__________________________________________________________________________________

| Nawawi | Aqeedah | Fiqh | Anti Syirik | Galeri Buku | Galeri MP3 | U-VideOo |
__________________________________________________________________________________

Wednesday, June 10, 2009

095 - Apakah Ini Kepercayaan Seorang Manusia Yang Mahu Dinobat Sebagai Pemimpin Islam?

Apakah Ini Kepercayaan Seorang Manusia Yang Mahu Dinobat Sebagai Pemimpin Islam?

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Dirujuk daripada Blog Anwar Ibrahim, http://anwaribrahimblog.com/2009/02/09/selamat-menyambut-hari-thaipusam/ beliau dipetik sebagai berkata:

---@@@---

"Thaipusam diraikan oleh penganut agama Hindu bersempena lahirnya Dewa Murugan, juga apabila ibunya Dewi Parvati memberikan lembing buat menghapus kejahatan yang dikenal sebagai Soorapadman.

Kejahatan dan kebejatan Soorapadman semakin hari semakin melampau kerana dia merupakan raksasa yang berkuasa. Ini membuatkan Siva mengarahkan Murugan; yang terkenal cekal, tabah dan bijak mengaalahkan rakasasa tersebut.

Moga kita dapat mengambil sedikit iktibar dari kisah ini dan terus memperkukuhkan tekad buat mencipta Malaysia yang bebas merdeka dari rasuah dan kezaliman. Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada seluruh penganut agama Hindu di Malaysia."

ANWAR IBRAHIM
---@@@---


Juga, perkataan Dato' Sri Nizar (minit ke 6:30) , yang mengajak meraikan dan sama-sama merayakan perayaan Thaipusam.



Wahai umat Islam, Bukalah mata, bukalah minda, selamilah jiwa nuranimu... Adakah kita mengerti hakikat seorang Muslim yang sejati itu bermula dari dasar aqidahnya yang murni?

Tidak sekali-kali merestui kesyirikan dan kekafiran!

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang kafir! Aku tidak sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak sembah apa yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah menjadi penyembah apa yang aku sembah. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku." (Surah al-Kafirun, 109: 1-6)

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: "Wahai anakku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik (menyekutukan Allah) itu adalah sebesar-besar kezaliman." (Surah Luqman, 31: 13)

Lebih lanjut, klik di sini.

094 - Gambar Atau Patung: Dua-dua Tidak Boleh Menurut Dalilnya

Gambar Atau Patung: Dua-dua Tidak Boleh Menurut Dalilnya


Tidak sewajarnya timbul salah-menyalahkan. Kembalikanlah kepada Dalil! Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman (maksudnya):

"Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya." (Surah an-Nisaa', 4: 59)

Tentang Gambar/Patung

Orang yang paling mendapat siksa pada hari kiamat adalah para pembuat gambar (pelukis/pengukir). (Hadis Riwayat al-Bukhari dalam Kitab Pakaian (al-Libas), 5959. Muslim dalam bab yang sama, 2109)

Daripada ‘Aun bin Abu Juhaifa, Ayahnya menyatakan, “Nabi melarang mengambil duit jual beli anjing dan darah, melarang kerja-kerja membuat tatoo dan mentatoo diri, melarang menerima atau memberi riba, dan juga mencela pembuat gambar”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 299)

Daripada ‘Aisyah dia menjelaskan, “Aku membeli sebuah bantal bergambar. Apabila Rasulullah melihat ia, dia berdiri di pintu dan tidak terus masuk ke rumah. Aku menyedari air mukanya berubah kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak disukainya. Aku berkata, “Wahai Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan Rasul-Nya, (tolong beritahu aku) apakah dosa ku?” Rasulullah berkata, “Ada apa dengan bantal ini?” Aku menjawab, “Aku membelinya untuk engkau agar dapat duduk dan bersandar padanya”. Rasulullah berkata, “Pembuat gambar ini akan di-azab pada hari kiamat.” Rasulullah menambah, “Malaikat (pembawa rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya terdapat gambar”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 318)

