز حناجرهم، يمرقون من الدين مروق السهم من الرمية، يقتلون أهل الإسلام ويَدَعُون أهل الأوثان؛ لئن أنا أدركتهم لأقتلنهم قتل عاد )) البخاري : ( 3166 ). وفي رواية أخرى: (( يحقر أحدكم صلاته مع صلاتهم، وصيامه مع صيامهم )) البخاري: ( 3414 )، وفي رواية : (( فأينما لقيتموهم فاقتلوهم )) البخاري: ( 3415 ). أقول: والله الذي لا إله غيره، ما ذكر رسول الله هذه الصفات لهؤلاء القوم بغية الثناء عليهم أو ليغرر بهم، وإنما ليحذر الناس منهم لئلا يغتروا بأعمالهم الصالحة في ظاهرها .وقد فهم السلف هذا المعنى، وطبَّقوه في حياتهم، وأصبح منهجًا يعتقدونه . فهذا الإمام أحمد – رحمه الله – يُسقِط الكرابيسي عندما قال باللفظ. روى الإمام عبدالله – رحمه الله – في كتابه " السنة ": ( 1/165 ) فقال: (( سمعت أبي يقول:"من قال لفظي بالقرآن مخلوق هذا كلام سوء رديء، وهو كلام الجهمية "، قلت له: إن حسينًا الكرابيسي يقول هذا؛ فقال: " كذب، هتكه الله، الخبيث" )). وقال الإمام أحمد – رحمه الله – عن الحارث المحاسبي أشد من ذلك. فقد أخبر عنه علي بن أبي خالد، قال: قلت لأحمد: إن الشيخ – لشيخ حضر معنا – هو جاري، وقد نهيته عن رجل، ويحب أن يسمع قولك فيه : حارث القصير - يعني: حارث المحاسبي، وكنتَ رأيتني معه منذ سنين كثيرة، فقلت لي: " لا تجالسه، ولا تكلمه "، فلم أكلمه حتى الساعة، وهذا الشيخ يجالسه، فما تقول فيه؟ فرأيتُ أحمد قد احمرّ لونه، وانتفخت أوداجه وعيناه، وما رأيته هكذا قط. ثم جعل ينتفض ويقول: " ذاك ؟! فعل الله به وفعل، ليس يعرف ذاك إلا من خَبَرَه وعرفه، أُوّيه، أُوّيه، أُوّيه. ذاك لا يعرفه إلا من قد خبره وعرفه. ذاك جالسه المغازلي، ويعقوب، وفلان؛ فأخرجهم إلى رأي جَهْم، هلكوا بسببه ". فقال له الشيخ: يا أبا عبدالله، يروي الحديث، ساكن خاشع، من قصته، ومن قصته؟. فغضب أبو عبدالله، وجعل يقول: " لا يغرّك خشوعه ولينه "، ويقول: " لا تغترّ بتنكيس رأسه؛ فإنه رجل سوء، ذاك لا يعرفه إلا من قد خبره، لا تكلمه، ولا كرامة له، كل من حدّث بحديث رسول الله e وكان مبتدعاً تجلس إليه؟ لا، ولا كرامة، ولا نُعمى عين" . "طبقات الحنابلة ": ( 1/233 ) . قلت: فأين الإنصاف – المزعوم ! – من الإمام أحمد – رحمه الله-؛ لم يذكر للكرابيسي ولا المحاسبي حتى ولا حسنة واحدة ؟، مع أن الكرابيسي من بحور العلم، كما جاء في ترجمته. وقد سبقت الإشارة إلى ذلك في حاشية رقم: ( 22 )، و ( 23 ). انظر: تاريخ بغداد: ( 8/64 )، السِّير: ( 12/79 ). رحم الله الإمام أحمد، لو كان في زماننا هذا لمّا سَلِم ولرُمِي بالتشدد والعمالة، والعلمنة، وغير ذلك من الألفاظ التي يطلقها الحزبيون لمّا أعيتهم الحجج؛ لأنه ما داهن ولا جامل أهل البدع والأهواء . وقال رافع بن أشرس –رحمه الله-: (( من عقوبة الفاسق المبتدع أن لا تُذكر محاسنه )) شرح علل الترمذي: ( 1/353 ) .

Setiap orang pasti memiliki kebaikan, sehingga seorang Yahudi mahupun Nasrani juga memiliki kebaikan. Maka, berdasarkan orang yang mengambil mazhab muwazanah, apabila kita mahu mengkritik kekafiran mereka, maka kita juga perlu menyebutkan kebaikan mereka. Kaedah seperti ini sudah tentu tidak akan diperkatakan oleh seseorang yang berakal, lebih-lebih lagi para penuntut ilmu, maka perhatikanlah dengan baik, semoga Allah ‘Azza wa Jalla memberikan taufiq kepada kita semua.

Prinsip salaf ketika mengkritik adalah dengan tidak menyebutkan kebaikan. Sekiranya mereka menyebut kebaikan, maka itu adalah dalam rangka supaya orang ramai tidak tertipu dengan amalan lahiriyahnya (zahirnya), dan bukan termasuk ucapan seseorang: “Sewajarnya kita tidak melupakan usaha dan amalanya.”

Perkara ini merupakan contoh yang paling kuat yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya bagi orang yang mahu mempelajarinya.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda dalam hadis berkaitan khawarij:

"Akan keluar dari keturunan orang ini suatu kaum yang membaca al-Qur’an , akan tetapi tidak sampai ke pangkal kerongkongnya. Mereka membunuh Ahlul Islam dan membiarkan para penyembah berhala. Sekiranya aku menemui mereka, sungguh benar-benar akan aku bunuh mereka sebagaimana membunuh kaum ‘Ad.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam sebuah riwayat: “Salah seorang daripada kamu merasa kecil solatnya dan puasanya jika mahu dibandingkan dengan solat dan puasa mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dalam riwayat yang lain: “Di mana sahaja kamu mendapati mereka, maka bunuhlah mereka.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Aku katakan: Demi Allah yang tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah, tidaklah Rasulullah menyebutkan sifat-sifat mereka ini kerana ingin menyanjung mereka ataupun memperdayakan masyarakat terhadap keadaan mereka. Akan tetapi beliau mahu memberi peringatan kepada orang ramai daripada mereka supaya tidak tertipu dengan amal soleh mereka yang kelihatan dari zahirnya.

Para salaf telah memahami makna ini kemudian melaksanakannya dalam kehidupan mereka sehingg perkara tersebut telah menjadi manhaj (prinsip) yang mereka pegang/amalakan.

Dalam persoalan ini, Imam Ahmad telah merendahkan kedudukan al-Karabisi di ketika ia mengatakan lafaz al-Qur’an adalah makhluk.

Imam ‘Abdullah (anak Imam Ahmad) meriwayatkan dalam kitabnya, as-Sunnah (1/165), beliau menyatakan:

Aku mendengar ayahku mengatakan: “Sesiapa yang mengatakan bahawa lafaz terhadap al-Qur’an adalah makhluk, ini merupakan ucapan yang buruk dan hina serta merupakan ucapan Jahmiyyah.” Aku berkata kepadanya: “Sesungguhnya Husain al-Karabisi mengatakan begitu.” Beliau pun mengatakan: “Dia pendusta, semoga Allah membuka ‘aibnya yang buruk.”

Imam Ahmad rahimahullah juga berkata tentang al-Harits al-Muhasibi lebih keras lagi dari itu.

‘Ali Ibn Abi Khalid telah mengkhabarkan daripada beliau, ia berkata: “Aku berkata kepada Ahmad: “Sesungguhnya seorang Syaikh (yang hadir bersama kami), dia adalah tetangga kami dan aku telah melarangnya daripada seseorang, dan ia ingin mendengar penjelasan daripada engkau tentang orang tersebut (Harits al-Qashir, iaitu Harits al-Muhasibi) dan engkau telah melihatku bersamanya sejak sekian lama. Kemudian engkau mengatakan kepadaku: “Jangan kamu bergaul bersamanya dan berbicara dengannya.” Aku pun tidak pernah berbicara dnegannya sehingga ke saat ini, akan tetapi Syaikh ini bermajlis (bergaul) dengannya maka apa pendapat engkau terhadapnya?”

Aku melihat Imam Ahmad berubah raut mukanya dan naik darahnya serta merah matanya. Aku belum pernah melihat beliau seperti itu sama sekali. Kemudian beliau bergetar sambil mengatakan:

Orang itu?! Semoga Allah menimpakan sesuatu kepadanya. Orang itu hanya diketahui oleh orang yang tahu dan mengenalinya. Al-Maghazali, Ya’aqub dan fulan telah bermajlis dengannya kemudian ia menghumbankan mereka kepada pemikiran Jahm (Jahmiyyah). Mereka semua binasa kerananya.”

