__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Saturday, April 24, 2010

116 - Hadis Ahad Yang Sahih Adalah Hujjah: Imam an-Nawawi Menyangkal Hizbut Tahrir

Hadis Ahad Yang Sahih Adalah Hujjah: Imam an-Nawawi Menyangkal Hizbut Tahrir

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Para penulis dan pentaksub Hizbut Tahrir berkata:

Al-Hafidz Ibnu Hajar dan jumhur ulama, kecuali Imam Ahmad, berpendapat bahwa hadits ahad tidak menghasilkan ilmu (keyakinan) sehingga tidak bisa sebagai sumber aqidah, senada dengan pendapat jumhur ulama, Imam Asnawy Al-Baghdady, Imam An-Nawawi, Ibnu Shalah, Imam Basdawly, Imam ‘Abd Al-Bar, Imam Al-Ghazali, dan lain-lain. (Sila rujuk kepada tulisan-tulisan milik Hizbut Tahrir: Para pembaca boleh search perkataan ini melalui google)

Mereka juga berkata:

Dengan demikian madzhab yang menerima dzan dan khabar ahad dalam aqidah adalah madzhab bathil dan asing, dan harus ditinggalkan karena pendapat ini telah bertentangan dengan jumhur kaum muslimin baik dari kalangan sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in serta ulama-ulama setelah mereka baik dari kalangan muhaditsin, fuqaha serta ulama ushul. Mereka sepakat bahwa khabar ahad hanya menghasilkan dzan (dugaan) saja tidak menghasilkan keyakinan sehingga tidak bisa sebagai dalil aqidah. (Sila rujuk kepada tulisan-tulisan milik Hizbut Tahrir: Para pembaca boleh search perkataan ini melalui google)

Oleh itu, berikut kita lihat sendiri, apakah perkataan dan pendirian imam an-Nawawi (rahimahullah) yang sebenar dalam persoalan hadis ahad. Adakah ianya benar sebagaimana yang didakwa oleh Hizbut Tahrir?

Berikut Pencerahannya:

Imam Abu Zakariya Yahya B. Sharaf an-Nawawi rahimahullah (Imam an-Nawawi: 631H-676H) berkata:

ولا فرق بين البخاري ومسلم وغيرهما في ذلك وتلقى الأمة بالقبول انما أفادنا وجوب العمل بما فيهما وهذا متفق عليه فان أخبار الآحاد التي في غيرهما يجب العمل بها اذا صحت أسانيدها ولا تفيد الا الظن فكذا الصحيحان وانما يفترق الصحيحان وغيرهما من الكتب في كون ما فيهما صحيحا لا يحتاج إلى النظر فيه بل يجب العمل به مطلقا وما كان في غيرهم لا يعمل به حتى ينظر وتوجد فيه شروط الصحيح

Terjemahan: Tiada perbezaan di antara hadis-hadis yang dimiliki oleh al-Bukhari dan Muslim dengan hadis-hadis selainnya, yang umat telah bersepakat menerimanya. Kami mengambil faedah yang mewajibkan untuk mengamalkannya dari apa yang terdapat di dalam kedua kitab tersebut. Dan ini telah disepakati secara bersama (muttafa ‘alaih), kerana khabar atau hadis ahad wajib diamalkan apabila terbukti sahih sanadnya dan tetap tidak berfaedah melainkan azd-Dzan (apabila tidak sahih). Demikianlah keadaannya apa yang terdapat di dalam ash-Shohihain (dua kitab sahih tersebut).

Tetapi, terdapat perbezaan di antara hadis-hadis yang terdapat di dalam ash-Shohihain dengan hadis-hadis selainnya, iaitu apabila hadis sahih itu berasal dari al-Bukhari dan Muslim, maka tidak perlu dikhuwatirkan dan tidak perlu lagi untuk penelitian dan wajib diamalkan secara mutlak. Namun, apabila hadis-hadis tersebut daripada selain keduanya, maka tidak boleh diamalkan, melainkan setelah diteliti dengan baik terlebih dahulu sehingga disahkan menepati syarat-syarat hadis sahih. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 1/20)

Di lembaran seterusnya:

وشرط الجبائى المعتزلى وبعض القدرية العدد في الرواية فقال الجبائى لا بد من اثنين عن اثنين كالشهادة وقال القائل من القدرية لا بد من أربعة عن أربعة في كل خبر وكل هذه الأقوال ضعيفة ومنكرة مطرحة وقد تظاهرت دلائل النصوص الشرعية والحجج العقلية على وجوب العمل بخبر الواحد وقد قرر العلماء في كتب الفقه والأصول ذلك بدلائله وأوضحوه أبلغ ايضاح وصنف جماعات من أهل الحديث وغيرهم مصنفات مستكثرات مستقلات فى خبر الواحد ووجوب العمل به والله أعلم

Al-Juba’i, seorang muktazilah dan sebahagian kelompok Qadariyah mensyaratkan adanya al-‘Adad (jumlah tertentu kepada perawi atau sanad) di dalam periwayatan. Al-Juba’i berkata:

“Suatu khabar dapat diterima sekiranya terdiri daripada dua orang sebagaimana dalam urusan sumpah.”

Sebahagian dari golongan Qadariyah pula berkata:

“Wajib terdiri dari empat orang sebagaimana yang berlaku di dalam urusan penerimaan sesuatu khabar.”

Semua perkataan ini adalah lemah, mungkar, dan tidak perlu dilayan. Kerana nash-nash agama dan hujjah-hujjah aqli secara jelas telah menunjukkan akan kewajiban mengamalkan khabar (hadis) dari satu orang. Para ulama telah menetapkan perkara tersebut melalui kitab-kitab fiqh dan ushul (aqidah) yang dengannya mereka menjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Para ahli hadis serta selainnya juga telah menyusun pelbagai kitab berkaitan khabar wahid serta wajib untuk mengamalkannya. Wallahu a’lam... (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 1/62)

قال مسلم رحمه الله ( فيقال لمخترع هذا القول قد أعطيت فى جملة قولك أن خبر الواحد الثقة حجة يلزم به العمل ) هذا الذى قاله مسلم رحمه الله تنبيه على القاعدة العظيمة التى ينبنى عليها معظم أحكام الشرع وهو وجوب العمل بخبر الواحد فينبغى الاهتمام بها والاعتناء بتحقيقها وقد أطنب العلماء رحمهم الله فى الاحتجاج لها وايضاحها وأفردها جماعة من السلف بالتصنيف واعتنى بها أئمة المحدثين وأصول الفقه وأول من بلغنا تصنيفه فيها الامام الشافعى رحمه الله وقد تقررت أدلتها النقلية والعقلية فى كتب أصول الفقه ونذكر هنا طرفا فى بيان خبر الواحد والمذاهب فيه مختصرا قال العلماء الخبر ضربان متواتر وآحاد فالمتواتر ما نقله عدد لا يمكن مواطأتهم على الكذب عن مثلهم ويستوى طرفاه والوسط ويخبرون عن حسى لا مظنون ويحصل العلم بقولهم ثم المختار الذى عليه المحققون والأكثرون أن ذلك لا يضبط بعدد مخصوص ولا يشترط فى المخبرين الاسلام ولا العدالة وفيه مذاهب أخرى ضعيفة وتفريعات معروفة مستقصاة فى كتب الاصول وأما خبر الواحد فهو ما لم يوجد فيه شروط المتواتر سواء كان الراوى له واحدا أو أكثر واختلف فى حكمه فالذى عليه جماهير المسلمين من الصحابة والتابعين فمن بعدهم من المحدثين والفقهاء وأصحاب الاصول أن خبر الواحد الثقة حجة من حجج الشرع يلزم العمل بها ويفيد الظن ولا يفيد العلم وأن وجوب العمل به عرفناه بالشرع لا بالعقل وذهبت القدرية والرافضة وبعض أهل الظاهر إلى أنه لا يجب العمل به ثم منهم من يقول منع من العمل به دليل العقل ومنهم من يقول منع دليل الشرع وذهبت طائفة إلى أنه يجب العمل به من جهة دليل العقل وقال الجبائى من المعتزلة لا يجب العمل الا بما رواه اثنان عن اثنين وقال غيره لا يجب العمل الا بما رواه أربعة عن أربعة وذهبت طائفة من أهل الحديث إلى أنه يوجب العلم وقال بعضهم يوجب العلم الظاهر دون الباطن وذهب بعض المحدثين إلى أن الآحاد التى فى صحيح البخارى أو صحيح مسلم تفيد العلم دون غيرها من الآحاد وقد قدمنا هذا القول وابطاله فى الفصول وهذه الأقاويل كلها سوى قول الجمهور باطلة وابطال من قال لا حجة فيه ظاهر فلم تزل كتب النبى صلى الله عليه و سلم وآحاد رسله يعمل بها ويلزمهم النبى صلى الله عليه و سلم العمل بذلك واستمر على ذلك الخلفاء الراشدون فمن بعدهم ولم تزل الخلفاء الراشدون وسائر الصحابة فمن بعدهم من السلف والخلف على امتثال خبر الواحد اذا أخبرهم بسنة وقضائهم به ورجوعهم إليه فى القضاء والفتيا ونقضهم به ما حكموا به على خلافه وطلبهم خبر الواحد عند عدم الحجة ممن هو عنده واحتجاجهم بذلك على من خالفهم وانقياد المخالف لذلك وهذا كله معروف لاشك فى شيء منه والعقل لا يحيل العمل بخبر الواحد وقد جاء الشرع بوجوب العمل به فوجب المصير إليه

Telah berkata Imam Muslim rahimahullah:

“Maka disebutkan bahawa mereka yang merumuskan kaedah tersebut, di mana kamu telah membuat kesimpulan dari perkataan kamu bahawa hadis seseorang yang tsiqah adalah hujjah yang wajib diamalkan.”

Perkataan yang disebutkan oleh Muslim rahimahullah tersebut adalah penjelasan berkenaan kaedah yang agung di mana padanya terbina kumpulan hukum-hukum syara’, iaitu wajibnya beramal dengan khabar wahid (hadis ahad) sehingga mewajibkan kita untuk meneliti dan menyemaknya (mempelajarinya).

Para ulama rahimahumullah telah menjelaskan kaedah tersebut secara panjang lebar, malah sebilangan besar ulama dari kaum salaf (terdahulu) telah menyusun kitab berkenaan dengannya. Para imam ahli hadis dan usuhul fiqh juga turut mengambil berat kaedah tersebut. Orang yang pertama sekali sampai karyanya kepada kami adalah Imam asy-Syafi’i rahimahullah. Dalil-dalil berkaitan kaedah tersebut secara naqli dan ‘aqli telah disebutkan di dalam kitab-kitab ushul fiqh.

Di dalam perbahasan ini, kami akan menyebutkan sepintas lalu berkaitan hadis ahad dan beberapa pendapat tentangnya.

Para ulama berkata:

“Terdapat dua bentuk hadis, iaitu yang mutawatir dan Ahad.”

Hadis mutawatir adalah hadis yang dinukil oleh sekumpulan/sebilangan orang yang tidak mungkin mereka bersepakat untuk melakukan pendustaan/pembohongan di mana apabila hadis tersebut (hadis yang sama) juga diriwayatkan oleh orang yang lain. Jumlah para perawi hadis mutawatir perlu sama dari awal sehingga akhir. Mereka mengkhabarkan berkaitan sesuatu yang bersifat hissi (yang dapat dilihat), bukan dzanni, dan dengan perkataan mereka itu dapat menghasilkan yang bersifat qath’ie.

Seterusnya, pendapat yang dipilih oleh para penyemak (pentahqiq) dan majoriti ulama adalah para perawi hadis mutawatir tidak sepatutnya dibatasi dengan jumlah yang tertentu dan tidak disyaratkan perlu Islam dan adil. Malah, begitu banyak versi serta pendapat yang lain berkenaan dengan perkara ini yang telah dibincangkan di dalam kitab-kitab ushul.

Adapun hadis ahad, ia adalah hadis yang tidak memenuhi syarat-syarat mutawatir padanya, sama ada orang yang meriwayatkannya seorang atau pun lebih.

Terdapat perbezaan pendapat tentang hukum hadis ahad. Pendapat majoriti umat Islam dari kalangan para sahabat, tabi’in, dan orang-orang setelah mereka dari kalangan ahli hadis, ulama fiqh (fuqaha’) dan ulama ushul adalah bahawa hadis ahad adalah salah satu hujjah dari hujjah syara’ yang wajib dipraktikkan, yang padanya (secara umumnya) menghasilkan hukum yang bersifat dzanni dan tidak menghasilkan hukum yang bersifat qath’ie (melainkan setelah dipastikan memiliki ciri-ciri hadis sahih). Golongan qadariyah, rafidhah, dan sebahagian zahiriyah berpendapat bahawa tidak wajib mengamalkan hadis ahad. Akan tetapi, di antara mereka, ada yang menyatakan bahawa hadis ahad tidak wajib diamalkan dengan melihat kepada perspektif akal dan ada juga yang menyatakan tidak wajib diamalkan jika berdasarkan perspektif syara’.

Sebilangan ulama berpendapat bahawa wajib mengamalkan hadis ahad dari segi ‘aqli (logik). Al-Juba’i dari kelompok muktazilah berkata:

“Tidak wajib mengamalkannya, melainkan hadis yang diriwayatkan oleh dua perawi dari dua perawi.” Manakala selainnya berkata:

“Tidak wajib mengamalkannya melainkan hadis yang diriwayatkan oleh empat perawi dari empat perawi.”