Daripada Said bin Abu al-Hasan, “Ketika saya bersama Ibnu ‘Abbas, seorang lelaki datang dan berkata, “Wahai Ibnu Abbas, pendapatan (periuk nasi) saya adalah dari hasil kerja tangan saya dan kerja saya adalah membuat gambar-gambar ini”. Ibnu ‘Abbas berkata, “Saya sekadar memberi tahu apa yang saya dengar dari Rasulullah. Saya mendengar beliau bersabda, “Barang siapa membuat gambar dia akan di-azab oleh Allah sehingga dia mampu menghidupkannya dan sesungguhnya dia tidak akan berupaya untuk menghidupkannya”. Mendengarkan hal ini, lelaki itu menarik nafas panjang (mengeluh) dan mukanya menjadi pucat. Ibnu ‘Abbas berkata padanya, “Jika kamu masih tetap mahu untuk membuat gambar-gambar, saya menasihatkan agar kamu membuat gambar-gambar pokok (tumbuh-tumbuhan) dan sebarang gambar yang bukan berupa dari makhluk bernyawa”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Jual Beli (3/34), no. 428)

Daripada Ibnu ‘Abbas, “Aku mendengar Muhammad berkata, “Barang siapa membuat gambar di dunia ini, dia akan dipersoalkan serta diminta supaya memberikan nyawa kepada apa yang dilukiskannya pada hari kiamat nanti, tetapi dia tidak akan mampu melakukannya”.” (Hadis Riwayat al-Bukhari Kitab Pakaian (7/72), no. 846)

Lebih lanjut, sila klik di Sini.

093 - Ke Mana Arah Tuju Perjuangan Islam PAS?

Ke Mana Arah Tuju Perjuangan Islam PAS?

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

----@@@@----
Tokoh Terbilang PAS Bersama Salah seorang penyanyi Rock tanah air:
Pautan rujukan 1, Pautan rujukan 2
----@@@@----

Jika sebelum ini, Parti Islam Semalaysia (PAS) sering mempertikaikan seteru utamanya dari kalangan BN, iaitu UMNO khususnya yang gemar menganjurkan pelbagai jenis konsert nyanyian bersama para artis.

Apakah PAS kini sudah mengorak langkah baru ke arah sebuah tajdid (pembaharuan) di dalam ijtihad perjuangan dan pegangan agama mereka? Mereka kini bersikap lebih tolerance dan megah dengan penyertaan golongan para artis.

Dalam isu penganjuran konsert, apakah PAS kini sudah mula mencair dengan menerima jejak pemikiran UMNO dalam isu konsert nyanyian, terlebih lagi melibatkan konsert Rock?

Sebagai sebuah badan perjuangan Islam, PAS sewajarnya tidak mudah hanyut ditelan arus muzik dan artis. Jangan biarkan prinsip tergadai hanya kerana disebabkan mahu mengejarkan sokongan. Yang natijah akhirnya nanti akan membuahkan slogan, "Janji Demo sokong Kito, Kito pun Sokong Demo, Halal Sokmo!"

Jangan kerana mahu bersikap terbuka, akhirnya terbuka pekung di dada! Jangan kerana tidak mahu dipandang kolot, akhirnya prinsip agama digadaikan.

Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya):

“Akan ada dari umatku, kaum yang menghalalkan zina dan sutera, khamr (minuman keras) dan alat-alat muzik....” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5590)

Wallahu a'lam...

Tuesday, June 9, 2009

092 - Benarkah Syaikh Ali bin Hasan al-Halabi Seorang Murji’ah?

Benarkah Syaikh Ali bin Hasan al-Halabi Seorang Murji’ah?

http://bahaya-syirik.blogspot.com

Artikel ringkas ini adalah bagi memberi sebuah pencerahan terhadap tulisan Ustaz Emran Ahmad yang mencanangkan fatwa tuduhan Murji’ah ke atas Syaikh Ali Hasan al-Halabi yang boleh dicapai melalui pautan berikut: http://al-fikrah.net/News/article/sid=540.html dan http://ustaz.blogspot.com/2009/06/fatwa-ulama-sunnah-tentang-pemikiran.html.