Syaikh itu berkata kepada Imam Ahmad: “Wahai Abu ‘Abdillah, tetapi ia juga meriwayatkan hadis, seorang yang tenang dan khusyu’, dari ceritanya seperti ini dan seperti itu?”

Maka Abu ‘Abdillah pun marah, kemudian mengatakan:

Jangan kamu sampai tertipu dengan kekhusyukkan dan kelembutannya.” Beliau juga menyatakan:

Jangan sampai kamu tertipu dengan kepalanya yang tertunduk kerana sesungguhnya ia orang yang buruk. Orang tersebut hanya diketahui oleh orang yang mengenalinya. Jangan kamu berbicara dengannya. Tidak ada kemuliaan baginya. Adakah setiap orang yang menyebutkan hadis daripada Rasulullah, dan ia pula seorang ahli bid’ah, maka kamu bergaul dengannya? Jangan, tidak ada kemuliaan dan kita tidak boleh menutup mata.” (Thabaqat al-Hanabilah, 1/233)

Aku katakan: Di mana sikap inshaf (yang dapat dilihat) daripada Imam Ahmad rahimahullah? Beliau tidak menyebutkan walau satupun kebaikan daripada al-Karabisi dan al-Muhasibi.

Padahal al-Karabisi termasuk lautan ilmu sebagaimana terdapat dalam biografinya dan telah berlalu isyarat berkaitan perkara ini dalam nota kaki sebelumnya. Sila merujuk kepada Tarikh Baghdad (8/64) dan Siyar A’lam an-Nubala’ (12/79).

Semoga Allah ‘Azza wa Jalla merahmati Imam Ahmad. Sekiranya beliau berada di zaman kita ini, sudah tentu beliau tidak akan selamat dari tuduhan ekstrim, orang yang hina, orang jalanan, dan selainnya dengan perkataan-perkataan yang digunakan oleh para hizbiyyun (golongan yang taksub dengan kelompok masing-masing) di ketika mereka ditundukkan dengan hujjah kerana beliau tidak pernah berdolak-dalik dan beramah-tamah terhadap ahli bid’ah serta pengikut hawa nafsu.

Rafi’ B. Asyras rahimahullah berkata:

Di antara hukuman bagi orang fasiq pelaku bid’ah adalah tidak disebutkan kebaikannya.” (Syarah ‘Ilal at-Tirmidzi, 1/353)

هاك أخي القارئ هذه الواقعة التي تؤكد مدى خطر التغرير بالناس بمدح أهل البدع: روى هذه الحادثة الإمام الذهبي – وغيره – قال : (( قال أبو الوليد الباجي في كتاب: " اختصار فرق الفقهاء " من تأليفه عند ذكر القاضي أبي بكر الباقلاني: لقد أخبرني أبو ذر الهروي – وكان يميل إلى مذهبه الأشعري – فسألته: من أين لك هذا ؟ قال: كنت ماشيًا مع أبي الحسن الدارقطني فلقينا القاضي أبا بكر ابن الطيب –الأشعري-؛ فالتزمه الدارقطني، وقبَّل وجهه وعينيه؛ فلما افترقا، قلت: من هذا الذي صنعت به ما لم أعتقـد أنك تصنعــه، وأنت إمام وقتك؟ . فقال: هذا إمام المسلمين، والذاب عن الدين، القاضي أبو بكر الطيب فمن ذلك الوقت تكـررت إليه فاقتديت بمذهبه )) ا هـ. " تذكرة الحفاظ ": ( 3/1104-1105 )، و " السير ": ( 17/558-559 ) . قلت: في هذه القصة ترى أن الدارقطني لَمَّا فعل هذا بالباقلاني الأشعري، وأثنى عليه؛ بأنه إمام المسلمين ... إلخ؛ اغترّ بذلك من رآه، واعتنق مذهب الأشاعرة بسببه. وهكذا، كل من أثنى على أهل البدع والأهواء؛ فإنه سيوقع خلقًا كثيرًا في مذهبهم؛ خاصة إذا كان ممن يُرى فيه الصلاح. والله أعلم

Lihatlah wahai para pembaca, keadaan ini menguatkan sejauh mana bahaya tertipunya manusia akibat memuji ahli bid’ah. Imam azd-Dzahabi dan yang lainnya meriwayatkan peristiwa ini, beliau mengatakan:

Abu al-Walid al-Baji berkata dalam kitab Ikhtishar Firaq al-Fuqaha’ dari karyanya, ketika beliau menyebut al-Qadhi Abi Bakr al-Baqilani: Abu Dzar al-Harawi (yang cenderung kepada mazhab Asya’irah) memberitahukan sebuah berita kepada aku, maka kemudian aku bertanya kepadanya:

Dari mana kamu mendapatkannya (pemikiran Asya’irah)? Dia berkata:

“Aku berjalan bersama Abu al-Hasan ad-Daruquthni, kemudian kami bertemu al-Qadhi Abu Bakr B. Ath-Thayyib (seorang Asya’irah). ad-Daruquthni pun memeluknya dan mencium kening serta matanya. Ketika keduanya berpisah, aku (Abu Dzarr al-Harawi) pun berkata: “Siapakah orang yang kamu layan sebegitu tadi, yang aku tidak menyangka kamu akan melakukannya, sedangkan engkau adalah seorang imam?” Dia (ad-Daruquthni) pun berkata: “Beliau adalah imam kaum muslimin dan seorang pembela agama.” Sejak saat itu, aku pun sering mengunjunginya (Abu Bakr ath-Thayyib) dan mengikuti mazhabnya.” Rujuk Tadzkiratul Huffaz (3/1104-1105) dan Siyar A’lam an-Nubala’ (11/558-559)

Aku katakan: Kamu dapat lihat dari kisah ini bahawa ad-Daruquthni ketika melayani al-Baqilani al-Asy’ari dengan sikap seperti ini dan memujinya dengan mengatakan bahawa dia adalah seorang imam kaum muslimin serta seterusnya. Dengan itulah, orang yang melihatnya menjadi tertipu lalu mengikuti mazhab Asya’irah.

Seperti inilah keadaan semua orang yang memuji ahli bid’ah dan pengikut hawa nafsu. Ia akan menjerumuskan orang ramai ke dalam mazhab mereka, lebih-lebih lagi sekiranya perkara tersebut dipandang memiliki kebaikan. Wallahu a’lam...

Rujuk: Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan, al-Ajwibah al-Mufiidah ‘an as-Ilatil Manaahij al-Jadiidah,nota kaki no. 49 & 50.

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz B. ‘Abdullah B. Baz ketika ditanya:

بالنسبة لمنهج أهل السنة في نقد أهل البدع وكتبهم، هل من الواجب ذكر محاسنهم ومساوئهم، أم فقط مساوئهم؟

Berhubung dengan manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah dalam mengkritik ahlul bid’ah dan kitab-kitab mereka, adakah wajib kepada orang yang mengkritik tersebut supaya menyebutkan semua kebaikan dan keburukan mereka atau hanya menyebutkan keburukannya sahaja?

Beliau menjawab:

المعروف في كلام أهل العلم نقد المساوىء للتحذير، وبيان الأخطاء التي أخطؤوا فيها للتحذير منها، أما الطيب معروف، مقبول الطيب، لكن المقصود التحذير من أخطائهم، الجهمية... المعتزلة... الرافضة... وما أشبه ذلك. فإذا دعت الحاجة إلى بيان ما عندهم من حق، يبين، وإذا سأل السائل: ماذا عندهم من الحق؟ ماذا وافقوا فيه أهل السنة؟ والمسؤول يعلم ذلك، يبين، لكن المقصود الأعظم والمهم بيان ما عندهم من الباطل، ليحذره السائل، ولئلا يميل إليهم

Tujuan dari pendapat para ulama mengenai kritikan terhadap orang yang melakukan keburukan adalah sebagai tahdzir (peringatan supaya berwaspada), menjelaskan kesalahan-kesalahan yang mereka lakukan supaya mereka tidak melakukannya lagi. Adapun perbuatan yang baik adalah perkara yang ma’ruf dan diterima. Akan tetapi, tujuannya adalah sebagai tahdzir (peringatan) terhadap kesalahan-kesalahan mereka seperti Jahmiyyah... muktazilah... rafidhah... dan sebagainya.

Jika diperlukan penjelasan menganai kebenaran yang ada pada mereka, maka hendaklah dijelaskan. Sekiranya ada yang bertanya:

Apa sahaja kebenaran yang ada pada mereka (yang bersesuaian dengan Ahlus sunnah)?”