Dari para ulama hadis berpendapat bahawa hadis ahad menghasilkan hukum qath’ie. Sebahagian dari emreka juga mengatakan ia menghasilkan hukum yang bersifat lahiriyah dan bukan bathiniyah. Sebahagian ulama hadis berpendapat bahawa hadis-hadis ahad yang terdapat di dalam kita Shohih al-Bukhari atau Muslim menghasilkan hukum yang bersifat qath’ie, berbeza dengan hadis-hadis ahad yang terdapat pada kitab selain dari keduanya (kerana secara umumnya tidak disepakati kesahihannya).

Mengenai beberapa pendapat yang telah kami bentangkan, seluruh pendapat tersebut selain pendapat majoriti ulama, maka ia adalah bathil. Pendapat yang mengatakan bahawa hadis ahad tidak dapat dijadikan sebagai hujjah adalah bathil. Kerana hadis-hadis tersebut berasal dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang digunakan sebagai hujjah dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mewajibkan mereka untuk mengamalkannya, begitu juga dengan para Khulafa’ur Rasyidin dan orang-orang setelah mereka turut mengamalkannya. Para Khulafa’ur Rasyidin, seluruh sahabat, dan orang-orang setelah mereka dari kalangan salaf dan khalaf terus mengamalkan hadis ahad apabila ia mengkhabarkan kepada mereka suatu sunnah. Dengannya mereka mengeluarkan hukum, menggunakannya dalam berhujjah dan berfatwa. Dengannya mereka membatalkan hukum yang menyelisihinya, dan mereka mencari hadis ahad dari orang yang memilikinya ketika mana tiada hujjah/dalil yang berkaitan, lalu berhujjah dengannya terhadap kelompok yang menyelisihi mereka. Semua perkara ini adalah ma’ruf (diketahui umum), tidak ada keraguan sedikit pun padanya. Akal tidak menolak mengamalkan hadis ahad dan syara’ pula telah mewajibkannya. (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 1/130-132)

Perlu kita fahami bahawa:

1 – Walaupun Imam an-Nawawi ketika menegaskan bahawa khabar ahad menghasilkan dzann, beliau sama sekali tidak pernah menyatakan bahawa hadis ahad itu adalah hujjah hanya dalam hukum amalan sahaja dan bukan hujjah dalam persoalan aqidah sebagaimana yang dipegang oleh Hizbut Tahrir. Dan sebenarnya Hizbut tahrir telah cuba memaksakan perkataan Imam an-Nawawi untuk mendukung pemikiran batil mereka dengan mempergunakan pernyataan Imam an-Nawawi yg bersifat umum tanpa melihat kepada perincian yang lebih dalam.

2 – Imam an-Nawawi juga apabila memperkatakan tentang hadis ahad yang menghasilkan dzann, tidaklah pula beliau menyatakan dzann tersebut sebagaimana dzann yang difahami oleh firqah Hizbut Tahrir. Dan sekiranya Imam an-Nawawi memahami sebagaimana yang difahami oleh Hizbut Tahrir sekalipun, maka ia tetap tidak boleh menjadi hujjah bahawa perkara tersebut merupakan suatu yang benar apabila diperincikan secara ilmiyah dengan dalil-dalil dan ijma’ (kesepakatan) ulama Ahlus Sunnah yang lain.

3 – Dakwaan Hizbut Tahrir yang menyatakan bahawa Imam an-Nawawi menolak hadis ahad dalam perkara aqidah (disebabkan tidak menimbulkan yakin) juga sama sekali tidak benar dan tidak dapat diterima kerana Imam an-Nawawi sendiri menyatakan dan menetapkan sahnya hadis ahad sebagai hujjah di dalam perkara aqidah. Ini dibuktikan melalui syarahnya ke atas hadis-hadis Shohih Muslim di mana beliau meyakini hadis-hadis ahad yang diriwayatkan di dalamnya.

4 – Sebagai contoh, Imam an-Nawawi sendiri turut membawakan hadis dari Dhimam B. Tsa’labah (yang membawakan persoalan-persoalan aqidah) lalu menyatakan bahawa:

وفى هذا الحديث جمل من العلم غير ما تقدم منها... وفى هذا الحديث العمل بخبر الواحد

Terjemahan: Dan pada hadis ini (hadis Dhimam) dapat diambil beberapa faedah (ilmu) yang baik daripadanya... (antaranya iaitu)... dan pada hadis ini menunjukkan wajibnya beramal dengan hadis ahad (khobar wahid). (Sila lihat di dalam Syarah Shohih Muslim, Kitab al-Iman, jilid 1, m/s. 171)

Di dalam jilid dan bab yang sama, beliau juga turut mengatakan berkenaan sebuah hadis yang berstatus ahad dan memberikan ulasan dengan katanya:

هذا حديث عظيم الموقع وهو أجمع أو من أجمع الاحاديث المشتملة على العقائد فانه صلى الله عليه و سلم جمع فيه ما يخرج عن جميع ملل الكفر على اختلاف عقائدهم وتباعدهم فاختصر صلى الله عليه و سلم فى هذه الاحرف على ما يباين به جميعهم

Terjemahan: Hadis ini adalah perkataan yang sangat agung. Dan ia mengumpulkan atau mencakupi persoalan aqidah secara sempurna. Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis ini menjelaskan tentang soal pemahaman-pemahaman yang menyimpang yang diimani oleh orang-orang kafir. Beliau menyebutkannya dengan ringkas dan padat berkaitan kefahaman yang salah yang diyakini oleh orang-orang yang menyelisihi perkataan beliau. (Sila lihat di dalam Syarah Shohih Muslim, Kitab al-Iman, jilid 1, m/s. 227)

Di tempat yang lain, ketika beliau memberikan penjelasan berkenaan sebuah hadis qudsi berstatus ahad yang shohih daripada Abu Dzar al-Ghifari (radhiyallahu ‘anhu), katanya:

فاجتمع في هذا الحديث جمل من الفوائد. ومنها ما اشتمل عليه من البيان لقواعد عظيمة في أصول الدين وفروعه والآداب ولطائف القلوب وغيرها ، ولله الحمد

Terjemahan: Terhimpun di dalam hadis ini faedah-faedah yang baik. Dan di antaranya adalah apa yang terkandung di dalamnya yang merupakan penjelasan kepada kaedah-kaedah yang agung dalam persoalan ushuluddin (dasar-dasar agama), cabang-cabangnya, adab, kelembutan hati dan selainnya, walhamdulillah... (Rujuk di dalam al-Adzkar an-Nawawiyah, m/s. 412-413)

Ironisnya, dalam mempergunakan perkataan Imam an-Nawawi rahimahullah untuk menafikan keabsahan hadis ahad dalam perkara aqidah, mereka terlepas pandang bahawa Imam an-Nawawi secara jelas telah menyangkal mereka dalam persoalan mengimani adanya azab kubur.

Kerana kelompok Hizbut Tahrir, antaranya melalui tokohnya di Indonesia, iaitu Dr. Abdur Rahman al-Baghdadi (semoga Allah memberinya petunjuk), beliau berkata (untuk menolak berdalil dengan hadis ahad, sekaligus menolak mengimani azab kubur) sebagaimana berikut:

“.... Ataupun hal-hal yang berkaitan dengan beristidlal (berdalil) dengan khabar ahad dalam masalah aqidah yang tercantum dalam hadist-hadits ahad semisal pertanyaan para malaikat di kubur, tempat bersemayamnya ruh-ruh, siksa kubur, kehadiran Imam Mahdi, turunnya Isa ‘alaihis Salam, datangnya Dajjal di akhir zaman dan lain-lain...

... Akhir kata, kegigihan untuk tetap mengambil khabar ahad dalam masalah aqidah, serta terus komitmen pada pendapat tersebut merupakan sikap kepala batu!!!...”
(Rujuk: Syamsuddin Ramadhan, Absahkah? Berdalil Dengan Hadits Ahad Dalam Masalah Aiqdah, Bhgn. Kata Pengantar, m/s. XVIII, Hanifah Press IX, Jakarta)

Sedangkan secara jelas, pendapat Imam an-Nawawi rahimahullah (sekaligus Ahlus Sunnah) adalah sangat bertolak belakang dengan apa yang mereka imani dan i’tiqadkan. Ini dapat kita lihat dari pernyataan Imam an-Nawawi berikut (setelah menyebutkan tentang hadis berkenaan ‘azab kubur):


وهو مذهب أهل الحق خلافا للمعتزلة


Terjemahan: “Dan ia adalah mazhab ahlul haq (golongan kebenaran) berbeza dengan kelompok muktazilah.” (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 5/85)


أن مذهب أهل السنة اثبات عذاب القبر كما ذكرنا خلافا للخوارج ومعظم المعتزلة وبعض المرجئه نفوا ذلك


“Bahawasanya mazhab Ahli Sunnah adalah menetapkan (mengitsbatkan) adanya azab kubur, berbeza keadaannya dengan firqah Khawarij, sebahagian besar (majoriti) Mu’tazilah, dan sebahagian Murji’ah yang menafikannya.” (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 17/201)

Dan beliau (Imam an-Nawawi) telah meletakkan bab di dalam Syarahnya ke atas Shohih Muslim dengan nama:


باب استحباب التعوذ من عذاب القبر وعذاب جهنم


Terjemahan: Bab dituntut supaya berlindung daripada ‘Azab Kubur dan ‘Azab Neraka Jahannam, (an-Nawawi, Syarah Shohih Muslim, 5/85)

Malah, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani sendiri ketika mensyarahkan hadis al-Bukhari tentang azab kubur, beliau menyebutkan:


قوله من عذاب القبر فيه رد على من أنكره


Perkataan tersebut “daripada ‘azab kubur” padanya terdapat bantahan ke atas orang-orang yang mengingkarinya. (Fathul Bari Syarah Shohih al-Bukhari, 2/318)

Kesimpulan (yang dapat difahami daripada perkataan Imam an-Nawawi):

1 – Hadis ahad secara umum (asasnya) bersifat dzann dan tidak qath’ie.

2 – Melainkan setelah disahkan menepati syarat-syarat hadis sahih, maka ianya wajib diterima dan diamalkan sebagai hujjah dalam setiap persoalan agama.

Demikianlah bahawa perkataan imam an-Nawawi sebenarnya bertentangan dengan pendirian Hizbut Tahrir. Dan ianya tidak sebagaimana yang didakwa oleh Hizbut Tahrir yang mana mereka mengatakan bahawa imam an-Nawawi menolak berhujjah dengan hadis ahad di dalam persoalan aqidah (ushul).

InsyaAllah, selepas ini penulis akan memaparkan pula perkataan dan pendirian al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah pula.

66 comments:

Unknown said...

Assalamu'alaikum w.b.t
Sekadar sebuah penjelasan. Tiada niat untuk memperbesar2kan isu lama ini.

Mohon akhi merujuk pada penjelasan berikut berkenaan dengan isu ini. Mudah2an, dapat meleraikan permasalahan ii. Sesungguhnya tidak ada salah dgn pegangan berkenaan penggunaan hadith ahad sbg dalili. apabila saudara Islam menolak nya bukan bermakna dia menolak sepenuhnya atau menolak yg utamanya i.e. Hadith sbg sumber hukum. Maka, mohon berhati2 dalam menghukum saudara Islam yg lain sebagai `syirik' (sy ambil dari tajuk utama blog ini yg sy kira intipati utama segala pembicraannya)lebih-lebih lagi dalam perkara ranting. Sesungguhnya jgn lupa pesan Rasulullah s.a.w berkenaan seseorg itu tidak wajar diragui akidahnya, cukup hanya dgn kalimah syahadah.(dan selaku org berilmu, tentu sahaja enta mengetahui lebih banyak. InsyaALlah.) Wallahu'alam. Mudah2an Allah menyatukan seluruh umat Islam. Semoga Allah memberkati mu. =)

http://hizbut-tahrir.or.id/2009/03/06/as-sunnah/

http://www.hayatulislam.net/hizbut-tahrir-menjawab-tuduhan-miring.html

http://1khilafah.wordpress.com/2009/12/21/penjelasan-hadis-ahad-part-1/

Nawawi Bin Subandi said...

Wa 'alaikumussalam...

Jihad berkata:

Sesungguhnya jgn lupa pesan Rasulullah s.a.w berkenaan seseorg itu tidak wajar diragui akidahnya, cukup hanya dgn kalimah syahadah.

Saya berkata:

Boleh bawakan hadisnya? Secara umumnya, manusia menjadi muslim dengan syahadah apabila menepati syarat2nya. Syahada bukan sekadar lafaz di mulut, tetapi ia memiliki syarat2nya yg perlu dipenuhi.

Ketahuilah bahawa kaum khawarij yg diperangi oleh 'Ali radhiyallahu 'anhu juga mengucapkan syahadah.

HT berkata (merujuk salah satu tulisan yg anda kemukakan):

Disamping itu, HT berpedoman pada nash-nash yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Qur’an yang banyak mengecam akidah kaum Kafir, misalnya, Qs. an-Nisâ’ [4]: 157; Qs. al-An’âm [6]: 116, 148; Qs. Yunûs [10]: 36, 66; Qs. an-Najm [53]: 23, 28. Kesemuanya dengan jelas mengecam akidah mereka, karena mereka hanya mengikuti dhann (dugaan). Konteks nash-nash tersebut memang ditujukan kepada orang Kafir, yang sekaligus menjadi indikasi adanya larangan yang tegas (nahy jazim) kepada kaum Muslim untuk tidak berakidah seperti mereka. Yang itu berarti, berakidah seperti orang Kafir tersebut jelas haram.

Saya berkata:

Sila rujuk tafsir ayat-ayat tersebut dengan tafsir-tafsir muktabar para salaf. Anda akan menemukan bahawa yg dimaksudkan dgn dzaann/prasangka di sana adalah sesuatu yg diada-adakan dan pendustaan yg dilakukan oleh org2 kafir.