Hakikatnya, fatwa tersebut tidak disepakati oleh seorang alim robbani faqiihul ummah yang juga anggota kibarul ulama serta anggota Lajnah Daimah iaitu Fadhilatusy Syaikh Muhammad bin Sholeh al-’Utsaimin rahimahullahu. Inilah pendapat beliau tentang fatwa tersebut:

"Ini adalah suatu kesalahan dari lajnah dan aku merasa terganggu dengan adanya fatwa ini. Fatwa ini telah memecah-belah kaum muslimin di seluruh negeri sehinggakan mereka menghubungiku sama ada dari Amerika maupun Eropah. Tidak ada yang dapat mengambil manfaat dari fatwa ini melainkan takfiriyun (tukang mengkafirkan) dan tsauriyun (para pemberontak)." Beliau juga berkata: "Saya tidak suka keluarnya fatwa ini, kerana menjadikan masyarakat bingung. Dan nasihatku kepada para penuntut ilmu supaya tidak terlalu berpegang teguh dengan fatwa fulan atau fulan.” (at-Ta’rif wat Tanbi’ah (hal. 15))

Syaikh Husein bin Abdul Aziz Alu Syaikh hafidzahullahu, beliau pernah ditanya:

"Fadhilatusy Syaikh, jazakumullahu khoiron:

Apa pendapat Anda tentang fatwa yang dikeluarkan oleh Lajnah Da`imah berkenaan dua kitab Syaikh Ali bin Hasan hafidzahullahu “At-Tahdzir” dan “Shoihatu Nadzir”, bahawa kedua kitab tersebut menyeru kepada pemikiran Murji'ah, bahawasanya amal bukan syarat sahnya iman, padahal kedua kitab tersebut tidak membahaskan sama sekali berkenaan syarat sah atau syarat sempurnanya iman?"

Beliau menjawab:

“Pertama-tamanya wahai saudaraku, Syaikh Ali dan Masyaikh di atas manhaj yang satu. Dan Syaikh Ali, beliau adalah saudara besar seperti para masyaikh yang mengeluarkan fatwa tersebut. Beliau mengenali dengan baik mereka dan mereka juga mengenali beliau dengan baik. Mereka saling mencintai (kerana Allah –pent.). Syaikh Ali telah diberi oleh Allah ilmu dan pengetahuan (wa lillahil hamdu) yang akan dapat mengubati perkara ilmiah di antara beliau dan Masyaikh. Dan perkara ini (alhamdulillah) masih di tengah-tengah perjalanan menuju titik terang sebuah kebenaran.

Adapun Syaikh Ali dan guru beliau Syaikh al-Albani dan yang di atas manhaj sunnah tidak diragukan lagi (walillahil hamdu) berada diatas manhaj yang diredhai. Dan Syaikh Ali sendiri (walillahil Hamdu) termasuk yang membela manhaj Ahli sunnah wal jama'ah.

Fatwa Lajnah tidaklah menghukum Syaikh Ali sebagai Murji'ah dan ini tidak mungkin dilakukan oleh Lajnah! Lajnah hanya berbeza pendapat dan berdialog dengan Syaikh Ali. Ada pun orang lain yang menginginkan dari munculnya fatwa ini untuk syaikh sebagai Murji’ah, maka aku tidak faham (apa maksud mereka). Dan saya kira saudara-saudaraku tidak memahaminya seperti itu. Mereka para Masyaikh sangat menghormati dan menghargai beliau.