Pertanyaan tersebut perlu dijawab. Akan tetapi, maksud yang paling penting adalah penjelasan berkaitan kebatilan mereka demi memberi peringatan kepada orang yang bertanya supaya tidak memihak kepada mereka.

Beliau (Syaikh Ibn Baz) ditanya lagi:

فسأله آخر: فيه أناس يوجبون الموازنة: أنك إذا انتقدت مبتدعا ببدعته لتحذر الناس منه يجب أن تذكر حسناته حتى لا تظلمه؟

Benarkah pendapat sebahagian pihak ada yang mewajibkan “Muwazanah” (penilaian yang seimbang) dalam mengkritik, iaitu sekiranya anda mengkritik seseorang ahli bid’ah kerana bid’ah yang dilakukannya supaya orang ramai berhati-hati terhadapnya, maka wajib bagi anda untuk menyebutkan pula kebaikannya sehingga anda tidak menzaliminya?

Beliau menjawab:

لا ، ما هو بلازم، ما هو بلازم، ولهذا إذا قرأت كتب أهل السنة، وجدت المراد التحذير، اقرأ في كتب البخاري ((خلق أفعال العباد))، في كتاب الأدب في "الصحيح "، كتاب "السنة" لعبد الله بن أحمد، كتاب "التوحيد" لابن خزيمة، "رد عثمان بن سعيد الدارمي على أهل البدع"... إلى غير ذلك. يوردونه للتحذير من باطلهم، ما هو المقصود تعديد محاسنهم... المقصود التحذير من باطلهم، ومحاسنهم لا قيمة لها بالنسبة لمن كفر، إذا كانت بدعته تكفره، بطلت حسناته، وإذا كانت لا تكفره، فهو على خطر، فالمقصود هو بيان الأخطاء والأغلاط التي يجب الحذر منها" اهـ.

“Tidak, perkara tersebut bukanlah suatu keperluan. Berkaitan perkara ini, sekiranya kamu membaca kitab-kitab ahlus sunnah, maka kamu akan menemui tujuan sebenar tahdzir terebut. Silakanlah kamu membaca kitab-kitab karya al-Bukhari: Khuluq Af’alil ‘Ibad, dalam kitab Adab yang terdapat dalam Shohih. Kitab as-Sunnah karya ‘Abdullah B. Ahmad (anak Imam Ahmad). Kitab at-Tauhid karya Ibnu Khuzaimah. Kitab Rad ‘Utsman B. Sa’id ad-Darimi ‘Ala Ahlil Bid’ah... dan lain-lain.

Mereka mengkritik yang tujuannya adalah demi memberi peringatan kepada orang ramai supaya berhati-hati terhadap perbuatan batil yang mereka lakukan, dan tujuan menyebutkan kebaikan mereka adalah demi memperingatkan orang ramai supaya berwasda terhadap kebatilan mereka, sedangkan kebaikan mereka tidak ada nilainya bagi mereka yang kafir. Sekiranya bid’ah yang ia lakukan menjadikannya sebagai orang kafir, maka kebaikannya gugur semuanya, dan sekiranya bid’ahnya tidak menjadikannya kafir maka ia dalam bahaya. Jadi, tujuan tahdzir adalah bagi menjelaskan segala kesalahan dan penyimpangan yang wajib dihindari.

Rujukan: Rakaman Kaset Ucapan Syaikh Ibn Baz pada musim panas 1413H, Tha’if – Setelah Subuh. Lihat: Dr. Rabi’ B. Hadi al-Madkhali, Manhaj Ahli Sunnah wal-Jama'ah fii Naqdi al-Kutub wa ar-Rijal wath-Thawa'if, m/s. 6-7.

Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani ditanya mengenai pemikiran Muwazanah dalam mengkritik:

Wahai Syaikh, sebenarnya saudara-saudara kami iaitu para pemuda telah mengumpulkan pelbagai jenis pendapat. Di antaranya, mereka mengatakan:

الحقيقة يا شيخنا إخواننا هؤلاء أو الشباب هؤلاء جمعوا أشياء كثيرة، من ذلك قولهم: لا بد لمن أراد أن يتكلم في رجل مبتدع قد بان ابتداعه وحربه للسنة أو لم يكن كذلك لكنه أخطأ في مسائل تتصل بمنهج أهل السنة والجماعة لا يتكلم في ذلك أحد إلا من ذكر بقية حسناته، وما يسمونه بالقاعدة في الموازنة بين الحسنات والسيئات، وألفت كتب في هذا الباب ورسائل من بعض الذين يرون هذا الرأي، بأنه لا بد ؟؟؟ منهج الأولين في النقد ولا بد من ذكر الحسنات وذكر السيئات، هل هذه القاعدة على إطلاقها أو هناك مواضع لا يطلق فيها هذا الأمر؟ نريد منكم بارك الله فيكم التفصيل في هذا الأمر.

“Adalah menjadi kewajiban bagi yang hendak mengkritik seseorang ahli bid’ah yang telah jelas kebid’ahannya dan permusuhannya terhadap sunnah, atau bukan seseorang ahli bid’ah, namun ia telah melakukan kesalahan yang berhubung dengan manhaj yang tidak bertepatan dengan manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah, menyebutkan kebaikan-kebaikan mereka, yang mereka namakan dengan “kaedah Muwazanah” di antara kebaikan dan keburukan. Banyak buku mengenai perkara tersebut serta pelbagai tulisan daripada para penulis yang berpendapat begitu, iaitu perkara tersebut (Muwazanah) adalah suatu keperluan? Manhaj para pengkritik pertama perlu menyebutkan kebaikan dan keburukannya. Adakah kaedah ini benar-benar mutlak atau ada suatu keadaan di mana manhaj ini tidak boleh dinilai secara mutlak? Kami mengharapkan supaya anda dapat menjelaskan kepada kami secara terperinci, semoga Allah memberkati anda.

Beliaupun menjawab:

التفصيل هو: وكل خير من اتباع من سلف، هل كان السلف يفعلون ذلك؟ هم يستدلون حفظك الله شيخنا ببعض المواضع، مثل كلام الأئمة في الشيعة مثلا، فلان ثقة في الحديث، رافضي، خبيث، يستدلون ببعض هذه المواضع، ويريدون أن يقيموا عليها القاعدة بكاملها دون النظر إلى آلاف النصوص التي فيها كذاب، متروك، خبيث؟

Perinciannya adalah: Segala yang terbaik adalah dengan mengikuti salaf, adakah para salaf melakukan seperti itu? Mereka hanya mengambil kesimpulan para Syaikh kami (semoga Allah menjaga engkau) pada sebahagian tempat, sebagai contohnya perkataan para imam pada sebahagian tempat menyebutkan fulan tsiqah dalam hadis, rafidhi, buruk (jelek), lalu mereka pun mengambil kesimpulan dari sebahagian perkataan sahaja. Mereka mahu menegakkan kaedah yang sempurna tanpa mlihat kepada pelbagai lagi teks (perkataan ulama) di mana padanya disebutkan kazzab (pendusta), matruk (ditinggalkan), dan buruk/jelek?

هذه طريقة المبتدعة حينما يتكلم العالم بالحديث برجل صالح وعالم وفقيه، فيقول عنه: سيء الحفظ، هل يقول إنه مسلم، وإنه صالح، وإنه فقيه، وإنه يرجع إليه في استنباط الأحكام الشرعية، الله أكبر، الحقيقة القاعدة السابقة مهمة جدا، تشتمل فرعيات عديدة خاصة في هذا الزمان. من أين لهم أن الإنسان إذا جاءت مناسبة لبيان خطأ مسلم، إن كان داعية أو غير داعية؟ لازم ما يعمل محاضرة ويذكر محاسنه من أولها إلى آخرها، الله أكبر، شيء عجيب والله، شيء عجيب، وضحك الشيخ هنا تعجبا

Ini adalah merupakan kaedah/jalan yang biasa dilakukan oleh para mubtadi’ (ahli bid’ah) ketika seseorang ‘alim mengkritik hadis daripada seseorang perawi yang soleh, alim, dan faqih. Seseorang yang mengkritik tersebut berkata, orang (perawi) tersebut hafalannya buruk, adakah ia mengatakan bahawa ia adalah muslim? Padahal yang dikritik adalah seorang yang soleh dan faqih serta berfatwa tentang hukum syari’at. Allahu akbar, sebenarnya manhaj tersebut sangat penting dan merangkumi pelbagai persoalan cabang, terutamanya pada keadaan seperti ini.