Perlu anda ketahui bahawa hadis ahad yg sahih (yg disampaikan oleh org yg tsiqah dengan syarat hadis sahih) tidak dapat disamakan dengan perkara dusta atau sesuatu yg diada-adakan. Bahkan perawi-perawi hadis sahih sama sekali tidak dapat disamakan dengan org-org kafir.

Wallahu a'lam...

Bicaraharta said...

Saudara Nawawi nampaknya terjemah dengan salah konsep Imam Nawawi ini.. Imam Nawawi menerangkan dengan jelas bahawa Hadis Ahad mengandungi Dzan, tapi saudara pandai2 letak kurungan Zan (iaitu hadis tidak sahih), ini namanya penipuan ilmiah...

saya sedia berdebat dengan saudara dalam perkara ini. Dan saudara nampaknya tidak faham kenapa Imam Nawawi sebutkan Ibnu Solah? Ini adalah Ibnu Solah mendakwa hadis Ahad dalam kitab Bukhari Muslim, adalah 'Ilmu'. Barulah kemudian Imam Nawawi Jawab bahawa kalau hadis Ahad tu sama sahaja.

Belajar dululah konsep imam nawawi ini, biar berhujah dengan betul sila baca ya tulisan Jumhur, karangn Nawawi tu, yang menjadi pegangan dia.

Sila rujuk Muqadimmah Syarah Sahih Muslim li Nawawwi I/64


قال العلماء : الخبر ضربان : متواتر وآحاد .
فالمتواتر ، ما نقله عدد لا يمكن مواطأتهم على الكذب عن مثلهم ويستوي طرفاه والوسط ، ويخبرون عن حسي لا مظنون ويحصل العلم بقولهم . ثم المختار الذي عليه المحققون والأكثرون أن ذلك لا يضبط بعدد مخصوص ، ولا يشترط في المخبرين الإسلام ولا العدالة . وفيه مذاهب أخرى ضعيفة ، وتفريعات معروفة مستقصاة في كتب الأصول .
وأما خبر الواحد : فهو ما لم يوجد فيه شروط المتواتر سواء كان الراوي له واحدا أو أكثر . واختلف في حكمه ؛ فالذي عليه جماهير المسلمين من الصحابة والتابعين ، فمن بعدهم من المحدثين والفقهاء وأصحاب الأصول : أن خبر الواحد الثقة حجة من حجج الشرع يلزم العمل بها ، ويفيد الظن ولا يفيد العلم ، وأن وجوب العمل به عرفناه بالشرع لا بالعقل .

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Sila baca tulisan ini secara sempurna.

Sekiranya imam Nawawi menyatakan bahawa hadis ahad menimbulkan dzan sekalipun, Imam Nawawi sendiri telah menetapkan bahawa hadis ahad diterima dalam penghujahan aqidah.

Rujuk contoh2 perkataan imam an-Nawawi yg saya bawakan di atas.

Wallahu a'lam...

Bicaraharta said...

sekarang saudara dah setuju Imam Nawawi kata berfaedah Dzan dan Tiada Faedah Ilmu. Kenyataan mana pula saudara kata Imam Nawawi terima hadis Ahad dalam Aqidah... buktikan??? tak ada dalam artikel tersebut.

Syarikat Atsar Enterprise (no. Pendaftaran: SA0077445-W) said...

aiiii. tak baca ke?

Bicaraharta said...

Bukan tak baca, tapi kesimpulan Imam Nawawi tulis itu adalah penghujahan dalam amalan, sebab tu bila ulama hadis memperkatakan zan dan tidak ilmi, ini bermakna. Tidak Qathei. Semua unsur Qathei yang saudara tulis adalah tambahan saudara.

Bukan tambahan Imam Nawawi, dan hpage ciplakan dari karangan Abdur Rahman Ad-Dimasq...

Imam Nawawi kata wajib berhujah dalam amalan, cuba saudara baca betul2.

Dan Imam Nawawi tak sebutkan perkataan wajib beramal dan beritiqad dengannya (sebab dia dah sebut ada Dzan dan tidak ilmi) itulah istila yang digunakan ulama. Mungkin saudara tak perhati betul2

Syarikat Atsar Enterprise (no. Pendaftaran: SA0077445-W) said...

Siapa pula Abdul Rahman ad-Dimasq????

Berikut saya copy/paste semula dari artikel saya:

Perlu kita fahami bahawa:

1 – Walaupun Imam an-Nawawi ketika menegaskan bahawa khabar ahad menghasilkan dzann, beliau sama sekali tidak pernah menyatakan bahawa hadis ahad itu adalah hujjah hanya dalam hukum amalan sahaja dan bukan hujjah dalam persoalan aqidah sebagaimana yang dipegang oleh Hizbut Tahrir. Dan sebenarnya Hizbut tahrir telah cuba memaksakan perkataan Imam an-Nawawi untuk mendukung pemikiran batil mereka dengan mempergunakan pernyataan Imam an-Nawawi yg bersifat umum tanpa melihat kepada perincian yang lebih dalam.

2 – Imam an-Nawawi juga apabila memperkatakan tentang hadis ahad yang menghasilkan dzann, tidaklah pula beliau menyatakan dzann tersebut sebagaimana dzann yang difahami oleh firqah Hizbut Tahrir. Dan sekiranya Imam an-Nawawi memahami sebagaimana yang difahami oleh Hizbut Tahrir sekalipun, maka ia tetap tidak boleh menjadi hujjah bahawa perkara tersebut merupakan suatu yang benar apabila diperincikan secara ilmiyah dengan dalil-dalil dan ijma’ (kesepakatan) ulama Ahlus Sunnah yang lain.

3 – Dakwaan Hizbut Tahrir yang menyatakan bahawa Imam an-Nawawi menolak hadis ahad dalam perkara aqidah (disebabkan tidak menimbulkan yakin) juga sama sekali tidak benar dan tidak dapat diterima kerana Imam an-Nawawi sendiri menyatakan dan menetapkan sahnya hadis ahad sebagai hujjah di dalam perkara aqidah. Ini dibuktikan melalui syarahnya ke atas hadis-hadis Shohih Muslim di mana beliau meyakini hadis-hadis ahad yang diriwayatkan di dalamnya.

4 – Sebagai contoh, Imam an-Nawawi sendiri turut membawakan hadis dari Dhimam B. Tsa’labah (yang membawakan persoalan-persoalan aqidah) lalu menyatakan bahawa:


وفى هذا الحديث جمل من العلم غير ما تقدم منها... وفى هذا الحديث العمل بخبر الواحد


Terjemahan: Dan pada hadis ini (hadis Dhimam) dapat diambil beberapa faedah (ilmu) yang baik daripadanya... (antaranya iaitu)... dan pada hadis ini menunjukkan wajibnya beramal dengan hadis ahad (khobar wahid). (Sila lihat di dalam Syarah Shohih Muslim, Kitab al-Iman, jilid 1, m/s. 171)

Di dalam jilid dan bab yang sama, beliau juga turut mengatakan berkenaan sebuah hadis yang berstatus ahad dan memberikan ulasan dengan katanya:


هذا حديث عظيم الموقع وهو أجمع أو من أجمع الاحاديث المشتملة على العقائد فانه صلى الله عليه و سلم جمع فيه ما يخرج عن جميع ملل الكفر على اختلاف عقائدهم وتباعدهم فاختصر صلى الله عليه و سلم فى هذه الاحرف على ما يباين به جميعهم


Terjemahan: Hadis ini adalah perkataan yang sangat agung. Dan ia mengumpulkan atau mencakupi persoalan aqidah secara sempurna. Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis ini menjelaskan tentang soal pemahaman-pemahaman yang menyimpang yang diimani oleh orang-orang kafir. Beliau menyebutkannya dengan ringkas dan padat berkaitan kefahaman yang salah yang diyakini oleh orang-orang yang menyelisihi perkataan beliau. (Sila lihat di dalam Syarah Shohih Muslim, Kitab al-Iman, jilid 1, m/s. 227)

Di tempat yang lain, ketika beliau memberikan penjelasan berkenaan sebuah hadis qudsi berstatus ahad yang shohih daripada Abu Dzar al-Ghifari (radhiyallahu ‘anhu), katanya:


فاجتمع في هذا الحديث جمل من الفوائد. ومنها ما اشتمل عليه من البيان لقواعد عظيمة في أصول الدين وفروعه والآداب ولطائف القلوب وغيرها ، ولله الحمد


Terjemahan: Terhimpun di dalam hadis ini faedah-faedah yang baik. Dan di antaranya adalah apa yang terkandung di dalamnya yang merupakan penjelasan kepada kaedah-kaedah yang agung dalam persoalan ushuluddin (dasar-dasar agama), cabang-cabangnya, adab, kelembutan hati dan selainnya, walhamdulillah... (Rujuk di dalam al-Adzkar an-Nawawiyah, m/s. 412-413)

Bicaraharta said...

Dakwaan Saudara,,,TAPI SAYANG SAUDARA TIDAK MENGUTIP HADIS MANA..

هذا حديث عظيم الموقع وهو أجمع أو من أجمع الاحاديث المشتملة على العقائد فانه صلى الله عليه و سلم جمع فيه ما يخرج عن جميع ملل الكفر على اختلاف عقائدهم وتباعدهم فاختصر صلى الله عليه و سلم فى هذه الاحرف على ما يباين به جميعهم


Terjemahan: Hadis ini adalah perkataan yang sangat agung. Dan ia mengumpulkan atau mencakupi persoalan aqidah secara sempurna. Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis ini menjelaskan tentang soal pemahaman-pemahaman yang menyimpang yang diimani oleh orang-orang kafir. Beliau menyebutkannya dengan ringkas dan padat berkaitan kefahaman yang salah yang diyakini oleh orang-orang yang menyelisihi perkataan beliau. (Sila lihat di dalam Syarah Shohih Muslim, Kitab al-Iman, jilid 1, m/s. 227)

jAWAPAN INI KUTIPAN SEBENAR DARI IMAM NAWAWI,IAITU HADIS MAN SYAHADA..


هذا حديث عظيم الموقع وهو أجمع أو من أجمع الاحاديث المشتملة على العقائد فانه صلى الله عليه و سلم جمع فيه ما يخرج عن جميع ملل الكفر على اختلاف عقائدهم وتباعدهم فاختصر صلى الله عليه و سلم فى هذه الاحرف على ما يباين به جميعهم


Terjemahan: Hadis ini adalah perkataan yang sangat agung. Dan ia mengumpulkan atau mencakupi persoalan aqidah secara sempurna. Dan beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melalui hadis ini menjelaskan tentang soal pemahaman-pemahaman yang menyimpang yang diimani oleh orang-orang kafir. Beliau menyebutkannya dengan ringkas dan padat berkaitan kefahaman yang salah yang diyakini oleh orang-orang yang menyelisihi perkataan beliau. (Sila lihat di dalam Syarah Shohih Muslim, Kitab al-Iman, jilid 1, m/s. 227)

Hadis yang saudara maksudkan itu sebenarnya banyak jalan riwayatnya, boleh buka kitab Hadis dan matan lain yang serupa, hadis dah jadi himpunan macam. Adakah saudara faham bahawa hadis ini bukan hadis Ahad lagi.

Baca betul2 tulisan komentar penuh, baru saudara tahu...

- عن عبادة بن الصامت قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: صحيح البخاري أحاديث الأنبياء (3252) ، صحيح مسلم الْإِيمَانِ (28) ، مسند أحمد (5/314). من شهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، وأن عيسى عبد الله ورسوله وكلمته ألقاها إلى مريم وروح منه، والجنة حق والنار حق أدخله الله الجنة على ما كان من العمل أخرجاه .

(عبادة): هو: (ابن الصامت) بن قيس الأنصاري الخزرجي أبو الوليد، أحد النقباء بدري مشهور من جلة الصحابة، مات بالرملة سنة أربع وثلاثين وله اثنتان وسبعون سنة. وقيل: عاش إلى خلافة معاوية .

[ص-51] قوله: (من شهد أن لا إله إلا الله) أي: من تكلم بهذه الكلمة عارفا لمعناها، عاملا بمقتضاها باطنا وظاهرا، كما دل عليه قوله: سورة محمد الآية 19 فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وقوله: سورة الزخرف الآية 86 إِلَّا مَنْ شَهِدَ بِالْحَقِّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ أما النطق بها من غير معرفة لمعناها ولا عمل بمقتضاها، فإن ذلك غير نافع بالإجماع.

وفي الحديث ما يدل على هذا، وهو قوله: "من شهد" إذ كيف يشهد وهو لا يعلم، ومجرد النطق بشيء لا يسمى شهادة به. قال بعضهم: أداة الحصر لقصر الصفة على الموصوف قصر إفراد؛ لأن معناه: الألوهية منحصرة في الله الواحد في مقابلة من يزعم اشتراك غيره معه، وليس قصر قلب؛ لأن أحدا من الكفار لم ينفها عن الله، وإنما أشرك معه غيره.

وقال النووي : هذا حديث عظيم جليل الموقع، وهو أجمع أو من أجمع الأحاديث المشتملة على العقائد، فإنه صلى الله عليه وسلم جمع فيه ما يخرج عن ملل الكفر على اختلاف عقائدهم وتباعدها، فاقتصر صلى الله عليه وسلم في هذه الأحرف على ما يباين به جميعهم. انتهى.

ومعنى: "لا إله إلا الله"، أي: لا معبود بحق إلا إله واحد، وهو الله وحده لا شريك له

Hadis yang mengatakan bahawa siapa mengucap, masuk syurga itu telah digolongkan oleh ulama sebagai hadis mutawatir. Di kesempatan lain saya akan buku buku kitab hadis mutawatir

Syarikat Atsar Enterprise (no. Pendaftaran: SA0077445-W) said...