Dan Syaikh Ali telah menjawab dengan jawaban ilmiah dalam kitab "Al-­Ajwibah AI-Mutalaaimah ‘ala fatwal Lajnah Daimah" sebagaimana yang dilakukan oleh salafush sholeh. Tidaklah ada di antara kita seorang pun melainkan boleh di ambil ucapannya atau ditolak kecuali Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Salam seperti yang dinyatakan oleh Imam Malik rahimahullahu:

كُلُّ كَلاَمٍ مِنْهُ ذُوْ قَبُوْلٍ وَمِنْهُ مَرْدُوْدٌ سِوَى الرَّسُوْلِ

Semua ucapan adakalanya boleh diterima

dan adakalanya boleh ditolak kecuali Rasul

Demikianlah keadaan umat ini, adakalanya ditolak dan terkadang diterima ucapannya. Akan tetapi manusia secara tabiatnya adakalanya ketika berbicara atau dialog terdapat sedikit nada keras sehingga para sahabat radhiyallahu ‘anhum juga demikian, seperti yang terjadi di antara Abu Bakar dan Umar dan selain mereka dari kalangan para sahabat.

Kesimpulannya bahawa fatwa ini menurutku tidak menetapkan dan tidak menghukumi Syaikh Ali sebagai Murji'ah, akan tetapi fatwa tersebut hanyalah suatu dialog berkisar buku beliau. Dan Syaikh Ali (semoga Allah selalu memberinya taufiq) ketika menulis “Al-Ajwibah al-Mutala`imah” setelah munculnya fatwa tersebut bukan untuk membantah, namun hanya sekadar menjelaskan manhaj beliau dan guru beliau Syaikh al-Albani rahimahullahu. Kami yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa Syaikh Ali dan guru beliau Syaikh al-Albani rahimahullahu amat jauh sekali dari pemikiran Murji'ah seperti yang telah aku katakan dahulu.

Syaikh Ali misalnya kalau aku tanya tentang apa itu iman? Demikian juga dengan Syaikh al-Albani, maka tidaklah kami dapatkan sedikit pun dari ucapan mereka yang berbau Murji'ah iaitu baha­wasanya amal bukan termasuk sebahagian dari iman. Bahkan ucapan-ucapan Syaikh al-Albani rahimahullahu jelas-jelas menyatakan bahawa iman adalah keyakinan dalam hati, ucapan dalam lisan dan perbuatan anggota badan, bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemak­siatan.

Saya kira Syaikh Ali menyetujuiku dalam hal ini iaitu bahawasanya fatwa Lajnah bukan seperti yang dicanangkan oleh sebahagian orang bahawa Syaikh Ali itu Murji'ah. Sekali-kali tidak, mereka para Masyaikh tidak mengucapkan seperti ini. Mereka hanya berdialog seputar kitab tersebut. Dan tidaklah para salaf dahulu berdialog melainkan kerana rasa kasih sayang dan kecintaan mereka terhadap sunnah dan untuk membela sunnah. Lebih-lebih lagi dialog tersebut bukan berkisar keseluruhan kitab akan tetapi hanya sebahagian kecilnya saja.

Samahatusy Syaikh Abdul Aziz Alu Syaikh, mufti Kerajaan Saudi Arabia ter­masuk orang yang amat cinta terhadap Syaikh Ali dan aku tahu benar akan hal ini. Beliau amat sangat menghormati dan selalu mendoakan Syaikh Ali sehingga setelah Syaikh Ali berjumpa dengan beliau, Samahatusy Syaikh tetap seperti itu.

Beliau juga amat menghormati dan mencintai Syaikh al-Albani rahimahullahu dari dahulu kala. Aku mengetahui perkara ini semenjak Samahatus Syaikh mengajar di kuliah Syariah tahun 1406 H, beliau selalu menyebut nama Syaikh dengan pujian dan doa.

Syaikh al-Albani dan para masyayikh di Saudi Arabia dipersatukan oleh satu prinsip iaitu manhaj salafush sholeh. Seandainya kita bersatu di atas hawa nafsu maka benar-benar kita akan berpecah-belah. Akan tetapi inilah apa yang terlahir dari kasih sayang yang benar dan jujur.