Dari mana mereka memperolehi, bahawa sekiranya mahu menjelaskan kesalahan seseorang muslim, dilihat dahulu adakah ia seorang da’i atau bukan seorang da’i (pendakwah)? Ia sewajarnya mengadakan muhadharah (ceramah) yang di dalamnya menyebutkan kebaikan dari awal sehingga akhir. Ini adalah perkara yang aneh, demi Allah, ini adalah perkara aneh... (lalu beliau tertawa).

Rujukan: Syaikh al-Albani, Rakaman Kaset no. 855, Silsilah Huda wan-Nuur. Lihat: Dr. Rabi’ B. Hadi al-Madkhali, Manhaj Ahli Sunnah wal-Jama'ah fii Naqdi al-Kutub wa ar-Rijal wath-Thawa'if, m/s. 8-9.

Dalam masa yang sama, terdapat pihak tertentu yang beralasan dengan perkataan Imam adz-Dzahabi di dalam kitab Siyar A’lam an-Nubala’ bahawa Imam adz-Dzahabi tidak hanya menyebutkan keburukan seseorang, tetapi beliau juga turut menyebutkan sudut kebaikan seseorang yang beliau nyatakan dalam kitabnya tersebut.

Maka, perlu difahami bahawa kitab Siyar A’lam an-Nubala’ antaranya adalah salah sebuah kitab biografi. Maka, apabila menyebut tentang biografi, sudah tentu ia akan menyebutkan banyak sisi dan sudut seseorang yang diutarakan. Sama ada namanya, wafatnya, tempat tinggalnya, kebaikannya, mahupun keburukannya yang diketahui. Kerana juga, ia bukanlah sebuah kitab yang khusus dalam mengkritik ahli bid'ah atau kesesatan. Tetapi ia adalah kitab yang mengumpulkan tentang peribadi seseorang individu atau tokoh tertentu berserta pandangan terhadapnya dari pelbagai sisi yang ada.

Malah, di tempat yang lain di dalam kitab-kitab beliau yang khusus membahaskan perawi yang tercela, iaitu al-Mizan, al-Mughni, dan Diwan adh-Dhu’afa, beliau melakukan kritikan tanpa kaedah Muwazanah. Dan mengapa mereka yang berhujjah dengan kitab Siyar A’lam an-Nubala’ tidak berhujjah dengan perkataan adz-Dzahabi di dalam kitab tersebut yang khusus mencela perawi-perawi tertentu?

Sebagai contoh, sekiranya kita melihat ke dalam Mizanul I’tidal, Imam az-Zahabi rahimahullah telah memberikan komentarnya berikutan ketegasan Abu Zur’ah terhadap al-Muhasibi sebagaimana telah disebutkan di atas - dengan katanya:

وأين مثل الحارث؟! فكيف لو رأى أبو زرعة تصانيف المتأخرين، كـ " القوت " لأبي طالب؟! وأين مثل " القوت " ؟! كيف لو رأى "بهجة الأسرار" لابن جهضم و"حقائق التفسير" للسلمي، لطار لبه؟! كيف لو رأى تصانيف أبي حامد الطوسي في ذلك على كثرة ما في "الإحياء" من الموضوعات؟! كيف لو رأى "الغنية" للشيخ عبدالقادر؟! كيف لو رأى "فصوص الحكم " و " الفتوحات المكية"؟! بلى؟ لما كان الحارث لسان القوم في ذاك العصر، كان معاصره ألف إمام في الحديث، فيهم مثل أحمد بن حنبل وابن راهويه، ولما صار أئمة الحديث مثل ابن الدخميسي وابن شحانة، كان قطب العارفين كصاحب "الفصوص " وابن سبعين، نسأل الله العفو والمسامحة آمين".

“Siapakah yang sama seperti al-Harits (al-Harits al-Muhasibi)? Bagaimana sekiranya Abu Zur'ah melihat karya-karya orang-orang yang terkemudian seperti “Al-Qutt” karya Abu Tholib. Dan karya manakah yang sama seperti “Al-Qutt”! Bagaimana sekiranya Abu Zur’ah melihat kitab “Bahjatul Asrar” karya Ibnu Jahdham dan “Haqaiqut Tafsir” karya as-Sulami, Sudah tentu akan melayang fikirannya. Bagaimana pula jika beliau melihat karya Abu Hamid ath-Thusi (al-Ghazali) yang menulis hadis-hadis yang menurut kami adalah hadis yang tidak layak digunakan, sebagaimana termaktub dalam kitab “al-Ihya”? Juga kitab “al-Ghaniyyah” karya Syaikh Abdul Qadir dan kitab “Fususul Hikam” serta kitab “Futuhat al-Makiyyah”?!

Bahkan di ketika mana al-Harits berbicara kepada kaumnya, pada masa/zaman tersebut telah ada ribuan ahli hadis, seperti Imam Ahmad B. Hanbal dan Ibnu Rahawaih. Setelah dia menjadi ahli hadis seperti Ibnu Dakhmis dan Ibnu Syahanah, maka dia menjadi Qutbul 'Arifin seperti pengarang kitab al-Fusus serta Ibnu Sufyan. Kita memohon keampunan dan keluasan kepada Allah Ta'ala. Amin...” (adz-Dzahabi, Mizanul I'tidal, 1/430-431)

Demikianlah komentar Imam adz-Dzahabi terhadap al-Harits al-Muhasibi. Sedikit pun beliau tidak meralat kritikan keras Abu Zur’ah, malah menyetujui akan kesalahan al-Harits al-Muhasibi. Bahkan beliau bersetuju dengan kritikan Abu Zur’ah tersebut, yang mana sekiranya terhadap al-Muhasibi yang terkenal keilmuannya sudah begitu kritikannya, lalu bagaimana pula dengan tokoh-tokoh yang menyimpang lainnya? Lihatlah penyebutannya ke atas kitab-kitab dan tokoh-tokoh lainnya tersebut.

Syaikh Rabi' B. Hadi al-Madkhali hafizahullah mengulas komentar Imam az-Zahabi tersebut sebagaimana berikut:

رحم الله الإمام الذهبي، كيف لو رأى مثل "الطبقات " للشعراني، و"جواهر المعاني " و"بلوغ الأماني في فيض أبي العباس التيجاني " لعلي بن حرازم الفاسي؟! كيف لو رأى "خزينة الأسرار" لمحمد حقي النازلي؟! كيف لو رأى " نور الأبصار" للشبلنجي؟! كيف لو رأى "شواهد الحق في جواز الاستغاثة بسيد الخلق " و"جامع كرامات الأولياء" للنبهاني ؟! كيف لو رأى " تبليغي نصاب " وأمثاله من مؤلفات أصحاب الطرق الصوفية ؟! كيف لو رأى مؤلفات غزالي هذا العصر وهي تهاجم السنة النبوية وتسخر من حملتها والمتمسكين بها من الشباب السلفي وتقذفهم بأشنع التهم وأفظع الألقاب؟! كيف لو رأى مؤلفات المودودي وما فيها من انحراف عقدي وعقلي وسلوكي؟! كيف لو رأى مصنفات القرضاوي وهي تدافع عن أهل البدع وتنتصر لها، بل تشرح أصولها، والذي ينحى منحى غزالي هذا العصر، بل هو أخطر؟! كيف لو رأى دعاة زماننا وقد أقبلوا على هذه الكتب المنحرفة، وهم يسيرون ويسيرون شبابهم وأتباعهم على مناهج الفرق المنحرفة الضالة، بل وينافحون عنها وعن قاداتها المبتدعين؟! كيف لو رأى مصنفات سعيد حوى الصوفية والسياسية المنحرفة؟! كيف لو رأى مصنفات الكوثري وتلاميذه أبي غدة وإخوانه من كبار متعصبي الصوفية والمذهبية؟! كيف لو رأى مصنفات البوطي وأمثاله من خصوم السنة وخصوم مدرسة التوحيد ومدرسة ابن تيمية؟! كيف لو رأى شباب الأمة بل شباب التوحيد وقد جهلوا منهج السلف بل جهلوا الكتاب والسنة وأقبلوا على هذه الكتب المهلكة

“Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada al-Imam adz-Dzahabi, bagaimana sekiranya beliau melihat kitab-kitab lainnya seperti “ath-Thobaqat” karya asy-Sya’rani, “Jawahirul Ma’ani” dan “Bulughul Amani fi Faidil ‘Abbas at-Tijani” karya Ali bin Hirazim al-Fasi, “Khazinatul Asrar” karya Muhammad Haqqi an-Nazili dan “Nurul Absar” karya Syalanbijani, kitab “Syawahidul Haq fi Jawazil Istighatsah bi Saayyidil Khalq wa Jami’ul Karamat” karya an-Nabhani?! Kitab "Tablighin Nishab” dan lain-lain yang seumpamanya dari kitab-kitab pengikut sufiyah? Bagaimana sekiranya beliau melihat kitab-kitab tulisan orang-orang zaman ini, seperti Muhammad al-Ghazali yang menyerang as-Sunnah an-Nabiwiyah dan dia mengejek-ngejek para pemuda salafi yang berpegang teguh dengan Sunnah Nabi tersebut, serta memburuk-burukkan mereka dengan pelbagai laqab (gelaran)?! Bagaimana sekiranya beliau melihat tulisan-tulisan al-Maududi yang memiliki penyelewengan dalam aqidah, pemikiran, dan akhlaknya?! Bagaimana pula sekiranya beliau melihat tulisan-tulisan al-Qaradhawi yang membela ahlul bid’ah dan membantu untuk memenangkan mereka, bahkan dijelaskan usul-usulnya dan dia adalah orang yang mengikuti jejak Imam al-Ghazali, bahkan beliau lebih teruk lagi?! Bagaimana sekiranya beliau melihat para da’i di zaman kami yang telah menerima kitab-kitab yang menyimpang ini, dan mereka berjalan bersama para pemuda dan pengikut-pengikut mereka di atas manhaj perpecahan yang menyeleweng lagi sesat. Bahkan dia menyebut (menerima pakai) pendapat yang sesat, dan dia daripada orang-orang yang melakukan bid'ah?! Bagaimana sekiranya beliau melihat tulisan-tulisan al-Kautsari dan muridnya iaitu Abu Ghuddah dan saudara-saudaranya dari kalangan tokoh-tokoh yang fanatik terhadap sufi dan mazhabnya?! Bagaimana pula sekiranya beliau melihat tulisan-tulisan al-Buthi dan yang semisalnya dari kalangan orang-orang yang memusuhi Sunnah, memusuhi madrasah tauhid dan madrasah Ibnu Taimiyyah?! Bagaimana pula sekiranya beliau melihat para pemuda umat ini yang tidak mempedulikan pendidikan tauhid, bahkan meninggalkan pula al-kitab dan as-sunnah, lalu mereka beralih kepada kitab-kitab tersebut yang boleh membinasakan?!" (Lihat: Rabi’ B. Hadi, Manhaj Ahlus Sunnah wal-Jamaah fii Naqdi ar-Rijal wa al-Kutub wa ath-Thawa’if, m/s. 148)

Di antara dalil-dalil yang mendukung perkara ini adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Syaikh Dr. Rabi’ B. Hadi al-Madkhali hafizahullah:

Di ketika Fathimah Binti Qais selesai ‘iddahnya kerana perceraian dengan suaminya yang bernama Amr B. Hafsh. Beliau mengatakan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa Mu’awiyah B. Abu Sufyan dan Abu Jahm ingin meminangnya. Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata kepadanya:

أما أبو جهم، فلا يضع عصاه عن عاتقه، وأما معاوية، فصعلوك لا مال له، انكحي أسامة بن زيد

Abu Jahm adalah orang yang tidak pernah meletakkan tongkat dari bahunya (suka memukul orang), manakala Mu’awiyah adalah orang yang tidak memiliki harta (seorang yang miskin), maka nikahlah dengan Usamah B. Zaid.”

Kemudian Fathimah berkata, “Aku tidak suka kepadanya.” Lalu Nabi pun berkata, “Nikahlah kamu dengan Usamah.” Maka beliau pun bernikah dengan Usamah, yang kemudiannya Allah menjadikan kebaikan di dalam pernikahannya tersebut, beliau pun bergembira dengan perkara tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa dua orang yang disebutkan oleh Nabi tersebut memiliki keutamaan dan kebaikan pada diri mereka, namun ketika tujuan ketika itu adalah untuk memberikan nasihat (anjuran), dan tidak lebih dari itu. Sekiranya menyebutkan kebaikan tersebut adalah suatu perkara yang diperlukan pada ketika itu, sudah tentu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mensyari’atkan kepada kita perkara tersebut dan beliau pun melaksanakannya dengan sebaik-baiknya.

Sedangkan kaedah yang baru (Muwazanah), mewajibkan supaya menyebutkan kebaikan-kebaikan yang dimilikinya. Penganut fahaman ini (muwazanah) tidak mengetahui bahawa yang dinasihati tersebut menjadi lebih bingung dan terganggu. Malah adakalanya berlaku apa yang membahayakannya, maka hilanglah tujuan nasihat tersebut berserta faedahnya. Si penasihat tidak menjadi penasihat yang memberi peringatan, melainkan menjadikan orang yang dinasihati terjatuh kepada suatu yang berbahaya, serta menganjurkannya untuk mendekati bahaya tersebut.

Rujuk: Dr. Rabi’ B. Hadi al-Madkhali, Manhaj Ahli Sunnah wal-Jama'ah fii Naqdi al-Kutub wa ar-Rijal wath-Thawa'if, m/s. 30-31.

Berikut dipaparkan perkataan Syaikhul Islam rahimahullah sebagai contoh. Di ketika beliau mengkritik para imam Asya’irah dan prinsip-prinsip mereka serta asas-asas aqidah mereka yang menyimpang dari kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya serta manhaj Salaf Soleh. Beliau berkata:

وهذه الطريقة التي سلكها من وافق المعتزلة في ذلك - كصاحب "الارشاد" وأتباعه-، هؤلاء يردون دلالة الكتاب والسنة: تارة يصرحون بأنا وإن علمنا مراد الرسول، فليس قوله مما يجوز أن يحتج به في مسائل الصفات، لأن قوله إنما يدل بعد صدقه الموقوف على مسائل الصفات، وتارة يقولون: إنما لم يدل لأنا لا نعلم مراده، لتطرق الاحتمالات إلى الأدلة السمعية، وتارة يطعنون في الأخبار. فهذه الطرق الثلاث التي وافقوا فيها الجهمية ونحوهم من المبتدعة، أسقطوا بها حرمة الكتاب والرسول عندهم، وحرمة الصحابة والتابعين لهم بإحسان، حتى يقولوا: إنهم لم يحققوا أصول الدين كما حققناها! وربما اعتذروا عنهم بأنهم كانوا مشتغلين بالجهاد! ولهم من جنس هذا الكلام الذي يوافقون به الرافضة ونحوهم من أهل البدع، ويخالفون به الكتاب والسنة والإجماع، مما ليس هذا موضع بسطه، وإنما نبهنا على أصول دينهم وحقائق أقوالهم، وغايتهم أنهم يدعون في أصول الدين المخالفة للكتاب والسنة المعقول والكلام، وكلامهم فيه من التناقض والفساد ما ضارعوا به أهل الإلحاد، فهم من جنس الرافضة: لا عقل صريح، ولا نقل صحيح، بل منتهاهم السفسطة في العقليات، والقرمطة في السمعيات، وهذا منتهى كل مبتدع خالف شيئا من الكتاب والسنة، حتى في المسائل العملية والقضايا الفقهية

“Cara ini ditempuh oleh orang-orang yang sealiran dengan kelompok muktazilah, seperti yang memiliki kitab al-Irsyad (Imam al-Haramain) dan para pengikutnya, mereka menolak apa yang ditunjukkan al-Qur’an dan as-Sunnah. Adakalanya mereka menjelaskan bahawa sekiranya mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah, maka pendapatnya tidak dibolehkan untuk dijadikan hujjah dalam persoalan sifat Allah kerana hanya menunjukkan kebenarannya tanpa menerangkan masalah sifat Allah. Adakalanya juga mereka mengatakan, “Tidaklah di dalamnya menunjukkan sifat Allah, kerana kita tidak mengetahui maksudnya, dengan perlbagai kemungkinan dimasukkannya dalil-dalil sam’iyah”. Adakalanya mereka juga mencela hadis.

Tiga kaedah ini yang difahami oleh Jahmiyyah dan golongan ahli bid’ah lainnya. Mereka mengingkari kemuliaan al-Qur’an dan Rasulullah, kemuliaan para sahabat dan tabi’in, sehingga mereka mengatakan: “Mereka (sahabat dan tabi’in) belum mengeluarkan prinsip-prinsip agama sebagaimana kita mengeluarkannya.” Mungkin mereka beralasan kerana sibuk dengan jihad! Ini adalah celaan yang disepakati oleh Rafidhah dan ahli bidah lainnya.

Mereka iaitu Rafidhah dan ahli bid’ah menyelisihi al-Qur’an, as-Sunnah, dan ijma’. Kami mengajak supaya berwaspada terhadap prinsip agama dan pendapat mereka tersebut. Tujuan mereka adalah menyebar-luaskan prinsip-prinsip agama yang menyimpang daripada al-Kitab dan as-Sunnah yang bersifat akal (logik) dan ucapan. Perkataan mereka penuh dengan kekeliruan (kontroversi) dan kerosakan seperti apa yang diucapkan oleh orang-orang mulhid (atheis).