Hadis ini dari sanad yg dibawakan oleh Muslim:

حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ رُشَيْدٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ يَعْنِي ابْنَ مُسْلِمٍ عَنْ ابْنِ جَابِرٍ قَالَ حَدَّثَنِي عُمَيْرُ بْنُ هَانِئٍ قَالَ حَدَّثَنِي جُنَادَةُ بْنُ أَبِي أُمَيَّةَ حَدَّثَنَا عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ وَأَنَّ عِيسَى عَبْدُ اللَّهِ وَابْنُ أَمَتِهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِنْهُ وَأَنَّ الْجَنَّةَ حَقٌّ وَأَنَّ النَّارَ حَقٌّ أَدْخَلَهُ اللَّهُ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةِ شَاءَ

Hadis ini mencakupi pelbagai perkara bukan sekadar man qola asy-hadu alla...

Apa yg saudara bawakan adalah ulama yg membukukan. Bukannya perbezaan sanad hadis.

Selain hadis ini, masih ada perkataan imam an-Nawawi yang lain di atas yg saya bawakan.

Bicaraharta said...

Banyak kesalahan saudara bila mengutip kata2 Imam Nawawi di atas. saudara nampaknya tidak faham perbezaaan Wajib beramal dengannya. Iaitu menjadikan dalil-dalil dalam perbuatan. Kemudian saudara katakan ianya adalah aqidah. Komen yang dikutip oleh AbduRahman Adimasqh yang saudara kutip sebenarnya.

Sekiranya sesuatu hadis Ahad membicarakan hal Aqidah ada sokongan dari ayat Al-Quran dan sebagainya maka kedudukan hadis ini dah diangkat menjadi penjelas. Itu yang banyak dimaksudkan dalam tulisan.

Kata-kata Imam Nawawi yang saudara kutip itu tidak mencerminkan bahawa Imam Nawawi mengatakan bahawa Hadis Ahad Qathei dalam penhujahan Aqidah. Yang ada anggapan dari AbduRahman Ad-Dimasq yang artikelnya saudara sadurkan... aja.

Syarikat Atsar Enterprise (no. Pendaftaran: SA0077445-W) said...

Maaf, Saya tidak kenal siapa Abdurrahman ad-Dimasq.

Jgn terlalu mudah membuat kesimpulan tanpa bukti. Dan perkataan Imam an-Nawawi tersebut sangat jelas.

Wallahu a'lam...

Bicaraharta said...

Maaf perkataan Imam Nawawi adalah jelas yang tidak faham adalah anda, anda cuba memanipulasi perkataan Imam Nawawi.

Cuba baca betul2 apa yang ditulis oleh beliau, sebenarnya saudara yang tidak jelas. Bahawa Imam Nawawi mengatakan Hadis Ahad adalah Zan dan tidak ilmi. Yang dia katakan bahawa selain dari pendapat jumhur. itu tertolak termasuk pendapat antum. Kemudian antum cuba manipulasinya dengan mengambil, beberapa kenyataan umum.

itulah penipuan saudara.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Tak apa lah encik ahmad.

Saya harap anda memahami perkataan imam nawawi satu persatu, sama ada yg sebelum dan yg selepas. Dan perkataan2 beliau yg berada di tempat2 lain.

Jgn hanya fokus pada satu tempat kemudiannya simpulkan satu kefahaman yg menyokong kehendak anda semata.

InsyaAllah, saya akan bawakan perkataan para ulama lainnya juga nanti satu persatu.

Bicaraharta said...

Sebelum enta bawa dalil sepihak, apa kata enta kaji dulu dalil dari pihak lain.

أقوالهم في عدم الاستدلال بخبر الواحد
في العقائد

o قال أبو العباس القرطبي في معرض حديثه على حديث رؤية النبي  ربه ليلة الإسراء والمعراج: ليست المسألة من العمليات فيكتفى بها بالأدلة الظنية، وإنما هي من المعتقدات فلا يكتفى فيها إلا بالدليل القطعي .
o وقال صفي الدين الارموي: وهذا لأن المطلوب في الأصول العلم واليقين، وخبر الواحد لا يفيده كما تقدم، بخلاف الفروع فإنه يكفي فيها الظن وخبر الواحد يفيده .
وقال أيضاً: وقد أجمعنا على أن خبر الواحد غير مقبول في أصول الدين .

o وقال جمال الدين الاسنوي: لأن رواية الآحاد إن أفادت إنما تفيد الظن، والشارع إنما أجاز الظن في المسائل العملية وهي الفروع دون العلمية كقواعد أصول الدين .

o وقال القاضي ابن الباقلاني: فخرج له من هذه أن خبر الواحد لا يقبل في العقليات وأصول العقائد وكل ما يلتمس فيه العلم.
وقال أيضاً: اعلم وفقك الله ان كل ما يطلب العلم فيه فلا يقبل فيه أخبار الآحاد .

o وقال علاء الدين السمرقندي: ومنها -أي أقسام الآحاد- أن يرد الخبر في باب العمل فأما إذا ورد في باب الاعتقادات وهي من مسائل الكلام فإنه لا يكون حجة لأنه يوجب الظن وعلم غالب الرأي لا علماً قطعياً، فلا يكون حجة فيما يبتنى على العلم القطعي والاعتقاد حقيقة .

o وقال السبكي: بأنه ليس من شرطه أن يكون قاطعاً متواتراً، بل متى كان حديثاً صحيحاً ولو ظاهراً وهو من رواية الآحاد جاز أن يعتمد عليه في ذلك لأن ذلك ليس من مسائل الاعتقاد التي يشترط فيها القطع .

o وقال ابو الثناء محمود الماتريدي: ولهذا لا يكون حجة في المسائل الاعتقادية لأنها تبنى على العلم القطعي وخبر الواحد يوجب علم غالب الرأي وأكبر الظن لا علماً قطعياً .

o وقال عبد الحميد الاسمندي: وان أردتم إثبات القديم تعالى وصفاته، فنقول: بأنه لا يقبل فيه خبر الواحد، لأنا لو قبلناه فيها لقبلناه في الاعتقادات ولا يجوز قبول خبر الواحد في الاعتقادات .

Bicaraharta said...

cuba buka mata komen ulama lain...jangan dok cari ulama sealiran sahaja

o وقال أبو العباس القرافي في جوابه على من منع العمل بخبر الواحد فقال: وجوابها: أن ذلك مخصوص بقواعد الديانات وأصول العبادات القطعيات .

o وقال أبو الخطاب وابن عقيل: انه لا يعمل بأخبار الآحاد في أصول الديانات .

o وقال ابو اسحق الشيرازي رداً على من قال لو جاز أن يقبل خبر الواحد في الفروع لجاز في الأصول مثل التوحيد واثبات الأصول.
فقال: الجواب: ان في مسائل الأصول أدلة عقلية موجبة للعلم قاطعة للعذر فلا حاجة بنا الى خبر الواحد .
o وقال البزدوي: خبر الواحد لما لم يفد اليقين لا يكون حجة فيما يرجع الى الاعتقاد لأنه مبني على اليقين وإن كان حجة فيما قصد فيه العمل .

o وقال الحافظ ابن حجر العسقلاني: الذي يظهر من تصرف البخاري في كتاب التوحيد، أنه يسوق الأحاديث التي وردت في الصفات المقدسة فيدخل كل حديث منها في باب ويؤيده بآية من القرآن للإشارة الى خروجها عن أخبار الآحاد على طريق التنزل في ترك الاحتجاج بها في الاعتقادات… .

o وقال العيني في شرح صحيح البخاري عند قوله "في الآذان" قال: إنما ذكر هذه الأشياء ليعلم أن إنفاذ الخبر إنما هو في العمليات لا في الاعتقادات .
o وقال المُلاّ علي القاري على حديث أبوي رسول الله  في النار: فقال: إلا أن يكون قطعي الدراية لا ظني الرواية، لأنه في باب الاعتقاد لا يعمل بالظنيات ولا يكتفى بالآحاد .
o وقال بخيت المطيعي على شرح الاسنوي: وحاصل الجواب أننا نمنع أن العلة التي اقتضت وجوب العمل بخبر الواحد في العمليات موجودة في الاعتقادات، لأن المطلوب في العمليات هو العمل، ويكفي في ذلك الظن، والمقصود في الاعتقادات الاعتقاد المطابق للواقع من موجب فلا يكفي في ذلك الظن .
o وقال محمود شلتوت: ومن هنا يتأكد أن ما قررناه من أن أحاديث الآحاد لا تفيد عقيدة ولا يصح الاعتماد عليها في شأن المغيبات، قول مجمع عليه وثابت بحكم الضرورة العقلية التي لا مجال للخلاف فيها عند العقلاء
.
o وقال سيد قطب: وأحاديث الآحاد لا يؤخذ بها في أمر العقيدة والمرجع هو القرآن، والتواتر شرط للأخذ بالأحاديث في أصول الاعتقاد
.

Bicaraharta said...

bersambung...
mereka ini sesat ikut anda kot..ulama usul dan hadis yg tak sealiran pendapat pastinya sesat lepas ni kot

o ويقول عبد الوهاب النجار: الخبر إذا كان رواته آحاداً فلا يصلح أن يكون دليلاً على ثبوت الأُمور الاعتقادية لأن الأُمور الاعتقادية الغرض منها القطع والخبر الظني الثبوت والدلالة لا يفيد القطع .

o ويقول عبد الرحمن الجزيري: معلقاً على حقيقة السحر: ولم يبق للقائلين بأن السحر له أثر حقيقي إلا الاستدلال بحديث البخاري الذي رواه عن عائشة رضي الله عنها من أن النبي  قد سحر وأنه كان يُخيل له أنه يفعل الشيء ولم يفعله، وهذا حديث صحيح لم يتعرض أحد للقدح في أحد من رواته، ومن الحسن أن يقال: ان مثل هذه الأحاديث تجزئ في المسائل الفرعية لا في المسائل الاعتقادية، فإن العقائد لا تبنى إلا على الأدلة اليقينية وهذه الأحاديث مهما كانت صحيحة فهي أحاديث آحاد لا تفيد إلا الظن

هذا ما وقع لي من أقوال العلماء، وأكتفي بهذا القدر منها في هذه العجالة للرد على افتراآت المفترين على أئمة المسلمين وتلامذتهم، ولو أراد المرء أن يجعلها مئين أو أكثر لحصل له ذلك إذا تحصلت لديه المكنة وتوفرت عنده المراجع.

وللعلم فإنني لم أجد أحداً قال بأن خبر الآحاد يفيد العلم مطلقاً سوى المذهب الظاهري على ما ذكره ابن حزم في أحكامه، أما بقية من قال أنه يفيد العلم فقيدوا ذلك بقرينة ترجح العلم فيه على الظن كإبن تيمية وابن القيم والنظام أحد رؤوس المعتزلة وغيرهم، ولا يخفاك أنه إذا إنعدمت القرينة فلا يفيد خبر الواحد إلا الظن.

فإن قيل بأن هؤلاء السبعين وغيرهم هم علماء كلام وليسوا من أهل السنة.
يقال بأنكم شغبتم بما لا فائدة فيه إذ هل القرطبي من المالكية وابن العربي والشاطبي وابن عبد البر والزرقاني من علماء الكلام؟! أم هل الخطيب البغدادي المحدث من الشافعية وابن حجر وابن دقيق العيد وابن الأثير وابن الجزري والنووي وابن عبد السلام والماوردي والاسنوي من علماء الكلام؟! أم هل الكمال بن الهمام من الحنفية والسرخسي وابن عابدين والكاساني والنسفي والأنصاري والجصاص من علماء الكلام؟! أم هل ابن قدامة المقدسي من الحنبلية وابن تيمية وابن عقيل وأبو الخطاب وابن المنير وابو يعلى من علماء الكلام؟! أم هل الأئمة الأربعة من علماء الكلام؟!! لا يقول بهذا إلا مكابر معاند والعياذ بالله من ذلك.

وإن قيل بأن هؤلاء اشاعره على سبيل التهمة وكأن الاشعرية تهمة، يقال: بأن ما أثبتناه آنفاً وهو أقوال فقهاء المذاهب المعتبرة والمشهورة عند المسلمين فإن كانت هذه المذاهب أشعرية فمعناه أنهم عرفوا أن الاشاعرة على الحق فساروا معهم، فإن قالوا: بأن هؤلاء العلماء ليسوا على مذهب الاشاعرة، تراجعوا عن اتهامهم لهم.
فائدة: في معنى العلم والظن واليقين في كلامهم آنفاً.
والعلم: هو الاعتقاد الجازم المطابق للواقع . وهو المقصود من كلامهم "خبر الآحاد لا يفيد العلم" ويطلق العلم ويراد منه الفقه في الدين على نحو قوله عليه الصلاة والسلام "طلب العلم فريضة" وقوله "ان الأنبياء لم يورثوا درهماً ولا ديناراً وإنما ورثوا العلم"

أما اليقين فهو لفظ مشترك أيضاً، فيطلق ويراد منه الموت كقوله تعالى "واعبد ربك حتى يأتيك اليقين" ويطلق ويراد منه نقيض الشك كقوله تعالى {ان هذا لهو حق اليقين} ويطلق ويراد منه عكس الظن كقوله تعالى {وما لهم به من علم إلا اتباع الظن وما قتلوه يقينا} وهذا المعنى الأخير هو المقصود من كلامهم "ان خبر الآحاد لا يفيد العلم واليقين"

Bicaraharta said...

dan ini terakhir komentar

الظن: لفظ مشترك يطلق ويراد منه اليقين كقوله تعالى {الذين يظنون انهم ملاقوا ربهم وانهم اليه راجعون} ويطلق ويراد منه الكذب كقوله تعالى {ان يتبعون إلا الظن وان هم إلا يخرصون} ويطلق ويراد منه الشك على نحو قوله تعالى {اجتنبوا كثيراً من الظن} وقوله عليه السلام "إياكم والظن فإن الظن أكذب الحديث" ويطلق ويراد منه الاعتقاد الراجح كقوله تعالى {ان ظنا ان يقيما حدود الله} وذكر هذا الأخير الزركشي في البرهان والغزي في اتقانه
.
وقال الشيرازي: الظن تجويز أمرين أحدهما أظهر من الآخر وذلك كخبر الثقة يجوز أن يكون صادقاً ويجوز أن يكون كاذباً غير أن الأظهر من حاله الصدق
.
وهذا المعنى الأخير للظن هو المقصود من كلامهم بأن خبر الآحاد لا يفيد إلا الظن ولا يفيد اليقين والله أعلى وأعلم واليه المصير.