Ada pun sekiranya ada orang ketiga yang mengambil fatwa Lajnah Daimah ini dan bergembira kerana bersesuaian dengan hawa nafsu mereka, tetapi mereka mening­galkan yang tidak sesuai dengan mereka maka inilah jalannya ahli bid'ah.” (Selesai jawaban beliau di sini)
(Ar-Roddul Burhani (hal. 256-259))

Syaikh Dr. Nashir bin Abdul Karim Al-Aql (hafizhahullahu) berkata:

"Tidak semua orang yang dituduh Murji'ah, maka dia benar-benar Murji'ah. Lebih-lebih lagi di zaman ini, kerana tukang-tukang pengkafiran dan para ekstrimis dari kalangan Khawarij atau yang seperti mereka yang bodoh akan kaedah-kaedah salaf tentang penerapan hukum, menuduh orang yang menyelisihi mereka dari kalangan ulama mahu pun penuntut ilmu dengan Murji'ah. Dan kebanyakan yang digembar-gemburkan mereka adalah masalah berhukum dengan selain hukum Allah dan masalah wala' serta bara'.

Dan terkadang sebahagian yang menisbatkan dirinya kepada ilmu dan sunnah turut serta terlibat di dalam menuduh tanpa adanya kehati-hatian. Bahkan sebahagian penuntut ilmu yang sudah tinggi keilmuaannya ketika menulis masalah takfir pada zaman ini menuduh orang yang menyelisihinya dalam masalah yang juga diperselisihkan oleh salaf dengan tuduhan Murji'ah. Padahal permasalahan­nya jika diteliti kembali tidak termasuk prinsip Murji'ah.” (Al-Qodariyah wal Murji’ah (hal. 121))

Rujukan Lain:

1 -
http://www.almanhaj.or.id/content/1848/slash/0

2 -
http://forum.dudung.net/index.php?topic=3813.0;imode

3 -
http://www.geocities.com/fsms_sunnah/bkn-irja3

4 -

Wednesday, June 3, 2009

091 - Perangkap Iblis Kepada Ahli Ibadah

Perangkap Iblis Kepada Ahli Ibadah

http://bahaya-syirik.blogspot.com/

Pintu terbesar yang dimasuki Iblis dalam diri manusia adalah kebodohan. Iblis menyusup ke dalam diri orang-orang yang jahil dengan pelbagai bentuk dan cara. Sedangkan orang yang berilmu, Iblis tidak akan mampu memasukinya, melainkan dengan cara mencuri-curi jalan. Iblis telah memperdayai para ahli ibadah kerana ceteknya ilmu mereka. Kerana kebanyakkan di antara mereka hanya menyibukkan diri di dalam urusan kuantiti ibadah dan tidak mahu mendalami ilmu untuk beribadah dengan benar.

Dengan itu, perangkap (talbis) Iblis yang pertama kepada mereka adalah dengan mengajak mereka untuk mementingkan ibadah daripada ilmu, padahal ilmu itu lebih utama daripada nafilah. Iblis menampakkan kepada mereka bahawa maksud ilmu adalah amal. Sementara yang mereka fahami tentang amal ini hanya sekadar amal dengan anggota tubuh, dan apa yang harus mereka ketahui, bahawa amal itu adalah amal hati (iman/aqidah), dan amal hati lebih utama daripada amal anggota tubuh.

Mutharrif bin Abdullah berkata:

“Keutamaan ilmu lebih baik daripada keutamaan ibadah.”

Yusuf bin Asbath berkata:

“Satu juzuk ilmu yang engkau pelajari, lebih baik daripada tujuh puluh orang yang berperang.”

Al-Mu’afi bin Imran berkata:

“Menulis satu hadis lebih aku sukai daripada solat sepanjang malam.”

Ketika perangkap Iblis ini mengena, lalu mereka lebih mementingkan ibadah daripada ilmu, maka terbukalah kesempatan bagi sang Iblis untuk menciptakan perangkap dan makar seterusnya dari kepelbagaian posisi ibadah seterusnya.