Mereka tidak memiliki pemikiran yang jelas dan riwayat yang sahih, malah mereka memanipulasikan dalil dengan akal dan kisah. Ini adalah sikap dari setiap ahli bid’ah yang menyelisihi al-Qur’an dan as-Sunnah sehingga pada persoalan amal dan perkara fiqih.

Rujuk: Ibnu Taimiyyah, Dar at-Ta’arudh al-‘Aqil wa an-Naqli, 1/241.

Demikianlah perkataan beliau terhadap penulis kitab al-Irsyad, iaitu Imam al-Haramain al-Juwaini dan para pengikutnya. Sedangkan, kita sedia mengetahui bahawa beliau (Imam al-Haramain) tidak dapat dinafikan akan keluasan ilmunya dan kewara’kannya.

Wallahu a’lam... demikian secara ringkas berkenaan perkataan para ulama dalam mengkritik para tokoh dan kitab tertentu yang membawa dan menyebarkan doktrin bid’ah dengan sedikitpun tanpa sikap muwazanah!

Thursday, July 8, 2010

121 - Isyarat Jari Telunjuk: Zamihan al-Ghari Berdusta Atas Nama Ulama!

Isyarat Jari Telunjuk: Zamihan al-Ghari Berdusta Atas Nama Ulama!

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Zamihan, salah seorang yang digelar ustaz dan menjawat jawatan di bawah kelolaan JAKIM dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berkata (sebagaimana dapat dilihat daripada video
Youtube):


Berikut salinan teks ucapan Zamihan: “... Ketika tahiyat, tengok tahiyat dia... dia (Wahhabi) gonjeng, gonjeng, gonjeng, gonjeng... dia gonjeng, gonjeng, gonjeng... (sambil beliau memperli menggerak-gerakkan jari telunjuk). Ini tak power lagi tuan, lebih power lebih kaw dari kopi kapal api: Piaawww... (sambil memusing-musing menggerakkan jari telunjuknya). (Para hadirin/penonton ketawa). Minta maaf la tuan-tuan, ini betul-betul berlaku. Terutama balik haji balik Mekah ni. Dia pergi sana tiru orang sembahyang: (sambil menggerak-gerakkan jarinya) gedek, gedek, gedek... (dan seterusnya...)

Beliau berkata lagi:

Dalam mazhab kita, imam Nawawi dalam fatwanya, muka surat 54 mengatakan:

“Barang siapa yang menggerakkan jari telunjuk dengan sengaja, maka dimakruhkan. Gerak jari telunjuk banyak kali makruh. Tapi gerak jari telunjuk dengan sengaja haram, batal solatnya. Gerak jari telunjuk dengan sengaja haram, batal solatnya....

... Kita bukak-lah kitab mazhab Syafi’i, Mazhab Hanafi, mazhab Hanbali, mazhab Maliki... Tidak ada penjelasan ulama gerak jari telunjuk secara berterusan. Kecuali ini golongan yang ijtihad daripada ketua wahhabi, iaitu Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani.

...Mereka sembahyang haa ni, at-Tahiyatul (Zamihan sambil menggerak-gerakkan jarinya) Tuan-tuan buatlah (gerak jari), ikut mazhab Syafi’i, batal sembahyang... Wajib diulangi solat berkenaan.
” (Rujuk Video: Youtube)

Demikianlah perkataan Zamihan al-Ghari yang kelihatannya seakan bersandarkan kepada hujjah yang ilmiyah. Namun hakikatnya, ia tidak lebih dari sekadar lawak jenaka yang dibuat-buat oleh orang yang bodoh dan tidak memiliki adab dalam menyampaikan dakwah (agama). Daripada apa yang beliau sampaikan tersebut, ada beberapa persoalan yang dapat kita timbulkan dan perlu dikaji-ulang dengan teliti serta ilmiah.

Persoalan yang timbul:

1 – Benarkah Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan sebagaimana yang diperkatakan oleh Zamihan al-Ghari?

Zamihan menyebutkan bahawa Imam an-Nawawi berkata: Barang siapa yang menggerakkan jari telunjuk dengan sengaja, maka dimakruhkan. Gerak jari telunjuk banyak kali makruh. Tapi gerak jari telunjuk dengan sengaja haram, batal solatnya. Gerak jari telunjuk dengan sengaja haram, batal solatnya...

2 – Benarkah tiada seorang ulama pun daripada empat mazhab yang menyebutkan persoalan ini (menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahud)?

3 – Benarkah hanya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani yang mula-mula menyebutkan persoalan ini? Dan benarkah beliau telah memfatwakan gerakkan jari telunjuk di ketika tasyahud solat seperti apa yang ditunjukkan oleh Zamihan?

4 – Benarkah menggerak-gerakkan jari telunjuk tersebut membatalkan solat?

Sebelum itu, kepada para pembaca yang masih belum memahami persoalan sebenar atau pokok-pangkal perbahasan berkaitan, saya sarankan supaya terlebih dahulu merujuk kepada artikel saya terdahulu bertajuk “
Sahihnya Sunnah menggerak-gerakkan Jari Telunjuk Ketika bertasyahud Di dalam Solat”.

Pencerahan:

InsyaAllah, dengan sekadar kemampuan, penulis berusaha memberi pencerahan secara ringkas, padat dan sedikit jawaban kepada beberapa persoalan yang tersebut di atas.

Pertama: 1 - Benarkah Imam an-Nawawi rahimahullah menyatakan sebagaimana yang diperkatakan oleh Zamihan al-Ghari?

Berikut penulis nukilkan perkataan Imam an-Nawawi rahimahullah sendiri dengan bersumberkan dua tempat atau kitabnya yang berbeza.

Perkataan Imam an-Nawawi rahimahullah di dalam Kitab al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab:

وهل يحركها عند الرفع بالإشارة ؟ فيه أوجه ( الصحيح ) الذي قطع به الجمهور أنه لا يحركها , فلو حركها كان مكروها ولا تبطل صلاته ; لأنه عمل قليل

Terjemahan: Dan adakah jari telunjuk diacungkan dengan berisyarat/digerak-gerakkan (di ketika duduk bertasyahud dalam solat?

Pada persoalan ini terdapat beberapa pendapat, dan pendapat yang benar (menurut beliau – pen.) adalah sebagaimana yang disebutkan oleh jumhur (majoriti ulama) bahawasanya tidak perlu digerak-gerakkan dan makruh hukumnya jika digerak-gerakkan, tetapi tidaklah sehingga membatalkan solat, kerana sekadar gerakkan yang ringan (kecil/sedikit).

والثاني: يحرم تحريكها , فإن حركها بطلت صلاته , حكاه عن أبي علي بن أبي هريرة وهو شاذ ضعيف

Kedua: 2 - Pendapat kedua pula menyatakan: Adalah haram menggerak-gerakkanya, dan solatnya batal sekiranya jari telunjuk digerak-gerakkan. Ia diriwayatkan daripada Abi ‘Ali B. Abi Hurairah (dari kalangan ulama mazhab asy-Syafi’i) dan pendapat ini adalah pendapat yang syaadz (ganjil) lagi lemah.

والثالث: يستحب تحريكها , حكاه الشيخ أبو حامد والبندنيجي والقاضي أبو الطيب وآخرون وقد يحتج لهذا بحديث وائل بن حجر رضى الله عنه أنه وصف صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم وذكر وضع اليدين في التشهد قال " ثم رفع أصبعه فرأيته يحركها يدعو بها " رواه البيهقى باسناد صحيح

Dan pendapat yang ketiga, disunnahkan (mustahab) untuk menggerak-gerakkan jari telunjuk. Ini adalah pendapat asy-Syaikh Abu Hamid, al-Bandiji, al-Qadhi Abu Thayyib, dan yang lain-lain. Dan mereka berhujjah berdasarkan hadis Wa’il bin Hujr radhiyallahu ‘anhu yang menyebut bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meletakkan (menghamparkan) kedua tangannya dalam tasyahud: “Kemudian mengangkat jarinnya, maka aku pun melihat beliau menggerak-gerakkannya sambil berdoa dengannya”, hadis ini riwayat al-Baihaqi dengan sanad yang sahih. (Rujuk: an-Nawawi, al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, 3/454)

Di tempat yang lain, di dalam Kitab Raudhatuth Tholibin wa ‘Umdatul Muftiin, Imam an-Nawawi rahimahullah menyebutkan:

وهل يحركها عند الرفع وجهان؟

الأصح لا يحركها. ولنا وجه شاذ أنه يشير بها في جميع التشهد. قلت وإذا قلنا بالأصح إنه لا يحركها فحركها لم تبطل صلاته على الصحيح

Terjemahan: Adakah ketika telunjuk diangkat perlu digerak-gerakkan atau tidak? (Ada dua pendapat yang menjelaskan perkara ini):

Pertama: Pendapat yang ashah, tidak digerakkan.