//////////////////////////
كما في المفهم شرح صحيح مسلم له 1/402 ونقله عنه صاحب ظفر الاماني ص120 بتصرف
كما في نهاية الوصول في دراية الاصول له 7/2811
المرجع السابق 7/2834
كذا في نهاية السؤال 2/270
كما في التلخيص 2/430
كما في ميزان الاصول له ص430
نقله في ظفر الاماني شرح مختصر الجرجاني ص120
كما في كتابه أصول الفقه ص148
كذا ذكره في كتابه بذل النظر في الاصول ص406
كما في تنقيح الفصول له ص358
كما نقله عنهم ابن النجار في الكوكب المنير 2/352
كما في شرح اللمع له 2/601
كما في كشف الاسرار على أصول البزدوي 3/27
كما في فتح الباري 13/359
كما في عمدة القاري للعيني 25/12
قال في كتاب أدلة معتقد ابي حنيفة في أبوي رسول الله  ص62
كذا في تعليقه على شرح الاسنوي لمنهاج البيضاوي 2/270
ذكره في كتابه الإسلام عقيدة وشريعة ص61
قاله في ظلال القرآن 6/4008
قاله في كتابه قصص الانبياء في مقدمة الكتاب نقطة رقم 4
ذكره في كتابه الفقه على المذاهب الاربعة 5/391 فما فوق
كما ذكره الجرجاني في تعريفاته ص135 وذكر نحوه الصنعاني في شرح بغية الامل ص22
البرهان في علوم القرآن للزركشي 4/156
اتقان ما يحسن من الاخبار الدائرة على الالسن 1/476
قاله في شرح اللمع 1/150

Bicaraharta said...

Salam, boleh En Nawawi terangkan konsep ulama Fiqh dan beberapa orang itu, adakah semasa mereka menerangkan bab Hadis Ahad ini, mereka terus sesatkan orang lain?

Apakah perbincangan dalam ruangan ini adalah ada perberzaan pendapat dan yang majoritinya - menolak hadis ahad dalam perkara ilmi?

Yang saudara pegang itu adalah pendapat minoriti?

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Imam an-Nawawi sendiri telah menyebutkan bahawa pendapat2 yg menolak hadis ahad sama ada dalam persoalan hukum atau aqidah adalah dari muktazilah dan bbrp kelompok lain.

Dan Ibnul Qayyim seccara jelas mengkritik kelompok muktazilah yg menolak hadis ahada sebagai hujjah dalam aqidah.

Dan dalam kitab-kitab aqidah Ahlus Sunnah wal-Jama'ah sendiri telah mengambil hadis ahad sebagai hujjah di mana mereka menetapkan (dengan mewajibkan beriman dengannya) tentang adanya syafa'at, azab kubur, soal jawab malaikat di barzakh, dll dari hujjah hadis ahad.

Bicaraharta said...

En Nawawi,
Nampaknya encik salah faham lagi kenyataan Imam Nawawi tu, boleh en masukkan teks yang mana "Imam an-Nawawi sendiri telah menyebutkan bahawa pendapat2 yg menolak hadis ahad sama ada dalam persoalan hukum atau aqidah adalah dari muktazilah dan bbrp kelompok lain."

Kedua, Persoalan yang saudara bangkitakan seperti azab kubur, syafaat dll itu adalah perkara yang dimasukkan dalam kita kerana menurut keyakinan sesetengah pihak ianya dari hadis mutawatir dan ada dalam Al-Quran.

Ianya adalah Akibat (Natijah). Natijah tidak boleh dijadikan sebab dalam berhujah.
Kalau sebut masalah natijah ini saya mempercayai masalah azab kubur, menyakini syafaat itu ada dan pertanyaan, tetapi sekarang kita bincangkan perkara asas, apakah benar tulisan saudara berkenaan dengan Imam Nawawi itu, dan berkenaan degan hadis Ahad boleh dijadikan hujah dalam perkara aqidah.

Syarikat Atsar Enterprise (no. Pendaftaran: SA0077445-W) said...

Saya harap Ahmad jujur ketika membaca artikel saya di atas. Kerana ianya telah saya sebutkan di atas.

Selain itu, saya cadangkan supaya Ahmad dapatkan juga ini:

http://galeriniaga.blogspot.com/2010/05/250-keabsahan-hadits-ahad-dalam-aqidah.html

Bicaraharta said...

En Nawawi saudara nampaknya saudara banyak salah faham. Contoh dalam terjemahan Imam Nawawi mengkritik muktazilah kerana menolak hadis dalam berhujah, mereka kata hadis yang satu riwayat (gharib) tidak dapat dijadikan hujah dalam amalan, bahkan muktazilah dalam satu riwayat mengambil hadis yang rawi 2 (aziz) ada yang sehingga letak syarat (4) iaitu telah capai masyur dll.

Jadi Imam Nawawi mengkritik cara berfikir mereka dalam mengambil dan menolak hadis. Imam Nawawi tegaskan bahawa hadis gharib tetap dijadikan hujah dalam amalan, pendapat ini adalah pegangan saya.
Cuma saudara pukul rata Imam Nawawi terima hadis Ahad dalam akidah setelah mengkritik muktazilah. Saudara yang patut baca betul2 tulisan imam nawawi itu. Saudara banyak terjemah dengan keliru dan penambahanan yg tidak ada dalam tulisan Imam Nawawi. Untuk memahami perbincangan bab ini saudara kena lihat juga hujah imam ghazali dll lagi.
Kalau nak buat kajian Ilmiah kena bincang dan tengok dnegna jerniah pendapat bukan dengan memesongkannya mengikut perspektif sendiri2. Cuba kaji balik terjemahan saudara.

sekian wassalam dan baca komentar ulama selain dari aliran saudara. Kemudian teliti baik2. Elakkan Natijah perlu diagungkan dulu, kemudian hujah didatangkan kemudian, kaedah ini namanya justifikasi, bukan berdalil.

sekian wassalam

Syarikat Atsar Enterprise (no. Pendaftaran: SA0077445-W) said...

Imam Nawawi kata, khabar ahad dijadikan hujjah dalam Fiqh dan ushul. perkataan imam nawawi dalam mewajibkan mengamalkan hadis ahad adalah merujuk kpd persoalan aqidah dan fiqh sekaligus.

Dan muktazilah terkenal dengan sikapnya yg mendahulukan aqal dalam beraqidah. Sehingga menolak hadis ahad dalam aqidah. Sebab itu, mereka menolak azab kubur, syafa'at, persoalan tanya/jawab munkar/nakir, serta selainnya. Perkara ini dibahaskan dalam byk kitab-kitab2 aqidah. antaranya boleh rujuk kitab Imam ahmad yg sangat tegas dengan muktazilah.

Dan berikut, Lihat saya copy semula:

Semua perkataan ini adalah lemah, mungkar, dan tidak perlu dilayan. Kerana nash-nash agama dan hujjah-hujjah aqli secara jelas telah menunjukkan akan kewajiban mengamalkan khabar (hadis) dari satu orang. Para ulama telah menetapkan perkara tersebut melalui kitab-kitab fiqh dan ushul (aqidah) yang dengannya mereka menjelaskan dengan sejelas-jelasnya. Para ahli hadis serta selainnya juga telah menyusun pelbagai kitab berkaitan khabar wahid serta wajib untuk mengamalkannya. Wallahu a’lam... (an-Nawawi, al-Minhaj Syarah Shohih Muslim, 1/62)

Unknown said...

Assalamualaikum.

Saudara Ahmad tidak perlu berhujah panjang dengan Nawawi itu. Nawawi tidak MAHIR dan LEMAH bahasa Arab. Lihat komentar saya di artikelnya yang bertajuk: Pujian Dr. Yusuf al-Qaradhawi Kepada Yahudi & Merendahkan Allah.

Sesungguhnya Nawawi Subandi menokok tambah dalam terjemhannya yang lari jauh dari maksud sebenar. Lihat komentar saya di sana. Nawawi sila lihat di sana.

Di sini juga, saya mahu bertanya kamu Nawawi Subandi. Di manakah kenyataan HIzbut Tahrir yang menyatakan seperti yang di dakwa? Minta pembaca 'google' dengan nama Hizbut Tahrir, begitukah? Alahai...katanya ilmiah. (Saya tegaskan, saya BUKAN penyokong atau pengikut Hizbut Tahrir. Tetapi sebagai kajian ilmiah, saya perlukan kenyataan mereka dalam hal ini secara jelas. Berikan link tersebut.) P/s: Saya tidak sudi berhujah dengan kamu kerana jelas sudah kamu TIDAK MAHIR DAN MENGUASAI BAHASA ARAB. MEMALUKAN SAJA.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Silakan merujuk link ini:

http://konsultasi.wordpress.com/2007/01/13/pendapat-dan-sikap-para-sahabat-sahalafusholeh-serta-ulama-terhadap-khabar-ahad-dalam-masalah-aqidah/

Dan anda boleh google perkataan yg sama, anda akan jumpa perkara yg sama di dalam website2 atau blog2 HT.

Klu hal ini tidak benar, nescaya Ahmad tidak perlu mempertahankannya.

Unknown said...

Assalamualaikum.

Terima kasih. Saya sudah melawat situs/blog itu, dan saya tidak lihat bukti kukuh yang mengatakan situs/blog itu kepunyaan Hizbut Tahrir. Di sini saya copy n paste penafian (Disclaimer) oleh admin seperti berikut:

Farid Ma'ruf berkata
2 Februari 2007 pada 10:07 am

Terima kasih atas kunjungan Akhi Johan ke situs kami. Perlu kami sampaikan bahwa situs ini bukan milik HT, sehingga apabila antum ingin mengikuti kajian HT silakan hubungi Humas HTI terdekat. Silakan buka infonya di : http://www.hizbut-tahrir.or.id
Mengenai milis, kami juga tidak mengelola milis HT. Namun apabila anda berkenan mengikuti diskusi-diskusi seputar Syariah Islam, silakan bergabung ke milis kami, di alamat : http://groups.yahoo.com/group/syariahpublications/
Farid Ma’ruf (pengelola situs)
Balas

Pautan: http://konsultasi.wordpress.com/tentang-kami/

Apakah Farid Ma'ruf itu adalah pengikut Hizbut Tahrir? Pandangan agama di dalam situs/blog itu tidak semestinya pegangan Hizbut Tahrir sekalipun Farid Ma'ruf itu pengikut Hizbut Tahrir. Umpamanya, sekiranya dia menyokong penuh Ibnu Taimiyiah, adakah itu juga pegangan HIzbut Tahrir? Mungkin juga Ya, mungkin juga tidak. Seperti yang dinyatakan juga di halaman yang sama (Tentang Kami) bahawa:

Jawaban : Situs ini milik pribadi, bukan milik organisasi apapun. Otomatis semua tulisan di dalamnya adalah pandangan pribadi, bukan pandangan organisasi. Karena berbentuk blog konsultasi, maka situs ini membahas tema-tema yang ditanyakan pengunjung. Semua tulisan berdasarkan adanya pertanyaan yang ada, kemudian dicarikan jawabannya. Sebagian jawaban memang mengambil dari tulisan-tulisan lain yang sudah ada sebelumnya (yang sebenarnya tidak terkait dengan pertanyaan itu)

Saya perlukan bukti yang kukuh dalam hal ini (dalam memastikan pendapat HIzbut Tahrir mengenai Hadis Ahad itu samada benar pegangan mereka atau tidak). Walau apa pun, pendapat Hadis Ahad di situ punya kebenarannya. Perlu lebih mengkaji. Walaubagaimanapun, terima kasih saya ucapkan kepada Nawawi.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Wa 'alaikumussalam...

Pada awal tulisan saya lagi telah saya jelaskan dengan perkataan berikut:

"Para penulis dan pentaksub Hizbut Tahrir berkata:"

Yang bermaksud saya menisbahkan hal ini kpd para penulis dan pentaksub HT.

Hal ini diakui sendiri oleh HT. Dan mereka masing-masing mempertahankannya. Sebagaimana nickname Ahmad di atas mempertahankannya walaupun dengan kaedah yang saling berbeza.

Tulisan ini saya susun, di antara lain sebabnya adalah rentetan dari perselisihan yang berlaku di salah sebuah forum maya di internet dengan kelompok pejuang2 (mereka selalu dikenali dengan julukan syabab) HT. Forum yang dimaksudkan boleh dilihat di sini - http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=490288.html

Dan sekiranya saudara Muslim mahu berusaha untuk google dengan lebih serius, insyaAllah akan bertemu dengan situs seperti berikut:

http://gooku.proboards.com/index.cgi?board=tabbanimasolehumat&action=print&thread=190

http://rebirthkhilafah.multiply.com/journal/item/102

Serta beberapa situs lainnya, mungkin dengan konotasi ayat yg berbeza tetapi dengan maksud yg sama.