Berikut adalah beberapa contoh perangkap-perangkap Iblis yang dipergunakan untuk memerangkap manusia.

Perangkap Iblis Di Dalam Persoalan Wudhu’:

1 – Mengajak menggunakan air berlebih-lebihan untuk mencapai yakin.

2 – Melafazkan dan menyusun-nyusun niat sehingga menjadi satu bentuk ayat.

Sedangkan di dalam berwudhu’ itu cukup sekadar dengan air yang sedikit. Dan persoalan niat cukup dengan cetusan hati (kehendak) yang disertakan perlaksanaan.

Talbis Iblis Di Dalam Persoalan Azan:

1 – Mengumandangkan bacaan zikir, tasbih, peringatan, lantunan ayat-ayat suci al-Qur’an dan seumpamanya sebagai tanda azan akan berkumandang dalam beberapa ketika lagi.

Sedangkan ini adalah bentuk-bentuk tambahan yang tidak disyari’atkan di dalam agama. Dan semua itu adalah termasuk bentuk-bentuk kemungkaran.

Talbis Iblis Di Dalam Persoalan Thaharah:

1 – Dengan mencuci pakaian berulang-ulang kali kerana tidak yakin akan kesuciannya. Serta dengan menggunakan air yang banyak dan membazir.

Talbis Iblis Di dalam Persoalan Solat:

1 - Melafazkan dan menyusun-nyusun niat sehingga menjadi satu bentuk ayat.

2 – Berzikir, bertasbih, dan membaca surah-surah tertentu seperti an-Naas sebelum memulakan solat (takbiratul ihram).

3 – Mengajak mengulang-ulang takbir ketika hendak memulakan solat dengan tujuan untuk memastikan solat yang dilaksanakan adalah betul-betul di dalam kekhusyukan dan keyakinan.

Sedangkan niat itu tempatnya di hati. Dan solat tidak dimulakan dengan lafaz-lafaz niat tetapi dengan bertakbir dan diakhiri dengan salam.

Mengulang-ulang takbir adalah suatu bentuk kebodohan terhadap tatacara solat itu sendiri.

Talbis Iblis Di Dalam Membaca al-Qur’an:

1 – Memperbanyakkan bacaan al-Qur’an tetapi melupakan persoalan tatacara yang betul di dalam membacanya, seperti persoalan tajwid, ketartilan dan meninggalkan soal penghayatan.

2 – Memperlagukan (memperindahkan bacaan) al-Qur’an dengan tujuan untuk mendapat perhatian dan pujian manusia. Dan perkara ini adalah termasuk kepada perbuatan riya’.

Perangkap Iblis Di Dalam Persoalan Puasa:

1 – Melaksanakan puasa terus-menerus setiap hari.

2 – Berpuasa dengan meninggalkan makan dan minum, namun tidak mahu meninggalkan perkataan yang buruk dan perbuatan maksiat lainnya.

Sedangkan apa yang benar, Nabi juga berpuasa dan Nabi juga berbuka. Di dalam sebuah hadis, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskan bahawa puasa yang paling utama adalah dengan berpuasa sehari dan tidak berpuasa sehari (diselang-selikan).

Perangkap Iblis Di Dalam Persoalan Tawakkal:

1 – Iblis menipu manusia dengan cara mengajak untuk malas bekerja dan berserah semata-mata nasibnya kepada keadaan. Jika Allah mahu memberi rezeki, nescaya ada rezeki baginya, jika tidak, maka tiadalah rezeki baginya.

Sedangkan konsep tawakkal perlu diiringi dengan usaha.

Wallahu a’lam...

Dipetik dan Diringkaskan daripada Kitab Talbis Iblis, susunan Imam Ibnul Jauzi rahimahullah, Terbiatan/terjemahan oleh Pustaka al-Kautsar, Cet. 9 (Oktober 2008).