Kedua: Iaitu pendapat yang syadz (ganjil), di mana telunjuk terus digerak-gerakkan selama bertasyahud.

Saya katakan (Imam an-Nawawi): Apabila kita katakan dengan pendapat yang ashah, maka tidak boleh digerakkan. Apabila digerakkan, maka tidak batal solatnya, berdasarkan pendapat yang sahih...” (an-Nawawi, Raudhatuth Thalibin wa ‘Umdatul Muftiin, 1/262)

Demikianlah pendapat Imam an-Nawawi rahimahullah yang sebenar. Sekaligus sangat jelas bertolak-belakang dengan apa yang disebutkan oleh Zamihan al-Ghari di dalam ucapannya tersebut.

Secara ringkas, perkataan Imam an-Nawawi dapat difahami sebagai berikut:

1 – Terdapat tiga pendapat dalam persoalan menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika bertasyahud dalam solat bagi mazhab asy-Syafi’i.

2 – Imam an-Nawawi berpegang dengan pendapat yang pertama, iaitu beliau menyatakan: “tidak perlu digerak-gerakkan dan makruh hukumnya jika digerak-gerakkan, dan tidaklah sehingga membatalkan solat (jika digerak-gerakkan).” Sedikit pun Imam an-Nawawi tidak mengharamkannya (sebagaimana dakwaan Zamihan ke atas Imam an-Nawawi)! Bahkan Imam an-Nawawi menolak pendapat yang menyatakan hal tersebut haram serta batal jika melakukannya (gerak-gerak jari). Imam an-Nawawi menyatakan pendapat yang mengharamkan tersebut sebagai Syaazd (ganjil) dan lemah!

3 – Imam an-Nawawi dengan jelas menyatakan bahawa dalam kalangan ulama Syafi’iyah sendiri terbahagi kepada tiga (3) kelompok pendapat dalam persoalan ini, sekaligus menolak perkataan Zamihan bahawa persoalan ini sama sekali tidak pernah dibahaskan dalam mana-mana kitab atau mazhab.

4 – Dan Imam an-Nawawi telah menyerlahkan keilmuanya bahawa beliau berlapang dada dalam soal perbezaan pendapat bagi hal ini. Dan sama sekali tidak mencaci atau mentohmah di antara satu sama lain jika mahu dibandingkan dengan Zamihan al-Ghari yang kelihatannya amat berlagak, sombong, dan bongkak, tetapi hakikatnya beliau sangat jahil dan bodoh dari memahami hakikat sebenar secara ilmiah.

Dengan ini, persoalan pertama telah terjawab yang sekaligus membuktikan bahawa Zamihan al-Ghari sebenarnya telah berdusta atas nama Imam an-Nawawi rahimahullah! Semoga Zamihan bersedia menarik kembali keterlanjurannya dalam hal ini atau mengemukakan rujukan dari sumbernya yang lain yang dapat menguatkan kenyataannya yang asal.

Kedua: 2 – Benarkah tiada seorang ulama pun daripada empat mazhab yang menyebutkan persoalan ini (menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahud)?

Persoalan ini telah pun terjawab dengan penjelasan yang dikemukakan melalui pencerahan pertama di atas. Di mana Imam an-Nawawi telah mengemukakan tiga bentuk pendapat dari kalangan ulama bermazhab Syafi’i.

Serta-merta, dakwaan Zamihan al-Ghari yang berikut:

... Kita bukak-lah kitab mazhab Syafi’i, Mazhab Hanafi, mazhab Hanbali, mazhab Maliki... Tidak ada penjelasan ulama gerak jari telunjuk secara berterusan.

Telah pun terjawab!

Berikut saya tambahkan beberapa padangan dari kalangan ulama mazhab lainnya.

Mazhab Maliki:

Daripada sebahagian kitab-kitab ulama Malikiyah disebutkan bahawa:

واختلف في تحريكها فقيل يعتقد بالإشارة بها أن الله إله واحد ويتأول من يحركها أنها مقمعة للشيطان وأحسب تأويل ذلك أن يذكر بذلك من أمر الصلاة ما يمنعه إن شاء الله عن السهو فيها والشغل عنها

Terjemahan: ... dan telah diperselisihkan tentang menggerak-gerakkan jari telunjuk itu, sebahagiannya mengatakan, “Untuk meyakini bahawasanya Allah adalah satu-satunya sesembahan (Yang berhak untuk disembah)”, dan sebahagian lagi mengatakan bahawa maksud dari menggerakkannya adalah untuk menghalau dan menghinakan Syaitan, namun saya meyakini bahawa faedahnya adalah agar seseorang yang sedang solat itu selalu ingat akan solatnya dan insyaAllah akan dapat mencegahnya dari kealpaan dan kesibukan lainnya.”(Ahmad B. Ghunaiman (Wafat: 1126H), al-Fawakih ad-Dawani ‘ala Risalah Ibn Abi Zaid al-Qairawani, 1/223-224)

Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Umar B. Salim Bazmul hafizahullah menyebutkan daripada kitab-kitab mazhab Malikiyah:

... (Ketika duduk bertasyahud dalam solat) Disunnahkan juga untuk sentiasa menggerak-gerakkan jari telunjuk dengan gerakkan yang sederhana ke kiri dan ke kanan dari awal tasyahud sehingga selesai. Adapun tangan kiri dihamparkan di atas peha kiri dan tidak ada jari yang digerakkan atau diacungkan. (Rujuk: at-Talqin, m/s. 102-103. Bulghatus Salik, 1/120. Al-Fawaakih ad-Dawaani, 1/223. Dinukil dari: at-Tarjih fii Masaa’il ath-Thoharah wa ash-Sholah, edisi terjemahan/terbitan Darus Sunnah, m/s. 348, footnote no. 605)

Mazhab Hanbali:

... (Ketika duduk bertasyahud dalam solat) Disunnahkah mengacungkan (mengisyaratkan) jari telunjuk ketika mengucapkan dzikir dan tidak digerak-gerakkan menurut mazhab Hanbali yang sahih. Jari telunjuk diisyaratkan hanya pada ketika berdzikir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. (Rujuk: al-Kaafi, 1/140. Syarah az-Zarkasyi, 2/580-581. Al-Inshaaf, 2/76. Dinukil dari: at-Tarjih fii Masaa’il ath-Thoharah wa ash-Sholah, edisi terjemahan/terbitan Darus Sunnah, m/s. 349)

Dari Tokoh Nusantara (Tanah Melayu):

Tokoh Nusantara, Muhammad Idris al-Marbawi, beliau berkata di dalam kitabnya yang terkenal, Bahrul Madzi (Syarah Mukhtashar at-Tirmidzi):

“Ketahuilah kiranya, ya saudaraku! Bermula menggerak-gerakkan jari telunjuk di dalam tahiyat itu sunat jua pada mazhab Syafi’i. Bermula dalil atas menunjukkan tuntut gerak itu ialah hadis yang dikeluarkan oleh Abu ‘Isa at-Tirmidzi...” (Muhammad Idris al-Marbawi, Bahru al-Madzi, jil. 2, m/s. 365, al-Hidayah Publisher)

Beliau juga turut menyandarkan pendapatnya kepada perkataan Imam an-Nawawi dan at-Tirmidzi.

Demikianlah beberapa nukilan dari beberapa pandangan berdasarkan mazhab yang dapat diutarakan. Dengannya telah cukup bagi menjawab kelancangan Zamihan al-Ghari yang sekaligus menafikan kesombongan dan keceluparannya yang mengakibatkan beliau berdusta atas nama Kitab para ulama dan mazhab fiqh yang empat.

Ketiga: 3 – Benarkah hanya Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani yang mula-mula menyebutkan persoalan ini? Dan benarkah beliau telah memfatwakan gerakkan jari telunjuk di ketika tasyahud solat seperti apa yang ditunjukkan oleh Zamihan?

Jawabnnya sudah tentu tidak benar. Kerana persoalan isyarat menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika bertasyahud dalam solat ini telah pun dibahaskan sejak lama dahulu. Ini telah dibuktikan dengan pencerahan pertama dan kedua di atas.

Seterusnya, berikut penulis nukilkan pandangan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah yang sebenar dalam persoalan kadar gerakkan jari telunjuk untuk perkara ini.