Wallahu a'lam...

Unknown said...

Assalamualaikum.

Nawawi, terima kasih kerana beri pautan2 itu. Apa yang saya lihat setakat ini bahawa mereka tidak taasub pada Hizbut Tahrir. Mereka menyokongnya tetapi untuk mengatakan 'TAAKSUB' masih samar-samar. Apa yang dilihat jelas bahawa kebanyakan mereka lebih terbias atau cenderung ke arah pemikiran Ibnu Taimiyiah, Muhamad bin Abdul Wahab, Albani, Bin Baz dan lain-lain sealirannya. Dengan kata lain tiada bezanya dengan blog Bahaya Syirik ini. Sepertimana pandangan kamu dengan berkata: "Para penulis dan pentaksub Hizbut Tahrir berkata:".
Dalam masa sama, mereka atau sesiapa pun jua boleh mengatakan kamu taaksub Ibnu Taimiyiah dan yang seangkatan dengannya. Mereka boleh mengambil blog ini sebagai bukti. Oleh itu, saya nasihatkan agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak baik HIzbut Tahrir mahupun kamu. Saya hanya menyebelahi pihak yang benar sahaja. Waallhua'lam bissowabb.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Wa 'alaikumus salam... Wallahu a'lam...

Saya telah lama berbincang dengan pengikut-pengikut HT tertentu.

Walaupun hujjah dan bukti sudah terbentang, mrk tetap mengatakan saya pendusta dan pemfitnah. Dan kebanyakan daripada mereka tidak lebih hanya tahu copy-paste artikel dari tokoh-tokoh mereka semata-mata tanpa mahu menyemak keabsahannya walaupun sudah sering-kali dinasihatkan.

Itulah tanda-tanda kepuakan dan fanatik kumpulan.

Semoga Allah memberi mereka dan kita petunjuk dan hidayahnya...

Bicaraharta said...

salam,
Saudara telah lama berbincang dengan pengikut HT. Boleh saya tahu dengan siapa ya saudara bersemuka. Nanti saya tanya pihak HTM.

Banyak saya lihat ialah saudara nawawi yang taaksub sebenarnya, saudara cuma kutip terjemahan salah saudara untuk memusingkan fakta bahawa Imam Nawawi mewajibkan akidah dan amalan Hadis Ahad. Sebagaimana di bawah;

وقد تظاهرت دلائل النصوص الشرعية والحجج العقلية على وجوب العمل بخبر الواحد وقد قرر العلماء في كتب الفقه والأصول

Semua perkataan ini adalah lemah, mungkar, dan tidak perlu dilayan. Kerana nash-nash agama dan hujjah-hujjah aqli secara jelas telah menunjukkan akan kewajiban mengamalkan khabar (hadis) dari satu orang. Para ulama telah menetapkan perkara tersebut melalui kitab-kitab fiqh dan ushul (aqidah)

Kenyataan saudara kurung dalam kitab usul itu kitab aqidah atau kitab usul fiqh, sebenarnya perbincangan bab hadis Ahad ini banyak dalam kitab Usul Fiqh.

Kenyataan Imam Nawawi jelas bahawa wajib beramal tanpa memasukkan perkataan berakidah. Yang kedua perkataan Usul digunakan oleh Imam Nawawi di sini bukannya bermakna bahawa ianya diterima dalam perkara akidah. Dia cuma menerangkan kedudukan perbicangan ini ada dalam kitab Fiqh dan Usul...tidak memberi makna apa2 kepada sama ada ianya diterima dalam akidah atau tidak.

Kalau asyik dok terjemah dan maknanya salah ini namanya tidak ada tanggung jawab ilmu.

Kenapa ya perlu ada pemesongan begini?

Bicaraharta said...

Saudara Muslim,
Terima kasih kerana menyedari bahawa banyak terjemahan bahasa Arab tak tepat oleh N Subandi ini. Saya perasan bila dia menulis dan meletakkan komen sendiri2.

Insya ALlah saya rasa saya perlu betulkan dulu beberapa terjemahan salah dan sikap memesong tulisan Imam Nawai mengikut acuan neo-Nawawi.

Dia nampaknya mengolah tulisan dan memanipulasi letak () untuk menjustifikasi pendapat yg dia telah taklidi.

saya nampak inilah ketaksuban sebenarnya...
Sebenarnya, saya ada satu kitab Imam Nawawi yang membuktikan terjemahan dan pemesongan yang terhadap pemikiran sebenar, saya ada softcopy dalam bentuk tulisan tangannya.

dalam kitab tersebut ia mengutarakan pandangan yang sama dan menjelaskan perihal hadis ahad ini. Pastinya tidak sama dengan terjemahan NAWAWI SUBANDI...

mungkin saya akan ke pusat Islam awal julai untuk cari kitab tersebut.

sekian wasslam

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Di antara natijah/kesan penolakan hadis ahad sebagai hujah dalam aqidah akan membawa kepada penolakan beberapa unsur-unsur keimanan yang sangat penting sebagaimana berikut (sedangkan para ulama ahlus sunnah wal-Jama'ah telah mengimaninya sejak dari dahulu sehingga sekarang dan telah termaktub di dalam kitab-kitab mereka sebagai bukti bahawa mereka menegakkan prinsip-prinsip aqidah dengannya):

1 - Syafaat yang besar di akhirat.

2 - Syafaat terhadap umatnya yang melakukan dosa besar.... Lihat seterusnya..

3 - Semua mukjizat selain al-Quran.

4 - Proses permulaan makhluk, sifat malaikat dan jin, sifat neraka dan syurga yang tidak diterangkan dalam al-Quran.

5 - Pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir di alam kubur.

6 - Himpitan kubur terhadap mayat.

7 – Jambatan (titian ash-Shirath), telaga dan timbangan amal.

8 - Keimanan bahawa Allah menetapkan kepada semua manusia akan keselamatannya, kesengsaraannya, rezekinya, matinya ketika masih dalam kandungan ibunya.

9 - Keistimewaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam yang dikumpulkan oleh Imam as-Suyuti dalam kitab al-Khasais al-Kubra, seperti Rasulullah masuk ke syurga ketika baginda masih hidup dan melihat kedudukannya serta hal-hal yang disediakan untuk orang yang bertaqwa.

10 - Berita kepastian bahawa sepuluh sahabat dijamin masuk syurga.

11 - Bagi orang yang melakukan dosa besar tidak kekal selama-lamanya dalam neraka.

12 - Percaya kepada hadis sahih tentang sifat hari kiamat dan padang mahsyar yang tidak dijelaskan dalam al-Quran.

13 - Percaya terhadap semua tanda kiamat seperti keluarnya Imam Mahdi, turunnya Nabi Isa, keluarnya Dajjal, keluarnya api, munculnya matahari dari barat dan binatang-binatang dan lain-lainnya.

***Kewajiban untuk mengimani perkara2 di atas ini termaktub di dalam kitab-kitab aqidah susunan para ulama Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Dasar dalilnya adalah berstatus ahad masing2 secara umumnya. Sekaligus membuktikan para ulama menerima dan menegakkan hujjah dengan hadis ahad walaupun dalam perkara aqidah.

Bicaraharta said...

salam,

Ini namanya natijah (ada ulama kata hadis yang saudara nyatakan itu mutawatir, ada penjelasan dari nas mutawatir dalam Al-Quran dsbnya). Natijah boleh terhasil bermacam2 dari istimbath dalil yg Qathei Al-Quran dan perinciannya.

Asas yang saudara nak bincangkan adalah ADAKAH HADIS AHAD KEKUATANNYA ILMU MENJADI PERKARA AKIDAH. Dua subjek lain,jangan dicampur2 nanti keliru. Natijah tidak membawa apa2 makna kepada usul, sebenarnya natijah perlu mengikut Usul.

Ini nama perbincangan terbalik, ramai orang sekarang makan riba, perkara ini adalah haram. berasaskan dalil.

Ada dalam kes Azab kubur adal ulama kata mutawatir dan ada kata Ahad, yang kita meraikan perbezaan pendapat kata azab kubr hadis ahad sebagaimana saudara mengatakannya dalam posting lepas. Ada yang mengatakan mutawatir yang memang perkara ini dah jadi akidah. Ini perbincangan natijah dari satu pembahasan bukan usul.

Namun dalam tulisan saudara saudara cuba memesong tulisan Imam Nawawi tentang asas bahawa hadis Ahad tidak membawa faedah Ilmu, dan saya telah jumpa sumber yang sama yang mana memang Imam Nawawi mengatakan pendapat jumhur menolak hadis ahad dalam perkara ilmu.

Juga pendapat Dr Wahbabh Zuhaili dalam karya fiqhnya. Ramai ulama yangmenolak hadis ahad dalam perkara aqidah. Itu asasnya.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Saya masih menantikan apa dia contoh-contoh Hadis ahad yang sahih yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam persoalan aqidah.

Dalam beberapa tulisan dan buku-buku tulisan Hizbut Tahrir sebagaimana yg saya nukilkan, penulis tersebut telah terang mengatakan hadis ahad tidak dapat dijadikan hujjah, lalu perkara yang berbentuk aqidah tidak dapat ditegakkan dengannya.

Dan penulis kemudiannya mengemukakan bukti bahawa contoh-contoh i'tiqad yg tertolak adalah azab kubur dan yang sewaktu dengannya. Sedangkan telah jelas para ulama ahlus sunnah menerimanya.

Malah banyak contoh2 lain yg dikemukakan oleh penulis, yang hakikatnya para ulama ahlus sunnah beri'tiqad dengannya.

Sekali saya tegaskan bahawa Imam an-Nawawi menerima hadis-hadis ahad dalam persoalan aqidah. Ini jelas terbukti dalam syarah beliau ke atas shohih Muslim. Tiada satu pun hadis ahad yg sahih ditolak oleh beliau, sama ada dalam persoalan fiqihiyyah mahupun ushuluddin.

Bicaraharta said...

1. Saya mulakan dengan satu contoh,

998 - و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِي يُونُسَ مَوْلَى عَائِشَةَ أَنَّهُ قَالَ أَمَرَتْنِي عَائِشَةُ أَنْ أَكْتُبَ لَهَا مُصْحَفًا وَقَالَتْ إِذَا بَلَغْتَ هَذِهِ الْآيَةَ فَآذِنِّي
{ حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى }
فَلَمَّا بَلَغْتُهَا آذَنْتُهَا
فَأَمْلَتْ عَلَيَّ
{ حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى }
وَصَلَاةِ الْعَصْرِ
{ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ }
قَالَتْ عَائِشَةُ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

2. Ianya hadis sahih dalam Muslim menerangkan bahawa Aishah membaca Ayat Al-Quran 2:238 dengan tambahan wa solati asar, ini adalah riwayat Ahad.

3. Saudara Nawawi baca yang mana ya? tambahan atau kurangkan mufradat yang ada tambahan tu.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

1 - Ianya hadis shahih, diriwayatkan oleh Muslim.

2 - Ianya hadis Ahad.

3 - Ia diriwayatkan berkaitan ayat 238 daripada Surah al-Baqarah. daripada 'Aisyah.

4 - Perlu kita fahami bahawa hadis tersebut walaupun shahih, ianya syadz (ganjil dan bertentangan) dengan banyaknya riwayat-riwayat lain yg lebih sahih lagi mutawatir.

5 - Maka, riwayat yang mutawatir diutamakan.

6 - Kaedah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam menyampaikan al-Qur'an adalah dengan membacakannya di hadapan orang ramai (mutawatir), tidak sebagaimana hadis-hadis yang lain biasa disampaikan. Maka, secara automatik, al-Qur'an itu diturunkan dan disampaikan dengan cara mutawatir, bukan ahad.

Wallahu a'lam...

Rujukan:

1 - Ulumm al-Qur'an, Manna Khalil al-Qaththan.

2 - Syarah Shohih Mulism.

3 - Fathul Bari.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Sila rujuk juga, maksud hadis syadz.

Bicaraharta said...

Cantik ulasan itu, pokok persoalan yang saya nak kemukakan itu. Nampaknya saudara sendiri dah mula menolak dan mengatakan syaz kepada hadis sahih muslim ini. Nanti saya akan kemukan kemudian beberapa hadis syaz lain lagi.

1) Adakah hadis ini sahih? Apa pendapat Ummu Mu'minin Aisyah, dia yakin bahawa dia dapat dari Rasulullah saw.

2) Ada riwayat lain yang tidak menyebut, perkataan solat asar, sebenarnya kalau hadis Ahad boleh guna dalam penghujahan Al-Quran riwayat ini boleh ditambah kerana dianya tidak bercanggah cuma sedikit penambahan...kalau dikatakan bercanggah mungkin riwayat mutawatir kata "solat zohor" tapi aishah kata "solat asr" itu namanya Taarudh. Kalau asas aqidah berasaskan hadis Ahad maka pastinya penulisan Al-Quran yang tidak ada dalam riwayat mutawatir boleh ditambah2.

3) Ini juga membuktikan bahawa hadis Ahad yang sahih ada unsur Syaz (walaupun dalam sahih Muslim). Inilah hujah menunjukkan kata2 Imam Nawawi itu benar, masih ada unsur Zan walaupun dalam sahih bukhari atau Muslim, yang menentang konsep Ibn Solah, semuanya membawa maksud Ilmu. Qathei perlu diterima.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Yang mutawatir adalah tanpa penambahan solat 'asar. Dan yang telah tertulis dalam mushaf juga adalah tanpa solat 'asar.

Dan telah mutawatir bahawa tanpa tambahan lafaz solat 'asar. Maka, automatik, lafaz solat 'asar menjadi syadz disebabkan bertentangan dengan riwayat mutawatir. Secara umumnya, hadis yang sahih walaupun ahad, ia adalah diterima, melainkan ianya bertentangan dengan riwayat sahih yang sama taraf atau lebih sahih yang mutawatir.

Sedangkan apa yang diperkatakan oleh 'Aisyah adalah perkhabarannya tanpa ditulis dalam mushaf pada ketika tersebut.

Apa maksud saudara berikut:

---- kalau dikatakan bercanggah mungkin riwayat mutawatir kata "solat zohor" ----

Kita bukan bercakap tentang maksud Wustho, tetapi kita bercakap tentang periwayatan tersebut. Klu mahu bercakap tentang apa yang dimaksudkan dengan wustho, di sana al-Hafiz Ibnu Hajar membawakan pandangan lebih dari 10 pandangan tentang maksud wustho.

Saya harap, saudara fahami terlebih dahulu maksud hadis Syadz:

Hadis Syadz (ganjil) ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang dapat dipercayai dan diterima, namun bertentangan dengan riwayat orang yang memiliki darjat ketsiqahan (terpercaya/validiti) yang lebih tinggi, menurut pendapat yang diakui oleh para ahli hadis. (Ibnu Hajar, Syarh Nukhbah, m/s. 13-14. Lihat: al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 16-17, Pustaka Sumayyah)

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:

Perkara ini dijelaskan oleh Ibnush Sholah dalam al-Muqaddimah, m/s. 86, beliau berkata:

“Jika seseorang perawi menyendiri dengan sesuatu, perlu diamati. Jika riwayat tunggalnya bertentangan dengan riwayat orang yang lebih baik dan lebih kuat hafalannya, maka ia tergolong riwayat syadz (ganjil) dan tertolak. Jika riwayat tunggalnya tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan orang lain tetapi hanya dia sendiri yang meriwayatkan, sedang orang lain tidak, maka perlu diamati, adakah perawi tunggal ini kuat hafalannya dan dapat dipercayai, maka diterimalah ia dan jika tidak baik dan tidak kuat hafalannya, maka terputus dan terlempar jauh dari wilayah kesahihan, dan setelah itu berada pada tingkat yang berbeza-beza bersesuaian dengan keadaan. Ertinya, jika perawi tunggal itu tidak jauh dari tingkat (darjat) perawi lain yang kuat hafalan dan diterima kesendiriannya, maka kami golongkan hadis hasan (baik) dan kami tidak menjatuhkannya pada kelompok hadis dhaif (lemah). Tetapi jika tidak, kami golongkan riwayat tunggal itu kepada hadis syazd (ganjil) yang mungkar.

Keganjilan (syadz) ini boleh berlaku pada mata rantai (sanad) atau redaksi hadis (matan). Contoh hadis dari kedua jenis ini banyak sekali yang (insyaAllah) sebahagiannya akan dijelaskan. (al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 17, Pustaka Sumayyah)

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Yang mutawatir adalah tanpa penambahan solat 'asar. Dan yang telah tertulis dalam mushaf juga adalah tanpa solat 'asar.

Dan telah mutawatir bahawa tanpa tambahan lafaz solat 'asar. Maka, automatik, lafaz solat 'asar menjadi syadz disebabkan bertentangan dengan riwayat mutawatir. Secara umumnya, hadis yang sahih walaupun ahad, ia adalah diterima, melainkan ianya bertentangan dengan riwayat sahih yang sama taraf atau lebih sahih yang mutawatir.

Sedangkan apa yang diperkatakan oleh 'Aisyah adalah perkhabarannya tanpa ditulis dalam mushaf pada ketika tersebut.

Apa maksud saudara berikut:

---- kalau dikatakan bercanggah mungkin riwayat mutawatir kata "solat zohor" ----

Kita bukan bercakap tentang maksud Wustho, tetapi kita bercakap tentang periwayatan tersebut. Klu mahu bercakap tentang apa yang dimaksudkan dengan wustho, di sana al-Hafiz Ibnu Hajar membawakan pandangan lebih dari 10 pandangan tentang maksud wustho.

Saya harap, saudara fahami terlebih dahulu maksud hadis Syadz:

Hadis Syadz (ganjil) ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang dapat dipercayai dan diterima, namun bertentangan dengan riwayat orang yang memiliki darjat ketsiqahan (terpercaya/validiti) yang lebih tinggi, menurut pendapat yang diakui oleh para ahli hadis. (Ibnu Hajar, Syarh Nukhbah, m/s. 13-14. Lihat: al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 16-17, Pustaka Sumayyah)

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:

Perkara ini dijelaskan oleh Ibnush Sholah dalam al-Muqaddimah, m/s. 86, beliau berkata:

“Jika seseorang perawi menyendiri dengan sesuatu, perlu diamati. Jika riwayat tunggalnya bertentangan dengan riwayat orang yang lebih baik dan lebih kuat hafalannya, maka ia tergolong riwayat syadz (ganjil) dan tertolak. Jika riwayat tunggalnya tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan orang lain tetapi hanya dia sendiri yang meriwayatkan, sedang orang lain tidak, maka perlu diamati, adakah perawi tunggal ini kuat hafalannya dan dapat dipercayai, maka diterimalah ia dan jika tidak baik dan tidak kuat hafalannya, maka terputus dan terlempar jauh dari wilayah kesahihan, dan setelah itu berada pada tingkat yang berbeza-beza bersesuaian dengan keadaan. Ertinya, jika perawi tunggal itu tidak jauh dari tingkat (darjat) perawi lain yang kuat hafalan dan diterima kesendiriannya, maka kami golongkan hadis hasan (baik) dan kami tidak menjatuhkannya pada kelompok hadis dhaif (lemah). Tetapi jika tidak, kami golongkan riwayat tunggal itu kepada hadis syazd (ganjil) yang mungkar.

Keganjilan (syadz) ini boleh berlaku pada mata rantai (sanad) atau redaksi hadis (matan). Contoh hadis dari kedua jenis ini banyak sekali yang (insyaAllah) sebahagiannya akan dijelaskan. (al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 17, Pustaka Sumayyah)

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Yang mutawatir adalah tanpa penambahan solat 'asar. Dan yang telah tertulis dalam mushaf juga adalah tanpa solat 'asar.

Dan telah mutawatir bahawa tanpa tambahan lafaz solat 'asar. Maka, automatik, lafaz solat 'asar menjadi syadz disebabkan bertentangan dengan riwayat mutawatir. Secara umumnya, hadis yang sahih walaupun ahad, ia adalah diterima, melainkan ianya bertentangan dengan riwayat sahih yang sama taraf atau lebih sahih yang mutawatir.

Sedangkan apa yang diperkatakan oleh 'Aisyah adalah perkhabarannya tanpa ditulis dalam mushaf pada ketika tersebut.

Apa maksud saudara berikut:

---- kalau dikatakan bercanggah mungkin riwayat mutawatir kata "solat zohor" ----

Kita bukan bercakap tentang maksud Wustho, tetapi kita bercakap tentang periwayatan tersebut. Klu mahu bercakap tentang apa yang dimaksudkan dengan wustho, di sana al-Hafiz Ibnu Hajar membawakan pandangan lebih dari 10 pandangan tentang maksud wustho.

Saya harap, saudara fahami terlebih dahulu maksud hadis Syadz.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Hadis Syadz (ganjil) ialah hadis yang diriwayatkan oleh orang-orang yang dapat dipercayai dan diterima, namun bertentangan dengan riwayat orang yang memiliki darjat ketsiqahan (terpercaya/validiti) yang lebih tinggi, menurut pendapat yang diakui oleh para ahli hadis. (Ibnu Hajar, Syarh Nukhbah, m/s. 13-14. Lihat: al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 16-17, Pustaka Sumayyah)

Syaikh al-Albani rahimahullah menjelaskan:

Perkara ini dijelaskan oleh Ibnush Sholah dalam al-Muqaddimah, m/s. 86, beliau berkata:

“Jika seseorang perawi menyendiri dengan sesuatu, perlu diamati. Jika riwayat tunggalnya bertentangan dengan riwayat orang yang lebih baik dan lebih kuat hafalannya, maka ia tergolong riwayat syadz (ganjil) dan tertolak. Jika riwayat tunggalnya tidak bertentangan dengan hadis yang diriwayatkan orang lain tetapi hanya dia sendiri yang meriwayatkan, sedang orang lain tidak, maka perlu diamati, adakah perawi tunggal ini kuat hafalannya dan dapat dipercayai, maka diterimalah ia dan jika tidak baik dan tidak kuat hafalannya, maka terputus dan terlempar jauh dari wilayah kesahihan, dan setelah itu berada pada tingkat yang berbeza-beza bersesuaian dengan keadaan. Ertinya, jika perawi tunggal itu tidak jauh dari tingkat (darjat) perawi lain yang kuat hafalan dan diterima kesendiriannya, maka kami golongkan hadis hasan (baik) dan kami tidak menjatuhkannya pada kelompok hadis dhaif (lemah). Tetapi jika tidak, kami golongkan riwayat tunggal itu kepada hadis syazd (ganjil) yang mungkar.

Keganjilan (syadz) ini boleh berlaku pada mata rantai (sanad) atau redaksi hadis (matan). Contoh hadis dari kedua jenis ini banyak sekali yang (insyaAllah) sebahagiannya akan dijelaskan. (al-Albani, Tamamul Minnah, m/s. 17, Pustaka Sumayyah)

Bicaraharta said...

1. Saya sudah faham dengan makna Hadis Syaz, cuma saya ingin mengemukakan hujah disebalik itu sahaja Al-Quran itu mutawatir sedangkan hadis Aisyah adalah Ahad, tetapi masa baca itu Aisyah yakin itu Ayat Al-Quran, dakwaannya dia dapat dari Rasulullah (ini hadis marfu' dari Nabi di sisi Aishah ra)

2. bagi kita kita namakan Syaz, tapi bagi Aishah dia adalah tidak syaz dan jelas, dia dapat dari Rasulullah saw.

3. Namun kita menolak riwayat aishah atas alasan bercanggah dengan bacaan mutawatir Al-Quran, maka ini yang saya nak jelaskan Al-Quran sendiri tak boleh dipakai riwayat mutawatir aja, yang ahad tidak diterima. Hatta ada beberapa sahabat yang ada bacaan Ahad ditolak, walaupun tidak diriwayatkan ada percanggahan dengan bacaan mutawatir (yg mutawatirnya tidak ada).

4. Maksud saya gini
4.1 Ayat al-Quran sebut "Hafizu ala solawatil wal solati til wusta" 2:238
4.2 Ayat Al-Quran Aisyah "hafizu ala solawatil wa solatil wusta wal asri"

adakah kenyataan ini bercanggah? Jawapannya tidak kerana kaedah hadis ianya masih boleh dijamak (kompromi). Iaitu menambahkan perkataan ashar.. iaitu gabungan riwayat mutawatir dan Ahad, namun untuk menolaknya ulama kata Syaz terutama bab Al-Quran yang menjadi akidah umat Islam ini.

kenapa Ijmak sahabat menolaknya? kerana riwayat Ahad tidak sampai ke taraf aqidah berbanding dengan riwayat lain. Adapun penerangan konsep hadis syaz kena menang itu adalah penerangan teknikal, pokoknya hadis ahad ini tidak boleh membawa nas untuk memasukkannya menajdi ayat Al-Quran (sumber penting akidah umat Islam).

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

al-Hafiz menyebutkan tentang hadis tersebut dengan dua kaedah.

1 - al-Qur'an memang diriwayatkan dan disampaikan secara mutawatir, secara automatik, perkhabaran yang ahad tentang al-Qur'an tertolak. Kerana, apabila satu ayat al-Qur'an turun sahaja, Rasulullah akan mengumpulkan para sahabat dan meperdengarkannya kepada mereka di khalayak ramai. Jadi, apabila ada perkhabaran2 lain tentang ayat al-Qur'an secara menyendiri atau ahad, maka, secara automatik, ianya tertolak.

Dan perkara ini disepakati oleh para ulama, serta dijelaskan di dalam mana-mana kitan 'Ulum al-Qur'an. Dan al-Hafiz menambahkan bahawa penetapan tentang ayat-ayat al-Qur'an adalah dengan khabar mutawatir. Ini adalah kaedah khusus untuk penetapan ayat al-Qur'an (sama ada ayat berkaitan aqidah, hukum, sirah, atau selainnya).

Kaedah ini tidak dijadikan kaedah umum bagi setiap permasalahan, selain ayat al-Qur'an.

2 - al-Hafiz juga turut menjelaskannya dalam konteks syadznya riwayat tersebut.

Wallahu a'lam...

Bicaraharta said...

Itu penerangan dari sudut hafiz bukan dari sudut Aishah, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud yang mana mereka mempunyai pendirian lain dalam masalah ini. Namun percanggahan mereka ini kita tinggalkan kerana kita bergerak atas Ijmak Sahabat yang mutawatir.

1. Penetapan ayat Al-Quran dari perkhabaran mutawatir itu sendiri sebenarnya hujah kuat bahawa asas Aqidah kita iaitu Al-Quran Kallamullah tidak boleh berdiri kecuali dengan dalil Qathei.

2. Kalau kita katakan hadis Ahad itu Qathei, maka kenapa pula ulama' dan Ijmak Sahabat menolaknya, walhal pembawanya mengakui itu ayat Quran yang dia bawa dari Nabi SAW? Tidak lain kerana hadis Ahad itu ditsabit secara ghalbatun Zan (beyond reasonable doubt). Ghalabatun Zan boleh dijadikan hujah tapi tidak Qathei.