Pertamanya, penulis nukilkan daripada Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Umar B. Salim Bazmul hafizahullah, bahawa beliau menjelaskan:

Hadis ini (iaitu hadis daripada Wa’il B. Hujr tentang sunnah menggerak-gerakkan jari ketika bertasyahud dalam solat, rujuk: Blog fiqh-sunnah) menunjukkan disyari’atkan menggerak-gerakkan jari ketika tasyahud. Lalu adakah maksud menggerak-gerakkan di sini adalah mengangkat jari ke atas dan ke bawah atau dengan gerakkan melingkar ke kiri dan ke kanan, ataukah sekadar gerakkan ringan tidak sehingga seperti gerakkan sebelumnya?

Maksud teks hadis adalah memberi isyarat dengan gerakkan ringan tidak sehingga mengangkat jari ke atas dan menurunkannya ke bawah. Kerana apabila yang dimaksudkan adalah mengangkat dan menurunkan jari, tentunya telah dijelaskan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Demikian juga sekiranya yang dimaksudkan dengan menggerakkan adalah menggerakkan ke kiri dan ke kanan nescaya beliau akan menjelaskannya.

Pada dasar maksud hadis, menggerakkannya adalah dengan tetap menghalakannya ke arah kiblat dengan gerakkan yang sedikit.

Kemudiannya, Syaikh Muhammad B. ‘Umar Bazmul menyatakan pada nota kaki tulisannya:

Makna hadis seperti ini saya perolehi daripada al-‘Allamah al-Muhaddis al-Faqih Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah ketika saya bertemu dengan beliau di kota Makkah pada hari Rabu bertarikh 6 Jumadil Awal 1410H. Beliau menerangkan kepadaku makna hadis “beliau menggerak-gerakkan jari tersebut sambil berdoa.” Saya mencatatkan tarikh dan harinya supaya saya tidak dikatakan berdusta atas nama Syaikh. Apa yang saya fahami sebelumnya dari pernyataan beliau dalam kaset-kaset bahawa maksud dari memberi isyarat dengan menggerak-gerakkan jari adalah gerakkan ke atas, ke bawah, ke kiri, dan ke kanan. Namun aku bertanya secara langsung kepada beliau, maka beliau memberikan penjelasan apa yang dimaksudkan hadis. Dan ternyata apa yang aku fahami dari kaset-kaset beliau tidak seperti yang beliau maksudkan. Bahkan beliau mengatakan bahawa apa yang aku fahami tersebut bertentangan dengan hadis atau makna hadis tersebut. Semoga Allah mengampuninya dan mencurahkan rahmat kepadanya serta memberi beliau ganjaran yang sebaik-baiknya. (Rujuk: Dr. Muhammad B. ‘Umar, at-Tarjih fii Masaa’il ath-Thoharah wa ash-Sholah, edisi terjemahan/terbitan Darus Sunnah, m/s. 346 dan nota kaki no. 601)

Selain penjelasan daripada Syaikh Dr. Muhammad B. ‘Umar ini, Abu Ishaq al-Huwaini juga telah turut memberikan penjelasan yang sama daripada perkataan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah. Berikut penjelasan yang beliau sampaikan (Rujukan:
rakaman video):


Salinan dan terjemahan Teks video: Tahrîk al-Ishba’ (menggerakkan jari telunjuk) sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru kami al-Albani rahimahullahu. Saya pernah solat bersama (di sisi) beliau pada suatu hari, lalu aku menggerakkan jari (telunjukku) seperti ini (lihat video). Saya melakukannya seperti ini (iaitu menaik-turunkan jari telunjuk. (Sila lihat video - pen.). Lalu, setelah kami selesai solat, beliau (Syaikh al-Albani) berkata kepadaku:

هل قرأت شيئا يوفق هذه الحركة؟

Adakah anda pernah membaca sesuatu yang mendukung gerakkan seperti ini?”

Subhanallah. Saya benar-benar terkesan dengan adab (etika) Syaikh rahimahullah terhadapku. Beliau tidak dengan serta-merta mengkritik diriku atau perkataanku, (dengan mengatakan) “apa yang kamu lakukan?” … Tidak! Namun beliau bertanya kepadaku, sama ada saya memiliki sandaran/dasar di dalam melakukan gerakkan seperti ini (iaitu naik dan turun).

Saya mengatakan, “Tidak, hanya saya pernah membacanya di dalam buku anda, Shifat Sholah an-Nabii, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa menggerakkan (jari telunjuknya), maka saya pun turut menggerakkan (jari telunjukku).” Beliau (Syaikh al-Albani) mengatakan: “Tidak, hal ini (gerakan yang anda lakukan) namanya bukanlah tahrik (menggerakkan jari telunjuk) namun namanya adalah al-Khafdh war Raf’u (mengangkat dan menurunkan jari telunjuk).” Namanya apa? Namanya adalah al-Khafdh war Raf’u.

Lalu saya segera bertanya, “Bagaimana cara saya perlu menggerakkannya wahai guru kami?”. Beliau menjawab “Beginilah caranya”, iaitu beliau meletakkan jarinya di atas lutut dan mengarahkan jari telunjuknya ke arah kiblat, seperti ini (Sila lihat video – pen.) lalu beliau menggerakkan jari (telunjuknya) secara kuat di tempatnya (harakatan syadidatan fii makaanihi). Bukan menggerakkannya naik turun sehingga berpaling dari arah kiblat. Namun, (lakukanlah) seperti ini (lihat video - pen.), jari telunjuk menghala ke kiblat lalu gerakkannya secara kuat seperti ini (lihat video - pen.).

Beginilah sifat tahrik (menggerakkan) jari telunjuk sebagaimana yang pernah saya lihat daripada guru kami, al-Albani rahmatullahu ‘alaihi. (Rujuk: rakaman video)

Demikianlah penjelasan daripada mereka yang pernah bertemu dengan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani sendiri. Sekaligus menafikan tohmahan dan caci-makian Zamihan al-Ghari yang menyindir praktikal tahrik (gerakkan jari telunjuk) tersebut dengan perkataan dan perbuatan yang tidak beradab sama-sekali. Hal itu hanya menjelaskan bahawa beliau (Zamihan) jahil dalam persoalan adab berselisih pendapat dalam persoalan ranting (furu’iyyah). Malah, Zamihan telah menyandarkan sesuatu yang tidak benar ke atas Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah. Demikianlah bahawa Zamihan telah berdusta dan tidak bersikap ilmiah sama sekali.

Keempat: 4 – Benarkah menggerak-gerakkan jari telunjuk tersebut membatalkan solat?

Dengan keterangan dari pencerahan pertama, kedua dan ketiga di atas, telah jelaslah bahawa ia sama sekali tidak membatalkan solat. Dan ia termasuk ke dalam salah satu perbuatan gerakkan solat itu sendiri (bagi mereka yang menganggapnya sebagai salah satu bentuk sunnah) sebagaimana gerakkan-gerakkan solat yang lainnya.

Malah di dalam banyak hadis telah menyebutkan bolehnya melakukan gerakkan-gerakkan tertentu ketika dalam solat dengan keperluan dan tujuan tertentu. Ini adalah seperti:

1 – Mendukung anak kecil ketika solat (Daripada hadis al-Bukhari)

2 – Membukakan pintu, sebagaimana Nabi membukakan pintu untuk ‘Aisyah sedangkan beliau sedang bersolat. (Daripada hadis riwayat at-Tirmidzi, Abu Daud, an-Nasaa’i)

3 – Menghalang orang yang cuba melintas di hadapan kita ketika sedang solat dengan menggunakan tangan. (Sila rujuk hadis-hadis berkenaan sutrah (penghadang ketika solat)).

4 – Membunuh haiwan yang berbahaya seperi kala jengking dan ular yang menghampiri kita ketika solat. (Daripada hadis riwayat Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasaa’i)

5 – Menanggalkan kasut di ketika solat kerana terdapat najis. (Daripada hadis riwayat al-Bukhari)

6 – Dibolehkan bagi kaum lelaki bertasbih (Subhanallah) dan wanita menepuk tangan apabila berlaku sesuatu dalam solat berjama’ah. (Daripada hadis riwayat al-Bukhari)

7 – Membalas ucapan salam dengan isyarat tangan. (Daripada hadis riwayat Abu Daud)

8 – Mengubah kedudukan makmum yang tersalah posisi. (Daripada hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dengan ini, alhamdulillah telah terjawablah sudah beberapa persoalan. Jelaslah bahawa apa yang diperkataan oleh Zamihan al-Ghari adalah dusta dan pembohongan ke atas nama ulama.

Semoga pencerahan ini diberikan kebaikan dan manfaat. Kepada Allah jualah kitab berharap dan berserah.

Wallahu a’lam...