3. Inilah yang dimaksudkan ulama usul bila membicarakan masalah Zhan hadis Ahad. Bukan zan versi tafsiran Al-Quran, Zhan di sini adalah istilah khas. (Qathei (ilmu), Zhan (ghalabtul zan), Syak, wahm dan Kazb)

4. Akan kita lihat contoh seterusnya, penolakan ulama keapda beberapa hadis yang taarudh dsbnya.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Persoalan tersebut adalah dalam konteks penyampaian ayat-ayat al-Qur'an, tidak yang lain. Klu mahu dijadikan persoalan itu kepada kaedah umum, maka apa sahaja yang sampai melalui kaedah ahad, ia akan tertolak.

Asasnya adalah, al-Qur'an itu disampaikan oleh Nabi dalam keadaan mutawatir, bukan ahad. Nabi tidak menyampaikan al-Qur'an dalam keadaan menyendiri, tetapi nabi menyampaikannya dengan mengumpul orang ramai.

Rujuk juga definisi al-Qur'an di dalam kitab-kitab ushul tafsir dan ulumul Qur'an. Iaitu antaranya, al-Qur'an adalah Kalamullah yang disampaikan secara mutawatir, yang ditulis di atas mushaf... (Secara automatik, yang menyendiri (tidak mutawatir apatah lagi yang syazd (bertentangan)) tertolak).

Berbanding/berbeza dengan konteks penyampaian hadis selain al-Qur'an.

Bicaraharta said...

1. Kaedah inilah menunjukkan kedudukan dan penjelasan tentang khabar mutawatir penerimaan khabar mutawatir secara mutlak dan penolakan khabar ahad dalam perkara aqidah asas (pentsabitan ayat Al-Quran).

2. Namun dalam penjelasan lain sahabat ra, mengambil hadis dari Aisyah secara sendiri2. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah saw tentang si Humaira' ini. Namun dalam bab Al-Quran mereka nampaknya tegas menolak si humairah dan riwayatnya. Tidakkah ini menolak kesimpulan saudara di atas "Kalau buat kesimpulan umum, habis hadis Ahad tertolak" Sebenarnya kesimpulan ini tertolak dengan penjelasan di atas.

3. Tentang defisi Al-Quran yg didefinisi oleh Ulama adalah yang datang kemudian setelah faham apa itu yang dilakukan oleh Ijmak Sahabat, sedangkan dalam kes2 riwayat2 Ibnu Masuud tetap mempertahankan Al-Quran Ahadnya.

Sebab itulah saya katakan nas2 saudara kemukakan sebenarnya makin menyokong hujah Hadis Ahad tidak mengandungi unsur Qathei. Wajib beramal dengannya, tidak wajib beritiqad kerana tidak ada 100% keyakinan benar (beyond reasonable doubt). Namun wajib mempercayainya kerana dibuktikan berasaskan ghalabtu Zan.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Adakah ini bermakna HT menolak Qiro'at Qunbul daripada Ibnu Katsir?

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Qiro'at Qunbul adalah qioro'at yang ditetapkan dengan khabar wahid kerana padanya menepati ciri-ciri (syarat-syarat) qiro'at shohih, dan tidak syadz.

Syarat-syarat diterimanya qiro'at adalah:

- Sanadnya sahih.
- Tidak syadz.

Berkenaan sanad sahih, di dalamnya merangkumi bbrp keadaan:

1 - Mutawatir, ini merupakan syarat yg sgt penting, namun bukan satu2nya syarat dalam perkara ini.

2 - Yang dinukil dengan khabar ahad, akan tetapi ianya mustafidz dan diterima dengan kesepakatan.

3 - Dinukil secara ahad sahaja, tanpa syarat mutawatir.

Ada pun yang dimaksudkan dengan syadz adalah yang menyalahi khat mushaf (qiro'at al-Qur'an yang telah disalin oleh para pencatat al-Qur'an) dan menyalahi kaedah bahasa 'arab yang mana al-Qur'an diturunkan dengannya.

Qiro'at al-Qur'an, walaupun sahih dan mutawatir, namun bertentangan dengan tulisan mushaf dan kaedah bahasa 'arab, maka ianya adalah syadz.

Abu Syamah al-Maqdisi rahimahullah berkata:

Dan dibawa kepada i'tiqad dan yang demikian itu adalah penetapan qiro'at dengan penukilan yang sahih daripada Rasulullah dan tidak wajib mutawatir, akan tetapi cukup padanya khabar ahad yang sahih dengan disertai adanya istifadhoh dan bersesuaian dengan tulisan mushaf. (Abu Syamah, al-Mursyidul Wajiz, m/s. 171)

Kesimpulan:

Sebab penolakan satu-satu qira'at bukanlah kerana ianya daripada khobar ahad, tetapi adalah kerana ia tidak menepati syarat2 qiro'at sahih.

Sila rujuk maksud syadz dalam persoalan syarat2 qiro'at sahih. Secara ringkasnya, riwayat yang syadz, adalah riwayat qiro'at yang bertentangan dengan khabar mutawatir, atau bertentangan dengan apa yang telah tertulis di atas mushaf oleh para pencatat al-Qur'an.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Ahmad juga perlu menyemak semula apa yang dimaksudkan dengan khabar mutawatir dan khabar ahad di sisi:

1 - Ahli hadis,
2 - ahli qiro'at.

Kerana pada keduanya (ahli hadis dan ahli qiro'at), istilah mutawatir dan ahad memiliki maksud yang berbeza di kalangan dua kelompok ini.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Berikut perkataan al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani rahimahullah ketika mengulas apa yang diutarakan oleh ad-Dawudi:

أن قولهم لا يثبت القرآن بخبر الواحد أي الشخص الواحد وليس كما ظن بل المراد بخبر الواحد خلاف الخبر المتواتر فلو بلغت رواة الخبر عددا كثيرا وفقد شيئا من شروط المتواتر لم يخرج عن كونه خبر الواحد

"... seolah-olah beliau (ad-Dawudi) menganggap bahawa perkataan mereka adalah al-Qur'an itu tidak boleh ditetapkan dengan khabar wahid adalah merupakan khabar yang ditetapkan dengan riwayat satu orang-satu orang. Padahal, hakikatnya tidaklah demikian. Akan tetapi, yang dimaksudkan dengan khabar wahid di sini (di sisi ahli qiro'at) adalah riwayat yang bertentangan dengan khabar mutawatir. Apabila para perawi sesuatu khabar/berita mencapai jumlah yang banyak, lalu kehilangan salah satu syarat mutawatir padanya, maka belumlah ia terkeluar keadaannya sebagai khabar wahid..."

Cam-kanlah bahawa di dalam perkataan tersebut mengandungi sebuah maksud yang mendalam.

Bicaraharta said...

Subandi,

Saudara sendiri nampaknya masih mereka2 hujah baru, sekarang dah pusing ke masalah Ilmu Qiraat pula. Walhal saudara pasti tahu, saudara dah pusing ke mutawatir ilmu qiraat pula.

Apakah Imam Nawawi tulis itu berkaitan dengan Ilmu Qiraat atau penghujahan tentang kedudukan Khabar Ahad dalam perkara Ilm?

Minta jangan menyimpang dari aliran perbincangan, please!

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Subandi tu ayah saya...

Bukankah saudara yang membawakannya kepada persoalan qira'at, penetapan ayat al-Qur'an.

Apabila saya mengulasnya dalam konsteknya, knp perlu dimarahi?

Sepatutnya, sayalah yg perlu bertanya kpd saudara... kerana konteks penetapan qira'at al-Qur'an adalah perlu berdasarkan syarat-syarat qira'at sahih, bukan berdasarkan penetapan hadis ahad atau mutawatir. Ia sedikit berbeza, istilah mutawatir di sisi ahli hadis dengan ahli qira'at sahaja sudah berbeza maksud cara fahamnya.

Bicaraharta said...

1. Saudara apakah yang saya terangkan di atas adalah berkaitan dengan hukum Qiraat atau hukum Penulisan Al-Quran? Baca hadis dari Imam Muslim tu betul2 dan syarah Imam Nawawi tu.

2. Ada Imam Nawawi sebut masalah bacaan atau masalah penambahan mufradat?

3. Ada tak? kalau tak ada maka saudara nilai sendiri tulisan saudara sama ada benar atau salah.

Bicaraharta said...

1. Cuba check dalam kurungan enta tulis tu betulkah dalam syarah itu ada demikian atau tambahan sendiri? Bukankah ralat yang nak dibuat oleh Imam Hajar adalah bahawa orang mengatakan bahawa Ahad di sini adalah hadis gharib sahaja. Kemungkinan hadis itu Aziz, atau masyhur. Ahad itu bukan gharib sahaja, itu yang nak diterangkan oleh Imam Ibnu Hajar, tapi enta terjemahkan ada Qiraat dll, entah apa-apa. Subandi anta faham ke bab ini?


2. Tolong delete penipuan terjemahan enta dibawah.

" seolah-olah beliau (ad-Dawudi) menganggap bahawa perkataan mereka adalah al-Qur'an itu tidak boleh ditetapkan dengan khabar wahid adalah merupakan khabar yang ditetapkan dengan riwayat satu orang-satu orang. Padahal, hakikatnya tidaklah demikian. Akan tetapi, yang dimaksudkan dengan khabar wahid di sini (di sisi ahli qiro'at) adalah riwayat yang bertentangan dengan khabar mutawatir. Apabila para perawi sesuatu khabar/berita mencapai jumlah yang banyak, lalu kehilangan salah satu syarat mutawatir padanya, maka belumlah ia terkeluar keadaannya sebagai khabar wahid..."

Bicaraharta said...

Subandi enta ini salafi atau Salahpi?
kenapa enta banyak berbohong dalam tulisan dan terjemahan enta?

Bohong itu dusta yang diharamkan dalam Islam kalau tak faham tanya, jangan ketik keyboard kalau tak tahu. Jangan terjemah kalau tak faham. Jangan menaqal kata2 ulama kalau enta menipu atas nama dia.

Inikah ajaran yang enta belajar di UIAM dan dari kelas Salafi enta.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Emmm... nak dikatakan degil, memang anda degil. Nak dikatakan jahil, nanti anda marah...

Kalau tidak tahu persoalan itsbat qira'at dan kaedahnya, janganlah ambil contoh daripadanya. Maksud qira'at pun anda tak faham...

Saudara Ahmad,

Nak lemparkan tuduhan pun, biarlah berasas.

Pertama, nama saya bukan Subandi.

Kedua, Saya bukan pelajar UIAM.

Bicaraharta said...

1. Oklah sya tak faham bab khabar ahd, tak faham bab mutawatir, tak faham ilmu Qiraat, tak fahm apa2.

2, Yang hang dok terjemah salah dan macam tak faham2 terjemahan salah dan sentiasa dok terjemah salah tu apasal, Ibn Subandi (mungkin ini saya betul ko)

3. Boleh cerita kepada saya apa sebenarnya butir perbincangan Imam Ibn Hajar? yang enta terjemahtu.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Kalau saya nukil salah, terjemah pula salah. Kenapa masih tanya saya lagi?

Pergilah rujuk sendiri ke sana, supaya saudara boleh beri pencerahannya.

Bicaraharta said...

1. Beri peluang untuk mu ratifikasi apa yang tulis, dan mula berfikir. Jangan mencedok tanpa memahami asasnya, atau versi google engine dsbnya.

2. Juga beri peluang untuk mu tambah ilmu. Saya tengok dalam masa sehari kalau tak ada ratifikasi maka saya akan mula tulis terjemahan dan membongkar penipuan terjemahan itu.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Maaflah, saya tidak mengutip apa yang saya tulis dengan menggoogle.

Saya merujuk koleksi kitab-kitab yg saya miliki secara peribadi.

Encik Ahmad terlalu bersangka buruk terhadap saya dan menisbahkan pelbagai bentuk tohmahan yang tidak tepat ke atas saya.

Abu Numair Nawawi B. Subandi said...

Anda juga perlu menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan dzan di sisi imam an-Nawawi dan apakah kesan daripada pendiriannya tersebut (sekrianya benar beliau menyatakan begitu) ke atas sikap/tindakannya dalam persoalan hadis ahad dari sudut hujjah aqidah bersertakan bukti.

Adakah tindakan yang diambil oleh Imam an-Nawawi tersebut kesan daripada ucapannya tersebut sama sebagaimana yang diaplikasikan oleh Hizbut Tahrir?

Bicaraharta said...

1. Saudara Ibn Subandi, kalau nak tahu secara rasmi berkenaan dengan Hizbu Tahrir dan pandangannya pergilah jumpa secara rasmi di Khilafau Centre

2. Macam mana dah semak ke terjemahan muqaddimah syrah Nawawi tu? dan juga yang terbaru terjema2 han Fathul Baru (Ibn Hjar).

3. Baru kita tahu lepas ini bahawa Nawawi Subandi sebenarnya taksub. Buat terjemahan ikut sedap dan ikut selera pegangan sendiri, patutlah selama ini bila saya forward banyak kata2 ulama silam saudara macam tak baca.

4. Mungkin bacapun tak berapa faham kot.

5. Versi google tu maksud saya simpel, janji jumpa terus kata itu hujah tanpa belajar dan kaji dulu...

6. Saya baru balik dari o/station nantin saya akan terjemahkan betul karya imam Nawawi dan Ibn Hjar itu.

Dawn Of Caliphate said...

http://dawnofcaliphate.blogspot.com/2015/07/tentang-hadis-ahad-dalam-perkara-iktiqad.html

artikel sebenar tentang hadis Ahad. Jumhur Ulama menolak hadis Ahad. :)